The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-01-05 22:31:39

PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2

KANDUNGAN





BAHAGIAN A: 13.2 Fenomena Iklim 57
13.3 Fenomena El Niño dan La Niña 61
Geografi Alam Sekitar Fizikal 1
Rumusan 67
Tema 3: Sistem Atmosfera Praktis STPM 13 68

Bab
11 Struktur dan Kandungan Atmosfera 2 Bab
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 14 Perubahan Iklim 69
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
11.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera 3
14.1 Perubahan Iklim 70
Rumusan 5
14.2 Kesan Rumah Hijau 71
Praktis STPM 11 6
14.3 Penipisan Lapisan Ozon 73
14.4 Kesan Perubahan Iklim terhadap Alam Sekitar
Fizikal dan Aktiviti Manusia 78
Bab
12 Cuaca dan Iklim 7 Rumusan 80
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Praktis STPM 14 81
12.1 Konsep Cuaca dan Iklim 8
12.2 Unsur-unsur Cuaca dan Iklim 8 Bab
12.3 Konsep Imbangan Bahangan 13 15 Mikro Iklim Bandar 82
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
12.4 Proses Pemindahan Haba 14 15.1 Konsep Mikro Iklim Bandar 83
12.5 Taburan Suhu Secara Mendatar dan Menegak 17 15.2 Perubahan Unsur Cuaca dan Iklim di Kawasan
12.6 Kelembapan Udara 23 Bandar 83
12.7 Kestabilan Udara 24 15.3 Pulau Haba Bandar 85
12.8 Proses Sejatan 25 15.4 Pulau Sejuk Bandar 88
12.9 Proses Pemeluwapan dan Pembentukan Awan 27 15.5 Pencemaran Udara dan Jerebu 89

12.10 Kerpasan 32 15.6 Hujan Asid 97
12.11 Tekanan Udara 35 15.7 Kesan Perubahan Mikro Iklim Bandar terhadap
Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia 101
12.12 Edaran Umum Atmosfera 40
Rumusan 102
12.13 Sistem Angin Dunia 43
Praktis STPM 15 103
12.14 Gangguan Atmosfera 48
Rumusan 51 Bab Kemahiran Amali
Praktis STPM 12 52 16 Sistem Atmosfera 104
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
16.1 Melukis dan Mentafsir Peta Garisan Senilai 105
Bab Kaitan Sistem Atmosfera 16.2 Mengira Data, Melukis dan Mentafsir Graf
13 dengan Manusia 54 dan Carta Cuaca 108
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Contoh Soalan dan Jawapan 119
13.1 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Aktiviti
Ekonomi 55 Praktis STPM 16 127



vi





KAND STPM Geo T2.indd 6 11/14/18 11:02 AM

Tema 4: Sistem Hidrologi Bab Kaitan Sistem Hidrologi
21 dengan Manusia 179
Bab • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
17 Fasa air 128 21.1 Kepentingan Sumber Air terhadap Aktiviti
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Manusia 180
17.1 Fasa Air 129
21.2 Gangguan Imbangan Air terhadap Aktiviti
Rumusan 130 Manusia 182
Praktis STPM 17 131 21.3 Penyesuaian Manusia terhadap Kurangan Air
dan Lebihan Air 189
Rumusan 194
Bab
18 Kitaran Hidrologi 132 Praktis STPM 21 195
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
18.1 Konsep Kitaran Hidrologi 133
Bab Kemahiran Amali
18.2 Proses Mendatar Kitaran Hidrologi 134 22 Sistem Hidrologi 196
18.3 Proses Menegak Kitaran Hidrologi 137 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
18.4 Pengaruh Sejatan dan Sejatpeluhan terhadap 22.1 Mengira Data, Melukis, dan Mentafsir Graf
Kandungan Air di Atmosfera 144 dan Carta Hidrologi 197

18.5 Keberkesanan Kerpasan 146 Contoh Soalan dan Jawapan 207
Rumusan 148 Praktis STPM 22 212
Praktis STPM 18 149

BAHAGIAN B:
Bab
19 Edaran Air Tanih 150 Geografi Alam Sekitar Manusia 214
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
19.1 Konsep Air Tanih 151 Tema 3: Pembangunan Ekonomi dan Impak
Alam Sekitar
19.2 Edaran Air Tanih 151
Bab
19.3 Air Bawah Tanah sebagai Potensi Sumber Air 159 10 Sektor-sektor Ekonomi 215
Rumusan 160 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
10.1 Sektor-sektor Ekonomi 216
Praktis STPM 19 161
10.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan
Ekonomi 217
Bab 10.3 Kepentingan Kegiatan Ekonomi kepada
20 Imbangan Air 162
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Pembangunan Sosioekonomi Negara 223
20.1 Konsep Imbangan Air 163 10.4 Sektor Primer 226
20.2 Lebihan Air 163 10.5 Sektor Sekunder 248
20.3 Kurangan Air 171 10.6 Sektor Tertier 263
20.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Variasi 10.7 Perkembangan Bioteknologi Terkini dalam
Imbangan Air Tanih 175 Bidang Pertanian dan Pembuatan 285
Rumusan 177 Rumusan 288
Praktis STPM 20 177 Praktis STPM 10 289




vii





KAND STPM Geo T2.indd 7 11/14/18 11:02 AM

Bab Bab
11 Proses Pembangunan Ekonomi 292 15 Kerjasama Serantau 376
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
11.1 Pembangunan Ekonomi 293 15.1 Konsep Kerjasama 377
11.2 Takrifan Pembangunan dan Penunjuk 15.2 Kepentingan dan Halangan 395
Pembangunan 293
Rumusan 400
11.3 Tahap Pembangunan Semasa antara Kawasan
dalam Negara Malaysia 298 Praktis STPM 15 401
11.4 Ketakseimbangan Pembangunan antara
Kawasan dalam Negara Malaysia 299
Bab
11.5 Dasar dan Strategi Pembangunan 302 16 Segi Tiga Pertumbuhan 402
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Rumusan 306
16.1 Konsep Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan 403
Praktis STPM 11 307
16.2 Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan di dalam
ASEAN 403
Bab Impak Pembangunan Ekonomi
12 terhadap Alam Sekitar 308 16.3 Peranan Segi Tiga Pertumbuhan dalam
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Memajukan Wilayah Berkenaan 408
12.1 Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Rumusan 409
Sekitar 309
Praktis STPM 16 410
12.2 Langkah-langkah Mengurangkan Impak
Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar 325

Rumusan 331 Bab Hubungan Malaysia dengan
411
Negara Luar
Praktis STPM 12 332 17 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Bab Kemahiran Amali Pembangunan 17.1 Dasar Luar Negara Malaysia 412
13 Ekonomi dan Impak Alam Sekitar 333 17.2 Peranan Malaysia dalam Pakatan Kerjasama
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Serantau 414
13.1 Membina dan Mentafsir Gambar Rajah 334
17.3 Kepentingan Kerjasama Serantau dalam
13.2 Membina dan Mentafsir Peta 340 Melindungi Alam Sekitar 416
Contoh Soalan dan Jawapan 344 Rumusan 418
Praktis STPM 13 357 Praktis STPM 17 419


Tema 4: Globalisasi Ekonomi dan
Kerjasama Serantau Bab Kemahiran Amali Globalisasi
18 Ekonomi dan Kerjasama Serantau 420
Bab • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
14 Globalisasi Ekonomi 361
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 18.1 Melukis dan Mentafsir Jadual dan
Gambar Rajah 421
14.1 Konsep Globalisasi Ekonomi 362
18.2 Membina dan Mentafsir Peta Aliran 427
14.2 Saling Bergantung antara Kawasan 364
Contoh Soalan dan Jawapan 429
14.3 Perlunya Kerjasama antara Kawasan 368
Praktis STPM 18 439
14.4 Kesan Globalisasi Ekonomi terhadap Sesebuah
Negara 369 Kertas Model STPM 443
Rumusan 374 Jawapan 447
Praktis STPM 14 375 Glosari 478



viii





KAND STPM Geo T2.indd 8 11/14/18 11:02 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
Bab 13 Kaitan Sistem
Geografi
Geografi
Atmosfera dengan
STPM
Bab 13 Kaitan Sistem
Penggal 2
Penggal 2
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia Tema 3: Sistem Atmosfera
Atmosfera dengan
Manusia
Manusia
BAB
13 KAITAN SISTEM ATMOSFERA
DENGAN MANUSIA
BAB BAB
13 PENGENALAN 13

Bab ini membincangkan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi seperti perikanan,
pertanian, perdagangan, pelancongan, pengangkutan, perindustrian, dan pembalakan. Bab ini juga
menjelaskan fenomena iklim seperti banjir, kemarau, siklon tropika, iaitu taufan dan hurikan, tornado,
El Niño dan La Niña serta kesannya terhadap manusia.





Peta Konsep



Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia







Pengaruh cuaca dan iklim
terhadap aktiviti ekonomi Fenomena iklim





Perikanan Pertanian Pelancongan Perdagangan



Pengangkutan Perindustrian Pembalakan







Banjir Kemarau Siklon tropika Tornado El Niño dan
La Niña











54
54




A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 54 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
13.1 Pengaruh Cuaca dan Iklim Hasil Pembelajaran
terhadap Aktiviti Ekonomi
terhadap Aktiviti Ekonomi Menjelaskan pengaruh
cuaca dan iklim terhadap
aktiviti manusia
1 Unsur cuaca dan iklim memberi pengaruh yang cukup besar terhadap
aktiviti manusia di seluruh dunia sama ada pengaruh positif ataupun
negatif.
2 Antara aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh unsur cuaca
dan iklim ialah seperti perikanan, pertanian, perdagangan,
BAB pelancongan, pengangkutan, perindustrian dan juga pembalakan. BAB
13 Perikanan 13


1 Bagi kawasan beriklim Khatulistiwa, iaitu berada di garis
lintang 0° menerima haba matahari sepanjang tahun dengan
suhu berada antara 27°C – 35°C.
2 Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan plankton di dasar
laut sebagai sumber makanan hidupan akuatik seperti ikan, udang, dan
sebagainya.
3 Dikatakan pancaran matahari mampu sampai ke dasar lautan
pada kedalaman 100 meter.
4 Keadaan ini mampu membantu pertumbuhan plankton di Pentas Benua
dan Pentas Sunda di sekitar Laut China Selatan dan Lautan Hindi.
5 Bagi kawasan beriklim sejuk seperti Eropah, Amerika Syarikat, Kanada,
dan Jepun yang mengalami kejadian empat musim, aktiviti perikanan
hanya dijalankan pada musim bunga dan musim panas setiap tahun.
Pada musim luruh dan musim dingin pula laut diliputi oleh ais.
Pertanian

1 Unsur cuaca dan iklim mempengaruhi kepelbagaian jenis tanaman di
seluruh dunia.
2 Bagi kawasan Khatulistiwa atau tropika lembap, kuantiti hujan
tahunan yang tinggi antara 1 500 mm – 2 030 mm setahun
dan suhu yang panas sepanjang tahun, iaitu 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti pertanian.
3 Antara tanaman utama di kawasan tropika lembap ialah seperti padi
sawah, kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, dan sebagainya.
4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara yang menerima
hujan tahunan sekitar 1 000 mm dan min suhu tahunan sekitar 10°C,
kegiatan penanaman gandum, barli, dan oat sesuai dijalankan. Di Wilayah
Prairie pula dijalankan tanaman bijirin.
Perdagangan

1 Iklim dan cuaca secara tidak langsung mempengaruhi aktiviti
perdagangan di seluruh dunia tanpa mengira sempadan politik.
2 Kawasan Asia Tenggara yang beriklim tropika merupakan pengeksport
utama dunia bagi hasil tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, lada
hitam, nenas, tebu, kopi, dan rempah ratus.




55





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 55 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
3 Tanaman ini mendapat permintaan tinggi dari negara Eropah, Amerika
Utara, China, Jepun, dan Korea Selatan yang beriklim sederhana sejuk.
4 Kawasan beriklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara,
Eropah, dan New Zealand merupakan pengeksport utama hasil tenusu,
gandum, dan barli ke pasaran Asia Tenggara.
Pelancongan

1
1 Perbezaan iklim antara kawasan akan mewujudkan pelbagai tarikan
kepada aktiviti pelancongan di seluruh dunia.
BAB 2 Bagi kawasan yang mengalami iklim tropika, iklim panas dan BAB
2
13 lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan hutan 13

hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna seperti Taman Negara
Tahan, Kuala Koh, Endau-Rompin, Mulu, dan Kinabalu yang menjadi
tarikan pelancong dari Eropah, Amerika Utara, dan Jepun.
Foto 13.1 Pantai yang bersih dan 3 Iklim panas sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti berjemur di pantai-
indah menjadi tarikan pantai berpasir seperti di Batu Feringghi, Teluk Cempedak, Pantai
pelancong Irama, Pantai Cahaya Bulan, serta pulau-pulau seperti Pulau Tioman,
Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, dan Pulau
Sipadan.
4 Udara yang nyaman dan dingin di kawasan tanah tinggi seperti Tanah
Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Genting Highlands dan di Kundasang,
Sabah menjadi tarikan utama kepada pelancong.
Bagaimanakah unsur cuaca 5 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk, kawasan banjaran gunung yang
dan iklim mempengaruhi
kegiatan pelancongan di diselaputi salji seperti pergunungan Alps dan Rocky menjadi tarikan
Malaysia? kepada aktiviti gelongsor salji, meluncur ais, dan lain-lain.
Pengangkutan
1 Sistem pengangkutan dunia sejak zaman berzaman dipengaruhi
oleh iklim dan cuaca, terutamanya pengaruh tiupan angin dalam
menggerakkan kapal-kapal dagang dari Rom, China, Portugis, dan
sebagainya.
2 Kawasan tropika menerima hujan yang lebat kira-kira 2 600 mm setahun.
3 Isi padu sungai adalah banyak dan menggalakkan aktiviti pengangkutan
dan perhubungan. Contohnya, Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, dan
Sungai Kelantan.
4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti di tasik-tasik besar Ontario
hanya boleh dimudiki pada musim bunga dan musim panas.

Perindustrian
1 Kawasan tropika yang menerima pancaran matahari yang
tinggi sepanjang tahun, iaitu suhu sekitar 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti perindustrian, terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
2 Antara IKS yang memerlukan cahaya matahari tinggi ialah industri
Foto 13.2 Industri batik
memerlukan pancaran yang berasaskan makanan seperti ikan kering, keropok, belacan, dan
cahaya matahari yang kerepek serta penjemuran batik yang dijalankan di Pantai Cahaya Bulan,
tinggi Kemaman, Tok Bali, dan Kuala Terengganu.





56





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 56 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Pembalakan

1 Iklim di kawasan tropika lembap seperti Malaysia yang menerima
hujan lebat sekitar 2 600 mm setahun dan min suhu tahunan
tinggi sekitar 27°C menggalakkan pertumbuhan pokok kayu keras
dalam hutan hujan tropika seperti cengal, meranti, kapur, kempas,
keruing, dan tualang yang hidup subur dan bernilai tinggi bagi pasaran
kayu dunia.
2 Kawasan iklim sederhana sejuk seperti di New Foundland, Kanada,
BAB aktiviti pembalakan dijalankan pada musim dingin kerana getah BAB
13 balak membeku dan lapisan salji yang licin digunakan sebagai jalan 13
pengangkutan balak ke kilang.
3 Di samping itu, terdapat banyak buruh sambilan yang terdiri dari-
pada nelayan-nelayan yang tidak dapat turun ke laut untuk menangkap
ikan kerana laut membeku pada musim dingin.

Hasil Pembelajaran
13.2 Fenomena Iklim
13.2 Fenomena
Iklim
Menghuraikan fenomena
iklim (banjir, kemarau,
siklon tropika, tornado, dan
Banjir El Niño dan La Niña)
1 Banjir merujuk limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi
daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai dan lautan.
2 Kejadian banjir mendatangkan kesan terhadap manusia dan juga alam
sekitar fizikal. Antaranya termasuklah:

(a) Aktiviti pertanian
(i) Banjir menyebabkan hasil pertanian ditenggelami
air seperti kawasan tanaman padi, tembakau, nanas, Nyatakan kesan-kesan banjir
tembikai, dan sayur-sayuran. terhadap aktiviti manusia.
(ii) Aktiviti pertanian dipengaruhi secara langsung oleh perubahan
unsur cuaca dan iklim. Contohnya, hasil tanaman padi di
Dataran Kedah-Perlis musnah disebabkan ditenggelami banjir
yang berlaku pada Disember 2005.
(b) Aktiviti perikanan
(i) Banjir menghalang aktiviti perikanan, terutamanya perikanan
pinggir pantai.
(ii) Musim tengkujuh yang melanda pantai timur Semenanjung
Malaysia semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut yang
bertiup antara bulan November – Mac menyebabkan laut
bergelora dan ombak besar.
(iii) Nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut dan keadaan
ini menjejaskan pendapatan mereka.
(c) Aktiviti pengangkutan
(i) Banjir menyebabkan sistem perhubungan dan
pengangkutan terjejas. Jalan raya dinaiki air, jambatan rosak,
lapangan terbang ditenggelami air, dan berlaku kejadian tanah
runtuh.
(ii) Banjir juga menyebabkan pemilik kenderaan menanggung
kerugian kerana kenderaan mereka rosak akibat banjir.



57





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 57 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
(d) Aktiviti luar rumah dan sosial
(i) Aktiviti harian penduduk akan terganggu akibat banjir.
Banjir menyebabkan sekolah terpaksa ditutup, perkhidmatan
kesihatan, pejabat pos, dan hiburan turut tidak berfungsi.
(ii) Di samping itu, aktiviti riadah seperti berlari, memancing, dan
berkelah turut terjejas.
(e) Aktiviti pelancongan
Semasa kejadian banjir, kedatangan pelancong asing merosot.
Pelancong dari negara-negara Eropah dan Jepun datang ke Malaysia
BAB bertujuan untuk mendapatkan pancaran matahari dan berjemur di BAB
13 pantai seperti di Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Buruk, Pantai 13
Chendering, dan Pantai Tanjung Rhu.
(f) Aktiviti perindustrian
Aktiviti menjemur keropok, kerepek, ikan kering, belacan,
dan batik tidak dapat dijalankan. Aktiviti ini memerlukan pancaran
matahari yang banyak bagi proses pengeringan. Selain itu, bekalan
bahan mentah seperti ikan untuk dijadikan keropok, belacan, dan
ikan kering berkurangan kerana pada musim tengkujuh nelayan
tidak dapat turun ke laut.
Kemarau

1 Kemarau merujuk keadaan kering dan panas tanpa hujan bagi tempoh
masa yang panjang.
2 Kemarau juga bermaksud jumlah sejatpeluhan melebihi jumlah
kepanasan untuk suatu jangka masa yang panjang atau lama bagi
sesebuah kawasan.
3 Kemarau terbahagi kepada empat jenis, iaitu kemarau kekal, bermusim,
kontingen, dan kemarau tidak nyata.
4 Kemarau memberi kesan terhadap manusia. Antara kesannya ialah
terhadap aktiviti pertanian, perindustrian, penternakan, akuakultur,
pengangkutan, dan pelancongan.
(a) Aktiviti pertanian
(i) Musim kemarau yang melanda sesebuah kawasan menye-
babkan kemusnahan kawasan pertanian, terutamanya
penanaman padi. Contohnya, kemarau yang berpanjangan
di Wilayah Indramayu dan Cirebon Indonesia pada
Jun 2006 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 30 000
hektar sawah padi musnah.
(ii) Tinjauan mendapati petani mengalami kerugian kira-
kira Rp 1 juta (RM400) hingga Rp 3 juta (RM1 300)
setiap hektar bergantung kepada usia padi kerana kos
pengolahan sawah ketika ini meningkat menjadi
Rp 800 000 (RM320) sehektar, sementara kos menanam pula
mencapai Rp 200 000 (RM80) sehektar.
(b) Aktiviti perindustrian
(i) Kekurangan air di empangan seperti Empangan Semenyih,
Empangan Klang Gate, Empangan Durian Tunggal, dan
Empangan Pedu turut menjejaskan aktiviti perindustrian.




58





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 58 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
(ii) Industri perkilangan, terutamanya industri elektronik seperti
kilang Alps, Inteks, dan Seagate memerlukan sumber bekalan
air yang banyak dalam operasinya.
(iii) Kekurangan bekalan air menjejaskan kapasiti pengeluaran
seperti di Seberang Prai, Shah Alam, dan Klang.
(c) Aktiviti penternakan
(i) Kemarau yang berpanjangan menyebabkan kapasiti isi padu
air dalam ekosistem semakin berkurangan.
(ii) Sumber air amat diperlukan bagi aktiviti penternakan binatang
BAB ternak seperti lembu, kambing biri-biri, dan kerbau di padang BAB
13 ragut sebagai sumber air minuman. 13
(iii) Sumber air hujan juga perlu bagi menggalakkan
pertumbuhan rumput di padang ragut sebagai sumber
makanan binatang ternakan seperti di Dataran Kelantan,
Dataran Kedah, dan Dataran Perlis.
(d) Aktiviti akuakultur
(i) Kemarau yang berpanjangan menjejaskan ekosistem akuatik
seperti tasik, kolam, paya, dan sungai seterusnya mengganggu
aktiviti akuakultur di ekosistem akuatik tersebut.
(ii) Aktiviti akuakultur seperti menternak ikan patin, tilapia,
udang harimau, lampam, dan jelawat terjejas teruk dise-
babkan kekurangan sumber air. Contohnya, penternakan
udang harimau di kolam ternak Kerpan, Kedah.
(iii) Selain memberi kesan terhadap penternakan ikan dalam
sangkar seperti ikan patin dan tilapia di Sungai Pahang,
kekurangan sumber air ini menyebabkan kerugian beribu-ribu
ringgit kepada penternak ikan.
(e) Aktiviti pengangkutan
(i) Sistem perhubungan dan pengangkutan melalui sungai
mengalami masalah yang serius akibat kemarau.
(ii) Kuantiti isi padu air sungai amat bergantung kepada
jumlah hujan yang diterima.
(iii) Kekurangan hujan menyebabkan isi padu air sungai
menjadi cetek dan sukar dimudiki. Contohnya, kesan kemarau
berpanjangan di tempat-tempat di hulu Sungai Pahang seperti
Kampong Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut gagal dihubungi
oleh pengangkutan air.
(iv) Ini menyebabkan penduduk di Ulu Tembeling, Jerantut terputus
bekalan makanan disebabkan kesukaran pengangkutan.
(f) Aktiviti pelancongan
(i) Kemarau yang melanda turut menjejaskan kedatangan
pelancong ke sesebuah negara, contohnya Malaysia.
(ii) Cuaca panas yang melampau menyebabkan kehilangan air
badan yang banyak. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak
selesa kepada para pelancong.
(iii) Kemarau juga menyebabkan gangguan kepada sistem
pengangkutan air yang menjadi tarikan kepada pelancong,
misalnya ke Taman Negara, Pahang.




59





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 59 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
Siklon Tropika (Taufan dan Hurikan)

1 Setiap tahun antara 1 Jun dan 30 November, bencana taufan atau typhoon
pasti mengancam beberapa kawasan di seluruh dunia termasuk negara
Asian seperti Jepun, China, dan Korea.
2 Di rantau lain pula, ribut yang sama dikenal sebagai “taufan” atau “siklon”.
Selain itu, ribut ini turut dikenal dengan pelbagai nama tempatan seperti
hurikan (hurricane), dan willy-willy.

3 Taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah
BAB yang selalunya terbentuk di kawasan tropika. BAB
13 4 Taufan merupakan sejenis ribut yang sangat ganas, membawa 13
hujan lebat, dan memiliki kuasa pemusnah.


5 Kekuatan taufan diukur melalui skala Saffir-Simpson. Terdapat
lima kategori taufan. Kategori pertama ialah kelajuan angin
antara 120 – 153 km/j, kategori kedua 154 – 178 km/j, kategori
ketiga 179 – 209 km/j, kategori keempat 210 – 250 km/j, dan kategori
kelima melebihi 251 km/j.
6 Kawasan utama yang menjadi tumpuan pembentukan dan perkembangan
tropika terletak antara garisan lintang 5° hingga 20° utara dan selatan.
7 Enam kawasan utama yang mengalami kejadian taufan atau
siklon tropika ialah
(a) Laut Karibia
(b) Teluk Mexico

(c) barat laut Pasifik yang meliputi kawasan yang menganjur dari
Filipina hingga ke Laut China

(d) kawasan Lautan Pasifik ke barat Mexico
(e) selatan Lautan Hindi ke timur Pulau Madagascar
(f) utara Lautan Hindi seperti Teluk Benggala dan Laut Arab

’14 STPM Kesan terhadap Manusia
1 Kehilangan nyawa manusia
Petua Pemeriksa (a) Kekuatan dan kelajuan taufan menyebabkan banyak nyawa

Pelajar perlu menghuraikan manusia di kawasan tragedi terkorban. Contoh taufan
kesan siklon tropika terhadap yang mengorbankan banyak nyawa manusia ialah Taufan
aktiviti ekonomi penduduk di Bilis yang berlaku pada 18 Julai 2006 di China yang mengorbankan
kawasan pinggir pantai.
178 nyawa dan yang masih hilang sebanyak 138 orang.
(b) Taufan yang paling banyak menyebabkan nyawa terkorban
ialah taufan kategori kedua (258 km/J) yang berlaku di Bangladesh
pada 13 November 1970 yang mengorbankan kira-kira 200 000
hingga 500 000 orang.
2 Kemusnahan harta benda
(a) Kejadian taufan yang turut membawa hujan lebat telah
menenggelamkan petempatan dan harta benda manusia.
Nyatakan empat kesan siklon (b) Taufan Andrew (1992) yang melanda Florida dan Pantai
terhadap manusia.
Teluk, Amerika Syarikat membawa kemusnahan kira-kira
RM 92.5 billion, tidak termasuk taufan Katrina yang masih belum
dianggarkan jumlah kerugian harta bendanya seperti rumah,
kenderaan, tanaman, dan binatang ternakan.




60





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 60 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
3 Menjejaskan kemudahan infrastruktur
(a) Taufan turut memusnahkan jalan raya, landasan kereta api,
dan juga bekalan elektrik. Contohnya, beberapa landasan
kereta api utama di China dilaporkan rosak sehingga menyebabkan Galeri Info
ribuan penumpang terkandas akibat Taufan Bilis pada Julai 2006. Kebanyakan puting beliung
(b) Dilaporkan lebih daripada 10 000 pekerja terpaksa dikerah untuk mempunyai angin selaju 175
membaiki kerosakan tersebut. km/j atau kurang dengan
4 Menyebabkan kejadian tanah runtuh lebar 75 meter dan bergerak
beberapa kilometer sebelum
(a) Di kawasan bercerun, Taufan Bilis telah menyebabkan tanah runtuh “lenyap”. Sesetengah puting
BAB di daerah Fujian, China. beliung mempunyai angin BAB
13 (b) Kejadian yang sama berlaku di daerah Gangwan, Korea Selatan selaju 480 km/j dengan lebar 13
melebihi 1.6 km dan boleh
yang menyebabkan kerugian besar kepada penduduk. bergerak sejauh 100 kilometer.
Tornado

1 Tornado atau ribut puting beliung merupakan pusaran udara
yang berbentuk saluran atau gelombang dan bergerak dengan pantas.
2 Proses pembentukannya bergantung kepada kelembapan atau wap air
dalam udara yang membekalkan tenaga untuknya.
3 Pertembungan jisim udara yang sejuk yang lebih kering membentuk
tornado dengan pusaran menjulang di bahagian tengahnya menjadi
jalan keluar kepada udara panas naik ke atas.
4 Kawasan utama tornado dengan purata lima kali setahun yang berlaku Foto 13.3 Siklon tropika
di Amerika Syarikat adalah di Kansas, Iowa, Texas, Arkansas, Oklahomo,
Missouri, Alabama, Mississippi, dan Nebraska.
5 Kemusnahan atau kesan yang dibawa tornado adalah hampir sama
dengan fenomena taufan atau hurikan, iaitu kemusnahan harta benda
seperti rumah, bangunan, kenderaan, hasil tanaman, dan binatang
ternakan. Selain itu, kemudahan infrastruktur turut musnah serta
berlaku kehilangan nyawa. Foto 13.4 Kejadian tornado
6 Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 9 000 orang mati akibat yang berlaku pada 3
tornado dalam tempoh 50 tahun. Mei 1990 di bandar
Oklahoma, Amerika
7 Malah setiap tahun kerugian harta benda dilaporkan antara 200 hingga Syarikat
300 juta dolar.



Fenomena El Niño dan La Niña
13.3 Fenomena El Niño dan La Niña
13.3
Konsep El Niño dan La Niña
STPM ’08/’13/’16
1 El Niño dan La Niña merujuk gangguan atmosfera dan lautan yang
berlaku secara bermusim, iaitu bagi tempoh tiga hingga lima tahun
sekali.

2 Fenomena ini berlaku di selatan Lautan Pasifik yang membawa bencana
alam di seluruh dunia.
3 Gangguan atmosfera kesan fenomena El Niño merujuk kejadian
kemarau yang berpanjangan dan La Niña merujuk kejadian banjir besar.





61





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 61 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
4 El Niño membawa maksud “anak Christ”. Nama ini diberikan oleh
nelayan di Peru. Hal ini disebabkan berlaku pemanasan air laut yang
luar biasa di Pantai Peru dan kejadian ini berlaku pada musim Krismas.
5 Bagi ahli sains, El Niño merujuk edaran air laut yang panas ke kawasan
pantai barat Amerika Selatan, terutamanya di Pantai Ecuador dan Peru.
6 El Niño juga dikenal sebagai Ayunan Selatan yang mengganggu pola
angin biasa sehingga berlakunya pemisahan arus panas dan arus sejuk
INFO oleh zon perubahan suhu secara beransur-ansur yang dikenal sebagai
Rujuk laman web yang berikut termoklin.
BAB untuk mendapatkan maklumat BAB
lanjut tentang fenomena 7 Kesan gangguan atmosfera ini menyebabkan berlaku peningkatan suhu

13 El Niño dan La Niña: Lautan Pasifik dan gangguan kepada pola tiupan angin lazim. 13
• www.livescience. 8 Angin timuran yang sepatutnya membawa hujan telah menjadi kering
com/46486_explainer_el- dan berudara kering (dry air).
nino-and_la_nina.html
9 Kawasan yang sepatutnya kering menerima kadar hujan yang lebat, udara
lembab dan banjir. Kawasan ini dikenal kesan fenomena La Niña.
10 La Niña dalam bahasa Sepanyol bermaksud kanak-kanak perempuan
atau anak gadis.
11 Semasa kehadiran La Niña, berlaku penurunan suhu antara
3°C – 5°C daripada takat suhu normal, iaitu 27°C.
12 Berlaku pergerakan angin dari lautan yang berkelembapan tinggi
El Niño merujuk kemarau, ke arah daratan yang berkelembapan rendah yang membawa hujan lebat
manakala La Niña merujuk di kawasan tekanan udara rendah.
banjir.
13 Fenomena kejadian El Niño telah dikesan berlaku pada tahun 1901,
1905, 1940, 1944, 1965, 1972, 1973, 1982 – 1983, 1989 – 1990,
1991 – 1992, 1994 – 1995, dan 1997 – 1998.
14 Ahli-ahli sains berpendapat, kejadian El Niño pada tahun
1997 – 1998 merupakan kejadian terburuk pernah berlaku bagi tempoh
100 tahun.
15 Di Malaysia, El Niño terburuk yang pernah berlaku ialah pada tahun 1982
dan 1983, apabila berlakunya kemarau dan musim panas yang panjang.
16 Mengikut kajian, El Niño mempunyai tiga bentuk, iaitu lembut,
sederhana, dan kuat yang berlangsung dalam tiga fasa, iaitu permulaan
(on set), kematangan (mature), dan kemerosotan (decay).

Mekanisme Kejadian El Niño dan La Niña

1 Umumnya, kawasan tropika terdedah kepada pancaran matahari yang
banyak. Keadaan ini menyebabkan kawasan tropika merupakan kawasan
tekanan udara rendah.
2 Keadaan ini berlaku apabila matahari menghampiri kawasan Garisan
Jadi di Utara Australia dan Papua New Guinea pada bulan November
dan Disember.
3 Pada bulan November dan Disember, udara dari kawasan tekanan tinggi
(subtropika) akan bertiup masuk ke kawasan tekanan rendah (tropika).
4 Keadaan ini mewujudkan Pergerakan Angin Timuran yang bertiup dari
arah timur Lautan Pasifik ke arah barat Lautan Pasifik yang mempunyai


tekanan rendah.
5 Angin ini merupakan angin lazim di kawasan Lautan Pasifik sebelum

berlaku gangguan El Niño.

62





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 62 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

Galeri Info
Amerika Tanda-tanda awal El Niño
Asia Utara • Peningkatan tekanan
permukaan di lautan India,
Indonesia, dan Australia.
Angin Timuran kuat • Penurunan tekanan udara di
Tahiti dan tengah dan timur
Lautan Pasifi k.
Asia • Angin pusat di Pasifi k
Tenggara Amerika selatan timur menjadi lemah
BAB Selatan dan menuju ke timur. BAB
13 Lautan Pasifik 13


Australia




Peta 13.1 Keadaan angin timuran kuat
6 Arah tiupan angin lazim ini menyebabkan wap air yang tersejat
dibawa oleh Angin Timuran ini lalu menurunkan hujan yang

banyak di kawasan barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Papua
New Guinea, dan Australia.
7 Di kawasan timur Lautan Pasifik seperti kawasan barat Amerika Selatan

seperti Peru, Ecuador, dan Chile pula mengalami musim kemarau.
8 Keadaan tekanan udara di Lautan Pasifik mengalami perubahan semasa

berlakunya fenomena El Niño.
9 Semasa El Niño, pola angin lazim mengalami perubahan. Angin Timuran
yang kuat bertukar menjadi lemah disebabkan sistem tekanan rendah di
Australia dan kepulauan Papua New Guinea digantikan dengan tekanan
tinggi yang lemah.
10 Di bahagian timur Lautan Pasifik tekanan juga menjadi rendah dan

mempengaruhi kewujudan Angin Baratan yang lebih kuat berbanding
Angin Timuran.

11 Keadaan ini menyebabkan air panas bergerak ke timur Lautan Pasifik di
pantai Ecuador, Peru, dan Chile di Amerika Selatan dan menyebabkan
hujan lebat turun di kawasan ini.

12 Di bahagian barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Australia, dan
Papua New Guinea pula mengalami kemarau yang sepatutnya menerima
hujan lebat pada waktu ini.
13 Perubahan pola angin lazim ini juga dikaitkan dengan ENSO
(El Niño Southern Oscillation), iaitu percantuman antara El Niño dengan
putaran selatan.
14 Percantuman ini menyebabkan kuasa El Niño meningkat. INFO
Kejadian ENSO ini berkait dengan perubahan suhu permukaan Rujuk laman web yang
laut dan keadaan atmosfera hingga mampu mengubah haluan angin. berikut untuk mendapatkan
15 Menurut Hukum Boyle, apabila suhu permukaan laut meningkat, maklumat lanjut tentang
ENSO:
tekanan udara sekitar akan menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan • en.wikipedia.org/wiki/
angin dari kawasan tekanan tinggi masuk ke kawasan tekanan rendah. El-Niño-Southern_
16 Oleh itu, ENSO telah mengubah pola tiupan Angin Timur Laut Oscillation
dari laut ke darat dan dari darat ke laut.



63





A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 63 11/14/18 11:17 AM

Geografi Penggal 2 STPM Jawapan

JAWAPAN


BAHAGIAN A (b) Kepada biologi oksigen – Penyokong kepada semua
kehidupan di bumi
Bab Mencorakkan kontur permukaan bumi – Kejadian seperti
11 Struktur dan Kandungan Atmosfera hujan, angin, dan larian air mewujudkan pelbagai bentuk
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • muka bumi yang sentiasa berubah
Soalan Struktur Kekayaan semula jadi – Perlombongan sumber mineral
Soalan 1 logam dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam
(a) Merujuk kepada lapisan udara yang terdiri daripada melalui tindakan air hujan ke dalam batuan
empat lapisan utama, mempunyai ciri dan fungsi yang Perdagangan/rekreasi – Pedagang pada zaman dahulu
berbeza mengikut ketinggiannya. [3] menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan
(b) (i) Troposfera [1] angin
(ii) Stratosfera [1]
(iii) Mesosfera [1] Membentuk dan mempengaruhi cuaca – Manusia perlu
(iv) Termosfera [1] menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang
(c) (i) Pertanian – Troposfera mempengaruhi iklim dan ekstrem [8]
cuaca sesuatu kawasan, jadi mempengaruhi jenis (c)
pertanian. [2] Mesosfera Termosfera
(ii) Kesihatan – Stratosfera melindungi hidupan di
bumi dari sinar ultra ungu, mengandungi lapisan 50 – 80 km dari permukaan 90 – 500 km dari aras
ozon. [2] bumi bumi
(iii) Telekomunikasi – Termosfera mempengaruhi
perkembangan teknologi dan maklumat, Suhu sangat rendah, Mengalami perubahan
mengandungi elektron bebas. [2] -93°C yang dipengaruhi ketumpatan dan
(d) Karbon dioksida penting untuk proses fotosintesis, oleh ketinggian dari ketebalan dari semasa ke
tanaman membuat makanan sendiri dengan bantuan permukaan bumi semasa
matahari, tumbuhan akan hidup subur dan dapat
menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan bermutu. [2]
Mengalami tekanan Mengalami tekanan udara
Soalan Esei rendah dan bertindak terlalu rendah dan terdiri
Soalan 1 sebagai tempat daripada ion gas dan
(a) Gas kekal seperti gas nitrogen 78%, oksigen 21%, dan pembakaran meteorit elektron bebas
0.9% argon serta gas yang kandungannya tidak tetap
seperti karbon dioksida, gas-gas seperti neon, helium, [12]
ozon, kripton, radon, dan lain-lain. [5]
Soalan 2
(a)
Ciri-ciri Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera
Ketinggian 0-20 km 20-50 km 50-80 km 90-500 km
Suhu Makin kurang mengikut Meningkat mengikut Suhu semakin rendah, Sehingga 1500°C
ketinggian altitud dari -60°C - 0°C hingga -93°C
fungsi Mempengaruhi iklim Melindungi bumi dari Tempat pembakaran Gelombang radio
dan cuaca sinar ultra ungu meteorit

Kesimpulannya, ciri-ciri lapisan atmosfera bergantung kepada kedudukan dan ketinggiannya

(b) Membantu aktiviti pertanian – Troposfera, lokasi Penting untuk kesihatan manusia – Stratosfera,
pembentukan hujan yang penting untuk proses mengandungi lapisan ozon, melindungi manusia dari
penanaman. penyakit yang berpunca dari sinar ultra ungu.
Penting untuk sistem pernafasan manusia – Troposfera, Melindungi bumi serta kediaman manusia dari musnah
mengandungi oksigen, sesuai untuk kediaman manusia. – Mesosfera, melindungi bumi dari bahaya jatuhan
Penting untuk aktiviti pelancongan – Troposfera, meteorit, tempat meteorit dibakar.
mempengaruhi cuaca dan iklim, terdapat musim tertentu Membantu dalam perkembangan teknologi maklumat
yang menarik kedatangan pelancong. – Termosfera, mengandungi gelombang radio bagi
menyampaikan berita ke seluruh dunia. [12]




447





JAW Pra_U STPM Geo T2.indd 447 11/14/18 12:04 PM

Geografi Penggal 2 STPM Jawapan

Soalan 3
(a)
(km) Ketinggian Sistem Atmosfera (batu)
100
144 Termosfera 90
Mesospos
128 80
112 70
Mesosfera
96 60
80 Stratopos 50
64 40
48 30
Stratosfera
32 20
Perenggan troposfera
16 10
Troposfera
0 0

Ciri-ciri Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera
Ketinggian 0-20 km 20-50 km 50-80 km 90-500 km
Suhu Makin kurang mengikut Meningkat mengikut Suhu semakin rendah, Sehingga 1500°C
ketinggian altitud dari -60°C - 0°C hingga -93°C
fungsi Mempengaruhi iklim dan Melindungi bumi dari Tempat pembakaran Gelombang radio
cuaca sinar ultra ungu meteorit

Kesimpulannya, ciri-ciri lapisan atmosfera bergantung kepada kedudukan dan ketinggiannya
[12]
(b) Habitat bagi biosfera – Troposfera, tempat tinggal bagi (b) Senaraikan empat unsur cuaca dan iklim.
burung-burung dan tumbuhan di bumi. (i) Suhu [1]
Terdapat badan air – Troposfera, hujan turun membentuk (ii) Hujan [1]
badan air seperti sungai, tasik dan lautan. (iii) Angin [1]
Terdapat gas-gas – Troposfera, mengandungi pelbagai (iv) Kelembapan [1]
jenis gas seperti karbon diokasida dan oksigen.
Mempengaruhi suhu – Troposfera, mempengaruhi cuaca (c) Jelsakan dua perbezaan antara cuaca dan iklim.
dan iklim, terdapat pelbagai jenis suhu. (i) Tempoh masa berlaku. Cuaca singkat dan iklim
Melindungi bumi – Stratosfera, melindungi hidupan selama-lamanya. [2]
di bumi dari pelbagai penyakit yang membahayakan (ii) Skala. Cuaca skala kecil dan iklim skala luas. [2]
kesihatan. (d) (i) Aktiviti pertanian terjejas – Cuaca buruk dengan
Mengandungi bumi – Tempat pembakaran meteorit, hujan yang lebat, tanaman tenggelam [2]
permukaan bumi akan terdapat lekukan semasa (ii) Aktiviti pengangkutan terjejas – Hujan lebat
meteorit gugur ke bumi. berterusan, jalan raya terputus, dan penerbangan
Kesimpulannya, kepentingan terhadap alam sekitar ditunda. [2]
fi zikal dapat dikaitkan dengan melihat kepada empat
sistem fi zikal bumi dan kepada kandungan serta
kepentingan lapisan itu sendiri. [13]
Soalan 2
Bab
12 Cuaca dan Iklim (a) Berlaku perbezaan tekanan udara antara laut dan
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • daratan. Tekanan udara permukaan laut adalah tinggi
Soalan Struktur berbanding daratan seterusnya berlaku bayu laut dan
Soalan 1 keadaan sebaliknya akan menyebabkan berlakunya
bayu darat. Kesannya akan menyebabkan berlaku
(a) Merujuk kepada perubahan unsur-unsur cuaca yang
berlaku bagi satu tempoh masa yang singkat di ruang perubahan arah tiupan angin tempatan. [4]
lingkup atau lokasi yang kecil. [3]



448





JAW Pra_U STPM Geo T2.indd 448 11/14/18 12:04 PM


Click to View FlipBook Version