The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-04-17 04:23:36

Get ready UASA KSSM B. Melayu Kertas 2 Tingkatan 3

Harga - WM: RM7.65 EM: RM7.95

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 10 Bahagian A Karangan Respons Terhad Berdasarkan maklumat yang disediakan, lengkapkan karangan pendek di bawah ini yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kebaikan Amalan Membaca amalan yang mulia – banyak memberikan kebaikan – menambahkan pengetahuan – banyak ilmu yang dapat kita peroleh – mengetahui perkara-perkara baharu dalam pelbagai bidang ilmu – mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah – masa yang kita ada tidak terbuang begitu sahaja – meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid – terdedah kepada pelbagai gaya penulisan – membantu murid dalam penulisan karangan – menjadikan negara kita mencapai taraf negara maju Amalan membaca merupakan amalan yang mulia yang banyak memberikan kebaikan. Antaranya termasuklah dapat menambahkan pengetahuan. Melalui pembacaan, Selain itu, melalui pembacaan, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh itu, Seterusnya, pembacaan juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana Kesimpulannya, amalan membaca wajar diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini mampu menjadikan negara kita mencapai taraf negara maju. Skor 40 Tarikh : 1 Suluh Masa Depan UASA Ujian


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 3 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 30 Bahagian B Karangan Respons Terbuka Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN ACARA PERSEMBAHAN DIDIKAN IBU BAPA MASA HADAPAN YANG CERAH MELAWAT KE PAMERAN/ PESTA BUKU PAMERAN TENTANG NEGARA LUAR 1. Sekolah anda mengadakan Minggu Eksplorasi Ilmu. Pelbagai aktiviti diadakan bersempena dengan minggu tersebut. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. 2. Ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan yang moden ini. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan ilmu pengetahuan terhadap remaja. 3. Murid-murid memperoleh pelbagai manfaat daripada tabiat membaca. Jelaskan usaha-usaha untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan ilmu pengetahuan.


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 3 Ujian 1 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 KERTAS 2 1 jam Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Skor 40 Tarikh : 6 Ujian Pertengahan Sesi Akademik UASA Ujian Manfaat Bersukan Menyihatkan badan mengeluarkan peluh – terhindar daripada penyakit Menambahkan kenalan bersukan bersama-sama di taman – berkomunikasi Mengisi masa lapang aktiviti yang berfaedah – terhindar daripada gejala negatif


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 3 Ujian 12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38 Kebaikan Sains dan Teknologi dalam Bidang Perubatan mendiagnosis penyakit dengan tepatnya – mendapatkan susunan gigi yang teratur – meningkatkan kualiti penglihatan – mengatasi masalah pendengaran – merawat tulang belakang Skor 40 Tarikh : 12 Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Ujian KERTAS 2 1 jam Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Suluh Masa Depan Bahagian A Karangan Respons Terhad Amalan membaca merupakan amalan yang mulia dan banyak memberikan kebaikan. Antaranya termasuklah dapat menambahkan pengetahuan. Melalui pembacaan, banyak ilmu yang dapat kita peroleh. Kita dapat mengetahui perkara-perkara baharu dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu, melalui pembacaan, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh itu, masa yang kita ada tidak terbuang begitu sahaja. Seterusnya, pembacaan juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang terdedah kepada pelbagai gaya penulisan yang dapat membantu murid dalam penulisan karangan. Kesimpulannya, amalan membaca wajar diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini mampu menjadikan negara kita mencapai taraf negara maju. Bahagian B Karangan Respons Terbuka 1. Pada minggu lepas, iaitu dari 10 hingga 14 Jun 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dahlia telah mengadakan Minggu Eksplorasi Ilmu. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Saya dan rakan-rakan sekelas menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Pameran Eksplorasi Negara-negara Luar. Sepuluh kumpulan murid tahap dua terlibat dalam pertandingan ini. Saya dan rakan-rakan sekelas memilih untuk mempamerkan keunikan negara New Zealand. Oleh itu, kami berbincang tentang cara untuk menghasilkan gerai pameran yang menarik. Kami diberi masa sehari untuk menghias gerai pameran. Saya dan rakan-rakan bercadang untuk membina replika peta negara New Zealand daripada plastisin. Setelah selesai menyiapkan replika peta tersebut, kami meletakkan label nama tempat pada replika peta tersebut. Ada daripada ahli kumpulan kami yang membuat nota ringkas tentang negara New Zealand dan ditampalkan pada sekeping kad manila. Ada juga yang membuat replika burung kiwi yang merupakan simbol negara tersebut. Pada hari pameran berlangsung, saya dan rakan-rakan melayan pertanyaan daripada rakanrakan murid yang datang ke gerai kami. Kami memberikan penerangan dengan jelasnya tentang negara New Zealand sehingga pengunjungpengunjung gerai kami berpuas hati. Mereka turut memuji usaha kami menghasilkan gerai pameran yang menarik itu. Pada hari terakhir Minggu Eksplorasi Ilmu, setiap peserta perlu melakukan persembahan secara berkumpulan tentang negara-negara yang dipilih. Saya dan rakan-rakan mempersembahkan tarian haka, iaitu tarian yang terkenal dalam kalangan masyarakat negara New Zealand. Persembahan kami yang bersemangat itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Semasa majlis penyampaian hadiah diadakan, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama. Saya dan rakan-rakan sepasukan berpuas hati kerana segala usaha yang kami lakukan telah membuahkan hasil. Saya berharap agar aktiviti seperti itu diadakan lagi pada masa yang akan datang kerana dapat menambahkan pengetahuan murid-murid tentang keunikan negara-negara lain yang ada di dunia. 2. Ilmu pengetahuan merupakan asas pembangunan dan kemajuan diri yang tidak boleh diabaikan dalam kehidupan. Pengetahuan melengkapkan kita untuk memahami dunia di sekeliling dan membantu kita mengharungi cabaran hidup. Dalam kehidupan yang moden ini, ilmu pengetahuan menjadi semakin penting dan diperlukan dalam segala aspek kehidupan. Antara kepentingan ilmu pengetahuan termasuklah untuk memajukan diri. Apabila kita mempelajari sesuatu perkara baharu, kita dapat menambahkan pengetahuan tentang halhal lain. Selain itu, dengan mempelajari sesuatu ilmu, kita dapat memperoleh kemahiran. Hal ini dapat membantu kita untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Tegasnya, penguasaan terhadap ilmu pengetahuan membolehkan kita untuk memajukan diri. Selain itu, penguasaan terhadap ilmu pengetahuan turut dapat meningkatkan kualiti hidup. Dengan ilmu pengetahuan, kita dapat mengetahui cara-cara untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan. Apabila taraf ekonomi kita meningkat, kita dapat memenuhi keperluan hidup untuk memastikan kebahagiaan kita. Tegasnya, ilmu Jawapan


Click to View FlipBook Version