GEOGRAFI• Linda Yip Soon Liang• Rosnah Haji Salleh • Baizura Ab Ghani> Info > VideoPEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER22022 – 2024• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! Berdasarkan2022 – 2024
iiivKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah(Wajaran) Masa PentadbiranPentaksiran942/2Geografi Semester 2Ujian BertulisBahagian A: Alam Sekitar Fizikaldan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalanBahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalanBahagian C: Alam Sekitar ManusiaSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan90 (32.14%)4025252 jam 15 minitBerpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 2Geografi Semester 2 STPM Bab 19 Ketidakseimbangan Pembangunan 447BAB19 2 Kekayaan Sumber Alam(a) Kawasan yang kaya dengan sumber alam biasanya diteroka dan dimajukan terlebih dahulu.(b) Sebagai contoh, bandar-bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, dan Taiping berkembang pesat akibat penemuan bijih timah. Miri, Lutong, dan Bintulu di Sarawak dan di Kerteh, Terengganu pesat membangun disebabkan penemuan sumber petroleum. 3 Faktor Sejarah(a) Malaysia pernah dijajah suatu ketika dahulu. Pihak penjajah hanya memajukan kawasan yang dianggap berpotensi dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.(b) Misalnya, British memberi tumpuan kepada kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti Lembah Klang, Lembah Kinta, dan Pulau Pinang yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia.(c) Sebaliknya, negeri-negeri yang kurang sumber seperti di pantai timur Semenanjung Malaysia dibiarkan mundur tanpa pembangunan yang seimbang.(d) Selain itu, pihak penjajah turut mengamalkan dasar pecah dan perintah, iaitu membahagikan sektor ekonomi mengikut kaum. Kaum Melayu dalam sektor pertanian, Cina dalam perlombongan dan perniagaan, manakala India dalam perladangan.(e) Dasar ini meninggalkan kesan yang besar terhadap ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi antara kaum serta antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia. 4 Faktor Politik(a) Pada peringkat awal kemerdekaan, dasar pembangunan negara masih menumpukan perhatian kepada kawasan yang telah maju, khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kawasan ini terus menerima pelbagai rancangan pembangunan seperti pembangunan bandar, industri, dan pertanian.(b) Sementara itu, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta negeri Sabah dan Sarawak, hanya mula dibangunkan selepas tahun 1970-an apabila kedudukan kewangan negara menjadi lebih kukuh dan stabil.(c) Langkah ini dilakukan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan serta meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar. 5 Faktor Lokasi Aktiviti Perindustrian(a) Taburan dan kemajuan industri serta rantaian ekonomi yang berkaitan banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Keadaan ini menggalakkan berlakunya migrasi penduduk dari kawasan mundur atau kurang maju ke kawasan KuizHuraikan empat faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam Malaysia. Geografi Semester 2 STPM Bab 1 Fasa AirBAB121.1 Fasa Air 1 Air wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu dalam bentuk cecair (air), pepejal (ais), dan gas (wap air). 2 Terdapat beberapa fasa proses perubahan air, iaitu:(a) Proses pemeluwapan yang menukarkan wap air kepada cecair(b) Pemejalwapan menukarkan pepejal kepada wap air(c) Pencairan / peleburan menukarkan ais (pepejal) kepada air (cecair)(d) Pembekuan menukarkan air (cecair) kepada ais (pepejal)Pembekuan (haba dibebaskan)Wap air (bentuk gas)Peleburan (haba diserap)Pemejalwapan (haba diserap)Pemejalwapan(haba dibebaskan)Pemeluwapan(haba dibebaskan)Pengewapan (haba diserap)Air(bentuk cecair)Ais(bentuk pepejal)Rajah 1.1 Lembapan atmosfera yang wujud dalam bentuk cecair, gas, dan pepejal 3 Terdapat tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat, iaitu:(a) Fasa cecair(i) Proses sejatan berlaku di permukaan bumi apabila menerima pancaran cahaya matahari dan menukarkan badan air kepada wap air. Tenaga haba yang tinggi akan menukarkan molekul air kepada wap-wap air.(ii) Apabila wap air mencapai takat beku, air akan bertukar menjadi pepejal atau hablur-hablur ais di atmosfera.1 Tema 4: Sistem HidrologiFASA AIRBAB• Menyatakan tiga fasa perubahan air (cecair, gas, dan pepejal)• Menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibatHasil PembelajaranApabila sesuatu cecair menyejat, suhunya akan turun. Ini disebabkan oleh tenaga haba telah diserap semasa penyejatan untuk mengatasi daya tarikan antara zarahzarah supaya zarah-zarah cecair di permukaan dapat melepaskan diri menjadi zarah-zarah gas.Info GeografiPelajar perlu mengetahui tiga fasa proses perubahan air ialah pemejalwapan (wap air), pembekuan (cecair), dan pemeluwapan (pepejal).Tip Pemeriksa Geografi Semester 2 STPM Bab 9 Proses Geomorfologi di Kawasan Tropika Lembap104BAB9Jenis Luluhawa dan Proses Pembentukan LuluhawaLuluhawa mekanikal atau fizikal 1 Merupakan proses pemecahan batuan secara fizikal oleh agen luluhawa seperti sinaran matahari, air hujan, dan salji, terutamanya di kawasan beriklim sejuk dan gurun yang mengalami perubahan suhu ketara. 2 Proses ini berlaku secara in situ tanpa melibatkan perubahan kimia, tetapi hanya melibatkan perubahan bentuk dan saiz batuan. 3 Proses luluhawa mekanikal berlaku melalui beberapa cara, antaranya:(a) Pengelupasan(i) Berlaku akibat perbezaan suhu yang ketara antara waktu siang dan malam di kawasan gurun.(ii) Pada waktu siang, suhu boleh melebihi 40°C menyebabkan lapisan luar batuan cepat panas dan mengembang berbanding bahagian dalam.(iii) Pada waktu malam, suhu menurun hingga sekitar -4°C menyebabkan bahagian luar batuan mengecut lebih cepat berbanding bahagian dalam.(iv) Pengulangan proses pengembangan dan pengecutan ini menyebabkan batuan retak serta menggelupas secara berkepingkeping, lalu jatuh di sekitar batuan induk yang mengalami luluhawa.Batuan asalSerpihan batuanRajah 9.1 Proses pengelupasan(b) Penyepaian berbutir(i) Proses ini berlaku akibat perubahan suhu harian yang besar terhadap batuan yang mengandungi pelbagai unsur mineral.(ii) Setiap mineral menyerap haba dalam kuantiti yang berbeza dan mengembang pada kadar yang tidak sama.(iii) Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang-ulang menyebabkan butiran mineral menjadi longgar, terpisah, lalu pecah menjadi serpihan batu.Serpihan batuanBatuan asalRajah 9.2 Penyepaian berbutirLuluhawaProses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in situ.Pelajar perlu mengenal pasti dan boleh mengelaskan tujuh proses dalam luluhawa fizikal.Tip PemeriksaSkema Pentaksiran STPMTip PemeriksaKonsep GeografiPENDAHULUANStrategic STPM Geografi Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.KuizSoalan-soalan yang berfungsi menguji kefahaman pelajar.NotaBerdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.
iv Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar204BAB14 3 Perubahan kemudahan sosial di luar bandar dapat dilihat melalui peningkatan taraf pendidikan dan kadar celik ICT. Hal ini disokong dengan kewujudan lebih banyak institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, dan universiti tempatan. 4 Taraf kesihatan penduduk luar bandar turut meningkat dengan adanya klinik komuniti dan hospital. Perkembangan ini menyebabkan purata jangka hayat penduduk luar bandar bertambah baik. 5 Perubahan kemudahan infrastruktur berlaku apabila jalan kampung bertukar menjadi jalan raya berturap, jaringan pengangkutan semakin bertambah, dan jalan raya di luar bandar semakin lebar. 6 Perubahan sistem komunikasi di luar bandar dapat dilihat dengan penyediaan perkhidmatan moden seperti wifi dan rangkaian 5G. 7 Kemudahan asas di luar bandar kini semakin lengkap dengan penyediaan bekalan air dan elektrik yang menyeluruh. 8 Perubahan tahap teknologi pertanian berlaku melalui penggunaan teknologi moden dalam kegiatan ekonomi harian, khususnya dalam sektor pertanian dan perladangan. Contohnya, penggunaan jentera membajak dan teknik pertanian moden telah meningkatkan hasil tanaman. 9 Perubahan demografi luar bandar ditunjukkan melalui pertambahan penduduk, penurunan kadar mortaliti bayi, peningkatan jangka hayat serta pengurangan migrasi ke bandar. 10 Perubahan pola petempatan berlaku apabila kawasan luar bandar mengalami transformasi daripada pola petempatan berselerak kepada pola petempatan berjajar dan berkelompok. Kepadatan penduduk di kawasan luar bandar juga semakin meningkat. 11 Perubahan saiz dan pemilikan tanah menunjukkan bahawa tanah di luar bandar semakin kecil saiznya dan sebahagiannya dimiliki oleh orang asing atau syarikat luar. 12 Perubahan sikap penduduk luar bandar terhadap pekerjaan dapat dilihat apabila ramai penduduk memilih pekerjaan dalam sektor sekunder dan tertier. Bidang pekerjaan yang lebih digemari termasuklah industri perkilangan dan perkhidmatan.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Transformasi Luar Bandar 1 Peranan kerajaan dalam pelaksanaan dasar pembangunan luar bandarmelalui lapan strategi pembangunan luar bandar telah mendorong transformasi kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi baharu dan moden yang diperkenalkan oleh kerajaan, sektor swasta serta pelaksanaan dasar pembangunan wilayah membawa kepada perubahan landskap fizikal yang lebih moden serta peningkatan ekonomi luar bandar. Contohnya, pelaksanaan program pembangunan wilayah seperti FELDA, DARA, dan JENGKA.INFOKementerian Kemajuan Desa dan Wilayah• http://www.rurallink.gov.myAkses IlmuIndikator atau petunjuk transformasi luar bandar merangkumi peningkatan sumbangan KDNK kawasan, pertambahan penduduk setempat, peratus tenaga buruh yang digunakan, serta peningkatan kualiti dan taraf hidup termasuk kemudahan serta barangan yang dinikmati.Info GeografiPelajar perlu tahu menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sesebuah luar bandar kepada bandar.Tip Pemeriksa Geografi Semester 2 STPM Bab 1 Fasa AirBAB14Rumusan 1 Terdapat tiga fasa perubahan air dan tenaga yang terlibat, iaitu cecair (air), gas (wap air), dan pepejal (ais).2 Proses sejatan akan menukarkan cecair kepada wap air (gas).3 Pemejalwapan adalah proses menukarkan air kepada bentuk wap air.4 Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air. 5 Air dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalui proses pemeluwapan.6 Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais.7 Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pemejalwapan.PRAKTIS STPM 1Soalan Struktur 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan fasa air? [3](b) Nyatakan tiga proses perubahan air. [3](i) (ii)(iii)(c) Huraikan bagaimana dua proses di soalan (b) terbentuk. [4](i)(ii)499Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAGEOGRAFIKERTAS 22 JAM 15 MINITArahan kepada calon:Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Jawab sama ada soalan 5 atau soalanBahagian B6 dalam .Jawapan sama ada Soalan Bahagian C.7 atau 8 dalam Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian BBahagian CJumlahKertas Model STPM (942/ 2)942/2 STPM505BABFasa Air 1Soalan StrukturSoalan 1(a) Merujuk kepada perubahan sifat air yang berubah bentuk daripada cecair, pepejal, dan gas yang berubah apabila berlaku perubahan tenaga haba pada persekitarannya. [3](b) (i) Fasa cecair (ii) Fasa pepejal (iii) Fasa gas [3](c) (i) Fasa cecair – badan air, iaitu cecair mengalami peningkatan suhu, iaitu proses sejatan berlaku dan berubah menjadi wap air di atmosfera. (ii) Fasa pepejal – wap air mengalami penurunan suhu melalui proses pemejalwapan dan membentuk kristal ais batu (pepejal) di ruang atmosfera. [4]BABKitaran Hidrologi 2Soalan StrukturSoalan 1(a) (i) Proses sejatan (ii) Proses sejatpeluhan (iii) Proses kerpasan (iv) Cegatan silara [4](b) (i) Flora dan fauna musnah – hujan yang berlebihan menyebabkan berlaku banjir, tempat rendah tenggelam, hidupan flora dan fauna mati. (ii) Berlaku tanah runtuh – hujan lebat meresap ke dalam tanah, tanah menjadi tepu, tanah menjadi longgar, jatuh dari kawasan bercerun ke bawah cerun. [4](c) Tumbuhan bertindak sebagai pengimbang dalam kitaran hidrologi apabila proses cegatan silara berlaku. Hujan yang turun akan melalui daun, ranting dan dahan serta batang pokok sebelum memasuki tanah di sekitarnya melalui sistem akar. [2]Soalan 2(a) Kitaran hidrologi merujuk proses perubahan air dalam bentuk pepejal, cecair, dan gas yang berlaku secara berulang-ulang dan berterusan dalam sistem atmosfera. [2](b) (i) Pintasan silara – Proses di mana daun pokok atau silara daun menghalang titisan hujan daripada jatuh terus ke permukaan bumi. (ii) Larian air permukaan – Proses larian ini berlaku apabila intensiti hujan melebihi kadar penyusupan air ke dalam tanih. Larian air permukaan akan mengalir di permukaan tidak beralur dan permukaan beralur. [4](c) (i) Sistem hidrologi di mana sejatan yang tinggi menyebabkan air permukaan berkurangan dan simpanan air bawah tanah juga berkurangan. (ii) Sistem geomorfologi di mana sejatan yang tinggi menyebabkan tanih menjadi kering dan lembapan tanih berkurangan. Nutrien tanih juga semakin merosot. [4]Soalan EseiSoalan 1(a) Faktor suhu. Suhu yang tinggi meningkatkan keupayaan wap air untuk dibebaskan ke atmosfera. Keadaan ini berlaku apabila permukaan air seperti lautan, tasik, sungai, dan empangan menjadi lebih panas. Akibatnya, kadar sejatan akan menjadi lebih tinggi berbanding ketika suhu berada pada paras yang lebih rendah.Faktor angin. Halaju angin yang tinggi akan mempercepatkan proses sejatan kerana angin membantu mengalihkan wap air yang terbentuk di atas permukaan air. Sebaliknya, apabila angin bertiup perlahan atau tenang, proses sejatan akan menjadi lebih lambat. Contohnya, kawasan pinggir laut yang mengalami bayu laut biasanya mempunyai kadar sejatan yang lebih tinggi.Faktor tekanan wap. Perbezaan tekanan antara permukaan air dan lapisan udara di atasnya mempengaruhi kadar sejatan. Tekanan yang tinggi di permukaan air dan tekanan yang rendah di lapisan atas atmosfera akan menggalakkan proses sejatan kerana wap air dapat naik ke udara dengan lebih mudah.Faktor kemasinan air laut. Tahap kemasinan air juga mempengaruhi kadar sejatan. Air yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi seperti air laut akan mengalami sejatan yang lebih perlahan. Sebaliknya, air tawar yang jernih seperti di sungai atau tasik akan mengalami proses sejatan dengan lebih cepat.Faktor pembinaan petempatan. Aktiviti pembinaan petempatan seperti penebusgunaan tanah di kawasan paya menyebabkan pengurangan kawasan badan air semula jadi. Apabila jumlah badan air berkurangan, kadar sejatan juga akan berkurangan kerana sumber wap air di kawasan tersebut menjadi semakin sedikit.Faktor pembalakan. Aktiviti pembalakan menyebabkan bilangan pokok dan daun berkurangan. Hal ini menjejaskan proses sejatpeluhan yang berlaku melalui stoma pada daun. Akibatnya, jumlah wap air yang dilepaskan ke atmosfera turut berkurangan, sekali gus menurunkan kelembapan udara di kawasan tersebut.Secara keseluruhannya, kadar sejatan dipengaruhi oleh pelbagai faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Faktor seperti suhu, angin, tekanan wap, dan kemasinan air memainkan peranan penting dalam menentukan kadar sejatan di sesuatu kawasan. Sementara itu, aktiviti manusia seperti pembinaan, petempatan, dan pembalakan turut memberi kesan terhadap jumlah wap air yang dibebaskan ke atmosfera. Oleh itu, JAWAPANRumusanPraktis STPMKertas Model STPMJawapanAkses IlmuInfo Geografi
vKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah(Wajaran) Masa PentadbiranPentaksiran942/2Geografi Semester 2Ujian BertulisBahagian A: Alam Sekitar Fizikaldan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalanBahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalanBahagian C: Alam Sekitar ManusiaSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan90 (32.14%)4025252 jam 15 minitBerpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 2
viBAHAGIAN AGeografi Alam Sekitar Fizikal 1Tema 4: Sistem HidrologiBABFasa Air 2 11.1 Fasa Air 2Rumusan 4Praktis STPM 1 4BABKitaran Hidrologi 5 22.1 Konsep Kitaran Hidrologi 5 2.2 Proses Mendatar Kitaran Hidrologi 62.3 Proses Menegak Kitaran Hidrologi 82.4 Faktor yang Mempengaruhi Proses Kitaran Hidrologi 13Rumusan 16Praktis STPM 2 17BABEdaran Air Tanih 19 33.1 Proses Edaran Air Tanih 193.2 Faktor yang Mempengaruhi EdaranAir Tanih 24Rumusan 27Praktis STPM 3 28BAB4 Imbangan Air 294.1 Konsep Imbangan Air 294.2 Perbezaan Varisasi Imbangan AirMengikut Ruang dan Masa 294.3 Faktor yang Mempengaruhi VariasiMengikut Masa dan Ruang 34Rumusan 35Praktis STPM 4 36BAB Kaitan Sistem Hidrologi dengan 5 Manusia 375.1 Kepentingan Sumber Air 375.2 Gangguan Imbangan Air 425.3 Kesan Gangguan Imbangan Air 475.4 Penyesuaian Manusia terhadap KuranganAir dan Lebihan Air 53Rumusan 57Praktis STPM 5 57BABKemahiran Geografi 62 66.1 Menganalisis Data, Melukis, MentafsirGraf, dan Merumuskan Data Hidrologi 626.2 Mentafsir Data, Jadual, Graf, Foto, Petadan Gambar Rajah Sistem Hidrologi 68Praktis STPM 6 76Tema 5: Sistem GeomorfologiBABKonsep Geomorfologi 78 77.1 Konsep Geomorfologi 787.2 Peranan Tenaga dalam Proses Geomorfologi 79Rumusan 82Praktis STPM 7 83BABKonfigurasi Bentuk Bumi 84 88.1 Konfigurasi Bentuk Bumi 848.2 Batuan 868.3 Plat Tektonik 92Rumusan 100Praktis STPM 8 100BAB Proses Geomoforlogi di9 Kawasan Tropika Lembap 1039.1 Proses Geomorfologi 1039.2 Luluhawa 1039.3 Pergerakan Jisim 1129.4 Hakisan 1179.5 Pengangkutan 118KANDUNGAN
vii9.6 Pemendapan 119Rumusan 121Praktis STPM 9 122BAB Sungai dan Pembentukan10 Bentuk Muka Bumi 12410.1 Konsep Lembangan Saliran 12410.2 Proses Pembentukan Alur Sungai 12510.3 Jenis Hakisan Sungai 12710.4 Proses Hakisan Sungai 12910.5 Faktor yang Mempengaruhi Hakisan Sungai 13010.6 Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai 13210.7 Cara Pengangkutan Sungai 13310.8 Faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai 13510.9 Faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Sungai 13610.10 Pembentukan Bentuk Muka BumiPemendapan Sungai 13810.11 Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisandan Pemendapan Sungai terhadap Aktiviti Manusia 139Rumusan 140Praktis STPM 10 141BAB Pinggir Pantai dan Pembentukan 11 Bentuk Muka Bumi 14211.1 Konsep Pinggir Pantai dan PantaiSeimbang 14211.2 Cara Hakisan Pantai 14311.3 Faktor yang Mempengaruhi Hakisan Pantai 14411.4 Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Hakisan Pinggir Pantai 14711.5 Cara Pengangkutan Bahan Pantai 14911.6 Faktor yang Mempengaruhi Proses Pengangkutan Bahan di Pinggir Pantai 15011.7 Faktor yang Mempengaruhi Proses Pemendapan 15111.8 Proses Pembentukan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Pinggir Pantai 15211.9 Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisandan Pemendapan Pantai terhadap Aktiviti Manusia 153Rumusan 155Praktis STPM 11 156BAB Kaitan Sistem Geomorfologi12 dengan Manusia 15812.1 Kaitan Sistem Geomorfologi denganManusia 15812.2 Isu Lembangan Sungai 16412.3 Isu Pinggir Pantai 16612.4 Langkah untuk Mengatasi Isu Lembangan Saliran dan Pinggir Pantai 167Rumusan 171Praktis STPM 12 171BABKemahiran Geografi 174 1313.1 Peta Topografi, Peta Lakar, dan GambarFoto 17413.2 Keluasan, Lampauan Tegak, Kecerunan,dan Relief Bandingan 17813.3 Profil Rentas Sungai dan Profil PanjangSungai, serta Keratan Rentas 18313.4 Menginterpolasi, Memplot, dan Mentafsir Garisan Kontur 18913.5 Mentafsir Ciri Muka Bumi dan Saliran 19313.6 Kaitan Sistem Geomorfologi denganGuna Tanah 197Praktis STPM 13 200BAHAGIAN BGeografi Alam Sekitar Manusia 202Tema 3: Transformasi Luar Bandar dan PembandaranBABTransformasi Luar Bandar 203 1414.1 Konsep Transformasi Luar Bandar 20314.2 Strategi Pembangunan Luar Bandar 205Rumusan 216Praktis STPM 14 217BABPembandaran 218 1515.1 Konsep Bandar dan Pembandaran 21815.2 Peranan Bandar dalam Pembangunan 24015.3 Saling Kebergantungan antara LuarBandar dengan Bandar 243
viii15.4 Kesan Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran terhadap Alam SekitarManusia 24615.5 Kesan Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran terhadap Alam SekitarFizikal 257Rumusan 261Praktis STPM 15 262BABKemahiran Geografi 264 1616.1 Menghitung dan MempersembahkanData Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran 26416.2 Mentafsir Data Transformasi Luar Bandardan Pembandaran 277Praktis STPM 16 284Tema 4: Perkembangan danKegiatan EkonomiBABPembangunan Ekonomi 285 1717.1 Konsep Pembangunan 28517.2 Petunjuk Pembangunan 288Rumusan 291Praktis STPM 17 292BABKegiatan Ekonomi 293 1818.1 Sektor-sektor Ekonomi 29318.2 Ciri Utama Sektor Ekonomi Malaysia 29518.3 Kepentingan Sektor Ekonomi Malaysia 35118.4 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Sektor Ekonomi Malaysia 37118.5 Perkembangan Semasa Sektor Ekonomi 39118.6 Peranan Inovasi dalam PerkembanganSektor Ekonomi 419Rumusan 442Praktis STPM 18 444BAB Ketidakseimbangan19 Pembangunan 44619.1 Konsep Pembangunan Tidak Seimbang 44619.2 Faktor Ketidakseimbangan Pembangunan antara Kawasan dalam Negara Malaysia 44619.3 Kesan Ketidakseimbangan Pembangunan antara Kawasan dalam Negara Malaysia 44919.4 Strategi Menangani Ketidakseimbangan Pembangunan antara Kawasan dalamMalaysia 451Rumusan 455Praktis STPM 19 456BAB Kesan Pembangunan Ekonomi 20 terhadap Alam Sekitar 45720.1 Kesan Pembangunan Ekonomi terhadapAlam Sekitar 45720.2 Langkah Mengurangkan KesanPembangunan Ekonomi terhadapAlam Sekitar 466Rumusan 470Praktis STPM 20 471BAB Hubungan Ekonomi21 Antarabangsa 47221.1 Globalisasi Ekonomi 47221.2 Aspek Saling Kebergantungan Ekonomiantara Negara/ Kawasan 47321.3 Kepentingan Saling KebergantunganEkonomi antara Negara/ Kawasan 47721.4 Halangan dalam Saling Kebergantungan Ekonomi antara Negara/ Kawasan 47921.5 Kesan Globalisasi Ekonomi terhadapSesebuah Negara 482Rumusan 487Praktis STPM 21 488BABKemahiran Geografi 489 2222.1 Menghitung, Melukis, Mentafsir, dan Mempersembahkan Data EkonomiSemasa 489Praktis STPM 22 497Kertas Model STPM 499Jawapan 505
Geografi Semester 2 STPM Bab 1 Fasa AirBAB121.1 Fasa Air1 Air wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu dalam bentuk cecair (air), pepejal (ais), dan gas (wap air).2 Terdapat beberapa fasa proses perubahan air, iaitu:(a) Proses pemeluwapan yang menukarkan wap air kepada cecair(b) Pemejalwapan menukarkan pepejal kepada wap air(c) Pencairan / peleburan menukarkan ais (pepejal) kepada air (cecair)(d) Pembekuan menukarkan air (cecair) kepada ais (pepejal)Pembekuan (haba dibebaskan)Wap air (bentuk gas)Peleburan (haba diserap)Pemejalwapan (haba diserap)Pemejalwapan(haba dibebaskan)Pemeluwapan(haba dibebaskan)Pengewapan (habadiserap)Air(bentuk cecair)Ais(bentuk pepejal)Rajah 1.1 Lembapan atmosfera yang wujud dalam bentuk cecair, gas, dan pepejal3 Terdapat tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat, iaitu:(a) Fasa cecair(i) Proses sejatan berlaku di permukaan bumi apabila menerima pancaran cahaya matahari dan menukarkan badan air kepada wap air. Tenaga haba yang tinggi akan menukarkan molekul air kepada wap-wap air.(ii) Apabila wap air mencapai takat beku, air akan bertukar menjadi pepejal atau hablur-hablur ais di atmosfera.1Tema 4: Sistem HidrologiFASA AIRBAB• Menyatakan tiga fasaperubahan air (cecair, gas,dan pepejal)• Menghuraikan tiga fasaproses perubahan air dantenaga yang terlibatHasil PembelajaranApabila sesuatu cecairmenyejat, suhunya akanturun. Ini disebabkanoleh tenaga haba telahdiserap semasa penyejatanuntuk mengatasi dayatarikan antara zarahzarah supaya zarah-zarahcecair di permukaan dapatmelepaskan diri menjadizarah-zarah gas.Info GeografiPelajar perlu mengetahuitiga fasa proses perubahanair ialah pemejalwapan (wapair), pembekuan (cecair), danpemeluwapan (pepejal).Tip Pemeriksa
Geografi Semester 2 STPM Bab 1 Fasa Air BAB1BAB3(b) Fasa pepejal(i) Peleburan berlaku apabila pepejal menyerap tenaga haba dan suhunya meningkat hingga mencapai takat lebur (0°C). Proses ini menukarkan pepejal kepada air (cecair).(ii) Perubahan bentuk pepejal kepada cecair berlaku apabila terdapat tenaga yang berlebihan sehingga takat suhu lebur menyebabkan berlaku proses penyerapan tenaga haba sebanyak 80 kalori bagi setiap gram ais yang dikenali sebagai haba pendam lakuran (latent heat of fusion).(iii) Perubahan bentuk pepejal kepada wap air menyebabkan berlaku proses pemejalwapan, iaitu perubahan jirim kepada gas.(iv) Dalam keadaan tertentu seperti suhu rendah dan kelembapan udara yang rendah, pepejal boleh berubah terus menjadi wap air tanpa melalui fasa cecair.(v) Proses ini melibatkan penyerapan tenaga haba untuk menukar zarah pepejal kepada zarah gas secara langsung.(c) Fasa gas(i) Melibatkan perubahan wap air dalam bentuk gas bertukar menjadi cecair melalui proses pemeluwapan.(ii) Perubahan berlaku apabila suhu sekitar rendah daripada takat beku menyebabkan wap air bertukar menjadi hablur ais.(iii) Pembebasan tenaga semasa wap air berubah menjadi pepejal lebih besar, iaitu sebanyak 680 kalori bagi setiap gram air.(iv) Apabila suhu menjadi lebih sejuk, zarah gas akan berubah menjadi cecair.(v) Wap air dari udara yang termeluwap pada permukaan sejuk menjadi air dikenal sebagai embun.4 Proses perubahan fasa air dan tenaga yang terlibat, iaitu:Proses pemeluwapan ialahproses perubahan keadaanjirim daripada keadaangas kepada cecair apabilagas itu disejukkan ataudimampatkan.Jadual 1.1 Perubahan fasa airFasa air Proses yang terlibat PenjelasanFasacecairProses sejatan Apabila tenaga haba dikenakan ke atas air dalam bentuk cecair, prosessejatan akan berlaku, di mana air bertukar menjadi wap air (gas). Molekul airyang terdapat dalam badan air seperti laut, sungai, tasik, dan kolam akantersejat apabila menyerap haba daripada persekitaran. Selain itu, air dalambentuk cecair juga boleh berubah menjadi pepejal melalui proses pembekuan,iaitu proses pembebasan haba daripada air.Fasa ais(pepejal)Proses pencairan Fasa ais atau air beku boleh berubah menjadi cecair melalui proses pencairan,iaitu apabila ais menyerap tenaga haba dan bertukar menjadi air (cecair). Aisjuga boleh bertukar terus menjadi wap air melalui proses pemejalwapan, iaituapabila ais menyerap haba tanpa melalui fasa cecair.Fasa gas Proses pemejalwapan Fasa gas dikenali sebagai wap air. Wap air boleh bertukar menjadi cecairmelalui proses pemeluwapan, iaitu apabila haba dibebaskan daripada wapair. Wap air juga boleh bertukar terus menjadi pepejal (ais) melalui prosespemejalwapan, yang turut melibatkan pembebasan haba daripada wap air.
Geografi Semester 2 STPM Bab 1 Fasa AirBAB14Rumusan1 Terdapat tiga fasa perubahan air dan tenaga yang terlibat, iaitu cecair (air), gas (wap air), dan pepejal (ais).2 Proses sejatan akan menukarkan cecair kepada wap air (gas).3 Pemejalwapan adalah proses menukarkan air kepada bentuk wap air.4 Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air.5 Air dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalui proses pemeluwapan.6 Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais.7 Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pemejalwapan.PRAKTIS STPM 1Soalan Struktur1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan fasa air? [3](b) Nyatakan tiga proses perubahan air. [3](i)(ii)(iii)(c) Huraikan bagaimana dua proses di soalan (b) terbentuk. [4](i)(ii)
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar202BAB14BahagianGEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA BTema 3: Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran Tema 4: Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi
20314Tema 3: Transformasi Luar Bandar dan PembandaranTRANSFORMASI LUAR BANDARBABKonsep Transformasi Luar Bandar 14.1 1 Konsep transformasi luar bandar merujuk kepada perubahan sosioekonomi luar bandar daripada keadaan lama dan tradisional kepada keadaan baharu dan moden melalui proses pemodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan serta kesihatan di kawasan luar bandar.2 Transformasi luar bandar juga bermaksud perubahan yang berlaku di kawasan luar bandar sama ada dari aspek sosioekonomi melalui proses pemodenan mahupun pembandaran.3 Perubahan ini dapat dilihat dari segi guna tanah, kepelbagaian penggunaan ruang ekonomi dan sosial, penyediaan kemudahan asas, sistem pengangkutan, komunikasi serta peralihan daripada kegiatan ekonomi sektor primer kepada ekonomi moden. Selain itu, transformasi ini turut melibatkan aspek pendidikan, kesihatan, dan pekerjaan ke arah ciri-ciri pemodenan dan pembandaran.4 Secara ringkas, transformasi luar bandar menunjukkan perubahan petempatan daripada kawasan kecil kepada kawasan yang lebih besar.5 Di Malaysia, kebanyakan bandar yang wujud pada masa ini berasal daripada perkembangan petempatan luar bandar pada masa lalu.Indikator Transformasi Luar Bandar1 Perubahan guna tanah di kawasan luar bandar menunjukkan perkembangan landskap yang lebih maju, iaitu daripada sektor ekonomi tradisional kepada sektor ekonomi moden. Contohnya, kawasan pertanian telah mengalami perubahan guna tanah menjadi kawasan perindustrian IKS atau kawasan pembinaan bangunan perniagaan.2 Perubahan ekonomi luar bandar berlaku apabila sektor ekonomi beralih daripada sektor primer seperti pertanian sara diri, perikanan, dan pembalakan kepada sektor sekunder seperti perindustrian dan pembinaan, serta sektor tertier seperti perniagaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain.• Mentakrifkan konseptransformasi luar bandarHasil PembelajaranKuizBerikan maksudtransformasi luar bandar.Evolusi PembangunanLuar Bandar:• Era Pasca Kemerdekaan(1957 – 1970)• Era Dasar Ekonomi Baru(1970 – 1990)• Era Dasar PembangunanNasional (1991 – 2000)• Era PembangunanBerasaskan Pengetahuan• Era Transformasi KerajaanInfo Geografi
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar204BAB143 Perubahan kemudahan sosial di luar bandar dapat dilihat melalui peningkatan taraf pendidikan dan kadar celik ICT. Hal ini disokong dengan kewujudan lebih banyak institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, dan universiti tempatan.4 Taraf kesihatan penduduk luar bandar turut meningkat dengan adanya klinik komuniti dan hospital. Perkembangan ini menyebabkan purata jangka hayat penduduk luar bandar bertambah baik.5 Perubahan kemudahan infrastruktur berlaku apabila jalan kampung bertukar menjadi jalan raya berturap, jaringan pengangkutan semakin bertambah, dan jalan raya di luar bandar semakin lebar.6 Perubahan sistem komunikasi di luar bandar dapat dilihat dengan penyediaan perkhidmatan moden seperti wifi dan rangkaian 5G.7 Kemudahan asas di luar bandar kini semakin lengkap dengan penyediaan bekalan air dan elektrik yang menyeluruh.8 Perubahan tahap teknologi pertanian berlaku melalui penggunaan teknologi moden dalam kegiatan ekonomi harian, khususnya dalam sektor pertanian dan perladangan. Contohnya, penggunaan jentera membajak dan teknik pertanian moden telah meningkatkan hasil tanaman.9 Perubahan demografi luar bandar ditunjukkan melalui pertambahan penduduk, penurunan kadar mortaliti bayi, peningkatan jangka hayat serta pengurangan migrasi ke bandar.10 Perubahan pola petempatan berlaku apabila kawasan luar bandar mengalami transformasi daripada pola petempatan berselerak kepada pola petempatan berjajar dan berkelompok. Kepadatan penduduk di kawasan luar bandar juga semakin meningkat.11 Perubahan saiz dan pemilikan tanah menunjukkan bahawa tanah di luar bandar semakin kecil saiznya dan sebahagiannya dimiliki oleh orang asing atau syarikat luar.12 Perubahan sikap penduduk luar bandar terhadap pekerjaan dapat dilihat apabila ramai penduduk memilih pekerjaan dalam sektor sekunder dan tertier. Bidang pekerjaan yang lebih digemari termasuklah industri perkilangan dan perkhidmatan.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Transformasi Luar Bandar1 Peranan kerajaan dalam pelaksanaan dasar pembangunan luar bandarmelalui lapan strategi pembangunan luar bandar telah mendorong transformasi kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi baharu dan moden yang diperkenalkan oleh kerajaan, sektor swasta serta pelaksanaan dasar pembangunan wilayah membawa kepada perubahan landskap fizikal yang lebih moden serta peningkatan ekonomi luar bandar. Contohnya, pelaksanaan program pembangunan wilayah seperti FELDA, DARA, dan JENGKA.INFOKementerian KemajuanDesa dan Wilayah• http://www.rurallink.gov.myAkses IlmuIndikator atau petunjuktransformasi luar bandarmerangkumi peningkatansumbangan KDNKkawasan, pertambahanpenduduk setempat,peratus tenaga buruhyang digunakan, sertapeningkatan kualiti dan tarafhidup termasuk kemudahanserta barangan yangdinikmati.Info GeografiPelajar perlu tahumenjelaskan faktor-faktoryang mempengaruhiperubahan sesebuah luarbandar kepada bandar.Tip Pemeriksa
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 205BAB142 Interaksi antara luar bandar dengan bandar melalui sistem pengangkutan, perhubungan, dan telekomunikasi yang cekap turut menjadi faktor penting. Keadaan ini dapat meningkatkan kadar ketersampaian antara kawasan serta memudahkan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan.3 Sistem pendidikan juga menyebabkan perubahan sikap dan tingkah laku penduduk luar bandar. Pendedahan kepada ilmu pengetahuan dan ideologi moden dalam kurikulum kebangsaan menjadikan penduduk luar bandar lebih mudah menerima idea baharu ke arah pemodenan dan pembangunan kawasan luar bandar.4 Lingkungan pengaruh bandar turut memainkan peranan penting. Kawasan pinggir bandar atau kawasan yang berinteraksi dengan bandar induk akan lebih cepat mengalami transformasi. Hal ini kerana interaksi dengan bandar induk memudahkan pemasaran barangan kilang serta memperluaskan jaringan ekonomi. Contohnya, kawasan lingkungan pengaruh bandar bagi Kuala Lumpur merangkumi seluruh negara, manakala lingkungan pengaruh bandar bagi Kuching meliputi seluruh negeri Sarawak.5 Pembangunan pinggir bandar berlaku melalui kaedah pembangunan bandar secara rebakan atau peluasan, selain galakan kerajaan melalui program pembangunan wilayah. Keadaan ini membawa kemajuan kepada kawasan luar bandar yang berhampiran dengan bandar utama.6 Lokasi yang strategik turut mempengaruhi perkembangan luar bandar. Kawasan yang menjadi laluan aktiviti perdagangan dan pelabuhan lebih cepat membangun. Contohnya, Sibu berkembang kerana menjadi tempat persinggahan kapal pada awal penempatan, manakala Klang berubah daripada sebuah perkampungan nelayan kepada bandar pelabuhan utama.7 Kekayaan sumber alam yang bernilai ekonomi juga menjadi faktor transformasi luar bandar. Penerokaan sumber alam telah menarik penghijrahan penduduk serta menggalakkan pertumbuhan bandar baharu. Contohnya, bandar Bintulu di Sarawak berkembang pesat selepas penemuan gas asli, manakala bandar Kerteh di Terengganu berubah menjadi bandar moden selepas penemuan petroleum dan gas asli.14.2 Strategi Pembangunan Luar Bandar1 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pembangunan Luar Bandar melalui beberapa strategi yang meliputi pelbagai program, iaitu:(a) Program pembangunan in situ(b) Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)Pelajar perlu tahuperanan kerajaandalam mempengaruhipembangunan kawasanluar bandar.Tip Pemeriksa
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar206BAB14(c) Pembangunan wilayah(d) Perindustrian kawasan luar bandar(e) Pusat perkhidmatan setempat(f) Pemodenan sosioekonomi(g) Pembandaran luar bandar(h) Pengelompokan penempatan baharu atau penempatan semula masyarakat peribumiProgram Pembangunan In Situ1 Pembangunan in situ menekankan pembangunan fizikal di kawasan luar bandar. Program ini dijalankan melalui usaha pemodenan ekonomi serta penyediaan kemudahan asas di kawasan luar bandar yang sedia ada.2 Kawasan luar bandar dibangunkan dengan penyediaan kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan air, bekalan elektrik, sistem telekomunikasi, jaringan jalan raya, program perumahan rakyat termiskin (PPRT) dan pusat pertumbuhan ekonomi luar bandar.3 Pembangunan in situ juga menyediakan kemudahan infrastruktur untuk sektor perikanan, penternakan, dan pertanian. Antara kemudahannya termasuklah pembinaan tali air dan empangan pengairan, jeti pendaratan ikan, pusat perikanan, dan pusat penyembelihan haiwan di kawasan luar bandar.4 Kemudahan fizikal dalam sektor pertanian turut diberi perhatian. Contohnya, pelaksanaan Rancangan Pengairan Muda di Kedah dan Rancangan Kemubu di Kelantan yang bertujuan memajukan sektor penanaman sawah padi melalui penyediaan sistem pengairan yang moden dan terancang.5 Strategi pembangunan in situ juga melibatkan usaha membaik pulih serta memodenkan kampung-kampung tradisional. Program pembangunan kampung tradisional dilaksanakan bagi menaik taraf kampung dengan pelbagai kemudahan asas yang moden.6 Contohnya, pelaksanaan Projek Kampungku di Selangor yang menaik taraf infrastruktur asas kampung supaya penduduk dapat menikmati kemudahan moden, namun pada masa yang sama identiti kampung masih dikekalkan.Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)1 Projek pembangunan ini bersifat bersepadu kerana menggabungkan sumber, tenaga, potensi tanah serta agensi kerajaan bagi memajukan sektor pertanian luar bandar.2 Matlamat utama program ini adalah untuk memajukan sektor pertanian serta membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.Menghuraikan strategipembangunan luar bandaryang meliputi• Program pembangunanin situ• Pembangunan PertanianBersepadu (IADP)• Pembangunan wilayah• Perindustrian kawasan luarbandar• Pusat perkhidmatansetempat• Pemodenan sosioekonomi• Pembandaran luar bandar• Pengelompokanpenempatan baharu ataupenempatan semulamasyarakat peribumiHasil PembelajaranKuizApakah yang dimaksudkandengan pembangunanin situ?Program pembangunan in situ menekankan pembangunan fizikal desa melalui:• Penyediaan kemudahan asasyang lengkap dan sempurna• Penyediaan rumah rakyat(Program Perumahan RakyatTermiskin)
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 207BAB143 Dalam usaha kerajaan ingin meningkatkan sosioekonomi penduduk desa, kerajaan telah mengambil pendekatan IADP ini. IADP dilaksanakan dengan matlamat:(a) Menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana. Contohnya, pembangunan tanah berkelompok oleh FELCRA dan rancangan kemajuan pekebun kecil oleh RISDA.(b) Menggalakkan pertumbuhan peluang baharu ekonomi untuk menjana pendapatan dan pekerjaan berkaitan pertanian baharu, industri asas tani, dan perkhidmatan. Contohnya, rancangan pertanian bersepadu seperti KEMUBU dan MADA.4 Program ini menyelaras dan mengintegrasikan peranan agensi pembangunan yang sebelum ini beroperasi secara berasingan seperti RISDA, FAMA, BERNAS, FELCRA dan FELDA.5 Melalui program ini, petani diberikan khidmat nasihat, latihan, serta bimbingan teknikal untuk meningkatkan produktiviti pertanian.6 Kawasan pertanian yang kecil atau tidak ekonomik akan disepadukan menjadi kebun kecil atau tanah berkelompok agar lebih produktif dan berdaya saing.7 Contoh pelaksanaan termasuklah Rancangan Kemajuan Kebun Kecil oleh RISDA, pembangunan tanah berkelompok oleh FELCRA, dan program reformasi tanah pertanian seperti projek mini estet.8 Selain itu, pelbagai projek dilaksanakan seperti pembangunan tanah pertanian baharu, kepelbagaian tanaman, penanaman semula, dan penyatuan kebun kecil yang tidak ekonomik untuk dijadikan ladang berkelompok atau mini estet.9 Program ini turut mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Agricultural Development Bank(ADB).10 Pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk infrastruktur pertanian, khidmat nasihat, latihan moden, penggunaan baja dan racun serangga, benih bermutu tinggi serta jentera pertanian telah membantu petani meningkatkan hasil pengeluaran.11 Kerajaan juga menggalakkan pertanian moden melalui inisiatif seperti projek Agropolitan di Lembah Belum, Perak yang dikendalikan oleh FELDA, serta pemberian bantuan teknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti pertanian.12 Pembinaan infrastruktur pengangkutan seperti jalan raya luar bandar turut meningkatkan tahap ketersampaian, sekali gus memudahkan input pertanian dibawa masuk dan hasil pertanian dipasarkan ke kawasan bandar.INFOPembangunan Pertanian Bersepadu• https://www.kpkm.gov.my/bm/program-dan-inisiatif/kawasanpembangunan-pertanianbersepadu-iada-barat-lautselangorAkses IlmuIADP menyelaras danmengintegrasi fungsiagensi-agensi yangberkaitan dengan sektorpertanian seperti:• RISDA• FAMA• MAJUTERNAK• MAJUIKAN• MARDEC• MARDI• MADA• KADA• LKW• LPPInfo Geografi
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar208BAB14Pembangunan Wilayah1 Pembangunan wilayah dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dalam negara. Contohnya, terdapat jurang perbezaan tahap pembangunan antara pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih maju dengan pantai timur yang masih kurang membangun.2 Pelaksanaan pembangunan wilayah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan kemudahan asas. Di samping itu, pembangunan ini dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang agar tiada kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan negara. Usaha ini juga menitikberatkan aspek pemuliharaan alam sekitar demi pembangunan yang lestari.3 Rancangan pembangunan wilayah merupakan strategi pembangunan khusus yang dilaksanakan di bawah agensi pelaksana tertentu bagi menjana sumber alam dan membangunkan tanah baharu sejak tahun 1970-an. Tiga sumber alam utama yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya ialah:(a) Sumber galian(b) Sumber tanah yang subur(c) Sumber hutan4 Pembangunan wilayah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan yang dikenal pasti secara khusus bagi menjana sumber alam yang berpotensi, terutamanya sumber tanah. Antara contoh rancangan pembangunan wilayah yang telah diperbadankan dan mempunyai autonomi sendiri bagi memajukan kawasan mundur ialah JENGKA, KESEDAR, KEJORA, DARA, dan KETENGAH.Jadual 14.1 Program Pembangunan Wilayah di MalaysiaProgram Rancangan Pembangunan Wilayah Lokasi (negeri) Tahun pelaksanaanJENGKA Pahang 1972DARA Pahang Tenggara 1972KEJORA Johor Tenggara 1972KETENGAH Terengganu Tengah 1973KESEDAR Kelantan Selatan 1978KEDA Kedah 1983PERDA Pulau Pinang 1983Usaha-usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian:(a) Projek tanaman semula(b) Projek estet mini(c) Rancangan pengairan(d) Pengenalan baka benihbermutu tinggi(e) Pertanian moden(f) Projek lembu susu(g) Akuakultur
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 209BAB14SINGAPURABandar Penawar3256471Johor BahruBandar TenggaraMelakaBarat Laut SelangorSeberang Perak PahangBaratKerianGeorgetownJeliKuala KraiKemubuKemasinSemerakUTerengganu UtaraManik UraiGua MusangBandar Tun Abdul RazakBandar Muadzam ShahPaloh HinaiRancanganJohor BaratTHAILANDPETUNJUK1 KEDA2 DARA3 KEJORA4 JENGKA5 KETENGAH6 KESEDAR7 PERDAKawasan projek pembangunanpertanian bersepaduPeta 14.1 Kawasan pembagunan wilayah di Semenanjung MalaysiaWilayah JENGKA1 Wilayah JENGKA yang dikenali sebagai Segi Tiga Jengka, merupakan salah satu projek FELDA yang tertua yang ditubuhkan pada tahun 1960-an di negeri Pahang.2 Kawasan ini dibangunkan dengan penanaman kelapa sawit dan getah yang diuruskan oleh agensi FELDA.3 Pembangunan ini memberi peluang penempatan dan pekerjaan kepada penduduk luar bandar.4 Selain itu, wilayah ini turut mewujudkan pusat ekonomi luar bandar serta menggalakkan pembangunan infrastruktur.5 Dengan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi dan infrastruktur, kawasan ini telah berkembang maju sehingga muncul sebuah bandar baharu iaitu Bandar JENGKA.Di bawah RancanganMalaysia Kesembilan(RMK-9), tiga pembangunanwilayah koridor telahdilancarkan oleh bekasPerdana Menteri, Y.A.B.Dato’ Seri Abdullah HajiAhmad Badawi.Wilayah Ekonomi Koridor UtaraWilayah Ekonomi KoridorUtara meliputi negeri-negeriKedah, Perlis, Pulau Pinang,dan wilayah-wilayah diPerak Utara. Kawasan iniberpotensi untuk menjadipusat industri asas taniyang moden dan berskalabesar di samping industriindustri teknologi tinggiseperti ICT, bioteknologi,dan automotif.Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar MalaysiaWilayah PembangunanIskandar di selatanJohor merupakan projekpembangunan terancangyang paling besar dalamsejarah negara. WilayahPembangunan Iskandarakan dibangunkanuntuk menjadi destinasiantarabangsa bagipelaburan, perniagaan,industri, pelancongan, dankebudayaan.Wilayah Ekonomi Koridor TimurWilayah Ekonomi KoridorTimur meliputi negeri-negeriKelantan, Terengganu,dan Pahang. Kawasan iniberpotensi untuk menjadipusat pertumbuhan baharubagi industri petrokimiaserta pelancongan.Info Geografi
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar210BAB14Wilayah DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara)1 Wilayah DARA ditubuhkan pada tahun 1971 bagi membangunkan kawasan tenggara Pahang dan merupakan kawasan pembangunan wilayah yang paling luas di Semenanjung Malaysia.2 Pada tahun 1997, Lembaga Kemajuan Wilayah DARA telah digabungkan dengan Lembaga Kemajuan Wilayah JENGKA, sebelum akhirnya dibubarkan pada tahun 2000.3 Pembangunan wilayah ini memberi tumpuan kepada pembukaan kawasan baharu untuk pertanian dan penempatan.4 Tanah di wilayah ini dimajukan dengan penanaman getah dan kelapa sawit.5 Selain itu, pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, klinik, dan bekalan air telah disediakan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.6 Wilayah DARA telah membuka kawasan baharu untuk pertanian dan penempatan. Seluas 1 750 000 ekar tanah di wilayah ini telah dimajukan dengan penanaman getah dan kelapa sawit.7 Selain itu, wilayah ini turut menyediakan kemudahan asas seperti klinik, sekolah, dan bekalan air kepada penduduk luar bandar.8 Pembinaan Lebuhraya Segamat–Kuantan juga telah digalakkan, sekali gus memudahkan perhubungan dan meningkatkan darjah ketersampaian.9 Pembangunan ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Pahang. Misalnya, kewujudan Bandar Muadzam Shah yang dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan wilayah ini.Wilayah KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)1 Wilayah KEJORA telah ditubuhkan pada tahun 1972 untuk membangunkan kawasan tenggara Johor.2 Wilayah ini menggalakkan pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian moden dan pelancongan. Tumpuan utama diberikan kepada perladangan getah dan kelapa sawit.3 Selain itu, Bandar Tenggara telah dibina sebagai pusat pertumbuhan ekonomi wilayah ini. KEJORA juga meningkatkan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, dan elektrik. Di samping itu, kawasan perindustrian turut diwujudkan untuk menjana peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Tujuan rancangan pembangunan tanah adalah untuk:• Mengurangkan kadarkemiskinan penduduk luarbandar• Meningkatkan taraf hiduppenduduk luar bandar
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 211BAB14Wilayah KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan)1 Wilayah KESEDAR ditubuhkan pada tahun 1978 untuk membangunkan kawasan selatan Kelantan.2 Wilayah ini menyediakan penempatan semula yang terancang kepada penduduk miskin luar bandar. Wilayah ini turut membangunkan sektor pertanian, industri kecil dan sederhana (IKS), pendidikan serta latihan kemahiran, sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.3 Perkembangan ini telah menggalakkan kemasukan migran dari kawasan lain dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.4 Di bawah rancangan ini, seramai 300 000 peneroka telah ditempatkan di kawasan KESEDAR yang meliputi Felda Chiku, Chalil, Lebir, Sungai Asap, Kemahang, dan lain-lain. Selain itu, Bandar Baharu Gua Musang telah dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi wilayah ini.Wilayah KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)1 Wilayah KETENGAH ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membangunkan kawasan tengah Terengganu.2 Wilayah ini telah mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi luar bandar dengan menyediakan peluang pendidikan, latihan, dan pekerjaan. Wilayah ini juga membangunkan sektor pelancongan dan perindustrian di kawasan pedalaman.3 Beberapa kawasan FELDA yang terlibat di bawah wilayah KETENGAH ialah Felda Cheneh, Felda Durian Mas, dan Felda Kertih. Selain itu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah telah dibangunkan sebagai sebuah bandar baharu dan dijadikan pusat pertumbuhan ekonomi yang ditadbir urus oleh KETENGAH.4 Wilayah ini turut diperluaskan ke kawasan Tasik Kenyir untuk membangunkan sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi.5 Pembangunan wilayah ini bertujuan untuk mengubah sosioekonomi penduduk luar bandar dan memastikan agihan ekonomi yang lebih saksama antara wilayah.6 Rancangan pembangunan wilayah dapat mewujudkan peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.7 Seiring dengan perkembangan semasa, rancangan pembangunan wilayah telah distruktur semula melalui pelaksanaan koridor ekonomi.8 Terdapat lima buah koridor pembangunan ekonomi yang diperkenalkan di bawah RMK-9, iaitu:(a) Koridor Utara (NCER): Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang(b) Koridor Tengah: Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurPenubuhan KESEDARbertujuan mengimbangikomposisi penduduk di antaraKelantan Selatan denganKelantan Utara, membasmikemiskinan dan menyusunsemula masyarakat.Lembaga Kemajuan TerengganuTengah (KETENGAH) adalahmerupakan sebuah agensi dibawah Kementerian KemajuanDesa dan Wilayah (KKDW)yang telah diperbadankanpada 12 April 1973 dengandiberi kuasa untuk menjalankanpembangunan ekonomi dansosial di kawasan seluas443 876 hektar meliputipedalaman Daerah Dungun,Kemaman, dan HuluTerengganu.
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar212BAB14(c) Koridor Selatan (SJER): Johor(d) Koridor Pantai Timur (ECER): Kelantan, Terengganu, Pahang(e) Koridor Sabah dan Sarawak: Sabah (SDC), Sarawak (SCORE), Wilayah Persekutuan LabuanPerindustrian Kawasan Luar Bandar1 Kerajaan telah menempatkan pusat-pusat industri ke kawasan luar bandar berdasarkan potensi sumber yang terdapat di kawasan tersebut, seperti memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Melalui program ini, kawasan luar bandar berpotensi berkembang sebagai pusat perindustrian baharu.2 Perindustrian luar bandar dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran. Selain itu, usaha ini juga mampu mempelbagaikan sektor ekonomi, bukan hanya tertumpu pada sektor pertanian semata-mata.Pusat Perkhidmatan Setempat1 Pusat perkhidmatan setempat diwujudkan melalui RTC untuk memberi perkhidmatan dan maklumat mengenai peluang-peluang yang disediakan oleh jabatan atau agensi kerajaan kepada penduduk sekitar.2 Melalui RTC, penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan kerajaan yang sama seperti di bandar, antaranya adalah urusan jual beli tanah, pembayaran cukai tanah, pembayaran cukai pintu, dan pembayaran cukai perniagaan.3 Kewujudan RTC dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar kerana akses kepada perkhidmatan lebih mudah, cepat, dan menyeluruh.Pemodenan Sosioekonomi1 Pemodenan sosioekonomi bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan serta penaiktarafan kemudahan sosial. Antara kemudahan tersebut ialah:(a) Kemudahan asasKerajaan menyediakan bekalan air bersih, elektrik, perumahan, dan jaringan jalan raya bagi meningkatkan taraf serta kualiti hidup masyarakat luar bandar.(b) Kemudahan pendidikanKerajaan membina tadika, sekolah, dan perpustakaan awam di kawasan luar bandar. Pembinaan sekolah di kawasan pedalaman dan pelaksanaan program latihan vokasional seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) turut memberi peluang pekerjaan kepada belia luar bandar.Sebuah syarikat yangdiberikan taraf perintismenikmati pengecualiansebahagian daripadapembayaran cukaipendapatan untuktempoh lima tahun.Syarikat itu membayarcukai ke atas 30 peratusdaripada pendapatanberkanunnya (setelahditolak perbelanjaan hasildan elaun modal daripadapendapatan kasar).Info Geografi
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 213BAB14(c) Kemudahan kesihatanKerajaan memperluas perkhidmatan kesihatan melalui klinik desa bagi mengurangkan jurang perbezaan kemudahan antara bandar dan luar bandar. Selain itu, program kesedaran tentang amalan pemakanan sihat dan kebersihan turut dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk.(d) Kemudahan komunikasiKerajaan menyediakan talian telefon dan akses internet kepada penduduk luar bandar. Melalui program seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA), liputan internet diperluas bagi membantu penduduk luar bandar dalam pendidikan, e-pembelajaran, perniagaan digital serta pekerjaan jarak jauh.2 Perubahan ekonomi desa dilakukan dengan memperkenalkan pelbagai bentuk kegiatan moden yang mengurangkan kebergantungan kepada sektor pertanian tradisional. Hal ini menyebabkan penduduk desa turut melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian. Sebagai contoh, Kerteh yang dahulunya sebuah kampung nelayan, kini berkembang menjadi sebuah bandar industri berasaskan petroleum.(a) Memodenkan sektor pertanianKerajaan dan pihak swasta membawa perubahan kepada landskap fizikal dan ekonomi luar bandar melalui perladangan pertanian moden. Contohnya, pelaksanaan program pembangunan wilayah seperti FELDA, DARA, dan JENGKA berjaya memperkenalkan sistem pertanian yang lebih komersial dan berdaya saing.(b) Mewujudkan industri pembuatan seperti IKSIndustri kecil dan sederhana (IKS), terutamanya industri asas tani, telah dibangunkan di kawasan luar bandar. Secara tidak langsung, teknologi moden dan penggunaan modal yang lebih besar diserapkan ke dalam kegiatan ekonomi luar bandar. Hal ini menjadikan ekonomi desa lebih moden dengan penglibatan dalam sektor pembuatan yang berteknologi tinggi.(c) Menyediakan perkhidmatan pelanconganKerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan program pelancongan komuniti seperti Program Homestay dan Agropelancongan. Selain itu, projek pelancongan berasaskan alam sekitar seperti Taman Negara EndauRompin dan Tasik Kenyir turut dibangunkan. Program ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar tetapi juga menekankan aspek pemuliharaan alam sekitar melalui konsep pembangunan mampan yang menggabungkan teknologi dengan pemeliharaan sumber semula jadi.Secara keseluruhan,pelaksanaan JENDELA ini akanmenjadikan Malaysia lebihberdaya saing di peringkatglobal, mantap, berdaya tahandan masyarakat berasaskandigital. Di antara beberapaperkara yang menjadi fokusutama adalah pendidikandan produktiviti, perniagaan,kerajaan dan perkhidmatanberasakan industri dankomuniti dan masyarakat. Bagipendidikan dan produktivitipenyediaan rangkaianperkhidmatan jalur lebar iniakan memudahkan para pelajarsekolah dan universiti termasuktenaga pendidik melaksanakanpembelajaran online.
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar214BAB143 Perubahan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan telah meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui pelbagai inisiatif seperti berikut:(a) Pembinaan sekolah berkualiti di kawasan pedalaman. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membina sekolah berkualiti seperti sekolah kluster di kawasan pedalaman bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar luar bandar.(b) Penyediaan latihan kemahiran teknikal dan vokasional. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menawarkan program latihan teknikal dan vokasional kepada belia luar bandar. Hal ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan dalam bidang teknikal.(c) Program kesihatan dan sosial. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan program kesihatan melalui pembinaan klinik desa, penyediaan klinik bergerak (mobile clinic) serta program kesedaran kesihatan. Langkah ini menyediakan kemudahan rawatan yang lebih baik sekali gus meningkatkan kualiti hidup dan memanjangkan usia penduduk luar bandar.(d) Bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah. Kementerian Kewangan melaksanakan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk meringankan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan rendah di luar bandar.(e) Program perumahan dan kemudahan awam. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) melalui pembinaan rumah mampu milik. Usaha ini memberikan peluang kepada penduduk luar bandar untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan berkualiti.4 Pemodenan sosioekonomi telah menjadikan kawasan luar bandar sebagai Pusat Pertumbuhan Desa (PPD). PPD berfungsi sebagai pusat perkhidmatan untuk kampung-kampung di sekitarnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan masyarakat dan infrastruktur seperti:(a) Pusat industri desa(b) Kedai, pasar, dan klinik(c) Masjid, balai raya, dan tadika(d) Bekalan air dan elektrik(e) Jalan raya dan telefon awam(f) Sistem pengangkutan yang menghubungkan PPD dengan bandar berdekatanPembandaran Luar Bandar1 Program ini membandarkan kawasan desa yang berpotensi. Dasar pembangunan bandar bermatlamat untuk membangunkan kawasan berpotensi yang dirancang dan terletak berdekatan dengan bandar induk supaya dapat dijadikan bandar baharu atau bandar satelit.Program Perumahan Rakyat(PPR) merupakan satu inisiatifkerajaan dalam menempatkansemula setinggan dan sertamemenuhi keperluan tempatkediaman bagi golonganberpendapatan rendah(B40). Jabatan PerumahanNegara di bawah KementerianPembangunan KerajaanTempatan (KPKT) adalah agensipelaksana utama bagi projekprojek PPR di seluruh Malaysia.Terdapat dua kategori rumahPPR yang dibina, iaitu PPRDimiliki dan PPR Disewa.
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 215BAB142 Pelaksanaan program ini telah membawa perubahan besar terhadap kawasan luar bandar dan sosioekonominya. Pelaksanaan program ini turut mewujudkan pertambahan peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.3 Kawasan luar bandar yang dipilih untuk pembangunan akan dijadikan bandar kecil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya, sistem telekomunikasi serta perkhidmatan asas bandar seperti ruang niaga, bank, institusi kewangan, poliklinik, pejabat pos, sekolah, dan lain-lain.4 Pinjaman mikro kepada usahawan luar bandar turut disediakan melalui agensi kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Kemudahan ini membantu peniaga kecil memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.5 Kerajaan juga memperkenalkan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) untuk memberikan bantuan modal dan latihan dalam projek ekonomi komuniti luar bandar. Program ini yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berperanan mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.6 Pembandaran di kawasan luar bandar juga berlaku apabila jumlah penduduk meningkat melebihi 10 000 orang serta berlaku peningkatan fungsi dan kemudahan desa, sama ada secara in situ atau akibat daripada rebakan bandar yang berdekatan. Contohnya, pembangunan Bandar Tun Razak di Wilayah JENGKA dan Bandar Muadzam Shah di Wilayah DARA hasil daripada rancangan pembangunan wilayah.Pengelompokan Penempatan Baharu atau Semula Masyarakat Peribumi1 Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat orang asli ialah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS).2 RPS melibatkan perpindahan masyarakat orang asli yang tinggal jauh dan berselerak, khususnya di hutan hujan tropika sepanjang Banjaran Titiwangsa, ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas serta aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial.3 Tujuan utama RPS ialah untuk mengelompokkan masyarakat orang asli, memudahkan penyaluran pembangunan kepada mereka, serta mengintegrasikan kehidupan tradisional mereka dengan kehidupan moden.4 Antara penempatan berkelompok orang asli ialah Pos Brooke, Pos Balau, dan Pos Gob, iaitu kawasan komuniti orang asli di pedalaman negeri Pahang, Kelantan, dan Perak.5 Pos Brooke terletak di pedalaman Gua Musang, Kelantan, dan didiami oleh suku kaum Temiar. Penempatan ini menjadi tumpuan NGO serta agensi kerajaan dalam penyediaan kemudahan asas dan pendidikan.SPKR merupakan salahsatu program pembasmiankemiskinan luar bandar dalammemastikan kumpulan sasar(miskin dan miskin tegar) dapatmeneruskan kelangsunganhidup dengan lebih baik.Lima komponen utama SPKR:• Program Perumahan RakyatSejahtera (PPRS)• Program Latihan Kemahirandan Kerjaya (PLKK)• Program PeningkatanPendapatan (PPP)• Program Bina Insan (PBI)• Program Komuniti Sejahtera(PKS)
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar216BAB146 Pos Balau, yang juga terletak di kawasan Gua Musang, Kelantan, turut dihuni oleh masyarakat Temiar. Penduduk orang asli di sini masih mengekalkan cara hidup tradisional walaupun terdapat sedikit perubahan hasil daripada pembangunan.7 Pos Gob pula merupakan penempatan yang lebih terpencil di kawasan Gua Musang. Kemudahannya lebih terhad berbanding Pos Brooke, dan dihuni oleh masyarakat Temiar yang masih mengekalkan kepercayaan animisme serta adat resam.8 Kerajaan turut membina prasarana perhubungan, pengangkutan, dan sekolah rendah di kawasan penempatan semula dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk peribumi.9 Pendapatan penduduk luar bandar turut meningkat apabila ekonomi tempatan berkembang melalui pertanian, pelancongan, dan perniagaan kecil.10 Usaha ini berjaya mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar melalui strategi pembangunan yang berkesan kerana dapat meningkatkan pendapatan penduduk peribumi.11 Selain itu, peluang pekerjaan yang semakin banyak di kawasan luar bandar mengurangkan migrasi ke bandar. Hal ini dapat mengekang kadar urbanisasi berlebihan di bandar-bandar besar kerana penghijrahan penduduk luar bandar semakin berkurang.Rumusan1 Transformasi luar bandar merujuk kepada perubahan sosioekonomi masyarakat luar bandar daripadatradisional kepada moden melalui pelbagai usaha pemodenan seperti guna tanah, kemudahan asas,pengangkutan, komunikasi, pendidikan, kesihatan, dan ekonomi.2 Proses ini didorong oleh peranan kerajaan melalui dasar pembangunan luar bandar, interaksi bandar-luarbandar, pendidikan, lokasi strategik serta kekayaan sumber alam.3 Antara strategi utama yang dilaksanakan termasuk pembangunan in situ, projek pertanian bersepadu,pembangunan wilayah (JENGKA, KESEDAR, KEJORA, DARA dan KETENGAH), perindustrian luar bandar,pusat perkhidmatan setempat, pemodenan sosioekonomi, pembandaran luar bandar, dan pengelompokanpenempatan baharu masyarakat peribumi.4 Kesan transformasi ini jelas dilihat melalui peningkatan taraf hidup, peluang pekerjaan, pengurangan kadarkemiskinan, pembangunan yang lebih seimbang antara bandar dan luar bandar serta kewujudan bandarbaharu sebagai pusat pertumbuhan ekonomi.
Geografi Semester 2 STPM Bab 14 Transformasi Luar Bandar 217BAB14PRAKTIS STPM 14Soalan Struktur1 (a) Takrifkan konsep transformasi luar bandar. [2](b) Nyatakan empat petunjuk yang membuktikan bahawa kawasan luar bandar telah mengalami transformasi luar bandar. [4](i)(ii)(iii)(iv)(c) Huraikan dua faktor yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah petempatan luar bandar di Malaysia. [4](i)(ii)Soalan Esei1 (a) Huraikan peranan dan pengaruh kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan strategi pembangunan luar bandar. [12](b) Bincangkan sebab penyerakan kawasan industri perlu dilakukan ke kawasan luar bandar. [13]
499Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAGEOGRAFIKERTAS 22 JAM 15 MINITArahan kepada calon:Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6 dalam Bahagian B.Jawapan sama ada Soalan 7 atau 8 dalam Bahagian C.Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian BBahagian CJumlahKertas Model STPM (942/ 2)942/2 STPM
500 Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2)Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia[40 markah]Jawab semua soalan.1Fasa Perubahan AirBerdasarkan gambar rajah di atas,(a) nyatakan tiga fasa perubahan air, [3](i)(ii)(iii)(b) jelaskan proses yang terlibat dalam fasa perubahan air berikut: (i) ais kepada air [2](ii) wap air ke air [2]
501Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2) (c) senaraikan tiga kepentingan air terhadap aktiviti domestik. [3](i)(ii)(iii)2Berdasarkan foto di atas,(a) nyatakan proses geomorfologi dan jenisnya yang menyebabkan kejadian di atas, [2]Proses geomorfologi: Jenisnya: (b) huraikan dua faktor fizikal yang menyebabkan kejadian di atas berlaku, [4](i)(ii)
502 Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2)(c) jelaskan dua kesan kejadian di atas terhadap alam sekitar manusia. [4](i)(ii)3 (a) Jelaskan maksud kepupusan sumber. [2](b) Nyatakan dua sumber mineral yang diancam kepupusan di Malaysia. [2](i)(ii)(c) Huraikan tiga impak kemerosotan dan kepupusan sumber terhadap aktiviti manusia. [6](i)(ii)(iii)
503Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2) 4Berdasarkan foto di atas,(a) berikan maksud jenis industri tersebut, [2](b) huraikan dua ciri utama industri di atas, [4](i)(ii)(c) jelaskan dua kepentingan jenis industri di atas terhadap pembangunan ekonomi setempat. [4](i)(ii)
504 Geografi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (942/2)Bahagian B: Alam Sekitar Fizikal[25 markah]Jawab satu soalan sahaja.5 (a) Huraikan proses menegak yang terdapat di dalam kitar hidrologi. [12](b) Nilaikan enam faktor yang mempengaruhi proses kitaran hidrologi. [13]6 (a) Jelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai. [12](b) Bincangkan pengaruh bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [13] Bahagian C: Alam Sekitar Manusia[25 markah]Jawab satu soalan sahaja.7 (a) Jelaskan ciri-ciri pertanian ladang di Malaysia. [12](b) Sejauh manakah faktor ekonomi mempengaruhi kegiatan pertanian ladang di Malaysia? [13] 8 (a) Impak pembangunan ekonomi yang berlebihan dalam sektor pembalakan telah banyak membawa kemerosotan kualiti alam sekitar. Terangkan. [13](b) Jelaskan langkah-langkah bukan perundangan yang dapat membantu mengurangkan kemerosotan kualiti alam sekitar di soalan (a). [12]
505BABFasa Air 1Soalan StrukturSoalan 1(a) Merujuk kepada perubahan sifat air yang berubah bentuk daripada cecair, pepejal, dan gas yang berubah apabila berlaku perubahan tenaga haba pada persekitarannya. [3](b) (i) Fasa cecair(ii) Fasa pepejal(iii) Fasa gas [3](c) (i) Fasa cecair – badan air, iaitu cecair mengalami peningkatan suhu, iaitu proses sejatan berlaku dan berubah menjadi wap air di atmosfera.(ii) Fasa pepejal – wap air mengalami penurunan suhu melalui proses pemejalwapan dan membentuk kristal ais batu (pepejal) di ruang atmosfera. [4]BABKitaran Hidrologi 2Soalan StrukturSoalan 1(a) (i) Proses sejatan(ii) Proses sejatpeluhan(iii) Proses kerpasan(iv) Cegatan silara [4](b) (i) Flora dan fauna musnah – hujan yang berlebihan menyebabkan berlaku banjir, tempat rendah tenggelam, hidupan flora dan fauna mati.(ii) Berlaku tanah runtuh – hujan lebat meresap ke dalam tanah, tanah menjadi tepu, tanah menjadi longgar, jatuh dari kawasan bercerun ke bawah cerun. [4](c) Tumbuhan bertindak sebagai pengimbang dalam kitaran hidrologi apabila proses cegatan silara berlaku. Hujan yang turun akan melalui daun, ranting dan dahan serta batang pokok sebelum memasuki tanah di sekitarnya melalui sistem akar. [2]Soalan 2(a) Kitaran hidrologi merujuk proses perubahan air dalam bentuk pepejal, cecair, dan gas yang berlaku secara berulang-ulang dan berterusan dalam sistem atmosfera. [2](b) (i) Pintasan silara – Proses di mana daun pokok atau silara daun menghalang titisan hujan daripada jatuh terus ke permukaan bumi.(ii) Larian air permukaan – Proses larian ini berlaku apabila intensiti hujan melebihi kadar penyusupan air ke dalam tanih. Larian air permukaan akan mengalir di permukaan tidak beralur dan permukaan beralur. [4](c) (i) Sistem hidrologi di mana sejatan yang tinggi menyebabkan air permukaan berkurangan dan simpanan air bawah tanah juga berkurangan.(ii) Sistem geomorfologi di mana sejatan yang tinggi menyebabkan tanih menjadi kering dan lembapan tanih berkurangan. Nutrien tanih juga semakin merosot. [4]Soalan EseiSoalan 1(a) Faktor suhu. Suhu yang tinggi meningkatkan keupayaan wap air untuk dibebaskan ke atmosfera. Keadaan ini berlaku apabila permukaan air seperti lautan, tasik, sungai, dan empangan menjadi lebih panas. Akibatnya, kadar sejatan akan menjadi lebih tinggi berbanding ketika suhu berada pada paras yang lebih rendah.Faktor angin. Halaju angin yang tinggi akan mempercepatkan proses sejatan kerana angin membantu mengalihkan wap air yang terbentuk di atas permukaan air. Sebaliknya, apabila angin bertiup perlahan atau tenang, proses sejatan akan menjadi lebih lambat. Contohnya, kawasan pinggir laut yang mengalami bayu laut biasanya mempunyai kadar sejatan yang lebih tinggi.Faktor tekanan wap. Perbezaan tekanan antara permukaan air dan lapisan udara di atasnya mempengaruhi kadar sejatan. Tekanan yang tinggi di permukaan air dan tekanan yang rendah di lapisan atas atmosfera akan menggalakkan proses sejatan kerana wap air dapat naik ke udara dengan lebih mudah.Faktor kemasinan air laut. Tahap kemasinan air juga mempengaruhi kadar sejatan. Air yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi seperti air laut akan mengalami sejatan yang lebih perlahan. Sebaliknya, air tawar yang jernih seperti di sungai atau tasik akan mengalami proses sejatan dengan lebih cepat.Faktor pembinaan petempatan. Aktiviti pembinaan petempatan seperti penebusgunaan tanah di kawasan paya menyebabkan pengurangan kawasan badan air semula jadi. Apabila jumlah badan air berkurangan, kadar sejatan juga akan berkurangan kerana sumber wap air di kawasan tersebut menjadi semakin sedikit.Faktor pembalakan. Aktiviti pembalakan menyebabkan bilangan pokok dan daun berkurangan. Hal ini menjejaskan proses sejatpeluhan yang berlaku melalui stoma pada daun. Akibatnya, jumlah wap air yang dilepaskan ke atmosfera turut berkurangan, sekali gus menurunkan kelembapan udara di kawasan tersebut.Secara keseluruhannya, kadar sejatan dipengaruhi oleh pelbagai faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Faktor seperti suhu, angin, tekanan wap, dan kemasinan air memainkan peranan penting dalam menentukan kadar sejatan di sesuatu kawasan. Sementara itu, aktiviti manusia seperti pembinaan, petempatan, dan pembalakan turut memberi kesan terhadap jumlah wap air yang dibebaskan ke atmosfera. Oleh itu, JAWAPAN
Beli eBook di sini!Strategic STPM Geografi Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.Judul-judul Strategic STPM Teks Pra-U:› Pengajian Am Semester 2 › Bahasa Melayu Semester 2 › Biology Semester 2 › Physics Semester 2 › Chemistry Semester 2 › Mathematics Semester 2 › Sejarah Semester 2 › Geografi Semester 2 › Ekonomi Semester 2 › Pengajian Perniagaan Semester 2Juga tersedia:› MUET My Way GEOGRAFITeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2REVISI★ Nota Komprehensif★ Hasil Pembelajaran★ Konsep Geografi★ RumusanPENGUKUHAN & PENTAKSIRAN★ Kuiz★ Praktis STPM★ Kertas Model STPM Semester 2★ JawapanCIRI-CIRI EKSTRA ★ Info Geografi★ Tip Pemeriksa★ Resos Digital KOD QRCIRI-CIRI ISTIMEWAW.M: RM43.95 / E.M: RM45.95AAMVGE2675031A2ISBN: 978-629-498-766-1