The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 3 WC233013

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-06-15 23:56:07

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 3 WC233013

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 3 WC233013

KM1 – 1 Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 3 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit KERTASMODEL 1


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Sultan Perak untuk merasmikan jambatan baharu yang menghubungkan Sayong dengan Kuala Kangsar. A berniat B berhajat C berminat D berkenan 2. Sekumpulan murid itu datang sekolah menengah swasta yang terkenal di Kuala Lumpur. A di B dari C kepada D daripada Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Pemuda itu melepaskan geram dengan menjerit-jerit di tempat awam. II Syukur geram akan sikap rakan baiknya yang suka meminjam barang orang lain. III Amira berasa geram akan kecomelan bayi yang didukung oleh kakaknya. IV Kerajaan akan mengeluarkan geram kepada para belia yang berminat untuk menjadi usahawan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Perjalanan kami terkandas kerana kenderaan yang kami naiki rosak. II Lim Wen Tuck tidak dapat menyambung pelajarannya ke universiti kerana terkandas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. III Kebahagiaan rumah tangga mereka terkandas disebabkan perasaan cemburu. IV Selera makan saya terkandas kerana sakit perut. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Semua kerja-kerja memperdalamkan anak sungai itu terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. A Kerja-kerja mendalami anak sungai B Semua kerja memperdalam anak sungai C Semua kerja-kerja mendalamkan anak sungai D Semua kerja-kerja memperdalamkan anak sungai 6. Puan Azlishah membeli suaminya seutas jam tangan buatan luar negara. A membeli untuk suaminya B membelikan untuk suaminya C membelikan suaminya D membeli suaminya Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Orang ramai perlu waspada penipuan Internet yang semakin berleluasa sekarang. II Mereka akan berjumpa wakil rakyat dengan segera untuk menyelesaikan masalah itu. III Majlis Perbandaran Teluk Intan akan menggiatkan usaha untuk memperindah bandar itu. IV Rumah di kawasan elit itu cantik-cantik belaka dengan reka bentuk ala-ala Eropah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8. I Murid yang paling pandai sekali di sekolah itu dipilih sebagai ketua murid oleh pihak sekolah. II Pihak berkuasa tempatan akan menyemak semula kelulusan projek pembinaan jambatan di kawasan itu. III Nasi kerabu di restoran ini popular sekali di Kota Bharu. IV Murid itu memperoleh keputusan ujian yang cemerlang berkat hasil usahanya yang tekun. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Kerajaan mengumumkan kerja-kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu akan disegerakan kerana kesesakan yang teruk terutama pada waktu puncak. A Jalan raya yang mengalami kesesakan yang serius pada waktu puncak itu akan disegerakan kerja-kerja memperlebar jalan raya oleh kerajaan. B Kerajaan mengumumkan akan menyegerakan kerja-kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu pada waktu puncak. C Kawasan yang mengalami kesesakan jalan raya yang teruk pada waktu puncak itu diumumkan oleh kerajaan akan disegerakan pelebarannya. D Akan disegerakan pengumuman oleh kerajaan tentang kerja-kerja memperlebar jalan raya di kawasan yang mengalami kesesakan pada waktu puncak. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Perbuatan Alif yang suka membuat tuduhan kepada oarng lain, dan kemudiannya menafikannya tidak disenangi oleh rakanrakannya. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa seperti di bawah ini. A Api dalam sekam B Gunting dalam lipatan C Baling batu sembunyi tangan D Biduk berlalu kiambang bertaut Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan sajak di bawah ini. Senja di Palang Besi Senja mula menangis remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. Pilu wajahmu sang senja yang dulu melakar bahagia kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam. Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. (Dipetik daripada sajak Senja di Palang Besi, Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 3 2


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 11. Frasa sang senja dalam petikan di atas bermaksud A orang tua. C waktu malam. B orang muda. D waktu petang. 12. Bagaimanakah perasaan penyajak ketika berada di penjara itu? A Insaf C Sedih B Kesal D Sunyi 13. Dalam keterbuangan yang merangkum Dalam keterasingan yang mencengkam Dalam kesakitan yang membungkam Apakah unsur bunyi yang terdapat pada kata yang bergaris pada baris puisi di atas? A Simile C Epifora B Anafora D Personifikasi 14. Nilai murni yang terkandung dalam rangkap ketiga ialah A kejujuran. B kebebasan. C patriotisme. D keinsafan. 15. Apakah pengajaran keseluruhan sajak? A Kita mestilah taat akan ajaran agama. B Kita wajarlah bersemangat kuat dalam hidup. C Kita haruslah menghargai kebebasan yang kita peroleh. D Kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Bahagian B [30 markah] 1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Encik Kamarul menyerahkan dokumen yang menunjukkan jumlah keuntongan yang diperoleh oleh syarikat pada tahun ini kepada Encik Harun. (ii) Pusat beli-belah itu menawarkan baucer belian barangan kepada pelanggan yang membeli barangan melebihi RM100.00. [2 markah] 2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Topi keledar-topi keledar yang tersusun di rak itu sangat mahal harganya. (ii) Dia menghiris batang ubi kayu itu pendek-pendek sebelum mencucuk batang-batang ubi itu ke tanah. [2 markah] 3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat-ayat pasif. (i) Bapa saya akan melawat ke Korea pada hujung tahun ini bersama-sama rakan sekerjanya. (ii) Kami akan menyiapkan projek Sains itu dengan segera kerana tarikh akhirnya semakin hampir.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (iii) Awak masih belum menjelaskan hutang awak walaupun saya sudah memberikan masa yang lama. (iv) Baginda sultan menitahkan rakyat agar bekerja keras demi melonjakkan kemajuan negara agar setanding dengan negara maju. [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan situasi di bawah ini, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum sendirian. Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya kenapa ramai orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak mendengar perbualan rakanrakannya di halaman rumah. “Kenapa ramai orang di sini?” “Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung tersungkur dan tidak sedarkan diri buat seketika. Setelah sedar, dia berada di pangkuan bapanya. “Mana Bawod, pak?” “Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan kenduri kesyukuran?” (Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Bawod, Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 Bahan 2 Ikan haruan di dalam sawah, Ditangkap budak buat penganan; Setiap haiwan amanah Allah, Perlu dijaga dan diberikan makanan. Buah berangan di atas jerami, Buat penganan sebagai bekalan; Jangan disiksa jangan dizalimi, Haiwan itu perlu pembelaan. Tetali bersia mengikat berangan, Berangan dibawa ke Pulau Chendana; Manusia dan haiwan kuat ikatan, Jangan diputuskan kelak merana. Bunga kemangi tumbuhnya di lata, Dipetik puteri di banjaran; Sayangilah haiwan penghibur kita, Setiap kebaikan diberikan ganjaran. Azahar bin Bahari, Ilham Bestari, Teluk Intan. Pantun Sayangilah Haiwan (i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan sikap manusia terhadap haiwan. [3 markah] (ii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam bahan 2. [3 markah] (iii) Masyarakat kini semakin cinta akan haiwan dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi haiwan peliharaan mereka. Pada pendapat anda, apakah kesan baik daripada sikap tersebut? [4 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi bin Haji Abdullah Perwatakan ialah ciri-ciri yang ditonjolkan melalui perlakuan watak. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama berserta contoh peristiwa yang sesuai. [10 markah] Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pencemaran alam sekitar merupakan isu yang berlarutan sejak dahulu hingga kini. Walaupun pelbagai kempen dan penguatkuasaan undang-undang dilakukan, namun masalah pencemaran terus menghantui masyarakat dunia. Kesan daripada pencemaran itu, alam menjadi semakin panas, udara semakin tercemar, dan sungaisungai semakin kotor. Natijahnya, kualiti hidup manusia semakin merosot.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Pencemaran alam sekitar tidak harus dibiarkan. Justeru, langkah paling utama ialah setiap individu haruslah memainkan peranan mereka dalam menangani isu ini. Amalan kitar semula haruslah dilakukan secara serius daripada pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini amat penting agar sumber utama pengeluaran bahan tersebut tidak diganggu. Sebagai contohnya, penggunaan kertas kitar semula dapat mengelakkan penebangan pokok secara berleluasa sekali gus menangani masalah pemanasan global. Di samping itu, kita haruslah memaksimumkan penggunaan peralatan yang bersifat mesra alam. Hal ini amat penting agar penggunaan sesuatu produk itu tidak menggugat kelestarian alam sekitar. Sebagai contohnya, penggunaan racun dan baja kimia haruslah digantikan dengan racun dan baja organik. Malahan, penggunaan kenderaan yang bebas karbon juga haruslah digalakkan. Antaranya ialah kereta elektrik dan kereta solar. Kerajaan haruslah menurunkan cukai bagi kenderaan-kenderaan ini agar lebih ramai masyarakat yang dapat menggunakannya. Selain itu, semua pihak haruslah bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa bagi melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana penguat kuasa alam sekitar di negara kita amat terhad bilangannya. Oleh itu, sebarang laporan atau aduan orang ramai mampu menyalurkan maklumat yang penting kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Malahan, Jabatan Alam Sekitar juga haruslah membanyakkan akses kepada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat. Pelbagai akses ini akan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat. Seterusnya, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Hukuman yang dikenakan sebaik-baiknya bersifat maksimum agar memberikan iktibar kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Malahan, kerajaan patut mewujudkan sebuah mahkamah yang khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini bukan sahaja menambahkan kecekapan mahkamah untuk bertindak, tetapi juga akan menakutkan pesalah. Kesimpulannya, banyak langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar. Semua pihak ada peranan dan tanggungjawab mengikut kapasiti masing-masing. Hal ini amat penting agar harapan untuk menjadikan negara kita bebas pencemaran dapat dicapai.


KM1 – 9 Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 3 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam KERTASMODEL 1


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Membekalkan oksigen Menyejukkan alam Menyerap pencemaran Mengindahkan alam KEPENTINGAN POKOK


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Menyertai pertandingan menghias kelas bersempena dengan Bulan Kebangsaan Mengadakan ruang pameran kemerdekaan Mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah Perarakan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah 1. Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan hiasan kelas bersempena dengan Bulan Kebangsaan. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Kelas anda menyertai pertandingan tersebut. Ceritakan pengalaman anda dan rakan-rakan anda semasa menyertai pertandingan tersebut. 2. Semasa sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah, banyak aktiviti yang dijalankan kepada muridmurid. Aktiviti-aktiviti ini memberikan faedah kepada murid-murid. Huraikan faedah-faedah sambutan Bulan Kebangsaan kepada murid-murid. 3. Anda ingin menyertai pertandingan syarahan pada peringkat sekolah bersempena dengan Bulan Kebangsaan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Saya Anak Malaysia’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTASMODEL 1 Kertas 1 Bahagian A 1. D: Kata berkenan ialah perkataan bahasa istana yang bermaksud bersetuju. 2. B: Kata sendi yang betul untuk menunjukkan tempat ialah dari. 3. C: Penggunaan kata geram dalam ayat IV salah. Kata yang betul ialah geran. 4. A: Penggunaan kata terkandas dalam ayat III salah kerana kata yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah terjejas. Dalam ayat IV pula, kata yang betul ialah terbantut. 5. B: Ayat Semua kerja-kerja salah kerana kata kerjakerja sudah menunjukkan jamak dan ayat yang betul ialah Semua kerja atau Kerja-kerja. Sementara itu, kata memperdalamkan seharusnya memperdalam kerana bagi kata adjektif yang menerima imbuhan memper tidak boleh ditambahkan imbuhan akhiran kan di akhir perkataan. 6. C: Frasa membeli suaminya salah kerana frasa yang betul ialah membelikan suaminya yang bermaksud membeli sesuatu untuk seseorang. 7. B: Ayat I salah kerana waspada (kata adjektif bersifat emotif) perlu diiikuti kata sendi akan. Ayat II pula salah kerana kata kerja tak transitif berjumpa perlu diikuti kata hubung dengan sebelum diikuti perkataan wakil rakyat. 8. B: Ayat I salah kerana frasa paling pandai sekali. Frasa yang betul ialah paling pandai atau pandai sekali. Ayat II salah kerana frasa kerja menyemak semula. Kata kerja transitif menyemak harus diikuti oleh objek, iaitu menyemak latihan semula. 9. C: Jawapan ini paling sesuai bagi menyatakan ayat sama maksud serta menepati konteks ayat yang terdapat dalam soalan tersebut. 10. C: Peribahasa baling batu sembunyi tangan bermaksud cuba menyembunyikan sesuatu perbuatan jahat yang dilakukannya. 11. A: Sang senja merujuk umur banduan tersebut yang semakin tua. 12. D: Penyajak berasa amat sunyi kerana terpisah daripada keluarganya. 13. B: Kata dalam ialah anafora, iaitu perulangan perkataan yang sama pada bahagian depan. 14. D: Nilai murni dalam rangkap ketiga ialah keinsafan kerana penyajak sedar akan kesilapannya. 15. C: Pengajarannya kita haruslah menghargai kebebasan yang kita peroleh sebelum kebebasan tersebut disekat akibat kesilapan yang kita lakukan. Bahagian B 1. (i) keuntongan – keuntungan (ii) baucer – baucar 2. (i) Topi keledar-topi keledar – Topi-topi keledar (ii) menghiris – memotong 3. (i) Korea akan dilawati oleh bapa saya pada hujung tahun ini bersama-sama rakan sekerjanya. (ii) Projek Sains itu akan kami siapkan dengan segera kerana tarikh akhirnya semakin hampir. (iii) Hutang awak masih belum jelaskan walaupun saya sudah memberikan tempoh masa yang lama. (iv) Rakyat dititahkan oleh baginda sultan agar bekerja keras demi melonjakkan kemajuan negara agar setanding dengan negara maju. 4. (i) Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang (ii) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Ulasan: Bahan menunjukkan situasi seorang budak lelaki yang masih mengulang kaji pelajaran di rumah walaupun jam telah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. Keadaan ini bersesuaian dengan sikap kerajinan yang ada pada budak lelaki tersebut. Oleh itu, jawapan yang paling sesuai ialah yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 5. Kriteria bagi soalan 3 markah Markah Kriteria 3 markah Isi cukup/lengkap dan ayat gramatis 2 markah • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1 markah • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis (i) • persamaan – sikap penyayang manusia kepada binatang – sebagai amanah Tuhan untuk manusia – Beluntung sayang akan Bawod dan tidak sanggup berpisah dengannya Persamaan bahan 1 dengan bahan 2 ialah sikap penyayang manusia kepada binatang yang merupakan amanah Tuhan kepada manusia. Contohnya, Beluntung yang sayang akan Bawod dan tidak sanggup berpisah dengannya. [Petunjuk jawapan terdapat dalam keseluruhan bahan 1 dan bahan 2] (ii) • nilai amanah • nilai kasih sayang Dua nilai yang terdapat dalam bahan 2 ialah nilai amanah dan nilai kasih sayang. [Petunjuk jawapan terkandung dalam rangkap pertama dan rangkap keempat pantun.] JAWAPAN


Click to View FlipBook Version