The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-03-03 21:03:30

Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku C Penulisan

Siri GET READY! KSSR memenuhi
keperluan pentaksiran formatif
dan sumatif dalam Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD). Berpandukan PRC426012b
untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dalam DSKP serta
B B TAHUN dirancang dengan sistematik
BUKU buku teks, semua latihan ini
BUKU
TAHUN
6
supaya dapat menambah baik
mengembangkan potensi mereka
Bahasa Melayu 6 pembelajaran murid-murid dan untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
– Buku A Pemahaman
ke tahap optimum.
– Buku B Penulisan
Judul-judul Get Ready! Tahun 6 Bahasa Inggeris Semakan KANDUNGAN Halaman Penulisan BAHASA MELAYU BAHASA
KSSR
KSSR
– Buku A Pemahaman
Semakan
– Buku B Penulisan
Ujian 1
1 – 4
Sains/Science
Ujian 2
5 – 8
– Buku A Soalan Objektif
– Buku B Soalan Subjektif
9 – 12
Ujian 4
13 – 16
Matematik/Mathematics
Penulisan
– Buku A Soalan Objektif Ujian 3 17 – 20 MELAYU
Ujian 5
– Buku B Soalan Subjektif
Ujian 6 21 – 24
BAHASA MELAYU
Ujian 7 25 – 28
Ujian 8 29 – 32 Buku B
Ujian 9 33 – 36 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Ayuh, GET Ready! Ujian 10 37 – 40 BUKU
BUKU
Buku B
Ujian 11
Tahun 6 Ujian 12 45 – 48
41 – 44
TAHUN
Jawapan J1 – J16 TAHUN 6 B B
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022 TAHUN
6
TAHUN 6
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
Penulisan
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara Penulisan
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran 6

daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2022

KSSR
KSSR
Semakan
12 UJIAN Semakan
Latih Tubi Pentaksiran
Formatif dan Sumatif
JAWAPAN
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) Tepat & Lengkap
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM7.50/ E.M: RM7.80
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. PRC426012b BENTUK SOALAN
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] • Ujian Subjektif KBAT
Pertanyaan: [email protected] ISBN: 978-967-2779-89-6 • Respons Terbuka Soalan Beraras Tinggi

Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan Taming 12, Taman Taming Jaya, Jalan Balakong, 43300 Selangor. Fauziah Ismail
Sila layari https://plus.Pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).




Cover Bahasa Melayu (Buku B)V2.indd 1 20/02/2022 7:42 PM

TIP MENULIS








Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Pengenalan

Kertas Penulisan mengandungi tiga bahagian soalan, iaitu:
1. Bahagian A (10 markah) – Membina Ayat
2. Bahagian B (15 markah) – Menulis Ulasan
3. Bahagian C (25 markah) – Menulis Karangan


Bahagian A Membina Ayat


Panduan Umum

1. Bahagian ini menguji kemahiran murid dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan
bahan rangsangan yang diberikan.
2. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik yang diberikan. Setiap ayat mestilah
mengandungi subjek dan predikat.
3. Ayat yang dibina haruslah menerangkan perkara yang terkandung dalam bahan grafik.

4. Elakkan membina lebih daripada satu ayat untuk setiap nombor atau poin.
5. Tiada penggunaan penanda wacana dalam setiap ayat yang dibina.


Kriteria Cemerlang

1. Berikan penekanan kepada struktur ayat yang dibina di samping ejaan, imbuhan, dan tanda
baca yang betul dan tepat.

2. Struktur ayat yang disusun dengan tepat serta menarik mampu menghasilkan ayat yang
gramatis.

3. Minimumkan kesalahan, khususnya dalam aspek bahasa seperti ejaan, tanda baca, dan
imbuhan.

4. Tiada had bilangan patah perkataan yang ditetapkan.


Kaedah Pentaksiran

1. Ayat dinilai secara analitik dan holistik.
2. Kaedah analitik digunakan untuk mengesan idea atau isi.
3. Kaedah holistik diguna pakai untuk menilai aspek tatabahasa.




TM – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00 Tip Menulis Thn6.indd 1 17/02/2022 4:34 PM

Teknik Menjawab Bahagian A

1. Teliti dan fahami kehendak soalan. Kemudian, garisi kata kunci.
2. Kenal pasti situasi dan aktiviti yang terkandung dalam gambar, bulatkan dan senaraikan.
3. Gunakan maklumat yang diperoleh untuk membina ayat.
4. Bina ayat yang gramatis dan menarik. Elakkan kesalahan dari aspek tatabahasa, seperti ejaan,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
imbuhan, dan tanda baca.
5. Gunakan kata nama khas atau kata ganti nama diri untuk mewakili watak yang terdapat
dalam gambar.

Model Soalan

Gambar di bawah ini menunjukkan suasana sewaktu berkelah di tepi pantai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

BERKELAH DI TEPI PANTAI





























Cadangan Jawapan

Bil. Siapa Kata Kerja Objek Keterangan
1. Seorang lelaki duduk di kerusi sambil membaca surat khabar.

2. Ibu menghidangkan bekal yang dibawa untuk berkelah pada
hari itu.
3. Aina dan Sara membina istana pasir menggunakan peralatan yang
dibawa dari rumah.
4. Abang bermain layang-layang bersama-sama rakan di tepi pantai.

5. Azlan mandi-manda di gigi air dengan gembira.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 2






00 Tip Menulis Thn6.indd 2 17/02/2022 4:34 PM

Bahagian B Menulis Ulasan


Panduan Umum

1. Bahagian ini menguji tahap penguasaan murid dalam membina ulasan.
2. Murid akan diberikan bahan rangsangan dan akan diminta untuk membina ulasan yang
berkaitan dengannya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
3. Ulasan yang dibina mestilah mengandungi idea yang tersurat sebagaimana yang
dinyatakan dalam bahan rangsangan. Idea tersirat yang tepat perlu dikaitkan dalam ulasan
yang dibina.
4. Ulasan perlu ditulis dalam bentuk perenggan antara 50 hingga 80 patah perkataan.
5. Penggunaan penanda wacana amat digalakkan bagi membina ulasan yang menarik.

6. Murid hendaklah mematuhi had bilangan patah perkataan yang ditetapkan.


Kriteria Cemerlang
1. Ulasan yang dibina mengandungi idea tersurat dan idea tersirat menggunakan kosa kata
yang menarik.
2. Penekanan diberikan terhadap struktur ayat yang dibina di samping ejaan, imbuhan, dan
tanda baca yang betul dan tepat.
3. Struktur ayat yang disusun dengan tepat serta menarik mampu menghasilkan ayat yang
gramatis.
4. Kesalahan minimum khususnya dalam aspek bahasa, seperti ejaan, tanda baca, dan imbuhan.
5. Had bilangan patah perkataan hendaklah dipatuhi.
6. Ulasan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dan bukan bentuk penomboran.
7. Idea tersurat dikemukakan daripada bahan rangsangan dan dikaitkan dengan idea tersurat
yang bertepatan.


Kaedah Pentaksiran

1. Ulasan dinilai secara holistik.
2. Setiap ayat ulasan sebaik-baiknya mengandungi idea tersurat daripada bahan rangsangan.
3. Kaitkan idea tersirat bagi setiap idea tersurat yang dinyatakan.
4. Susunan ayat yang gramatis dan menarik amat dititikberatkan.



Teknik Menjawab Bahagian B
1. Baca dan fahami arahan soalan. Kemudian, garisi kata kunci yang terdapat dalam arahan
soalan.
2. Perhatikan bahan rangsangan/grafik yang diberikan.
3. Kenal pasti idea tersurat yang terdapat dalam bahan rangsangan/grafik tersebut.



TM – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00 Tip Menulis Thn6.indd 3 17/02/2022 4:34 PM

4. Selain idea tersurat, murid boleh mengemukakan idea tersirat bagi menyokong dan
mengukuhkan idea sedia ada.
5. Tidak ada ketetapan jumlah isi tersurat mahupun isi tersirat.
6. Penggunaan penanda wacana (antara, selain itu, seterusnya), peribahasa, dan kata-kata
hikmat amat digalakkan.
7. Ulasan yang cemerlang hendaklah mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Model Soalan
Masa itu emas. Kita haruslah memanfaatkan masa lapang dengan sebaiknya.
Berdasarkan gambar di bawah ini, tulis ulasan tentang cara-cara mengisi masa lapang dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
























Membaca Cara-cara Beriadah
untuk Mengisi
Masa Lapang






















Berkebun Menonton televisyen


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 4






00 Tip Menulis Thn6.indd 4 17/02/2022 4:34 PM

Cadangan Jawapan



Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa senggang.



Penanda wacana /
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kata bantu Idea tersurat Kata hubung Idea tersirat


Antaranya ialah berkebun dapat mengeluarkan peluh
kita boleh dan mengekalkan kesihatan
diri.
Pelbagai kata
hubung yang
Selain itu, kita juga membaca pelbagai bahan bersesuaian: meluaskan minda kita.
boleh bacaan yang berfaedah
supaya
agar
Seterusnya, kita agar melakukan aktiviti dan dapat memastikan tubuh kita
disarankan riadah kerana sentiasa sihat.
bagi


Akhir sekali, kita menonton televisyen mengeratkan hubungan
boleh bersama-sama keluarga kekeluargaan.



Kesimpulannya, masa lapang haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya supaya tidak
terbuang dengan hal yang sia-sia.




Contoh Ulasan Lengkap


Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa senggang.

Antaranya ialah kita boleh berkebun agar dapat mengeluarkan peluh dan mengekalkan
kesihatan diri. Selain itu, kita juga boleh membaca pelbagai bahan bacaan yang berfaedah
bagi meluaskan minda kita. Seterusnya, kita disarankan agar melakukan aktiviti riadah supaya
dapat memastikan tubuh kita sentiasa sihat. Akhir sekali, kita boleh menonton televisyen
bersama-sama keluarga bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, masa lapang haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya supaya
tidak terbuang dengan hal yang sia-sia.
(80 patah perkataan)





TM – 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00 Tip Menulis Thn6.indd 5 17/02/2022 4:34 PM

Bahagian C Menulis Karangan


Panduan Umum

1. Bahagian ini menguji kemahiran murid menulis karangan menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2. Soalan karangan terdiri dalam pelbagai bentuk, sama ada jenis karangan berformat atau tidak
berformat.

3. Setiap karangan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya enam perenggan yang terdiri
daripada pendahuluan, isi-isi, dan penutup.
4. Setiap idea yang dikemukakan hendaklah dihuraikan dan diberikan contoh yang sesuai sebagai
huraian/ pengembangan idea yang dikemukakan.
5. Pastikan penggunaan penanda wacana ada dalam karangan yang ditulis agar membentuk
struktur ayat yang gramatis dan menarik.

6. Murid hendaklah memilih satu soalan sahaja daripada dua soalan yang dikemukakan.


Kriteria Cemerlang


1. Baca dan fahami kehendak soalan serta kenal pasti jenis dan bentuk karangan supaya
menepati kehendak soalan.
2. Kemukakan idea yang bertepatan dengan kehendak soalan menggunakan kosa kata dan
struktur ayat yang menarik.

3. Berikan penekanan terhadap struktur ayat yang dibina di samping ejaan, imbuhan, dan tanda
baca yang betul dan tepat.

4. Struktur ayat yang disusun dengan tepat serta menarik mampu menghasilkan ayat yang
gramatis.
5. Minimumkan kesalahan, khususnya dalam aspek bahasa, seperti ejaan, tanda baca, dan
imbuhan.
6. Had bilangan patah perkataan hendaklah dipatuhi.
7. Karangan hendaklah ditulis dalam enam perenggan. Isi hendaklah dihuraikan dengan baik
berserta contoh yang sesuai.
8. Usah tinggalkan pendahuluan dan penutup dalam setiap karangan yang ditulis.
9. Seandainya soalan memerlukan format, pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang
betul dan tepat.










© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 6






00 Tip Menulis Thn6.indd 6 17/02/2022 4:34 PM

Bentuk dan Jenis Karangan


BERFORMAT TIDAK BERFORMAT

• Surat Kiriman Rasmi • Cerita / Menyudahkan Cerita
• Surat Kiriman Tidak Rasmi • Fakta
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Perbualan/ Temu Ramah/ Wawancara • Autobiografi
• Laporan • Perbincangan
• Berita • Peribahasa
• Catatan
• Ucapan
• Syarahan
• Perbahasan




Kaedah Pentaksiran

1. Karangan dinilai secara holistik.

2. Setiap isi sebaik-baiknya dihuraikan dan diberikan contoh yang sesuai.
3. Setiap pengembangan isi dituliskan dalam satu perenggan.

4. Format karangan yang tepat akan diambil kira dalam penilaian pentaksiran.


Teknik Menjawab Bahagian C

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. Kenal pasti jenis karangan tersebut
sama ada berformat atau tidak berformat.
2. Murid perlu memilih tajuk yang difahami serta dapat menguasai idea/isi karangan yang dipilih.
3. Murid hendaklah membina kerangka karangan bagi memudahkan penulisan.
4. Setiap perenggan karangan hendaklah mempunyai huraian yang lengkap.

5. Murid digalakkan supaya menggunakan penanda wacana, peribahasa, dan kata-kata hikmat
dalam penulisan. Contohnya:

Penanda Wacana Peribahasa Kata-kata Hikmat

• Selain itu • Bak cendawan tumbuh selepas hujan • Masa Itu Emas
• Sementara itu • Melentur buluh biarlah dari • Pandu Cermat Jiwa
• Di samping itu rebungnya Selamat
• Seterusnya • Bulat air kerana pembetung, bulat • Bersatu Teguh, Bercerai
manusia kerana muafakat Roboh
• Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing




TM – 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00 Tip Menulis Thn6.indd 7 17/02/2022 4:34 PM

Model Soalan


Cuti persekolahan merupakan hal yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.
Ceritakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid semasa cuti sekolah.

Kehendak Soalan: Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid semasa cuti sekolah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Jenis Karangan: Fakta


Contoh penulisan perenggan:


Pendahuluan:
Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid. Lazimnya, tempoh
cuti persekolahan adalah panjang, terutama cuti pada akhir tahun. Pelbagai aktiviti yang
bermanfaat boleh dilakukan bersama-sama keluarga.


Isi:
Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga ialah melancong ke
tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara kita (Isi). Kita boleh memilih destinasi
percutian yang diidamkan, misalnya Melaka Bandaraya Bersejarah, Pulau Langkawi, Melaka,
Pulau Pinang, dan Pulau Tioman (Contoh). Oleh itu, kita dapat merehatkan minda dan
melepaskan stres setelah sekian lama penat bekerja atau belajar (Huraian/Kesan).


Penutup:

Kesimpulannya, kerjasama masyarakat amatlah diperlukan untuk membantu golongan
ini menjalani kehidupan (Cadangan). Keprihatinan masyarakat dapat mendorong mereka
mencipta masa depan yang lebih baik (Harapan).




























© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TM – 8






00 Tip Menulis Thn6.indd 8 17/02/2022 4:34 PM

Ujian Tarikh:


Skor
• Kemahiran Aplikasi Bahasa
• Kemahiran Aplikasi Bahasa
1 • Kemahiran Aplikasi Maklumat 50
• Kemahiran Aplikasi Maklumat
• Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
• Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa



Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bahagian A Kemahiran Aplikasi Bahasa 10

Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga.

Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.


























































1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






01 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 1 17/02/2022 2:49 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1

Bahagian B Kemahiran Aplikasi Maklumat 15


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Ujian
Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ekoran pandemik COVID-19.
Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak sepanjang tempoh tersebut
1
dalam bentuk perenggan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Belajar dalam talian















Pengisian
Masa Anak-anak
ketika Tempoh
Pelaksanaan
PKP







Berkebun Membantu keluarga






























© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2






01 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 2 17/02/2022 2:49 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1

Bahagian C Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa 25
1
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab semua soalan.
Ujian
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Jiran kamu sekeluarga didapati positif COVID-19 baru-baru ini. Sebagai masyarakat
yang prihatin, kamu dan komuniti setempat telah berganding bahu untuk membantu dalam
meringankan masalah mereka.
Ceritakan tindakan yang kamu dan komuniti setempat membantu jiran kamu itu.




























































3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






01 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 3 17/02/2022 2:49 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1
Soalan 2

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan penutupan sekolah dan aktiviti
lain terjejas. Semua aktiviti dijalankan secara dalam talian, termasuklah sesi pengajaran dan
Ujian
pembelajaran (PdP).
Catat aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang pernah kamu ikuti sepanjang waktu itu.
1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.



































































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4






01 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 4 17/02/2022 2:49 PM

Ujian Tarikh:


Skor
• Kemahiran Aplikasi Bahasa
• Kemahiran Aplikasi Bahasa
7 • Kemahiran Aplikasi Maklumat 50
• Kemahiran Aplikasi Maklumat
• Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
• Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa



Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bahagian A Kemahiran Aplikasi Bahasa 10

Gambar di bawah ini menunjukkan beberapa kraf tangan yang terdapat di Malaysia.

Tulis lima ayat berkaitan dengan gambar.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.


















KRAF
TANGAN



































25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






07 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 25 17/02/2022 1:42 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 7

Bahagian B Kemahiran Aplikasi Maklumat 15


Masyarakat majmuk di Malaysia masing-masing mempunyai makanan tradisi yang tersendiri.
Tulis ulasan tentang manfaat kepelbagaian makanan tradisi kepada masyarakat dalam bentuk
perenggan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Makanan Tradisi, Uniknya Malaysia















➣ Mengenali makanan tradisi masyarakat
setempat
➣ Mengetahui teknik dan cara penyediaan
sesuatu masakan
➣ Mengeratkan hubungan silaturahim antara
kaum
Ujian

7

































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26






07 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 26 17/02/2022 1:42 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 7

Bahagian C Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa 25


Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab semua soalan.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Puas kami menabur padi,
Nanas juga ditanam orang;
Puas kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di kali mengalir tenang;
Budi sedikit tidak akan hilang,
Pastinya menjadi kenang-kenangan.

Sungguh gagah si burung jentayu,
Berlegar-legar mencari helang;
Bunga kembang akan layu,
Budi yang baik tidak akan hilang.
Jikalau kita menyemai padi,
Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita menanam budi, 7
Orang yang jahat menjadi baik.
Ujian


Pantun di atas merupakan pantun budi yang boleh dijadikan panduan dalam hidup.

Berdasarkan maksud pantun, tulis karangan tentang ‘Kebaikan Berbudi’.





























27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






07 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 27 17/02/2022 1:42 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 7
Soalan 2

Kamu sekeluarga baru sahaja pulang daripada menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara
kamu. Kamu mendapat pengalaman baharu semasa menghadiri majlis tersebut.

Ceritakan pengalaman kamu sepanjang majlis itu berlangsung.


Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.




























Ujian


7

































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28






07 Ujian 1 Thn6 Penulisan.indd 28 17/02/2022 1:42 PM

JAWAPAN









Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Ujian 1 Mak Cik Habsah sekeluarga didapati positif COVID-19.
Berita tersebut sangat memeranjatkan saya
BAHAGIAN A sekelurga serta seluruh masyarakat kampung.
Ayah selaku ketua kampung telah mengambil
1. Encik Ramli membawa keluarganya berkhemah di beberapa langkah bagi memastikan semua penduduk
Hutan Lipur.
tidak panik dan tertekan. Pada masa yang sama,
2. Puan Aida menggalakkan anak-anaknya membaca ayah telah menghubungi Pak Cik Johari, iaitu suami
buku bersama-sama pada masa lapang. Mak Cik Habsah untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas tentang keadaan kesihatan keluarga
3. Kita boleh membersihkan persekitaran rumah
secara gotong-royong bersama-sama keluarga. mereka.
Pak Cik Johari menyatakan bahawa dia telah
4. Daniel menonton televisyen di ruang tamu
bersama-sama keluarganya. menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
bagi memaklumkan situasi mereka. Para petugas
5. Encik Dahlan dan keluarganya berkebun pada kesihatan mengarahkan mereka sekeluarga supaya
waktu petang. kuarantin diri di rumah memandangkan mereka
mempunyai gejala ringan sahaja. Dalam pada
BAHAGIAN B itu, mereka akan terus dipantau dan para petugas
kesihatan bersedia untuk dihubungi pada bila-bila
Penutupan sekolah ketika pandemik COVID-19 masa sekiranya keadaan kesihatan Pak Cik Johari
menyebabkan kanak-kanak banyak mempunyai sekeluarga menjadi lebih buruk.
masa yang terluang. Oleh itu, pelbagai aktiviti boleh Sementara itu, ayah dan jiran-jiran berusaha untuk
dilakukan untuk mengisi waktu tersebut.
menyalurkan bantuan seperti barangan kering dan
Antaranya ialah anak-anak boleh mengikuti basah serta ubat-ubatan ke rumah Pak Cik Johari.
pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian Ada juga dalam kalangan jiran kami yang berbesar
supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Selain hati menghantar makanan yang telah siap dimasak
itu, anak-anak boleh membantu keluarga melakukan ke rumah Pak Cik Johari. Kami meletakkan barangan
kerja-kerja rumah, seperti mengemas dan mencuci tersebut di hadapan pintu pagar rumah Pak Cik Johari
pinggan mangkuk. Di samping itu, kita boleh bercucuk bagi mengelakkan kamu berhubung secara langsung
tanam, misalnya pokok bunga atau sayur-sayuran dengan keluarga mereka.
untuk menceriakan halaman rumah sekali gus Selepas seminggu dikuarantin, akhirnya Pak Cik
menjimatkan perbelanjaan.
Johari sekeluarga pulih daripada wabak itu. Syukurlah,
Kesimpulannya, kita perlulah bijak menghargai mereka hanya menghidap gejala ringan dan segera
masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah pulih dalam jangka masa yang singkat.
kepada diri dan kehidupan.
Akhirnya, mereka sudah boleh menjalani
kehidupan seperti sediakala dan mempraktikkan
BAHAGIAN C norma baharu supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Pak Cik Johari amat berterima kasih kepada penduduk
Soalan 1 kampung yang telah banyak membantu mereka
Pagi itu saya sekeluarga dikejutkan dengan berita sekeluarga.
yang menyedihkan. Jiran sekampung kami, iaitu




J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






13 Jawapan Thn6.indd 1 17/02/2022 4:35 PM

Bahasa Melayu Tahun 6 Jawapan

Soalan 2
Ujian 2
11 Ogos 2021, Rabu
BAHAGIAN A
6:00 pagi
Ibu mengejutkan saya daripada tidur dan menyuruh 1. Tempat bekerja perlulah sentiasa bersih untuk
saya bersiap-siap sebelum sesi Pengajaran dan menjamin produktiviti setiap individu dalam tugas
Pembelajaran di Rumah (PdPR) berlangsung. Selepas yang dilaksanakan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
mandi dan solat subuh, saya sarapan pagi bersama-
sama keluarga. Ibu sentiasa mengingatkan saya 2. Sekolah atau universiti yang bersih menjadi syarat
supaya bersedia untuk sesi PdPR seolah-olah saya utama kepada semua warganya demi keselesaan
akan ke sekolah seperti biasa. dan keselamatan semua pihak.
3. Ruang tandas sama ada di rumah mahupun
7:30 pagi tandas awam juga perlu dijaga kebersihannya
Saya duduk di hadapan komputer di ruangan khas demi keselesaan kita bersama.
yang telah disediakan oleh ibu untuk saya dan adik-
beradik yang lain mengikuti pembelajaran secara 4. Kita perlu menitikberatkan kebersihan di rumah
dalam talian. Saya turut menyediakan buku-buku supaya kita sentiasa dihindari daripada pelbagai
pelajaran untuk keperluan rujukan semasa sesi PdPR penyakit.
berlangsung. 5. Taman permainan yang bersih dapat menceriakan
suasana serta menjadi tarikan kepada komuniti
8:30 pagi untuk beriadah pada waktu petang.
Pelajaran pertama pada pagi itu ialah mata pelajaran
Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Cikgu
Salimah. Cikgu Salimah menggunakan pelbagai BAHAGIAN B
teknik dan media yang berkesan supaya berjaya Merokok banyak mendatangkan keburukan baik
menarik perhatian semua murid. Kami mengikuti sesi
pembelajaran tersebut dengan gembira. Cikgu Salimah kepada perokok itu sendiri mahupun masyarakat di
memberikan tugasan yang bersesuaian untuk kami sekitarnya.
laksanakan. Kemudian, kami diberikan waktu rehat Antara keburukan merokok ialah membahayakan
seperti biasa. Saya memanfaatkan masa tersebut kesihatan perokok serta memberikan kesan sampingan
dengan melakukan perkara-perkara yang sepatutnya, kepada orang yang berada di sekitarnya. Selain itu,
seperti makan, minum, dan ke tandas. merokok juga boleh mencemarkan persekitaran kerana
asap rokok yang dilepaskan akan berlegar-legar
11:00 pagi di udara. Hal ini akan menyebabkan jerebu. Di
Setelah tamat waktu rehat yang diberikan, maka sesi samping itu, perokok tegar akan menghabiskan wang
untuk mata pelajaran Matematik pula berlangsung. yang banyak untuk membeli rokok. Hal ini akan
Semua murid memberikan sepenuh tumpuan agar menyumbang kepada sikap membazir. Seterusnya,
tidak keciciran. Cikgu Asmah memberikan penerangan tabiat merokok boleh mendorong seseorang itu
dengan jelas di samping menyelitkan beberapa contoh kepada penagihan dadah.
yang mudah supaya murid benar-benar faham akan
topik yang dibincangkan. Kesimpulannya, setiap orang perlu menghindarkan
diri daripada terlibat dengan rokok demi kesejahteraan
Ada juga murid yang bertanyakan beberapa hidup.
soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan
pada hari itu. Oleh itu, Cikgu Asmah memberikan BAHAGIAN C
penerangan dengan lebih terperinci supaya murid-
murid faham dan tiada kekeliruan.
Soalan 1
1:00 tengah hari Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang
Menjelang tengah hari, sesi PdPR pada hari tersebut berpunca daripada gigitan nyamuk aedes. Individu
pun berakhir. Saya berasa gembira kerana dapat yang dijangkiti demam denggi tidak boleh memandang
mengikuti sesi pembelajaran walaupun hanya ringan terhadap penyakit ini kerana demam denggi
dilakukan secara dalam talian. boleh membawa maut jika tidak dirawat.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2






13 Jawapan Thn6.indd 2 17/02/2022 4:35 PM

Siri GET READY! KSSR memenuhi
keperluan pentaksiran formatif
dan sumatif dalam Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD). Berpandukan PRC426012b
untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dalam DSKP serta
B B TAHUN dirancang dengan sistematik
BUKU buku teks, semua latihan ini
BUKU
TAHUN
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
6
supaya dapat menambah baik
mengembangkan potensi mereka
Bahasa Melayu 6 pembelajaran murid-murid dan untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
– Buku A Pemahaman
ke tahap optimum.
– Buku B Penulisan
Judul-judul Get Ready! Tahun 6 Bahasa Inggeris Semakan KANDUNGAN Halaman Penulisan BAHASA MELAYU BAHASA
KSSR
KSSR
– Buku A Pemahaman
Semakan
– Buku B Penulisan
Ujian 1
1 – 4
Sains/Science
Ujian 2
5 – 8
– Buku A Soalan Objektif
– Buku B Soalan Subjektif
9 – 12
Ujian 4
13 – 16
Matematik/Mathematics
Penulisan
– Buku A Soalan Objektif Ujian 3 17 – 20 MELAYU
Ujian 5
– Buku B Soalan Subjektif
Ujian 6 21 – 24
BAHASA MELAYU
Ujian 7 25 – 28
Ujian 8 29 – 32 Buku B
Ujian 9 33 – 36
Ayuh, GET Ready! Ujian 10 37 – 40 BUKU
BUKU
Buku B
Ujian 11
41 – 44
Tahun 6 Ujian 12 45 – 48
TAHUN
Jawapan J1 – J16 TAHUN 6 B B
6
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022 TAHUN
TAHUN 6
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
Penulisan
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara Penulisan
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran 6

daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2022
KSSR
KSSR
Semakan
12 UJIAN Semakan
Latih Tubi Pentaksiran
Formatif dan Sumatif
JAWAPAN
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) Tepat & Lengkap
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM7.50/ E.M: RM7.80
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. PRC426012b BENTUK SOALAN
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] • Ujian Subjektif KBAT
Pertanyaan: [email protected] ISBN: 978-967-2779-89-6 • Respons Terbuka Soalan Beraras Tinggi

Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan Taming 12, Taman Taming Jaya, Jalan Balakong, 43300 Selangor. Fauziah Ismail
Sila layari https://plus.Pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).




Cover Bahasa Melayu (Buku B)V2.indd 1 20/02/2022 7:42 PM


Click to View FlipBook Version