The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2026-01-06 20:40:15

Ranger Revisi Cepat SPM Pendidikan Islam

Ranger SPM (2026) Pendidikan Islam

AAJQPI2672027APELANGI BESTSELLERPENDIDIKANISLAMTINGKATAN 44 55 KSSM“REVISI CEPAT SPMPenerangan yang jelas dan perbincangan yang menarikmengenai topik buku.CASTPENDIDIKAN ISLAM SPMHaz MZMohd. Zaki YusoffMohd. Zahid Zulkefly


KANDUNG ANiiiTingkatan 4Surah al-An’am,Ayat 162 – 163 1PELAJARAN1Podcast 1Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 110 4PELAJARAN2Podcast 2Hukum Tajwid 8 PELAJARAN3 Podcast 3Larangan Rasuah 12 PELAJARAN4 Podcast 4Memahami Sunatullah 16 PELAJARAN5 Podcast 5Larangan Mempersendakan Agama 21PELAJARAN6Podcast 6Dakwah Pemacu Kemajuan 26PELAJARAN7Podcast 7Hindari Dosa-dosa Besar 30 PELAJARAN8 Podcast 8Kemuliaan Berdikari 38 PELAJARAN9 Podcast 9Allah SWT Maha Pembalas dan Maha Perkasa41PELAJARAN10Podcast 10Perkara yang Membatalkan Iman 45PELAJARAN11Podcast 11Hindari Ajaran Sesat 49 PELAJARAN12 Podcast 12Haji dan Umrah 53 PELAJARAN13 Podcast 13Sembelihan 61 PELAJARAN14 Podcast 14Korban dan Akikah 65 PELAJARAN15 Podcast 15Muamalat Islam 70 PELAJARAN16 Podcast 16Solat Sunat Duha dan Solat Sunat Gerhana 76PELAJARAN17Podcast 17Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin 81PELAJARAN18Podcast 18Kerajaan Umaiyah 87 PELAJARAN19 Podcast 19Kerajaan Abbasiyah 92 PELAJARAN20 Podcast 20Keunggulan Tokoh Empat Mazhab 97PELAJARAN21Podcast 21Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan102PELAJARAN22Podcast 22Khauf dan Raja’ 106 PELAJARAN23 Podcast 2300 KANDUNGAN RANGER SPM ISLAM.indd 3 05/01/2026 9:43 AM


ivAdab terhadap Orang Sakit dan Kurang Upaya 109PELAJARAN24Podcast 24Wasatiah Menjamin Kecemerlangan Umat 112PELAJARAN25Podcast 25Tingkatan 5Surah at-Taubah, Ayat 128 – 129 116PELAJARAN1Podcast 26Surah al-Hasyr, Ayat 21 – 24 119PELAJARAN2Podcast 27Hukum Tajwid: Bacaan Ra’, Wakaf dan Ibtibda’ 122PELAJARAN3Podcast 28Ciri-ciri Mukmin Berjaya 127PELAJARAN4Podcast 29Memahami Keutamaan dalam Tindakan 131PELAJARAN5Podcast 30Kepelbagaian Bangsa dalam Islam 136PELAJARAN6Podcast 31Setiap Orang Ialah Pemimpin 139PELAJARAN7Podcast 32Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah SWT142PELAJARAN8Podcast 33Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan146PELAJARAN9Podcast 34Akidah Ahli Sunah Waljamaah 150PELAJARAN10Podcast 35Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih 155PELAJARAN11Podcast 36Perkahwinan 161 PELAJARAN12 Podcast 37Isu-isu dalam Perkahwinan 169PELAJARAN13Podcast 38Pengurusan Harta Selepas Kematian 174PELAJARAN14Podcast 39Jenayah dalam Islam 181 PELAJARAN15 Podcast 40Kerajaan Uthmaniyah 185 PELAJARAN16 Podcast 41Keunggulan Tokoh Islam 190 PELAJARAN17 Podcast 42Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa 194PELAJARAN18Podcast 43Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah 197PELAJARAN19Podcast 44Alam Sekitar Penenang Minda 200PELAJARAN20Podcast 45Sifat Mazmumah Meracuni Hati 203PELAJARAN21Podcast 46Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 208Kertas Penilaian Tingkatan 4 222Kertas Model SPM 229Jawapan 239 00 KANDUNGAN RANGER SPM ISLAM.indd 4 05/01/2026 9:43 AM


PELAJARAN1 Surah al-An’am, Ayat 162 - 163 Podcast 1Tingkatan 4Al-Quran1Guru RakanBuku Teks InternetInti sari ayatKehidupan di dunia mesti dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah dan rasul-NyaSolat merupakan tonggak kepada semua amalanKeikhlasan adalah faktor utama segala ibadat diterima oleh Allah SWTSegala ibadat yang dilakukan hendaklah mengikut syariat Nabi Muhammad SAWSetiap umat Islam wajib memohon ampun hanya kepada Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan sekalian alamInti Sari AyatGaleri i-THINK01 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 1 05/01/2026 9:43 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 1 Surah al-An’am, Ayat 162 – 16324 Tingkatan1.1 Ayat Bacaan dan Hafazan(Surah al-An’am: 162 – 163)Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Tiadalah sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian sahaja aku diperintahkan dan aku ialah orang Islam yang awal pertama yang berserah diri kepada Allah.1.2 Inti Sari Ayat1. Solat merupakan tonggak kepada semua amalan seorang Muslim.2. Segala ibadat yang dilakukan hendaklah mengikut syariat Nabi Muhammad SAW.3. Kehidupan di dunia mesti dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya.4. Menyerahkan segala urusan kehidupan dan sesudah mati kepada Allah SWT sematamata.5. Keikhlasan adalah faktor utama segala ibadat diterima oleh Allah SWT.1.3 Kepentingan Ikhlas dalam BeribadatCara mencapai keikhlasan ketika beribadat Mengosongkan fikiran dan melupakan semuaurusan duniawi ketika sedang beribadat kepada Allah SWT. Meyakini bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan dilihat dan didengari oleh Allah SWT dan akan menerima balasan di atas amalan tersebut.Memahami makna dan hakikat ikhlas dalam beribadat hanya untuk mendapatkan keredaanNya semata-mata.Membersihkan hati daripada sifat yang mengotorinya seperti riyak, nifak dan syirik. Memohon petunjuk kepada Allah SWT agar menetapkan hati kita dalam ikhlas.Keikhlasan adalah syarat utama segala amal ibadat diterima oleh Allah SWT.Jika seseorang itu bersikap riyak walaupun sedikit ketika beribadat tetap mengurangi nilai ibadat tersebut kerana tiadanya nilai keikhlasan.Kepentingan ikhlas dalam beribadat01 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 2 05/01/2026 9:43 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 1 Surah al-An’am, Ayat 162 – 16334 TingkatanKita hendaklah melaksanakan semua ibadat dengan niat ikhlas kerana Allah SWT supaya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.Kita hendaklah menjauhi sifat riyak dan menunjuk-nunjuk ketika beribadat supaya amalan tidak menjadi sia-sia.Kita hendaklah menyerahkan urusan kehidupan dan sesudah kematian hanya kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Kita hendaklah memelihara diri daripada melakukan amalan syirik seperti menyembah sesama makhluk kerana menganggapnya boleh memberikan mudarat dan manfaat dalam urusan kehidupannya.Kertas 21. (a) Anda dikehendaki membaca ayat al-Quran berikut.(Surah al-An’am: 162 – 163)(b) Sila ulang dan sambung bacaan berikut.… (Surah al-An’am: 162 – 163)Sebagai umat Islam:13241.4 Pengajaran AyatPRAKTIS SPM 101 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 3 05/01/2026 9:43 AM


PELAJARAN2 Surah al-Kahfi,Ayat 101 - 110Tingkatan 4Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk disampaikan kepada umatnyaAllah SWT menyediakan syurga Firdaus kepada orang yang beramal solehOrang yang beramal soleh akan kekal di dalam syurga FirdausOrang yang tertutup pintu hatinya tidak akan dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah SWTAllah SWT telah menyediakan neraka jahanam kepada sesiapa sahaja yang mensyirikkan-NyaOrang yang ingkar perintah Allah SWT akan tertolak amal kebaikannya pada hari kiamat nantiInti sari ayat 101–110, surah al-Kahfi4Inti Sari Ayat 101–110, Surah al-KahfiAl-QuranPodcast 2Galeri i-THINK01 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 4 05/01/2026 9:43 AM


Pendidikan Islam SPM  Pelajaran 2  Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 11054 TingkatanUnit 1: Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 1062.1.1 Ayat Bacaan dan Hafazan(Surah al-Kahfi: 101 – 106)Maksudnya: “Orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingati-Ku dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali. Maka adakah orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hamba-Ku sebagai makhluk yang disembah selain Aku dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahanam bagi orang kafir itu sebagai tempat tetamu. Katakanlah “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya? Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang dilakukan oleh mereka. Merekalah orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya maka gugurlah amal-amal mereka, maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. Demikianlah, balasan mereka ialah neraka Jahanam, disebabkan mereka ingkar dan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan”.2.1.2 Inti Sari Ayat 101 hingga 1061. Orang yang tertutup pintu hatinya tidak akan dapat melihat tanda-tanda kekuasaan Allah SWT2. Allah SWT telah menyediakan neraka jahannam kepada sesiapa sahaja yang mensyirikkan-Nya3. Orang yang mempersendakan ayat Allah SWT dan menghina para rasulnya merupakan golongan yang rugi01 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 5 05/01/2026 9:43 AM


Pendidikan Islam SPM  Pelajaran 2  Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 11064 TingkatanKita wajib memohon perlindungan kepada Allah SWT sahaja bukannya beristi’azah kepada makhluk-NyaKita wajib menjauhi sikap seperti orang kafir yang menjadikanmakhluk sebagai sembahan selain Allah yang menyebabkan semua amal mereka sia-sia dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka12Unit 2: Surah al-Kahfi, Ayat 107 – 1102.2.1 Ayat Bacaan dan Hafazan(Surah al-Kahfi: 107 – 110)Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu. Mereka kekal di dalamnya, dan mereka tidak ingin berpindah daripadanya. Katakanlah “kalau semua jenis lautan menjadi tinta (dakwat) untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” Katakanlah “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu? Maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”2.2.2 Inti Sari Ayat 107 hingga 110Allah SWT menyediakan syurga Firdaus kepada orang yang beramal solehPara rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk disampaikan kepada umatnyaSeseorang yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya akan sentiasa beramal soleh serta menjauhi perbuatan syirik1 2 32.1.3 Pengajaran Ayat 101 hingga 10601 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 6 05/01/2026 9:43 AM


Pendidikan Islam SPM  Pelajaran 2  Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 11074 TingkatanKertas 21. Anda dikehendaki membaca ayat al-Quran berikut.(Surah al-Kahfi: 101 – 106)1. Kita hendaklah sentiasa beramal soleh ketika di dunia ini agar dimasukkan ke dalam syurga yang seluas langit dan bumi. 2. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dan meningkatkan amal soleh dengan memperbanyakkan berzikir dan beribadah sebagai bekalan diakhirat.3. Kita hendaklah meyakini bahawa ilmu Allah SWT tersangat luas dan jumlahnya tidak terbatas.4. Kita hendaklah bersifat tawaduk (merendah diri) apabila diberi ilmu oleh Allah SWT dengan tidak bersikap sombong, iaitu menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain kerana pada hakikatnya ilmu yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita hanya sedikit sahaja.Amalan Membaca 10 Ayat Pertama dan Terakhir Surah al-Kahfi Jadi Benteng Fitnah DajalINFO2.2.3 Pengajaran AyatPRAKTIS SPM 201 RANGER ISLAM TG4 (1-3).indd 7 05/01/2026 9:43 AM


PELAJARAN11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat TasbihTingkatan 5155Galeri i-THINKPodcast 36FikahHikmah Menunaikan Solat Sunat Istikharah dan TasbihHikmah menunaikan solat sunatIstikharahTasbih • Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT• Mendidik umat Islam agar sentiasa memohonsesuatu kepada Allah SWT• Menjauhkan diri daripada perbuatan syirikdengan memohon bantuan selain Allah SWT• Mendapat keampunan Allah SWT keranamengamalkan sunah Rasulullah SAW• Meraih ganjaran pahala yang besar daripadaAllah SWT• Memberikan ketenangan jiwa kerana banyakberzikir kepada Allah SWT14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 155 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih5 Tingkatan156Unit 11.1: Solat Sunat Istikharah11.1.1 Maksud dan Hukum Solat Sunat IstikharahMaksud Solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalammenentukan pilihan bagi sesuatu perkaraHukum SunatDalil naqliDaripada Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a. meriwayatkan bahawa RasulullahSAW pernah mengajarkan kami tentang istikharah. Baginda SAW bersabda:ْ ِفَر َ يضِة.ِْر ال غيْ ِن ِ م ْن ََيْ ْكَع َ ر َكَعتَرْيْمِر فَلَ(Muslim Riwayat (إِ َذ َ ا ه َّم أَ َحُد ْكُم ِ باألMaksudnya: Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara maka dirikanlah solat sunat dua rakaat selain daripada yang difardukan.11.1.2 Kaifiat Menunaikan Solat Sunat IstikharahNiatLafaz niat:َِّه تََعالَىْ ِن لِلَيّـِ ْي ُ سَّنَة إِْ الْسِت َخ َارِة َ ر َكْعتُ َصلأMaksudnya: Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah TaalaBilangan rakaat 2 rakaatCarapelaksanaan BersendirianBacaan dalamsolatRakaat Pertama Rakaat KeduaSurah al-FatihahSurah al-Kafirun atau surah lain Surah al-Ikhlas atau surah lainMenyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salamBerdoa dengan doa yang sesuaiKuizBerapakah bilangan rakaat solat sunat istikharah?14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 156 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih5 Tingkatan157Rasulullah SAW telah mengajar Jabir bin Abdullah dengan doa ini:َ ُم َ والَ ََّك تَ ْقِدُر َ والَ أَقِْدُر َ ، وتََعلإنَْعِظ ِيم، فََِِك الَُك ِ م ْن فَ ْضلْسأَلَِك َ ، وأََ ْقِدُرَك ِ بُق ْدَرتْستِْمَك َ ، وأََك ِ بِعلُْرَ ِخيْستّـِي أََّ ُه َّم إِناَللَِةُ لِ ِي ف ِي د ِين َي وَمَع ِ اش َي وَع ِاقبْرَ َ )............( خيْمرََ ُم أَ َّن َ هَذ األَّ ُمَّم إِ ْن ْ كُن َت تَ ْعلُ ِوب. اَللْ ُغي ع ُالَّم الَّ َت ََ ُم َ ، وأَنأَ ْعلْمِر )............( ََ ُم أَ َّن َ هَذ األَ ِارْك لِ ِي ف ِيه َ ، وإِ ْن ْ كُن َت تَ ْعلُْدَرةُ لِ َي، وبِِه، فَاقْمِر َي و ِآجلٌ لِ ِي ف َي ع ِ اج ِل أَْرْو َ خيْمِري أَأَْثَُم َ ا كَان، ثُ َّم َ رِضِن ِي بِه. حيَ َْرْ َخيُْدْر لِ َي ال عْنُه َ ، واقُّ لِي فَ ْ اصِرفُْه َ و ْ اصِرفُْه َشَ رMaksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon diberikan daripada kurniaan-Mu yang agung, sesungguhnya engkaulah berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib. Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui perkara ini (……………..) ialah sesuatu yang baik kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau baik dalam waktu terdekat ini dan masa depan, maka tetapkanlah dan permudahkanlah untukku, berkatilah aku dengannya, dan apabila engkau mengetahui perkara ini (………), tidak baik untukku, jauhkannya daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, tetapkanlah kebaikan kepadaku di mana-mana sahaja kebaikan ini berada dan redakanlah aku dengannya.11.1.3 Hikmah Menunaikan Solat Sunat IstikharahMeningkatkan keimanankepada Allah SWTkerana menjadikan AllahSWT sebagai tempatpergantungan dalam semuaurusan kehidupanMenjauhkan diri daripadaperbuatan syirik denganmemohon bantuan selainAllah SWT seperti bomohMendidik umat Islamagar sentiasa memohonsesuatu kepada Allah SWTterutama dalam membuatkeputusanMembuktikan bahawakita ini adalah hambaAllah SWT yang lemahdan hina yang sangatmemerlukan petunjuk-Nyaagar dipermudahkan segalaurusanHikmah menunaikan solat sunat istikharahApa Itu Istikharah?INFO14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 157 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih5 Tingkatan158Unit 11.2: Solat Sunat Tasbih11.2.1 Maksud dan Hukum Solat Sunat TasbihMaksud Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali tasbihpada keseluruhan solatHukum SunatDalil naqliRasulullah SAW mengajar kepada Abbas r.a. tentang amalan yangmenghapuskan dosa. Sabda Rasulullah SAW:َِةَاءِْقرَ ْغ َت ِ م ْن الإ َذا فَرَ ِ اب َ وُس َورٍة، فَِْ ِكتِ َحِة الُ ِ ف َ ي كُلِّ ر َكْعٍة ِ بفَاتَأَ َع َ ر َكَع ٍ ات تَ ْقرْربّـِ َي أَأَ ْن تُ َصلُ َ خ ْم َسَرَُّه أَكْبَُّه َ ، واللَِّه َ والَ إِ َله إِالَّ اللْ َح ْمُد لِلَِّه َ والْ َح َ ان اللِ ٌم ُ : سبْ َت قَائْ َت َ وأَنْوِل َ ر َكْعٍة قُلِفي أًَا، ا عشْ رَُه ََُقولَّ ِ كُوع فَتَسَك ِ م َن الرْْفَ ُع َ رأًا، ثُ َّم تَر عشْ رِ ْع َْ َت َ راكَُق ُول َ وأَنْ ُكَع فَتَّة،ً ثُ َّم تَرَ َ ةَ مرَعشْ رًا، ثُ َّما عشَ رَُه ََُقولَسَك ِ م َن ال َّس ُج ِود فَتْْفَ ُع َ رأًا ثُ َّم تَر عشَ رْ َت َ س ِ اجٌد ََُه َ ا وأَنَُقولثُ َّم تَ ْهِو َي س ِ اجًدا فَتْ ُع َونًا، فََذلَِك َ خ ْمَسٌة َ وَسبا عشْ رَُه ََُقولَسَك ِ م ْن ُّ الس ُج ِود فَتْْفَ ُع َ رأًا، ثُ َّم تَرا عشَ رَُه ََُقولتَ ْس ُجٌد فَتإ ْن لَ ْمْةً فَافَْعلْ فَِ مرَ ْوٍم َََه ِ ا في كُلِّ يّـِيَ ْع َت تُ َصلَطِ َ ر َكَع ٍ ات إِ ْن ْ استَعْربِف َ ي كُلِّ ر َكْعٍة تَ َفْع ِلُ في أََّة.ً مرإ ْن لَ ْم فَِف ُي عُمِرَك ََّة،ٌ فَِ مرإ ْن لَ ْم تَ َفْعلْ فَِف ْ ي كُلَّ شَ هٍر ََّة،ٌ فَِ مرَ ِط ْع فَِف ُ ي كُلِّ ج ُمَعٍة َتَ ْست(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, at-Tirmidzi)Maksudnya: Engkau solat sebanyak 4 rakaat, Engkau baca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu engkau masih berdiri maka ucapkanlah “Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahuakbar” 15 kali kemudian engkau rukuk dan bacalah (zikir tersebut) sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada rukuk dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangit daripada sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari sujud bacalah ia sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat. Kalau tidak mempu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mempu, lakukanlah sekali seumur hidup.11.2.2 Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan Satu SalamNiatLafaz niat empat rakaat (satu salam):َِّه تََعالَىَ َع َ ر َكَع ٍ ات لِلْربْ ِح أََّ ْسبِيّـِ ْي ُ سَّنَة التُ َصلأMaksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 158 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih5 Tingkatan159Bilangan rakaat Empat rakaat dengan satu salam jika dilakukan pada siang hariCarapelaksanaan Boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaahBacaan dalamsolatRakaat 1 Rakaat 2 Rakaat 3 Rakaat 4Surah al-Fatihah• Surah alTakasur atausurah yanglain• Bertasbihsebanyak 15kali• Surah al-Asratau surahyang lain• Bertasbihsebanyak 15kali• Surah alKafirun atausurah yanglain• Bertasbihsebanyak 15kali• Surah alIkhlas atausurah yanglain• Bertasbihsebanyak 15kaliRukuk – bertasbih 10 kaliIktidal – bertasbih 10 kaliSujud – bertasbih 10 kaliDuduk antara 2 sujud – bertasbih 10 kaliSujud kedua – bertasbih 10 kaliDuduk istirehatsebelum bangunberdiri untukrakaat kedua -bertasbih 10kaliDuduktasyahhudawal danmembacatahiyat -bertasbih 10kaliDuduk istirehatsebelum bangunberdiri untukrakaat keempat- bertasbih10 kaliDuduktasyahhudakhir danmembacatahiyat -bertasbih 10kaliMemberi salam11.2.3 Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan Dua SalamNiatLafaz niat dua rakaat (empat rakaat dua salam):َِّه تََعالَىْ ِن لِلَيْ ِح َ ر َكْعتَّ ْسبِيّـِ ْي ُ سَّنَة التُ َصلأMaksudnya: Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah TaalaBilangan rakaat Empat rakaat dengan dua salam jika dilakukan pada waktu malamCarapelaksanaan Boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 159 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 11 Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Tasbih160Kertas 11. Bilakah kita digalakkan melakukan solat sunat istikharah?2. Jelaskan dua hikmah menunaikan solat sunat istikharah.3. Nyatakan maksud solat sunat tasbih.1234Mendapat keampunan Allah SWT kerana mengamalkan sunah Rasulullah SAWMemberikan ketenangan jiwa kerana banyak berzikir kepada Allah SWTMendekatkan diri kepada Allah SWT dengan bertasbih sebanyak 300 kali padaempat rakaat semuanyaMeraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT kerana banyak bertasbihkepada Allah SWT5 TingkatanBacaan dalamsolatRakaat 1 Rakaat 2Surah al-Fatihah• Surah al-Kafirun atau surah yanglain• Bertasbih sebanyak 15 kali• Surah al-Ikhlas atau surah yanglain• Bertasbih sebanyak 15 kaliRukuk – bertasbih 10 kaliIktidal – bertasbih 10 kaliSujud – bertasbih 10 kaliDuduk antara 2 sujud – bertasbih 10 kaliSujud kedua – bertasbih 10 kaliDuduk istirehat sebelum bangunberdiri untuk rakaat kedua -bertasbih 10 kaliDuduk tasyahhud awal danmembaca tahiyat - bertasbih 10kaliMemberi salam11.2.4 Hikmah Menunaikan Solat Sunat TasbihPRAKTIS SPM 1114 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 160 05/01/2026 9:53 AM


PELAJARAN12 PerkahwinanTingkatan 5161Galeri i-THINKPodcast 37FikahHukum berkahwinHarusSunatWajibMakruhHaramOrang yang tiada desakan atauhalangan untuk berkahwinOrang yang berkeinginan untukberkahwin dan mampu menyediakannafkah zahir dan batinOrang yang bimbang terjerumus kelembah kemaksiatan (perzinaan dansebagainya) sekiranya tidak berkahwindan mampu menyediakan nafkah zahirdan batin serta sihat tubuh badanOrang yang mempunyai keinginan untukberkahwin tetapi tidak berkemampuanmemberi nafkah kepada pasangannyaseperti berpenyakit dan mati pucukOrang yang berkahwin keranamempunyai niat yang buruk sepertibertujuan menzalimi, menganiaya danmemudaratkan pasangannya161Hukum Berkahwin14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 161 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan162Unit 12.1: Perkahwinan12.1.1 Maksud PerkahwinanSuatu akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki denganperempuan menurut hukum syarak.12.1.2 Dalil1. Firman Allah SWT:(Surah an-Nuur: 32)Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang-orang soleh daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan…2. Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Masud:َ ِط ْع، َ ْستَ ِج َ ، وَم ْن لَ ْم يْفَرَ َصِر َ ، وأَ ْح َص ُن لِلْبَُّه أَ َغ ُّض لِلإنََزْوَج، فََِتْيَةَ فَلَاءْبَ َ اع ِ مْن ُكُم الَط مِن ْ استَ ِ اب ََ الشَّ با م ْعشَ رَ َي.ٌَُّه لَُه ِ وَجاَءإنِْه ِ ب َّ الص ْوِم، فََِيفََعل(Riwayat Abu Daud)Maksudnya: Wahai pemuda! Sesiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu menyediakan belanja kahwin, maka hendaklah berkahwin kerana berkahwin itu dapat menutup pandangan (daripada melihat maksiat) dan memelihara kemaluan (daripada melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa. Sesungguhnya puasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu.12.1.3 Hukum PerkahwinanHarus Orang yang tiada desakan dan halangan untuknya berkahwin.WajibOrang yang bimbang terjerumus ke lembah kemaksiatan (perzinaan dansebagainya) sekiranya tidak berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahirdan batin serta sihat tubuh badan.Sunat Orang yang mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakannafkah zahir dan batin serta sihat tubuh badan.Makruh Orang yang mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak berkemampuanmemberi nafkah kepada pasangannya seperti berpenyakit dan mati pucuk.Haram Orang yang berkahwin kerana mempunyai niat yang buruk seperti bertujuanmenzalimi, menganiaya dan memudaratkan pasangannya.14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 162 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan16312.1.4 Hikmah Berkahwin1. Hikmah berkahwin, antaranya ialah:(a) Memenuhi tuntutan batin (seksual) yang halal yang merupakan fitrah manusia.(b) Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial terutamazina yang boleh mencemarkan maruah diri dan keluarga.(c) Memelihara keturunan yang akan datang.(d) Mendapat ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal.(e) Terhindar daripada gejala seks bebas yang boleh membawa masalah jangkitanpenyakit.(f) Wujud hubungan persaudaraan antara keluarga belah suami dan isteri.12.1.5 Golongan Wanita yang Haram Dikahwini1. Haram selama-lamanya:Keturunan Penyusuan Persemendaan• Ibu• Nenek dan ke atas• Anak perempuan• Cucu perempuan• Adik-beradik perempuan seibusebapa atau sebapa atau seibu• Anak perempuan daripadaadik beradik lelaki atau adikberadik perempuan sama adaseibu sebapa, sebapa atauseibu• Ibu saudara• Nenek saudara• Ibu susuan• Ibu bagi ibu susuandan ke atas• Ibu bagi suami ibususuan dan ke atas• Anak-anak ibu susuan• Adik-beradik susuan• Anak saudara daripadaadik-beradik susuan• Adik-beradik ibususuan• Adik-beradik suamiibu susuan• Ibu tiri dan ke atas(disetubuhi atautidak)• Menantu perempuandan ke bawah• Ibu mertua dan keatas (nasab ataususuan)• Anak tiri dan kebawah (disetubuhiibunya)2. Haram sementara:• Perempuan yang masih isteri orang (bersuami)• Isteri yang masih dalam idah• Isteri yang dicerai talak tiga sehingga berkahwin lain, diceraikan dan tamattempoh idah• Perempuan musyrik (bukan Islam)• Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa12.1.6 Rukun NikahBakal suami Bakal isteri Wali Dua orangsaksiIjab dankabul (sighah)14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 163 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan16412.1.7 Syarat Rukun NikahBakal suamiBakal isteriWaliDua orang saksi(a) Maksud: Lelaki yang berkahwin dengan seseorang perempuan(b) Syarat bakal suami:• Islam• Lelaki yang telah dikenal pasti• Bukan mahram dengan isteri seperti mahram nasab, penyusuan atau persemendaan• Tidak berada dalam ihram haji atau umrah• Tidak mempunyai empat orang isteri dalam satu masa(a) Maksud: Perempuan yang dikahwini oleh seorang lelaki dalam majlis akad nikah(b) Syarat bakal isteri:• Islam• Bukan mahram kepada bakal suami• Perempuan yang telah dikenal pasti• Berkahwin atas kerelaan sendiri danbukan terpaksa• Bukan dalam idah talak raj’i• Bukan isteri orang• Bukan berada dalam keadaan ihram hajiatau umrah(a) Maksud: Orang yang layak untuk menikahkan pengantin perempuan(b) Syarat wali:• Islam• Lelaki• Baligh• Waras dan berakal• Merdeka• Adil, iaitu tidak melakukan dosa besaratau melakukan dosa kecil secaraberterusan• Tidak berada dalam ihram haji atauumrah• Tidak dipaksa mewalikan• Tiada penyakit yang mencacatkan fikiranseperti nyanyuk dan gila• Mampu memelihara dan menguruskanhartanya (Bukan seorang safih)(a) Maksud: Orang yang menyaksikan dan boleh mengesahkan akad nikah(b) Syarat saksi:• Islam• Lelaki• Baligh• Berakal• Merdeka• Pendengaran yang baik• Penglihatan yang baik• Adi14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 164 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan165Ijab dan kabul (sighah)(a) Maksud: • Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakil wali • Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya(b) Syarat lafaz akad nikah:• Lafaz ijab dan kabul hendaklah jelas dan bukan secara kiasan seperti kata wali: Sayaserahkan anakku kepada kamu…”• Lafaz ijab dan kabul hendaklah berturutan dan tidak diselangi dengan diam yang lamaatau tidak diselangi dengan perkataan lain• Lafaz akad nikah hendaklah berkuat kuasa serta merta kesannya• Kelayakan wali dan bakal suami berkekalan sehingga selesai akad• Lafaz ijab jelas dan boleh difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi• Tidak dibataskan dengan tempoh masa seperti nikah kontrak/ mutaah1. Susunan wali mengikut urutan/ keutamaan:(a) Bapa kandung. (b) Datuk sebelah bapa dan ke atas.(c) Adik beradik lelaki seibu sebapa.(d) Adik beradik lelaki sebapa.(e) Anak saudara lelaki seibu sebapa.(f) Anak saudara lelaki sebapa.(g) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa.(h) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa.(i) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.(j) Bapa saudara sebelah bapa sebapa.(k) Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa (sepupu).(l) Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu).(m) Wali hakim.2. Sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim:(a) Tiada lagi wali nasab mengikut susunan.(b) Wali ghaib atau hilang (tidak dapat dikesan) sama ada masih hidup atau mati.(c) Wali tinggal atau berada jauh melebihi dua marhalah.(d) Anak tidak sah taraf.(e) Wali dalam ihram haji atau umrah.(f) Wali enggan mewakilkan pernikahan.(g) Saudara baharu (muallaf) yang tiada wali nasab yang lain.(h) Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan wanita tersebut dan tiada wali lain yang setaraf (sepupu lelaki mengahwini sepupu perempuan).Wali mujbirWali bukan mujbirBidang KuasaWali dalamPernikahan INFO14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 165 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan16612.1.8 Perkara-perkara yang Berkaitan dengan Perkahwinan dalam Islam1. Ciri-ciri pemilihan calon suami dan isteri:(a) Penghayatan agama yang baik. (d) Sekufu.(b) Akhlak yang mulia. (e) Pasangan yang sihat.(c) Keturunan yang baik. (f) Rupa paras yang baik.2. Merisik dan meminang:Maksud merisik Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakalisteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendakiMaksud meminang Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuanuntuk dijadikan calon isteri menurut uruf (adat) setempatHukum melihat perempuan yang hendak dipinang• Sunat• Anggota yang harus dilihat: Muka dan kedua tapak tangan3. Mahar:Maksud Suatu pemberian yang bernilai atau berfaedah yang wajib diberioleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikahHukum WajibHukum menyebut mahar SunatKadar mahar Tidak mempunyai kadar yang tetap dan tidak semestinya dalambentuk tunaiBentuk mahar Sesuatu yang bernilai atau berfaedah4. Walimatulurus:Maksud Kenduri yang diadakan sempena perkahwinanHukum Sunat muakadTujuan pensyariatan• Mensyukuri nikmat Allah SWT atas perkahwinan yang didirikan• Merapatkan hubungan silaturahim• Menghebahkan perkahwinan kepada orang ramai/ masyarakatsetempat untuk menghindari sebarang fitnahHukum memenuhi undangan Fardu ainAdabmengadakanwalimatulurus• Diadakan secara sederhana dan elakkan pembaziran• Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja sekiranya majlistersebut melebihi sehari• Undangan tersebut untuk melahirkan kasih sayang danmerapatkan hubungan silaturahim• Orang yang mengundang bukan seorang yang zalim ataudiketahui memiliki harta yang haram• Tidak terdapat perkara mungkar dalam majlis tersebut14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 166 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan5 Tingkatan167Unit 12.2: Kemahiran Keibubapaan1. Berikut ialah tanggungjawab suami dan isteri:Tanggungjawab suami Tanggungjawab isteri• Menyediakan segala keperluanasas untuk isteri dan anak-anakmengikut kemampuan suami• Memberikan kasih sayang, belaskasihan serta nafkah batin bagimemenuhi keperluan seksual isteri• Memberikan layanan yang baikkepada isteri seperti tutur katayang baik dan lemah lembut sertaperlakuan yang sopan• Memberikan ilmu dan pengetahuanagama yang secukupnya kepadaisteri dan anak• Menyelesaikan mahar yang belumdijelaskan• Mentaati perintah suami selagi tidakbertentangan dengan hukum syarak• Menjaga kehormatan diri denganberpakaian menutup aurat,memelihara pandangan dan menjagabatas pergaulan ketika berada di luarrumah• Menjaga kemuliaan, maruah dan hartasuami• Melakukan perkara yangmenyenangkan hatisuami• Mendapat keizinansuami sebelum keluar rumah2. Tanggungjawab suami dan isteri dari segi akidah, ibadat dan akhlak:1234Menerapkan didikan akidah Islam yang betulkepada anak-anak sejak daripada kecilMembentuk akidah keluarga berdasarkanakidah Ahli Sunah WaljamaahMemupuk asas ketakwaan yang mantap kepadaanggota keluargaMemelihara akidah keluarga daripada sebarangfahaman yang sesatAkidah Peranan Ayahdalamal-Quran INFO14 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 167 05/01/2026 9:53 AM


Pendidikan Islam SPM Pelajaran 12 Perkahwinan168IbadatAkhlakKertas 11. Nyatakan maksud perkahwinan.2. Bilakah berkahwin itu menjadi wajib kepada seseorang?3. Apakah tanggungjawab seorang suami kepada isterinya?Mendidik keluarga dengan memberi pengetahuanberkaitan dengan ibadat yang betulMemastikan anggota keluarga menunaikantanggungjawab ibadatMempraktikkan cara hidup bersyariat dalam keluarga sepertisolat berjemaah dan rutin membaca al-Quran setiap hariMemelihara anggota keluarga daripada ajaran yang merosakkanakidah123424Menyemai sikap berkasih sayang dan saling bantumembantu sesama anggota keluarga untuk mengeratkanhubungan silaturahimMenegur anggota keluarga yang melakukan kemungkaran13Menunjukkan akhlak yang mulia agar menjadi contohdalam keluargaBekerjasama melakukan urusan rumah tangga agarkebahagiaan dirasai setiap anggota keluarga5 TingkatanPRAKTIS SPM 1214 RANGER ISLAM TG5 (11-12).indd 168 05/01/2026 9:53 AM


208SOALAN KBATdengan JAWAPAN LENGKAPTingkatan 4PELAJARAN 3 Hukum TajwidQalqalah ialah bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf qalqalah disukunkan, iaitu sama ada sukun secara asli atau mendatang.Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan cara mudah untuk mengenal pasti qalqalah akbar. Kemukakan hujah anda yang bernas. [4 markah]Qalqalah akbar ialah lantunan yang paling kuat, iaitu apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah, huruf tersebut hendaklah dibaca bersabdu (bertasydid). Kesimpulannya, sukun pada huruf qalqalah merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.PELAJARAN 4 Larangan RasuahRasuah adalah penyakit masyarakat yang dikatakan tidak akan dapat dihapuskan secara mutlak. Perbuatan ini hanya mampu dikurangkan ke tahap minimum yang boleh kerana selagi ada pemberi, selagi itulah akan ada penerima.Huraikan hujah anda bagi membuktikan bahawa rasuah boleh menghancurkan negara dan umat Islam. [4 markah]Rasuah merupakan virus yang akan memporak-perandakan sistem tugas dan prosedur kerja. Seseorang yang menerima rasuah tidak akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Hal ini akan menyebabkan organisasinya gagal mencapai matlamat. Kesimpulannya, pengambil rasuah merupakan seorang yang tidak beramanah dan dipandang hina oleh Islam dan masyarakat yang bertamadun.PELAJARAN 5 Memahami SunatullahMemahami dan menyusun kehidupan selari dengan sunatullah adalah syarat kejayaan, kebahagiaan dan segala kebaikan untuk kehidupan di dunia ini. Sebaliknya tidak memahami sunatullah dan melawan arusnya akan membawa kepada kegagalan dan kemusnahan.Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda menghayati konsep sunatullah untuk menjadi murid yang berjaya dalam hidup? Huraikan. [4 markah]Murid hendaklah berusaha menguasai kepelbagaian ilmu pengetahuan agar mampu mencipta sesuatu yang baharu untuk dimanfaatkan oleh masyarakat seperti mencipta mikrofon, kamera, motor, lampu, kapal terbang, telefon dan segalanya yang berasaskan penemuan terhadap sistem-sistem tertentu ciptaan Allah pada alam ini. Kesimpulannya, dengan memahami sunatullah akan menjadi pelengkap dalam membimbing manusia untuk melaksanakan peranan mereka semasa hidup di dunia.19 S.KBAT RANGER SPM ISLAM.indd 208 05/01/2026 9:57 AM


Pendidikan Islam SPM Soalan KBAT Tingkatan 4209PELAJARAN 6 Larangan Mempersendakan AgamaTerdapat segelintir remaja kini tanpa segan silu bergurau mengenai pakaian kostum menyerupai Allah SWT.Huraikan hujah anda tentang cara terbaik mendidik remaja agar menjauhkan diri daripada mempersendakan agama yang boleh membawa terbatalnya akidah seseorang.[4 markah]Kita hendaklah sentiasa menyeru kepada anak-anak muda agar sentiasa berhatihati dengan setiap perkataan atau perbuatan walaupun hanya sekadar gurauan kerana bukan semua perkara kita boleh membuat gurau dengannya. Sebaliknya sesuatu perbuatan kadang-kala bukan sahaja melibatkan hukum-hakam bahkan melibatkan akidah seseorang yang menyebabkannya terbatal iman atau menjadi murtad. Kesimpulannya, seseorang yang mengejek atau mempersendakan agama boleh menyebabkannya menjadi kafir.PELAJARAN 7 Dakwah Pemacu KemajuanKemunculan semakin ramai ikon-ikon Muslimah media sosial yang digelar sebagai pempengaruh kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat melalui penyampaian dakwah santai dan berilmiah mereka seperti Nurhelizahelmi, Neelofa, Officialmizznina dan ramai lagi.Pada pendapat anda, sejauh manakah keberkesanan pempengaruh Muslimah ini mampu menjadi budaya dakwah dalam kalangan anak muda pada masa ini? Huraikan. [4 markah]Pempengaruh Muslimah yang sering menggunakan medium media baharu untuk menyampaikan dakwah melalui gambar mahupun video menarik, unik dan kreatif dilihat berjaya mencuri tumpuan ramai para pelayar media baharu kini untuk mendekati agama. Perubahan mereka ini telah menyebabkan apa-apa sahaja perkara yang pempengaruh itu papar dan kongsikan di media sosial akan mendapat ribuan ‘likes’ peminat. Kesimpulannya, anak muda kita lebih mengikuti dakwah pempengaruh kerana tertarik dengan kisah hidup, karakter dan kandungan yang berbeza yang dimuat naik dalam paparan masing-masing.PELAJARAN 8 Hindari Dosa-dosa BesarKetika masyarakat mula mengaplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir manusia terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam kerana gagal mengawal nafsu tamak dan iri hati terhadap kehidupan, kejayaan serta kehidupan orang lain.Huraikan usaha anda untuk menghindarkan diri daripada terkena gangguan sihir dan ilmu hitam tanpa disedari. [4 markah]19 S.KBAT RANGER SPM ISLAM.indd 209 05/01/2026 9:57 AM


222Kertas 1[100 markah]Jawab semua soalan.1. (a) Firman Allah SWT:(Surah al-Baqarah: 188)Ayat di atas menerangkan larangan rasuah.Berdasarkan ayat di atas,(i) Nyatakan pengertian rasuah.[2 markah](ii) Jelaskan dua sebab Islam melarang perbuatan rasuah. [4 markah]Allah SWT melarang orang beriman daripada mengambil harta sesama mereka secara batil seperti rasuah dan judi.(iii) Ramalkan keadaan yang akan berlaku sekiranya masyarakat gagal memahami pernyataan di atas.[4 markah]KERTAS PENILAIANTINGKATAN 420 KPENILAIAN RANGER SPM ISLAM.indd 222 05/01/2026 9:57 AM


Pendidikan Islam SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4223(b) Sabda Rasulullah SAW:َِّه َ ! وَما َ َ ا رُس َول اللُوا: يْ ُم ِوبَق ِ ات قَالْ َع الُ َّ وا السبَِنبَّ َم قَ َال ْ : اجتِْه َ وَسلَي علَُّه ََّى اللَ َ ةَ عِن َّ الن ِّ بِي َ صلْرَيَع ْن أَِب ُى هرِت ِيم، َْيَ َ ا، وأَ َ كْلُ م ِ ال الِّبْ َح ِّق َ ، وأَكْلُ الرَُّه إِ ِالَّ بالََّم اللَِّت َ ي حرْ َّ لُ الن ِفْس الُ َ وقَتَِّه َ و ِّ الس ْحرُك ِ باللُْه َّن؟ قَ َال: الشِّ رَْغ ِاف ِالَت.ْ ُم ْؤِمَن ِ ات الْ ُم ْح َصَن ِ ات الَ ْوَم َّ الز ْح ِف َ ، وقَ ْذُف الِّي يََّولوالتَ) Muttafun a’laih)Hadis di atas menjelaskan larangan makan harta anak yatim.Berdasarkan hadis di atas,(i) Apakah maksud makan harta anak yatim?[2 markah](ii) Jelaskan dua sebab umat Islam dilarang makan harta anak yatim. [2 markah]Terdapat segelintir pengusaha rumah anak yatim yang sanggup makan harta anak yatim.(iii) Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah](c) Nyatakan dua bahagian qalqalah. [2 markah]20 KPENILAIAN RANGER SPM ISLAM.indd 223 05/01/2026 9:57 AM


229Kertas 1[100 markah]Jawab semua soalan.1. (a) Firman Allah SWT:(Surah al-An’am: 70)Ayat di atas menerangkan mengenai larangan mempersendakan agama.Berdasarkan ayat di atas,(i) Nyatakan dua bentuk perbuatan mempersendakan agama.[2 markah](ii) Terangkan dua kesan mempersendakan agama Allah SWT. [4 markah]KERTAS MODEL SPM20a KMODEL RANGER SPM ISLAM.indd 229 05/01/2026 9:58 AM


Pendidikan Islam SPM Kertas Model SPM230Terdapat segelintir umat Islam yang suka mempersendakan agama Islam di laman media sosial.(iii) Pada pendapat anda, mengapakah masalah di atas berlaku? Huraikan.[4 markah](b) Sabda Rasulullah SAW:ُُّهَ َوم الَ ِظَّل إِ ِلاَّ ظلِِّه يَُّه ِ ف ِى ظلُّ ُهُم اللُ ِظلَْعٌة يَّ َم قَ َال َ : سبِْه َ وَسلَي علَُّه ََّى اللَ َ ةَ ع ْن الَّن ِّ بِى َصلْرَيَع ْن أَِب ُى هرََمَعا َِّه ْ اجتَّ ِ ا فى اللَّ ِق ف َ ى المَسا ِجِد َ وَرُجاَلِن تَ َحابُُه ُ مَعلِِّه َ وَرُجل قَلبادِة َ ربَ ََشَ أَ ِ ف ِى عب الع ِادُل َ و ٌّ شَ اب نِ اإلَم ُ ام ََّى اَلََّه َ وَرُجلٌ تَ َصَّدَق أَخفَى َحتّ ِى أَ َخ ُ اف الل م ِنص ٍب َ وَجَم ٍ ال إِنَأَ َ ة ذ ُ ات ََ ُته امرَلبَ ِيه َ وَرُجلٌ طا علَّقَ ََ ِيه َ وتَفَرَعلاه.ًا فَ َ فَاض َت ع َين ََُّه َ خالِيَ اللَِم ُينُه َ وَرُجلٌ َ ذكَر ما تُ ِنفُق يُُه ََ َم ِ شَمالتَعل(Muttafaq Alaih)Hadis di atas menerangkan tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT. Berdasarkan hadis di atas,(i) Nyatakan satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT.[2 markah](ii) Terangkan maksud pemimpin yang adil. [2 markah]20a KMODEL RANGER SPM ISLAM.indd 230 05/01/2026 9:58 AM


239Tingkatan 4PELAJARAN1 Surah al-An’am, Ayat 162 – 163PRAKTIS SPM 1Kertas 11. (a) Baca ayat al-Quran yang diberikan(b) Baca ayat al-Quran yang diberikanPELAJARAN2 Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 110PRAKTIS SPM 2Kertas 21. Baca ayat al-Quran yang diberikanPELAJARAN3 Hukum TajwidPRAKTIS SPM 3Kertas 11. (a) Mad silah qasirah / 2 harakat(b) Qalqalah sughra / Bunyi lantunan yang rendah ketika huruf qalqalah(c) Mad lazim kalimi muthaqqal / 6 harakat2. Mad yang terdapat selepas huruf ha’ dhomir yang berbaris kasrah atau dhomah3. Qaf, Tha, Ba, Jim, DalPELAJARAN4 Larangan RasuahPRAKTIS SPM 4Kertas 11. (a) Riba, judi, rasuah dan sogokan (b) • Dilaknat oleh Allah SWT dan rasul-Nya • Hilang harga diri kerana perbuatantersebut berdosa (c) Menguatkuasakan hukuman yang berat dan undang-undang yang tegas kepada pesalah rasuah agar mereka serik dan takut untuk melakukan gejala rasuah sesuka hati. Kesannya pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah di kemudian hari. Kesimpulannya, melalui langkah ini masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah kepada individu, masyarakat dan negara.PELAJARAN5 Memahami SunatullahPRAKTIS SPM 5Kertas 11. (a) Sistem dan peraturan yang ditetapkanoleh Allah SWT terhadap semua makhlukdan tiada sesiapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut(b) • Sunatullah bersifat tetap dan kekaldengan izin Allah SWT • Sunatullah merangkumi semua makhluk2. (a) Kaum Luth dan kaum Tsamud(b) (i) Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu (ii) Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar (c) Kaum Tsamud misalnya telah dimusnahkan akibat bersifat angkuh dan menuduh Nabi Soleh pendustamenyebabkan mereka dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat. Kesimpulannya kita hendaklah mengambil iktibar dan pedoman daripada sejarah umat terdahulu dalam kehidupan sehari-hari.PELAJARAN6 Memahami SunatullahPRAKTIS SPM 6Kertas 11. (a) Murtad dan asi 21 JAWAPAN RANGER SPM ISLAM.indd 239 05/01/2026 10:00 AM


Pendidikan Islam SPM Jawapan240(b) Kerana mempersendakan agama Islam telah merendahkan syiar Islam dan mereka yang melakukannya dimurkai oleh Allah dan mendapat azab di akhirat(c) Sentiasa melaksanakan semua perintahAllah dan meninggalkan segala laranganNya supaya kesucian agama Islamdapat dikekalkan. Kesimpulannya, kita hendaklah sensitif setiap kali agama Islam diperlekehkan dengan bersedia hujah untuk mempertahankan agama Islam.2. Akibat daripada perbuatan tersebut akanmembatalkan iman murid. Selain itu, jiwatidak tenang mereka akan menjadi resah dan gelisah serta tidak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, setiap murid hendaklah menghindari semua perbuatan yang menyalahi hukum agama dan akidah.3. • Kita hendaklah menjauhi diri daripadagolongan yang mempersendakan agama demi menjaga kesucian agama Islam • Kita hendaklah menyedari bahawa perbuatanmenjadikan agama sebagai alat permainan dan gurauan adalah sebahagian daripada tipu daya duniaPELAJARAN7 Dakwah Pemacu KemajuanPRAKTIS SPM 7Kertas 11. Beramal soleh dan berdakwah2. Perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan al-Quran dan al-Sunah dengan niatuntuk mendekatkan diri kepada Allah SWT3. (a) Solat(b) Berakhlak mulia4. Saya bersetuju dengan pernyataan di atas.Hal ini kerana kerja dakwah dan amal solehhendaklah dilakukan seiring dan serentak dalam masa yang sama. Ketika berdakwahkepada orang lain, jangan lupa diri kita pun kena berbuat amal amal soleh. Jangan kita ingat, kita sudah berdakwah, kita sudahselamat dan tidak perlu untuk membuat amal soleh. Kesimpulannya, amatlah tercela bagi mereka yang tidak mengamalkan apa yang dia dakwahkan.PELAJARAN8 Hindari Dosa-dosa BesarPRAKTIS SPM 8Kertas 21. Baca hadis yang diberikanPELAJARAN9 Kemuliaan BerdikariPRAKTIS SPM 9Kertas 11. Baca hadis yang diberikanPELAJARAN10Allah SWT Maha Pembalas dan Maha PerkasaPRAKTIS SPM 10Kertas 11. (a) Allah SWT memberikan pembalasandengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak peringatan al-Quran(b) Allah SWT memberikan pembalasanterhadap golongan yang menentang agamanya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas2. (a) Sentiasa mengingati Allah sehinggamerasakan dirinya sentiasa diawasi olehmalaikat(b) Sentiasa merasa takut akan ancamanazab Allah dengan menjauhkan diridaripada perbuatan dosa3. Nama Allah yang menunjukkan bahawa AllahSWT yang Maha Berkuasa secara mutlakuntuk melakukan segala kehendak-Nya4. Saya bersetuju dengan pernyataan di ataskerana Allah SWT memiliki dan menguasaiseluruh alam. Semua makhluk berada dalampemerintahan Allah SWT. Sifat Al-Jabbar Allahtidak tunduk dengan hukum atau perintah sesiapapun sebaliknya perintah dan hukum dari Allah yang wajib dilaksanakan olehhamba-Nya. Kesimpulannya sifat Al-Jabbarmenunjukkan bahawa Allah SWT berkuasamutlak terhadap semua makhluk.21 JAWAPAN RANGER SPM ISLAM.indd 240 05/01/2026 10:00 AM


W.M: RM17.95 / E.M: RM18.95AAJQPI2672027AISBN: 978-629-498-837-8Beli eBook di sini!Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek.PENDIDIKAN ISLAMBahasa MelayuScienceSainsEnglishSejarahMatematikMathematicsPendidikan IslamKimiaPhysicsBiologiChemistryBiologyFizikMatematik TambahanPrinsip PerakaunanAdditional MathematicsEkonomiPerniagaanJUDUL-JUDUL DALAM SIRI ININota PadatGaleri i-THINKPraktis SPMKertas Penilaian Tingkatan 4Kertas Model SPMInfo, Video & Kuiz KOD QRJawapanSoalan KBATDisertakan jawapanlengkapStudyBOT My Study BuddyStudy BOT BOT My Study BuddyMy Study Buddy123SPMTINGKATAN44 55 KSSMREVISI CEPAT


Click to View FlipBook Version