Nadira Yusop SPM Sejarah
Bab 3 23 Konf lik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia Kesedaran Awal Nasionalisme Nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia tercetus daripada gerakan orang Melayu menentang campur tangan British. Namun, gerakan awal secara terbuka itu mendapat tindak balas keras daripada British. British berusaha menghalang pengaruh gerakan Islam dari Timur Tengah sejak awal abad ke-20 dengan cara: Orang Melayu menggunakan akhbar dan majalah untuk meniupkan kesedaran kebangsaan. Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan kerana sekatan undang-undang British seperti: Memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904. Sesiapa mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa izin sultan boleh dikenakan hukuman penjara. Menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bereau). Bertujuan untuk mengawal gerakan Islah Islamiah. British berwaspada terhadap gerakan Pan-Islamisme dan sokongan orang Melayu kepada empayar Uthmaniyah. Penentangan Tok Janggut merupakan kesedaran politik antarabangsa yang menggerakkan penentangan tempatan dan rentetan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara Islam. Kebangkitan Tok Janggut dipengaruhi oleh pelibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Pemimpin negeri Melayu menyokong khalifah empayar Uthmaniyah yang dianggap pelindung umat Islam serta penaung tanah suci Makkah dan Madinah. Kegagalan penentangan Tok Janggut menyebabkan masyarakat menyusun strategi lain untuk menentang British. Publishing and Book Enactment 1915 The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919 Tingkatan 4 BAB 3 Jepun di Negara Kita
24 Bab 3 Latar Belakang Perang Dunia Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang menyebabkan berlaku persaingan antara kuasa imperialis untuk menjaga kepentingan masing-masing. Persaingan antara kuasa imperialis telah mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914–1918) dan Perang Dunia Kedua (1939–1945). Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara-negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah. Faktor pencetus Perang Dunia Pertama ialah persaingan kuasa imperialisme, pembentukan pakatan ketenteraan dan krisis rantau Balkan. Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama: Perkembangan Revolusi Industri berlaku disebabkan persaingan antara kuasa imperialis di Eropah. Kuasa imperialis bersaing untuk mendapatkan tanah jajajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta memasarkan hasil industri. Persaingan membawa permusuhan antara kuasa imperialis Eropah seperti Perancis dengan Jerman. Krisis di rantau Balkan berlaku kesan permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary. Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary, Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie oleh pemuda Serbia. Peristiwa tersebut membawa Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama. Permusuhan antara kuasa Eropah membawa kepada pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan sanggup berperang untuk mendapatkan tanah jajahan. Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah. 1 3 2 Persaingan kuasa imperialisme Krisis di rantau Balkan Pakatan ketenteraan Kuasa Tengah Kuasa Berikat Jerman dan Austria-Hungary Disertai Bulgaria dan empayar Uthmaniyah Britain, Perancis dan Russia Disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece Pakatan Negara Anggota Perang Dunia Pertama
Bab 3 25 Peristiwa Perang Dunia Pertama: Tarikh Peristiwa 28 Julai 1914 4 Ogos 1914 3 Ogos 1914 Oktober 1914 Mac 1915 April 1917 30 Julai 1914 1 Ogos 1914 Austria-Hungary dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Britain menyertai Rusia dan Perancis menyerang Jerman yang menceroboh Belgium. Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia. Empayar Uthmaniyah menyertai Kuasa Tengah. Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga. Amerika Syarikat menyertai Pakatan Bertiga. Rusia memberi bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia. Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. Pelibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918. Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata. Persidangan dan perjanjian damai diadakan selepas perang dan meninggalkan kesan kepada negara Eropah. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama. Persidangan Damai Paris Tarikh Tujuan Kesan 18 Januari 1919 Membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson (cadangan Presiden Amerika Syarikat). Mengandungi dua prinsip utama: Penentuan nasib oleh rakyat sendiri. Sempadan negara berasaskan bangsa. Persidangan Versailles Tarikh Negara terlibat Kesan 28 Jun 1919 Pakatan Bertiga Jerman Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. Jerman dikehendaki: Mengehadkan saiz angkatan tentera. Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga. Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang. Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga. Tempat Istana Versailles, Paris, Perancis Berakhir Perang Dunia Pertama
26 Bab 3 Keruntuhan pemerintahan beraja Kemunculan negara baharu Kesan terhadap negara kita Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia. Perpecahan empayar Rusia membawa penubuhan negara Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania. Perpecahan empayar Uthmaniyah menyebabkan muncul negara Lebanon, Syria dan lraq. Raja-raja Melayu diminta menandatangi perisytiharan perang menyokong dan taat setia kepada British. Undang-undang berkaitan perang diluluskan oleh British, termasuk memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika perlu. Kemakmuran ekonomi negeri Melayu dimanipulasi oleh British. Wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama. 1 2 3 Jerman Empayar Austria-Hungary Rusia Empayar Uthmaniyah Kerajaan republik dibentuk apabila Kaiser Wilhem II turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya. Revolusi menjatuhkan Tsar Nicholas II dan kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin. Sultan Mehmed VI digulingkan dan Republik Turki terbentuk diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk. Kesan Perang Dunia Pertama Mustafa Kemal Ataturk Sultan Mehmed VI Kaiser Wilhem II Tsar Nicholas II
Bab 3 27 Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan selepas Perang Dunia Pertama. Selain kehilangan tanah jajahan, pampasan perang yang tinggi perlu dibayar menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan infl asi. Itali juga tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland. Dunia terdedah kepada konfl ik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua. Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama ialah: Krisis Manchuria (1931–1933) Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah penguasaan China. Perjanjian Pelucutan Senjata (1932–1934) Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesarkan angkatan tenteranya secara terbuka. Krisis Habsyah (1935–1936) Itali menyerang Habsyah di Afrika. Perang Dunia Kedua Perang Dunia Kedua (1939–1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu: Eropah–di negara Eropah dan utara Afrika. Asia Pasifi k–di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu: Kuasa Paksi–Jerman, Itali dan Jepun. Kuasa Bersekutu–Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia. 1 2 3 Kemunculan ideologi baharu Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa Fasisme di Itali Pada tahun 1922, gerakan fasisme pimpinan Benito Mussolini berjaya menguasai kerajaan Itali. Fasisme menekankan kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara. Bagi memulihkan kemelesetan ekonomi, Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania. Nazisme di Jerman Pada tahun 1933, gerakan nazisme pimpinan Adolf Hitler berjaya membentuk kerajaan di Jerman. Nazisme mengagungkan bangsa Jerman. Adolf Hitler memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengingkari syarat Perjanjian Versailles. Beliau membina semula angkatan tentera dan menduduki Rhineland, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles. Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya. Faktor Tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah Benito Mussolini Adolf Hitler
28 Bab 3 Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat Pengeboman terhadap Britain Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah Serangan Jerman ke atas Rusia 1 2 3 4 Selepas perang diisytiharkan, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg untuk menakluk negara-negara di Eropah Barat. Blitzkrieg bermaksud serangan kilat. Kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh, dikuti dengan serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal. Menjelang pertengahan tahun 1941, Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat. Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis. Pada September 1940 hingga Jun 1941, Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain. Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain. Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain. Selepas menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan Operasi Barbarossa, iaitu serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Hitler ingin menguasai Rusia, iaitu empayar terbesar di Eropah untuk menguasai seluruh Eropah. Operasi tersebut mensasarkan bandar utama di Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad. Dalam Operasi Barbarossa, Hitler mengarahkan tiga juta tentera menyerang Rusia dengan 3,350 kereta kebal dan 2,270 kapal terbang. Operasi ini disertai oleh tentera Finland, Hungary dan Romania. Pada Jun 1940, sekutu Jerman, iaitu Itali mengisytiharkan perang ke atas Britain dan Perancis. Itali menyerang Perancis dari arah selatan, manakala Jerman menyerang Perancis dari arah utara. Peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah
Bab 3 29 1 4 3 2 Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill sering bertemu untuk membuat keputusan politik dan ketenteraan. Kerjasama tersebut kemudiannya melibatkan Presiden Rusia, Joseph Stalin. Di medan perang, Tentera Bersekutu dari ketiga-tiga perkhidmatan, darat, udara dan laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, penaklukan berjalan lancar. Tentera Jerman berjaya menghampiri bandar utama Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad. Namun, Jerman kehilangan banyak nyawa tenteranya kerana perang melewati dua musim sejuk di Rusia. Berperang dalam tempoh yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan yang akhirnya melemahkan semangat tenteranya. Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler untuk meneruskan perang dan akhirnya menyerah kalah kepada tentera Rusia pada Januari 1943 di Stalingrad. Melalui operasi yang dinamakan kod “D-Day”, Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis pada Jun 1944. Tentera Bersekutu berjaya memperdaya tentera Jerman dengan menyebarkan maklumat bahawa pendaratan Tentera Bersekutu akan berlaku di Calais, bukannya di Normandy. Kejayaan tersebut menjadi titik tolak kepada kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada penaklukan Jerman. Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat dan pada masa sama, tentera Rusia menyerang Jerman dari arah timur. Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah selepas kematian Hitler pada April 1945 dan menamatkan perang selama enam tahun di Eropah. Kuasa Paksi gagal membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam Operasi Barbarossa untuk menawan Rusia. Kuasa Bersekutu di bawah pimpinan Amerika Syarikat menunjukkan keunggulan strategi perancangan terutama dalam operasi pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy, Perancis. Faktor kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua ialah: Kerjasama kuasa besar Keberkesanan strategi serangan balas Kerjasama kuasa besar Kejayaan operasi pendaratan Tentera Bersekutu Kegagalan operasi menawan Rusia Keberkesanan strategi serangan Namun, Jerman kehilangan banyak nyawa tenteranya kerana perang melewati dua musim Berperang dalam tempoh yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah Friedrich Von Paulus
30 Bab 3 Setelah menguasai Korea, Manchuria dan China, Jepun menguasai kawasan strategik di Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina. Dasar peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi Amerika Syarikat, Britain dan Belanda yang mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk industri dan operasi perang. Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan serta membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Amerika Syarikat dan Belanda. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifi k Perang Dunia Kedua di Asia Pasifi k (1941–1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifi k yang berlaku di Lautan Pasifi k, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Perang Pasifi k berpunca daripada dasar imperialisme Jepun di rantau Asia Pasifi k. Pembaharuan Meiji membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri dan kuasa ketenteraan yang setaraf kuasa Barat. Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara. Dasar peluasan kuasa Jepun Sekatan ekonomi terhadap Jepun 1 2 Keperluan perindustrian Pada akhir abad ke-19, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa industri. Jepun berusaha mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk mendapatkan bahan mentah. Jepun memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran hasil perindustrian. Pengaruh golongan tentera Pada abad ke-20, Jepun memiliki angkatan tentera paling moden di Asia. Pada tahun 1932, golongan tentera menguasai politik Jepun. Golongan tentera berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan dengan cara menakluk kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan boleh menjadi kawasan pasaran. Orde Baharu Asia Di bawah pengaruh tentera, matlamat dasar luar Jepun adalah untuk mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat. Jepun mewujudkan orde baharu di Asia Timur yang merangkumi Jepun, Korea, China dan Manchuria ke dalam satu blok ekonomi. Orde tersebut kemudiannya dikembangkan ke seluruh Asia. Orde baharu bermaksud rancangan Jepun untuk menyingkirkan kuasa imperialis Barat di Asia dan menganjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia. Peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua Menguasai Korea Menduduki China Menduduki Manchuria Menduduki Indochina 1910 1937 1932 1941 Peluasan Kuasa Jepun
Bab 3 31 Tarikh Peristiwa Kronologi serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua 8 Disember 1941 2 Januari 1942 10 Disember 1941 19 Januari 1942 22 Disember 1941 19 Februari 1942 25 Disember 1941 28 Februari 1942 16 Disember 1941 15 Februari 1942 23 Disember 1941 27 Februari 1942 Jepun mendarat di Pulau Guam Jepun menguasai Sandakan Jepun menguasai Miri Jepun mengalahkan Singapura Jepun mendarat di Filipina Jepun mengebom Darwin Hong Kong menyerah kalah Jepun menyerang Jawa Jepun menguasai Pulau Wake Jepun mengalahkan Tentera Bersekutu di Laut Jawa Jepun mendarat di Kelantan Jepun menyerang Pearl Harbour Jepun mengalahkan Manila Jepun menakluk Burma 3 Rancangan penaklukan wilayah di selatan Sebagai jalan keluar daripada sekatan ekonomi Kuasa Bersekutu, Jepun merancang menguasai wilayah di selatan merangkumi Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah, bauksit dan minyak. Pada tahun 1940, Jepun menandatangani Perjanjian Pakatan Tiga Negara dengan Jerman dan Itali yang menjadikan Jepun terikat dengan Kuasa Paksi. Pakatan dalam Kuasa Paksi membolehkan Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan ke atas wilayah selatan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun. Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifi k mencapai kemuncak apabila rundingan di Amerika Syarikat untuk menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal. Kegagalan rundingan tersebut menyebabkan pemerintah tentera Jepun mengeluarkan arahan serangan serentak ke atas Asia Pasifi k pada Disember 1941. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifi k bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawai, iaitu pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifi k pada 8 Disember 1941. Seterusnya serangan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda yang lain seperti Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake. Serangan ke atas Pearl Harbour bertujuan melumpuhkan tentera Amerika Syarikat di Pasifi k yang boleh menjadi penghalang peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifi k. Serangan tersebut membawa kepada pelibatan Amerika Syarikat dalam perang di Asia Pasifi k apabila mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Melalui strategi yang berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara, Jepun berjaya membentuk empayar yang luas di Asia Pasifi k menjelang April 1942. Perang Dunia Kedua yang berlaku di Eropah dan Asia Pasifi k telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa manusia dan kemusnahan harta benda. Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifi k
32 Bab 3 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita Eksploitasi sumber bahan mentah Kepentingan strategik ketenteraan Penggunaan Propaganda 1 2 3 Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah untuk memenuhi keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun. Tanah Melayu merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah dunia, selain menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit. Sasaran utama Jepun di Sarawak ialah sumber minyak terutama di Miri dan Lutong. Pendudukan Jepun di negara kita merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk menjayakan pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya demi mengukuhkan ekonomi Jepun. Jepun menggunakan propaganda seperti penggunaan slogan “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia” untuk menjayakan misi pendudukan Jepun. Propaganda Jepun membangkitkan semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia. Kedudukan negara kita sesuai untuk kepentingan strategik ketenteraan Jepun. Di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan tentera laut British, iaitu Singapura. Penguasaan terhadap Singapura penting untuk membuka laluan penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera. Penguasaan terhadap Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa. Serangan Jepun terhadap Negara Kita Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand (Singgora dan Patani) pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan melalui pesisiran pantai barat. Sepasukan lagi melalui jalan darat menuju bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur. Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan. Seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942. Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula dengan pendaratan di Miri. Sepasukan tentera Jepun menduduki Kuching dan Sibu. Sepasukan lagi tentera Jepun mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah. Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan serangan tentera Jepun di Sabah. 1 2 3 4
Bab 3 33 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita Setelah menduduki negara kita, Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera. Panglima Agung Japanese Southern Army memerintahkan dasar pemerintahan tentera Jepun dilaksanakan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Dasar Pentadbiran Pentadbiran tentera Jepun Dasar terhadap Raja-raja Melayu Dasar terhadap kepimpinan tempatan 1 2 3 Pentadbiran tentera Jepun mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu. Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada bulan Januari 1943. Kedudukan sultan diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun dan diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang. Mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk. Tentera Jepun memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi. Tentera Jepun menubuhkan Institut Latihan Pemimpinpemimpin Muda (Koa Kunrenjo) untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam kalangan penduduk tempatan. Jepun memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran membentuk Kawasan Pertahanan Khas dan diletakkan di bawah pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura. Pada April 1944, pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera dipisahkan kerana wujud perbezaan sistem politik dan ekonomi semasa pentadbiran British dan Belanda sebelum perang. Sumatera diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera. Tanah Melayu ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29 berpusat di Taiping, Perak. Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) diasingkan pentadbirannya dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran kerajaan Thailand. Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran dikenali sebagai Kita Boruneo yang diketuai Gabenor Jeneral dan di bawah pasukan tentera Jepun ke-37 berpusat di Kuching. Tips SPM Pendudukan Jepun memberi pengalaman kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran dan lebih yakin untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia.
34 Bab 3 Dasar Ekonomi Dasar Sosial Pentadbiran tentera Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan disebabkan kemelesetan ekonomi. Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan. Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan untuk membangunkan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada. Mata wang Jepun menggantikan mata wang yang digunakan oleh British. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan menyebabkan berlaku infl asi kerana banyak wang tetapi kekurangan barangan di pasaran. Pendidikan Sikap Jepun terhadap agama 1 2 Jepun menutup sekolah Inggeris dan Cina. Terdapat bangunan sekolah tersebut digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera Jepun. Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu), mencapai teknologi industri, meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun. Jepun berusaha memupuk nasionalisme Asia, menghapuskan pengaruh Barat dan menanam kesetiaan kepada Jepun. Pendidikan menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika). Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan secara meluas untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca dalam Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya. Sekolah bermula dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo). Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu serta tidak campur tangan dalam adat resam tempatan. Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan semula. Majlis Agama Negeri dibentuk dan persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar. Jepun secara halus memanipulasi pegawai agama untuk tujuan propaganda Jepun. Pegawai agama diminta menyampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun dalam kelas agama di masjid dan surau. Masjid digunakan untuk menyampaikan titah sultan bagi menyokong dasar Jepun seperti menambah pengeluaran makanan dan tidak menyebar khabar angin. Tips SPM Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” yang rendah nilainya. Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian dan ubat-ubatan sukar diperoleh. Jika ada, harganya melambung tinggi.
Bab 3 35 Catuan dan penghasilan makanan Layanan terhadap penduduk 3 4 Jepun memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan. Catuan makanan dikuatkuasakan untuk mengawal penjualan barangan keperluan asas seperti beras, garam dan gula. Jepun menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri melalui kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk mencukupkan makanan dalam negeri. Keperitan hidup menjadikan penduduk negara kita lebih kreatif dalam kehidupan dengan menghasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan untuk kelangsungan hidup seperti menghasilkan tempe daripada biji getah. Jepun memberikan layanan berbeza mengikut kaum berdasarkan kepentingan tertentu. Landasan Kereta Api Maut menjadi bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun. Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api dari Thailand ke Burma (Myanmar) melalui hutan tebal tropika dan pergunungan. Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, pelbagai jenis penyakit serta suasana buruk di tempat kerja. Kaum Layanan Melayu dan peribumi lain India Cina Memberi layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi lain untuk mendapatkan sokongan bagi melicinkan pemerintahan. Membantu menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Mendapatkan kerjasama orang India dalam rancangan Jepun untuk menguasai negara India. Bertindak kejam kesan permusuhan daripada Perang China-Jepun. Dipaksa membayar sejumlah wang sebagai hukuman penentangan mereka terhadap Jepun semasa Perang China-Jepun. Uji Diri 1 Jelaskan kesan pendudukan Jepun terhadap rakyat di negara kita. Cabaran KBAT 1 Mengapakah Jepun memberi layanan baik terhadap orang Melayu?
36 Bab 3 Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu bersama pasukan British menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan. Pelibatan Rejimen Askar Melayu dalam pertempuran menentang tentera Jepun di Singapura memperlihatkan semangat juang yang tinggi. Leftenan Jeneral A.E. Percival, Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan semangat juang askar Melayu sebagai contoh keteguhan dan ketahanan yang menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang berjuang sehingga hujung nyawa wajar dikenang dan menjadi iktibar tentang kepentingan sikap sedia berkorban untuk tanah air. Pertempuran di Bukit Candu, Singapura menjulang nama Rejimen Askar Melayu dan menampilkan keberanian Askar Melayu seperti Leftenan Adnan Saidi. Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC dianugerahi pingat Military Cross kerana keberanian menyelamatkan hampir 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di kawasan pantai Johor. Koperal Yaakob Bidin dianugerahi pingat Military Medal atas semangat keberanian dalam pertempuran di Pasir Panjang. Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air Kerjasama MPAJA dan Force I36 Penentangan MPAJA Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun Pemerintahan tentera Jepun yang kejam dan kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh rakyat telah mencetuskan penentangan terhadap pendudukan Jepun. Layanan kejam tentera Jepun menyebabkan sebahagian orang Cina mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menubuhkan pasukan gerila menentang Jepun, iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA). 165 orang anggota PKM diberi latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk menjalankan kerja sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun. Mereka kemudian dihantar ke Tanah Melayu untuk membentuk pasukan gerila yang menjadi asas pembentukan lapan rejimen MPAJA. Pada Disember 1943, MPAJA dan Force 136 menjalin kerjasama menentang tentera Jepun. Melalui kerjasama ini, MPAJA menerima bantuan senjata, ubat-ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan daripada tentera British. Leftenan Adnan Saidi
Bab 3 37 Kerjasama MPAJA dan Parti Kuomintang Force 136 Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT) seperti Lim Bo Seng menentang tentera Jepun di utara Tanah Melayu terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan. Gerila KMT menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) yang dikenali sebagai Tentera Bintang Satu. Gerila KMT bersetuju bekerjasama dengan MPAJA atau PKM menentang tentera Jepun. Pada tahun 1943, British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) berpusat di Colombo, Sri Lanka dan membentuk unit khas yang dikenali sebagai Force 136. Anggota Force 136 mendapat latihan di India dan Sri Lanka. Mereka dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui payung terjun dari kapal terbang untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun. Anggota terawal Force 136 Tanah Melayu seperti Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa. Pemimpin terkenal Force 136 Tengku Mahmood Mahyiddeen Pemimpin pasukan Melayu Force 136. Menerima jolokan “Harimau Malaya” kerana mengelolakan siaran radio dari India yang dinamakan Suara Harimau Malaya. Menyeru orang Melayu menentang tentera Jepun dan tali barutnya. Yeop Mahidin Mohamed Shariff Pemimpin Wataniah Pahang. Memohon perkenan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar sebagai Pemerintah Kehormat. Mengetuai operasi sekitar Kuala Lipis, Raub sehingga bahagian tengah Temerloh. Tindakan Force 136 dan gerila Melayu dalam menentang tentera Jepun: Melakukan sabotaj. Mengumpulkan maklumat. Menyebarkan propaganda. Membantu British dalam Operasi Zipper (serangan besar-besaran menawan semula Tanah Melayu pada 1945). Disember 1944 Januari 1945 Februari 1945 Force 136 Ulu Perak Askar Melayu Setia Force 136 Pahang Wataniah Pahang Force 136 Kedah Gerila Melayu Kedah Ditubuhkan dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik, Kapten Mohd Salleh Hj. Sulaiman. Berjaya mendarat di Hulu Perak. Ditubuhkan dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin. Berjaya mendarat di Raub, Pahang. Dibentuk dengan bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman. Berjaya mendarat di Kampung Kuala Janing, Kedah.
38 Bab 3 Sybil Medan Daly lebih dikenali sebagai Sybil Kathigasu merupakan jururawat yang berani dan cekal dalam membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak. Syabil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan klinik di Ipoh sejak sebelum perang sehinggalah kedatangan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti–Jepun. Syabil menyembunyikan radio secara rahsia dan berkongsi maklumat yang diperolehi daripada siaran radio British kepada gerila anti–Jepun. Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun apabila kegiatan mereka terbongkar. Semasa berada di dalam tahanan, tentera Jepun melakukan seksaan sehingga kematian suaminya. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Syabil dibebaskan dan diterbangkan ke Britain untuk menerima rawatan perubatan. Syabil Kathigasu dianugerahkan Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa pendudukan Jepun dan merupakan wanita tunggal dari Tanah Melayu yang menerima anugerah tersebut. Penentangan Individu Sybil Kathigasu Gurchan Singh 1 2 Gurchan Singh merupakan anggota polis sebelum pendudukan Jepun. Beliau menentang pendudukan tentera Jepun dengan menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran Lion of Malaya. Risalah penentangan yang dihasilkan oleh Gurchan Singh diedarkan secara teratur dan berkesan untuk memberitahu penduduk tentang fakta sebenar mengenai perang dan pendudukan tentera Jepun. Beliau berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan. Beliau menjadi dalang dalam sabotaj terhadap landasan kereta api yang menjejaskan pengangkutan tentera Jepun. Beliau ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati, namun dapat melarikan diri ke Burma sehingga perang tamat. Cabaran KBAT 2 Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tokoh yang sanggup menentang Jepun secara individu? Uji Diri 2 Senaraikan nama tokoh daripada Rejimen Askar Melayu yang menentang Jepun secara individu? menentang pendudukan Jepun.
Bab 3 39 Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah Operasi Semut merupakan siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia sebagai sebahagian daripada kempen Tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak. Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia atau Australian Services Reconnaissance Department (SRD). Bertujuan mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan melancarkan perang gerila menentang Jepun. Anggota SRD terdiri daripada tentera Australia, British dan New Zealand. Pada Mei 1945, anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk mengatur penentangan terhadap Jepun dan membuat persediaan bagi pendaratan Tentera Bersekutu. Rekrut tempatan dikenali sebagai Gerila Semut yang dianggotai oleh orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Iban. Kepakaran Gerila Semut penting dalam usaha merancang taktikal perang gerila menentang tentera Jepun kerana sebagai penduduk tempatan, mereka mengetahui selok-belok bumi Sarawak. Kawasan Operasi Semut: 1 2 Operasi Semut Pemberontakan Jesselton (Kota Kinabalu) Gerila Semut Kawasan Operasi Semut I Semut III Semut II Semut IV Lembah Bario hingga ke Belait dan Trusan Lembangan Sungai Rajang Lembangan Sungai Baram, Tutong, Marudi dan Brunei Bintulu dan Mukah Pemberontakan Jesselton dikenali juga sebagai pemberontakan Double Tenth, iaitu penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun di Sabah. Penentangan dilakukan oleh kumpulan Albert Kwok yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu Pada Oktober 1943, Gerila Kinabalu menyerang pejabat pentadbiran dan kemudahan tentera serta membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran. Tentera Jepun melancarkan serangan balas dengan pantas dan kejam. Perkampungan di persisiran pantai diserang dan dibom. Beratus-ratus orang disoal siasat dan diseksa dalam usaha mencari pemimpin dan anggota pemberontak. Pada Disember 1943, Albert Kwok menyerah diri demi menamatkan serangan balas tentera Jepun terhadap orang awam. Beliau bersama 175 orang dihukum bunuh di Petagas dan 131 orang dipenjarakan di Labuan. Terdapat juga pasukan gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun. Datu Mustapha Albert Kwok
40 Bab 3 Pendudukan Jepun berlaku ketika kesedaran nasionalisme di negara kita mula berkembang sebelum Perang Dunia Kedua. Slogan “Asia untuk Asia” dan Konsep “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya” yang menekankan kebebasan negara Asia dan meningkatkan persaudaraan sejagat, selari dengan perjuangan golongan nasionalis Tanah Melayu terutama Kesatuan Melayu Muda (KMM). KMM bekerjasama dengan Jepun dengan harapan Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kejayaan tentera Jepun mengalahkan British menyedarkan orang Melayu bahawa orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap sebagai kuasa besar. Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun Perkembangan Semangat Antipenjajah Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu Langkah tentera Jepun membebaskan ahli KMM yang dipenjarakan oleh British membangkitkan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Tentera Jepun memberi ruang kepada kegiatan politik KMM kerana memerlukan sokongan masyarakat tempatan. Pada Jun 1942, tentera Jepun membubarkan KMM kerana pemimpinnya menuntut kemerdekaan daripada Jepun. Menyedari Jepun tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, KMM meneruskan perjuangan kemerdekaan dengan strategi baharu. Anggota KMM dalam organisasi ketenteraan yang ditubuhkan tentera Jepun, iaitu Giyu Gun dan Giyu Tai menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun. Pada Jun 1945, tentera Jepun semakin tertekan dengan serangan Tentera Bersekutu berusaha memenangi kembali hati golongan nasionalis Melayu. Jepun menyokong Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Haji Yaakob, Onan Haji Siraj dan bekas pemimpin KMM yang menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Jepun merestui matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia”. Rancangan Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia tidak dapat dilaksanakan kerana Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Matlamat KRIS diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas pendudukan Jepun.
Bab 3 41 Amerika Syarikat menggunakan bom atom terhadap Jepun pada bulan Ogos 1945. Peristiwa tersebut membawa kekalahan tentera Jepun dan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun Kegiatan penduduk Sarawak dikawal melalui persatuan yang ditaja tentera Jepun seperti Perhimpunan Dayak. Persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kokokai, iaitu Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun yang menggabungkan persatuan Cina merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan. Orang Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa yang lebih tinggi sebagai Pegawai Daerah yang sebelumnya disandang oleh pegawai British. Contohnya: Menjawat jawatan tinggi memberi kesedaran dan keyakinan kepada pegawai tempatan untuk menjalankan tugas penting. Kesedaran politik melalui pengalaman semasa pendudukan Jepun menjadikan bumiputera Sarawak lebih yakin untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua. Pendudukan Jepun menyuntik kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakat setempat di Sabah. Selepas pendudukan Jepun, Tengku Noordin, Abu Bakar dan Zakaria Gunn menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) berdasarkan idea Harun Aminurrashid, nasionalis Tanah Melayu. Di bahagian pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Orang Kaya-kaya Abu Bakar. Abang Haji Openg Contohnya Pegawai Daerah Daerah Abang Haji Openg Satem Empenit Adam Kuching Lawas Simanggang Tarikh Peristiwa 6 Ogos 1945 8 Ogos 1945 9 Ogos 1945 15 Ogos 1945 Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima. Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan. Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki. Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah kepada Kuasa Bersekutu.
42 Bab 3 Beliau tidak dibenarkan berbuat demikian sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifi k pada 2 September 1945. Tentera British mula kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945. Beliau tidak dibenarkan berbuat demikian sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifi k pada 2 September 1945. Tentera British mula kembali ke Tanah Melayu 1 2 3 Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten (Lord Mountbatten), Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk segera mendarat di Tanah Melayu. Tarikh Peristiwa 3 September 1945 10 September 1945 13 September 1945 11 September 1945 12 September 1945 Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pinang Pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37, Leftenan Jeneral Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan. Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L. Roberts di Kuala Lumpur. Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu di atas kapal Tentera Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching, Sarawak. Pernyataan menyerah kalah tentera Jepun kepada Tentera Bersekutu ditandatangani oleh Leftenan Jeneral Seishiro Itagaki, Pemerintah Tertinggi Tentera Ekspedisi Jepun Wilayah Selatan dan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara, di Singapura. Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu Selepas tentera Jepun menyerah kalah, wujud kekosongan kuasa politik kerana kelewatan pendaratan tentera British. Kesempatan digunakan oleh Bintang Tiga Parti Komunis Malaya (PKM) melalui MPAJA untuk mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu. Lebih kurang 14 hari Tanah Melayu berada di bawah penguasaan Bintang Tiga. PKM melalui Bintang Tiga menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh tentera Jepun. Bintang Tiga menjalankan undang-undang sendiri dan menggunakan mahkamah yang dikendalikan oleh komunis untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun, terutama orang Melayu. Tindakan Bintang Tiga menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu dianggap melampau dan mencabar kesabaran.
Bab 3 43 Orang Melayu bersatu apabila Bintang Tiga mengancam institusi politik, kekeluargaan dan agama Islam. Gangguan Bintang Tiga dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang Melayu membentuk Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan maruah bangsa, hak dan harta serta kelangsungan hidup orang Melayu. Kepimpinan ulama tempatan memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu berhadapan dengan kezaliman Bintang Tiga. Di Johor, Kiai Salleh mempelopori penentangan terhadap Bintang Tiga dengan menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah. Di Sungai Manik, Perak, Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi Khalifah Parang Panjang dalam usaha mempertahankan orang Melayu daripada ancaman Bintang Tiga. Dato’ Onn Jaafar dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dengan tugas utama menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat. Pada Ogos 1945, Dato’ Onn Jaafar mengatur perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat. Dato’ Onn Jaafar berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja, manakala Bintang Tiga menamatkan penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat. Kedua-dua pihak memberikan kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor. Peranan Raja-raja Melayu Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar berangkat ke Kuala Lipis mengingatkan penduduk agar tidak berlaku pergaduhan antara Melayu dengan Cina. Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah bagi memastikan tiada berlaku pergaduhan antara Melayu dengan Cina. Mesyuarat dengan penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan diadakan bagi memastikan kerja pemulihan selepas perang diberikan keutamaan. 2 Kompromi dan usaha perundingan 3 Sarawak selepas Jepun menyerah kalah 1 Tindak balas Orang Melayu Usaha Dato’ Onn Jaafar Sultan Abu Bakar Sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 September 1945, ketegangan antara kaum berlaku di beberapa tempat. Di Kanowit, permusuhan berlaku antara bekas gerila peribumi yang dilatih oleh SRD dengan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun. Di Kuching, campur tangan segera tentera Australia mengenakan perintah berkurung berjaya menghalang pertumpahan darah antara kaum. Uji Diri 3 Mengapakah orang Melayu menubuhkan Gerakan Fi–Sabililah? Dato’ Onn Jaafar
Sejarah SPM PELANGI W.M: RM34.95 / E.M: RM35.95 VC228063 ISBN: 978-967-0066-31-8 Purchase eBook here! JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI Siri ini bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran berimpak dalam kalangan murid. Penerangan fakta melalui pendekatan infografik dan diagramatik dapat memberikan kesan visual yang bukan sahaja merangsang minat tetapi juga ingatan pembaca. Ciri-ciri istimewa buku ini: Uji Diri Tip SPM Cabaran KBAT