PELANGI
Praktis Asas Kecemerlangan
BAHASA MEL AY U
Aktiviti PAK-21 3TAHUN
Praktis Topikal
Praktis Berteraskan DSKP SEMAKAN
Pentaksiran Sumatif KSSR
KBAT & i-THINK
Jawapan Lengkap
Kandungan
Aktiviti PAK-21 ........................................................................................ i – iv
Praktis 1 Keluarga Sejahtera ........................................................ 1 – 9
Praktis 2 Sihat dan Bersih .......................................................... 10 – 18
Praktis 3 Keselamatan Diutamakan ........................................ 19 – 27
Praktis 4 Semangat Perpaduan .............................................. 28 – 35
Praktis 5 Warisan Kita ............................................................. 36 – 43
Praktis 6 Hargailah Alam Kita .................................................. 44 – 51
Praktis 7 Berbudi kepada Tanah ............................................ 52 – 60
Praktis 8 Ekonomi Kita .............................................................. 61 – 68
Pentaksiran Sumatif .............................................................................. 69 – 76
Jawapan ................................................................................................ J1 – J8
Aktiviti PAK-21
Aktiviti 1 : Nyanyian
➢ Lengkapkan lirik lagu di bawah ini yang bertajuk “Gotong-royong di Sekolah”.
➢ Nyanyikan lagu tersebut bersama-sama rakan di dalam kelas mengikut irama
lagu “Bapaku Pulang”.
kebersihan ceria
kawan mengutip memotong
Gotong-royong di Sekolah
Kami gembira ke sekolah
Bergotong-royong bersama-sama
Ayuhlah rakan ayuh kawan
Agar sekolah sentiasa
Kami semua sampah
Guru mengecat pagar sekolah
Taman dan kolam kami bersihkan
Pak Mat rumput di padang
La...la...la...la...la...la...la...la...la...
Kami semua suka hati
Sekolah kami bersih dan ceria
Marilah mari semua
Jaga setiap masa
i © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Aktiviti PAK-21
Aktiviti 2 : Mix-N-Match
➢ Padankan gambar dengan penjodoh bilangan yang betul.
➢ Lengkapkan ayat-ayat yang berikutnya dengan penjodoh bilangan yang sesuai.
helai
bilah
batang
biji
kuntum
gugus
1. Ibu menyimpan se pisau ke dalam laci di dapur.
2. Kakak memetik se bunga mawar di halaman rumah.
3. Se anggur itu dibeli oleh ibu di Pasar Raya Jimat.
4. Abang menulis alamat rakan-rakannya pada se kertas.
5. Nenek meminta kakak memotong se epal untuknya.
6. Harga se pen itu sangat murah.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ii
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Aktiviti PAK-21
Aktiviti 3 : Menghubung Kait
➢ Padankan perkataan-perkataan di bawah ini supaya membentuk simpulan
bahasa.
➢ Tulis simpulan bahasa tersebut berdasarkan maksud yang diberikan.
Dalam Hati Muka Ada
Buah Tangan Ulat Tulang
Air Ringan Bakat Buku
Simpulan Bahasa Maksud
Sudah tentu dapat
Mempunyai kelebihan
Riak wajah seseorang
Orang yang dikasihi
Rajin bekerja
Orang yang tekun membaca
iii © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Aktiviti PAK-21
Aktiviti 4 : Senarai Semak
➢ Tandakan (P) pada kata adjektif perasaan dan (J) pada kata adjektif jarak.
marah rapat
hampir gembira
bimbang jauh
sedih dekat
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. iv
Nama:.............................................................................. Kelas:.............................. T arikh:.......................
1Praktis TEMA 1
Kekeluargaan
Keluarga Sejahtera
Buku Teks Jilid 1 Halaman 1 – 20
A Baca petikan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Kemudian, lengkapkan jadual yang berikutnya dengan ayat tunggal
dan ayat majmuk. KEMAHIRAN MEMBACA
Haziq gemar berkebun. Dia berkebun di belakang rumah. Pelbagai
jenis sayur ditanam oleh Haziq. Antara sayur yang ditanam olehnya
termasuklah sawi, bayam, tomato, dan kacang bendi.
Haziq menyiram tanamannya dua kali sehari. Dia menyiram
tanamannya pada waktu pagi dan petang. Pada hujung minggu, Haziq
akan mencabut rumput dan membubuh baja pada tanamannya.
Haziq gembira kerana sayur-sayuran yang ditanamnya itu sangat
subur. Tidak lama lagi, sayur-sayurannya itu boleh dipetik.
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
SP 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (i) ayat tunggal dan ayat majmuk
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
B Tulis huruf pertama dan terakhir setiap perkataan di bawah ini
menggunakan tulisan berangkai. KEMAHIRAN MENULIS
1. e r k e b u
2. o m a t
3. e n y i r a
4. e l u a r g
5. e r s e n a
SP 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk; (i) huruf
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
C Berceritalah kepada rakan kamu dengan gaya bahasa yang indah dan
santun. Kemudian, lengkapkan jadual yang berikutnya dengan simpulan
bahasa yang terdapat dalam petikan. ASPEK SENI BAHASA
Hari ini hari minggu. Azlin tidak bersekolah. Dia dan keluarganya akan
makan angin ke Port Dickson. Sudah lama mereka sekeluarga tidak
berkelah di sana.
Pagi itu, Azlin mandi dan mengemas tempat tidurnya. Dia yang ringan
tulang itu kemudiannya ke dapur untuk membantu ibu menyediakan
makanan. Mereka sekeluarga sarapan bersama-sama. Azlin hanya alas
perut dengan sekeping roti dan segelas susu.
Mereka bertolak ke Port Dickson pada pukul 9.00 pagi. Mereka tiba
di sana pada pukul 10.30 pagi. Azlin berbelah bagi sama ada hendak
bermandi-manda atau mengambil angin di pantai dengan kakaknya.
Akhirnya, dia memilih untuk berjalan-jalan di pantai dengan kakaknya.
Azlin terserempak dengan penulis terkenal di pantai itu. Dia menegur
penulis itu dan meminta kebenaran untuk bergambar. Dia berasa besar
hati kerana dapat bergambar dengan penulis yang rendah diri itu. Azlin
menceritakan pengalamannya itu kepada ibu dan ayahnya.
Simpulan Bahasa
SP 4.1.1 Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun; (i) simpulan bahasa
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
D Dengar ayat-ayat yang dibacakan oleh guru. Kenal pasti ayat tunggal
dan ayat majmuk dan tulis pada ruangan yang disediakan. Kemudian,
sebutlah ayat-ayat tersebut semula.
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Encik Faizal mengemas bilik stor di belakang rumahnya.
Haziq dan adiknya membantu ibu mereka membersihkan
halaman rumah.
Azlin membantu ibunya memotong sayur di dapur.
Dompet Haikal tercicir di halaman rumahnya.
Ibu menasihati kakak supaya berfikir masak-masak sebelum
menerima tawaran kerja itu.
Abang Hairil menjadi contoh kepada adik-adiknya kerana berjaya
dalam pelajaran dan kerjaya.
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
SP 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan, memahami, dan menyebut dengan betul dan tepat; (i) ayat tunggal (ii) ayat majmuk
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
E Baca perenggan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
KEMAHIRAN MEMBACA
Pada hari minggu yang lalu, Faris sekeluarga membersihkan kawasan
rumah mereka secara gotong-royong. Faris dan kakaknya, Farah
menyapu sampah di sekeliling rumah. Abangnya, Farid mengelap
tingkap. Ibu dan ayah mereka, Puan Fasihah dan Encik Faizal pula
mencuci longkang.
Setelah menyapu sampah, Faris mengumpulkan semua tin dan
botol kosong. Semua tin dan botol kosong itu diasingkan mengikut
jenis yang boleh dikitar semula. Dengan itu, tiada lagi sampah sarap
yang dapat menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk
aedes.
Mereka sekeluarga gembira kerana dapat membersihkan
kawasan rumah bersama-sama. Nyamuk aedes tidak lagi dapat
membiak di sekitar kawasan rumah mereka. Kesihatan mereka juga
terjamin. Kini, kawasan rumah mereka lebih bersih dan kemas.
SP 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (ii) perenggan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
5
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
F Susun frasa di bawah ini supaya menjadi ayat yang gramatis.
KEMAHIRAN MENULIS
1. membersihkan kawasan rumah – Haikal sekeluarga – secara gotong-
royong
2. ke dalam beg plastik sampah – memasukkan sampah sarap itu – Haikal
3. ayah – dengan menggunakan sebilah parang – mencantas dahan
pokok
4. menanam pokok bunga – kakak – untuk mengindahkan halaman rumah
SP 3.2.1 Membina dan menulis; (i) ayat
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
G Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul.
ASPEK TATABAHASA
saya mereka kamu kami kita kalian
Kawan-kawan, hujung minggu nanti ibu dan ayah mengajak saya ke
kedai buku. mahu membelikan saya beberapa buah
buku kerja. Apakah aktiviti pada hujung minggu nanti?
Oh, mahu
ke perpustakaan! Saya hendak
mengulang kaji pelajaran di sana.
Hujung minggu ini, saya dan keluarga
tidak ke mana-mana.
mahu menghabiskan waktu cuti di
rumah bersama-sama.
Azmi, mahu ke mana?
Saya ingin ke koperasi sekolah untuk
membeli alat tulis.
Saya juga mahu ke koperasi sekolah.
Bolehlah ke sana
bersama-sama.
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan golongan kata nama mengikut konteks; (iii) kata ganti nama
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
H Bina perenggan berdasarkan maklumat yang diberikan.
KEMAHIRAN MENULIS
1. ke dapur – bersarapan dengan ibu, ayah, dan abang – mengemas dapur
– menyapu sisa-sisa makanan
Hari ini hari minggu. Saya tidak bersekolah. Selepas mandi dan mengemas
tempat tidur, saya .
Selepas bersarapan, saya membantu ibu
.
2. tidak jauh – berjalan kaki – satu gerai ke satu gerai – membeli ikan, ayam,
dan sayur
Selepas mengemas dapur, saya menemani ibu ke pasar. Pasar itu terletak
. Kami hanya .
Kami berjalan .
Ibu membeli .
3. ibu menyediakan hidangan tengah hari – membantu juga – lakukan pada
hari cuti
Setelah sampai di rumah, saya membantu .
. Ayah dan abang turut .
Itulah yang selalu kami
SP 3.2.1 Membina dan menulis; (iii) perenggan 8
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 1 Keluarga Sejahtera
I Bina ayat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberikan.
ASPEK TATABAHASA
1. memasak
2. menatang
3. membaca
4. dipetik
5. dicatat
SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks; (i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif (ii) kata kerja pasif
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Na mKaS:S..R...B...a..h..a.s..a...M...e..l.a..y..u.. ...T.a..h.u..n..3.. .P..r.a..k.t.is...2..S..ih..a.t..d..a.n..B..e..r.s.i.h... Kelas:.............................. T arikh:.......................
2Praktis TEMA 2
Kesihatan dan Kebersihan
Sihat dan Bersih
Buku Teks Jilid 1 Halaman 21 – 40
A Dengar, faham, dan berikan respons yang sesuai terhadap suruhan
dan permintaan. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1. Haziq, tolong belikan ibu
ubi kentang. Ibu hendak
memasak kari ayam.
2. Husna, kupas halia, bawang,
dan kentang ini. Ibu pula akan
membersihkan isi ayam.
SP 1.1.2 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap; (i) suruhan dan permintaan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
B Selesaikan tugasan di setiap stesen di bawah ini. KEMAHIRAN MENULIS
Stesen 1: Arahan: Susun perkataan supaya menjadi ayat yang gramatis.
Susun
dapat mengeluarkan – bersenam – dalam badan – peluh dan
Perkataan toksin
Stesen 2: Arahan: Bina ayat berdasarkan maklumat yang diberikan.
Bina
Ayat pemakanan seimbang – menyihatkan badan – menghindarkan
diri daripada penyakit
(a) Kita hendaklah
(b) Amalan ini
Stesen 3: Arahan: Tulis ayat di bawah ini semula dengan ejaan dan tanda
Tulis baca yang betul.
Ayat
kita disarankan supaya melakukan pemeriksaan kesehatan
bagi mencegah penyakit terutama penyakit jantung kenser dan
diabetes! Pemeriksaan kesehatan hendaklah dilakukan sekurang
kurangnya dua kali setahun
SP 3.2.1 Membina dan menulis; (i) ayat
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih ASPEK TATABAHASA
C Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.
hampir rapat jauh bimbang gembira malu
Pada hari Sabtu yang lalu, Haziq
sekeluarga ke Taman Tasik Shah Alam
untuk beriadah. Taman itu terletak tidak
dari rumah mereka.
Ayah dan ibu duduk
di sebuah kerusi batu yang terletak di
tepi tasik itu. Terdapat sebuah taman
permainan yang dengan
tempat ibu dan ayahnya duduk. Adik
Haziq, Naufal kerana dapat bermain di taman permainan itu.
Haziq dan kakaknya, Farisya meminta kebenaran daripada ibu dan ayah
untuk berjoging. Ayah berpesan supaya mereka berjoging
antara satu sama lain. Hal ini supaya Farisya dapat memastikan keselamatan
adiknya semasa berjoging.
Semasa berjoging, Haziq terjatuh kerana tersepak seketul batu. Lututnya
berdarah. Farisya lantas membantu adiknya bangun dan duduk di sebuah
kerusi. Haziq berasa kerana beberapa orang di situ melihatnya
terjatuh.
Ibu dan ayah kerana Haziq dan Farisya berjoging dengan
lama. Tidak lama kemudian, Haziq dan Farisya sampai di hadapan ibu dan
ayahnya. Mereka menceritakan perkara yang berlaku. Ibu merawat luka
pada lutut Haziq.
SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks; (i) jarak (ii) perasaan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
D Baca dan fahami petikan. Kemudian, lengkapkan peta pemikiran dengan
maklumat yang betul. KBAT Menganalisis KEMAHIRAN MEMBACA
Doktor : Hari ini doktor akan memeriksa gigi kamu.
Hanisah : Saya takut, doktor.
Doktor : Jangan takut. Doktor akan memeriksa gigi kamu sama ada bersih
atau tidak.
Hanisah : Doktor akan mencabut gigi saya?
Doktor : Sekiranya gigi kamu dalam keadaan baik, doktor tidak akan
mencabutnya. Sekarang kamu duduk di kerusi ini. Mari doktor periksa
gigi kamu dahulu.
Hanisah : Baik, doktor.
Doktor : Nampaknya semua gigi kamu masih dalam keadaan baik. Adakah
kamu tahu tentang cara untuk menjaga kesihatan gigi?
Hanisah : Ibu saya selalu berpesan supaya menggosok gigi dua kali sehari.
Beliau juga meminta saya mengurangkan makan makanan yang
manis seperti aiskrim, kek, dan gula-gula.
Doktor : Betul kata ibu kamu itu. Selain itu, kamu juga harus menggunakan
ubat gigi berfluorida dan banyakkan makan sayur.
Hanisah : Apakah yang perlu saya lakukan lagi, doktor?
Doktor : Jangan takut untuk berjumpa dengan saya enam bulan sekali.
Hanisah : Baiklah, doktor. Terima kasih.
Peta Buih
Cara-cara
Menjaga Gigi
SP 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami; (ii) perenggan (iii) petikan
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
E Bina perenggan berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan.
KBAT Mengaplikasi KEMAHIRAN MENULIS
Cara-cara Mencegah Jangkitan Selesema
menjauhi orang menutup hidung dan mencuci tangan –
ramai – mencegah mulut – tisu – batuk sabun dan air bersih –
kuman – tersebar dan selepas membersihkan
menjangkiti orang lain atau bersin – tisu hidung – tangan kita
harus dibuang – tong
sentiasa bersih
sampah
SP 3.2.1 Membina dan menulis; (ii) perenggan 14
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
F Berceritalah kepada rakan dengan menggunakan gaya bahasa yang
indah dan santun. Kemudian, lengkapkan peta pemikiran dengan
bandingan semacam yang terdapat dalam petikan. ASPEK SENI BAHASA
Aizat berjalan lambat macam kura-kura menuju ke ruang tamu untuk menonton
televisyen. Tiba-tiba, “Aduh, sakitnya!” jerit Aizat. Dia terpijak mainan kecil yang
berserakan di atas lantai. Kakinya berdarah kerana tertusuk bahagian mainan
yang tajam seperti pisau. Aizat tidak nampak mainan itu kerana saiznya yang
kecil macam semut. Setelah mendengar jeritan Aizat, ibunya cepat bagai
kilat mendapatkannya. Melihat keadaan Aizat, ibunya hanya menggeleng-
gelengkan kepalanya.
“Ibu selalu berpesan supaya mengemas mainan kamu semula selepas
bermain. Tetapi kamu sungguh liat macam getah. Akibat sikap kamu yang
malas bagai keldai, kaki kamu juga yang tercedera,” bebel ibu. “Aizat minta
maaf, ibu. Aizat menyesal. Aizat berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” ujar
Aizat kepada ibunya. Ibu hanya mengusap-usap kepala Aizat. Kemudian, ibu
membersihkan luka pada kaki Aizat.
Peta Buih
Bandingan
Semacam
SP 4.1.1 Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun; (ii) bandingan semacam
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
G Dengar dan fahami petikan. Kemudian, berikan respons terhadap soalan
dalam perbualan yang berikutnya. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Pada minggu lepas, Hanim mendengar ceramah tentang demam denggi.
Ceramah itu disampaikan oleh pegawai kesihatan.
Menurut penceramah, demam denggi berpunca daripada sikap individu
yang mengabaikan aspek kebersihan. Misalnya, membiarkan air bertakung
sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Penceramah juga menerangkan tanda-tanda demam denggi, iaitu cirit-birit
dan muntah. Seseorang yang dijangkiti demam denggi juga akan sakit sendi
dan otot, hilang selera makan, dan terdapat ruam merah pada kulit.
Oleh itu, kita hendaklah memakai pakaian yang menutup tubuh bagi
mengelakkan gigitan nyamuk aedes. Kita juga perlu memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk aedes. Di samping itu, pasanglah jaring pada tingkap
rumah bagi mencegah nyamuk masuk ke dalam rumah.
Penceramah juga menasihati hadirin supaya minum air putih dengan lebih
banyak dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta persekitaran.
Rina : Apakah ceramah yang kamu dengar pada hujung minggu lepas?
Hanim : Saya menghadiri ceramah tentang .
Rina : Siapakah yang menyampaikan ceramah itu?
Hanim : Ceramah itu disampaikan oleh .
Rina : Apakah punca yang menyebabkan penyakit demam denggi?
Hanim : Penyakit demam denggi berpunca daripada
.
Rina : Apakah tanda-tanda penyakit demam denggi?
Hanim :
.
Rina : Terima kasih, Hanim. Banyak ilmu yang dapat saya peroleh daripada
perkongsian kamu ini.
Hanim : Sama-sama.
SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir, dan memberikan respons terhadap; (i) soalan bertumpu
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
H Baca petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya. KEMAHIRAN MENULIS
Kesihatan diri penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Terdapat
pelbagai cara untuk menjaga kesihatan. Cara utama menjaga kesihatan
diri adalah dengan bersenam. Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu selama 20 minit. Badan kita akan cergas dan otak kita
akan cerdas.
Seterusnya, kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang manis dan
berlemak. Makanan yang manis dan berlemak dapat menyebabkan kita
menjadi gemuk.
Selain itu, tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk
kesihatan. Apabila kita tidak cukup tidur, badan akan menjadi lemah dan
mudah dijangkiti penyakit.
1. Apakah cara untuk menjaga kesihatan diri?
2. Berapa kalikah kita perlu bersenam dalam seminggu?
3. Apakah kebaikan bersenam?
4. Mengapakah kita perlu mengurangkan makanan manis dan berlemak?
SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan; (i) bertumpu
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Praktis 2 Sihat dan Bersih
I Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. Kemudian,
padankan ayat tersebut dengan gambar yang betul. ASPEK TATABAHASA
atau kerana dan supaya ketika
1. Jadikan amalan membaca sebagai
amalan harian kita
dapat menambahkan pengetahuan.
2. Kita hendaklah membantu golongan
tua orang kurang
upaya melintas jalan raya dengan
selamat.
3. Kita hendaklah menjaga kebersihan
diri terhindar
daripada penyakit.
4. Kita mestilah mengamalkan budaya
beratur hendak
menaiki bas.
5. Kita digalakkan banyak makan buah
sayur supaya tubuh
mendapat vitamin yang mencukupi.
SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (i) kata hubung
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Jawapan
JAWAPAN
Praktis 1 Keluarga Sejahtera E Jawapan murid
A F 1. Haikal sekeluarga membersihkan kawasan
rumah secara gotong-royong.
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
2. Haikal memasukkan sampah sarap itu ke
Haziq gemar berkebun. Antara sayur yang ditanam dalam beg plastik sampah.
olehnya termasuklah sawi, bayam,
Dia berkebun di tomato, dan kacang bendi. 3. Ayah mencantas dahan pokok dengan
belakang rumah. menggunakan sebilah parang.
Dia menyiram tanamannya pada
Pelbagai jenis sayur waktu pagi dan petang. 4. Kakak menanam pokok bunga untuk
ditanam oleh Haziq. mengindahkan halaman rumah.
Pada hujung minggu, Haziq akan
Haziq menyiram mencabut rumput dan membubuh G Mereka; kalian; saya; Kami; kamu; kita
tanamannya dua kali baja pada tanamannya.
sehari. H ke dapur untuk bersarapan dengan ibu, ayah, dan
Haziq gembira kerana sayur- abang.; mengemas dapur dan menyapu sisa-sisa
sayuran yang ditanamnya itu makanan di lantai.; tidak jauh dari rumah.; berjalan
sangat subur. kaki ke sana.; dari satu gerai ke satu gerai.; ikan,
ayam, dan sayur.; ibu menyediakan hidangan
B 1. erkebu tengah hari.; membantu juga.; lakukan pada hari
cuti.
2. oma t
I 1. Kakak memasak kari ayam untuk hidangan
3. enyi ra tengah hari.
4. e luarg 2. Kakak menatang sedulang teh untuk
dihidangkan kepada tetamu.
5. e r s e na
3. Ayah membaca surat khabar di ruang tamu.
C 4. Cili-cili padi itu dipetik oleh ibu untuk dibuat
Simpulan Bahasa masak lemak ayam.
5. Pemerhatian itu dicatat oleh Alisa pada buku
makan angin mengambil angin
notanya.
ringan tulang besar hati
Praktis 2 Sihat dan Bersih
alas perut rendah diri
A 1. Baiklah, ibu. Saya akan belikan ibu ubi kentang.
D 2. Baiklah, ibu. Saya akan mengupas halia,
Ayat Tunggal Ayat Majmuk bawang, dan kentang ini.
Encik Faizal mengemas Haziq dan adiknya membantu ibu B Stesen 1
Bersenam dapat mengeluarkan peluh dan toksin
bilik stor di belakang mereka membersihkan halaman
dalam badan.
rumahnya. rumah.
Stesen 2
Azlin membantu Ibu menasihati kakak supaya (a) mengamalkan pemakanan yang seimbang.
ibunya memotong berfikir masak-masak sebelum (b) dapat menyihatkan badan dan menghindarkan
sayur di dapur. menerima tawaran kerja itu. diri daripada penyakit.
Dompet Haikal tercicir Abang Hairil menjadi contoh Stesen 3
di halaman rumahnya. kepada adik-adiknya kerana Kita disarankan supaya melakukan pemeriksaan
berjaya dalam pelajaran dan
kerjaya. kesihatan bagi mencegah penyakit terutama
penyakit jantung, kanser, dan diabetes.
Pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
C jauh; rapat; hampir; gembira; dekat; malu; bimbang
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 Jawapan
D Cara-cara Menggosok I
Menjaga gigi
Banyakkan 1.
makan sayur Gigi Kurangkan
makan makanan Jadikan amalan membaca sebagai
Gunakan ubat amalan harian kerana kita dapat
gigi berfluorida yang manis menambahkan pengetahuan.
E Kita hendaklah menjauhi orang ramai sekiranya 2.
bersin atau batuk. Cara ini dapat mencegah kuman
daripada tersebar dan menjangkiti orang lain. Kita hendaklah membantu
golongan tua atau orang kurang
Kita juga hendaklah menggunakan tisu untuk upaya melintas jalan raya dengan
menutup hidung dan mulut apabila batuk atau selamat.
bersin. Selepas itu, tisu tersebut hendaklah dibuang
ke dalam tong sampah. 3.
Akhir sekali, kita hendaklah mencuci tangan Kita hendaklah menjaga kebersihan
dengan sabun dan air yang bersih selepas diri supaya terhindar daripada
membersihkan hidung. Dengan itu, tangan kita penyakit.
akan sentiasa bersih.
4.
F lambat
macam Kita mestilah mengamalkan
malas bagai kura-kura budaya beratur ketika hendak
keldai menaiki bas.
tajam
seperti pisau 5. Kita digalakkan banyak makan
Bandingan buah dan sayur supaya tubuh
Semacam mendapat vitamin yang mencukupi.
liat macam kecil macam Praktis 3 Keselamatan Diutamakan
getah semut
A 1. bercucuk tanam
cepat bagai 2. tumbuhan yang berbatang hijau, berisi, dan
kilat
berduri
G demam denggi.; pegawai kesihatan.; sikap individu 3. menghilangkan; menghapuskan
yang mengabaikan aspek kebersihan.; Antara 4. mencurahkan air pada sesuatu
tanda demam denggi termasuklah cirit-birit dan 5. tumbuh dengan baik
muntah, sakit sendi dan otot, hilang selera makan, 6. menaruh di tempat yang selamat
serta terdapat ruam merah pada kulit. 7. tempat tinggal
H 1. Cara utama menjaga kesihatan diri adalah B 1. Puan Sarah menyimpan pisau di tempat yang
dengan bersenam. tinggi supaya sentiasa selamat dan tidak
dapat dicapai oleh kanak-kanak.
2. Dalam seminggu, kita perlu bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali. 2. Jika kita tidak menutup makanan yang telah
dimasak, kita akan keracunan makanan akibat
3. Bersenam dapat menjadikan badan kita makanan tersebut dihinggapi lalat.
cergas dan otak kita cerdas.
3. Shahida mengelap air yang tumpah di atas
4. Kita perlu mengurangkan makanan manis dan lantai dengan segera supaya lantai tidak licin.
berlemak kerana makanan sebegini dapat
menyebabkan kita menjadi gemuk. 4. Sikap yang dimiliki oleh Shahida ialah
bertanggungjawab, prihatin, rajin, dan bijak.
C seperti lipas kudung; bagai pelita kehabisan
minyak; seperti tikus membaiki labu; pisang
berbuah dua kali
D siapa; Bila; mengapa; Apa; Di mana
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
Praktis Asas Kecemerlangan PRAKTIS PINTAR KSSR FRC323012 Praktis PINTAR
Subjek TAHUN
BAHA SA Bahasa 1 234 56
MELAYU Melayu
Tatabahasa ✔✔✔✔ ✔✔
✔ ✔✔
3TAHUN Penulisan ✔✔✔
English ✔✔✔✔✔✔
Grammar ✔✔✔
SEMAKAN Writing ✔✔✔
KSSR
Matematik / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ Bahasa Melayu
Siri PRAKTIS PINTAR KSSR menampilkan praktis Mathematics
topikal sebagai bahan tambahan kepada buku teks
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sains / ✔✔✔✔✔✔
Science
Praktis yang dimuatkan boleh digunakan sebagai
bahan pengukuhan dan pengayaan, serta sebagai Sejarah ✔✔✔
pentaksiran formatif untuk mengukur tahap
pembelajaran murid. Konsep KBAT dan i-THINK Pendidikan ✔✔✔✔✔✔
turut diterapkan untuk memenuhi keperluan yang Islam ✔✔✔✔✔✔
terkini.
Pelajaran
Pentaksiran sumatif disediakan juga untuk menilai Jawi
pencapaian keseluruhan murid. Siri ini sememangnya
pilihan yang terbaik untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap subjek.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022 Tahun 3
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2022
PELANGI W.M: RM7.50 /E.M: RM7.80
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. FRC323012
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. ISBN: 978-967-2878-35-3
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).