SB–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kata Banyak Makna • Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna. • Makna perkataan dibezakan berdasarkan konteks ayat. SUDUTBAHASA Contoh ayat Alia rajin membersihkan bilik tidurnya supaya sentiasa bersih dan kemas. Contoh ayat Husna memegang tangan ayahnya dengan kemas semasa melintas jalan raya itu. Contoh ayat Datuk sudah tua, namun kudratnya masih kuat. Contoh ayat Bendi itu liat kerana sudah tua dan tidak enak dimakan. Makna: • lanjut usia • sudah hampir masak, masak, ranum tua Makna: • keadaan rapi • erat kemas
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SB–2 Kata Hampir Sama Makna • Kata hampir sama makna ialah himpunan beberapa perkataan yang mempuyai maksud yang hampir sama. Makna: menyiram dengan air sehingga basah Contoh ayat: Abang menyimbah keretanya dengan sebaldi air. Makna: mencurahkan air pada sesuatu Contoh ayat: Kakak menyiram pokok bunga di halaman rumah. Makna: meletakkan sesuatu di dalam air Contoh ayat: Ibu merendam baju-baju kotor di dalam baldi yang penuh berisi air. Makna: memercikkan air pada seseorang atau sesuatu Contoh ayat: Amira merenjis baju kemeja itu dengan air sebelum menggosoknya dengan seterika. menyimbah merendam menyiram merenjis
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 Ujian 1 Bahagian A 10 Tatabahasa Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Suhaimi bergegas balai raya untuk menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa kampung berkenaan dengan pembinaan masjid di kampung itu. A dari B pada C di D ke 2. Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak di kampung itu masih dijalankan. A giat B keras C cergas D tangkas Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Puan Aina berziarah jirannya yang sakit. B Azmi membantu Pak Hamid memasukkan barang-barang di dalam kereta. C Masyarakat hadir ke rumah terbuka itu tanpa mengira bangsa dan agama. D Penduduk kampung mengadakan kenduri secara gotong-royong bersempena dengan majlis berkhatan. TEMA 1 Skor 50 Tarikh: 1 Kemasyarakatan UASA Ujian
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada minggu lalu, penduduk Kampung Sendayan mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran. Tujuannya untuk menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan kampung. Penduduk kampung berkumpul di balai raya seawal jam 8:00 pagi. Mereka membawa peralatan masing-masing seperti penyapu, penyodok, cangkul, plastik sampah, dan sebagainya. Selesai sarapan, Tok Ketua mengagihkan tugas kepada para peserta yang terlibat bagi memastikan kerja-kerja pembersihan berjalan lancar. Mereka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Ada yang membersihkan longkang, menyapu sampah, memotong rumput, mengecat pagar rumah, dan sebagainya. Setelah jam 12:30 tengah hari, akhirnya kerja-kerja pembersihan selesai. Selepas menjamu selera di khemah yang disediakan, penduduk pun bersurai. Semua penduduk berasa gembira kerana dapat bekerjasama menjayakan program gotong-royong pada hari itu. 4. Mengapakah penduduk Kampung Sendayan mengadakan gotong-royong? A Mencegah penyakit berjangkit B Mengindahkan kawasan balai raya C Menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan kampung D Membersihkan persekitaran tempat tinggal masing-masing 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Penduduk kampung berkumpul di balai raya selepas pukul 8:00 pagi. B Penduduk menggunakan peralatan gotong-royong yang telah disediakan di balai raya. C Tugas-tugas diagihkan oleh Tok Ketua bagi memastikan kerja-kerja pembersihan berjalan lancar. D Tok Ketua berasa gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan program gotongroyong pada hari itu. 6. Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung, kecuali A selesai gotong-royong, penduduk kampung makan di khemah yang disediakan. B Tok Ketua memastikan gotong-royong selesai pada pukul 12:30 tengah hari. C mereka membersihkan longkang, menyapu sampah, memotong rumput, dan mengecat pagar rumah. D penduduk kampung membawa peralatan sendiri seperti penyapu, penyodok, cangkul, dan plastik sampah.
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 Ujian 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Tarikh: 23 hingga 25 Februari 2024 Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur Datanglah beramai-ramai … Ceria Hujung Minggu Risau waktu senggang anda terbuang begitu sahaja? Ayuh sertai kami! Masuk adalah PERCUMA! Aktiviti Seni Kreatif: • Lukisan • Arca Aktiviti Jualan: • Produk kraf tangan • Barangan antik • Makanan dan minuman Aktiviti Riadah Keluarga: • Senamrobik • Permainan tradisional • Sukan memanah Persembahan Kebudayaan Malaysia: • Tarian tradisional • Sketsa pendek • Pertandingan berbalas pantun Pertandingan Foto Terbaik BAHAN 2 Setiap hujung minggu, Sara dan keluarganya akan berkumpul di rumah. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh mereka misalnya mengemas rumah, menonton televisyen, memasak, berkebun, dan sebagainya. Kadangkala mereka melakukan aktiviti luar rumah seperti berkelah di pantai atau berkhemah di hutan lipur. Jadi, waktu senggang mereka tidak terbuang begitu sahaja. Oleh sebab itu, waktu hujung minggu sangat dinanti-nantikan oleh Sara. Keluarga Sara banyak menghabiskan masa bersama-sama. Dengan itu, hubungan mereka bertambah erat dan penuh kasih sayang.
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Ujian 1 7. Waktu hujung minggu sangat dinanti-nantikan oleh Sara kerana A dapat berkumpul bersama-sama keluarga. B dapat membawa keluarganya pergi bercuti. C dapat membersihkan kebun di belakang rumah. D dapat menonton televisyen bersama-sama rakan. 8. Setiap hujung minggu, Sara dan keluarganya akan berkumpul di rumah. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. C butir. B buah. D bidang. 9. Perkataan senggang dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A lega. B luas. C lapang. D lengang. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Sara dan keluarganya berkumpul di rumah setiap hari. B Keluarga Sara melakukan pelbagai aktiviti di rumah sahaja. C Program Ceria Hujung Minggu berlangsung selama lima hari. D Program Ceria Hujung Minggu turut mengadakan persembahan kebudayaan seperti tarian dan lakonan. Bahagian B 10 Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pak Mahat tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang, mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan. Namun begitu, kesusahan hidup tidak menghalang Pak Mahat untuk memastikan anak-anaknya mendapat pelajaran yang cukup. Dia sentiasa menasihati anak-anaknya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi beroleh kejayaan. Kini, Pak Mahat sudah boleh menarik nafas lega. Kesemua anaknya sudah pun berjaya. Anak sulungnya menjadi seorang doktor, manakala anak keduanya merupakan seorang jurutera. Anak ketiganya pula bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Anak bongsunya pula kini menjadi seorang peguam di sebuah syarikat guaman di ibu kota. Kejayaan keluarga Pak Mahat menjadi contoh kepada penduduk kampung.
5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 Ujian 1 1. (a) Pak Mahat menasihati anak-anaknya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh supaya . [1 markah] (b) Mengapakah kini Pak Mahat sudah boleh menarik nafas lega? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata ganti nama diri dalam ayat yang diberikan. Ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang, mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Dia mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Dia mempunyai seorang anak dan empat orang isteri. Dia mempunyai empat orang anak dan seorang isteri. [1 markah] Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Jiran kamu baru berpindah ke kawasan kediaman kamu. Kamu melihat beberapa orang lelaki sedang menurunkan barang-barang dari perut lori. Semestinya barang-barang itu dari rumah lama mereka. Seorang lelaki tidak terangkat sebuah kotak yang besar itu. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang dapat dilakukan? [5 markah]
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Ujian 1 Bahagian C 10 Penulisan Perenggan Grafik di bawah ini menunjukkan program bank makanan yang dilaksanakan di negara ini. Tulis pendapat kamu tentang kepentingan bank makanan kepada masyarakat. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 Ujian Bahagian D 1 20 Penulisan Karangan Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. TOLONG-MENOLONG DALAM MAJLIS PERKAHWINAN 1. Tulis karangan surat kiriman tidak rasmi berdasarkan gambar di atas. ATAU 2. Tulis karangan cerita berdasarkan gambar di atas.
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Ujian 1 [20 markah]
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 5 – UPSA Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Sultan Azlan Shah sungguh murka. mengarahkan para hulubalang bersiap sedia untuk menerima serangan daripada Kerajaan Majapahit. A Beta B Patik C Hamba D Baginda 2. Jari Sumayyah berdarah tercucuk duri pokok bunga ros. A kerana B supaya C bahawa D lalu Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Suasana di hutan lipur itu sungguh nyaman sekali. B Jika berjalan sendirian, elakkan lalu jalan yang sunyi dan gelap. C Siber buli boleh menyebabkan mangsa resah, murung, dan mengalami tekanan. D Oleh kerana mengantuk, Encik Kumar berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R) bagi mengelakkan kemalangan. TEMA 1 _ TEMA 4 Skor 50 Tarikh: Ujian Pertengahan Sesi 5 Akademik (UPSA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 5 – UPSA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 Ujian 5 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ibu bapa haruslah memberikan galakan dan sokongan kepada anak-anak dalam memastikan mereka terlibat dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat menyihatkan badan. Murid akan melibatkan diri dalam kegiatan sukan, kelab dan persatuan, dan unit beruniform. Aktiviti seperti kawad kaki dan bersukan dapat mengeluarkan peluh. Kegiatan kokurikulum juga dapat mencungkil bakat dan potensi murid. Contohnya, potensi murid untuk menjadi ketua atau pemimpin dalam sesuatu kelab atau persatuan. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin murid. Murid-murid akan dilatih untuk menepati masa dan jadual latihan yang telah ditetapkan. 4. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum? A Memberikan pelajaran B Mencungkil bakat dan potensi C Memberikan sokongan dan galakan D Melatih anak-anak menepati masa 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Murid wajib menyertai unit beruniform di sekolah. B Aktiviti kawad kaki dijalankan oleh badan beruniform sahaja. C Murid akan menjadi ketua atau pemimpin sekiranya menyertai kelab dan persatuan. D Murid akan dilatih supaya menepati masa menerusi aktiviti kokurikulum. 6. Berikut merupakan manfaat aktiviti kokurikulum kepada murid, kecuali A aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan badan. B aktiviti kokurikulum membentuk disiplin murid. C aktiviti kokurikulum memupuk minat murid bersukan. D aktiviti kokurikulum dapat mencungkil bakat dan potensi murid.
35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 5 – UPSA Ujian 5 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Banyak acara yang dipertandingkan. Acara untuk kanak-kanak ialah lari dalam guni, cari gula-gula di dalam tepung, dan batu seremban. Acara untuk golongan dewasa ialah congkak, kerusi muzik, tarik tali, boling kelapa, dan banyak lagi. BAHAN 2 Karnival Sukan Rakyat merupakan acara yang dijalankan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Karnival ini melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Masyarakat dapat bersama-sama menyertai aktiviti sukan dan rekreasi tanpa mengira tahap kecekapan fizikal mereka. Karnival sukan rakyat banyak faedahnya. Antaranya termasuklah memberikan kesihatan fizikal, meningkatkan kesejahteraan mental, mengeratkan silaturahim, memupuk kerjasama, dan mewujudkan perpaduan.
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 5 – UPSA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36 Ujian 5 7. Karnival sukan rakyat diadakan bertujuan A mengenali latar belakang masyarakat. B menguji tahap kecekapan fizikal masyarakat. C melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum. D mendorong masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. 8. Acara untuk kanak-kanak ialah lari dalam guni, cari gula-gula di dalam tepung, dan batu seremban. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A ketul. C butir. B buah. D biji. 9. Perkataan aktif dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kuat. C pantas. B cepat. D cergas. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti sukan yang dijalankan. B Golongan dewasa berpeluang menyertai acara tarik tali, boling kelapa, dan lari dalam guni. C Karnival sukan rakyat diadakan di Padang Rakyat Taman Bestari Jaya D Karnival sukan rakyat meibatkan golongan dewasa sahaja. BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Amirul sungguh berbakat dalam bidang penulisan. Suatu hari, dia menulis sebuah cerpen untuk dihantar ke sebuah syarikat penerbitan majalah. Setelah dua minggu berlalu, Amirul tidak menerima apa-apa maklum balas daripada syarikat tersebut. Dia berasa terkilan. Selang beberapa hari, Amirul menerima panggilan daripada seorang wanita. Alangkah gembiranya Amirul apabila panggilan itu daripada syarikat penerbitan majalah yang ditunggutunggu olehnya. Wanita itu memberitahu bahawa cerpennya yang bertajuk “Adik Cilik” itu diterima dan akan disiarkan di ruangan ‘Cerpen Hari Ini’ dalam majalah mereka. Amirul berasa sungguh gembira. Impiannya untuk bergelar penulis semakin cerah.
81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 11 – UASA Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Syarikat itu mengeluarkan beberapa kereta hibrid dalam usaha melestarikan alam sekitar. A buah B biji C gugus D bentuk 2. berniaga secara dalam talian, produk Encik Haziq semakin laris dalam pasaran. A Walaupun B Tetapi C Sejak D Agar Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Mikaila seorang murid yang pintar dan kreatif. B Semua murid-murid perlu disemaikan dengan jati diri yang kukuh sejak kecil. C Bahasa kebangsaan wajib digunakan di dalam semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan. D Hidangan nasi lemak atau masakan tradisi Malaysia menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini. TEMA 1 _ TEMA 9 Skor 50 Tarikh: Ujian Akhir Sesi Akademik 11 (UASA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 11 – UASA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 Ujian 11 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Istana Negara merupakan tempat kediaman rasmi bagi ketua negara, iaitu Yang diPertuan Agong. Istana Negara terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. Istana Negara digunakan untuk menerima tetamu-tetamu penting, mengadakan majlis kerajaan, serta menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran negara. Istana negara digunakan secara rasmi pada 15 November 2011. Istana Negara menjadi simbol kedaulatan negara dan raja berperlembagaan serta prinsip kesetiaan kepada raja dan negara. 4. Siapakah yang tinggal di Istana Negara? A Majlis raja-raja B Tetamu-tetamu penting C Yang di-Pertuan Agong D Tuanku Abdul Halim 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Istana Negara merupakan tempat kediaman rasmi tetamu penting negara. B Istana Negara terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. C Istana Negara digunakan secara rasmi pada tahun 2011. D Istana Negara menjadi simbol perpaduan negara. 6. Berikut antara fungsi Istana Negara, kecuali A menerima tetamu-tetamu penting. B mengadakan majlis kerajaan. C kediaman rasmi ketua menteri. D menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran negara.
83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 11 – UASA Ujian 11 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 • Makanan menjadi lambat rosak. • Makanan mudah untuk dibawa ke mana-mana. • Mempelbagaikan rasa makanan. • Makan lebih mudah untuk disimpan. • Makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dieksport. • Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran. Pengawetan makanan dapat memperlahankan dan mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat. BAHAN 2 Pengawetan makanan ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama dari segi kualiti, rasa, tekstur, dan zat. Pertumbuhan bakteria dan kulat akan mempercepat jangka hayat sesuatu makanan. Ada beberapa cara untuk mengawet makanan. Antaranya ialah pendidihan, penjerukan, pembungkusan vakum, pengeringan, penyejukan, pengasinan, dan pengetinan, dan banyak lagi. Makanan seperti beras, kekacang, dan makanan kering sesuai diawet menggunakan kaedah pembungkusan vakum. Pemilihan kaedah yang betul ialah kunci untuk memastikan makanan kekal segar, berkualiti, dan selamat untuk digunakan.
Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 11 – UASA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 Ujian 11 7. Pengawetan makanan dapat memperlahankan dan menghalang pertumbuhan A rasa makanan. B kualiti makanan. C jangka hayat makanan. D bakteria dan kulat. 8. Makanan seperti beras, kekacang, dan makanan kering sesuai diawet menggunakan kaedah pembungkusan vakum. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. C ulas. B utas. D butir. 9. Perkataan pertumbuhan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A pembiakan. C pengeluaran. B kemunculan. D perkembangan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Makanan akan kekal segar, berkualiti, dan selamat sekiranya kita memilih kaedah pengawetan yang betul. B Proses pengawetan menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan tidak dapat dieksport. C Jangka hayat makanan akan tahan lebih lama jika tidak diawet. D Makanan yang diawet sukar untuk dibawa ke mana-mana BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Mak Timah seorang pengusaha songket tenun. Pagi itu, dia sedang menenun songket di bengkelnya bersama-sama dua orang pekerjanya. Mak Timah memang pandai menenun songket. Hasil tenunannya sungguh cantik dan berkualiti. Tiba-tiba, mereka didatangi oleh ketua kampung dan beberapa orang yang tidak dikenali. Mereka lengkap membawa kamera dan peralatan lain. Rupa-rupanya, mereka daripada sebuah stesen televisyen. Mereka mahu menghasilkan dokumentari tentang songket tenun sekali gus menemu duga Mak Timah. Mak Timah berbesar hati menerima kunjungan mereka. Mak Timah berasa sungguh teruja apabila wajahnya menghiasi kaca televisyen. Mak Timah berasa gembira kerana berjaya mengekalkan warisan songket.
85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 5 Ujian 11 – UASA Ujian 11 1. (a) Di bengkel itu, Mak Timah menenun songket bersama dengan . [1 markah] (b) Siapakah yang berkunjung ke bengkel tenun Mak Timah? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Tiba-tiba, mereka didatangi oleh ketua kampung dan beberapa orang yang tidak dikenali. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Mak Timah berbesar hati menerima kunjungan mereka. Mereka berbesar hati menerima kunjungan Mak Timah. Mak Timah menerima kunjungan mereka dengan berbesar hati. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu dan seorang rakan berbasikal di taman rekreasi. Setelah penat, kamu berhenti rehat dan minum air tin yang dibawa. Tiba-tiba, rakan kamu membuang tin minumannya di tepi trek, walhal tong sampah ada disediakan di kawasan berdekatan. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang dapat dilakukan? [5 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Bahagian A Tatabahasa 1. D 2. A 3. D Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. C 5. C 6. B 7. A 8. B 9. C 10. D Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa 1. (a) beroleh kejayaan (b) Pak Mahat sudah boleh menarik nafas lega kerana anak-anaknya sudah berjaya dan mempunyai kerjaya yang menjamin masa depan. (c) mereka (d) Dia mempunyai empat orang anak dan seorang isteri. Respons Kritis dan Kreatif 2. Tindakan saya ialah saya akan memberikan salam dan memperkenalkan diri. Kemudian, saya akan menawarkan pertolongan. Sekiranya diizinkan, saya akan membantu mereka mengangkat barang-barang tersebut. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, program bank makanan banyak kepentingannya kepada masyarakat. Antaranya termasuklah membantu golongan yang susah. Hal ini dapat meringankan beban golongan kurangberkemampuan.Selainitu,bankmakanandapat mengelakkan berlakunya jenayah. Kos sara hidup yang tinggi mendesak banyak orang untuk mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah mencuri demi memenuhi keperluan asas. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat Lot 66, Kampung Tualang, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. 5 Oktober 2024. Ke hadapan sahabatku, Aina, semoga kamu berada dalam keadaan sihat selalu. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya melakukan persiapan majlis perkahwinan kakak saya dua minggu yang lalu. Saudari, Sehari sebelum majlis, kami menyelesaikan pelbagai tugas. Beberapa orang anak dara ditugaskan untuk menghiaskan pelamin dan menyusun barang-barang hantaran perkahwinan di pelaminan. Mereka sungguh kreatif. Seterusnya, beberapa orang jiran tekun menyiapkan cenderamata untuk diberikan kepada tetamu. Banyak cerita yang dikongsikan bersama. Mereka berbual-bual sambil bergelak ketawa. Saudari, Saya dan ibu pula sibuk menyiapkan bunga telur. Sesekali, mata saya melirik ke arah pengantin yang manis tersenyum melihat lukisan inai di tangannya. Pelukis inai itu sungguh berbakat. Corak inai yang dilukisnya sungguh cantik. Saya berasa sungguh teruja melakukan persiapan perkahwinan tersebut. Suasananya sungguh meriah. Sesungguhnya, saya tidak sabar untuk melihat persandingan kedua-dua mempelai pada keesokan hari. Sekian. Sahabatmu, Adriana 2. Karangan Tidak Berformat Pada minggu lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan kakak sepupu di Ipoh, Perak. Kami pulang seminggu lebih awal untuk membantu mereka melakukan persiapan. Sehari sebelum majlis, kami menyelesaikan pelbagai tugas. Beberapa orang anak dara ditugaskan untuk menghiaskan pelamin dan menyusun barang-barang hantaran perkahwinan di pelaminan. Mereka sungguh kreatif. Seterusnya, beberapa orang jiran tekun menyiapkan cenderamata untuk diberikan kepada tetamu. Banyak cerita yang dikongsikan bersama. Mereka berbual-bual di selang-seli dengan gelak ketawa. Kemudian, saya dan ibu pula sibuk menyiapkan bunga telur. Sesekali, mata saya melirik ke arah pengantin yang manis tersenyum melihat lukisan inai di tangannya. Pelukis inai Jawapan
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 itu sunggh berbakat. Corak inai yang dilukisnya sungguh cantik. Saya berasa sungguh teruja melakukan persiapan perkahwinan tersebut. Suasananya sungguh meriah. Sesungguhnya, saya tidak sabar untuk menunggu hari esok untuk melihat persandingan kedua-dua mempelai. Ujian 2 Bahagian A Tatabahasa 1. B 2. A 3. A Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. B 5. A 6. B 7. C 8. B 9. A 10. C Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa 1. (a) hospital (b) Ibu meminta Farisha memakai pelitup muka untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, misalnya influenza, COVID-19, tuberkulosis, dan penyakit lain yang berkait dengan pernafasan. (c) sihat (d) Akur akan arahan ibunya, Farisha. Respons Kritis dan Kreatif 2. Tindakan saya ialah saya akan mendekati rakan baharu itu dan berkenalan dengannya. Saya akan mengajaknya berbual-bual sekali gus menjadi rakannya. Saya juga akan mengajaknya untuk bermain atau belajar bersama-sama rakan saya yang lain. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, banyak punca keracunan makanan. Antaranya ialah kaedah penyediaan makanan yang kurang bersih. Bahan-bahan mentah yang hendak dimasak hendaklah dibersihkan terlebih dahulu supaya terhindar daripada bakteria berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor juga merupakan punca terjadinya keracunan makanan. Persekitaran yang kotor akan menyumbang kepada pembiakan bakteria. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat Sabtu, 16 Mac 2024 7:30 pagi Saya bangun awal pagi itu. Ayah mengajak kami sekeluarga ke taman rekreasi untuk berjoging. Saya sungguh teruja. Ayah seorang yang menjaga kesihatan. Kata ayah, selain mengambil makanan yang seimbang, kita hendaklah rajin bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh. 8:00 pagi Kami tiba di taman rekreasi. Banyak orang di taman itu. Ada yang berbasikal, berjoging, berkelah, dan sebagainya. Kami melakukan regangan sebelum berjoging. Regangan dapat mengurangkan risiko cedera dan kekakuan otot semasa bersenam. 8:30 pagi Kami berjoging mengelilingi taman rekreasi. Kami berjaya melakukan tiga pusingan. Kami berasa sungguh penat, tetapi kami sungguh gembira kerana dapat bersenam dan meluangkan masa bersama-sama. Dengan itu, hubungan kami sekeluarga bertambah erat. 9:30 pagi Kami berhenti rehat di sebuah pondok. Kami berasa sungguh penat. Badan kami berpeluhpeluh. Kami minum air putih untuk menghilangkan dahaga. Ibu berpesan supaya minum air putih secukupnya bagi mengelakkan badan kelesuan selepas beraktiviti. 10:00 pagi Orang ramai mulai beransur pulang kerana matahari sudah semakin meninggi. Kami juga menuju ke tempat letak kereta untuk pulang. Saya berasa sungguh seronok dapat bersenam di taman rekreasi bersama-sama keluarga. 2. Karangan Tidak Berformat Amalan gaya hidup sihat kunci kesihatan fizikal dan mental. Setiap rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat. Antara amalan gaya hidup sihat ialah rajin bersenam. Senaman membantu menguatkan otot, meningkatkan sistem kardiovaskular, dan membantu dalam pengurusan berat badan. Bersenam dapat mengeluarkan peluh sekali gus menyihatkan badan.