The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-07-10 02:34:17

SKOR A+ SPM BAHASA MELAYU

WM RM8.35
EM RM8.65

KERTAS MODEL 1 SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Kertas 1 UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU NAMA: ......................................................................................... ANGKA GILIRAN: 1103/1 2 jam KM1 –1 SPM Bahasa Melayu JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh Bahagian A 30 Bahagian B 70 Jumlah 100 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 1 28/06/2023 11:49 AM


KM1–2 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minat. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kekosongan: Kelayakan: Pegawai Pertanian (empat kekosongan) Pegawai Perikanan (dua kekosongan) Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan Mempunyai keterampilan yang baik Semangat bekerjasama yang tinggi Sanggup ditempatkan di kawasan pedalaman JABATAN PERTANIAN MOHONLAH SEKARANG Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi tentang sistem perkomputeran dan isu penyimpanan data JABATAN SUMBER MANUSIA Kelayakan: Layarilah laman web www.hrm.org untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jurutera Keselamatan Sistem Pegawai Teknologi Maklumat Kekosongan: 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 2 28/06/2023 11:49 AM


KM1 –3 SPM Bahasa Melayu 1103/1 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1. KUANTAN, 31 Disember – Gara-gara mahu menebus mata e-dompet bernilai 750, suri rumah berputih mata selepas ditipu sehingga wang simpanannya berjumlah RM21 399 lesap. Ketua Polis Pahang, iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 29 Disember lalu apabila mangsa yang berasal dari Raub dan berusia 36 tahun menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat Touch ‘n Go. Menurutnya, berikutan hal tersebut, orang ramai yang menerima panggilan meragukan daripada sesiapa pun dikehendaki segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Duit Lesap kerana Diperdaya Tebus ‘Point’ E-dompet’, oleh Khairulmizan Yahya, myMetro, 31 Disember 2022 Petikan di atas menerangkan masalah yang berlaku akibat penggunaan e-dompet dalam kalangan masyarakat. Huraikan kesan-kesan yang timbul akibat penggunaan e-dompet tersebut. 2. Ribuan orang hadir di Hotel Raja, Melaka untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis pada jam 9:00 pagi, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bilik jamuan VIP pada jam 10:00 pagi dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Majlis rumah terbuka seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin. Jamuan sedemikian adalah amat bermakna bagi rakyat ketika suasana Aidilfitri masih dirasai. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ribuan Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani’, Berita Harian, 29 April 2023 Petikan akhbar tersebut jelas menunjukkan kepentingan rumah terbuka kepada rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di negara kita. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara yang ingin mengetahui majlis rumah terbuka di negara kita dengan lebih lanjutnya. 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 3 28/06/2023 11:49 AM


KM1–4 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/1 3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerbitkan sitkom pada tahun ini untuk menyebarkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam bentuk santai dan menghiburkan. KKM sentiasa berusaha untuk mencari idea-idea baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang baik menerusi mesej promosi dan pendidikan kesihatan. Demi mencapai hasrat tersebut, pelbagai kempen dilaksanakan di bawah Teras 1ANMS, iaitu memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah media. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sitkom Gaya Hidup Sihat KKM Ditayangkan Mulai 8 Mei’, oleh Kumara Sabapatty, Malaysia Gazette, 3 Mei 2023 Petikan di atas memberikan sedikit gambaran tentang budaya gaya hidup sihat di negara kita. Pada pendapat anda, mengapakah kesedaran tentang isu gaya hidup sihat masih rendah dalam kalangan masyarakat di negara kita? 4. Titah Ketua Negara kepada institusi pendidikan tinggi (IPT) sama ada yang awam mahupun yang swasta seharusnya berusaha untuk mendidik mahasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada negara secara besar-besaran. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang tetapi segala tutur kata dan perbuatan mereka haruslah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini dikatakan demikian kerana rata-ratanya lepasan IPT pada dewasa ini kekurangan jati diri apatah lagi jati diri yang kental. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Didikan Jati Diri untuk Mahasiswa’, oleh Teo Kok Seong, Utusan Malaysia, 17 Januari 2023 Sebagai respons terhadap petikan akhbar di atas, anda sedar bahawa sebagai seorang murid dan juga bakal siswazah, anda seharusnya memupuk jati diri yang kental agar mampu untuk mendepani segala masalah dalam hidup anda terutamanya apabila sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Jelaskan langkah-langkah yang anda lakukan untuk mencapai hasrat tersebut. 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 4 28/06/2023 11:49 AM


KM1 –5 SPM Bahasa Melayu 1103/1 KERTAS MODEL SPM 1 KERTAS MODEL 1 SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Kertas 2 UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU NAMA: ......................................................................................... ANGKA GILIRAN: 1103/2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C 2. Jawab semua soalan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh Bahagian A 35 Bahagian B 35 Bahagian C 30 Jumlah 100 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 5 28/06/2023 11:49 AM


KM1–6 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/2 BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja pasif. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Peningkatan jumlah kes COVID-19 yang berlaku di dalam negara kebelakangan ini masih terkawal dan tidak membimbangkan. Hal ini dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut Menteri Kesihatan, iaitu Dr. Zaliha Mustafa, jumlah kes kematian yang rendah dicatatkan oleh kementerian tersebut walaupun wabak ini menunjukkan peningkatan kes yang agak ketara. “Tentang varian COVID-19 yang terdapat di negara, varian yang kita dapati ialah varian Omicron. Penyebarannya cepat tetapi masih terkawal dan tidak membimbangkan,” kata beliau ketika ditanya oleh para pemberita di Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK). Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kementerian Kesihatan Jamin COVID-19 Masih Terkawal – Dr. Zaliha’, oleh Siti Athirah Dzulkifly, Utusan Malaysia, 18 April 2023 [8 markah] 2. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian pilih tiga ayat daripada petikan berikut dan cerakinkan kepada ayat tunggal. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta kerjasama semua pihak supaya memastikan infrastruktur sekolah dalam keadaan baik. Keselamatan murid tidak akan dikompromikan ketika mereka di dalam sekolah atau di luar sekolah. Walaupun KPM menghadapi beberapa kekangan dalam isu ini, kementerian akan sentiasa berusaha untuk menanganinya. Kementerian meminta kerjasama daripada para ibu bapa dan orang ramai demi kesejahteraan murid-murid di sekolah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jangan Kompromi Isu Keselamatan Murid Dalam, Luar Sekolah’, oleh Izwan Abdullah, Berita Harian 26 Februari 2023 [6 markah] 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 6 28/06/2023 11:49 AM


KM1 –7 SPM Bahasa Melayu 1103/2 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan, dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. SEMANGAT PERPADUAN LANGKAH PERTAMA LANGKAH KEDUA LANGKAH KETIGA Meraikan perayaan kaum bersama-sama: Rakyat harus saling kunjungmengunjungi antara satu sama lain. Rakyat hendaklah mengeratkan silaturahim di antara kaum. Rakyat hendaklah menghormati antara satu sama lain. Pelibatan dalam kegiatan riadah: Rakyat harus melibatkan diri dalam pelbagai-bagai aktiviti riadah bersama-sama umpamanya di dalam permainan badminton, ping-pong, dan lain-lain. Rakyat Malaysia seharusnya menghindari diri dari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. LANGKAH KEEMPAT Media masa hendaklah menularkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan kepada rakyat. [9 markah] 4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Maka sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengejarkan dia.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, nyatakan peribahasa yang hampir sama maksud dengan peribahasa yang berhuruf tebal. Seikat bak sirih serumpun bak serai merupakan satu peribahasa yang tidak asing lagi bagi kita. Peribahasa ini seharusnya disemaikan ke dalam jiwa rakyat jelata. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza, namun perbezaan ini tidak membawa makna kita tidak mampu mencapai kesepakatan kerana setiap keputusan yang dibuat sewajarnya bersifat seperti menarik rambut di dalam tepung. Oleh itu, setiap rakyat sewajarnya mengabaikan sikap menangguk di air keruh terhadap satu sama lain demi kesejahteraan hidup bersama. [6 markah] 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 7 28/06/2023 11:49 AM


KM1–8 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/2 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [35 markah] 6. Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Negara sudah mengecapi pelbagai kejayaan yang membanggakan, namun masih terlihat tidak molek jika produk tempatan terus dianaktirikan di tanah air sendiri. Tanggapan tidak molek yang paling popular ialah produk tempatan tidak berkualiti. Sebenarnya, kebanyakan aduan yang direkodkan akibat pengguna tersalah semasa membeli barangan tiruan yang dikatakan sebagai produk tempatan asli. Oleh itu, adalah tidak adil apabila tempias negatif tersebut turut terkena pada barangan tempatan yang asli. Pengguna seharusnya bijak untuk membeli barangan yang mempunyai label pensijilan kualiti seperti SIRIM, halal JAKIM, dan lain-lain. Ada juga yang berpendapat bahawa produk tempatan kurang setaraf dan tidak secantik jenama antarabangsa. Segelintir rakyat menyangka bahawa produk tempatan ialah produk import lantaran jenamanya yang bersifat komersial. Contohnya, produk kerusi urut Ogawa yang selalu dianggap sebagai produk Jepun tetapi pada hakikatnya ialah barangan tempatan. Begitu juga dengan jenama Bonia yang terkenal dengan barangan fesyen sebenarnya diasaskan oleh anak tempatan pada tahun 1994. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buang Persepsi Negatif terhadap Produk Tempatan’, oleh Mohammad Asyraf Khalib, myMetro, 22 Oktober 2020 Bahan 2 Kempen Beli Barangan Malaysia memasuki usia 23 tahun pada tahun ini. Hal ini bermakna sudah lebih dua dasawarsa kerajaan bertungkus lumus untuk mempromosikan kempen ini kepada rakyat. Kesedaran terhadap jenama tempatan masih rendah kerana terdapat masyarakat yang tidak mengenali barangan tempatan, lebih-lebih lagi barangan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Bagi kebanyakan individu, hak membeli itu merupakan pilihan sendiri dan tidak boleh dipaksa. Mereka bebas memilih apa-apa jenama yang berprestij dan bertaraf antarabangsa kerana wang yang dibelanjakan itu sememangnya milik mereka. Penyelesaian tuntas perlu dilakukan bagi menangani cabaran ekonomi yang kompleks ini. Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan TikTok tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Media ini menjadi medan baharu yang menggantikan wahana komunikasi tradisional. Setiap industri yang memasarkan barangan tempatan harus mempromosikan barangan mereka. Lebih berkesan sekiranya mereka menggunakan tanda pagar seperti #BeliBaranganBuatanMalaysia dalam hantaran dan kapsyen untuk memudahkan carian masyarakat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cukup-cukuplah Menyisihkan Barangan Malaysia’, oleh Jaymani Sevanathan, Dewan Ekonomi, 26 Oktober 2021 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 8 28/06/2023 11:49 AM


KM1 –9 SPM Bahasa Melayu 1103/2 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata terus dianaktirikan. [2 markah] (ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan pandangan negatif rakyat terhadap produk tempatan. [3 markah] (iii) Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terjejas dengan teruknya. Kempen yang mengutamakan barangan tempatan giat dijalankan demi memulihkan ekonomi negara. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat kurang menyahut seruan kerajaan tersebut? [3 markah] (iv) Keluarga anda ingin membeli-belah untuk membeli barangan yang diperlukan bersempena dengan sambutan perayaan Krismas. Adik-beradik anda yang lain merancang untuk berbelanja lebih dan membeli barangan yang lebih mewah memandangkan adik bongsu anda yang menuntut di luar negara akan balik ke Malaysia selepas dua tahun tidak berbuat sedemikian lantaran pandemik COVID-19. Anda mencuba untuk menghalang rancangan adik-adik anda tetapi malangnya anda mendapat tentangan daripada mereka. Bagaimanakah anda ingin menangani situasi tersebut? [4 markah] 7. Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Eton: Mengapakah diberhentikan? Cik Puan: Malas nak cerita! (Memandang Eton dengan sungguh-sungguh). Awak carilah kalau ada. Tapi, janganlah yang lembab sangat (membuang muka). Tak ada orang gaji tak apalah, kalau ada tetapi tak pandai, buat malu sahaja. Eton: (Tersenyum sedikit.) Saya masih ingat tentang minum teh dengan garam dulu. Cik Puan: Bukan itu saja. Masa ketua pejabat suami saya datang ke rumah, malu betul saya dibuat oleh Si Minah. Sudu untuk sup ditaruhnya di tempat gulai, sudu untuk gulai ditaruhnya di pinggan sup. Entah-entah beliau kata saya tak tahu menghidangkan makanan pula. Eton: Dulu Cik Leha mencadangkan supaya kumpulan kita mengadakan kursus untuk orang gaji, cara-cara nak menghidangkan makanan, menyusun hidangan, dan sebagainya. Cik Puan: Setuju. Kita bukan macam dulu lagi, kita dah merdeka. Sepatutnya kita pandai menyesuaikan diri dengan bangsa-bangsa yang dah merdeka. Taklah sia-sia negara kita merdeka. Kalau bangsa asing tahu perkara yang dibuat oleh orang gaji kita, tentu diketawakannya. Entah-entah ada yang anggap kita belum layak merdeka lagi. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 9 28/06/2023 11:49 AM


KM1–10 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/2 Bahan 2 "Hidup berjiran mesti pandai bertimbang rasa dan tolong-menolong", kata Puan Ainun kepada Shafiq dan Hanif. Kini, apabila anak-anaknya melakukan perbuatan seperti yang selalu dipesan kepada mereka, maka wajarkah dia menegahnya? Tidak! Puan Ainun tidak mahu menyemaikan sikap yang begitu ke dalam jiwa anak-anaknya. Oleh itu, dia tidak berkata apa-apa apabila melihat Shafiq atau Hanif memancutkan air dari rumah mereka ke arah pokok-pokok bunga di halaman rumah Punita. Cuma hatinya sahaja yang terus membara setiap kali mengenangkan perbuatan Punita yang tergamak memulangkan masakan gulai daging sapi yang diberikannya secara ikhlas. Lima hari kemudian, barulah Punita pulang. Puan Ainun melihat kereta Punita masuk ke halaman rumahnya. Namun, dia berlagak seolah-olah tidak melihat kepulangan Punita. Dia tidak menyapa Punita seperti kebiasaannya. Pada petangnya, Puan Ainun memasak bubur kacang. Dia menyuruh Shafiq menghantar semangkuk bubur kepada Puan Cheng. Dia tidak memberikan bubur kacang kepada Punita. Cukuplah sekali pemberiannya dipulangkan oleh Punita. Puan Ainun tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Budi Semangkuk Daging’, oleh Amy Suziani Ainuddin, dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata hatinya sahaja yang terus membara. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah sikap negatif yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam cerita tersebut? [3 markah] (iii) Semangat cinta akan negara dan semangat perpaduan merupakan tunjang kesejahteraan dan kemajuan sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat tidak mengamalkan kedua-dua nilai tersebut? [4 markah] (iv) Anda telah dijemput ke majlis hari jadi yang dianjurkan oleh salah seorang rakan sekelas anda. Apabila majlis makan bermula, anda mendapati hampir kesemua juadah yang terhidang tidak sesuai bagi anda kerana faktor kesihatan. Ibu bapa rakan sekelas anda pula sibuk menyenduk makanan tersebut bagi anda. Apakah yang akan anda lakukan? [4 markah] 8. Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Atas permintaan dirinya sendiri, kini Felicia tidak lagi bertugas pada sebelah pagi. Tidak seperti sebelum dia dan Doktor Raiha bertegang urat tempoh hari. Ketegangan yang tercetus akibat tidak puas hati Doktor Raiha terhadap layanannya kepada ibu Unong Siron, ibu pesakit muda yang baru selesai menjalani operasinya yang keenam itu. Tidak sejak PRPK dicerobohi oleh pemuda yang menyamar sebagai doktor tempoh hari. Dia tidak perlu lagi melaksanakan tugas rutin seperti mengisi borang dan menyelenggarakan jururawat-jururawat muda bawah arahannya. 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 10 28/06/2023 11:49 AM


KM1–11 SPM Bahasa Melayu 1103/2 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Memastikan mereka memandikan dan membersihkan para pesakit daripada segala jenis najis atau darah. Melakukan dressing dan membalut luka pada mana-mana bahagian tubuh pesakit yang telah dibedah atau mengalami kecederaan kecil. Memeriksa tekanan darah, melayan kerenah para pesakit lain ahli keluarga mereka dan sebagainya. Dipetik dan diubah suai daripada novel Pantai Kasih, karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan tanggungjawab seorang jururawat di hospital. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan persoalan ketabahan. [6 markah] BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Penurunan harga emas mendadak disebabkan oleh pengumuman penemuan vaksin COVID-19 pada penghujung tahun lalu. Bukan itu sahaja, orang ramai lebih menumpukan perhatian untuk memenuhi keperluan harian daripada membuat pembelian emas yang dianggap sebagai membantu dari segi jangka masa panjang sahaja, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah harian semasa era pandemik tersebut. Penurunan sedemikian diharap akan menggalakkan orang ramai untuk membeli dan melakukan pelaburan emas. Walau bagaimanapun, apabila kita memasuki fasa endemik dan pada saat ketidakpastian keadaan ekonomi hari ini, orang ramai dilihat memilih untuk membeli emas, namun bukanlah untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan diri, malah dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Untuk tempoh yang panjang, nilai emas akan meningkat dan kalis inflasi dan tidak bersifat spekulatif seperti pasaran saham, selain tidak mempunyai risiko kerugian apabila pasaran ekonomi terjejas. Keadaan ekonomi semasa juga memperlihatkan emas sebagai satu pelaburan yang menjanjikan pulangan berbaloi. Emas kini menjadi satu daripada bentuk simpanan atau pelaburan tradisional yang terbaik. Pelabur moden turut memandang barangan kemas dan pembelian jongkong emas sebagai pelaburan yang mempunyai risiko minimum. 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 11 28/06/2023 11:49 AM


KM1–12 KERTAS MODEL SPM 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Bahasa Melayu 1103/2 Antara kelebihan emas termasuklah mempunyai fungsi lindung nilai tertentu untuk menghadapi krisis ekonomi, harga emas tidak berubah, kos transaksi yang rendah, dan kecairan yang baik. Emas mempunyai ciri mata wang dan premium emas pelaburan fizikal yang kecil dan dapat ditunaikan berdasarkan sebut harga pasaran masa nyata. Emas juga pastinya mempunyai nilai koleksi apabila bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan. Sekiranya emas mempunyai kelebihan, tidak bermakna tiada kelemahannya apabila melibatkan pelaburan pokok yang besar dan modal tinggi. Pelaburan emas tidak memberikan faedah dan juga pendapatan apabila proses penyimpanan emas fizikal tidak mendatangkan pendapatan dan hanya boleh menunggu harga naik dan menjual untuk keuntungan selain memerlukan simpanan fizikal dan insurans. Emas fizikal tidak mudah disimpan, dan ada risiko kecurian apabila disimpan di rumah. Pemilik perlu membayar yuran simpanan yang besar untuk menyimpannya di bank. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Emas Pelaburan Jangka Panjang’, oleh Nur Sakina Mohamad Isa, Dewan Ekonomi, 26 Mac 2021 Bahan 2 JAMINAN JIKA MENYIMPAN EMAS Aset fizikal mampu milik Aset mudah alih Boleh dijadikan modal pusingan Kekayaan di tangan kita Mudah dicairkan – boleh dijual pada bila-bila masa Nilai jangka panjang terjamin RM RM RM RM 01 SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 12 28/06/2023 11:50 AM


Bahasa Melayu SPM Jawapan J – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. JAWAPAN KERTAS MODEL 1 Kertas 1 BAHAGIAN A Ulasan Jawapan (a) Calon perlu menulis esei dengan menggunakan format resume yang bersesuaian. (b) Format yang dikemukakan pula perlu mengandungi kriteria-kriteria tertentu seperti: • pengalaman kerja terdahulu (sekiranya ada). • pencapaian akademik dan pencapaian kokurikulum. • kemahiran berbahasa, teknologi, dan sebagainya. • semua kriteria yang ditulis oleh calon haruslah relevan dengan jenis pekerjaan yang ingin dipohon dan mampu mengukuhkan permohonan tersebut. Cadangan Jawapan 1. Permohonan kerja untuk jawatan (pilih salah satu kekosongan yang terdapat dalam iklan). 2. Anugerah (a) Pegawai Pertanian/ Pegawai Perikanan • Graduan daripada Universiti Putra Malaysia (Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Pertanian) • Pengerusi untuk Kelab Alam Sekitar (sekolah dan pada peringkat universiti) • Johan untuk pertandingan reka cipta “Kreativiti dan Inovasi Alat Pertanian” (anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor) • Naib Johan untuk pertandingan landskap anjuran majlis perbandaran (b) Jurutera Keselamatan Sistem/ Pegawai Teknologi Maklumat • Graduan daripada Universiti Sains Malaysia (Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer) • Pengerusi Kelab Komputer (sekolah) • Presiden untuk Kelab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (universiti) • Naib Johan untuk pertandingan menulis program pengaturcaraan untuk permainan 3D anjuran syarikat Blizzard (syarikat antarabangsa untuk permainan komputer dan permainan dalam talian) (c) Kemahiran Bahasa (untuk semua jawatan) • Mahir bertutur, menulis, dan membaca dalam bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris. (d) Kemahiran Teknologi untuk semua jawatan • Mahir menggunakan aplikasi Adobe Photoshop • Aplikasi TikTok, Instagram, Youtube • Mahir mengedit dan merakam video • Mahir menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Office • Autocad dan C++ (untuk jawatan di Jabatan Sumber Alam) (e) Kemahiran Tambahan Pegawai Pertanian/ Pegawai Perikanan/ Jurutera Keselamatan Sistem/ Pegawai Teknologi Maklumat • Arif dalam hal ehwal yang berkaitan dengan bidang tersebut • Suka membaca majalah-majalah yang berkaitan dengan bidang ini • Mempunyai daya ingatan yang cukup baik • Dapat mengenal pasti pelbagai jenis pertanian dan penternakan dengan terperincinya • Dapat menghafal dengan cepatnya serta menaip sesuatu maklumat tanpa perlu asyik merujuk (f) Potensi Diri (untuk semua jawatan) • Mempunyai keterampilan baik dan meyakinkan • Mudah bekerjasama dalam kumpulan • Jujur dalam menjalankan tugas • Boleh bekerja di bawah tekanan • Sentiasa berdisiplin dan menepati masa BAHAGIAN B 1. Ulasan Jawapan (a) Calon perlu menulis karangan yang tidak berformat, iaitu karangan jenis fakta. (b) Calon dikehendaki untuk membincangkan kesan-kesan penggunaan e-dompet dalam kalangan masyarakat. (c) Cadangan isi karangan hendaklah dinyatakan dengan huraian dan contoh yang jelas. (d) Karangan calon boleh tertumpu pada: • kebaikan sahaja. • keburukan sahaja. • kebaikan dan keburukan. 07 JAW SKOR A BHS MELAYU 2023 .indd 1 28/06/2023 4:03 PM


Click to View FlipBook Version