The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2025-12-15 21:31:56

Strategic STPM Sem 2 (2026) Ekonomi

> Info > VideoPEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER22022 – 2024• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! Berdasarkan2022 – 2024• Mohamad Shukri Seman• Yeam Hock KongEKONOMI(Makroekonomi)


iiiPENDAHULUANStrategic STPM Ekonomi Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 2 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.vKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Pentaksiran944/2MakroekonomiUjian BertulisBahagian A:20 soalan aneka pilihan diberikan.Jawab semua soalan.Bahagian B:6 soalan esei diberikan. Jawab 4 soalan sahaja.Bahagian C:3 soalan kuantitatif diberikan.Jawab 2 soalan sahaja.100(33.33%)2060202 jam 30 minitPentaksiran berpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 2SKEMA STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2.indd 5 14/12/2025 4:52 PMBAB19Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan(d) Hutang luar negeri secara relatifnya bertambahApabila imbangan pembayaran berada dalam keadaaan defisit yang berterusan, nilai mata wang tempatan merosot. Ini menyebabkan hutang luar negara secara relatifnya meningkat. Langkah Menangani Isu MakroekonomiDasar Sebelah PermintaanDasar sebelah permintaan merupakan dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agregat (AD) bagi merangsang kegiatan ekonomi. Terdapat tiga alat dasar sebelah permintaan, iaitu:1. Dasar fiskal(a) Dasar fiskal merupakan dasar kerajaan yang melibatkan unsur cukai dan perbelanjaan kerajaan. Cukai merupakan salah satu daripada hasil kerajaan, manakala perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan kerajaan.(b) Semasa ekonomi mengalami keadaan inflasi yang tinggi:(i) Kerajaan menjalankan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.(ii) Kesannya, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga berkurang.(iii) Keluk permintaan agregat (AD) beralih ke kiri. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar akan menurun. Maka, inflasi yang tinggi dapat dikurangkan. (c) Semasa ekonomi mengalami kemelesetan dan pengangguran yang tinggi:(i) Kerajaan menjalankan dasar fiskal mengembang, iaitu mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan. (ii) Maka, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga bertambah.(iii) Keluk permintaan agregat beralih ke kanan. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar akan meningkat. Ini menunjukkan berlaku perkembangan ekonomi dan peningkatan keluaran negara. (iv) Kesannya, berlaku peningkatan dalam guna tenaga. Maka, pengangguran dan kemelesetan ekonomi dapat diatasi.2. Dasar monetari(a) Dasar monetari merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui bank pusat dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga di pasaran.Langkah menangani isu makroekonomi:(a) Dasar sebelah permintaan – Dasar fiskal– Dasar monetari– Dasar pertukaran asing(b) Dasar sebelah penawaran– Cukai korporat– Cukai input– Penyelidikan dan pembangunan (R&D)– Galakan pelaburanDasar fiskal menguncup→ cukai ↑ perbelanjaan kerajaan ↓→ Permintaan agregat menurun→ Inflasi diturunkanDasar fiskal mengembang:→ cukai ↓ perbelanjaan kerajaan ↑→ Permintaan agregat meningkat→ Kemelesetan ekonomi diatasi01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 9 14/12/2025 4:53 PMBAB114Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanKadar Pengangguran1. Kadar pengangguran merupakan peratusan kadar tenaga buruh yang tidak bekerja atau tidak terlibat dalam sebarang kegiatan ekonomi berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga buruh pada suatu tahun tertentu.2. Kadar pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan formula berikut: Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenagaJumlah tenaga buruh × 100 Atau Kadar pengangguran = Jumlah penganggurJumlah tenaga buruh × 1003. Contoh penghitungan kadar pengangguran:Jadual 1.3 Jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga sebuah negara dari tahun 2023 hingga tahun 2025Tahun Jumlah tenaga buruh (‘000 orang)Jumlah guna tenaga(‘000 orang)Kadar pengangguran (%)2023 15 534 15 166 2.372024 15 682 15 245 2.792025 16 184 15 365 5.06(a) Kadar pengangguran pada tahun 2023= 15 534 ribu orang – 15 166 ribu orang15 534 ribu orang = 2.37%× 100(b) Kadar pengangguran pada tahun 2024= 15 682 ribu orang – 15 245 ribu orang15 682 ribu orang = 2.79%× 100(c) Kadar pengangguran pada tahun 2025= 16 184 ribu orang – 15 365 ribu orang16 184 ribu orang = 5.06%× 100(d) Kadar pengangguran telah meningkat dari tahun 2023 hingga 2025, iaitu daripada 2.37% pada tahun 2023 kepada 2.79% pada tahun 2024, dan seterusnya meningkat kepada 5.06% pada tahun 2025.(e) Pada tahun 2023 dan tahun 2024, negara tersebut mencapai guna tenaga penuh kerana kadar penganggurannya kurang daripada 4%. Manakala pada tahun 2025, negara tersebut tidak mencapai guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran melebihi 4%.KuizBezakan antara tenaga buruh dengan guna tenaga.Untuk soalan pengiraan mestilah• tulis rumus• tunjuk langkah kerjadengan jelas• tulis unit yang tepat bagijawapannyaTip Pemeriksa01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 14 14/12/2025 4:53 PMSkema Pentaksiran STPMTip PemeriksaNota PentingMenyenaraikan nota penting sebagai rujukan pantas.11 PENGENALANBABAliran Pusingan Pendapatan 1.1 Negara1. Aliran pusingan pendapatan merupakan aliran pendapatan atau perbelanjaan serta aliran barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku-pelaku dalam sesebuah ekonomi, iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara (eksport dan import).2. Aliran pusingan pendapatan terdiri daripada aliran fizikal dan aliran wang. 3. Aliran fizikal merupakan aliran yang berlaku dalam bentuk barang yang terdiri daripada faktor pengeluaran, barang dan perkhidmatan. Faktor pengeluaran melibatkan buruh, tanah, modal dan keusahawanan.4. Aliran wang merupakan aliran dalam bentuk wang yang terdiri daripada pendapatan faktor pengeluaran (upah, sewa, bunga dan untung), perbelanjaan penggunaan, tabungan, cukai, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan eksport dan perbelanjaan import.Ekonomi Dua SektorPasaran faktorInstitusi kewangan FirmaPasaran barangAliran 3Aliran 2Aliran 1Aliran 4Aliran 2Aliran 1Isi rumahRajah 1.1 Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor1. Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma.2. Isi rumah merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi secara bersama.• Menerangkan konsep pusingan pendapatannegara.• Menerangkan pelaku aktiviti ekonomi dalamekonomi dua sektor, sektor, dan empat sektor.• Menerangkan aliran dan aliran wang dalamekonomi dua sektor.• Menerangkan aliran dalam ekonomi tiga dan empat sektor.• Menerangkan maksudsuntikan dan bocoran.• Mengenal pasti komponensuntikan, bocoran, perbelanjaan agregatdalam ekonomi dua tiga sektor, dan empatsektor.Hasil Pembelajaran01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 1 14/12/2025 4:54 PMNotaBerdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.


ivBAB12Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanEkonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma.Ekonomi tiga sektor pula merangkumi sektor isi rumah, sektor firma, dan sektor kerajaan. Ekonomi tiga sektor dikenali sebagai ekonomi tertutup kerana tiada penglibatan sektor luar negara, iaitu tiada perdagangan antarabangsa berlaku.Ekonomi empat sektor terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor luar negara. Ekonomi empat sektor dikenali sebagai ekonomi terbuka kerana wujudnya perdagangan antarabangsa antara negara dengan sektor luar negara.Info Ekonomi 3. Firma ialah sebuah organisasi atau unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan.4. Aliran 1:• Isi rumah menawarkan faktor pengeluaran, iaitu tanah, buruh, modal dan keusahawanan kepada firma melalui pasaran faktor. • Sebagai ganjaran, isi rumah menerima pendapatan, iaitu sewa, upah, bunga dan untung yang dibayar oleh firma.5. Aliran 2:• Firma menggunakan faktor pengeluaran tersebut untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang kemudiannya dijual kepada isi rumah.• Isi rumah membelanjakan sebahagian pendapatan yang diterima untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.6. Aliran 3:• Sebahagian lagi pendapatan isi rumah yang tidak dibelanjakan akan disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan.7. Aliran 4:• Firma membuat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membuat pelaburan, iaitu membeli mesin, jentera, membina kilang dan sebagainya.Ekonomi Tiga Sektor dan Ekonomi Empat SektorPasaran faktorInstitusi kewanganSektor Luar NegaraFirmaKerajaanPasaran barangAliran 3Aliran 7 Aliran 6 & 7Aliran 9Aliran 5Aliran 8Aliran 2 Aliran 2Aliran 5Aliran 8Aliran 1Aliran 4Aliran 8Aliran 1Isi rumahRajah 1.2 Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga dan ekonomi empat sektor01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 2 14/12/2025 4:54 PM188Ekonomi Semester 2 STPM Bab 4 Wang, Bank dan Dasar MonetariBAB4Rumusan 1. Wang(a) Wang ialah barang yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran dalam kegiatan urus niaga.(b) Ciri-ciri wang: • Diterima umum• Penawaran yang terhad• Kestabilan nilai wang• Mudah dibahagi• Mudah dibawa(c) Fungsi wang:• Alat perantaraan pertukaran – Mengatasi masalah kehendak serentak dalam sistem barter.• Alat pengukur nilai – Mengatasi masalah pengukuran nilai dalam sistem barter.• Alat penyimpan nilai – Mengatasi masalah penyimpanan nilai dalam sistem barter.• Alat bayaran tertunda – Mengatasi masalah kesukaran melakukan bayaran tertunda dalam sistem barter.(d) Nilai wang• Merupakan kuasa beli wang, iaitu keupayaan sesuatu mata wang untuk membeli sejumlah barang dan perkhidmatan.• Berhubungan negatif dengan tingkat harga umum.• Indeks nilai wang dibentuk daripada indeks harga pengguna. 2. Penawaran wang (a) Merujuk kepada wang dalam edaran dan pelbagai jenis deposit di institusi kewangan dalam sesebuah negara pada masa tertentu.(b) Komponen penawaran wang:• M1: Penawaran wang dalam definisi yang sempit, iaitu wang hanya berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran.• M2: Penawaran wang dalam definisi yang luas, iaitu wang berfungsi sebagai alat perantaraan dan alat penyimpan nilai.• M3: Penawaran wang dalam definisi yang lebih luas yang meliputi M2 dan deposit di institusi monetari bukan bank. 3. Bank perdagangan dan penciptaan kredit(a) Bank perdagangan mencipta wang apabila sebahagian daripada deposit semasa digunakan untuk memberikan pinjaman kepada pelanggan. Pinjaman yang diberikan ini akan diwujudkan sebagai akaun deposit baharu, sekali gus menambah jumlah deposit dalam sistem perbankan dan mencipta wang baharu. (b) Perubahan jumlah deposit semasa di akhir proses penciptaan kredit bergantung kepada pengganda deposit.• Jumlah deposit semasa atau penawaran wang = Pengganda deposit × Deposit semasa asal• Jumlah pinjaman atau kredit dicipta = Pengganda deposit × Pinjaman asal• Jumlah rizab = Pengganda wang × Rizab asal(c) Sebab penciptaan kredit tidak mencapai tahap maksimum:• Bank menyimpan rizab yang berlebihan • Bocoran wang tunai daripada sistem bank04 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 18814/12/2025 4:56 PMBAB121Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanPRAKTIS STPM 1Bahagian A1. Berikut merupakan komponen perbelanjaan dalam aliran pusingan pendapatan negara ekonomi tiga sektor kecualiA perbelanjaan pelaburanB perbelanjaan kerajaanC perbelanjaan importD perbelanjaan isi rumah2. Yang manakah merupakan kesan daripada inflasi?A Taraf hidup merosotB Pengangguran berlakuC Nilai mata wang meningkatD Kos hidup pengguna menurun3. Kesan defisit dalam imbangan pembayaran adalahA kos sara hidup meningkatB taraf hidup rakyat merosotC kejatuhan rizab mata wang asingD nilai mata wang domestik meningkat4. Yang manakah langkah sesuai dilaksanakan untuk mengatasi masalah pengangguran?A Kadar bunga ditingkatkanB Cukai pendapatan dinaikkanC Menambahkan bekalan wang dalam pasaranD Perbelanjaan kerajaan dikurangkan5. Bagi mengatasi inflasi, kerajaan perlu melaksanakanA dasar fiskal menguncupB dasar fiskal mengembangC dasar monetari mengembangD dasar sebelah penawaran6. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk, jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga di sebuah negara pada suatu tahun tertentu.Butiran Jumlah (juta orang)Jumlah pendudukJumlah tenaga buruhJumlah guna tenaga33.4025.6224.58 Hitung kadar pengangguran bagi negara tersebut.A 3.11% C 4.23%B 4.06% D 5.25%7. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan indeks harga pengguna (IHP) bagi sebuah negaraButiran 2024 2025Keluaran Dalam Negeri Kasar Benar (RM juta)IHP533 198108.3578 026112.4 Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut pada tahun 2025?A 2.38% C 8.41%B 3.79% D 9.62%8. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara.Tahun Indeks harga pengguna20242025105.6114.2 Berapakah kadar inflasi negara tersebut pada tahun 2025?A 7.53 %B 8.60 %C 8.14 %D 14.2 %9. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian butiran dalam imbangan pembayaran bagi sebuah negara.Butiran Nilai (RM juta)Eksport baranganImport baranganPerkhidmatanPendapatan primerPendapatan sekunderAkaun modalAkaun kewanganKesilapan dan ketinggalan678 234570 356–30 240–38 532–16 869 287–13 508–10 542 01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 21 14/12/2025 4:54 PMBAB113Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanAkses IlmuUntuk mendapat maklumatindeks harga penggunayang terkini, anda bolehmelayari laman web JabatanPerangkaan Malaysia.INFO(b) Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2025 = RM1 150 128 juta – RM1 083 356 jutaRM1 083 356 juta × 100= 6.16%(c) Berdasarkan penghitungan tersebut, dapat dirumuskan bahawa arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut telah meningkat daripada 5.96% pada tahun 2024 kepada 6.16% pada tahun 2025, iaitu berlaku peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.2%.Kadar Inflasi1. Kadar inflasi merupakan peratusan kenaikan tingkat harga umum pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya. 2. Kadar inflasi dapat dihitung dengan menggunakan formula berikut: Kadar inflasi= IHP tahun semasa – IHP tahun sebelumIHP tahun sebelum × 1003. Contoh penghitungan kadar inflasi:Jadual 1.2 Indeks harga pengguna (IHP) sebuatahun 2023 hingga tahun 2025h negara dari Tahun Indeks Harga Pengguna (IHP) (2020 = 100)2023Kadar inflasi (%)105.6 –2024 108.4 2.652025 112.5 3.78(a) Kadar inflasi pada tahun 2024= 108.4 – 105.6105.6 × 100= 2.65%(b) Kadar inflasi pada tahun 2025= 112.5 – 108.4108.4 × 100= 3.78%(c) Pada tahun 2024, berlaku kenaikan tingkat umum sebanyak 2.65%. Manakala, pada tahun 2025, kenaikan sebanyak 3.78%. (d) Arah aliran kadar inflasi meningkat dari tahun 2024 hingga 2025.(e) Inflasi yang berlaku menunjukkan penurunan nilai wang, iaitu kuasa beli atau keupayaan wang untuk memperolehi barang dan perkhidmatan semakin merosot. Kadar inflasi puratamenunjukkan purata kadar kenaikan harga umum dalam sesuatu tempoh, biasanyabeberapa tahun. Ia digunakan untuk melihat purata perubahan harga tahunan dalam ekonomi. Rumus pengiraan:Kadar inflasi purata= Jumlah kadar inflasi tahunanBilangan tahun Info Ekonomi01 STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2 1P.indd 13 14/12/2025 4:54 PM252Kertas Model STPM (944/ 2)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA EKONOMIKERTAS 22 JAM 30 MINITArahan kepada calon:Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, danMarkah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda Bahagian C.Jawab kurung [ ].semua soalan dalam Bahagian A.Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian B, tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian C, tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.944/2 STPM259BABPengenalan 1Bahagian A1. C 2. A 3. C 4. C 5. A6. B 7. C 8. C 9. B 10. DBahagian B1. Aliran pusingan wang bagi ekonomi tiga sektorPasaran faktorInstitusi kewanganFirmaKerajaanPasaran barangAliran 3Aliran 7 Aliran 6 & 7Aliran 5Aliran 2 Aliran 2Aliran 5Aliran 1Aliran 4Aliran 1Isi rumah • Ekonomi tiga sektor terdiri daripada sektor isirumah, firma dan kerajaan.• Aliran 1: Ganjaran yang diterima oleh isi rumahkerana menawarkan faktor pengeluaran, iaitu tanah, buruh, modal dan keusahawanan kepadafirma melalui pasaran faktor.• Aliran 2: Isi rumah membeli barang danperkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.• Aliran 3: Isi rumah menabung sebahagiandaripada pendapatan yang diterima di institusikewangan.• Aliran 4: Firma membuat pinjaman daripadainstitusi kewangan untuk membuat pelaburan,iaitu untuk membeli mesin, jentera, membina kilang dan sebagainya.• Aliran 5: Isi rumah dan firma masing-masingmembayar cukai pendapatan dan cukai untungsyarikat kepada kerajaan.• Aliran 6: Kerajaan membeli barang danperkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.• Aliran 7: Kerajaan memberikan subsidi kepada isirumah dan firma.2. (a) Kesan terhadap pengangguran:• Kemelesetan ekonomi menyebabkan firmamengurangkan pengeluaran.• Selain itu, terdapat juga firma yang terpaksamengecilkan operasi dan mengurangkanpelaburan. Akibatnya aktiviti ekonomimenjadi perlahan dan peluang pekerjaansemakin berkurang.• Akibatnya, guna tenaga berkurang danpengangguran meningkat.Kesan terhadap inflasi:• Apabila berlaku kemelesetan ekonomi,aktiviti ekonomi menjadi perlahan danpeluang pekerjaan semakin berkurang.• Pendapatan masyarakat berkurang yangmenyebabkan permintaan agregat jugaberkurang. Oleh itu, tekanan terhadapharga barangan di pasaran jatuh dan inflasiberkurangan.(b) Pertumbuhan ekonomi boleh ditingkatkandengan perubahan cukai pendapatanpersendirian dan perbelanjaan kerajaan. • Bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi,cukai pendapatan persendirian perludikurangkan.• Ini menyebabkan pendapatan bolehguna masyarakat meningkat. Oleh itu,perbelanjaan agregat meningkat.• Apabila perbelanjaan agregat meningkat,penawaran agregat akan meningkat.Firma meningkatkan pengeluaran danpertumbuhan ekonomi dapat dijana semula.• Di samping itu, perbelanjaan kerajaanperlu ditingkatkan bagi menggalakkanaktiviti ekonomi. Maka, peluang pekerjaanbertambah dan pendapatan isi rumahmeningkat.• Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat,firma meningkatkan pengeluaran danpertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan.3. (a) • Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi ialahtingkat keluaran negara kasar yang bolehdicapai oleh sesebuah negara apabila semuafaktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.• Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar ialahtingkat keluaran negara yang sebenarnyadicapai.• Jika Keluaran Negara Kasar (KNK) potensilebih tinggi daripada Keluaran NegaraKasar (KNK) sebenar, masih terdapatfaktor pengeluaran yang tidak digunakanatau masih menganggur. Hal ini bolehmenyebabkan ekonomi sesebuah negaramengalami kemelesetan.JAWAPANJAW STRATEGIC 2026 EKONOMI SEM 2.indd 259 14/12/2025 4:55 PMInfo EkonomiRumusanPraktis STPMAkses IlmuKertas Model STPMJawapan


vKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Pentaksiran944/2MakroekonomiUjian BertulisBahagian A:20 soalan aneka pilihan diberikan.Jawab semua soalan.Bahagian B:6 soalan esei diberikan. Jawab 4 soalan sahaja.Bahagian C:3 soalan kuantitatif diberikan.Jawab 2 soalan sahaja.100(33.33%)2060202 jam 30 minitPentaksiran berpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 2


vi Ekonomi Semester 2 STPM KandunganKANDUNGANBAB1 Pengenalan 11.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara • Ekonomi Dua Sektor • Ekonomi Tiga Sektor dan Ekonomi Empat Sektor • Suntikan dan Bocoran 1.2 Matlamat dan Isu Makroekonomi • Matlamat Makroekonomi • Isu Makroekonomi • Langkah Menangani Isu Makroekonomi 1.3 Petunjuk Makroekonomi • Kadar Pertumbuhan Ekonomi • Kadar Inflasi • Kadar Pengangguran • Imbangan Pembayaran • Hubungan antara Kadar Inflasi dengan Kadar Pengangguran Menurut Keluk Philips • Hubungan antara Kadar Pertumbuhan Ekonomi dengan Kadar Pengangguran Menurut Hukum Okun • Pendapatan Negara Potensi dan Pendapatan Negara Sebenar Rumusan Praktis STPM 1 BAB2 Perakaunan Pendapatan Negara 2.1 Konsep Pendapatan Negara • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) pada Harga Pasaran dan Kos Faktor • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB) • Pendapatan Negara Nominal (KNK Nominal) dan Pendapatan Negara Benar (KNK Benar) • Pendapatan Per Kapita 2.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara • Kaedah Keluaran • Kaedah Perbelanjaan • Kaedah Pendapatan 40


Ekonomi Semester 2 STPM Kandungan2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara 2.4 Masalah Penghitungan Pendapatan Negara 2.5 Kelemahan Data Pendapatan Negara • Kelemahan Pendapatan Per Kapita Membanding Taraf Hidup antara Masa dalam Negara • Kelemahan Pendapatan Per Kapita Membanding Taraf Hidup antara Negara Rumusan Praktis STPM 2 BAB3 Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal 3.1 Pendekatan Perbelanjaan Agregat-Pendapatan (AE-Y) dan Pendekatan Suntikan-Bocoran (Harga Tetap) • Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor • Pengganda Ekonomi Dua Sektor • Keseimbangan Ekonomi Tiga Sektor (Cukai Sekali Gus) • Pengganda Ekonomi Tiga Sektor • Dasar Fiskal • Keseimbangan Ekonomi Empat Sektor (Ekonomi Terbuka) 3.2 Analisis Permintaan Agregat-Penawaran Agregat (AD-AS) • Permintaan Agregat-Penawaran Agregat • Keseimbangan Pendapatan Negara: Analisis AD-AS Rumusan Praktis STPM 3 BAB4 Wang, Bank, dan Dasar Monetari 4.1 Wang • Ciri-ciri Wang • Fungsi Wang • Indeks Nilai Wang • Hubungan antara Kadar Inflasi dengan Nilai Wang dan Kuasa Beli 4.2 Penawaran Wang • Komponen Penawaran Wang (Agregat Monetari) • Bank Perdagangan dan Penciptaan Kredit 4.3 Teori Kuantiti Wang • Persamaan Pertukaran Fisher • Kritikan Keynes terhadap Teori Kuantiti Wang Fisher


viii Ekonomi Semester 2 STPM Kandungan4.4 Teori Keutamaan Kecairan Keynes dan Mekanisme Transmisi Keynes • Permintaan Wang • Penawaran Wang • Keseimbangan Pasaran Wang dan Aktiviti Ekonomi 4.5 Bank Pusat dan Dasar Monetari • Fungsi Bank Pusat • Dasar Monetari Rumusan Praktis STPM 4 BAB5 Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa 5.1 Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa • Takrif Perdagangan Antarabangsa • Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa • Faedah Perdagangan Antarabangsa terhadap Ekonomi Sesebuah Negara 5.2 Teori Perdagangan Antarabangsa • Faedah Mutlak • Faedah Berbanding 5.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa • Kesan Negatif Perdagangan Antarabangsa • Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa • Alat Sekatan Perdagangan Antarabangsa 5.4 Kadar Pertukaran Asing • Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah • Sistem Kadar Pertukaran Tetap 5.5 Imbangan Pembayaran • Akaun Semasa • Akaun Modal • Akaun Kewangan • Ketinggalan dan Kesilapan • Imbangan Keseluruhan (Imbangan Pembayaran) • Aset Rizab • Imbangan Pembayaran di Malaysia • Langkah Mengatasi Imbangan Pembayaran Defisit Rumusan Praktis STPM 5 Kertas Model STPM (944/2) Jawapan


11 PENGENALANBABAliran Pusingan Pendapatan 1.1 Negara1. Aliran pusingan pendapatan merupakan aliran pendapatan atau perbelanjaan serta aliran barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku-pelaku dalam sesebuah ekonomi, iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara (eksport dan import).2. Aliran pusingan pendapatan terdiri daripada aliran fizikal dan aliran wang. 3. Aliran fizikal merupakan aliran yang berlaku dalam bentuk barang yang terdiri daripada faktor pengeluaran, barang dan perkhidmatan. Faktor pengeluaran melibatkan buruh, tanah, modal dan keusahawanan.4. Aliran wang merupakan aliran dalam bentuk wang yang terdiri daripada pendapatan faktor pengeluaran (upah, sewa, bunga dan untung), perbelanjaan penggunaan, tabungan, cukai, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan eksport dan perbelanjaan import.Ekonomi Dua SektorPasaran faktorInstitusi kewangan FirmaPasaran barangAliran 3Aliran 2Aliran 1Aliran 4Aliran 2Aliran 1Isi rumahRajah 1.1 Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor1. Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma.2. Isi rumah merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi secara bersama.• Menerangkan konsep pusingan pendapatannegara.• Menerangkan pelaku aktiviti ekonomi dalamekonomi dua sektor, sektor, dan empat sektor.• Menerangkan aliran fizikaldan aliran wang dalamekonomi dua sektor.• Menerangkan aliran wangdalam ekonomi tiga sektordan empat sektor.• Menerangkan maksudsuntikan dan bocoran.• Mengenal pasti komponensuntikan, bocoran, danperbelanjaan agregatdalam ekonomi dua tiga sektor, dan sektor.Hasil Pembelajaran


BAB12Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanEkonomi dua sektor terdiridaripada sektor isi rumah dansektor firma.Ekonomi tiga sektor pulamerangkumi sektor isirumah, sektor firma, dansektor kerajaan. Ekonomitiga sektor dikenali sebagaiekonomi tertutup kerana tiadapenglibatan sektor luar negara,iaitu tiada perdaganganantarabangsa berlaku.Ekonomi empat sektor terdiridaripada sektor isi rumah,sektor firma, sektor kerajaan,dan sektor luar negara.Ekonomi empat sektor dikenalisebagai ekonomi terbukakerana wujudnya perdaganganantarabangsa antara negaradengan sektor luar negara.Info Ekonomi3. Firma ialah sebuah organisasi atau unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan.4. Aliran 1:• Isi rumah menawarkan faktor pengeluaran, iaitu tanah, buruhmodal dan keusahawanan kepada firma melalui pasaran faktor• Sebagai ganjaran, isi rumah menerima pendapatan, iaitu upah, bunga dan untung yang dibayar oleh firma.5. Aliran 2:• Firma menggunakan faktor pengeluaran tersebut untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang kemudiannya dijual kepada isi rumah.• Isi rumah membelanjakan sebahagian pendapatan yang diterima untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.6. Aliran 3:• Sebahagian lagi pendapatan isi rumah yang tidak dibelanjakan akan disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan.7. Aliran 4:• Firma membuat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membuat pelaburan, iaitu membeli mesin, jentera, membina kilang dan sebagainya.Ekonomi Tiga Sektor dan Ekonomi Empat SektorPasaran faktorInstitusi kewanganSektor Luar NegaraFirmaKerajaanPasaran barangAliran 3Aliran 7 Aliran 6 & 7Aliran 9Aliran 5Aliran 8Aliran 2 Aliran 2Aliran 5Aliran 8Aliran 1Aliran 4Aliran 8Aliran 1Isi rumahRajah 1.2 Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga dan ekonomi empat sektor


3Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanEkonomi Tiga Sektor1. Ekonomi tiga sektor terdiri daripada sektor isi rumah, firmakerajaan.2. Aliran 5: • Selain daripada aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh isi rumah dalam ekonomi dua sektor, isi rumah juga membayar pendapatan kepada kerajaan.• Firma juga perlu membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan mengikut kadar yang ditetapkan. Ini menyebabkan berlaku aliran pendapatan daripada isi rumah dan firma kepada kerajaan.3. Aliran 6: • Cukai yang dibayar oleh isi rumah dan firma merupakan kerajaan. Kerajaan menggunakannya untuk membuat perbelanjaan kerajaan, sama ada perbelanjaan mengurus atau perbelanjaan pembangunan. • Contoh perbelanjaan mengurus ialah membayar gaji kakitangan awam dan membeli alatan pejabat. Manakala, perbelanjaan pembangunan pula adalah seperti membina sekolah, hospital dan jalan raya.• Kerajaan juga membeli barang dan perkhidmatan daripada firma. Ini menyebabkan berlaku aliran pendapatan daripada kerajaan kepada firma.4. Aliran 7: • Selain itu, kerajaan juga memberikan subsidi kepada isi rumah dan firma.Ekonomi Empat Sektor1. Aliran 8: • Ekonomi empat sektor terdiri daripada sektor isi rumah, kerajaan dan sektor luar negara (eksport dan import). • Bagi isi rumah, selain daripada aktiviti ekonomi yang dilakukan dalam ekonomi dua dan tiga sektor, mereka juga membeli barang dan perkhidmatan dari luar negara.• Firma pula mengimport barang modal dan barang perantaraandari luar negara. • Kerajaan juga mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara. • Aktiviti import ini menyebabkan berlaku aliran keluar wang ke luar negara.2. Aliran 9: • Pada masa yang sama, firma juga mengeksport barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan ke luar negara. Ini menyebabkan berlaku aliran masuk wang dari luar negara.


BAB14Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanSuntikan dan Bocoran1. Terdapat dua konsep utama berkaitan aliran wang masuk dan wang keluar daripada pusingan aliran pendapatan negara, iaitu suntikan dan bocoran.2. Suntikan merupakan aliran wang masuk ke dalam aliran pusingan pendapatan yang menyebabkan pendapatan negara meningkat3. Bocoran merupakan aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan yang menyebabkan pendapatan negara menurun4. Dalam ekonomi dua sektor, suntikan terdiri daripada pelaburan (I) dan bocoran terdiri daripada tabungan (S).5. Dalam ekonomi tiga sektor, suntikan terdiri daripada pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G), manakala bocoran terdiri daripada tabungan (S) dan cukai (T).6. Dalam ekonomi empat sektor, suntikan terdiri daripada pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport (X). Manakala bocoran terdiri daripada tabungan (S), cukai (T) dan import (M).Matlamat dan Isu 1.2 MakroekonomiMatlamat Makroekonomihendak dicapai oleh sesebuah negara. Antara matlamat makroekonomi ialah:(a) Kestabilan harga(b) Guna tenaga penuh(c) Pertumbuhan ekonomi yang mampan(d) Imbangan pembayaran yang mampanKestabilan Harga1. Kestabilan harga merujuk kepada tingkat harga umum barang dan perkhidmatan di sesebuah negara yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.2. Tingkat harga umum barang dan perkhidmatan diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP diguna untuk mengukur kadar inflasi.3. Ini bermaksud jika kadar inflasi adalah tinggi, berlaku kenaikan tingkat harga barang dan perkhidmatan yang ketara. Sebaliknya, jika kadar inflasi rendah, kenaikan tingkat harga barang dan perkhidmatan adalah rendah.• Mengenal pasti matlamatmakroekonomi, iaitukestabilan harga, gunatenaga penuh (GTP),pertumbuhan ekonomi yangmampan, dan imbanganpembayaran yang mampan.• Menerangkan maksudsetiap matlamatmakroekonomi tersebut.• Mengenal pasti isumakroekonomi, iaitu inflasiyang tinggi, pengangguranyang tinggi, kemelesetanekonomi, dan imbanganpembayaran defisit yangberterusan.• Menerangkan maksudsetiap isu makroekonomitersebut.• Menghuraikan bagaimanaisu makroekonomi tersebutmenjejaskan ekonomi dansosial sesebuah negara.• Menerangkan langkahmenangani isumakroekonomi tersebutmelalui dasar sebelahpermintaan dan dasarsebelah penawaran.Hasil PembelajaranMengikut pendekatan suntikandan bocoran, pelaburan perbelanjaan kerajaan (G),dan eksport (X) merupakansuntikan atau aliran masukke dalam aliran pusinganpendapatan yang dapatmeningkatkan pendapatannegara. Sebaliknya, tabungan(S), cukai (T), dan import(M) merupakan bocoranatau aliran keluar daripadaaliran pusingan pendapatanyang akan mengurangkanpendapatan negara. Ekonomimencapai keseimbanganapabila jumlah suntikan samadengan jumlah bocoran.I + G + X = S + T + MInfo Ekonomi


5Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan mengambil kira pertambahanpenduduk. Maka pertumbuhanekonomi tidak semestinyamembawa peningkatankebajikan atau taraf hidupmasyarakat. Hal ini keranaperatus pertambahanpenduduk mungkin melebihiperatus pertambahan KDNKbenar. Oleh itu, kebajikanatau taraf hidup masyarakatlebih dikaitkan denganpembangunan ekonomiyang mengambil kira aspekekonomi dan sosial.Info EkonomiPengangguran geseran berlakuapabila pekerja-pekerja secarasukarela berhenti bekerjauntuk mencari pekerjaan lebih baik. Pengangguran juga disebabkan oleh pekerjakurang mobiliti dan tiadamaklumat tentang peluangpeluang pekerjaan.Info Ekonomi4. Harga barang dan perkhidmatan yang terlalu tinggi akan membebankan isi rumah, nilai wang jatuh, taraf hidup rakyat merosot dan sebagainya. Sebaliknya, jika harga terlalu rendah, pendapatan pengeluar akan berkurang, dan ini boleh menjejaskan pengeluaran jangka panjang.Guna Tenaga Penuh1. Guna tenaga penuh merupakan suatu keadaan apabila semua tenaga buruh yang ingin bekerja mendapat pekerjaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.2. Walau bagaimanapun, keadaan ini sukar dicapai sepenuhnya oleh sesebuah negara dan jarang berlaku dalam realiti ekonomi sebenar.3. Dalam keadaan sebenar, jika kadar pengangguran di sesebuah negara adalah kurang daripada 4%, negara tersebut dikatakan sudah berada pada tingkat guna tenaga penuh.4. Pengangguran yang berlaku semasa tingkat guna tenaga penuh ialah pengangguran geseran. Pertumbuhan Ekonomi Mampan1. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan kegiatan ekonomi dan jumlah keluaran (KDNK) sesebuah negara berbanding tahun sebelumnya.2. Pertumbuhan ekonomi yang mampan merupakan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.3. Ini bermaksud sesebuah negara perlu mengimbangi antara kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kadar inflasi yang terkawal. Jika pertumbuhan berlaku bersama inflasi yang tinggi, kesejahteraan rakyat mungkin tidak tercapai.4. Oleh itu, situasi yang sesuai ialah kadar petumbuhan ekonomi yang memuaskan disertai kadar inflasi yang rendah dan stabil.Imbangan Pembayaran Mampan1. Imbangan pembayaran merujuk kepada penyata kewangan yang merekodkan aliran keluar dan masuk wang antara sesebuah negara dengan negara-negara lain yang meliputi akaun semasa, akaun modaldan akaun kewangan.2. Imbangan pembayaran yang mampan merupakan suatu keadaan imbangan pembayaran adalah positif atau lebihan, iaitu aliran masuk wang daripada luar negara melebihi aliran keluar wang ke luar negara. 3. Keadaan ini menguntungkan sesebuah negara kerana rizab mata wang asing akan meningkat, nilai mata wang meningkat dan keupayaan sesebuah negara membiayai import juga tinggi.


BAB16Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanIsu MakroekonomiIsu makroekonomi merujuk kepada masalah utama dalam ekonomi negara yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi. Antara isu makroekonomi ialah:(a) Inflasi yang tinggi(b) Pengangguran yang tinggi(c) Kemelesetan ekonomi(d) Imbangan pembayaran yang defisitInflasi Tinggi1. Inflasi ialah keadaan kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dalam tempoh masa tertentu di sesebuah negara. 2. Kadar inflasi yang tinggi menunjukkan kenaikan mendadak dalam harga barang dan perkhidmatan, menyebabkan pengguna perlu membayar lebih untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.3. Inflasi yang tinggi akan menjejaskan ekonomi dan sosial sesebuah negara dalam aspek yang berikut:(a) Taraf hidup rakyat merosotApabila berlaku inflasi, harga umum meningkat. Oleh itu, pendapatan benar jatuh, maka semakin sedikit jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli. Ini menunjukkan taraf hidup rakyat merosot.(b) Kuasa beli masyarakat merosotApabila berlaku inflasi, harga umum yang meningkat menyebabkan pendapatan benar jatuh. Oleh itu, dengan jumlah pendapatan yang sama, semakin sedikit barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli. Ini menunjukkan kuasa beli masyarakat merosot.(c) Kos sara hidup pengguna meningkatInflasi menyebabkan pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan seharian. Keadaan ini menunjukkan kos sara hidup telah meningkat.(d) Nilai wang jatuhApabila berlaku inflasi, ini menunjukkan tingkat harga umum telah meningkat. Oleh itu, dengan menggunakan sejumlah pendapatan yang sama, pengguna hanya dapat membeli lebih sedikit barang dan perkhidmatan berbanding sebelumnya. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa nilai wang telah menurun.(e) Daya saing eksport merosotApabila sesebuah negara mengalami inflasi, harga barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara menjadi lebih mahal. Oleh itu, secara relatifnya, harga barang dan perkhidmatan yang dieskport turut meningkat. Ini menunjukkan daya saing eskport negara telah merosot. Kesannya, jumlah eskport akan berkurangan. merosot• Kos sara hidup penggunameningkat• Nilai wang jatuh• Daya saing eksport


7Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanPengangguran yang Tinggi1. Pengangguran merupakan keadaan apabila tenaga buruh tidak mempunyai pekerjaan walaupun aktif mencarinya. 2. Pengangguran perlu ditangani kerana banyak memberikan kesan negatif terhadap sosioekonomi sesebuah negara. Antaranya ialah:(a) Pembaziran sumberHal ini berlaku kerana tenaga buruh tidak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan secara optimum bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.(b) Taraf hidup merosotPengangguran menunjukkan terdapat tenaga buruh yang tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Tanpa pendapatan, keupayaan individu untuk membeli barang dan perkhidmatan akan menurun.(c) Kemiskinan meningkatJika pengangguran berterusan, individu yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap akan mengalami kemiskinan. Tanpa pendapatan, mereka tidak mampu memperoleh barang dan perkhidmatan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan. (d) Kehilangan kemahiran tenaga buruhPengangguran yang berlarutan menyebabkan tenaga buruh kehilangan kemahiran dan menjadi kurang produktif. Bagi memulihkan keupayaan mereka, latihan semula perlu dijalankan, yang seterusnya meningkatkan kos ekonomi serta menambah beban kewangan kepada kerajaan. Masalah sosial berlakuPengangguran boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental seperti kemurungan. Selain itu, kadar jenayah seperti kecurian, rompakan dan penipuan juga berpotensi meningkat apabila individu terdesak mencari sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.Kemelesetan Ekonomi 1. Kemelesetan ekonomi berlaku apabila kadar pertumbuhan pendapatan negara atau kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) benar adalah negatif dan berada di bawah paras pendapatan negara potensi.2. Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, pengeluaran barang dan perkhidmatan berkurangan dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar berkurangan.3. Antara kesan kemelesetan ekonomi adalah:(a) Pengangguran meningkatApabila ekonomi meleset, aktiviti ekonomi menjadi perlahan dan peluang pekerjaan terbatas. Jika kemelesetan ekonomi berlaku pada Kesan negatif pengangguran:• Pembaziran sumber• Taraf hidup merosot• Kemiskinan meningkat• Kehilangan kemahiran buruh• Masalah sosial


BAB18Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalanskala yang besar, terdapat firma yang mengurangkan penggunaan tenaga buruh untuk mengurangkan kos dan kerugian. Akibatnya, kadar pengangguran meningkat.(b) Taraf hidup merosotKemelesetan ekonomi yang berpanjangan menyebabkan pengangguran berterusan dan ramai individu kehilangan sumber pendapatan. Tanpa pendapatan, mereka tidak mampu memperoleh barang dan perkhidmatan asas, sekali gus menyebabkan taraf hidup merosot.(c) Pelaburan merosotKemelesetan ekonomi menyebabkan keyakinan pelabur menurun. Pelabur tempatan dan asing menjadi kurang berminat untuk melabur kerana prospek keuntungan yang rendah. Ini mengakibatkan aktiviti pelaburan merosot, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.(d) Hasil kerajaan merosotApabila ekonomi meleset, keuntungan firma dan pendapatan individu menurun, menyebabkan kutipan cukai seperti cukai syarikat dan cukai pendapatan turut berkurang. Akibatnya, hasil kerajaan merosot dan keupayaan membiayai perbelanjaan awam turut terjejas.(e) Perbelanjaan kerajaan meningkatSemasa kemelesetan, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan bagi merangsang semula ekonomi, contohnya melalui belanjawan defisit. Ini bermakna kerajaan berbelanja melebihi hasil yang diperoleh untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pengangguran. Akibatnya, kerajaan mungkin berdepan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dan projek jangka panjang yang lain.Imbangan Pembayaran Defisit yang Berterusan1. Imbangan pembayaran defisit merupakan satu keadaan apabila aliran wang ke luar negara melebihi aliran masuk wang ke dalam negara2. Imbangan pembayaran defisit yang berterusan memberikan kesan negatif kepada ekonomi. Antaranya ialah:(a) Rizab mata wang asing berkurangAliran keluar wang yang lebih banyak menyebabkan rizab mata wang asing negara merosot.(b) Kemampuan membayar hutang berkurangDengan rizab mata wang asing yang rendah, keupayaan negara untuk membayar hutang luar negara berkurangan. (c) Nilai mata wang tempatan merosotImbangan pembayaran defisit yang berterusan, terutamanya akibat akaun dagangan atau perkhidmatan yang negatif, menunjukkan permintaan eksport lebih rendah daripada import. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap mata wang tempatan menurun, sekali gus nilai mata wang tempatan merosot.Kesan kemelesetan ekonomi:• Pengangguran meningkat• Taraf hidup merosot• Pelaburan merosot• Hasil kerajaan merosot• Perbelanjaan kerajaanmeningkatKesan negatif imbanganpembayaran defisit:• Rizab mata wang asingberkurangan• Kemampuan membayarhutang berkurangan• Nilai mata wang tempatanmerosot• Hutang luar negeri bertambah


9Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan(d) Hutang luar negeri secara relatifnya bertambahApabila imbangan pembayaran berada dalam keadaaan defisit yang berterusan, nilai mata wang tempatan merosot. Ini menyebabkan hutang luar negara secara relatifnya meningkat. Langkah Menangani Isu MakroekonomiDasar Sebelah PermintaanDasar sebelah permintaan merupakan dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agregat (AD) bagi merangsang kegiatan ekonomi. Terdapat tiga alat dasar sebelah permintaan, iaitu:1. Dasar fiskal(a) Dasar fiskal merupakan dasar kerajaan yang melibatkan unsur cukai dan perbelanjaan kerajaan. Cukai merupakan salah satu daripada hasil kerajaan, manakala perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan kerajaan.(b) Semasa ekonomi mengalami keadaan inflasi yang tinggi:(i) Kerajaan menjalankan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.(ii) Kesannya, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga berkurang.(iii) Keluk permintaan agregat (AD) beralih ke kiri. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar akan menurun. Maka, inflasi yang tinggi dapat dikurangkan. (c) Semasa ekonomi mengalami kemelesetan dan pengangguran yang tinggi:(i) Kerajaan menjalankan dasar fiskal mengembang, iaitu mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan. (ii) Maka, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga bertambah.(iii) Keluk permintaan agregat beralih ke kanan. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar akan meningkat. Ini menunjukkan berlaku perkembangan ekonomi dan peningkatan keluaran negara. (iv) Kesannya, berlaku peningkatan dalam guna tenaga. Maka, pengangguran dan kemelesetan ekonomi dapat diatasi.2. Dasar monetari(a) Dasar monetari merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui bank pusat dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga di pasaran.Langkah menangani isumakroekonomi:(a) Dasar sebelah permintaan – Dasar fiskal – Dasar monetari – Dasar pertukaran asing(b) Dasar sebelah penawaran – Cukai korporat – Cukai input – Penyelidikan dan pembangunan (R&D) – Galakan pelaburan → Permintaan agregat → Inflasi diturunkanDasar fiskal mengembang:→ cukai ↓ perbelanjaankerajaan ↑→ Permintaan agregatmeningkat→ Kemelesetan ekonomi


BAB110Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan(b) Semasa ekonomi mengalami keadaan inflasi yang tinggi:(i) Kerajaan boleh menjalankan dasar kewangan menguncupiaitu dengan mengurangkan bekalan wang dan menaikkan kadar bunga.(ii) Langkah ini akan mengurangkan penawaran wang di pasaran, menyebabkan perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga berkurang.(iii) Oleh itu, keluk permintaan agregat akan beralih ke kiri. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar akan jatuh. Kesannya, tekanan inflasi dapat dikawal dan diturunkan. (c) Semasa ekonomi mengalami kemelesetan dan pengangguran yang tinggi:(i) Kerajaan boleh menjalankan dasar kewangan mengembangiaitu dengan meningkatkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga. Perbelanjaan agregat dan permintaan agregat juga bertambah.(ii) Keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan. Dengan andaian penawaran agregat tidak berubah, tingkat harga umum dan pendapatan negara benar meningkat. Ini menunjukkan keluaran negara dan pendapatan negara meningkat.(iii) Kesannya, penggunaan guna tenaga bertambah menyebabkan pengangguran dan kemelesetan ekonomi dapat dikurangkan.3. Dasar pertukaran asing(a) Dasar pertukaran asing merupakan dasar kerajaan yang melibatkan kawalan terhadap pembelian dan penjualan mata wang asingDasar ini memberikan kesan langsung terhadap eksport, import dan imbangan pembayaran sesebuah negara.(b) Jika berlaku imbangan pembayaran defisit, ini bermaksud aliran keluar mata wang melebihi aliran masuk dari luar negara.(c) Salah satu punca defisit ialah apabila import melebihi eksport, menyebabkan lebih banyak mata wang tempatan ditukar kepada mata wang asing.(d) Bagi menangani isu ini, kerajaan boleh mengehadkan penjualan mata wang asing, sekali gus mengurangkan aktiviti importDengan andaian eksport tidak berkurangan atau terus meningkat, imbangan pembayaran defisit dapat diperbaiki. Dasar Sebelah PenawaranDasar sebelah penawaran ialah langkah kerajaan yang dilaksanakan untuk mempengaruhi penawaran agregat (AS). Tujuannya adalah untuk merangsang perkembangan ekonomi. Antara alat dasar sebelah penawaran adalah:1. Cukai korporat (cukai keuntungan syarikat)(a) Bagi merangsang kegiatan ekonomi, cukai korporat ini perlu diturunkan. Hal ini menyebabkan keuntungan selepas cukai syarikat meningkat. Dasar monetari menguncup:→ bekalan wang ↑ kadar bunga ↓→ Permintan agregat menurun→ Inflasi dapat diatasiDasar monetari mengembang:→ bekalan wang ↑ kadarbunga ↓→ Permintaan agregatmeningkat→ Pengangguran dapat diatasi → Import dikurangkan→ Eksport > Import→ Imbangan pembayarndiperbaiki


11Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan(b) Oleh itu, keupayaan syarikat atau firma untuk meningkatkan pengeluaran bertambah.(c) Seterusnya, penawaran agregat bertambah dan keluk penawaran agregat beralih ke kanan.2. Cukai input(a) Cukai input ialah cukai ke atas barangan atau bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Apabila cukai input dikurangkan, kos pengeluaran dapat diturunkan. (b) Maka, keupayaan syarikat atau firma untuk meningkatkan pengeluaran bertambah.(c) Ini menyebabkan penawaran agregat bertambah dan keluk penawaran agregat beralih ke kanan.3. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)(a) Kerajaan boleh menggalakkan syarikat atau firma, terutamanya yang berorientasikan eksport, untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. (R&D) bagi meningkatkan daya saing dan kecekapan pengeluaran.(b) Antara langkah yang boleh diambil ialah memberikan insentif cukai, seperti pengecualian cukai keuntungan syarikat mengurangkan kadar cukai keuntungan syarikat kepada manamana syarikat yang melaksanakan aktiviti R&D.(c) Selain itu, kerajaan juga boleh menyalurkan subsidi atau geran penyelidikan sebagai galakan untuk syarikat untuk memperkukuh inovasi dan penggunaan teknologi baharu.(d) Langkah-langkah ini dapat mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan keupayaan syarikat untuk mengeluarkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Akhirnya, penawaran agregat meningkat dan keluk penawaran agregat (AS) beralih ke kanan.4. Galakan pelaburan(a) Kerajaan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan, terutamanya dalam sektor pengeluaran yang berpotensi meningkatkan kapasiti ekonomi negara.(b) Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan yang lebih moden, jaringan komunikasi yang lebih pantas dan efisien, serta penyediaan kawasan perindustrian yang lengkap dengan kemudahan asas.(c) Selain itu, kerajaan boleh memberikan taraf perintis (pioneer status) kepada pelabur baharu yang membina kilang atau perusahaan, bagi membolehkan mereka menikmati pengecualian cukai atau insentif lain.(d) Kesan daripada langkah-langkah ini, pelaburan akan meningkat, seterusnya meningkatkan pengeluaran negara. Akibatnya, penawaran agregat bertambah dan keluk penawaran agregat (AS) beralih ke kanan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.Cukai ↓→ Kos pengeluaran → Penawaran agregat


BAB112Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan1.3 Petunjuk MakroekonomiKadar Pertumbuhan Ekonomi1. Kadar pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peratusan perubahan atau peningkatan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dalam satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya.2. KNK benar atau KDNK benar merupakan keluaran negara yang dihitung berdasarkan harga tetap, iaitu dengan menggunakan tahun asas. Formula KNK benar atau KDNK benar adalah seperti berikut: KNK benar = 100IHP1× KNK nominal KDNK benar = 100IHP1× KDNK nominaldi manaIHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa3. KNK benar atau KDNK benar menunjukkan nilai keluaran negara yang tidak dipengaruhi oleh kenaikan harga umum atau kadar inflasi. Oleh itu, kadar pertumbuhan ekonomi yang diukur menggunakan KNK benar atau KDNK benar mencerminkan pertambahan sebenar dalam pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi negara.4. Formula untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi adalah seperti berikut:Kadar pertumbuhan ekonomi= KDNK benar tahun semasa – KDNK benar tahun sebelumKDNK benar tahun sebelum × 1005. Contoh penghitungan kadar pertumbuhan ekonomi:Jadual 1.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar sebuah negaradari tahun 2023 hingga tahun 2025Tahun Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar (RM juta)Kadar pertumbuhan ekonomi (%)2023 1 022 424 –2024 1 083 356 5.962025 1 150 128 6.16(a) Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2024 = RM1 083 356 juta – RM1 022 424 jutaRM1 022 424 juta× 100 = 5.96%• Menghuraikan petunjukmakroekonomi, iaitu kadarpertumbuhan ekonomi, kadarinflasi, kadar pengangguran,dan imbangan pembayaran.• Menghitung kadarpertumbuhan ekonomi,kadar inflasi, dan kadarpengangguran.• Menghuraikan arahaliran setiap petunjukmakroekonomi tersebut.• Menghuraikan hubunganantara petunjukmakroekonomi:(i) Kadar inflasi dengankadar pengangguranmenurut Keluk Phillips.(ii) Kadar pertumbuhanekonomi dengan kadarpengangguran menurutHukum Okun.• Menerangkan maksudpendapatan negara potensidan pendapatan negarasebenar.• Menghuraikan kitaranperniagaan.Hasil PembelajaranJangan abaikan perkataan‘benar’ semasa menulisrumus ini. Perkataan‘benar’ mesti ditulis.Tip Pemeriksa


13Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanAkses IlmuUntuk mendapat maklumatindeks harga penggunayang terkini, anda bolehmelayari laman web JabatanPerangkaan Malaysia.INFO(b) Kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2025 = RM1 150 128 juta – RM1 083 356 jutaRM1 083 356 juta× 100= 6.16%(c) Berdasarkan penghitungan tersebut, dapat dirumuskan bahawa arah aliran kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut telah meningkat daripada 5.96% pada tahun 2024 kepada 6.16% pada tahun 2025, iaitu berlaku peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.2%.Kadar Inflasi1. Kadar inflasi merupakan peratusan kenaikan tingkat harga umum pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya. 2. Kadar inflasi dapat dihitung dengan menggunakan formula berikut: Kadar inflasi= IHP tahun semasa – IHP tahun sebelumIHP tahun sebelum × 1003. Contoh penghitungan kadar inflasi:Jadual 1.2 Indeks harga pengguna (IHP) sebuah negara dari tahun 2023 hingga tahun 2025Tahun Indeks Harga Pengguna (IHP) (2020 = 100) Kadar inflasi (%)2023 105.6 –2024 108.4 2.652025 112.5 3.78(a) Kadar inflasi pada tahun 2024= 108.4 – 105.6105.6 × 100= 2.65%(b) Kadar inflasi pada tahun 2025= 112.5 – 108.4108.4 × 100= 3.78%(c) Pada tahun 2024, berlaku kenaikan tingkat umum sebanyak 2.65%. Manakala, pada tahun 2025, kenaikan sebanyak 3.78%. (d) Arah aliran kadar inflasi meningkat dari tahun 2024 hingga 2025.(e) Inflasi yang berlaku menunjukkan penurunan nilai wang, iaitu kuasa beli atau keupayaan wang untuk memperolehi barang dan perkhidmatan semakin merosot. Kadar inflasi puratamenunjukkan purata kenaikan harga umum dalamsesuatu tempoh, biasanyabeberapa tahun. Ia digunakanuntuk melihat purataperubahan harga tahunandalam ekonomi.Rumus pengiraan:Kadar inflasi purata= Jumlah kadar inflasi tahunanBilangan tahun Info Ekonomi


BAB114Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanKadar Pengangguran1. Kadar pengangguran merupakan peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja atau tidak terlibat dalam sebarang kegiatan ekonomi berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga buruh pada suatu tahun tertentu.2. Kadar pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan formula berikut: Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenagaJumlah tenaga buruh × 100 Atau Kadar pengangguran = Jumlah penganggurJumlah tenaga buruh × 1003. Contoh penghitungan kadar pengangguran:Jadual 1.3 Jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga sebuah negara dari tahun 2023 hingga tahun 2025Tahun Jumlah tenaga buruh (‘000 orang)Jumlah guna tenaga(‘000 orang)Kadar pengangguran (%)2023 15 534 15 166 2.372024 15 682 15 245 2.792025 16 184 15 365 5.06(a) Kadar pengangguran pada tahun 2023= 15 534 ribu orang – 15 166 ribu orang15 534 ribu orang × 100= 2.37%(b) Kadar pengangguran pada tahun 2024= 15 682 ribu orang – 15 245 ribu orang15 682 ribu orang × 100= 2.79%(c) Kadar pengangguran pada tahun 2025= 16 184 ribu orang – 15 365 ribu orang16 184 ribu orang × 100= 5.06%(d) Kadar pengangguran telah meningkat dari tahun 2023 hingga 2025, iaitu daripada 2.37% pada tahun 2023 kepada 2.79% pada tahun 2024, dan seterusnya meningkat kepada 5.06% pada tahun 2025.(e) Pada tahun 2023 dan tahun 2024, negara tersebut mencapai guna tenaga penuh kerana kadar penganggurannya kurang daripada 4%. Manakala pada tahun 2025, negara tersebut tidak mencapai guna tenaga penuh kerana kadar pengangguran melebihi 4%.KuizBezakan antara tenaga dengan guna tenaga.Untuk soalan pengiraanmestilah• tulis rumus• tunjuk langkah kerjadengan jelas• tulis unit yang tepat jawapannya


15Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanEksport barang nampakMalaysia terdiri daripada:(a) Barang pertanian(b) Barang galian(c) Barang perkilanganImport barang nampakMalaysia terdiri daripada:(a) Barang penggunaan(b) Barang perantaraan(c) Barang pelaburan(d) Barang import untukdieksport semulaInfo EkonomiKesilapan dan ketinggalanberlaku akibat daripadakesukaran menentukanpergerakan modal swasta modal rasmi.Info EkonomiKuizJelaskan maksud(a) Imbangan pembayarandefisit.(b) Imbangan pembayaranlebihan.(c) Jelaskan hubungan antaraimbangan pembayarandengan rizab pertukaranasing.Imbangan Pembayaran1. Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan aliran keluar masuk wang di sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.2. Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:(a) Akaun semasa merupakan akaun yang merekodkan urus niaga barang dan perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa seperti berikut:(i) Akaun Dagangan (eksport dan import barangan nampak)(ii) Akaun Perkhidmatan (eksport dan import barang tak nampak atau perkhidmatan) (iii) Akaun Pendapatan Primer (gaji, faedah, dividen dari pelaburan)(iv) Akaun Pendapatan Sekunder (pindahan wang tanpa balasan seperti derma dan kiriman wang pekerja)(b) Akaun modal ialah akaun yang merekodkan pindahan, pengambilan, atau penghapusan aset bukan kewangan yang bukan hasil pengeluaran, seperti hak cipta, paten, atau tanah di luar negara.(c) Akaun kewangan merupakan akaun yang merekodkan aliran keluar masuk modal yang terdiri daripada pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan portfolio (saham, bon) dan pelaburan lain (pinjaman, simpanan, deposit).(d) Kesilapan dan ketingglan merupakan akaun yang merekodkan nilai urus niaga sebuah negara dengan negara lain yang sukar ditentukan atau tidak dapat dikesan, bagi memastikan imbangan pembayaran berada dalam keadaan seimbang.3. Terdapat tiga keadaan imbangan pembayaran, iaitu:(a) Imbangan pembayaran lebihan(b) Imbangan pembayaran kurangan (defisit)(c) Imbangan pembayaran terimbang4. Imbangan pembayaran lebihan berlaku apabila aliran masuk wang daripada luar negara melebihi aliran wang ke luar negara, menjadikan imbangan keseluruhan bernilai positif. Lebihan ini menguntungkan sesebuah negara kerana rizab mata wang asing meningkat. Rizab yang lebih tinggi akan meningkatkan keupayaan negara untuk membiayai import, membayar hutang luar dan menstabilkan nilai mata wang tempatan.5. Imbangan pembayaran kurangan (defisit) berlaku apabila aliran keluar wang ke luar negara melebihi aliran masuk wang ke dalam negara, menyebabkan imbangan keseluruhan bernilai negatif. Imbangan pembayaran yang defisit tidak menguntungkan negara kerana rizab mata wang asing berkurangan. Rizab yang rendah akan mengurangkan keupayaan negara untuk membiayai import, membayar hutang luar dan menjejaskan kestabilan nilai mata wang tempatan.


BAB116Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan6. Imbangan pembayaran terimbang menujukkan aliran keluar wang ke luar negara sama dengan aliran masuk wang ke dalam negara. Maka, imbangan keseluruhan bernilai sifar.7. Contoh penghitungan imbangan pembayaran:Jadual 1.4 Imbangan pembayaran sebuah negaraButiran Nilai (RM juta)Imbangan barangan dan perkhidmatan Barangan PerkhidmatanPendapatan primerPendapatan sekunder82 290101 380–19 090–34 640–18 629Imbangan akaun semasa 29 021Akaun modal 110Akaun kewangan –1 122Kesilapan dan ketinggalan –12 234Imbangan keseluruhan 15 7758. Berdasarkan Jadual 1.4, negara tersebut mencatatkan imbangan pembayaran lebihan sebanyak RM15 775 juta. Ini menunjukkan bahawa aliran masuk wang dari luar negara melebihi aliran keluar wang ke luar negara. Lebihan ini memberi implikasi positif seperti:(a) Peningkatan rizab mata wang asing sebanyak RM15 775 juta.(b) Rizab yang lebih tinggi akan meningkatkan kestabilan ekonomi, membolehkan negara membiayai import, membayar hutang luar, serta menyokong nilai mata wang tempatan.Hubungan antara Kadar Inflasi dengan Kadar Pengangguran Menurut Keluk Philips1. Keluk Philips ialah satu keluk yang menggambarkan hubungan songsang (negatif) antara kadar inflasi dan kadar penganggurandalam jangka masa pendek.2. Menurut ahli ekonomi British, iaitu A.W. Philips: (a) Apabila kadar pengangguran rendah, kadar inflasi cenderung tinggi kerana permintaan terhadap buruh meningkat, menyebabkan gaji dan kos pengeluaran naik.(b) Sebaliknya, apabila kadar pengangguran tinggi, kadar inflasi cenderung rendah kerana kurang tekanan terhadap harga barang dan perkhidmatan serta permintaan agregat yang lemah.3. Kesimpulannya, untuk mengurangkan inflasi, sesebuah negara terpaksa menghadapi kenaikan dalam kadar pengangguran. Untuk mengurangkan pengangguran, negara perlu menerima peningkatan dalam kadar inflasi.4. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui Keluk Philips, iaitu satu keluk yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.Akses IlmuUntuk mendapat data laporanekonomi negara yang terkini,anda boleh melayari lamanweb Kementerian KewanganMalaysia.INFO


17Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanKuizBezakan antara KNK sebenardengan KNK potensi.13456210 2 3 4 5 7Kadarpengangguran (%)Kadar inflasi (%)abcedRajah 1.3 Keluk Philips(a) Berdasarkan Rajah 1.3, Titik a: Kadar inflasi 6%, kadar pengangguran 1%Titik b: Kadar inflasi 3%, kadar pengangguran 2%Titik c: Kadar inflasi 2%, kadar pengangguran 3%Titik d: Kadar inflasi 1%, kadar pengangguran 5%(c) Kesimpulannya, apabila kadar inflasi semakin menurun, kadar pengangguran semakin meningkat. Hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran adalah negatif.Hubungan antara Kadar Pertumbuhan Ekonomi dengan Kadar Pengangguran Menurut Hukum Okun1. Hukum Okun diperkenalkan oleh seorang ahli ekonomi Amerika, Arthur Okun, pada tahun 1962. Ia menerangkan hubungan negatifantara pertumbuhan ekonomi dengan kadar pengangguran di sesebuah negara.2. Secara umumnya, hukum ini menyatakan bahawa setiap kali berlaku kadar pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara sebanyak 2.5%, maka kadar pengangguran akan turun sebesar 1%.3. Ini bermaksud apabila pertumbuhan ekonomi meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Maka, kadar pengangguran akan menurun.4. Sebaliknya, jika pertumbuhan ekonomi lemah atau negatif (kemelesetan), peluang pekerjaan berkurang dan kadar pengangguran akan meningkat.Pendapatan Negara Potensi dan Pendapatan Negara Sebenar1. Pendapatan negara merujuk kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). KNK merupakan jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik sesebuah negara sama ada faktor tersebut berada dalam negara atau di luar negara dalam tempoh tertentu (biasanya setahun).2. Pendapatan negara potensi merupakan jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan apabila faktor pengeluaran diguna sepenuhnya atau pada tingkat guna tenaga penuh. Pendapatan negara potensi akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa akibat peningkatan dalam faktor pengeluaran dan kemajuan teknologi.Mengikut Teori Keluk Philips:• Kadar inflasi mempunyaihubungan songsang dengankadar pengangguran.• Jika kadar inflasi tinggi, pengangguran adalah rendahdalam ekonomi.• Jika kadar inflasi rendah,kadar pengangguran adalahtinggi dalam ekonomi.Mengikut Hukum dengan kadar • Jika kadar pertumbuhanekonomi meningkat 2.5%,kadar pengangguran jatuh1.0%.


BAB1Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan3. Pendapatan negara sebenar merupakan pendapatan negara yang sebenarnya dicapai oleh sesebuah negara pada suatu tahun tertentu. Ia dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa, iaitu boleh meningkat semasa ekonomi berkembang atau menurun semasa kemelesetan.4. Pendapatan negara potensi dan pendapatan negara sebenar dapat dijelaskan seperti Rajah 1.4.Pendapatan negara potensiTahun0 T1 T2 T3 T4 T5Pendapatan negaraPendapatan negara sebenarRajah 1.4 Pendapatan negara potensi dan pendapatan negara sebenar(a) Garis pendapatan negara potensi mewakili kapasiti maksimum ekonomi untuk menghasilkan output apabila guna tenaga penuh dicapai.(b) Garis pendapatan negara sebenar menunjukkan jumlah sebenar barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara.(c) Sebelum tahun T1 dan antara tahun T3 hingga tahun T5, pendapatan negara sebenar berada pada paras yang lebih tinggi daripada pendapatan negara potensi. Keadaan ini menunjukkan ekonomi berada dalam keadaan tekanan permintaan berlebihan, yang biasanya akan mengakibatkan kadar inflasi yang tinggi.(d) Pada tahun T1, T3 dan T5 pendapatan negara sebenar menyamai pendapatan negara potensi. Negara berada dalam keadaan guna tenaga penuh.(e) Antara tahun T1 hingga T3, pendapatan negara potensi berada pada paras yang lebih tinggi daripada pendapatan negara sebenar. Ini menunjukkan ekonomi sedang mengalami kemelesetan ekonomi atau pertumbuhan ekonomi yang lembap.Kitaran Perniagaan1. Kitaran perniagaan merupakan satu keadaan yang menunjukkan keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu.2. Kitaran perniagaan dapat menunjukkan tujuh keadaan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara berdasarkan perbandingan antara pendapatan negara sebenar dengan pendapatan negara potensi. Keadaan-keadaan tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.5.


19Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanPendapatan negara potensiTahunPendapatan negaraPendapatan negara sebenar0 T1 T2 T3 T4 T5ab fcdgeRajah 1.5 Kitaran perniagaan(a) Puncak merupakan satu keadaan apabila pendapatan negara sebenar berada pada tahap tertinggi dan melebihi pendapatan negara potensi. Puncak ditunjukkan oleh titik a pada tahun T1. Pada ketika ini, pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan negara potensi sebanyak ae. Ekonomi berada pada tahap penggunaan kapasiti penuh, dengan kadar inflasi yang tinggi, pengangguran yang rendah serta pertumbuhan ekonomi yang pesat.(b) Kemerosotan ekonomi merupakan keadaan apabila pendapatan negara sebenar mula menurun tetapi masih melebihi pendapatan negara potensi. Keadaan dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik dari titik a ke titik b, iaitu antara tahun T1 dan T2. Pada ketika ini, kegiatan ekonomi mula perlahan, kadar pertumbuhan ekonomi menurun namun masih positif. Sementara itu, kadar inflasi beransur-ansur menurun dan pengangguran mula berlaku. negara sebenar terus menurun dan berada di bawah pendapatan negara potensi. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik dari titik b ke titik c, iaitu antara tahun T2 dan T3. Pada ketika ini, kegiatan ekonomi berada pada tahap sangat perlahan dan kadar pertumbuhan ekonomi menjadi negatif. Sementara itu, kadar inflasi terus menurun manakala pengangguran meningkat dengan ketara.(d) Jurang merupakan keadaan apabila pendapatan negara sebenar berada pada tahap paling rendah dan di bawah pendapatan negara potensi, seperti pada tahun T3. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh titik c. Saiz jurang diwakili oleh jarak antara titik f dan titik c. Pada tahap ini, kegiatan ekonomi amat lemah, kadar pertumbuhan ekonomi kekal negatif, kadar inflasi sangat rendah dan kadar pengangguran sangat tinggi.(e) Pemulihan ekonomi merupakan keadaan apabila pendapatan negara sebenar mula meningkat tetapi masih berada di bawah pendapatan negara potensi. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik dari titik c ke titik d, iaitu antara tahun T3 dan T4. Pada ketika ini, kegiatan ekonomi semakin rancak, kadar pertumbuhan ekonomi mula meningkat namun masih negatif dan semakin menghampiri sifar. Sementara itu, kadar inflasi kekal rendah manakala pengangguran semakin berkurang.Tujuh keadaan ekonomi kitaran perniagaan:• Puncak• Kemerosotan ekonomi• Kemelesetan ekonomi• Jurang• Pemulihan ekonomi• Pengembangan ekonomi• Guna tenaga penuh


BAB120Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan(f) Pengembangan ekonomi berlaku apabila pendapatan negara sebenar terus meningkat dan berada lebih tinggi daripada pendapatan negara potensi. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh pergerakan titik dari titik d ke titik g, iaitu antara tahun T4 dan T5. Pada ketika ini, kegiatan ekonomi semakin rancak dan kadar pertumbuhan ekonomi meningkat dalam keadaan positif. Sementara itu, kadar inflasi mula meningkat, guna tenaga bertambah dan pengangguran semakin berkurangan.(g) Guna tenaga penuh merupakan keadaan apabila pendapatan negara sebenar sama dengan pendapatan negara potensi. Keadaan ini ditunjukkan pada titik b dan d, iaitu pada tahun T2 dan T4. Pada tahap ini, kegiatan ekonomi berada pada tahap optimum, tanpa lebihan kapasiti pengeluaran. Kadar pertumbuhan ekonomi mungkin menurun atau negatif namun kekal stabil. Sementara itu, kadar inflasi berada pada paras yang stabil dan kadar pengangguran adalah rendah, iaitu kurang daripada 4%. Pengangguran yang wujud hanyalah pengangguran geseran yang bersifat sementara.Rumusan1. Aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran pendapatan, barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara.2. Aliran ini terdiri daripada aliran fizikal (barang, perkhidmatan dan faktor pengeluaran) dan aliran wang (pendapatan, perbelanjaan, cukai, tabungan, pelaburan).3. Matlamat makroekonomi merujuk kepada keadaan makroekonomi yang hendak dicapai oleh sesebuah negara, iaitu:(a) Kestabilan harga (c) Pertumbuhan ekonomi yang mampan(b) Guna tenaga penuh (d) Imbangan pembayaran yang mampan4. Isu makroekonomi berikut menyebabkan ketidakstabilan ekonomi:(a) Inflasi yang tinggi (c) Kemelesetan ekonomi(b) Pengangguran yang tinggi (d) Imbangan pembayaran yang defisit5. Langkah menangani isu makroekonomi:(a) Dasar sebelah permintaan – Dasar fiskal, dasar monetari dan dasar pertukaran asing(b) Dasar sebelah penawaran – Cukai korporat (cukai keuntungan syarikat), cukai input, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta galakan pelaburan6. Petunjuk makroekonomi terdiri daripada:(a) Kadar pertumbuhan ekonomi (c) Kadar pengangguran(b) Kadar inflasi (d) Imbangan pembayaran7. Keluk Philips menunjukkan hubungan negatif antara inflasi dan pengangguran.8. Hukum Okun menunjukkan hubungan negatif antara pertumbuhan ekonomi dan pengangguran.9. Pendapatan negara potensi ialah pendapatan pada guna tenaga penuh. Pendapatan negara sebenar adalah pendapatan sebenar yang dicapai.10. Kitaran perniagaan menunjukkan naik turun ekonomi dalam tempoh masa tertentu dan merangkumi fasa puncak, kemerosotan, kemelesetan, jurang, pemulihan, pengembangan dan guna tenaga penuh.


21Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 PengenalanPRAKTIS STPM 1Bahagian A1. Berikut merupakan komponen perbelanjaan dalam aliran pusingan pendapatan negara ekonomi tiga sektor kecualiA perbelanjaan pelaburanB perbelanjaan kerajaanC perbelanjaan importD perbelanjaan isi rumah2. Yang manakah merupakan kesan daripada inflasi?A Taraf hidup merosotB Pengangguran berlakuC Nilai mata wang meningkatD Kos hidup pengguna menurun3. Kesan defisit dalam imbangan pembayaran adalahA kos sara hidup meningkatB taraf hidup rakyat merosotC kejatuhan rizab mata wang asingD nilai mata wang domestik meningkat4. Yang manakah langkah sesuai dilaksanakan untuk mengatasi masalah pengangguran?A Kadar bunga ditingkatkanB Cukai pendapatan dinaikkanC Menambahkan bekalan wang dalam pasaranD Perbelanjaan kerajaan dikurangkan5. Bagi mengatasi inflasi, kerajaan perlu melaksanakanA dasar fiskal menguncupB dasar fiskal mengembangC dasar monetari mengembangD dasar sebelah penawaran6. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk, jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga di sebuah negara pada suatu tahun tertentu.Butiran Jumlah (juta orang)Jumlah pendudukJumlah tenaga buruhJumlah guna tenaga33.4025.6224.58 Hitung kadar pengangguran bagi negara tersebut.A 3.11% C 4.23%B 4.06% D 5.25%7. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan indeks harga pengguna (IHP) bagi sebuah negaraButiran 2024 2025Keluaran Dalam Negeri KasarBenar (RM juta)IHP533 198108.3578 112.4 Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut pada tahun 2025?A 2.38% C 8.41%B 3.79% D 9.62%8. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara.Tahun Indeks harga pengguna20242025105.6114.2 Berapakah kadar inflasi negara tersebut pada tahun 2025?A 7.53 %B 8.60 %C 8.14 %D 14.2 %9. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian butiran dalam imbangan pembayaran bagi sebuah negara.Butiran Nilai (RM juta)Eksport baranganImport baranganPerkhidmatanPendapatan primerPendapatan sekunderAkaun modalAkaun kewanganKesilapan dan ketinggalan678 234570 356–30 240–38 532–16 869 287–13 508–10 542


BAB122Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan Berapakah imbangan pembayaran bagi negara tersebut?A –RM1 256 jutaB –RM1 526 jutaC –RM11 747 jutaD –RM12 034 juta10. Berdasarkan kitaran perniagaan, jika keluaran negara sebenar lebih rendah daripada keluaran negara potensi, maka wujudA lompang inflasiB lompang deflasiC belanjawan defisitD jurang keluaran negaraBahagian B1. Berbantukan gambar rajah aliran pusingan pendapatan, huraikan aliran wang bagi ekonomi tiga sektor. 2. (a) Jelaskan kesan kemelesetan ekonomi terhadap pengangguran dan inflasi. (b) Jelaskan bagaimana pertumbuhan ekonomi boleh ditingkatkan dengan menggunakan cukai pendapatan persendirian dan perbelanjaan kerajaan. 3. (a) Terangkan keadaan Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar. (b) Huraikan bagaimana imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan menjelaskan prestasi ekonomi sesebuah negara. Bahagian C1. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna, tenaga buruh dan guna tenaga bagi Negara X.Tahun Indeks Harga Pengguna(2020 = 100)Tenaga buruh (‘000)Guna tenaga (‘000)202320242025110.8111.6113.522 134.622 871.423 448.321 142.322 231.022 932.4(a) Hitung kadar inflasi pada tahun 2024 dan tahun 2025. (b) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2024 dan tahun 2025. (c) Nyatakan arah aliran kadar inflasi dan arah aliran kadar pengangguran. (d) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan (b), adakah keadaan tersebut selari dengan apa yang dijelaskan oleh keluk Philips? Berikan alasan anda. 2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk, jumlah tenaga buruh, jumlah guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan indeks harga pengguna bagi sebuah negara.Butiran 2023 2024 2025Jumlah penduduk (juta orang) 29.87 31.24 32.55Jumlah tenaga buruh (’000 orang) 14 083.4 14 684.2 14 785.6Jumlah guna tenaga (’000 orang) 13 632.1 13 982.6 13 828.7Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) (RM juta) 622 345 642 456 673 125Indeks harga pengguna (2020 = 100) 104.92 107.15 110.68(a) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar tahun 2023 hingga tahun 2025. (b) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2024 dan tahun 2025. (c) Hitung kadar pengangguran tahun 2024 dan tahun 2025. (d) Adakah negara tersebut berada dalam keadaan guna tenaga penuh? Berikan alasan anda.


23Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARABAB• Menerangkan maksudpendapatan negara.Hasil PembelajaranKonsep pendapatan negaradigunakan apabilaperakaunan pendapatannegara dibuat mengikutkaedah pendapatan.Konsep KDNK danKNK digunakan apabilaperakaunan pendapatannegara dibuat mengikutkaedah keluaran danperbelanjaan.Info Ekonomi• Menerangkan maksudKeluaran Dalam NegeriKasar (KDNK) dan KeluaranNegara Kasar (KNK).• Menerangkan perbezaanantara KDNK dengan KNK.Hasil Pembelajaran2.1 Konsep Pendapatan Negara1. Pendapatan negara atau keluaran negara merupakan jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun.2. Terdapat beberapa konsep utama yang berkaitan dengan pendapatan negara, iaitu:(a) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)(b) Keluaran Negara Kasar (KNK)(c) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNK(d) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor (KDNK(e) Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)(f) Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf)(g) Keluaran Negara Bersih (KNB)(h) Pendapatan negara nominal(i) Pendapatan negara benar(j) Pendapatan per kapitaKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK)1. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merupakan nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun dengan menggunakan faktor pengeluaran milik negara itu sendiri dan milik negara asing.2. Keluaran Negara Kasar (KNK) merupakan nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun dengan menggunakan faktor pengeluaran milik negara itu sendiri tanpa mengira sama ada faktor pengeluaran tersebut berada dalam negara atau berada di luar negara.3. Perbezaan antara KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN). Hubungan antara KDNK dan KNK boleh dirumuskan dalam formula berikut: KNK = KDNK + PFBLN


24Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara4. Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) merupakan perbezaan antara jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor milik sesebuah negara yang berada di luar negara dengan bayaran kepada faktor milik negara asing yang berada dalam negara tersebut.5. Jika pendapatan yang diterima oleh faktor milik sesebuah negara yang berada di luar negara melebihi bayaran kepada faktor milik negara asing yang berada dalam negara tersebut, maka PFBLN adalah positifIni menyebabkan KNK lebih tinggi daripada KDNK. ContohMaklumat berikut diperoleh daripada sesebuah negara.Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) = RM986 452 jutaPendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) = RM23 654 jutaHitungkan Keluaran Negara Kasar negara tersebut. Penyelesaian:KNK = KDNK + PFBLNKNK = RM986 452 juta + RM23 654 jutaKNK = RM1 010 106 juta6. Sebaliknya, jika pendapatan yang diterima oleh faktor milik sesebuah negara yang berada di luar negara kurang daripada bayaran kepada faktor milik negara asing yang berada dalam negara tersebut, adalah negatif. Maka, KNK lebih rendah daripada KDNK. ContohMaklumat berikut diperoleh daripada sesebuah negara.Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) = RM986 452 jutaPendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) = –RM23 654 jutaHitungkan Keluaran Negara Kasar negara tersebut. Penyelesaian:KNK = KDNK + PFBLNKNK = RM986 452 juta + (–RM23 654 juta)KNK = RM962 798 juta7. PFBLN yang positif menunjukkan pertambahan dalam keluaran negara, manakala PFBLN yang negatif menunjukkan pengurangan dalam keluaran negara.8. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, PFBLN biasanya positif kerana mereka banyak membuat pelaburan di luar negara. Oleh itu, KNK melebihi KDNK.9. Negara-negara sedang membangun seperti Malaysia pula biasanya mempunyai PFBLN yang negatif kerana mereka kurang melabur di luar negara tetapi menerima banyak pelaburan asing ke dalam negara. Akibatnya, KNK adalah lebih rendah daripada KDNK. KuizApakah kesan PFBLN yangpositif terhadap keluarannegara?


BAB360Ekonomi Semester 2 STPM Bab 3 Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal3Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar FiskalBAB• Menerangkan maksudkeseimbangan pendapatannegara.• Menjelaskan komponenperbelanjaan agregat,suntikan dan bocoran.Hasil PembelajaranPendekatan Perbelanjaan Agregat – Pendapatan (AE-Y) dan Pendekatan Suntikan-Bocoran (Harga 3.1 Tetap)Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor Pendekatan Perbelanjaan Agregat-Pendapatan (AE-Y)1. Keseimbangan pendapatan negara ialah tingkat pendapatan negara yang tercapai apabila perbelanjaan agregat (AE) sama dengan pendapatan negara (Y). Pada tahap ini, ekonomi berada dalam keseimbangan, iaitu tingkat pendapatan negara tiada kecenderungan untuk berubah.2. Perbelanjaan agregat (AE) ialah jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku ekonomi terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengeluar dalam jangka masa tertentu. 3. Pendapatan negara (Y) merujuk kepada jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi untuk jangka masa tertentu. Pendapatan negara (Y) = Keluaran negara = Penawaran agregat (AS)Pendekatan Suntikan-Bocoran (J-W)1. Keseimbangan pendapatan negara ialah tingkat pendapatan negara yang tercapai apabila suntikan sama dengan bocoran, dan tingkat pendapatan negara tiada kecenderungan untuk berubah.2. Suntikan (J) ialah aliran masuk perbelanjaan ke dalam aliran pusingan pendapatan yang meningkatkan tingkat pendapatan negara.3. Bocoran (W) ialah aliran keluar wang daripada aliran pusingan pendapatan yang mengurangkan tingkat pendapatan negara.Golongan ahli ekonomiKeynesian berpendapatbahawa tingkatkeseimbangan pendapatannegara ditentukan oleh AEdan bukannya AS. Ekonomitidak selalu mencapai gunatenaga penuh seperti yangdipercayai oleh golongan ekonomi klasik.Info Ekonomi• Perbelanjaan agregat(Aggregate Expenditure, AE• Suntikan (Injection, J)• Bocoran (Withdrawal, W)• Perbelanjaan penggunaan(Consumption, C)• Tabungan (Savings, S)• Pelaburan (Investment, I)


61Ekonomi Semester 2 STPM Bab 3 Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar FiskalPendapatan faktor (Y)Perbelanjaan penggunaan (C)SUNTIKAN• Pelaburan• Perbelanjaankerajaan• EksportBOCORAN• Tabungan• Cukai• ImportFirma Isi rumahPendapatan negara (Y)Jumlah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.Bocoran (W)Aliran keluar wang daripada aliran pusingan pendapatan.Perbelanjaan Agregat (AE)Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku ekonomi.Suntikan (J)Tambahan perbelanjaan ke dalam aliran pusingan pendapatan.==Rajah 3.1 Konsep keseimbangan pendapatan negaraKomponen Perbelanjaan Agregat, Suntikan dan Bocoran Komponen perbelanjaan agregat ekonomi dua sektor terdiri daripada:(a) Perbelanjaan penggunaan (C, Consumption): Jumlah perbelanjaan isi rumah atas barang dan perkhidmatan.(b) Pelaburan (I, Invesment): Perbelanjaan firma untuk membeli barang modal untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan. 2. Secara rumus, AE = C + I3. Komponen bocoran ekonomi dua sektor terdiri daripada tabungan(S, Saving), iaitu sebahagian daripada pendapatan faktor yang tidak dibelanjakan dan mengalir keluar daripada aliran pusingan pendapatan dalam bentuk tabungan ke institusi kewangan.4. Komponen suntikan ekonomi dua sektor terdiri daripada pelaburan firma (I, Investment), iaitu tambahan perbelanjaan atas barang modal ke dalam aliran pusingan pendapatan yang bukan berpunca daripada pendapatan isi rumah.Syarat Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Dua SektorPendekatan AE-Y Y = AE = C + IPendekatan Suntikan-BocoranJ = WI = S


1514 WANG, BANK DAN DASAR MONETARIBAB4.1 WangWang ialah barang yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran dalam kegiatan urus niaga. Ciri-ciri Wang Wang yang diterima sebagai alat perantaran pertukaran mempunyai ciriciri berikut: 1. Diterima umum Wang mestilah mempunyai nilai asas supaya diterima umum dan orang ramai yakin terhadap nilai wang itu untuk melakukan urus niaga. 2. Penawaran yang terhad Penawaran wang mesti terhad agar nilainya kekal stabil. Jika sesuatu benda terlalu mudah diperoleh dan bekalannya tidak terkawal, nilainya akan merosot dan ia tidak lagi dapat berfungsi dengan berkesan sebagai wang. Oleh itu, bank pusat, seperti Bank Negara Malaysia, bertanggungjawab mengawal jumlah penawaran wang agar seimbang dengan keperluan ekonomi. Sekiranya wang dikeluarkan secara berlebihan tanpa kawalan, nilainya akan merosot dan masyarakat tidak akan menerimanya sebagai wang.3. Kestabilan nilai wang Nilai wang harus stabil dan tidak mengalami turun naik secara mendadak. Kestabilan ini penting kerana ia memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menyimpan wang dan menggunakannya dalam urus niaga harian. 4. Mudah dibahagi Wang harus mudah dibahagikan kepada unit-unit kecil tanpa menjejaskan nilainya supaya semua jenis urus niaga, sama ada berskala kecil atau besar, dapat dijalankan dengan mudah.5. Mudah dibawa Wang mesti ringan, mudah disimpan dan mudah dibawa dari satu tempat ke tempat lain.sistem yang melibatkan pertukaran sesuatu barang secara langsung untuk memperoleh barang lain yang dikehendaki tanpa menggunakan wang sebagai alat perantaraan.• Mentakrifkan wang. • Menjelaskan ciri wang.• Mengaitkan fungsi wang dengan kelemahan sistem barter.• Menghitung indeks nilai wang.• Menginterpretasi indeks nilai wang.• Menerangkan hubunganantara kadar inflasi dengannilai wang dan kuasa beli.Hasil PembelajaranAkses IlmuMuzium Bank Negara MalaysiaINFO


152Ekonomi Semester 2 STPM Bab 4 Wang, Bank dan Dasar MonetariBAB4Kelemahan sistem barter:• Masalah kehendak serentak• Masalah pengukuran nilai• Masalah penyimpanan nilai• Masalah pembahagianbarang kepada unit kecil• Bayaran tertunda sukardilakukanInfo Ekonomidepan.KuizBagaimana inflasi dapatmenjejaskan fungsi wang sebagai: (a) Alat perantaraan pertukaran? (b) Alat pengukur nilai?Fungsi Wang 1. Alat perantaraan pertukaran(a) Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya boleh berlaku jika wujud kehendak bersama yang serentak antara dua pihak, iaitu setiap pihak mesti memiliki barang yang dikehendaki oleh pihak lain pada masa yang sama. Keadaan ini menyukarkan proses pertukaran. (b) Wang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran mengatasi kelemahan sistem barter tersebut kerana individu tidak lagi perlu mencari pihak yang mempunyai barang yang sepadan dengan keperluan mereka. Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran menjadikan urus niaga lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. 2. Alat pengukur nilai dan unit akaun(a) Dalam sistem barter, adalah sukar untuk menentukan unit ukuran bagi barang dan membahagikan barang kepada unit-unit yang kecil. (b) Wang mengatasi kelemahan ini kerana ia berfungsi sebagai pengukur nilai dan unit akaun di mana nilai barang dapat dinyatakan dalam sebutan harga. Perbandingan nilai suatu barang dengan barang lain dapat dilakukan dalam unit ukuran yang sama. 3. Alat bayaran tertunda(a) Urus niaga secara kredit atau kontrak jangka masa panjang sukar dilakukan dalam sistem barter kerana barang mudah rosak, sukar disimpan dan nilainya tidak stabil. (b) Wang mengatasi kelemahan ini kerana nilainya stabil dan diiktiraf umum. Ini meyakinkan orang ramai untuk menerima wang sebagai alat bayaran tertunda. Fungsi wang ini membolehkan urus niaga kredit atau kontrak jangka panjang dijalankan dengan lebih mudah kerana nilai wang yang diterima pada masa hadapan dianggap sama dengan nilai semasa barang dijual.4. Alat penyimpan nilai(a) Dalam sistem barter, kekayaan masyarakat disimpan dalam bentuk barang. Hal ini menimbulkan banyak masalah kerana memerlukan ruang penyimpanan yang besar, melibatkan kos tambahan dan berisiko kehilangan nilai apabila barang itu tidak tahan lama atau mudah rosak.(b) Sifat nilai wang yang stabil, tidak mudah rosak dan mudah disimpan membolehkan wang dapat berfungsi sebagai alat penyimpan nilai yang baik. Wang mengatasi kelemahan sistem barter kerana kekayaan boleh disimpan dalam bentuk wang di institusi kewangan dan tempat lain untuk kegunaan pada masa depan. Indeks Nilai Wang1. Nilai wang atau kuasa beli wang merujuk kepada keupayaan sesuatu mata wang untuk memperoleh sejumlah barang dan perkhidmatan.


193Ekonomi Semester 2 STPM Bab 5 Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa5PERDAGANGAN DANKEWANGAN ANTARABANGSABABSebab Wujud Perdagangan 5.1 AntarabangsaTakrif Perdagangan Antarabangsa1. Perdagangan antarabangsa merupakan aktiviti yang melibatkan urusan eksport dan import barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain.2. Eksport ialah aktiviti menjual barang dan perkhidmatan ke negara lain. Contohnya, Malaysia mengeksport barang elektrik dan elektronik ke Thailand.3. Import ialah aktiviti membeli barang dan perkhidmatan dari negara lain. Contohnya, Malaysia mengimport kelapa dari Indonesia.4. Negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa merupakan negara yang menjalankan ekonomi terbuka.Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa1. Anugerah faktor (Tanah, iklim dan penduduk)(a) Perbezaan anugerah semula jadi seperti tanah, iklim dan penduduk antara negara menyebabkan setiap negara berbeza dari segi keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan.(b) Tanah yang berbeza mempengaruhi jenis tanaman atau aktiviti ekonomi utama di sesebuah negara. Contohnya, tanah di Malaysia sesuai untuk tanaman getah, maka Malaysia menjadi pengeluar getah utama. Sebaliknya, tanah di Thailand lebih sesuai untuk tanaman padi, menjadikannya pengeluar padi utama. Perbezaan dalam pengeluaran ini mendorong kedua-dua negara menjalankan perdagangan antarabangsa.(c) Iklim yang berbeza turut mempengaruhi jenis hasil pertanian dan pengeluaran. Misalnya, Malaysia yang beriklim Khatulistiwa sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit, manakala Tunisia yang beriklim panas dan kering sesuai untuk tanaman kurma. Oleh itu, wujud perdagangan antarabangsa apabila Malaysia mengimport kurma dari Tunisia dan Tunisia mengimport getah dari Malaysia.(d) Perbezaan jumlah penduduk juga menjadi faktor wujudnya perdagangan antarabangsa. Negara yang mempunyai jumlah penduduk ramai memerlukan lebih banyak barangan keperluan • Mentakrif perdaganganantarabangsa.• Menjelaskan sebabwujudnya perdaganganantarabangsa.• Menjelaskan faedahperdaganganantarabangsa terhadapekonomi sesebuah negara.Hasil PembelajaranKuizJelaskan maksudperdagangan antarabangsa.


BAB5194Ekonomi Semester 2 STPM Bab 5 Perdagangan dan Kewangan Antarabangsaharian, menyebabkan negara tersebut mengimport barangan dari luar negara. Sementara itu, negara yang mempunyai jumlah penduduk kecil tetapi terdapat pengeluaran yang banyak akan mengeksport lebihan keluarannya ke negara lain.2. Cita rasa(a) Setiap negara mempunyai penduduk dengan cita rasa dan keutamaan yang berbeza terhadap barangan dan perkhidmatan. Ini mendorong kepada berlakunya perdagangan antarabangsa.(b) Sebagai contoh, walaupun Malaysia mengeluarkan kereta nasional seperti Proton dan Perodua, namun sebahagian penduduknya lebih berminat terhadap kereta import. Oleh itu, Malaysia mengimport kereta dari negara lain seperti Jepun dan Jerman bagi memenuhi permintaan pengguna tempatan.(c) Keadaan ini membolehkan pengguna mempunyai pilihan yang lebih luas untuk memenuhi cita rasa dan keperluan masing-masing.3. Teknologi(a) Perbezaan tahap teknologi antara negara turut menjadi faktor yang menyebabkan berlakunya perdagangan antarabangsa.(b) Negara yang mempunyai teknologi tinggi akan mengkhusus dalam pengeluaran barangan modal seperti mesin, jentera berat dan barangan industri. Negara tersebut dapat mengeluarkan barangan berkenaan dengan kos purata yang lebih rendah kerana menikmati ekonomi bidangan. Oleh itu, negara berteknologi tinggi akan mengeksport barangan tersebut ke negara-negara yang kurang maju dari segi teknologi. Sementara itu, negara yang tidak mempunyai teknologi tinggi akan mengimport barangan tersebut dari negara yang lebih maju.(c) Sebagai contoh, Jepun yang mempunyai teknologi tinggi dalam pengeluaran jentera berat dan barangan industri mengeksport produk tersebut ke negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.4. Kemahiran buruh(a) Kemahiran buruh yang berbeza antara negara menyebabkan barang yang dikeluarkan juga berbeza yang akhirnya mewujudkan perdagangan antarabangsa.(b) Kemahiran buruh yang tinggi mampu menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi untuk menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi dengan kos purata yang lebih rendah.(c) Contohnya, Malaysia mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam sektor semikonduktor, khususnya dalam aktiviti pemasangan dan ujian cip elektronik, manakala New Zealand mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam bidang pertanian seperti pengeluaran hasil tenusu dan daging lembu. Oleh itu, Malaysia mengeksport produk semikonduktor, manakala New Zealand mengeksport hasil tenusu dan daging, yang akhirnya mewujudkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara. iklim,penduduk)• Cita rasa• Teknologi• Kemahiran buruh


252Kertas Model STPM (944/ 2)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA EKONOMIKERTAS 22 JAM 30 MINITArahan kepada calon:Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian B, tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian C, tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.944/2 STPM


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)1. Petunjuk makroekonomi yang paling sesuai digunakan untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ialah A Keluaran Negara Kasar benarB Keluaran Negara Kasar potensiC Keluaran Negara Kasar nominalD Keluaran Negara Kasar per kapita 2. Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi Keluaran Negara Kasar apabilaA subsidi melebihi cukai tak langsungB cukai tak langsung melebihi subsidiC perubahan dalam inventori adalah negatifD pendapatan faktor bersih dari luar negara adalah negatif3. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara pada tahun tertentu.Butir RM jutaKeluaran Negara Kasar (KNKhp) Susut nilai Cukai tak langsung Subsidi Eksport Import Nilai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialahA RM380 jutaB RM390 jutaC RM400 jutaD RM410 juta4. Yang manakah bukan komponen suntikan?A EksportB PelaburanC Perbelanjaan kerajaanD Perbelanjaan penggunaanBahagian A [20 markah]Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian ini.5. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan ekonomi dua sektor. Tabungan0 500 Pendapatan80-120300S Fungsi penggunaan ekonomi ini ialahA C = 80 + 0.60YB C = 120 + 0.60YC C = 80 + 0.80YD C = 120 + 0.80Y 6. Tabungan isi rumah telah bertambah sebanyak RM250 juta apabila pendapatan boleh guna meningkat daripada RM1 000 juta kepada RM2 000 juta. Jika pelaburan bertambah sebanyak RM10 juta, pendapatan negara akan meningkat sebanyak A RM25 juta C RM50 jutaB RM40 juta D RM80 juta 7. Maklumat komponen perbelanjaan agregat bagi model ekonomi tiga sektor adalah seperti berikut (dalam RM juta): Fungsi tabungan S = –400 + 0.2Y di mana Yd = Y – T Cukai T = 300 Pelaburan I = 500 Perbelanjaan kerajaan G = 300 Pada tingkat keseimbangan, berapakah nilai pendapatan negara?A RM 800 jutaB RM1 100 jutaC RM6 000 jutaD RM6 300 juta


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)2548. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara menurut pendekatan bocoran-suntikan. Bocoran/Suntikan0 Y Pendapatan negara f Y0c S + TI + G a ebdY1 Sekiranya Yf ialah pendapatan pada guna tenaga penuh, jurang Keluaran Negara Kasar ditunjukkan olehA ab C cdB ae D ed9. Maklumat komponen perbelanjaan agregat bagi model ekonomi empat sektor adalah seperti berikut (dalam RM juta):Perbelanjaan penggunaan C = 200 + 0.8YdPelaburan I = 100Perbelanjaan kerajaan G = 200Cukai T Eksport X Import M = 150 + 0.2Y Berapakah nilai eksport bersih pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?A RM1 440 juta C RM1 460 jutaB RM1 450 juta D RM1 470 juta10. Dengan andaian ceteris paribus, langkah kerajaan memberi pelbagai insentif kepada firma seperti pengecualian cukai, pemberian subsidi dan pembekalan kemudahan infrastruktur akan menyebabkan A penawaran agregat berkurang, keluaran negara benar turun dan tingkat harga meningkatB penawaran agregat berkurang, keluaran negara benar turun dan tingkat harga turunC penawaran agregat bertambah, keluaran negara benar meningkat dan tingkat harga turunD penawaran agregat bertambah, keluaran negara benar meningkat dan tingkat harga naik 11. Penawaran wang yang membezakan antara M1 dengan M2 ialahA duit syilingB wang separaC wang kertasD deposit semasa12. Jadual di bawah menunjukkan Kunci Kira-kira sebuah bank perdagangan.Aset RM juta Liabiliti RM jutaWang tunai 750 Deposit semasa 5 000Pelaburan dan pinjaman 4 250Jumlah 5 000 Jumlah 5 000 Berapakah pinjaman baharu yang masih dapat dipinjamkan oleh bank itu jika nisbah rizab ialah 20%?A RM250 jutaB RM400 jutaC RM550 jutaD RM750 juta13. Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi,Penawaran wang M = RM30 000Halaju pusingan wang V = 5Jumlah urus niaga T = 50 000 unitJika penawaran wang bertambah ke RM40 000, tingkat harga dalam ekonomi akanA turun RM1.50B turun RM3.00C meningkat RM1.00D meningkat RM4.5014. Penentu permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah A kadar bungaB kadar inflasiC keuntungan firmaD kecekapan modal sut15. Apabila bank pusat mengambil langkah menjual bon di pasaran terbuka, ini akan menyebabkan A kadar bunga turun, masalah inflasi terkawalB kadar bunga meningkat, masalah inflasi terkawalC kadar bunga meningkat, masalah pengangguran dikurangkanD kadar bunga turun, masalah pengangguran dikurangkan


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)16. Alasan sesebuah negara berdagang dengan negara lain adalah seperti berikut kecualiA cita rasa penduduk yang berbezaB penggunaan mata wang yang berbezaC penduduk mempunyai lebih banyak pilihanD anugerah sumber alam semula jadi yang berbeza17. Jadual di bawah menunjukkan keluaran barang X dan barang Y per unit buruh di Negara M dan Negara N.Negara Barang X (unit) Barang Y (unit)M 400 200N 300 180 Sekiranya Negara M dan Negara N menjalankan pengkhususan, yang manakah berikut adalah benar?A Negara M mengeluarkan kedua-dua barang X dan barang YB Negara N mengeluarkan kedua-dua barang X dan barang YC Negara M mengeluarkan barang X dan Negara N mengeluarkan barang YD Negara M mengeluarkan barang Y dan Negara N mengeluarkan barang X18. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan domestik (D), keluk penawaran domestik (S), keluk penawaran selepas perdagangan bebas (SW) dan keluk penawaran selepas tarif (ST) bagi suatu barang dalam sebuah ekonomi. Harga (RM)0 Kuantiti K (unit)P2STSwJ M NP1P0DDSSL Pengenaan tarif atas barang itu menyebabkan keluaran domestik A bertambah sebanyak JK unitB berkurang sebanyak JL unitC bertambah sebanyak LM unitD berkurang sebanyak KL unit 19. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan mata wang Dolar Singapura dan Paun Sterling bagi tahun tertentu.Mata wang(1 unit)Ringgit Malaysia (RM)Dolar Singapura (S$)Paun Sterling (₤)2.337.32 Berasarkan maklumat di atas, dapat disimpulkan bahawaA ₤1 = S$0.32B ₤1 = S$0.50C ₤1 = S$0.65D ₤1 = S$0.7520. Kesan yang mungkin timbul apabila mata wang sebuah negara terlebih nilai ialahA eksport akan bertambahB keluaran domestik meningkatC defisit dalam imbangan daganganD barang import menjadi relatif lebih mahal


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)256Bahagian B [60 markah]Arahan: Jawab empat soalan sahaja.21. Dengan menggunakan carta aliran pusingan pendapatan negara, terangkan aliran wang dalam ekonomi tiga sektor. 22. (a) Jelaskan maksud pendapatan negara nominal dan pendapatan negara benar. (b) Terangkan perbezaan antara Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). (c) Berdasarkan contoh berangka, terangkan mengapa Keluaran Dalam Negeri Kasar tidak semestinya melebihi Keluaran Negara Kasar. 23. (a) Jelaskan maksud pengganda pelaburan. (b) Dengan menggunakan gambar rajah AE-Y, terangkan proses perubahan pendapatan negara kesan daripada pertambahan pelaburan dalam ekonomi dua sektor untuk mencapai tingkat keseimbangan baharu. [12]24. (a) Berikan dua sebab yang menyebabkan(i) Keluk penawaran agregat (AS) beralih ke kanan.(ii) Keluk permintaan agregat (AD) beralih ke kiri. (b) Dengan menggunakan rajah AD-AS, huraikan kesan pengurangan penawaran agregat terhadap keluaran negara benar dan tingkat harga umum. 25. (a) Terangkan secara ringkas alat dasar monetari berikut:(i) Operasi Pasaran Terbuka (OPT). (ii) Keperluan Rizab Berkanun (SRR). (b) Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, terangkan bagaimana bank pusat dapat mengurangkan masalah pengangguran melalui alat monetari keperluan rizab berkanun. 26. (a) Jelaskan dua sebab wujudnya perdagangan antarabangsa. (b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan pengenaan tarif terhadap guna tenaga dan imbangan dagangan sesebuah negara. [11]


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)Bahagian C[20 markah]Arahan: Jawab dua soalan sahaja.27. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut agregat permintaan bagi Malaysia untuk tahun 2019 dan 2020 pada harga semasa.Kombinasi2019 2020RM juta RM jutaPerbelanjaan penggunaanAwamSwasta176 281904 189185 388862 955Pembentukan modal tetap kasarAwamSwasta94 498252 47674 407222 259Perubahan dalam stok –28 569 –17 344Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) harga pasaran 1 512 738 1 418 000(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia & Kementerian Kewangan Malaysia)(a) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan akhir swasta kepada KDNK harga pasaran bagi tahun 2019 dan 2020. (b) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan kerajaan kepada KDNK harga pasaran bagi tahun 2019 dan 2020. (c) Berdasarkan jawapan (a) dan (b), jelaskan arah aliran dan kepentingan komponen perbelanjaan agregat tersebut kepada KDNK. (d) Hitung eksport bersih bagi tahun 2019 dan 2020. 28. Berikut menunjukkan fungsi perbelanjaan agregat dan fungsi cukai bagi sebuah ekonomi tiga sektor.i. Fungsi penggunaan C = 450 + 0.80Yd , di mana Yd = Y – Tii. Pelaburan I = 500iii. Perbelanjaan kerajaan G = 550iv. Cukai T = 150(dalam sebutan RM juta) Berdasarkan matlumat diberi,(a) hitung keseimbangan pendapatan negara. (b) hitung perbelanjaan penggunaan pada tingkat keseimbangan. (c) (i) Tentukan nilai pengganda cukai. (ii) Berdasarkan jawapan c (i), hitung tingkat pendapatan negara yang baharu jika cukai diturunkan sebanyak RM100 juta. (iii) Hitung jurang KNK jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM7 200 juta. Nyatakan sama ada lompang deflasi atau lompang inflasi berlaku dalam ekonomi.


Ekonomi Semester 2 STPM Kertas Model STPM (944/2)25829. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran makanan dan pakaian per unit buruh bagi Negara X dan Negara Y yang menggunakan faktor secara cekap. Andaikan Negara X dan Negara Y mempunyai dua unit buruh.Negara Makanan (unit) Pakaian (unit)X 10 10Y 20 8(a) Hitung kos lepas bagi pengeluaran makanan dan pakaian. Jelaskan negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran makanan dan pakaian. (b) Andaikan Negara X dan Negara Y menjalankan perdagangan dengan kadar pertukaran 1 unit pakaian = 2 unit makanan.Dengan menggunakan jadual, tunjukkan jumlah barang yang dinikmati setiap negara selepas perdagangan, sekiranya Negara X menghendaki 10 unit makanan. (c) Jelaskan manfaat perdagangan yang dinikmati oleh Negara X dan Negara Y.


259BAB1 PengenalanBahagian A1. C 2. A 3. C 4. C 5. A6. B 7. C 8. C 9. B 10. DBahagian B1. Aliran pusingan wang bagi ekonomi tiga sektorPasaran faktorInstitusi kewanganFirmaKerajaanPasaran barangAliran 3Aliran 7 Aliran 6 & 7Aliran 5Aliran 2 Aliran 2Aliran 5Aliran 1Aliran 4Aliran 1Isi rumah • Ekonomi tiga sektor terdiri daripada sektor rumah, firma dan kerajaan.• Aliran 1: Ganjaran yang diterima oleh isi rumahkerana menawarkan faktor pengeluaran, iaitu tanah, buruh, modal dan keusahawanan kepadafirma melalui pasaran faktor.• Aliran 2: Isi rumah membeli barang perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.• Aliran 3: Isi rumah menabung sebahagiandaripada pendapatan yang diterima di institusikewangan.• Aliran 4: Firma membuat pinjaman daripadainstitusi kewangan untuk membuat pelaburan, iaitu untuk membeli mesin, jentera, membina kilang dan sebagainya.• Aliran 5: Isi rumah dan firma masing-masingmembayar cukai pendapatan dan cukai untungsyarikat kepada kerajaan.• Aliran 6: Kerajaan membeli barang danperkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.• Aliran 7: Kerajaan memberikan subsidi kepada isirumah dan firma.2. (a) Kesan terhadap pengangguran:• Kemelesetan ekonomi menyebabkan firmamengurangkan pengeluaran.• Selain itu, terdapat juga firma yang terpaksamengecilkan operasi dan mengurangkanpelaburan. Akibatnya aktiviti ekonomimenjadi perlahan dan peluang pekerjaansemakin berkurang.• Akibatnya, guna tenaga berkurang danpengangguran meningkat.Kesan terhadap inflasi:• Apabila berlaku kemelesetan ekonomi,aktiviti ekonomi menjadi perlahan danpeluang pekerjaan semakin berkurang.• Pendapatan masyarakat berkurang yangmenyebabkan permintaan agregat jugaberkurang. Oleh itu, tekanan terhadapharga barangan di pasaran jatuh dan inflasiberkurangan.(b) Pertumbuhan ekonomi boleh ditingkatkandengan perubahan cukai pendapatanpersendirian dan perbelanjaan kerajaan. • Bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi,cukai pendapatan persendirian perludikurangkan.• Ini menyebabkan pendapatan bolehguna masyarakat meningkat. Oleh itu,perbelanjaan agregat meningkat.• Apabila perbelanjaan agregat meningkat,penawaran agregat akan meningkat.Firma meningkatkan danpertumbuhan ekonomi dapat dijana semula.• Di samping itu, perbelanjaan kerajaanperlu ditingkatkan bagi menggalakkanaktiviti ekonomi. Maka, peluang pekerjaanbertambah dan pendapatan isi rumahmeningkat.• Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat,firma meningkatkan pengeluaran danpertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan.3. (a) • Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi ialahtingkat keluaran negara kasar yang bolehdicapai oleh sesebuah negara apabila semuafaktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.• Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar ialahtingkat keluaran negara yang sebenarnyadicapai.• Jika Keluaran Negara Kasar (KNK) potensilebih tinggi daripada Keluaran NegaraKasar (KNK) sebenar, masih terdapatfaktor pengeluaran yang tidak digunakanatau masih menganggur. Hal ini bolehmenyebabkan ekonomi sesebuah negaramengalami kemelesetan.JAWAPAN


W.M: RM35.95 / E.M: RM37.95AAMVEK2675031A2ISBN 978-629-498-729-6Beli eBook di sini!Strategic STPM Ekonomi Semester 2ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.Judul-judul Strategic STPM Teks Pra-U:› Pengajian Am Semester 2 › Bahasa Melayu Semester 2 › Biology Semester 2 › Physics Semester 2 › Chemistry Semester 2 › Mathematics Semester 2 › Sejarah Semester 2 › Geografi Semester 2 › Ekonomi Semester 2 › Pengajian Perniagaan Semester 2Juga tersedia:› MUET My Way Teks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2REVISI★ Nota Komprehensif★ Hasil Pembelajaran★ RumusanPENGUKUHAN & PENTAKSIRAN★ Kuiz★ Praktis STPM★ Kertas Model STPM Semester 2★ JawapanCIRI-CIRI EKSTRA ★ Info Ekonomi★ Tip Pemeriksa★ Resos Digital KOD QRCIRI-CIRI ISTIMEWAEKONOMI(Makroekonomi)


Click to View FlipBook Version