Ditulis oleh Set Keempat
Aliza Ali
Jam loceng berbunyi. Sara
bangun daripada tidur.
Sara berus gigi, cuci muka
dan tukar baju.
Perkataan baharu:
2 loceng ber bunyi ba ngun tu kar
3
Sara nampak ibu di luar
rumah. Ibu sedang
menyidai pakaian.
“Ibu, saya mahu bantu,”
kata Sara.
“Baiklah Sara,” kata ibu.
Perkataan baharu:
4 sedang me nyidai
5
Ibu dan Sara selesai
menyidai pakaian.
“Mari kita bersarapan,”
ajak ibu.
Ibu menghidangkan
mi goreng.
“Mmm... sedapnya mi
goreng ini,” kata Sara.
Perkataan baharu:
6 selesai bersarapan
7
Selepas bersarapan, ibu mahu
membasuh cadar pula. Ibu
memasukkan cadar ke dalam
mesin basuh. Tiba-tiba, mesin
basuh berbunyi dengan kuat.
Dung, dung, dung! Mesin
basuh terhenti.
“Oh, oh, mesin basuh rosak!”
kata Sara.
Perkataan baharu:
8 membasuh ca dar me sin ba suh ku at ter henti ro sak
9
Bapa cuba membaiki mesin
basuh itu. Mesin basuh itu
masih tidak berfungsi.
“Kita perlu menelefon Encik
Baha,” kata bapa.
Perkataan baharu:
10 membaiki ma sih ber fungsi me nelefon En cik Ba ha