The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ranger PT3 2022 - Reka Bentuk & Teknologi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-03-14 02:16:20

Ranger PT3 2022 - Reka Bentuk & Teknologi

Ranger PT3 2022 - Reka Bentuk & Teknologi

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. PELANGI

PT3Revisi Cepat

Reka Bentuk
dan Teknologi

Tingkatan

1 . 2 . 3 KSSM

Janice Lee

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Tingkatan 1 1
1BAB Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi
2
1.1 Dunia Reka Bentuk 12
1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi 16
1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk
19
2BAB Pengurusan Projek
20
2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk
30
3BAB Proses Reka Bentuk
31
3.1 Projek Brief
41
4BAB Lakaran
42
4.1 Lakaran Piktorial
54
5BAB Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
55
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

ii

5BAB Aplikasi Teknologi (5.2 Reka Bentuk Fesyen) 67

5.2 Definisi Reka Bentuk Fesyen 68
Pentaksiran Tingkatan 1 80
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tingkatan 2 94

1BAB Penyelesaian Masalah Secara Inventif 95
96
1.1 Pengenalpastian Masalah 98
1.2 Analisis Fungsi
1.3 Percanggahan Fizikal 101

2BAB Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan) 102

2.1 Teknologi Pembuatan 109

2BAB Aplikasi Teknologi (2.2 Reka Bentuk Mekanikal) 110

2.2 Reka Bentuk Mekanikal 116

2BAB Aplikasi Teknologi (2.3 Reka Bentuk Elektrik) 117

2.3 Reka Bentuk Elektrik 123

2BAB Aplikasi Teknologi (2.4 Reka Bentuk Elektronik) 124

2.4 Reka Bentuk Elektronik

iii

2BAB Aplikasi Teknologi (2.5 Reka Bentuk Akuaponik) 132

2.5 Reka Bentuk Akuaponik 133
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2BAB Aplikasi Teknologi (2.6 Reka Bentuk Makanan) 145

2.6 Reka Bentuk Makanan 146

Pentaksiran Tingkatan 2 161

Tingkatan 3

1BAB Aplikasi Teknologi 176

1.1 Reka Bentuk Mekatronik 177

2BAB Pembangunan Produk 185

2.1 Penghasilan Produk 186

3BAB Reka Bentuk dalam Perniagaan 207

3.1 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 208

Kertas Model PT3 219

Jawapan 233

iv

1Bab RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

PENGENALAN KEPADA
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Elemen Reka Bentuk
1
Elemen reka bentuk

Ruang Warna Bentuk

Garisan Rupa Tekstur Saiz

Prinsip Reka Bentuk Prinsip reka bentuk

Keseimbangan Pengulangan Kontras

Kepelbagaian Kesatuan Keringkasan Harmoni

Teknik Pembinaan Projek Etika dalam Reka Rentuk

Buku teks Guru Buku teks Guru

Pembenaman Keaslian Jujur

Peleraian Teknik Penyatuan Selamat Etika Mesra alam
pembinaan digunakan dalam reka sekitar

projek bentuk

Pembuangan Bermanfaat
Buku rujukan
Internet Buku rujukan Internet

1

  RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

1.1 Dunia Reka Bentuk

1. Kehidupan manusia kini dilengkapi dengan pelbagai barang dan teknologi hasil daripada
reka bentuk.

2. Pelbagai aspek perlu diteliti agar bersesuaian dengan keperluan manusia dan juga
membolehkan manusia menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah dan selesa.

3. Kini terdapat banyak produk reka bentuk dan teknologi mengikut bidang dalam
kehidupan manusia.

4. Contohnya, pembinaan reka bentuk bangunan dan rumah yang dibuat khas untuk
menyediakan keselesaan dan kemudahan kepada golongan warga tua yang mengalami
masalah kesihatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1

1.1.1 Definisi Reka Bentuk dan Teknologi

Definisi reka bentuk

1. Definisi reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang
untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

Definisi teknologi

1. Definisi teknologi adalah pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains
dan matematik bagi menyelesaikan masalah manusia dengan menggunakan pelbagai
sumber, alat, teknik, dan sistem.

Definisi reka bentuk dan teknologi

1. Definisi reka bentuk dan teknologi ialah gabungan pengetahuan tentang penyusunan
bahan secara terancang dengan mengaplikasi pengetahuan sains dan matematik
demi memudahkan kehidupan manusia.

Bidang reka bentuk dan teknologi

1. Terdapat dua kategori reka bentuk iaitu reka bentuk industri (secara besar-
besaran) dan reka bentuk untuk persendirian (secara kecil-kecilan).

2. Reka bentuk dibahagi kepada reka bentuk konkrit dan abstrak.

Jadual 1.1 Jenis reka bentuk

Konkrit = Maujud Abstrak = Mujarad

Reka bentuk konkrit merupakan Reka bentuk abstrak merupakan bidang
bidang yang melibatkan proses mereka yang melibatkan proses mereka bentuk
bentuk sesuatu produk yang dapat produk yang dilihat tetapi tidak boleh
dilihat dan dipegang. dipegang.

Reka bentuk konkrit terdiri daripada Reka bentuk abstrak terdiri daripada

bidang teknologi dan seni. bidang perkhidmatan dan komunikasi.

2

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

Konkrit = Maujud Abstrak = Mujarad

Reka bentuk konkrit teknologi Reka bentuk perkhidmatan seperti
seperti peralatan, mesin, pertanian, pengangkutan, sewaan, sistem
pemakanan, pakaian, dan persenjataan. pembelajaran, sistem pengairan, serta
proses dan langkah.
Reka bentuk seni seperti seramik,
masakan, lukisan, alat muzik, arca, Reka bentuk komunikasi seperti bahasa,
sulaman/anyaman. atur cara, persuratan, pengiklanan,
grafik, bunyi, isyarat dan suara.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1
1.1.2 Elemen Reka Bentuk Berdasarkan Produk yang Dipilih

1. Elemen reka bentuk adalah unit asas dalam pembentukan sesuatu imej visual.
2. Elemen reka bentuk perlu difahami dahulu sebelum seseorang memulakan projek

mereka bentuk.
3. Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang digunakan untuk menzahirkan idea

awal seseorang dalam lukisan atau lakaran.
4. Adalah penting untuk pereka mengubah suai unsur reka bentuk yang dihasilkan

sehingga mencapai kehendak pelanggan atau difahami orang lain.

A   Garisan

1. Titik adalah satu elemen yang paling kecil dan paling dasar dalam reka bentuk.
2. Garisan merupakan cantuman satu siri titik yang mempunyai ukuran, panjang, dan

jarak.
3. Garisan adalah penting dalam aktiviti melakar, melukis, dan menulis.
4. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana garisan boleh membimbing

pandangan mata.
5. Garisan menegak menandakan kuasa dan daya manakala garisan melintang menandakan

ketenangan.
6. Garisan condong menandakan sebagai gerakan, tindakan, dan perubahan. Garisan

melengkung menandakan senyap, tenang, dan perasaan berahi.

B   Rupa

1. Rupa merupakan hasil pertemuan antara titik penghujung sesuatu garisan dengan
titik permulaannya.

2. Rupa adalah permukaan yang rata yang dilingkari oleh garisan luar.
3. Rupa mempunyai luas, bersifat 2D serta tidak mempunyai jisim.

Titik
permulaan

Garisan Rupa

Rajah 1.1 Langkah melukis garis luar objek

3

  RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

4. Terdapat dua kategori rupa iaitu:

Jenis-jenis rupa

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Rupa geometri Rupa organik

Rupa yang mempunyai Rupa yang mempunyai
sudut dan penjuru. permukaan bebas, tanpa
sudut, dan tidak terikat
1 kepada bentuk khusus.

Rajah 1.2 Jenis-jenis rupa

C   Bentuk
1. Bentuk merupakan satu kawasan yang menonjol keluar daripada ruang.
2. Bentuk mempunyai ketinggian, kelebaran, dan kedalaman.
3. Bentuk mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih daripada satu permukaan.
4. Terdapat dua jenis bentuk iaitu:

Jenis-jenis bentuk

Bentuk konkrit Bentuk ilusi

Objek yang bersifat Objek dalam bentuk
tiga dimensi, dapat visual bersifat tiga
dilihat, disentuh, dan dimensi yang digambar

dirasa. dalam lukisan.

Rajah 1.3 Jenis-jenis bentuk

D   Tekstur

1. Tekstur atau jalinan adalah ciri permukaan sesuatu bahan yang mempengaruhi
rupa atau rasa permukaan.

2. Keadaan permukaan boleh dirasa melalui sentuhan dan visual pada objek seperti
kasar, licin, halus, kesat, lembut, keras, berkilat, dan sebagainya.

4

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

3. Terdapat dua jenis tekstur iaitu:
Jenis-jenis tekstur

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Tekstur aktual/sebenarTekstur simulasi
1
Tekstur yang boleh dilihat Tekstur yang dihasil
atau disentuh. melalui proses gesekan,
capan, dan sebagainya.


Rajah 1.4 Jenis-jenis tekstur

E   Saiz

1. Saiz adalah ukuran atau dimensi sesuatu objek.

2. Saiz juga merujuk variasi dalam membanding objek atau rupa.

3. Saiz dapat menunjukkan kesan perbezaan jarak, panjang, tinggi, dan kedalaman
projek.

F   Warna

1. Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.

2. Warna memberi kesan kepada mata, emosi, dan psikologi seseorang.

3. Pemilihan warna adalah penting kerana dapat mempengaruhi emosi dan perasaan
seseorang.

4. Terdapat tiga kumpulan warna iaitu:
(a) Warna primer – Dikenal sebagai warna asas. Warna primer terdiri daripada
merah, biru, dan kuning.
(b) Warna sekunder – Terhasil daripada campuran dua warna asas. Tiga warna
sekunder adalah jingga, hijau, dan ungu.


Merah Kuning Biru

Jingga Hijau Ungu

Kuning Biru Merah

(c) Warna tertier – Terhasil daripada warna asas dengan warna sekunder di
sebelahnya.

5

  RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

5. Warna boleh berubah dari segi ton bergantung kepada cahaya yang jatuh pada
objek.

6. Ton warna adalah variasi warna daripada terang kepada gelap.
7. Warna juga dibahagi mengikut suhunya iaitu:

(a) Warna panas
• Merupakan warna yang terang, dinilai dari warna merah hingga kuning.
• Warna yang mewujudkan suasana riang, cerah, dan bersemangat.

(b) Warna sejuk/dingin
• Merupakan warna kurang terang, dinilai dari warna hijau hingga ungu.
• Warna yang mewujudkan kesan redup, nyaman, tenang, dan damai.

G   Ruang
1. Ruang adalah kawasan kosong yang dikelilingi objek jarak antara dua objek atau

rongga dalam sesuatu objek.
2. Terdapat dua jenis ruang iaitu:

Jenis-jenis ruang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1

Ruang nyata/fizikal Ruang ilusi/tampak

Ruang sebenar di Ruang yang terhasil apabila
antara dua objek yang dua objek tersebut dihasilkan

berhampiran. dalam bentuk lukisan.

Rajah 1.5 Jenis-jenis ruang

3. Ruang dapat ditunjukkan apabila objek di hadapan lebih besar dan kelihatan kecil
apabila objek tersebut terletak semakin jauh.

1.1.3 Prinsip Reka Bentuk

1. Prinsip reka bentuk adalah konsep atau susunan yang digunakan pada elemen reka
bentuk bagi menghasilkan sesuatu gubahan seni visual lebih menarik.

3. Prinsip reka bentuk menjadikan lakaran lebih menarik dan menyenangkan apabila
dilihat.

A   Keseimbangan Gambar foto 1.1
Keseimbangan simetri
1. Keseimbangan dalam reka bentuk bermaksud kesamaan objek
dari segi berat, tarikan, dan tumpuan.

2. Terdapat tiga jenis keseimbangan iaitu:
(a) Keseimbangan simetri/formal
• Elemen seimbang digunakan di satu sisi rekaan yang sama
dengan sisi rekaan yang satu lagi.
• Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan/atas dan
bawah.

6

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

(b) Keseimbangan asimetri/tidak formal
• Sisi antara satu sama lain adalah berbeza.
• Unsur seni yang tidak sama di kedua-dua bahagian tepi.

(c) Keseimbangan jejari
• Elemen disusun di sekitar satu titik tengah secara membulat.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1B  PengulanganGambar foto 1.2 Prinsip
1. Pengulangan merupakan penyusunan sesuatu elemen yang pengulangan dalam reka

sama secara berulang. bentuk
2. Tujuan pengulangan adalah untuk menghasilkan satu pola

corak yang berulang-ulang dan lengkap.

C  Kepelbagaian
1. Penggunaan pelbagai jenis elemen reka bentuk, gaya,

kualiti, idea yang digabungkan untuk menambahkan
daya tarikan.

D   Harmoni Gambar foto 1.3
Kepelbagaian dalam reka
1. Harmoni dihasilkan dengan susun atur berulang
unsur-unsur seni visual bagi menimbulkan kesan bentuk
yang menarik. Gambar foto 1.4 Harmoni dalam

2. Ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dalam gaya susunan reka bentuk
dan arah yang tertentu akan menghasilkan gubahan
yang harmoni.

3. Harmoni dapat memberikan gambaran yang teratur,
seragam, keamanan, dan kedamaian serta tenang.

E   Kesatuan Gambar foto 1.5 Prinsip
kesatuan dalam kain
1. Konsep kesatuan bermaksud bahagian kecil dan bahagian
kecil bergabung untuk memberi gambaran yang lebih besar.

2. Setiap bahagian berlawanan antara satu sama lain tetapi
mencapai keharmonian dan kesepaduan apabila disambungkan.

3. Kesatuan akan memberi kesan yang sepadu dan membentuk
imej, tema atau idea yang sempurna.

7

  RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

F  Keringkasan

1. Reka bentuk yang menunjukkan elemen penting
sahaja.

2. Bentuk visual yang mengandungi sedikit elemen lebih
baik kerana mudah dilihat dan tidak mengelirukan.

3. Idea yang ringkas mewujudkan kefahaman yang
cepat dan jelas.

4. Idea yang kompleks akan mengelirukan dan
menghilangkan tumpuan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. Gambar foto 1.6 Bentuk meja yang
ringkas

1 G   Kontras

1. Reka bentuk yang menggunakan elemen unsur seni yang Gambar foto 1.7
berlawanan dan bercanggahan. Kontras dari segi warna

2. Fungsi kontras adalah untuk menimbulkan daya tarikan,
menyerlah perbezaan dan memberi fokus serta mengelakkan
kebosanan.

3. Kontras dapat dihasilkan dengan perbezaan tekstur, warna,
saiz, bentuk, ruang, dan kedudukan.

1.1.4 Aplikasi Prinsip-prinsip Reka Bentuk dalam Mereka Bentuk Objek
Asas

1. Elemen dan prinsip reka bentuk dikombinasikan untuk menghasilkan reka bentuk
produk yang menarik minat pelanggan.

2. Contohnya, untuk melukis satu bekas lada, anda boleh mulakan dengan:

Langkah 1: Pilih elemen rupa yang sesuai, iaitu bulatan dan segi empat.

Langkah 2: Pilih prinsip reka bentuk seimbang dan ringkas.
Langkah 3: Lakar bentuk silinder.

Kuiz

dapat dihasilkan
dengan perbezaan tekstur,
warna, saiz, bentuk, ruang,
dan kedudukan.

Langkah 4: Lakar bahagian penutup.

8

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

Langkah 5: Perincian lakaran.

Garisan Prinsip yang digunakan dalam
melengkung pembinaan bekas lada adalah ringkas
pada rupa dan bentuk badan, kesatuan
Tekstur yang pada penutupnya, pengulangan pada
licin lubang penutup di samping elemen
bentuk, saiz, ruang, dan tekstur.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Prinsip
1pengulangan

1.1.5 Membanding Beza Prinsip dan Elemen Reka Bentuk

1. Setiap elemen dan prinsip reka bentuk perlu dipertimbangkan dan difahami terlebih
dahulu.

2. Elemen ialah unsur yang membantu membina sesuatu produk manakala prinsip ialah
peraturan, panduan, dan falsafah yang mesti diikuti ketika menghasilkan reka bentuk.

3. Bandingkan prinsip dan elemen reka bentuk sebuah cawan dengan membuat catatan
pada jadual seperti yang berikut:

Elemen reka bentuk Tanda (✓) Prinsip reka bentuk Tanda (✓)
jika ada jika ada

Ruang Harmoni

Warna Keringkasan

Saiz Kesatuan

Tekstur Kepelbagaian

Bentuk Kontras

Rupa Pengulangan

Garisan Keseimbangan

1.1.6 Kriteria Reka Bentuk yang Baik

1. Inovasi produk yang baharu hendak lebih praktis dan memberi lebih manfaat dalam
penggunaannya.

9

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1   RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

2. Reka bentuk yang baik dapat menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.

1.1.7 Membina Objek Asas

1. Idea reka bentuk dapat dicetus melalui pembinaan objek asas.
2. Prinsip dan elemen reka bentuk dapat diaplikasikan melalui objek asas.

10

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

3. Contohnya, bentuk geometri asas adalah seperti berikut:

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Rajah 1.6 Contoh bentuk asas
1
Teknik pembinaan projek

11

  RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

PRAKTIS FORMATIF  1.1

1. Bezakan reka bentuk konkrit dan reka bentuk abstrak.  KBAT
2. Maklumat berikut adalah mengenai elemen reka bentuk.

Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek.

(a) Nyatakan elemen tersebut.
(b) Berikan dua jenis elemen tersebut.
3. Senaraikan tiga kumpulan warna.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1

1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1. Reka bentuk adalah faktor utama penghasilan produk yang membawa manfaat kepada
kehidupan manusia.

2. Reka bentuk produk telah menambahkan pilihan barang kepada pengguna mengikut
cita rasa dan pengguna.

3. Kepentingan reka bentuk telah memberi banyak faedah kepada pengguna, masyarakat,
dan negara.

1.2.1 Senarai Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1. Reka bentuk dan teknologi telah memberi keselesaan dan kemudahan kepada
kehidupan manusia hari ini.

2. Antara kepentingan reka bentuk dan teknologi adalah seperti berikut:

Menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Memenuhi keperluan dan kehendak individu dan masyarakat.

Kepentingan Menyumbang kepada pembangunan sains, sosial, dan
reka bentuk perniagaan.

Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden.

Memupuk nilai invensi, inovasi, dan kreatif.

Meningkatkan taraf hidup manusia melalui pengubahsuaian
produk.

Rajah 1.7 Kepentingan reka bentuk

12

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

Kepentingan reka bentuk teknologi mengikut bidang dan subbidangnya

Ketenteraan Senjata api, bom, kejuruteraan angkatan, dan kelengkapan
tentera.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Sains gunaanFizik kejuruteraan, elektronik, kecerdasan buatan,
1teknologi hijau, seramik, mikro, nano, nuklear dan
pengkomputeran, bahan optik, dan seramik.

Olahraga dan Alatan perkhemahan, kelengkapan sukan, dan taman
rekreasi permainan.

Pengangkutan Ruang angkasa, lautan, kenderaan bermotor, kapal angkasa,
pengangkutan darat, air, udara.
Maklumat dan
komunikasi Muzik, grafik, komunikasi dan pengimejan.

Industri Pembinaan, pengilangan, mesin, perlombongan, kewangan.

Kejuruteraan Kejuruteraan awam, bangunan, biokimia, bioperubatan,
elektrik, elektronik, mekanikal, nuklear, kaji logam, perisian
komputer, pertanian, dan petroleum.

Kesihatan dan Bioformatik, bioteknologi, farmaseutikal, bioperubatan,
keselamatan keselamatan, kimia formatik, kesihatan, perlindungan
kebakaran, pemakanan, dan pakaian.

Kediaman Peralatan dapur, pembungkusan makanan, bekas minuman,
dan alatan pendidikan.

1.2.2 Peranan Reka Bentuk

1. Reka bentuk bukan sahaja menghasilkan produk yang menambahkan pilihan kepada
pengguna tetapi juga memberi keuntungan kepada para peniaga.

2. Peningkatan tahap teknologi dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti, pelbagai
fungsi secara mudah dan murah. Ini akan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

13

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1   RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

3. Secara kesimpulan, peranan reka bentuk adalah menumpu kepada:
(a) Individu
• Menambahkan pilihan kepada pengguna mengikut kemampuan dan keperluan.
• Membolehkan pengguna mendapatkan manfaat daripada sumber alam.
• Mengelakkan pembaziran dengan menggunakan sumber alam terhad secara
optimum.
• Dapat mengeluarkan reka bentuk yang kaya dengan idea.
• Menyemai sikap kesyukuran kerana kehidupan yang lebih mudah.
(b) Masyarakat
• Mempelbagaikan dan melindungi etika budaya.
• Dapat memelihara etika sosial.
• Memupuk nilai-nilai estetika.
• Menjana masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber.
• Membentuk masyarakat yang bertamadun dan berdaya maju.
(c) Pengeluar dan negara
• Menghasilkan produk buatan tempatan.
• Menambahkan pendapatan negara.
• Merupakan harta negara yang berharga.
• Menjaga kepentingan hak cipta rakyat.
• Meningkatkan maruah dan keselamatan negara.
• Menjadi pengukur negara maju.

1.2.3 Etika dalam Reka Bentuk

1. Etika reka bentuk adalah nilai-nilai murni yang menjadi pegangan pereka supaya hasil
produk ciptaannya tidak mendatangkan kesan buruk terhadap diri dan pengguna.

2. Berikut adalah etika dalam reka bentuk sebagai garis panduan bagi pereka bentuk:

(a) Keaslian/ketulenan
• Mereka bentuk yang berciri asli, tidak meniru hasil produk orang lain.

(b) Jujur
• Produk yang tidak membuatkan pengguna sangsi seperti harga produk, kualiti,
dan bahan pembinaannya.
• Pereka hendak memberi maklumat yang tepat tanpa mengelirukan pengguna.

(c) Bermanfaat
• Produk reka bentuk hendaklah memenuhi kehendak pengguna.
• Produk perlu menjalankan fungsinya dengan baik dan memberi manfaat kepada
pengguna.
• Produk akan semakin bermanfaat sekiranya semakin banyak orang yang
menggunakannya.
• Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang dapat memenuhi tujuan
secara efektif.

14

RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 

(d) Mesra alam sekitar
• Reka bentuk yang baik biasanya menggunakan alatan dan bahan yang boleh
dikitar semula.
• Reka bentuk sebaik-baiknya menggunakan sumber semula jadi tanpa
menjejaskan alam sekitar.

(e) Selamat digunakan
• Produk yang dihasilkan perlu memenuhi piawai keselamatan dan kesihatan
yang ditetapkan.
• Produk yang dihasilkan mestilah tidak membahayakan pengguna dan tidak
memberi kesan sampingan kepada pengguna.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
11.2.4 Kerjaya dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

1. Skop kerja reka bentuk melibatkan:

Lakaran idea Penyediaan Pembuatan dan
produk perancangan kawalan

Pengkomputeran Pengangkutan Penjualan



Rajah 1.8 Skop kerja reka bentuk

2. Kerjaya yang terlibat dalam reka bentuk sesuatu projek adalah seperti berikut:

Kerjaya Tugas secara am
Arkitek
Pereka bentuk automotif Menyediakan reka bentuk bangunan.
Menyediakan reka bentuk kenderaan dan memberi
Pereka bentuk grafik keselesaan dan cita rasa pengguna.
Pereka bentuk permainan Mereka bentuk gambar, foto, lukisan, logo, dan iklan.
Mereka bentuk perisian permainan komputer dan
Pereka bentuk fesyen hiburan multimedia.
Pereka bentuk Mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori.
persembahan makanan Mempersembah dan menggayakan makanan, kek, dan
Pereka bentuk industri roti.
Pereka bentuk pengajaran Mereka bentuk sistem dan peralatan.
Pereka bentuk hiasan Mereka bentuk proses dan langkah pengajaran.
dalaman Mereka bentuk hiasan dalam tempat kediaman dan
Seni bina landskap bangunan.
Pereka bentuk lampu Mereka bentuk hiasan taman.
Pereka bentuk Mereka bentuk jenis lampu.
perkhidmatan Menyediakan servis kepada organisasi.

15

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1   RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

PRAKTIS FORMATIF  1.2

1. Nyatakan empat kepentingan reka bentuk dan teknologi.
2. Apakah peranan reka bentuk terhadap pengeluar dan negara?  KBAT
3. Terangkan dua etika dalam reka bentuk.

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

1. Reka bentuk adalah susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan satu produk.
2. Disebabkan keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad, pelbagai produk

reka bentuk dihasilkan.
3. Reka bentuk produk biasanya dikeluarkan melalui invensi, inovasi, dan kreativiti.
4. Sesuatu reka bentuk produk hendaklah tidak mendatangkan kesan yang negatif

kepada kehidupan manusia dan juga tidak mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.
5. Nilai-nilai kemanusiaan perlu dipatuhi agar tidak mendatangkan kesan kepada

kehidupan manusia.
6. Logo Sukan SEA yang ke-29 dicipta berasaskan wau bulan, lambang kebanggaan

Malaysia. Wau bulan adalah layang-layang berbentuk bulan sabit yang melambangkan
kuasa terunggul sebagai juara. Jalur warna-warni mewakili panji-panji semua negara
peserta Asia Tenggara.

1.3.1 Definisi Invensi dan Inovasi
Definisi invensi

1. Invensi bermaksud kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.

2. Penemuan itu terhasil berdasarkan hasil pengamatan, pengalaman atau kajian.
3. Sesuatu produk itu tidak lagi merupakan invensi apabila tempohnya melebihi 10

tahun atau kebanyakan orang sudah mengenalinya.

Definisi inovasi
1. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan

yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
2. Masalah yang dihadapi sekarang dalam komersial adalah produk yang bagus tetapi

mahal atau produk yang murah tidak berkualiti.
3. Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya lebih baik,

menjimatkan, bertenaga, bermakna serta mesra pengguna.

16

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi 
1
4. Manfaat inovasi adalah penambahbaikan terhadap fungsi, corak, sistem atau rupa
bentuk produk.

5. Inovasi juga dapat dirumus sebagai pembangunan yang mempunyai unsur kreatif dan
berdaya saing di pasaran.

6. Reka bentuk dan teknologi adalah pelengkap kepada inovasi. Bidang ini memberi
pengetahuan, kemahiran, dan kefahaman dalam menghasilkan reka bentuk produk
yang berkualiti tinggi pada kos yang murah.

1.3.2 Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Kerjaya Reka Bentuk

1. Terdapat pelbagai prinsip invensi, inovasi, dan reka bentuk. Antaranya adalah:
• Penjimatan tenaga.
• Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.
• Penjimatan masa mencari kelemahan produk yang masih boleh diperbaiki.

2. Penggabungan aplikasi prinsip invensi, inovasi, dan mereka bentuk dapat membangunkan
kerjaya atau perniagaan.

3. Bidang kerjaya yang mengamalkan prinsip invensi dan inovasi ialah:
(a) Pendidikan
• Pelbagai peralatan boleh memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid.
• Contoh peralatan untuk menarik minat murid adalah seperti peralatan untuk
latihan amali, alatan sukan serta alat tayangan multimedia.
(b) Kesihatan
• Dalam bidang kesihatan, terdapat pelbagai alatan hasil daripada invensi dan
inovasi.
• Ini telah memberi harapan kepada pesakit kerana dapat dirawat dengan
lebih efektif dengan teknologi moden.
(c) Pertahanan
• Pertahanan negara adalah segala usaha untuk mempertahankan kedaulatan
negara dari segala ancaman terhadap keutuhan bangsa dan negara.
(d) Pembuatan
• Contohnya, pencetak 3D telah mengambil alih tugas mengukur, menanda,
memotong, dan mencantum dalam pembinaan.
• ‘Dakwat’ pencetak 3D adalah diperbuat daripada plastik yang akan cair sedikit
demi sedikit sehingga proses cetak lengkap dan menghasilkan model berskala
kecil.
(e) Teknologi maklumat
• Telefon pintar yang dicipta bukan sahaja membolehkan manusia berkomunikasi
dengan pantas dan mendapatkan maklumat terkini, malah dapat melaksanakan
tugas kawalan dan pemantauan.

17

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.1   RBT PT3  Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

1.3.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk Terkini

1. Reka bentuk pelbagai produk terus terhasil untuk memenuhi pelbagai kehendak
manusia.

2. Walau bagaimanapun, hasil reka bentuk manusia hendaklah tidak bercanggah daripada
norma masyarakat.

A   Jam tangan Pedometer sebagai pengukur langkah
1. Semua orang mengetahui berjalan adalah baik untuk kesihatan terutamanya jantung

tetapi bukan semua orang boleh mencatat dengan tepat langkah dia bergerak.
2. Kini, jam tangan Pedometer telah dihasilkan untuk mencatat langkah kaki seseorang.
3. Terdapat sensor mekanikal yang menghitung jumlah langkah berdasarkan gerakan

tubuh.
4. Jumlah langkah yang diambil dengan Pedometer ditaksir ke seberapa aktif seseorang

dalam kehidupan harian.
5. Pedometer dapat memberi gambaran seberapa seseorang berjalan dan sama ada

sudah mencapai sasaran aktiviti yang diingini.

B  Telefon pintar dengan GPS
1. GPS atau Global Positioning System adalah sistem navigasi yang memakai satelit

untuk mengetahui posisi secara cepat.
2. Telefon pintar kini menggunakan GPS.
3. Sinyal GPS mengirim data mengenai kordinat posisi dan kemudiannya telefon pintar

merupakan gadget yang menerima sinyal dan menterjemahnya dalam bentuk posisi
di bidang peta.
4. Sekarang seseorang tidak perlu risau dengan tidak tahu jalan, GPS navigasi akan
menuntunnya dengan telefon pintar.

PRAKTIS FORMATIF  1.3

1. Tafsirkan maksud invensi dan inovasi.
2. Jelaskan bagaimana bidang pendidikan mengaplikasikan prinsip invensi dan

inovasi dalam reka bentuk.  KBAT

18

2Bab RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan) 

APLIKASI TEKNOLOGI
(2.1 Teknologi Pembuatan )

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Definisi Teknologi PembuatanTeknologi pembuatan
2
Konvensional Moden

Menggunakan teknologi asas dan Pembuatan produk
dikendalikan menggunakan tangan menggunakan kaedah moden

Proses Pembuatan Produk

Perancangan Kaji selidik Lakaran / Lukisan Mock-up / Model

Penilaian / Pembinaan Kaedah konvensional /
Pengujian produk Kaedah moden

Kaedah Pembuatan untuk Menghasilkan Sesuatu Produk

Tuangan

Sambungan Kaedah Acuan
Pemesinan pembuatan Pembentukan

untuk
menghasilkan

sesuatu
produk

101

  RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan)

2.1 Teknologi Pembuatan

2.1.1 Mengenal Pasti Teknologi Pembuatan Produk

1. Teknologi pembuatan produk ialah kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan
alatan tangan atau mesin.

2. Teknologi pembuatan produk menggunakan dua kaedah iaitu:
(a) Kaedah konvensional
• Menggunakan teknologi asas dan dikendalikan menggunakan tangan.
• Kemahiran individu sangat diperlukan dan memerlukan masa yang lama untuk
disiapkan.
(b) Kaedah moden
• Kaedah ini menjimatkan masa, kos, dan bahan yang digunakan.
• Penggunaan mesin dalam kaedah ini menjadikan kerja lebih cepat disiapkan
tanpa membazir tenaga.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2

Gambar foto 2.1 Gambar foto 2.2
Memotong kayu dengan Memotong kayu dengan
kaedah konvensional      kaedah moden

2.1.2 Menghuraikan Proses Pembuatan Produk Berdasarkan Teknologi
Pembuatan Konvensional dengan Pembuatan Moden

1. Proses pembuatan produk ialah satu kaedah dan teknik tentang sumber tenaga kerja,
mesin, dan bahan yang ada untuk menghasilkan barang siap.

2. Berikut adalah carta alir dalam proses pembuatan:

Perancangan Kaji selidik Lakaran / Mock-up /
Lukisan Model

Penilaian / Pembinaan Kaedah konvensional /
Pengujian produk Kaedah moden

Rajah 2.1 Carta alir dalam proses pembuatan

102

RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan) 

3. Proses pembuatan menggunakan kaedah konvensional biasanya dilakukan dengan
tangan seperti memutar skru menggunakan pemutar skru, mengecat menggunakan
berus cat, dan memotong kayu menggunakan gergaji tangan.

4. Proses pembuatan menggunakan kaedah moden biasanya menggunakan mesin untuk
menghasilkan sesuatu seperti memutar skru menggunakan pemutar skru tanpa wayar,
mengecat menggunakan mesin menyembur cat, dan memotong kayu menggunakan
mesin gergaji.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
22.1.3 Membanding Beza Teknologi Pembuatan Konvensional dengan
Pembuatan Moden dalam Proses Penghasilan Produk

1. Terdapat tujuh elemen perbezaan kaedah konvensional dan moden, iaitu:
(a) Masa
(b) Hasil
(c) Kos
(d) Tenaga kerja
(e) Kuantiti
(f) Kualiti
(g) Estetika

2. Jadual perbezaan adalah seperti yang berikut:

Jadual 2.1 Perbezaan antara kaedah konvensional dengan kaedah moden

Aspek Kaedah konvensional Kaedah moden

Masa Lama untuk disiapkan. Disiapkan dengan cepat.

Hasil Tidak seragam. Bentuk seragam.

Kos Tinggi. Rendah.

Tenaga kerja Kemahiran mereka bentuk tinggi. Pengendali mesin yang mahir.

Kuantiti Terhad. Banyak.

Kualiti Tiada piawaian tertentu. Mempunyai piawaian yang
ditetapkan.

Estetika Tinggi. Terhad.

2.1.4 Membuat Lakaran Model 3D Bermaklumat

1. Lakaran model 3D dibuat untuk menvisualkan idea daripada pereka bentuk.
2. Lakaran yang dihasilkan mestilah mengandungi maklumat penting seperti bahan, saiz,

dan warna.
3. Pereka bentuk menggabungkan hasil lakaran dan menganalisis lakaran 3D.

103

  RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan)

2.1.5 Menganalisis Lakaran Model 3D

1. Contoh analisis yang dilakukan ialah:

Aspek Ya Tidak Catatan

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Adakah rupa bentuk menepati kehendak
projek brief?

Adakah cadangan bahan yang digunakan
sesuai dengan produk?

Adakah rupa bentuk produk tidak
berbahaya terhadap pengguna?

Keputusan

2.1.6 Membuat Acuan Model 3D

1. Terdapat lima kaedah pembuatan, iaitu:

Jadual 2.2 Kaedah pembuatan

Kaedah pembuatan Konsep
Tuangan (Casting) Proses peleburan dan menuang ke dalam acuan.

2 Acuan (Moulding) Bahan dimasukkan ke dalam acuan melalui tuangan atau
injection moulding dan dibiarkan mengeras.

Pembentukan Proses mengubah bentuk sesuatu bahan.
(Forming)

Pemesinan (Machining) Proses membuang satu bahagian daripada bahan agar
menjadi bentuk yang dikehendaki.

Sambungan (Joining) Bahagian disambung agar menjadi suatu produk baharu
dan boleh digunakan.

2. Model ialah asas kepada pembinaan seakan-akan rupa bentuk produk. Terdapat dua
jenis model iaitu:
(a) Model statik – Tiada bahagian yang bergerak dan penilaian berdasarkan rupa
bentuk, warna, dan saiz.
(b) Model berfungsi – Penilaian dilakukan terhadap fungsi beberapa bahagian projek
seperti pergerakan kesesuaian cantuman, dan jenis bahan.

3. Proses menghasilkan komponen menggunakan kaedah tuangan:

(a) Menghasilkan model awal 3D (b) Membuat acuan (c) Tuangan



104

RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan) 

(a) Menghasilkan model awal 3D:
• Model awal untuk mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses pembinaan
acuan.
• Bahan yang digunakan seperti lilin, tanah liat, dan kayu.
• Kaedah terkini seperti mesin pencetak 3D digunakan untuk menghasilkan
model awal 3D.

(b) Membuat acuan:
• Acuan merupakan bekas tuangan yang hendak dibentuk dengan menggunakan
pasir, tanah liat, plaster of paris, kulit kerang, tanah liat, dan kayu.

(c) Tuangan
• Terdapat dua jenis tuangan, iaitu tuangan panas dan sejuk.
• Tuangan panas menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan seperti
plastik, timah, dan tembaga, dan besi keluli.
• Tuangan sejuk digunakan dengan menggunakan plaster of paris dan epoxy
resin.

4. Proses menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2Sediakan plasterCampurkan denganLetakkan dalam
of paris (POP) air sehingga menjadi bekas

pes

Sapukan lapisan Celupkan sebahagian Biarkan hingga
minyak pada model model awal 3D ke kering
dalam pes POP
awal 3D

Ulang langkah Tanggalkan model Bersihkan acuan
daripada awal awal 3D dengan

berhati-hati

Rajah 2.2  Proses menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris

2.1.7 Membuat Model 3D Berdasarkan Proses Kerja

Model 3D dapat dihasilkan menggunakan kaedah konvensional (acuan dan tuangan) dan
kaedah moden (pen 3D dan pencetak 3D).

Kaedah konvensional
1. Menggunakan plaster of paris, campuran epoxy resin dan epoxy hardener, getah,

dan plastik.

105

  RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan)

2. Berikut adalah langkah menggunakan epoxy resin dan epoxy hardener:

Sediakan acuan

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Sediakan epoxy resin dan epoxy hardener
Sediakan sukatan epoxy resin dan epoxy hardener dengan

nisbah 50-50 dan tuang epoxy resin ke dalam bekas

Tuang epoxy hardener ke dalam bekas

Kacau campuran kedua-dua bahan sehingga sebati

Tuang campuran bahan itu ke dalam acuan

Biarkan bahan mengeras dan keluarkan hasil tuangan
daripada acuan
2
Rajah 2.3  Langkah menggunakan epoxy resin dan epoxy hardener

Kaedah moden

1. Menggunakan pen 3D dan pencetak 3D.
2. Pen 3D menggunakan haba untuk mencairkan bahan pencetak seperti acrylonitrile

butadiene styrene (ABS) polylactic acid (PLA), dan thermal polyurethane (TPU).
3. Bahan mencetak akan cair apabila dipanaskan dan keluar melalui hujung pen 3D.
4. Model 3D juga boleh dihasilkan menggunakan pen 3D.
5. Pemasangan pen 3D:

Sambungkan pen Memilih bahan Panaskan elemen
3D kepada punca mencetak. pemanas pada
pen.
bekalan kuasa.

Masukkan bahan Uji dengan tekan
mencetak pada butang penyalur
bahan mencetak.
pen.

Rajah 2.4  Langkah-langkah pemasangan pen 3D

106

RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan) 

2.1.8 Membuat Kemasan Model 3D Menggunakan Konsep Electrostatic
dan Electroplating

1. Faedah kemasan:
(a) Melindungi permukaan produk daripada karat dan calar.
(b) Menambah nilai estetik dengan warna yang menarik.
(c) Menjadikan tekstur permukaan lebih menarik.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 2. Kaedah kemasan dan bahan yang sesuai:

Jadual 2.3 Kaedah berserta bahan binaan dan bahan kemasan

Kaedah kemasan Bahan binaan Bahan kemasan
Sapu Kayu dan keluli Cat licau dan syelek
Pelekat Kayu dan MDF Pelekat
Sembur Kayu, keluli, dan plastik Cat dan lekar
Electroplating (Saduran) Keluli Perak dan emas

3. Konsep electrostatic ialah kajian sains yang digunakan untuk menjelaskan cas elektrik
yang statik, iaitu cas yang tidak bergerak. Cas yang terhasil ialah cas positif dan
negatif.

4. Konsep electroplating dikenali juga sebagai sadur elektrik yang digunakan untuk
membuat saduran bagi menghilangkan kelemahan sesuatu permukaan. Kaedah ini
sesuai untuk bahan logam yang memerlukan proses kekonduksian elektrik dalam proses
penyaduran. Terdapat beberapa bahan yang digunakan dalam proses electroplating
iaitu:

Jadual 2.4 Jenis bahan yang digunakan dalam proses electroplating

Bahan Penerangan
Cecair elektrolit Larutan yang membenarkan arus elektrik bertindak
balas dengan bahan saduran.
Bikar Bekas untuk menakung elektrolit dan merendam bahan.
Kepingan bar tembaga Bahan yang menyaluti objek.
Sel 9 voltan Punca kuasa elektrik.
Wayar berserta klip Mengalirkan arus elektrik.
buaya

2.1.9 Menilai Model 3D yang Telah Dihasilkan

1. Borang penilaian yang mempunyai elemen, prinsip reka bentuk, dan kriteria yang
dikehendaki digunakan untuk menilai model 3D.

2. Elemen reka bentuk merangkumi garisan, rupa, bentuk, tekstur, saiz, warna, dan
ruang.

107

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.2   RBT PT3  Bab 2 Aplikasi Teknologi (2.1 Teknologi Pembuatan)

3. Prinsip reka bentuk yang dinilai ialah keseimbangan, pengulangan, kontras,
kepelbagaian, kesatuan, keringkasan, dan harmoni.

2.1.10 Menjana Idea untuk Penghasilan Reka Bentuk Produk yang Lebih
Efisien

1. Setiap produk perlu ditambah baik dari semasa ke semasa untuk membolehkannya
bersaing dengan produk lain di pasaran.

2. Produk boleh ditambah baik dari segi fungsi, reka bentuk, kualiti, dan estetik.

PRAKTIS FORMATIF  2.1

1. Namakan dua teknologi pembuatan produk.
2. Berikan tiga contoh pembuatan daripada kaedah konvensional.
3. Nyatakan satu produk yang tidak dapat dilaksanakan dengan kaedah pembuatan

moden. KBAT
4. Mengapakah produk yang dihasilkan melalui kaedah konvensional tidak seragam?

KBAT

5. Senaraikan lima bahan yang sesuai digunakan sebagai bahan membuat acuan.
6. Apakah kesan jika borang analisis tidak mengambil kira faktor elemen dan prinsip

reka bentuk? KBAT
7. Rajah berikut menunjukkan reka bentuk sebuah produk.


Cadangkan dua penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas reka bentuk

produk tersebut. KBAT

108

Jawapan

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Tingkatan 1 PRAKTIS FORMATIF  1.3

1BAB Pengenalan kepada Reka 1. Invensi bermaksud kaedah dan proses
Bentuk dan Teknologi mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang baharu
PRAKTIS FORMATIF  1.1 serta belum pernah wujud sebelumnya.
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk
1. Reka bentuk konkrit merupakan bidang yang menghasilkan produk atau perkhidmatan
melibatkan proses mereka bentuk sesuatu yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau
produk yang dapat dilihat dan dipegang penambahbaikan.
manakala reka bentuk abstrak merupakan
bidang yang melibatkan proses mereka 2. • Pelbagai peralatan boleh memudahkan
bentuk produk yang dilihat tetapi tidak boleh pengajaran dan pembelajaran murid.
dipegang.
• Antaranya peralatan untuk menarik minat
2. (a) Ruang murid seperti peralatan untuk latihan
(b) Ruang nyata, ruang ilusi amali, alatan sukan serta alat tayangan
multimedia.
3. Warna primer, warna sekunder, warna tertier.
2BAB Pengurusan Projek
PRAKTIS FORMATIF  1.2
PRAKTIS FORMATIF  2.1
1. (a) Menyediakan peluang pekerjaan dalam
pelbagai bidang. 1. Skop kerja, tempoh masa, kos projek.
2. (a) Meniru daripada persekitaran.
(b) Memenuhi keperluan dan kehendak
individu dan masyarakat. (b) Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat.
(c) Menukar saiz objek.
(c) Menyumbang kepada pembangunan (d) Menterbalikkan kedudukan.
sains, sosial, dan perniagaan. 3. Membuat perubahan dalam penjadualan.
4. Menyediakan jadual kerja.
(d) Menyumbang kepada peningkatan 5. Pemilihan, latihan, ganjaran.
teknologi moden.
3BAB Proses Reka Bentuk
2. (a) Menghasilkan produk buatan tempatan.
(b) Menambahkan pendapatan negara. PRAKTIS FORMATIF  3.1
(c) Merupakan harta negara yang berharga.
(d) Menjaga kepentingan hak cipta rakyat. 1. (a) Tajuk projek
(e) Meningkatkan maruah dan keselamatan (b) Gambaran keseluruhan projek
negara. (c) Kriteria produk
(f) Menjadi pengukur negara maju. (d) Perancangan pengurusan projek
(e) Analisis kajian
3. (a) Keaslian/ketulenan (f) Lakaran idea
• Mereka bentuk yang berciri asli, tidak (g) Mock-up atau model
meniru hasil produk orang lain.

(b) Jujur
• Produk yang tidak membuatkan
pengguna sangsi seperti harga produk,
kualiti, dan bahan pembinaannya.
• Pereka hendak memberi maklumat
yang tepat tanpa mengelirukan
pengguna.

233

 RBT PT3  Jawapan (c) Biji benih
(d) Media tanaman
2. Kriteria pertimbangan utama dan catatan (e) Alat pengukur
penerangannya.
4. (a) Memastikan tanaman dalam keadaan
3. (a) Tujuan pasaran baik dan berkualiti.
(b) Persembahan
(c) Kuantiti (b) Mendapatkan pulangan yang lumayan.
(d) Stail/gaya (c) Mengelakkan serangan perosak dan
(e) Kualiti
(f) Kos penyakit.
(g) Jangka masa (d) Mengurangkan kos.
(e) Meningkatkan kecekapan ladang.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. 4. Untuk memudahkan pengurus projek dan
pereka bentuk melaksanakan tugas. 5BAB Aplikasi Teknologi (5.2 Reka
Bentuk Fesyen)
4BAB Lakaran
PRAKTIS FORMATIF  5.2
PRAKTIS FORMATIF  4.1
1. Pereka fesyen, peramal fesyen, tenaga
1. Lakaran piktorial memberi gambaran objek pengajar fesyen, perunding imej.
sebenar melalui tiga pandangan, iaitu
pandangan atas (pelan), pandangan sisi, 2. Gunting kertas, gunting fabrik, penetas.
dan pandangan hadapan. 3. Bentuk jam pasir.
4. Ahmad.
2. (a) Garisan ufuk
(b) lukisan perspektif satu titik lenyap, 1Pentaksiran Tingkatan
lukisan perspektif dua titik lenyap, lukisan
perspektif tiga titik lenyap. Bahagian A

3. (a) Memenuhi cita rasa pengguna terkini. 1. A 2. C 3. B 4. B 5. D
(b) Mengikut trend semasa. 8. A 9. B 10. C
(c) Menyaingi reka bentuk produk yang sedia 6. C 7. D 13. C 14. C 15. D
ada di pasaran.
(d) Mengikut kehendak pasaran semasa. 11. A 12. D

5BAB Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bahagian B
Bentuk Sistem Fertigasi) 1. C

PRAKTIS FORMATIF  5.1 B

1. Sistem fertigasi adalah satu kaedah A
penanaman melalui pemberian baja yang
lengkap kepada tanaman dalam bentuk 2. (i) Keseimbangan
larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar (ii) Pengulangan
melalui sistem pengairan titis. (iii) Kontras
Jawapan lain: Kepelbagaian, kesatuan,
2. (a) Teknik aliran cetek
(b) Teknik aliran dalam harmoni, keringkasan.
(c) Teknik takung 3. C
(d) Teknik pasang surut
(e) Teknik pengairan titis (teknik agregat) A
(f) Aeroponik
B
3. (a) Tangki larutan baja
(b) Larutan stok baja

234

Revisi Cepat PT3 KC117072 Ranger
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Nota Padat BHearlwamaranna! Tingkatan PT3 Revisi Cepat Reka Bentuk dan Teknologi
Galeri i-THINK
1 . 2 . 3 KSSM
Praktis Formatif
• Bahasa Melayu
Pentaksiran Tingkatan 1 & 2 • English
• Matematik
Kertas Model PT3 • Mathematics
• Sains
Jawapan • Science
• Sejarah
KOD QR Info & Video • Geografi
✔ Reka Bentuk dan Teknologi
Dapatkan • Pendidikan Islam
versi
eBook!

www.PelangiBooks.com W.M: RM18.95 / E.M: RM18.95
PelangiBookswww. .com• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
KC117072
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • ISBN: 978-967-2457-12-1

PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)


Click to View FlipBook Version