The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2025-12-15 21:30:54

Strategic STPM Sem 2 (2026) Sejarah

• Sazlina Othman• Hazriyana Hashim• Akwalizam Abdullah> Info > VideoPEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! Berdasarkan2022 – 20242022 – 2024SEJARAH(Sejarah Islam)


viKertas 2 : Sejarah IslamBABMasyarakat, Politik dan Pentadbiran 1 11.1 Transformasi Masyarakat 21.2 Politik dan Pentadbiran 381.2.1 Piagam Madinah 381.2.2 Institusi Khilafah 491.2.3 Pembukaan Wilayah dan Hubungan Luar 68Praktis STPM 1 114BAB2 Pembangunan Ekonomi dan Intelektual 1152.1 Ekonomi 1162.1.1 Institusi Ekonomi 1162.1.2 Perkembangan Ekonomi 1402.2 Perkembangan Intelektual 1562.2.1 Perkembangan Ilmu di Baghdad 1762.2.2 Pengaliran Ilmu dari Andalus ke Eropah 199Praktis STPM 2 228BAB3 Penglibatan Barat dan Pembinaan Negara Bangsa 2293.1 Penglibatan British di Asia Barat 2303.2 Perang Dunia Pertama 2623.3 Pembinaan Negara Bangsa 2913.4 Gerakan Islam 3113.5 Hubungan Arab-Israel 331Praktis STPM 3 352Kertas Model STPM 353Jawapan 354KANDUNGAN00 Kandungan..indd 6 15/12/2025 2:38 PM


MASYARAKAT, POLITIK DAN PENTADBIRANFokus Pembelajaran1Kertas 2: Sejarah Islam (500 – 2000)Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBABTerdapat dua aspek utama yang dibincangkan dalam tema ini. Pertama, berkaitan dengan Transformasi Masyarakat. Kedua, mengenai Politik dan Pentadbiran yang dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil, iaitu Piagam Madinah, Institusi Khilafah serta Pembukaan Wilayah dan Hubungan Luar. Calon seharusnya dapat menilai perubahan masyarakat, sistem pemerintahan dan hubungannya dengan dunia luar.Turki UthmaniyahAcheh dan JohorTurki UthmaniyahWilayah BalkanAlam Melayu ChinaPembukaan Wilayah dan Hubungan luarInstitusi KhilafahKhulafa al-Rasyidin Masyarakat Jahiliah Piagam MadinahTransformasi MasyarakatTajuk Huraian1.1 Transformasi Masyarakat• Membincangkan ciri masyarakat jahiliah.• Membincangkan ciri masyarakat Islam.1.2 Politik dan Pentadbiran1.2.1 Piagam Madinah• Menilai peranan dan kepentingan Piagam Madinah dalam pentadbiran NabiMuhammad SAW.1.2.2 Institusi Khilafah • Membincangkan institusi khilafah.• Menilai sumbangan khalifah berikut:− Khalifah Abu Bakar − Khalifah Uthman al-Affan− Khalifah Umar al-Khattab − Khalifah Ali bin Abi Talib1.2.3 Pembukaan Wilayah dan Hubungan Luar• Menghuraikan faktor penyebaran Islam diChina pada abad ke-7 hingga ke- 8 Masihi.• Menghuraikan teori kedatangan Islam di Alam Melayu pada abad ke-7 hinggake-14 Masihi.• Menganalisis kesan pembukaan wilayah di Balkan pada zaman kerajaan TurkiUthmaniyah dari abad ke-14 hingga ke-17 Masihi.• Menganalisis hubungan Turki Uthmaniyah dengan Acheh dan Johor dari abadke-16 hingga ke-20 Masihi.Peta KonsepMasyarakat Islam• Nabi Muhammad SAW• Khulafa al-RasyidinPolitik dan Pentadbiran1Bab 1(a).indd 1 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB 1 1.1 Transformasi Masyarakat1.1.1 Masyarakat1 Secara umum pengertian masyarakat adalah sekumpulan individu yang hidup bersama, bekerjasama untuk memperoleh kepentingan bersama dalam kehidupan, norma-norma, dan adat istiadat yang diikuti.2 Masyarakat berasal dari bahasa Inggeris, iaitu society yang bererti masyarakat, society berasal dari bahasa Latin, iaitu societas yang bererti kawan. Istilah masyarakat berasal daripada kata bahasa Arab syarakayang bererti ikut serta dan mengambil bahgaian dalam sesuatu kegiatan.3 Pengertian masyarakat menurut Linton ialah masyarakat merupakan sekelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan bekerjasama sehingga dapat terbentuk organisasi yang mengatur setiap individu dalam masyarakat tersebut dan membuat setiap individu dalam masyarakat dapat mengatur diri sendiri dan berfikir tentang dirinya sebagai suatu kesatuan sosial dengan batasan tertentu.4 Kesimpulannya, masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang berinteraksi dalam suatu hubungan sosial. Mereka mempunyai persamaan budaya, wilayah, dan identiti, mempunyai kebiasaan, tradisi,sikap, dan perasaan penyatuan yang diikat oleh kesamaan.Maksud Jahiliah1 Kata sejarah diambil dari bahasa Arab iaitu syajaratun yang bererti pohon kayu. Peradaban Arab pra-Islam pula dikenali dengan masa jahiliah.2 Dari aspek bahasa, kata jahiliah berasal dari kata jahala dan kata terbitan jahlun yang memiliki erti tiada tahu, bodoh dan sesat. Karen Amstrong pula menyatakan jahiliah ialah barbarisisme pada zaman sebelum Islam.3 P.K.Hitti di dalam bukunya History of the Arabs menyatakan bahawajahiliah bukan bererti jahil (bodoh) dari segi ilmu pengetahuan, tetapi hanya jahil dari segi agama kerana pada zaman tersebut (sebelumkedatangan Islam) tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk.4 Jahiliah menurut Kamus Dewan merupakan gelaran kepada umat Arab sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW yang tidak menerimakebenaran ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam.5 Jahiliah yang dimaksudkan ialah jahil dalam nilai-nilai agama, akhlak,dan kemasyarakatan dan tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah SWT, pencipta dunia untuk manusia dan tidak menyedari bahawadirinya adalah ciptaan Allah SWT. Mereka bertahan dan menyembah agama yang tertentu.6 Jaafar bin Abu Talib menerangkan kepada Raja Habshah pada zamanpermulaan Islam, “Kami orang Arab Jahiliah menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, meninggalkan rumah tangga, mungkir janji, dan kuat menindas yang lemah”.• Membincangkanperkembanganmasyarakat jahiliah danmasyarakat Islam.Hasil PembelajaranPelajar perlu memahamikonsep jahiliah danmenghuraikan ciri-cirimasyarakat jahiliah.Tip Pemeriksa2Bab 1(a).indd 2 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB17 Dalam al-Quran pula menjelaskan tentang jahiliah yang bermaksud keadaan jiwa yang menolak hidayah dan petunjuk ilahi serta keadaanyang bersifat menentang hukum Allah SWT. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 50 yang bermaksud: “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orangorang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”8 Kata jahiliah disebutkan sebanyak 24 kali dalam 17 surah dan 4 ayat,iaitu dalam surah Ali ‘Imran ayat 154, Al-Maidah ayat 50, Al-Ahzabayat 33 dan Al-Fath ayat 2. Maka, jahiliah dalam al-Quran digunakan untuk menggambarkan kejahilan dalam mengesakan Allah, bersama dengan semua kejahilan yang terkait dengan dengan konsep akidah dan syariat.9 Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat Arab yang hidup ]di Semenanjung Arab pada waktu selepas kemusnahan EmpanganMa’arib di Saba’ pada tahun 300 Masihi. Tempoh zaman jahiliahselama 310 tahun bermula dari tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi. Masyarakat Arab pada waktu itu digelar masyarakat jahiliah keranatidak mengikut mana-mana ajaran nabi dan rasul yang terdahulu sama ada Nabi Sulaiman a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Musaas., Nabi Isa a.s. atau mana-mana nabi dan rasul yang lain.Masyarakat Arab Jahiliah1 Dari segi bahasa, Arab bererti gurun pasir, tanah kering tandus, tanpa tumbuhan dan air. Bangsa Arab menyebut negeri Arab dengan nama jazirah atau pulau.2 Semenanjung Tanah Arab terletak di sebelah barat daya Benua Asia. Sebelah utara bersempadan dengan Palestin, Syam dan Iraq. Di sebelah timur ialah Teluk Parsi dan Teluk Oman. Di sebelah selatan ialah Lautan Hindi dan Teluk Aden. Di sebelah barat ialah Selat Babul Mandab, Laut Merah dan Terusan Suez.3 Semenanjung Tanah Arab merupakan padang pasir yang terbahagi kepada kawasan berbukit, kawasan rendah, terdapat air yang ditumbuhitanaman dan kawasan dataran tinggi.4 Semenanjung Tanah Arab terdiri daripada dua daerah:(a) Daerah pedalaman merupakan daerah padang pasir yang kering kerana kurang hujan dan sedikit penduduk kerana daerahnya tandus.(b) Daerah pantai di pinggir laut, di bahagian tengah dan selatan, hujan turun teratur sehingga tanah subur, iaitu daerah Hijaz,Yaman, Hadramaut, Oman dan Bahrain. Di antara daerah tersebut, Yaman yang paling subur, sehingga disebut negeri barakah.5 Bangsa Arab sebelum Islam tidak hanya mendiami Semenanjung Tanah Arab. Mereka juga tinggal di kawasan sekitar Semenanjung Tanah Arabseperti Mesir dan Syam.Semenanjung Tanah Arab3Bab 1(a).indd 3 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB 1 6 Masyarakat Arab jahiliah berhubungan dengan dunia luar dari bahagian barat yang merupakan pintu masuk ke Benua Eropah, bahagian timurmerupakan pintu masuk dari negara-negara Arab, Timur Tengah dan menghubungkan China serta India.Masyarakat Makkah1 Masyarakat Arab jahiliah di Makkah terbahagi kepada dua golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.2 Masyarakat Badwi(a) Masyarakat Badwi merujuk kepada masyarakat yang menetapdi luar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman.Penempatan utama ialah di bahagian tengah dan utara Tanah Arab. Masyarakat Badwi terdiri daripada keturunan yang tidakbercampur gaul dengan kaum lain. Mereka terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali sebagai kabilah.(b) Masyarakat Badwi tidak tinggal menetap di satu-satu kawasandan sering berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Perpindahan tersebut berdasarkan kepada aktiviti kehidupan seperti menjalankan pertanian dan penternakan, mencari tempat perlindungan daripada bencana ribut pasir dan mencari kawasanyang bebas daripada ancaman kabilah-kabilah lain.(c) Biasanya, masyarakat Badwi menetap sementara di wadi dan oasisdalam khemah yang diperbuat daripada kulit binatang dan kulit kayu. Aktiviti kehidupan yang utama ialah menternak binatang seperti unta dan kibas.(d) Sifat masyarakat Badwi ialah tahan lasak, suka berperang,menyerang, berani, keras hati, semangat gotong-royong, pemurah, amanah dan mematuhi janji serta mempertahankan kehormatan kabilah sendiri.3 Masyarakat Hadari(a) Masyarakat Hadari merujuk kepada masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan, tengah dan utara Tanah Arab. Penempatan di selatan ialah Yaman, di tengah ialah Hijaz dan Makkah dan di utara seperti Hirah dan Ghassan.(b) Masyarakat Hadari terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada golongan keturunan bangsawan serta mempunyaihubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain terutama dalam hubungan perdagangan.(c) Corak kehidupan masyarakat Hadari berbeza dengan masyarakatBadwi. Mereka memiliki kemewahan, kesenangan hidup dantinggal menetap. Selain daripada perdagangan, aktiviti kehidupan mereka juga bergantung kepada pertanian dan pertukangan.(d) Kawasan penempatan utama masyarakat Hadari ialah Makkah danTaif sebagai pusat perdagangan, Yathrib sebagai pusat pertanian, dan Yaman sebagai pelabuhan bebas.Ibn Khaldun menyatakan,‘Mereka sentiasa membawa senjata dengan bersendirian di tengah-tengah padang pasir.’ Hal ini memperlihatkansifat keberanian yang adapada masyarakat Badwi.Info Sejarah4Bab 1(a).indd 4 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB1Masyarakat Madinah1 Nama asal Madinah ialah Yathrib. Nama Yathrib diambil daripadanama seorang pemimpin puak Amaliq. Apabila Nabi MuhammadSAW berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M., nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawarah yang bermaksud kota bercahaya, Cahaya Islam atau Nur Islam. Sejak tempoh itu, Yathrib dikenali dengan nama Madinah. Kota ini terletak sekitar 510 km ke utara kota Makkah. Penduduk asal Madinah berketurunan Arab.2 Penduduk Madinah terdiri daripada dua kaum besar, iaitu orang Arab daripada suku Aus dan Khazraj dan orang Yahudi yang terdiri daripadaBani Nadhir, Bani Quraizah, dan Bani Qainuqa’.3 Suku Aus dan Suku Khazraj(a) Suku Aus terdiri daripada Bani Abd al-Asyhal, Bani Amr bin Auf, Bani Umayyah, Bani Lauzan, Bani Hubaib, Bani Dabi’ah dan BaniZafar.(b) Suku Khazraj pula terdiri daripada Bani al-Najjar, Bani Zurayq,Bani Auf, Bani Salim bin Auf, Bani Salimah dan Bani Sa’idah.(c) Suku Aus dan Khazraj merupakan golongan yang seringbermusuhan.(d) Suku Aus tinggal di wilayah selatan dan timur, yang merupakandataran tinggi Madinah serta kawasan yang subur denganpertanian. Suku Khazraj menetap di wilayah utara tengah yangmerupakan dataran rendah Madinah yang merupakan kawasankurang subur dan berjiran dengan Bani Qainuqa’.(e) Kedua-dua suku mengusahakan tanah yang kurang subur berbanding orang Yahudi yang merupakan usahawan, peniagadan petani, di samping menjalankan riba.(f) Peperangan sering berlaku di antara kedua suku ini dan tidak pernah berhenti selama lebih kurang 120 tahun serta belum ada pihak yang menang. Dalam peperangan, yang mendapat kemenangan ialah suku Khazraj kerana mempunyai lebih banyakjumlah anggotanya daripada suku Aus.(g) Malah, suku Khazraj mendapat bantuan senjata daripada kaumYahudi Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’, sedangkan suku Aus hanyamemperoleh bantuan daripada kaum Yahudi Bani Quraizhah.Kedua-dua suku bersama memegang kekuasaan di kota Madinah.4 Kaum Yahudi(a) Kabilah Yahudi yang ada di Madinah ialah Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah.(b) Bani Qainuqa’ tinggal di dalam kota Madinah dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Aktiviti ekonomi mereka ialah menjalankan kegiatan perdagangan, pertukangan dan tidak terlibat dalam aktiviti pertanian. Mereka mempunyai kekuatan tentera dan menyebelahi suku Khazraj menentang suku Aus.5Bab 1(a).indd 5 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB 1 (c) Bani Nadhir menetap di Aliyah, di lembah Baththan. Daerahtersebut banyak pohon kurma dan tanaman lain. Aktiviti ekonomi lain ialah bertukang, bertani dan berniaga. Bani Nadhir memihakkepada suku Aus dan suka memecah-belahkan orang Arab daripada berkuasa di Madinah.(d) Bani Quraizhah mendiami wilayah Mazhur yang terletak diselatan Madinah. Kegiatan ekonomi ialah pertanian dan dianggap golongan yang mewah. Mereka menggambarkan diri merekasebagai ahli ilmu dan ahli agama. Bani Quraizah membantu sukuAus menentang suku Khazraj dalam peperangan Bu’ath.1.1.2 Ciri-ciri Masyarakat JahiliahAspek Politik1 Kerajaan Arab jahiliah tidak mempunyai sistem pemerintahan yang teratur atau tersusun khususnya selepas keruntuhan kerajaan Himyar pada tahun 534 Masihi. Situasi politik Arab jahiliah tergugat akibat campur tangan kuasa dan pengaruh campur tangan penjajah. Misalnya, di bahagian utara Semenanjung Arab dikuasai Rom dan Parsi, bahagianselatan diancam oleh Habsyah dan Parsi. Kawasan Makkah danMadinah (Yathrib) pula tidak dijajah.2 Struktur pemerintahan Arab jahiliah Makkah terbahagi kepada masyarakat Badwi dan Hadari. Kedua-duanya mempunyai sistempolitik yang tersendiri.3 Sistem politik masyarakat Badwi adalah berasaskan kabilah. Kabilahini bermula dari sistem keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang dikenali sebagai a’ilah dan tinggal di dalam khemah. Beberapa kumpulan keluarga kemudiannya membentuk khemahkhemah yang merupakan sebuah Hayy. Gabungan Hayy ini membentuk kaum dan beberapa kaum ini mewakili suatu kabilah.4 Kepemimpinan politik lebih berfokus pada struktur kabilah yang berfungsi sebagai alat untuk melindungi diri mereka daripada serangan suku-suku lain. Kesetiaan yang wujud dalam kabilah adalah berfokuskepada kelompok kabilah itu sendiri. Mereka akan bertindak secara kolektif untuk melindungi anggotanya dan mengalas tanggungjawabsecara bersama.5 Ketua setiap kabilah dikenali sebagai Syeikh. Syeikh yang dilantik haruslah memiliki sifat-sifat keberanian, pemurah dan bijaksana. Malah, Syeikh haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur.Syeikh berperanan menjaga keamanan kabilahnya, di samping membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah lain sekiranya timbul perselisihan. Syeikh juga bertanggungjawab melayan tetamu yang hadir dalamkawasan mereka serta memberikan perlindungan. Jawatan Syeikh inibiasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinyaterdapat kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya.Syeikh• Dipilih oleh para anggotakeluarga.• Berpengaruh dalamkabilah tersebut.• Bertugas menyelesaikanmasalah dalaman.• Memiliki kekayaan,bijaksana, sabar, pemaaf,dan rajin.6Bab 1(a).indd 6 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB16 Sistem perundangan masyarakat jahiliah tidak sistematik. Undangundang yang ada adalah berasaskan kepada semangat assabiah atau semangat kesukuan dan bersifat balas dendam. Setiap puak berpegang kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kabilahnya yang tersendiri. Misalnya, ketika seorang individu dalam kelompok kabilah mengalami masalah, maka kabilah akan menuntut balas. Sebaliknya, jika seseorang dari kelompok kabilah tersebut melakukan kesalahan, maka akan menjadi tanggungjawab kelompok kabilah secarakeseluruhan. Akibatnya sering berlakunya peperangan antara kabilah.7 Sistem politik masyarakat Hadari pula lebih mengutamakan keamanan dan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang tetap dan mantap.Hal ini adalah kerana masyarakat Hadari adalah golongan yang terlibat dalam perdagangan dan urusan ini selalunya melibatkan hubungan dengan bangsa-bangsa asing yang mempunyai peradaban tinggi, maka tentulah fikiran masyarakat Hadari lebih matang.8 Oleh itu, para bangsawan (Quraisy) mendominasi pentadbiran bercorakaristokrasi dan menubuhkan Majlis Kabilah. Majlis Kabilah merupakan institusi pentadbiran yang menguruskan tatacara dan perjalanan hidup masyarakat. Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran masing-masing.9 Terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidangbidang tertentu. Antaranya ialah As-Siqayah menguruskan air zam-zambagi orang yang mengerjakan haji, Ar-Rifadah menguruskan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, Al-Hijabah yang menguruskan kunci keselamatan kaabah, An-Nadwah mentadbir pemerintahan dan undang-undang, Al-Qiyadah menguruskan ketenteraan dan keamanan, AL-Liwa’ menguruskan bendera negara.10 Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah dan beliau wajibdihormati. Setiap perwakilan kabilah akan mengadakan mesyuaratbersama untuk melicinkan pengurusan mereka di balai musyawarahyang dikenali dengan nama Darul Nadwah.11 Kerajaan-kerajaan Arab yang awal memperlihatkan ketamadunandalam aspek politik dari aspek kejayaan yang dinikmati sebelum kejatuhan kerajaan-kerajaan Arab tersebut. Antara kerajaan tersebut ialah pemerintahan Yaman dan Hirah.A Kerajaan Saba’1 Di daerah Yaman terdapat sebuah kerajaan yang bernama Saba’. Kerajaan Saba’ dibangunkan oleh rajanya yang pertama yang bernama Saba’ Abdu Syams bin Yasyjub bin Ya‘rub bin Qathan pada tahun 950 S.M.2 Kemajuan kerajaan ini diperlihatkan dengan kemahiran dalam seni bina. Misalnya pembinaan Empangan Maarib pada abad ke-4 S.M. yangmembawa kepada kemajuan dalam aspek ekonomi seperti pertaniandan penternakan.Tinggalan Empangan Maarib7Bab 1(a).indd 7 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB 1 3 Kerajaan Saba’ mulai musnah setelah kemusnahan Empangan Maarib.Keruntuhan kerajaan Saba’ diperlihatkan dengan turunnya azabdaripada Allah SWT atas perlakuan mereka yang berpaling dari seruan para Rasul utusan Allah.B Kerajaan Himyar1 Seterusnya, kekuasaan pemerintahan Yaman berpindah ke suku Himyar yang mendirikan kerajaan Himyariyah beberapa tahun sesudah runtuhnya kerajaan Saba’.2 Kerajaan Himyariyah didirikan oleh suku Himyar. Ibu kota ialah kota Zhafari, sebuah kota yang terletak di pedalaman negeri Yaman.3 Orang-orang Himyar ini sangat berbeza dengan orang-orang Sabaiyah.Jika orang-orang Saba’ tidak suka berperang, tidak menyukai rusuhan, sukakan kedamaian, serta tidak menyerang negara-negara jirannya, namun sebaliknya kerajaan Himyariyah suka berperang dan menyerang serta menakluk negara-negara jiran.4 Kerajaan Himyar berjaya menakluki Parsi, Iraq dan Khurasan. Kerajaan Himyar mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Rom dalamaspek perdagangan. Kekuasaan kerajaan Himyariyah berakhir ketika Raja Jusuf Zu Nuwas berkuasa. Kehancuran kerajaan Himyariyahdisebabkan oleh konflik agama yang terjadi antara penganut agama Yahudi dengan agama Kristian. Raja Jusuf Zu Nuwas yang beragamaYahudi tidak membenarkan kemasukan agama Kristian ke Himyar. Beliau menangkap penganut agama Kristian dan seramai 12,000 penganut agama Kristian dibakar.5 Raja Rom, iaitu Justin I telah memerintahkan Negus (Raja Habsyah)yang beragama Kristian menyerang Yaman. Dalam pertempuran tersebut, pasukan Raja Jusuf Zu Nuwas kalah. Akhirnya, kekuasaanHimyariyah berpindah kepada kekuasaan Habsyah.C Kerajaan Hirah1 Kerajaan Arab di sebelah utara pula ialah kerajaan Hirah yang diasaskan oleh Amru bin Adi. Kerajaan ini muncul selepas kejatuhan kerajaan Al-Nabt dan Tadmur.2 Kerajaan Hirah menjadi tumpuan masyarakat Badwi kerana iklimnyadan kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan.3 Kerajaan ini mengalami kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan dan menjadi pusat perkembangan agama Kristian pada abad ke-3 M.4 Kerajaan Hirah diberi perlindungan oleh kerajaan Parsi. Maka setiap Amir yang menaiki takhta harus bekerjasama dengan Parsi dan dibebaskan daripada membayar cukai dan ufti. Keadaan berlaku sebaliknya jika tidak mengikut arahan Kisra Parsi. Misalnya, pada abad ke-5 M., Kisra Parsi menangkap Amir kerajaan Hirah, iaitu Nu’man binUmrul Qais kerana tidak mengikut pemerintahan Parsi. Kerajaan Hirah• Terkenal dalam kegiatanperniagaan. Rakyatnyapandai membaca danmenulis.• Pelopor penyampaianilmu pengetahuan diSemenanjung TanahArab.• Mengembangkan agamaNasrani di negeri Arab.Info Sejarah8Bab 1(a).indd 8 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB15 Beliau melantik Iyas bin Qabisah sebagai pemerintah kerajaan Hirah yang sah serta melantik An-Nakhrijan yang berketurunan Parsi sebagaipenolong raja dengan tujuan untuk menjadikan kerajaan Hirah sebagai kerajaan di bawah naungan Parsi.6 Kekuasaan Hirah berterusan sehinggalah dikalahkan oleh kerajaan Islam di bawah panglima Khalid al-Walid dan membawa kepada pengislamanpenduduk Hirah.D Kerajaan Ghassan1 Kerajaan Ghassan terletak antara kerajaan Tadmur dengan Lubnan dibahagian selatan dan kerajaan Palestin di utara Tanah Arab. Didirikan oleh pemimpin suku Jafna, Jafna bin Amr dan diletakkan di bawahkekuasaan kerajaan Rom sehinggalah kedatangan Islam ke Ghassan.2 Kemajuan kerajaan Ghassan berlaku semasa zaman pemerintahanal-Harith bin Jaballah. Pada tahun 528 M. dan 565 M., kerajaan Ghassandikunjungi oleh Caesar Rom dan muncul sebagai penakluk yang berjayamenakluki kerajaan-kerajaan di sekitar utara Tanah Arab.3 Berlaku pemberontakan oleh putera-putera al-Mundhir di kerajaan Ghassan apabila apabila Caesar Rom menjatuhkan hukuman buangnegeri ke atas al-Mundhir al-Harith. Putera-putera ini ditangkap dan dibuang negeri ke Constantinople. Seterusnya, berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap keturunan suku Jafna oleh pemerintah kerajaanGhassan.4 Kerajaan Ghassan mulai lemah pada 6 Masihi akibat perselisihan antaraGhassan di bawah Rom dengan Lakham di bawah Parsi. Raja Ghassanyang terakhir, Jaballah bin Aiham telah memeluk Islam pada zamanpemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Namun selepas itu, Jaballahbin Aiham keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian lalu melarikan diri ke Rom.Aspek Ekonomi1 Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Arab yang unik telah mempengaruhi perkembangan sistem ekonomi masyarakat Arab jahiliah.2 Kedudukan unik Semenanjung Arab ini memberikan banyak keistimewaan apabila menjadi laluan penting bagi menghubungibenua ke benua, sama ada dari darat mahupun laut. Bahagian barat laut menjadi penghubung ke benua Afrika manakala barat daya menjadi laluan ke benua Eropah. Bahagian timurnya, terutama melalui jalandarat dan laut untuk ke Timur Tengah dan Timur Jauh termasukAsia Tenggara. Maka tidak menghairankan ekonomi masyarakat Arab jahiliah berkembang pesat.A Pertanian1 Pertanian merupakan salah satu kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat Arab jahiliah. Sebahagian Semenanjung Tanah Arab merupakan padang pasir yang luas dan tanah yang subur dengan lembah-lembah yang terdapat mata air atau oasis.Kawasan Pertanian• Daerah yang subur ialahberhampiran pantai.• Hadhramaut• Daerah al-Ihsa (TelukParsi)• Al-Yamamah• Najd• TaifInfo Sejarah9Bab 1(a).indd 9 15/12/2025 2:16 PM


Sejarah Semester 2 STPM Bab 1 Masyarakat, Politik, dan PentadbiranBAB 1 2 Tanaman yang diusahakan oleh masyarakat Arab jahiliah adalah mengikut kawasan. Misalnya di Yaman, tanaman gandum dan kopi.Oman pula tanaman sekoi dan padi. Daerah Taif pula merupakan kawasan pertanian dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.3 Hasil pertanian dari kawasan pertanian ini kemudiannya dijual kekota-kota seperti Makkah dan Madinah. Masyarakat Arab jahiliah telah menggunakan pelbagai kaedah pertanian untuk menyuburkan tanah seperti sistem saliran, penggunaan baja semula jadi daripada sisa tanaman, dan haiwan tanah tertentu seperti cacing dan anaianai, serta menggunakan teknik kacukan pokok. Selain itu, mereka juga menggunakan peralatan pertanian seperti bajak, cangkul, dan serampang peladang (pitchfork) untuk menanam.B Perdagangan1 Masyarakat Arab jahiliah yang mendiami kawasan bandar terlibatdalam bidang perdagangan. Para pedagang keluar berdagang secara kafilah. Dianggarkan kafilah ini boleh mencapai 500 hingga 1,000 ekor unta. Kafilah ini dilengkapi dengan barang dagangan, tentera pengintip bagi menjaga keselamatan, petunjuk jalan dan pengawal yang menjagakeselamatan kafilah.2 Pedagang Yaman memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut, Zafar, India dan membawanya ke Sham dan Mesir. Namun sejak abad ke-6 Masihi,Yaman mula dijajah oleh Habshah dan seterusnya Parsi, maka tumpuan perdagangan diambil alih oleh orang-orang Hijaz yang menjadikanMakkah sebagai pusat perdagangan yang baharu.3 Aktiviti perdagangan adalah berdasarkan kepada dua musim, iaitu pada musim sejuk, masyarakat Arab jahiliah berdagang ke selatan Tanah Arab (Yaman) dan pada musim panas, mereka berdagang ke Utara Arab (Syam) sama ada melalui laut mahupun darat.4 Masyarakat Arab jahiliah juga berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti India, Parsi, Mesir, dan kawasankawasan utama di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab sepertiSyria dan Palestin. Barangan utama yang diperdagangkan ialah kurma, gandum, dan kismis. Barangan dari Yaman dan Syam ialah kain dan tembaga seperti emas dan perak. Barangan import dari Afrika Timur termasuk kayu untuk bahan binaan, bulu burung unta, logam berharga dan badak sumbu. Barang dari Asia Selatan dan China ialah gading, batu permata, sutera, pakaian, pedang dan rempah ratus. Barang dari negara lain di Teluk Parsi seperti berlian.5 Kesannya, kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. Pasar-pasar utama di kota Makkah seperti Ukazdan Zul Majaz menjadi pusat perdagangan terkenal. Pasar Ukaz dibukapada bulan-bulan tertentu seperti Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram.6 Urusan perdagangan menggunakan wang emas dan perak sebagai alatpertukaran. Ini membuktikan bahawa masyarakat Arab jahiliah telahberjaya menggantikan sistem perdagangan tradisional yang berbentuk tukar barang kepada bentuk urus niaga yang menggunakan wangsebagai alat urus niaga.10Bab 1(a).indd 10 15/12/2025 2:16 PM


W.M: RM39.95 / E.M: RM41.95AAMVSJ2675031A2ISBN: 978-629-498-741-8Beli eBook di sini!Strategic STPM Sejarah Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.Judul-judul Strategic STPM Teks Pra-U:› Pengajian Am Semester 2 › Bahasa Melayu Semester 2 › Biology Semester 2 › Physics Semester 2 › Chemistry Semester 2 › Mathematics Semester 2 › Sejarah Semester 2 › Geografi Semester 2 › Ekonomi Semester 2 › Pengajian Perniagaan Semester 2Juga tersedia:› MUET My Way Teks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2REVISI★ Nota Komprehensif★ Hasil Pembelajaran★ Konsep Sejarah★ RumusanPENGUKUHAN & PENTAKSIRAN★ Kuiz★ Praktis STPM★ Kertas Model STPM Semester 2★ JawapanCIRI-CIRI EKSTRA ★ Info Sejarah★ Tip Pemeriksa★ Resos Digital KOD QRCIRI-CIRI ISTIMEWASEJARAH(Sejarah Islam)


Click to View FlipBook Version