Berdasarkan Format UASA Terkini SKOR Abdul Rahman Kamil TAHUN 5 6 Set Kertas Model Soalan KBAT Mengikut Keperluan UASA Terkini Jawapan Lengkap Set Dapat Dileraikan ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik KSSR (011) SEMAKAN BAHASA MELAYU
KM1 – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu [011] 1 jam 15 minit ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Nama Kelas Kertas Model 1 SKOR Peratus Gred
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 2 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Persembahan sungguh hebat,” kata Cikgu Aziz kepada pasukan boria itu. A kita B saya C kami D kalian 2. Puan Zarina memasukkan gula dalam air kopi itu lalu mengacaunya. A di B ke C dari D pada Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Singa dan harimau ialah haiwan yang bengis. B Cahaya lampu di dalam bilik itu kurang jernih. C Pemandangan di puncak Bukit Bayu anggun sekali. D Husni ditegur oleh Yusri kerana dia sangat angkuh. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Seminggu yang lalu, Aidil telah dikejar oleh seekor anjing liar. Anjing liar itu berkeliaran di taman permainan. Semasa melarikan diri, Aidil telah terjatuh di atas jalan raya. Lututnya luka dan berdarah. Selepas kejadian itu, ibu bapa Aidil dan jiran tetangga mereka mengambil langkah keselamatan. Mereka menghalau anjing liar itu. Mereka turut menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi menangkap anjing liar itu. Mereka melarang anak-anak mereka bermain di taman permainan itu selagi anjing itu belum ditangkap.
KM1 – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 4. Apakah yang terjadi kepada Aidil pada minggu lalu? A Digigit oleh anjing liar B Dikejar oleh anjing liar C Dihalau oleh anjing liar D Ditangkap oleh anjing liar 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Aidil tidak takut akan anjing liar. B Lutut Aidil berdarah kerana digigit oleh anjing liar. C Jiran tetangga Aidil tidak mempedulikan masalah anjing liar. D Masalah anjing liar itu diadukan kepada pihak berkuasa tempatan. 6. Berikut ialah langkah keselamatan yang diambil oleh ibu bapa Aidil berdasarkan petikan, kecuali A menghalau anjing liar itu. B menangkap anjing liar itu. C menghubungi pihak berkuasa tempatan. D melarang Aidil bermain di taman permainan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 4 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Kebaikan Aktiviti Sukan Mengurangkan lemak dan melancarkan peredaran darah di dalam badan Bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mencapai kejayaan Mematuhi peraturan sukan, menepati masa, dan mentaati arahan jurulatih Menyihatkan badan Mengeratkan hubungan Meningkatkan disiplin BAHAN 2 Pada petang itu, Zahid dan rakan-rakannya pergi ke sekolah. Mereka mahu berlatih sukan olahraga di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, iaitu Cikgu Daud. Sementara menunggu ketibaan Cikgu Daud, mereka melakukan aktiviti pemanasan badan. Setelah latihan sukan itu berakhir, Zahid dan rakan-rakannya berehat sambil berbualbual. Mereka berbincang tentang kebaikan melakukan aktiviti sukan. Bagi Zahid, aktiviti sukan dapat menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan. Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia mahu menjadi atlet negara apabila besar nanti.
KM1 – 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 7. Zahid dan rakan-rakannya melakukan aktiviti pemanasan badan A selepas tamat latihan sukan. B selepas ketibaan Cikgu Daud. C sebelum latihan sukan dijalankan. D semasa dibimbing oleh Cikgu Daud. 8. Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia mahu menjadi atlet negara apabila besar nanti. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A buah. B orang. C kawan. D pasang. 9. Perkataan mengeratkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A merapatkan. B memuaskan. C mengetatkan. D menambahkan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Cikgu Daud tiba di sekolah lebih awal daripada Zahid. B Aktiviti sukan dapat melancarkan peredaran lemak di dalam badan. C Zahid terus pulang ke rumah setelah selesai menjalani latihan sukan. D Semangat kerjasama antara pemain dapat dipupuk melalui aktiviti sukan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 6 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amar ialah anak sulung dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Sejak berusia tujuh tahun, Amar telah mula menabung. Dia menyimpan wang sedikit demi sedikit. Kini, wang simpanannya semakin banyak dan disimpan di dalam bank. Sebenarnya, Amar mencontohi sikap ibu bapanya yang suka berjimat cermat. Ibu bapa Amar tidak suka membelanjakan wang mereka untuk membeli barangan mewah. Sebaliknya, mereka lebih suka membeli barangan yang murah tetapi berkualiti. “Kita tidak boleh boros semasa berbelanja,” kata Encik Shuib kepada Amar. “Baiklah, ayah,” jawab Amar. 1. (a) Amalan yang dilakukan oleh Amar sejak kecil ialah . [1 markah] (b) Bagaimanakah ibu bapa Amar berbelanja? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata ganda separa yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Dia mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. [1 markah]
KM1 – 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Kita tidak boleh boros semasa berbelanja,” kata Encik Shuib kepada Amar. Encik Shuib memarahi Amar kerana dia boros semasa berbelanja. Encik Shuib menasihati Amar agar dia tidak boros semasa berbelanja. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Sani sedang menonton rancangan hiburan kegemarannya melalui televisyen. Tiba-tiba, berlaku kejadian ribut petir. Di langit, kilat sabung-menyabung dan petir berdentam-dentum. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Sani? [5 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 8 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan maklumat tentang penjagaan keselamatan di taman permainan. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan di taman permainan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Jangan tolak-menolak semasa bermain Jangan gunakan alat permainan yang rosak atau basah Jangan bermain dalam hujan atau cuaca terlalu panas Cara-cara Menjaga Keselamatan di Taman Permainan Jangan lakukan aktiviti berbahaya seperti memanjat tiang atau melompat dari tempat tinggi
KM1 – 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 [10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 10 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 1. Tulis cerita berdasarkan gambar di atas. ATAU 2. Tulis laporan berdasarkan gambar di atas.
KM1 – 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 12 Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas Model UASA 1 [20 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas Model 1 Bahagian A 1. D Pilihan jawapan kata ganti nama diri kalian sesuai dengan konteks ayat yang diberikan. Kalian digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap (dalam ayat ini digunakan perkataan pasukan). 2. B Kata sendi nama ke sesuai dengan konteks ayat yang bertugas untuk membawa makna untuk menunjukkan tempat atau arah, iaitu dalam. 3. D Pilihan jawapan A salah kerana kata adjektif bengis sepatutnya diganti dengan kata adjektif ganas atau buas. Pilihan jawapan B salah kerana penggunaan kata adjektif jernih sepatutnya diganti dengan kata jelas atau terang. Pilihan jawapan C juga salah kerana penggunaan kata adjektif anggun sepatutnya diganti dengan indah. 4. B Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan pertama, ayat pertama, iaitu Seminggu yang lalu, Aidil telah dikejar oleh seekor anjing liar. 5. D Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan kedua, ayat ketiga, iaitu Mereka turut menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi menangkap anjing liar itu. 6. B Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan kedua. 7. C Petunjuk jawapan terdapat dalam Bahan 2, iaitu pada ayat terakhir perenggan pertama. 8. B Penjodoh bilangan yang sesuai dengan atlet ialah orang. Atlet ialah orang yang bergiat dalam lapangan sukan. 9. A Perkataan mengeratkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh diganti dengan perkataan merapatkan. 10. D Dalam Bahan 1, ada dinyatakan dengan jelasnya bahawa kebaikan aktiviti sukan adalah dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mencapai kejayaan. Bahagian B Soalan 1 1. (a) menabung (b) Ibu bapa Amar berbelanja dengan membeli barangan yang murah tetapi berkualiti. (c) lelaki (d) Encik Shuib menasihati Amar agar dia tidak boros semasa berbelanja. BETUL Soalan 2 2. Sani perlu segera menutup televisyen dan suis serta mencabut plag daripada soket. Dia perlu berbuat demikian bagi mengelakkan televisyen di rumahnya disambar petir. Dia perlu berwaspada kerana ribut petir dapat menyebabkan kejadian litar pintas dan kebakaran. Bahagian C Pada pendapat saya, keselamatan di taman permainan amat penting dan perlu sentiasa dijaga. Kita dapat menjaga keselamatan jika kita sentiasa berhati-hati dan peka akan keselamatan. Semasa bermain, janganlah kita tolak-menolak. Kita juga perlu mengelakkan penggunaan peralatan permainan yang rosak atau basah. Selain itu, elakkan daripada melakukan aktiviti yang berbahaya. Kita juga dilarang bermain dalam keadaan cuaca terlalu panas atau hujan. Bahagian D 1. Pada 6 Oktober 2024, Sekolah Kebangsaan Seri Setia (SKSS) telah menganjurkan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Temasya sukan itu diadakan di padang SKSS. Temasya sukan itu bermula pada pukul 8:00 pagi. Acara pertama yang diadakan ialah acara perbarisan daripada setiap rumah sukan. Pasukan yang mengambil bahagian ialah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning, dan Rumah Hijau. Pada pukul 9:00 pagi, Guru Besar SKSS menyampaikan ucapan pembukaan. Selepas itu, Pegawai Pendidikan Daerah pula menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan tersebut. JAWAPAN
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Bahasa Melayu Tahun 6 Jawapan Kertas Model 2 Bahagian A 1. A Kata adjektif fasih sesuai dengan konteks ayat yang digunakan untuk menyatakan maksud petah atau lancar dan baik sebutannya ketika bercakap-cakap. 2. C Kata bantu aspek belum sesuai dengan konteks ayat yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang akan berlaku. 3. D Penjodoh bilangan yang betul dalam pilihan jawapan A ialah sekaki, bukan sebilah. Pilihan jawapan B salah kerana penjodoh bilangan yang betul ialah naskhah, bukan keping. Pilihan jawapan C juga salah kerana seruas bukanlah penjodoh bilangan yang betul bagi bunga mawar. 4. D Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan kedua, iaitu pada ayat Dengan tercungap-cungap, dia mengadukan keadaan Hanif kepada ibunya. 5. C Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan kedua, iaitu pada ayat Tanpa berlengah, ibu Hanif membawa anaknya itu ke klinik yang berdekatan. 6. D Semua petunjuk jawapan terdapat pada perenggan pertama kecuali pilihan jawapan D. 7. D Petunjuk jawapan terdapat pada perenggan kedua, iaitu pada ayat Kamus itu sangat penting bagi Abang Shahrul kerana dapat membantunya menyiapkan tugasan yang diminta oleh pensyarah universitinya. 8. A Penjodoh bilangan yang sesuai dengan kamus ialah buah. Buah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya. 9. B Perkataan menerokai dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan menyelidiki bagi membawa maksud mempelajari dengan bersungguh-sungguh untuk mengetahui sesuatu. 10. A Petunjuk jawapan jelas terdapat dalam Bahan 2. Acara sukan bermula pada pukul 9:30 pagi. Pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti lumba lari 100 dan 200 meter, lari berganti-ganti, dan tarik tali. Suasana sungguh meriah apabila para penyokong bersorak dengan penuh semangat untuk menyokong pasukan masing-masing. Sebelum temasya sukan berakhir, majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SKSS kepada para pemenang. Rumah Biru telah dipilih sebagai juara apabila berjaya mengumpulkan mata tertinggi. Temasya sukan itu tamat kira-kira pukul 1:30 tengah hari. 2. Laporan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Setia (SKSS) Pada 6 Oktober 2024, Sekolah Kebangsaan Seri Setia (SKSS) telah menganjurkan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Temasya sukan itu diadakan di padang SKSS. Temasya sukan bermula pada pukul 8:00 pagi. Acara pertama yang diadakan ialah acara perbarisan daripada setiap rumah sukan, iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning, dan Rumah Hijau. Pada pukul 9:00 pagi, Guru Besar SKSS menyampaikan ucapan pembukaan. Selepas itu, Pegawai Pendidikan Daerah pula menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan tersebut. Acara sukan bermula pada pukul 9:30 pagi. Pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti lumba lari 100 dan 200 meter, lari berganti-ganti, dan tarik tali. Murid-murid bersorak dengan penuh semangat untuk menyokong pasukan masing-masing. Sebelum temasya sukan berakhir, majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SKSS. Rumah Biru telah dipilih sebagai juara apabila berjaya mengumpulkan mata tertinggi. Temasya sukan itu tamat kira-kira pukul 1:30 tengah hari. Laporan disediakan oleh, 8 OKTOBER 2024. Fahmi (FAHMI BIN ZAINAL) Setiausaha, Temasya Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Seri Setia.
BAHASA MELAYU QRC435014 Skor A Kertas Model UASA W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95 QRC435014 ISBN: 978-629-470-696-5 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN Jenis instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman & Penulisan Jenis item Objektif Aneka Pilihan (OAP) Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) Subjektif Respons Terhad (SRT) Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan – 1 soalan Jumlah markah 50 markah Tempoh ujian 1 jam 15 minit BAHASA MELAYU (011) SKOR TAHUN 5 Tahun 5 KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu English Sains/ Science Matematik/ Mathematics Sejarah Judul-judul dalam siri ini: SUBJEK/ TAHUN 4 5 6 KSSR SEMAKAN Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkanlah buku ini segera untuk memahiri format UASA dan menjawab soalan dengan yakinnya! Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).