The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 1 WC231013

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-06-15 23:51:38

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 1 WC231013

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 1 WC231013

KM1–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 1 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit KERTASMODEL 1


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Puan Hanisah bimbang anaknya yang masih belum pulang dari sekolah. A pada B akan C dengan D tentang 2. Dua orang pencuri motosikal itu lari apabila dikejar oleh orang ramai. A berkejaran B berserakan C berkeliaran D bertempiaran Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Harga minyak dalam pasaran yang jatuh minggu lalu, naik mendadak pada hari ini. II Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada hari minggu. III Mugilan jatuh sakit selepas makan di warung itu. IV Buah durian di kebun datuk biasanya jatuh pada waktu malam. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Saya tidak boleh masuk ke dalam bilik itu kerana pintu itu buntu. II Setelah buntu memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, abang bercadang untuk meminta pendapat ayah. III Jawapan yang diberikan oleh Suzana buntu daripada kehendak soalan. IV Jasmine dibawa oleh ayahnya ke klinik kerana perutnya buntu sejak pagi. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Kawasan halaman rumah kami akan bersihkan pada setiap hujung minggu. A akan dibersihkan oleh kami B kami membersih akan C akan kami bersihkan D kami akan bersihkan 6. Pasar Raya Jimat terletak di antara balai polis dan stesen bas. A di antara balai polis dengan stesen bas B antara balai polis dengan stesen bas C antara balai polis dan stesen bas D di antara balai polis dan stesen bas Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Pintu yang rosak itu telah dibaiki oleh kami. II Dahi ibu yang luka itu kena jahit semalam. III Beg yang berat itu tidak terangkat oleh Irfan. IV Menteri Pelancongan itu berjanji akan terus memperkasakan industri pelancongan negara. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8. I “Sila jangan pijak rumput ini,” tegur pekebun itu. II “Aduh, lambat betul awak menyiapkan kerja ini!” rungut abang. III “Mengapakah awak merahsiakan berita itu daripada saya?” tanya Sayuti. IV “Apakah pandangan anda tentang isu kenaikan harga barang?” tanya pegawai itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Persatuan Ibu Bapa dan Guru bercadang untuk membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan. A Aktiviti kebajikan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana Persatuan Ibu Bapa dan Guru berhasrat untuk membantu. B Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjanji akan menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan di sekolah dengan penuh tanggungjawab. C Pelbagai aktiviti kebajikan akan dibantu oleh pihak sekolah bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. D Persatuan Ibu Bapa dan Guru berhasrat untuk memberikan bantuan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Devi dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik-baik semula. Keadaan ini samalah seperti A didengar ada dipakai tiada. B seperti embun di hujung rumput. C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. D carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah ini. “Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah tarik diri... bermakna Azizah kalah. Yang paling penting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan ini menguji daya usaha dan kreativiti kita.” “Tapi....” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas mudah tetapi kata Abang Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita laksanakan.” “Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu... .” “Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau kalah... tapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri. Ingat pesan cikgu.” Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu Zaleha. Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk membuktikan bahawa usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat. Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang-ulang, dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk warna, aneka rupa dan teknik, cara dan persembahan. Dengan suntikan kata-kata semangat ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari seni, tidak hairanlah Azizah menang pada peringkat daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri pula, dia mendapat naib johan. (Dipetik daripada cerpen ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 11. Mengapakah Cikgu Zaleha ingin Azizah menyertai peraduan tersebut? A Peraduan tersebut diadakan dua tahun sekali B Peraduan tersebut akan mengharumkan nama Cikgu Zaleha C Peraduan tersebut menguji daya usaha dan kreativiti seseorang D Peraduan tersebut akan disertai oleh muridmurid dari luar negara 12. Berdasarkan petikan cerpen di atas, Azizah digambarkan sebagai seorang yang A tidak mudah berputus asa. B yakin akan kebolehan diri. C mudah terasa dan sensitif. D sukarela menawarkan diri untuk menyertai pertandingan. 13. Apakah nasihat Cikgu Zaleha kepada Azizah? A Seseorang perlu menang dalam apa-apa jua pertandingan yang disertai olehnya. B Seseorang perlu berusaha untuk membaiki kelemahan diri jika kalah dalam sesuatu pertandingan. C Seseorang tidak perlu mengambil bahagian dalam pertandingan yang lain sekiranya kalah dalam sesuatu pertandingan. D Seseorang perlu mempunyai kekuatan, daya usaha yang tinggi, dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri. 14. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen Hadiah, kecuali A kita hendaklah mementingkan amalan menabung untuk kegunaan pada masa kecemasan. B kita hendaklah memberikan hadiah yang mahal kepada guru-guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan. C kita hendaklah tidak mudah berputus asa sebaliknya mencuba sehingga mencapai kejayaan. D kita hendaklah gigih melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan. 15. Tema cerpen ini ialah A kegigihan dan kecekalan murid yang kurang berada. B kehebatan murid menganyam tudung saji. C kesungguhan guru mendidik muridmuridnya. D kesan kraf tangan yang semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bahagian B [30 markah] 1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Orang yang baik budi tidak akan menggunakan bahasa untuk memfitnah, berbohong, melakukan tomahan, menyebarkan berita yang tidak sahih dan tepat, prasangka, serta tuduhan yang tidak betul. Lantaran itu, orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun sentiasa menjaga tulisan mereka, terutamanya ketika membuat hantaran dalam media sosial. Sumber: Pelita Bahasa, Bil. 10, 2018 (i) (ii) [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Baju-baju yang dijual di Pasar Raya Bintang cantik-cantik tetapi mahal harganya. (ii) Abang Long tidak pernah lupakan peristiwa pahit yang menimpa isterinya walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku. [2 markah] 3. Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah, atau ayat tanya. BIL AYAT JENIS AYAT (i) Apakah tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap murid-murid yang ponteng sekolah? (ii) Norlini telah diiktirafkan sebagai duta bagi barangan kosmetik berjenama itu. (iii) “Aduhai, malang sungguh nasibku pada hari ini!” keluh Mak Teh. (iv) “Harap bertenang kerana majlis perasmian akan dimulakan sebentar lagi,” kata pengacara majlis itu. [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan situasi di bawah ini, tulis peribahasa yang sesuai. (i) Abang Rosyam dan pasangannya yang bersanding di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan sehingga banyak tetamu yang terpegun melihatnya. Keadaan ini dikatakan seperti (ii) Pak Azim melakukan kerja-kerja sambilan di kampung untuk menampung kehidupan keluarganya, sementara dia mendapat kerja yang tetap di pekan. Keadaan ini dikatakan seperti [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 5. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Bondaku, hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana yang bonda maklum, dengan menjelangnya bulan Jun ini telah tiga bulan ayahanda meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang mendalam yang menyelubungi keluarga kita, pemergian ayahanda telah menggugat persekolahan anakanda juga. Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres sepenuhnya. Anakanda masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung buat sementara waktu. Sekiranya anakanda terus berada di asrama ini, tentulah masalah kita akan bertambah. Apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret ayahanda yang tentunya masih tergantung pada dinding ruang tamu rumah kita itu. Anakanda selalu teringat akan arwah ayahanda. Sekianlah dahulu untuk kali ini. Sembah salam daripada anakanda untuk bonda, nenda dan adinda yang dikasihi. Yang benar, Hayati BAHAN 2 “Wani ... ayah akan berusaha untuk mendapatkan wang supaya kaudapat sampai ke universiti juga.” “Perbelanjaannya tinggi ayah.” “Dah katanya peringkat tertinggi, semestinya belanjanya pun tinggi,” seloroh Pak Leman. Dia tidak berasa bebanan yang besar untuk menghantar Hazwani ke universiti. Walhal, dia juga tahu bahawa belanja untuk memasuki universiti agak tinggi. Apabila ditolak, ditambah, didarab, pendapatannya masih belum mampu menyara keluarga, inikan pula hendak menghantar Hazwani ke universiti. Pak Leman menyedari semua itu. (Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Setitis Budi Semarak Kasih’, Dewan Siswa, April 2012) (i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Hayati dan Hazwani. [3 markah] (ii) Berikan dua persoalan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah kewangan? [4 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, kemukakan tiga peristiwa yang dapat menggambarkan nilai tanggungjawab yang ada pada watak seperti dalam rajah di bawah ini. Novel Pelari Muda • Watak Encik Kadir Novel Formula Termodinamik • Watak Usamah Novel Destinasi Impian • Watak Johari Novel Sejambak Bakti • Watak Razali NILAI TANGGUNGJAWAB [10 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan laut kepada manusia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Laut meliputi sebahagian besar bumi, iaitu kira-kira 71 peratus permukaan bumi ini dipenuhi dengan air laut. Malaysia dikenali sebagai negara laut kerana dikelilingi laut. Negara kita bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian ekosistem dan biodiversiti marin. Laut bertindak sebagai penyerap karbon dioksida dan pengeluar oksigen yang utama. Dianggarkan sekitar 30 peratus hingga 50 peratus karbon dioksida terhasil daripada aktiviti manusia seperti pembakaran. Karbon dioksida ini akan diserap ke dalam laut melalui fotosintesis yang dijalankan oleh ribuan fitoplankton, sejenis organisma halus yang dikategorikan sebagai tumbuhan laut. Hasil fotosintesis tersebut akan mengeluarkan oksigen untuk kegunaan hidupan di atas muka bumi ini. Selain itu, laut juga merupakan sistem perhubungan dan jaringan pengangkutan yang sangat penting. Misalnya, laut menjadi tempat laluan pengangkutan kapal dan aktiviti perdagangan. Laut juga menjadi sumber ekonomi yang penting kepada negara kita. Laut membekalkan sumber protein melalui aktiviti perikanan dan makanan laut mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Di samping itu, laut juga menjadi tumpuan banyak orang untuk aktiviti pelancongan seperti menyelam dan berkayak di pulau dan di pesisiran pantai. Sumber galian bumi seperti minyak dan gas juga dijumpai di dasar laut. Sumber minyak dan gas ini penting untuk kegunaan kehidupan harian manusia seperti pergerakan kenderaan, memasak, dan penggunaan elektrik. Laut banyak memberikan manfaat dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah menghargai dan memelihara laut supaya sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran serta aktiviti dan pembangunan yang tidak terkawal. Mentaliti kita yang tidak menghargai dan tidak menyedari kepentingan laut ini akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan kita dan menjejaskan ekosistem marin seperti kepupusan haiwan marin.


KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 1 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam KERTASMODEL 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Tutup suis elektrik jika tidak digunakan Simpan mancis, pemetik api, dan cecair mudah terbakar di tempat yang selamat Periksa dan selenggara pendawaian elektrik Elakkan daripada membuat penyambungan yang membebankan litar elektrik Cegah Kebakaran di Rumah


KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK GASING TINGTING GULI 1. Anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam suatu karnival permainan tradisional yang diadakan di kawasan perumahan anda. Banyak pengalaman menarik yang telah anda peroleh di situ. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai karnival permainan tradisional itu. 2. Anda akan mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan di sekolah anda bersempena dengan Minggu Kebudayaan Malaysia. Tajuk syarahan tersebut ialah “Cara-cara Mempopularkan Permainan Tradisional dalam Kalangan Murid.” Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. 3. Alat-alat permainan moden telah menyebabkan permainan tradisional semakin terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda. Bincangkan kepentingan permainan tradisional dalam kalangan remaja.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTASMODEL 1 Kertas 1 Bahagian A 1. B: Kata sendi nama akan sesuai dengan konteks ayat bagi menunjukkan perasaan manusia. 2. D: Kata kerja bertempiaran sesuai dengan konteks ayat untuk menunjukkan perbuatan berlari berserak-serak tidak keruan. 3. C: Penggunaan kata jatuh bagi ayat IV sepatutnya diganti dengan gugur. 4. A: Penggunaan kata buntu bagi ayat III sepatutnya diganti dengan kata terpesong. Penggunaan kata buntu bagi ayat IV sepatutnya diganti dengan sakit. 5. C: Kata ganti diri pertama dalam ayat pasif mestilah diikuti oleh kata kerja pasif dan tidak boleh disisipkan dengan unsur-unsur lain. 6. A: Kata yang menjadi pasangan bagi frasa sendi nama di antara ialah dengan. 7. D: Frasa telah dibaiki oleh kami bagi ayat I sepatutnya diganti dengan frasa telah kami baiki. Kata ganti diri pertama dalam ayat pasif mestilah diikuti oleh kata kerja pasif. 8. B: Penggunaan dua kata perintah, iaitu sila jangan bagi ayat I, salah. Perkataan itu sepatutnya diganti dengan perkataan jangan yang menunjukkan larangan. Penggunaan kata seru Aduh bagi ayat II sepatutnya diganti dengan perkataan Aduhai atau Alahai. 9. D: Jawapan ini paling sesuai bagi menyatakan ayat sama maksud serta menepati konteks ayat yang terdapat dalam soalan tersebut. 10. D: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. 11. C: Petunjuk jawapan terdapat dalam perenggan pertama, ayat yang kedua. 12. A: Pilihan jawapan yang tepat ialah A. Azizah tidak berputus asa untuk menyertai pertandingan yang dicadangkan oleh Cikgu Zaleha. 13. D: Petunjuk jawapan terdapat dalam perenggan keempat, ayat yang kedua. 14. B: Kita hendaklah memberikan hadiah yang mahal kepada guru-guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan, tidak terdapat dalam petikan tersebut. 15. A: Tema bagi cerpen tersebut ialah kegigihan dan kecekalan seorang murid yang kurang berada. Bahagian B 1. (i) tomahan – tohmahan (ii) social – sosial 2. (i) cantik-cantik – cantik (ii) lupakan – lupa akan 3. (i) ayat tanya (ii) ayat penyata (iii) ayat seruan (iv) ayat perintah 4. (i) seperti cincin dengan permata (ii) berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak 5. Kriteria bagi soalan 3 markah Markah Kriteria 3 markah Isi cukup/lengkap dan ayat gramatis 2 markah • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1 markah • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis (i) • tidak dapat menyambung pengajian kerana kesempitan hidup • tidak mahu menyusahkan keluarga [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan petikan cerpen bahan 1 dan bahan 2] Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, masalah yang dihadapi oleh Hayati dan Hazwani ialah tidak dapat menyambung pengajian kerana kesempitan hidup. Mereka juga tidak mahu menyusahkan keluarga. (ii) • kasih sayang terhadap keluarga • tanggungjawab terhadap ahli keluarga [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan petikan cerpen bahan 1 dan bahan 2] JAWAPAN


Click to View FlipBook Version