The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Buku yang Berkaitan Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-03-13 00:43:24

Permulaan Dakwah

Siri Buku yang Berkaitan Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Siti Khadijah, orang yang pertama memeluk Islam. Dia diikuti sahabat baginda iaitu Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Bilangan orang yang memeluk Islam semakin ramai. Mereka berkumpul di rumah Arqam bin Abu Arqam.


Nabi Muhammad SAW berdakwah secara rahsia selama tiga tahun. Kemudian baginda diperintahkan oleh Allah SWT berdakwah secara terang-terangan. Nabi Muhammad SAW berdiri di atas bukit Safa lalu berkata, “Wahai kaum Quraisy, adakah kamu mempercayaiku?” Kaum Quraisy mendengar ucapan Nabi Muhammad SAW.


Kaum Quraisy menjawab, “Ya, kami tetap percaya kepadamu kerana kamu tidak pernah berbohong.” Nabi Muhammad SAW berkata lagi, “Aku beri peringatan kepada kamu akan seksaan Allah SWT kepada mereka yang ingkar perintah-Nya.” Kaum Quraisy berasa marah kepada Nabi Muhammad SAW.


Kaum Quraisy mengancam untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Abu Talib berasa sangat bimbang mendengar ancaman itu. Dia memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW tawaran itu.


Click to View FlipBook Version