> Info PEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! BerdasarkanBAHASA MELAYU• Dr. Kaithiri Arumugam2022 – 2024
PENDAHULUANiiStrategic STPM Bahasa Melayu Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 2 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.BABPENGENALANMORFOLOGI1Bab ini menghuraikan konsep morfologi, golongan kata, proses pembentukan kata, dan bentuk-bentuk kata. Dalam bahagian konsep morfologi, dimuatkan penjelasan tentang konsep morfem, jenis morfem, konsep kata, konsep kata dasar, dan konsep alomorf. Dalam bahagian golongan kata pula, dihuraikan tentang kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Selain itu, dalam bahagian proses pembentukan kata dijelaskan tentang pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Akhir sekali, dihuraikan tentang bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.Peta KonsepMorfologiDefinisi Morfologi• Konsep morfem • Jenis morfem• Konsep kata• Konsep kata dasar • Konsep alomorf Golongan Kata• Kata nama• Kata kerja• Kata adjektif• Kata tugasProses Pembentukan Kata• Pengimbuhan • Pemajmukan • Penggandaan• Pengakroniman• Kata tunggal• Kata terbitan• Kata majmuk• Kata gandaBentuk Kata01 Bahasa Melayu Penggal 1.indd 1 07/11/2025 2:06 PMivSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Tempoh PentaksiranSemester 1 910/1Bahasa Melayu 1Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan30 soalanJawab semua soalan30Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala30Bahagian C:Soalan berstruktur Jawab semua soalan40Semester 2 910/2Bahasa Melayu 2Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan40 soalanJawab semua soalan40Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala60Semester 3 910/2Bahasa Melayu 3Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan30 soalanJawab semua soalan30Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala30Bahagian C:Soalan eseiTiga soalan diberikanPilih satu soalan40 Skema Pentaksiran STPM Semester 1 - 3Skema Pentaksiran STPMSemester 1 - 3Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 Morfologi BAB15• Gandaan semua juga merupakan morfem terikat. Misalnya, morfem terikat kadang hanya membawa makna selepas digandakan menjadi kadang-kadang. Begitu juga halnya dengan morfem terikat kanak yang hanya memberikan makna apabila digandakan menjadi kanak-kanak (Kho Thong En, 2019).Konsep Kata 1 Kata ialah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi maknayang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat (Nik Safiah Karim et.al, 2024). 2 Kata ialah unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi bahasa atau gabunganbebas dan mengandungi makna serta ditandai pada awal dan akhir oleh beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap unit kata berbentuk sempadan kata, yang bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Sempadan kata ini tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan mahupun pertuturan. Misalnya, dalam bahasa Melayu, ayat Mereka berada dalam ketakutan terdiri daripada perkataan-perkataan seperti +mereka+berada+dalam+ketakutan. (Nik Safiah Karim et.al, 2016). 3 Sesuatu kata itu pula dibentuk daripada satu morfem bebas atau lebih. Misalnya, perkataan mereka terdiri daripada satu morfem tetapi perkataan berada pula mengandungi dua morfem, iaitu berdan ada. Terdapat juga perkataan yang mengandungi tiga morfem, iaitu ketakutan yang terdiri daripada ke- + takut + -an. 4 Berikut adalah perbezaan antara morfem dan kata.Morfem Kataunit terkecil dalam bahasa yang menjalankan tugas nahu atau mempunyai fungsi gramatisbentuk bahasa terkecil yang mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayatada morfem bebas dan morfem terikat semua perkataan berbentuk bebas, yakni dapat berdiri sendiriKonsep Kata Dasar 1 Kata dasar ialah bentuk morfem bebas dan asas kepada sesuatu perkataan yang berpotensi menerima sebarang imbuhan dan juga proses pemajmukan serta proses penggandaan (Nik Safiah Karim, 2016). 2 Secara umumnya, kata dasar boleh berbentuk bebas, yakni kata itu boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna. Sebagai contohnya, perkataan melarikan terdiri daripada kata dasar lari dan apitan meN-...-kan. 3 Bahasa Melayu tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif. Oleh hal yang demikian, kebanyakan perkataan dibentuk melalui proses Semua perkataan terdiri daripada morfem tetapitidak semua morfem itu perkataan.Galeri Info01 Bahasa Melayu Penggal 1.indd 5 07/11/2025 2:06 PMBahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 Morfologi BAB19Golongan kata 1.2 1 Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). 2 Dalam bahasa Melayu, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif merupakan golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). 3 Selain itu, dalam bahasa Melayu, terdapat satu lagi golongan kata yang dikenali sebagai kata tugas. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas merangkumi binaan frasa, klausa, dan ayat sama ada melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif atau berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). 4 Ringkasnya, dalam bahasa Melayu, golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas seperti dalam Rajah 1. Golongan KataKata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas Rajah 1 Golongan kata dalam bahasa Melayu1.2.1 Golongan Kata Nama 1 Asmah Haji Omar (2019) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang merujuk pada sesuatu, baik yang bernyawa mahupun tak bernyawa, konkrit mahupun abstrak. 2 Kata nama ialah perkatan-perkataan yang menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Sebagai contohnya, doktor, gajah, kedai, cawan, dan impian. 3 Kata nama dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Misalnya,• beberapa orang guru• semua kerusi• bapa murid ituPerkataan guru, kerusi, dan bapa dalam frasa di atas ialah kata nama yang berfungsi sebagai unsur inti bagi binaan frasa tersebut.01 Bahasa Melayu Penggal 1.indd 9 07/11/2025 2:06 PMTajuk BabHuraian Sukatan Pelajaran tentang bab berkenaan.Peta KonsepPeta konsep memberikan gambaran menyeluruh tentang kandungan bab berkenaan.Skema Pentaksiran STPMSistem pentaksiran baharu STPM mulai tahun 2026. SubtopikBerdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB121.1 Definisi Bidang Morfologi 1 Bidang morfologi mengkaji susunan dalaman dan struktur perkataan serta pola dan prinsip yang mendasari pembentukan perkataan tersebut (Schmid, Hans-Jörg, 2015). 2 Dalam Tatabahasa Dewan (2024), morfologi didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata. 3 Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan (Nik Safiah Karim et.al, 2024).4 Menurut Nik Safiah Karim et.al (2016), perkara yang dibincangkan apabila mengkaji bentuk perkataan ialah soal susunan bunyi bahasa dalam membentuk unit terkecil yang mempunyai makna, atau sekurang-kurangnya mempunyai fungsi tatabahasa.5 Sebagai contohnya, dalam bahasa Melayu, perkataan seperti Abu, rumah, mandi, cerdik merupakan unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna manakala bentuk seperti peng-, mem-, -kan, -ijuga merupakan bentuk terkecil yang mempunyai fungsi tatabahasa walaupun bukan perkataan.6 Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama (Tatabahasa Dewan, 2015).7 Misalnya, dalam bahasa Melayu ada perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata nama seperti buku, kedai, Maniam, dan harimau. Ada perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata kerja seperti makan, duduk, lari, dan tulis. Selain itu, terdapat juga perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata adjektif sepertibiru, comel, bulat, dan manis serta ada juga perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata tugas kerana perkataan-perkataan itu mendukung sesuatu tugas tertentu dalam ayat sama ada sebagai kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, serta kata pascakata.8 Ringkasnya, morfologi ialah satu bidang dalam tatabahasa yang mengkaji perkataan dari sudut struktur atau bentuk perkataan dan proses pembentukannya serta penggolongan perkataan.ARKIBSejarahMorfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu \"morf\" yang bermaksud \"bentuk\" dan \"loglos\" yang bermaksud \"ilmu\".Akses IlmuINFO• Layarilah laman web yang berikut untuk memperoleh maklumat tentang konsep dalam morfologi. 01 Bahasa Melayu Penggal 1.indd 2 07/11/2025 2:06 PMGaleri InfoMaklumat tambahan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Arkib SejarahPenerangan ringkas tentang sejarah yang berkaitan dengan teks. Akses IlmuLaman web yang berkaitan dengan teks disediakan untuk pelajar mengakses maklumat.
ivSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Tempoh PentaksiranSemester 1 910/1Bahasa Melayu 1Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan30 soalanJawab semua soalan30Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala30Bahagian C:Soalan berstruktur Jawab semua soalan40Semester 2 910/2Bahasa Melayu 2Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan40 soalanJawab semua soalan40Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala60Semester 3 910/2Bahasa Melayu 3Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30 minitPentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan30 soalanJawab semua soalan30Bahagian B:Soalan berstrukturJawab semua soala30Bahagian C:Soalan eseiTiga soalan diberikanPilih satu soalan40 Skema Pentaksiran STPM Semester 1 - 3Skema Pentaksiran STPMSemester 1 - 3
BABMorfologi 1 11.1 Definisi Bidang Morfologi 2• Konsep Morfem 3• Jenis Morfem 4– Morfem bebas 6– Morfem terikat 8• Konsep Kata 8• Konsep Kata Dasar 10• Konsep Alomorf 11Praktis STPM 1 131.2 Golongan Kata 14• Kata Nama 15– Am 17– Khas 17– Ganti Nama 21• Kata Kerja 21– Aktif 21– Pasif 23• Kata Adjektif – Sifat atau keadaan – warna – ukuran – bentuk – waktu – jarak – cara – perasaan – pancaindera 28• Kata Tugas 31– Kata Hubung 33– Kata Seru 34– Kata Tanya 35– Kata Perintah 36– Kata Pangkal 36– Kata Bantu 37– Kata Penguat 38– Kata Penegas 40– Kata Nafi 41– Kata Pemeri 43– Kata Sendi 43– Kata Pembenar 44– Kata Arah 45– Kata Bilangan 47– Kata Adverb 47– Kata Penekan 51– Kata Pembenda 51Praktis STPM 2 521.3 Proses Pembentukan Kata 53• Pengimbuhan 54– Jenis Imbuhan – Fungsi dan Makna Imbuhan 55• Pemajmukan – Kata majmuk yang terdiri daripadarangkaian kata bebas – Kata majmuk istilah khusus (bidangilmiah) – Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa 60• Penggandaan – Jenis Penggandaan – Makna Penggandaan • Pengakroniman – Gabungan huruf awal beberapa perkataan – Gabungan suku kata dengan suku katadaripada beberapa perkataan 67– Gabungan suku kata beberapaperkataan dengan huruf awal perkataan– Gabungan suku kata dengan perkataan penuh – Gabungan bahagian-bahagian kata secara bebas Praktis STPM 3 1.4 Bentuk Kata • Kata Tunggal • Kata Terbitan • Kata Majmuk • Kata Ganda Praktis STPM 4 BAB2 Sintaksis 2.1 Bidang sintaksis • Konstituen • Frasa • Klausa • Ayat – Subjek – Predikat Praktis STPM 5 2.2 Frasa • Jenis dan Binaan Frasa – Frasa Nama 92KANDUNGANv
BABPENGENALANMORFOLOGI1Bab ini menghuraikan konsep morfologi, golongan kata, proses pembentukan kata, dan bentuk-bentuk kata. Dalam bahagian konsep morfologi, dimuatkan penjelasan tentang konsep morfem, jenis morfem, konsep kata, konsep kata dasar, dan konsep alomorf. Dalam bahagian golongan kata pula, dihuraikan tentang kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Selain itu, dalam bahagian proses pembentukan kata dijelaskan tentang pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Akhir sekali, dihuraikan tentang bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.Peta KonsepMorfologiDefinisi Morfologi• Konsep morfem• Jenis morfem• Konsep kata• Konsep kata dasar• Konsep alomorfGolongan Kata• Kata nama• Kata kerja• Kata adjektif• Kata tugasProses Pembentukan Kata• Pengimbuhan • Pemajmukan • Penggandaan• Pengakroniman• Kata tunggal• Kata terbitan• Kata majmuk• Kata gandaBentuk Kata
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB121.1 Definisi Bidang Morfologi1 Bidang morfologi mengkaji susunan dalaman dan struktur perkataan serta pola dan prinsip yang mendasari pembentukan perkataan tersebut (Schmid, Hans-Jörg, 2015).2 Dalam Tatabahasa Dewan (2024), morfologi didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata.3 Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan (Nik Safiah Karim et.al, 2024).4 Menurut Nik Safiah Karim et.al (2016), perkara yang dibincangkan apabila mengkaji bentuk perkataan ialah soal susunan bunyi bahasa dalam membentuk unit terkecil yang mempunyai makna, atau sekurang-kurangnya mempunyai fungsi tatabahasa.5 Sebagai contohnya, dalam bahasa Melayu, perkataan seperti Abu, rumah, mandi, cerdik merupakan unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna manakala bentuk seperti peng-, mem-, -kan, -ijuga merupakan bentuk terkecil yang mempunyai fungsi tatabahasa walaupun bukan perkataan.6 Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama (Tatabahasa Dewan, 2015).7 Misalnya, dalam bahasa Melayu ada perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata nama seperti buku, kedai, Maniam, dan harimau. Ada perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata kerja seperti makan, duduk, lari, dan tulis. Selain itu, terdapat juga perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata adjektif sepertibiru, comel, bulat, dan manis serta ada juga perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata tugas kerana perkataan-perkataan itu mendukung sesuatu tugas tertentu dalam ayat sama ada sebagai kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, serta kata pascakata.8 Ringkasnya, morfologi ialah satu bidang dalam tatabahasa yang mengkaji perkataan dari sudut struktur atau bentuk perkataan dan proses pembentukannya serta penggolongan perkataan.ARKIBSejarahMorfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu \"morf\" yang bermaksud \"bentuk\" dan \"loglos\" yang bermaksud \"ilmu\".Akses IlmuINFO• Layarilah laman web yang berikut untuk memperoleh maklumat tentang konsep dalam morfologi.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB13Konsep Morfem1 Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem. Morfem mempunyai makna atau sekurang-kurangnya mempunyai fungsi tatabahasa.2 Menurut Asmah Haji Omar (2019) morfem ialah unit nahu paling kecil yang mempunyai makna.3 Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu (Nik Safiah Karim et.al, 2019).Jenis Morfem1 Morfem terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.(a) Morfem bebasMorfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal, misalnya saya, itu, ayam, rumah, dan sebagainya manakala morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain, yakni morfem yang memerlukan bantuan morfem lain, baik morfem bebas mahupun morfem terikat untuk membentuk kata (Asmah Haji Omar, 2009).(b) Morfem terikat• Dalam bahasa Melayu, morfem terikat terdiri daripadaimbuhan, iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan, dan imbuhan sisipan. Sebagai contoh, dalam ayat:Ramli terjatuh di atas lantai.• Kata terjatuh terdiri daripada morfem terikat (awalan) teRdengan morfem bebas jatuh. Dalam konteks ini, imbuhan teR- dengan sendirinya tidak mempunyai fungsi, tetapi imbuhan tersebut mempunyai fungsi tatabahasa apabila bergabung dengan morfem bebas jatuh, iaitu imbuhan teRbermaksud dengan tidak sengaja.• Morfem terikat boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi, dan morfem terikat kompleks (Asmah Haji Omar, 2009).– Morfem terikat satuan – morfem terikat yang utuh dalam bentuknya, tidak dipisah-pisahkan bahagiannya. Sebagai contoh, ter, me-, ber-, di-, -kan.– Morfem terikat terbahagi – morfem terikat yang kedudukannya dipisahkan atau “dibahagikan” oleh tersisipnya kata dasar di antaranya. Sebagai contoh, ke-..-an, per-...-an, pe-...-an.– Morfem terikat kompleks – gabungan dua morfem terikat atau lebih yang boleh berlaku pada awalan sahaja atau pada awalan dan akhiran. Sebagai contoh, memper-...-kan, diper-...-kan,
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB14• Terdapat sebilangan kecil akar kata dalam bahasa Melayuyang merupakan morfem terikat. Akar kata ialah bentuk kata yang hanya boleh wujud dalam ayat setelah ditambah morfem terikat, iaitu imbuhan (Kho Thong En, 2019). Misalnya,Bayi itu sedang menangis.Dalam ayat di atas, kata menangis terdiri daripada imbuhan (awalan) meN- dengan akar kata tangis yang merupakan imbuhan terikat. Dalam kata lain, morfem terikat tangis hanya memberikan makna apabila ditambah imbuhan.• Dalam bahasa Melayu, morfem terikat yang seterusnyaialah partikel penegas, iaitu -lah, -tah, dan -kah. Partikel ini hanya boleh wujud dengan morfem lain dalam ayat (Koh Thong En, 2019). Sebagai contoh,Siapakah yang menulis buku ini?Dalam ayat ini partikel -kah hanya membawa makna apabila digabungkan dengan morfem bebas siapa.• Selain itu, kata penekan dan pembenda, iaitu -nya juga dikenali sebagai morfem terikat. Sebagai contoh,Tingginya pokok itu!Kata penekan -nya hanya memberikan makna setelah bergabung dengan morfem bebas tinggi yang menekankan ketinggian sebatang pokok.• Menurut Kho Thong En (2009), morfem terikat jugaterdapat dalam kata ganda. Dalam sesetengah kata ganda separa, gandaannya mesti digabungkan dengan kata dasar, iaitu morfem bebas. Misalnya, morfem terikat (gandaan) pe-, se-, dan le- mesti digandingkan dengan morfem bebas (kata dasar) pejal, siku, dan laki supaya memberikan makna seperti pepejal, sesiku, dan lelaki.• Selain itu, bagi sesetengah kata ganda berentak, gandaannyahanya boleh wujud bersama-sama dengan kata dasar untuk memberikan makna. Gandaan seperti -muih, -ganang,- mayur, dan -pikuk merupakan morfem terikat dan hanya memberikan makna apabila bergabung dengan morfem bebas seperti kuih, gunung, sayur, dan hiruk menjadi kuih-muih, gunung-ganang, sayur-mayur, dan hirukpikuk. (Kho Thong En, 2019).
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB15• Gandaan semua juga merupakan morfem terikat. Misalnya,morfem terikat kadang hanya membawa makna selepas digandakan menjadi kadang-kadang. Begitu juga halnya dengan morfem terikat kanak yang hanya memberikan makna apabila digandakan menjadi kanak-kanak (Kho Thong En, 2019).Konsep Kata1 Kata ialah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi maknayang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat (Nik Safiah Karim et.al, 2024).2 Kata ialah unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi bahasa atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap unit kata berbentuk bebas dan mengandungi makna serta ditandai pada awal dan akhir oleh sempadan kata, yang bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Sempadan kata ini tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan mahupun pertuturan. Misalnya, dalam bahasa Melayu, ayat Mereka berada dalam ketakutan terdiri daripada perkataan-perkataan seperti +mereka+berada+dalam+ketakutan. (Nik Safiah Karim et.al, 2016).3 Sesuatu kata itu pula dibentuk daripada satu morfem bebas atau lebih. Misalnya, perkataan mereka terdiri daripada satu morfem tetapi perkataan berada pula mengandungi dua morfem, iaitu berdan ada. Terdapat juga perkataan yang mengandungi tiga morfem, iaitu ketakutan yang terdiri daripada ke- + takut + -an.4 Berikut adalah perbezaan antara morfem dan kata.Morfem Kataunit terkecil dalam bahasa yang menjalankan tugas nahu atau mempunyai fungsi gramatisbentuk bahasa terkecil yang mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayatada morfem bebas dan morfem terikat semua perkataan berbentuk bebas, yakni dapat berdiri sendiriKonsep Kata Dasar 1 Kata dasar ialah bentuk morfem bebas dan asas kepada sesuatu perkataan yang berpotensi menerima sebarang imbuhan dan juga proses pemajmukan serta proses penggandaan (Nik Safiah Karim, 2016).2 Secara umumnya, kata dasar boleh berbentuk bebas, yakni kata itu boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna. Sebagai contohnya, perkataan melarikan terdiri daripada kata dasar lari dan apitan meN-...-kan.3 Bahasa Melayu tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif. Oleh hal yang demikian, kebanyakan perkataan dibentuk melalui proses Semua perkataan terdiri daripada morfem tetapitidak semua morfem itu perkataan.Galeri Info
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB16pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut (Nik Safiah Karim et.al, 2024). Sebagai contoh, kata dasar tulis boleh digunakan untuk menerbitkan bentuk-bentuk perkataan baharu seperti menulis, ditulis, dan menuliskan.4 Selain itu, perkataan boleh terbentuk melalui penggandaan kata dasar sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian. Misalnya, penggandaan seluruh kata dasar adalah seperti meja-meja manakala penggandaan sebahagian kata dasar bermaksud hanya sebahagian kata dasar itu diulang seperti rambut – rerambut.5 Perkataan juga boleh terbentuk melalui penggabungan dua kata dasar atau lebih. Sebagai contohnya, kata dasar mata bergabung dengan kata dasar hari bagi membentuk perkataan matahari.Konsep Alomorf1 Alomorf dikenali sebagai varian morfem. Alomorf tidak lain daripada morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Sebagai contoh, morfem awalan di- mempunyai satu alomorf manakala awalan me- mempunyai enam alomorf (Asmah Haji Omar, 2009).2 Alomorf wujud berdasarkan lingkungan-lingkungan yang ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi, iaitu bunyi atau fonem pertama pada kata dasar. Sebagai contohnya, awalan meterdiri daripada enam alomorf, iaitu me-, mem, men-, meng-, meny-, dan menge-.Awalan Alomorf Contoh perkataanmeN- me melakarmem membacamen menulismeng mengaitmeny menyusurmenge mengebomGaleri InfoBahasa aglutinatif merupakan jenis bahasa yang membentuk kata-kata melalui menggabungkan morfem (unit makna terkecil). Dalam bahasa aglutinatif, setiap morfem biasanya memiliki satu makna yang jelas dan tidak berubah, dan imbuhan (awalan, akhiran, sisipan, apitan) ditambahkan pada kata dasar untuk mengubah maknanya atau fungsinya dalam ayat. Bahasa Melayu ialah contoh bahasa aglutinatif, iaitu imbuhan ditambahkan pada kata dasar untuk membentuk kata-kata baharu dengan makna yang berbeza.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB17Bahagian AJawab semua soalan.1 Semua pernyataan yang berikut benar tentang perkataan, kecualiA sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.B perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.C perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil dan mengandungi makna yang lengkap.D perkataan boleh bersifat bebas dan terikat.2 Penyataan yang manakah yang benar tentang kajian morfologi?A Cara perkataan digabungkan membentuk ayat.B Bentuk dan struktur dalaman perkataan.C Perhubungan antara ayat, klausa, dan frasa.D Fungsi pragmatik bahasa dalam komunikasi.3 Padanan keterangan yang manakah yang betul tentang morfem dan perkataan?Morfem PerkataanA Unit bermakna terbesar dalam struktur sesuatu bahasaBentuk bebas yang bermakna tetapi tidak dapat berdiri sendiriB Morfem tidak memerlukan tunjang unsur-unsur bahasa yang lainDimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataanC Unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatisUnit terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayatD Morfem tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimalSering terikat dengan perkataan yang lain untuk membentuk ujaranPRAKTIS STPM 14 Yang manakah pasangan kata yang keduaduanya mengandungi tiga morfem?A melarikan, pengajaranB memperjuangkan, sasterawanC menduduki, petaniD mengekod, menakutkan5 Penyataan yang manakah yang benar tentang alamorf?I Bentuk bebas yang bermakna dan dapat berdiri sendiriII Bentuk kelainan atau anggota bagi sesuatu morfemIII Bentuk bebas yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasaIV Berlaku disebabkan oleh huruf awal sesuatu kata dasar yang menerima imbuhanA I dan II C II dan IVB II dan III D III dan IV6X• unit terkecil dalam bahasa• mempunyai fungsi gramatis• menjalankan tugas nahuX ialah..A fon. C suku kata.B fonem. D morfem.7 Apakah ciri-ciri kata dasar?I Menjadi asas bagi pembentukan kata terbitanII Tidak menjalankan tugas nahuIII Tidak menerima sebarang imbuhanIV Boleh dipenggalkan kepada bentuk yang lebih kecilA I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV8 Perbezaan bentuk alomorf bergantung pada faktor berikut, kecualiA bunyi awal kata dasar.B konteks semantik kata.C peraturan fonologi bahasa.D perubahan imbuhan mengikut ejaan.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB189 Pernyataan yang manakah benar tentang morfem terikat?A Morfem terikat termasuk imbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.B Morfem terikat boleh berdiri sendiri tanpa morfem lain.C Morfem terikat hanya terdapat dalam kata pinjaman.D Semua morfem terikat ialah kata dasar.10 kepemilikan Apakah bentuk kata dasar bagi perkataan di atas?A Kata ganda. B Kata majmuk.C Kata terbitan.D Kata tunggal.Bahagian BJawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.1 Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk penggolongan kata.Apakah istilah yang merujuk kepada penyataan di atas? [1]2 Perkataan MorfemA BApakah definisi bagi A dan B di atas?(i) [1](ii) [1]3 mengedepankan(a) Apakah kata dasar bagi perkataan di atas?[1](b) Nyatakan jenis kata dasar yang terhasil dalam (a).[1]
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB191.2 Golongan kata1 Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Dalam bahasa Melayu, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif merupakan golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).3 Selain itu, dalam bahasa Melayu, terdapat satu lagi golongan kata yang dikenali sebagai kata tugas. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas merangkumi binaan frasa, klausa, dan ayat sama ada melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif atau berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).4 Ringkasnya, dalam bahasa Melayu, golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas seperti dalam Rajah 1. Golongan KataKata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas Rajah 1 Golongan kata dalam bahasa Melayu1.2.1 Golongan Kata Nama1 Asmah Haji Omar (2019) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang merujuk pada sesuatu, baik yang bernyawa mahupun tak bernyawa, konkrit mahupun abstrak.2 Kata nama ialah perkatan-perkataan yang menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Sebagai contohnya, doktor, gajah, kedai, cawan, dan impian.3 Kata nama dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Misalnya,• beberapa orang guru• semua kerusi• bapa murid ituPerkataan guru, kerusi, dan bapa dalam frasa di atas ialah kata nama yang berfungsi sebagai unsur inti bagi binaan frasa tersebut.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1104 Menurut Nik Safiah Karim et.al (2024), golongan kata nama boleh dipecahkan kepada tiga subgolongan berdasarkan ciriciri semantiknya. Hal ini bermaksud ciri-ciri semantik kata nama merujuk makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Oleh hal yang demikian, seluruh kata nama dapat dibahagikan kepada kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti seperti dalam Rajah 2.Kata nama amKata nama khasKata nama nama Golongan kata nama Rajah 2 Golongan kata nama dalam bahasa MelayuJenis Kata NamaA Kata nama am1 Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Misalnya,benda pensel, pasu, basikalperkara udara, nyawa, usiakonsep kesetiaan, kejayaan, keadilanKata nama aminstitusitak hidupbukan institusikonkritberbilangabstraktak berbilanghidupmanusia bukan manusia Rajah 4 Kumpulan kecil dalam kata nama am2 Kata nama am terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya. Kata Nama Am Cara Menghasilkan Bunyi Contohkata nama am hidup manusia• perkataan yang merujuk manusia kapten, ustazah, adikkata nama am hidup bukan manusia• perkataan yang merujuk benda-bendahidup jenis bukan manusiapokok, tupai, bidadariGaleri InfoKata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi bole dibilang, iaitu dapat disertai kata bilangan
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB111kata nama am tak hidup institusi• perkataan yang merujuk badan atauinstitusi yang bersifat tak hidup• boleh dikenal pasti melalui kehadirankata sendi nama kepada dan daripadasebelum kata nama sedemikian– daripada sekolah– kepada persatuankata nama am tak hidup bukan institusi konkrit• perkataan yang merujuk benda-bendabukan institusi tetapi mempunyai sifat yang konkrit• kebanyakan perkataan merujuk tempat• boleh dikenal pasti melalui kehadiranperkataan ke dan dari• perkataan tersebut tidak dapat didahuluioleh kata sendi nama kepada dan daripada– ke sekolah– dari pejabatkata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang• perkataan yang merujuk benda atauperkara yang bersifat abstrak dan boleh dibilang• dapat disertai oleh kata bilangan, misalnyasatu pukulan– pendapat– senyuman– rancangankata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang• perkataan yang merujuk benda atauperkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, bersifat abstrak, dan tidak dapat dibilang– angin– mimpi– semangatB Kata nama khas1 Kata nama khas merujuk pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat,dan lain-lain yang mempunyai makna khusus.2 Dalam sistem tulisan, kata nama khas perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar.3 Kata nama khas terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya.Kata Nama Khashidup tak hidupmanusia bukan manusia Rajah 4 Kumpulan kecil dalam kata nama khasKata Nama Khas Penggunaan Contohkata nama khas hidupmanusia• perkataan yang merujukmanusia• dapat didahului oleh namapanggilan atau gelaran– Ramlah, Raju, Lim Chong Wei– Dr. Bala, Hajah Nor, Tan Sri Johnnybukan manusia• perkataan yang merujukbenda-benda hidup tetapi bukan manusia• dapat menerima katapanggilan atau gelaran– Tompok, Jibrail– Cocos nucifera (pokok kelapa)– Sang Belang, Si Tompokkata nama khas tak hidup• perkataan yang merujukbenda-benda khusus seperti nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang, dan lainlain– benda - Samsung, Toyota– institusi – SMK Convent– negara – Jepun, Singapura– bahasa - bahasa Tamil, bahasa Mandarin– bangsa – Melayu, India– tempat - Cafe Ros– pangkat - Mejar Ramli– undang-undang - Akta Cukai Pendapatan
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB112C Kata ganti nama 1 Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama am dan kata nama khas. Kata ganti nama dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.Kata nama amkata ganti nama diri tanyakata ganti nama tunjuk kata ganti nama dirikata ganti nama tunjuk umumkata ganti nama tunjuk tempatkata ganti nama diri orangpertama kedua ketiga Rajah 5 Kata ganti nama2 Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tempat, iaituKata Ganti Nama Penggunaan Contohkata ganti nama tunjukkata ganti nama tunjuk umum• perkataan yang menunjukpada perkara atau benda– ini (menunjuk pada yang dekat)– itu (menunjuk pada yang jauh)kata ganti nama tempat• perkataan yang menunjukpada tempat– sini (menunjuk pada arah dekat)– sana (menunjuk arah jauh)situ (menunjuk arahyang agak jauh)3 Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tempat dalam ayat adalah seperti berikut:i. Lukisan ini sangat cantik.ii. Buku teks itu sudah koyak.iii. “Sila letak tangan di sini,” kata Cikgu Alia.iv. Perhentian bas baharu terletak di sana.v. Rumah-rumah di situ sudah musnah dalam kebakaran.4 Kata ganti nama diri tanya terdiri daripada tiga kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana.Kata Ganti Nama Penggunaan Contohkata ganti nama diritanya • perkataan yang merujukbenda atau orang dalam bentuk tanya– apa (merujuk benda atau perkara)– siapa (merujuk orang)– mana (merujuk benda atau orang)
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1135 Contoh penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat adalah seperti berikut:i. Kamu sedang buat apa?ii. Guru disiplin sekolah itu siapa?iii. Beg sekolah kamu mana?6 Kata ganti nama diri tanya juga boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). Misalnya,i. “Makanlah apa-apa yang kamu suka,” kata ibu.ii. “Pilihlah mana-mana baju untuk adik kamu,” kata kakak.iii. “Siapa-siapa yang keluar dari dewan ini akan didenda,” kata guru Ali.Kata Ganti Nama Penggunaan Contohkata ganti nama diri orangpertama• tunggal – saya, aku, beta, patik• jamak – kami, kitakedua• tunggal – anda, saudara, engkau, awak, kamu, tuanku• jamak – kalianketiga• tunggal – ia, dia, beliau, baginda, -nya• jamak – mereka7 Contoh penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat adalah seperti berikut:i. Saya akan pergi ke sekolah esok.ii. “Kami akan belajar dengan bersungguh-sungguhnya,” kata Ramu dan Ali.iii. “Anda duduk di sana,” kata pegawai itu.iv. Kalian, sila beredar dari situ.v. Beliau disenangi oleh penduduk kampung.vi. Mereka berkelah di pantai.1.2.2 Kata Kerja1 Nik Safiah Karim et.al (2024) mendefinisikan golongan kata kerja sebagai sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan atau konstruksi frasa kerja.2 Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu seperti makan, lari, bangun, dan sebagainya.3 Kata kerja dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Misalnya,• membaca buku• berlari dengan pantasnya• mengangkat beg itu
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB114Perkataan membaca, berlari, dan mengangkat dalam frasa di atas ialah kata kerja yang berfungsi sebagai unsur inti bagi binaan frasa tersebut.4 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif seperti dalam Rajah 6.Kata kerja aktifkata kerja pasif Golongan kata kerja Rajah 6: Golongan kata kerjaJenis Kata KerjaA Aktif1 Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan (Nik Safiah Karim et.al, 2024).2 Terdapat dua jenis kata kerja aktif, iaitu:i. kata kerja aktif transitifii. kata kerja aktif tak transitifKata Kerja Aktif Transitif1 Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat aktif dan mempunyai objek yang menjadi sasaran perbuatan. Kata kerja ini memerlukan objek secara langsung untuk melengkapkan maknanya.2 Menurut Nik Safiah Karim et.al (2024), objek yang mengikuti kata kerja tersebut terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Sebagai contohnya,Kata Kerja Aktif Transitif Objek (Frasa Nama)membeli bukumenjawab soalanmenjawab tetamumembuka pintu3 Kata kerja aktif transitif boleh terdiri daripada kata kerja transitif dengan satu objek dan kata kerja transtif dengan dua objek.Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan objek:• Mereka membuat semulalatihan itu. (7)• Mereka membuat latihansemula. (3)
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1154 Kata kerja aktif transitif dengan satu objek merujuk pada kata kerja aktif transitif yang diikuti oleh satu objek, iaitu:Kata Kerja Aktif Transitif + Objek Sebagai contohnya,Kata Kerja Aktif Transitif satu objekmenjual surat khabarmembaca bukumelukis gambar5 Kata kerja aktif transitif dengan dua objek merujuk pada kata kerja aktif transitif yang diikuti oleh dua objek, iaitu:Kata Kerja Aktif Transitif + Objek 1 + Objek 26 Objek 1 yang mengikuti kata kerja aktif transitif secara langsung dikenali sebagai objek tepat manakala objek 2 yang mengikuti objek tepat dikenali sebagai objek sipi. Sebagai contohnya,Kata Kerja Aktif Transitif Objek 1 (objek tepat) Objek 2 (objek sipi)menjahitkan ibu sehelai bajumembuatkan datuk secawan tehmembelikan adik sebuah basikalKata Kerja Aktif Tak Transitif1 Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya (Nik Safiah Karim et.al, 2024).2 Kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:i. kata kerja aktif tak transitif berpelengkapii. kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkapKata kerja aktif tak transitif berpelengkap1 Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et.al, 2024).2 Unsur-unsur pelengkap yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif boleh terdiri daripada kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama.(a) Kata adjektif sebagai pelengkap• Kata adjektif seperti miskin, lemah, baik, dan sebagainyaboleh menjadi pelengkap kepada kata kerja aktif tak transitif. Dalam hal ini, kata adjektif boleh berfungsi sebagai kata adverba. Sebagai contohnya,
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB116Frasa KerjaKata kerja aktif tak transitif pelengkap (kata adjektif)menjadi gemukberansur pulihbertambah baikAyat contohi. Ahmad menjadi gemuk.ii. Tahap kesihatannya beransur pulih.iii. Hasil pendapatannya bertambah baik.(b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap• Frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat boleh mengikuti kata kerja aktif tak transitif dan berfungsi sebagai pelengkap. Sebagai contohnya,Frasa KerjaKata kerja aktif tak transitif pelengkap (frasa sendi nama)berasal dari Serembanmenetap di Pulau Pinangmembelok ke kananAyat contohi. Guru sandaran itu berasal dari Seremban.ii. Abang saya menetap di Pulau Pinang.iii. Motosikal itu membelok ke kanan.(c) Kata nama sebagai pelengkap• Kata kerja aktiftak transitif yang menerima imbuhan ber-...-kan boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap. Dalam hal ini, kata kerja menjadi dan ada juga boleh menerima kata nama sebagai pelengkap. Sebagai contohnya,Frasa KerjaKata kerja aktif tak transitif pelengkap (kata nama)berbantalkan lenganmenjadi polisada kondominium di Kuala LumpurAyat contohi. Mereka tidur berbantalkan lengan.ii. Kakak saya menjadi polis.iii. Pak Samad ada kondominium di Kuala Lumpur.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB117Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap sesudahnya yakni kata kerja itu boleh berdiri sendiri. Sebagai contohnya, perkataan seperti menangis, bangun, tidur, dan lain-lain merupakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.2 Namun demikian, kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diikuti oleh unsur keterangan. Unsur keterangan ini berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Misalnya,Dia bangun.Dia bangun dari kerusi. Dalam ayat ini dari kerusi merupakan unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan.b Kata Kerja Pasif1 Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif (Nik Safiah Karim,et.al, 2024). Misalnya,Saya telah menjahit baju itu. (ayat aktif)Baju itu telah saya jahit. (ayat pasif)Dalam kedua-dua ayat ini, contoh kata kerja saya jahit merupakan kata kerja pasif.2 Contoh lain adalah seperti berikut:Kata Kerja Aktif Kata Kerja Pasifmengabaikan diabaikanmemijak terpijakmenjawab saya jawabKata kerja pasif dengan imbuhan pasif1 Kata kerja pasif boleh terdiri daripada kata kerja yang menerima imbuhan di- dan ter-. Perkataan diambil, didenda, terbina, terlanggar, dan sebagainya merupakan kata kerja yang menerima imbuhan kata kerja pasif. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:i. Buku itu sudah diambil oleh kakak.ii. Roslan didenda oleh ibu pagi tadi.iii. Jambatan kayu itu terbina oleh penduduk kampung dalam masa enam bulan.iv. Rumah itu terlanggar oleh kereta.2 Selain itu, kata kerja pasif juga boleh mengandungi imbuhan berdan ke-...-an. Misalnya, berjawab, kehujanan, dan lain-lain. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB118i. Surat arahan bertugasnya belum berjawab.ii. Ayah kehujanan pagi tadi.Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua.1 Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua diletakkan di hadapan kata kerja dasar untuk membentuk ayat pasif. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2024), kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.2 Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar boleh berbentuk kata penuh atau kata ringkas. Kata ganti nama diri penuh adalah seperti saya, aku, kamu, engkau, dan lain-lain. Kata ganti nama diri ringkas pula adalah seperti kau, mu, dan ku.3 Berikut merupakan frasa kerja pasif dengan ganti nama diri pertama dan kedua.i. sudah saya jelaskanii. harus kita selesaikaniii. belum kamu sampaikaniv. akan anda rasaiv. mesti engkau pikulvi. harus kalian tanggung1.2.3 Kata Adjektif1 Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama dikenali sebagai kata adjektif. Sebagai contohnya,• tinggi• pandai• merah• manis2 Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). Misalnya,i. Rumah itu besar.ii. Hana sangat cantik.iii. Adiknya masih kecil.3 Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Sebagai contohnya,i. Bilik itu gelap.Dalam ayat ini, frasa adjektif hanya terdiri daripada satu kata adjektif, iaitu gelap.– Contoh kata ganti namadiri pertama adalah sepertisaya, aku, kami, kita– Contoh kata ganti namadiri kedua adalah seperti kamu, anda, engkau,kalian
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB119ii. Buah mangga itu kurang manis.Dalam ayat ini, frasa adjektif kurang manis terdiri daripada kata adjektif manis dan unsur keterangan lain, iaitu kata penguat kurang.iii. Badannya masih lemah.Dalam ayat ini, frasa adjektif masih lemah terdiri daripada kata adjektif lemah dan unsur keterangan lain, iaitu kata bantu masih.4 Secara umumnya, kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang, dan kata penguat bebas. Misalnya,i. kata adjektif didahului oleh kata penguat hadapan – sangat pandai, paling sedap, dan makin mahalii. kata adjektif diikuti oleh kata penguat belakang – baik sekali, indah nian, dan cepat benariii. kata adjektif diikuti oleh kata penguat bebas– amat kemas, kemas amat– sungguh indah, indah sungguh– sangat besar, besar sangat5 Kata adjektif yang hadir bersama-sama dengan kata penguat membezakan kata adjektif itu daripada kata nama atau kata kerja. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Sebagai contoh,i. Bangunan itu besar.ii. Pokok kelapa itu sangat tinggi.Jenis Kata AdjektifKata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis berdasarkan ciri makna, iaitu:sifatan atau keadaaanKata Adjektifukuranwarna bentukwaktubentukcaraperasaanpancainderaKata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.Galeri Info
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB120Kata Adjektif Sifatan atau KeadaanKata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). Misalnya,berani besar gopohpandai kuat curigamalas gagah cantikbijak lemah tegapAyat contoh:i. Budak itu sungguh berani. ii. Anak Leha sangat pandai.iii. Isteri Wak Leman sangat malas.Kata Adjektif WarnaKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertianwarna sebagai unsur keterangan. Misalnya,putih hijau kuning birumerah kelabu perang hitamcoklat hitam ungu jinggaAyat contoh:i. Kucing itu berbulu hitam.ii. Seluar abang berwarna kelabu.iii. Saya membeli beg berwarna putih.Kata Adjektif UkuranKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Sebagai contohnya:tinggi luasrendah renekkecil sempitbesar tebalpanjang nipisAyat contoh:i. Bangunan-bangunan di Pulau Pinang tinggi.ii. Padang sekolah itu sangat luas.iii. Bilik kuliah itu sangat kecil.• Jika kata adjektif digandakan, kata namayang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan. Jika kata nama digandakan, makakata adjektif tidak perlu digandakanContoh: Barang-barang di kedai itu mahal (7)Barang-barang di kedai itu mahal. (3) Barang di kedai itu mahalmahal (3)• Kata adjektif yang bersifat emotif (gemar, suka,sayang, benci) perlu diikuti oleh kata sendi namaakan.• Binaan teR+ kata adjektif dan juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB121Kata Adjektif BentukKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.bujur lurusbulat buncitleper kempisbundar lekuklonjong kempisAyat contoh:i. Jalan ke kampung itu lurus.ii. Perutnya kelihatan buncit.iii. Cermin hiasan di ruang tamu itu direka dalam bentuk bujur.Kata Adjektif WaktuKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Misalnya,baharu lampaulewat cepatawal suntuklama lambatsegera silamAyat contoh:i. Bapa pulang lewat dari pejabat.ii. Abang Mohsin membeli sebuah kereta baharu.iii. Kami lama tidak berkunjung ke rumah nenek di Johor Bahru.Kata Adjektif JarakKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian atau konsep ruang di antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. Misalnya,jauh hampirnyaris dekatrapatAyat contoh:i. Dia nyaris tenggelam di dalam air.ii. Balai polis itu paling hampir dengan sekolah.iii. Kemalangan maut itu berlaku dekat dengan rumah saya.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB122Kata Adjektif CaraKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Sebagai contohnya,deras lambatlaju perlahanlincah jelasselalu gopohsering kuatlebatAyat contoh:i. Ramli selalu lewat ke sekolah.ii. Pesilat itu sangat lincah.iii. Hujan pada petang itu sangat lebat.Kata Adjektif PerasaanKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama. Misalnya,rindu gembirasegan kasihsayang ragucinta berahisuka marahsedih benciAyat contoh:i. Saya amat rindu akan nenek saya di kampung.ii. Mak Nani sungguh benci dengan kelakuan buruk anaknya itu.iii. Kanak-kanak itu gembira setelah mendapat hadiah daripada ibunya.Kata Adjektif PancainderaKata adjektif yang terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. Sebagai contohnya,(a) deria rasasedap masammanis masinlazat tawarkelat lemakpayau pahitAyat contoh:i. Buah manggis itu masam.ii. Kopi itu sungguh pahit.iii. Rendang ayam yang dimasak oleh ibu sungguh lazat.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB123(b) deria dengarlunak garaumerdu nyaringmersik bisingserak garauAyat contoh:i. Ketua pasukan itu mempunyai suara garau.ii. Suara remaja perempuan itu amat mersik.iii. Penyanyi suara lunak itu memenangi pertandingan nyanyian itu.(c) deria pandangcantik comelmolek burukhodoh kacaksegak lawatampanAyat contoh:i. Bayi kakak saya sangat comel.ii. Pak Andak masih tinggal di rumah buruk itu.iii. Lukisan orang buta itu sangat cantik.(d) deria bauharum hanyirtengik hancingsemerbak wangibusuk hapakAyat contoh:i. Bilik itu sungguh busuk.ii. Natasha suka memakai bedak wangi.iii. Bunga melur itu harum baunya.(e) deria sentuhhalus lembiklembut kesatlicin kasarkeras empukAyat contoh:i. Kulit bayi itu licin sungguh.ii. Tuala yang baru dibeli oleh ibu itu sangat lembut.iii. Kuih yang dimasak oleh kakak itu sangat keras.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB124(f) Gabungan deriabersih (bau+pandang)selesa (sentuh+pandang)tenteram (dengar + pandang)Ayat contoh:i. Ayah suka memakai pakaian yang bersih.ii. Penduduk Kampung Nilam Sari hidup dalam keadaan tenteram.iii. Mereka tinggal di sebuah rumah yang selesa.1.2.4 Kata tugas1 Kata tugas ialah perkataan yang tergolong dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, farsa kerja, dan frasa adjektif (Nik Safiah Karim,et.al, 2024). Hal ini bermaksud kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam predikat.2 Dalam ayat, klausa atau frasa, kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau mendukung tugas-tugas lain.3 Dalam bahasa Melayu, kata tugas dapat dijeniskan seperti berikut:kata hubung kata bantu kata sendi nama kata penekankata seru kata penguat kata pembenar kata pembendakata tanya kata penegas kata arahkata perintah kata nafi kata bilangankata pangkal ayat kata pemeri kata adverba4 Kesemua kata tugas ini boleh dikelompokkan dalam empat kelompok berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat seperti berikut: i. kata penyambung ayatii. kata praklausaiii. kata prafrasa dan pascafrasaiv. kata pascakataKata Penyambung Ayat– Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk(Nik Safiah karim, et.al, 2024).– Kata penyambung ayat terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung tersebut boleh dibahagikan kepada kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan seperti dalam Rajah 1.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB125Kata hubung gabunganrelatifkomplemenketeranganKata hubung pancanganKata Penyambung Ayat Rajah 1: Kelompok kata penyambung ayati. Kata hubung gabungankata hubung gabungan ialah jenis kata yang menggabungkan dua kluasa atau lebih yang sama sifatnya untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan adalah seperti berikut:dan sertalalu tetapiatau malahansambil kemudianContoh penggunaaan kata hubung gabungan gabungan dalam ayat adalah seperti berikut:i. Kakak menyapu rumah sambil mendengar muzik.ii. Aini bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah pintu utama.iii. Siti Murni mungkin akan membeli kain berwarna putih atauhijau.ii. Kata hubung pancangankata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk (Nik Safiah karim, et.al, 2024). Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu:a) kata hubung pancangan relatif,b) kata hubung pancangan komplemenc) kata hubung pancangan keterangan.(a) Kata hubung pancangan relatif1 Kata hubung pancangan relatif juga dikenali sebagai kata relatif merupakan perkataan yang berfungsi menghubungkan kluasa utama dengan klausa kecil yang lain. Kata hubung pancangan relatif dalam bahasa Melayu ialah yang.2 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:i. Lelaki yang berjaja buah itu jiran saya.ii. Kereta yang dibeli oleh Datuk Hilmi itu kereta import.iii. Yang berbaju biru itu sepupu saya.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB126(b) Kata hubung pancangan komplemen1 Kata hubung pancangan komplenen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.2 Kata hubung pancangan komplemen dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan bahawa dan untuk.3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Jurulatih itu menyatakan bahawa atletnya sangat rajin.4 Kata komplemen untuk hadir dalam frasa subjek. Misalnya,Untuk memaksa gelandangan itu membersihkan diri adalah mustahil.(c) Kata hubung pancangan keterangan1 Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.2 Berikut adalah beberapa contoh kata hubung pancangan keterangan dalam bahasa Melayu,kerana apabila semogakalau setelah semogaagar tatkala sementarasekiranya walaupun andai katasemasa hingga jikaKata Praklausa1 Kata praklausa ialah kata yang hadir di hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengayaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.2 Kata praklausa terdiri daripada lima jenis seperti yang terdapat pada Rajah 2.Kata seruKata praklausaKata tanyaKata perintahKata pembenarKata pengkal ayat Rajah 2: Lima jenis kata yang tergolong sebagai kata praklausaContoh penggunaan dalamayat adalah seperti berikut:i. Jason disayangi oleh semua guru kerana rajin belajar.ii. Saya sering berdoa agaribu bapa saya sentiasa dalam keadaan sihat.iii. Semasa anggota bombatiba, rumah itu sudahmusnah dijilat api.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB127i. Kata seru1 Kata seru ialah kata yang berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti kagum/hairan/takjub, sedih, terkejut, marah, dan gembira serta digunakan dalam ayat seruan.2 Antara contoh kata seru yang terdapat dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:.Perasaan Contoh kata serurasa sakit/terkejut aduh,ohkagum/hairan/takjub wah, amboi, ehgembira syabasmarah/benci cis, celakasedih/kesal aduhai, wahai3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Aduhai, malangnya nasib anak yatim itu.Celaka, berani engkau menipuku!Amboi, cantiknya baju baharu awak.ii. Kata tanya1 Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Misalnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana.2 Kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada predikat dalam ayat. Kata tanya digunakan pada awal ayat tanya, (delete ,) dan biasanya diakhiri oleh tanda soal (?).3 Dalam penulisan, kata tanya yang dikedepankan perlu disertai dengan partikel -kah manakala sekiranya kata tanya berada di belakang ayat maka tidak perlu disertai dengan partikel -kah. Sebagai contohnya,Siapakah yang mengetuk pintu tadi?Bilakah kamu akan pulang ke kampung?Harga basikal itu berapa?Beg yang kamu bawa tadi mana?4 Kata tanya juga boleh wujud dalam bentuk kata ganti nama seperti apa, siapa dan mana. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Buku nota saya mana?Apakah nama kucing ini?Siapakah penulis buku ini?
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB128iii. Kata perintah1 Kata perintah ialah kata yang digunakan dalam ayat perintahuntuk menimbulkan sesuatu tindak balas seperti memberi arahan, suruhan, larangan, ajakan, dan permintaan kepada seseorang.2 Antara contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:jangan tolong usahmohon harap jemputminta sila3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Usah kamu membazir masa.Mohon kerjasama anda untuk beratur dengan tertibnya.Sila duduk di kerusi itu.iv. Kata pembenar1 Kata pembenar digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan.2 Kata pembenar biasanya digunakan sebagai respons atau reaksi kepada soalan, arahan, atau kenyataan orang lain.3 Kata pembenar yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ya, benar, betul.4 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Ya, saya akan ikut serta dalam mesyuarat esok.Benar, dialah yang memenangi pertandingan itu.Betul, jawapan yang kamu berikan sangat tepat.v. Kata pangkal ayat1 Kata pangkal ayat hadir di hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Misalnya, hatta, maka, syahadan, adapun, kalakian, sebermula, alkisah, arakian, dan sekali peristiwa.2 Kata pangkal ayat biasanya terdapat dalam bahasa Melayu klasik.3 Contoh penggunaan kata pangkal ayat adalah seperti berikut:Hatta jambatan emas itu pun siap.Adapun Puteri Lang Buana keluar bersiram di kolam itu.Sebermula maka tersebutlah kisah seorang putera raja.Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa1 Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada farasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama (Nik Safiah karim, et.al, 2024).
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1292 Menurut Nik Safiah Karim et.al (2024) kata prafrasa dan kata pascafrasa dalam ayat bertugas untuk membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah, dan membilang.3 Kata prafrasa ialah kata yang hadir sebelum frasa seperti dalam Rajah 3.Kata bantuKata pemeri Kata PrafrasaKata penguatKata sendi namaKata penegasKata arahKata nafiKata bilanganKata adverbaRajah 3: Sembilan jenis kata yang tergolong dalam kata prafrasa4 Selain itu, daripada 9 jenis kata ini, tiga daripada kata tugas prafrasa boleh hadir sesudah frasa, iaitu sebagai kata pascafrasa, iaitu kata penguat, kata penegas, dan kata adverba.i. Kata bantuKata bantu hadir di hadapan frasa untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu:a) kata bantu aspekb) kata bantu ragama) Kata bantu aspekKata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Contoh kata bantu aspek adalah seperti berikut:masa lampau masa kini masa hadapantelah, sudah, pernahmasih, sedang, baruakan, mula, belumKata bantu aspekmenerangkan sesuatu dari segimasa sama ada• sudah dilakukan (pernah, sudah, telah)• sedang dilakukan (masih,sedang)• belum dilakukan (akan,belum)
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB130Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Adik Nora telah pulang ke rumah.Abang Johari masih berada di Kuala Lumpur.Saya akan melanjutkan pengajian di Singapura.b) Kata bantu ragamKata bantu ragam menjelaskan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Contoh kata bantu ragam adalah seperti berikut:hendak bolehmahu dapatharus engganmesti patutmungkinContoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Saya mahu ikut serta dalam rombongan ituMereka mungkin akan datang lambat ke majlis itu.Laila dapat menjawab semua soalan dengan betulnya.ii. Kata penguat1 Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif.2 Kata penguat berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:a) Kata penguat hadapanb) Kata penguat belakangc) Kata penguat bebasa) Kata penguat hadapankata penguat hadapan terletak di hadapan frasa atau kata adjektif, misalnya terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang. Contoh kata bantu aspek adalah seperti berikut:Adik Hamid terlalu nakal.(Dalam ayat ini, frasa adjektif terlalu nakal terdiri daripada kata penguat hadapan terlalu yang terletak di hadapan kata adjektif nakal)Bukit itu agak curam.(Dalam ayat ini, frasa adjektif agak curam terdiri daripada kata penguat hadapan agak yang terletak di hadapan kata adjektif curam)
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB131b) Kata penguat belakangkata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif, misalnya sekali, benar, betul, dan nian.Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Baju pengantin itu cantik benar.(Dalam ayat ini, frasa adjektif cantik benar terdiri daripada kata penguat belakang benar yang terletak di belakang kata adjektif cantik)Suasana di kampung itu aman sekali.(Dalam ayat ini, frasa adjektif aman sekali terdiri daripada kata penguat belakang sekali yang terletak di belakang kata adjektif aman)c) Kata penguat bebasKata penguat bebas ialah kata yang boleh hadir sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif, misalnya amat, sangat, dan sungguh.Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:a) Kehidupan Pak Dolah sungguh daif.b) Kehidupan Pak Dolah daif sungguh.(Dalam ayat (a), frasa adjektif sungguh daif terdiri daripada kata penguat bebas sungguh yang terletak di hadapan kata adjektif daif manakala dalam ayat (b) frasa adjektif daif sungguh terdiri daripada kata penguat bebas sungguh yang terletak di belakang kata adjektif daif. Kedua-dua ayat ini adalah gramatis.)iii. Kata penegasKata penegas ialah perkataan yang berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas yang juga dikenali sebagai partikel atau kata penegas terbahagi kepada dua, iaitu:i. Kata yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya seperti -kah, -tah, dan -lah. Hal ini bermakna, kehadiran kata penegas ini berlaku hanya apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, iaitu -kah, -lah, dan -tahmesti dikedepankan. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:Bilakah kamu datang?Apatah dayaku.Siapakah pensyarah kamu?
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB132ii. Kata yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya seperti jua, juga, pun, sahaja, lagi, dan memang. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut: Hanya dia satu-satunya adik saya.(Dalam ayat ini kata penegas hanya hadir dalam subjek ayat, iaitu membentuk subjek hanya dia).Ibu saya memang suka makan buah durian.(Dalam ayat ini, kata penegas memang hadir dalam predikat ayat, iaitu membentuk predikat memang suka makan buah durian).iv. Kata nafi1 Kata nafi ialah kata yang menjadi unsur nafi bagi frasafrasa predikat seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Dalam bahasa Melayu, kata nafi terdiri daripada kata bukan dan tidak.2 Kata nafi bukan menjadi unsur nafi kepada frasa nama dan frasa sendi nama. Sebagai contohnya,Lelaki itu bukan ayah saya.(Dalam ayat ini, kata nafi bukan digunakan di hadapan frasa nama ayah saya yang membentuk frasa predikat).Rumah itu bukan untuk dijual. (Dalam ayat ini kata nafi bukan digunakan di hadapan frasa sendi nama untuk dijual yang membentuk frasa predikat).3 Kata nafi tidak menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Sebagai contohnya,Sekolah saya tidak besar sangat.(Dalam ayat ini, kata nafi tidak digunakan di hadapan frasa adjektif besar sangat yang membentuk frasa predikat).Encik Saleh tidak membaca surat itu.(Dalam ayat ini, kata nafi tidak digunakan di hadapan frasakerja membaca surat itu yang membentuk frasa predikat).Kata Pemeri1 Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.Kata penegas juga boleh berfungsi sebagai kata pascafrasa yang hadir dalamsubjek ayat. Misalnya,Ayah juga ingin ke Pulau Pinang.(Dalam ayat ini, kata penegasjuga merupakan katapascafrasa yang hadir dalamsubjek ayat, iaitu selepas kata nama ayah)Kumpulan nasyid itu belumbersedia lagi.(Dalam ayat ini, kata penegaslagi merupakan kata pascafrasayang hadir dalam predikat ayat,iaitu selepas kata bersedia)Kata nafi bukan boleh hadirsebelum frasa kerja dan frasaadjektif sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksudpertentangan maklumat.Sebagai contohnya,Dia bukan hendak bermain,tetapi hendak tidur sahaja.Suzy bukan lembam, tetapimalas.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1333 Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama untuk menunjukkan persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif. Misalnya,Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.Tokoh Guru Tahun 2025 ialah Cikgu Hasan binti Hamid.4 Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menunjukkan huraian tentang subjek oleh predikat atau kualitatif. Sebagai contohnya,Dakwaan bahawa dia bekerja di luar negara adalah palsu.Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan masalah disiplin pelajar.v. Kata sendi nama1 Kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.2 Antara kata sendi nama ini, terdapat juga beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain, sebagai contohnya:• akan (juga berfungsi sebagai kata bantu),• dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif,• sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja, dan• antara (juga berfungsi sebagai kata arah).3 Berikut ialah kata sendi nama serta penggunaannya dalam ayat:Kata sendi nama Penggunaan / Fungsinya Ayat contohdi Digunakan untuk menunjukkan tempat.1. Mereka berkhemah di taman bunga.2. Bapa menunggu kakak dihadapan sekolah.ke Digunakan untuk menunjukkan:• tempat/ arah yang dituju• waktu1. Suhaila dan abangnya pergi ke pasar raya.2. Atlet itu berjalan ke arah garisan permulaan.3. Pemeriksaan akan diadakan dari masa ke masa.dari Digunakan untuk menyatakan:• arah• tempat• waktu1. Buku itu dilontar dari sisi kelas.2. Tun Mahathir Mohamad berasal dari Kedah.3. Ujian kecergasan itu bermula dari jam lapan pagi.daripada Digunakan untuk menyatakan:• punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad• sumber atau asal kejadiansesuatu benda• perbezaan atau perbandingan1. Warkah itu daripadaneneknya.2. Jejak itu mungkin daripadaharimau.3. Saya tersedar daripadalamunan.► Kata pemeri tidak bolehhadir bersama-sama katanafi. Misalnya,Lelaki itu ialah bukanjiran saya. (Ayat tidak gramatis)Buku itu adalah bukanuntuk semua pelajar.(ayat tidak gramatis)► Namun demikian terdapatkekecualian, iaitu kata pemeri boleh hadir dalambinaan kata nafi dan frasaadjektif. Sebagai contohnya,Keputusan itu adalahtidak sah. (ayat gramatis)Kenyataan itu adalah tidak benar.(ayat gramatis)► Kata pemeri tidak bolehhadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Misalnya, Adalah dimaklumkanbahawa aktiviti rumah sukanakan dibatalkan esok. (ayat tidak gramatis) Denganini dimaklumkan bahawaaktiviti rumah sukan akandibatalkan esok. (ayat gramatis)Pertengkaran itu adalah berpunca daripada salah faham. (ayat tidak gramatis)Pertengkaran itu berpuncadaripada salah faham. (ayatgramatis).Kata sendi nama padaapabila didahulukan adamesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. Contoh: Buku itu ada pada Aleeya.Galeri InfoKata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.Galeri Info
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1344. Bola diperbuat daripadagetah.5. Watak saya berbeza daripadawatak abang.6. Bercucuk tanam lebih baik daripada makan gaji.kepada Digunakan untuk menyatakan:• sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad• pecahan• perubahan keadaan1. Serahkan wang itu kepada guru kelas.2. Ayah menghulurkan wang kepada datuk.3. Anak muda di kampung itu terdedah kepada maksiat.4. Pizza itu dipotong kepadaenam bahagian.5. Harga telur meningkat kepadaRM3.50 sepapan.pada Digunakan untuk menunjukkan:• keterangan waktu dan tempat• dalam ungkapan ada pada(manusia dan haiwan), benda konkrit, unsur mujarah (abstrak)1. Pada hari kejadian, Pak Teh berada di Seremban.2. Anak monyet itu bergayut pada dahan.3. Buku nota Sains Raju ada pada Ah Seng.4. Keupayaan berfikir tidak adapada binatang dan tumbuhan.5. Pada pemerhatian saya, dia anak golongan bangsawan.untuk/ bagiKata sendi untuk bervariasi dengan bagi dan berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan, hanya kata sendi nama untuk digunakan.1. Jadual bertugas bagi/untukpengawas pusat sumber sedang disediakan.2. Cincin itu untuk anak perempuannya. (Tidak boleh ditulis / diungkapkan sebagai Cincin itu bagi anak perempuannya.)demi Digunakan untuk menunjukkan maksud:• tujuan• penegasan• urutan1. Marilah kita bersatu padu demi keamanan negara kita.2. Demi Tuhan, bukan abang saya yang melakukan perbuatan terkutuk itu.3. Mereka memasuki dewan itu seorang demi seorang.tentang Digunakan untuk menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang umum atau mujarad.1. Pegawai-pegawai itu sedang berbual tentang masalah buli di sekolah.2. Penyelidikan tentangkeupayaan Kecerdasan Buatan (AI) itu masih diteruskan.seperti/ bagai/ umpama/ laksanaKempat-empatnya bervariasi antara satu sama lain dan membawa maksud perbandingan atau persamaan.1. Hati ibu hancur seperti/ bagai/ umpama/ laksanakaca terhempas ke batu.2. Ramli berlagak seperti/ bagai/ umpama/ laksanaseorang anggota polis.dengan Digunakan untuk membawa maksud:• bersama-sama• keterangan cara1. Akmal berkelah dengankeluarganya di Pantai Irama.2. Peserta pertandingan itu menyanyi dengan penuh perasaan.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB135• penggunaan sesuatu sebagai alat• keadaan perbandingan yang serupa3. Kak Liza membancuh susu dengan sudu.4. Keputusan temu duga Roslina setimpal dengan usahanya.sejak/ semenjakDigunakan untuk membawa maksud bermula dari sesuatu masa.1. Pak Murad tinggal di Johor sejak/ semenjak lapan tahun yang lalu.2. Sejak kejadian itu, Puan Lim tidak berani keluar pada waktu malam lagi.terhadap Digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit (manusia, haiwan, dan benda) tetapi tidak sesuai untuk rujukan mujarad.1. Kita tidak boleh kurang ajar terhadap orang tua.2. Kajian terhadap tumbuhan itu menunjukkan kesan yang agak menggalakkan.3. Hidung saya sangat sensitif terhadap debu.akan Digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif.1. Ayah tidak suka akan durian.2. Sultan Mahmud Syah berahi akan Tuan Puteri Lang Buana.oleh Digunakan• selepas kata kerja pasifberawalan di- dan ter- dan kata bantu pasif kena• maksud sebab1. Puisi itu dicipta olehSasterawan Negara.2. Budak itu tidak terkejar olehkami.3. Adik saya kena denda olehibu.4. Pasukan bola sepak itu tewas oleh kecuaian penjaga gol.hingga/ sampaiDigunakan untuk menyatakan:• perihal peringkat• had waktu dan tempat1. Mereka berazam untuk belajar sampai/ hingga menara gading.2. Encik Raman bercuti sampai/ hingga minggu hadapan.3. Abang Fizan mengembara sampai sempadan China.dalam/ antaraDigunakan untuk membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak1. Saya tidak campur tangan dalam urusankeluarganya.2. Perbezaan pendapat telah berlaku antara ahli persatuan.4 Terdapat sesetengah kata sendi nama mempunyai fungsifungsi lain misalnya, berfungsi sebagai kata kerja, kata adjektif, kata bantu, dan kata arah.5 Yang berikut adalah antara kata sendi nama yang mempunyai multifungsi itu.Kata Golongan kata Ayat contohdalamKata sendi nama Adik Farisa fasih bertutur dalam bahasa Jerman.Kata adjektif Sungai itu dalam sungguh.Kata nama arah Tok Man menyimpan kuncinya di dalam laci.melaluiKata sendi nama Maklumat itu kami peroleh melalui surat khabar.Kata kerja Ibu melalui jalan pintas pergi ke kebun.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB136sampai Kata sendi nama Ayah menonton televisyen sampai larut malam.Kata kerja Dia sampai di pondok itu sewaktu hujan lebat.akanKata sendi nama Murid-murid kasih akan guru yang penyayang.Kata bantu Dato Halim akan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.antaraKata sendi nama Antara yang menziarahi nenek termasuklah anak tirinya.Kata nama arah Pokok renek itu tumbuh di antara rekahan batu.vi. Kata arah1 Kata arah hadir sebelum frasa nama dan biasanya digunakan sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.2 Beberapa contoh kata arah adalah seperti berikut:atas tepi sudutbawah belakang sisiantara penjuru selatantimur dalam tengahsamping hadapan utara3 Contoh penggunaan kata arah dalam ayat adalah seperti berikut:• Cawan itu ada di atas meja.• Dari sudut pandangan ahli politik, perkara itu wajar.• Pencuri itu bersembunyi di dalam bilik stor.vii. Kata bilangan1 Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.2 Kata bilangan terbahagi kepada lima jenis, iaitu:i. Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya atau bilangan kardinal. Sebagai contohnya, tiga, empat puluh, dua ratus, seribu, dan lain-lain.Ayat contoh:.• Ayah membeli tiga tongkol jagung.• Harga set televisyen itu lima ribu ringgitii. Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Sebagai contohnya, segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit, dan lain-lain.Ayat contoh:• Beberapa ekor monyet berkeliaran di kawasan perumahan kami.• Semua pelajar diminta berkumpul di dewan sekolah.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB137iii. Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Sebagai contohnya, beratus-ratus, berjuta-juta, berabadabad, kedua-dua, dan lain-lain.Ayat contoh:• Berguni-guni buah kelapa telah musnah dalam kebakaran itu.• Polis menembak kedua-dua penjenayah itu.iv. Kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Sebagai contohnya, masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan lainlain.Ayat contoh:• Mereka membawa alat tulis masing-masing.• Setiap pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan diri.v. Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Sebagai contohnya, setengah, separuh, dua pertiga, seperempat, dan lain-lain.Ayat contoh:• Datuk Abu mendermakan setengah daripada hartanya ke rumah anak yatim.• Dua pertiga daripada wang simpanannya akan digunakan untuk membaik pulih rumah.viii. Kata adverba1 Kata adverba ialah perkatan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat (Nik Safiah Karim, et.al, 2024). Misalnya,• Tok Seman selalu memberitahu kisah perit hidupnya kepada cucu-cucunya.• Puan Aminah cergas sentiasa.• Hari ulang tahun kelahiran anak sulung Datin Rogayah ialah hari esok.• Saya sering kali ke Kuala Lumpur.Dalam ayat di atas, perkataan selalu, sentiasa, esok, dan sering kali ialah kata adverba. Hal ini dikatakan demikian kerana masing-masing berfungsi untuk menerangkan kata kerja memberitahu, kata adjektif cergas, kata nama hari, dan frasa sendi nama ke Kuala Lumpur.2 Kata adverba boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa. Sebagai contohnya,• Dia selalu berjalan kaki ke sekolah.• Orang tua itu sering kali ke hospital.• Ayah akan ke luar negara hari esok.• Damia berlari pantas.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB138Dalam ayat-ayat ini, kata adverba selalu dan sering kalihadir di hadapan frasa, iaitu kata adverba selalu hadir di depan frasa kerja berjalan kaki ke sekolah manakala sering kali hadir di hadapan frasa sendi nama ke hospital. Kata adverba esok dan pantas pula hadir di belakang frasa, iaitu kata adverba esok hadir di belakang frasa nama harimanakala pantas hadir di belakang frasa adjektif pantas.3 Menurut Nik Safiah Karim, et.al (2024) kata adverba tidak dianggap sebagai kata utama kerana tidak boleh menjadi inti kepada konstituen frasa predikat. Misalnya,• Majlis itu esok.Dalam ayat ini kata adverba esok nampaknya seperti berfungsi sebagai predikat tetapi sebenarnya ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat penuh bagi ayat minimal ini ialah• Majlis itu pada hari esok.Dalam ayat penuh ini, kata adverba esok menerangkan frasa sendi nama pada hari.Bentuk Kata AdverbaKata adverba terbahagi kepada empat bentuk iaitu: Kata AdverbaKata adverba jatiKata adverba yang asalnya kata adjektifKata adverba yang asalnya kata kerjaKata adverba bentuk gandaan Rajah 2: Lima jenis kata yang tergolong sebagai kata praklausaKata adverba jati1 Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif, dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).Ayat minimal = Ayat yang adabahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1392 Contoh kata adverba jati adalah seperti berikut:semalam sering kali sempatkelmarin acap kali langsungesok kerap kali nyarislusa julung kali begitutulat sentiasa/ senantiasa beginikelak kadang-kadang demikiansekarang kadangkala pertama kalidahulu saling agaknyatadi sekali gus nantikemudian serentakbarangkali jarang kali3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Taufik kadang-kadang lewat ke sekolah.• Anak Che Man begitu mahir dalam bidang masakan.• Datuk Amin sempat menandatangani surat perjanjian itu.Kata adverba yang asalnya kata adjektif1 Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Berikut adalah beberapa contoh kata adverba yang asalnya kata adjektif.berjalan laju tinggi lampaibergerak perlahan sering terlambattegak berdiri panjang lebarhampir roboh tidur nyenyakkurang berhati-hati ke pejabat segerasakit tenat hancur luluh3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Taufik kadang-kadang lewat ke sekolah.• Anak Che Man begitu mahir dalam bidang masakan.• Datuk Amin sempat menandatangani surat perjanjian itu.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB140Kata adverba yang asalnya kata kerja1 Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Berikut adalah beberapa contoh kata adverba yang asalnya kata kerja:tidur berdengkur tinggal bersendirianduduk bersila putih berserimerah menyala tinggi menggunungtidur meniarap berjalan berjingkitsenyum meleret hitam berkilat3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Baju yang dipakai oleh Nancy merah menyala.• Aimie senyum meleret apabila mendapat pujian daripada pengetua sekolah.• Abang saya berjalan berjingkit kerana kakinya cedera terpijak paku.Kata adverba bentuk gandaan1 Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjekti, dan frasa sendi nama (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Kata adverba bentuk gandaan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:Kata adverba penggandaan separaKata adverba bentuk gandaanKata adverba penggandaan penuhKata adverba penggandaan berentaka) Kata adverba penggandaan penuhi. Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada menggandakan seluruh kata dasarnya.ii. Berikut adalah beberapa contoh kata adverba penggandaan penuh:jarang-jarang sedikit-sedikitpura-pura besar-besarlaju-laju sama-samacepat-cepat pagi-pagi
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB141iii. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Pemuda itu pura-pura tidak tahu apabila disoal sisat oleh polis.• Kebelakangan ini kakak jarang-jarang ke pejabat.• Puan Teoh berjalan laju-laju setelah berasa dirinya diekori.b) Kata adverba penggandaan separai. Kata adverba penggandaan separa terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).ii. Kata adverba penggandaan separa terbahagi kepada dua, iaitu:Penggandaan separa berakhiranKata adverba penggandaan separaKata adverba penggandaan separaKata adverba penggandaan separa berawalani. Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).ii. Berikut adalah beberapa contoh kata adverba penggandaan separa berawalan:tersipu-sipu sepandai-pandaibersungguh-sungguh terkial-kialteresak-esak setinggi-tinggiterburu-buru sekali-kaliiii. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Mak Munah menangis teresak-esak apabila menerima berita kematian cucunya.• Abang bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek itu.• Kak Lia berjanji tidak akan sekali-kali mengulangi kesilapan yang sama.Kata adverba penggandaan separa berakhirani. Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak akhirannya (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).Kata adverba penggandaansepara setelah menerimaawalan se- boleh jugamenerima bentuk -nya,misalnya setinggi-tingginya,selama-lamanya, semahumahunya, dan lain-lain. Contohpenggunaan dalam ayat adalahseperti berikut:• Cinta sejati seorang ibu terhadap anaknya akan kekal selama-lamanya.• Adik berlari semahumahunya di halamanrumah kerana terlalugembira.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB142ii. Berikut adalah beberapa contoh kata adverba penggandaan separa berakhiran:kecil-kecilan habis-habisanbesar-besaran gila-gilaanmati-matianiii. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Pasar raya itu mengadakan jualan murah secara besarbesaran pada hujung tahun.• Pasukan bola sepak itu berjuang mati-matian untuk menewaskan lawan mereka.• Tentera mempertahankan negara habis-habisan daripada serangan musuh.c) Kata adverba penggandaan berentaki. Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).ii. Berikut adalah beberapa contoh kata adverba penggandaan berentak:menangis sedu-sedan berjalan huyung-hayangberbunyi hingar-bingar berlari susup-sasaplari lintang-pukang berjalan mundar-mandiriii. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Mereka menangis sedu-sedan ketika menonton drama yang menyayat hati.• Penonton lari lintang-pukang setelah melihat seekor lembu terlepas di padang.• Pemandu yang mabuk itu berjalan huyung-hayang selepas keluar dari kereta.Kata Pascakata1 Kata pascakata ialah kata yang hadir selepas sesuatu kata.2 Dalam bahasa Melayu, -nya hadir selepas sesuatu kata dan berfungsi sebagai penekan serta pembenda.Kata Penekan1 Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Berikut adalah beberapa contoh kata penekan, iaitu:
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB143sesungguhnya bahawasanyasebenarnya sewajarnyanampaknya hakikatnya3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Sebenarnya, ibu sudah lama mengetahui rahsia tersebut.• Bumbung rumah saya nampaknya sudah bocor.• Pihak kerajaan sewajarnya mengambil langkah bijak dalam menangani isu pencemaran.Kata Pembenda1 Kata penekan ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. (Nik Safiah Karim, et.al, 2024).2 Berikut adalah beberapa contoh kata penekan, iaitu:lajunya lantangnyasakitnya makannyabaiknya tidurnya3 Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:• Lajunya dia berlari sehingga meninggalkan semua peserta di belakang.• Menteri itu berhujah dengan lantangnya dalam persidangan Parlimen.• Kakak tidak risau kerana makannya sentiasa disediakan oleh nenek.
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB144Bahagian AJawab semua soalan.1 Yang manakah pasangan kata yang keduaduanya kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang?I bayangan, hembusanII gangguan, senyumanIII semangat, rancanganIV keriangan, hawaA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV2 Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama?A gerodak, geleman, gemuruhB gelabah, geletar, gemerlangC sinambung, serabut, semantanD kelopak, kelupas, kelangkang3 Kerajaan bercadang untuk mengeksport getah ke negara-negara Timur Tengah dalam masa terdekat kerana terdapat permintaan yang tinggi.Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerjaA aktif transitif.B aktif tak transitif.C aktif tak transitif berpelengkap.D aktif tak transitif tanpa pelengkap.4 Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja berpelengkap?I Anak lelaki Pak Ungku beristerikan orang Sarawak.II Setiap agama menyeru umatnya berbuat baik sesama manusia.III Bayi itu masih tidur di dalam buaian.IV Abang mengayuh basikal ke kedai.A I dan II B II dan IIIC II dan IIID II dan IVPRAKTIS STPM 25 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja tanpa pelengkap?A Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang anggota polis.B Kereta berwarna hijau itu membelok ke kanan simpang jalan.C Ibu Roslan tercengang di muka pintu.D Kakak sedang mencuci pakaian di belakang rumah.6 Padanan yang manakah yang betul antara jenis kata adjektif dengan contohnya?Jenis Kata Adjektifcara ukuran bentuk pancainderaA hampir lurus buncit mersikB selalu kerdil lekuk payauC awal leper besar gopohD kerani suka renek marah7 Yang manakah ayat yang kata adjektifnya membawa maksud jarak?A Jalan lama di bandar itu tidak lagi digunakan oleh orang awam.B Di dalam rumah pangsa itu terdapat dua buah bilik kecil.C Kawan rapat saya akan melangsungkan perkahwinannya esok.D Air sungai di belakang rumah Johan mengalir dengan derasnya.8 KataPenyambung AyatKata TugasXKata PrafrasaKata Pascakata
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB145 Yang manakah contoh kata tugas yang betul bagi X?I Kata adverbaII Kata pengkal ayatIII Kata pembenarIV Kata penekanA I dan II C II dan IVB II dan III D III dan IV9 Yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan kata sendi nama dengan tepat?A Abang akan ke Dubai esok atas urusan kerja.B Amirul sentiasa sedih sejak dari kematian datuknya.C Wang ini hendak diberikan pada anak-anak yatim.D Ayah membeli sebuah basikal demi untuk adik.10 Yang manakah padanan yang betul antara jenis kata adverba dengan contohnya?Jenis Kata Adverba ContohI jati nantiII yang asalnya kata adjektifsemalamIII yang asalnya kata kerja menyalaIV bentuk gandaan jarang sekaliA I dan II B II dan IIIC II dan IVD III dan IVBahagian BJawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.1Kata PenegasY: Digunakan hanya untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.X: Digunakan untuk menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu subjek dan predikat. (a) Apakah contoh kata penegas X dan Y? (i) [1](ii) [1] (b) Berikan satu contoh frasa yang mengandungi kata penegas X dan satu contoh frasa yang mengandungi kata penegas Y.(i) [1](ii) [1]
Bahasa Melayu Semester 2 STPM Bab 1 MorfologiBAB1462 Namakan jenis kata tugas yang berhuruf condong dalam ayat yang berikut:(i) Ibu menangis teresak-esak apabila mendapati barang kemasnya hilang.[1](ii) Maka Puteri Lindungan Bulan pun berkahwin dengan Raja Melewar.[1](iii) Encik Johari baru mendapat surat tawaran itu.[1](iv) Mesyuarat itu nampaknya akan ditunda minggu hadapan.[1]3Kata Ganti Nama Diri Tanya XKata Ganti Nama Diri(i) Namakan kata ganti nama X.[1](ii) Nyatakan satu contoh jenis X.[1]