The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-12-17 21:07:57

PRAKTIS TOPIKAL HEBAT TINGKATAN 5 SEJARAH

Harga - WM: RM7.95 EM: RM8.35

SPM KSSM Tingkatan Izham Azahar Suraya Abdul Rahim Visvanandam Subramaniam SEJARAH Format SPM Berdasarkan TERKINI 5 Revisi Ekspres Praktis Intensif Mengikut Topik Soalan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Kertas Model SPM Jawapan Lengkap Praktis KBAT Ekstra! Kod QR Praktis Asas Kecemerlangan!


Kandungan Praktis 1 Kedaulatan Negara 1 Praktis 2 Perlembagaan Persekutuan 8 Praktis 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 15 Praktis 4 Sistem Persekutuan 23 Praktis 5 Pembentukan Malaysia 30 Praktis 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia 38 Praktis 7 Membina Kesejahteraan Negara 45 Praktis 8 Membina Kemakmuran Negara 53 Praktis 9 Dasar Luar Malaysia 60 Praktis 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia 68 Kertas Model SPM 75 Jawapan J1 – J35 Praktis KBAT https://plus.pelangibooks.com/Resources/PraktisTopikalHebat2023/SejarahT5/PraktisKBAT.pdf


1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kedaulatan Negara Praktis 1 Takrif Kedaulatan 1. Bahasa Yunani – Supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi dan negara yang bebas dan merdeka. 2. Bahasa Inggeris – Sovereignty yang bermaksud negara berkuasa penuh terhadap pemerintahannya. 3. Bahasa Arab – Daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan. 4. Bahasa Melayu – Daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara. Jenis-jenis kedaulatan 1. Kedaulatan tradisional – Pemerintahan berkuasa mutlak berdasarkan kekuasaan dan kewibawaan raja. 2. Kedaulatan moden – Berdasarkan idea negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. 3. Kedaulatan undang-undang – Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi. 4. Kedaulatan antarabangsa – Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara. Ciri Negara yang Berdaulat 1. Mempunyai pemerintahan – Menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 2. Mempunyai sempadan – Sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara. 3. Mempunyai perundangan – Memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat. 4. Mempunyai rakyat – Penduduk yang terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. Revisi Ekspres Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 1. Keberkesanan pentadbiran – Kebebasan mentadbir tanpa campur tangan luar. 2. Kemakmuran ekonomi – Meningkatkan taraf hidup rakyat dalam sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan melalui dasar pembangunan ekonomi negara. 3. Kesejahteraan sosial – Melaksanakan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat. 4. Kecemerlangan hubungan luar negara – Menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain melalui penggubalan dasar luar negara. Langkah Mempertahankan Kedaulatan 1. Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi (a) Pemerintah melaksanakan pentadbiran yang cekap, mengelakkan rasuah dan mengagihkan kekayaan dengan adil. (b) Rakyat setia pada raja dan negara, bekerjasama dan mematuhi undang-undang. 2. Mengekalkan perpaduan kaum (a) Pemerintah melaksanakan dasar-dasar perpaduan seperti bahasa, pendidikan dan kebudayaan. (b) Rakyat menggunakan bahasa kebangsaan, mengamalkan Rukun Negara dan saling menghormati. 3. Memupuk patriotisme (a) Pemerintah menganjurkan Hari Merdeka, mewajibkan subjek Sejarah dan mengadakan kempen kesedaran. (b) Rakyat menghormati lambang negara dan menghargai tokoh negara. 4. Mengukuhkan pertahanan negara (a) Pemerintah menggubal dasar dan undangundang serta mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara serantau dan antarabangsa. (b) Rakyat menganggotai pasukan keselamatan dan sanggup berkorban demi negara.


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Kertas 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 Konsep Kedaulatan 1. Apakah maksud kedaulatan? TP1 A Kekuasaan mutlak dalam sesebuah negara B Kekuasaan pemerintahan yang adil dan berwibawa C Kekuasaan yang dipegang oleh golongan eksekutif negara D Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas melaksanakan pemerintahan 2. Maklumat berikut berkaitan dengan istilah kedaulatan. Istilah Bahasa Supernuus X Sovereignty Inggeris Daulah Arab Apakah X? TP1 A Yunani B Romawi C Perancis D Sepanyol 3. Gambar berikut merupakan tokoh yang memberikan takrif kedaulatan. Ibnu Khaldun Apakah takrif kedaulatan menurut tokoh tersebut? TP1 A Bersifat kekal dan kuasa tidak terbatas B Dibina berasaskan prinsip kebebasan dan keadilan C Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara D Kekuatan dan kekuasaan negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya BUKU TEKS m.s 4 BUKU TEKS m.s 4 BUKU TEKS m.s 5 4. Senarai berikut ialah jenis-jenis kedaulatan. • X • Kedaulatan moden • Kedaulatan antarabangsa • Kedaulatan undang-undang Apakah X? TP1 A Kedaulatan tempatan B Kedaulatan tradisional C Kedaulatan institusi raja D Kedaulatan perlembagaan 5. Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa di Eropah ekoran Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis. Antara berikut, yang manakah unsur pembinaan negara bangsa dalam kedaulatan moden? TP2 I Persamaan rumpun budaya II Persamaan rumpun bangsa III Persamaan rumpun bahasa IV Persamaan rumpun agama A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Kedaulatan Malaysia berkaitan dengan kedaulatan tradisional. Apakah ciri-ciri kedaulatan tradisional? TP2 I Pemerintahan berkuasa mutlak II Ketaatsetiaan rakyat terhadap raja III Raja bertindak berdasarkan Perlembagaan IV Rakyat berpegang pada prinsip Rukun Negara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7. Apakah yang dapat dikaitkan dengan kedaulatan antarabangsa? TP3 A Mewujudkan sebuah negara bangsa B Berpaksi pada kuasa mutlak pemerintah C Pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara D Menggunakan persamaan rumpun bangsa dan bahasa 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 8. Rajah berikut menunjukkan ciri negara berdaulat. Ciri negara berdaulat Pemerintahan Rakyat Perundangan X BUKU TEKS m.s 6 BUKU TEKS m.s 6 BUKU TEKS m.s 6 BUKU TEKS m.s 7 BUKU TEKS m.s 8


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Apakah X? TP1 A Wilayah C Kedaulatan B Sempadan D Keselamatan 9. Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Apakah yang dapat dikaitkan dengan Raja Berperlembagaan? TP3 A Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai ketua kerajaan B Raja Berperlembagaan berkuasa meminda perlembagaan C Pemerintahan beraja dibantu oleh pembesar empat lipatan D Pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan 10. Mengapakah negara yang berdaulat perlu menetapkan sempadannya? TP2 A Memanfaatkan kekayaan B Memudahkan urusan pentadbiran C Mengenal pasti sistem perundangan D Menyatupadukan penduduk pelbagai kaum 11. Apakah badan yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita? TP1 A Parlimen B Majlis Negeri C Badan Kehakiman D Mahkamah Persekutuan 12. Ciri negara berdaulat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik. Mengapakah rakyat harus mempertahankan identiti negara kita? TP2 A Mendapat penghormatan negara luar B Mempertahankan pemusatan kuasa C Menyelaraskan pentadbiran negara D Memperkuat pertahanan negara 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 13. Kerajaan Malaysia melaksanakan dasar pembangunan ekonomi selepas merdeka. Apakah matlamat dasar tersebut? TP2 A Meningkatkan imej negara B Meningkatkan taraf hidup rakyat C Meningkatkan aktiviti perdagangan D Melahirkan generasi yang berkemahiran BUKU TEKS m.s 8 BUKU TEKS m.s 8 BUKU TEKS m.s 9 BUKU TEKS m.s 9 BUKU TEKS m.s 10 14. Bagaimanakah sistem pentadbiran negara kita diperkukuh? TP2 I Pembangunan ekonomi dalam pelbagai bidang II Pelaksanaan bahasa kebangsaan dan Rukun Negara III Pengagihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri IV Peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain. Apakah kesan jalinan hubungan tersebut? TP4 I Mengukuhkan perpaduan rakyat II Memelihara kedudukan pemerintah III Mempertahankan kedaulatan negara IV Mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 16. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar sosial. X Memupuk perasaan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Apakah X? TP2 A Jata Negara C Jalur Gemilang B Rukun Negara D Lagu kebangsaan 17. Maklumat berikut berkaitan dengan kecemerlangan hubungan luar negara. Negara kita menganggotai pertubuhan serantau dan antarabangsa. Apakah kepentingan hubungan luar tersebut? A Membentuk blok dunia TP4 B Meningkatkan imej negara C Mengumpulkan kekuatan tentera D Memperkuat pertahanan negara 18. Mengapakah kedaulatan sangat penting kepada sesebuah negara? TP2 A Kehebatan negara B Kemakmuran rakyat C Kekuatan pemerintah D Kesaksamaan individu BUKU TEKS m.s 10 BUKU TEKS m.s 11 BUKU TEKS m.s 11 BUKU TEKS m.s 11 BUKU TEKS m.s 11


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 19. Antara berikut, yang manakah peranan pemerintah bagi mewujudkan kestabilan politik negara? TP3 I Mengukuhkan pasukan pertahanan negara II Menghormati agama dan budaya kaum lain III Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran IV Melaksanakan undang-undang negara berdasarkan perlembagaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20. Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat mempertahankan kedaulatan negara. • Menjamin kemakmuran ekonomi • Mewujudkan kestabilan politik Apakah peranan rakyat untuk mencapai matlamat tersebut? TP2 A Memberikan taat setia B Menggubal undang-undang C Mengelakkan amalan rasuah D Melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi 21. Berikut merupakan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. “Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu”. Antara berikut, yang manakah langkah pemerintah untuk melahirkan warganegara yang bersatu? TP2 A Memperketat keselamatan negara B Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan C Menggubal dasar berkaitan dengan integrasi nasional D Mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada rakyat BUKU TEKS m.s 12 BUKU TEKS m.s 12 BUKU TEKS m.s 13 22. Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara berikut? TP2 • Jata Negara • Jalur Gemilang • Lagu Negaraku A Memupuk perpaduan B Menyemai patriotisme C Mengekalkan kestabilan politik D Memantapkan pertahanan negara 23. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah mempertahankan kedaulatan negara. Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara. Bagaimanakah rakyat dapat menzahirkan perasaan tersebut? TP2 A Menganggotai pasukan keselamatan B Mengukuhkan pasukan pertahanan negara C Menghargai jasa dan pengorbanan tokoh kemerdekaan negara D Memperuntukkan perbelanjaan untuk program kemasyarakatan 24. Bagaimanakah cara untuk melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara? TP4 A Menghormati lambang negara B Menghargai dan menyanjungi adat dan warisan negara C Menghargai tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara D Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras 25. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan rakyat bagi mengekalkan kedaulatan negara. Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Mengapakah rakyat perlu mengambil peranan tersebut? TP2 A Memajukan negara B Menyatupadukan rakyat C Meningkatkan ekonomi negara D Memperkukuh pertahanan negara BUKU TEKS m.s 14 BUKU TEKS m.s 14 BUKU TEKS m.s 14 BUKU TEKS m.s 15


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas 2 Bahagian A 1. Kedaulatan merujuk kepada kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka. Subtopik 1.1 (a) Nyatakan takrif kedaulatan. TP1 [2 markah] (b) Nyatakan maksud kedaulatan mengikut bahasa berikut: TP1 (i) Bahasa Yunani [2 markah] (ii) Bahasa Arab [2 markah] (c) Mengapakah konsep kedaulatan penting kepada sesebuah negara? Menganalisis [4 markah] 2. Setiap negara yang merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Subtopik 1.2 (a) Nyatakan dua ciri negara yang berdaulat. TP2 (i) (ii) [2 markah] BUKU TEKS m.s 4 – 5 BUKU TEKS m.s 8 – 9


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 (b) Huraikan ciri-ciri yang dinyatakan di 2(a). TP2 [4 markah] (c) Bagaimanakah kedaulatan negara kita boleh dikekalkan? Menganalisis [4 markah] 3. Rajah berikut menunjukkan kepentingan mewujudkan negara berdaulat. Subtopik 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat Keberkesanan pentadbiran X Kemakmuran Ekonomi Y (a) Apakah X dan Y? TP1 (i) X: (ii) Y: [2 markah] (b) Bagaimanakah kedaulatan dapat mewujudkan keberkesanan dalam pentadbiran negara? TP2 [4 markah] (c) Apakah kesan sekiranya sesebuah negara hilang kedaulatannya? Menilai [4 markah] BUKU TEKS m.s 10 – 11


Sejarah Ting. 5 Praktis 1 Kedaulatan Negara 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B 1. Kedaulatan memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat. Subtopik 1.1 (a) Jelaskan pandangan tokoh tentang tafsiran kedaulatan. TP2 [6 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kedaulatan. • Kedaulatan tradisional • Kedaulatan moden Jelaskan jenis kedaulatan tersebut. TP4 [6 markah] (c) Mengapakah kita perlu mengekalkan kedaulatan negara kita? Menganalisis [8 markah] 2. Negara yang berdaulat mempunyai pemerintahan yang tersendiri. Subtopik 1.2 (a) Nyatakan maksud: TP3 (i) Raja Berperlembagaan [2 markah] (ii) Demokrasi Berparlimen [2 markah] (b) Huraikan ciri-ciri negara yang berdaulat. TP3 [8 markah] (c) Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda mengekalkan kedaulatan sesebuah negara? Menganalisis [8 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan langkah-langkah mempertahankan kedaulatan negara. Subtopik 1.4 • Memupuk patriotisme • Mengekalkan perpaduan kaum • Mengukuhkan pertahanan negara • Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi (a) Jelaskan peranan golongan pemerintah dan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum. TP2 [6 markah] (b) Bagaimanakah pemerintah dapat memupuk patriotisme dan mengukuhkan pertahanan negara? TP4 [6 markah] (c) Sejauh manakah kedaulatan negara dapat menjamin kesejahteraan rakyat? Menganalisis [8 markah] BUKU TEKS m.s 5 – 7 BUKU TEKS m.s 8 – 9 BUKU TEKS m.s 12 – 13


75 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? I Kedaulatan II Undang-undang III Wilayah pengaruh IV Lambang kebesaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2. Konsep waadat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka memaparkan hubung kait antara pemerintah dan rakyat. Siapakah yang mewakili golongan pemerintah? I Ulama II Artisan III Tukang IV Pembesar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Senarai berikut berkaitan dengan perkembangan idea nasionalisme di Barat. • Revolusi Keagungan 1688 • Revolusi Perancis 1789 Apakah persamaan idea yang diperjuangkan oleh revolusi tersebut? A Pemerintahan beraja B Kedaulatan hak rakyat C Pembentukan parlimen D Kesamarataan ekonomi 4. Tokoh berikut merupakan pemimpin Gerakan Propaganda di Filipina. Jose Rizal Apakah yang diperjuangkan oleh beliau terhadap penjajah Sepanyol? A Peluang pendidikan B Kemerdekaan negara C Persamaan hak rakyat D Kesamarataan ekonomi 5. Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914? A Kejatuhan Turki Uthmaniyah B Perkembangan kuasa Jerman C Kegagalan Perjanjian Versailles D Pembunuhan Putera Mahkota AustriaHungary 6. Antara berikut, pasukan manakah yang terlibat dalam gerakan menentang tentera Jepun di Tanah Melayu? I MPAJA II Force 136 III Double Tenth IV Unit Khas Z Australia A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Kertas 1 Satu jam [40 markah] Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 100 Kertas Model SPM


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 76 7. Pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu adalah untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat. Bagaimanakah BMA melaksanakan tanggungjawabnya? A Mengharamkan PKM B Membubarkan MPAJA C Memperkenalkan Rancangan Briggs D Berunding dengan Parti Kuomintang 8. Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946? A Desakan rakyat tempatan B Menghadapi ancaman komunis C Mengalami masalah kewangan D Mengeksploitasi kekayaan Sarawak 9. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Siapakah yang mewakili Raja-raja Melayu dalam jawatankuasa tersebut? A Dato’ Onn Jaafar B Haji Megat Yunus C Haji Mohamad Sheriff Osman D Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin 10. Apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? A Menghalang kemasukan imigran B Mempercepat kemerdekaan negara C Meningkatkan kerjasama parti politik D Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu 11. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu semasa ancaman komunis. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput pada 16 Jun 1948. Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap penduduk Tanah Melayu? A Perisytiharan darurat B Penutupan ladang getah C Pergaduhan kaum berlaku D Pelancaran Rancangan Briggs 12. Auxiliary Police merupakan pasukan keselamatan tempatan yang ditubuhkan oleh British untuk memerangi ancaman komunis. Apakah tugas pasukan keselamatan tersebut? A Membanteras gerila komunis di dalam hutan B Mengawal keselamatan kampung dan bandar C Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan D Menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan kepada komunis 13. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Apakah isu tersebut? I Kuasa raja-raja Melayu II Kedudukan ekonomi kaum bukan Melayu III Sistem persekolahan yang berlainan IV Syarat kewarganegaraan kaum bukan Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada. Apakah cadangan penyata jawatankuasa tersebut? I Sekolah rendah dijadikan sekolah Jenis Umum II Pelajaran percuma di semua Sekolah Umum (Rendah) III Sekolah Umum (Rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar IV Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15. Senarai berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat awal di negara kita. • Pilihan Raya Perbandaran George Town • Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur • Pilihan raya peringkat negeri


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM 77 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Apakah kepentingan pilihan raya tersebut? A Menggalakkan kerjasama politik B Memperkenalkan birokrasi Barat C Membolehkan rundingan kemerdekaan D Menyedarkan rakyat tentang demokrasi 16. Encik Tan tidak layak menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Mengapakah keadaan ini berlaku? A Berumur bawah 21 tahun B Sudah berdaftar menjadi pengundi C Warganegara Persekutuan Tanah Melayu D Tidak fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris 17. Tokoh-tokoh berikut merupakan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Lord Reid • Hakim B. Malik • Sir William Mckell • Hakim Abdul Hamid • Sir William Ivor Jennings Apakah fungsi penubuhan suruhanjaya tersebut? A Membentuk kabinet B Merundingkan kemerdekaan C Menetapkan tarikh kemerdekaan D Merangka Perlembagaan Persekutuan 18. Apakah alasan parti PAS mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? A Mengancam kedudukan Islam B Tidak menguntungkan orang Melayu C Bilangan warganegara bangsa Melayu berkurangan D Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas 19. Apakah kesan peristiwa berikut kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh 31 Ogos 1957 Perkara Pemasyhuran Kemerdekaan Tempat Stadium Merdeka, Kuala Lumpur A Penubuhan kabinet pertama B Tanah Melayu menjadi negara yang berdaulat C Merintis langkah ke arah negara maju dan makmur D Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri 20. Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel. Sejurus selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel. Antara berikut, yang manakah kepentingan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel? I Merapatkan hubungan sosioekonomi II Mendapat bantuan pertahanan Komanwel III Membuktikan dasar luar Malaysia yang probarat IV Mempamerkan komitmen terhadap isu-isu tertentu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 21. Senarai berikut berkaitan dengan konsep kedaulatan dalam bahasa Yunani. • Supernuus • Superanus Apakah maksud perkataan tersebut? A Kerajaan autokratik B Negara yang merdeka C Kuasa tertinggi dalam pentadbiran D Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan 22. Mengapakah kedaulatan sangat penting kepada sesebuah negara? A Menonjolkan keunggulan ideologi B Mengukuhkan kekuasaan pemimpin C Menyerlahkan amalan politik negara D Mewujudkan keberkesanan pentadbiran 23. Maklumat berikut berkaitan dengan Majlis Negeri Perak. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf. Apakah kesan utama mesyuarat tersebut kepada sejarah Tanah Melayu? A Berakhirnya sistem raja berkuasa mutlak B Permulaan sistem Raja Berperlembagaan C Pengenalan amalan pentadbiran demokratik D Bermulanya sejarah penggubalan perlembagaan negara


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 78 24. Senarai berikut berkaitan dengan Pindaan Perlembagaan 1963. • Struktur Mahkamah Atasan • Jawatan yang di-Pertua Negeri • Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo Apakah rasional pindaan perlembagaan tersebut dilakukan? A Kekurangan mahkamah di Malaysia B Tuntutan negeri Sabah dan Sarawak C Penyesuaian dengan keperluan semasa D Terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 25. Apakah bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong? A Berkuasa penuh mengisytiharkan darurat jika perlu B Pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia C Berkuasa memanggil dan menghentikan Parlimen bersidang D Berkuasa mengampunkan dan meringankan hukuman oleh Mahkamah Tentera 26. Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang. Apakah kepentingan sekatan tersebut? A Prinsip demokrasi berparlimen B Memelihara kesejahteraan awam C Mengurangkan kesalahan jenayah D Mudah mengawal pergerakan rakyat 27. Mengapakah kuasa yang lebih besar diperuntukkan kepada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan Kerajaan Negeri? A Mengelakkan permasalahan B Melicinkan pentadbiran negara C Mewujudkan negara yang berdaulat D Menjamin kestabilan dan kemajuan negara 28. Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan pada 12 Februari 2013. Apakah tanggungjawab utama ESSCOM? A Menyelaraskan fungsi pasukan keselamatan B Menambah baik prasarana perairan pantai Sabah C Mewujudkan kawasan keselamatan khas di Sabah D Mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah 29. Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia. Lord Brassey mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan NNS. Mengapakah cadangan tersebut dibuat? A Melicinkan pentadbiran B Mengukuhkan pertahanan C Mengesksploitasi potensi ekonomi D Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan 30. Maklumat berikut berkaitan dengan siri lawatan pemimpin sebagai langkah awal pembentukan Malaysia. • Julai 1961, Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak dan Brunei • Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Donald Stephens melawat Persekutuan Tanah Melayu • Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah Apakah kepentingan siri lawatan tersebut? A Memajukan sosioekonomi negara B Kecekapan membangunkan wilayah C Kesepakatan menyelesaikan masalah D Kebijaksanaan mendapatkan sokongan 31. Operasi Hammer dilaksanakan di Bahagian Pertama Sarawak. Bagaimanakah Operasi Hammer berjaya menangani ancaman komunis di Sarawak? A Kawalan keselamatan yang ketat B Bantuan tentera dari negara-negara Komanwel C Memenangi hati rakyat untuk menentang komunis D Peruntukan kewangan yang tinggi daripada kerajaan 32. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Apakah cabaran yang dihadapi oleh majlis tersebut dalam usaha memulihkan ketenteraman negara? A Ketidakseimbangan ekonomi B Fahaman politik yang berbeza C Kekurangan sumber kewangan D Kelemahan pasukan keselamatan


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM 79 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 33. Kajian Aminuddin Baki memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan. Apakah matlamat pengenalan sistem persekolahan tersebut? A Melahirkan tenaga kerja mahir B Menggalakkan integrasi pelajar C Mengurangkan sekolah vernakular D Menambah bilangan sekolah vokasional dan teknik 34. Apakah program yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memartabatkan bahasa Melayu? I Citrawarna Malaysia II Penerbitan buku dan majalah III Pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” IV Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35. Agensi kerajaan berikut ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Bagaimanakah agensi tersebut dapat menjayakan keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB)? I Menambahkan pendapatan II Menggalakkan perdagangan III Memajukan sektor pertanian IV Membuka peluang pekerjaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 36. Mengapakah rakyat digalakkan untuk terlibat dalam industri kecil dan sederhana? I Menyaingi industri berat II Memperbaik taraf hidup III Menambah daya pengeluaran IV Mengurangkan beban kerajaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 37. Rancangan Colombo merupakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kalangan anggota Komanwel. Bagaimanakah Rancangan Colombo membantu rakyat Malaysia? A Menarik pelaburan daripada negara anggota Komanwel B Mengurangkan cukai perdagangan antara anggota Komanwel C Memberikan program latihan untuk kakitangan awam dan sektor swasta D Memudahkan pemberian kewarganegaraan dalam kalangan negara anggota 38. Pelibatan Malaysia dalam isu masyarakat Islam antarabangsa bermula sejak era Tunku Abdul Rahman. Apakah sumbangan Malaysia dalam OIC? I Menyokong perjuangan rakyat Palestin II Menerima pelarian perang Iran-Iraq III Membekalkan senjata kepada Muhajidin Afghanistan IV Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 39. Bagaimanakah kerajaan Malaysia berjaya menangani kempen antiminyak sawit yang dijalankan oleh American Soybean Association? A Penggunaan Mahkamah Antarabangsa B Perbincangan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat C Menggunakan pentas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) D Menerusi pertubuhan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) 40. Deklarasi Langkawi membuktikan komitmen Malaysia untuk memelihara alam sekitar. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan deklarasi tersebut? A Mengharamkan aktiviti pembalakan B Melancarkan Dasar Teknologi Negara C Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara 2002 D Mengisytiharkan negeri Kedah sebagai geopark


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 80 1. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand yang melakukan pemodenan dalam pentadbiran. (a) Namakan Raja Thailand yang mempelopori nasionalisme melalui usaha pemodenan. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh tokoh di 1(a). [4 markah] (c) Jelaskan kesan usaha diplomasi dan pemodenan yang dilakukan oleh Raja Thailand. [4 markah] 2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 atau Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada 8 Mac 1956 bagi membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. (a) Senaraikan dua anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (i) (ii) [2 markah] Kertas 2 Dua jam 30 minit Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan.


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM 81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (b) Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjalankan tugasnya? [4 markah] (c) Jelaskan kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara. [4 markah] 3. Gambar berikut menunjukkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI. (a) Nyatakan kedudukan Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. [2 markah]


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 (b) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam pemerintahan negara. Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam aspek perundangan. [4 markah] (c) Jelaskan kepentingan institusi Yang di-Pertuan Agong di negara kita. [4 markah] 4. Perpaduan dan integrasi nasional merupakan dua konsep yang saling berkait rapat. (a) Takrifkan istilah perpaduan kaum. [2 markah] (b) Huraikan usaha-usaha kerajaan untuk memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional dalam aspek sosial. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah penggunaan bahasa Melayu dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? [4 markah]


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM 83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini. 5. Pemerkasaan pasukan keselamatan dan Rancangan Briggs merupakan antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan British untuk memerangi ancaman komunis di Tanah Melayu. (a) Jelaskan peranan Pasukan Askar Melayu dan Auxiliary Police dalam usaha menangani ancaman komunis. [4 markah] (b) Bagaimanakah Rancangan Briggs berjaya melemahkan pergerakan komunis? [8 markah] (c) Berikan cadangan anda untuk menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. [8 markah] 6. Salah satu ciri pentadbiran demokrasi di Malaysia ialah pilihan raya. (a) Jelaskan perkembangan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu sehingga tahun 1954. [6 markah] (b) Huraikan proses pilihan raya awal di kawasan berikut: (i) Sarawak [3 markah] (ii) Sabah [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pilihan raya penting kepada negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen? [8 markah] 7. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 telah mengalami pindaan pada tahun 1963. (a) Mengapakah berlakunya pindaan perlembagaan pada tahun 1963? [4 markah] (b) Huraikan perkara utama dalam Pindaan Perlembagaan 1963. [8 markah] (c) Pindaan perlembagaan masih berlaku sehingga hari ini. Mengapakah berlaku demikian? [8 markah] 8. Maklumat berikut merupakan prinsip Rukun Negara. • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-undang • Kesopanan dan Kesusilaan (a) Jelaskan latar belakang pembentukan Rukun Negara. [4 markah]


Sejarah Ting. 5 Kertas Model SPM © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 (b) Bagaimanakah Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu, aman dan sejahtera? [8 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah setiap rakyat Malaysia harus menghayati Rukun Negara? [8 markah] 9. Logo berikut berkaitan dengan pertubuhan serantau yang dianggotai oleh negara kita. (a) Jelaskan latar belakang penubuhan ASEAN. [4 markah] (b) Huraikan pelibatan Malaysia dalam kerjasama sosioekonomi ASEAN. [8 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, sejauh manakah ASEAN berperanan untuk mengekalkan keamanan serantau? [8 markah]


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis 1 Kedaulatan Negara Kertas 1 1. D 2. A 3. D 4. B 5. C 6. A 7. C 8. B 9. D 10. B 11. A 12. A 13. B 14. D 15. D 16. B 17. B 18. B 19. D 20. A 21. C 22. B 23. C 24. D 25. D Kertas 2 Bahagian A 1. (a) F1 Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas F2 Mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara (b) (i) F1 Supernuus / superanus F2 Agung / tertinggi F3 Negara yang bebas dan merdeka [Mak. 2m] (ii) F1 Berasal daripada kata daulah F2 Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan (c) F1 Negara bebas menjalankan urusan pentadbiran F2 Negara luar tidak mencampuri urusan negara F3 Negara menyusun sistem pentadbiran mengikut acuan sendiri C3 Seperti negara Malaysia menjalankan sistem demokrasi dan menjalankan pilihan raya serta pemilihan pemimpin dilakukan dengan bebas F4 Rumusannya, kedaulatan penting kepada sesebuah negara kerana negara bebas melaksanakan pentadbiran sendiri (Mana-mana jawapan munasabah) 2. (a) F1 Mempunyai pemerintahan F2 Mempunyai sempadan F3 Mempunyai perundangan F4 Mempunyai rakyat [Mak. 2m] (b) F1 Mempunyai pemerintahan H1a Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi H1b Pemerintahan dijalankan secara teratur H1c Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan H1d Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen H1e Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong H1f Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri H1g Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri F2 Mempunyai sempadan F2 Merupakan garis pemisah antara negeri atau negara H2a Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran C2 Seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina H2b Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa khasnya PBB H2c Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara kita F3 Mempunyai perundangan H3a Menjadi asas kepada peraturan negara H3b Penting untuk memelihara kesejahteraan, keadilan dan melindungi rakyat H3c Asas perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan H4d Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita F4 Mempunyai rakyat H4a Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara H4b Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah H4c Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam H4d Mereka disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama [Mak. 4m] Jawapan


Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC065064 ISBN: 978-629-470-309-4 Format Peperiksaan SPM Sejarah (1249) Perkara Kertas 1 Kertas 2 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian • Objektif aneka pilihan • Subjektif respons terhad • Subjektif respons terbuka 40 soalan (Jawab semua soalan) 40 markah Ujian bertulis Ujian bertulis 1 jam Bahagian A • 4 soalan respons terhad (40 markah) (Jawab semua soalan) Bahagian B • 5 soalan respons terbuka (60 markah) (Jawab tiga soalan) 100 markah 2 jam 30 minit KSSM Tingkatan SPM Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. 5 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). SEJARAH PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Tingkatan FC065064 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM SEJARAH 5


Click to View FlipBook Version