The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-03-11 02:22:59

NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH

Misteri




Rumah Sebelah






































Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)










Prelims Misteri Rumah Sebelah.indd 1 3/9/17 11:40 AM

Diterjemahkan daripada Neighbour,
karya Phakinai

Copyright © 2013 Sofa Publishing
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: pelanginovel@pelangibooks.com
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: customerservice@pelangibooks.com




Hak cipta bahasa Malaysia
© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2017

ISBN 978-967-0973-14-2
eISBN 978-967-0973-15-9
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran
daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data

Phakinai
MISTERI RUMAH SEBELAH / Phakinai ; Penterjemah : Yuppharaet
a/p Ai Muak.
ISBN 978-967-0973-14-2
1. Thai fiction--Translations into Malay I. Yuppharaet Ai Muak.
II. Judul. III. Judul: Translation of: Neighbour.
895.913

Dicetak di Malaysia oleh
The Commercial Press Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.







Prelims Misteri Rumah Sebelah.indd 2 3/9/17 11:40 AM

Cerita ‘tiga rumah sewa’
Orang yang dipercayai, menimbulkan tanda tanya
Misteri terpendam rumah sebelah

Semakin menyesakkan dada
Hakikatnya, yang mati masih tidak ke mana-mana
Hanya menunggu masa...
membalas dendam!
Jiran sebelah rumah itu memang aneh...

Semakin aneh kerana ada keranda di dalam bilik!
Adakah dia....?
Sungguh menyeramkan!

Ada orang matikah di rumah sebelah?
Tok... tok... tok! Ada orangkah di dalam?



















iii







Prelims Misteri Rumah Sebelah.indd 3 3/9/17 11:40 AM

Prelims Misteri Rumah Sebelah.indd 4 3/9/17 11:40 AM

Kisah Orang



Mati


















1







Misteri Rumah Sebelah.indd 1 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah











u
Tlisan yang tertera pada batu tanda sudah
pudar ditelan masa. Suasana sepi dan suram di
kawasan perkuburan yang menempatkan abu
mayat di belakang tokong yang terletak di pinggir
kota Bangkok itu sentiasa membuat bulu roma
setiap pengunjungnya meremang. Angin yang
bertiup kencang menggoyangkan dedaunan…
ssshhh… ssshhh… ssshhh… dengan desiran
yang menyeramkan, seolah-olah ada tangan
menggoncangnya. Dentuman guruh sayup-sayup
kedengaran, menandakan hujan akan turun.
Dalam kegelapan malam, kalau diperhatikan
betul-betul, keadaan sekeliling bersemak samun.
Pokok-pokok besar mencuar tinggi tidak tersusun,
berusia tidak kurang daripada 100 tahun. Lalang
yang tumbuh meninggi dengan dedaun kering
yang gugur terhampar seperti permaidani
menanti pengunjung, walaupun kenyataannya
tiada sesiapa yang mahu datang. Tidak kira siang
atau malam. Semua manusia, walau di mana pun
dia dilahirkan, akan mati… dan menjadi roh yang
menghuni kawasan perkuburan seperti ini.



2







Misteri Rumah Sebelah.indd 2 3/10/17 8:14 AM

Kisah Orang Mati

Bekas pasu yang berisi tulang orang mati
tersusun dalam kegelapan malam. Di depan setiap
satu dilekatkan gambar si mati berserta catatan
tarikh lahir dan tarikh terakhir si mati bernafas di
muka bumi. Jambangan orkid yang layu kekeringan
di atasnya jelas membayangkan betapa lamanya
tempat persemadian itu tidak diziarahi.
Tiada sesiapa yang tahu dengan pasti apa
yang akan terjadi selepas seseorang itu mati, dan
ke mana mereka akan pergi. Ke neraka? Atau ke
syurga? Benarkah dunia baharu selepas kematian,
wujud?
Tetapi bagaimana kalau roh mereka belum
bersedia untuk pergi? Bagaimana kalau ada rahsia,
kisah lama, dan dosa yang pernah dilakukan
semasa hayat, belum dilangsaikan? Adakah
mereka akan menunggu untuk meleraikan semua
yang menjadi tanda tanya?
Ada roh orang mati yang menunggu masa
untuk memberitahu segala-galanya!
Lolongan anjing menandakan bahawa
sudah masanya. Masa untuk ‘mereka’ keluar dan
menegakkan kebenaran. Masa untuk mencari
keadilan sebelum mereka meninggalkan dunia
fana. Masa untuk mereka membalas perbuatan
dosa yang pernah dilakukan ketika mereka masih
bernyawa.


3







Misteri Rumah Sebelah.indd 3 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

Adakah anda sudah bersedia untuk
mengetahui kisah yang tersimpan? Sudah bersedia
untuk bertemu dengan roh yang keluar untuk
mendedahkan hal sebenar? Kisah yang tidak ada
sesiapa pun yang tahu?
Jika anda sudah bersedia, datanglah dekat!
Dekatlah lagi! Lagi…
Roh-roh yang bergentayangan akan
memulakan cerita.






































4







Misteri Rumah Sebelah.indd 4 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang



Tiada Sejarah



























Misteri Rumah Sebelah.indd 5 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah











i
Tada sesiapa yang mahu berpindah-randah
kalau keadaan tidak memaksa…
Hidup memang sukar diramal. Kita tidak ada
pilihan sebenarnya.
Itulah yang berlaku kepada Nisha. Suatu
perubahan besar telah berlaku dalam hidupnya.
Rumah tangganya umpama retak menanti belah.
Disebabkan itu, Nisha mengambil keputusan
untuk meninggalkan suaminya. Dia mahu
berdikari. Dia mesti meneruskan hidup bersama-
sama anak tunggalnya, Yeewa.
Nisha tidak tahu apa yang akan berlaku pada
masa depan. Hanya satu yang dia pasti. Dia boleh
meneruskan hidup yang baharu bersama-sama
anaknya di tempat lain. Tidak ada lelaki itu lagi.
Lelaki yang bergelar suami.
“Rumah ini baru dibaik pulih. Akak yakin
adik akan suka,” kata seorang wanita berbadan
gempal, dengan wajah bersolek tebal. Leher dan
pergelangan tangannya penuh dengan barang
kemas yang berkilauan.
Nisha tersedar daripada lamunan. Dia hanya



6







Misteri Rumah Sebelah.indd 6 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang Tiada Sejarah

mengangguk sambil memandang rumah untuk
disewa yang ditunjukkan kepadanya itu.
Ya, rumah itu nampak baru dicat.
Halamannya tidaklah besar, dan tidak pula terlalu
kecil. Cukuplah untuk dijadikan tempat menyidai
pakaian dan untuk Yeewa bermain. Yeewa baru
berusia empat tahun. Kanak-kanak seusia itu
memang suka bermain di luar dan tidak suka
berkurung di dalam rumah.
Rumah di kiri dan kanan sama reka bentuknya.
Kedua-duanya bagaimanapun kelihatan agak
usang. Satu daripadanya hampir ditutupi lalang
yang tinggi seolah-olah tidak berpenghuni.
Rumah yang sebuah lagi agak kemas dengan
rumput dipotong pendek. Pasu-pasu bunga
tersusun cantik di tepi rumah. Mungkin rumah
itu ada penghuninya. Baguslah! Tinggal di tempat
yang baharu seperti itu seelok-eloknya ada kawan
baharu.
“Apa kata kita masuk dan tengok-tengok
dalam rumah,” pelawa tuan rumah itu sambil
membuka kunci pintu pagar. Nisha menurut
kerana semakin lama dia memandang rumah itu,
semakin selesa dirasakannya. Keadaan sekeliling
kelihatan memuaskan dan yang penting sekali,
kadar sewanya sangat berpatutan. “Sewa sebulan
tiga ribu baht. Bil api, air, bayar sendiri. Murah,


7







Misteri Rumah Sebelah.indd 7 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

kan? Sangat murah, macam duduk percuma.”
Nisha meninjau seluruh kawasan rumah.
Sederhana sahaja besarnya. Sangat sesuai untuk dia
dan anak kecilnya. Nisha berjalan ke arah tingkap
lalu memandang keluar. Tingkap rumah itu
berada betul-betul bertentangan dengan tingkap
bilik rumah sebelah. Ketika dia memandang
ke arah tingkap rumah sebelah, dia seperti
melihat langsir nipis tingkap itu terselak sedikit.
Mungkin orang sebelah sedang mengintai keluar
untuk melihat penyewa yang baru datang. Ketika
Nisha memandang sekali lagi, dilihatnya langsir
sudah dilabuhkan kemas. Nampaknya orang di
sebelah sana tidak mahu Nisha tahu dia sedang
diperhatikan.
“Macam mana, dik? Minat tak dengan rumah
ini? Perabot asas disediakan. Adik cuma perlu
bawa barang keperluan peribadi saja. Adik tak
akan dapat rumah sewa yang semurah ini lagi di
tempat lain.”
“Suka… tapi… boleh saya tanya sesuatu?
Er… tak ada kes orang mati di rumah ini,
kan? Rumah ini… tak berhantu kan, kak?”
tanya Nisha, berterus terang. Dia tidak mahu
dibebankan dengan hal-hal lain dan tidak
bersedia untuk berdepan dengan kejadian yang
pelik dan misteri.


8







Misteri Rumah Sebelah.indd 8 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang Tiada Sejarah

Tuan rumah yang bergincu merah menyala
itu ketawa.
“Hisy, mana ada! Kalau adik tak percaya,
adik boleh tanya sesiapa saja yang tinggal di
kawasan ini. Tanyalah mereka, pernah tak ada
orang mati di rumah ini. Mereka mesti kata tak
ada. Rumah ini tak berhantu. Sewanya murah
sebab kedudukannya agak ke dalam. Susah nak
ke mana-mana kalau tak ada kenderaan sendiri.
Tapi untuk orang macam adik yang tinggal
dengan anak seorang dan tak bekerja, tak ada
masalah besar. Dua hari sekali barulah ke pasar
cari barang keperluan. Kalau sekolah dah dibuka
nanti, adik boleh sewa van sekolah untuk ambil
dan hantar anak adik ke sekolah. Senang, kan?
Kalau masih tak yakin dan takut kakak bohong,
kakak janji kalau adik jumpa hantu dalam rumah
ini kakak akan pulangkan duit sewa adik, tiga
kali ganda daripada yang adik bayar,” kata tuan
rumah itu, cuba memujuk bakal penyewa di
depannya itu.
Apa-apa yang dikatakan oleh tuan rumah itu
semuanya benar. Tidak pernah ada sesiapa mati di
dalam rumah itu. Rumah itu juga tidak berhantu.
Mana mungkin tuan rumah akan menawarkan
rumah itu untuk disewa kalau pernah ada kes
orang mati di dalamnya. Kalau penyewa dapat


9







Misteri Rumah Sebelah.indd 9 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

tahu, habislah dia! Sudah tentu dia akan menjadi
bahan umpatan.
“Okeylah. Saya setuju untuk menyewa rumah
ini.”
“Bagus, dik. Kakak yakin adik akan selesa
tinggal di sini,” tuan rumah itu tersenyum lebar.
Nisha masih lagi berjalan-jalan melihat kawasan
sekeliling. Yeewa pula sedang seronok bermain
buaian di hadapan rumah. Anak kecil itu kelihatan
begitu gembira.
Akan tetapi pernahkah anda mendengar
ungkapan bahawa bukan penghuni yang memilih
rumahnya, sebaliknya rumah yang memilih
penghuninya?
Tidak banyak barang-barang yang dibawa
Nisha. Dia keluar dari rumah dalam keadaan
kelam-kabut sehingga tidak sempat membawa
semua barangnya. Dia sudah hilang sabar
apabila suaminya membawa masuk perempuan
lain ke dalam rumah mereka. Bukan itu sahaja.
Perempuan itu malah tinggal sebumbung! Isteri
mana yang mampu bersabar.
Nisha hanya membawa barang-barang penting
bersama-samanya, salah satunya, buku akaun
simpanannya. Akaun simpanan itu dibukanya
sebelum dia berkahwin. Dalam akaun itulah dia
menyimpan wang gajinya tanpa pengetahuan


10







Misteri Rumah Sebelah.indd 10 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang Tiada Sejarah

suaminya. Dia sudah tidak sanggup melihat lelaki
itu menghabiskan wang sesuka hati. Sebelum ini
Nisha telah mengeluarkan semua wang simpanan
dalam akaun simpanan kedua. Suaminya telah
memintanya memindahkan simpanan wang gaji
ke dalam akaun kedua itu dengan alasan akan
menggunakan wang itu untuk keperluan rumah
tangga. Kad ATM pun disimpan suaminya.
Akan tetapi, semuanya bohong. Keperluan
rumah semua ditanggung sendiri oleh Nisha.
Suaminya bebas mengeluarkan wang dan
membelanjakan wang itu sesuka hati, bukan
untuk keperluan keluarga.
Sebelum lari dari rumah bersama-sama
anaknya, Nisha telah mengeluarkan semua wang
simpanan dalam akaun itu. Jongkong emas
milik suaminya yang disimpan di dalam peti
keselamatan juga diambilnya. Nisha merasakan
dia berhak mengambil barang-barang itu kerana
semua hasil titik peluhnya. Mana mungkin dia
lari dari rumah tanpa membawa apa-apa. Dia
perlu memikirkan masa depan Yeewa. Walaupun
wang simpanan selepas berkahwin dianggap
sebagai harta sepencarian, tetapi Nisha merasakan
bahawa itu tidak adil. Nisha yang bekerja keras
menyara keluarga. Suaminya yang sepatutnya
melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua


11







Misteri Rumah Sebelah.indd 11 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

keluarga, hanya menghabiskan wang dan masa
dengan berseronok. Jadi, tidak salahlah baki wang
yang tinggal menjadi miliknya.
Yeewa masih leka bermain tablet. Tablet itulah
peneman Yeewa ketika Nisha sibuk melakukan
kerja rumah.
Nisha mengemaskan katil. Mujurlah ada
disediakan katil dan tilam di rumah sewa itu.
Kalau tidak, terpaksalah mereka tidur di lantai
kayu yang keras di tingkat dua.
Selesai mengemaskan katil, Nisha menoleh.
Dia terkejut apabila mendapati Yeewa sudah tiada
di dalam bilik itu. Tabletnya tergeletak sahaja
di lantai.
Nisha mulai cemas.
“Yeewa?”
Nisha melangkah keluar dari bilik sambil
berteriak memanggil Yeewa. Dicarinya Yeewa di
dalam bilik di tingkat atas, tetapi tiada. Nisha
melangkah pantas menuruni anak tangga.
Jantungnya yang tadi berdegup kencang, beransur
reda apabila dia melihat Yeewa sedang bermain
dengan anak patung beruang teddy kesayangannya
di tingkat bawah. Anak patung beruang teddy
yang menjadi bantal peluk Yeewa semasa tidur.
Nisha terus meluru ke arah Yeewa lalu memeluk
anak kecil itu.


12







Misteri Rumah Sebelah.indd 12 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang Tiada Sejarah

Yeewa satu-satunya anaknya. Hartanya yang
paling berharga.
“Yeewa… kenapa tak bagi tahu mama Yeewa
nak turun? Tadi Yeewa tak dengar mama panggil
ke?” tanya Nisha bertubi-tubi.
Anak kecil itu hanya tersenyum.
“Dengar. Kan Yeewa dah jawab yang Yeewa
ada kat bawah? Mama tak dengar ke?” jawab
Yeewa sambil memeluk anak patung teddynya.
Agaknya disebabkan terkejut dan cemas
melihat Yeewa tiada, dia terlalu panik dan
tidak dapat mengawal perasaan sehingga tidak
mendengar suara Yeewa menyahut. Sering
terjadi apabila emosinya tidak stabil, Nisha kerap
mendengar suara-suara di telinganya sehingga
deringan telefon pun kadang-kadang tidak
didengarnya. Yeewalah yang akan mengejutkannya
dan menyedarkannya daripada lamunan apabila
ada panggilan telefon.
Tiada televisyen di rumah itu jadi Yeewa
mungkin cepat bosan. Semasa di rumah sendiri
dahulu, mereka akan menonton drama bersiri jam
8.00 malam. Walaupun drama bersiri itu sarat
dengan unsur hasad dengki dan berkisar tentang
kehidupan sehari-hari yang agak mengarut, Nisha
tidak melarang Yeewa untuk menonton bersama-
sama. Nisha bagaimanapun menjelaskan kepada


13







Misteri Rumah Sebelah.indd 13 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

Yeewa bahawa semuanya hanyalah lakonan semata-
mata. Jika ada jalan cerita yang mengarut, Nisha
akan menjelaskan panjang lebar. Nisha tidak mahu
terlalu membataskan anaknya sehingga anaknya
itu tidak tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan
dunia luar. Dunia luar yang realitinya sangat kejam.
Sungguhpun begitu, Nisha hanya
membenarkan Yeewa menonton televisyen pada
cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Pada hari-
hari lain, Yeewa akan dipastikan tidur awal, seawal
jam 8.00 malam, dan bangun seawal jam 6.00
pagi. Bagi Nisha pula, begitu susah dia hendak
melelapkan mata. Sebaik sahaja dia meletakkan
kepala ke bantal, seribu satu fikiran berlegar-
legar di benaknya. Tanpa bantuan ubat tidur, dia
terpaksa menunggu badannya betul-betul letih
barulah dia dapat melelapkan mata.
“Yeewa dah mengantuk?”
Yeewa mengangguk. Nisha pun memadamkan
lampu di tingkat bawah lalu memimpin tangan
Yeewa ke tingkat atas. Mereka kemudian masuk
ke bilik sebelum Nisha mendukung Yeewa ke
atas katil. Diselimutkan anaknya itu dengan tuala
sahaja. Nisha mengingatkan dirinya untuk keluar
membeli barang keperluan mereka nanti.
Yeewa tidak perlu didodoikan. Cukuplah
dengan menepuk-nepuk badannya perlahan-


14







Misteri Rumah Sebelah.indd 14 3/10/17 8:14 AM

Rumah yang Tiada Sejarah

lahan. Setelah Yeewa tertidur, barulah Nisha dapat
mandi dan bersiap untuk masuk tidur. Keletihan
selepas seharian berkemas, dia perlu berehat.
Ketika Nisha membaringkan badan di sebelah
anaknya, angin menderu masuk melalui tingkap,
membuat bulu romanya meremang. Jika dibiarkan
angin masuk semalaman, boleh selesema Yeewa
nanti, fikir Nisha. Dia pun bangun lalu berjalan
ke tingkap. Ketika dia menyelak langsir untuk
menarik daun tingkap, matanya terpandang tingkap
rumah jiran sebelah. Lampu di tingkat dua rumah
itu masih terpasang. Walaupun langsir tingkap
dilabuhkan, disebabkan langsirnya yang nipis, Nisha
dapat melihat ruang di tingkat atas itu.
Nisha melihat ada orang berjalan di ruangan
itu, dalam alunan lagu retro yang Nisha di rumah
sebelah pun dapat mendengarnya. Lagu sedih
yang mendayu-dayu, diiringi gesekan violin.


“Oh, sayangku. Mengapa kau menghilang?
Kita pernah bersama dan kini kusepi sendiri
Pelukanmu masih kunanti
Pulanglah, sayang, aku merindui.”


Entah mengapa, Nisha berasa seram sejuk
mendengar lagu itu. Matanya terus memandang
ke arah rumah itu dengan perasaan ingin tahu.


15







Misteri Rumah Sebelah.indd 15 3/10/17 8:14 AM

Misteri Rumah Sebelah

Kelihatan bayang-bayang orang bergerak gemalai
seperti sedang menari seorang diri.
Tiba-tiba bayang-bayang itu berhenti menari
dan berjalan ke arah tingkap, sebelum menyentap
langsir tingkap dengan kuat. Di depan Nisha
sekarang seorang perempuan bergaun pengantin
merenung tajam ke arahnya dengan pandangan
marah. Nisha yang tersentak, terus menarik
langsir tingkap biliknya. Jantungnya berdegup
kencang. Pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Kenapa perempuan itu bergaun pengantin?
Gilakah dia? Atau dia sedang menanti hari
bahagianya dalam masa terdekat?
Nisha kembali merebahkan badan di katil di
samping anaknya. Seketika kemudian, dia tertidur
disebabkan keletihan.
Kicauan burung kedengaran dari luar, seperti
jam loceng semula jadi, menandakan hari yang
baharu. Nisha bangun lalu duduk menggeliat. Dia
menoleh ke sisinya.
Eh, mana Yeewa? Yeewa sudah tiada di
sebelahnya. Hanya tuala yang menyelimutinya
semalam bergumpal di hujung katil. Nisha turun
dari katilnya.
“Yeewa… Yeewa!” Mulutnya tidak berhenti-
henti memanggil anaknya.
Nisha berasa tidak sedap hati. Dia tidak


16







Misteri Rumah Sebelah.indd 16 3/10/17 8:14 AM


Click to View FlipBook Version