Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 4
PBD Kemahiran Menulis SP 3.4.1 TP
Tulis rangka karangan yang lengkap berdasarkan tajuk ‘Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Diri
Semasa Berbasikal di Jalan Raya’ .
Pendahuluan:
banyak kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal – cedera parah dan mengakibatkan kematian –
risiko kemalangan semasa menunggang basikal di jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan memandu
kenderaan lain
Isi-isi penting:
(a) mematuhi peraturan jalan raya – tidak melanggar lampu isyarat – menunggang basikal dengan berhemah
dan tidak berlumba-lumba atau berbual-bual sambil menunggang basikal – memberikan isyarat tangan
semasa ingin membelok ke kiri atau ke kanan
(b) mengutamakan keselamatan semasa menunggang basikal – memastikan basikal selamat untuk digunakan –
keadaan brek dan tayar yang berfungsi dengan baik – tidak mengubah suai basikal seperti basikal lajak dan
sebagainya – memakai pakaian yang cerah, topi keledar basikal, dan kasut yang sesuai
(c) sentiasa berwaspada dan berhati-hati di jalan raya – tidak melintas sesuka hati – memandang ke kiri dan kanan
serta memastikan tiada kenderaan semasa melintas – menunggang di sebelah tepi jalan raya – tidak
menunggang basikal di kawasan lalu lintas yang sesak
(d) sediakan diri dengan kemahiran untuk mengawal keseimbangan basikal – mengetahui cara mengawal gear
serta sentiasa yakin terhadap diri semasa berbasikal – jangan mudah panik walaupun berada dalam situasi
yang cemas
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Penutup:
keselamatan di jalan raya tanggungjawab diri sendiri – malang tidak berbau – menunggang secara berhemah
dapat mengelakkan sebarang tragedi
Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya
PAK-21 Peta Pemikiran
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan perlu menyediakan peta pemikiran yang mengandungi maklumat tentang punca-
punca kemalangan jalan raya.
Hasil dapatan murid akan ditampal di hadapan kelas.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang
• membina kerangka penulisan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8
UNIT Serasi Bersama Tema 3: Cahaya Perpaduan
5 Buku teks ms. 26 – 30
PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.3.2 TP
Dengar ucapan yang dibacakan oleh rakan anda di hadapan kelas. Kemudian, jelaskan maklumat yang
diperoleh daripada petikan ucapan tersebut secara lisan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Tun Uda, barisan guru penolong kanan, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Bersyukur ke hadrat
Tuhan kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini bersempena dengan Program Kem
Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.
Hadirin sekalian,
Perpaduan telah menjadi agenda yang penting untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk
perpaduan nasional. Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik,
Malaysia perlu sentiasa memperkukuh perpaduan nasional supaya masyarakat berbilang kaum dapat terus
mengecap keamanan dan mencapai cita-cita negara.
Satu daripada usaha memupuk perpaduan adalah melalui pelbagai program pada peringkat sekolah,
daerah, negeri, mahupun kebangsaan. Kem Perpaduan dan Pertandingan Tarian ini diadakan bagi
memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui aktiviti yang
dijalankan.
Program ini juga mampu menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan semangat perpaduan
antara murid pelbagai kaum. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada mereka untuk
mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima, menghormati, dan
menghayati kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini.
Saya berharap agar semua murid yang mengikuti program ini akan memanfaatkan dan menjalinkan
semangat muhibah dalam kalangan mereka. Selain itu, mereka dapat memupuk semangat hormat-
menghormati serta saling memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum. Sekian, terima kasih.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Teks ucapan menerangkan penganjuran Program Kem Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.
Perpaduan merupakan agenda yang penting di Malaysia kerana memiliki rakyat yang berbilang kaum. Usaha
memupuk semangat perpaduan kaum perlu dilakukan sejak murid-murid di bangku sekolah lagi. Oleh itu, program
ini diadakan bagi memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui
aktiviti yang dijalankan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan
semangat perpaduan antara murid pelbagai kaum. Seterusnya, program ini juga dapat memberikan peluang
kepada murid-murid untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima,
menghormati, dan menghayati budaya masyarakat pelbagai kaum.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menjelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan secara
• mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam ucapan lisan
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 5 SP 2.2.3 TP
PBD Kemahiran Membaca
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea keseluruhan yang terdapat
dalam petikan-petikan tersebut.
Petikan 1 Nota Visual
Prinsip Rukun Negara
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara bukanlah suatu perkara yang sukar. Kita
perlulah mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian
masyarakat menerusi amalan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara.
Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah sentiasa diamalkan oleh masyarakat kita dan diwarisi daripada
satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Dengan itu, pendidikan Rukun Negara wajar dijadikan
agenda teras kerajaan. Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
hendaklah menerajui pelaksanaan agenda ini menerusi pelbagai program, inisiatif, dan aktiviti bawah
kementerian dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat. Dengan
usaha yang bersungguh-sungguh yang digembleng oleh semua pihak, kita akan berjaya menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di negara kita.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Petikan 2
Aktiviti Modul Rukun Negara diperkenalkan dalam program pengajaran dan pembelajaran di tabika dan
taska dalam usaha menyemai benih-benih perpaduan pada peringkat awal persekolahan. Hal ini demikian
supaya perpaduan sentiasa dijiwai dan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
Nilai-nilai perpaduan dan amalan hidup bermasyarakat disemai melalui program pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun. Program seumpama ini wajar
diseragamkan dan diterapkan di semua prasekolah, tabika, dan taska bawah seliaan agensi kerajaan dan
swasta.
Program Take 5 yang dilaksanakan di 1781 buah Tabika Perpaduan (TP) dan 41 buah Taska Genius
Perpaduan (TGP) bawah Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara mengandungi segmen
kebersihan diri dan segmen pendidikan serta penghayatan Rukun Negara setiap hari. Program ini
memberikan pendedahan dan penerapan nilai-nilai murni yang positif dengan kaedah yang kreatif dan
interaktif untuk dijadikan sebagai pembudayaan dalam kehidupan seharian.
Idea keseluruhan daripada kedua-dua petikan ialah usaha-usaha menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di
negara kita.
Praktis PdPR Jawapan Praktis PdPR
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .T.e.m.a. 3. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .T.e.m.a.3. . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menyatakan idea keseluruhan daripada bahan-bahan yang
dibaca
• membaca dan memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan
prosa dengan betul dan tepat
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
UNIT Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 21
21 Tema 11: Sejarah dan Warisan
Sejarah Mengajar Erti Kehidupan
Buku teks ms. 122 – 126
PBD Kemahiran Membaca SP 2.4.1 TP
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, berikan maksud kosa kata yang berhuruf tebal. Bina
ayat daripada perkataan tersebut.
Rakyat di negara ini perlu menghayati sejarah penubuhan Malaysia supaya lebih menghargai jasa dan
pengorbanan generasi terdahulu yang rela berjuang serta berkorban jiwa raga dan nyawa demi menuntut
kemerdekaan serta menyatukan Tanah Melayu dengan Tanah Borneo menjadi negara bernama Malaysia.
Tanpa generasi terdahulu dan pengorbanan mereka, kita tidak mampu menikmati keindahan alam serta
tidur lena di tanah tumpah darah ini. Dengan itu, pengetahuan tentang sejarah negara penting sebagai
tunjang kepada pembentukan bangsa.
Orang bijak pandai sering berkata, sejarah ialah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan
sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah ialah kebijaksanaan silam yang dapat
dimanfaatkan untuk membina masa depan. Mengenali sejarah negara memberikan impak yang besar
khususnya kepada generasi muda untuk menghargai keamanan serta kemakmuran seterusnya memastikan
pengorbanan generasi terdahulu yang membentuk Malaysia merdeka sentiasa dihargai.
Sudah 59 tahun Malaysia dibentuk dan sepanjang tempoh itu tentunya pelbagai dugaan, cabaran,
serta kesulitan dilalui pejuang, pemimpin, dan generasi terdahulu. Oleh itu, amat rugi andai kesukaran dan
kepayahan itu disia-siakan pihak yang mempunyai kepentingan hingga meruntuhkan penyatuan Malaysia.
Kita perlu mengakui bahawa kekuatan Malaysia terletak pada pembangunan di semua negeri yang dapat
menjanakan ekonomi negara dan kestabilan serta semangat bersatu padu rakyat keseluruhannya. Kita
wajar bersama-sama memelihara negara supaya menjadi Malaysia yang dikenali di seantero dunia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • membina ayat daripada perkataan yang diberikan
• membaca secara ekstensif bahan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dan ungkapan menarik
41
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 21
PBD Aspek Seni Bahasa SP 4.4.1 TP
Tulis teks pengacaraan majlis berdasarkan maklumat di bawah ini. Kemudian, persembahkan teks
pengacaraan tersebut. KBAT Mencipta
Atur Cara Program
Dengan segala hormatnya Warga SMK Raja Tun Uda 9:00 malam : Murid-murid berkumpul di dewan
mengundang 9:30 malam sekolah
YBhg. Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan 10:45 malam : Ketibaan tetamu jemputan
11:45 malam : Ketibaan pengetua SMK Raja Tun
_______________________________________________
ke Majlis Ambang Kemerdekaan 2022 12:30 malam Uda
pada ketetapan yang berikut: : Doa untuk Perajurit
Tarikh: 30 Ogos 2022 : Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Hari: Selasa : Ucapan Pengetua SMK Raja Tun
Masa: 9:00 malam
Tempat: Dewan SMK Raja Tun Uda Uda
: Pelancaran Tabung Perajurit
: Imbauan Memori Lampau
: Menelusuri Sejarah Tanah Melayu
: Berkumpul di dataran sekolah
: Kiraan detik 12 tengah malam
: Laungan Merdeka
: Persembahan bunga api
: Dendangan lagu patriotik
: Majlis bersurai
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Sila rujuk bahagian jawapan
Pendidikan Sivik : Nilai Kasih Sayang
• Murid menghargai negara dengan meraikan Hari Kemerdekaan.
• Murid dapat menanam semangat cinta akan negara dalam diri.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • mempersembahkan teks pengacaraan
• menulis teks pengacaraan majlis berdasarkan maklumat yang
diberikan
42
UNIT Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 22
22 Tema 11: Sejarah dan Warisan
Seni Warisan Anak Bangsa
Buku teks ms. 127 – 131
PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.3.2 TP
Dengar dan fahami ucapan yang disampaikan oleh rakan anda. Kemudian, jelaskan maklumat yang
terdapat dalam ucapan tersebut secara lisan.
Hadirin sekalian,
Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai warisan kebudayaan masing-masing yang wujud
sejak zaman dahulu lagi. Satu daripada warisan budaya yang diwarisi sejak zaman dahulu hingga kini
ialah pakaian tradisional. Pakaian tradisional merupakan satu daripada simbol budaya yang menandakan
perkembangan dan pengkhususan budaya tertentu.
Pakaian menjadi lambang kepada pemikiran masyarakat, termasuklah pakaian tradisional Melayu.
Pakaian tradisional Melayu terdiri daripada pakaian harian dan pakaian adat. Bagi orang Melayu sendiri,
selain fungsi pakaian sebagai penutup aurat serta pelindung tubuh daripada keadaan cuaca seperti panas
dan hujan, pakaian juga berfungsi untuk memberikan isyarat lambang-lambang. Lambang-lambang itu
mewujudkan nilai-nilai luhur yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu sendiri. Kini, masyarakat Melayu
masih lagi menggunakan pakaian tradisional seperti baju Melayu bagi kaum lelaki manalaka baju kurung
dan baju kebaya bagi kaum perempuan. Pakaian ini kebiasaannya dipakai pada hari raya dan hari-hari biasa
terutama bagi kaum perempuan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Ucapan di atas menerangkan setiap kaum di Malaysia mempunyai warisan kebudayaan masing-masing
yang diwarisi sejak turun-temurun. Antara warisan kebudayaan ialah pakaian tradisional. Pakaian tradisional
merupakan simbol budaya yang menunjukkan perkembangan dan pengkhususan budaya tertentu. Pakaian
tradisional juga merupakan lambang pemikiran masyarakat. Seterusnya, pakaian tradisional terdiri daripada
pakaian harian dan pakaian adat. Pakaian tradisional juga berfungsi sebagai penutup aurat serta sebagai pelindung
diri daripada keadaan cuaca. Akhir sekali, dalam petikan menerangkan pakaian tradisional juga berfungsi untuk
memberikan isyarat lambang-lambang yang mewujudkan nilai-nilai luhur yang dipandang tinggi oleh
masyarakat.
Praktis PdPR Jawapan Praktis PdPR
Tema 11 Tema 11
.............................................................................................
Kriteria Kejayaan:
Murid dapat… • memberikan respons yang betul, tepat, dan bermakna
• mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam ucapan
43
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 22 TP
PBD Kemahiran Menulis SP 3.2.1
Berdasarkan petikan di bawah ini, tulis kebaikan permainan tradisional. Permainan
Tradisi
INFO
Permainan tradisional merupakan aset budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Hal ini
demikian kerana, permainan tradisional ialah permainan ciptaan nenek moyang kita yang
melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan
permainan elektronik atau permainan siber. Permainan tradisional merupakan suatu seni budaya yang
amat unik dan unggul.
Tambahan pula, permainan tradisional ialah suatu daya tarikan yang signifikan dalam industri
pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah
yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-
warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya untuk memukau hati pelancong yang datang ke
Malaysia. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan
kebudayaan kita kepada bangsa lain.
Seterusnya, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat di negara ini yang
berbilang bangsa. Dengan adanya permainan tradisional ini, pelbagai kaum dapat bermain permainan
ini bersama-sama. Masyarakat juga dapat memperoleh hiburan serta melegakan tekanan dengan
bermain permainan tradisional ini.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Permainan tradisional banyak memberikan kebaikan kepada bangsa dan negara. Antara kepentingan
permainan tradisional ialah permainan tradisional melambangkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu bangsa. Selain itu,
permainan tradisional penting kepada negara kerana permainan tradisional menjadi daya tarikan yang signifikan
dalam industri pelancongan. Di samping itu, permainan tradisonal juga mampu memukau pelancong untuk
datang ke Malaysia serta dapat memangkinkan industri pelancongan negara. Seterusnya, permainan tradisional
dapat mengukuhkan hubungan sesama masyarakat. Permainan tradisional juga penting kerana masyarakat dapat
menangani tekanan serta dapat meluangkan masa bersama-sama ketika bermain permainan tradisional.
Pendidikan Sivik : Nilai Kegembiraan
• Murid dapat mengetahui cara masyarakat Melayu menghiburkan diri dengan bermain permainan tradisional.
• Murid dapat menyatakan kepentingan menghargai unsur budaya seperti permainan tradisional.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis
• menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca
44
UNIT Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 23
23 Jasmani Cergas Tema 12: Sukan dan Rekreasi
Buku teks ms. 134 – 138
PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.4.1 TP
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian, berbual dengan rakan anda tentang isu yang
dikemukakan.
COVID-19
KEKAL AKTIF DI RUMAH
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
1 2 3 45 6 7
Lakukan kerja Sertai Facebook Lakukan Elak duduk /
Lakukan Lakukan Lakukan mengemas baring melebihi
regangan senaman senaman kawasan secara langsung senaman
sebaik-baik tanpa bebanan selama 15 rumah dan dua jam
sahaja bangun sebelum mula minit sehari persekitaran bersama bebanan
daripada tidur bekerja dari
bersama-sama dengan jurulatih semasa
rumah keluarga
kecergasan menonton
untuk senaman televisyen atau
kardio di rumah melayari Internet
Afnan : Selamat pagi, Iqmar. Apa khabar? Lama kita tidak bersua muka disebabkan oleh Perintah Kawalan
Pergerakan.
Iqmar : Selamat pagi, Afnan. Saya sihat dan aktif walaupun tidak boleh keluar dari rumah. Saya banyak melakukan
aktiviti di dalam rumah.
Afnan : Bagaimanakah kamu kekal aktif di rumah Afnan? Bolehkah kamu jelaskan?
Iqmar : Perkara pertama yang saya lakukan ialah aktiviti regangan sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur.
Saya juga melakukan senaman tanpa bebanan sebelum menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR). Saya juga melakukan senaman ringan selepas selesai kelas PdPR saya. Selain itu, saya juga
melakukan kerja-kerja seperti mengemas kawasan rumah dan persekitaran bersama-sama ahli keluarga
saya. Ada hari-hari tertentu saya melakukan senaman bebanan ketika menonton televisyen atau melayari
Internet. Pada hujung minggu, saya mengikuti kelas senaman kardio melalui Facebook bersama dengan
jurulatih kecergasan di rumah. Saya juga mengelakkan diri daripada duduk atau baring melebihi dua jam.
Afnan : Baiklah, Iqmar. Terima kasih atas penjelasan tadi. Saya akan mencuba untuk mengikutinya. Saya juga
hendak kekal aktif di rumah untuk kesihatan diri saya.
Iqmar : Sama-sama, Afnan. Kalau ada apa-apa masalah kamu boleh hubungi saya. Jumpa lagi di kelas maya esok.
Afnan : Baiklah, Iqmar.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat…
• berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
45
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 23 SP 2.1.2 TP
PBD Kemahiran Membaca
Baca pantun di bawah teliti. Kemudian, berikan maksud setiap rangkap pantun.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Pendidikan Sivik : Nilai Tanggungjawab Kuiz 5
• Murid mengekspresikan tanggungjawab diri untuk menjaga kesihatan.
• Murid berkongsi pengalaman melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • murid memberikan maksud setiap rangkap pantun
• melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul
serta nada yang sesuai
46
UNIT Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 24
24 Cergas Aktif Tema 12: Sukan dan Rekreasi
Buku teks ms. 139 – 143
PBD Kemahiran Membaca SP 2.2.1 TP
Baca teks di bawah ini. Kemudian, berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal dengan merujuk kamus.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • memberikan maksud perkataan yang berhuruf tebal dengan
merujuk kamus
• membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat dalam
petikan
47
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 24
PBD Kemahiran Menulis SP 3.3.1 TP
Tulis maklumat diri tentang atlet di bawah ini dalam satu perenggan dengan menggunakan ayat yang
gramatis.
Nama : Pandelela Rinong
Tarikh lahir : 2 Mac 1993
Tempat lahir : Kampung Jugan, Bau, Sarawak
Pendidikan : Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur;
Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya
Pencapaian : • Siri Kejohanan Dunia Moscow 2011 acara
10 meter platform – pingat perak
• Siri Kejohanan Dunia Beijing 2011 acara
10 meter platform seirama – pingat perak
• Universiade Shenzhen 2011 acara 10 meter platform – pingat perak
• Sukan Olimpik London 2012 acara 10 meter platform – pingat gangsa
• Sukan Olimpik Rio 2016 acara 10 meter platform seirama – pingat perak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Anugerah : • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
• Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) Sarawak
Prinsip hidup : “Agi Idup Agi Ngelaban” – terus berdedikasi serta komited terhadap bidang
yang diceburi tanpa menoleh ke belakang lagi
Pandelela Rinong ialah jaguh sukan negara dalam acara sukan terjun yang tidak asing lagi di negara kita.
Pandelela Rinong dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kampung Jugan, Bau, Sarawak. Beliau bersekolah di Sekolah
Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya. Sepanjang penglibatan
dalam acara terjun, Pandelela Rinong pernah mencapai beberapa kejayaan pada peringkat antarabangsa seperti
memperoleh pingat perak dalam Siri Kejohanan Dunia Moscow 2011 dalam acara 10 meter platform, pingat perak
dalam Siri Kejohanan Dunia Beijing 2011 dalam acara 10 meter platform seirama, pingat perak di Universiade
Shenzhen 2011 dalam acara 10 meter platform, pingat gangsa dalam Sukan Olimpik London 2012 dalam acara
10 meter platform, dan pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 meter platform seirama.
Selain itu, Pandelela Rinong juga pernah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016 dan Johan
Bintang Kenyalang (J.B.K) Sarawak. Pandelela Rinong berpegang pada prinsip hidup “Agi Idup Agi Ngelaban”
yang bermaksud terus berdedikasi serta komited terhadap bidang yang diceburi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Pendidikan Sivik : Nilai Kegembiraan
• Murid menyatakan kelebihan diri dalam bidang sukan.
• Murid berkongsi pengalaman memenangi suatu acara sukan.
Praktis PdPR Jawapan Praktis PdPR
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .T.e.m.a. 1.2. . . . . . . . . . . . . . . . . . .T.e.m.a.1.2. . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat…
• menulis untuk melengkapkan maklumat diri atlet dalam satu perenggan dengan betul dan tepat
48
UNIT Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 25
25 Tema 13: Pengantarabangsaan Industri Negara
Malaysia Hab Industri Makanan
Buku teks ms. 146 – 150
PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.4.3 TP
Berdasarkan gambar dan maklumat di bawah ini, ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke kilang
pembuatan baulu yang terletak berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Lawatan ke Kilang Pembuatan Baulu
melawat ke kilang pembuatan baulu – Sepang,
Selangor – berasa teruja – dapat melihat proses
pembuatan baulu di depan mata – dapat merasa
kuih tradisional tersebut ketika masih panas –
permintaan yang tinggi – selain dimakan, baulu
boleh juga dijadikan hamper atau buah tangan
semasa majlis kenduri – membeli produk baulu
yang dijual – berasa gembira kerana dapat melawat
ke kilang itu
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Pada minggu lepas, saya dan keluarga berpeluang untuk melawat ke sebuah kilang pembuatan baulu yang
terletak di Sepang. Kami tiba pada pukul 10 pagi setelah menempuh perjalanan selama setengah jam.
Ketibaan kami disambut oleh pengurus kilang tersebut, iaitu Encik Ahmad. Beliau sangat peramah. Beliau
menceritakan latar belakang penubuhan kilang tersebut. Kami mendengar penerangan beliau dengan perasaan
teruja.
Encik Ahmad memberikan penerangan kepada kami tentang operasi pembuatan kuih baulu. Tanpa
membuang masa, Encik Ahmad membawa kami ke bahagian pembuatan kuih baulu. Kami berasa sangat teruja
kerana dapat melihat proses pembuatan baulu di depan mata. Satu demi satu proses diterangkan kepada kami
dengan teliti. Kami juga diberikan peluang untuk merasa kuih tersebut ketika masih panas.
Setelah selesai penerangan di bahagian pembuatan kuih baulu, kami dibawa ke bahagian penjualan kuih
tersebut. Pada mulanya, saya menyangkakan kuih ini dijual sebagai kudapan sahaja. Namun begitu, tanggapan
saya ternyata salah, apabila kuih ini turut dijual dalam bentuk hamper atau buah tangan untuk majlis kenduri.
Menurut Encik Ahmad, produk ini mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan mahupun
pelancong dari negeri lain.
Sebelum pulang, kami membeli produk baulu yang ada di kilang tersebut. Kami kemudiannya pulang ke
rumah dengan senang hati. Kami sangat gembira kerana memperoleh banyak pengetahuan semasa melawat ke
kilang tersebut.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun
• menceritakan pengalaman diri dan orang lain dalam pelbagai situasi
49
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 25 SP 3.4.2 TP
PBD Kemahiran Menulis
Lengkapkan jadual dengan ayat tema, ayat rangsangan, dan ayat arahan untuk membentuk satu perenggan
pendahuluan.
Usaha-usaha Memajukan Industri Makanan Tradisional
Ayat Ayat Lengkap
Ayat 1 (Ayat tema) Industri makanan tradisional merupakan antara industri yang penting di Malaysia.
Ayat 2 (Ayat Rangsangan) Industri makanan tradisional ini dapat menambahkan pendapatan penduduk
Ayat 3 ( Ayat Arahan) luar bandar sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
Oleh itu, pelbagai usaha memajukan industri makanan tradisional perlu diambil
agar industri ini terus berkembang maju.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Industri makanan tradisional merupakan antara industri yang penting di Malaysia. Industri makanan
tradisional ini dapat menambahkan pendapatan penduduk luar bandar sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
Oleh itu, pelbagai usaha memajukan industri makanan tradisional perlu diambil agar industri ini terus berkembang
maju.
Langkah-langkah Mengukuhkan Malaysia sebagai Destinasi Pelancongan Perubatan
Ayat Ayat Lengkap
Ayat 1 (Ayat tema) Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan perubatan yang terbaik di
Ayat 2 (Ayat Rangsangan) dunia.
Ayat 3 ( Ayat Arahan) Hal ini demikian kerana, infrastruktur perubatan di Malaysia lengkap dan
setanding dengan infrastruktur perubatan di negara maju.
Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengukuhkan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan perubatan agar menjadi pilihan para pelancong luar.
Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan perubatan yang terbaik di dunia. Hal ini demikian kerana,
infrastruktur perubatan di Malaysia lengkap dan setanding dengan infrastruktur perubatan di negara maju. Oleh
itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengukuhkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan agar
menjadi pilihan para pelancong luar.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • memberikan respons yang betul dan tepat
• membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai
bahan
50
Praktis Berformat Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
PT3
Pemahaman
Pemahaman Teks
Praktis 1 Prosa Tradisional – Asal Padi Praktis PdPR Jawapan Praktis PdPR
Prosa Tradisional Prosa Tradisional
REVISI
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Sinopsis
1. Ringkasan cerita yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu karya.
2. Sinopsis dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan cerita.
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke mari menghalau burung-
burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam
padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari
dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-
sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya
kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada
tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri
oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru
sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan
kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh empunya padi. Ketika yang
empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya Kamus Kata
pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim • empunya – pemilik
piatu itu luka kerana terhantuk pada bahagian pinggir yang tajam daripada • liang – lubang
tangga pelangi itu. Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh • kayangan – tempat
badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anak yatim piatu itu.
Dipaksanya anak yatim piatu itu untuk mengembalikan padi yang dicurinya, kediaman segala dewa
sebutir pun tidak boleh ada yang ketinggalan. Ia sama sekali tidak mahu • dihempaskan – dibanting
memperkenankan padinya, biar sebutir pun, dicuri dan dibawa ke bumi.
sesuatu dengan kuat ke
bawah
• menggeledah – memeriksa
untuk mencari sesuatu
• memperkenankan –
(Dipetik daripada 'Asal Padi', antologi Kuingin Berterima Kasih, membenarkan
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
1. Berdasarkan petikan prosa di atas, ke manakah D Terdapat butiran padi yang bertaburan di
anak yatim piatu itu melarikan diri setelah jalan menuju ke tangga pelangi
mengambil padi?
A Ke rumahnya yang terletak di bumi 3. Apakah tindakan empunya padi setelah berjaya
B Ke pinggir hutan menangkap anak yatim piatu itu?
C Ke liang tempat dia mula-mula masuk ke A Mengurung anak yatim piatu di dalam
kayangan rumahnya
D Ke rumah tujuh gadis kayangan B Memukul anak yatim piatu itu sehingga
mulutnya berdarah
2. Bagaimanakah empunya padi mengetahui C Menghempas anak yatim piatu itu di tangga
padinya telah dicuri? pelangi sehingga tumitnya luka
A Terdengar bunyi kicauan burung pipit D Menyerahkan anak yatim piatu itu kepada
B Terdengar bunyi tapak kaki anak yatim piatu gadis kayangan untuk diambil tindakan
berlari
C Terdapat bekas tangan anak yatim piatu pada
tompokan padi
91 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman A Bimbang tanaman padi di kayangan akan
tergugat
4. Apakah latar tempat yang terdapat dalam prosa
tradisional ini? B Bimbang bekalan makanan di kayangan tidak
A Di kayangan mencukupi
B Di tepi sungai
C Di rumah anak yatim piatu C Padi tersebut akan dijadikan bekalan
D Di kawasan menjemur padi di bumi makanan penduduk kayangan
5. Pada pendapat anda, mengapakah empunya padi D Orang kayangan tidak gemar berkongsi
tidak membenarkan anak yatim piatu membawa makanannya dengan orang lain
padi tersebut ke bumi? KBAT Menilai
Praktis 2 Cerpen – Oren
REVISI
Teknik plot
1. Digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot sesebuah cerita.
2. Antara contoh teknik plot termasuklah imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, kejutan, dan
saspens.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Sekarang, dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada dirinya
dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya
sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan Oren kehilangan
ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah
dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.
Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu
sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu
mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu
untuk menjadi teman Oren bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-
duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja
daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka Kamus Kata
akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih. • mengotakan – memenuhi;
Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap menepati
kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan
• menebus – menghapuskan
sesuatu kesalahan
Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku • ego – persepsi seseorang
Kelabu. tentang harga dirinya
(Dipetik daripada 'Oren', antologi Kuingin Berterima Kasih, • memungut – mengambil
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) • reaksi – gerakan; tindakan
1. Bagaimanakah ayah menemukan Kelabu? C Reaksi Kelabu yang manja menyebabkan
A Kelabu mengekori ayah ketika ayah hendak semua menyisihkan Oren.
ke kereta.
B Ayah menemukan Kelabu di celah pokok tua D Ayah tidak menyukai Oren kerana sering tidur
yang tumbang. ketika ayah pulang dari kerja.
C Ayah menyelamatkan Kelabu daripada
diserang oleh anjing liar. 3. Yang berikut ialah perwatakan ayah seperti yang
D Ayah membawa Kelabu pulang ke rumah terdapat dalam cerpen, kecuali
kerana ayah terlanggar ibu Kelabu. A seorang yang mudah tersentuh hati.
B seorang yang berpegang kepada janji.
2. Mengapakah Oren semakin tersisih? C seorang yang mempunyai sifat belas kasihan.
A Oren selalu dibuli oleh Kelabu. D seorang yang tidak suka akan haiwan
B Oren semakin tersisih sejak kematian ibunya. peliharaan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 92
Kelabulah yang selalu menyambutnya Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
sedangkan Oren hanya mengangkat kepala
apabila melihatnya dan melihat tingkah laku B Kelabu dan Oren membawa diri kerana didera
Kelabu. oleh ayah.
4. Teknik plot yang terdapat dalam baris di atas ialah C Oren lari dari rumah kerana rasa tersisih dan
cemburu akan Kelabu.
A saspens. C imbas kembali.
D Anis menemukan bangkai Oren di celah-
celah pokok tua yang tumbang di taman
permainan.
B pemerian. D monolog dalaman.
5. Apakah kesudahan cerpen ini?
A Oren menghilangkan diri ketika ayah tiada di
rumah.
Praktis 3 Cerpen – Hadiah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
REVISI
Watak dan Perwatakan
1. Watak – Pelaku dalam sesebuah karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan – Pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan melalui aksi, tutur kata, atau
watak-watak berkenaan.
3. Dalam sesuatu cerita, terdapat watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak dinamik, watak statik, watak pipih, watak protagonis,
dan watak antagonis.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah tarik diri... bermakna Azizah kalah. Yang
paling penting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan ini menguji daya usaha dan kreativiti kita.”
“ Tapi....”Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas mudah tetapi kata Abang
Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita laksanakan.”
“Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu....”
“Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau kalah... tapi pada
kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri. Ingat pesan
cikgu.”
Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu Zaleha.
Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk membuktikan bahawa
usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat.
Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan
berulang-ulang, dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk warna, Kamus Kata
aneka rupa dan teknik, cara dan persembahan. Dengan suntikan kata-kata • kreativiti – daya cipta;
semangat ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari seni, tidak hairanlah daya kreatif
Azizah menang pada peringkat daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri • terharu – berasa hiba
pula, dia mendapat naib johan. • mandat – amanah yang
diberikan
(Dipetik daripada 'Hadiah', antologi Kuingin Berterima Kasih, • tekad – azam
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) • meneroka – menempuh
1. Mengapakah Cikgu Zaleha mahu Azizah 2. Berdasarkan petikan cerpen, Azizah digambarkan
menyertai peraduan tersebut? sebagai seorang yang
A Peraduan tersebut diadakan dua tahun sekali. A mudah mengaku kalah.
B Peraduan tersebut akan mengharumkan B mudah terasa dan sensitif.
nama Cikgu Zaleha. C tidak mudah berputus asa.
C Peraduan tersebut menguji daya usaha dan D tidak mahu mendengar arahan gurunya.
kreativiti seseorang.
D Peraduan tersebut akan disertai oleh murid-
murid dari luar negara.
93 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman B kita hendaklah memberikan hadiah yang
mahal kepada guru-guru yang mengajar kita
3. Apakah nasihat Cikgu Zaleha kepada Azizah? sebagai tanda penghargaan.
A Seseorang perlu menang dalam apa-apa jua
pertandingan yang disertai. C kita hendaklah tidak mudah berputus asa
B Seseorang perlu berusaha untuk membaiki sebaliknya mencuba sehingga mencapai
kelemahan diri jika kalah dalam sesuatu kejayaan.
pertandingan.
C Seseorang tidak perlu mengambil bahagian D kita hendaklah gigih melakukan sesuatu
dalam pertandingan yang lain sekiranya tugas yang diamanahkan.
kalah dalam sesuatu pertandingan.
D Seseorang perlu mempunyai kekuatan 5. Tema cerpen ini ialah
daya usaha yang tinggi dan ikhlas berjuang A kegigihan dan kecekalan seorang murid yang
semata-mata untuk meningkatkan kemajuan kurang berada.
diri. B kehebatan seorang murid menganyam
tudung saji.
4. Yang berikut merupakan pengajaran yang C kesungguhan seorang guru mendidik murid-
terdapat dalam cerpen Hadiah, kecuali muridnya.
A kita hendaklah berjimat cermat dengan D hasil kraf tangan yang semakin dipinggirkan
menabung untuk kegunaan pada masa oleh masyarakat.
kecemasan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Praktis 4 Cerpen – Kuih Bakul Limau Mandarin Praktis PdPR Jawapan
Cerpen
Praktis PdPR
Cerpen
REVISI
Tema
Idea utama daripada keseluruhan cerita.
Persoalan
Idea-idea sampingan yang ditulis oleh pengarang untuk memantapkan tema dan mengembangkan cerita.
Pengajaran
Amanat atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan barang-
barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya
dengan harga yang tinggi. Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa
berhutang dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah
perniagaan kaulingkup. Apabila orang kampung dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak
laku, kausalahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah.
Macam-macam lagi kautuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri.”
Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia
langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak keruan. Dia mula bangun
dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. Malam
itu tenang. Cahaya bulan samar di langit.
“Lim Foong meninggal dunia juga bukan sebab Lim Meng. Lim Foong Kamus Kata
meninggal dunia kerana dia lemas. Dia lemas bukan kerana nak selamatkan
Lim Meng tapi cuba nak bersembunyi daripada orang yang mengejarnya, • stor – bilik tempat
yang memintanya membayar hutang kalah judi.” Lim Pooi tersentak, seakan- menyimpan barang-barang
akan tidak percaya dengan omongan Sim Pau. Tak mungkin Lim Foong
berjudi. Tak mungkin. Batinnya menjerit. • bunga – bayaran tambahan
daripada wang yang
dipinjamkan
• lingkup – habis rosak atau
punah
• keruan – tentu; ketahuan
(Dipetik daripada 'Kuih Bakul Limau Mandarin', antologi Kuingin • omongan – percakapan
Berterima Kasih,Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 94
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Apakah taktik yang digunakan oleh Lim Pooi A simile. C metafora.
untuk mengaut keuntungan yang lebih? B peribahasa. D hiperbola.
A Menjual barangan dengan cara kredit.
B Menjual barangan yang diimport sahaja. 4. Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat
C Menyorokkan barangan dan kemudian dalam cerpen ini, kecuali
menjual barangan itu dengan harga yang A perasaan dendam ayah terhadap anak yang
tinggi. tidak bersalah.
D Menyorokkan stok barangan baharu dan B pergaduhan antara ibu bapa yang
menjual barangan yang lama dahulu. mengakibatkan perceraian.
C keinsafan seorang bapa atas kesilapan yang
2. Berdasarkan petikan, mengapakah perniagaan pernah dilakukan.
Lim Pooi lingkup? D sifat tamak seorang peniaga yang ingin
A Lim Pooi tidak membuka kedai sejak kelahiran mengaut keuntungan yang lebih.
Lim Meng.
B Lim Pooi menjual barangan yang sudah lama 5. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk
berada di stor. sekiranya kita tidak jujur dalam perniagaan yang
C Lim Meng mengambil alih perniagaan Lim dilakukan? KBAT Menilai
Pooi sehingga menjadi bankrap. A Orang yang tidak bersalah akan berasa
D Orang kampung tidak membeli barangan di teraniaya.
kedainya lagi kerana hilang kepercayaan. B Kita terpaksa beralih kepada perniagaan yang
lain.
C Orang ramai akan hilang kepercayaan
Kau memang tak berhati perut kerana itulah terhadap kita.
perniagaan kaulingkup. D Orang ramai tidak akan mempedulikan
perkara tersebut.
3. Gaya bahasa berhati perut dalam baris di atas
ialah
Praktis 5 Drama – Hadiah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved Praktis PdPR Jawapan
Drama
Praktis PdPR
Drama
REVISI
Drama
1. Karya yang dicipta berdasarkan pengalaman atau imaginasi penulis.
2. Skrip drama terdiri daripada dialog-dialog yang diselang-seli dengan arahan aksi watak.
3. Setiap drama mempunyai babak dan adegan-adegan yang disusun secara teratur.
4. Drama dilakonkan di atas pentas, radio, televisyen, dan sebagainya.
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PAK MAIL : Aku dengan emak kamu baru sahaja bercakap pasal kamu.
HAYATI : (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima
surat Yati?
FAUZIAH : Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik hari ini?
HAYATI : Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.
PAK MAIL : Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula orang di
sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI : Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL : Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu. Tuk
terangkan masalah kita.
HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau berjanji untuk menolong Yati.
PAK MAIL : Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH : Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.
HAYATI : Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH : Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah Kamus Kata
dulu. Mak akan makan kemudian. • asrama – bangunan
(Dipetik daripada drama 'Hadiah', antologi Kuingin Berterima Kasih, tempat murid tinggal
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) • ikhtiar – daya usaha untuk
mencapai sesuatu
95 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Berdasarkan petikan drama, apakah ikhtiar yang 4. Tema drama ini ialah
diambil oleh Pak Mail untuk membolehkan Hayati A pengalaman belajar di sekolah berasrama
meneruskan pelajaran di sekolah? penuh.
A Berjumpa dengan kaunselor sekolah B tanggungjawab datuk dalam membesarkan
B Menerangkan masalah kepada penduduk cucu-cucunya.
kampung C kehidupan seorang ibu tunggal membesarkan
C Menerangkan kerumitan hidup kepada Guru anak-anaknya.
Besar D kesempitan hidup sebuah keluarga yang
D Menerangkan masalah sebenar kepada Datuk kehilangan ketua keluarga.
Penghulu
5. Apakah kesudahan drama Hadiah?
2. Berdasarkanpetikandrama,PakMaildigambarkan A Fauziah terpaksa bekerja untuk meneruskan
sebagai seorang yang kehidupan.
A bertanggungjawab terhadap keluarga. B Hayati akan dihantar ke asrama semula untuk
B tidak prihatin terhadap keluarga. meneruskan pelajaran di sekolah.
C suka mencari kesalahan orang lain. C Pak Mail terpaksa memberhentikan
D suka menceritakan hal keluarga kepada orang persekolahan Hayati kerana kesempitan
lain. wang.
D Datuk Penghulu membantu Hayati
meneruskan persekolahan di sekolah yang
berdekatan dengan rumah.
3. Yang berikut ialah nilai yang terdapat pada watakPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Hayati, kecuali
A keadilan. C kesopanan.
B keberanian. D bertanggungjawab.
Praktis 6 Pantun – Pantun Dua Kerat Nasihat Praktis PdPR Jawapan
Pantun
Praktis PdPR
Pantun
REVISI
Pantun
1. Karya berangkap yang menggunakan bahasa yang indah dan mempunyai maksud yang tersirat.
2. Pantun dikategorikan berdasarkan fungsinya, iaitu pantun kanak-kanak, pantun budi, pantun nasihat, pantun sindiran, pantun jenaka,
pantun teka-teki, dan sebagainya.
3. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti:
(a) pantun dua kerat (b) pantun empat kerat (c) pantun enam kerat
(d) pantun lapan kerat (e) pantun sepuluh kerat (f) pantun dua belas kerat
(g) pantun berkait
Baca pantun di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap, Kamus Kata
Orang selimut selalu lelap.
• pelipat – pelipatan
Hitam-hitam pucuk kawa, bahagian di belakang lutut
Sungguh hitam dipandang lawa.
• lelap – tidur; lena
Emas, perak, tembaga, suasa, • kawa – kopi
Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 96
1. Yang manakah antara yang berikut merupakan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
nasihat yang terdapat dalam pantun di atas?
A Seseorang perlu sentiasa tidur demi kebaikan C kita harus sentiasa mendengar nasihat orang
diri. tua untuk kebaikan diri pada masa hadapan.
B Seseorang perlu berusaha untuk mencapai
kejayaan. D kita harus berhati-hati ketika melakukan
C Seseorang perlu melakukan sesuatu kerja sesuatu perbuatan supaya kita tidak
secara sambalewa. menanggung malu kelak.
D Seseorang perlu mengehadkan pergerakan
untuk mencapai kejayaan. Orang selimut selalu lelap (pengulangan
konsonan l)
2. Baris pantun malas bergerak tidak merasa dalam
rangkap keempat pantun bermaksud 4. Unsur bunyi yang terdapat dalam baris pantun di
A seseorang tidak dapat berjalan kerana sakit. atas ialah
B seseorang malas untuk bergerak kerana A repetisi.
obesiti. B aliterasi.
C seseorang tidak mahu bergerak untuk C asonansi.
mencari makanan. D responsi.
D seseorang yang tidak mahu berikhtiar akan
menghadapi kegagalan. 5. Tema pantun ini ialah
A nasihat untuk menjaga orang kurang upaya.
3. Pengajaran yang berikut terdapat dalam Pantun B nasihat untuk bekerja dengan bersungguh-
Dua Kerat Nasihat, kecuali sungguh.
A kita tidak harus merugikan masa dengan tidur C nasihat tentang kebaikan memupuk amalan
sahaja. baik dalam diri seseorang.
B kita tidak harus kecewa dengan kekurangan D nasihat untuk mementingkan amalan gaya
diri kerana kekurangan itu ada hikmahnya. hidup sihat dalam kehidupan seseorang.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Praktis 7 Syair – Syair Pohon Buluh
REVISI 5. Ciri-ciri syair seperti yang berikut:
(a) terdiri daripada empat baris serangkap
Syair (b) setiap baris ialah maksud
1. Karya berangkap yang disusun secara berkesinambungan untuk (c) rima akhir aaaa
(d) 4 hingga lima patah perkataan sebaris
mengungkapkan satu maksud. (e) 8 hingga 12 suku kata sebaris
2. Syair bermaksud puisi dan berasal daripada kesusasteraan
Arab.
3. Syair merupakan suatu kesatuan idea.
4. Syair terdiri lebih daripada serangkap.
Baca syair di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menara tinggi banyak bertingkat, Selalu dipandang dilihat adanya,
Di sana tiada bilik bersekat, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Kamus Kata
Tiada bertangga naik melekat, Besar kecil ikat binanya, • menara – bangunan yang
tinggi
Mata-mata menjaga segenap pangkat. Terlalu kuat pula asasnya.
• melekat – tidak tanggal
Yang ada sedia panji-panji bendera, Ikatnya licin di luar di dalam, atau lekang
Hingga sampai ke kemuncak menara, Gelapnya di dalam seperti malam, • panji-panji – bendera
• kemuncak – bahagian yang
Banyak ada ia bersaudara, Air tak tiris seperti kolam,
tertinggi
• dijerat – tipu muslihat
• tiris – bocor
Yang ada pula bersama gara. Ikat tingkatnya tak nampak alam.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
97 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman Gelapnya di dalam seperti malam
1. Rangkap pertama syair ini bermaksud 4. Gaya bahasa baris di atas ialah
A tugas pihak berkuasa menjaga pelbagai A simile.
bangunan yang bertingkat. B inversi.
B kebolehan pihak berkuasa menjalankan tugas C epifora.
dengan penuh dedikasi. D anafora.
C pihak berkuasa menjaga keselamatan bangunan
kepunyaan orang berada. 5. Yang berikut merupakan peranan anggota
D pihak berkuasa menjalankan tugas dengan masyarakat dalam mengukuhkan perpaduan
adil tanpa mengira darjat dan pangkat. seperti yang digambarkan oleh penyair, kecuali
KBAT Menilai
Besar kecil ikat binanya, A orang kaya sedia membantu golongan yang
Terlalu kuat pula asasnya. memerlukan.
B pemimpin mementingkan pangkat dan darjat
2. Berdasarkan baris syair di atas, golongan tua dan masing-masing.
muda berperanan untuk C golongan tua dan muda berganding bahu
A menjaga keselamatan bangunan. bersama-sama.
B menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa. D pihak berkuasa membantu semua orang
C memelihara pokok buluh di setiap kawasan tanpa mengira pangkat.
tempat tinggal.
D memperkukuh perpaduan masyarakat
melalui sikap bekerjasama.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3. Nilai yang terdapat dalam rangkap pertama
pantun ialah
A keadilan. C hemah tinggi.
B keinsafan. D kasih sayang.
Praktis 8 Sajak – Kita Umpama Sehelai Daun
REVISI
1. Sajak ialah puisi moden yang berbentuk bebas, iaitu tidak terikat pada sesuatu pola khusus seperti puisi tradisional.
2. Sajak dikaji daripada dua aspek, iaitu:
(a) bentuk luaran – mengkaji struktur sajak, jumlah baris dalam satu rangkap, jumlah perkataan dalam satu baris, jumlah suku kata
dalam satu baris, dan susunan baris dalam sajak
(b) bentuk dalaman – mengkaji tema, persoalan, gaya bahasa, nada, nilai, dan pengajaran
Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
kita umpama sehelai daun kita umpama sehelai daun Kamus Kata
bertunas segar di hujung ranting bakal kering sampai waktunya
lalu melebar dan merimbun usahlah angkuh keupayaan diri • unggas – segala jenis
tempat bercanda unggas meriang sehingga lupa makhluk duafa burung
di bawah redup bebayang mentari ingin bernaung mencari hidup
• kikir – kedekut
andai kikir jasa dan bakti jadilah sehelai daun • memijar – kepanasan
di mana lagi tempat bernaung hijau menunas menyegar mata • angkuh – tinggi diri;
dari tusukan bahang memijar kering gugur menjadi baja
unggas kecil tidak berkudrat bongkak
• menunas – cambah atau
tumbuh sebagai tumbuh-
tumbuhan
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 98
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Berdasarkan rangkap ketiga sajak, mengapakah B jasa dan bakti hendaklah dilakukan pada
penyajak melarang seseorang supaya tidak waktu-waktu tertentu sahaja.
bersikap angkuh?
A Manusia akan bergaduh sesama sendiri. C sentiasa memberikan sumbangan dan
B Manusia akan berjaya di dunia dan akhirat. kebaikan kepada masyarakat.
C Manusia tidak akan dihormati oleh orang lain.
D Manusia akan meninggal dunia apabila D sikap mementingkan diri sendiri akan
sampai waktunya. menyusahkan orang lain.
2. Mengapakah kita disarankan supaya menjadi 4. Nilai yang terdapat pada rangkap ketiga sajak
seperti sehelai daun? ialah
A Supaya kita dapat hidup dengan ceria dan A keadilan.
segar B kesyukuran.
B Supaya kita dapat hidup dalam suasana yang C keprihatinan.
harmoni D hormat-menghormati.
C Supaya kita dapat menyumbang kepada
orang lain semasa kita hidup 5. Baris tempat bercanda unggas meriang
D Supaya jasa dan sumbangan kita dapat menujukkan gaya bahasa
dimanfaatkan oleh orang lain sewaktu kita A simile.
hidup dan selepas kita meninggal dunia B inversi.
C metafora.
D personifikasi.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3. Yang berikut ialah persoalan yang terdapat dalam
sajak ini, kecuali
A tidak kedekut dan malas untuk membantu
orang lain.
Praktis 9 Sajak – Kuingin Berterima Kasih Praktis PdPR Jawapan
Sajak
Praktis PdPR
Sajak
REVISI
1. Pemilihan kata-kata yang menarik, indah, dan kreatif dalam sesebuah karya.
2. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai dapat menimbulkan kesan yang mendalam kepada pembaca.
3. Antara contoh gaya bahasa seperti:
(a) personifikasi (b) metafora (c) anafora (d) epifora (e) hiperbola
(f) inversi (g) sinkope (h) repetisi (i) simile
Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sesekali kuingin berterima kasih Sesekali kuingin kalungkan kagum Kamus Kata
kepadamu hujan bagai tetamu kepadamu pejuang negara
jiwa pun menjadi dingin kerana tanganmu pernah berdarah • amarah – marah
api amarah pun terpadam. darah kesetiaan seorang warga • samudera – lautan
Sesekali kuingin menyemai budi kepada watan tercintanya. • warga – ahli; anggota
kepadamu tanah yang hidup Sesekali kuingin pula menjadi bunga • watan – tanah air
kerana perutmu setia menghamilkan menebarkan keharuman
rezeki buat petani. di taman-taman keresahan hidup
Sesekali kuingin berbisik kepadamu menyerahkan keinsafan
ikan-ikan yang riang kepada keangkuhan perang.
liar di belantara samudera Alangkah indahnya dunia
kerana sudi membebaskan derita andai semua merenung
nelayan tua di pondoknya. kekosongan hidup ini.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
99 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman A keadilan.
B kerajinan.
1. Berdasarkan sajak, mengapakah penyajak ingin C patriotisme.
berbudi kepada tanah? D kesyukuran.
A Anak petani dilahirkan di situ
B Tanah memberikan rezeki kepada para petani 4. Sajak ini bernada C romantis.
C Tanah menyediakan tempat tinggal kepada A sinis. D melankolik.
petani B protes.
D Tanah mengurangkan berlakunya
pencemaran alam 5. Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat
dalam sajak ini, kecuali
2. Berdasarkan rangkap ketiga sajak, penyajak ingin A kita perlulah bersimpati terhadap golongan
berbisik kepada ikan-ikan di laut kerana yang susah.
A ikan-ikan menambahkan derita nelayan. B kita haruslah rajin mengusahakan tanah
B ikan-ikan menguji kesabaran nelayan. untuk mencari rezeki.
C ikan-ikan menghilangkan kesusahan nelayan. C kita hendaklah menghargai pengorbanan
D ikan-ikan mengurangkan kebahagiaan para pejuang tanah air.
nelayan. D kita mestilah membantu orang yang
berpengaruh sahaja dalam masyarakat.
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.
3. Nilai yang terdapat dalam baris sajak ini ialah nilai
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Praktis 10 Sajak – Aku
REVISI
Nilai
1. Sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik dan terpuji dalam diri sesuatu watak dalam sesebuah karya.
2. Antara contoh nilai seperti:
(a) baik hati (b) berdikari (c) kegigihan (d) bekerjasama (e) kasih sayang
(f) keprihatinan (g) kerajinan (h) patriotisme (i) keinsafan
Pengajaran
Amanat atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tidak ada manusia lain Tidak terasa olehku
di pantai ini sentuhan angin ini
kecuali diriku. bertiup di mana-mana.
Kususur pasir panjang Bahkan aku tidak tahu Kamus Kata
sambil kubayangkan kulit kerang dan ru
aku ini adam. pernah wujud di sini. • susur – bergerak di tepi
sesuatu
Hari inilah aku tercipta Tuhan
dan pertama kali melihat aku percaya Kau Pencipta • tercipta – terwujud
laut, langit, dan pohon. kerana aku baru ada. • kelmarin – sehari sebelum
hari ini; semalam
Kelmarin aku belum ada
tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 100
1. Berdasarkan rangkap ketiga sajak, mengapakah Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
penyajak mengatakan bahawa dia tercipta pada
hari ini? Sambil kubayangkan
A Kerana tidak ada manusia lain di pantai itu
B Kerana penyajak berjalan menyusuri pantai 4. Gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di
C Kerana penyajak membayangkan dirinya atas ialah
sebagai Adam A simile.
D Kerana penyajak pertama kali melihat laut, B sinkope.
langit, dan pohon C metafora.
D personifikasi.
2. Rangkap ketujuh sajak ini bermaksud
A penyajak tidak yakin kepada kewujudan Hari inilah aku tercipta
Tuhan. dan pertama kali melihat
B manusia perlu menjaga alam ciptaan Tuhan laut, langit, dan pohon.
dengan baik.
C penyajak mengakui kewujudan Tuhan 5. Nilai yang terdapat dalam rangkap sajak di atas
sebagai pencipta alam. ialah
D semua unsur alam dicipta oleh manusia untuk A keadilan.
kesejahteraan hidup. B keinsafan.
C kesyukuran.
3. Tema sajak ini ialah D kasih sayang.
A kecintaan kepada Pencipta.
B permuafakatan sesama manusia.
C kasih sayang terhadap unsur alam.
D sikap manusia yang suka merosakkan alam.
Praktis 11 Sajak – Kunci Bahasa
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
REVISI (c) nada patriotik menggambarkan perasaan mencintai tanah
air
Nada
1. Perasaan penyair terungkap dalam puisi. Nada akan (d) nada sinis menggambarkan emosi tidak puas hati terhadap
sesuatu perkara
mempengaruhi intonasi suara.
2. Terdapat lima jenis nada, iaitu: (e) nada protes menggambarkan emosi menentang atau
(a) nada melankolik menggambarkan perasaan sedih dan sayu memberontak
(b) nada romantik menggambarkan emosi tenang dan gembira
Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bahasa bermaruah Kamus Kata
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa berbuah • berbilur – luka pada kulit
tidak kering bahasa diperah. akibat dipukul
Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah. • bertingkah – bersahut-
Bahasa berwasilah sahutan
tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa berbudi sudah • wasilah – perhubungan;
tidak lokek pada ummah. pertalian
Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah. • ukhuwah – tali
persaudaraan
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) • ummah – umat manusia
• bermadah – kata-kata
yang digunakan untuk
memuji-muji
101 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
1. Rangkap keempat sajak ini bermaksud
A bahasa digunakan oleh manusia dalam 3. Nilai yang terdapat dalam rangkap sajak ini ialah
urusan seharian.
B bahasa digunakan dalam perbincangan A keadilan. C bekerjasama.
secara berkesan.
C bahasa bermaruah dituturkan oleh seseorang B kesopanan. D bertanggungjawab.
dengan penuh kesantunan.
D penggunaan bahasa yang bersusila menjadi Tidak putus jambatan ukhuwah
pengikat hubungan sesama insan.
4. Unsur bunyi yang terdapat dalam baris sajak di
2. Yang berikut ialah fungsi bahasa berdasarkan atas ialah
sajak di atas, kecuali
A bahasa sebagai alat komunikasi. A repetisi. C aliterasi.
B bahasa digunakan untuk mengajar sejarah.
C bahasa digunakan untuk mengeratkan B anafora. D asonansi.
persahabatan.
D bahasa digunakan untuk membincangkan 5. Nada yang terkandung dalam sajak ini ialah
sesuatu isu.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights ReservedA sinis. C romantik.
B patriotik. D melankolik.
Pemahaman Petikan Praktis PdPR Jawapan
Praktis 1 Pemahaman
Praktis PdPR
Petikan Pemahaman
Petikan
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Petikan 1
Perubatan tradisional telah sebati dalam kalangan generasi lama kerana semenjak kecil mereka telah
diyakinkan oleh keberkesanan perubatan tradisional ini. Perubatan tradisional juga dipercayai dapat
menyembuhkan sesetengah penyakit yang tidak dapat dirawat melalui perubatan moden seperti
penyakit santau, sihir, dan buatan orang. Kaedah perubatan tradisional yang paling mendapat perhatian
masyarakat ialah urutan untuk menghilangkan sengal-sengal badan.
Kos perubatan yang murah juga merupakan faktor utama perubatan tradisional masih diamalkan
sehingga hari ini. Pengamal perubatan tradisional tidak menetapkan jumlah bayaran sebaliknya upah
yang diterima dalam bentuk sedekah atau derma.
Di samping itu, bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan hospital atau klinik seperti di
kawasan pedalaman, kaedah perubatan secara tradisional menjadi pilihan. Kesuntukan masa untuk
pergi ke hospital atau klinik yang jauh di bandar memberikan pilihan kepada penduduk kampung untuk
merujuk pengamal perubatan tradisional tentang penyakit yang dideritai oleh mereka.
Petikan 2
Aku percaya, pasti banyak lagi petua yang belum aku dengar dan yang belum datuk beritahu, sebab ada
banyak tanaman lain di belakang dan di halaman rumah datuk serta di kebun buah-buahannya.
“Jika hal ini tak benar, mengapa ada pesakit yang dirawat di hospital mencari ubat-ubatan tradisional?”
tanya datuk.
“Kali terakhir abang haji kata begitu, seorang pesakit telah lari daripada rawatan hospital,” ujar nenek
dengan nada suaranya yang rendah. “Itu kan tak bagus.”
“Itu sangat bagus, sekurang-kurangnya amalan perubatan tradisional tak akan lupus di muka bumi ini,
dan kita berpeluang membantu orang lain untuk sembuh. Kalau mereka ke hospital, kos rawatannya dah
tentu mahal.”
(Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 102
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Berdasarkan Petikan 1, nyatakan antara penyakit yang mampu disembuhkan melalui kaedah perubatan
tradisional.
– penyakit santau, sihir, dan buatan orang – sengal-sengal badan
2. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan sebab-sebab perubatan tradisional masih diamalkan sehingga
kini.
– dapat merawat sesetengah penyakit yang tidak dapat dirawat melalui perubatan moden – kos perubatan
tradisional lebih murah berbanding dengan perubatan moden – hospital atau klinik terletak jauh dari tempat
tinggal pesakit
3. Perubatan tradisional terus diamalkan sehingga kini.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menaik taraf perubatan tradisional?
KBAT Mengaplikasi
– ubat-ubatan tradisional dilabelkan dengan maklumat yang lengkap – media massa menguar-uarkan
khasiat ubat-ubatan tradisonal – ubat-ubatan tradisional dijual di hospital dan di farmasi – diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan
Praktis 2
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan kedai makan, restoran, perhentian bas, pasar raya, panggung
wayang, dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok. Sesiapa sahaja yang melanggar
peraturan ini akan dikenakan saman. Tindakan kerajaan ini memang wajar kerana merokok di tempat
awam akan mendatangkan keburukan kepada orang ramai.
Perokok yang merokok di kedai makan dan di restoran bersikap mementingkan diri sendiri. Asap rokok
yang berbau busuk dan mencemarkan udara mengganggu keselesaan pelanggan-pelanggan yang sedang
makan di sekelilingnya. Lebih menyakitkan hati, apabila perokok membuang abu rokok di atas lantai kedai
makan. Sesetengah perokok pula membuang puntung rokok di dalam pinggan selepas makan.
Menurut kajian, asap rokok yang dihembus oleh perokok akan menjejaskan kesihatan orang yang
berada di sekelilingnya terutama kanak-kanak dan wanita hamil. Mereka mudah dijangkiti penyakit yang
berkaitan dengan saluran pernafasan. Kesan yang diterima oleh mereka lebih buruk daripada kesan yang
diterima oleh perokok itu sendiri.
Bahan 2
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Pemilik premis makanan Pemilik premis makanan Pemilik premis makanan Kamus Kata
perlu memaparkan tanda tidak perlu menyediakan tidak perlu menyediakan
bilik khas untuk merokok • saman – perintah rasmi
LARANGAN MEROKOK bekas abu rokok yang menuntut seseorang
hadir ke mahkamah untuk
103 didakwa
• abu – sisa barang yang
telah habis terbakar
• premis – bangunan dan
kawasan tempat diuruskan
perniagaan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara-cara untuk mengelakkan amalan merokok di tempat awam.
– mengisytiharkan tempat awam sebagai kawasan larangan merokok – pemilik premis makanan tidak
menyediakan kemudahan untuk merokok – memaparkan tanda larangan merokok
2. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan sebab-sebab perokok yang merokok di kedai makan dikatakan mementingkan
diri sendiri.
– mengganggu keselesaan pelanggan yang lain kerana asap rokok berbau busuk dan mencemarkan udara
– membuang abu rokok di atas lantai kedai makan – membuang puntung rokok ke dalam pinggan selepas
makan
3. Amalan merokok dapat memberikan pelbagai kesan buruk kepada pengamalnya.
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk amalan merokok kepada perokok? KBAT Menilai
– menghidap pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas – menjejaskan keterampilan
diri seperti bibir hitam, muka cengkung, batuk-batuk – membazirkan wang kerana harga rokok sangat
mahal
Praktis 3
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
“Bagi Zah pinjam sepuluh ringgit,” pinta Azizah dengan nada merayu.
“Nak buat apa sampai sepuluh ringgit. Duit itu bapa nak bayar hutang barang kedai Tong Seng. Cuba
tanya mak kau,” kata bapanya menyebabkan Azizah berasa hampa.
“Zah nak buat apa duit sebanyak itu?”tingkah emak tanpa menanti soalan Azizah. Azizah diam. Bungkam.
“Nak beli buku?”
Geleng.
“Habis tu?”
“Zah nak beli hadiah.”
“Hadiah apa pulanya ini?” tanya bapa separuh kehairanan.
“Hadiah Hari Guru.”
“Untuk siapa?” tanya emak pula. Keningnya berkerut.
“Untuk Cikgu Zaleha.”
(Dipetik daripada cerpen 'Hadiah', antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Bahan 2 Bahan 3
Berburu ke padang datar,
Sambutan Hari Guru • Amanat Hari Guru Dapat rusa berbelang kaki;
SMK St. George Balik Pulau • Persembahan pentas Berguru kepalang ajar,
Tarikh: 15 Mei 2021 • Deklamasi sajak Ibarat bunga kembang tak jadi.
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari • Sukaneka
Kamus Kata • deklamasi – pembacaan sajak dan sebagainya dengan irama suara
• kepalang – tidak cukup
• hampa – kecewa; duka cita
• bungkam – tidak bersuara; membisu; diam
• amanat – pesanan; nasihat
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 104
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan sambutan Hari Guru diadakan.
– murid dapat menghargai guru-guru kesayangan mereka – murid-murid dan guru-guru melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti yang telah diatur – menghidupkan amalan menghormati guru
2. Berikan dua bentuk pantun yang terdapat dalam Bahan 3.
– terdiri daripada satu rangkap – dua baris yang pertama ialah pembayang manakala dua baris yang
berikutnya ialah maksud
3. Memberikan hadiah bersempena dengan sambutan Hari Guru merupakan satu daripada cara untuk
menghargai jasa guru-guru.
Pada pendapat anda, apakah apakah cara-cara lain untuk menghargai jasa guru? KBAT Menilai
– sentiasa menghormati dan memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar – menjadi murid yang
mendengar kata guru-guru – menghadiahkan kejayaan dalam pelajaran kepada guru-guru
Praktis 4
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Petikan 1
Marah merupakan sifat semula jadi bagi manusia dan haiwan. Orang tua-tua sering bergurau dengan orang
yang sedang marah dengan ungkapan “Jangan marah, nanti cepat tua.” Oleh itu, reaksi marah mestilah
dielakkan kerana perkataan “cepat tua” sering dikaitkan dengan muka berkedut dan cepat lupa. Selain itu,
kajian menunjukkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah orang yang sedang marah meningkat
apabila marah. Perubahan biologi inilah yang menyebabkan individu yang marah itu mengambil tindakan
agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang yang dimarahinya.
Seterusnya, perasaan marah itu timbul apabila kita mentafsirkan sesuatu situasi atau ungkapan
seseorang itu secara negatif. Ingatlah bahawa orang lain tidak boleh memaksa kita untuk marah tanpa
reaksi negatif daripada kita. Dengan kata lain, kitalah yang memberikan rangsangan kepada otak kita agar
marah akibat perbuatan atau percakapan orang lain.
Selain itu, pakar psikologi mengkategorikan dua punca kemarahan, iaitu punca dalaman dan punca
luaran. Punca dalaman seperti kita berasa dihina, diancam, ditipu, diketepikan, dan masalah-masalah
peribadi. Punca luaran pula seperti apabila berlaku situasi kesesakan lalu lintas, terkandas kerana hujan,
keciciran barang, kecurian, dan sebagainya. Semua hal ini merupakan punca yang dapat menyebabkan
seseorang itu marah dan mengalami stres.
Petikan 2
“Dia anak kita,” Sim Pau membalas.
“Dia bukan anak aku.”Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan
bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim
Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak
menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.
Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit pun
air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah
tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
(Dipetik daripada cerpen 'Kuih Bakul Limau Mandarin', antologi Kuingin Berterima Kasih,
Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
105 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
Kamus Kata • stres – resah; cemas; tegang
• berhati kering – tiada perasaan belas kasihan
• agresif – bersifat suka melawan; suka menentang
• psikologi – ilmu mengenai jiwa manusia
1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan keburukan apabila seseorang itu marah.
– kadar denyutan jantung dan tekanan darahnya meningkat – mengambil tindakan agresif atau mengeluarkan
kata-kata yang kesat – dapat memutuskan hubungan kekeluargaan
2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Petikan 2.
– ibu yang sayang akan anaknya – tindakan bapa yang tidak menyelidik kebenaran tentang sesuatu
perkara
3. Perasaan marah dapat diatasi jika kita bijak mengawalnya.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menghilangkan perasaan marah? KBAT Menilai
– berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal – mendengar muzik, iaitu lagu-lagu
kegemaran yang menghiburkan – melakukan aktiviti riadah yang dapat menenangkan fikiran – mendirikan
solat dan berdoa kepada Tuhan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Praktis 5
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Petikan 1
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi
puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak
muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan
peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air
ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki
perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.
Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru
dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak
yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan
sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(Dipetik daripada cerpen Munsyi, karya Husna Nazri,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.)
Petikan 2
Kunci Bahasa
Bahasa bermaruah Bahasa berwasilah
tidak berbilur bahasa di lidah. tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa berbuah Bahasa berbudi sudah
tidak kering bahasa diperah. tidak lokek pada ummah.
Bahasa bersejarah Bahasa begitu indah
tidak luput bahasa bertingkah. tidak habis berbahasa bermadah.
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 106
Kamus Kata Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
rasmi
• meramahi – bersikap ramah-tamah • berbilur – luka pada kulit akibat dipukul
• jelik – tidak baik • ukhuwah – tali persaudaraan
• aib – malu • ummah – umat manusia
• slanga – bahasa yang biasa digunakan dalam percakapan tidak
1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan ciri-ciri bahasa yang bermaruah.
– tiada loghat yang direka-reka – tiada istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang
mengelirukan – tidak menyinggung atau melukakan hati orang lain
2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Petikan 2.
– berhemah tinggi, iaitu bahasa bermaruah – pemurah, iaitu tidak lokek pada ummah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara ibu bapa dapat membendung keruntuhan akhlak dalam kalangan
generasi muda di bandar? KBAT Menilai
– ibu bapa memberikan ilmu agama kepada anak-anak – ibu bapa kasih sayang kepada anak-anak – ibu bapa
perlu mengawal tingkah laku anak-anak agar akhlak mereka terpelihara
Novel Praktis PdPR Jawapan
Novel
Praktis PdPR
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. Novel
(i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
Praktis 1
Latar masyarakat bermaksud gambaran yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesebuah cerita oleh pengkarya.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan
tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan latar masyarakat yang diberikan.
NOVEL LATAR MASYARAKAT
SEJAMBAK BAKTI Masyarakat yang mempunyai semangat yang
tinggi untuk berjaya.
DESTINASI IMPIAN Masyarakat yang suka akan aktiviti lasak.
PELARI MUDA Masyarakat yang berdisiplin dalam menjalankan
tanggungjawab.
FORMULA TERMODINAMIK Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
107 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
Sila rujuk bahagian jawapan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Praktis 2
Berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut.
Sila rujuk bahagian jawapan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 108
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
Praktis 3
Peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam sesebuah novel dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan
yang terdapat dalam novel tersebut.
Sila rujuk bahagian jawapan
Praktis 4
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
Sila rujuk bahagian jawapan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
109 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemahaman
Praktis 5
Penulis menerapkan nilai-nilai murni melalui watak dalam hasil karya mereka bertujuan untuk mendidik para
pembaca.
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian,
kemukakan dua contoh peristiwa lain yang bersesuaian dengan nilai tersebut. Peristiwa yang dikemukakan
mestilah berkaitan dengan watak utama yang dinyatakan. [10 markah]
NOVEL WATAK CONTOH PERISTIWA
SEJAMBAK BAKTI RAZALI Razali tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan.
DESTINASI IMPIANPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights ReservedFIRDAUSFirdaus menyahut cabaran datuknya untuk berbasikal ke
Pantai Morib.
PELARI MUDA KAMARUL Kamarul menginsafi sikapnya yang sombong akan kejayaan
dan populariti sebagai pelari pecut negara.
FORMULA AMIR Amir sedia membantu orang yang berada dalam kesusahan.
TERMODINAMIK
Sila rujuk bahagian jawapan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 110
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved