Chong Yoon Choi & Rajanderan Subramaniam (Penulis Buku Teks) Halaman Berwarna! Kod QR Geografi PELANGI KC117054 Tingkatan 1.2.3 KSSM
Tingkatan 1 BAB 1 Arah 1 1.1 Arah Mata Angin 2 1.2 Cara Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari 3 1.3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas 4 1.4 Bearing Sudutan 6 BAB 2 Kedudukan 9 2.1 Kedudukan Relatif 10 2.2 Latitud dan Longitud 12 BAB 3 Peta Lakar 16 3.1 Ciri-ciri Peta Lakar 17 3.2 Simbol-simbol dalam Peta Lakar 18 3.3 Pandang Darat Fizikal dan Pandang Darat Budaya 19 3.4 Langkah-langkah Melukis Peta Lakar 20 BAB 4 Lakaran Peta Malaysia 21 4.1 Kedudukan Negeri-negeri di Malaysia 22 4.2 Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia 24 4.3 Melakar Peta Malaysia 26 BAB 5 Bumi 27 5.1 Sistem Fizikal Bumi 28 5.2 Struktur Bumi 30 5.3 Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat 31 5.4 Kesan Pergerakan Kerak Bumi 33 BAB 6 Bentuk Muka Bumi 38 6.1 Bentuk Muka Bumi di Malaysia 39 6.2 Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia 40 6.3 Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia 48 BAB 7 Saliran 53 7.1 Pandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai 54 7.2 Sungai dan Tasik Utama di Malaysia 56 7.3 Kepentingan Sungai dan Tasik Utama di Malaysia 58 BAB 8 Penduduk di Malaysia 61 8.1 Taburan Penduduk di Malaysia 62 8.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia 64 ii
BAB 9 Petempatan di Malaysia 66 9.1 Jenis-jenis Petempatan di Malaysia 67 9.2 Pola Petempatan di Malaysia 68 9.3 Fungsi Petempatan Bandar dan Luar Bandar 69 BAB 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara 72 10.1 Negara-negara di Asia Tenggara 73 10.2 Bentuk Muka Bumi di Asia Tenggara 74 10.3 Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara 76 BAB 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara 78 11.1 Taburan Penduduk Asia Tenggara 79 11.2 Fungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara 81 BAB 12 Sumber Air 84 12.1 Jenis-jenis Sumber Air 85 12.2 Punca Krisis Air di Malaysia 86 12.3 Kesan Krisis Air di Malaysia 88 12.4 Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air 89 BAB 13 Sisa Domestik 90 13.1 Jenis-jenis Sisa Domestik 91 13.2 Sisa-sisa Domestik di Malaysia 91 13.3 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia 92 13.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik 93 Tingkatan 2 BAB 1 Skala dan Jarak 95 1.1 Skala 96 1.2 Jarak 97 1.3 Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala Peta 98 BAB 2 Peta Topografi 103 2.1 Maksud Peta Topografi 104 2.2 Garisan Timuran dan Garisan Utaraan 105 2.3 Rujukan Grid 106 2.4 Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya 109 2.5 Mentafsir Peta Topografi 111 BAB 3 Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim 114 3.1 Pergerakan Bumi 115 3.2 Putaran Bumi 116 3.3 Peredaran Bumi 119 BAB 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia 123 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia 124 iii
4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia 129 4.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia 131 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia 133 BAB 5 Pengangkutan di Malaysia 135 5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia 136 5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia 140 5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia 144 5.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia 145 5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air 146 5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia 148 5.7 Amalan Pengangkutan Lestari 149 BAB 6 Telekomunikasi di Malaysia 150 6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia 151 6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia 152 6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia 154 6.4 Kesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara 155 6.5 Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika 156 BAB 7 Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia 157 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia 158 7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia 160 7.3 Zon Iklim Sejuk 162 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana 164 7.5 Zon Iklim Panas Sederhana 166 7.6 Zon Iklim Panas 168 BAB 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 170 8.1 Jenis Pengangkutan di Asia 171 8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia 177 8.3 Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar 179 BAB 9 Pemanasan Global 180 9.1 Maksud Pemanasan Global 181 9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global 182 9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global 183 9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global 185 BAB 10 Teknologi Hijau 187 10.1 Konsep Teknologi Hijau 188 10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau 188 10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau 189 iv
10.4 Kepentingan Teknologi Hijau 190 10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau 191 Tingkatan 3 BAB 1 Jadual dan Graf 193 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual 194 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf 195 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual 198 1.4 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 199 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 203 BAB 2 Carta Pai 205 2.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Carta Pai 206 2.2 Langkah-langkah Membina Carta Pai 206 2.3 Mentafsir Carta Pai 208 BAB 3 Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 211 3.1 Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuhtumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 212 3.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 213 BAB 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia 221 4.1 Jenis dan Taburan Tumbuhtumbuhan Semula Jadi di Malaysia 222 4.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuhtumbuhan Semula Jadi di Malaysia 228 4.3 Kepentingan Tumbuhtumbuhan Semula Jadi di Malaysia 229 4.4 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia 231 BAB 5 Hidupan Liar di Malaysia 232 5.1 Hidupan Liar di Malaysia 233 5.2 Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia 235 5.3 Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia 238 5.4 Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia 239 BAB 6 Sumber Semula Jadi di Malaysia 243 6.1 Sumber Semula Jadi di Malaysia 244 6.2 Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia 246 v
6.3 Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia 250 BAB 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia 252 7.1 Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia 253 7.2 Taburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia 254 7.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia 260 7.4 Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia 266 BAB 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia 268 8.1 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia 269 8.2 Kepentingan Tumbuhtumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia 273 BAB 9 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia 274 9.1 Taburan Sumber Semula Jadi Utama di Dunia 275 9.2 Krisis Sumber Semula Jadi di Dunia 277 9.3 Contoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa 278 9.4 Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa 280 BAB 10 Sumber Hutan 281 10.1 Sumber Hutan 282 10.2 Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia 283 10.3 Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia 284 10.4 Peranan Agensi dalam Pengurusan Hutan di Malaysia 287 BAB 11 Kitar Semula 289 11.1 Elemen Kitar Semula 290 11.2 Kepentingan Amalan Kitar Semula 292 11.3 Amalan Kitar Semula di Malaysia 293 11.4 Amalan Kitar Semula di Negara-negara Lain 296 Panduan Kerja Lapangan 300 Pelaksanaan Kerja Lapangan 301 Format Penulisan Kerja Lapangan 303 Contoh Laporan Kerja Lapangan 304 Jawapan 316 Kertas Model UASA Tingkatan 1 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ Ranger/Geografi/KMUASATg1.pdf Kertas Model UASA Tingkatan 2 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ Ranger/Geografi/KMUASATg2.pdf Kertas Model UASA Tingkatan 3 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ Ranger/Geografi/KMUASATg3.pdf vi
1 Langkah-langkah Menentukan Arah Menggunakan Kompas Bearing sudutan Dinyatakan dalam unit darjah (0°) Guru Rakan Buku Laman web Diberi nilai 0° hingga 360° Diukur dari arah utara Diukur menggunakan jangka sudut Bearing Sudutan Arah mata angin Arah mata angin utama Arah mata angin perantaraan Utara Timur Selatan Barat Timur Laut Tenggara Barat Daya Barat Laut Arah Mata Angin Letakkan kompas di atas permukaan yang rata. Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arahnya. Orientasikan kompas perlahanlahan sehingga jarum kompas menunjuk ke arah utara. Tentukan arah objek itu berpandukan kompas yang telah diorientasikan. Letakkan jangka sudut tepat di atas arah mata angin. Lukis garisan lurus dari X ke Y. Tentukan dua titik yang hendak diukur bearingnya (titik X dan Y). Ukur sudut mengikut pusingan jam (dari 0° ke garisan XY). Lukis arah mata angin melalui titik rujukan. Galeri i-THINK Langkah-langkah Mengukur Bearing Sudutan Bab Arah 1 Kemahiran Geografi
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 2 1.1 Arah Mata Angin 1. Arah ialah hala tuju sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain. 2. Arah sesuatu tempat dapat ditentukan dengan berpandukan: (a) arah terbit dan terbenam matahari (b) kumpulan bintang (buruj) pada waktu malam (c) arah mata angin kompas 3. Terdapat empat arah mata angin utama, iaitu Utara (U), Timur (T), Selatan (S) dan Barat (B). 4. Di antara keempat-empat arah mata angin, terdapat arah mata angin perantaraan, iaitu Timur Laut (TL), Tenggara (Tg), Barat Daya (BD) dan Barat Laut (BL). Selatan Utara Barat Timur Selatan Utara Timur Barat laut Timur laut Barat daya Tenggara Barat Rajah 1.1 Empat arah mata angin utama Rajah 1.2 Lapan arah mata angin PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Tandakan (✓) pada arah mata angin utama: (a) Utara (c) Selatan (b) Tenggara (d) Barat Daya 2. Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan arah tempat-tempat yang berikut. Tempat Arah (a) Surau (b) Kantin (c) Pejabat (d) Bengkel (e) Padang (f) Pusat sumber Kantin Padang Pejabat U Surau Pusat sumber Bengkel
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 3 Cara Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari 1.2 1. Bumi berputar pada paksinya mengikut arah dari barat ke timur. 2. Putaran bumi menyebabkan matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. 3. Hal ini membolehkan kita menentukan arah mata angin berpandukan matahari. Langkah-langkah Menentukan Arah Mata Angin Berpandukan Matahari Tangan kiri anda menghala ke arah utara dan tangan kanan anda menghala ke arah selatan. Berdiri di kawasan lapang dengan menghadap ke arah matahari terbit. Depakan kedua-dua belah tangan anda. Anda menghadap ke timur, manakala belakang anda ialah barat. Rajah 1.3 Cara menentukan arah mata angin menggunakan matahari PRAKTIS FORMATIF 1.2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. Jika anda berdiri dengan tangan kanan anda menunjukkan arah timur, iaitu arah matahari terbit, tangan kiri anda akan menunjukkan arah 1. . Anda berdiri menghadap ke arah 2. dan arah di belakang anda ialah 3. .
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 4 Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas 1.3 1. Kompas digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat dengan tepat. 2. Pada permukaan kompas ditandakan dengan lapan arah mata angin. 3. Jarum kompas yang dibuat daripada magnet sentiasa menunjukkan arah utara kerana dipengaruhi oleh tarikan magnet dari Kutub Utara bumi. 4. Kompas mesti diletakkan pada permukaan yang rata dan dijauhi daripada bahan besi untuk mendapatkan bacaan arah yang lebih tepat. 5. Kompas mudah dibawa ke mana-mana kerana kecil dan ringan. Langkah-langkah Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas Rajah 1.4 Kompas Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arahnya. Baca arah objek dengan berpandukan kompas. Arah pokok ialah barat. Letakkan kompas pada permukaan yang rata. Pastikan tidak ada sebarang objek besi berhampiran. Orientasikan kompas dengan memusingkan kompas secara perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjuk ke arah utara.
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 5 Menentukan Arah Tempat di Kawasan Sekolah Menggunakan Kompas Utara Barat Timur Selatan Perpustakaan Pejabat Makmal komputer Surau Tenggara Timur laut Barat laut Barat daya Taman Sains Dewan Padang Kantin Rajah 1.5 Arah tempat-tempat di kawasan sekolah PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul tentang kompas. (a) Kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat. (b) Permukaan kompas ditandakan dengan empat arah mata angin utama sahaja. (c) Kompas mesti diletakkan pada permukaan yang rata untuk mendapatkan bacaan yang tepat. (d) Kompas perlu diorientasikan supaya jarumnya menghadap ke arah utara. 2. Mengapakah jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara?
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 6 1.4 Bearing Sudutan 1. Arah sesuatu tempat dapat ditentukan menggunakan bearing. 2. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat dari suatu titik rujukan. 3. Titik rujukan ialah sesuatu objek atau tempat yang dirujuk untuk menyatakan arah objek atau tempat yang lain. 4. Bearing dinyatakan dalam unit darjah (°). 5. Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara, iaitu dari 0° mengikut arah pusingan jam. 6. Bearing sudutan diukur menggunakan jangka sudut. Utara (360°/0°) Barat (270°) Timur (90°) Selatan (180°) Rajah 1.6 Bearing sudutan diberi nilai 0° hingga 360° Rajah 1.7 Jangka sudut Langkah-langkah Mengukur Bearing Sudutan A Mengukur bearing sudutan kurang daripada 180° Mengukur bearing sudutan dari sekolah ke masjid Lukis garisan lurus dari sekolah ke masjid. Letakkan jangka sudut tepat di atas arah mata angin. Pastikan pusat jangka sudut terletak pada titik rujukan. Lukis arah mata angin pada titik rujukan, iaitu sekolah. Baca nilai sudut dari 0° mengikut pusingan jam hingga ke garisan.
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 7 Masjid Sekolah U Masjid Sekolah U 60° B Mengukur bearing sudutan melebihi 180° Mengukur bearing sudutan dari sekolah ke bank Lukis garisan lurus dari sekolah ke bank. Letakkan jangka sudut di sebelah barat arah mata angin. Lukis arah mata angin pada titik rujukan, iaitu sekolah. Ukur sudut dari selatan hingga ke garisan. Ukurannya ialah 75°. Bearing sudutan dari sekolah ke masjid ialah 60°.
Geografi Tingkatan 1 Bab 1 Arah 1 8 Sekolah U MAIBANK 75° Bank PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. (a) Bearing sudutan diukur dari arah mengikut arah . (b) Bearing sudutan diberi nilai hingga . (c) Bearing sudutan ditentukan menggunakan . 2. Cari bearing sudutan tempat-tempat yang berikut dari titik Y. (a) U Y Klinik (b) U Y Sekolah Bearing sudutan klinik dari Y ialah . Bearing sudutan sekolah dari Y ialah . Bearing sudutan dari sekolah ke bank ialah 255° (180° + 75°). Apakah alat yang sesuai untuk mengukur bearing? Kuiz Kuiz
95 Galeri i-THINK Bab Skala dan Jarak 1 Kemahiran Geografi Skala Skala lurus Skala penyata Pecahan wakilan 1 cm mewakili 1 km 1 : 100 000 Jenis skala 0 1 2 3 4 km Jarak Mutlak dan Jarak Relatif Menentukan Jarak Sebenar Jarak sebenar Ukuran jauh Perbandingan Meter / Kilometer Kos / Masa Tetap Berubah Jarak mutlak Jarak relatif Tandakan × di kedua-dua tempat di mana jaraknya akan ditentukan. Letakkan pembaris pada garisan yang telah dilukis. Ukur jaraknya. Tentukan jarak sebenar berdasarkan skala pada peta. Sambungkan kedua-dua tanda × dengan garisan lurus.
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 96 1.1 Skala 1. Skala ialah nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi. 1 sentimeter jarak di atas peta mewakili 1 kilometer jarak sebenar di atas permukaan bumi Jenis-jenis skala Pecahan wakilan 1 : 100 000 (1 nisbah 100 000) Skala penyata 1 cm mewakili 1 km Skala lurus • Skala lurus mudah 0 1 2 3 4 km • Skala lurus penuh 1 000 m 0 1 2 3 km PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan skala? 2. Nyatakan jenis skala yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Skala Jenis skala (a) 0 1 2 3 4 km (b) 1 cm mewakili 10 km (c) 1 : 200 000 3. Apakah maksud skala-skala yang berikut? (a) 0 1 2 3 4 5 km (b) 1 cm mewakili 2 km (c) 1 : 50 000
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 97 1.2 Jarak Jarak Jarak relatif • Berdasarkan kos dan masa. • Tidak tetap dan berubah-ubah berdasarkan jenis pengangkutan. • Contoh: Perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur dengan bas; ➢ Kos (tambang) ialah RM12.00 ➢ Masa perjalanan ialah 2 jam Jarak mutlak • Jarak sebenar antara dua tempat. • Dinyatakan dalam unit meter dan kilometer. • Tetap dan tidak berubah. • Contoh: Jarak dari Melaka ke Kuala Lumpur ialah 102 km. Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain Menentukan Jarak Mutlak dan Jarak Relatif 1. Perbandingan antara jarak mutlak dengan jarak relatif: (a) Jarak mutlak adalah tetap. (b) Jarak relatif dinyatakan berdasarkan kos dan masa. (c) Kos dan masa dipengaruhi oleh jenis pengangkutan yang digunakan. Rumah Jasni Rumah Mei Ai 2.5 km U 7.0 km 3.0 km Sekolah Rumah Punitha Rajah 1.1 Jarak mutlak rumah Jasni, Mei Ai dan Punitha dari sekolah
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 98 Jarak mutlak dan jarak relatif di antara rumah murid dengan sekolah Perkara / Murid Jasni Mei Ai Punitha Jarak mutlak 3.0 km 5.5 km 7.0 km Jarak relatif Jarak berdasarkan kos: • Teksi • Bas • Basikal RM3.00 RM1.50 RM0.00 RM5.50 RM2.75 RM0.00 RM7.00 RM3.50 RM0.00 Jarak berdasarkan masa • Teksi • Bas • Basikal 6 minit 12 minit 18 minit 11 minit 22 minit 33 minit 14 minit 28 minit 42 minit PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Nyatakan jenis jarak berdasarkan pernyataan yang berikut: (a) Diukur dalam unit meter dan kilometer (b) Dinyatakan berdasarkan kos dan masa 2. Apakah kelebihan jarak mutlak berbanding dengan jarak relatif? Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala Peta 1.3 1. Mengukur jarak lurus menggunakan skala penyata. Mengukur jarak sebenar di antara rumah Nurul dengan sekolah Rumah Nurul Pekan Wira Sek. Kampung Aman PETUNJUK Jalan raya Petempatan Sek. Sekolah Padi sawah Skala 1 cm mewakili 1 km U
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 99 Pengiraan jarak sebenar: • Jarak di atas peta ialah 5 cm. • Skala peta: 1 cm mewakili 1 km. • Jarak sebenar di antara rumah Nurul dengan sekolah ialah 5 cm × 1 km = 5 km. Letakkan pembaris pada garisan yang dilukis. Ukur jaraknya. Lukiskan satu garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua tanda ✗ tersebut. Tandakan titik ✗ di rumah Nurul dan di sekolah. 2. Mengukur jarak sebenar menggunakan skala pecahan wakilan. Mengukur jarak sebenar di antara Kampung Aman dengan Pekan Wira Rumah Nurul Pekan Wira Sek. Kampung Aman PETUNJUK Jalan raya Petempatan Sek. Sekolah Padi sawah Skala 1 : 100 000 U Pengiraan jarak sebenar: • Jarak di atas peta ialah 7 cm. • Jarak sebenar di antara Kampung Aman dengan Pekan Wira ialah 7 cm × 1 km = 7 km. Ukur jarak di antara Kampung Aman dengan Pekan Wira menggunakan pembaris. Jarak ialah 7 cm. Tukar jarak 7 cm kepada jarak sebenar. Pecahan wakilan: 1 : 100 000 atau 1 cm mewakili 1 km Tandakan ✗ pada kedudukan Kampung Aman dan Pekan Wira. 3. Mengukur jarak sebenar menggunakan skala lurus. Mengukur jarak sebenar di antara rumah Muthu dengan stesen bas menggunakan jangka tolok
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 100 Langkah 1 Tandakan ✗ pada kedudukan rumah Muthu dan stesen bas. Rumah Muthu Stesen bas PETUNJUK Jalan raya Petempatan 0 Skala 2 4 km U Stesen bas X X Langkah 2 Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada tanda ✗ di rumah Muthu dan stesen bas. Rumah Muthu Jangka tolok Stesen bas PETUNJUK Jalan raya Petempatan 0 Skala 2 4 km U Stesen bas X X Langkah 3 Pindahkan jangka tolok ke atas skala. Pengiraan jarak sebenar: • Jarak di atas peta ialah 4 cm • Skala peta: 1 cm mewakili 2 km • Jarak sebenar di antara rumah Muthu dengan stesen bas ialah = 4 × 2 km = 8 km 2 000 m 0 2 4 6 8 10 km
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 101 4. Mengukur jarak melengkung menggunakan pecahan wakilan. Mengukur jarak sebenar Sungai Bakti di antara titik A dengan titik B mengikut lengkungan sungai Langkah 1 Tandakan ✗ di titik A dan titik B pada Sungai Bakti. Sungai Bakti Petempatan Sungai Getah Skala 1 : 100 000 PETUNJUK A B U Langkah 2 • Letakkan benang di titik A. Tandakan titik A pada benang. • Letakkan benang mengikut lengkungan sungai dari titik A ke titik B. • Tandakan titik B pada benang. Sungai Bakti Petempatan Sungai Getah Skala 1 : 100 000 PETUNJUK A B U Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta VIDEO
Geografi Tingkatan 2 Bab 1 Skala dan Jarak 2 102 Langkah 3 Rentangkan benang di atas pembaris. Ukur jaraknya. 0cm 1 2 3 4 5 6 7 A B Benang Pembaris Pengiraan jarak sebenar: • Jarak di antara titik A dengan titik B ialah 5 cm • Skala peta: 1 : 100 000, iaitu 1 cm mewakili 1 km • Jarak sebenar Sungai Bakti (dari titik A ke titik B) ialah = 5 × 1 km = 5 km PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Berdasarkan peta di bawah, kira jarak tempat-tempat yang berikut. PETUNJUK Petempatan Sungai Jalan raya Hosp. Hospital P.P. Pejabat pos Skala 1 : 100 000 U Jalan Megah Sungai Jasa Rumah Ah Chong Hosp. P.P. X Y Tempat Jarak pada peta (cm) Jarak sebenar (km) (a) Jarak lurus di antara rumah Ah Chong dengan hospital (b) Panjang Sungai Jasa dari titik X ke titik Y (c) Jarak dari pejabat pos ke hospital
3 193 Galeri i-THINK Bab Jadual dan Graf 1 Kemahiran Geografi Kaedah Pengumpulan Maklumat Langkah-langkah Membina Graf Gabungan Banci Temu bual Pemerhatian Kaedah pengumpulan maklumat Kepustakaan Lukiskan dua paksi menegak dan satu paksi mendatar pada kertas graf Plotkan nilai mengikut paksi menegak kedua dan sambungkan titik-titik itu Pilih skala yang sesuai untuk menunjukkan data dan maklumat Labelkan paksi menegak, paksi mendatar, petunjuk dan tulis tajuk Lukiskan bar menegak dan lorek mengikut data yang dikumpul Soal selidik
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 194 1.1 Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual 1. Jadual merujuk data dan maklumat yang dikumpul dan disusun dalam bentuk kolum (ruang) secara menegak dan mendatar. 2. Ciri-ciri yang terkandung dalam jadual ialah tajuk, data dan maklumat dalam angka serta sumber. 3. Data dan maklumat yang diperoleh perlu disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir. 4. Bagi data dan maklumat yang dikumpul lebih daripada satu perkara, jumlah kolum akan bertambah mengikut jumlah perkara. 5. Antara kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat ialah: (a) Kaedah pemerhatian – Dikumpul melalui pemerhatian (b) Kaedah kepustakaan – Merujuk dan membaca bahan-bahan yang telah diterbitkan seperti buku, surat khabar, laman sesawang dan majalah (c) Kaedah temu bual – Berjumpa secara langsung dengan seseorang dan mengemukakan persoalan (d) Kaedah banci – Pengumpulan maklumat dengan menghitung jumlah penduduk di sesuatu lokasi (e) Kaedah soal selidik – Mengumpul maklumat dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai secara rawak Contoh Migrasi Antarabangsa (Imigran) ke Negara X pada tahun 2018 Negara Bilangan imigran (ribu) Indonesia 10 Bangladesh 8 Vietnam 6 Kemboja 4 Filipina 2 Jumlah 30 (Sumber: Jabatan Perangkaan Negara X, 2019) PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Nyatakan dua ciri jadual. 2. Senaraikan lima kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat.
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 195 1.2 Ciri-ciri dan Kegunaan Graf Graf Bar Mudah 1. Graf bar mudah terdiri daripada paksi menegak, paksi mendatar, skala, petunjuk dan tajuk. 2. Graf ini dilukis secara menegak atau mendatar. 3. Ketinggian sesuatu bar menunjukkan kuantiti sesuatu data dan maklumat. 4. Data dan maklumat yang dikumpul dapat dipersembahkan dengan mudah. 5. Angka yang diperoleh digunakan untuk melukis ketinggian setiap bar. 6. Perbandingan komponen data dan maklumat dalam graf dapat dilihatkan dengan jelas. Contoh Cara Murid Tingkatan 3 Columbus Datang ke Sekolah pada Tahun 2018 Skala: 1 cm mewakili 1 orang Bilangan murid (orang) Cara murid datang ke sekolah 1 0 3 2 5 4 7 6 9 10 8 PETUNJUK Kereta Van Bas MRT Jalan kaki Paksi menegak Tajuk Petunjuk Bar Paksi mendatar
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 196 Graf Garisan Mudah 1. Graf garisan mudah menggunakan garisan untuk menunjukkan nilai sesuatu ciri. 2. Graf garisan mudah sesuai digunakan untuk menggambarkan perubahan secara berterusan seperti perubahan suhu, pertumbuhan penduduk, pengeluaran hasil tanaman dan pertambahan barangan jualan bagi sesuatu tempoh. 3. Kecerunan garisan dalam graf yang berbentuk curam menunjukkan perubahan yang besar. 4. Aliran garisan yang landai menunjukkan perubahan yang kecil. 5. Garisan yang mendatar pula bermaksud tiada perubahan pada nilai. Contoh Jumlah Eksport Kelapa Sawit ke Luar Negara antara Tahun 2013 – 2018 Jumlah eksport (tan) 1000 800 600 400 200 2013 2014 2015 2016 2017 2018 0 Tahun Skala: 1 cm mewakili 200 tan metrik Tajuk Garisan Paksi menegak Paksi mendatar Graf Gabungan 1. Graf gabungan merupakan gabungan graf bar mudah dan graf garisan mudah. 2. Graf gabungan menggambarkan dua maklumat yang berbeza dalam satu graf. 3. Graf bar akan dilukis di bahagian bawah manakala graf garisan dilukis di atas graf bar. 4. Skala yang dipilih haruslah tepat dan sesuai bagi menggambarkan perbezaan maklumat dalam graf gabungan. 5. Graf gabungan menunjukkan data dan maklumat bagi dua komponen yang berbeza seperti suhu dan hujan serta eksport barangan dan harga barangan.
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 197 Contoh 50 100 150 200 250 300 350 400 10 5 0 15 20 25 30 Hujan (mm) Suhu (°C) J F M A M Bulan J J O S O N D Suhu dan Hujan Bulanan Bandar Y Tahun 2018 Tajuk Paksi menegak Paksi menegak Paksi mendatar Garisan Bar PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Senaraikan lima ciri graf bar mudah. 2. Apakah yang anda faham mengenai kecerunan garisan dalam graf garisan mudah? 3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. (a) Graf gabungan meliputi gabungan dan . (b) Graf palang dilukis di bahagian manakala graf garisan dilukis di bahagian . (c) Graf gabungan menunjukkan dan bagi dua komponen yang berbeza.
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 198 1.3 Langkah-langkah Membina Jadual 1. Data dan maklumat yang dikutip secara rawak harus disusun dalam bentuk jadual. Rumah sukan murid Tingkatan 3 Dickens pada tahun 2019 Bil. Nama murid Rumah sukan Bil. Nama murid Rumah sukan 1. Riyaad Biru 9. Brian Biru 2. Chin Wei Hijau 10. Putra Aaron Hijau 3. Lik Joe Kuning 11. Iskandar Biru 4. Mohd Hanafi Biru 12. Azriel Merah 5. Lee Wei Biru 13. Kareena Hijau 6. Roshan Hijau 14. Preshna Kuning 7. Joe Yee Kuning 15. Chloe Loi Biru 8. Min Li Merah 16. Nurshamimi Merah 2. Maklumat dan data yang dikumpul dinyatakan dengan membina jadual kekerapan. Rumah sukan murid Tingkatan 3 Dickens pada tahun 2019 Rumah sukan Kekerapan Bilangan murid Biru IIII I 6 Hijau IIII 4 Kuning III 3 Merah III 3 3. Jadual kekerapan di atas perlu diringkaskan dalam bentuk yang lebih mudah. Rumah sukan murid Tingkatan 3 Dickens pada tahun 2019 Rumah sukan Bilangan murid Biru 6 Hijau 4 Kuning 3 Merah 3 Jumlah 16 PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Senaraikan tiga langkah untuk membina sebuah jadual mudah.
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 199 Langkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 1.4 1. Langkah-langkah membina graf bar mudah: (a) Lukiskan paksi menegak dan paksi mendatar pada kertas graf (b) Gunakan skala yang sesuai untuk menunjukkan data dan maklumat (c) Lukis palang menegak dan lorek mengikut data yang dikumpul dalam jadual (d) Labelkan paksi menegak, paksi mendatar, petunjuk dan tulis tajuk 2. Langkah-langkah membina graf garisan mudah: (a) Lukiskan paksi menegak dan paksi mendatar pada kertas graf (b) Gunakan skala yang sesuai untuk menunjukkan data dan maklumat (c) Tandakan titik untuk mewakili sesuatu nilai (d) Lukiskan satu garisan yang menyambungkan kesemua titik yang ditanda (e) Labelkan paksi menegak, paksi mendatar, petunjuk dan tulis tajuk 3. Langkah-langkah membina graf gabungan: (a) Lukiskan dua paksi menegak dan satu paksi mendatar pada kertas graf (b) Gunakan skala yang sesuai untuk menunjukkan data dan maklumat (c) Lukis palang menegak dan lorek mengikut data yang dikumpul dalam jadual (d) Tandakan titik mengikut paksi menegak kedua (e) Labelkan paksi menegak, paksi mendatar, petunjuk dan tulis tajuk PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Berdasarkan jadual di bawah, lukis sebuah graf bar mudah. Lengkapkan graf dengan ciri-ciri graf bar mudah. Persatuan dan kelab Bilangan murid Persatuan Bahasa Melayu 32 Persatuan Usahawan 21 Kelab Komputer 15 Kelab Seni Silat 17 Jumlah 85 2. Berdasarkan jadual di bawah, lukis sebuaf graf garisan mudah. Lengkapkan graf dengan ciri-ciri graf garisan mudah. Bulan J F M A M J J O S O N D Min suhu (˚C) 22 24 22 26 27 27 23 22 24 26 25 26
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 200 A Langkah-langkah membina graf bar mudah Cara murid Tingkatan 3 Teratai datang ke sekolah Cara murid datang ke sekolah Bilangan murid (orang) Bas 8 Kereta 7 Jalan kaki 5 Basikal 3 Motosikal 1 Jumlah 24 Langkah 4 PETUNJUK Bas Kereta Jalan kaki Basikal Motosikal 0 2 4 6 8 10 Bilangan murid (orang) Cara datang ke sekolah Cara Murid Tingkatan 3 Teratai Datang Ke Sekolah Langkah 1 Bilangan murid (orang) Cara datang ke sekolah Langkah 2 0 2 4 6 8 10 Bilangan murid (orang) Cara datang ke sekolah Langkah 3 0 2 4 6 8 10 Bilangan murid (orang) Cara datang ke sekolah
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 201 B Langkah-langkah membina graf garisan mudah Min suhu bulanan bagi Subang Jaya, 2015 Bulan J F M A M J J O S O N D Min suhu (ºC) 27 27 28 28 29 29 28 28 27 28 27 27 Langkah 4 Bulan J F M A M J J O S O N D 0 5 10 15 20 25 30 Suhu (°C) Min suhu bulanan bagi Subang Jaya, 2015 Langkah 1 Bulan Suhu (°C) Langkah 2 Bulan J F M A M J J O S O N D 0 5 10 15 20 25 30 Suhu (°C) Langkah 3 Bulan J F M A M J J O S O N D 0 5 10 15 20 25 30 Suhu (°C)
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 202 C Langkah-langkah membina graf gabungan Jumlah hujan dan min suhu bulanan di Bandar Q, 2021 Bulan J F M A M J J O S O N D Min suhu (ºC) 21 22 22 22 25 25 25 23 23 21 21 20 Hujan bulanan (mm) 150 165 180 200 190 170 160 140 160 180 150 150 Langkah 4 0 5 10 15 20 25 0 50 100 150 200 250 J F M A M J J O S O N D Hujan (mm) Suhu (°C) Bulan Jumlah hujan dan min suhu bulanan di Bandar Q, 2021 Langkah 1 Hujan (mm) Suhu (°C) Bulan Langkah 2 0 5 10 15 20 25 0 50 100 150 200 250 J F M A M J J O S O N D Hujan (mm) Suhu (°C) Bulan Langkah 4 Bulan 0 5 10 15 20 25 0 50 100 150 200 250 J F M A M J J O S O N D Hujan (mm) Suhu (°C)
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 203 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan 1.5 Langkah-langkah mentafsir jadual dan kesemua graf adalah hampir sama, iaitu seperti yang berikut: Memahami tajuk pada jadual atau graf Nyatakan maklumat yang tersirat berdasarkan data dan maklumat dalam jadual atau graf Perhatikan angka maksimum dan minimum bagi graf bar mudah dan graf garisan mudah Perhatikan jenis maklumat dan data Buat rumusan secara keseluruhan bagi jadual dan graf Buat perbandingan antara aliran graf bar mudah dan aliran graf garisan mudah seperti semakin meningkat atau semakin menurun dan sama ada konsisten atau tidak konsisten Kenal pasti nilai tertinggi dan nilai terendah dalam jadual atau graf Contoh Tafsiran Bulan J F M A M J J O S O N D 0 5 10 15 20 25 30 Suhu (°C) Min suhu bulanan bagi Subang Jaya, 2015
Geografi Tingkatan 3 Bab 1 Jadual dan Graf 3 204 Graf tersebut menunjukkan min suhu bulanan bagi Subang Jaya pada tahun 2015. Subang Jaya mengalami min suhu bulanan yang hampir sekata sepanjang tahun. Suhu paling tinggi, iaitu 29ºC dialami pada pertengahan tahun, iaitu pada bulan Mei dan Jun. Suhu paling rendah dialami pada bulan Januari, Februari, September, November dan Disember. Pada bulan-bulan lain seperti April, Julai, Ogos dan Oktober pula, suhu bulanan di Subang Jaya adalah 28ºC. Min suhu bulanan adalah hampir sekata sepanjang tahun kerana menerima hujan sepanjang tahun, menerima pancaran matahari lebih daripada enam jam sehari dan langit diliputi oleh awan yang tebal. Kesimpulannya, suhu bulanan yang dialami Subang Jaya adalah tinggi dan hampir seragam sepanjang tahun. Julat suhu tahunannya adalah rendah, iaitu 2ºC. PRAKTIS FORMATIF 1.5 1. Tafsirkan graf gabungan di bawah. Pengeluaran dan Harga Purata Minyak Kelapa Sawit Mentah 2016 hingga 2019 Pengeluaran (juta tan metrik) Harga purata (RM setan metrik) Tahun 2016 15 10 5 0 0 500 1000 1500 2017 2018 2019
• Bahasa Melayu • English • Matematik • Mathematics • Sains • Science • Sejarah ✓ Geografi • Reka Bentuk dan Teknologi • Pendidikan Islam Tingkatan 1.2.3 KSSM Siri RANGER TINGKATAN 1.2.3 ini merupakan siri khusus untuk memenuhi keperluan format UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik). Kandungan buku ini adalah komprehensif dan meliputi semua huraian sukatan pelajaran terkini. Buku ini boleh menjadi rujukan cepat bagi membantu murid meningkatkan pemahaman mereka sebagai persediaan untuk pentaksiran UASA. Beli eBook di sini! Jawapan Galeri i-THINK Praktis Formatif Nota Padat Kertas Model UASA & Jawapan Tingkatan 1/2/3 Kod QR Info & Video Kod QR W.M: RM19.95 / E.M: RM19.95 KC117054 ISBN: 978-629-470-105-2 KC117054