The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-12-02 02:51:14

Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4

BAB 1 4 Pemahaman







Informasi tentang soalan Pemahaman
berdasarkan format SPM terkini


Panduan Umum
1. Bahagian B dibahagikan kepada tiga soalan, iaitu Soalan 6 (Petikan Umum), Soalan 7 (Petikan
Sastera) dan Soalan 8 (Novel)
2. Soalan pemahaman umum dan soalan pemahaman sastera memperuntukkan markah
sebanyak 25 markah, manakala soalan novel sebanyak 10 markah.
3. Masa untuk menjawab soalan Bahagian B yang dicadangkan adalah 60 minit.



Panduan Menjawab Bahagian Petikan Umum
1. Soalan petikan umum dipetik daripada bahan-bahan bacaan umum. Calon akan diberikan
dua atau tiga bahan sumber.
2. Petikan umum diambil daripada majalah, buku, Internet, ensiklopedia, surat khabar, dan
sebagainya.
3. Petikan soalan yang diberikan mesti mengikut tema yang terdapat dalam DSKP.
4. Bahan-bahan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti rencana, berita, laporan,
wawancara, laporan, dan sebagainya.
5. Pecahan soalan tidak ditetapkan. Pecahan soalan boleh terdiri daripada tiga atau empat
soalan,
6. Cadangan pecahan soalan adalah seperti yang berikut:
(i) Maksud rangkai kata secara literal.
(ii) Pemindahan maklumat, iaitu banding beza semua bahan yang diberikan.
(iii) Pemikiran kritis / KBAT
(iv) Penyelesaian masalah / KBAT
7. Calon dikehendaki untuk membaca semua bahan yang diberikan dan menjawab semua
soalan.
8. Jumlah isi setiap soalan tertakluk pada pecahan markah yang diberikan.


Panduan Menjawab Bahagian Petikan Sastera
1. Petikan mesti berasaskan unsur sastera atau karya kreatif.

2. Petikan diambil daripada antologi yang dipelajari murid sama ada di tingkatan empat atau
tingkatan lima atau dipetik daripada sumber-sumber yang lain.
3. Setiap soalan akan disertakan dua atau tiga petikan.
4. Bahan mestilah pelbagai, iaitu terdiri daripada cerpen, puisi tradisional dan puisi moden,
prosa tradisional, dan drama.
5. Semua bahan mestilah berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP.






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 92

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman


6. Cadangan pecahan soalan adalah sama seperti soalan pemahaman umum, iaitu:
(i) Maksud rangkai kata secara literal
(ii) Pemindahan maklumat, iaitu banding beza semua bahan yang diberikan.
(iii) Pemikiran kritis / KBAT
(iv) Penyelesaian masalah / KBAT

7. Tiada soalan berbentuk elemen sastera.


Panduan Menjawab Bahagian Novel
1. Dua soalan dikemukakan dalam bahagian novel, iaitu Soalan 8(i) dan Soalan 8(ii).
2. Markah keseluruhan sebanyak 10 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian
(ii) adalah tidak tetap.
3. Ceraian (i) tidak ada markah bahasa yang khusus, sebaliknya berdasarkan deskripsi
pemarkahan yang ditetapkan.
4. Ceraian (ii) markah bahasa maksimum ialah dua markah yang dinilai secara holistik.
5. Soalan 8(i) berdasarkan petikan sebuah novel yang dipetik daripada mana-mana novel
keempat-empat zon.
6. Hanya satu petikan sahaja yang diberikan. Jawapan terdapat dalam petikan tersebut.

7. Soalan 8(ii) ialah soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh calon setiap zon. Soalan ini
berbentuk pemikiran kritis atau KBAT.






- Pecahan soalan seperti yang berikut

Dulu : (Pemahaman Komsas) Kini
(a) Cerpen (a) Petikan umum (mengandungi 2 petikan)
(b) Drama (b) Petikan Sastera (mengandungi 3 petikan)
(c) Prosa Tradisional (c) Novel (dua pecahan soalan : (i) & (ii)
(d) Puisi Tradisional
(e) Sajak
























93 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

Praktis SPM 1

A Petikan Umum



Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1


Buli siber di negara ini berada pada tahap serius yang memerlukan masyarakat berwaspada
terhadap ancaman ini. Buli siber menjadi ancaman kepada individu dan masyarakat. Buli ini lebih
berbahaya berbanding dengan buli secara fizikal kerana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada
bila-bila masa tanpa kawalan. Mangsa buli tidak mengenal pembuli kerana buli siber dilakukan
melalui Internet. Buli siber berlaku disebabkan niat seseorang yang ingin menjatuhkan maruah
orang lain. Selain itu, buli siber juga bertujuan sebagai ugutan atau tebusan untuk mendapatkan
wang. Kesan buli siber ialah mangsa akan mengalami tekanan sehingga ada yang membunuh
diri. Pembuli akan mencipta akaun palsu di Internet. Sekiranya akaun ini dipadamkan oleh
pihak tertentu, mereka akan mencipta akaun palsu yang lain sehingga pembuli berjaya mencapai
matlamat dan hajatnya. Oleh itu, tindakan perlu dilakukan bagi membanteras masalah buli siber
dan pembuli harus dibawa ke muka pengadilan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Ancaman Buli Siber” oleh llah Hafiz dan Feride
Hikmat Atak, Berita Harian Online, 3 Januari, 2018)



Bahan 2


Keghairahan manusia menjadikan Internet sebagai jaringan perhubungan dan kewangan,
semakin banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita palsu, fitnah,
dan kebencian. Kemudahan Internet memudahkan pengguna yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita. Dalam hal ini, pihak berwajib sering menjadi sasaran orang awam kerana
dikatakan gagal menangani masalah penyalahgunaan media sosial dengan baik. Penyebaran
berita palsu akan terus berlaku selagi ada individu tertentu yang menyebarkannya. Tindakan
pihak penguat kuasa merupakan sebahagian daripada langkah penyelesaian, namun usaha untuk
menerapkan kesedaran dalam diri pengguna perlu bermula daripada akar umbi. Pengguna Internet
perlu mengamalkan pendekatan tapisan kendiri ketika melayari laman sosial dengan memahami
tujuan sesuatu berita sebelum disebarkan kepada orang lain.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Semak sebelum Sebar” oleh Matthew Chan,
Dewan Masyarakat, Ogos 2019)






(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tanpa kawalan. [2 markah]
Maksud tanpa kawalan ialah tiada sekatan






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 94

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faktor-faktor persamaan dan perbezaan yang
menyebabkan buli siber dan penyebaran berita palsu melalui Internet. [3 markah]
Faktor-faktor persamaan yang menyebabkan berlakunya buli siber dan penyebaran berita palsu

dalam Bahan 1 dan Bahan 2 ialah niat seseorang yang ingin menjatuhkan maruah orang lain
serta sebagai ugutan atau tebusan untuk mendapatkan wang. Selain itu, kemudahan jaringan

Internet memudahkan pengguna menyebarkan berita. Perbezaan antara kedua-dua bahan

di atas ialah buli siber berlaku secara bertubi-tubi atau berterusan sehingga mangsa mengalami
tekanan, sebaliknya penyebaran berita palsu akan berterusan selagi ada orang lain yang

menyebarkannya.


(iii) Buli siber dan penyebaran berita palsu di Internet banyak memberikan kesan buruk kepada
individu, masyarakat, dan negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang individu bagi
membendung kedua-dua jenayah ini? [3 markah]
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi membendung

jenayah buli siber dan penyebaran berita palsu ialah sentiasa berwaspada semasa
menggunakan media sosial di Internet. Selain itu, individu juga tidak boleh menyebar dan

mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, dan kenalan di Internet
Penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap pesalah perlu dilaksanakan

supaya dapat mengekang masalah ini.


(iv) Kumpulan anda ditugaskan untuk menyiapkan satu teks ceramah tentang jenayah buli siber.

Cadangkan langkah-langkah untuk melaksanakan tugasan tersebut. [4 markah]
Berikut ialah langkah-langkah yang dibincangkan sesama ahli kumpulan untuk menyiapkan

ceramah tentang jenayah siber. Antaranya ialah melantik seorang rakan yang petah bercakap untuk
menyampaikan ceramah. Selain itu, rakan lain akan mengumpulkan isi dan menyiapkan teks

ceramah. Seorang pengacara majlis dilantik untuk mengendalikan majlis pada hari itu.

Seterusnya, persediaan tempat dan para jemputan juga akan diuruskan oleh ahli kumpulan ini.












95 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

B Petikan Sastera



Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1




MAHSURI
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun jatuh di tujuh
telaga dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci

Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.

Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula
dengan khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuat dia lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.


Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.


Zurinah Hassan,
Kementerian Pendidikan Malaysia






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 96

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

Bahan 2


Pekedai yang mula-mula menyapa kami tadi, melangkah masuk. Di tangannya menatang
dulang yang memuatkan enam gelas teh epal panas. Baunya begitu harum dan segar. Kami semua
dipelawa minum.
“Free?”tanya Kak Chah sebagai langkah berjaga-jaga.
“Of course, lady. All of you are very special,” jawabnya sambil menyuakan dulang kepadaku.

Semasa aku menghirup teh, pekedai itu cuba beramah tamah denganku. Menurutnya, aku
kelihatan seperti artis apabila mengenakan cermin mata hitam, tetapi aku akan menjadi seperti diri
sendiri tanpa cermin mata itu. Dia meminta izin untuk melihat warna mataku. Aku hampir ketawa
terbahak-bahak. Pandai betul Mat Turki ini mengambil hati pelanggan. Dia juga menyuruh aku
menanggalkan jaket yang kupakai dan mencuba jaket kulit dikedainya. Katanya, aku kelihatan
seperti bintang filem jika memakai jaket kulit. Aku hanya tersenyum.

(Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)



Bahan 3




PANTUN JOM BERCUTI

Mahal harga daging dan hati Rasa dahaga bekerja seharian
Sekilo sawi harganya murah Kerjanya perlahan lidi diraut
Bawa keluarga ketika bercuti Sama keluarga ke Pulau Perhentian
Pulau Langkawi tempatnya indah Menikmati keindahan dasar laut


Burung merpati hinggap di kubah Di atas para letak penganan
Bulu berbintik cantic keperangan Buah bidara di dalam talam
Pergi bercuti ke Sandakan Sabah Taman Negara hutan simpanan
Terus mudik sungai Kinabatangan Langkah kembara santuni alam


Meliuk petai ribut berpusar Dekat jeti orang berniaga
Patah sedahan terurai sarang Ada sedikit penjual petai
Bercuti di pantai selam ke dasar Semasa bercuti bersama keluarga
Melihat keindahan batu karang Mendaki bukit di tepi pantai



Sumber: Internet







97 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

(i) Berikan maksud frasa ditimpa musibah. [2 markah]






(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keistimewaan destinasi pelancongan yang dinyatakan.
[3 markah]














(iii) Melancong bersama-sama keluarga banyak faedahnya.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah melancong bersama-sama keluarga? [4 markah]














(iv) Sahabat yang pulang bersama-sama anda dari bercuti di luar negara telah kehilangan bagasinya
yang telah didaftarkan. Bagasinya tidak ada di ruang mengambil bagasi.
Jelaskan tindakan yang harus anda lakukan untuk membantu sahabat anda menyelesaikan masalah
tersebut. [4 markah]
























© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 98

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

C Novel



(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.



Aku tidak percaya apa-apa yang kudengar, tetapi suara yang berkata tadi memang
suara nenek yang jelas memberikan keizinan. Memberikan keizinan kepada Danel supaya
dia boleh mengajakku pecan, menolongnya mengangkat barang-barang yang dipesan oleh
datuk. Akan tetapi aku terfikir, apakah itu bermaksud satu kebenaran bersosial daripada
nenek? Aku tidak faham punca idea itu boleh muncul daripada fikiran nenek.

(Dipetik daripada novel “Jendela Menghadap Jalan” karya Ruhaini Matdarin,
Kementerian Pendidikan Malaysia)




Nyatakan sebab seseorang remaja itu perlu bersosial dengan orang lain secara sihat.
[4 markah]














































99 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut.


(i) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Ismail
(iii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(iv) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin


Huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat dalam novel yang telah anda
pelajari.
[6 markah]



























































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 100

Informasi tentang soalan Rumusan
berdasarkan format SPM terkini
BAB Dulu: Kini

*soalan mengandungi
5 Rumusan *soalan mengandungi satu satu petikan dan 1
petikan
bahan grafik
* mempunyai soalan
pemahaman berdasarkan * Tiada soalan
petikan pemahaman
berdasarkan petikan
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah
Soalan 9 : Rumusan • Membuat rumusan mengikut fokus pelbagai bahan yang 30 markah
disediakan.
• Menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.


Panduan Menjawab Soalan
A Panduan Menulis Rumusan
1. Baca petikan dan teliti bahan-bahan sumber yang diberikan. Kemudian, buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
2. Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau fokus rumusan.
3. Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan.
4. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber yang berbeza
seperti petikan, bahan grafik, puisi, carta, gambar, dan sebagainya.
5. Bahan-bahan sumber yang diberikan berdasarkan tema yang sama.
6. Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber.
7. Bahan sumber petikan mempunyai tidak kurang daripada dua fokus, manakala bahan
sumber lain mempunyai satu atau dua fokus.
8. Rumusan hendaklah mempunyai:
(i) Pendahuluan
(ii) Isi-isi
(iii) Penutup
9. Pemarkahan rumusan adalah seperti yang berikut:
Bil Skop Markah
1 Pendahuluan 2 markah
2 Isi 16 markah
3 Penutup 2 markah
JUMLAH 20 markah
10. Setiap rumusan mestilah mempunyai lapan isi. Setiap isi bernilai dua markah.
11. Rumusan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.
12. Markah bahasa adalah sebanyak sepuluh dan dinilai secara holistik.
13. Pemarkahan bahasa bagi rumusan adalah seperti yang berikut:

Markah Kriteria
8 – 10 markah Cemerlang
5 – 7 markah Baik
3 – 4 markah Sederhanaa
1 – 2 markah Lemah
14. Kesimpulan ditulis berdasarkan tema bahan sumber.




127 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Rumusan Cemerlang



Bahan 1 – Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.


Perpaduan merujuk penyatuan pelbagai kelompok • identiti – aspek-aspek tertentu
yang dapat menunjukkan sifat diri
masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza seseorang
membentuk identiti kebangsaan. Sejak merdeka sehingga • prasangka – anggapan buruk
kini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan yang bertujuan untuk terhadap sesuatu/ seseorang sebelum
mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. mengetahui hal yang sebenar
Penghayatan terhadap Rukun Negara dalam kalangan
rakyat mampu untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Selain itu, semangat perpaduan
dapat dipupuk melalui persekitaran sekolah yang muhibah dan toleransi yang membolehkan
murid-murid berinteraksi sesama mereka. Di samping itu, bahasa merupakan elemen yang
paling penting untuk memupuk perpaduan di sekolah. Bahasa menjadi alat komunikasi berkesan
untuk menyampaikan maklumat dan komunikasi harian. Oleh yang demikian, bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan
masyarakat tanpa sebarang prasangka. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka
Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMuP). Program ini bertujuan untuk mengeratkan
perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum melalui aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah, seperti sambutan hari perayaan.
Perpaduan juga boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti
kokurikulum seperti sukan dan permainan, kelab dan persatuan, dan unit beruniform harus
dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan, malah
membina daya kepimpinan dalam diri murid dan memupuk kemahiran insaniah murid-murid.
Pembentukan sekolah wawasan juga memberikan kesan yang positif dalam mewujudkan sikap
saling menghormati antara murid yang berbilang kaum di sekolah. Sekolah ini berkesan untuk
melahirkan masyarakat majmuk yang lebih utuh pada masa hadapan.
Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dimainkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, hakikatnya masih banyak pihak yang berusaha sebagai agen untuk memupuk
nilai perpaduan ini. Semua pihak haruslah sama-sama berganding bahu meningkatkan lagi nilai-
nilai perpaduan antara kaum kerana perpaduan amat mahal nilainya.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Perpaduan Kaum: Sekolah sebagai Agen
Penyatuan” oleh Zulfazlan Jamrah, Dewan Siswa, Ogos 2017)

Bahan 2 – Grafik
















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 128

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Model Rumusan


Rumusan membincangkan faedah, tanggungjawab kerajaan, dan langkah-langkah untuk
memupuk perpaduan.
Faedah memupuk perpaduan ialah melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Selain
itu, memupuk persekitaran sekolah yang muhibah dan toleransi yang membolehkan murid
berinteraksi sesama sendiri. Tambahan pula, perpaduan dapat mengekalkan keharmonian
rakyat di negara ini. Kementerian pendidikan menganjurkan program Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMuP) di sekolah-sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum. Pihak
sekolah memastikan setiap murid yang berbilang kaum melibatkan diri dalam pelbagai
sambutan hari perayaan. Sekolah Wawasan akan mewujudkan sikap saling menghormati
antara murid berbilang kaum di sekolah.
Langkah-langkahnya ialah menggunakan bahasa Kebangsaan. Seterusnya,
menyemarakkan lagi kempen Cintai Bahasa Kebangsaan kepada seluruh rakyat di negara
ini.
Kesimpulannya, setiap orang perlu memupuk semangat perpaduan agar rakyat
sentiasa harmoni dan aman damai.
(120 patah perkataan)


Tugasan Berpandu 1

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan bahan.

Bahan 1 – Petikan
• multimedia – pelbagai media
• aplikasi – kegunaan secara praktikal
• personaliti – keperibadian
Telefon pintar merupakan alat komunikasi yang penting
dalam kehidupan masyarakat. Namun begitu, telefon
pintar boleh menyebabkan sesetengah murid bertindak agresif dengan merakamkan aktiviti
yang tidak bermoral walaupun sekadar gurauan. Murid mudah terpengaruh oleh persekitaran
dan mempunyai perasaan ingin mencuba terhadap perkara yang dilihatnya dan akhirnya
menjadi kebiasaan mereka.
Telefon pintar yang dilengkapi dengan kemudahan multimedia akan mendatangkan impak
yang besar terhadap perubahan tingkah laku murid, misalnya mereka mudah leka akan peranti
masing-masing dan kurang berinteraksi dengan rakan-rakan. Mereka lebih mementingkan
hiburan berbanding dengan pelajaran. Oleh yang demikian, pelajaran murid-murid terabai dan
pencapaian akademik mereka kian merosot. Murid-murid juga mudah terpengaruh oleh budaya
tidak sihat yang tersebar melalui aplikasi telefon pintar.
Secara tidak langsung, penggunaan telefon pintar boleh menyebabkan murid-murid
mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Misalnya, mereka lebih yakin
apabila berkomunikasi secara maya, iaitu menerusi aplikasi WhatsApp dan sebagainya, namun
mereka menjadi gagap dan kurang keyakinan diri apabila bersemuka dengan masyarakat. Lebih
malang lagi, murid-murid lebih gemar membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbanding
dengan membaca buku. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon pintar membolehkan murid-
murid untuk menghubungi keluarga. Telefon pintar juga boleh menjadi sumber maklumat jika
digunakan dengan baik. Namun begitu, penggunaan telefon pintar sehingga lewat malam boleh


129 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

menyebabkan mereka tidak mendapat tidur yang cukup sehingga membawa kepada perubahan
personaliti seperti kemurungan dan kurang tumpuan terhadap akademik.
Murid merupakan aset negara dan generasi yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan. Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melarang murid-murid membawa telefon
bimbit ke sekolah patut dipatuhi demi kebaikan semua pihak.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah”
oleh Sa’adiah Shuib, Dewan Masyarakat, April 2015)


Bahan 2 – Grafik




























Langkah 1 Menganalisis Soalan
Kenal pasti tema bahan sumber tersebut. Baca petikan dan lihat bahan grafik dengan teliti, kemudian buat rumusan
tentang fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber yang diberikan.

• Tema bahan sumber: Sains, Teknologi, dan Inovasi

• Fokus 1: Kesan penggunaan telefon pintar

• Fokus 2: Kebaikan telefon pintar



Langkah 2 Menulis Pendahuluan
Tulis pendahuluan rumusan berdasarkan fokus-fokus yang terdapat dalam bahan sumber.

Rumusan membincangkan kesan dan kebaikan telefon pintar kepada pengguna.










© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 130

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan


Langkah 3 Fokus 1: Kesan penggunaan telefon pintar
1. Murid bertindak agresif dengan merakamkan aktiviti yang tidak bermoral.
2. Murid mudah terikut-ikut dengan persekitaran dan pada mempunyai perasaan ingin melakukan

perkara yang dilihat.
3. Impak yang besar terhadap perubahan tingkah laku murid.

4. Penggunaan telefon pintar sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak mendapat tidur
yang cukup hingga membawa kepada perubahan personaliti.
5. Penggunaan telefon pintar mengubah cara remaja berkomunikasi.

6. Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan.
7. Masalah mata kering, mata penat, dan kesakitan bahagian bahu dan leher.

8. Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan alat
elektronik.



Langkah 4 Fokus 2: Kebaikan telefon pintar
1. Telefon pintar membolehkan murid menghubungi ibu bapa dan rakan-rakan.

2. Telefon pintar boleh menjadi sumber maklumat jika digunakan dengan baik.


Langkah 5 Penutup

Kesimpulannya, pengguna telefon pintar hendaklah bijak agar dapat menghindari sebarang keburukan.




Tugasan Berpandu 2

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan

• kekangan – masalah
Budaya bersukan dalam kehidupan seharian, secara tidak • arus modenisasi – zaman moden
• aspirasi – cita-cita
langsung akan melahirkan masyarakat yang sihat. Pelbagai
masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit
jantung, serta strok dapat dihindari. Realitinya, banyak kekangan yang dihadapi oleh rakyat
Malaysia untuk membudayakan sukan ekoran arus modenisasi yang sangat mengehadkan
usaha bersukan kerana banyak masa dihabiskan di tempat kerja.
Kebanyakan rakyat di negara ini menghabiskan cuti hujung minggu dengan balik ke
kampung atau membeli-belah barangan keperluan harian. Jika hari bekerja, banyak masa
dihabiskan dalam kesesakan jalan raya. Seandainya ingin bersukan di luar rumah, cuaca di

131 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Malaysia agak panas dan menyebabkan seseorang itu cepat berasa dahaga dan penat. Jika
ingin bersukan di dalam rumah, peralatan sukan yang ingin dibeli agak mahal. Tambahan
pula, keadaan rumah yang sempit dan ruang yang terhad menyebabkan tiada ruang untuk
menyimpan peralatan sukan tersebut. Bagi yang berminat untuk sukan berbasikal, sukan ini
terdedah dengan keselamatan di jalan raya. Banyak penunggang basikal maut dilanggar oleh
kenderaan lain akhir-akhir ini.
Amalan bersukan perlu dipupuk sejak bangku sekolah lagi bagi menggalakkan rakyat di
negara ini melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Sikap ibu bapa yang mementingkan
akademik sehingga melarang anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah
perlulah diubah. Aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sukan perlu
disambut secara positif oleh semua pihak. Tanpa bantuan daripada pihak swasta dan sokongan
semua rakyat usaha ini akan gagal. Oleh itu, tanpa mempedulikan kekangan, setiap individu
perlu berusaha untuk melibatkan diri dalam sukan.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Budaya Bersukan Rakyat Malaysia"
oleh Mohd. Shukri Anwar, Dewan Budaya, Jun 2018)


Bahan 2 – Grafik




























Langkah 1 Menganalisis Soalan

Kenal pasti tema bahan sumber tersebut. Baca petikan dan lihat bahan grafik dengan teliti, kemudian buat
rumusan tentang fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber yang diberikan.


• Tema bahan sumber: Sukan dan Rekreasi

• Fokus 1: Halangan / Kekangan bersukan
• Fokus 2: Faedah-faedah bersukan

• Fokus 3: Usaha-usaha memupuk semangat kesukanan



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 132

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan


Langkah 2 Menulis Pendahuluan
Tulis pendahuluan rumusan berdasarkan fokus-fokus yang terdapat dalam bahan sumber.

Rumusan membincangkan halangan, faedah-faedah, dan usaha-usaha memupuk semangat kesukanan.








Langkah 3 Fokus 1: Halangan / Kekangan bersukan

1. Kehidupan zaman moden ini yang sangat mengehadkan usaha bersukan kerana banyak masa
dihabiskan di tempat kerja.
2. Kebanyakan rakyat negara ini menghabiskan cuti hujung minggu dengan balik ke kampung atau

membeli-belah barangan keperluan harian.
3. Peralatan sukan yang ingin dibeli agak mahal.
4. Sukan berbasikal pula terdedah dengan keselamatan di jalan raya.



Langkah 4 Fokus 2: Faedah bersukan
1. Masyarakat yang mempunyai gaya hidup sihat.

2. Tahap kesihatan akan bertambah baik dan pelbagai masalah kesihatan dapat dihindari.
3. Meningkatkan produktiviti.

4. Mencungkil bakat sukan seseorang.


Langkah 5 Fokus 3: Usaha-usaha memupuk semangat kesukanan
1. Amalan bersukan perlu dipupuk sejak bangku sekolah.

2. Penganjuran Hari Sukan Negara oleh pihak yang terlibat.


Langkah 6 Penutup

Kesimpulannya, setiap orang hendaklah meluangkan masa untuk bersukan demi kesihatan diri sendiri.
















133 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Praktis SPM 1

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan
• tersisih – terasing
• antisosial – tidak bergaul; berbahaya
Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara • alternatif – pilihan
pada masa akan datang. Pelbagai harapan disandarkan
agar mereka berupaya untuk menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Tanpa disedari, gejala sosial ini meningkat dari semasa ke semasa. Penyalahgunaan dadah
telah terbukti memusnahkan kehidupan individu yang memberikan kesengsaraan kepada
keluarga, masyarakat, dan negara. Penyalahgunaan dadah merupakan musuh utama negara
yang melibatkan bukan sahaja golongan dewasa, malahan golongan remaja dan kanak-kanak.
Umum mengetahui bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan negatif kepada remaja
seperti masalah dalam pembelajaran kerana sering ponteng sekolah. Penagih-penagih dadah
lazimnya akan berasa rendah diri dan tersisih daripada rakan-rakan yang lain.


Remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah turut terbabit dengan tingkah
laku antisosial seperti pergaduhan dan jenayah. Zaman remaja ialah zaman kritikal dalam
kehidupan seseorang kerana pada zaman ini mereka akan memperoleh pengalaman baharu
untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat. Perubahan dan penyesuaian diri ini kadang kala
mendatangkan tekanan perasaan yang mengundang padah jika tidak diselesaikan dengan bijak.
Kebanyakan remaja mengambil dadah sebagai alternatif untuk menghilangkan rasa bosan
dan kerunsingan yang dihadapi. Sesetengah remaja beranggapan bahawa pengambilan dadah
dapat menyelesaikan masalah emosi yang dihadapi. Mereka juga mengambil dadah untuk
mendapatkan keseronokan kerana terpengaruh dengan dunia hiburan.

Penagihan dadah menyebabkan risiko dijangkiti HIV atau AIDS, hepatitis, dan sawan.
Hal ini demikian kerana, penagih menggunakan alat suntik yang dikongsi bersama dengan
rakan penagih yang lain. Pengambilan dadah oleh ibu mengandung pula dapat menyebabkan
keguguran dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu, bersama-samalah kita
memerangi dadah supaya negara ini bebas daripada cengkamannya. Penting bagi sesebuah
negara untuk melahirkan generasi pelapis yang bebas daripada pengaruh dadah.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara”,
oleh Muhammad Helmi Ibrahim, Dewan Siswa, November 2017)






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 134

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Bahan 2 – Grafik

























Pendahuluan:

Rumusan membincangkan sebab-sebab, kesan-kesan penagihan dadah, dan langkah-langkah
mengatasinya.



Isi Fokus 1: Kesan-kesan penagihan dadah
1. Memusnahkan kehidupan individu yang memberikan kesengsaraan kepada keluarga,
masyarakat, dan negara.

2. Memberikan masalah dalam pembelajaran kerana sering ponteng sekolah.
3. Penagih dadah akan berasa rendah diri dan tersisih daripada rakan-rakan yang lain.
4. Terlibat dengan tingkah laku antisosial seperti pergaduhan dan jenayah.

Isi Fokus 2: Sebab-sebab penagihan dadah
1. Alternatif untuk menghilangkan rasa bosan dan kerunsingan.

2. Dapat menyelesaikan masalah emosi yang dihadapi.
3. Mendapatkan keseronokan kerana terpengaruh dengan dunia hiburan.

Isi Fokus 3: Langkah-langkah mengatasi masalah penagihan dadah
1. Kempen kami benci dadah.
2. Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah.

Penutup:
Kesimpulannya, remaja perlu menghindari gejala penagihan dadah demi kehidupan yang sejahtera.







135 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Praktis SPM 2

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
• dangkal – cetek pengetahuan
Pengurusan sisa pepejal merupakan satu cabaran baharu di • penalti – hukuman atau denda
• nafsi – mementingkan diri sendiri
Malaysia. Sisa pepejal ialah bahan atau benda yang mesti
• delinkuen – tidak mematuhi peraturan
dibuang setelah pecah, haus, lusuh, atau rosak. Antara
contoh sisa pepejal termasuklah sisa makanan, bahan pembungkusan seperti botol, plastik,
kotak, kertas, tin aluminium, bahan logam, dan kayu. Terdapat juga sisa pepejal yang berbahaya
seperti bahan kimia yang memerlukan kaedah pelupusan yang tersendiri. Masalah pengurusan
sisa pepejal ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malah berlaku di kawasan yang
mempunyai penduduk yang kecil. Masyarakat yang dangkal tentang kepentingan pengurusan
sisa pepejal menjadi masalah utama. Hal ini akan menyebabkan kawasan ini dicemari oleh sisa
pepejal kerana sistem pengurusan yang bersepadu belum dipraktikkan. Bahan buangan ini akan
menyebabkan sungai tercemar dan hidupan air akan pupus.

Masyarakat disarankan agar mengamalkan amalan kitar semula dan menggalakkan
mereka membeli barangan yang dibuat daripada bahan kitar semula. Selain itu, kerajaan
perlu meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal
agar memberikan faedah dan hasil yang baik pada masa hadapan. Pewujudan peraturan dan
garis panduan pelaksanaan sangat penting dalam pengurusan sisa pepejal. Menggubal dan
menguatkuasakan pengurusan sisa pepejal, khususnya bagi sisa pepejal bukan toksik dan
berbahaya merupakan kaedah yang baik untuk memudahkan pengurusan sisa pepejal ini.
Di samping itu, penalti hendaklah dikenakan terhadap pelanggaran undang-undang kepada
kilang-kilang di Malaysia dengan menaikkan kadar bayaran denda terhadap pengusaha kilang
yang nafsi dan delinkuen.

Penggunaan teknologi yang mesra alam dan selamat perlu dititikberatkan dalam
pengurusan sisa buangan. Tapak-tapak pelupusan sisa pepejal juga perlu dibina di tempat-
tempat yang bersesuaian. Kegagalan menguruskannya akan mendatangkan kesan yang buruk
kepada alam sekitar dan kehidupan. Perancangan jangka masa panjang perlu dibuat segera agar
masalah yang lebih besar berkaitan pencemaran alam tidak menghantui kehidupan masyarakat.
Usaha-usaha bersepadu daripada jabatan kerajaan, swasta, dan orang ramai perlu digerakkan
dari semasa ke semasa.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Cabaran Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia”
oleh Mohd. Armi Abu Samah dan Afiza Abdullah Suhaimi,
Dewan Kosmik, Januari 2014)



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 136

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan

Bahan 2 – Grafik

























Pendahuluan:
Rumusan membincangkan cara-cara menguruskan sisa pepejal, langkah-langkah, dan kesan-kesannya.




Isi Fokus 1: Cara-cara menguruskan sisa pepejal

1. Asingkan barangan mengikut kategori.
2. Bersihkan sisa kotoran yang terdapat pada barangan tersebut.
3. Masukkan ke dalam beg plastik dan ikat.
4. Hantar ke pusat kitar semula.


Isi Fokus 2: Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran sisa pepejal
1. Masyarakat disarankan supaya mengamalkan amalan kitar semula.
2. Meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal.
3. Mewujudkan peraturan dan garis panduan dalam pengurusan sisa pepejal.

4. Peranan pihak tertentu dalam pengurusan bahan buangan sisa pepejal.

Isi Fokus 3: Kesan-kesan pencemaran sisa pepejal
1. Kawasan kediaman dicemari oleh sisa pepejal.
2. Sungai akan tercemar.

3. Hidupan flora dan fauna di dalam sungai akan pupus.

Penutup:

Kesimpulannya, kita perlu bijak menangani masalah pencemaran sisa pepejal demi persekitaran yang
bersih dan sejahtera.


137 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

*skrip baharu 100%
*mengikut format spm yang baru

SPM Pentaksiran Akhir Tahun




Kertas 1

Dua jam lima belas minit
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.





Amalan Gaya Hidup Sihat


Lemak rasanya buah berangan,
Lemak seperti santan kelapa;
Sayur-sayuran jadi hidangan,
Buah-buahan usah dilupa.


Terang menyinar cahaya bulan,
Terlihat indah pantai Kukup;
Rajin bersenam jadikan amalan,
Tidur hendaklah sentiasa cukup.










Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit kronik. Banyak dalam
kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, tidak
aktif, dan perokok tegar. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak
sihat, seperti pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi, tidak bersenam, dan makan
secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti dan penyakit berbahaya
yang lain, misalnya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 150

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

Bahagian B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.


1.
Leftenan Adnan : Jangan menyerah kalah! Teruskan berjuang!
Askar Melayu : Tapi peluru kita hampir habis!
Leftenan Adnan : Biar putih tulang, jangan putih mata.
(Dipetik daripada novel "Leftenan Adnan Wira Bangsa"
karya Abdul latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Dialog di atas mungkin dituturkan oleh Leftenan Adnan dan askar Melayu ketika serangan tentera
Jepun di Bukit Candu. Peristiwa tersebut jelas mencerminkan semangat patriotik dalam sanubari
sepasukan askar sangat tebal sehingga rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah
tanah air. Bincangkan cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Domain: Awam


2.
KUALA LUMPUR: Bersenam selama 150 minit seminggu dengan kekerapan lima atau
enam kali seminggu berupaya untuk mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
kardiovaskular. Senaman berintensiti sederhana wajar dimulakan untuk memanaskan badan
menerusi sesi regangan bagi menyejukkan badan.
Pengerusi Pusat Komuniti Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Dr. Poh Bee Koon, berkata, “saranan kerajaan menggalakkan senaman
selama 15 minit memberikan peluang kepada individu untuk melakukan separuh daripada
keperluan dalam melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan cergas”.
(Dipetik daripada rencana " Berita Harian Online, 11 April 2019)


Petikan akhbar di atas menerangkan kelebihan aktiviti bersenam bagi mengekalkan kecergasan
dan meningkatkan kesihatan. Bincangkan cabaran-cabaran dalam melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas di negara kita.
Domain: Awam



3.
Seni pertahanan diri merupakan satu kaedah untuk melindungi diri daripada serangan
musuh. Pada zaman dahulu, seni pertahanan diri menjadi amalan bagi setiap orang,
terutamanya kaum lelaki. Mereka akan mempelajari dan menjadikan ilmu pertahanan diri
sebagai perisai diri. Kebanyakan seni pertahankan diri diwarisi sejak turun-temurun serta
diamalkan sebagai satu warisan budaya sesuatu kaum atau masyarakat.


Kamu berminat untuk menyertai seni pertahanan diri yang dianjurkan di sekolah. Tulis surat
kepada abang kamu yang sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi bagi meminta
pendapatnya. Tulis surat anda selengkapnya.
Domain: Diri



151 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun


4.
Tingkatkan Kemahiran Seni Kulinari
Bidang kulinari ini memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara.
Bidang kulinari semakin mendapat permintaan yang tinggi berikutan purata kedatangan
para pelancong ke Malaysia yang meningkat pada setiap tahun. Di samping itu, Malaysia
turut dilabel sebagai “syurga” makanan oleh para pelancong dari serata dunia kerana
mereka dapat merasai pelbagai makanan yang lazat di negara ini.




Huraikan manfaat mempelajari kemahiran memasak dalam kalangan remaja. Domain: Kerjaya






Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Bahagian B (Soalan 2) berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4.

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Jawab semua soalan
[35 markah]


1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.



Keadaan iklim semula jadi yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi
perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim ini amat digemari oleh pelancong
asing, khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan
hutan semula jadi, iaitu hutan hujan tropika menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar
negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan
aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu
oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina, India, dan kaum bumiputera berjaya
meningkatkan kunjungan para pelancong asing ke Malaysia.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Tumpuan Pelancong”
oleh Sofea Suhaimi, ˆ, Oktober 2015)




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 152

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

2. Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut.

Subjek :
Predikat :



Isu kemerosotan kualiti alam sekitar hangat dibicarakan sejak beberapa dekad yang lalu. Hasil
kajian menunjukkan bahawa banyak faktor yang menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar di
negara kita. Penurunan ini berkait rapat dengan pencemaran alam yang disebabkan oleh aktiviti
manusia yang dilihat semakin rakus.






3. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1



Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat terbentuk golongan remaja yang berdisiplin
dan bermaruah. Mereka dapat menimbang keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepaskan
batas keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang menabung dengan institut perbankan
pula akan memperoleh keuntungan yang berbaloi berdasarkan kadar faedah yang ditetapkan
mengikut syarat Islam.





Petikan 2


Masalah disiplin boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkah mengenalpasti
masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang
berkesan dapat di atur dengan rapi. Antara faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya
kemusnahan akhlak atau masalah disiplin di kalangan murid ialah faktor diri, keluarga,
masyarakat, sekolah, media massa, rakan sebaya, dan banyak lagi.


(Dipetik dan diubah suai daripada "Faktor-Faktor Penyebab
Masalah Disiplin di Sekolah" oleh Azizi Bin Yahaya dan
Rohaya Binti Ahmad Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia)











153 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

4. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.




Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta,maka ia pun kembali pada tempatnya
pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku,patik
mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.

(Dipetik daripada petikan prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)






5. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.



Pak Samad : Engkau ni Syahmel, burung terbang dipipiskan lada. Belum tentu lagi kerja di
Australia itu kamu dapat. Kenapa engkau sudah berhenti kerja di bandar ni?

Syahmel : Asalkan rajin berusaha sudah tentu kita akan mendapat hasilnya. Bukankah usaha
tangga kejayaan, Pak Samad? Saya sudah mendapatkan bantuan daripada agensi
pekerjaan untuk bekerja di luar negara. Mereka sudah mendapatkan pekerjaan
untuk saya.

Pak Samad : Kalau begitu Pak Samad doakan kau agar memperoleh pekerjaan yang baik
di Australia nanti. Bekerja di tempat orang memerlukan ketekunan. Segala
peraturan dan undang-undang mesti dipatuhi demi kebaikan. Engkau harus
pandai menyesuaikan diri di tempat orang, masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak. Jagalah diri engkau baik-baik.

Syahmel : Baiklah Pak Samad. Pesan Pak Samad itu akan sentiasa saya ingat.






















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 154

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1


Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014.
Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik sebanyak 27.44 juta
pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.
Sejak pengenalan Program Transformasi Negara tersebut, industri pelancongan dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke
persada dunia. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang
agresif di luar negara. Hasil daripada promosi tersebut, industri ini telah berjaya menampilkan
keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari
Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema "1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang"
telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan
2020. Secara tidak langsung industri pelancongan mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4
bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Sektor Pelancongan Beri Sumbangan
Ketara kepada Ekonomi Negara" Berita Harian, Oktober 2015)



Bahan 2


MALAYSIA DESTINASI TERBAIK PELANCONGAN PERUBATAN
Pelancongan perubatan merupakan lawatan seseorang dari satu negara ke negara lain untuk tujuan
rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang tidak mengetahui bahawa Malaysia ialah
salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk mendapatkan rawatan. Pelbagai
kemudahan perubatan yang disediakan dengan kos yang berpatutan menyebabkan nama Malaysia
meniti di bibir pelancong yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan.
Kerajaan mula menitikberatkan pelancongan perubatan kerana peranannya mampu
mempelbagaikan ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan
Asia muncul pada 1997. Pada tahun 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia
Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan
dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC bekerjasama dengan
pembekal perubatan dari Semenanjung Malaysia untuk membangkitkan kesedaran terhadap
perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Malaysia Destinasi Terbaik Pelancongan Perubatan",
Mysoftinn.com, 17 May 2017)




155 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

(i) Berdasarkan Bahan 1 berikan maksud persada dunia. [2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan sumbangan sektor pelancongan
dan pelancongan perubatan kepada negara. [4 markah]
(iii) Industri pelancongan di negara kita menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah rakyat Malaysia boleh membantu kerajaan
meningkatkan industri tersebut. [3 markah]
(iv) Ketika berbasikal di sebuah taman rekreasi, anda terjumpa sebuah beg sandang. Di dalam
beg tersebut terdapat dokumen pengenalan diri yang diyakini milik pelancong asing
berdasarkan nama dan maklumat yang tertera.
Cadangkan langkah-langkah untuk mengembalikan barang tersebut kepada pemiliknya.
[4 markah]





7. Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1


(Sedang mereka rancak berbincang tentang PLKN, kedengaran loceng yang menandakan waktu bermulanya
sesi persekolahan untuk hari itu berdering. Mereka semua menuju ke kelas masing-masing).
SEMUA PELAJAR : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.

CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua
dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk
PLKN?

NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk
menyertainya. Tak sabar rasanya.

CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang
baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan
untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah
bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari
luar kerana dilaksanakan mengikut cara Malaysia.

(Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara" antologi Jaket Kulit kijang dari
Istanbul, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 156

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

Bahan 2



MALAYSIA SEJAHTERA

Puji dan syukur pada Ilahi
AnugerahNya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia, sekata, sehati, sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami setia, kami sedia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia.


Lagu: Sejahtera Malaysia






(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata amat teruja. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh golongan belia
untuk membuktikan taat setia kepada negara? [4 markah]

(iii) Perpaduan kaum perlu dipelihara dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat? [3 markah]


(iv) Semasa perhimpunan rasmi di sekolah berlangsung, terdapat beberapa orang rakan anda
yang berbual-bual dan tidak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama.
Sebagai seorang murid yang berdisiplin, apakah tindakan yang boleh anda lakukan?
[4 markah]












157 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

8. (i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.




“Retinal scanner, abang kau datang pasang pagi tadi,” jawab Shida sambil membuka
jeriji dan pintu kayu jati. Raket skuasy dikutip dari lantai dan mereka masuk ke dalam
apartmen beriringan.


“Aku tak fahamlah abang aku ni. Kenapa nak pasang retinal scanner pula? Dahlah dia
sambungkan interkom rumah ni dengan rumah dia.” Farisha berasa rimas dengan tindakan
abang sulungnya. “Kalau kau tak angkat telefon tadi, mesti dia yang angkat,” Farisha
menunjuk ke arah telefon bimbit Shida yang baru diletakkan di atas meja kopi.

“Azraai tu abang kau. Dia sayang akan kau. Tentulah dia buat semua ni demi
keselamatan kau.” Shida berada di pihak Azraai nampaknya.





(a) Bilakah Azraai memasang retinal scanner di apartmen Farisha. Mengapa? [4 markah]



(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:



(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin




(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, mengapakah pengarang mengakhiri ceritanya
sedemikian? [6 markah]




















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 158

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

BAHAGIAN C: RUMUSAN
Bahan 1 : Petikan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.



Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi muda di negara kita yang bijak menguruskan
kewangan. Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor.
Mereka lebih mementingkan gaya hidup mewah tanpa memikirkan kesannya terhadap
kemampuan kewangan mereka. Amalan gemar memiliki telefon pintar atau alat elektronik
tercanggih di pasaran dan bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini
menunjukkan generasi muda perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih
lagi semasa berlakunya kegawatan ekonomi. Oleh itu, generasi muda dinasihati supaya tidak
membazir ketika berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebilangan daripada mereka
gemar membeli barangan berjenama yang mahal harganya menyebabkan mereka menghadapi
masalah dalam menguruskan kewangan. Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan
untuk memastikan kewangan sentiasa terurus.
Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik
wang pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan
sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut.
Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-
masing. Dalam hal perkahwinan pula, generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang
terkini. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.
Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan kehidupan baru dalam
berkeluarga. Oleh yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal
bersama-sama ibu bapa untuk sementara sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan,
pasangan tersebut dapat menabung sebagai persediaan membeli rumah. Sebenarnya,pembelian
rumah pada usia muda adalah lebih baik bagi mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih
anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah, mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah
tidak melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan isi rumah.
Sehubungan itu, perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi semua perkara perlu
dilakukan. Kita juga janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja, terutama apabila mempunyai
lebihan wang. Sebagai contohnya, apabila mendapat bonus, pelbagai keinginan akan terlintas
dalam fikiran seperti kereta baharu, perabot baharu, dan percutian. Selain itu, pengurusan
kewangan menjadi semakin mencabar apabila kad kredit mudah dimiliki. Penggunaan kad
kredit yang sewenang-wenangnya menyebabkan penggunanya menanggung bebanan hutang.
Oleh itu, perbelanjaan menggunakan kad kredit perlulah dikawal. Sesungguhnya, kejayaan
dalam pengurusan kewangan seseorang bergantung pada usaha masing-masing.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Gen Y Suka Membazir"
oleh Alzahrin Alias, Berita Harian, 15 Mac 2014)








159 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun

Bahan 2 : Grafik



Keistimewaan SSPN-i Plus




• Simpanan patuh syariah.
• Pelepasan taksiran cukai pendapatan
ke atas simpanan bersih tahun semasa
sehingga RM15 000.00 setahun. SSPN
• Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
• Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal
(kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00
bagi pendeposit yang menyimpan dalam pakej Berlian SSPN-i PLUS.
• Tiada pemeriksaan kesihatan khusus bagi mereka yang ingin
menyertai pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud, dan Nilam.
• Kadar dividen yang kompetitif.
• Manfaat khairat kematian layak kepada pendeposit termasuk
pasangan dan 3 orang anak.
• Layak memohon pinjaman pendidikan. Bermula tahun 2014, akaun
SSPN merupakan syarat wajib bagi pelajar membuat permohonan
pinjaman PTPTN.
• Simpanan dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
• Elaun Kemasukan ke Hospital.
• Manfaat Takaful bagi 36 Penyakit Kritikal.

Jom Buka Akaun SSPN

Demi Masa Depan Anak-Anak


Sumber : Skim Simpanan Pendidikan Nasional, SSPN-i Plus Online






















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 160

*Jawapan yang lengkap dibekalkan di belakang buku



Jawapan



Praktik Berformat SPM promosi, dan kempen – Kesan: mengurangkan lambakan
BAB barangan dari luar – Kesimpulan: membuktikan produk tempatan
juga setaraf dengan produk luar negara
1 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Penutup
Tugasan Berpandu 1 IKS yang berjaya dapat membantu negara menjana ekonomi –
barangan yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan masyarakat
Pendahuluan tempatan – pemasaran ke luar negara akan memberikan keuntungan
kos sara hidup semakin meningkat hari demi hari – perlu kepada negara – mengurangkan pergantungan barangan makanan
mengamalkan amalan berjimat cermat termasuk penggunaan tenaga daripada negara luar – membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
elektrik – pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk menjimatkan tempatan
penggunaan tenaga elektrik
Isi-isi relevan
(a) cabut plag apabila tidak digunakan – Huraian: arus elektrik Praktis SPM 1
tetap mengalir walaupun suis peralatan tersebut tidak dipasang Pendahuluan
– Contoh: plag televisyen, komputer, pengecas telefon, dan perbelanjaan berhemah bermaksud membelanjakan wang dengan
mesin basuh – Kesan: dapat menjimatkan perbelanjaan dan berjimat cermat – lebihan wang perbelanjaan disimpan – wang dapat
mengelakkan risiko kerosakan – Kesimpulan: menjimatkan digunakan pada masa kecemasan
penggunaan tenaga elektrik seharian
(b) barangan elektrik mempunyai simbol cekap tenaga – Huraian: Isi-isi relevan
banyak barang elektrik dengan simbol jimat tenaga yang dijual (a) menguruskan perbelanjaan secara bijak – berbelanja berdasarkan
di pasaran di samping harga yang lebih murah – Contoh: kemampuan – ukur baju di badan sendiri – memperuntukkan
alat penyaman udara, peti sejuk, dan mesin basuh – Kesan: sejumlah gaji bulanan untuk tabungan untuk kegunaan masa
penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan – Kesimpulan: hadapan
bil elektrik pada setiap bulan adalah lebih rendah (b) mengutamakan barangan keperluan – pakaian dan makanan –
(c) menggunakan mesin basuh dengan muatan yang betul – tidak mengutamakan barangan mewah – menyediakan senarai
Huraian: elakkan membasuh pakaian dengan muatan yang barangan yang harus dibeli – membeli mengikut keperluan –
terlalu sedikit – Contoh: mengumpulkan pakaian terlebih dahulu amalkan kehidupan secara sederhana
– Kesan: menjimatkan elektrik, air, dan masa – Kesimpulan: (c) tidak boros dalam perbelanjaan – membeli barangan secara
dapat mengelakkan pembaziran tunai – jauhi amalan berhutang atau meminjam wang – elakkan
Penutup penggunaan kad kredit – kadar bayaran balik yang tinggi –
pelbagai cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik di rumah – menyekat kebebasan berbelanja pendapatan bulanan
masyarakat harus sedar dan mengubah cara penggunaan elektrik
yang lebih jimat – menjimatkan wang Penutup
setiap individu perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah –
Tugasan Berpandu 2 merancang kewangan dengan baik demi kepentingan masa hadapan
– ibu bapa mendidik anak-anak berbelanja berhemah sejak kecil –
Pendahuluan melentur buluh biarlah dari rebung – masa hadapan yang cemerlang
sektor industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi pemangkin dan gemilang
kemajuan kepada industri yang lebih besar – melibatkan perusahaan
makanan, perabot, pembuatan, dan sebagainya – menggunakan
sumber bahan mentah – menampung keperluan dan permintaan Praktis SPM 2
dalam kalangan pengguna Pendahuluan
Isi-isi relevan masyarakat penyayang – tidak mementingkan diri sendiri – wujud
(a) kemudahan pinjaman modal – Huraian: pihak bank memberikan masyarakat yang aman dan sejahtera – masalah sosial dalam
pinjaman modal dengan kadar bayaran balik yang fleksibel masyarakat dapat diatasi
– Contoh: sumber bahan mentah, kos peralatan, dan mesin Isi-isi relevan
– Kesan: golongan usahawan yang kekurangan modal dapat (a) bertegur sapa adalah amalan yang baik – bertegur sapa dan
mengembangkan perusahaannya – Kesimpulan: memajukan berbual-bual sesama masyarakat di sekeliling – meluangkan
industri negara masa untuk bersama-sama mereka – melakukan aktiviti
(b) kursus-kursus kemahiran dan kepakaran – Huraian: pihak yang kemasyarakatan – hubungan akan bertambah erat
terlibat mengadakan kursus-kursus, seminar, dan sebagainya (b) mengamalkan amalan gotong-royong dan bantu-membantu
– Contoh: kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang – membersihkan kawasan kediaman secara gotong-royong
– Kesan: perusahaan dapat bertahan lama dan mampu untuk – mengadakan kenduri – membantu orang yang memerlukan
bersaing di persada dunia – Kesimpulan: melahirkan usahawan pertolongan – yang kaya membantu yang miskin
yang berjaya dan berdaya saing (c) ziarah menziarahi – bertanyakan khabar – mendoakan
(c) bantuan pemasaran – Huraian: mendapat bantuan pemasaran kesihatan – memupuk kasih sayang sesama jiran atau rakan
oleh pihak kerajaan dan badan berkanun – Contoh: membantu taulan – membantu menyelesaikan masalah yang wujud dalam
dalam memasarkan produk pertanian dan makanan, menjalankan masyarakat


J7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Jawapan

Penutup Isi-isi relevan
masyarakat perlu mengamalkan budaya masyarakat penyayang – (a) musim perayaan atau cuti persekolahan – banyak anak muda
peneraju negara aman dan sejahtera – hidup sepakat membawa berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan – pulang
berkat – gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat dapat diatasi ke kampung pada musim cuti – kesesakan jalan raya
(b) bilangan kereta bertambah dari semasa ke semasa –
Praktis SPM 3 masyarakat kini sudah mampu untuk memiliki kenderaan sendiri
– menggunakan kenderaan persendirian untuk ke sesuatu
Pendahuluan destinasi
setiap sekolah mempunyai koperasi – diuruskan oleh pihak sekolah (c) kemudahan pengangkutan awam – bilangan pengangkutan
– didaftar mengikut Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) – tidak awam masih kurang – komuter, Transit Aliran Ringan, dan bas
bermotifkan keuntungan – menjual peralatan secara runcit – dipantau – masyarakat menggunakan kenderaan persendirian
oleh pengetua atau guru koperasi
Penutup
Isi-isi relevan setiap pengguna bertanggungjawab mengatasi masalah kesesakan
(a) memupuk semangat usahawan – melatih murid berniaga dan jalan raya – memikirkan alternatif untuk mengatasi kesesakan jalan
menguruskan perniagaan – koperasi sekolah diuruskan oleh raya – mencegah kemalangan – pandu cermat jiwa selamat
jawatankuasa yang terdiri daripada murid – melakukan proses
jual beli – melatih murid bersifat rajin dan jujur Praktis SPM 6
(b) menjual buku dan alat tulis – buku, pembaris, pensel, dan
pemadam – memudahkan murid membeli kelengkapan Pendahuluan
persekolahan – murid tidak perlu ke kedai atau pasar raya – pelbagai jenama telefon bimbit dijual di pasaran – harga yang
koperasi dibuka sepanjang masa pada hari persekolahan berpatutan – dijual di pasar raya atau secara atas talian –
(c) keuntungan pelaburan bersama – murid digalakkan supaya menawarkan berbagai-bagai-bagai jenis dan bentuk – mampu
melabur dalam koperasi – dividen dibayar pada setiap tahun dimiliki oleh semua lapisan masyarakat
–membantu murid yang kurang berkemampuan Isi-isi relevan
Penutup (a) leka dengan telefon pintar – melayani WhatsApp, telegram,
guru dan murid hendaklah berusaha untuk memajukan koperasi Instagram dan permainan video – membuang masa dengan
sekolah – bersatu teguh bercerai roboh – memberikan galakan sia-sia – menjejaskan pelajaran – berjaga sehingga lewat malam
kepada murid untuk membeli peralatan sekolah di koperasi – – menjejaskan kesihatan
pulangan hasil dapat dinikmati bersama-sama (b) terdedah kepada jenayah siber – maklumat peribadi mudah
diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – melibatkan
Praktis SPM 4 wang dan pelbagai fitnah – mendatangkan pelbagai musibah –
penculikan dan penipuan dalam talian
Pendahuluan (c) melunturkan nilai-nilai murni dalam keluarga – kurang
alam sekitar anugerah Tuhan yang amat berharga – kemusnahan berbual atau bertegur sapa dengan ahli keluarga – hubungan
alam sekitar akan menjejaskan kesejahteraan kehidupan – kekeluargaan semakin renggang
bertanggungjawab untuk melestarikan alam sekitar
Penutup
Isi-isi relevan pengguna perlu bijak menggunakan telefon pintar – hanya
(a) pengurusan sampah sarap dengan baik – tidak membuang menggunakan jika perlu – melahirkan keluarga yang sejahtera
sampah di merata-rata tempat – longkang tersumbat
mengganggu aliran air – berlaku banjir kilat – kerosakan harta Praktis SPM 7
benda dan kematian – sungai yang kotor akan berbau busuk –
ekosistem sungai akan terjejas Pendahuluan
(b) tindakan undang-undang – tindakan dikenankan kepada individu kedatangan pelancong asing ke Malaysia semakin meningkat
yang melakukan pembalakan/ penerokaan secara haram – denda saban tahun – Malaysia negara tumpuan – bidang pelaburan –
dan penjara – pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa – meningkatkan pendapatan negara
undang-undang yang telus dan berintegriti Isi-isi relevan
(c) penanaman semula pokok – di kawasan perumahan dan (a) banyak tempat menarik untuk dilawati – kawasan tanah tinggi,
persekitaran – mewujudkan rumah dalam taman/ hutan dalam dan bandar bersejarah, keindahan pulau-pulau, pantai yang
bandar – mengelakkan hakisan tanah dan kemusnahan kawasan bersih – menghilangkan tekanan – memberikan hiburan
tadahan hujan (b) keunikan budaya dan adat resam – terdiri daripada masyarakat
Penutup majmuk – kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain mempunyai
tanggungjawab bersama-sama melestarikan alam sekitar – alam budaya dan adat resam yang berbeza – jenis tarian, makanan
terpelihara kehidupan sejahtera – untuk generasi akan datang tradisional, dan agama yang dianuti
(c) kemudahan pengangkutan awam – memudahkan para pelancong
untuk bergerak ke sesuatu destinasi – bas, Transit Aliran Ringan,
Praktis SPM 5 kereta api komuter, bas, dan teksi – memberikan keselesaan
Pendahuluan Penutup
kesesakan lalu lintas berlaku saban hari – terutama di bandar-banda nama Malaysia menjadi sebutan dan destinasi pilihan untuk
besar – waktu puncak, iaitu waktu pergi dan pulang dari pejabat – merehatkan minda – kerjasama semua pihak untuk memantapkan
mengakibatkan kemalangan industri pelancongan negara – menjana ekonomi negara


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J8

CVR_Top Class KSSM Bahasa Melayu (2021) Tingkatan 4-Edisi Murid.pdf 1 19/11/2020 4:12 PM






Tingkatan IC094011S

4
CLASS 4 4 KSSM
KSSM




Bahasa Melayu
Bahasa Melayu

Top Class KSSM - Sumber bahan latihan berkualiti ke arah prestasi CLASS
unggul dalam peperiksaan sekolah dan SPM. Termuat dengan ciri-ciri
menarik serta pelbagai inisiatif digital ke arah pembelajaran abad ke-21.


Ciri-ciri Istimewa: JUDUL-JUDUL TOP KSSM: 3 4 5 CLASS

Subjek / Tingkatan 1 2
Nota Terancang
Nota Terancang
Nota Terancang Bahasa Melayu
English
Praktis SPM
Praktis SPM
Praktis SPM Bahasa Cina
KSSM 4
4
Kod Mathematics / Matematik Tingkatan
PAK-21 dalam Kod QR
PAK-21 dalam Kod QR QR Additional Mathematics / Matematik Tambahan
PAK-21 dalam Kod QR
Biology / Biologi KSSM 4
Pentaksiran Akhir Tahau
Pentaksiran Akhir Tahun Physics / Fizik Bahasa Melayu
Pentaksiran Akhir Tahau
Chemistry / Kimia
Jawapan Lengkap
Jawapan Lengkap
Jawapan Lengkap Science / Sains
Kod Geografi
Nota Bonus Peribahasa dan
Nota Bonus Peribahasa dan
Nota Bonus Peribahasa dan QR Sejarah
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
Bahasa Melayu
Kod Pendidikan Islam
QR Ekonomi
Modul Literasi Sivik Bahasa Melayu
Modul Literasi Sivik
Modul Literasi Sivik
Prinsip Perakaunan
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE Perniagaan Azahar Bahari Alshaa Rani Ab Wahab
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE
www.epelangi.com
www.epelangi.com (Penulis Buku Teks)
www.epelangi.com
Rakaman Audio untuk Aktiviti Mendengar
Teks Mendengar Tingkatan 4 Haniza Mohd Salim
Praktis Topikal
Praktis SPM
www.PelangiBooks.com PAK-21
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • Pakej PdPR
KBAT/i-THINK
W.M: RM11.35 / E.M: RM11.65 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
IC094011S
ISBN: 978-967-2907-73-2 Rekod Pencapaian Lembaran PBD
Info Video Online Quick Quiz
Lengkap dengan Lembaran PBD Modul Literasi Sivik
iv
untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Akhir Tahun
Pentaksiran Bilik Darjah


Click to View FlipBook Version