KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik SKOR A TINGKATAN KSSM Berdasarkan Format UASA Terkini Set Dapat Dileraikan Jawapan Lengkap 6 Set Ujian Akhir Sesi Akademik ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF 3 GEOGRAFI [23] Rajanderan Subramaniam
Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 20 2 10 3 10 C 1 10 2 10 3 10 4 10 Jumlah 80 Geografi [23] 2 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 SKOR Peratus Gred
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 1. Apakah spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan bertanih aridisols? A Sprus C Heath B Kaktus D Willow 2. Kawasan tanah pamah di Tasik Great St. Lawrence (Kanada) dilitupi oleh A Hutan Konifer B Hutan Hujan Tropika C Hutan Mediterranean D Hutan Paya Air Tawar 3. Maklumat di bawah merupakan tumbuhtumbuhan semula jadi di suatu kawasan. • Pain merah • Paper birch • Dahurian larch Iklim yang manakah mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut? A Iklim Siberia B Iklim Laurentia C Iklim Gurun Panas D Iklim Monsun Tropika 4. Apakah spesies tumbuhan semula jadi yang hidup di kawasan Hutan Pantai? A Tapak kuda C Pyinkado B Bakau kurap D Kulampair 5. Maklumat berikut merupakan spesies tumbuhan semula jadi di Malaysia. • Pokok pain • Pokok sprus • Pokok rhododendron Apakah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tersebut? A Tanih aluvium B Purata suhu 27°C C Kawasan berpasir D Ketinggian 1 800 m 6. Foto 1 menunjukkan hidupan liar di Malaysia. Foto 1 Hidupan liar di atas terdapat di kawasan A belukar kecil B hutan tropika C hutan paya bakau D tanah rendah berbukit 7. Antara yang berikut, kombinasi yang manakah benar tentang hidupan liar dan cara pemakanannya? Hidupan liar Cara pemakanan I Monyet Belanda Omnivor II Burung enggang Herbivor III Gajah Pygmy Karnivor IV Orang utan Omnivor A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Foto 2 menunjukkan kegiatan perlombongan. Foto 2 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan.
KM1 –3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 Apakah bandar baharu yang berkembang akibat kegiatan perlombongan dalam Foto 2? A Raub C Silantek B Kerteh D Balingian 9. Antara yang berikut, yang manakah kegiatan ekonomi primer? I Pendidikan III Penternakan II Pembinaan IV Pembalakan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10. Peta 1 menunjukkan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia. P Q R S Peta 1 Dunia • Pokok jenis xerofit • Akar yang panjang • Daun berkilat Maklumat di atas berkaitan dengan tumbuhtumbuhan semula jadi di kawasan berlorek A P C R B Q D S 11. Apakah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Konifer? I Spesies pokok kayu keras II Batang pokok berkulit tebal III Mempunyai akar yang pendek IV Daun pokok yang banyak dan lebar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12. Peta 2 menunjukkan taburan sumber tenaga alternatif di dunia. U P Q R Peta 2 Dunia Apakah sumber tenaga alternatif yang dijana di kawasan bertanda Q? A Suria B Ombak C Biomas D Geoterma 13. Antara yang berikut, yang manakah kesan krisis sumber semula jadi terhadap ekonomi? I Ketidakseimbangan ekosistem II Kenaikan harga sumber III Peningkatkan kos sara hidup IV Perebutan kawasan sumber semula jadi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Mengapakah kerjasama ekonomi antarabangsa penting kepada sesebuah negara? I Menggalakkan integrasi nasional II Mendapatkan bekalan buruh asing III Menggalakkan pemindahan teknologi IV Meningkatkan pengeluaran sumber asli A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 15. Maklumat di bawah merupakan sumber hutan di Malaysia. • Rotan • Buluh Apakah kepentingan sumber hutan tersebut? A Bahan binaan B Sumber perubatan C Membuat kraf tangan D Sumber bahan makanan 16. Apakah jenis usaha pemeliharaan yang berkaitan dengan Tapak Ramsar? A Mengawal pengeluaran hutan bakau B Membaik pulih hidupan liar dan hutan C Penggunaan sumber warisan secara lestari D Dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan 17. Rajah 1 menunjukkan agensi yang berkaitan dengan pengurusan hutan di Malaysia. Rajah 1 Apakah peranan agensi tersebut? A Memelihara kepelbagaian biologi yang kaya B Mengekalkan integriti kawasan perlindungan C Menguruskan perdagangan hidupan liar yang mampan D Membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pembangunan sumber-sumber hutan 18. Foto 3 menunjukkan penggunaan beg plastik biasa untuk membeli-belah. Foto 3 Apakah amalan 3R yang dapat mengurangkan penggunaan beg plastik tersebut? A Membeli barangan isian semula B Menggunakan beg kitar semula C Membeli-belah dalam talian D Membeli secara berhemah 19. Maklumat berikut berkaitan dengan amalan kitar semula. • Sisa domestik digunakan untuk menjana tenaga • Penyediaan tong kitar semula megikut kategori di kawasan petempatan Maklumat di atas merujuk kepada negara A Denmark C Malaysia B Jerman D Sweden 20. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan langkah Reuse (guna semula). A Kitar semula surat khabar menjadi kraf tangan B Mendermakan pakaian yang masih elok C Membeli makanan mengikut keperluan D Mengasingkan sisa mengikut kategori
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 –5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Maklumat berikut tentang guna tenaga di Malaysia. Mengikut Statistik Pekerjaan dan Perburuhan, jumlah guna tenaga di Malaysia pada tahun 2022 adalah sebanyak 15 762 000 orang. Sebanyak 61.7% daripada guna tenaga tersebut tertumpu pada sektor Perkhidmatan, diikuti oleh sektor Pembuatan (17.2%) dan sektor Pertanian (11.8%). Sementara itu, guna tenaga dalam sektor Pembinaan serta Perlombongan dan Pengkuarian masing-masing mencatatkan 8.8% dan 0.5% guna tenaga. (Diubah suai daripada Kementerian Sumber Manusia, Disember 2023) 1. (a) Berdasarkan maklumat di atas, bina jadual yang lengkap tentang guna tenaga di Malaysia mengikut sektor ekonomi pada tahun 2022. [6 markah] (b) Lukiskan carta pai berdasarkan jadual yang anda bina di atas. Gunakan jejari 5 cm untuk melukis carta pai. [8 markah] (c) Merujuk kepada carta pai yang dilukis, apakah yang dapat ditafsirkan tentang guna tenaga di Malaysia mengikut sektor ekonomi pada tahun 2022? [6 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 Untuk Kegunaan Pemeriksa
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 –7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Rajah 1 menunjukkan profil Hutan Hujan Tropika. Meter 50 40 30 20 10 0 P Q Lantai hutan Lapisan renjong (emergen) Rajah 1 2. (a) (i) Apakah lapisan P dan Q? P: Q: [2 markah] (ii) Nyatakan ciri lantai hutan. [2 markah] (b) Bagaimanakah faktor iklim mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia? [3 markah] (c) Terangkan pengaruh tanih terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. [3 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Untuk Kegunaan Pemeriksa Rajah 2 menunjukkan logo Amalan Kitar Semula. Rajah 2 3. (a) Apakah elemen yang dapat dikaitkan dengan Rajah 2? [3 markah] (b) Senaraikan kepentingan amalan yang berkaitan dengan Rajah 2 dalam kehidupan manusia. [3 markah] (c) Nyatakan amalan kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia. [2 markah] (d) Cadangkan aktiviti amalan kitar semula yang boleh dijalankan dalam kalangan murid sekolah. [2 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 –9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian C [20 markah] Jawab dua soalan. Foto 1 menunjukkan sejenis tumbuhan semula jadi di Malaysia. Foto 1 1. (a) Bagaimanakah faktor fizikal mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan semula jadi dalam Foto 1? [5 markah] (b) Terangkan kepentingan tumbuhan dalam Foto 1 kepada alam sekitar dan manusia. [5 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Untuk Kegunaan Pemeriksa 2. (a) Terangkan kegiatan ekonomi sektor sekunder di Malaysia. [4 markah] (b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi sektor sekunder di Malaysia. [6 markah] 3. (a) Jelaskan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Panas. [4 markah] (b) Huraikan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kepada penduduk setempat. [6 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Rajah 1 menunjukkan kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Rajah 1 4. (a) Bagaimanakah kempen tersebut dilaksanakan di Malaysia? [4 markah] (b) Terangkan kepentingan kempen tersebut terhadap manusia dan alam sekitar. [6 markah]
Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 Untuk Kegunaan NAMA: .............................................................................................................................. Pemeriksa KELAS: ............................................................................................................................ BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A ANSWER SHEET FOR SECTION A 1 11 5 15 3 13 7 17 9 19 2 12 6 16 4 14 8 18 10 20 A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS MODEL 1 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. B Kawasan Gurun Panas dilitupi oleh tanih aridisols yang kering dan tandus. Hanya tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang mampu hidup di kawasan ini. Contohnya, kaktus, pokok kurma dan pokok akasia. 2. A Tanah pamah di Tasik Great St. Lawrence (Kanada) dilitupi oleh Hutan Konifer. 3. A Pokok pain merah, paper birch dan dahurian larch tumbuh di kawasan beriklim Siberia. 4. A Contoh jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang hidup di Hutan Pantai ialah pokok ru, tapak kuda, pokok renek, mengkuang dan pokok kelapa. 5. D Pokok pain, pokok sprus dan pokok rhododendron tumbuh di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1 800 meter dari aras laut. 6. B Foto 1 menunjukkan beruang matahari. Habitat bagi hidupan liar ini ialah hutan tropika. 7. B Monyet Belanda – Omnivor Burung enggang – Omnivor Gajah Pygmy – Herbivor Orang utan – Omnivor 8. B Kegiatan perlombongan petroleum dan gas asli membangunkan bandarbandar baharu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Contohnya, Kerteh dan Paka (Terengganu) serta Bintulu dan Miri (Sarawak). 9. D Kegiatan ekonomi sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Sektor primer terdiri daripada kegiatan pertanian, pembalakan, perikanan, perlombongan dan penternakan. 10. B Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan Gurun Panas, iaitu kawasan berlorek Q terdiri daripada pokok jenis xerofit. Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah untuk menyerap air serta daun berkilat, liat dan berbulu. 11. C Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Konifer ialah batang pokok berkulit tebal, lurus dan tinggi serta mempunyai akar yang pendek. 12. C P – Geoterma (Iceland) Q – Biomas (India) R – Suria (Jepun) 13. C Kesan krisis sumber semula jadi terhadap ekonomi ialah kenaikan harga sumber seperti petroleum dan gas asli, peningkatan kos sara hidup disebabkan oleh nilai mata wang menurun serta pendapatan negara pengeksport dan pengimport tidak menentu. 14. C Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa ialah mendapatkan bekalan buruh asing dan menggalakkan pemindahan teknologi. 15. C Kepentingan buluh dan rotan adalah untuk membuat kraf tangan dan perabot. 16. D Tapak Ramsar dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan supaya tidak digunakan untuk aktiviti pembangunan. 17. D Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) berperanan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan, pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber-sumber hutan. 18. B Amalan 3R yang dapat mengurangkan penggunaan beg plastik biasa untuk membeli-belah adalah dengan menggunakan beg kitar semula. 19. D Sweden menggunakan sisa domestik untuk menjana tenaga, malah Sweden mengimport sisa dari negara lain untuk menjana tenaga elektrik melaluinya. Sweden juga menyediakan tong kitar semula mengikut kategori di kawasan petempatan. 20. B Mendermakan pakaian yang masih elok kepada mereka yang memerlukan merupakan amalan 3R dalam elemen Reuse (guna semula). JAWAPAN
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Geografi Tingkatan 3 Jawapan Bahagian B 1. (a) Peratus Guna Tenaga Mengikut Sektor Ekonomi di Malaysia, 2022 Sektor ekonomi Guna tenaga (%) Perkhidmatan 61.7 Pembuatan 17.2 Pertanian 11.8 Pembinaan 8.8 Perlombongan dan Pengkuarian 0.5 Jumlah 100 (Sumber: Diubah suai daripada Kementerian Sumber Manusia, Disember 2023) [Maks. 6m] (b) Guna Tenaga di Malaysia mengikut Sektor Ekonomi Pada Tahun 2022 PETUNJUK Perkhidmatan Pembuatan Pertanian Pembinaan Perlombongan dan pengkuarian 0.50% 8.80% 11.80% 17.20% 61.70% Tajuk: 1m Jejari: 1m Petunjuk: 1m Sudut: 5m %: 1m [Maks. 8m] (c) – Menyatakan tajuk – Sektor tertinggi – Sebab sektor Perkhidmatan mempunyai guna tenaga tertinggi – Sektor terendah – Sebab sektor Perlombongan dan Pengkuarian mempunyai guna tenaga terendah – Perbezaan peratus guna tenaga – Lain-lain – Isi tersirat (mana-mana yang munasabah berdasarkan carta pai) Sebahagian besar peluang pekerjaan wujud dalam sektor Perkhidmatan yang terdiri daripada kegiatan perdagangan, pelancongan (hotel, restoran), pentadbiran, kewangan, pendidikan dan lain-lain. (Terima tafsiran murid yang sesuai) [Maks. 6m] 2. (a) (i) P : Kanopi (silara) Q : Lapisan tengah [Maks. 2m] (ii) – Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter – Tumbuh-tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari – Dilitupi oleh daun kering dan dahan reput – Terdapat tumbuh-tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput [Maks. 2m] (b) – Panas dan lembap sepanjang tahun – Purata suhu tahunan 27°C – Hujan tahunan kira-kira 2 600 mm – Menggalakkan pertumbuhan Hutan Hujan Tropika, Hutan Pantai – Suhu kira-kira 18°C di kawasan tanah tinggi – Menggalakkan pertumbuhan Hutan Gunung [Maks. 3m] (c) – Tanih aluvium dan tanih laterit sesuai untuk pertumbuhan Hutan Hujan Tropika – Tanih gambut dan tanih aluvium sesuai untuk pertumbuhan Hutan Paya Air Masin / Hutan Paya Air Tawar – Tanih berpasir sesuai untuk pertumbuhan Hutan Pantai – Tanih laterit sesuai untuk pertumbuhan Hutan Gunung [Maks. 3m] 3. (a) – Reduce (kurangkan) – Reuse (guna semula) – Recycle (kitar semula) [Maks. 3m] (b) – Menjana pendapatan – Menjimatkan sumber semula jadi – Mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih – Mengurangkan pencemaran – Mengurangkan kesan rumah hijau [Maks. 3m] (c) – Pengasingan Sisa di Punca – Hari Tanpa Beg Plastik [Maks. 2m] (d) – Murid-murid digalakkan untuk membawa barangan kitar semula dari rumah seperti surat khabar lama, kertas-kertas terpakai, botol plastik untuk dikumpulkan di sekolah bagi menyertai kempen kitar semula – Membawa bekas makanan dan minuman sendiri – Menggunakan kedua-dua belah muka surat untuk menulis atau mencetak bahan – Menghasilkan barangan baharu atau kraf tangan daripada bahan terbuang [Maks. 2m] Bahagian C 1. (a) F1 Bentuk muka bumi H1 Pinggir laut yang terlindung / muara sungai berlumpur
J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Geografi Tingkatan 3 Jawapan F2 Saliran H2 Bersaliran buruk / sentiasa bertakung air F3 Iklim H3 Purata suhu 27°C dan hujan kira-kira 2 600 mm F4 Tanih H4 Tanih gambut, tanih aluvium [Maks. 5m] (b) F1 Habitat hidupan akuatik H1 Ikan-ikan kecil, ketam, udang F2 Keseimbangan ekosistem H2 Daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin F3 Mencegah hakisan H3 Pokoknya kuat mencengkam tanah dan tumbuh secara rapat-rapat membentuk satu pertahanan yang kuat mencegah tanah dari terhakis F4 Habitat hidupan liar H4 Monyet dan burung F5 Penampan angin kencang H5 Sifat semula jadi pokok bakau yang tumbuh merimbun dan secara rapat berfungsi sebagai penampan angin kencang menyebabkan kelajuan tiupan angin dapat dikurangkan F6 Membekalkan bahan mentah H6 Digunakan sebagai bahan binaan, kayu api dan dijadikan kayu arang dan perabot [Maks. 5m] 2. (a) F1 Berasaskan bahan mentah H1 Menukarkan bahan mentah kepada barangan siap F2 Terbahagi kepada dua H2 Industri berasaskan sumber dan industri bukan berasaskan sumber F3 Industri berasaskan sumber H3 Industri berasaskan kayu, industri berasaskan getah F4 Industri bukan berasaskan sumber H4 Industri elektrik dan elektronik, industri automotif [Maks. 4m] (b) F1 Bahan mentah H1 Mempunyai pelbagai bahan mentah yang diperoleh daripada sumber mineral, hutan dan pertanian F2 Dasar kerajaan H2 Pelan induk perindustrian F3 Infrastruktur H3 Jaringan pengangkutan yang baik, kemajuan telekomunikasi F4 Teknologi moden H4 Meningkatkan jumlah keluaran / meningkatkan kualiti produk / mempercepatkan kerja F5 Modal H5 Pelaburan langsung asing F6 Pasaran H6 Pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa F7 Buruh H7 Tenaga buruh tempatan dan asing [Maks. 6m] 3. (a) F1 Pokok jenis xerofit H1 Tumbuhan yang dapat hidup di persekitaran yang kering F2 Mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah H2 Untuk menyerap air F3 Daun berbentuk jarum dan berduri H3 Untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui perpeluhan F4 Batang berongga dan berlendair H4 Untuk menyimpan air [Maks. 4m] (b) F1 Menjadi tempat rekreasi / ekopelancongan H1 Meningkatkan pendapatan individu C1 Erawan National Park di Thailand F2 Mewujudkan peluang pekerjaan H2 Meningkatkan taraf hidup / mengurangkan kadar pengangguran C2 Aktiviti pembalakan membuka peluang pekerjaan F3 Membekalkan bahan mentah H3 Kayu balak, buluh, rotan, C3 Industri membuat kertas, perabot dan papan lapis F4 Membekalkan sumber perubatan tradisional H4 Herba semula jadi daripada akar kayu, bunga, buah, daun dan kulit kayu terpilih C4 Daun pokok pain yang kaya dengan vitamin C digunakan untuk membuat teh F5 Meningkatkan pendapatan negara H5 Melalui eksport C5 Sumber kayu balak [Maks. 6m] 4. (a) F1 Mengenakan bayaran RM0.20 bagi setiap beg plastik H1 Untuk menggalakkan penggunaan beg mesra alam F2 Mempromosikan kempen Hari Tanpa Beg Plastik H2 Mewajibkan pasar raya besar menyertai kempen Hari Tanpa Beg Plastik F3 Pada mulanya, melaksanakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik pada setiap Sabtu H3 Kemudian, dilanjutkan kepada setiap hari [Maks. 4m] (b) F1 Menjimatkan sumber semula jadi H1 Apabila mengurangkan, menggunakan semula F2 Mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih H2 Selesa dan selamat dihuni F3 Mengurangkan jumlah sampah H3 Mengurangkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan sampah F4 Menyelamatkan hidupan air / haiwan H4 Mengelakkan kematian haiwan dan mikroorganisma dalam tanah akibat termakan sisa plastik yang mengandungi kandungan toksik tinggi [Maks. 6m]
KERTAS MODEL SKOR A Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. WC233054 Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: 1 2 3 BAHASA MELAYU ENGLISH SAINS | SCIENCE MATEMATIK | MATHEMATICS ASAS SAINS KOMPUTER SEJARAH GEOGRAFI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM WC233054 ISBN: 978-629-470-659-0 SUBJEK/ TINGKATAN TINGKATAN UASA 3 KSSM Ujian Akhir Sesi Akademik PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks SKOR A KERTAS MODEL UASA Tingkatan 3 PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN Jenis instrumen Ujian Bertulis Jenis soalan Objektif Aneka Pilihan (OAP) Subjektif Respons Terhad (SRT) Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan soalan Bahagian A: OAP – 20 soalan Bahagian B: SRT – 3 soalan Bahagian C: SRTb – 4 soalan (Jawab 2 soalan sahaja) Jumlah markah Bahagian A: 20 markah Bahagian B: 40 markah Bahagian C: 20 markah Jumlah: 80 markah Tempoh ujian 2 jam GEOGRAFI [23] GEOGRAFI W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95 SKOR A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan model pentaksiran PBD sumatif yang mempersiapkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik!