RGEEATDY!
SPM
SPMMYEANGKHAIDNAPI
Bahasa Melayu
Tingkatan
(1103)
5
10 UJIAN
Latih Tubi Pentaksiran Formatif & Sumatif
KBAT
Memenuhi Kehendak Peperiksaan KSSM
JAWAPAN
Tepat & Lengkap SPMFTOERRMKAITNI
Mohd Nadzri Baduai
Kandungan & Skor Pencapaian Murid
Halaman Skor Tandatangan
Guru/Ibu bapa
Ujian 1 • Anda Bersih, Anda Sihat 1–4 /100
• Kerjaya Meniti Jaya
Ujian 2 • Sukan dan Rekreasi 5 – 16 /100
• Sains, Teknologi dan Inovasi
Ujian 3 • Pendidikan untuk Semua 17 – 20 /100
• Pertanian, Penternakan dan Perikanan
Ujian 4 • Bersatu Kita Teguh 21 – 32 /100
• Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Ujian 5 • Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan 33 – 36 /100
Kewangan
• Dunia Selamat Milik Kita
Ujian 6 • Melancong Mencari Makna 37 – 48 /100
• Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Ujian 7 • Citra Bahasa dan Sastera Kita 49 – 52 /100
• Integriti
Ujian 8 • Jati Diri, Warganegara Patriotik 53 – 64 /100
• Industri Cemerlang, Negara Terbilang
Ujian 9 Ujian Pertengahan Tahun 65 – 76 /100
77 – 88 /100
Ujian 10 Ujian Akhir Tahun J1 – J16
Jawapan
Pencapaian saya: Baik Memuaskan Boleh Diperbaiki
Cemerlang
Tarikh:
Ujian TEMA
2 • Sukan dan Rekreasi SKOR
• Sains, Teknologi dan Inovasi
SPM 100
Bahagian A Kertas 2 35
Sistem dan Aplikasi Bahasa
Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Program imunisasi vaksin COVID-19 dijalankan oleh kebanyakan negara akibat
penularan virus COVID-19 yang semakin buruk. Masyarakat antarabangsa perlu mempunyai
kesedaran untuk menyokong usaha kerajaan negara masing-masing untuk menjayakan
program ini. Begitu juga di Malaysia, rakyat wajar bekerjasama dengan mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) meskipun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula.
Hal ini dikatakan demikian kerana, program ini dilaksanakan secara berfasa dan rakyat perlu
mengambil tanggungjawab untuk turut bersama-sama membantu dalam menjayakan tiga fasa
yang telah dirancang bawah program ini, iaitu dengan pematuhan SOP sementara menunggu
pemberian vaksin dilaksanakan mengikut fasa dan kelompok yang telah dikenal pasti. Sejak
awal negara dibadai pandemik COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’
Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, sering mengingatkan rakyat di negara ini bahawa memutuskan
rantaian COVID-19 bukan terletak pada bahu Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi menjadi
tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Imunisasi COVID-19’ oleh Fatimah Ahmad,
Dewan Masyarakat, Bil. 3, 2021)
[6 markah]
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ujian 2 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Soalan 2: Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut.
Subjek:
Predikat:
Buku teks digital menyediakan ruang simpanan yang lebih baik. Murid tidak memerlukan
rak buku atau beg untuk menyimpan buku teks dan dibawa ke sekolah. Bahkan, terdapat suatu
tempoh masa apabila negara sibuk membahaskan isu beg murid yang berat. Pelbagai cadangan
diutarakan tetapi isu tersebut hanyut bersama-sama perjalanan masa. Namun begitu, pada
tahun 2021, sekurang-kurangnya murid sudah tidak perlu lagi memikul beg yang berat untuk
ke sekolah.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Teks Digital Apakah Manfaatnya?’
oleh Hasrul Hosshan, Dewan Siswa, Bil. 3, 2021)
[6 markah]
Soalan 3: Penyuntingan
Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang
terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Jika ditelusuri secara lebih mendalam, sikap remaja yang hanya mementingkan akademik
menjadi faktor yang utama bagi remaja kurang beriadah. Remaja kini mempunyai persepsi
yang keputusan yang cemerlang di dalam akademik adalah syarat yang paling signifikan untuk
melanjut pelajaran di universiti. Impaknya, remaja menjadi ulat buku tanpa mempunyai badan
yang cerdas dan sihat kerana tidak meluangkan masa untuk beriadah. Ironinya, remaja perlu
meluangkan masa untuk beriadah supaya dapat melapangkan fikiran sekaligus menyihatkan
badan bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Deduksinya, remaja perlu mengubah
persepsi yang hanya mementingkan akademik supaya tidak menyesal di masa akan datang
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2 Ujian 2
Jika ditinjau secara terperinci, penciptaan teknologi yang semakin canggih di seantiro
dunia telah mengakibat remaja semakin kurang gemar beriadah. Teknologi yang canggih seperti
telefon pintar telah memesongkan perhatian remaja kepada beriadah kerana mempunyai
berbagai tarikan grafik yang berwarna warni. Implikasinya, remaja sanggup menghabiskan masa
lapang mereka untuk bermain permainan eletronik. Lama-kelamaan, tabiat ini menyebabkan
remaja bersikap malas untuk beriadah.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Faktor Remaja Kurang Beriadah’
oleh Elaine Neoh Jia Lyn, Dewan Siswa, Bil. 2, 2012)
[13 markah]
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja
segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati
puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata
hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau
ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara
belum siang ini.”
(Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
[6 markah]
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ujian 2 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Soalan 5: Peribahasa
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.
Insyirah mempersoalkan keikhlasan Umar yang memberikan bantuan kepada Nenek
Kalsom yang tinggal sebatang kara. Dia bimbang lelaki itu menangguk di air keruh. Sebelum
ini, lelaki itu pernah membantu Pak Kassim mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan.
Sebagai balasan, Pak Kassim perlu menyerahkan sebahagian daripada bantuan yang diterima
kepadanya. Insyirah sudah puas menasihati sepupunya itu, namun bagai mencurahkan air ke
daun keladi. Sepupunya itu tidak mengendahkan nasihatnya. Penduduk kampung juga sudah
faham akan perangai Umar yang berbeza jauh dengan sepupunya, Insyirah. Menurut mereka,
Umar dan sepupunya itu ibarat rambut sama hitam hati lain-lain.
[4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Bahagian B Pemahaman 35
Soalan 6: Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Sukan ekstrem berpotensi untuk berkembang pesat di Malaysia, sehingga dijadikan sebagai Ujian 2
karier sepenuh masa jika mendapat galakan daripada pelbagai pihak. Atlet kembara
berpandu arah dan sukan lasak negara, Azam Mohd Shidid berkata banyak sukan lasak makin
berkembang pesat di luar negara, sehingga dapat menjanakan pendapatan. Namun begitu,
aktiviti sukan ini agak ketinggalan di negara ini.
Sukan ekstrem ini sebenarnya mampu mencapai tahap lebih tinggi melalui pembabitan
pada pelbagai peringkat. Pertama, penglibatan individu secara sukarela amat diperlukan.
Guru di sekolah dan pihak universiti juga harus menggalakkan penyertaan pelajar dalam
sukan ekstrem, sekurang-kurangnya mereka tahu akan kewujudan sukan ini yang mempunyai
panduan dan jurulatih yang diiktiraf.
Malaysia juga mempunyai golongan atau komuniti sukan lasak yang mencapai tahap
tinggi, namun wujud sedikit kelompongan dari segi dana dan penaja untuk dikembangkan
lagi. Kembara berpandu arah merupakan sejenis sukan lasak yang memerlukan seseorang
mempunyai stamina dan kemahiran tinggi dalam membaca peta dan kompas untuk sampai
di destinasi yang diberikan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sukan Lasak Berpotensi Besar di Malaysia’
myMetro, 15 Julai 2020)
Bahan 2
Sukan memanah sudah tidak asing dalam kalangan masyarakat malah kegiatan yang lebih
dikenal sebagai aktiviti sunah bagi umat Islam itu sudah banyak dipertandingkan sama
ada pada peringkat dalam mahupun luar negara. Menurut Presiden Pemanah Tradisional
Pulau Pinang, Saharuddin Abdullah, sukan memanah seharusnya dipupuk dan disemai sejak
seseorang kanak-kanak lagi.
Pendedahan terhadap sukan memanah tradisional dalam kalangan kanak-kanak
amat digalakkan kerana mereka ini cepat belajar dan mudah dilentur serta dibentuk. Apabila
seseorang kanak-kanak itu mula menyesuaikan diri dengan sukan ini, secara tidak langsung
mereka dapat melatih kestabilan minda seterusnya mampu melatih mereka untuk lebih tenang
apabila menghadapi pelbagai situasi.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Semai Aktiviti Memanah sejak Awal
Mampu Tingkatkan Fokus, Disiplin Kanak-kanak’, Bernama, 22 September 2019)
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ujian 2 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kestabilan minda. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor-faktor
penyertaan seseorang dalam sukan lasak atau sukan memanah. [3 markah]
(iii) Sukan memanah memerlukan fokus yang tinggi untuk memperoleh keputusan yang terbaik.
Pada pendapat anda, selain untuk sukan memanah, apakah kepentingan menumpukan
sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara yang dilakukan? [3 markah]
(iv) Anda ingin menyertai aktiviti mendaki gunung yang paling mencabar di negeri Selangor.
Namun begitu, ibu bapa anda tidak bersetuju untuk membenarkan anda menyertai aktiviti
tersebut.
Bagaimanakah cara anda meyakinkan ibu bapa anda supaya memberikan keizinan untuk
menyertai aktiviti tersebut? [4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2 Ujian 2
S oalan 7: Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kepada Wira dan Wirawati Negara
Di kala merebaknya COVID-19
Menggemparkan gundah segenap manusiawi
Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita
Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan
Merubah setiap detak nafas masyarakat
Dengarlah kata PM kita
Duduklah diam-diam di rumah
Usahlah pergi ke mana-mana.
Kepada wira dan wirawati negara
Terima kasih
Terima kasih kerana bertarung dengan virus korona yang celaka
Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai harganya
Mengekalkan kebahagiaan keluarga
Memapankan kesejahteraan
Demi rakyat jelata.
Kepada wira dan wirawati negara
Engkaulah
Engkaulah penyambung nafas setiap insan
Untuk kekal bernyawa
Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia
Untuk kekal sejahtera
Rahmat bahagia.
Kepada wira dan wirawati negara
Dikaulah adiwira bangsa
Yang berwajah insaniah
Semoga keselamatan kalian diberkati Allah S.W.T
Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa.
Teo Wei Sing
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Bahan 2
Ujian 2 Haikal mula mempercayai Dol Said yang wujud dalam hidupnya mampu mengubah
dirinya. Walau bagaimanapun, Haikal masih tertanya-tanya tentang sebab Dol Said muncul
dalam dirinya pada era itu dan bukan ketika dia masih kanak-kanak. Lantas, Haikal
menanyakan tujuan sebenar Dol Said muncul dalam dirinya ketika dia berusia 18 tahun.
Dol Said memberitahu Haikal bahawa terdapat pakatan jahat yang diketuai oleh seorang anasir
luar bernama Mackenzie yang akan melancarkan sejenis virus Bio War untuk melumpuhkan
negara. Apabila negara semakin lumpuh akibat wabak penyakit, maka kerajaan negara
terpaksa patuh kepada segala arahan Mackenzie demi mendapatkan penawar. Melalui cara ini,
Mackenzie dapat menawan negara dengan mudah. Menurut Dol Said, virus tersebut pernah
menyerang negara 200 tahun dahulu. Dol Said telah menemukan penawar yang telah berjaya
menyelamatkan seluruh rakyat dan penawar itu tersimpan di dalam sebuah gua. Mackenzie
seorang petualang negara yang berusaha untuk memporak-perandakan negara mesti dihalang
dengan bantuan Haikal demi mempertahankan kedaulatan negara.
Haikal sedar bahawa inilah ruang dan peluang untuk dirinya membuktikan bahawa
belia di negara ini mempunyai potensi dan semangat patriotik yang tinggi. Haikal sedar
bahawa dia tidak dapat mematahkan cubaan Mackenzie secara berseorangan, lantas
dia meminta rakan-rakan karibnya di kolej untuk membantunya dalam misi penting
menyelamatkan negara. Haikal membawa empat orang kawan kolejnya yang berbangsa Cina,
India, Kadazan, dan Iban, iaitu Chong, Dinesh, Ranis, dan Muhtadin. Mereka ini mempunyai
kepakaran masing-masing.
(Dipetik daripada cerpen ‘Prof Dol’ oleh Nor Hamisha Mohamed Bakarudeen,
Dewan Siswa, Bil. 4, 2021)
Bahan 3
Kita Jaga Kita, Kita Jaga Tan Sri
COVID-19 datang menyerang, Di balik mendung serata bumi,
Tanpa kelibat musuh melanda; Ada cahaya ada mentari;
Seluruh dunia sedang berperang, Doa dipohon daripada kami,
Ujian dahsyat umat manusia. Moga Tan Sri teguh berdiri.
Berdinihari atas perahu, Perkhidmatan Psikatri
Ribut melanda bertalu-talu; dan Kesihatan Mental,
Rasa di hati Tuhan yang tahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Seluruh negara di atas bahu.
Dari mercu turun di perdu,
Tiap saat langkah berhemat;
Tan Sri memacu kami dipandu,
Demi rakyat terus berkhidmat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2 Ujian 2
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud petualang negara. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara untuk mempertahankan negara daripada
serangan wabak penyakit. [4 markah]
(iii) Wira dan wirawati negara berkhidmat tanpa mengenal penat dan lelah demi kesejahteraan
rakyat dan keamanan negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa dan pengorbanan wira dan
wirawati negara? [3 markah]
(iv) Rakan anda ialah anak kepada seorang jururawat atau petugas barisan hadapan. Dia kurang
bersemangat serta bimbang akan keselamatan ibunya.
Bagaimanakah cara anda memberikan kata-kata semangat serta meyakinkan rakan anda itu
supaya tidak berasa bimbang? [4 markah]
Soalan 8: Novel
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Budak-budak sekarang ni terlalu dimanjakan. Zaman kita dulu, kalau buat kerja
macam ni, kalau tak rotan berbekas di tapak tangan, penampar singgah di muka. Apalah
nak jadi.” Bebelan Cikgu Latifah terus bertali.
“Kini zaman sudah berubah, cikgu. Dulu cerdik pandai tak lah berapa ramai, maka
gurulah insan yang dianggap sebagai pakar rujuk dalam banyak perkara. Tetapi hari ini
sudah semakin ramai golongan cendekiawan. Maka, lahirlah pelbagai teori dan persepsi
tentang pendidikan. Maka, cara atau pendekatan mendidik pelajar pun turut berubah,”
jelasku.
(Dipetik daripada Novel ‘Silir Daksina’ karya Nizar Parman,
Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ujian 2 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Nyatakan ciri-ciri masyarakat pada zaman dahulu berbanding dengan masyarakat zaman
sekarang. [4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(b) Tirani, karya Beb Sabariah
(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel tersebut. [6 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Bahagian C Rumusan 30
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 – Petikan
Siapa yang tidak mengenali kartun animasi Doraemon yang telah berjaya menjadi suatu Ujian 2
fenomena pada suatu ketika dahulu dan masih relevan hingga hari ini setelah 50 tahun
kelahirannya? Watak kartun ini sering membawa ciri-ciri adat Jepun dalam penceritaannya
dengan memperkenalkan kuih Dorayaki dan lain-lain. Namun begitu, adakah kita pernah
terfikir bahawa fenomena kartun animasi ini mampu melonjakkan nama negara ke persada
antarabangsa? Terdapat beberapa langkah untuk memastikan kartun animasi negara mampu
mencapai standard yang sepatutnya dan peranannya dalam memacu pembangunan negara.
Antara langkah untuk meningkatkan usaha pembikinan kartun animasi negara adalah
dengan menyediakan ruang pendidikan yang seluasnya untuk subjek ini. Universiti tempatan
boleh memperkenalkan subjek atau bidang yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
belajar dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan pembikinan kartun animasi. Misalnya, kita
boleh melantik atau mengundang pembikin kartun animasi dari Jepun untuk mencurahkan
ilmu kepada penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi negara kita. lImu tentang pembikinan
kartun animasi ini wajar didedahkan kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan taraf
plot kartun animasi ke satu tahap yang lain sehingga mampu memberikan kesan kepada emosi
penontonnya.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menyuntik dana untuk pembangunan penerbitan
kartun animasi ini. Kualiti video animasi kartun juga pasti dapat ditingkatkan jika ada pihak
yang berusaha untuk membawa masuk peralatan khas yang berkaitan dengan pembikinan
kartun animasi dari luar negara. Pihak kerajaan juga boleh menggunakan kartun animasi
sebagai medium perantara untuk mempromosikan agenda kerajaan bagi merancakkan industri
tersebut.
Kartun animasi sering dipandang sebagai subjek yang rendah nilainya. Kartun dikatakan
hanya untuk kanak-kanak yang tidak matang. Namun begitu, adakah kita menyedari bahawa
impak kartun animasi ini amat besar kepada masyarakat? Sesuatu yang ditanam dalam minda
kanak-kanak pastinya akan melekat dalam fikiran mereka walaupun mereka sudah dewasa
kelak. Bagi peminat kartun animasi Jepun Anime, pastinya mereka amat serasi dengan budaya
masyarakat Jepun yang tidur di atas tilam.
Pada pendapat saya, kita juga dapat menonjolkan imej kita sebagai masyarakat yang
masyhur dalam seni pertahanan diri seperti silat dan mahir menggunakan senjata keris jika
kartun animasi kita berjaya mendapat tempat pada peringkat antarabangsa suatu hari nanti.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kartun Animasi Pemacu Kemajuan Negara’
oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 4, 2021)
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Ujian 2
Bahan 2 – Grafik
Ujian 2
16
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Jawapan
Ujian 1 Isi-isi relevan:
(a) bidang pertanian kini sudah menjadi satu perniagaan yang
Kertas 1
membawa pulangan – banyak dalam kalangan usahawan
Bahagian A Karangan Berdasarkan Kombinasi pertanian berjaya memperoleh jualan jutaan ringgit sebulan
Kepelbagaian Bahan Rangsangan (b) mudah untuk diceburi – hasilnya mudah untuk dipasarkan
– penglibatan generasi muda sangat penting – negara
Pendahuluan: memerlukan hasil-hasil pertanian untuk kegunaan penduduk
Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan dan dieksport ke luar negara
kanak-kanak di Asia Tenggara – hal ini sangat membimbangkan – (c) bidang ini mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan –
ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberikan sokongan berpeluang untuk berniaga bersama-sama para petani
kepada anak-anak supaya tidak terjebak dalam masalah ini moden – mendedahkan generasi muda dengan pelbagai ilmu
keusahawanan
Isi-isi relevan: (d) pelbagai pameran pertanian seperti Pameran Pertanian,
(a) menunjukkan peningkatan saban tahun – amat Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) –
galakan, rujukan, dan penyuntik semangat untuk generasi
membimbangkan – kanak-kanak dianggap obes apabila muda menceburi bidang pertanian – memberikan pulangan
Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah lumayan kepada pengusahanya
tinggi bagi umur dan jantina mereka (e) bidang pertanian pada masa ini banyak menggunakan
(b) obesiti mendatangkan pelbagai risiko terhadap kanak-kanak mesin-mesin dan jentera moden – sesuai dikendalikan oleh
– antaranya termasuklah kolesterol tinggi, tekanan darah golongan muda – pekerjaan yang dilakukan lebih mudah
tinggi, masalah tulang, penyakit jantung awal, diabetes, dan berbanding dengan bidang pertanian pada masa dahulu
sebagainya – sesetengah kanak-kanak memerlukan bantuan
ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan – cegah sebelum Penutup:
parah bidang pertanian banyak memberikan manfaat kepada golongan
(c) kesedaran tentang masalah ini haruslah dipupuk sejak kanak- muda – wajar diceburi oleh golongan muda – negara memerlukan
kanak di bangku sekolah lagi – melalui pengajaran dan bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung keperluan
pembelajaran – kanak-kanak mengetahui cara-cara menjaga rakyat
pemakanan – menjalani kehidupan yang lebih aktif
Domain Peribadi
Penutup:
pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah Pendahuluan:
obesiti dalam kalangan kanak-kanak – mencegah lebih baik satu daripada punca penyebaran penyakit berjangkit ialah
daripada merawat – kanak-kanak perlu mengambil makanan pengabaian aspek kebersihan diri dan persekitaran – dalam pada
dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang betul itu, banyak faktor lain yang dapat menyebabkan penyakit berjangkit
menular – wajar diberikan perhatian
Bahagian B Esei
Isi-isi relevan:
Domain Awam (a) tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran – pengabaian
Pendahuluan: kebersihan menyebabkan virus seperti COVID-19 dan H1N1
alamat pengirim dan tarikh – tajuk surat – alamat penerima – kata mudah berjangkit – persekitaran yang kotor – seseorang
panggilan hormat kepada penerima akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit – sentiasa
Isi-isi relevan: membersihkan tangan dengan sabun atau cecair pensanitasi
(a) memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan tangan – mencegah lebih baik daripada mengubati
(b) tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang – mudah
– menjalankan perusahaan keropok lekor – industri ini untuk dijangkiti penyakit berjangkit – antibodi dalam badan
merupakan industri desa yang sangat berpotensi untuk maju lemah – kurangnya zat dalam badan – amalan pemakanan
– banyak permintaan dari dalam dan luar negara yang seimbang sangat penting
(b) permintaan amat menggalakkan – semakin hari semakin (c) hubungan sosial tanpa batasan turut menyumbang kepada
bertambah – perlu menambah bilangan pekerja untuk penularan penyakit berjangkit – hubungan seks bebas
meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan – dapat menyebabkan virus HIV tersebar – perkongsian jarum
memerlukan modal untuk membayar gaji pekerja baharu suntikan untuk dadah – menyebabkan seseorang itu akan
(c) pinjaman untuk membeli mesin pembuatan keropok lekor dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS
– dapat meningkatkan hasil pengeluaran dalam masa yang (d) masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang penyakit
singkat – mesin yang menggunakan teknologi baharu – yang berjangkit – kempen yang dijalankan oleh kerajaan
menghasilkan produk yang berkualiti serta mempunyai kurang berkesan – masyarakat tidak mematuhi prosedur
ketahanan yang tinggi operasi standard bagi mencegah penyakit berjangkit –
(d) pinjaman untuk dijadikan modal bagi membeli bahan mentah menyebabkan penyakit tersebut mudah tersebar
– perusahaan memerlukan ikan yang segar – bahan mentah
ini diperlukan bagi menjaga kualiti dan reputasi syarikat Penutup:
Penutup: banyak punca yang mengakibatkan penularan penyakit berjangkit
berharap agar pihak bank memberikan kelulusan untuk membuat – perlu diambil peduli oleh setiap ahli masyarakat – mematuhi
pinjaman – mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada setiap garis panduan atau prosedur operasi standard yang
pihak bank – tandatangan pengirim ditetapkan oleh kerajaan
Domain Kerjaya Domain Pendidikan
Pendahuluan: Pendahuluan:
kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih obesiti dalam kalangan remaja pada masa ini amat
kerana diberikan peluang untuk menyampaikan ceramah – membimbangkan – pelbagai langkah perlu diambil bagi membantu
memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Jabatan Pertanian remaja yang menghidap masalah obesiti – memberikan kesedaran
– menyatakan tajuk ceramah kepada remaja tentang bahaya obesiti
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Jawapan Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Setelah waktu malam, Awi Dicu datang. Bendahara Paduka
Isi-isi relevan:
(a) menukar pola pemikiran – berkomunikasi tentang kesan Raja mengarahkan supaya semua pohon kayu bakau, nyirih, dan
tumpu api-api itu ditambat dengan puntung api. Apabila orang
buruknya – berbincanglah mengenai situasi tersebut dengan Siam melihat banyak api di Melaka, hulubalang Siam mengatakan
anak – pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan bahawa “Perahu Melaka banyak dengan kelengkapan dan
penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif bilangannya tidak terkira. Bagaimanakah keadaan jika Melaka
(b) pastikan anak-anak tahu bahawa anda akan sedaya upaya datang menyerang kita? Sedangkan sebuah perahunya tadi pun
membantu mereka – bersama-sama membuat rutin senaman tidak dapat kita lawan”.
bagi membantu anak anda mengawal berat badan – cara Lalu Awi Dicu berkata, “Betullah seperti kata kamu itu;
untuk mengatasi obesiti – melentur buluh biarlah waktu marilah kita pulang sebelum hari siang”.
rebungnya
(c) menyediakan makanan diet kepada anak-anak – lebih baik Soalan 5: Peribahasa
daripada membeli makanan di luar – remaja yang mengalami (i) Menangguk di air keruh
masalah kesihatan dapat menangani masalah obesiti dengan Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama
melakukan diet – dietitian dan doktor boleh membantu untuk
merancang diet yang rendah lemak dan kalori maksud: Menahan lukah di pergentingan
(d) bersenam ialah satu daripada cara mengatasi obesiti – paling (ii) Mencurahkan air ke daun keladi
sukar untuk direalisasikan – ramai yang berasa malas untuk Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama
mengeluarkan peluh – ingatlah bahawa senaman merupakan
cara yang berkesan – program pemantauan kendiri dapat maksud: Mencurah garam ke laut
membantu untuk mencegah sebarang komplikasi penyakit
(e) mewujudkan program kesihatan yang dapat memberikan Bahagian B Pemahaman
pendedahan tentang bahaya obesiti – sangat membantu
dalam memberikan kesedaran kepada remaja – misalnya, Soalan 6: Petikan Umum
mengadakan ceramah tentang bahaya obesiti atau risiko
terhadap penghidap obesiti (i) keteguhan fikiran
Penutup:
semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah obesiti (ii) Faktor-faktor penyertaan seseorang dalam sukan lasak atau
dalam kalangan remaja – risiko kepada penghidap obesiti dalam sukan memanah:
kalangan remaja sangat tinggi – dapat menjejaskan masa hadapan • Persamaan – semakin berkembang di luar negara –
mereka – cegah sebelum parah galakan daripada ibu bapa atau guru
• Perbezaan – sukan lasak dapat menjanakan pendapatan
Ujian 2 – melatih kestabilan minda seterusnya mampu melatih
mereka untuk lebih tenang apabila menghadapi pelbagai
Kertas 2 situasi
Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa (iii) Kepentingan menumpukan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu perkara yang dilakukan:
Soalan 1: Morfologi • Mudah untuk memperoleh hasil yang baik seperti yang
Kata Majmuk diidam-idamkan
(i) antarabangsa – Haikal dan rakan-rakan sekelasnya • Mudah memahami sesuatu perkara sekiranya memberikan
sepenuh perhatian
bersepakat untuk menyertai pertandingan reka cipta pada • Sebarang pekerjaan dapat dilakukan dengan lancar
peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur hujung bulan ini.
(ii) bekerjasama – Guru meminta murid-murid supaya (iv) Cara-cara untuk anda meyakinkan ibu bapa anda supaya
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing bagi memberikan keizinan untuk menyertai aktiviti tersebut:
menyiapkan tugasan yang diberikan. • Memberitahu ibu bapa bahawa aktiviti ini dikendalikan oleh
(iii) tanggungjawab – Ibu sering berpesan kepada Hanif supaya penunjuk arah yang berpengalaman
melaksanakan tanggungjawab sebagai murid, iaitu belajar • Memberitahu ibu bapa bahawa aktiviti ini dilengkapi dengan
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. peralatan kecemasan yang lengkap sebagai langkah
Soalan 2: Sintaksis berjaga-jaga sekiranya peserta mengalami kemalangan
(i) Subjek : buku teks digital • Memberitahu ibu bapa bahawa aktiviti ini dapat
Predikat : menyediakan ruang simpanan yang lebih baik meningkatkan stamina dan menguji ketahanan fizikal
(ii) Subjek : murid selain menjadikan kita lebih berani dan bersemangat
Predikat : tidak memerlukan rak buku atau beg untuk
menyimpan buku teks dan dibawa ke sekolah Soalan 7: Petikan Sastera
(iii) Subjek : pelbagai cadangan (i) pengkhianat tanah air
Predikat : diutarakan tetapi isu tersebut hanyut (ii) Cara-cara untuk mempertahankan negara daripada serangan
bersama-sama perjalanan masa
Soalan 3: Penyuntingan wabak penyakit:
(i) yang – bahawa • Petugas barisan hadapan berusaha dengan bersungguh-
(ii) di dalam – dalam
(iii) adalah – ialah sungguh untuk mengubati penghidap wabak penyakit
(iv) melanjut – melanjutkan (petikan 1)
(v) cerdas – cergas • Dol Said telah menemukan penawar yang telah berjaya
(vi) sekaligus – sekali gus menyelamatkan seluruh rakyat dan penawar itu tersimpan
(vii) di – pada di dalam sebuah gua (petikan 2)
(viii) seantiro – seantero • Masyarakat bersama-sama memerangi wabak penyakit
(ix) mengakibat – mengakibatkan (petikan 3)
(x) kepada – untuk • Seorang ketua petugas barisan hadapan memikul amanah
(xi) berbagai – berbagai-bagai/ pelbagai untuk memastikan wabak penyakit semakin lenyap
(xii) berwarna warni – berwarna-warni (petikan 3)
(xiii) eletronik – elektronik (iii) Cara-cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan wira dan
wirawati negara:
• Sentiasa mematuhi prosedur standard operasi yang
ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan menjaga
penjarakan sosial
• Memberikan bantuan dari segi semangat dan kata-kata
positif kepada wira dan wirawati negara dalam memerangi
wabak
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
RGEEATDY! Siri GET READY! SPM amat sesuai digunakan oleh QC175012 GET READY! SPM
murid-murid tahap menengah atas ke arah
pencapaian SPM yang cemerlang. Berpandukan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP KSSM, buku teks, serta format Kertas
SPM yang baharu, semua latihan ini disusun secara
sistematik dan disertakan pelbagai ciri ekstra
supaya murid-murid dapat merintis kecemerlangan
dalam peperiksaan.
SPM SPMMYEANGKHAIDNAPI GET READY! SPM 45
Subjek / Tingkatan
Bahasa Melayu
Tingkatan English Bahasa Melayu
5KSSM Matematik
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022 Mathematics
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini Matematik Tambahan
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua Additional Mathematics
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Sains
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Science
Fizik
Physics
Kimia
Chemistry
Biologi
Biology
Pendidikan Islam
Sejarah Tingkatan 5
Cetakan Pertama 2022
PELANGI W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. QC175012
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. ISBN: 978-967-2856-46-7
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).