Kandungan 1
2
Bab 1 Sistem Bahasa 2
1.1 Panduan Umum 27
1.2 Panduan Menjawab 29
1.3 Penggolongan Kata 31
1.4 Pengimbuhan 34
1.5 Penggandaan 39
1.6 Ayat 41
1.7 Sinonim dan Antonim 50
1.8 Penjodoh Bilangan
1.9 Peribahasa 63
1.10 Perbendaharaan Kata 64
65
Bab 2 Pemahaman 67
2.1 Panduan Umum
2.2 Panduan Menjawab 84
2.3 Bahagian A 85
2.4 Bahagian B 86
87
Bab 3 Pemindahan Maklumat 88
3.1 Panduan Umum 89
3.2 Panduan Menjawab 90
3.3 Gambar Tunggal 91
3.4 Gambar Bersiri 93
3.5 Gambar Berpusat 94
3.6 Carta Pai
3.7 Graf
3.8 Peta
3.9 Pelan
3.10 Jadual
iii
Bab 4 Ulasan 98
4.1 Panduan Umum 99
4.2 Panduan Menjawab 100
4.3 Dialog 101
4.4 Poster 102
4.5 Peta Pemikiran 103
4.6 Resipi 105
4.7 Pantun 106
4.8 Gambar Rajah 108
4.9 Iklan 109
4.10 Peta Minda 110
4.11 Graf
116
Bab 5 Karangan Umum 117
5.1 Panduan Umum 118
5.2 Panduan Menjawab 141
5.3 Karangan Berformat
5.4 Karangan Tidak Berformat 157
Kertas Model UPSR 169
Jawapan
iv
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Bab
2 Pemahaman
2.1 Induksi Bab
Panduan Umum
2.3
Bahagian A
2.2 2.4 BAB
Panduan Menjawab Bahagian B
2
2.1 Panduan Umum
1. Kertas Pemahaman UPSR mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A
dan Bahagian B.
2. Soalan Bahagian A mengandungi 20 soalan dan berbentuk objektif.
Namun begitu, soalan 1 hingga 16 membincangkan sistem bahasa
seperti yang telah dijelaskan dalam Bab 1. Manakala soalan 17 hingga 20
ialah soalan yang berdasarkan kefahaman murid terhadap petikan atau
bahan yang diberikan.
3. Soalan Bahagian B pula mengandungi lima soalan, iaitu soalan 21 hingga
soalan 25.
4. Soalan 21 dan 22 ialah soalan sistem bahasa, manakala soalan 23 hingga
25 ialah soalan berdasarkan kefahaman murid.
5. Oleh itu, bab ini hanya akan membincangkan bahagian pemahaman
murid kerana bahagian sistem bahasa sudah dijelaskan dalam bab 1.
6. Bentuk soalan bahagian B ialah subjektif.
7. Konstruk yang ditekankan dalam bahagian pemahaman ini ialah:
(i) Pengetahuan dan Kefahaman Sistem bahasa
(ii) Kemahiran Aplikasi Maklumat
(iii) Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
63
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
8. Yang berikut ialah carta ringkasan bagi kertas Pemahaman UPSR:
PEMAHAMAN
BAHAGIAN A BAHAGIAN B
20 soalan Jumlah Soalan 5 soalan
BAB Objektif Bentuk Soalan Subjektif
2 20 markah Markah 30 markah
Tempoh Ujian – 1 jam 15 Minit
2.2 Panduan Menjawab
BAHAGIAN A
1. Soalan 17 hingga 20 merupakan soalan pemahaman petikan yang
mempunyai pilihan jawapan, sepertimana soalan 1 hingga 16 yang
terangkum dalam Bab 1 Sistem Bahasa.
2. Murid-murid perlu membaca arahan soalan dengan teliti terlebih dahulu
sebelum menjawab soalan pemahaman.
3. Garisi kata kunci dan kehendak soalan.
4. Kemudian, murid-murid perlu membaca petikan yang diberikan. Cuba
fahami maklumat yang ingin disampaikan. Sekurang-kurangnya, baca
petikan tersebut sebanyak dua kali untuk mengenal pasti maklumat,
kandungan, dan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan.
5. Garisi isi-isi penting yang dibincangkan yang terdapat dalam petikan.
6. Baca semua pilihan jawapan yang diberikan, kemudian pilih satu
jawapan yang paling tepat.
7. Potong pilihan jawapan yang tidak mempunyai kaitan dengan soalan
atau petikan.
64
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
8. Bagi pilihan jawapan yang Tip UPSR
mengelirukan dan sukar, murid
perlu membuat perbandingan Murid dinasihatkan supaya
antara pilihan jawapan tersebut dan membaca petikan lebih daripada
memilih jawapan yang tepat. sekali, supaya dapat memahami
kandungan petikan yang
9. Murid harus berhati-hati dengan diberikan. Elakkan membaca
soalan pemahaman petikan yang petikan sekali sahaja dengan
diakhiri dengan perkataan kecuali, tujuan mahu menjimatkan masa,
bukan, tidak benar, tidak berkaitan kerana murid bakal melakukan
dan sebagainya. banyak kesalahan.
BAHAGIAN B
1. Soalan 21 hinggga 25 ialah soalan berbentuk subjektif dalam kertas BAB
pemahaman UPSR.
2
2. Namun begitu, soalan 21 dan 22 ialah soalan berdasarkan sistem
bahasa, manakala soalan 23 hingga 25 ialah soalan pemahaman murid
berdasarkan petikan.
3. Oleh itu, untuk bab ini, kita hanya akan membincangkan soalan 23
hingga 25 sahaja.
4. Untuk menjawab soalan bahagian ini, murid perlu meneliti dan memahami
maklumat yang terdapat dalam bahan yang diberikan.
5. Bahan tersebut boleh terdiri daripada jadual, iklan, petikan, puisi, dan
sebagainya.
6. Murid boleh memperoleh jawapan menerusi petikan atau bahan yang
diberikan.
7. Pada masa yang sama, bahagian ini juga mempunyai soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang tidak mempunyai jawapan dalam petikan.
8. Murid perlu berfikir secara kritis Tip UPSR
dalam memberikan jawapan
untuk soalan berbentuk KBAT. Murid haruslah banyak membaca
bagi menambahkan pengetahuan
9. Jawapan murid mestilah relevan di samping menjana pemikiran
dan logik. yang kreatif.
2.3 Bahagian A
1. Soalan pemahaman bagi bahagian A ialah soalan 17 hingga 20 dalam
kertas Pemahaman UPSR.
2. Soalan pemahaman pada bahagian ini berbentuk objektif.
65
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Contoh Mirip UPSR dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
BAB Hutan Hujan Tropika di Malaysia kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan
pelbagai jenis bunga. Cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun
di negara ini dapat menghasilkan bunga-bungaan sepanjang masa.
Bunga-bunga yang cantik ini dapat diperoleh di kedai-kedai bunga dan
biasanya dijadikan sebagai hiasan di dalam rumah atau sebagai hadiah
kepada orang yang tersayang.
Namun begitu, bunga-bunga ini tidak dapat bertahan lama.
Lazimnya, selepas satu minggu, bunga-bunga ini akan layu. Walau
bagaimanapun, melalui teknologi baharu masa ini, bunga-bunga ini
dapat disimpan lebih lama dengan menjalani proses pengawetan. Melalui
2 proses ini, pelbagai jenis tumbuhan liar, ranting, daun-daun, akar, bunga-
bunga, dan buah-buahan dapat diawet supaya tahan lebih lama untuk
tujuan hiasan dan kajian.
Bunga boleh dijadikan hiasan melalui kaedah pengeringan.
Cara-cara untuk memproses bunga kering ialah menggunakan bahan
kimia untuk peluntur, bahan pewarna, laker hitam, dan tempat untuk
pengeringan sama ada melalui udara biasa, kipas angin, ataupun ketuhar
elektrik.
Langkah pertama, bunga-bunga yang mahu dikeringkan
hendaklah dipetik terlebih dahulu dan diasingkan mengikut warna dan
bentuk yang diinginkan. Langkah kedua, warna asal bunga hendaklah
dilunturkan dengan peluntur. Kemudian, rendam bunga tersebut dengan
pewarna pilihan. Untuk menghasilkan warna yang lebih terang, bunga
tersebut hendaklah direndam dalam pewarna dengan lebih lama. Namun
begitu, bagi bunga-bunga yang warna asalnya ingin dikekalkan, proses
kedua ini bolehlah dielakkan. Akhir sekali, bunga yang direndam tersebut
bolehlah dikeringkan dan dijadikan hiasan.
17. Mengapakah Malaysia C Kerana negara ini
mempunyai Hutan Hujan
dapat menghasilkan bunga- Tropika yang luas
bungaan sepanjang tahun? D Kerana iklim di negara
ini panas dan lembap
A Kerana negara ini sepanjang tahun
mempunyai dataran
tinggi yang sejuk
B Kerana cuaca yang sejuk
di Tanah Tinggi Cameron
66
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
18. Mengapakah bunga akan C Mencampurkan bunga BAB
layu selepas satu minggu? dengan bahan kimia
2
A Kerana tidak mendapat D Memetik bunga dengan
air yang mencukupi cara yang betul
B Kerana tidak dapat
bertahan lama 20. Yang manakah benar
C Kerana tidak dikeringkan tentang proses pengawetan?
D Kerana cuaca panas A Boleh dilakukan terhadap
yang melampau bunga sahaja
B Memetik bunga atau
19. Bagaimanakah cara untuk
menjadikan bunga tahan daun yang kering sahaja
lebih lama? C Melunturkan warna asal
A Menyimpan bunga di dengan bahan peluntur
tempat yang sejuk D Bunga yang diawet tidak
B Melakukan proses dapat bertahan lama
pengawetan
2.4 Bahagian B
1. Soalan pemahaman dalam Bahagian B ialah soalan 23 hingga 25 dalam
kertas Pemahaman UPSR.
2. Soalan pemahaman pada bahagian ini ialah berbentuk subjektif.
3. Terdapat soalan yang menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam bahagian ini.
Contoh Mirip UPSR dan Jawapan
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Indah tersergam Tugu Peringatan Negara ataupun lebih dikenal
sebagai Tugu Negara, di Bukit Pahlawan, Kuala Lumpur. Tugu Negara
ini siap dibina pada tahun 1963. Kos pembinaannya berjumlah dua
ratus ribu ringgit. Tujuan kerajaan membina tugu negara adalah untuk
memperingati jasa pahlawan-pahlawan negara yang telah terkorban
dalam peperangan demi mempertahankan negara daripada serangan
musuh.
67
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
BAB Perang Dunia Pertama telah meletus bermula pada tahun 1914
hingga 1918. Perwira-perwira negara bersiap sedia untuk menghadapi
ancaman musuh. Negara kita bernasib baik kerana pada ketika itu negara
tidak dicerobohi oleh musuh, namun keselamatan negara mula tergugat.
Kemudian, Perang Dunia Kedua pula meletus pada tahun 1939
hingga 1945. Keselamatan negara kian terancam. Pahlawan negara
berjuang bermati-matian mempertahankan negara daripada ancaman
tentera Jepun. Banyak pejuang negara yang gugur di medan tempur.
Akhirnya, tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Namun
begitu, sekali lagi negara kita dijajah oleh kerajaan British. Sehubungan
dengan itu, darurat pula diisytiharkan di negara kita pada tahun 1948.
Tatkala itu, pahlawan-pahlawan negara tidak putus-putus berjuang
mempertahankan keamanan negara. Darurat berakhir pada tahun
1960, setelah serangan pihak komunis semakin lemah dan peperangan
beransur-ansur tamat. Itulah perjuangan para pahlawan kita yang
2 agung.
(a) Apakah tujuan Tugu Negara dibina?
Tujuan kerajaan membina Tugu Negara adalah untuk memperingati jasa
pahlawan-pahlawan negara yang telah terkorban dalam peperangan
demi mempertahankan negara daripada serangan musuh.
[2 markah]
(b) Bilakah darurat diisytiharkan oleh kerajaan?
Darurat diisytiharkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
[1 markah]
(c) Sebagai rakyat Malaysia, sanggupkah kamu berjuang dan berkorban
nyawa demi mempertahankan negara seperti yang dilakukan oleh
pahlawan-pahlawan negara terdahulu? Mengapa?
Ya. Saya sanggup berjuang dan berkorban nyawa demi
mempertahankan negara seperti yang dilakukan oleh pahlawan-
pahlawan negara terdahulu kerana sudah menjadi tanggungjawab
anak bangsa untuk mempertahankan kemerdekaan negara dalam
mencorak pemerintahan sendiri demi kehidupan yang sempurna
dan aman damai.
[3 markah]
68
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Contoh Mirip UPSR dan Jawapan
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Aku sebuah mesin kira. Aku berjenama Nalo. Badanku diperbuat daripada BAB
plastik. Badanku banyak terdapat butang kekunci yang berbentuk segi
empat. Di permukaan butang kekunci tersebut tertera pelbagai nombor, 2
angka, simbol matematik, dan sebagainya.
Usiaku baru mencecah seminggu. Aku dipamerkan di sebuah
kedai barangan elektronik di ibu kota. Aku telah dibeli oleh seorang murid
lelaki dengan harga RM30.00. Aku berasa sungguh gembira. Keesokan
harinya, tuanku membawa aku ke sekolah. Aku digunakan sewaktu sesi
pembelajaran subjek Matematik di dalam kelas. Setelah kelas tamat,
tuanku mahu menyimpanku ke dalam beg sekolahnya. Tiba-tiba aku
terlepas daripada genggaman tuanku. Aku terjatuh ke lantai. Banyak
butang kekunci di badanku tercabut. Seluruh tubuhku terasa sakit. Aku tidak
dapat berfungsi lagi. Tuanku berasa sungguh marah, lalu membuangku
ke dalam tong sampah. Aku tidak menyangka riwayat hidupku berakhir
dengan sebegini singkat.
(a) Perihalkan siapakah “aku” dalam petikan di atas.
"Aku" dalam petikan ialah sebuah mesin kira berjenama Nalo. "Aku"
diperbuat daripada plastik. Di badan "aku" banyak terdapat butang
kekunci yang berbentuk segi empat. Di permukaan butang kekunci
tersebut tertera pelbagai nombor, angka, simbol matematik, dan
sebagainya.
[2 markah]
(b) Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi pernyataan
yang salah.
Badanku banyak terdapat butang ✓
kekunci yang berbentuk segi empat.
Tuanku seorang murid sekolah yang ✗
sedang menghadapi peperiksaan.
[2 markah]
69
BAB Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
(c) Pada pendapat kamu, apakah sikap tuanku yang dapat digambarkan
berdasarkan petikan di atas. Wajarkah tindakannya membuang
mesin kira tersebut ke dalam tong sampah?
Pada pendapat saya, sikap tuanku yang dapat digambarkan
berdasarkan petikan di atas ialah seorang yang pemarah dan
tidak sabar. Tindakannya itu tidak wajar kerana dia masih boleh
menghantar mesin kira tersebut ke kedai untuk membaikinya atau
menjualnya di kedai barangan terpakai yang lebih menguntungkan
dirinya.
[3 markah]
2
Contoh Mirip UPSR dan Jawapan
Soalan 25
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Penyalahgunaan dadah merupakan masalah global masa ini. Di
mana-mana sahaja kita akan mendengar kisah penagihan dadah dan
pengalaman penderitaan yang sama. Laporan Dadah Dunia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, mencatatkan kira-kira 200 juta atau lima
peratus daripada penduduk dunia mengambil dadah. Di Asia, masalah
utama ialah penagihan dadah jenis opioid seperti heroin, perangsang
amfetamin, dan kanabis.
Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati
bahawa kebanyakan penagih dadah di negara ini mula berjinak-jinak
dengan dadah ketika berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Sebanyak 71
peratus daripada penagih dadah baharu terdiri daripada golongan muda
yang berusia antara 19 hingga 39 tahun.
Penagih dadah yang terjebak dengan dadah akan hilang wawasan
dan hala tuju hidup. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab terhadap
diri dan keluarga, termasuk soal makan minum, masa depan, atau
maruah keluarga kerana fokus mereka hanyalah untuk mendapatkan
bekalan dadah seterusnya.
Seorang penagih dadah sebenarnya mengalami kerencatan emosi
yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk berfikir dengan rasional.
70
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Mereka juga hilang perasaan belas kasihan sehinggalah mereka benar-
benar sembuh. Misalnya, jika seseorang individu menagih dadah selama
10 tahun bermula umur 17 tahun, tahap emosi individu berkenaan sama
seperti ketika dia masih remaja walaupun sudah menjangkau umur 27
tahun. Kerencatan emosi ini akan berakhir apabila mereka berhenti dalam
mengambil dadah. Hal ini bermakna, tahap pemikiran dan emosi mereka
tidak matang walaupun usia mereka semakin meningkat.
(a) Di Asia, masalah utama ialah penagihan dadah jenis opioid seperti BAB
heroin, perangsang amfetamin, dan kanabis.
[1 markah]
(b) Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati bahawa 2
kebanyakan penagih dadah di negara ini mula berjinak-jinak dengan
dadah ketika
berusia 13 tahun hingga 15 tahun.
[1 markah]
(b) Apakah kesan pengambilan dadah kepada individu?
Penagih dadah akan mengabaikan tanggungjawab terhadap diri
dan keluarga
[1 markah]
(d) Sekiranya rakan kamu terlibat dengan najis dadah, apakah tindakan
kamu? Mengapa?
Sekiranya rakan saya terlibat dengan najis dadah, saya akan
melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa seperti Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK). Hal ini demikian kerana, agensi
tersebut dapat memberikan bantuan dalam pelbagai cara untuk
mengatasi masalah dadah ini sekali gus menyelamatkan rakan
saya daripada terus terjebak dengan dadah.
[3 markah]
71
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Praktis UPSR
PRAKTIS 1
BAHAGIAN A
Soalan 17 hingga 20
Baca diari di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Isnin, 31 Oktober 20XX
8.00 pagi
BAB Kami menaiki bas sekolah dengan tertib. Cikgu Zeti menyemak nama
ahli-ahli Persatuan Sejarah yang mengikuti lawatan sambil belajar ke
2 Kota Bharu pada hari itu. Cikgu Suzi memberikan sedikit taklimat dan
mengingatkan kami supaya menjaga disiplin sepanjang berada di sana.
Kami juga diingatkan untuk mencatat perkara-perkara penting yang
boleh digunakan dalam tugasan kelak.
9.00 pagi
Kami tiba di Kota Bharu. Kami berjalan kaki dari tempat meletak bas
ke Kampung Kraf Tangan dan Muzium Kraf. Banyak kraf tangan yang
dipamerkan seperti songket, batik, ukiran kayu, dan ukiran perak. Ada
kraf tangan yang dipamerkan dan ada juga yang dijual. Saya kagum
melihat kraf tangan yang terdapat di situ.
10.30 pagi
Bas tiba di Padang Merdeka. Kami mengunjungi Muzium Peperangan
yang terletak di sebelahnya. Muzium ini juga dikenal sebagai Bank
Kerapu pada suatu masa dahulu. Hal ini demikian kerana, terdapat
bahagian dinding bank itu yang tidak rata.
12.00 tengah hari
Kami melawat ke Muzium Diraja. Banyak terdapat pakaian dan barang
kepunyaan Sultan dan Permaisuri yang dipamerkan.
1.00 petang
Kami melawat ke Gelanggang Seni. Pelbagai khazanah budaya dan
kesenian ada dipamerkan di sini. Kedatangan kami cukup bertuah
kerana terdapat pertunjukan wayang kulit, dikir barat, dan makyung
yang diadakan pada hari itu.
72
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman BAB
2.30 petang
Kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan. Kami makan tengah hari di situ
sambil menikmati keindahan pantai.
3.30 petang
Bas bertolak pulang ke sekolah. Aku dan rakan-rakan yang lain tertidur
kerana keletihan.
4.45 petang
Kami tiba di sekolah. Kelihatan ayah sedang menungguku di kawasan
parkir kereta untuk menjemputku pulang ke rumah. Kami berasa
sungguh gembira kerana berpeluang untuk menyertai lawatan tersebut
dan banyak menimba pengalaman baharu.
2
17. Lawatan tersebut dianjurkan 19. Antara yang berikut yang
oleh ... manakah bukan kesenian
yang terdapat di Kota Bharu,
A pihak pentadbiran sekolah. Kelantan?
B Majlis Daerah Kota Bharu.
C Badan Pelancongan Negeri A Kuda kepang
B Dikir barat
Kelantan. C Wayang kulit
D Persatuan Sejarah Sekolah. D Makyung
18. Berdasarkan diari, Cikgu Zeti 20. Apakah yang perlu dilakukan
dan Cikgu Suzi ialah ... oleh para peserta lawatan itu?
A guru-guru yang A Menanamkan sikap disiplin
mengadakan lawatan itu. dalam diri.
B guru-guru yang B Mencatat perkara-perkara
mengajarkan mata penting untuk digunakan
pelajaran Sejarah. dalam tugasan akan
datang.
C guru-guru penasihat
Persatuan Sejarah Sekolah. C Menulis karangan tentang
tempat-tempat yang
D guru-guru disiplin di sekolah dilawati.
itu.
D Menyertai pertunjukan
kesenian yang diadakan.
73
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
BAHAGIAN B
Soalan 23
Baca petikan ucapan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Yang Dikasihi guru-guru kanan, guru-guru, serta murid-murid sekalian.
Selamat sejahtera saya ucapkan.
Murid-murid sekalian,
Setelah sembilan minggu berlalu, saya sebagai Guru Penolong
BAB Kanan Kokurikulum di sekolah ini berpuas hati akan kehadiran murid-
murid dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Sabtu.
2 Oleh itu, saya mahu murid-murid mengekalkan prestasi cemerlang ini
bagi menjayakan aktiviti persatuan masing-masing.
Murid-murid perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum banyak
faedahnya. Hal ini demikian kerana, murid-murid dapat menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman, di samping menerapkan sifat-sifat
kepimpinan dalam diri.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan ini haruslah seimbang
dengan pencapaian akademik. Oleh itu, kamu haruslah bijak
membahagikan masa dalam merancang jadual pembelajaran harian
kamu tanpa mengetepikan kegiatan kokurikulum.
Sekian terima kasih.
(a) Apakah kebaikan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid?
[2 markah]
(b) Orang yang memberikan ucapan dalam majlis tersebut ialah
[1 markah]
74
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
(c) Sekiranya kamu menyertai aktiviti kokurikulum, apakah aktiviti yang ingin
kamu lakukan? Mengapa?
[3 markah]
Soalan 24
Baca petikan berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
KOTA MARUDU, SABAH, Khamis – Ketika anak muda lain lebih cenderung BAB
untuk memilih pekerjaan di pejabat yang berhawa dingin, Jojoi tetap
berasa selesa dengan pekerjaannya sekarang, iaitu sebagai seorang 2
tukang emas. Menurut Jojoi, minat dan kepuasan merupakan dorongan
yang kuat untuknya menceburi bidang tersebut.
"Sejak kecil saya memang meminati kerja-kerja pertukangan
emas dan tidak pernah terfikir untuk mencari kerja lain. Hal ini demikian
kerana, saya menemui kepuasan dengan pekerjaan sekarang,
walaupun bekerja dalam persekitaran yang agak panas dan bising,"
kata Jojoi.
Selepas tamat pengajian di universiti, Jojoi bekerja sebagai tukang
logam dengan membuat blok untuk mengecap batik di kampungnya
yang terletak di negeri di bawah bayu. Dari situlah dia menggilap
kemahiran dalam bidang pertukangan logam. Jojoi dan tiga orang
pekerja lain bertanggungjawab untuk menyiapkan pelbagai tempahan
pelanggan seperti cincin, rantai tangan, rantai leher, dan juga loket.
Walaupun masih muda berbanding dengan rakan-rakan sekerja
yang lain, namun Jojoi dianggap berkebolehan tinggi. Hal ini demikian
kerana, Jojoi diberikan kepercayaan oleh majikannya untuk menyiapkan
tempahan yang melibatkan permata seperti berlian dan intan.
(a) Mengapakah Jojoi memilih kerjaya untuk menjadi seorang tukang emas?
[2 markah]
75
BAB Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
(b) Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi pernyataan yang
salah.
Jojoi cenderung untuk memilih kerja di pejabat yang
berhawa dingin.
Jojoi dianggap berkebolehan tinggi kerana diberikan
kepercayaan oleh majikannya untuk menyiapkan
tempahan yang melibatkan permata.
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, wajarkah tindakan Jojoi memilih kerjaya sebagai
tukang emas walaupun dirinya berpendidikan tinggi? Mengapa?
2
[3 markah]
Soalan 25
Baca ucapan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis. Yang Dihormati,
Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan murid-
murid sekalian. Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama dalam majlis
perasmian program Minggu Perpaduan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati,
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid. Selain itu, murid dapat juga menimba
ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat tentang keunikan budaya
kaum lain.
Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang akan diadakan bersempena
dengan program Minggu Perpaduan ini. Antaranya ialah persembahan
drama, persembahan tarian, pertandingan melukis poster, kuiz, dan
acara sukaneka. Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
juga telah memberikan peruntukan dalam melaksanakan program ini.
Peruntukan tersebut termasuklah melibatkan kos peralatan untuk drama
dan sukaneka, hadiah kepada para pemenang, dan jamuan makan.
76
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Hadirin yang dihormati,
Selaku Guru Besar di sekolah ini, saya berharap agar murid-murid
dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang padu terhadap
penganjuran program Minggu Perpaduan ini.
Oleh itu, sertailah setiap aktiviti yang dianjurkan. Semoga murid-
murid memperoleh manfaat daripada program ini.
Sekian, terima kasih.
(a) Perkataan peruntukan dalam petikan bermaksud
[1 markah] BAB
(b) Tujuan program ini diadakan adalah untuk 2
[1 markah]
(c) Apakah harapan guru besar terhadap penganjuran program Minggu
Perpaduan ini?
[1 markah]
(d) Sekiranya kamu ditugaskan untuk mengadakan persembahan dalam
Program Minggu Perpaduan tersebut, apakah yang akan kamu
persembahkan? Mengapa?
[3 markah]
77
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
PRAKTIS 2
BAHAGIAN A
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Daerah Muar.
BAB Pada 13 Februari 20XX, pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Sri
Mawar telah menyertai Kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun, Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, daerah Muar yang bertempat di Padang
Sekolah Menengah Sains, Muar. Dalam kejohanan itu, pasukan bola sepak
sekolah ini telah memperoleh kemenangan ketika menentang pasukan
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani. Kemudian, pasukan ini sekali lagi
2 memperoleh kemenangan ketika menentang pasukan bola sepak Sekolah
Kebangsaan Ismail 2.
Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh itu memberikan
tamparan yang hebat kepada pasukan bola sepak sekolah lain. Satu
mesyuarat telah diadakan setelah perlawanan tersebut berakhir bagi
membincangkan faktor kemenangan tersebut. Melalui mesyuarat tersebut,
Cikgu Adham, selaku guru penasihat pasukan sekolah mendapati bahawa
faktor utama kemenangan berturut-turut yang diraih oleh pasukan bola
sepak sekolah ini ialah:
1. Semangat kesukanan yang kuat dalam diri pemain.
2. Persefahaman yang kuat dan semangat berpasukan dalam
kalangan ahli pasukan.
3. Persediaan rapi oleh pihak sekolah dan para pemain.
Ekoran itu, para pemain dinasihatkan supaya mengekalkan
prestasi tersebut dan memperbanyak latihan sebagai persediaan untuk
menyertai kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang. Pemain
juga dinasihatkan supaya menjaga hubungan baik dengan jurulatih dan
sesama ahli dalam pasukan.
Akhir sekali, para pemain bola sepak disarankan supaya sentiasa
berusaha untuk meningkatkan mutu sukan sekolah lagi.
Disediakan oleh, 3 MAC 20XX.
...M....o..h..a..m...m...a..d...A...m...i.r.....
(MOHAMMAD AMIR)
Setiausaha Kelab Bola Sepak,
Sekolah Kebangsaan Sri Mawar.
78
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
17. Mengapakah Pasukan Bola 19. Apakah peranan Cikgu Adham BAB
Sepak Sekolah Kebangsaan dalam pasukan bola sepak
Sri Mawar mengadakan Sekolah Kebangsaan Sri 2
mesyuarat? Mawar?
A Melantik Cikgu Adham A Sebagai Guru Besar Sekolah
sebagai jurulatih. Kebangsaan Sri Mawar.
B Membincangkan faktor B Sebagai guru penasihat
kemenangan yang diraih pasukan bola sepak
oleh pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Sri
sekolah. Mawar.
C Membincangkan C Sebagai ketua pasukan bola
kemenangan pasukan sepak Sekolah Kebangsaan
ketika menentang Sekolah Sri Mawar.
Kebangsaan Bandar
Maharani. D Sebagai setiausaha
pasukan bola sepak
D Membincangkan cara Sekolah Kebangsaan Sri
untuk membantu pasukan Mawar.
lawan turut memperoleh
kemenangan. 20. Pilih pernyataan yang benar
tentang laporan tersebut.
18. Berdasarkan laporan di atas,
setiap pemain dinasihatkan A Cikgu Adham berasa
supaya kecewa dengan prestasi
pasukan bola sepak
A menjaga hubungan sekolah.
baik dengan jurulatih
dan sesama ahli dalam B Pasukan bola sepak tewas
pasukan. ketika menentang Sekolah
Kebangsaan Ismail 2.
B menebus kekalahan
menentang Sekolah C Pasukan bola sepak
Kebangsaan Ismail 2. Sekolah Kebangsaan
Sri Mawar memperoleh
C sentiasa redha dengan kemenangan ketika
keputusan perlawanan menentang Sekolah
yang diperoleh. Kebangsaan Bandar
Maharani.
D mengekalkan mutu prestasi
sukan sekolah dengan D Para pemain dinasihatkan
mengekalkan kejuaraan. supaya banyak menyertai
kejohanan bola sepak lain
pada masa akan datang.
79
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
BAHAGIAN B
Soalan 23
Perhatikan carta pai di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.
Jumlah Penggunaan Jalan Raya dari Pukul
3.00 Petang hingga 6.00 Petang
Lori Van
31 orang 41 orang
BAB Bas
52 orang
2 Motosikal Kereta
421 orang
227 orang
(a) Berapakah perbezaan jumlah pengguna van dengan motosikal yang
menggunakan jalan raya dari pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang?
[2 markah]
(b) Jenis kenderaan yang paling kurang menggunakan jalan raya dari jam
3.00 petang hingga 6.00 petang ialah
[1 markah]
(c) Nyatakan tiga jenis kenderaan yang mempunyai jumlah yang tinggi
yang menggunakan jalan raya dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
[3 markah]
80
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Keperluan asas untuk hidup ialah makanan, pakaian, dan tempat BAB
tinggal. Makanan merupakan keperluan asas yang paling penting. Kini,
sudah menjadi kebiasaan seseorang membeli makanan yang telah siap 2
dimasak sama ada di restoran atau di gerai-gerai. Namun begitu, timbul
persoalan sama ada makanan yang dijual itu disediakan dengan bersih
dan selamat atau sebaliknya.
Keselamatan, kebersihan, serta kualiti makanan yang baik
memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Persatuan
Pengguna-pengguna Standard Malaysia telah menjalankan satu kajian
bagi pihak Persatuan Pengguna-pengguna Antarabangsa. Kajian ini
melibatkan 100 orang peniaga makanan dan 100 orang pengguna.
Berdasarkan kajian, sebanyak 44.3 peratus peniaga makanan
menyatakan bahawa mereka tidak pernah menjalani latihan asas
kebersihan makanan. Manakala, sebanyak 28 peratus pula menyatakan
bahawa latihan atau kursus kebersihan adalah tidak perlu dan tidak
penting. Antara sebab lain adalah kerana mereka tidak mampu untuk
membayar yuran kursus dan ada juga yang menyatakan bahawa
mereka tidak mengetahui lokasi dan cara-cara untuk menyertai kursus
tersebut.
(a) Berdasarkan petikan, pihak manakah yang menjalankan kajian ini?
[2 markah]
(b) Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi pernyataan yang
salah.
Sebanyak 28 peratus peniaga makanan menyatakan
bahawa latihan atau kursus kebersihan adalah tidak
perlu dan tidak penting.
Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna-
pengguna Standard Malaysia melibatkan 100 orang
responden.
[2 markah]
81
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
(c) Berdasarkan pemahamanan kamu, ceritakan secara ringkas tentang
dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Pengguna-
pengguna Standard Malaysia.
Berdasarkan pemahaman saya,
BAB
2
[3 markah]
Soalan 25
Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.
ANTARABANGSA Kuala Lumpur 20XX
Masuk Masa: 8.00 pagi hingga 9.00 malam taiDDAEPNATGKAANNDBISUKKAUUDNASNEMHIANJGAGLAAH
Percuma Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra
• Pembelian RM100 dan ke atas layak menyer
cabutan bertuah.
• Pelbagai hadiah menarik ada disediakan. 80%
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Haris
(014-7852241)
82
Bahasa Melayu UPSR Bab 2 Pemahaman
(a) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 20XX bermula pada 28 April
20XX dan pesta buku ini akan berakhir pada
[1 markah]
(b) Pesta Buku Antarabangsa ini diadakan di
[1 markah]
(c) Jika Nurul hendak menyertai cabutan bertuah, dia perlu membuat BAB
pembelian barangan berjumlah minimum
2
[1 markah]
(d) Nyatakan dua kelebihan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa ini?
[3 markah]
83
Bahasa Melayu UPSR Jawapan
Jawapan
BAB 1 Soalan 22
Praktis UPSR memandu; mengabaikan; mencengkam;
mematuhi; menyayangi
PRAKTIS 1
BAHAGIAN A PRAKTIS 2
1. D 2. B 3. C 4. A 5. D BAHAGIAN A
6. D 7. B 8. B 9. C 10. C
11. A 12. A 13. B 14. A 15. A 1. A 2. B 3. C 4. C 5. A
16. C 6. D 7. B 8. B 9. A 10. B
11. D 12. D 13. A 14. A 15. C
16. D
BAHAGIAN B
BAHAGIAN B
Soalan 21
(a) (i) mundar-mandir (✓) Soalan 21
(ii) kusut-masai (✓) (a) (i) lepak-lepuk (✓) (ii) bebenang (✓)
(b) (b)
(i) Izati mendapat (i) Ibu bapa perlu
pujian daripada
Cikgu Azmi menasihati anak-anak menjeling
kerana berjaya mereka supaya
berjaya dalam
pertandingan hidup.
bercerita itu.
(ii) Doktor (ii) Encik Fahmi menguli
pesakitnya mengajar gadis ayu
supaya yang berdiri di
sebelahnya di
mengamalkan dalam lif itu.
gaya hidup
sihat. (iii) Pekerja-
pekerja Majlis
(iii) Puan Siti yang Perbandaran membimbing
di Muar sedang
menyertai
sekolah itu ranting-ranting
berasal dari pokok bunga di
Melaka. taman itu.
(iv) Amri berminat (iv) Puan Amina
untuk doh
pasukan menjuarai karipap itu memangkas
kadet polis di terlebih dahulu
sekolahnya. sebelum
mencanainya.
(c) (i) menuai (ii) menendang
169
Bahasa Melayu UPSR Jawapan (b) memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan murid.
(c) (i) menggilap
(ii) menyirat (c) Guru Besar berharap supaya murid-
murid dapat memberikan sokongan
Soalan 22 dan kerjasama yang padu terhadap
dari; untuk; oleh; kepada; dalam penganjuran program Minggu
Perpaduan ini.
BAB 2
Praktis UPSR (d) Sekiranya saya ditugaskan untuk
mengadakan persembahan dalam
PRAKTIS 1 Program Minggu Perpaduan itu, saya
akan mengadakan persembahan tarian
BAHAGIAN A yang melibatkan semua kaum. Hal ini
demikian kerana, persembahan tersebut
17. D 18. C 19. A 20. B dapat mengeratkan lagi perpaduan
kaum dalam kalangan murid yang
BAHAGIAN B berbilang kaum.
Soalan 23 PRAKTIS 2
(a) Antara kebaikan aktiviti kokurikulum
BAHAGIAN A
kepada murid-murid ialah murid-murid
dapat menimba ilmu pengetahuan dan 17. B 18. A 19. B 20. C
pengalaman di samping menerapkan
sifat-sifat kepimpinan dalam diri. BAHAGIAN B
(b) Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
(c) Jika saya menyertai aktiviti kokurikulum, Soalan 23
saya ingin melakukan aktiviti (a) Perbezaan jumlah pengguna van
perkhemahan kerana aktiviti tersebut
dapat memupuk semangat kerjasama dengan motosikal yang menggunakan
dan berpasukan, di samping memupuk jalan raya dari pukul 3.00 petang hingga
semangat jati diri. 6.00 petang ialah sebanyak 186 orang.
(b) lori.
Soalan 24 (c) Tiga jenis kenderaan yang mempunyai
(a) Jojoi memilih untuk menjadi seorang jumlah yang tinggi yang menggunakan
jalan raya ialah kereta, motosikal, dan
tukang emas kerana dia meminati kerja- bas.
kerja pertukangan emas sejak kecil.
(b) ✗; ✓ Soalan 24
(c) Pada pendapat saya, tindakan Jojoi (a) Kajian ini telah dijalankan oleh Persatuan
memilih kerjaya sebagai tukang emas
adalah wajar memandangkan dirinya Pengguna-pengguna Standard Malaysia.
mempunyai minat dan kemahiran (b) ✓; ✗
dalam bidang itu. Tambahan lagi, zaman (c) Berdasarkan pemahaman saya,
sekarang para graduan sukar untuk
memperoleh pekerjaan yang baik dan dapatan kajian menunjukkan bahawa
banyak dalam kalangan mereka yang sebanyak 44.3 peratus penjual
menganggur / tidak wajar kerana Jojoi makanan tidak pernah menjalani
mempunyai pendidikan tinggi dan layak latihan asas kebersihan makanan dan
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik sebanyak 28 peratus penjual makanan
bagi menjamin masa depannya. pula mendapati bahawa latihan atau
kursus kebersihan adalah tidak penting
Soalan 25 dan tidak diperlukan.
(a) perbelanjaan / bajet.
170