The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-03-22 23:29:12

FOCUS SPM Karangan (2023)

WM: RM30.95
EM: RM31.95

Format 190mm X 260mm Extent : 368pg (16.22 mm) confirmed (2C/ 60gsm) Status CRC Date 21/2

PELANGI BESTSELLER




SPM
CC038213



TINGKATAN FOCUS
4∙5 KSSM

Karangan SPM

Karangan SPM




FOCUS SPM KSSM Tingkatan 4 • 5 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat
dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. TINGKATAN
Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu
serta mengintegrasikan keperluan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). KSSM
• Azizul Rahman (Tokoh Guru Kebangsaan 2016) 4∙5
Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! • Azahar Bahari (Penulis Buku Teks)
• Alshaa Rani Ab Wahab
REVISI PENGUKUHAN CIRI-CIRI Karangan • Najihah Ahmad
› Galeri i-THINK & PENTAKSIRAN EKSTRA
› KBAT dalam
› Praktis SPM › Koleksi Frasa Indah dalam
Penulisan Karangan
› Kertas Model SPM Penulisan Karangan
› Carta Konsep
› Jawapan Lengkap › Tip Pemeriksa untuk Skor A
› FAQ SPM
› Draf Karangan
› Mentor SPM
› Koleksi Peribahasa

JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI
• Bahasa Melayu • Matematik • Mathematics
• Karangan • Matematik Tambahan • Additional Mathematics TINGKATAN 4•
• English • Sains • Science
• Bahasa Cina • Biologi • Biology
• Sejarah • Fizik • Physics
Beli eBook • Pendidikan Islam • Kimia • Chemistry 5
di sini! • Pendidikan Seni Visual • Prinsip Perakaunan
• Ekonomi
• Perniagaan

RESOS DIGITAL
KSSM
› › Info

› › Video


W.M: RM??.?? / E.M: RM??.??
W.M: RM30.95 / E.M: RM31.95
CC038213
ISBN: 978-629-7537-19-1
Berdasarkan
FORMAT SPM TERKINI
PELANGI


Galeri i-THINK






Kepentingan Hutan



Internet Guru







• Habitat haiwan liar



Kepentingan
Hutan
• Tempat rekreasi • Kawasan tadahan
dan pelancongan hujan
• Sumber kayu-kayan,
rotan, dan balak






Majalah Surat khabar




Fungsi Telefon Pintar

Fungsi Telefon Pintar




Alat perhubungan Alat untuk melayari Internet Alat hiburan

Ahli keluarga dan kenalan Dapat dilayari pada bila-bila Merehatkan minda melalui
yang berjauhan mudah masa dan di mana-mana lagu dan video
berhubung sahaja Aplikasi permainan
Penting semasa Maklumat diperoleh dengan Merakam video dan gambar
berlakunya kecemasan cepat, mudah, dan murah



Peta Pemikiran Peta bulatan Peta buih Peta buih berganda Peta pokok










© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





Galeri i-THINK.indd 1 17/02/2023 11:32 AM


Ciri-ciri Murid Cemerlang



Memberikan
tumpuan Mempunyai
semasa guru wawasan hidup
mengajar







Menggunakan Murid Aktif dalam
masa dengan Cemerlang kokurikulum
baik






Sentiasa Mempunyai
mematuhi sahsiah dan
ajaran agama peribadi yang
unggul






Kandungan Racun dalam Rokok dan Kesannya Terhadap
Tubuh Manusia

Kandungan Racun dalam Rokok dan Kesannya terhadap Tubuh Manusia



Nikotin Tar Karbon monoksida

Perokok ketagih Diubah suai di hati menjadi Menjejaskan keupayaan darah
Perokok kemurungan suatu bahan yang disebut dalam tubuh untuk membekalkan
Meningkatkan kadar sebagai epoksida oksigen kepada tisu-tisu tubuh
denyutan jantung Epoksida berbahaya kerana akan Menyebabkan jantung dan
Meningkatkan tekanan mencetuskan pertumbuhan sel paru-paru bekerja dengan lebih
darah yang tidak normal pada organ kuat lagi
tubuh Merosakkan dinding arteri
Menyebabkan kanser paru-paru sehingga mendorong berlakunya
penyakit jantung

Peta Pemikiran Peta dakap Peta alir Peta pelbagai alir Peta titi










© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





Galeri i-THINK.indd 2 17/02/2023 11:32 AM


KBAT dalam


Penulisan Karangan







Pengenalan



Apakah itu KBAT?
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu. Oleh itu, KBAT biasanya
dirujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai,
dan mencipta.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penilaian Mencipta

Sintesis Menilai
Taksonomi asal Aplikasi Mengaplikasi Taksonomi semakan
Menganalisis
Analisis


Kefahaman

Pengetahuan Memahami
Mengingat
Kemahiran Berfikir Aras Rendah
Bloom Anderson

Perbezaan antara KBAT dengan KBAR

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

Memerlukan tahap pemikiran aras tinggi Tidak memerlukan murid untuk
menggunakan kemahiran berfikir
Meningkatkan kemahiran menaakul
Operasi yang perlu digunakan adalah jelas
Jawapan dan prosedur yang diperlukan tidak
serta-merta jelas
Menggalakkan lebih daripada satu cara KBAR??
penyelesaian dan strategi KBAT??
Terdapat lebih daripada satu jawapan

Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif
Memerlukan masa yang mencukupi untuk diselesaikan
Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan dan
mendapatkan penyelesaian



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





Galeri i-THINK.indd 9 17/02/2023 11:32 AM


Contoh Soalan KBAT




Jabatan Kesihatan Selangor mengarahkan hospital di negeri itu
meningkatkan mod kesiapsiagaan untuk menerima pesakit COVID-19 dari
Hospital Sungai Buloh (HSB). Hal ini berikutan peningkatan kes COVID-19
yang mendadak di seluruh negara sejak belakangan ini. Sehubungan itu,
HSB bersiap sedia bagi penukaran status daripada hibrid kepada hospital
penuh COVID-19. Hal ini selaras dengan Edaran Garis Panduan Preliminari
Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan,
Perkara 5.3.1 (iv) dengan jelas menyatakan bahawa hospital bukan COVID-19
perlu sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat peningkatan
kes COVID-19.
(Sumber: Berita Harian Online, 4 Oktober 2020)






Petikan akhbar di atas menyatakan tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk merawat
pesakit COVID-19. Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengekang pandemik ini yang menimbulkan
keresahan dan kebimbangan manusia sejagat.

Nyatakan langkah-langkah untuk mengekang penularan penyakit berjangkit ini.



Jawapan:


Pendahuluan:
penularan pandemik COVID-19 dan influenza lain yang semakin meningkat menyebabkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat – penularan wabak ini bukan sahaja berlaku
secara domestik, malah merentas sempadan negara – merebak dari satu negara ke
negara lain akibat migrasi dan aktiviti manusia sejagat – jutaan jiwa telah terkorban akibat
pandemik ini – dikhabarkan tentang kematian ini melalui media-media massa


Isi-isi:
(a) mencegah adalah lebih baik daripada merawat – setiap orang perlu menjaga
kebersihan diri dengan membasuh tangan, mandi, dan menggunakan pensanitasi
tangan – tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan – berada di rumah adalah
lebih selamat berbanding di tempat-tempat awam – segala urusan berkaitan bank
dan pembayaran bil boleh dilakukan secara dalam talian








© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





Galeri i-THINK.indd 10 17/02/2023 11:32 AM


(b) mengamalkan norma baharu, iaitu kerap membasuh tangan, penjarakan sosial,
dan menggunakan pelitup muka – elakkan diri daripada berada di tempat yang
sesak atau sempit serta berbual-bual dalam jarak yang dekat – jarak yang sesuai
bagi menghalang penyebaran virus ialah sekurang-kurangnya satu meter

(c) pelbagai kempen kesedaran dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi menyedarkan
masyarakat tentang bahaya pandemik COVID-19 ini – sikap sambalewa
sesetengah masyarakat menyebabkan virus ini menular dengan pantas dan
sukar dikawal – peribahasa sudah terhantuk baru tengadah dan sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya perlu dijadikan pedoman dalam
kehidupan seharian

(d) usaha-usaha berterusan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa di negara ini
agar wabak berbahaya ini tidak meragut lebih banyak nyawa – antaranya ialah
menyekat pergerakan orang awam – memperkenalkan Peraturan Kawalan
Pergerakan (PKP), Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Peraturan
Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), dan Peraturan Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) – mengekang penularan pandemik COVID-19
(e) sempadan-sempadan negara dikawal ketat dan ditutup untuk kemasukan
pelawat atau pelancong dari luar negara – rakyat negara ini yang baru pulang
dari negara luar akan dikuarantin selama 14 hari – tindakan undang-undang
dikenakan kepada orang awam yang melanggar peraturan yang ditetapkan –
mengenakan denda kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dan
tidak melakukan penjarakan sosial – tindakan yang lebih berat dikenakan kepada
individu yang melanggar perintah kuarantin



Penutup:
pandemik ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya – setiap masyarakat perlu
membiasakan diri dengan norma baharu dalam kehidupan seharian dengan
mengutamakan langkah-langkah pencegahan – memberikan kerjasama kepada pihak
berkuasa – slogan "Kita Jaga Kita" dan "Kita Masih Belum Menang" memberikan
ingatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati




















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





Galeri i-THINK.indd 11 17/02/2023 11:32 AM


Koleksi Frasa Indah dalam


Penulisan Karangan






A

Andai tanah lapang dipagari senjata – Peperangan
Ada ketikanya, kamu bertemu dengan seseorang Andai tasik tenang dihujani peluru – Keadaan
yang sangat bererti dalam hidupmu hanya kacau-bilau dan mengerikan
untuk menyedari bahawa akhirnya, kamu harus
melepaskannya – Pertemuan atau perkenalan yang Angin pemberontakan menyerang langit dan
sia-sia bumi – Keadaan kacau-bilau
Ada yang terindah tetapi wanginya tak selalu – Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan
Sesuatu yang bersifat sementara lembar-lembar buku – Keadaan yang tidak
Agar cinta kita terus bersemadi – Cinta selama- tenteram
lamanya Angkara dadah pembunuh melumatkan segala
Air dulunya tenang kini bergelora – Menghadapi suka – Dadah pembawa maut
masalah/ dugaan Antara isi rumah tangga, anak-anaklah yang
terbaik – Anak-anak pelengkap rumah tangga
Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah harmoni
raja yang menentukan – Perlu memanfaatkan akal
dan hati ketika membuat keputusan Apa-apa yang kita peroleh dalam hidup ini
adalah sepenuhnya daripada apa-apa yang
Akan ada penyelesaian untuk setiap masalah. kita berikan kepadanya – Kehidupan seseorang
Hidup terlalu singkat jika hanya untuk mengeluh. bergantung pada usahanya sendiri
Berusaha, percaya akan diri, dan berdoa. –
Jangan banyak merungut dalam kehidupan Aspirasi putih kami – Keinginan yang positif
Akan hadir saat terindah – Kebahagiaan dalam Ayah kepala keluarga, hormati dan sayangilah
kehidupan beliau seapanjang hayatnya – Hargailah ayah
sebagai ketua keluarga
Aku beranikan diri meskipun jatuh dan aku
terhempas – Berani menghadapi sesuatu yang Ayah memberi ketenangan dan perlindungan
berbahaya kepada anak-anaknya – Ayah merupakan
Aku kenal akan cekal dan usaha – Berusaha untuk pelindung terbaik
mendapatkan sesuatu Ayah selalu punya seribu alasan untuk
Aku menunjukkan setianya persahabatan – tetap berjuang dan menepis kesedihannya –
Seseorang bapa tidak pernah penat menjalankan
Sahabat baik/ kawan rapat tanggungjawabnya
Aku rapat dengan buku – Menuntut ilmu; belajar Ayah ialah seseorang yang mampu memendam
Aku rebahkan gelisah di bawah mentari indah – perasaannya dengan baik – Tidak menunjukkan
Cuba mencari penyelesaian keperitan
Alur tenang memisahkan dua hati – Berjauhan Ayuh bersama bersatu hati – Perpaduan
dengan insan tersayang
Amalan dan takwa jadi bekalan sejahtera
bahagia pulang ke sana – Perhitungan di akhirat B
Amarah ialah cara termudah membuat masalah.
Bersabar adalah satu daripada cara untuk Bagai malam tanpa bintang – Hujan/ Malam yang
menghindarkan masalah. – Semaikan kesabaran
dalam diri sunyi/ Kesepian/ Kemurungan
Bagai menunggu rumput yang pasti tidak akan
Anda cuma boleh hidup sekali sahaja di dunia berbuah – Mengharapkan sesuatu yang mustahil/
ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali
sahaja sudah cukup – Hidup perlu dilalui dengan tidak akan diperoleh sampai bila-bila
amalan kebaikan Bagai panas tanpa hujan – Terlalu menderita/
Andai merdeka terbiar hiba – Kemerdekaan yang Kemarau
tidak dipertahankan Bayangan tersayang menemani – Merindui
seseorang

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Koleksi Frasa Indah.indd 1 17/02/2023 11:35 AM


Berat hidup ini tanpa dirimu – Kehilangan Bulan dan bintang menjadi saksi – Berusaha untuk
seseorang meyakinkan seseorang tentang sesuatu perkara
Beratnya beban menanggung pilu – Terlalu Bulan sentiasa memainkan peranannya
menderita untuk malam-malam manusia – Menjalankan
Berdiri sebagai insan sempurna – Menjadi insan tanggungjawab yang diberikan
berjaya
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi C
oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan –
Berfikir dengan akal yang waras Cahaya permata dan kaca sama kilauannya,
Berjalan melintasi sang malam – Sedang bijaklah membezakannya – Jangan tersalah dalam
menghadapi masalah memilih
Berkalung syukur berloket ikhlas – Ikhlas Cakap sahabat yang jujur lebih besar daripada
melakukan sesuatu harganya daripada harta benda yang diwarisi
Berkongsi setiap kebaikan yang dimiliki ialah daripada nenek moyang – Pentingnya kejujuran
cara termudah untuk disayangi oleh sesama dalam hubungan persahabatan
manusia serta Tuhan Yang Maha Penyayang – Carilah kesempatan dalam apa-apa perkara jua
Berkongsi kebahagiaan bersama-sama demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita,
Berlalu pergi titis air mata – Tidak bersedih lagi yang entah bila-bila berakhirnya – Manfaatkan
Bermimpilah setinggi-tingginya. Yang harus peluang dan masa dalam kehidupan
dibayar adalah mewujudkan mimpi itu. Cara Cergas fikiran, warasnya akar lestari – Seseorang
membayarnya adalah dengan kerja keras, yang berfikiran sihat
semangat, dan komitmen. – Setiap cita-cita Cinta akan nusa dan bangsa – Cinta kepada
memerlukan usaha yang jitu negara
Bersama menggapai sejuta mimpi – Bersatu bagi Cinta kasih ialah perasaan hati yang harus
mencipta kejayaan diungkapkan dengan hati, bukan hanya dengan
Bersanggul budi berselendang bahasa – Tutur rayuan atau pujian. – Cinta yang ikhlas lahir
kata yang baik daripada hati yang jujur
Bersyukur ialah cara terbaik agar berasa cukup, Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada
bahkan ketika kekurangan – Bersyukur merupakan manusia akan berpisah tetapi cinta kepada
penghargaan atas kenikmatan yang sedikit Tuhan akan abadi – Luasnya makna percintaan
Bersyukurlah atas apa-apa yang kamu miliki saat Cinta seseorang ayah mampu menguatkan
ini, kerana masih banyak orang di sekeliling kamu anaknya – Kasih sayang ayah menjadi pendorong
yang masih kurang beruntung – Menghargai kejayaan anak-anak
setiap yang dimiliki Cintaku sebesar dunia – Terlalu mencintai
Berusaha sehabis baik untuk hasil yang Cintailah dan hargailah orang tua kita. Kita
mengukirkan senyuman – Buat yang terbaik untuk sering begitu sibuk untuk tumbuh dewasa,
hasil terbaik namun kita lupa bahawa mereka juga bertambah
Biar beribu-ribu alasan masa – Kesuntukan masa tua – Jangan mengabaikan ibu bapa
Biar lelah tabah melangkah – Terus berusaha
walaupun ditimpa dugaan
Biar peluru menembus kulitku – Terus berjuang D
meskipun mengalami penderitaan/ kesengsaraan
Biarkan mata melirik kisah – Mata yang melihat Dalam diari akal kecilku – Cuba mengingat
Biarpun gunung yang tinggi pasti akan aku daki sesuatu
– Kesukaran yang sanggup diharungi Dalam hayat hidup, kembara mencari ruang –
Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa Mencari pengalaman
ialah iman, dan buah fizikal ialah kemajuan – Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi –
Perkara utama tentang akal ialah ilmu pengetahuan, Budi bahasa yang tinggi
perkara utama tentang perasaan ialah iman, Damai kekal terasa – Sentiasa berasa tenang
manakala perkara utama tentang kebendaan atau Dan langit pun menjadi ratunya – Tidur yang lena
alam semula jadi ialah kemajuan Dedikasimu setinggi langit – Kasih sayang yang
Buanglah gerahmu, singkirkan penatmu – tidak terhingga
Hilangkan segala kesusahan atau masalah


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Koleksi Frasa Indah.indd 2 17/02/2023 11:35 AM


Format: 190mm X 260mm TP Focus SPM 2023 Karangan _pgi CRC












Karangan SPM





TINGKATAN
4∙5 KSSM
• Azizul Rahman (Tokoh Guru Kebangsaan 2016)
• Azahar Bahari (Penulis Buku Teks)
• Alshaa Rani Ab Wahab
• Najihah Ahmad





















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2023
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

ISBN: 978-629-7537-19-1
eISBN: 978-629-7537-20-7 (eBook)


Cetakan Pertama 2023




Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Jiwabaru Sdn. Bhd.
No. 2, Jalan P/8, Kawasan Miel Fasa 2, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).


Carta Konsep


Bahasa Melayu
Kertas 1


Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan





















Bahasa Melayu
Kertas 1


Karangan Esei









































ii PB





CARTA & KAND SPM FOK. KARANGAN.indd 2 17/02/2023 11:29 AM


KANDUNGAN






Bab Bab
1 Ke Arah Kecemerlangan 1 4 Surat Kiriman Tidak Rasmi 91


Tip 1 Petua Menulis Karangan 1 Tema dan Rangkuman Soalan 91
Tip 2 Perkara yang Perlu Dielakkan 2 FOKUS SPM 91
Karangan Cemerlang 92
Tip 3 Jenis-jenis Pendahuluan Karangan 2 Draf Karangan 103
Tip 4 Jenis-jenis Pembinaan Perenggan 4 Praktis SPM 106
Tip 5 Perenggan Penutup yang Padat 6
Tip 6 Merancang Masa dengan Betul 7 Bab
Tip 7 Merancang Penulisan 7 5 Ceramah 108
Tip 8 Menganalisis Soalan 7
Tema dan Rangkuman Soalan 108
Tip 9 Merangka Karangan 8 FOKUS SPM 108
Tip 10 Merangka dan Membina Karangan 11 Karangan Cemerlang 109
Tip 11 Penggunaan Penanda Wacana 14 Draf Karangan 123
Tip 12 Kekemasan Tulisan 15 Praktis SPM 127
Tip 13 Sudut Pandangan Pemeriksa 15
Tip Pemeriksa untuk Skor A 16
6 Laporan 129

BAHAGIAN A Tema dan Rangkuman Soalan 129
FOKUS SPM 129
Karangan Berdasarkan Kom- Karangan Cemerlang 132
Bab binasi Kepelbagaian Bahan Draf Karangan 140
2 Rangsangan 20 Praktis SPM 145


Tema dan Rangkuman Soalan 20
FOKUS SPM 21 Bab
Sampel Karangan Berdasarkan Kombinasi 7 Perbahasan 147
Kepelbagaian Bahan Rangsangan 21
Draf Karangan 50 Tema dan Rangkuman Soalan 147
147

FOKUS SPM
Praktis SPM 54
Karangan Cemerlang 148
Draf Karangan 162
Praktis SPM 164
BAHAGIAN B

Bab
Bab Surat Kiriman Rasmi dan Surat Wawancara/ Temu Ramah/
3 kepada Pengarang 58 8 Dialog 166
Tema dan Rangkuman Soalan 58 Tema dan Rangkuman Soalan 166
FOKUS SPM 58 FOKUS SPM 166
Karangan Cemerlang 60 Karangan Cemerlang 168
183
Draf Karangan
Draf Karangan 83 Praktis SPM 186
Praktis SPM 87


PB iii





CARTA & KAND SPM FOK. KARANGAN.indd 3 17/02/2023 11:34 AM


Bab Bab
9 Berita 188 14 Fakta dan Rencana 251


Tema dan Rangkuman Soalan 188 Tema dan Rangkuman Soalan 251
FOKUS SPM 188 FOKUS SPM 251
Karangan Cemerlang 189 Karangan Cemerlang 252
Draf Karangan 196 Draf Karangan 271
Praktis SPM 199 Praktis SPM 274
Bab
15 Perbincangan 276
Bab
10 Ucapan 201
Tema dan Rangkuman Soalan 276
Tema dan Rangkuman Soalan 201 FOKUS SPM 276
FOKUS SPM 201 Karangan Cemerlang 277
Karangan Cemerlang 202 Draf Karangan 291
Draf Karangan 209 Praktis SPM 295
Praktis SPM 212
Bab
16 Pendapat 297
Bab
11 Syarahan/ Pidato 214 Tema dan Rangkuman Soalan 297
FOKUS SPM 297
Tema dan Rangkuman Soalan 214 Karangan Cemerlang 298
FOKUS SPM 214 Draf Karangan 309
Karangan Cemerlang 215 Praktis SPM 312
Draf Karangan 223
Praktis SPM 226 Bab
17 Ulasan/ Komentar 314

Bab
12 Taklimat 228 Tema dan Rangkuman Soalan 314
FOKUS SPM 314
Karangan Cemerlang 315
Tema dan Rangkuman Soalan 228
FOKUS SPM 228 Draf Karangan 325
Karangan Cemerlang 229 Praktis SPM 329
Draf Karangan 235
Praktis SPM 237
FAQ SPM 331
Kertas Model SPM 342
Bab
13 Peribahasa 239
Jawapan 345
Tema dan Rangkuman Soalan 239
FOKUS SPM 239 Jawapan Praktis SPM
Karangan Cemerlang 240
Praktis SPM 249 https://qr.pelangibooks.com/?u=JawPraktisSPM











iv PB





CARTA & KAND SPM FOK. KARANGAN.indd 4 17/02/2023 11:34 AM


Bab Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Karangan
1 Ke Arah Kecemerlangan BAB






BAB
7
TIP 7
1 Petua Menulis Karangan


A Memilih Tajuk
1. Bagi soalan Bahagian A, tiada pilihan soalan. Oleh hal yang demikian, anda wajib menulis karangan
yang diminta.
2. Bagi soalan Bahagian B, pilih satu daripada empat tajuk yang benar-benar anda fahami, kuasai, dan
tahu akan formatnya.
3. Pemilihan soalan dibuat setelah anda membaca kesemua tajuk yang diberikan dengan teliti.
4. Jika terdapat lebih daripada satu tajuk yang anda fahami, pilih satu tajuk yang paling anda minati dan
yakin akan isinya.
5. Jangan memilih tajuk yang sukar kerana menganggap tidak banyak murid yang akan menulis tajuk
tersebut semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi.

B Merangka Karangan
1. Anda perlu memahami tajuk karangan yang dipilih dengan lebih mendalam.
2. Buat catatan isi yang berkaitan dengan tajuk karangan secara kasar.
3. Pendahuluan atau pengenalan karangan mestilah diberikan perhatian.
4. Isi yang telah dirangka mesti disusun mengikut kepentingannya untuk memudahkan anda membuat
perenggan.
5. Pastikan rangka isi karangan menepati tajuk.
6. Pastikan isi karangan disertai dengan rangka huraian dan contoh.

C Menulis Karangan
1. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian ini amat penting
kerana mencerminkan isi seterusnya.
2. Pendahuluan mesti memperkenalkan tajuk secara khusus dan ditulis dengan ringkas dan padat dalam
satu perenggan.
3. Pendahuluan yang menarik akan menambah minat pemeriksa untuk terus membaca karangan tersebut
dan seterusnya menentukan jumlah markah yang diperoleh.
4. Isi yang ditulis mestilah tepat dan berkaitan dengan tajuk kerana isi merupakan penentu markah.
5. Isi mesti dihuraikan dan seterusnya diberikan contoh yang konkrit. Setiap isi berserta huraian dan contoh
mesti ditulis dalam satu perenggan.
6. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
7. Isi hendaklah disusun dengan rapi dan berurutan mengikut kepentingan.
8. Kesimpulan isi dibuat dalam perenggan penutup. Penutup mestilah ringkas, padat, dan dapat merumuskan
tajuk yang telah dibincangkan.





1 1





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 1 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

TIP
2 Perkara yang Perlu Dielakkan

1. Pengenalan yang kurang menarik, seolah-olah berfikiran tidak matang. BAB
BAB
2. Isi karangan tidak menepati tajuk. 7
7
3. Isi karangan tidak dihuraikan.
4. Huraian tanpa isi.
5. Pemerengganan yang tidak sesuai.
6. Banyak kesalahan ejaan.

7. Tulisan buruk atau sukar dibaca.
8. Penggunaan bahasa yang berbelit-belit dan sukar difahami.
9. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
10. Isi yang diulang.
11. Fakta yang salah akibat kurang membaca.
12. Panjang karangan tidak mengikut jumlah perkataan yang diminta.
13. Isi tidak logik.
14. Tidak memahami format sesuatu karangan sepenuhnya.

15. Kesalahan penggunaan tatabahasa seperti di antara, dari, daripada, di, pada, dan sebagainya.



TIP
3 Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

Pemeriksa atau pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang karangan yang ditulis setelah membaca
pendahuluan. Oleh itu, bahagian ini dianggap penting. Sehubungan dengan itu, anda sekurang-kurangnya
mesti berupaya untuk mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan.


A Pendahuluan Jenis Definisi
Pendahuluan jenis ini meminta anda memberikan takrif, makna, atau definisi tentang sesuatu tajuk yang
dikemukakan.

Inflasi Sifar
Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu. Inflasi
tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan perkhidmatan.
Malaysia pernah mengalami kadar inflasi yang rendah. Misalnya, inflasi bagi empat bulan pertama pada
tahun 20XX berada pada kadar purata 2.4 peratus.




B Pendahuluan Jenis Pendapat
Pendahuluan jenis ini membolehkan anda memuatkan pendapat seseorang tokoh atau pendapat masyarakat
umum tentang sesuatu isu.





2





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 2 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

Masalah Disiplin Murid
Masalah disiplin dalam kalangan murid timbul lagi. Kali ini ditimbulkan sendiri oleh Menteri
Pendidikan. Katanya, masalah dan kedudukan disiplin murid-murid dewasa ini berada pada tahap yang
membimbangkan. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan BAB
BAB
tegas terhadap murid yang melanggar disiplin dan melakukan kesalahan jenayah atau salah laku yang
berterusan di sekolah. 7
7


C Pendahuluan Jenis Peribahasa
Pendahuluan jenis ini meminta anda memanfaatkan sekurang-kurangnya satu atau lebih peribahasa atau
kata-kata hikmat yang sesuai dengan kehendak soalan.

Semangat Gotong-royong
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “gunung sama didaki, lurah sama dituruni” merupakan
antara peribahasa yang sering kita dengar. Namun begitu, bagaimanakah kita mengamalkannya dalam
kehidupan bermasyarakat? Peribahasa ini adalah antara peribahasa Melayu yang memberikan mesej yang
jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat gotong-royong, muafakat, dan kerjasama dalam
kalangan ahli masyarakat.




D Pendahuluan Jenis Suasana
Anda diminta untuk menggunakan kebijaksanaan bagi menggambarkan sesuatu tajuk melalui suasana dan
gambaran yang sesuai serta nyata.

Pengaruh Muzik Barat
Sesak. Di kiri, kanan, dan hadapan pentas di Stadium Negara dipenuhi dengan anak muda yang
terjerit-jerit, melambangkan ketidaksabaran mereka menantikan kemunculan kumpulan muzik Barat yang
didatangkan khas dari United Kingdom. Begitu ghairah anak-anak muda ini menantikan kemunculan
artis pujaan mereka. Kehangatan suasana tidak menghalang mereka untuk berhibur, malahan terdapat
pasangan remaja yang tidak mengenal erti batas pergaulan lagi. Ketika cahaya laser mula dipancarkan,
pada saat itu jugalah jeritan berfrekuensi tinggi menggegarkan stadium. Begitulah gambaran anak-anak
muda kita menerima kehadiran muzik Barat pada zaman yang serba moden ini.




E Pendahuluan Jenis Persoalan
Untuk menulis pendahuluan jenis ini, anda perlu mengemukakan beberapa ayat tanya sama ada berjawab
atau tidak yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.

Mengapa Makan di Luar?
Makan di luar seolah-olah sudah menjadi satu cara hidup bagi kebanyakan penduduk di Malaysia.
Hal ini dibuktikan apabila terdapatnya perniagaan makanan dalam bentuk gerai, restoran, dan pusat
makanan segera di merata-rata tempat. Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Adakah
tabiat ini perlu? Mungkin ramai yang bersetuju jika kita merumuskan bahawa makan di luar bertujuan
untuk mendapatkan perkhidmatan memasak, menghidang, dan mewujudkan persekitaran yang sesuai
untuk menjamu selera. Persoalannya, adakah tabiat ini sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia?




3





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 3 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

F Pendahuluan Jenis Sejarah
Jika anda memilih pendahuluan jenis ini, sewajarnya anda dapat mengaitkan tajuk tersebut dengan sejarah
silam dengan tepat. BAB

Bahasa Melayu: Mengapakah Diragui?
BAB
Suatu ketika, bahasa Melayu pernah diakui sebagai bahasa yang maju dan berpengaruh. Buktinya, 7
7
bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Palembang, Majapahit,
Pasai, dan Acheh. Bahasa Melayu merupakan bahasa diplomatik, pemerintahan serta ekonomi, dan
sekali gus meletakkan bahasa Melayu pada tahap yang cukup tinggi. Namun begitu, akhir-akhir ini kita
agak kesal kerana kedaulatan dan kewibawaan bahasa Melayu telah dilemahkan oleh sikap kita sendiri.
Mengapakah hal ini terjadi?




TIP
4 Jenis-jenis Pembinaan Perenggan


1. Karangan ialah himpunan perenggan yang dibentuk dengan menggunakan ayat yang sempurna dari
segi makna dan tatabahasa. Ayat pula dibentuk untuk mengembangkan isi.
2. Dalam membentuk sesebuah perenggan, sebaik-baiknya setiap perenggan mempunyai satu isi sahaja.
Jangan mencampuradukkan beberapa fakta dalam satu perenggan. Jika anda melakukan perkara ini,
maka tumpuan pembaca akan terganggu dan mengelirukan fokus sebenar yang ingin disampaikan.
Setiap perenggan yang lengkap mesti disertakan isi penting, huraian, dan contoh yang sesuai.
Terdapat tiga jenis perenggan bagi membina isi, iaitu:
(a) Perenggan deduktif
(b) Perenggan induktif
(c) Perenggan gabungan deduktif dan induktif
3. Semasa anda menulis karangan, anda bebas memilih mana-mana jenis perenggan yang anda fikirkan
sesuai dan mudah. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan markah pengolahan yang dianggap
menarik, anda digalakkan supaya menggunakan ketiga-tiga jenis perenggan tersebut.


A Perenggan Deduktif
Perenggan jenis ini mendahulukan isi penting, kemudian diikuti oleh huraian isi dan Isi penting
contoh. Perhatikan gambar rajah di sebelah. Huraian isi
Contoh
Contoh
Kepentingan Semangat Patriotik
Isi penting : Dari segi sejarah
Huraian : Semangat patriotik telah membangkitkan perasaan rakyat untuk berjuang bagi menentang
penjajah sehingga mencapai kemerdekaan.
Contoh : Keadaan ini dapat dilihat melalui dua peristiwa penting, iaitu perjuangan orang Melayu
menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan gabungan tiga buah parti berbilang kaum;
UMNO, MCA, dan MIC. Tujuan utama parti ini ditubuhkan adalah untuk memupuk
semangat kerjasama antara kaum dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada
British.




4





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 4 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Dari segi sejarah, semangat patriotik telah membangkitkan perasaan rakyat untuk berjuang demi
menentang penjajah sehingga mencapai kemerdekaan. Keadaan ini dapat dilihat melalui dua peristiwa
penting, iaitu perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan gabungan tiga
buah parti berbilang kaum; UMNO, MCA, dan MIC. Tujuan utama parti ini ditubuhkan adalah untuk BAB
memupuk semangat kerjasama antara kaum dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. 7
BAB
7
B Perenggan Induktif
Perenggan ini mesti mendahulukan huraian isi, seterusnya diikuti oleh contoh-contoh Huraian isi
dan isi penting pada akhir perenggan. Perhatikan gambar rajah di sebelah. Contoh
Isi penting
Contoh

Membantu Warga Tua
Huraian : Kerajaan haruslah menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh warga tua
supaya golongan ini tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan giliran, perkhidmatan,
dan pengangkutan ke sesuatu destinasi dengan selamat.
Contoh : Contohnya perpustakaan, klinik bagi kemudahan perubatan dan rawatan, perkhidmatan
pengangkutan awam, dan sebagainya.
Isi penting : Untuk mencapai matlamat ini, badan-badan tertentu seharusnya mempergiat usaha-usaha
untuk membantu warga tua supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Kerajaan haruslah menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh warga tua supaya
golongan ini tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan giliran, perkhidmatan, dan pengangkutan
ke sesuatu destinasi dengan selamat. Contohnya perpustakaan, klinik bagi kemudahan perubatan dan
rawatan, perkhidmatan pengangkutan awam, dan sebagainya. Untuk mencapai matlamat ini, badan-
badan tertentu seharusnya mempergiat usaha-usaha untuk membantu warga tua supaya mereka dapat
menikmati kehidupan yang selesa.

C Perenggan Gabungan Deduktif dan Induktif
Kaedah ini pula membenarkan isi penting wujud pada awal dan akhir perenggan. Isi penting
Huraian dan contoh-contoh wujud di antara kedua-dua isi penting itu. Lihat gambar Huraian isi
rajah di sebelah. Contoh

Isi penting
Contoh

Gaji Sewajarnya Berdasarkan Kualiti Kerja
Isi penting : Sewajarnya, pembayaran gaji pada zaman ini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang
pekerja.
Huraian : Sistem ini dapat membina perasaan kesetiaan dan menguatkan ketaatan para pekerja
terhadap majikan. Dengan itu, kekangan-kekangan hebat dapat diatasi.
Contoh : Umpamanya, perpindahan pekerja dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat yang lain atau
daripada sektor awam kepada sektor swasta dapat dikurangkan. Selain itu, keharmonian
dapat diwujudkan dan daya komunikasi serta hubungan antara pekerja dengan majikan
dapat dijalinkan dengan lebih baik.
Isi penting : Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus, dan imbuhan-imbuhan
lain kepada para pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.




5





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 5 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Sewajarnya, pembayaran gaji pada zaman ini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang pekerja.
Sistem ini dapat membina perasaan kesetiaan dan menguatkan ketaatan para pekerja terhadap majikan.
Dengan itu, kekangan-kekangan hebat dapat diatasi. Umpamanya, perpindahan pekerja dari sebuah
syarikat ke sebuah syarikat yang lain atau daripada sektor awam kepada sektor swasta dapat dikurangkan. BAB
Selain itu, keharmonian dapat diwujudkan dan daya komunikasi serta hubungan antara pekerja dengan
BAB
majikan dapat dijalinkan dengan lebih baik. Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, 7
7
bonus, dan imbuhan-imbuhan lain kepada para pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.

TIP
5 Perenggan Penutup yang Padat

1. Sebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan. Penutup merupakan
kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.
2. Anda perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan anda terhadap
tajuk dapat dibayangkan.
3. Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.
4. Anda diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan pada bahagian penutup.


Contoh Perenggan Penutup

1. Masyarakat Penyayang
Pendek kata, konsep masyarakat penyayang diharap akan menjadi penawar yang mujarab.
Dengan itu, barulah hasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang progresif akan tercapai.
Kita seharusnya mempunyai komitmen dan menggembleng tenaga supaya dapat merealisasikan
impian yang murni ini. Tanpa sokongan daripada semua pihak, kemungkinan hasrat dan cita-cita
negara yang unggul ini hanya tinggal impian dan kenangan.

2. Internet
Dapatlah disimpulkan bahawa Internet membawa kemajuan kepada sesebuah negara yang
membangun. Oleh itu, rugi rasanya jika sesebuah negara seperti Malaysia yang sedang pesat
membangun mengabaikan penggunaan Internet hanya disebabkan oleh keburukan yang dibawanya.
Setiap pihak haruslah prihatin dan bekerjasama dalam menangani gejala negatif yang dibawa oleh
Internet kerana Internet amat diperlukan untuk pembangunan dan pemodenan sesebuah negara.


3. Remaja Harus Bersyukur
Oleh itu, remaja Malaysia seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini. Bertitik
tolak daripada itu, kita seharusnya mengambil inisiatif untuk membentuk peribadi yang mulia.
Kebebasan yang diberikan kepada setiap rakyat tidak bererti kita boleh mengambil kesempatan
melakukan apa-apa sahaja yang disukai dengan mengabaikan batas-batas susila dan agama.

4. Peperangan Membawa Kesengsaraan
Kesimpulannya, peperangan membawa kesengsaraan kepada manusia. Para pemimpin dunia
harus bekerjasama bagi mengurangkan ketegangan untuk mengelakkan peperangan. Matlamat ini
dapat dicapai melalui pertubuhan antarabangsa dan serantau seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), ASEAN, dan Kesatuan Eropah (EC). Hal ini dapat menghindarkan peperangan dan
kesejahteraan sejagat akan tercapai.




6





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 6 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
TIP
6 Merancang Masa dengan Betul


Masa yang diperuntukkan untuk menulis karangan Bahasa Melayu ialah 2 jam. Masa yang dicadangkan untuk BAB
menulis karangan Bahagian A ialah 30 minit, manakala karangan Bahagian B ialah 1 jam 30 minit. Oleh
BAB
itu, masa untuk menulis karangan haruslah dirancang dengan sebaik-baiknya agar anda dapat menyelesaikan 7
7
tugasan tepat pada masanya.
Contoh

Bahagian A Bahagian B
Bil. Tugasan Masa Bil. Tugasan Masa
1. Membaca soalan 1 minit 1. Membaca semua soalan 2 minit
2. Mencari kata kunci 1 minit 2. Mencari kata kunci 2 minit
3. Menganalisis bahan rangsangan 2 minit 3. Menganalisis soalan 4 minit
4. Merangka karangan 4 minit 4. Merangka karangan 17 minit
5. Menulis karangan 20 minit 5. Menulis karangan 60 minit
6. Menyemak karangan 2 minit 6. Menyemak karangan 5 minit
Jumlah 30 minit Jumlah 90 minit


TIP
7 Merancang Penulisan

Di samping merancang masa, anda juga harus merancang penulisan anda. Merancang penulisan bermaksud
merancang jumlah perkataan yang sebaik-baiknya ditulis pada setiap perenggan.

Contoh
Bahagian A Bahagian B

Bil. Bahagian Jumlah Perkataan Bil. Bahagian Jumlah perkataan
1. Pendahuluan 30 – 35 perkataan 1. Pendahuluan 40 – 50 perkataan
2. Isi 1 + Huraian + Contoh 50 – 60 perkataan 2. Isi 1 + Huraian + Contoh 60 – 70 perkataan
3. Isi 2 + Huraian + Contoh 50 – 60 perkataan 3. Isi 2 + Huraian + Contoh 60 – 70 perkataan
4. Isi 3 + Huraian + Contoh 50 – 60 perkataan 4. Isi 3 + Huraian + Contoh 60 – 70 perkataan
5. Penutup 30 – 35 perkataan 5. Isi 4 + Huraian + Contoh 60 – 70 perkataan
6. Isi 5 + Huraian + Contoh 60 – 70 perkataan
7. Penutup 40 –50 perkataan

TIP
8 Menganalisis Soalan

1. Mengapakah terdapat murid yang tidak mendapat markah seperti yang diharapkan sedangkan murid itu
telah menjawab soalan tersebut dengan tepat dan betul?
Mungkin murid tersebut tidak dapat menulis karangan dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh
soalan. Lebih tepat lagi, murid menulis karangan yang terpesong daripada kehendak soalan.



7





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 7 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
2. Mengapakah hal ini terjadi?
Kemungkinan besar murid tersebut tidak menganalisis soalan terlebih dahulu, sebaliknya murid dengan
tergesa-gesa terus menulis karangan tersebut kerana mengejar masa.


BAB
A Panduan Menganalisis Soalan BAB
1. Dalam peperiksaan SPM, anda diberikan satu soalan Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian 7
7
Bahan Rangsangan dan empat soalan Karangan Umum. Oleh itu, baca semua soalan dengan teliti.
2. Soalan Bahagian A adalah wajib dijawab, manakala soalan Bahagian B, anda dikehendaki memilih satu
soalan yang anda rasakan paling mudah. Soalan yang mudah bermaksud:
(a) mempunyai isi yang cukup
(b) dapat mengolah isi-isi tersebut
(c) dapat memberikan contoh yang sesuai
3. Setelah berpuas hati dengan soalan yang dipilih, analisis soalan itu dengan menggariskan kata kunci
yang akan anda huraikan semasa merangka dan menulis karangan nanti.



B Contoh Menganalisis Soalan
1. Anda telah dilantik sebagai setiausaha sambutan Hari Guru pada peringkat sekolah. Guru penyelaras
telah meminta anda menyediakan laporan tentang persediaan, rancangan, dan masalah yang dihadapi
untuk dibentangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa yang akan diadakan beberapa hari lagi.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.
Format : Laporan
Kata kunci : 1. setiausaha sambutan Hari Guru
2. peringkat sekolah
3. persediaan
4. rancangan
5. masalah

2. Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan pada peringkat daerah.
Tajuk perbahasan itu ialah “Sains Lebih Mendatangkan Kemajuan daripada Keburukan”. Selaku pihak
pencadang, sediakan hujah-hujah anda untuk menyokong tajuk tersebut.

Format : Perbahasan (pencadang)
Kata kunci : 1. Sains Lebih Mendatangkan Kemajuan daripada Keburukan
2. sediakan hujah-hujah
3. menyokong tajuk


TIP
9 Merangka Karangan

1. Setelah anda menganalisis soalan, anda sewajarnya merangka karangan terlebih dahulu sebelum mula
menulis.
2. Merangka karangan bertujuan:
(a) mematuhi kehendak soalan (e) melengkapkan setiap isi dengan huraian dan contoh
(b) menyusun isi mengikut kepentingan (f) mengelakkan karangan daripada terpesong
(c) mempunyai isi-isi yang lengkap dan tepat
(d) menulis dengan lancar dan tidak tersekat-sekat



8





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 8 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

A Contoh Soalan

Anda seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang
punca-punca penderaan kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya di hadapan sekumpulan ibu bapa. BAB
BAB
Tulis ceramah anda itu selengkapnya. 7
7

B Menganalisis Soalan

Format : Ceramah
Kata kunci : 1. Pegawai Kebajikan Masyarakat
2. di hadapan sekumpulan ibu bapa
3. punca-punca penderaan kanak-kanak
4. cara-cara mengatasinya



C Merangka Karangan
Perenggan Pendahuluan
(Kata alu-aluan kepada hadirin)
Penderaan ialah perbuatan memukul dengan rotan, cemeti, tali pinggang, dan sebagainya sebagai
hukuman. Walau bagaimanapun, penderaan bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal, malahan mental
dan seksual. Dewasa ini, kanak-kanak sering dijadikan mangsa penderaan oleh ibu bapa atau penjaga yang
tidak bertanggungjawab dan bermasalah.


Punca-punca Penderaan

Isi 1 : Tiada perasaan kasih sayang
Huraian : – ibu bapa atau penjaga yang mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anak tidak
akan mendera anak mereka
– kekurangan kasih sayang timbul kerana beberapa faktor
Contoh : – pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk menempuh alam rumah tangga, pasangan
melahirkan anak luar nikah, dan pasangan kekurangan pendidikan agama

Isi 2 : Masalah kekeluargaan
Huraian : – ibu bapa tidak mampu menjaga anak dari segi pengalaman atau kewangan
– pergolakan dan tekanan perasaan yang dihadapi oleh ibu bapa
– anak dilihat sebagai beban atau liabiliti
Contoh : – menghadapi masalah kewangan
– latar belakang ibu bapa yang kurang pendidikan dan pengalaman
Isi 3 : Pegangan agama yang goyah
Huraian : – setiap agama menyeru umatnya mendidik dan membimbing anak-anak dengan sempurna
– pegangan agama ibu bapa yang rapuh menyebabkan mereka tidak dapat memikul
tanggungjawab sebagai ibu bapa
Contoh : – ibu bapa tidak tahu mendidik anak-anak mereka dengan cara yang betul dan sempurna
dari segi agama







9





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 9 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Isi 4 : Anak luar nikah atau keadaan fizikal anak-anak
Huraian : – kelahiran bayi luar nikah menyebabkan pasangan dihina dan dicaci oleh masyarakat
– bayi yang dilahirkan tidak sempurna dari segi fizikal
– ibu bapa tidak sanggup menerima kenyataan ini BAB
Contoh : – kecacatan seperti buta, bisu, dan sebagainya
BAB
– mempunyai kecacatan mental seperti terencat akal 7
7
Isi 5 : Kesan dadah atau alkohol
Huraian : – kehilangan sifat rasional
– memukul anak kerana kesalahan yang kecil
Contoh : – anak nakal
– anak enggan melakukan perkara yang disuruh
* Pilih mana-mana tiga isi.

Cara-cara Mengatasi

Isi 6 : Peranan pihak berkuasa dan media massa
Huraian : – menyiarkan rancangan bercorak drama, dokumentari, dan wawancara untuk menyedarkan
masyarakat
– memberikan bimbingan dan khidmat nasihat kepada pasangan yang baru berkahwin tentang
cara-cara untuk menguruskan rumah tangga
Contoh : – seminar dan ceramah pada peringkat daerah
– institusi khas ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada ibu bapa
Isi 7 : Mewujudkan institusi kekeluargaan yang lebih kukuh dan bersifat penyayang
Huraian : – keluarga dilihat sebagai nukleus atau inti masyarakat
– menyediakan khidmat kaunselor supaya keluarga dapat menyelesaikan masalah mereka
– melalui kempen kekeluargaan
Contoh : – konsep “Rumahku Syurgaku”, “Anakku Penyambung Warisanku”
Isi 8 : Tanggungjawab masyarakat
Huraian : – masyarakat terutamanya jiran tetangga harus melaporkan kes penderaan yang dilihat
– hal ini akan menambahkan keberkesanan usaha menangani masalah ini
Contoh : – menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang didera
Isi 9 : Peranan undang-undang
Huraian : – menjaga kepentingan kanak-kanak
– menekankan aspek perlindungan, penjagaan, dan kehidupan anak-anak
Contoh : – Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)
Isi 10 : Meningkatkan pembabitan badan-badan sukarela
Huraian : – mengenal pasti kanak-kanak yang dianiaya
– memberikan rawatan secara percuma
Contoh : – badan bukan kerajaan (NGO)
* Pilih mana-mana dua isi.


Perenggan Penutup
Semoga penerangan yang berikut dapat memberikan kesedaran kepada semua yang hadir dan dapat
kiranya menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan gejala yang kurang
sihat ini dapat dibendung dengan segera.





10





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 10 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

TIP
10 Merangka dan Membina Karangan



A Contoh Soalan BAB
BAB
7
Membaca bukan sekadar hobi tetapi perlu dijadikan budaya hidup rakyat Malaysia. Bincangkan. 7


B Menganalisis Soalan
Format : Perbincangan
Kata kunci : 1. membaca
2. bukan sekadar hobi
3. tetapi budaya hidup
4. rakyat Malaysia



C Perenggan Pendahuluan
– pendahuluan jenis pendapat
– pendapat Perdana Menteri
– masyarakat harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Menurut Perdana Menteri, pada zaman moden yang mencabar ini, masyarakat harus melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar tidak hanyut dalam arus kemodenan. Perkara ini harus dititikberatkan
dan diambil iktibar oleh setiap individu bagi mengelakkan diri daripada terus ketinggalan. Satu cara untuk
berhadapan dengan situasi seperti ini adalah dengan membaca. Membaca bukan sahaja sekadar hobi, bahkan
perlu dijadikan budaya hidup rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai istilah yang diberikan oleh masyarakat untuk
memberikan gambaran kepada umum betapa sikap suka membaca merupakan amalan yang penting dalam
perkembangan ilmu pengetahuan. Antara istilah yang biasa kita dengar ialah “Membaca Jambatan Ilmu” dan
“Membaca Menambahkan Ilmu Pengetahuan”. Tidak kira sama ada individu itu merupakan guru, pekerja
profesional, siswa, siswi, murid sekolah, mahupun petani, seharusnya minat membaca diterapkan dalam jiwa
mereka.

D Perenggan Isi
Faedah Membaca

Isi 1 : Menambahkan ilmu pengetahuan
Huraian : semakin banyak buku dibaca, semakin bertambah ilmu pengetahuan
Contoh : membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam seminggu
Banyak manfaat yang diperoleh daripada tabiat membaca, antaranya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Hal ini memang tidak dapat dinafikan kerana semakin banyak buku yang dibaca, maka
semakin bertambah ilmu pengetahuan. Individu yang kerap membaca dapat melahirkan idea yang bernas
dan pendapat yang jitu berbanding dengan seseorang yang kurang membaca. Oleh hal yang demikian, kita
hendaklah membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam seminggu.

Isi 2 : Memenuhi waktu senggang
Huraian : membaca dapat menghindarkan gejala sosial
Contoh : melepak, vandalisme, dan gengsterisme




11





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 11 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Selain dapat mencetuskan minda yang lebih kreatif, membaca juga dapat memenuhi waktu senggang
yang terluang. Sesungguhnya, masa itu emas. Oleh itu, kita harus memanfaatkan setiap saat dengan aktiviti
yang berfaedah, iaitu dengan membaca. Masa yang terluang dapat kita gunakan untuk membaca bahan
bacaan seperti surat khabar, majalah, dan buku cerita. Pada masa yang sama juga, masalah kebejatan moral BAB
seperti melepak, vandalisme, dan gengsterisme dapat dikurangkan sekiranya para remaja memanfaatkan
BAB
masa senggang mereka dengan membaca. Situasi ini umpama “sambil menyelam minum air”. 7
7
Isi 3 : Memberikan keyakinan ketika berhujah
Huraian : idea dan fakta mencukupi
Contoh : semasa dalam perbincangan atau forum

Membaca akan memberikan keyakinan kepada seseorang apabila berhujah. Hal ini demikian kerana,
mereka telah bersedia dan fikiran mereka sarat dengan fakta-fakta dan idea untuk berhujah. Fikiran menjadi
lebih matang dan tidak teragak-agak apabila memberikan pendapat. Sebagai contoh, ketika kita terlibat dalam
perbincangan atau forum yang berkaitan dengan hal agama seperti tajuk tentang mengerjakan haji dan umrah
serta syarat-syaratnya. Kita harus banyak membaca agar hujah dan pandangan yang diberikan kelak tepat
dan tidak terpesong daripada apa-apa yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan hadis. Lazimnya, bagi
seseorang penceramah, mereka harus mempunyai tabiat membaca yang optimum kerana kualiti ceramah
yang disampaikan bergantung pada tahap pengetahuan yang dimiliki oleh mereka.


Isi 4 : Meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang
Huraian : membaca dijadikan sebagai budaya hidup
Contoh : murid mesti banyak membaca
Selain itu, kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang dapat ditingkatkan melalui pembacaan. Pada
zaman mutakhir ini, masyarakat semakin serakah mengejar ilmu semata-mata ingin memiliki daya saing
yang tinggi. Oleh itu, masyarakat memerlukan anjakan paradigma dan perubahan sikap yang menyeluruh
agar tabiat membaca menjadi budaya hidup mereka. Jika seseorang individu ingin berjaya dan mahir dalam
sesuatu bidang yang diceburi, maka tahap pembacaannya perlulah mapan. Sebagai contoh, seseorang murid
yang ingin meningkatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran perlulah banyak membaca dan seterusnya
membuat latihan. Sejajar dengan itu, tabiat membaca harus ditanam dalam sanubari setiap individu tanpa
mengira pangkat, agama, budaya, mahupun bangsa.

Cara-cara Memupuk Sikap Suka Membaca

Isi 5 : Memupuk sikap suka membaca dari peringkat akar umbi
Huraian : sejak kanak-kanak
Contoh : pendekatan bahan bacaan yang sesuai

Bagi memupuk sikap suka membaca, usaha dari peringkat akar umbi haruslah dititikberatkan. Tabiat
membaca harus dipupuk dalam kalangan kanak-kanak, iaitu semenjak mereka masih kecil kerana pepatah
ada menyebut, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai contoh, ibu bapa atau keluarga mendedahkan
bahan bacaan yang sesuai kepada kanak-kanak ketika berumur satu tahun.

Isi 6 : Ibu bapa menjadi contoh atau teladan kepada anak-anak
Huraian : ibu bapa mesti mempunyai minat membaca
Contoh : anak-anak akan meniru sifat murni keluarga apabila dewasa

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan menjadi contoh kepada anak-anak, iaitu ibu bapa
mestilah mempunyai minat membaca. Sesungguhnya, perlakuan ibu bapa menjadi ikutan dan mempengaruhi
kanak-kanak. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu tinggal dengan keluarga yang mempunyai tabiat membaca


12





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 12 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
yang baik, maka tidak menghairankan apabila mereka akan meniru jejak langkah dan sifat murni yang
ditonjolkan oleh keluarganya, iaitu suka membaca. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Isi 7 : Penyediaan bahan bacaan yang sesuai BAB
Huraian : menarik minat mereka
BAB
Contoh : buku Cinderella, Hang Tuah, Badang 7
7
Banyak orang berpendapat bahawa penyediaan bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur
kanak-kanak amat penting untuk menarik minat mereka supaya membaca. Perkara ini ada benarnya kerana
kanak-kanak yang berlainan umur mempunyai minat yang berbeza terhadap sesuatu jenis buku. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang mula belajar membaca lebih meminati bahan bacaan yang mempunyai banyak
grafik berwarna dan mengandungi teks yang ringkas dan sedikit. Mereka lebih gemar melihat gambar-gambar
kartun dan objek yang berwarna-warni. Bagi peringkat umur pertengahan, kanak-kanak harus didedahkan
dengan buku-buku cerita yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan ringkas seperti Cinderella, Snow
White, Bawang Putih dan Bawang Merah, Hang Tuah, dan Badang.


Isi 8 : Peranan media massa
Huraian : mengadakan kempen membaca
Contoh : memuatkan buah fikiran cendekiawan dan masyarakat yang prihatin
Selaras dengan usaha untuk mewujudkan budaya membaca, kempen-kempen membaca giat dijalankan
untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya tabiat membaca yang bukan sahaja
sekadar hobi, malahan perlu dijadikan budaya hidup rakyat di negara ini. Media massa seperti surat khabar
dan majalah memainkan peranan utama dengan memuatkan buah fikiran daripada kalangan cendekiawan
dan masyarakat yang prihatin. Pelbagai pandangan, kritikan, dan saranan telah diketengahkan terhadap tabiat
membaca masyarakat Malaysia yang dikatakan agak kurang berbanding dengan negara-negara lain.

Isi 9 : Pameran dan jualan buku
Huraian : diadakan dengan lebih kerap untuk menggalakkan orang ramai membeli buku
Contoh : dapat menambahkan koleksi buku di rumah
Selain itu, ekspo dan pameran jualan buku harus diadakan dengan lebih kerap dan disertai oleh
syarikat-syarikat penerbitan buku yang ingin memasarkan buku-buku keluaran terbaharu. Langkah ini dapat
menggalakkan orang ramai supaya membeli buku memandangkan harga buku yang dijual jauh lebih murah
berbanding dengan harga di pasaran. Oleh sebab itu, kita harus menggunakan kesempatan dan peluang ini
untuk menambahkan koleksi buku di rumah.


E Perenggan Penutup

Penanda wacana : Secara keseluruhan
Pandangan : – tahap pembacaan rakyat Malaysia masih sederhana
– perlu ditingkatkan
– agar dapat bersaing pada peringkat antarabangsa
Secara keseluruhan, tahap pembacaan rakyat Malaysia masih sederhana dan senario ini dapat ditingkatkan
asalkan wujudnya kerjasama antara semua pihak untuk menjadikan tabiat membaca sebagai budaya hidup
agar kita dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Perkara yang paling utama ialah kesedaran diri sendiri
untuk menggerakkan minda dan pemikiran agar minat membaca kerana pepatah ada menyebut “hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih”.





13





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 13 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan

TIP
11 Penggunaan Penanda Wacana

1. Penggunaan penanda wacana amat perlu, khasnya semasa menyambungkan ayat dengan ayat dan BAB
menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Penggunaan penanda wacana dengan bijak
BAB
dan sesuai akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis, dan bermakna. 7
7
2. Penanda wacana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis serta fungsi dan penggunaannya. Antaranya
ialah:
Kata Penghubung Penambahan
lalu kerana dan hal ini
jika supaya juga tambahan pula
agar walaupun sekali lagi dan kemudian
serta sungguhpun sebenarnya lebih-lebih lagi
tetapi bertitik tolak



Perbandingan/Perbezaan Turutan
tetapi selari dengan keduanya akhirnya
selain itu sungguhpun begitu selain itu selepas itu
walaupun walau bagaimanapun seterusnya kemudiannya
sebaliknya sehubungan dengan itu pertamanya pertama sekali
sama dengan jika dibandingkan dengan lebih penting lagi lebih awal dari itu
berbeza dengan dalam nada yang berbeza
namun demikian setelah dibandingkan dengan


Contoh Masa
misalnya yang dimaksudkan ialah sesekali dewasa ini
contohnya biar kita mengambil contoh akhirnya sebelum itu
sepertimana mari kita mengambil contoh selepas itu sementara itu
semenjak itu pada mulanya
pada ketika itu pada masa yang sama


Kesimpulan/Rumusan Penanda Wacana Umum
jadi jelaslah amnya lazimnya
oleh itu akibatnya dengan ini umumnya
jika tidak kesudahannya secara khususnya sememangnya
jika begitu oleh sebab itu selaras dengan itu sementelahan pula
ringkasnya kesimpulannya sejajar dengan itu ramai berpendapat bahawa
pendek kata sekiranya tidak pada kebiasaannya sering kali kita merasakan
demikianlah pada keseluruhan
maknanya ialah hal ini bermaksud
sekiranya begitu meskipun demikian
sebagai rumusan oleh yang demikian
sebagai menggulung betapakah nantinya
hal ini demikian kerana dapatlah disimpulkan



14





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 14 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Contoh Memanfaatkan Penanda Wacana

Generasi muda merupakan aset penting negara sebagai penegak wawasan pada masa akan datang.
Namun begitu, generasi hari ini sering dikaitkan dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah,
pergaulan bebas, melepak, dan jenayah. Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha dengan mengambil BAB
BAB
langkah tertentu bagi menyelamatkan belia daripada ancaman gejala sosial yang semakin menular dalam 7
masyarakat kita.
7
Walaupun kempen antimerokok giat dijalankan melalui media massa seperti televisyen dan
akhbar, namun amalan ini masih berleluasa. Kempen tersebut meminta orang ramai menghentikan dan
menghindarkan tabiat merokok. Namun begitu, kempen kesedaran tersebut tidak memadai jika tidak
disertai dengan tindakan tegas oleh semua pihak. Antaranya, termasuklah golongan perokok, penjual,
pengusaha, dan pihak kerajaan khasnya.


TIP
12 Kekemasan Tulisan

1. Tulisan hendaklah mudah dibaca dan difahami oleh pemeriksa.
2. Setiap kesalahan dipadam atau digariskan di tengah-tengah perkataan atau ayat yang salah.
3. Tulisan yang sukar dibaca akan menyukarkan pemeriksa memahami keseluruhan kandungan karangan.
4. Baiki tulisan anda dari sekarang jika kerap mendapat komen negatif daripada guru atau rakan-rakan.



TIP
13 Sudut Pandangan Pemeriksa

Ciri-ciri Karangan yang Berkualiti

Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 26 – 30 markah ✹ Karangan menepati tema bahan rangsangan.
✹ Bahasa yang gramatis dari segi kata dan ayat.
✹ Ejaan mengikut sistem Ejaan Rumi Baru.
✹ Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
✹ Wacananya lengkap.
✹ Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik.
✹ Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan
dengan jelas dan matang.

Karangan Umum
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang 80 – 100 ✹ Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
(Bahasa, markah ✹ Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
laras, idea, ✹ Ejaan dan tanda baca yang betul.
pengolahan, ✹ Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
gaya bahasa) ✹ Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.





15





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 15 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Karangan Umum
Peringkat Markah Kriteria

✹ Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan BAB
matang serta contoh yang sesuai.
BAB
✹ Pengolahan menarik dan berkesan. 7
7
✹ Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
✹ Format menepati kehendak tugasan.
✹ Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
✹ Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau
frasa.


Tip Pemeriksa untuk Skor A




Anda selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang
punca-punca penderaan kanak-kanak di hadapan sekumpulan ibu bapa.
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.



Karangan Gred A


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Yang Dipertua Persatuan Wanita, Puan Zainon binti
Abu Samah, anggota jawatankuasa persatuan, ahli-ahli persatuan, ibu-ibu dan bapa-bapa, serta tuan-tuan
dan puan-puan. Selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi
mengundang saya menyampaikan ceramah yang bertajuk “Punca-punca Penderaan Kanak-kanak dan
Cara-cara untuk Mengatasinya”. Dalam majlis yang berbahagia ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah
atas kesedaran tuan puan terhadap gejala negatif yang semakin serius dari semasa ke semasa ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
x Penderaan kanak-kanak dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang menyebabkan kesakitan dan
penderitaan terhadap kanak-kanak. Antara penderaan yang dilakukan termasuklah perlakuan kekerasan
fizikal seperti memukul sehingga menyebabkan lebam, patah tulang, dan kecederaan tubuh yang lain serta
kelalaian menjaga kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Perkara yang turut membimbangkan ialah trend
yang menunjukkan peningkatan kes rogol orang dewasa terhadap kanak-kanak termasuk ahli keluarga yang
berlaku dalam kalangan masyarakat kita, terutamanya antara bapa dengan anak gadisnya. Selain mendedahkan
dan meninggalkan kanak-kanak dalam keadaan yang bahaya, pengalaman itu akan mengganggu keadaan
emosi mereka sepanjang hidup.
Hadirin yang budiman,
Sesungguhnya, jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini terus meningkat secara mendadak
dan perkara ini amat membimbangkan masyarakat umum. Apakah punca-punca yang menyebabkan kes
penderaan kanak-kanak itu bertambah buruk? c Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
penderaan berlaku, namun faktor yang utama kerana ketiadaan perasaan kasih sayang. Mungkin



16





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 16 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
puan-puan dan tuan-tuan tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Walau bagaimanapun, saya meminta agar
tuan-tuan dan puan-puan berfikir, adakah ibu bapa yang mempunyai perasaan kasih sayang sanggup mendera
anak mereka? Hanya perasaan kasih sayang yang timbul dalam diri dapat menghalang ibu bapa daripada
melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan seperti mendera anak mereka. Walau bagaimanapun, BAB
ibu bapa yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang mudah menyalahkan anak-anak apabila timbulnya
BAB
masalah. Padahal, anak-anak bukan punca segala masalah sehingga menyebabkan mereka terpengaruh untuk 7
7
mendera anak. Kemungkinan kurangnya perasaan kasih sayang kerana pasangan suami isteri belum bersedia
untuk berumah tangga, kekurangan didikan agama, dan sebagainya. Oleh itu, masalah penderaan kanak-
kanak timbul kerana faktor ini dan hanya sedikit dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Selain itu, masalah kekeluargaan juga merupakan satu daripada punca penderaan kanak-kanak.
Masalah ini timbul jika ibu bapa tidak bersedia dan berkemampuan untuk menjaga anak mereka dari segi
pengalaman dan kewangan serta wujudnya pergaduhan dan pertelingkahan dalam keluarga. Keadaan ini
mengganggu emosi dan menyebabkan mereka tertekan. Dalam keadaan ini, anak dilihat sebagai suatu
bebanan atau liabiliti keluarga. Tekanan perasaan serta keadaan mental dan emosi yang tidak dapat dikawal
akhirnya menyebabkan ibu bapa memukul atau menyeksa anak mereka. v Hal ini menyebabkan anak-anak
menderita, seperti kata bidalan, makan hati berulam jantung.
Di samping itu, anak luar nikah atau keadaan fizikal anak juga merupakan punca berlakunya masalah
penderaan. Kelahiran bayi luar nikah akan menyebabkan pasangan dihina dan dicaci oleh masyarakat.
Terdapat juga segelintir daripada bayi ini dibuang dan dibiarkan mati kerana perasaan malu. Bagi bayi luar
nikah yang dibesarkan oleh ibu bapa, mereka akan menjadi fokus masyarakat umum dan ibu bapa akan berasa
tertekan dan malu lantas mendera anak mereka. Selain itu, kelahiran bayi yang tidak sempurna dari segi fizikal
atau mental juga menjadi punca penderaan kanak-kanak, terutamanya bagi ibu bapa yang berpendidikan
tinggi. Hal ini disebabkan mereka tidak sanggup menerima kenyataan ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mempunyai kecacatan fizikal seperti buta, bisu, atau kecacatan mental seperti terencat akal selalu menjadi
mangsa penderaan. Kanak-kanak istimewa ini sebenarnya memerlukan perhatian dan bukannya penderaan
kerana kecacatan ini bukan permintaan mereka.

Lazimnya, kesan ketagihan dadah atau alkohol dalam kalangan ibu bapa juga akan menyebabkan
mereka hilang pertimbangan dan kasih sayang sehingga sanggup memukul anak-anak walaupun kesalahan
yang dilakukan oleh anak-anak sangat kecil seperti enggan makan, mandi, atau tidur. Kesannya, tubuh
kanak-kanak itu menjadi lebam, cedera parah, hilang selera makan, jatuh sakit, malah ada yang menyebabkan
kematian.

b Hadirin sekalian,
Seterusnya, masalah kurang didikan agama dalam kalangan ibu bapa juga menjadi faktor penderaan
kanak-kanak. Seharusnya agama dijadikan panduan dalam menguruskan keluarga. Iba bapa yang kurang
pengetahuan agama akan bertindak mendera anak-anak tanpa memikirkan kesan dan balasan dosa. Mereka
tergamak menyiksa darah daging sendiri, malah ada dalam kalangan bapa yang bersikap bagai haruan makan
anak. Lazimnya pasangan ibu bapa yang masih muda, mereka masih berkelakuan seperti remaja dan tidak
matang. Mereka juga tidak mampu berfikir secara rasional ditambah pula dengan sikap panas baran. Oleh
yang demikian, anak-anaklah yang akan menanggung penderitaan atas perbuatan ibu bapa mereka.
Di samping itu, terdapat juga kes penderaan kanak-kanak yang berlaku hari ini disebabkan oleh
pengaruh kisah silam. Hal ini demikian kerana, ada dalam kalangan penjaga atau ibu bapa yang mempunyai
kenangan silam sewaktu mereka kecil menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Sewaktu kecil, mereka
pernah didera dan menjalani kehidupan yang penuh dengan kepahitan. Oleh sebab itu, golongan ini akan
terikut-ikut dan bertindak mendera kanak-kanak lain.



17





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 17 17/02/2023 11:15 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 1 Ke Arah Kecemerlangan
Akhir sekali, penderaan kanak-kanak juga berlaku di pusat asuhan atau di rumah pengasuh
persendirian. Penderaan ini biasanya dilakukan oleh pengasuh di pusat jagaan tersebut. Hal ini disebabkan
oleh faktor diri pengasuh yang mungkin mengalami masalah emosi atau tekanan di tempat kerja. Kebanyakan
ibu bapa hari ini bekerja dan terpaksa menghantar anak mereka ke pusat jagaan. Sekiranya ibu bapa tidak BAB
memilih pusat asuhan dengan betul dan teliti, anak-anak mereka mungkin terdedah kepada masalah
BAB
penderaan. 7
7
n Sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar penerangan ini dapat memberikan kesedaran
kepada semua hadirin dan dapat kiranya menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain. Saya
juga ingin mengingatkan hadirin bahawa kanak-kanak merupakan aset negara yang bakal menentukan
kemajuan atau kemunduran sesebuah negara, khasnya dalam hasrat kita merealisasikan Wawasan 2020. Oleh
itu, wajarlah langkah-langkah yang tegas diambil bagi membanteras gejala buruk ini daripada berlaku dalam
rumah tangga rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.







Kriteria Karangan Gred A


 Kata alu-aluan
Bersesuaian dengan format karangan jenis ceramah, murid menulis kata alu-aluan pada permulaan
karangan dan mengikut tingkat kedudukan hadirin.
x Pendahuluan
Murid menggunakan pendahuluan jenis definisi yang sangat menarik, jelas, dan berkesan.
c Isi
Isi-isi (digelapkan) mencukupi dan relevan. Setiap isi dihuraikan dan disertakan dengan
contoh-contoh yang sesuai. Murid juga menghuraikan setiap isi dalam satu perenggan yang berlainan.
v Ungkapan indah atau peribahasa
Murid menggunakan kata-kata kiasan atau peribahasa yang sesuai dengan huraian isi yang diberikan.
Hal ini sememangnya menarik perhatian para hadirin. Selain itu, penggunaan bahasa dalam karangan
ini gramatis.

b Kata penghadapan
Murid menggunakan kata penghadapan yang sesuai di antara perenggan, bertepatan dengan format
karangan ceramah. Hal ini menjadikan karangan murid berkesan, menarik, dan tidak membosankan.
n Penutup
Penutup karangan murid jelas dan menarik.
















18





01 FOKUS SPM KARANGAN.indd 18 17/02/2023 11:15 AM


Bab Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Karangan
14 Fakta dan Rencana








TEMA DAN RANGKUMAN SOALAN


TEMA RANGKUMAN SOALAN


Kepentingan rakyat menghayati Rukun Negara

Kesan-kesan jerebu BAB

BAB
Keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan 14
14
Mengatasi krisis bekalan air

Masalah sektor pertanian

Kemerosotan mutu sukan negara


Budaya vandalisme

Usaha-usaha menangani kegiatan jenayah dalam kalangan remaja

Kesan-kesan rasuah terhadap negara


Usaha-usaha strategik untuk memajukan industri pelancongan negara

Kebaikan program realiti televisyen







okus SPM
Fokus SPM
F
1. Penulisan karangan jenis fakta dan rencana rencana yang berkisar tentang pelbagai tajuk,
hampir sama, iaitu memberikan penjelasan seperti ekonomi, kebudayaan, sukan, politik,
tentang isu yang dikemukakan dengan sosial, dan lain-lain.
menyatakan hujah-hujah yang tepat dan bernas 3. Terdapat juga rencana jenis rencana
dan disertakan dengan bukti dan contoh yang pengarang. Rencana ini biasanya disiarkan
sesuai bagi menyokong isi-isi yang diberikan dalam ruangan Rencana Pengarang dalam
itu. akhbar atau majalah. Rencana pengarang
2. Jenis rencana yang sering ditanya dalam memfokuskan pandangan pengarang tentang
peperiksaan ialah rencana umum, iaitu sesuatu isu, iaitu sama ada bersetuju atau



251
PB 251




14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 251 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
tidak bersetuju dengan isu yang dikemukakan ciri-ciri dan kelebihan barangan, tempat, dan
dengan memberikan perhatian terhadap latar perkhidmatan tersebut.
belakang isu, latar belakang maklumat, kajian, 5. Meskipun karangan rencana umum dan fakta
hujah, masalah, dan pendapat pengarang. tidak mempunyai format khusus, penulisan
Bahagian terakhir rencana tersebut anda mestilah dimulakan dengan pendahuluan,
merupakan rumusan atau kesimpulan. kemudian diikuti isi-isi dan kesimpulan atau
4. Rencana promosi ialah rencana yang bertujuan rumusan.
untuk memperkenalkan sesuatu barangan, 6. Isi-isi hendaklah disusun mengikut keutamaan
tempat, dan perkhidmatan kepada orang daripada yang penting kepada yang kurang
ramai. Penulisan rencana ini menjelaskan penting. Setiap isi hendaklah ditulis dalam satu
perenggan.



Karangan Cemerlang 92 BAB

BAB
Domain: Awam 14
14
Prinsip dalam Rukun Negara kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan
Malaysia. Nilai dalam Rukun Negara perlu difahami, dihayati, dan diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat kerana keharmonian negara bergantung pada masyarakat yang tinggi disiplin dan cinta akan
negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Rukun Negara Wadah Bentuk Masyarakat
Berpandangan Jauh” oleh Noraini Tahir, Berita Harian Online, 29 Ogos 2020)


Petikan akhbar di atas menerangkan kepentingan memahami, menghayati, dan mengamalkan prinsip dalam
Rukun Negara.

Huraikan kepentingan rakyat menghayati Rukun Negara.

Rusuhan kaum terbesar telah berlaku di negara kita pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah
menjejaskan ketenteraman yang dinikmati oleh rakyat sejak negara ini memperoleh kemerdekaan.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah mengambil alih pentadbiran negara pada masa itu
telah memperkenalkan suatu ideologi, iaitu Rukun Negara. Matlamat utama penubuhan Rukun Negara
adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan memelihara corak hidup demokratik. Selain itu, Rukun
Negara diharapkan akan dapat melahirkan masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang pelbagai, dan membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi.

Terdapat lima Prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Kedaulatan Undang-Undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan dan Kesusilaan. Setiap
rakyat di negara ini mesti mengetahui prinsip-prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya dalam kehidupan
sehari-harian. Oleh itu, semua prinsip Rukun Negara ini haruslah dihayati oleh segenap lapisan rakyat
negara ini supaya dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara, selain mempunyai jati diri yang teguh.

Prinsip Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Agama merupakan pegangan
utama rakyat Malaysia. Kepercayaan beragama dan peranan agama amat penting dalam membentuk
nilai murni dalam kalangan masyarakat kerana semua agama menyeru kebaikan dan kerukunan dalam
perhubungan sesama manusia. Dengan mempercayai agama, kestabilan dan keharmonian yang sedia
terjalin antara kaum di negara ini akan terpelihara. Kepercayaan beragama juga dapat mengukuhkan



252 253





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 252 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadi bangsa yang bermaruah dan mempunyai jati diri yang
tinggi. Sungguhpun agama Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat negara ini telah ditetapkan
sebagai agama rasmi dalam perlembagaan, namun kebebasan rakyat menganut dan mengamalkan agama
lain membuktikan bahawa rakyat negara ini mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana tidak
membeza-bezakan warganya. Sesungguhnya, keruntuhan negara akan berlaku sekiranya rakyat tiada
kepercayaan terhadap agama kerana rakyat tidak mempunyai pegangan hidup.
Selain itu, Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat
yang taat setia kepada pemerintah dan negara ini. Setiap rakyat mesti menumpahkan taat setia kepada
raja dan negara ini walaupun apa-apa jua yang berlaku kerana raja lambang perpaduan negara. Sumpah
taat setia kepada raja dan negara dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menggunting dalam
lipatan atau menangguk di air keruh demi kepentingan diri sendiri. Perkara buruk, seperti rusuhan
dan pergaduhan antara kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip yang kedua ini dan sekali
gus masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan demi menjamin kestabilan negara yang berterusan. BAB
Keluhuran Perlembagaan bermaksud kemurnian undang-undang dan ketelusan tindakan atau
BAB
hukuman tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Rakyat hendaklah menerima, 14
mematuhi, dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara kerana merupakan
14
sumber perundangan negara yang tertinggi. Tambahan pula, rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan
Negara berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap pesalah
akan dikenakan tindakan yang setimpal tanpa mengira darjat, keturunan, warna kulit, atau pengaruh
politik. Dalam hal ini, para pengamal undang-undang pula perlu mempunyai etika dan profesionalisme
yang tinggi serta bebas daripada amalan tumbuk rusuk dan sebagainya.

Di samping itu, dalam sesebuah negara yang berdaulat, undang-undang diwujudkan bagi memberikan
keadilan kepada setiap individu. Di negara ini, Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkuasa menggubal
undang-undang mengikut keperluan semasa, manakala pihak kehakiman yang terdiri daripada pelbagai
mahkamah pula akan melaksanakan undang-undang tersebut. Kedaulatan Undang-undang di negara ini
dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Sesiapa pun yang didakwa atas sesuatu
kesalahan akan menghadapi perbicaraan yang seadil-adilnya dan dihukum mengikut peruntukan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh mahkamah, ibarat peribahasa, ular dipukul jangan mati, kayu
pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang. Sesungguhnya, undang-undang yang digubal
bukan untuk menyusahkan semua orang, sebaliknya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan
dapat diwujudkan.

Seterusnya, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan pula bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai tatasusila serta mengamalkan nilai-nilai murni. Pengamalan nilai-nilai murni ini membolehkan
rakyat yang berbilang kaum di negara ini mengamalkan sikap saling menghormati dan menjaga hubungan
baik antara satu sama lain. Budaya kunjung-mengunjung tanpa mengira kaum terutama pada musim
perayaan dapat mengeratkan hubungan sesama rakyat. Perpaduan yang dinikmati itu mampu menjamin
kedaulatan negara yang berterusan. Oleh itu, tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang
dianggap sensitif, seperti yang membabitkan agama, kaum, dan bahasa kerana hal ini akan menjejaskan
ketenteraman rakyat.

Konklusinya, penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara ini mampu menerapkan amalan
menghormati undang-undang dan masyarakat yang pelbagai agama serta budaya di negara yang
tercinta ini. Pelanggaran dan pencabulan terhadap prinsip Rukun Negara bukan sahaja akan menjadikan
masyarakat dan negara pincang, malahan masyarakat akan hidup dalam ketakutan dan kesejahteraan
mereka akan tergugat.





252 253





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 253 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Koleksi Peribahasa Mentor SPM
SPM
• menggunting dalam lipatan – membinasakan bangsa Kerajaan telah melancarkan Kempen Penghayatan Rukun
sendiri
• menangguk di air keruh – mencari keuntungan dan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada
bulan Januari tahun 2006. Tujuan kempen itu dijalankan
sebagainya sementara ada kekacauan, perselisihan, adalah supaya rakyat, khususnya kanak-kanak dan murid-
dan lain-lain
• ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, murid benar-benar memahami maksud Rukun Negara,
menghayatinya, menghormatinya, dan menjadikannya
tanah dipalu jangan lembang – menghukum orang sebagai rukun hidup.
hendaklah dengan seadil-adilnya
\

Karangan Cemerlang 93

Domain: Awam


Fenomena jerebu di Malaysia merupakan masalah yang sering terjadi di Malaysia saban tahun. BAB
BAB
Malaysia juga tergolong antara negara paling terkesan dengan kehadiran asap jerebu yang tebal, yang 14
berpunca daripada amalan pembakaran hutan yang diamalkan oleh negara jiran, Indonesia. Aktiviti
14
tersebut menjadikan beberapa lokasi di Malaysia teruk terjejas dengan IPU melebihi 200.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Tindakan Kerajaan Malaysia Tangani Jerebu”
oleh Nurin Eznieka, Jobstore, 19 September, 2019)


Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan masalah jerebu dan kesan-kesan buruknya.
Jelaskan kesan-kesan jerebu.


Jerebu ialah habuk-habuk halus yang berterbangan di udara yang berpunca daripada asap pembakaran
terbuka. Jerebu sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Masalah jerebu sering melanda negara ini
dan masalah ini berulang saban tahun, terutama sewaktu musim kemarau. Selain pembakaran terbuka,
jerebu juga berlaku disebabkan oleh pelepasan asap daripada kegiatan perindustrian dan kenderaan.
Jerebu mengundang pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan sektor ekonomi.
Kegiatan menebus guna kawasan hutan dan pelupusan sisa-sisa hutan untuk sebarang projek
pertanian yang dilakukan di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia melalui aktiviti pembakaran
menyebabkan ruang udara di sesetengah tempat di negara ini tercemar. Kajian perlu dilakukan oleh
semua pihak agar pelupusan sisa-sisa pertanian ini dilakukan dengan cara yang lebih mesra alam.
Negara-negara serantau yang mendapat kesan daripada masalah jerebu ini akan menuding jari kepada
kerajaan Indonesia dengan pelbagai tohmahan, namun hakikatnya keadaan dalam negara bagi sesebuah
kerajaan itu sendiri pun menyumbang kepada berlakunya jerebu ini. Jadi, pelupusan sisa-sisa pertanian
haruslah diuruskan dengan baik.
Jerebu memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kerana udara yang tercemar sukar
menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Pelbagai penyakit yang melibatkan pernafasan berpunca
daripada jerebu. Misalnya, peningkatan penyakit asma, batuk, dan sesak nafas berkait rapat dengan
fenomena jerebu. Peratusan penyakit ini akan meningkat di kawasan-kawasan yang menunjukkan
indeks pencemaran melepasi paras bahaya. Orang ramai terpaksa menyediakan wang yang banyak
untuk membayar bil perubatan dan hal ini sudah tentu akan menjejaskan kehidupan mereka. Oleh itu,
masyarakat awam terpaksa menghadapi suasana ini dengan penuh kesengsaraan.
Selain itu, jerebu juga boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara kerana banyak aktiviti
akan tergendala apabila berlakunya jerebu. Pengalaman membuktikan bahawa semasa indeks udara
berada dalam paras bahaya dahulu, banyak sekolah telah ditutup buat sementara, orang ramai dilarang



254 255





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 254 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
keluar rumah, dan banyak aktiviti perniagaan terjejas. Aktiviti riadah juga tergendala dan ibu bapa
akan mengehadkan pergerakan anak-anak mereka di luar rumah. Tambahan pula, kemalangan di jalan
raya turut meningkat kerana jarak penglihatan yang kurang dan orang ramai terpaksa menanggung kos
penyelenggaraan yang tinggi. Jelaslah bahawa jerebu boleh menjejaskan ekonomi negara.
Di samping itu, jerebu menjejaskan keindahan alam sekitar. Suasana pagi yang indah dengan sinar
matahari dan waktu tengah hari yang terik dengan cahaya telah bertukar menjadi suasana samar muka,
manakala suasana pada waktu petang seakan-akan seperti malam. Bangunan yang indah di bandar-bandar
besar akan kelihatan kabur. Misalnya, Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menjadi mercu tanda
Malaysia pernah hilang dalam jerebu yang tebal. Jadi, keadaan sebegini sudah tentu akan memberikan
kesan terhadap sektor pelancongan, tanpa mengira pelancongan domestik ataupun pelancongan
antarabangsa. Sumber pendapatan yang berpunca daripada sektor pelancongan ini akan berkurangan
dan banyak pekerjaan yang berkaitan dengan pelancongan turut terjejas.
Ruang angkasa yang diliputi dengan jerebu akan menjejaskan sektor pengangkutan udara di negara
ini kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana kadar penglihatan yang berkurangan. Hal
ini akan membahayakan keselamatan penumpang dan kemungkinan kemalangan udara berlaku amat BAB
BAB
berpotensi. Para pelancong pula lebih berminat untuk memilih tempat-tempat yang bersih dan indah
untuk dijadikan destinasi pelancongan mereka. Jadi, sektor penerbangan akan mengalami kerugian yang 14
14
besar kerana bilangan pelancong dan pelabur dari luar negara juga berkurangan.
Konklusinya, angkara jerebu yang berpunca daripada sikap manusia yang lepas tangan
mendatangkan kesan yang buruk kepada semua kehidupan. Kadar pembangunan industri yang pesat
bukan sahaja memberikan kemudahan kepada manusia, tetapi sebaliknya mendatangkan kesan sampingan
yang tidak diduga. Pelbagai usaha perlu dilakukan dengan segera bagi menangani masalah ini daripada
berterusan. Usaha-usaha yang dilakukan hendaklah menyeluruh dengan melibatkan negara-negara
serantau kerana masalah jerebu ini ialah masalah sejagat.


Koleksi Peribahasa

• lepas tangan – tidak masuk campur dalam sesuatu hal

SPM
Mentor SPM
Nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara, iaitu SO2, NO2, CO, O3,
dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi dianggap sebagai pencemar yang akan menentukan
nilai IPU. Biasanya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan hal
ini menentukan bacaan IPU.



Karangan Cemerlang 94

Domain: Awam

Malaysia mengekalkan rekod dalam kelompok 10 negara destinasi pelancongan terbaik dunia
2018 seperti yang dilaporkan oleh Euromonitor International, iaitu agensi kajian pasaran global yang
berpangkalan di London, United Kingdom. Rekod berkenaan sebagai petunjuk bahawa Malaysia berada
di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mapan. Kementerian
Pelancongan akan mempergiat usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara utama
tumpuan pelancong di dunia dengan pelbagai tarikan alam semula jadi, seni budaya, kesihatan, makanan,
dan pelbagai produk inovasi.
(Sumber: BERNAMA, 6 Disember 2018)




254 255





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 255 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Petikan akhbar di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan industri pelancongan
di Malaysia dan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Jelaskan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Pelancongan merupakan satu daripada sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara. Pelbagai
industri sampingan dapat dijayakan dengan kemajuan sektor pelancongan. Sejak tahun 1997 lagi,
kerajaan telah menggiatkan usaha menggalakkan kemasukan pelancong asing ke negara kita. Pelbagai
langkah dijalankan seperti mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dan menyediakan berbagai-
bagai kemudahan pelancongan untuk mempromosikan Malaysia. Aktiviti pelancongan sedikit sebanyak
menyumbang kepada pendapatan negara dari segi pertukaran mata wang asing.
Faktor-faktor Malaysia sesuai dijadikan destinasi pelancongan kerana mempunyai alam semula
jadi yang indah seperti pantai yang bersih. Malaysia juga mempunyai rangkaian pulau yang cantik dan
dikelilingi lautan yang terpelihara daripada pencemaran, antaranya ialah Pulau Tioman, Pulau Redang,
Pulau Perhentian, Pulau Langkawi, dan sebagainya. Selain itu, kebanyakan kawasan hutan di Malaysia BAB
masih terpelihara kehijauannya dan sesuai dijadikan sebagai kawasan rekreasi. Sesungguhnya, kejernihan
BAB
serta kesejukan air sungai dan air terjun menggamit pelancong berkunjung ke sini. 14
14
Bagi merancakkan aktiviti pelancongan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti
kemudahan penginapan dan pengangkutan yang selesa. Hotel-hotel dan rumah tumpangan dibina di
setiap kawasan pelancongan dengan kelengkapan kemudahan pelancongan yang terbaik selain harga
yang berpatutan dan mengikut kemampuan pelancong. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan
seperti jaringan jalan raya dan kemudahan pengangkutan awam yang terbaik juga memberikan keselesaan
kepada pelancong sepanjang berada di negara ini. Jadi, pelbagai kemudahan haruslah disediakan demi
keselesaan para pelancong.

Berbagai-bagai pihak turut memainkan peranan dengan mengadakan promosi pelancongan dan
menawarkan pakej-pakej pelancongan yang menarik kepada pelancong sama ada pelancong asing atau
tempatan. Pertambahan agensi pelancongan telah membantu dalam memberikan kemudahan terbaik
kepada pelancong-pelancong yang belum pernah berkunjung ke negara ini. Kerajaan juga mengisytiharkan
tahun 2007 sebagai Tahun Melawat Malaysia yang bertujuan untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai
“tiang seri” kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, promosi hendaklah dilakukan dengan giat
untuk menarik kedatangan pelancong.
Keadaan Malaysia yang bebas daripada sebarang bencana alam, seperti gunung berapi, gempa bumi,
dan ribut taufan menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Selain itu,
keamanan Malaysia yang bebas daripada sebarang bentuk keganasan dan ancaman lain menggamit
pelancong berkunjung ke sini. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia ialah sebuah negara yang
selamat. Oleh itu, usaha kerajaan yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan negara menjamin
keselamatan pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Kelebihan utama Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina,
India, dan sebagainya yang tinggal di bawah satu bumbung dalam keadaan harmoni. Setiap kaum juga
mempunyai adat dan budaya yang unik serta sukar diperoleh di negara-negara lain. Keunikan kaum-
kaum di Malaysia merangkumi kebudayaan, makanan, pakaian, dan pergaulan. Setiap kaum menghormati
adat dan budaya kaum lain. Mereka juga boleh melibatkan diri dengan adat dan budaya kaum lain tanpa
larangan, misalnya meraikan perayaan tertentu. Tambahan pula, sikap toleransi antara kaum menjadikan
Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Tegasnya, kepelbagaian kaum mewarnai kehidupan
masyarakat.
Sesungguhnya, Malaysia sememangnya sebuah negara yang indah dan unik serta berpotensi dijadikan
destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia. Selain usaha-usaha kerajaan menggalakkan pelancongan
luar negara, kerajaan juga mengalu-alukan perkembangan pelancongan domestik. Sokongan rakyat akan
menjayakan usaha kerajaan memajukan sektor pelancongan di negara kita.


256 257





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 256 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Karangan Cemerlang 95


Domain: Awam

Kerajaan digesa bersiap sedia menghadapi krisis bekalan air terawat yang dijangka berlaku
tidak sampai 20 tahun lagi di Malaysia. Malah pakar industri air memberikan amaran harga komoditi
itu bakal melonjak sehingga tiga kali ganda sekiranya punca-punca yang mendorong kepada krisis
tersebut tidak ditangani dengan segera. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan komoditi air milik Malaysia
diuruskan dengan cara yang efisien dan menguntungkan negara.

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2020)

Sebagai respons terhadap kandungan akhbar di atas, anda ingin mengemukakan pendapat anda tentang
cara-cara mengatasi krisis air di Malaysia melalui penulisan rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. BAB
BAB
Tulis rencana itu selengkapnya. 14
14
Mengatasi Krisis Bekalan Air
Oleh : Lim Swee Kim

Air amat penting kepada setiap hidupan di muka bumi ini. Tiada manusia, haiwan, dan tumbuhan
yang wujud tanpa air. Manusia menggunakan air untuk melakukan pelbagai aktiviti harian, seperti
membersihkan diri, membasuh pakaian, memasak makanan, dan sebagainya. Di Malaysia, bekalan
air diperoleh melalui sistem bekalan air yang diselenggarakan oleh pihak berkuasa air di setiap negeri.
Malangnya, apabila tiba musim kemarau yang panjang terdapat sesetengah kawasan yang menghadapi
krisis bekalan air sehingga bekalan air terpaksa dicatu. Di sesetengah kawasan tertentu pula, penduduk
menghadapi masalah apabila bekalan air terputus.
Sungai merupakan sumber utama bekalan air di negara ini. Air dari sungai akan ditakung oleh
loji-loji penapisan air sebelum dirawat dan seterusnya disalurkan kepada penduduk setempat. Masalah
air mula berlaku apabila sungai menghadapi masalah pencemaran. Hal ini semakin meruncing apabila
bilangan sungai yang tercemar kian bertambah dan pencemaran sungai tersebut kian serius. Antara
langkah yang wajar dilakukan untuk mengatasi krisis bekalan air ini adalah dengan membina lebih
banyak empangan untuk menakung air supaya dapat digunakan pada musim kemarau. Sungai-sungai
akan kering apabila kemarau panjang, namun air di dalam empangan tersebut dapat digunakan untuk
menampung kekurangan air ini. Contoh empangan yang telah dibina untuk menakung air bagi kegunaan
harian dan pertanian ialah Empangan Pedu, Empangan Klang Gate, dan Empangan Temenggor. Walaupun
sebahagian daripada empangan ini dibina khusus untuk menjana kuasa elektrik hidro, namun airnya
boleh digunakan untuk kegunaan harian.
Di samping itu, hutan belantara perlu dipelihara. Satu daripada caranya ialah pihak kerajaan
hendaklah mewartakan lebih banyak hutan simpan. Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan yang
membekalkan air yang berterusan kepada sungai-sungai. Tindakan sesetengah pengusaha meneroka hutan
untuk tujuan kegiatan pembalakan, pembangunan, pertanian, dan sebagainya, menyebabkan kawasan
yang menjadi tadahan hujan ini musnah. Hakisan tanah dan tanah runtuh yang berlaku menyebabkan
sungai menjadi cetek dan kering apabila tiba musim kemarau yang panjang. Kekeringan air sungai
menyebabkan empangan dan loji-loji penapisan air turut kering-kontang.
Seterusnya, rakyat juga disarankan agar mengamalkan penjimatan air di rumah. Selain menutup pili
air selepas digunakan, rakyat digalakkan agar mengitar air semula, contohnya air basuhan atau mandian
ditadah untuk menyiram pokok bunga, mencuci lantai, dan sebagainya. Kurangkanlah penggunaan air
untuk tujuan membasuh kereta, mandi, atau mencuci rumah. Tahukah anda bahawa seandainya kita


256 257





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 257 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
menutup pili air semasa memberus gigi, sebanyak 18 liter air dapat dijimatkan, iaitu lebih daripada
13 000 liter air bagi setiap individu dalam tempoh setahun? Kaedah penjimatan ini bukan sahaja
dapat mengurangkan penggunaan air, malahan menjimatkan kos bayaran bekalan air, bak peribahasa,
ke sungai sambil mandi.
Cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi supaya undang-undang
mewajibkan pemasangan sistem penuaian air hujan bagi kegunaan domestik sebagai satu daripada usaha
untuk mengatasi krisis bekalan air negara ini pada masa hadapan diadakan wajar disokong. Beliau
menyarankan agar beberapa jenis bangunan tertentu termasuk bangunan kediaman memasang sistem
tuaian air hujan. Air yang disimpan di dalam tangki dapat diagihkan kepada pengguna melalui kepala
paip dan paip berpam, iaitu bagi tangki separa di dalam tanah yang dipasang pada bahagian tertentu
tangki. Sebenarnya, amalan penuaian air hujan telah diamalkan oleh masyarakat kita dahulu. Semasa
hujan, mereka menadah air hujan dari bumbung rumah di dalam tempayan atau bekas tembikar untuk
digunakan sebagai air mencuci kaki dan menyiram tanaman.
Tuntasnya, langkah-langkah untuk mengatasi krisis air perlulah dilakukan secara bersepadu. BAB
Pihak yang berkaitan dengan bekalan air di setiap negeri mestilah memastikan mereka memberikan
BAB
perkhidmatan yang terbaik dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat keseluruhannya, selain 14
14
mendapat keuntungan daripada perkhidmatan yang diberikan itu. Setiap pengguna pula haruslah
menggunakan bekalan air dengan bijaksana supaya jangan nanti menyesal apabila jiwa bergantung di
hujung rambut.


Mentor SPM
SPM
Layarilah laman-laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang isu krisis air dan
langkah-langkah penjimatan air.
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_air
• https://water.sabah.gov.my/?q=ms/content/jimatkan-air-pembaziran-air-merugikan-anda

Koleksi Peribahasa

• ke sungai sambil mandi – sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai
• jiwa bergantung di hujung rambut – dalam keadaan yang sangat berbahaya




Karangan Cemerlang 96


Domain: Awam

Dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, sumbangan sektor pertanian Malaysia semakin
berkurangan akibat perkembangan industri tempatan dan bidang perkhidmatan.Pada tahun 1970,
hampir 30 peratus daripada KDNK telah disumbangkan oleh bidang pertanian. Namun begitu, peratusan
ini telah jatuh mendadak kepada 8.2 peratus pada tahun 2017. Dominasi penanaman komoditi dalam
bidang pertanian tempatan disebabkan nilai komersialnya yang lebih tinggi, telah mengakibatkan hasil
tanian sumber makanan seperti padi, sayur-sayuran, dan buah-buahan terus lemah dari aspek saiz
keluaran tanian dan sumbangan kepada ekonomi.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Menyahut Cabaran Pertanian Pintar”
oleh Faiz Fadzil, Malaysiakini, 30 Julai 2018)
2



258 259





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 258 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Petikan di atas menyatakan bahawa sektor pertanian masih gagal berkembang dengan pesat di negara ini.
Sehubungan dengan itu, anda tertarik untuk mengemukakan pendapat tentang permasalahan sektor pertanian
melalui sebuah rencana dalam sebuah akhbar.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.


Sektor Pertanian dan Permasalahannya
Oleh : Zubir Kassim

Pertanian merujuk kepada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan cucuk tanam dan penternakan.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara pertanian sejak dahulu lagi. Iklim negara ini yang panas dan
hujan sepanjang tahun amat sesuai dengan pelbagai jenis tanaman dan binatang. Bidang pertanian ini
amat penting, khususnya menyumbang kepada sumber makanan kepada rakyat di negara ini. Pertambahan
penduduk yang pesat amat memerlukan peningkatan pengeluaran makanan bagi memenuhi keperluan
ini. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memajukan sektor pertanian ini, tetapi perubahan BAB
yang berlaku amat perlahan.
BAB
Negara ini masih bergantung kepada sumber makanan yang diimport daripada negara luar. 14
14
Pengeluaran makanan dalam negara yang kurang menyebabkan pengimportan perlu bagi menampung
keperluan makanan untuk rakyat di negara ini. Bahan-bahan makanan yang diimport ialah beras, tepung,
gula, bijiran, makanan di dalam tin, dan daging segar. Malaysia masih bergantung kepada negara seperti
Australia, Thailand, Vietnam, India, dan lain-lain untuk mendapatkan sumber makanan ini. Krisis
makanan yang pernah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan peningkatan harga
barangan dan akhirnya membebankan rakyat di negara ini.

Masalah kebuluran yang berlaku di beberapa buah negara di dunia ini, seperti Ethopia, Bangladesh,
dan Habsyah membuktikan bahawa pengeluaran makanan dalam negara amat penting bagi menampung
keperluan rakyat di negara tersebut. Kegagalan menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi juga
menyebabkan penyakit berjangkit merebak kerana kekurangan zat makanan dan kadar kematian akan
meningkat. Meskipun keadaan seumpama ini tidak berlaku di negara ini, namun kekurangan makanan
masih menjadi masalah utama kerana berlakunya peningkatan harga barang makanan tersebut. Sebilangan
besar rakyat di negara ini yang miskin masih tidak mampu mendapatkan makanan yang berzat dan
bermutu tinggi.

Kemerosotan pengeluaran hasil pertanian di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya
ialah kekurangan tenaga kerja dalam bidang ini. Kebanyakan lepasan pelbagai pusat pendidikan di negara
ini lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang perindustrian dan perjawatan dalam sektor
awam atau swasta. Sektor pertanian masih dimonopoli oleh orang tua-tua yang masih mengamalkan
kaedah pertanian secara tradisional dengan menggunakan tulang empat kerat. Mereka amat sukar untuk
menerima sebarang perubahan tentang penggunaan teknik-teknik pertanian moden dan penggunaan
racun serta baja yang sistematik. Kekurangan tenaga kerja turut membantutkan pengeluaran bahan
makanan di negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan, seperti memberikan bantuan modal
dan kemahiran kepada remaja yang berminat untuk menyertai bidang pertanian ini, namun hasil yang
dicapai masih belum memuaskan.

Sistem pembahagian tanah pusaka yang diamalkan sekian lama di negara ini juga menyumbang
kemerosotan bidang pertanian. Tanah yang diwarisi daripada orang terdahulu akan dibahagi-bahagikan
mengikut kaedah faraid bagi orang Islam atau sama rata atas persetujuan bersama. Tanah tersebut
biasanya akan menjadi sempit dan tidak sesuai lagi untuk dijadikan kawasan pertanian komersial. Sikap
segelintir anggota keluarga yang tidak mahu bekerjasama untuk mengusahakan tanah tersebut menjadikan
tanah itu dibiarkan begitu sahaja. Walaupun sebelum ini kerajaan melalui berbagai-bagai agensi, seperti
RISDA, FELCRA, dan sebagainya menjalankan kerja-kerja menebus guna tanah secara berkelompok
tetapi kejayaan yang dicapai tidak berpanjangan.



258 259





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 259 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Ada dalam kalangan petani yang meninggalkan bidang ini dengan pelbagai alasan, antaranya
bidang ini tidak mampu memberikan pendapatan yang lumayan berbanding dengan bidang yang
lain dan bidang pertanian ini juga terdedah kepada risiko yang tinggi. Banyak projek pertanian yang
diusahakan mengalami kegagalan kerana kerugian dan kerosakan tumbuh-tumbuhan atau kematian
ternakan disebabkan oleh penyakit dan bencana alam. Kesukaran memasarkan hasil keluaran pertanian
juga menjadi satu daripada sebab bidang pertanian ini kurang diminati, tambahan pula orang tengah
mengaut keuntungan secara mudah.
Konklusinya, pertambahan pengeluaran makanan dalam negara amat penting bagi menampung
keperluan yang meningkat dari semasa ke semasa. Usaha kerajaan untuk mengkomersialkan bidang
pertanian ini perlu diberikan sokongan oleh semua lapisan masyarakat. Bidang pertanian terbuka luas
dan banyak dalam kalangan pengusaha dalam
bidang pertanian ini sudah berjaya. Bidang
pertanian ini juga mampu memberikan pulangan Koleksi Peribahasa
yang lumayan setanding dengan bidang-bidang • tulang empat kerat – anggota badan (kaki dan tangan) BAB
yang lain. Kemajuan dalam bidang sains dan • orang tengah – orang yang menjadi pengantara antara
BAB
pengeluar dengan pengguna
teknologi boleh diaplikasikan untuk memajukan 14
bidang pertanian ini.
14


Karangan Cemerlang 97

Domain: Awam

Malaysia berkedudukan malang apabila hanya mengutip 56 butir pingat emas, 57 perak,
dan 71 gangsa dalam temasya Sukan SEA 2019 di Manila. Ada yang bercakap-cakap mengatakan
bahawa Malaysia sudah ketandusan atlet pelapis yang bakal mewarisi kalangan ahli sukan berprestasi
tinggi. Secara puratanya, wujud ketidakseimbangan kumpulan atlet pelapis apabila mendapat tempat
terutamanya ketika meneruskan pengajian pada peringkat menengah. Dalam kajian, apabila usia

mencapai 14 hingga 16 tahun, ada yang sudah hilang minat berikutan terdedah kepada kehidupan yang
berbeza. Ada juga yang dikejutkan dengan masalah pembelajaran, sokongan akademik, dan gangguan
daripada persatuan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Mampukah Altet Pelapis Bertahan Lama?” oleh TL Ang,
Bebas News, 23 Disember 2019)


Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mutu sukan di Malaysia dan masalah atlet
pelapis. Anda berpendapat bahawa penglibatan murid dalam aktiviti sukan kurang memuaskan sehingga
menyebabkan negara kekurangan atlet pelapis yang berpotensi. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
sebuah rencana tentang perkara ini.

Tulis rencana tersebut sepenuhnya.

Kemerosotan Mutu Sukan Negara
Oleh: Siti Khairunisa Ibrahim
Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk memajukan sukan di Malaysia, namun
peningkatan mutu sukan negara semakin merosot. Kemerosotan mutu sukan ini sebenarnya bergantung
pada kemampuan negara menyediakan atlet pelapis yang berwibawa dan sanggup memikul tanggungjawab
mengharumkan nama negara. Sikap murid yang tidak berminat menceburi bidang sukan menyebabkan


260 261





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 260 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
mutu sukan negara kian merosot. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk melahirkan atlet pelapis bagi
menggantikan atlet-atlet negara yang sedia ada.

Sebenarnya, penglibatan seseorang dalam bidang sukan banyak mempunyai kebaikan. Antara
kebaikan bersukan ialah dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Aktiviti bersukan
menyebabkan badan mengeluarkan peluh dan membakar kalori yang tidak diperlukan di dalam badan.
Lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya
mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya. Rakyat yang sihat merupakan aset bagi menjana
pembangunan negara. Tambahan pula, rakyat yang berpenyakit dan mempunyai masalah kesihatan
memaksa kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi menangani masalah ini. Sebagai
contoh, peningkatan kes penyakit darah tinggi dan diabetes dalam kalangan rakyat negara ini amat
membimbangkan.
Selain itu, penglibatan seseorang dalam sukan dapat mengharumkan nama negara. Imej negara akan
meningkat apabila atlet-atlet tempatan berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Kejayaan Datuk
Nicol Ann David dalam arena skuasy dan Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton misalnya, telah BAB
mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Kegemilangan Malaysia akan berakhir sekiranya atlet
BAB
pelapis yang berpotensi dalam bidang ini tidak dilahirkan dengan segera. Selain itu, kejayaan atlet negara 14
14
menyebabkan negara diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sukan-sukan yang bertaraf dunia seperti
Sukan Komanwel, Sukan SEA, Sukan Asia, dan lumba kereta Formula Satu. Rakyat Malaysia, khususnya
murid-murid perlu memainkan peranan dengan menceburi pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan.
Di samping itu, sukan juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang
pelbagai kaum. Kerjasama dalam pasukan melahirkan perasaan saling membantu antara satu sama lain.
Semangat perpaduan amat penting kepada negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk yang
terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Perpaduan akan mewujudkan negara yang aman dan damai serta
bebas daripada sebarang perbalahan kaum yang dapat menjejaskan imej negara. Keamanan negara juga
menjadi kelebihan kepada Malaysia diberikan kepercayaan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.
Penganjuran sukan ini seterusnya membantu dalam memperkembang ekonomi negara.

Kegagalan negara melahirkan atlet-atlet pelapis menyebabkan beberapa acara sukan yang
sebelum ini menjadi kebanggaan negara lenyap begitu sahaja akhirnya. Misalnya, dahulu negara kita
gah dalam sukan sepak takraw, renang, olahraga, dan sebagainya tetapi kini semuanya hanya tinggal
kenangan. Negara gagal melahirkan jaguh sukan bertaraf antarabangsa, sebaliknya yang tinggal hanyalah
jaguh-jaguh kampung yang tidak mampu untuk bersaing dengan atlet-atlet dari negara luar. Sebagai
contohnya, prestasi pasukan bola sepak negara sekitar tahun 1970-an amat membanggakan negara.
Kejayaan mereka mara hingga peringkat saringan di Sukan Olimpik menandakan atlet kita mampu
bersaing dengan negara-negara lain yang lebih kuat, tetapi malangnya mutu sukan bola sepak di negara
kita semakin merosot kini kerana tiada barisan pelapis yang cemerlang.
Pelbagai langkah perlu dilakukan agar mutu sukan yang tercalar dapat dipulihkan semula. Kejayaan
negara menganjurkan sukan berprestij tidak bermakna, sekiranya negara gagal melahirkan atlet-atlet yang
berwibawa bagi mencapai kejayaan dalam acara yang dipertandingkan. Antara langkah yang dapat diambil
adalah dengan mewajibkan murid-murid melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan
dan permainan di sekolah. Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya murid enggan berbuat demikian.
Ibu bapa juga perlu memberikan sokongan dan dorongan agar anak-anak mereka menceburi bidang
sukan.

Usaha kerajaan mewujudkan sekolah-sekolah sukan patut diberikan sokongan. Penubuhan Sekolah
Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Bandar Penawar, dan sekolah-sekolah latihan khas sukan di seluruh
negara merupakan agenda jangka panjang bagi melahirkan generasi pelapis sukan. Syarikat-syarikat
swasta juga digalakkan menaja perlawanan sukan pada semua peringkat bagi memilih pemain-pemain
yang berwibawa menerajui pasukan kebangsaan. Selain itu, pihak swasta juga diharapkan dapat menaja



260 261





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 261 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
atlet-atlet muda yang mempunyai harapan bagi mengikuti latihan dan kursus-kursus di luar negara. Di
samping itu, kemudahan sukan perlu diperbanyak bagi membuka peluang kepada rakyat atau atlet yang
terlibat menjalani latihan intensif selain menjamin kesihatan tubuh badan.
Dengan itu, semua pihak perlu berusaha melahirkan atlet pelapis pada masa akan datang, khususnya
murid yang mempunyai potensi dan kebolehan yang dapat diperkembang. Sekolah perlu dijadikan
sebagai penyubur kepada tunas sukan ini. Kejayaan negara melahirkan atlet-atlet pelapis ini diharapkan
dapat mengembalikan kegemilangan sukan negara. Mutu sukan negara akan terus unggul dan tidak lagi
mengalami keadaan pasang dan surut. Kejayaan ini sebenarnya bergantung pada sejauh mana penglibatan
remaja dalam bidang sukan. Sesungguhnya, penglibatan mereka menjamin kecemerlangan negara pada
masa hadapan.




Karangan Cemerlang 98 BAB

BAB
Domain: Awam 14
14
“Biarpun media massa sentiasa melaporkan pelbagai kejadian vandalisme dilakukan terhadap
harta benda awam, kesedaran orang ramai masih berada pada tahap rendah. Pihak berkuasa tempatan
(PBT) pula akhirnya terpaksa membelanjakan jutaan ringgit setahun untuk membaiki kemudahan dan
harta awam yang dirosakkan. Gejala vandalisme yang semakin berleluasa akan menjadi ancaman utama
terhadap struktur sosial dan kesejahteraan masyarakat setempat sekiranya tidak ditangani segera.”
(Dipetik daripada ucapan Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, MyMetro, 4 Ogos 2015)


Petikan ucapan di atas menyatakan bahawa gejala vandalisme memberikan kesan buruk. Sehubungan dengan
itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar bagi menyedarkan masyarakat tentang
tanggungjawab mereka dalam mengatasi gejala vandalisme.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.


Budaya Vandalisme Patut Dihindari
Oleh: Nur Fatin Nabila Arshad
Vandalisme bermaksud perbuatan merosakkan harta benda awam seperti merosakkan telefon awam,
menconteng tandas awam dan perhentian bas, membakar tong-tong sampah, dan merosakkan
peralatan di taman permainan kanak-kanak. Gejala ini berpunca daripada sikap sesetengah masyarakat,
terutama remaja yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan kerosakan harta benda awam
sewenang-wenangnya. Selain itu, terdapat segelintir penagih dadah yang merosakkan telefon awam untuk
mendapatkan wang bagi membeli dadah. Sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab juga menyebabkan
kemudahan awam ini sering menjadi sasaran vandalisme sehingga tidak dapat digunakan.
Kerosakan kemudahan awam seperti telefon awam menimbulkan pelbagai kesulitan kepada
masyarakat, terutamanya apabila berlaku kemalangan atau kecemasan. Sebagai contoh, apabila berlaku
kejadian kebakaran, mereka yang terlibat sukar untuk menghubungi pihak Bomba bagi mendapatkan
bantuan secepat mungkin. Dengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk
membaik pulih kemudahan awam yang telah rosak ini semula. Hal ini sudah tentu merugikan negara
kerana berlakunya pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan
projek-projek pembangunan rakyat.



262 263





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 262 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta ini bertujuan
untuk memberikan keselesaan dan sebagai keperluan kepada rakyat. Kemudahan awam dibina untuk
kepentingan bersama, maka setiap orang perlu bertanggungjawab menjaganya dengan baik. Kemudahan
awam yang rosak bukan sahaja menyusahkan semua pihak, tetapi menjelikkan mata yang memandang.
Rakyat seharusnya menggunakan kemudahan awam ini dengan cermat agar dapat dimanfaatkan bersama.
Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi menjaga kemudahan awam daripada menjadi mangsa
vandalisme. Setiap orang mesti bertanggungjawab semasa menggunakan harta benda awam ini. Mereka
juga perlu melaporkan kejadian vandalisme yang disaksikan kepada pihak berkuasa. Kecurian kabel
elektrik dan telefon, pili bomba, dan besi penutup longkang yang sering berlaku dewasa ini dapat diatasi
sekiranya masyarakat peka akan kejadian yang berlaku di persekitaran mereka. Di samping itu, pihak
berkuasa juga perlu memantau gejala yang tidak sihat ini dari semasa ke semasa. Selain itu, panduan
penggunaan perlu ditampal atau diletakkan pada setiap kemudahan awam seperti telefon awam agar
pengguna dapat merujuknya sebelum menggunakannya agar mereka tidak melakukan kesilapan yang
boleh merosakkan peralatan tersebut. BAB
BAB
Pihak berwajib juga sewajarnya mengenakan tindakan yang tegas kepada pengguna-pengguna yang
tidak bertanggungjawab. Antara tindakan yang boleh diambil termasuk memberikan amaran, mengenakan 14
14
denda, dan melakukan khidmat sosial. Malah, tindakan yang lebih tegas seharusnya dikenakan seperti
hukuman penjara dan denda maksimum kepada individu yang mencuri dan dengan sengaja merosakkan
kemudahan awam ini. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan sikap menghargai
sesuatu pemberian perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat agar gejala yang tidak sihat ini dapat
dihindari.
Hakikatnya, masyarakat perlu bertanggungjawab terhadap kemudahan awam yang disediakan
oleh kerajaan agar manfaatnya dapat dikongsi bersama-sama. Mereka juga mestilah sentiasa mengingati
bahawa kemudahan awam ini ialah milik bersama dan setiap orang wajib menjaganya dengan baik.







Karangan Cemerlang 99

Domain: Awam

“Kesalahan jenayah dalam kalangan remaja terutama murid di negara ini serius dan berada
pada tahap membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi mencegah kegiatan jenayah,
termasuk murid sendiri. Murid mempunyai tanggungjawab bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam
kegiatan jenayah. Oleh itu, kesedaran mengenai jenayah perlu bermula pada peringkat sekolah.”
(Dipetik daripada ucapan Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia, Berita Harian Online, 11 November 2019)


Petikan ucapan di atas menyatakan tentang kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Penglibatan remaja dalam
kegiatan jenayah membimbangkan semua pihak. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk
disiarkan dalam akhbar tentang usaha yang berkesan yang perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

Tulis rencana anda itu selengkapnya.






262 263





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 263 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana

Usaha-usaha Menangani Kegiatan Jenayah dalam Kalangan Remaja
Oleh: Aliya Husna Azahar
“Remaja Cemerlang, Negara Terbilang”. Demikianlah slogan yang selalu kita dengar tentang kepentingan
remaja yang positif. Namun demikian, remaja kini menjadi buah mulut pelbagai pihak kerana sering kali
dikaitkan dengan pelbagai gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa ini.
Vandalisme, gengsterisme, dan buli merupakan jenayah yang acapkali disiarkan melalui media elektronik
dan media cetak. Adakah gejala ini merupakan kebiasaan dalam kalangan golongan ini? Apa-apa pun
alasannya, gejala jenayah ini wajib dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa sekali gus menjamin
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Peranan yang paling dominan harus bermula daripada
ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu bijak dalam hal mendidik anak agar tidak terjerumus
dalam gejala sosial, seperti jenayah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan agama dan moral sejak
anak-anak masih kecil supaya anak-anak menyedari perkara yang salah dan yang betul. Janganlah sampai
nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa bagai cacing kepanasan lalu segera mengambil tindakan BAB
yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri.
BAB
Pada masa yang sama, ibu bapa jangan sekali-kali bersikap lepas tangan dengan menyerahkan tugas
mereka kepada pembantu rumah dan pihak sekolah untuk mendidik anak-anak disebabkan kesibukan 14
14
bekerja. Tuntasnya, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam memastikan anak-anak bersikap positif
dan menghindarkan diri daripada aktiviti jenayah.
Selain itu, prakarsa lain yang dapat diambil sebagai langkah untuk mencegah jenayah adalah
dengan mewujudkan konsep komuniti selamat. Bagi mencapai objektif itu, antara langkah yang harus
dilaksanakan adalah dengan pengawalan rapi oleh pasukan RELA, Rukun Tetangga, dan polis. Kawalan
ini penting demi memastikan kadar kes jenayah, seperti kecurian, rompakan, rogol, ragut, dan sebagainya
dapat dikurangkan. Malahan, kawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya
dapat menakutkan penjenayah daripada melakukan aktiviti mereka dan seterusnya mewujudkan
konsep komuniti selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi canggih pada zaman ini juga dapat
membantu kita menyempurnakan konsep komuniti selamat. Kamera-kamera litar tutup boleh dipasang
di merata-rata tempat untuk memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan. Tegasnya, pembinaan
komuniti selamat melalui kawalan pihak keselamatan dan penggunaan teknologi canggih dapat
mengurangkan kejadian jenayah dalam kalangan remaja.
Satu perkara yang tidak dinafikan bahawa peningkatan kadar jenayah dalam kalangan remaja
pada hari ini adalah kerana penghayatan mereka terhadap ilmu amat kurang. Oleh itu, pengenalan mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
semula juga merupakan satu cara yang konstruktif untuk membanteras kes jenayah. Hal ini demikian
kerana mata pelajaran PSK ini mampu membentuk keperibadian mulia dalam kalangan remaja.
Tambahan pula, mata pelajaran ini berupaya memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Kajian
juga mendapati bahawa seseorang remaja berupaya menangani masalah yang dihadapinya tanpa perlu
bertindak ganas, menerima kepelbagaian agama dan kaum, serta mampu menyumbangkan sesuatu kepada
pembangunan negara dengan mempelajari subjek ini. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani
dengan adanya pengenalan mata pelajaran PSK semula yang boleh diajarkan di sekolah-sekolah.
Selain itu, keterlibatan sesetengah remaja dalam kancah jenayah juga disebabkan ketiadaan sumber
kewangan. Hal ini biasanya dilakukan oleh remaja lepasan sekolah. Menyedari hakikat itu, kerajaan perlu
mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan peluang pekerjaan supaya para remaja memiliki
sumber pendapatan sendiri. Maka, tidak ada alasan lagi untuk remaja terlibat dengan aktiviti kongsi gelap,
pengedaran dadah, rompakan, dan sebagainya. Bagi remaja-remaja yang meminati bidang perniagaan
dan keusahawanan, pihak kerajaan harus memberikan bantuan daripada segi modal dan peningkatan
pengetahuan. Remaja juga boleh memasuki pusat-pusat kemahiran sebagai persiapan sebelum memulakan
perniagaan sendiri. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah




264 265





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 264 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasa bidang ekonomi supaya peluang pekerjaan untuk
golongan remaja meningkat.
Di samping itu, keterlibatan para remaja dalam kegiatan jenayah dapat dikurangkan dengan
menjayakan kempen-kempen pencegahan jenayah di setiap sekolah. Hal ini demikian kerana, terdapat
seetengah remaja yang terlibat, tidak memiliki kesedaran tentang risiko apabila mereka terjebak dalam
kancah jenayah. Malahan, banyak remaja terlibat kerana pengaruh rakan sebaya, oleh itu pelbagai
kempen yang diadakan biasanya mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja terutamanya
di peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, murid pada tahap ini kurang terdedah
kepada kegiatan jenayah. Mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam
kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara pengisian kempen pencegahan jenayah
yang diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video dan pameran berunsurkan aktiviti jenayah.
Tegasnya, kempen kesedaran pencegahan jenayah perlu diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran
para remaja tentang bahaya jika terlibat dengan aktiviti jenayah.
Pencegahan jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi dengan menggalakkan mereka menyertai BAB
kelab-kelab yang antijenayah di sekolah. Antaranya ialah Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana
BAB
Antidadah (SLAD). Kelab-kelab seperti ini dapat memberikan informasi kepada para remaja tentang 14
natijah daripada perlakuan jenayah. Di samping itu, kelab-kelab ini turut sentiasa menggalakkan para
14
anggotanya melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah, seperti tolong-menolong,
prihatin, dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, kelab bersifat antijenayah
dapat berfungsi sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku. Kajian
Kementerian Pelajaran turut mendapati bahawa kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam
kalangan remaja, seperti gengsterisme, vandalisme, dan buli semakin merosot sejurus selepas penubuhan
kelab-kelab bersifat antijenayah di sekolah. Tuntasnya, kelab-kelab bersifat antijenayah mesti lebih giat
dilaksanakan kerana keberkesanannya membanteras gejala jenayah di negara ini.
Intihanya, terdapat pelbagai prakarsa yang Koleksi Peribahasa
dapat digembleng bagi membendung kegiatan
jenayah dalam kalangan remaja. Oleh itu, semua • buah mulut – percakapan atau perbualan orang
pihak haruslah berganding bahu untuk • nasi sudah menjadi bubur – perbuatan yang sudah
terlanjur dan tidak dapat diubah lagi
membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif • cacing kepanasan – tidak diam atau tenang, selalu
ini tidak berlarutan. Pengamalan peribahasa berat gelisah
sama dipikul, ringan sama dijinjing akan • lepas tangan – tidak masuk campur dalam sesuatu hal
• berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – baik buruk
menjadikan usaha kita lebih mudah untuk sama-sama dipikul, semuafakat
dijayakan.



Karangan Cemerlang 100


Domain: Awam

“Soal selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati
82 peratus responden berpendapat bahawa isu rasuah dan salah guna kuasa di negara ini berada pada
tahap membimbangkan. Oleh itu, menerusi Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, usaha mengekang
budaya rasuah akan diperhebat dengan matlamat supaya Malaysia dikenali sebagai negara berintegiriti
dan bukan sebagai negara rasuah.”

(Dipetik daripada ucapan Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Berita Harian Online, 30 Januari 2019)




264 265





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 265 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Petikan ucapan di atas menyatakan bahawa rasuah dan salah guna kuasa berleluasa di negara ini. Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan pertandingan menulis rencana peringkat sekolah
menengah. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tajuk yang anda pilih ialah “Kesan-kesan Rasuah
terhadap Negara”.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.


Kesan-kesan Rasuah terhadap Negara
Oleh: Anand a/l Krishnan

Seiring dengan kemajuan gelombang globalisasi yang sedang menggerakkan dunia pada masa ini, arus
pembangunan dan kemajuan bergerak begitu lincah di negara kita. Namun begitu, episod malang dan
sedih masih terdapat di sana sini kerana gejala rasuah yang diperangi sejak sekian lama masih sukar
ditangani. Malahan, hampir saban hari dakwaan rasuah terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen
walhal semua orang tahu bahawa sejarah telah membuktikan bahawa amalan rasuah dapat meranapkan BAB
keutuhan bangsa dan peradaban tamadun manusia.
BAB
Amalan rasuah dapat membawa kepincangan dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik sesebuah 14
14
masyarakat dan negara. Rasuah walaupun melibatkan jumlah yang kecil tetap merupakan pengkhianatan
terhadap amanah dan harapan negara serta masyarakat. Apatah lagi jikalau hal ini melibatkan penjawat
awam. Mereka yang terlibat dengan jenayah terkutuk ini ibarat bidalan pagar makan padi. Apabila senario
yang dipaparkan ini berlaku, lama-kelamaan kepercayaan masyarakat terhadap kejujuran dan ketelusan
pentadbiran kerajaan akan hilang. Natijahnya, kerajaan akan menghadapi masalah dalam mengembalikan
kepercayaan tersebut kerana integriti penjawat awam sentiasa dicurigai. Hal ini juga mengakibatkan
segala dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan akan gagal sekali gus dapat membantutkan
pertumbuhan ekonomi negara.
Rasuah juga merupakan kegiatan jenayah yang mampu menggugat pembangunan dan pertumbuhan
sesebuah negara. Dalam konteks ini, perbincangan rasuah ini termasuklah kesan rasuah terhadap
pelaburan negara. Kegiatan rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik
dan pelaburan asing. Jika negara kita telah dilabelkan sebagai negara rasuah, maka para pelabur asing akan
hilang kepercayaan kepada negara kita. Natijahnya, kemungkinan mereka akan menarik pelaburan mereka
dari negara kita semula kerana khuatir wang mereka akan diselewengkan atau keuntungan berkurangan.
Selain itu, dalam keadaan sesebuah ekonomi negara yang menghadapi urus tadbir yang teruk serta tahap
korup yang berleluasa, kos pelaburan yang perlu dikeluarkan oleh para pelabur selalunya akan berlipat
kali ganda, dengan ini rasuah akan menjejaskan imej negara kita dalam kalangan para pelabur luar.
Apabila hal ini berlaku, sudah tentu ekonomi negara sukar dimajukan.
Di samping itu, rasuah juga akan mengakibatkan perbelanjaan dan pelaburan awam akan meningkat
dengan banyak sekali. Hal ini demikian kerana, pihak yang bertanggungjawab akan menuntut perbelanjaan
yang tidak munasabah yang kononnya untuk membiayai sesuatu projek. Yang paling mendukacitakan
kita ialah penggunaan bahan-bahan yang tidak berkualiti untuk menyiapkan sesuatu projek kerana mahu
mendapat habuan daripada projek berkenaan. Di samping itu, terdapat juga situasi golongan minoriti,
miskin, dan terpinggir kerana bantuan yang sepatutnya diperoleh telah dikebas oleh segelintir pihak yang
berkepentingan. Tidak hairanlah jika matlamat kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar,
seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) seolah-olah menemui jalan buntu
kerana terdapat sesetengah pihak yang sanggup mengkhianati amanah dan kepercayaan untuk menerima
rasuah. Natijahnya, golongan minoriti ini tidak dapat menikmati kemudahan dan infrastruktur yang
berkualiti dan akan sentiasa dibelenggu kemiskinan serta tertinggal dalam arus perdana pembangunan
negara.
Selain itu, gejala rasuah juga menggugat kecekapan kakitangan sektor awam dan swasta. Hal ini
berlaku apabila seseorang diberikan jawatan kanan melalui rasuah walhal ada individu lain yang lebih
berkebolehan dan berkelayakan berbanding dengan dirinya. Akibatnya, kualiti kerja yang dihasilkan lebih


266 267





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 266 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
rendah berbanding dengan mutu kerja yang dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan,
dengan itu ketidakadilan ini menyebabkan individu yang lebih berbakat dan berpengetahuan hanya
memendam perasaan sedangkan individu berkenaan mampu menyumbang tenaga dan mendominasi
arus perdana pembangunan negara. Kita harus sedar bahawa pembangunan negara kita memang amat
bergantung pada pakar profesional dan cerdik pandai ini. Tuntasnya, roda pembangunan negara kita
akan berhenti bergerak kerana individu yang dipilih ibarat dimandikan dengan air segeluk kerana tidak
berupaya untuk menggerakkan kemajuan negara.
Di samping itu, kesan rasuah bukan sahaja terikat dalam pembangunan fizikal negara,
malahan turut memberikan impak terhadap pembangunan rohani dan mental seluruh masyarakat. Hal
ini demikian kerana, masyarakat yang mengamalkan rasuah tidak mempunyai kejujuran dan keikhlasan
dalam tindak-tanduk mereka, oleh itu sikap prasangka, prejudis, dan benci-membenci akan menular
serta merosakkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Apabila hal ini berlaku, maka sudah tentu
akan mewujudkan ketidakadilan sosial kerana rasuah hanya menguntungkan pihak yang menerima
faedah dan golongan yang memberi akan berasa teraniaya. Natijahnya, ketidakadilan sosial ini akan
menjejaskan integrasi nasional yang diimpikan oleh pucuk pemimpin kita serta menggagalkan usaha BAB
BAB
kerajaan untuk mencorakkan kedaulatan negara tercinta ini dengan memperkukuh ikatan perpaduan
antara kaum. 14
14
Sebagai intihanya, kegiatan rasuah memang memberikan impak yang besar kepada sesebuah negara.
Kegagalan membendung amalan rasuah menjadikan negara terjajah buat kali kedua. Sejarah Melaka
telah membuktikan bahawa amalan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpinnya telah menyebabkan
Melaka jatuh ke tangan Portugis. Oleh itu, jangan sekali-kali pihak yang diberikan amanah menggadai
kemerdekaan negara hanya kerana keuntungan yang tidak seberapa.


Koleksi Peribahasa Mentor SPM
SPM
• pagar makan padi – orang yang dipercayai untuk Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rasuah
menjaga sesuatu, dia pula yang berbuat khianat
• dimandikan dengan air segeluk – diberi pertolongan berlaku dalam kalangan masyarakat. Dapatkan maklumat
tentang hal ini dengan melayari laman web yang berikut.
yang tiada bererti
• https://www.sprm.gov.my/admin/uploads_publication/
buku-nota-pencegahan-rasuah--my-06012021.pdf


Karangan Cemerlang 101

Domain: Awam


Kerajaan dan penggiat utama industri ini masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk memajukan
industri pelancongan era pasca COVID-19. Antara paling terkesan ialah sektor perhotelan, agensi
pelancongan, dan pengangkutan khususnya pengangkutan udara dan bas pelancongan. Untuk
menggerakkan industri pelancongan kembali, kerajaan, pihak industri, dan masyarakat perlu
bersama-sama memainkan peranan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Inisiatif Bersama Pulihkan Sektor Pelancongan” oleh Profesor
Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh dan Mohd Shafiin Shukor, Berita Harian Online, 25 Jun 2020)


Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa banyak sektor yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.
Anda berminat untuk menulis rencana tentang usaha-usaha strategik untuk memajukan industri pelancongan
negara dalam sebuah majalah bertemakan pelancongan.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.


266 267





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 267 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana


Usaha-usaha Strategik untuk Memajukan Industri Pelancongan Negara
Oleh: Rahmat Alias
Industri pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar kepada negara. Pada tahun 2008, kedatangan 18.2 juta orang pelancong
ke Malaysia telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM30 bilion, termasuk RM17 bilion daripadanya
melalui pertukaran wang asing. Statistik ini bukan sahaja melebihi jangkaan 10.4 juta pelancong yang
diramalkan, bahkan juga menunjukkan bahawa Malaysia negara ketiga paling ramai menerima pelancong
di Asia Timur, selepas China dan Hong Kong.
Antara faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pelancongan utama ialah
keindahan negara ini dengan pelbagai tarikan alam semula jadi. Dengan itu, keindahan ini bukan
sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Kerajaan patut
bersungguh-sungguh untuk menarik kedatangan pelancong asing kerana pelancongan merupakan suatu
bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri yang berkaitan, seperti BAB
BAB
perhotelan, makanan, kraf tangan, dan sebagainya. Apabila industri tersebut berkembang dengan pesat,
maka usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju akan lebih mudah dicapai. 14
14
Usaha untuk menjadikan industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negara yang baharu hanya
dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberikan
penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti ekopelancongan alam sekitar, visa, kemudahan lapangan
terbang, kebersihan persekitaran, dan sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya
menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat ke Malaysia. Hal ini
demikian kerana, kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan
promosi galakan tetapi banyak bergantung kepada cerita-cerita para pelancong yang sudah melawat ke
Malaysia. Para pengunjung yang mempunyai pengalaman yang baik sewaktu melancong di Malaysia,
tentunya akan datang semula, selain akan memberitahu rakan-rakan mereka.
Kita mestilah berfikiran terbuka dan bersedia membaiki kelemahan dalam sektor pelancongan.
Jika kita halusi, banyak aspek yang perlu kita baiki dan perbetulkan. Antaranya ialah insiden pelancong
ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan, dan seumpamanya tidak menyumbang
kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong. Oleh itu, aduan-aduan daripada para pelancong
tidak boleh dipandang sebelah mata tetapi mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri
pelancongan kita. Tegasnya, satu anjakan sikap perlu dilakukan oleh seluruh rakyat dalam usaha
memberikan layanan terbaik kepada pelancong agar mereka berpuas hati terhadap negara kita.

Bagi mengenal pasti permasalahan tersebut, siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu
diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi, dan sektor swasta. Malahan pertemuan ini
juga dapat dijadikan sesi percambahan minda untuk merangka perancangan dan program bersepadu
bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha-usaha
menggalakkan industri pelancongan negara tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak dalam
industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pelbagai kegiatan
dalam usaha memajukan industri pelancongan di negara ini patut dijalankan. Sebagai contoh, Persatuan
Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di
rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Sesungguhnya, kejayaan industri ini
bergantung kepada kerjasama antara sektor swasta dengan sokongan sektor kerajaan. Hal ini demikian
kerana, usaha sektor kerajaan semata-mata tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor
swasta, sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun
acara, ataupun pusat beli-belah. Pihak kerajaan pula boleh menggalakkan perniagaan industri-industri
ini, seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.



268 269





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 268 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
Kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia
sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap yang positif
untuk memajukan industri ini. Sebagai contohnya, rakyat perlu memiliki kesedaran untuk memelihara
kebersihan di tempat-tempat awam, melayan pelancong dengan baik, dan membantu mereka mendapatkan
perkhidmatan yang terbaik. Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus
menjadi pelancong dalam negeri sendiri. Rakyat bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup diri
sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan dalam negeri sendiri, bahkan juga dapat mengukuhkan
kekuatan ekonomi industri itu. Selain itu, apabila seseorang itu selalu melakukan perjalanan, seseorang itu
akan memperoleh idea-idea baharu tentang usaha untuk meningkatkan industri pelancongan di negara
ini.
Tuntasnya, industri pelancongan negara memang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Oleh itu,
semua pihak patut menggembleng tenaga bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelancong,
di samping mengekalkan keindahan alam yang menjadi faktor utama kedatangan pelancong ke negara
kita. Rakyat negara ini juga patut menyahut seruan “Cuti-cuti Malaysia” agar dapat menyemarakkan
industri pelancongan negara. BAB
BAB

14
14
Karangan Cemerlang 102

Domain: Awam

“Program realiti televisyen baharu yang diberi nama Dengan Inovasi, Yo! (DIY) dicipta untuk
melahirkan anak muda yang berdaya kreatif serta memahami pengertian inovasi. Semua anak muda di
negara ini harus menjadi manusia yang berkemahiran dan mempunyai daya saing yang amat tinggi bagi
mengharungi para pesaing pada masa akan datang.”
(Dipetik daripada ucapan Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI),
Portal Rasmi Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi, 18 Oktober 2012)


Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, anda berpendapat bahawa program realiti televisyen tidak
harus dilihat daripada sudut yang negatif sahaja kerana ada program yang turut membawa aspek yang positif.
Anda ingin menulis rencana tentang kebaikan program realiti televisyen untuk dimuatkan dalam majalah
hiburan tempatan.
Tulis rencana anda itu selengkapnya.


Jangan Pandang Program Realiti Televisyen Negatif Sahaja
Oleh: Loo Keat Seong
Kini, wujud satu fenomena bahawa hampir semua stesen televisyen berlumba-lumba untuk
menyiarkan program realiti televisyen. Terdapat pelbagai bentuk program realiti televisyen yang
mempunyai elemen yang sama, iaitu pesertanya terdiri daripada orang biasa. Kebanyakan program realiti
berbentuk pertandingan sama ada untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam dunia nyanyian dan
lakonan, mendapatkan pekerjaan, atau mencari jodoh.

Kita tidak menafikan bahawa program realiti televisyen mengundang pelbagai impak negatif,
namun impak positifnya amat banyak. Antara kesan positifnya ialah dapat mencungkil bakat-bakat
baharu dalam bidang nyanyian, lakonan, lawak jenaka, dan pengacaraan. Bakat-bakat baharu ini dapat
bertindak sebagai pelapis. Dengan itu, negara kita tidak akan mengalami ketandusan penyanyi, pelakon,




268 269





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 269 17/02/2023 11:26 AM


Karangan
Karangan SPM Bab 14 Fakta dan Rencana
dan pelawak, bagi menggantikan artis veteran. Yang menariknya, bakat-bakat baharu ini kreatif dalam
usaha memikat para juri yang terdiri daripada juri profesional dan para penonton. Tuntasnya, program
realiti televisyen merupakan wadah terbaik mencungkil bakat-bakat baharu yang berkualiti dalam pelbagai
bidang.
Selain itu, kemunculan program realiti televisyen juga memberikan peluang kepada para peserta
untuk membina kekayaan dan mencipta kemasyhuran dalam masa yang singkat. Terdapat beberapa artis
yang berjaya dalam bidang masing-masing hasil daripada penyertaan dalam program realiti televisyen.
Antaranya ialah Mawi, Nabil, Stacy, dan Black. Menerusi program realiti televisyen, mereka menjadi
terkenal dan mampu membina kekayaan sekelip mata. Jika tidak, mereka hanyalah anak kampung yang
hidup sederhana. Tegasnya, program realiti dapat mengubah status ekonomi seseorang.
Program realiti juga memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini demikian kerana,
setiap program realiti akan memerlukan pekerja di belakang tabir untuk menjayakan program tersebut.
Antaranya sebagai juri, pengetua program, jurulatih, jurukamera, penyedia pentas, dan penari latar.
Oleh itu, masalah pengangguran di negara kita dapat dikurangkan. Walaupun bilangan mereka kecil, BAB
BAB
tetapi kemunculan program realiti televisyen memberikan rezeki kepada mereka. Yang menariknya,
kesemua pekerjaan itu kebanyakannya diisi oleh warganegara Malaysia. Jelaslah bahawa program realiti 14
14
memberikan sumbangan yang besar dalam mengurangkan masalah pengangguran di negara kita.
Di samping itu, kemunculan program realiti televisyen juga memberikan peluang kepada kerajaan
untuk memperoleh cukai daripada pengendali siaran televisyen. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
program realiti mempunyai penaja tertentu yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta. Penajaan
ini membolehkan stesen televisyen memperoleh pendapatan yang lumayan yang sudah tentu akan
dipulangkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Hasil daripada cukai tersebut membolehkan kerajaan
membina infrastruktur untuk maslahat rakyat. Tuntasnya, kemunculan program realiti televisyen
membolehkan kerajaan memperoleh cukai.
Kemunculan program realiti juga dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan stesen
televisyen di negara kita. Hal ini seterusnya membolehkan penerbitan produk yang berkualiti dalam
usaha meningkatkan bilangan penonton siaran mereka. Sebagai contoh, Radio Televisyen Malaysia (RTM)
mendapat tempat di hati penonton semula kerana program-program realiti yang diterbitkan setanding
dengan mutu penerbitan yang dikendalikan oleh syarikat televisyen berbayar. Hal ini menunjukkan
bahawa RTM sudah dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan stesen televisyen swasta.
Tegasnya, persaingan secara sihat dan bertindak secara positif dapat meningkatkan kualiti penerbitan
program realiti televisyen di negara kita.

Intihanya, program realiti televisyen banyak menyumbangkan kesan yang positif. Oleh itu, program
seperti ini harus ditingkatkan bilangannya dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan.






Koleksi Peribahasa Mentor SPM
SPM
• berdiri sama tinggi duduk sama rendah – sama taraf Kebanyakan program realiti di negara kita diadaptasi
atau sejajar dengannya
daripada rancangan dari Barat, seperti Amerika dan Itali.










270 271





14 FOKUS SPM KARANGAN.indd 270 17/02/2023 11:26 AM


Click to View FlipBook Version