iiPanduan Menulis Karangan iii–xivTema 1Kesihatan Dan Kebersihan ......................................... 1Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 2Keselamatan .................................................................. 23Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 3Perpaduan ...................................................................... 44Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 4Kebudayaan, Kesenian Dan Estetika ............... 66Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 5Jati Diri, Patriotisme Dan Kewarganegaraan ...... 87Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 6Sains, Teknologi Dan Inovasi ............................. 108Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 7Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau .................... 125Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 8Pertanian, Perternakan Dan Perikanan .............. 142Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 9Ekonomi, Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan ...................................................................... 158Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 10Pelancongan ................................................................. 175Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 11Sukan Dan Rekreasi ................................................. 193Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 12Perindustrian ................................................................209Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 13Pendidikan .................................................................... 225Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 14Bahasa Dan Kesusasteraan .............................. 242Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 15Kerjaya ........................................................................... 259Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaTema 16Integriti ............................................................................ 275Bahagian A: Karangan Respons Terhad Bahagian B: Karangan Respons TerbukaKANDUNGANKAND KARANGAN SPM 2026.indd 2 07/04/2026 4:11 PM
1Model Bahagian A Karangan Respons Terhad1Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan peranan pihak tertentu dalam menggalakkan anak minum susu.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menggalakkan murid-murid minum susu setiap hari.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Optimum Khasiat Susu, Ambil Mengikut KeperluanSusu merupakan minuman yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi untuk tumbesaran. Susu kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikan susu sebagai hidangan yang lengkap dan seimbang, iaitu karbohidrat, protein, dan lemak. Antara kebaikan susu adalah membantu untuk mengawal tekanan darah, mencantikkan rambut, kulit, menguatkan imunisasi badan, proses penghadaman, dan tumbesaran.SUSUPeranan Anda dalam Menggalakkan Anak Minum SusuIbu BapaGuruPengusaha Kantin■ Memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi■ Menggalakkan anak anda untuk minum susu di sekolah■ Menggalakkan murid minum susu■ Mendidik murid tentang kebaikan dan khasiat susu■ Disarankan untuk menjual susu dan produk tenusu di sekolahTEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN1TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 1 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan2 Rangka KaranganPendahuluan:• susu ialah makanan asas yang kaya dengan nutrisi penting• diperlukan oleh kanak-kanak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihatIsi 1: Peranan ibu bapa dalam menggalakkan minum susu• ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting untuk mendidik anak-anak minum susu• mereka perlu menyediakan susu yang berkualiti di rumah dan mengamalkan minum susu bersamasama anakIsi 2: Peranan guru dalam pendidikan kesihatan• menggalakkan murid-murid minum susu• mengadakan sesi pendidikan kesihatan untuk menyedarkan murid tentang manfaat susuIsi 3: Peranan pengusaha kantin• menjual susu dan produk tenusu di kantin sekolah• menawarkan promosi atau diskaun mingguan untuk pembelian susuPenutup:• susu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak• ibu bapa, guru, dan pengusaha kantin harus bekerjasama untuk memastikan kanak-kanak minum sususetiap hari Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Susu ialah makanan asas yang kaya dengan kalsium dan vitamin D yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Khasiat susu tidak dapat disangkal dan peranan ibu bapa, guru, serta pengusaha kantin sangat penting dalam menggalakkan kanak-kanak untuk minum susu.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting untuk mendidik anak-anak tentangkepentingan minum susu. Mereka perlu menyediakan susu di rumah dan menggalakkan amalan minum susu bersama dengan anak-anak. Mereka juga boleh melibatkan anakanak semasa memilih susu dan hidangan susu untuk meningkatkan minat mereka.Di samping itu, guru juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan murid-murid minum susu. Mereka boleh mengadakan sesi pendidikan kesihatan untuk menyedarkan murid tentang manfaat susu. Selain itu, guru juga boleh menggalakkan murid minum susu di dalam kelas.Pengusaha kantin turut memainkan peranan penting. Mereka bukan sahaja boleh menjual susu dan produk tenusu di kantin sekolah, malah mereka boleh menawarkan promosi atau diskaun mingguan untuk menarik minat murid minum susu. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan jualan, malah membantu untuk membentuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan murid.Kesimpulannya, susu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa, guru, dan pengusaha kantin harus bekerjasama untukTEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 2 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan3memastikan kanak-kanak mendapat susu yang cukup setiap hari. Dengan kerjasama yang kukuh, kita dapat membantu pertumbuhan murid-murid yang merupakan aset penting negara.(208 patah perkataan)Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Sarapan merupakan sajian awal yang perlu diambil setiap hari. Pengambilan sarapan merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang rendah. Sajian ini memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari dengan bertenaga. Ramai yang tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun daripada tidur, paras glukosa dalam darah dalam keadaan yang agak rendah. Maka, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan mampu untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergasnya.Sumber: www.bharian.com.myBerdasarkan petikan, huraikan kepentingan-kepentingan mengambil sarapan sebelum ke sekolah. Rangka KaranganPendahuluan:• sarapan ialah hidangan yang penting• sering kali diabaikan kerana sibuk dan tanggapan bahawa tidak bersarapan itu menguntungkan diriIsi 1: Sarapan memberikan tenaga awal hari• tubuh badan berpuasa semasa tidur, sarapan membekalkan semula tenaga• nutrien seperti karbohidrat, protein, dan vitamin• meningkatkan kreativiti dan keupayaan fokusIsi 2: Memberikan tenaga untuk bertugas seharian• menjalankan tugas harian dengan lebih cergas dan efisiennya• bukti saintifik menunjukkan bahawa kurang sarapan mengganggu tumpuan dan produktiviti• akan berasa lemah dan kurang tumpuanIsi 3: Penting untuk perkembangan kanak-kanak dan remaja• sarapan meningkatkan pertumbuhan tubuh dan pembangunan otak• prestasi yang lebih tinggi dalam pelajaran• makanan yang seimbang penting untuk perkembangan kognitifIsi 4: Membentuk tabiat hidup sihat• mendorong tabiat baik yang berterusan sehingga dewasa• mencegah masalah kesihatan berkaitan dengan pemakanan tidak seimbang• mengelakkan pengambilan makanan tidak sihatIsi 5: Peluang untuk berinteraksi dengan keluarga• sarapan ialah masa untuk berkongsi cerita dengan ahli keluarga• membina hubungan yang kukuhPenutup:• sarapan ialah amalan penting dengan pelbagai faedah untuk badan, minda, dan interaksi sosial• memberikan penekanan kepada kepentingan sarapan sebagai rutin harianTEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 3 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan4 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Sarapan ialah hidangan penting yang sepatutnya tidak diabaikan oleh setiap individu. Sarapan yang lengkap membentuk asas kepada gaya hidup yang sihat dan aktif. Dalam kehidupan masa kini yang sibuk dan serba cepat, ramai orang yang mengabaikan sarapan kerana tergesa-gesa atau beranggapan bahawa mereka boleh menjimatkan masa dan kalori dengan tidak bersarapan. Namun, tindakan ini sebenarnya merugikan kesihatan dan prestasi harian seseorang.Sarapan amat penting kerana sarapan mampu memberikan tenaga kepada otak dan badan kita selepas tidur beberapa jam. Ketika tidur, tubuh kita berpuasa dan sarapan ialah cara untuk membekalkan tenaga semula dengan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, dan vitamin. Hal ini memberikan kita kekuatan untuk berfikir dengan lebih baiknya dan meningkatkan kreativiti kita di sekolah. Sarapan turut membantu untuk meningkatkan keupayaan fokus dan prestasi kita sepanjang hari. Oleh itu, penting untuk tidak terlepas sarapan bagi memastikan diri kita berfungsi dengan baiknya dalam aktiviti harian.Selain itu, sarapan juga memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari dengan bertenaga dan lebih fokus. Hal ini penting kerana tenaga yang mencukupi dapat membantu kita menjalankan tugas harian dengan lebih cergas dan efisiennya. Terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa individu yang tidak bersarapan lebih cenderung untuk berasa lemah dan kurang tumpuan, yang boleh mengganggu produktiviti serta prestasi dalam pelbagai aktiviti. Oleh itu, sarapan bukan hanya penting untuk menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga untuk prestasi mental dan produktiviti harian yang lebih baik.Sarapan juga memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangankanak-kanak dan remaja. Memastikan makanan yang seimbang disertai dengan sarapan pada waktu pagi membantu untuk meningkatkan pertumbuhan tubuh, pembangunan otak, dan kebolehan kognitif. Hal ini merupakan faktor penting yang dapat memberikan impak positif terhadap pencapaian akademik mereka. Dengan pemakanan yang baik pada permulaan hari, mereka lebih berpotensi untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi dalam pelajaran dan memiliki kemampuan kognitif yang lebih baik. Oleh itu, penting untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada kepentingan sarapan dalam menyokong perkembangan kanak-kanak dan remaja.Di samping itu, sarapan sebelum pergi ke sekolah dapat membentuk tabiat hidup sihat. Apabila kita diajar sejak kecil untuk mengambil sarapan, kita cenderung untuk meneruskan tabiat tersebut sehingga dewasa. Hal ini akan membantu untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan dengan pemakanan yang tidak seimbang. Sarapan dapat memberikan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian, meningkatkan fungsi kognitif, dan mengelakkan pengambilan makanan TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 4 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan5tidak sihat dalam masa yang lebih panjang. Oleh itu, penting untuk mendorong amalan sarapan sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang sihat.Akhir sekali, sarapan juga merupakan peluang untuk berinteraksi dengan keluarga. Waktu bersarapan merupakan masa yang berharga untuk berkomunikasi, berbincang, dan berkongsi cerita dengan ahli keluarga sebelum memulakan hari. Dalam kesibukan seharian, masa ini menjadi ruang penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melalui cara ini, amalan bersarapan bersama-sama dapat membina hubungan yang lebih kukuh antara ahli keluarga serta memberikan sokongan emosi yang diperlukan.Kesimpulannya, mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah ialah amalan yang sangat penting. Amalan ini memberikan pelbagai faedah kepada badan, minda, dan interaksi sosial kita. Dengan itu, kita perlu memberikan penekanan kepada kepentingan sarapan dan menjadikan sarapan sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian kita.(500 patah perkataan)ItemTambah NilaiSarapan yang berkualiti untuk murid sekolah:1. Kepentingan sarapan pagi:Sarapan yang berkualiti penting untuk murid sekolah kerana sarapan memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari dengan baiknya. Tenaga ini membantu murid kekal cergas dan bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih berkesan.2. Sumber tenaga:Sarapan menyediakan sumber tenaga penting seperti karbohidrat, protein, dan lemak yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah. Pengambilan nutrien yang seimbang ini membolehkan murid menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran.3. Fokus dan perhatian:Murid yang bersarapan lebih cenderung untuk mempunyai tahap fokus dan perhatian yang lebih tinggi di kelas, sekali gus membantu mereka memahami dan menyerap maklumat dengan lebih baiknya.4. Pertumbuhan dan pembangunan:Nutrien dalam sarapan membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan fizikal serta mental murid dan memastikan mereka mempunyai daya tahan yang baik terhadap penyakit. Keadaan ini membolehkan murid membesar secara sihat dan menjalani aktiviti harian tanpa mudah jatuh sakit.5. Prestasi akademik meningkat:Kajian menunjukkan bahawa murid yang menjadikan sarapan sebagai kebiasaan harian cenderung untuk mencapai prestasi akademik yang lebih baik. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka lebih fokus dan berupaya untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas.6. Kadar gula yang seimbang:Sarapan yang seimbang membantu untuk mengawal kadar gula dalam darah serta dapat mengelakkan penurunan darah secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan keletihan dan kurang daya tumpuan.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 5 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan67. Kesihatan mental:Makanan yang seimbang dalam sarapan turut menyumbang kepada kesihatan mental murid, membantu untuk mengurangkan stres, dan menenangkan hati. Dengan kesihatan mental yang baik, murid dapat memberikan tumpuan yang lebih tinggi semasa sesi pembelajaran.8. Pembentukan gaya hidup sihat:Menjadikan sarapan sebagai rutin harian sebelum pergi ke sekolah dapat membentuk pola pemakanan yang baik dalam jangka masa panjang. Amalan ini juga mendorong murid untuk mengekalkan tabiat pemakanan sihat sehingga dewasa.9. Sosialisasi:Sarapan dijadikan masa untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan membina hubungan sosial yang positif dalam kalangan murid. Interaksi ini dapat memupuk semangat kerjasama, sikap saling menghormati, serta komunikasi yang berkesan antara mereka.10. Kreativiti dan kesejahteraan emosi:Makanan yang sesuai dalam sarapan dapat memberikan impak positif terhadap kreativiti dan kesejahteraan emosi murid, sekali gus membolehkan mereka menangani cabaran harian dengan lebih baiknya.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad2Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan penjagaan gigikanak-kanak.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menjaga kebersihan gigi dengan baiknya.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Penjagaan Kebersihan Gigi yang BaikSumber: www.moh.gov.comMenukar berus gigi jika bulu berus mula kembangJangan berkongsi berus gigiBerkumur selepas makan dan minum jika tidakberkesempatan untuk memberus gigiMemberus gigi sehingga bersih terutama selepas makan dan sebelum tidurMenggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigiMengajar anak memberus gigi dengan betulnya123456TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 6 09/04/2026 10:11 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan7Sayur-sayuran Buah-buahanBijirin dan serat Tenusu Kopi dan teh Makanan kerasMakanan masamdan berasidMakanan dan minuman manisMakanan Baik untuk Gigi Kurangkan Rangka KaranganPendahuluan:• gigi yang sihat ialah aset berharga dalam kehidupan kita• memastikan gigi kita kekal sihatIsi 1: Menukar berus gigi• menukar berus gigi secara berkala• berus gigi baharu dapat membersihkan gigi dengan lebih efektifnyaIsi 2: Mengelakkan perkongsian berus gigi• menyebabkan penularan bakteria dan jangkitan mulut• mengelakkan plak gigi• memilih ubat gigi yang mengandungi fluoridaIsi 3: Pendidikan awal• mengajar anak-anak cara membersihkan gigi dengan betulnya• mewujudkan kebiasaan yang baik sejak kecilIsi 4: Pemakanan• pemakanan seimbang• mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, tenusu, bijirin, dan serat• mengelakkan makanan yang terlalu manis• mengelakkan minuman seperti kopi dan teh• mengelakkan makanan yang berasid tinggiPenutup:• senyuman kita sentiasa cerah dan sihat• penjagaan gigi yang baik ialah pelaburan jangka panjang bagi kesihatan mulutTeknik Memberus GigiINFO TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 7 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan8 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Gigi yang sihat merupakan aset berharga dalam kehidupan kita. Untuk memastikan gigi kita kekal sihat, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil. Pertama sekali, penting untuk menukar berus gigi kita secara berkala. Berus gigi yang baharu dapat membersihkan gigi dengan lebih efektifnya dan mengelakkan plak gigi.Kita juga perlu mengelakkan perkongsian berus gigi. Berkongsi berus gigi boleh menyebabkan penularan bakteria dan jangkitan mulut. Berkumur selepas makan dan minum juga membantu untuk membersihkan sisa makanan dan minuman yang boleh menjadi punca pembentukan plak gigi. Pada masa yang sama, pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk menguatkan enamel gigi.Selain itu, kita juga perlu mengajar anak-anak cara membersihkan gigi dengan betulnya. Hal ini termasuk teknik memberus gigi yang betul untuk membersihkan bahagian celah-celah gigi. Pendidikan awal penjagaan gigi penting untuk mewujudkan kebiasaan yang baik sejak kecil.Pemakanan juga memainkan peranan penting. Amalkan pemakanan seimbang dengan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, tenusu, bijirin, dan serat dalam jumlah yang mencukupi. Elakkan makanan yang terlalu manis, minuman seperti kopi dan teh yang boleh membawa kepada pewarnaan gigi, serta makanan yang berasid tinggi.Dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, kita dapat menjaga gigi denganbaiknya dan memastikan senyuman kita sentiasa cerah dan sihat. Ingatlah, penjagaan gigi yang baik ialah pelaburan jangka panjang untuk kesihatan mulut.(205 patah perkataan)Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Kurang kesedaran dalam menjaga kesihatan gigi dan mulut menjadi salah satu punca penyakit gigi dan mulut dalam masyarakat Malaysia. Kajian menunjukkan lapan daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit gigi. Hasil kajian pada tahun 2019 menunjukkan 27.4 peratus orang dewasa mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam tempoh setahun. Oleh itu, peranan ibu bapa sebagai contoh dan teladan amat penting untuk membiasakan anak-anak supaya menggosok gigi setiap hari terutama sebelum tidur supaya kesihatan gigi terpelihara.Sumber: malaysiagazette.comHuraikan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat menjaga kesihatan gigi.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 8 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan9 Rangka KaranganPendahuluan:• kesedaran dalam menjaga kesihatan pergigian dan mulut merupakan aspek penting dalam masyarakatMalaysiaIsi 1: Ibu bapa sebagai contoh dan teladan• anak-anak meniru perkara yang dilihat daripada ibu bapa• ibu bapa yang mengamalkan rutin penjagaan gigi yang baik akan memberikan contoh yang baikkepada anak-anakIsi 2: Pendidikan awal mengenai kesihatan gigi• ibu bapa berperanan dalam menyampaikan maklumat dan penjelasan yang mudah difahami kepadaanak-anak• pengetahuan ini membantu anak-anak untuk memahami kepentingan menggosok gigi secara berkaladan betulIsi 3: Menyediakan peralatan penjagaan pergigian• ibu bapa perlu menyediakan berus gigi, ubat gigi yang mengandungi fluorida, dan benang gigi yangsesuai untuk anak-anak• peralatan yang diperlukan dapat memudahkan anak-anak melaksanakan rutin penjagaan gigiIsi 4: Pengawalan diet anak-anak• ibu bapa perlu mengawal diet anak-anak dengan telitinya• makanan manis dan minuman berkafein boleh merosakkan gigiIsi 5: Membawa anak-anak ke klinik pergigian• ibu bapa perlu membawa anak-anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan berkala• pemeriksaan berkala penting untuk mengesan masalah pergigian awal dan mencegah komplikasi yanglebih seriusIsi 6: Dorongan dan sokongan• memberikan pujian dan ganjaran kepada anak-anak• memotivasikan anak-anak untuk sentiasa menjaga kesihatan gigiPenutup:• peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak dapat menjaga kesihatan gigi dengancara yang betul Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Kesedaran dalam menjaga kesihatan gigi dan mulut merupakan aspek penting dalam masyarakat Malaysia. Namun, kesedaran ini masih rendah dan menjadi salah satu punca utama penyakit gigi dan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting dalam memastikan anak-anak dapat menjaga kesihatan gigi dengan cara yang betul.Pertama, ibu bapa berperanan sebagai contoh dan teladan utama dalam kehidupan anak-anak. Anak-anak cenderung untuk meniru perkara yang dilihat daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, jika ibu bapa mengamalkan rutin penjagaan gigi yang baik seperti memberus gigi dua kali sehari, menggunakan benang gigi, dan menghadiri pemeriksaan gigi secara berkala, anak-anak juga akan terdorong untuk mengikuti contoh yang sama.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 9 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan10Selain itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikanawal kepada anak-anak mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan gigi. Mereka perlu menyampaikan maklumat yang betul dan memberikan penjelasan yang mudah difahami oleh anak-anak mengenai kesan buruk jika gigi tidak dijaga dengan baiknya. Pengetahuan ini akan membantu anak-anak untuk memahami kepentingan menggosok gigi secara berkala dan betul.Selanjutnya, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mendapat akses kepada peralatan penjagaan pergigian yang sesuai. Hal ini termasuklah menyediakan berus gigi yang sesuai, ubat gigi yang mengandungi fluorida, dan benang gigi. Dengan menyediakan peralatan yang diperlukan, ibu bapa memudahkan anak-anak untuk melaksanakan rutin penjagaan gigi.Selain itu, ibu bapa juga boleh mengawal diet anak-anak dengan lebih telitinya. Makanan manis dan minuman berkafein boleh merosakkan gigi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengelakkan pengambilan gula berlebihan yang boleh merosakkan gigi. Hal ini akan membantu dalam memastikan anak-anak mempunyai gigi yang sihat dan kuat dalam jangka masa panjang serta memberikan asas yang baik untuk perkembangan kesihatan mereka secara keseluruhan.Ibu bapa juga berperanan untuk membawa anak-anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan berkala. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 27.4 peratus orang dewasa yang mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam setahun. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak bahawa pemeriksaan berkala di klinik gigi amat penting untuk mengesan masalah pergigian awal dan mencegah komplikasi yang lebih serius.Akhir sekali, ibu bapa perlu memberikan dorongan dan sokongan kepada anakanak untuk menjaga kesihatan gigi dengan baiknya. Mereka boleh memberikan pujian dan ganjaran apabila anak-anak melaksanakan rutin penjagaan pergigian dengan betulnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengingatkan anak-anak untuk memberus gigi dua kali sehari dan mengelakkan makanan manis secara berlebihan. Hal ini akan memotivasikan anak-anak untuk sentiasa menjaga kesihatan gigi mereka.Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak dapat menjaga kesihatan gigi dengan cara yang betul. Melalui contoh yang baik, pendidikan awal, menyediakan peralatan yang sesuai, mengawal diet, membawa anak ke klinik pergigian, dan memberikan sokongan, ibu bapa dapat membantu anakanak membentuk amalan penjagaan pergigian yang baik sejak kecil. Dengan itu, kesedaran pergigian dan kesihatan mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat ditingkatkan dan penyakit gigi dapat dikurangkan.(466 patah perkataan)TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 10 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan11ItemTambah NilaiCara-cara menjaga kesihatan gigi dan gusi:1. Penyakit gigi dan gusi:Kepentingan menjaga kesihatan gigi dan gusi adalah untuk mengelakkan penyakit seperti karies gigi dan penyakit gusi.2. Pemeliharaan gigi:Gigi yang sihat memerlukan rutin memberus, menggunakan benang gigi, dan berkumur untuk mengelakkan plak dan gusi berdarah.3. Produk yang mengandungi fluorida:Penggunaan produk yang mengandungi fluorida membantu untuk menguatkan enamel gigi dan mencegah karies.4. Diet sihat:Pemilihan makanan yang rendah gula dan asid membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.5. Pemeriksaan berkala:Melakukan pemeriksaan gigi secara berkala oleh doktor gigi untuk mengesan masalah awal.Langkah ini dapat membantu untuk mencegah kerosakan gigi yang serius serta memastikan rawatan dapat dijalankan dengan lebih cepatnya.6. Pemeliharaan ortodontik:Rawatan ortodontik seperti brek gigi dapat membantu untuk membetulkan struktur gigi. Selain itu, rawatan ini juga dapat meningkatkan fungsi kunyahan dan memperbaiki penampilan senyuman, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.7. Kesan kesihatan keseluruhan:Kesihatan gigi yang baik mempengaruhi kesihatan keseluruhan tubuh dan kualiti hidup.8. Kesedaran awam:Program kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.9. Teknologi moden:Penggunaan teknologi moden seperti laser dalam rawatan gigi dan penciptaan gigi palsu yang lebih baiknya.10. Penyelidikan terkini:Penyelidikan dalam bidang pergigian moden membantu untuk meningkatkan rawatan dan pencegahan masalah gigi.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad3Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan waktu tidur yang efektif kepada manusia.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab anda memerlukan masa tidur yang cukup.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 11 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan12Berapa Jam Tidur yang Diperlukan?Bayi (1 hari – 11 bulan)Sehingga 16 jamKanak-kanak (1 – 3 tahun)12 – 14 jamPrasekolah (3 – 5 tahun)11 – 13 jamPersekolahan (6 – 12tahun) 10 – 11 jamRemaja8.5 – 9.5 jamDewasa7 – 9 jam123456Mengapakah Anda Perlu Mendapat Tidur yang Cukup?■ Merangsang memori dan proses pembelajaran■ Mengurangkan risiko tekanan dan kemurungan■ Mengawal metabolisme dan berat badan■ Penting untuk kesihatan jantung■ Meningkatkan sistem imunisasi badan■ Mengekalkan emosi yang baikZZZ... Rangka KaranganPendahuluan:• masa tidur ialah aspek yang penting dalam kehidupan kita, terutamanya dalam konteks pendidikan• memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi pendidikan yang baik• meningkatkan tahap tumpuan dan daya ingatanIsi 1: Keperluan tidur berbeza mengikut usia• kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak masa tidur berbanding dengan orang dewasa• ketidakcukupan tidur boleh mempengaruhi konsentrasi, daya ingatan, dan prestasi akademik• remaja memerlukan antara 8.5 hingga 9.5 jam tidur• orang dewasa pula memerlukan sekitar tujuh hingga sembilan jam tidurTEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 12 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan13Isi 2: Pengaruh tidur terhadap kesihatan fizikal• mengawal metabolisme dan berat badan• menyebabkan ketidakseimbangan hormon• berat badan akan meningkatIsi 3: Manfaat tidur terhadap kesihatan mental• membantu dalam mengekalkan emosi yang baik• mengurangkan risiko tekanan dan kemurungan• membantu dalam memulihkan tahap stres yang tinggiPenutup:• tidur yang berkualiti amat penting dalam kehidupan• kunci kepada kejayaan dalam pendidikan dan kesihatan holistik• dapat membina asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan dan menjaga kesihatan Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Masa tidur ialah aspek penting dalam kehidupan kita, terutamanya dalam konteks pendidikan. Masa tidur yang mencukupi amat memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi pendidikan yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana tidur yang berkualiti dapat meningkatkan tahap tumpuan dan daya ingatan.Pertama sekali, penting untuk memahami keperluan tidur berbeza mengikut usia. Kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak masa tidur berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, remaja memerlukan antara 8.5 hingga 9.5 jam tidur setiap malam, manakala orang dewasa pula memerlukan sekitar tujuh hingga sembilan jam bagi memastikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan terpelihara.Selain itu, tidur yang mencukupi juga berperanan untuk mengawal metabolismedan berat badan. Ketika kita tidur, badan kita memproses makanan dan membakar kalori. Kurang tidur boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang boleh membawa kepada peningkatan berat badan. Oleh itu, memastikan tidur yang mencukupi ialah langkah penting dalam menjaga kesihatan fizikal.Tidur yang mencukupi juga memberikan manfaat kepada kesihatan mental di samping dapat membantu untuk mengekalkan emosi yang baik dan mengurangkan risiko tekanan dan kemurungan. Ketika kita tidur, otak kita mengalami pemulihan dan penyusunan semula yang membantu dalam memulihkan tahap stres yang tinggi.Kesimpulannya, tidur yang mencukupi ialah kunci kepada kejayaan dalam pendidikan dan kesihatan holistik kita. Oleh itu, kita perlu memberikan penekanan kepada tidur yang berkualiti dan mencukupi dalam kehidupan kita, terutamanya dalam usia yang berbeza.(210 patah perkataan)TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 13 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan14Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Masyarakat antarabangsa menghargai kepentingan tidur sehingga mereka mewujudkan Hari Tidur Sedunia yang disambut setiap tahun pada hari Jumaat, minggu ketiga pada bulan Mac. Sehubungan dengan itu, tidur yang mencukupi dapat memberikan manfaat kesihatan yang besar. Pakar kesihatan mengatakan bahawa tempoh tidur yang disarankan dan mencukupi bagi orang dewasa adalah antara tujuh hingga lapan jam sehari. Dapatan kajian pakar neurosains menyatakan bahawa semakin kurang tidur seseorang, semakin singkat jangka hayat hidupnya. Selain itu, terdapat kesan langsung terhadap otak dan tubuh manusia serta gangguan fungsi kognitif dan kelesuan yang keterlaluan jika tidak mendapat tidur yang cukup. Negara yang mempunyai rakyat yang cukup tidur serta sihat fizikal dan mental ialah negara yang bukan sahaja produktif bahkan ceria dan gembira.Sumber: www.utusan.com.myHuraikan kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh jika mengamalkan waktu tidur yang cukup. Rangka KaranganPendahuluan:• tidur sering diabaikan, tetapi semakin dihargai oleh masyarakat antarabangsa• tidur yang mencukupi dapat memberikan pelbagai kebaikan seperti kesihatan mental dan fizikal yanglebih baik, meningkatkan kecerdasan, dan produktivitiIsi 1: Manfaat kesihatan yang besar• tidur yang mencukupi dapat membantu tubuh meregenerasi sel• mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, dan obesitiIsi 2: Pengaruh negatif kurang tidur• kurang tidur dapat memberikan kesan negatif terhadap otak dan tubuh manusia• menyebabkan kelesuan, kesukaran membuat keputusan, dan penurunan daya ingatanIsi 3: Keseimbangan emosi dan kesihatan mental• menjaga keseimbangan emosi dan kesihatan mental• lebih bertenaga, gembira, dan kurang cenderung mengalami masalah kesihatan mentalIsi 4: Produktiviti dan pertumbuhan ekonomi• negara dengan penduduk yang tidur mencukupi cenderung untuk lebih produktif• memiliki daya tumpuan yang lebih baik, prestasi yang lebih tinggi, dan kurang terlibat dalam kemalangandi tempat kerjaIsi 5: Meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi• individu menjadi lebih inovatif dan mudah menghasilkan idea-idea baharu• tidur membantu untuk menguatkan hubungan antara sel otakPenutup:• tidur yang mencukupi ialah elemen asas dalam mencapai kehidupan yang lebih sihat dan bermakna• penting untuk kesihatan, kesejahteraan, dan produktiviti kita dalam kehidupan sehari-hariMengapakah Manusia Perlu Tidur?INFO TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 14 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan15 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Tidur ialah aspek penting dalam kehidupan manusia yang sering diabaikan. Masyarakat antarabangsa semakin menghargai tidur sehingga Hari Tidur Sedunia diadakan setiap tahun pada hari Jumaat, minggu ketiga bulan Mac. Tidur yang mencukupi dapat memberikan pelbagai kebaikan. Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, meningkatkan kecerdasan, dan meningkatkan produktiviti. Kurang tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti keletihan yang kronik dan penyakit jantung.Pertama sekali, tidur yang mencukupi dapat memberikan manfaat kesihatan yang besar. Pakar kesihatan mengesyorkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap hari untuk orang dewasa. Hal ini membantu tubuh memulihkan sel-sel yang rosak dan membolehkan sistem imunisasi berfungsi dengan baiknya. Individu yang tidur secukupnya cenderung untuk kurang menghadapi risiko penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, dan obesiti. Pada masa yang sama, tidur yang berkualiti juga membantu untuk meningkatkan tahap tenaga dan tumpuan dalam menjalani aktiviti harian.Selain itu, kajian pakar neurosains menunjukkan bahawa kurang tidur boleh memberikan kesan negatif terhadap otak dan tubuh manusia. Ketika tidur, otak kita mengalami proses pembersihan dan pemulihan yang penting untuk fungsi kognitif yang optimum. Malah, tidur juga berperanan untuk merehatkan tubuh badan yang telah bekerja seharian. Kurang tidur boleh mengakibatkan masalah seperti kelesuan, kesukaran dalam membuat keputusan, dan penurunan daya ingatan. Jika tidak dibaiki, keadaan ini seterusnya boleh menjejaskan prestasi kerja dan kualiti kehidupan seharian seseorang.Waktu tidur yang cukup juga memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan emosi dan kesihatan mental. Orang yang tidur secukupnya cenderung untuk lebih bertenaga, gembira, dan kurang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan. Hal ini membantu untuk mengawal tekanan dengan lebih baiknya serta mengekalkan hubungan sosial yang positif. Keadaan ini seterusnya membolehkan individu menjalani kehidupan harian dengan lebih tenang dan seimbangnya. Oleh itu, dengan mengamalkan waktu tidur yang mencukupi, seseorang dapat meningkatkan kualiti hidupnya secara keseluruhan.Selanjutnya, sesebuah negara dengan penduduk yang mendapat tidur yang mencukupi cenderung untuk meningkatkan produktiviti mereka. Individu yang tidur secukupnya memiliki daya tumpuan yang lebih baik dan prestasi yang lebih tinggi. Mereka kurang untuk terlibat dalam kemalangan di tempat kerja yang memberikan sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Oleh itu, penting bagi sistem pendidikan negara untuk mempromosikan kesedaran tentang kepentingan tidur yang mencukupi dalam usaha mencapai masyarakat yang lebih produktif.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 15 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan16Akhir sekali, tidur yang mencukupi dapat meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi. Semasa tidur yang nyenyak, otak terus mengolah maklumat dan mencari penyelesaian kepada masalah. Dengan mendapatkan rehat yang cukup, individu menjadi lebih inovatif dan mudah menghasilkan idea-idea baharu dalam menghadapi cabaran harian. Hal ini dikatakan demikian kerana tidur membantu untuk menguatkan hubungan antara sel otak, sekali gus membolehkan pemikiran kreatif berkembang dengan lebih efektifnya. Maka, tidur yang berkualiti ialah asas penting untuk meningkatkan prestasi akademik, kerja, dan aktiviti seharian.Kesimpulannya, mengamalkan waktu tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Tidur yang cukup memberikan manfaat kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan produktiviti, serta membantu dalam mengatasi tekanan hidup. Oleh itu, kita sepatutnya mengambil berat tentang tidur yang mencukupi dan mengamalkan tabiat tidur yang mencukupi dalam kehidupan seharian kita untuk menjadi individu yang lebih sihat, ceria, dan produktif.(495 patah perkataan)ItemTambah NilaiKepentingan tidur yang mencukupi:1. Keperluan tidur:Tidur ialah aktiviti penting dalam kehidupan manusia yang memerlukan ketenangan dan kualiti. Tidur yang mencukupi dapat membantu tubuh kekal cergas, meningkatkan daya tumpuan, serta menyokong kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh.2. Jumlah tidur ideal:Individu dewasa disyorkan tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam setiap malam untuk memperoleh tidur yang cukup.3. Tahap tidur:Tidur mengandungi beberapa tahap, termasuk tidur ringan dan tidur mendalam. Tidur mendalam ialah tidur yang paling bermanfaat untuk pemulihan badan.4. Rutin tidur:Seseorang yang menjaga rutin tidur yang konsisten dapat membantu untuk meningkatkan kualiti tidur. Pada masa yang sama, rutin tidur yang baik dapat mengurangkan risiko gangguan kesihatan dan memastikan tubuh berfungsi dengan lebih optimum.5. Kualiti tilam:Tilam yang selesa dan sesuai dengan keperluan badan individu penting untuk tidur yang baik.6. Gangguan tidur:Beberapa gangguan tidur seperti insomnia, sleep apnea, dan narcolepsy boleh mempengaruhi tidur seseorang. Gangguan ini boleh menyebabkan keletihan berterusan dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan fizikal serta mental seseorang.7. Impak kesihatan:Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik. Tidur yang cukup dapat membantu pemulihan badan, penjagaan kesihatan mental, dan pemeliharaan berat badan yang sihat.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 16 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan178. Kekurangan tidur:Kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penurunan kognitif, kelesuan, dan peningkatan risiko penyakit jantung.9. Tidur dalam kalangan kanak-kanak:Kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding dengan orang dewasa. Tidur yang mencukupi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tambahan lagi, tidur yang cukup membantu untuk meningkatkan daya tumpuan, memori, dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.10. Tidur yang selamat:Keselamatan semasa tidur amat penting. Kita perlu memastikan tiada barang berbahaya dalam persekitaran tidur dan mengamalkan tidur yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad4Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan bidang kesihatan mental.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang punca-punca gangguan kesihatan mental dalam kalangan murid di negara kita.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.BAJadilah murid yang ceria, gembira, dan sentiasa positif!TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 17 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan18Masalah Kesihatan Mental Murid dan MahasiswaMeningkat Dua Kali GandaMasalah kesihatan mental dalam kalangan murid sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi semakin membimbangkan, terutamanya melibatkan kanak-kanak, remaja, dan belia, dengan kadar peningkatan yang mencecah dua kali ganda. Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) merekodkan kenaikan daripada 7.9 peratus pada tahun 2019 kepada 16.5 peratus pada tahun 2023. Antara puncanya ialah tekanan akademik, pengaruh media sosial, serta kurang sokongan emosi daripada keluarga dan persekitaran.Sumber: www.astroawani.com Rangka KaranganPendahuluan:• kesihatan mental murid semakin mendapat perhatian di negara kita• tekanan dalam kehidupan seharian murid semakin meningkatIsi 1: Tekanan akademik• harapan tinggi ibu bapa dan persaingan peperiksaan menimbulkan rasa takut gagal• jadual pembelajaran yang padat dengan kelas tambahan• kurang masa rehat dan hiburan menjejaskan keseimbangan emosi muridIsi 2: Pengaruh persekitaran dan media sosial• media sosial mendorong murid membandingkan diri dengan orang lain• perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri mudah timbul• masalah keluarga seperti konflik dan kurang perhatian ibu bapaKesimpulan:• semua pihak perlu memainkan peranan memberikan sokongan dan bimbingan• murid hendaklah berfikiran positif dan menghargai diri sendiri Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Kesihatan mental murid semakin menjadi perhatian di negara kita kerana tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian semakin meningkat. Murid bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan akademik, malah berdepan dengan cabaran emosi, sosial, dan keluarga. Jika tidak ditangani dengan baiknya, gangguan kesihatan mental boleh menjejaskan pembelajaran dan kesejahteraan murid.Salah satu punca utama gangguan kesihatan mental ialah tekanan akademik yang berlebihan. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan persaingan dalam peperiksaan menyebabkan murid berasa tertekan dan takut akan kegagalan. Jadual harian yang padat dengan kelas tambahan pula mengurangkan masa rehat dan hiburan lalu menjejaskan keseimbangan emosi murid.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 18 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan19Selain itu, pengaruh persekitaran dan media sosial turut menyumbang kepada masalah ini. Murid mudah membandingkan diri dengan rakan lain, menyebabkan rasa rendah diri, dan kurang keyakinan. Keadaan ini semakin teruk apabila murid terdedah kepada media sosial. Melihat pencapaian dan gaya hidup orang lain yang lebih berjaya boleh menimbulkan tekanan emosi serta kebimbangan yang berterusan kepada murid.Kesimpulannya, gangguan kesihatan mental dalam kalangan murid berpunca daripada tekanan akademik serta pengaruh persekitaran dan media sosial. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk memberikan sokongan dan bimbingan. Murid pula hendaklah berfikiran positif, menghargai diri sendiri, dan berusaha menjadi murid yang ceria, gembira, serta sentiasa bersemangat untuk menghadapi kehidupan.(202 patah perkataan)Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Penyakit influenza mungkin kedengaran seperti selesema, tetapi di sebalik batuk kecil dan demam panas ini boleh mencetuskan ancaman yang jauh lebih serius. Influenza boleh merebak dengan cepatnya dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, intervensi awal amat penting untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang yang boleh menjejaskan fungsi paru-paru mereka. Influenza boleh menyebabkan pneumonia, jangkitan otak (ensefalitis), atau jantung (miokarditis) kepada kanak-kanak. Jika anak anda kelihatan lemah dan tidak bermaya, jangan menganggap keadaan anak anda sebagai masalah kesihatan biasa. Ibu bapa perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segeranya. Akhir sekali, pengambilan vaksin influenza secara berkala amat digalakkan supaya setiap individu dapat meningkatkan perlindungan diri dan mengurangkan risiko jangkitan.Sumber: www.bharian.com.myBerdasarkan petikan, huraikan usaha-usaha untuk mengelakkan diri daripada jangkitan influenza. Rangka KaranganPendahuluan:• influenza bukan sekadar selesema biasa tetapi boleh membawa kesan serius• mudah merebak, maka langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan komplikasiIsi 1: Menjaga kebersihan• membasuh tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembasmi kuman• mengamalkan kebersihan tangan secara konsisten dapat mengurangkan risiko penularan virusIsi 2: Mengambil vaksin• vaksin membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi• sesuai untuk semua peringkat umur kerana virus sering berubah mengikut musimIsi 3: Gaya hidup sihat• pemakanan yang seimbang, tidur yang cukup, dan bersenam• mengawal tekanan dapat menguatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit berjangkitTEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 19 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan20Isi 4: Etika yang betul• mengamalkan etika batuk dan jarak sosial• memakai pelitup muka dan menggunakan tisu semasa bersin• berehat di rumah apabila tidak sihat bagi mengelakkan penularan kepada orang lainKesimpulan:• influenza boleh membawa komplikasi serius jika diabaikan• kesedaran dan pencegahan awal mampu menyelamatkan nyawa serta mengekang penularan penyakit Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Penyakit influenza sering dianggap sekadar selesema biasa, namun hakikatnya, jangkitan ini boleh membawa kesan yang serius terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas. Virus influenza mudah merebak melalui titisan air liur apabila seseorang batuk atau bersin. Oleh itu, usaha pencegahan amat penting bagi melindungi diri dan keluarga daripada komplikasi seperti pneumonia atau jangkitan paru-paru. Pepatah Melayu ada menyebut “mencegah lebih baik daripada mengubati” yang menekankan tentang kepentingan langkah berjaga-jaga sebelum penyakit menyerang. Dengan kesedaran dan tindakan proaktif, kadar jangkitan influenza dapat dikurangkan dalam masyarakat.Langkah pertama untuk mengelakkan jangkitan influenza adalah denganmenjaga kebersihan diri. Setiap individu perlu membiasakan diri untuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih, terutamanya selepas bersin, batuk, atau menyentuh permukaan awam. Penggunaan cecair pembasmi kuman juga amat digalakkan, terutamanya di sekolah dan tempat kerja yang sesak. Menurut kajian daripada World Health Organization (WHO), amalan kebersihan tangan mampu mengurangkan risiko penularan virus pernafasan hingga 40 peratus. Oleh itu, kebersihan diri harus menjadi amalan harian yang konsisten dan bukan hanya dilakukan apabila wabak berlaku.Selain itu, pengambilan vaksin influenza secara berkala amat disarankan. Ramai yang masih beranggapan vaksin hanya perlu diambil oleh golongan berisiko tinggi, namun sebenarnya vaksin influenza sesuai untuk semua peringkat umur. Menurut pakar perubatan Dr. Norlela Ahmad, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Kuala Lumpur, vaksin influenza bukan sahaja mampu untuk mengurangkan risiko dijangkiti, malah mampu meringankan simptom dan mencegah komplikasi teruk seperti radang paruparu. Vaksin ini perlu diambil setiap tahun kerana virus influenza sering berubah mengikut musim. Oleh itu, masyarakat harus lebih terbuka terhadap vaksinasi sebagai langkah perlindungan diri dan komuniti.Di samping itu, gaya hidup sihat turut memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imunisasi badan. Pemakanan seimbang yang kaya dengan vitamin C, sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan mampu membantu tubuh menentang jangkitan virus. Tidur yang cukup serta senaman ringan seperti berjalan atau berbasikal TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 20 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan21juga membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Mengelakkan tekanan berlebihan dan memastikan keseimbangan antara kerja dan rehat juga penting bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. Tubuh yang sihat dan cergas merupakan benteng utama dalam melawan sebarang penyakit berjangkit, termasuk influenza.Langkah terakhir adalah dengan mengamalkan etika batuk dan menjaga jarak sosial ketika tidak sihat. Individu yang mengalami simptom seperti demam, batuk, atau selesema perlu berehat di rumah dan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Kanak-kanak yang tidak sihat hendaklah dilarang hadir ke sekolah bagi mengekang penyebaran virus. Penggunaan tisu semasa bersin dan pembuangan yang betul ke dalam tong sampah juga menunjukkan tahap kesedaran sivik yang tinggi. Dalam konteks ini, kerjasama semua pihak amat penting supaya virus tidak terus menular secara berantai.Kesimpulannya, jangkitan influenza bukan sekadar penyakit ringan tetapi boleh membawa komplikasi serius jika diabaikan. Usaha seperti menjaga kebersihan diri, mengambil vaksin, mengamalkan gaya hidup sihat, dan mengekalkan etika kesihatan awam perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Kesedaran ibu bapa amat penting kerana kanak-kanak lebih mudah dijangkiti dan berisiko untuk menghadapi komplikasi. Seperti yang diingatkan oleh Dr. Norlela Ahmad, pencegahan awal mampu menyelamatkan nyawa. Oleh itu, marilah kita bertindak bijak dan bertanggungjawab agar influenza tidak lagi menjadi ancaman senyap dalam kehidupan seharian.(500 patah perkataan)ItemTambah NilaiTanggungjawab ibu bapa dan sekolah bagi mengelakkan penyakit berjangkit daripada menular di negara kita:Peranan ibu bapa:1. Memastikan anak-anak menjaga kebersihan diriIbu bapa perlu menggalakkan anak-anak mandi dua kali sehari, malah membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebelum makan dan selepas ke tandas. Amalan ini dapat mencegah penyebaran kuman dan membentuk tabiat kebersihan diri yang baik sejak kecil.2. Tidak menghantar anak yang sakit ke sekolahJika anak-anak demam, batuk, selesema, atau menghidap penyakit yang berjangkit seperti HFMD dan demam campak, ibu bapa perlu memastikan anak-anak kekal di rumah. Langkah ini penting untuk melindungi murid lain daripada dijangkiti penyakit berjangkit.3. Menyediakan makanan berkhasiat dan bersihIbu bapa perlu memastikan makanan dimasak dengan sempurnanya dan disimpan dengan baiknya untuk mengelak jangkitan bawaan makanan. Makanan yang berkhasiat juga menyokong pertumbuhan fizikal dan daya tahan tubuh anak terhadap penyakit.4. Mendidik anak mengenai etika batuk dan bersinIbu bapa perlu mengajar anak-anak untuk menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu atau siku ketika batuk dan bersin. Seterusnya, membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah yang tertutup.TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 21 09/04/2026 10:12 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan225. Membawa anak mendapatkan rawatan awalIbu bapa perlu membawa anak dengan segeranya ke klinik jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit bagi mengelakkan penyebaran kuman atau bakteria. Rawatan awal membolehkan penyakit dikawal dengan lebih berkesan dan mengurangkan risiko komplikasi.Peranan sekolah:6. Melaksanakan pemeriksaan kesihatan harianPihak sekolah perlu memantau murid yang menunjukkan simptom demam, ruam, atau batuk dan melaporkan hal itu kepada pihak kesihatan. Langkah ini dapat mengesan penyakit lebih awal dan mencegah penularan dalam kalangan murid lain.7. Menjaga kebersihan persekitaran sekolahPihak sekolah perlu memastikan tandas, kantin, dan bilik darjah sentiasa bersih dan disanitasi secara berkala. Persekitaran yang bersih membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa.8. Memberikan pendidikan kesihatan kepada muridPihak sekolah boleh mengadakan ceramah, aktiviti, dan kempen kesedaran tentang pencegahan penyakit berjangkit. Pendidikan ini membolehkan murid memahami kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan tabiat sihat.9. Menjalankan kerjasama dengan pihak kesihatan tempatanPihak sekolah perlu melaporkan hal tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah jika berlaku kes penyakit yang berjangkit di sekolah. Kerjasama ini memastikan tindakan pencegahan dan rawatan dapat dijalankan dengan segeranya.10. Menyediakan kemudahan kebersihan yang mencukupiPihak sekolah perlu menyediakan sabun, air bersih, tisu, dan tong sampah tertutup di setiap kelas serta kawasan strategik sekolah. Kemudahan ini memudahkan murid mengamalkan kebersihan diri dan mengurangkan risiko penyebaran penyakit.Lima Cara Mencegah Penyakit Berjangkit di MalaysiaINFO TEMA 1 KARANGAN SPM 2026.indd 22 09/04/2026 10:12 AM
23Model Bahagian A Karangan Respons Terhad1Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya kepada murid-murid.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengelakkan kemalangan jalan raya kepada murid-murid.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Keselamatan Jalan Raya di SekolahKempen Keselamatan Jalan rayaUntuk mengurangkan kemalangan jalan raya dalam kalangan murid sekolah, pendidikan awal dan kempen keselamatan jalan raya perlu diterapkan secara berterusan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, pengawasan ibu bapa dan pihak sekolah mesti diperkukuh, khususnya sewaktu pergi dan pulang dari sekolah. Akhir sekali, pembentukan sikap berhemah dan beretika dalam diri murid perlu diberikan penekanan agar mereka sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan, dan menghargai keselamatan diri serta orang lain ketika berada di jalan raya.Sumber: www.mkn.gov.myTEMA KESELAMATAN2TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 23 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan24 Rangka KaranganPendahuluan:• kemalangan jalan raya merupakan isu serius yang mengancam keselamatan murid sekolah• murid terdedah kepada risiko kemalangan ketika pergi dan pulang dari sekolahIsi 1: Pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya• aktiviti seperti ceramah, pameran, dan latihan simulasi• meningkatkan pengetahuan murid tentang peraturan dan bahaya jalan rayaIsi 2: Pengawasan ibu bapa dan pihak sekolah• ibu bapa memastikan anak menyeberang jalan dengan selamatnya• pihak sekolah menyediakan pengawas trafik dan zon selamatIsi 3: Pembentukan sikap berhemah dalam diri murid• murid dididik supaya berdisiplin dan beretika• menghargai nyawa sendiri dan orang lainKesimpulan:• keselamatan murid memerlukan kerjasama semua pihak• usaha bersepadu mampu mengurangkan kemalangan jalan raya Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Kemalangan jalan raya merupakan isu serius yang boleh mengancam keselamatan murid sekolah. Murid merupakan golongan yang terdedah kepada risiko kemalangan terutamanya sewaktu pergi dan pulang dari sekolah. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin di jalan raya.Antara usaha utama ialah pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya secara berterusan. Kempen ini boleh disampaikan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah serta aktiviti kokurikulum seperti ceramah, pameran, dan latihan simulasi. Pendedahan awal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang peraturan jalan raya dan bahaya yang mungkin berlaku jika cuai.Selain itu, pengawasan ibu bapa dan pihak sekolah perlu diperkukuh. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menyeberang jalan dengan selamatnya manakala pihak sekolah pula boleh menyediakan pengawal trafik dan zon selamat di kawasan sekolah, khususnya pada waktu puncak.Di samping itu, pembentukan sikap berhemah dan beretika dalam diri murid amat penting. Murid perlu dididik oleh guru dan ibu bapa supaya berdisiplin, mematuhi peraturan, serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain ketika berada di jalan raya.Kesimpulannya, usaha mengelakkan kemalangan jalan raya memerlukan kerjasama semua pihak. Dengan pendidikan awal, pengawasan rapi, dan sikap bertanggungjawab, keselamatan murid di jalan raya dapat dipelihara dengan lebih berkesan.(197 patah perkataan)TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 24 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan25Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Seramai 100 kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun terlibat dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 1:00 petang. Kempen ini bertujuan untuk memberikan panduan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak yang sering menjadi faktor kebimbangan ibu bapa ketika anak-anak mereka berada di luar kawasan rumah atau sekolah. Kempen ini juga dapat membentuk kesedaran dan sikap berhati-hati di jalan raya sejak usia muda, di samping menggalakkan pematuhan undang-undang sejak awal untuk semua kanak-kanak.Sumber: kprj.com.my/myBerdasarkan petikan, huraikan kepentingan pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya kepada murid-murid sekolah. Rangka KaranganPendahuluan:• keselamatan jalan raya merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak• kempen keselamatan jalan raya penting untuk melindungi murid dan membentuk kesedaran awaltentang bahaya di jalan rayaIsi 1: Memberikan pengetahuan dan pendedahan asas• mendidik murid mengenali lampu isyarat dan cara melintas jalan dengan betulnya• aktiviti kempen secara praktikal membantu murid memahami situasi sebenar di jalan rayaIsi 2: Membentuk kesedaran dan sikap berhati-hati• meningkatkan kepekaan murid terhadap persekitaran sekeliling• membantu murid mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku di jalan raya• membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin sejak usia mudaIsi 3: Mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan• kurang pengetahuan menjadi punca utama kemalangan melibatkan kanak-kanak• kempen berterusan untuk menjadikan murid lebih berhati-hati ketika berjalan atau berbasikal• membantu murid membuat keputusan yang lebih selamat dalam kehidupan seharianIsi 4: Menggalakkan pematuhan undang-undang sejak awal• pendedahan awal kepada peraturan jalan raya• memupuk disiplin diri dan sikap patuh kepada undang-undang sejak usia muda• menjadi contoh baik kepada rakan sebaya dan masyarakatKesimpulan:• kempen keselamatan jalan raya penting untuk memberikan ilmu, kesedaran, dan perlindungan kepadamurid• pendidikan keselamatan jalan raya sejak awal melahirkan generasi yang peka dan bertanggungjawabLima Tatacara Melintas dengan SelamatnyaVideo TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 25 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan26 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Keselamatan jalan raya merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, khususnya dalam melindungi murid-murid sekolah yang masih belum matang dari segi fizikal dan pemikiran. Murid sekolah sering terdedah kepada risiko kemalangan sama ada ketika pergi dan pulang dari sekolah, melintas jalan, atau berada di kawasan awam. Oleh itu, pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya kepada murid-murid sekolah amat penting bagi membentuk kefahaman awal tentang bahaya di jalan raya serta langkah pencegahan yang wajar diamalkan demi keselamatan diri.Kepentingan utama pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas tentang peraturan serta etika penggunaan jalan raya kepada murid. Melalui kempen yang terancang, murid dapat belajar tentang cara melintas jalan dengan betulnya dan kepentingan mematuhi lampu isyarat. Sebagai contoh, aktiviti seperti lawatan ke persimpangan jalan atau simulasi lintasan pejalan kaki membolehkan murid mengalami sendiri situasi sebenar di jalan raya. Aktiviti seperti ini membantu murid memahami situasi sebenar di jalan raya secara praktikal dan berkesan. Malahan, aktiviti ini juga menggalakkan murid mengamalkan disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri dan orang lain.Selain itu, kempen keselamatan jalan raya penting untuk membentuk kesedaran dan sikap berhati-hati sejak usia muda. Kanak-kanak yang didedahkan dengan kempen sebegini akan lebih peka terhadap persekitaran dan berupaya untuk mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku di sekeliling mereka. Kesedaran awal ini bukan sahaja membantu mereka mengelak daripada situasi berisiko, malah melatih mereka membuat keputusan yang selamat ketika melintas jalan atau bermain berhampiran dengan laluan kenderaan. Sikap bertanggungjawab dan berdisiplin yang dibentuk sejak kecil akan kekal sehingga dewasa, sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, kempen ini amat penting kerana dapat memberikan panduan keselamatan kepada murid-murid.Seterusnya, pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya juga penting dalam mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan dalam kalangan murid sekolah. Statistik kemalangan yang melibatkan kanak-kanak sering berpunca daripada kecuaian dan kurangnya pengetahuan tentang keselamatan jalan raya. Dengan adanya kempen yang berterusan, murid dapat belajar untuk mengenal pasti bahaya ketika berada di jalan raya seperti kenderaan yang laju, persimpangan berbahaya, atau laluan yang tidak selamat, serta mengamalkan langkah pencegahan yang sesuai. Penekanan terhadap keadaan jalan raya dan persekitaran membantu murid membuat keputusan yang lebih selamat dalam situasi harian.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 26 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan27Di samping itu, kempen keselamatan jalan raya berperanan penting dalam menggalakkan pematuhan undang-undang sejak awal. Melalui pendedahan awal kepada peraturan jalan raya, murid diajar dan diingatkan untuk mematuhi arahan lampu isyarat, menyeberang di lintasan pejalan kaki, dan mengikuti papan tanda dengan betulnya. Dengan cara ini, murid dapat memupuk disiplin diri dan sikap patuh kepada undang-undang sejak usia muda, sekali gus membentuk tabiat yang positif sehingga dewasa. Secara tidak langsung, murid yang terbiasa mematuhi undangundang juga menjadi contoh baik kepada rakan sebaya dan masyarakat.Kesimpulannya, pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya kepada muridmurid sekolah amat penting kerana mampu memberikan pengetahuan, membentuk kesedaran, mengurangkan risiko kemalangan, serta menggalakkan pematuhan undangundang sejak awal. Usaha ini wajar diteruskan dan diperkasakan agar keselamatan murid sentiasa terjamin. Sesungguhnya, mendidik murid tentang keselamatan jalan raya sejak awal merupakan pelaburan berharga demi melahirkan generasi yang peka, berdisiplin, dan bertanggungjawab.(500 patah perkataan)ItemTambah NilaiKeselamatan jalan raya:1. Menyelamatkan nyawa:Kempen keselamatan jalan raya membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan dan menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya.2. Mengurangkan kecederaan:Usaha keselamatan jalan raya membantu dalam mengurangkan kecederaan serius akibat kemalangan.3. Meminimumkan kesesakan:Kesedaran tentang keselamatan jalan raya membantu pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.4. Meningkatkan kesedaran:Kempen keselamatan jalan raya membantu dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya di jalan raya.5. Mendidik pengguna jalan raya:Melalui kempen ini, pengguna jalan raya diajar tentang tingkah laku yang selamat semasa memandu kenderaan.6. Menyokong undang-undang trafik:Kempen ini mendorong pematuhan terhadap undang-undang jalan raya yang sedia ada.7. Meningkatkan kualiti infrastruktur:Kesedaran tentang keselamatan jalan raya memacu kerajaan untuk meningkatkan keadaan jalan raya dan infrastruktur.8. Mengurangkan kos perubatan:Kempen ini membantu dalam mengurangkan beban kos perubatan akibat kemalangan jalan raya.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 27 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan289. Menjanakan kesedaran sosial:Usaha dalam menyokong keselamatan jalan raya dapat membantu untuk membentuk kesedaran sosial yang lebih positif.10. Menyumbang kepada ekonomi:Kepentingan keselamatan jalan raya membantu dalam memelihara tenaga kerja dan ekonomi negara daripada kerugian akibat kemalangan jalan raya.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad2Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan keselamatan murid ketika berada di padang sekolah.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan murid ketika menjalankan aktiviti di padang sekolah.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.PELAJAR DILARANGMENGGUNAKAN PADANGTANPA PENGAWASAN GURUARAHAN PENGETUA1) Beratur setiap kali hendak ke padang2) Memakai pakaian sukan ketika menjalankan aktiviti sukan di padang3) Memakai kasut yang bersesuaian ketika bersukan di padang4) Menjaga kebersihan padang5) Tidak dibenarkan untuk berada dan bermain di padang sewaktu hujan6) Memulangkan peralatan sukan setelah digunakanPERATURAN DI PADANG SEKOLAH- ARAHAN PENGETUA -TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 28 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan29 Rangka KaranganPendahuluan:• menyatakan kepentingan menjaga kebajikan dan kesejahteraan murid• membincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambilIsi 1: Memahami peraturan• menjelaskan kepentingan murid mematuhi arahan guru di padang sekolah• menyebutkan bahaya yang mungkin timbul jika murid tidak mengikut arahan guruIsi 2: Pakaian dan kelengkapan yang sesuai• menerangkan kepentingan pemakaian pakaian sukan yang sesuai dan kasut sukan yang betul• menunjukkan pemilihan pakaian yang betulIsi 3: Tanggungjawab murid terhadap padang sekolah• menekankan kepentingan menjaga kebersihan padang sekolah• mengingatkan murid agar tidak pergi ke padang semasa cuaca hujan• menjelaskan kepentingan mengembalikan peralatan sukan setelah tamat bersukanPenutup:• keselamatan murid ialah keutamaan utama• mengajak semua pihak untuk bekerjasama dalam menjaga keselamatan murid di padang sekolah Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Keselamatan murid ketika menjalankan aktiviti di padang sekolah ialah aspek yang penting dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan murid. Langkah-langkah keselamatan ini diperlukan untuk memastikan setiap murid dapat menikmati pengalaman bersukan di sekolah.Padang sekolah ialah tempat yang penting untuk perkembangan fizikal dan sosial murid. Namun, keselamatan murid ialah keutamaan di sekolah. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan murid dapat menjalankan aktiviti di padang sekolah dengan selamatnya.Pertama, penting bagi murid untuk mematuhi arahan guru. Murid dilarang untuk menggunakan padang tanpa pengawasan guru kerana ini boleh membahayakan keselamatan mereka. Murid perlu beratur setiap kali ingin ke padang. Ketiga, murid perlu memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan memakai kasut sukan yang betul. Hal ini membantu dalam mengelakkan kecederaan semasa bermain sukan.Selain itu, murid juga perlu menjaga kebersihan padang dengan tidak membuang sampah secara sembarangan. Murid juga dilarang untuk pergi ke padang semasa waktu hujan kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan keselamatan mereka. Akhir sekali, murid perlu memulangkan peralatan sukan setelah tamat bersukan sebagai tanda tanggungjawab terhadap harta sekolah.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 29 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan30Dengan mematuhi semua langkah keselamatan ini, kita dapat memastikan padang sekolah ialah tempat yang selamat untuk murid menjalankan aktiviti sukan dengan gembiranya dan bebas daripada kecederaan. Keselamatan murid ialah keutamaan kita semua.(203 patah perkataan)Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Menteri Pendidikan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya semalam. Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pihak sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan murid-murid. Prosedur Operasi Standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah sifar kemalangan.Sumber: www.malaysiakini.comHuraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah tersebut. Rangka KaranganPendahuluan:• kesejahteraan murid merupakan keutamaan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)• pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan keselamatan murid di padang sekolahIsi 1: Pemantauan infrastruktur sekolah:• pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif dalam memantau infrastruktur sukan di sekolah• memastikan besi palang gol atau peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti kokurikulum beradadalam keadaan baik dan selamatIsi 2: Peningkatan SOP:• pihak sekolah harus mengkaji semula dan meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitandengan penyelenggaraan kemudahan sukan• mengetatkan pelaksanaan SOP bagi memastikan penggunaan yang selamatIsi 3: Melibatkan komuniti sekolah:• murid, guru, dan ibu bapa perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan di padangsekolah• program kesedaran keselamatan boleh dijalankanIsi 4: Penyelenggaraan berkala:• pihak sekolah perlu menjalankan penyelenggaraan berkala bagi semua peralatan sukan seperti goldan tiang• pemeriksaan tahunan ialah langkah penting yang harus diadakan secara rutinIsi 5: Latihan keselamatan:• memberikan latihan keselamatan kepada murid dan pengawas kokurikulum• mengenali potensi bahaya dan memberikan pertolongan pertama dalam kes kemalanganTEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 30 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan31Penutup:• langkah-langkah proaktif dan berterusan perlu diambil oleh pihak sekolah• keselamatan murid amanah kita bersama-sama Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Kematian tragis seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum merupakan satu kejadian yang amat menyayat hati. Menteri Pendidikan Malaysia telah menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa. Kejadian ini telah mengejutkan seluruh negara dan menjadi isu yang memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa. Kesejahteraan murid merupakan keutamaan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pelbagai langkah daripada pihak sekolah perlu diambil untuk memastikan keselamatan murid di padang sekolah.Pertama, pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif dalam memantau infrastruktur sukan di sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pihak sekolah harus menjalankan pemeriksaan berkala terhadap gol, tiang, dan peralatan sukan yang lain. Hal ini termasuk memastikan besi palang gol atau peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti kokurikulum berada dalam keadaan baik dan selamat. Sebarang tanda-tanda kerosakan atau kekurangan harus segera diperbaiki atau diganti untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.Selain itu, pihak sekolah harus mengkaji semula dan meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dengan penyelenggaraan kemudahan sukan. SOP yang ketat perlu diterapkan bagi memastikan penggunaan yang selamat. Hal ini termasuk mengadakan latihan keselamatan untuk murid dan pengawas kokurikulum serta memastikan semua aktiviti sukan dijalankan dalam pengawasan yang cekap. SOP yang ketat akan membantu dalam mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku.Langkah seterusnya ialah pihak sekolah perlu melibatkan komuniti sekolah dalam usaha keselamatan. Murid, guru, dan ibu bapa perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan di padang sekolah. Program kesedaran keselamatan boleh dijalankan untuk mengajar murid tentang risiko dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil semasa aktiviti sukan. Ibu bapa juga boleh dipanggil untuk memainkan peranan dalam pemantauan dan pembaikan kemudahan sukan.Pihak sekolah juga perlu menjalankan penyelenggaraan berkala bagi semua peralatan sukan seperti gol dan tiang untuk memastikan keselamatan murid terjamin. Pemeriksaan tahunan merupakan langkah penting yang harus diadakan secara rutin. Dengan amalan ini, sekolah dapat mengenal pasti dan menangani masalah keselamatan sebelum menjadi masalah yang serius. Perkara ini akan menjaga kesejahteraan murid dan menyokong pembangunan pendidikan yang selamat dan berkualiti. Sebagai institusi pendidikan, keselamatan murid ialah keutamaan yang perlu dijaga demi memastikan proses pembelajaran yang berkesan.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 31 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan32Selain pemeriksaan berkala, penting juga untuk memberikan latihan keselamatan kepada murid dan pengawas kokurikulum. Mereka perlu dididik dalam mengenali potensi bahaya, mengambil tindakan bijak ketika berdepan dengan situasi berisiko, serta memberikan pertolongan pertama dalam kes kemalangan. Kemahiran dan pengetahuan ini merupakan aspek penting dalam memastikan keselamatan murid. Dengan latihan yang mencukupi, kita dapat meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti pendidikan, menjadikan persekitaran pembelajaran lebih selamat, dan menjaga keselamatan murid sepanjang masa.Kesimpulannya, untuk mengelakkan kemalangan semasa murid melaksanakan aktiviti di padang sekolah, langkah-langkah proaktif dan berterusan perlu diambil oleh pihak sekolah. Hal ini termasuklah pemantauan infrastruktur sekolah, peningkatan SOP, pelibatan komuniti sekolah, penyelenggaraan berkala, dan latihan keselamatan. Keselamatan murid ialah amanah kita bersama-sama dan hanya dengan usaha bersama, kita dapat menjaga mereka daripada risiko yang tidak diingini. KPM akan berusaha dengan gigihnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan negara.(490 patah perkataan)ItemTambah NilaiKeselamatan murid di sekolah:1. Pengawasan guru:Guru perlu sentiasa mengawasi aktiviti murid di dalam dan di luar bilik darjah untuk memastikan keselamatan mereka2. Kawalan akses:Sekolah perlu mempunyai kawalan pintu masuk yang ketat dan memerlukan pengunjung untuk mendaftar sebelum memasuki kawasan sekolah.3. Sistem pengumuman:Sistem pengumuman kecemasan perlu diwujudkan di setiap sekolah untuk memberitahu murid dan kakitangan mengenai situasi darurat.4. Pemeriksaan kesihatan:Pihak sekolah perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala terhadap murid untuk mengesan masalah kesihatan awal.5. Latihan darurat:Latihan kebakaran dan kecemasan perlu dijalankan secara berkala untuk memastikan murid mengetahui perkara yang perlu dilakukan dalam situasi darurat.6. Pengangkutan keselamatan:Sistem pengangkutan murid seperti bas sekolah perlu mempunyai peraturan keselamatan yang jelas dan ketat.7. Kawalan lalu lintas:Sekolah perlu mempunyai sistem kawalan lalu lintas yang berkesan untuk mengelakkan kemalangan di kawasan sekolah.8. Kawasan berpagar:Kawasan sekolah berpagar dengan baiknya untuk mengelakkan orang asing daripada memasuki kawasan sekolah.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 32 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan339. Kesedaran keselamatan:Murid perlu diberikan kesedaran mengenai keselamatan diri dan cara-cara untuk melaporkan situasi yang mencurigakan.10. Kerjasama komuniti:Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa, pihak berkuasa tempatan, dan komuniti setempat untuk menjaga keselamatan murid.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad3Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kejadian banjir.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan ketika banjir.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.MUSIM BANJIRKESELAMATAN DIRI SEMASA MUSIM BANJIR1 Memantau paras air hujan di kawasan kediaman atautempat kerja2 Menghubungi bomba apabila kawasan dinaiki air, jalan terputus, dan tanah runtuh3 Menjaga keselamatan diri dan keluarga4 Berpindah ke kawasan yang selamat dan tidak terjejas dengan banjir5 Awas terhadap risiko renjatan elektrikTEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 33 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan34 Rangka KaranganPendahuluan:• banjir ialah fenomena semula jadi yang sering berlaku tanpa mengenal masa• banjir merupakan ancaman serius terhadap keselamatan individu dan komunitiIsi 1: Memantau paras air• memantau paras air di kawasan anda• memindahkan barang berharga ke tempat yang lebih tinggi dengan segeranyaIsi 2: Berkomunikasi dengan pihak berkuasa• menghubungi pihak bomba secepat mungkin• menggunakan nombor kecemasan yang disediakan untuk mendapatkan bantuanIsi 3: Keselamatan diri dan keluarga• memastikan diri dan keluarga berada di tempat yang selamat dan tinggi• jangan mencuba untuk berenang atau bergerak dalam air banjirPenutup:• dalam situasi banjir, ambil tindakan bijak dan berhati-hati untuk melindungi diri dan keluarga• menjalinkan kerjasama dengan komuniti setempat untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Banjir merupakan satu fenomena semula jadi yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan turut merupakan ancaman yang serius kepada keselamatan kita. Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk bersedia dan mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila kejadian banjir berlaku di kawasan kita.Langkah awal yang perlu diambil adalah memantau paras air di kawasan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai paras air semasa daripada pihak berkuasa tempatan atau media sosial. Jika paras air mula meningkat dan mendekati tahap yang membahayakan, pindahkan barang berharga ke tempat yang lebih selamat dengan segeranya seperti tingkat atas rumah.Di samping itu, sekiranya banjir menyebabkan terputusnya hubungan atau terdapat runtuhan tanah yang menghalang perhubungan, penting untuk berkomunikasi dengan pihak bomba secepat yang mungkin. Anda boleh menghubungi nombor kecemasan yang disediakan.Apabila banjir berlaku, pastikan kita dan keluarga berada di tempat yang selamat dan tinggi. Jangan berenang atau bergerak di dalam air banjir kerana situasi ini sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa kita.Kesimpulannya, dalam situasi banjir, kita perlu mengambil tindakan yang bijak dan berhati-hati untuk melindungi diri dan keluarga. Selain itu, penting juga untuk menjalinkan kerjasama dengan komuniti setempat dalam situasi darurat ini. Dengan berbuat demikian, kita boleh membantu untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.(200 patah perkataan)TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 34 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan35Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Keadaan banjir di tiga buah negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, dan Perak semakin bertambah buruk berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa buah kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa. Hujan lebat berterusan pada peringkat buruk dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di negeri Kedah, Kelantan, Perak, dan Pahang. Keadaan di PPS amat cemas dalam kalangan penduduk yang telah terpaksa meninggalkan rumah mereka. Para sukarelawan telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan sokongan moral dan fizikal kepada semua mangsa yang terjejas akibat bencana ini.Sumber: www.sinarharian.com.myCeritakan pengalaman anda sepanjang bertugas di Pusat Perpindahan Sementara (PPS). Rangka KaranganPendahuluan:• keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, dan Perak semakin mengkhuatirkan• peningkatan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)• memaksa penduduk di kawasan banjir untuk mencari perlindungan di PPSIsi 1: Tindakan sukarelawan• saya menawarkan diri sebagai sukarelawan• perasaan bimbang, sedih, dan mengujakan• berusaha sedaya upaya untuk memberikan sokongan moral dan fizikalIsi 2: Pengalaman di PPS• mengajar saya tentang kekuatan solidariti dan gotong-royong• pelbagai lapisan masyarakat bersatu demi kebajikan mereka yang terjejas• tiada cabaran yang terlalu besar untuk dihadapi apabila masyarakat bersatuIsi 3: Hidup di PPS• penduduk berkongsi ruang terhad dengan ramai orang lain• keadaan di PPS tidak dapat dibandingkan dengan rumah sendiri• pengalaman ini mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan sehari-hariIsi 4: Keselamatan penduduk di PPS• keselamatan penduduk menjadi keutamaan• penyediaan bekalan keperluan asas seperti makanan, air bersih, dan perkhidmatan perubatan• memastikan setiap penduduk mendapat maklumat dan bantuan yang diperlukanIsi 5: Kepentingan kesiagaan PPS• kepentingan kesiagaan ketika banjir dan penyediaan PPS yang cekap• perubahan iklim dan cuaca ekstrem merupakan masalah yang serius• pihak kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk mengurangkan impak banjirPenutup:• pengalaman sebagai petugas di PPS telah mengajar saya banyak perkara yang penting yang perludilakukan semasa bencana banjir• solidariti, gotong-royong, dan kepedulian ialah nilai-nilai yang semakin penting dalam menghadapibencana semula jadiTEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 35 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan36 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Keadaan banjir di tiga buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, dan Perak semakin mengkhuatirkan akibat hujan berterusan yang melanda kawasan tersebut. Banjir yang melanda wilayah ini telah mencatatkan peningkatan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan lebat yang dijangka akan berterusan di beberapa buah kawasan, sekali gus memaksa penduduk di kawasan tersebut mencari perlindungan di PPS. Keadaan cuaca ini mencemaskan penduduk tempatan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa dan sukarelawan.Saya telah menawarkan diri sebagai salah seorang sukarelawan. Perasaan saya ketika itu bercampur baur antara bimbang, sedih, dan mengujakan. Sebaik-baik tiba di PPS, saya dapat merasakan keadaan kecemasan dalam kalangan penduduk yang telah terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat banjir yang semakin buruk. Keharuan terasa di udara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Kami sebagai petugas PPS telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan sokongan moral dan fizikal kepada mereka. Kemudian, kami menyusun tempat tidur, menyediakan makanan, dan menjaga kebersihan pusat pemindahan.Pengalaman di PPS juga mengajar saya tentang kekuatan solidariti dan gotongroyong dalam menghadapi krisis seperti ini. Penduduk tempatan, sukarelawan, dan pelbagai agensi kerajaan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir. Kami melihat pelbagai lapisan masyarakat bersatu demi kebajikan mereka yang terjejas. Perkara ini mengajar saya bahawa tiada cabaran yang terlalu besar untuk dihadapi apabila masyarakat bersatu. Setiap usaha bersama mampu membawa perubahan yang nyata.Kehidupan di PPS tidaklah mudah. Penduduk di sini terpaksa berkongsi ruang yang terhad dengan ramai orang lain. Walaupun kami berusaha sebaik mungkin untuk memberikan keselesaan, tetapi keadaan di PPS tidak dapat dibandingkan dengan rumah mereka sendiri. Perkara ini ialah pengalaman yang mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan sehari-hari yang sering diambil sebagai kebarangkalian. Pengalaman ini juga mengajar saya untuk lebih menghargai nikmat kehidupan harian yang sering diambil mudah.Keselamatan penduduk di PPS merupakan keutamaan kami. Kami sentiasa memantau paras air ketika banjir supaya dapat memberikan amaran awal jika perlu. Pada masa yang sama, kami juga memastikan penyediaan bekalan keperluan asas seperti makanan, air bersih, dan perkhidmatan perubatan sentiasa mencukupi. Selain itu, kami memastikan setiap penduduk mendapat maklumat dan bantuan yang diperlukan bagi mengurangkan tekanan dan ketidakselesaan sepanjang berada di PPS. Kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan untuk menjaga keselamatan semua orang di PPS.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 36 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan37Pengalaman ini menggariskan kepentingan kesiagaan ketika banjir dan penyediaan PPS yang cekap dalam menghadapi bencana semula jadi. Pengalaman ini sebagai peringatan bahawa perubahan iklim dan cuaca ekstrem semakin menjadi masalah yang perlu kita hadapi secara serius. Kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk meningkatkan sistem amaran awal dan bersedia untuk mengurangkan impak bencana banjir pada masa akan datang.Sebagai petugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pengalaman ini telah mengajar saya banyak perkara tentang kekuatan manusia dalam menghadapi cabaran dan krisis. Solidariti, gotong-royong, dan kepedulian ialah nilai-nilai yang sangat penting dalam dunia yang sering dilanda bencana semula jadi. Saya berharap dengan usaha bersama, kita dapat mengurangkan impak banjir dan menjadikan komuniti kita lebih bersiap sedia dalam menghadapi ancaman cuaca ekstrem pada masa depan.(492 patah perkataan)ItemTambah NilaiBencana banjir:1. Peningkatan kejadian banjir:Pada era terkini, kita telah menyaksikan peningkatan kejadian banjir di Malaysia. Perkara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan iklim dan pembangunan yang tidak terkawal.2. Kesan perubahan iklim:Perubahan iklim telah menyebabkan cuaca yang lebih ekstrem, termasuk hujan lebat yang berpanjangan. Hal ini telah menjadi penyumbang utama kepada banjir di negara ini.3. Kawasan berisiko tinggi:Terdapat kawasan-kawasan tertentu di Malaysia yang lebih berisiko mengalami banjir seperti pantai timur dan Lembah Klang.4. Sistem amaran banjir:Pihak berkuasa tempatan telah membangunkan sistem amaran banjir untuk memberikan maklumat awal kepada penduduk dan mengurangkan risiko kecederaan.5. Penggunaan teknologi:Teknologi seperti sistem peramalan cuaca dan penggunaan dron telah digunakan untuk memantau dan mengurus banjir dengan lebih efisiennya.6. Pengurusan sumber air:Pengurusan sumber air yang baik penting untuk mengelakkan banjir. Perkara ini termasuk pemeliharaan sungai dan empangan.7. Kemudahan berpindah:Pihak berkuasa perlu menyediakan kemudahan berpindah dari tempat banjir yang baik untuk penduduk yang terjejas.8. Kesedaran awam:Pendidikan awam tentang langkah-langkah keselamatan semasa banjir dan kesan perubahan iklim amat penting.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 37 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan389 Kerjasama antarabangsa:Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha menangani banjir, terutamanya dalam kawasan Asia Tenggara.10. Kajian dan penyelidikan:Kajian dan penyelidikan terus dijalankan untuk memahami punca banjir dan cara mengurangkan bencana banjir pada era kini.Model Bahagian A Karangan Respons Terhad4Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kes buli dalam kalangan murid sekolah.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang punca-punca peningkatan kes buli dalam kalangan murid sekolah.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Buli dalam kalangan remaja Malaysia:Satu daripada enam orang remaja ialah mangsa buli.KELAZIMAN KES BULI MENGIKUT TINGKATAN:Kes buli sering berlaku dalam kalangan remaja tingkatan 1 dan akan berkurangan apabila usia mereka meningkat.Tingkatan 1 = 23 peratusTingkatan 2 = 19 peratusTingkatan 3 = 15 peratusTingkatan 4 = 13 peratusTingkatan 5 = 10 peratusBULI16 peratus daripada keseluruhan kes buli adalah disebabkan alasan\"mengejek bentuk fizikal atau rupa seseorang\".Kes Buli di Sekolah Rendah Amat MembimbangkanPeningkatan kes buli dalam kalangan murid sekolah di negara kita berpunca daripada beberapa faktor. Antara puncanya ialah pengaruh rakan sebaya, apabila murid terikut-ikut sikap agresif demi diterima dalam kumpulan. Selain itu, kurangnya perhatian dan kasih sayang keluarga menyebabkan murid melepaskan emosi negatif kepada rakan. Seterusnya, pengaruh media sosial dan kandungan ganas turut menjadikan perbuatan buli dianggap biasa.Sumber: www.sinarharian.com.myTEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 38 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan39 Rangka KaranganPendahuluan:• peningkatan kes buli dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan• masalah ini menjejaskan kesejahteraan emosi dan perkembangan sahsiah muridIsi 1: Pengaruh rakan sebaya• cenderung meniru tingkah laku agresif rakan-rakan• membuli untuk menjaga status dan kedudukan dalam kelompokIsi 2: Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga• murid membesar dalam keluarga bermasalah atau kurang pengawasan• mengalami tekanan emosi dan berasa terabaiIsi 3: Pengaruh media sosial dan kandungan ganas• pendedahan kepada adegan keganasan melalui media sosial• perbuatan membuli dianggap perkara biasa dan tidak seriusPenutup:• kes buli berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan• kerjasama ibu bapa, guru, dan masyarakat amat diperlukan Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Peningkatan kes buli dalam kalangan murid sekolah di negara kita semakin membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa, malah boleh memberikan kesan jangka panjang terhadap perkembangan sahsiah murid. Terdapat beberapa punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes buli di sekolah.Antara punca utama ialah pengaruh rakan sebaya. Murid yang ingin diterima dalam sesuatu kumpulan cenderung untuk meniru tingkah laku agresif rakan-rakan mereka. Demi menjaga status dan kedudukan dalam kelompok tertentu, terdapat murid yang sanggup membuli rakan yang lebih lemah tanpa memikirkan akibatnya.Selain itu, kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada keluarga turut menjadi faktor penyumbang. Murid yang membesar dalam persekitaran keluarga bermasalah atau kurang pengawasan ibu bapa sering mengalami tekanan emosi. Tekanan ini akhirnya dilepaskan melalui perbuatan membuli rakan di sekolah.Seterusnya, pengaruh media sosial dan pendedahan kepada kandungan ganas juga mendorong peningkatan kes buli. Adegan keganasan yang sering dipaparkan melalui media sosial dan televisyen menjadikan perbuatan membuli sebagai perkara biasa dan tidak serius oleh sesetengah murid.Kesimpulannya, peningkatan kes buli berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, guru, dan masyarakat amat penting bagi membendung masalah buli demi melahirkan persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni.(200 patah perkataan)TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 39 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan40Bahagian B Karangan Respons TerbukaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Dalam dunia yang semakin bergantung pada Internet, keselamatan dalam talian kini menjadi keutamaan. Kerajaan telah menggubal undang-undang yang tegas, iaitu Akta Keselamatan dalam Talian 2024(Online Safety Act – ONSA) [Akta 588] sebagai langkah penting bagi melindungi rakyat Malaysia daripada bahaya siber yang semakin meruncing. Sepanjang Januari hingga September 2025, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan lebih 63 000 kandungan berunsur penipuan termasuk akaun palsu dan penyamaran yang menyebabkan kerugian kewangan rakyat mencecah sehingga RM1.12 bilion. Selain itu, 38 470 kandungan berkaitan dengan buli siber dan jenayah siber turut dipadam, manakala lebih 1 400 bahan lucah melibatkan kanak-kanak seterusnya diturunkan. Malah, empat peratuskanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun dilaporkan menjadi mangsa eksploitasi seksual dalam talian setiap tahun menjadikan jumlah bersamaan lebih 100 000 kanak-kanak.Sumber: www.astroawani.comBerdasarkan petikan, huraikan usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu buli di sekolah. Rangka KaranganPendahuluan:• isu buli di sekolah berlaku secara fizikal dan juga dalam talian• kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan dalam Talian 2024 (ONSA) bagi membendung buli siberdan melindungi golongan muda• menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan mental dan sosial muridIsi 1: Penggubalan undang-undang dan dasar• kerajaan menggubal undang-undang seperti ONSA 2024 dan Garis Panduan Menangani Buli diSekolah• kerajaan telah menyediakan payung perlindungan kepada murid• mendidik guru, ibu bapa, serta murid tentang bentuk dan kesan buliIsi 2: Pelaksanaan kempen kesedaran dan pendidikan moral• program seperti “Buli Bukan Budaya Kita” dan “Sekolah Sejahtera” memupuk empati serta rasa hormat• mewujudkan suasana sekolah yang harmoni dan selamat• guru dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda buli dan bertindak awalIsi 3: Penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi• kerjasama antara KKD, MCMC, dan PDRM bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadappembuli siber• memastikan Internet menjadi ruang yang selamat untuk generasi muda• pihak sekolah wajib melaporkan kes buli bagi mengelakkan kejadian berulangIsi 4: Sokongan psikososial dan pemulihan mangsa• unit kaunseling sekolah dan program intervensi membantu mangsa pulih dari segi emosi dan keyakinan• inisiatif Talian Kasih 15999 dan Cyber999 memudahkan murid melapor kes secara rahsia• menggalakkan budaya bantu-membantu dalam kalangan masyarakat sekolahKesimpulan:• kerajaan memainkan peranan menyeluruh dalam menangani isu buli melalui undang-undang, dasar,kempen, penguatkuasaan, dan sokongan psikologi• kejayaan bergantung pada kerjasama antara kerajaan, sekolah, ibu bapa, dan masyarakat• diharapkan sekolah menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan untuk semua muridTEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 40 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan41 Contoh Karangan Berkualiti Tinggi Pada era digital yang semakin mencabar kini, isu buli di sekolah bukan sahaja berlaku secara fizikal tetapi juga dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Petikan di atas menyatakan bahawa pihak kerajaan amat prihatin terhadap keselamatan rakyat, khususnya golongan muda dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dalam Talian 2024 (Online Safety Act – ONSA) bagi membendung jenayah siber termasuk buli dalam talian. Langkah ini mencerminkan kesungguhan kerajaan melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman buli yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental dan sosial mereka.Antara peranan utama kerajaan dalam menangani isu buli di sekolah adalah dengan menggubal undang-undang dan dasar yang tegas. Akta ONSA 2024 menjadi contoh yang jelas bahawa kerajaan telah menyediakan payung perlindungan kepada murid daripada buli siber. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperkenalkan Garis Panduan Menangani Buli di Sekolah yang mewajibkan semua sekolah melaksanakan pelan tindakan antibuli. Melalui dasar ini, guru, ibu bapa, dan murid dididik untuk memahami bentuk-bentuk buli serta kesannya. Seperti yang ditegaskan oleh pakar psikologi pendidikan, Profesor Madya Dr. Mariani Mansor, “Intervensi berasaskan dasar hanya berkesan apabila disertai dengan pendidikan emosi dan nilai kemanusiaan sejak awal usia persekolahan.”Seterusnya, kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan moral di sekolah. Program seperti “Buli Bukan Budaya Kita” dan “Sekolah Sejahtera” telah diperkenalkan bagi memupuk sikap saling menghormati serta empati dalam kalangan murid. Kempen ini membantu dalam mewujudkan suasana sekolah yang harmoni dan selamat. Guru pula dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda murid yang menjadi mangsa atau pembuli agar intervensi awal dapat dilakukan. Usaha ini sejajar dengan pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud pendidikan dan pembentukan akhlak hendaklah bermula sejak kecil.Selain itu, kerajaan turut memperkukuh penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi bagi menangani isu buli secara menyeluruh. Contohnya, kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan pelaku buli siber dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya. Data menunjukkan lebih 38 000 kandungan berunsur buli siber telah dipadamkan. Hal ini menggambarkan ketegasan kerajaan dalam memastikan Internet menjadi ruang yang selamat untuk generasi muda. Pihak sekolah pula diwajibkan untuk melaporkan kes buli kepada pihak berkuasa bagi mengelak insiden buli ini berulang.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 41 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan42Di samping itu, kerajaan turut memberikan perhatian kepada sokongan psikososial dan pemulihan mangsa buli. Melalui unit kaunseling sekolah dan program intervensi kendiri, mangsa diberikan bimbingan untuk memulihkan keyakinan diri dan kestabilan emosi. Langkah ini turut membantu mangsa membina keyakinan dan daya tahan emosi di sekolah. Inisiatif seperti Talian Kasih 15999 dan Cyber999 turut diperluas bagi membantu murid melaporkan kes buli secara rahsia. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan, tetapi juga menggalakkan budaya bantumembantu dalam kalangan masyarakat sekolah.Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu buli di sekolah melalui penggubalan undang-undang, pelaksanaan dasar dan kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang, serta pemberian sokongan psikologi kepada mangsa. Kejayaan usaha ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. Dengan pendekatan menyeluruh ini, diharapkan sekolah di Malaysia dapat menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan untuk semua murid tanpa rasa takut atau tekanan.(496 patah perkataan)ItemTambah NilaiTanggungjawab ibu bapa bagi mengelakkan budaya buli dalam kalangan murid:1. Memberikan didikan agama dan moral sejak kecil:Ibu bapa perlu menanam nilai kasih sayang, empati, dan saling menghormati agar anak-anak memahami batas pergaulan dan tidak menindas orang lain. Didikan awal ini membentuk asas sahsiah yang baik dan mendorong anak untuk menghargai hak dan perasaan orang lain.2. Menjadi teladan yang baik:Tingkah laku ibu bapa menjadi cerminan kepada anak. Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada memaki, menghina, atau menggunakan kekerasan di rumah kerana anak mudah meniru perlakuan tersebut. Dengan teladan yang baik, anak dapat belajar untuk bersikap sopan, menghormati orang lain, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang positif.3. Memantau tingkah laku anak:Ibu bapa perlu sentiasa peka terhadap perubahan emosi, bahasa, dan pergaulan anak di sekolah mahupun media sosial. Pemantauan ini membolehkan ibu bapa mengesan tandatanda awal tingkah laku negatif yang dilakukan oleh anak mereka.4. Berkomunikasi secara terbuka dengan anak:Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk meluahkan perasaan, berkongsi masalah, dan mendengar pandangan mereka tanpa menghakimi. Komunikasi terbuka ini membantu untuk membina kepercayaan dan memberikan peluang kepada anak untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya.5. Menetapkan disiplin dan had yang jelas:Ibu bapa perlu mengajar anak tentang tanggungjawab, akibat perbuatan, serta kepentingan memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Had dan disiplin yang jelas membantu anak mengawal tingkah laku, mengikut peraturan, dan membina sikap bertanggungjawab sejak kecil.TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 42 09/04/2026 10:14 AM
Bahasa Melayu SPM Tema 2 Keselamatan436. Mengawasi penggunaan media sosial dan gajet:Ibu bapa perlu memastikan anak tidak terlibat dalam buli siber atau menjadi mangsa dengan memantau laman sosial dan kandungan yang diikuti oleh mereka. Pemantauan ini dapat membantu ibu bapa untuk melindungi kesejahteraan emosi anak serta membentuk penggunaan media sosial yang lebih berhemah.7. Membina hubungan baik dengan pihak sekolah:Ibu bapa boleh bekerjasama dengan guru dan kaunselor dalam memantau perkembangan sahsiah serta prestasi anak. Pendekatan ini memastikan anak dibimbing dengan baiknya dan risiko terlibat dalam kes buli dapat dikurangkan.8. Memberikan penghargaan atas tingkah laku positif:Ibu bapa boleh memberikan pujian dan ganjaran kecil kepada anak-anak. Hal ini dapat menggalakkan mereka untuk berbuat baik serta menghormati orang lain. Seterusnya,anak-anak akan lebih dikenali kerana sifat terpuji mereka, sekali gus disenangi oleh guru dan rakan di sekolah.9. Mendidik anak menangani konflik secara matang:Ibu bapa perlu mengajar anak untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan, bukan dengan kekerasan atau ejekan. Pendekatan ini membolehkan anak mengawal emosi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang betul.10. Menjadi sumber sokongan emosi:Ibu bapa perlu memastikan anak berasa disayangi dan dihargai semasa berada di rumah.Sokongan emosi yang berterusan dapat membantu anak membentuk kestabilan emosi, meningkatkan keyakinan diri, dan menghadapi cabaran di sekolah dengan lebih tenangnya.Punca dan Kesan BuliINFO TEMA 2 KARANGAN SPM 2026.indd 43 09/04/2026 10:14 AM