Status: CRC
Date: 11/08/2021
Book Format: 190mm x 260mm
Praktis Asas Kecemerlangan Spine: Sadle Stiching PRAKTIS PINTAR KSSR
PELANGI
Subjek TAHUN
FRC324212
1 2 3 4 5 6
Bahasa
Melayu ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
PENULISAN
PENULISAN TAHUN Tatabahasa ✔ ✔ ✔ Praktis PINTAR Praktis Asas Kecemerlangan
PENULISAN
4 English ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Penulisan
✔
✔ ✔
Grammar
✔ ✔
✔
SEMAKAN Writing ✔ ✔ ✔
KSSR
Matematik / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Siri PRAKTIS PINTAR KSSR menampilkan praktis Mathematics
topikal sebagai bahan tambahan kepada buku teks
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sains / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Science
Praktis yang dimuatkan boleh digunakan sebagai
bahan pengukuhan dan pengayaan, serta sebagai Sejarah ✔ ✔ ✔
pentaksiran formatif untuk mengukur tahap Penulisan
pembelajaran murid. Konsep KBAT dan i-THINK Pendidikan
turut diterapkan untuk memenuhi keperluan yang Islam ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
terkini.
Pentaksiran sumatif disediakan juga untuk menilai Pelajaran
pencapaian keseluruhan murid. Siri ini sememangnya Jawi ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
pilihan yang terbaik untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap subjek.
PENULISAN N
PENULISA
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2022 Tahun 4
Nota
TAHUN
Praktis Topikal
Praktis Berteraskan DSKP 4
Praktis Pengayaan
W.M: RM7.50 /E.M: RM7.80
FRC324212 KBAT & i-THINK
PELANGI ISBN: 978-967-2878-45-2 SEMAKAN
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Jawapan Lengkap
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. KSSR
Sila layarihttps://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
Kandungan
Bahagian A MEMBINA AYAT ................................................. 1
Praktis 1 – 10
Bahagian B MENULIS ULASAN ........................................... 13
Praktis 1 – 10
Bahagian C MENULIS KARANGAN ........................................ 25
• Surat Kiriman Rasmi ................................................................................. 26
Praktis 1 – 2
• Surat Kiriman Tidak Rasmi ...................................................................... 30
Praktis 1 – 2
• Laporan ...................................................................................................... 34
Praktis 1 – 2
• Catatan ...................................................................................................... 38
Praktis 1 – 2
• Berita .......................................................................................................... 42
Praktis 1 – 2
• Dialog / Temu Ramah / Wawancara ..................................................... 46
Praktis 1 – 2
• Menyambung / Melengkapkan Cerita .................................................. 50
Praktis 1 – 2
• Fakta .......................................................................................................... 54
Praktis 1 – 2
• Autobiografi ............................................................................................... 58
Praktis 1 – 2
Paktis Pengayaan ......................................................................................... 62
JAWAPAN ................................................................................................. J1 – J12
00 IFC Kandungan new.indd 1 22/07/2021 12:18 PM
Bahagian A Membina Ayat
Nota Bestari
Panduan Penulisan
Husna, bolehkah kamu kongsikan
panduan untuk membina ayat Boleh, Hakimi. Untuk membina ayat
dalam Bahagian A dengan mudah? dengan mudah, kita perlu mengikuti
beberapa langkah seperti yang berikut:
1. Teliti dan fahami soalan.
2. Kenal pasti aktiviti dan situasi yang
terdapat dalam bahan grafik.
3. Bina lima ayat yang lengkap
berdasarkan bahan grafik.
4. Setiap ayat perlulah mempunyai
subjek dan predikat.
5. Elakkan menulis semua ayat dalam
satu perenggan.
6. Setiap ayat yang ditulis mestilah
dinomborkan.
7. Berikan nama atau kata ganti diri
(kita) bagi watak dalam bahan grafik.
8. Jangan gunakan penanda wacana.
9. Pastikan tulisan kita jelas, bersih, dan
kemas.
10. Semak jawapan dari segi ejaan,
tanda baca, dan struktur ayat.
Tip Mendapatkan Markah Cemerlang
Antara tip untuk mendapatkan markah yang cemerlang seperti yang berikut:
Murid perlu menggunakan ayat majmuk dengan penggunaan kosa kata yang
meluas.
Murid perlu menggunakan ayat yang gramatis, iaitu mempunyai peluasan di
bahagian subjek dan predikat.
Murid perlu menggunakan struktur ayat yang tepat dan disusun secara menarik.
Murid perlu memastikan penggunaan imbuhan, ejaan, dan tanda baca yang tepat.
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 1 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Model Soalan dan Jawapan
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti membersihkan ruang tamu sebuah rumah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.
AKTIVITI MEMBERSIHKAN RUANG TAMU
1. Ayah membersihkan kipas siling dengan menggunakan sehelai kain.
2. Ibu menggubah bunga pada sebuah pasu besar yang terletak di sudut ruang tamu.
3. Kakak menggunakan penyedut hampagas untuk menyedut habuk pada permaidani.
4. Abang mengelap cermin tingkap supaya bersih daripada habuk dan debu.
5. Adik menyusun majalah pada sebuah meja kecil di ruang tamu supaya kemas.
Tip
Tip
Senaraikan aktiviti yang terdapat dalam bahan rangsangan.
Bina ayat dengan menggunakan kaedah yang berikut:
siapa buat apa (kata kerja) di mana (tempat) mengapa (tujuan)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 2 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 1
Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara untuk menjaga kesihatan diri.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata kerja yang betul.
PENJAGAAN KESIHATAN DIRI
bersenam membersihkan makan
mandi berjumpa
1. Kita hendaklah kerana dapat mengeluarkan peluh dan menjadikan
badan kita lebih sihat.
2. Kita mestilah kawasan rumah supaya tidak menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes.
3. Kita juga mestilah makanan yang seimbang supaya mendapat
zat yang secukupnya.
4. Kita hendaklah dengan menggunakan sabun dan air yang bersih
untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
5. Kita mestilah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan.
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 3 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 2
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti semasa bercuti di Cameron Highlands.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan frasa yang betul.
BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS
melancong ke melawat ke kebun memetik buah
Cameron Highlands bunga strawberi
bergambar di ladang membeli
teh cenderamata
1. Husna dan keluarganya dengan menaiki kereta.
2. Husna gembira kerana dapat yang dipenuhi
bunga yang cantik.
3. Husna di Ladang Strawberi Mawar bersama-
sama ibu dan ayahnya.
4. Husna tidak melepaskan peluang untuk sebagai
kenang-kenangan.
5. Sebelum pulang, Husna dan keluarganya untuk
diberikan kepada jiran dan rakan-rakan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 4 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 3
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti membersihkan taman sains.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan frasa yang betul.
AKTIVITI MEMBERSIHKAN TAMAN SAINS
TAMAN
SAINS
supaya tumbuhan itu segar dan subur
dari dalam plastik ke dalam kolam
untuk ditanam di tepi kolam
dengan warna yang ceria dan menarik
untuk menceriakan landskap di taman sains
1. Faris mengecat pasu-pasu bunga di taman sains
2. Qaleesya dan Husna melepaskan beberapa ekor anak ikan
3. Naufal membawa anak pokok bunga
4. Fayyad menanam pokok-pokok bunga
5. Zahra menyiram pokok bunga di sekitar taman sains
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 5 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 4
Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara untuk menghias papan kenyataan.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan frasa yang betul.
CARA-CARA MEMBUAT HIASAN PADA PAPAN KENYATAAN
dengan air yang bersih
dengan warna yang ceria dan menarik
memasukkan kulit-kulit siput itu ke dalam beg plastik
pada papan kenyataan di belakang kelas
di bawah cahaya matahari supaya cepat kering
1. Adam dan rakan-rakannya mengutip kulit-kulit siput lalu
2. Adam dan rakan-rakannya membersihkan kulit-kulit siput
3. Adam dan rakan-rakannya menjemur kulit-kulit siput itu
4. Adam dan rakan-rakannya mengecat kulit-kulit siput itu
5. Rakan-rakan sekelas Adam membantunya melekatkan kulit-kulit siput
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 6 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 5
Gambar di bawah ini menunjukkan penyediaan hidangan tengah hari di dapur.
Susun frasa-frasa yang diberikan supaya menjadi ayat yang lengkap.
PENYEDIAAN HIDANGAN TENGAH HARI DI DAPUR
1. sehingga garing dua ekor ikan ibu menggoreng di dalam kuali
2. ayah memotong dengan pisau buah-buah oren yang tajam
3. beberapa biji pinggan kabinet dapur abang membuka untuk mengeluarkan
4. sayur-sayuran kakak mencuci di singki yang bersih dengan air
5. dengan sehelai kain di atas meja air yang tumpah adik mengelap
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 7 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 6
Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara membuat wau.
Susun frasa-frasa yang diberikan supaya menjadi ayat yang lengkap.
CARA-CARA MEMBUAT WAU
1. mencari buluh wau yang yang berkualiti kita perlu tahan lama bagi menghasilkan
2. rangka wau telah ditebang buluh yang perlu diraut halus untuk membina
3. corak yang menarik akan melakar pekerja yang mahir dan mewarnakan pada
layar wau
4. layar yang diwarnakan telah siap pada rangka wau akan dilekatkan
5. melayangkan wau di padang yang telah kita boleh siap dibina atau kawasan
lapang
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 8 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 7
Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan ketika berada di sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga keselamatan tersebut dengan berdasarkan
frasa yang diberikan.
KESELAMATAN DI SEKOLAH
1. beratur – memasuki kelas – menghindarkan diri – kemalangan
2. bermain – padang – pengawasan guru – meminimumkan – risiko kemalangan
3. menggunakan radas – makmal sains – kebenaran guru – tidak berlaku – kejadian – tidak
diingini
4. berhati-hati – turun atau mendaki tangga – tidak terjatuh
5. beratur – menaiki bas sekolah – tidak berlaku kemalangan
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 9 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 8
Gambar di bawah ini menunjukkan jenis-jenis pekerjaan yang menyumbangkan jasa yang besar
kepada orang ramai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang pekerjaan tersebut berdasarkan frasa yang diberikan.
KEPELBAGAIAN PEKERJAAN
1. bertugas – mengajar dan mendidik – murid-murid – menjadi pandai
2. mengusahakan – sayur-sayuran – memenuhi keperluan – orang ramai
3. menangkap ikan – di laut – keperluan orang ramai
4. bertungkus lumus – menjahit pakaian – memenuhi permintaan – pelanggan
5. bertanggungjawab sepenuhnya – penumpang – menaiki kenderaan – dipandunya
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 10 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 9
Gambar di bawah ini menunjukkan adab berjiran dalam kalangan masyarakat.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
ADAB BERJIRAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
1.
2.
3.
4.
5.
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 11 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian A
Praktis 10
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH
1.
2.
3.
4.
5.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
A PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 12 22/07/2021 12:20 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Bahagian C Menulis Karangan
Nota Bestari
Panduan Penulisan
Bahagian ini Baca soalan dengan Bina rangka karangan
mengandungi dua teliti dan buat pemilihan supaya idea tidak
soalan. Pilih satu yang tepat. terpesong daripada
soalan sahaja. kehendak soalan.
Karangan mestilah Isi karangan perlu
Tulis karangan mengandungi enam terdiri daripada empat
berdasarkan rangka perenggan yang terdiri idea. Setiap idea perlu
karangan yang dibina. daripada pendahuluan, ditulis dalam satu
isi-isi, dan penutup. perenggan.
Setiap idea perlu Karangan mestilah Semak karangan
mengandungi huraian ditulis antara 80 hingga yang ditulis bagi
dan diberikan contoh 120 patah perkataan. memastikan tiada idea
yang sesuai. yang tertinggal.
Tip Mendapatkan Markah Cemerlang
Antara tip untuk mendapatkan markah yang cemerlang seperti yang berikut:
Murid perlu memastikan idea menepati kehendak soalan.
Murid perlu mengolah idea dengan baik, iaitu penyampaian yang jelas, tersusun,
dan menarik.
Murid perlu menggunakan kosa kata yang meluas dan sesuai dengan bentuk
karangan.
Murid perlu menggunakan ayat yang gramatis.
Murid perlu memastikan penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat.
Murid perlu menggunakan format yang tepat mengikut kehendak soalan.
25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 25 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Surat Kiriman Rasmi
Model Soalan dan Jawapan
Mutu perkhidmatan bas awam di kawasan tempat tinggal kamu tidak memuaskan. Sebagai ketua
penduduk, kamu diminta untuk membuat aduan tentang perkara tersebut.
Tulis sepucuk surat kepada pihak syarikat bas yang berkenaan untuk mengadukan masalah
tersebut.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
No. 6, Taman Salak Perdana,
49000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
Pengurus,
Syarikat Perkhidmatan Bas Maju Jaya,
49000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 18 MAC 2020.
Tuan,
Mutu Perkhidmatan Bas Awam yang Tidak Memuaskan
Saya mewakili penduduk Taman Salak Perdana, Sepang ingin membuat aduan tentang mutu
perkhidmatan bas awam yang tidak memuaskan.
2. Hal ini demikian kerana, bas sering lewat tiba serta tidak mengikut jadual perjalanan yang
telah ditetapkan. Hal ini menyulitkan urusan penduduk di taman ini untuk ke suatu tempat.
3. Selain itu, bas daripada syarikat tuan juga tidak diselenggara dengan baik. Ada daripada
kalangan penumpang yang terpaksa berdiri kerana tempat duduk yang rosak. Kerosakan ini perlu
dibaiki dengan segera kerana dapat membahayakan penumpang.
4. Saya berharap agar pihak tuan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan bas di kawasan
ini. Penduduk di kawasan ini akan terus menggunakan perkhidmatan bas daripada syarikat tuan
sekiranya mutu perkhidmatan ditambah baik.
Sekian, terima kasih.
Tip
Tip
Yang benar,
Hafizal Patuhi format penulisan surat kiriman rasmi untuk
mengelakkan pemotongan markah.
(HAFIZAL BIN AHMAD) Elakkan penggunaan bahasa yang berbunga-bunga dan
Wakil penduduk, bahasa kiasan.
Taman Salak Perdana.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 26 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Praktis 1
Kamu ingin menulis surat kepada guru kelas bagi menjelaskan ketidakhadiran kamu ke sekolah
kerana terpaksa pulang ke kampung lantaran nenek kamu sakit.
Lengkapkan karangan di bawah ini dengan jawapan yang sesuai.
menginap di sana pulang ke rumah menziarahi nenek
kembali ke sekolah tidak dapat hadir segala tugasan
dimasukkan ke hospital pulang ke kampung terletak jauh
menderita sakit tua saya selesaikan
No. 25, Jalan 3/15,
Taman Indah Permai,
35350 Temoh,
Perak Darul Ridzuan.
Sekolah Kebangsaan Batu Tiga,
Kampung Batu Tiga,
35350 Temoh,
Perak Darul Ridzuan. 8 JUN 2020.
Tuan,
Memohon Cuti Sekolah Selama Tiga Hari
Merujuk perkara di atas, saya Syamira binti Zamir, murid Tahun Tiga Bestari ingin memaklumkan
bahawa saya ke sekolah pada 10 Jun 2020 hingga 12 Jun
2020.
2. Ketidakhadiran saya ini disebabkan saya sekeluarga terpaksa
untuk yang sedang
sakit.
3. Nenek saya kerana
. Memandangkan kampung kami
di Terengganu, kami terpaksa
selama beberapa hari.
27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 27 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
4. Saya akan sebaik-baik sahaja kami
. yang
diberikan oleh cikgu sepanjang ketidakhadiran saya akan
sebaik-baik sahaja saya kembali nanti.
5. Semoga penjelasan saya ini dalam pertimbangan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Syamira
(SYAMIRA BINTI ZAMIR)
Kelas Tiga Bestari.
Praktis 2
Guru penasihat Kelab Futsal sekolah kamu bercadang untuk membawa ahli kelab membuat latihan
di gelanggang futsal yang berhampiran dengan sekolah kamu.
Sebagai setiausaha kelab, kamu diminta untuk menulis surat bagi memohon kebenaran
menggunakan gelanggang tersebut daripada pihak penduduk setempat.
Tulis surat itu selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 28 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 29 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Model Soalan dan Jawapan
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu telah berkunjung ke Fiesta Belon Udara Panas
Antarabangsa Ke-12. Kamu ingin menceritakan pengalaman kamu kepada sahabat pena kamu.
Tulis sepucuk surat kepadanya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
36, Lintang Pondok Upeh,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
28 Mac 2020.
Ke hadapan sahabatku, Naufal di Johor Bahru.
Apa khabar saudara? Saya berharap agar saudara sejahtera selalu. Saya sekeluarga di sini
sihat sahaja. Bagaimanakah percutian saudara pada cuti persekolahan yang lalu? Saya berharap
agar saudara gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan.
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga telah berkunjung ke Fiesta Belon Udara
Panas Antarabangsa Ke-12 yang diadakan di Putrajaya. Fiesta itu sangat meriah dengan kehadiran
pengunjung.
Saya dan keluarga berpeluang untuk menaiki belon udara panas. Pada mulanya, saya berasa
gayat, tetapi setelah beberapa lama berada di udara, saya mula berasa teruja. Saya tidak berasa
takut kerana belon udara panas yang kami naiki diterbangkan oleh juruterbang profesional.
Untuk pengetahuan saudara, sebanyak 20 buah belon udara panas diterbangkan semasa
fiesta itu berlangsung. Belon udara panas itu diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dari
14 buah negara. Saya berharap agar saudara juga dapat merasai pengalaman menaiki belon
Tip udara panas.
Sekian sahaja untuk kali ini. Sambutlan salam saya untuk saudara sekeluarga.
Sahabatmu,
Haziq
Tip
Tip
Patuhi format penulisan surat kiriman tidak rasmi untuk mengelakkan pemotongan markah.
Gunakan kata panggilan hormat yang sesuai seperti saudari, saudara, kakanda, bonda, ayahanda,
dan nenda.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 30 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Praktis 1
Kamu sekeluarga sudah berjanji untuk pulang ke kampung. Akan tetapi, kamu sekeluarga terpaksa
menangguhkannya kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Kamu telah diminta untuk menulis surat kepada nenek kamu bagi menerangkan keadaan tersebut.
Lengkapkan karangan di bawah ini dengan jawapan yang sesuai.
menghabiskan cuti selama seminggu di rumah nenda
menyusun sepuluh jari bagi memohon maaf kepada nenda
semoga nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera
mengikuti kursus kenaikan pangkat di Kuala Lumpur selama sepuluh hari
oleh sebab tidak mahu nenda tertunggu-tunggu
salam ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan
pulang ke kampung sekembalinya ayahanda daripada berkursus
memberikan tarikh yang tepat untuk pulang ke kampung
7, Jalan Sungai Muda 4,
Desa Ara Muda,
11900 Pulau Pinang.
25 Oktober 2020.
Menemui nenda yang berada di Kota Tinggi.
. Cucunda sekeluarga sihat sejahtera.
Nenda,
Mungkin nenda terperanjat kerana menerima lembaran daripada cucunda. Hal ini demikian
kerana, cucunda baru menulis surat untuk nenda pada minggu lalu. Sebelum cucunda menerangkan
tujuan cucunda menulis lembaran ini, cucunda
Seperti yang cucunda terangkan menerusi lembaran dahulu, memang kami sekeluarga
mahu ,
bermula 1 November ini. Namun begitu, pada tarikh tersebut ayahanda telah diarahkan untuk
dan menimbulkan
31 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 31 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
tanggapan kurang baik, segera cucunda menulis lembaran ini. Walau bagaimanapun, nenda
usahlah risau kerana kami sekeluarga akan
Cucunda tidak dapat
kerana mungkin ada
perubahan di luar jangkaan. Jika sudah pasti, cucunda akan memaklumkan kepada nenda
dengan segera.
Sekian dahulu coretan cucunda buat kali ini. Sebelum berpisah, sambutlah salam cucunda
sekeluarga buat nenda berdua.
Cucundamu,
Nazrina
Praktis 2
Guru Bahasa Melayu kelas kamu telah bertukar ke sekolah yang baharu. Kamu telah berjanji
dengan beliau untuk meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Tulis surat kepada guru kamu itu untuk memaklumkan kecemerlangan yang telah kamu raih
dalam peperiksaan.
Tulis surat kamu itu selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 32
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 32 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 33 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Laporan
Model Soalan dan Jawapan
Kelab Usahawan sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kraf Kuala
Lumpur. Sebagai setiausaha persatuan, kamu diminta untuk menulis laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Kelab Usahawan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan pada 28 Mac yang lalu. Sebanyak
40 orang ahli persatuan enam orang guru pengiring menyertai lawatan ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang perniagaan
barangan kraf tangan. Selain itu, lawatan ini juga bermatlamat untuk memperkenalkan hasil-hasil
seni kraf tangan yang menjadi kebanggaan negara suatu masa dahulu.
Kami tiba di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi. Para peserta diberikan
peluang untuk meninjau gerai-gerai kraf tangan yang menjual barangan seperti batik, ukiran
kayu, tembikar, dan lain-lain.
Para peserta gembira kerana didedahkan dengan pelbagai teknik penghasilan kraf tangan.
Kami bertambah seronok apabila diberikan peluang untuk mempraktikkan ilmu tersebut melalui
tunjuk ajar daripada pempamer.
Selepas membeli kraf tangan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, rombongan pulang ke sekolah
semula. Lawatan ini berjaya menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta tentang
perniagaan hasil kraf tangan.
Laporan disediakan oleh, 4 APRIL 2020.
Hakimie Tip
Tip
(HAKIMIE BIN RAZAK) Patuhi format penulisan laporan.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Tajuk laporan Tarikh
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Pendahuluan Tandatangan pelapor
Isi-isi penting Nama pelapor
Penutup Jawatan pelapor
Pengakuan pelapor
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 34 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Praktis 1
Sebagai setiausaha aktiviti perkhemahan tahunan badan beruniform sekolah, kamu diminta untuk
menulis laporan tentang perkhemahan itu.
Nomborkan perenggan di bawah ini mengikut susunan yang betul, kemudian tulis karangan
semula.
Laporan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan
Tanjung Harapan
Sebanyak 50 orang ahli badan beruniform yang terdiri daripada pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri, dan Kadet Remaja Sekolah telah
menyertai perkhemahan tersebut. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas yang
telah disewa khas.
Pada hujung minggu yang lalu, badan beruniform Sekolah Kebangsaan Tanjung
Harapan telah mengadakan perkhemahan tahunan. Perkhemahan itu telah
diadakan di kawasan perkhemahan Tanjung Bujang.
Selepas mendirikan khemah, kami telah menjalani pelbagai aktiviti seperti ikatan,
asas pertolongan cemas, ikhtiar hidup, dan sebagainya. Pada malam hari, kami
telah berpeluang untuk menunjukkan bakat melalui aktiviti persembahan mengikut
kumpulan masing-masing.
Laporan disediakan oleh, 13 JUN 2020.
Nuraihan
(NURAIHAN BINTI ISMAIL)
Setiausaha Perkhemahan Tahunan,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Harapan.
Sebaik-baik sahaja tiba di sana, kami telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tugas seperti mendirikan khemah
dan mencari kayu api.
Kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Walaupun letih, namun kami
sungguh gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu.
Perkhemahan kami tamat selepas dua hari kami menjalani aktiviti. Selesai sahaja
upacara perasmian penutup, kami pun meruntuhkan khemah dan bersiap sedia
untuk pulang.
35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 35 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 36 22/07/2021 1:52 PM
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Praktis 2
Sekolah kamu telah menghantar beberapa orang ahli Persatuan Bahasa Melayu menyertai Karnival
Bahasa Melayu peringkat daerah baru-baru ini. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
kamu diminta untuk menyediakan laporan tentang karnival itu.
Tulis laporan itu selengkapnya.
37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 37 22/07/2021 1:52 PM
JAWAPAN
Bahagian A: Membina Ayat 4. Kakak mencuci sayur-sayuran di singki dengan air
yang bersih.
Praktis 1 5. Adik mengelap air yang tumpah di atas meja dengan
1. bersenam sehelai kain.
2. membersihkan
3. makan Praktis 6
4. mandi
5. berjumpa 1. Kita perlu mencari buluh yang berkualiti bagi
menghasilkan wau yang tahan lama.
2. Buluh yang telah ditebang perlu diraut halus untuk
Praktis 2 membina rangka wau.
1. melancong ke Cameron Highlands 3. Pekerja yang mahir akan melakar dan mewarnakan
corak yang menarik pada layar wau.
2. melawat ke kebun bunga
4. Layar yang telah siap diwarnakan akan dilekatkan
3. memetik buah strawberi
pada rangka wau.
4. bergambar di ladang teh
5. membeli cenderamata 5. Kita boleh melayangkan wau yang telah siap dibina
di padang atau kawasan lapang.
Praktis 3 Praktis 7
1. dengan warna yang ceria dan menarik. 1. Kita perlu beratur sebelum memasuki kelas untuk
2. dari dalam plastik ke dalam kolam. menghindarkan diri daripada kemalangan.
3. untuk ditanam di tepi kolam. 2. Kita hendaklah bermain di padang dengan
4. untuk menceriakan landskap di taman sains. pengawasan guru agar dapat meminimumkan risiko
5. supaya tumbuhan itu segar dan subur. kemalangan.
3. Kita juga hendaklah menggunakan radas di dalam
makmal sains dengan kebenaran guru supaya tidak
Praktis 4 berlaku kejadian yang tidak diingini.
1. memasukkan kulit-kulit siput itu ke dalam beg plastik. 4. Kita perlu berhati-hati ketika turun atau mendaki
tangga agar tidak terjatuh.
2. dengan air yang bersih.
5. Kita juga perlu beratur ketika menaiki bas sekolah
3. di bawah cahaya matahari supaya cepat kering. supaya tidak berlaku kemalangan.
4. dengan warna yang ceria dan menarik.
5. pada papan kenyataan di belakang kelas.
Praktis 8
Praktis 5 1. Guru bertugas untuk mengajar dan mendidik murid-
murid agar menjadi pandai.
1. Ibu menggoreng dua ekor ikan di dalam kuali 2. Petani mengusahakan kebun sayur-sayuran bagi
sehingga garing. memenuhi keperluan orang ramai.
2. Ayah memotong buah-buah oren dengan pisau yang 3. Nelayan menangkap ikan di laut untuk keperluan
tajam. orang ramai.
3. Abang membuka kabinet dapur untuk mengeluarkan 4. Tukang jahit bertungkus lumus bagi menjahit pakaian
beberapa biji pinggan.
untuk memenuhi permintaan pelanggan.
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Jawapan.indd 1 22/07/2021 1:56 PM
Penulisan Tahun 4 Jawapan
5. Pemandu pengangkutan awam bertanggungjawab dapat memupuk sikap bekerjasama dalam diri murid-
sepenuhnya terhadap penumpang yang menaiki murid. Mereka dapat mengaplikasikan sikap tersebut
kenderaan yang dipandunya. dalam aktiviti kemasyarakatan. Akhir sekali, aktiviti
memanah dapat melatih murid-murid supaya lebih fokus.
Praktis 9 Mereka dapat menerapkan sikap ini dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, banyak kelebihan menyertai aktiviti
1. Fahizal dan Ilham membantu jiran baharu mereka sukan dan permainan di sekolah.
memunggah barang-barang dari lori.
2. Rahimah memberikan semangkuk hidangan yang
dimasak oleh ibunya kepada jiran di sebelah Praktis 2
rumahnya.
3. Encik Sulaiman dan isterinya menziarahi jiran mereka Poster menunjukkan Kempen Berhenti Makan Makanan
yang terlantar sakit sejak beberapa hari yang lalu. Ringan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah
4. Encik Halim menegur jirannya dengan mesra semasa Barat Daya, Pulau Pinang.
menunggang motosikal di hadapan rumah jirannya. Banyak keburukan pengambilan makanan ringan.
5. Encik Fauzi menyerahkan kunci rumahnya kepada Antaranya, makanan ringan dapat merosakkan gigi.
jirannya semasa hendak bercuti bersama-sama Kandungan gula dan asid yang tinggi dalam makanan
keluarga.
ringan dapat menghakis enamel gigi. Selain itu,
pengambilan makanan ringan juga membazirkan wang.
Praktis 10 Wang yang digunakan untuk membeli makanan ringan
sepatutnya boleh disimpan di dalam tabung. Akhir sekali,
1. Hamizan dan keluarganya melawat ke tempat makanan ringan dapat menjejaskan kesihatan diri. Hal ini
bersejarah di negeri Melaka.
2. Hamizan dan keluarganya berkelah di tepi pantai demikian kerana, makanan ringan mengandungi garam,
yang bersih dan indah. gula, dan lemak yang tinggi.
3. Hamizan membantu bapanya menyiram sayur- Kesimpulannya, kita sewajarnya menghentikan
sayuran di kebun supaya segar dan subur. pengambilan makanan ringan sebaliknya mengamalkan
4. Hamizan membersihkan halaman rumahnya supaya pemakanan sihat.
tidak menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa
penyakit.
5. Hamizan membaca buku-buku ilmiah untuk Praktis 3
menambahkan pengetahuannya semasa cuti Iklan menunjukkan Program Hari Kantin anjuran Kelab
sekolah. Usahawan Sekolah Kebangsaan Seri Permai.
Program ini diadakan untuk menambah dana
Bahagian B: Menulis Ulasan PIBG bagi tujuan pembangunan sekolah. Dengan itu,
pelbagai program dapat dilakukan melalui dana yang
Praktis 1 diperoleh. Seterusnya, program ini dapat memupuk minat
berniaga dalam kalangan murid. Murid akan terdedah
Gambar menunjukkan kelebihan murid-murid menyertai kepada aktiviti perniagaan semasa program dijalankan.
aktiviti sukan dan permainan di sekolah.
Selain itu, program ini dapat memupuk sikap kerjasama
Antaranya, permainan catur dapat mengasah dalam kalangan murid. Murid bekerjasama dari awal
ketajaman fikiran murid-murid. Oleh itu, mereka dapat program diadakan sehingga tamat program. Pelbagai
menjawab soalan yang sukar melalui pemikiran yang aktiviti diadakan bagi menarik minat murid dan ibu bapa
tajam dalam pembelajaran. Selain itu, kemenangan dalam ke program ini.
sesuatu pertandingan dapat meningkatkan keyakinan diri Kesimpulannya, Program Hari Kantin ini banyak
murid. Oleh itu, mereka mudah menawarkan diri untuk memberikan kebaikan kepada sekolah.
menyertai sesuatu pertandingan. Sukan sepak takraw
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
Jawapan.indd 2 22/07/2021 1:56 PM
Status: CRC
Date: 11/08/2021
Book Format: 190mm x 260mm
Praktis Asas Kecemerlangan Spine: Sadle Stiching PRAKTIS PINTAR KSSR
PELANGI
Subjek TAHUN
FRC324212
1 2 3 4 5 6
Bahasa
Melayu ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
PENULISAN
PENULISAN TAHUN Tatabahasa ✔ ✔ ✔ Praktis PINTAR Praktis Asas Kecemerlangan
PENULISAN
4 English ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Penulisan
✔
✔ ✔
Grammar
✔ ✔
✔
SEMAKAN Writing ✔ ✔ ✔
KSSR
Matematik / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Siri PRAKTIS PINTAR KSSR menampilkan praktis Mathematics
topikal sebagai bahan tambahan kepada buku teks
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sains / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Science
Praktis yang dimuatkan boleh digunakan sebagai
bahan pengukuhan dan pengayaan, serta sebagai Sejarah ✔ ✔ ✔
pentaksiran formatif untuk mengukur tahap Penulisan
pembelajaran murid. Konsep KBAT dan i-THINK Pendidikan
turut diterapkan untuk memenuhi keperluan yang Islam ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
terkini.
Pentaksiran sumatif disediakan juga untuk menilai Pelajaran
pencapaian keseluruhan murid. Siri ini sememangnya Jawi ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
pilihan yang terbaik untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap subjek.
PENULISAN N
PENULISA
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2022 Tahun 4
Nota
TAHUN
Praktis Topikal
Praktis Berteraskan DSKP 4
Praktis Pengayaan
W.M: RM7.50 /E.M: RM7.80
FRC324212 KBAT & i-THINK
PELANGI ISBN: 978-967-2878-45-2 SEMAKAN
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Jawapan Lengkap
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. KSSR
Sila layarihttps://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).