1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ketika batuk dan bersin, Hadi mulut dan hidungnya dengan sapu tangan. A membalut B menutup C menudung D menghalang 2. Amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri perlu disemai dan dipupuk anak-anak sejak mereka kecil. A pada B untuk C kepada D dengan Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Walaupun sudah berusia lima tahun, tetapi adik hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan. II Cikgu Salbiah menasihati kami supaya tidak mudah patah semangat semasa mencari ilmu. III Dahan pokok mempelam itu patah kerana buahnya sangat lebat. IV Daus dimarahi oleh kakak kerana patah akan kata-kata ayah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Pesalah tersebut dijatuhi hukuman sebak dan penjara. II Rambut pemuda itu sebak di tengahtengah. III Dia tidak dapat menahan sebak lalu menangis. IV Muara sungai menjadi sebak akibat air laut yang pasang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Skor 60 Tarikh : 1 Kesihatan dan Kebersihan UASA Ujian Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 10
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Alia sering diingatkan oleh ibunya agar supaya memberus gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur agar dapat mencegah kerosakan gigi dan masalah gusi. A diingatkan oleh ibunya B diingati oleh ibunya agar C diperingatkan oleh ibunya agar D diingatkan oleh ibunya agar 6. Sebelum memulakan ekspedisi itu, semua peserta diminta menyemak senarai barang-barang yang perlu dibawa. A diminta supaya menyemak senarai barang-barang B diminta menyemak senarai barang C diminta supaya menyemak senarai barang D diminta menyemak senarai barangbarang Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Mempelam itu manis benar rasanya. II Rumah itu roboh dipukul ribut. III Rombongan itu diketuai oleh saya. IV Mereka membincangkan tentang isu alam sekitar. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Sistem perairan dibina untuk kemudahan para petani. II Masyarakat pra sejarah pernah tinggal di kawasan ini. III Rambutnya kusut sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur. IV Asiah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Pakaian yang bersih bukan sahaja mampu mencegah penyakit tetapi dapat juga memelihara keterampilan diri. A Selain dapat mencegah penyakit, memakai pakaian yang bersih dapat juga menjaga keterampilan diri. B Pakaian yang bersih hendaklah dititikberatkan supaya tidak menjejaskan kesihatan dan keterampilan diri terpelihara. C Keterampilan diri hendaklah dijaga supaya badan sentiasa sihat dan tidak mudah dihinggapi penyakit. D Keterampilan diri perlu dijaga dengan memakai pakaian yang bersih serta dalam keadaan bebas daripada segala penyakit. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan dengan perselisihan atau pergaduhan antara adik-beradik yang akhirnya berbaik-baik semula ialah A gunting dalam lipatan. B biduk lalu kiambang bertaut. C bagai tikus membaiki labu. D rambut sama hitam hati lain-lain.
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 Pemahaman Petikan 5 Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah ini. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Tebang gelam tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. Anak punai anak merbah, Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hatinya orang. Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya. Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga. Sangkut terendak dekat beranda, Orang Papua anyam tak sudah; Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah. Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung tebang dipipiskan lada. Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang. Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung. Laksana gadis Menteri Bogor, Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. (Dipetik daripada Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Pantun Kiasan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 11. Peribahasa macam melukut di tepi gantang dalam puisi di atas bermaksud A tidak diperlukan. B dipandang hina. C ditinggalkan. D dikeluarkan. 12. Mengapakah penulis menasihati kita supaya tidak menduga lautan jika kail kita hanya sejengkal? A Untuk memastikan kejayaan B Untuk memperkukuh jati diri C Untuk mengelakkan kekecewaan D Supaya tidak diketawakan orang 13. Mengapakah “nyawa menangis di pintu kubur” berdasarkan rangkap ke-16 pantun tersebut? A Belum bersedia B Insaf akan kesalahan C Nampak akan hukuman D Penyesalan atas sikap lalu 14. Laksana gadis Menteri Bogor Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas? A Simile C Sinkope B Inversi D Metafora 15. Yang berikut merupakan pernyataan yang benar berdasarkan pantun tersebut, kecuali A bentuk pantun ini terikat. B ada pembayang dan maksudnya. C berisi empat baris setiap rangkap. D tidak mempunyai pembayang. Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] 10
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Rumah-rumah di kawasan perkampungan itu kebanyakannya dibina dari bahan-bahan seperti daun nipah atau rumbia dan berdindingkan buluh. (ii) Masyarakat hendaklah mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar supaya terhindar daripada masalah kesihatan. [2 markah] 3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah ini. Kemudian, tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Hospital Seri Aman terletak berhampiran dengan Taman Andalas. Subjek: Predikat: (ii) Anak gadis Pak Cik Leman guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan. Subjek: Predikat: [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan situasi di bawah ini, tulis dua peribahasa yang sesuai. Setelah tamat belajar di Kuala Lumpur, Fariz pulang ke kampung. Dia terkejut apabila melihat kawasan semak di belakang rumahnya. Dia sedar bahawa kawasan semak itu tidak patut dibiarkan. Dia mencari jalan untuk membangunkan kawasan yang terbiar itu. Dia menyatakan ideanya hendak mengusahakan tanaman limau kasturi di kawasan yang terbiar itu kepada keluarganya. Mereka bersetuju dengan cadangan Fariz. Keesokan harinya, Fariz memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan yang terbiar itu. Fariz dibantu oleh abang, adik, dan ayahnya. Selepas kerja-kerja pembersihan selesai, mereka mula menanam anak-anak pokok limau kasturi yang dibelinya di pekan. Ayah Fariz berasa kagum akan kesungguhan anak-anaknya mengerjakan kawasan tersebut. (i) (ii) [2 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 Pemahaman Petikan 10 5. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 “Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.” Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah yang banjir dengan kebahagiaan. “Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.” Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air. “Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur …tak pernah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.” (Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. (Dipetik daripada ‘Pantun Budi’, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah perkara yang dikesali oleh Nana ketika emaknya masih hidup? [3 markah]
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 (ii) Nyatakan dua contoh gaya bahasa anafora yang terdapat dalam Bahan 2. [3 markah] (iii)Masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian mereka merupakan masyarakat yang bertamadun. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk nilai murni dalam kehidupan harian anak-anak mereka? KBAT Menilai [4 markah] Novel: KOMSAS 10 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Meniti Impian, karya Osman Ayob (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga nilai murni berserta contoh peristiwa yang dapat diteladani daripada watak-watak dalam novel tersebut.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 1 Ujian 1 Bahagian C Pemindahan Maklumat Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang bekerja, kerjaya mereka adalah lebih penting daripada menjaga kesihatan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengetahui cara-cara menjaga kesihatan. Terdapat pelbagai langkah yang dapat diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah yang pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurangkurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit pada peringkat awal, seperti cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan. Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang hilang di dalam badan. Rehat dan tidur yang secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang daripada lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup cepat berasa letih dan mudah jatuh sakit. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari. 15
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Nathan diberi masa 14 hari tarikh surat ini untuk menyatakan persetujuannya. A pada B dari C kepada D daripada 2. Ammar sedang pinggan yang dibasuh oleh kakaknya. A menggilap B menggosok C mengelap D menyapu Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Danial dan rakan-rakannya telah didenda oleh Cikgu Kamil kerana melanggar peraturan sekolah. II Lori itu telah melanggar sebuah kereta sebelum terjunam ke dalam gaung. III Pemuda itu berjaya masuk ke dalam dewan itu setelah melanggar di celahcelah orang ramai. IV Pasukan keselamatan negara itu telah bersedia untuk melanggar serangan pihak muduh. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Rumah-rumah di bandar itu larut setelah dibom oleh pihak musuh. II Ibu mneyuruh kakak mengacau adunan ini sehingga larut. III Gula pasir itu mudah larut di dalam air panas. IV Ayah dan rakan-rakannya asyik berbual-bual hingga larut malam. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Skor 60 Tarikh : 5 Ujian Pertengahan Sesi Akademik UASA Ujian KERTAS 1 1 jam 30 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 Ujian 5 Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. “Kami tidak menyangka yang lagu patriotik ini digubah oleh seorang murid sekolah ini,” kata Nurin kepada Aleeya. A Kami tidak menyangka bahawa B Saya tidak menyangka yang C Saya tidak menyangka bahawa D Kami tidak menyangka yang 6. Tatkala menikmati keropok yang digoreng oleh ibunya, Sarah menerima panggilan video di skrin komuter ribanya. A ibunya goreng B digoreng akan ibunya C ibunya menggoreng D digoreng oleh ibunya Soalan 7 dan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Sudah hampir tiga tahun, Alif menuntut di luar negara. II Pesawat pengebom pihak musuh itu jatuh terhempas di padang pasir. III Pelbagai pihak terlibat dalam urusan petempatan mangsa tanah runtuh itu. IV Amirul membelikan ibunya sebotol tomato sos di kedai Pak Mail. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Lutfi merupakan pemain badminton yang paling handal di sekolah ini. II Rakyat negara itu hidup terseksa akibat perang saudara. III Subtopik-subtopik dalam buku rujukan ini disusun dengan tepat. IV “Pasukan lawan yang kalian akan hadapi nanti bukan calang-calang pasukan,” kata Cikgu Farid. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Gejala buli di sekolah haruslah ditangani secara serius oleh guruguru agar keselamatan murid-murid terjamin. A Demi keselamatan murid-murid, guru-guru hendaklah menangani gejala buli di sekolah dengan lebih tegas. B Kesungguhan guru-guru menangani gejala buli di sekolah wajar diberikan perhatian agar keselamatan muridmurid terjamin. C Masalah buli di sekolah semakin serius sehingga menjejaskan keselamatan murid-murid dan guru-guru. D Keselamatan murid-murid di sekolah akan terjamin sekiranya guru-guru berusaha untuk mangatasi masalah buli yang semakin serius. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Haslin berusaha dengan gigih tanpa jemu sehingga berjaya membina empayar perniagaan yang kukuh. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa A berpantang mati sebelum ajal. B kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. C sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. D kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Risalah kempen Hidup Sihat yang dibacanya tadi kini dalam genggamannya. A hancur C renyuk B lunyai D rabak 2. Ada peserta bengkel sastera itu menonjol bakat mereka dalam penulisan cerpen. A sesetengah C setiap B setengah D sebahagian Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Pak Ali membentang benih-benih padi di tapak semaian sebelum menanamnya di sawah. II Doktor Aiman membentang ceramahnya yang berkaitan dengan pencegahan penyakit. III Cikgu Umar dan rakannya membentang permaidani untuk meraikan tetamu kehormat ke majlis Anugerah Cemerlang. IV Saya akan membentang hasil kajian pemakanan para murid di hadapan kelas pada minggu hadapan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Puan Salmi bersyukur kerana perniagaan sambal penyetnya semakin cerah. II Saya dan rakan-rakan bercadang hendak berjoging di taman itu jika cuaca petang ini cerah. III Kulit muka Wani semakin cerah selepas menggunakan krim ini. IV Nenek saya memang gemar memakai baju yang berwarna cerah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Kami akan mengambil tindakan berdasarkan pada bukti yang kukuh. Skor 60 Tarikh : 10 Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Ujian KERTAS 1 1 jam 30 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Ujian 10 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 80 Ujian 10 BAHAGIAN C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, hampir kebanyakan remaja memiliki sebuah telefon pintar. Telefon pintar kini menjadi satu keperluan dalam masyarakat dan kehidupan mereka seakan-akan tidak lengkap jika tiada telefon pintar. Tanpa disedari, telefon pintar telah merenggangkan hubungan dan perasaan antara anak dengan ibu bapa dan menjarakkan interaksi antara remaja dengan masyarakat sekeliling. Memang tidak dapat dinafikan bahawa telefon pintar mempunyai kebaikan seperti digunakan untuk menyimpan dan menghantar data, melakukan pelbagai interaksi melalui urusan dalam talian, dan dapat mencari maklumat dengan pantas. Walau bagaimanapun, ketaasuban terhadap peranti ini telah menjadikan remaja bersikap individualistik. Telefon pintar juga mewujudkan masalah gejala sosial. Jika dikecilkan skop perbincangan ini, salah satu masalah sosial yang kerap berlaku ialah kecurian. Kes kecurian lazimnya berlaku di kawasan sekolah. Murid mencuri telefon pintar rakan semata-mata ingin menjual atau menggunakannya. Akibat daripada kecurian tersebut, timbul pula kes pergaduhan dan fitnahmemfitnah. Murid juga tidak fokus dalam pembelajaran. Mereka sering aktif menggunakan aplikasi media sosial yang terdapat dalam telefon pintar seperti Wechat, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan lain-lain. Murid yang terlalu leka melayan perhubungan alam maya ini tidak dapat memberikan perhatian terhadap pembelajaran. Selain itu, murid lebih berminat untuk bermain permainan video menggunakan telefon pintar. Jika perkara ini berterusan, pencapaian akademik murid-murid pasti akan merosot. Prestasi sekolah juga akan terjejas. Jelaslah bahawa penggunaan telefon pintar yang melampau akan memburukkan sikap dan pemikiran murid-murid. Oleh itu, mereka harus menggunakan telefon pintar berpada-pada agar tidak mengganggu pembelajaran dan sikap mereka sendiri. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketagihan Digital; Hilang Kemanusiaan kerana Telefon Pintar’, Dewan Siswa)
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Kesihatan dan Kebersihan Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. B 2. C 3. C 4. D 5. A 6. C 7. A 8. B 9. A 10. B Pemahaman Petikan 11. A 12. C 13. D 14. A 15. D Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. (i) pembentukkan – pembentukan (ii) antijen – antigen 2. (i) dari – daripada (ii) agar supaya – agar/ supaya 3. (i) Subjek: Hospital Seri Aman Predikat: terletak berhampiran dengan Taman Andalas (ii) Subjek: Anak gadis Pak Cik Leman Predikat: menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan 4. (i) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (ii) Rumpun bak serai, sesusun bak sirih Pemahaman Petikan 5. (i) Berdasarkan Bahan 1, perkara yang dikesali oleh Nana ketika emaknya masih hidup ialah dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya dan tidak pernah menelefon emaknya. Malahan, dia tidak pernah menghantar makanan, buah, dan barang dapur kepada emaknya semasa rumah emaknya dilanda banjir. (ii) Satu contoh gaya bahasa anafora yang terdapat dalam Bahan 2 ialah pengulangan kata yang pada baris pertama hingga baris keempat rangkap kedua. Selain itu, pengulangan kata bunga pada baris pertama dan kedua rangkap ketiga. (iii) Pada pendapat saya, tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk nilai murni dalam kehidupan harian anak-anak mereka ialah menjadi suri teladan selain menerapkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak. Di samping itu, ibu bapa haruslah mendidik nilai murni dalam kehidupan anak-anak sejak kecil. Novel: KOMSAS 6. (i) Jalan ke Puncak • Nilai kegigihan – Laiman gigih mengusahakan tanaman tembikai dan menternak ikan air tawar walaupun dia diberikan tawaran untuk bekerja di Jabatan Pertanian. • Nilai kasih sayang – Pak Kiassim menyayangi anaknya, Laiman dan mengharapkan Laiman berjaya dalam kerjaya. Pada peringkat awal, Pak Kiassim memarahi Laiman kerana menolak pekerjaan di Jabatan Pertanian. Akhirnya, dia berusaha untuk membantu Laiman mendapatkan tanah paya yang bersebelahan dengan tanah Pak Sahok bagi membolehkan Laiman menjalankan projek ternakan ikan air tawar. • Nilai kesyukuran – Laiman bersyukur kerana usahanya berjaya dan projek ternakan ikan air tawar yang diusahakannya mendapat perhatian daripada Jabatan Pertanian dan dianggap sebagai projek contoh. Di samping itu, berkemungkinan juga projek tersebut merupakan projek terbesar di Sabah. (ii) Darah Titik di Semantan • Nilai kerjasama – Zahid, Samad, dan Awang Muhamad membina kubu di Teluk Jawapan
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 2 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Sengarat secara bekerjasama. Apabila kubu tersebut siap, Datuk Bahaman, Mat Lela, dan Tuk Selampit ditugaskan untuk mengawal kubu tersebut. • Nilai keberanian – Datuk Bahaman dan pengikutnya berani menentang penjajah Inggeris walaupun nyawa mereka terancam. Beliau dan pengikutnya berjaya menewaskan 50 orang askar Inggeris yang diketuai oleh Desborough. • Nilai patriotisme – Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya sanggup berjuang untuk menentang penjajah Inggeris demi menyelamatkan tanah air daripada dijajah. (iii) Meniti Impian • Nilai bantu-membantu – Penduduk kampung bantu-membantu semasa membina sebuah bengkel perabot untuk Zahar walaupun bekerja di bawah cuaca yang panas terik. • Nilai bertanggungjawab – Pak Yusuf bertanggungjawab terhadap para pelanggannya untuk menyiapkan tempahan mereka, misalnya menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh tok imam untuk diletakkan di masjid. • Nilai kerajinan – Pada hari cuti persekolahan, Halim dan Zakri rajin membantu ibunya memesin getah dan mencetak mengkuang. Selain itu, Mak Kiah rajin mengambil upah menjahit dan menganyam tikar untuk menambahkan pendapatan keluarga. (iv) Jejak MONPUS • Nilai kegigihan – Zahar seorang yang gigih kerana sanggup ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengubati penyakit gatal yang dialami oleh penduduk kampung akibat ulat bulu berintik hitam. Zahar juga gigih untuk menghasilkan ubat bagi mengatasi masalah penyakit tersebut. • Nilai simpati – Zahar bersimpati akan nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang mengalami penyakit gatal yang disebabkan oleh ulat bulu berintik hitam. Zahar mencuba untuk mendapatkan penawar bagi menyembuhkan penyakit tersebut. • Nilai kesabaran – Gara-gara dirinya yang membiakkan ulat bulu berintik hitam, penduduk kampung menyalahkan Zahar. Namun begitu, Zahar tetap bersabar. Ibunya, Qistina mencadangkan agar Zahar memusnahkan makmalnya itu dan berpindah rumah. Bahagian C Pemindahan Maklumat Pelbagai cara dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya ialah memeriksa kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Selain itu, amalkanlah pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana diet yang seimbang dapat memastikan tubuh memiliki zat yang diperlukan. Di samping itu, aktiviti senaman dua atau tiga kali seminggu hendaklah diamalkan agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baiknya. Seterusnya, minumlah air kosong yang banyak bagi menggantikan cecair yang hilang di dalam badan. Kita juga digalakkan supaya tidur tidak kurang daripada lapan jam sehari agar badan sentiasa segar dan tidak berasa letih. Konklusinya, kesihatan tubuh badan merupakan tanggungjawab diri sendiri yang perlu diberikan penekanan setiap masa. Ujian 2 Menimba Ilmu Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. A 2. B 3. C 4. D 5. C 6. B 7. B 8. C 9. B 10. A Pemahaman Petikan 11. C 12. D 13. B 14. B 15. D Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. (i) premise – premis (ii) komesial – komersial 2. (i) agensi-agensi – agensi (ii) berbagai – berbagai-bagai