The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-02-25 23:40:00

Ranger SPM 2024 Prinsip Perakaunan

Harga - WM: RM20.95 EM: RM21.95

PRINSIP PERAKAUNAN Tee Kok Bin Tan Soon Chen SPM REVISI CEPAT PELANGI ONLINE TEST PELANGI ONLINE TEST 4 5 KSSM TINGKATAN Bonus dengan JAWAPAN LENGKAP Soalan KBAT PELANGI


Tingkatan 4 1 MODUL Pengenalan kepada Perakaunan 1 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional 1 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya 5 1.3 Penyata Kewangan 6 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan 9 1.5 Entiti Perniagaan 10 Praktis SPM 1 12 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 15 2 MODUL Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan 16 2.1 Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan 16 2.2 Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan 18 2.3 Persamaan Perakaunan 20 2.4 Catatan Kontra dan Carta Akaun 24 Praktis SPM 2 27 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 30 3 MODUL Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat 32 3.1 Dokumen Perniagaan 32 3.2 Dokumen Sumber 33 3.3 Dokumen Bukan Sumber 42 Praktis SPM 3 43 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 45 4 MODUL Buku Catatan Pertama 47 4.1 Buku Catatan Pertama 47 4.2 Jurnal Am 47 4.3 Jurnal Khas 52 iii


4.4 Buku Tunai 59 4.5 Buku Tunai Runcit 61 Praktis SPM 4 72 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 74 5 MODUL Lejar 76 5.1 Lejar 76 5.2 Sistem Catatan Bergu 77 5.3 Akaun Kawalan 88 Praktis SPM 5 95 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 97 6 MODUL Imbangan Duga 99 6.1 Imbangan Duga 99 6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan 105 Praktis SPM 6 110 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 112 7 MODUL Penyata Kewangan Milikan Tunggal tanpa Pelarasan 114 7.1 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi 114 7.2 Penyata Kedudukan Kewangan 123 7.3 Penutupan Akaun Hasil, Akaun Belanja dan Akaun Inventori pada Akhir Tempoh Kewangan 127 Praktis SPM 7 130 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 132 8 MODUL Pelarasan pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal 135 8.1 Perakaunan Asas Tunai dan Asas Akruan serta Jenis-jenis Pelarasan 135 8.2 Pelarasan Akaun Nominal 136 8.3 Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu 140 8.4 Susut Nilai dan Susut Nilai Terkumpul 145 8.5 Pelupusan Aset Bukan Semasa secara Tunai 150 8.6 Imbangan Duga Terselaras 152 iv


8.7 Penyata Kewangan dan Pelarasan 154 Praktis SPM 8 156 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 159 9 MODUL Pembetulan Kesilapan 164 9.1 Pembetulan Kesilapan 164 9.2 Penyata Kewangan Selepas Pembetulan Kesilapan 169 Praktis SPM 9 174 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 176 Tingkatan 5 1 MODUL Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan 178 1.1 Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi 178 Praktis SPM 1 191 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 194 2 MODUL Rekod Tak Lengkap 198 2.1 Pengenalan Rekod Tak Lengkap 198 2.2 Kaedah Perbandingan 199 2.3 Kaedah Analisis 203 Praktis SPM 2 214 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 217 3 MODUL Perakaunan untuk Kawalan Dalaman 219 3.1 Kawalan Tunai 219 3.2 Penyata Penyesuaian Bank 220 3.3 Belanjawan Tunai 230 Praktis SPM 3 236 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 238 v


4 MODUL Perakaunan untuk Perkongsian 240 4.1 Perniagaan Perkongsian 240 4.2 Akaun Pengasingan Untung Rugi 242 4.3 Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian 247 4.4 Pembubaran Perkongsian 256 Praktis SPM 4 266 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 269 5 MODUL Perakaunan untuk Syarikat Berhad Menurut Syer 272 5.1 Pengenalan kepada Syarikat Berhad Menurut Syer 272 5.2 Jenis Modal dan Terbitan Syer 275 5.3 Ekuiti Pemilik Syarikat Berhad Menurut Syer 281 5.4 Dividen Tunai 283 Praktis SPM 5 286 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 287 6 MODUL Perakaunan untuk Kelab dan Persatuan 289 6.1 Kelab dan Persatuan 289 6.2 Akaun Penerimaan dan Pembayaran 291 6.3 Akaun Yuran Ahli 295 6.4 Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan 297 6.5 Penyata Kedudukan Kewangan Kelab dan Persatuan 304 Praktis SPM 6 309 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 312 7 MODUL Perakaunan Kos 316 7.1 Jenis Kos dan Kerja dalam Proses 316 7.2 Akaun Pengeluaran 320 7.3 Analisis Titik Pulang Modal 327 Praktis SPM 7 335 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 337 Jawapan 341 vi Kertas Model SPM & Jawapan Kertas Penilaian Tingkatan 4 & Jawapan


1 4 Tingkatan 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional Simpan Kira dan Perakaunan • Simpan kira merupakan proses merekod urus niaga perniagaan dengan tepat dan sistematik berdasarkan sistem catatan bergu. Perakaunan Merekod Membuat rumusan Membuat analisis Membuat tafsiran Membuat pelaporan Simpan kira Simpan kira vs Perakaunan Kitaran Perakaunan • Kitaran perakaunan ialah proses catatan perakaunan bermula daripada dokumen sumber sehingga penyediaan Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan. Proses Kitaran Perakaunan Dokumen Perniagaan Buku Catatan Pertama Lejar Imbangan Duga Pelarasan Imbangan Duga Terselaras Catatan Penutupan Penyata Kewangan • Perakaunan meliputi langkah mengenal pasti, mengukur, merekod urus niaga, melapor, menganalisis dan mentafsir maklumat perakaunan, merancang dan mengawal aktiviti perniagaan, dan menyediakan belanjawan perniagaan. Pengenalan kepada Perakaunan Tingkatan 4 1 MODUL


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 2 4 Tingkatan Dokumen Perniagaan • Dokumen perniagaan adalah bukti bertulis sesuatu urus niaga telah berlaku. • Data perakaunan diambil daripada dokumen-dokumen seperti invois, nota debit, nota kredit, resit rasmi, baucar, keratan cek, memo, dokumen perjanjian dan lain-lain. Buku Catatan Pertama • Maklumat yang diperoleh daripada dokumen perniagaan akan pertama sekali dicatatkan ke Buku Catatan Pertama. • Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit yang juga dikenal sebagai Buku Jurnal. Lejar • Catatan dalam Buku Catatan Pertama akan dipindahkan ke buku Lejar. Imbangan Duga • Imbangan Duga disediakan dengan menyenaraikan baki-baki akaun dalam buku lejar untuk tujuan menguji ketepatan catatan bergu. Pelarasan • Pada akhir tahun perakaunan selepas Imbangan disediakan, pelarasan harus dibuat ke atas akaun-akaun hasil dan belanja, akaun-akaun aset untuk susut nilai aset dan peruntukan hutang ragu dan juga catatan-catatan yang tertinggal. Imbangan Duga Terselaras • Imbangan Duga disediakan semula dengan menggunakan baki akaun yang terselaras. Catatan Penutupan • Semua catatan penutupan dibuat melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar. • Ia menutup akaun hasil dan akaun belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Penyata Kewangan • Akaun Perdagangan dan Untung Rugi disediakan untuk menentukan untung/ rugi bersih perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan. • Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk menunjukkan senarai aset dan liabiliti perniagaan pada tarikh tertentu. Subbidang Perakaunan Perakaunan Kewangan • Menyediakan laporan dalam bentuk Penyata Kewangan. • Pelaporan yang disediakan boleh digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran. Perakaunan Pengurusan • Laporan yang disediakan digunakan oleh pengguna dalaman untuk membuat keputusan, perancangan dan pengawalan perniagaan. • Perakaunan pengurusan biasanya meliputi belanjawan, perakaunan kos dan taksiran pelaburan. Pengauditan • Pengauditan ialah proses pemeriksaan rekod perniagaan dan laporan kewangan. • Ia mengesahkan rekod yang disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum. Percukaian • Meliputi aktiviti memberi khidmat nasihat tentang maklumat percukaian terkini, membuat perancangan cukai dan penyediaan laporan cukai mengikut perundangan cukai.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 3 4 Tingkatan Hubung Kait Fungsi Perakaunan Kewangan dengan Pengauditan dan Percukaian Perakaunan Kewangan Menyediakan Laporan Kewangan Pengauditan Mengesahkan Laporan Kewangan adalah sahih dan tepat Percukaian Laporan Kewangan yang telah diaudit digunakan untuk membuat taksiran cukai Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin • Integriti o Akauntan harus jujur dan tulus dalam melaksanakan tugas. • Kredibiliti o Akauntan harus mempunyai kebolehan dalam menyampaikan maklumat kewangan kepada pihak yang berkenaan. • Akauntabiliti o Akauntan harus bersikap tanggungjawab terhadap kerja-kerja yang dilaksanakannya. Profesional • Profesional bermaksud orang yang mengamalkan satu bidang profesion kerana pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya, contohnya peguam, jurutera, akauntan, doktor dan arkitek. Profesion Perakaunan • Profesion perakaunan yang boleh diceburi: o Akauntan o Perunding kewangan o Juruaudit o Pengurus dana o Pengurus akaun o Pengurus kewangan o Penasihat kewangan o Penganalisis belanjawan o Eksekutif kewangan o Ketua pegawai kewangan Etika Profesion Perakaunan Kompetensi Integriti Kerahsiaan Objektiviti Sifat Profesional Akauntan perlu berkebolehan, berpengetahuan dan mahir dalam melaksanakan urusan perakaunan dengan cekap. Akauntan perlu jujur dan tulus dalam menjalankan tugas agar tidak berlaku pemalsuan dan kekeliruan kenyataan. Akauntan tidak mendedahkan maklumat perniagaan kepada manamana pihak tanpa kebenaran daripada pihak perundangan. Akauntan perlu mematuhi prinsip objektiviti dan mengamalkan prinsip kebenaran dan keadilan semasa menjalankan tugas. Akauntan perlu berkelakuan secara profesional serta menggunakan kepakaran profesional semasa menjalankan tugas.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 4 4 Tingkatan Badan Perakaunan Badan Perakaunan Maklumat Badan Perakaunan Institut Akauntan Malaysia (MIA) (Malaysian Institute of Accountants) – Merupakan persatuan profesion perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967, untuk mengawal profesion perakaunan. – Fungsi: • Menentukan kelayakan seseorang untuk diterima sebagai ahli. • Menyediakan latihan dan pendidikan kepada seseorang yang ingin menceburi dalam profesion perakaunan. • Menetapkan piawai etika perakaunan, pengauditan tinggi, yang mesti dipatuhi oleh semua akauntan di Malaysia. • Mengawal pelaksanaan tugas perakaunan. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) (Malaysian Accounting Standard Board) – Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997. – Fungsi: • Memastikan wujudnya amalan terbaik dalam urus tadbir korporat di Malaysia. • Menerbitkan/ mengeluarkan piawaian perakaunan. • Mengeluarkan kenyataan prinsip untuk pelaporan kewangan. • Mengkaji semula atau menerima pakai piawaian perakaunan yang ada. • Mengeluarkan pengumuman teknikal (technical pronouncement). Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) (Malaysian Institute of Certified Public Accountants) – Ditubuhkan pada tahun 1958. – Fungsi: • Memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan. • Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam perakaunan. CIMA (Chartered Institute Management Accountants) – Ditubuhkan dengan nama Institute of Cost and Works Accountants (ICWA) pada tahun 1919. Nama badan ini bertukar kepada CIMA pada tahun 1986. – Fungsi: • Melahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan. • Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan. ACCA (The Associations of Chartered Certified Accountants) – Ditubuhkan di London dengan nama London Association of Accountants pada tahun 1904. – Menukar nama kepada Chartered Association of Certified Accountants pada tahun 1984. Kemudian tukar kepada ACCA pada tahun 1996. – Fungsi: • Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan masing-masing.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 5 4 Tingkatan 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya Sejarah Perakaunan Rekod ditemui atas sekeping tanah liat. Babylonia 3 500 SM Itali abad ke-14 Abad ke-20 400 SM Abad ke-18 Luca Pacioli memperkenalkan sistem catatan bergu. Rekod ditemui atas papyrus dan calamus. Jawatan Kuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun 1973. Sistem perakaunan yang lebih sistematik dan efektif diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual dan Perisian Berkomputer • Perakaunan secara manual mungkin akan berlaku kesilapan kerana semua perekodan dan pengiraan dilakukan secara manual. • Perakaunan dengan menggunakan perisian berkomputer seperti UBS dan SAGE dapat mempercepatkan proses pengiraan di samping itu mengurangkan kesilapan. • Antara kelebihan perisian perakaunan berbanding dengan perakaunan secara manual ialah: o Kerahsian dan keselamatan rekod kewangan dapat dipastikan kerana kata laluan hanya diberikan kepada individu yang tertentu sahaja. o Mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan kerana semua maklumat perakaunan dapat disimpan atas talian. o Semua pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat kerana kesalahan dapat dikesan. o Laporan kewangan dapat dihasilkan dengan lebih mudah kerana sistem komputer dapat menjana laporan dengan mengenal pasti maklumat yang berkenaan.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 6 4 Tingkatan Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan kepada Entiti Perniagaan Mengumpul dan menyimpan data tentang transaksi perniagaan Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna kepada pengguna Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga keselamatan aset perniagaan Membolehkan pakar dalam bidang percukaian merancang hal-hal berkaitan percukaian dengan tepat dan yakin Membolehkan juruaudit memahami sistem yang digunakan untuk menghasilkan Penyata Kewangan 1.3 Penyata Kewangan • Penyata Kewangan menunjukkan kedudukan kewangan, kemajuan dan prestasi sesuatu perniagaan. • Penyata Kewangan disediakan dalam bentuk yang digariskan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan (Financial Report Standard). • Penyata Kewangan terdiri daripada: o Akaun Perdagangan dan Untung Rugi o Penyata Kedudukan Kewangan Ciri Kualitatif Penyata Kewangan • Penyata Kewangan yang baik harus memenuhi beberapa ciri kualitatif, iaitu: o Ciri Kualitatif Asas o Ciri Kualitatif Tertingkat Ciri Kualitatif Keterangan Ciri Kualitatif Asas Kerelevanan Maklumat kewangan harus relevan dan memenuhi keperluan pengguna. Perwakilan benar Maklumat kewangan harus bebas daripada kesilapan dan tidak berat sebelah kepada sesuatu pihak. Ciri Kualitatif Tertingkat Kebolehbandingan Maklumat dalam Penyata Kewangan boleh dibandingkan sama ada di antara tempoh perakaunan atau di antara jenis perniagaan yang sama, ataupun jenis berlainan. Kebolehfahaman Maklumat kewangan mesti mudah difahami oleh pengguna. Kebolehsahan Maklumat dalam Penyata Kewangan harus boleh disahkan dan ini akan memberi jaminan kepada pengguna yang ia boleh dipercayai. Pemasaan Penyata Kewangan yang dibentangkan tepat masanya mempunyai kandungan maklumat yang lebih relevan kepada pengguna.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 7 4 Tingkatan Membanding Beza Item-item dalam Komponen Penyata Kewangan • Setiap perniagaan menawarkan produk dan perkhidmatan yang berbeza, maka butiran dalam Penyata Kewangan juga berbeza mengikut perniagaan. Aspek Kedai Baju Salun Rambut Bank Akaun Perdagangan Komponen Jualan Bersih – Jualan – Pulangan jualan Komponen Kos Jualan – Belian – Pulangan belian – Angkutan masuk – Inventori awal – Inventori akhir Komponen Jualan Bersih – Hasil perkhidmatan Komponen Kos Jualan – Belian produk penjagaan rambut – Pulangan belian – Inventori awal – Inventori akhir Komponen Jualan Bersih – Hasil faedah pinjaman Akaun Untung Rugi Hasil – Faedah simpanan tetap – Diskaun diterima Belanja – Diskaun diberi – Gaji – Sewa – Elektrik – Insurans – Susut nilai aset – Faedah pinjaman Hasil – Faedah simpanan tetap Belanja – Gaji – Sewa – Elektrik – Insurans – Susut nilai aset Hasil – Faedah simpanan – Caj perkhidmatan Belanja – Kadar bayaran – Gaji – Insurans – Sewa – Susut nilai aset Penyata Kedudukan Kewangan Aset – Perabot – Alatan kedai – Inventori – Akaun Belum Terima Liabiliti – Overdraf bank – Akaun Belum Bayar – Pinjaman Aset – Perabot – Bank – Inventori Liabiliti – Akaun Belum Bayar Aset – Premis – Perabot – Alatan pejabat Liabiliti – Faedah belum terima


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 8 4 Tingkatan Pihak yang Bertanggungjawab Menyediakan Penyata Kewangan Pemilik Perniagaan Pekerja Sendiri Pihak Luar Bagi perniagaan yang kecil, pemilik perniagaan bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan. Bagi perniagaan yang besar, majikan akan mengupah pekerja untuk menyediakan Penyata Kewangan. Pemilik perniagaan juga boleh membekalkan semua maklumat kewangan kepada akauntan luaran untuk menyediakan Penyata Kewangan. Pengguna Penyata Kewangan Pengguna Dalaman Pengguna Luaran Pemilik Perniagaan – Penyata Kewangan digunakan untuk membuat penilaian terhadap prestasi perniagaan. Pihak Pengurusan – Maklumat dalam Penyata Kewangan digunakan untuk membuat perancangan perniagaan. Pekerja – Pekerja dapat mengetahui prestasi dan kestabilan operasi perniagaan, keupayaan perniagaan untuk membayar gaji dan sebagainya. Pihak Bank – Penyata Kewangan digunakan untuk menilai kemampuan perniagaan membayar balik hutang dan faedah pinjaman. Pembekal – Penyata Kewangan digunakan untuk menilai kemampuan perniagaan dapat membayar balik hutang atau tidak. Agensi Kerajaan – Penyata Kewangan digunakan untuk menentukan jumlah cukai pendapatan yang harus dibayar. Pemegang Syer – Pemegang Syer dapat menilai prestasi perniagaan sama ada boleh menjana pulangan modal atau tidak.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 9 4 Tingkatan 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan Andaian Perakaunan Entiti Berasingan • Sebuah perniagaan ialah satu entiti berasingan daripada pemiliknya. • Rekod perniagaan merujuk kepada urus niaga yang berlaku kepada perniagaan sahaja. Usaha Berterusan • Sebuah perniagaan diandaikan sebagai entiti yang akan terus beroperasi untuk satu masa yang berlanjutan. Wang sebagai Ukuran • Semua urus niaga diukur mengikut nilai wang, iaitu barang atau perkhidmatan mempunyai nilai wang. • Urus niaga yang tidak boleh dinilaikan dalam bentuk wang tidak akan dicatatkan dalam rekod perakaunan seperti kecekapan pengurusan dan kepuasan pekerja. Tempoh Perakaunan • Tempoh perakaunan ialah satu jangka masa perakaunan yang ditetapkan oleh perniagaan untuk menilai prestasi perniagaan dan membuat perbandingan. • Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sebuah perniagaan. Prinsip Perakaunan Ketekalan Prinsip Kos Pengiktirafan Hasil dan Belanja • Perniagaan menggunakan kaedah merekod data atau pengendalian perakaunan, secara konsisten dalam setiap tempoh perakaunan. • Contohnya kaedah penilaian susut nilai kenderaan adalah sama setiap tempoh perakaunan. • Semua aset dinilaikan pada harga kos belian semasa aset dibelikan. • Kos ini akan tetap sama dalam rekod perniagaaan walaupun harga pasaran telah berubah. • Contoh: Tanah bernilai RM76 000 yang dibeli pada 5 tahun lalu masih dilaporkan sebagai RM76 000, sungguhpun nilai pasaran semasa adalah RM87 000. • Juga dikenali sebagai prinsip pemadanan. • Segala hasil bagi sesuatu tempoh perakaunan mesti dipadankan dengan segala perbelanjaan dalam tempoh yang sama untuk menentukan untung atau rugi bagi tempoh tersebut. • Semua belanja dan pendapatan bagi sesuatu tempoh perakaunan mesti diambil kira walaupun wang belum dibayar atau diterima.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 10 4 Tingkatan Batasan Perakaunan Kos Manfaat • Bermaksud kos penyediaan maklumat tidak boleh melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan. • Sesetengah kos untuk mendapatkan sesuatu maklumat adalah kurang berbaloi jika maklumat tersebut tidak memberi kesan yang banyak terhadap perniagaan. • Batasan dalam Penyata Kewangan ialah maklumat kurang penting tidak dipaparkan dalam Penyata Kewangan. 1.5 Entiti Perniagaan Ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi Pemilikan Dimilik oleh seorang pemilik Perkongsian biasa: Dimiliki oleh 2 – 20 orang pekongsi Perkongsian profesional: Dimiliki oleh 2 – 50 orang pekongsi Syarikat Sendirian Berhad: 2 – 50 orang pemegang syer Syarikat Awam Berhad: 2 – tiada had maksimum pemegang syer 50 – tiada had maksimum anggota Sumber modal Disumbangkan oleh pemilik sendiri Disumbangkan oleh pekongsi Modal dikumpulkan dengan terbitan syer kepada pemegang syer Disumbang oleh ahli koperasi melalui penerimaan fi masuk dan jualan syer Tanggungan liabiliti Liabiliti tidak terhad Liabiliti tidak terhad Liabiliti terhad Liabiliti terhad


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 11 4 Tingkatan Ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi Undangundang Akta Pendaftaran Perniagaan Akta Perkongsian 1961 Akta Syarikat 2016 Akta Koperasi 1993 Keuntungan dan kerugian Pemilik menikmati semua keuntungan atau menanggung segala kerugian Untung atau rugi dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perkongsian atau Akta Perkongsian 1961 Keuntungan diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen Lebihan diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen Pengurusan perniagaan Diuruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan ahli keluarga Diuruskan oleh pekongsi yang aktif seperti yang dinyatakan dalam Ikatan Perkongsian Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer dalam Mesyuarat Agung Tahunan Diuruskan oleh anggota Lembaga Koperasi yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cukai pendapatan Cukai pendapatan individu Cukai pendapatan individu Cukai pendapatan syarikat Dikecualikan Contoh Penjaja, kedai runcit Syarikat guaman, firma perakaunan, klinik kedoktoran Bank, kilang barangan elektronik, kilang kereta, syarikat pembinaan Koperasi sekolah, koperasi universiti, koperasi pengguna


12 4 Tingkatan Soalan Objektif 1. Perakaunan dan simpan kira mempunyai definisi yang berbeza. Antara yang berikut, yang manakah benar? Simpan Kira Perakaunan A Satu proses menganalisa Penyata Kewangan Satu proses menyimpan data-data urus niaga B Disediakan oleh akauntan Disediakan oleh kerani kewangan C Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan Merekodkan segala urus niaga tunai D Merupakan sebahagian daripada sistem perakaunan Proses menyediakan maklumat kewangan 2. Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran perakaunan? A Turutan dalam prinsip perakaunan B Aliran tatacara proses perakaunan C Sistem yang memproses data kepada maklumat D Proses pengaplikasian kod etika perakaunan 3. Rajah berikut menunjukkan prosesproses yang berlaku dalam perakaunan. Dokumen X Lejar Apakah X? A Pelarasan B Imbangan Duga C Catatan penutupan D Buku Catatan Pertama 4. Perakaunan pengurusan merupakan satu bidang perakaunan. Apakah pernyataan menjelaskan sub bidang tersebut? A Penyediaan laporan kewangan mengikut satu piawaian umum B Persembahan Penyata Kewangan untuk tujuan pengguna luaran C Perbandingan maklumat lepas untuk membuat keputusan masa depan D Maklumat kepada pengguna dalaman untuk proses membuat keputusan 5. Akauntan digelar sebagai seorang pemimpin. Mengapakah profesion ini digelar sedemikian? A Beliau berpengetahuan dalam melaksanakan kerja-kerja perakaunan B Beliau mempunyai ikhtisas atau kelayakan dalam bidang perakaunan C Beliau membuat keputusan dengan mengambil kira kesan dalaman dan luaran D Beliau telah menjalani latihan dan kemahiran dalam tugas-tugas sebagai akauntan 6. Kod etika profesion perakaunan merupakan prinsip asas untuk semua akauntan. Mengapakah kod ini penting? A Menjaga nama baik profesion B Masyarakat menghormati profesion akauntan PRAKTISSPM 1


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 13 4 Tingkatan C Menjadi garis panduan pelaksanaan tugas D Proses pelaksanaan semua akauntan adalah seragam 7. Pernyataan manakah merupakan tugas Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)? A Menjadi penasihat awam kepada akauntan B Menyediakan garis panduan penyediaan laporan kewangan C Memperbaiki laporan kewangan yang sedia ada D Memajukan profesion perakaunan dengan menyediakan latihan dan peperiksaan 8. Luca Pacioli ialah ‘Bapa Perakaunan’. Mengapakah beliau digelar sedemikian? A Beliau telah memperkenalkan bidang perakaunan B Sumbangan beliau menyediakan asas rekod berasaskan catatan bergu C Sumbangan beliau menerbitkan buku perakaunan Summa De Aritmatica D Beliau telah memperluaskan ilmu perakaunan dalam bidang perniagaan 9. Penyediaan Penyata Kewangan banyak membantu penggunanya. Apakah kepentingannya kepada pengguna luaran? A Pihak bank mengetahui dividen yang diterima oleh pelabur B Pelabur boleh mengetahui keputusan yang bakal dibuat oleh pihak pengurusan C Pihak bank dapat memastikan sama ada perniagaan mempunyai kemampuan membayar faedah dan pinjamannya D Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat memastikan perniagaan patuh kepada undang-undang 10. Butiran manakah merupakan ciri kualitatif asas Penyata Kewangan? A Pemasaran B Kebolehfahaman C Perwakilan benar D Kebolehbandingan 11. Success Enterprise telah membeli sebuah premis dengan harga RM150 000 pada tahun 20X1. Walau bagaimanapun, harga tersebut telah melonjak naik kepada RM230 000 pada tahun 20X8. Apakah nilai premis yang harus direkod pada laporan kewangan bagi tahun 20X8? A RM80 000 B RM150 000 C RM230 000 D RM380 000 12. Belanja dan hasil yang belum diterima perlu diambil kira untuk mengira keuntungan atau kerugian perniagaan Apakah prinsip yang dipatuhi dalam pernyataan tersebut? A Ketekalan B Prinsip kos C Wang sebagai ukuran D Pengiktirafan hasil dan belanja 13. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pemilikan syarikat berhad? I Liabiliti ditanggung terhad II Didaftar di bawah Akta Syarikat 1960 III Modal disumbang oleh Lembaga Pengarah IV Keuntungan dibahagi mengikut dividen saham A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 14 4 Tingkatan Soalan Subjektif 1. Lengkapkan jadual berikut: Peringkat dalam Kitaran Perakaunan Keterangan (a) Menyimpan dan merekodkan data perakaunan yang diambil daripada invois, nota debit, nota kredit dan lain-lain. (b) Menentukan untung/ rugi perniagaan. 2. Nyatakan andaian dan prinsip perakaunan yang diamalkan bagi setiap situasi di bawah: (a) Syarikat Akmal mengira susut nilai perabot berasaskan kaedah garis lurus dan mengamalkan secara berterusan bagi setiap tempoh perakaunan. (b) Encik Nandri membeli 10 helai baju bernilai RM250. Dia merekodkan nilai sebanyak RM250 dan bukannya bilangan unit baju yang dibeli. 3. Nyatakan sumber modal bagi jenis milikan perniagaan berikut: Jenis Perniagaan Sumber Modal (a) Klinik Pergigian Lee dan Rakan (b) Syarikat Yahya Berhad


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan 15 4 Tingkatan SOALAN KBAT DENGAN JAWAPAN LENGKAP Berikan sebab setiap cadangan yang berikut tidak boleh diterima. Kemudian, nyatakan tindakan yang sepatutnya diambil berdasarkan setiap situasi yang diberikan. (a) Encik Wong, seorang peniaga telah mengeluarkan wang tunai di bank berjumlah RM400 untuk membayar sewa rumah kediamannya. Dia bercadang untuk merekodkan bayaran sewa rumah kediaman ke dalam Akaun Sewa perniagaan. (b) Pada 1 Januari 20X2, Syarikat Aiman telah membeli sebuah kenderaan bernilai RM80 000. Kenderaan ini disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus. Pada tahun 20X8, cadangan telah dibuat untuk menukar kaedah susut nilai kenderaan kepada kaedah baki berkurangan. (c) Pada beberapa tahun yang lepas, Perniagaan Zakiah telah menyediakan Penyata Kewangan pada 31 Disember. Oleh kerana prestasi perniagaan tidak memuaskan pada tahun ini, cadangan telah dibuat untuk menyediakan Penyata Kewangan tahun ini pada tahun hadapan. (d) Pada 1 Januari 20X4, Syarikat Aina telah membeli sebuah mesin berharga RM30 000. Mesin ini boleh digunakan selama 5 tahun tetapi syarikat dijangka akan dibubarkan pada tahun 20X6. Oleh itu, cadangan dibuat untuk menyusutnilaikan aset tersebut selama dua tahun sahaja. (e) Pada beberapa tahun yang lalu, Perniagaan Joshua telah membeli sebuah bangunan bernilai RM500 000. Kini, nilai bangunan tersebut telah meningkat kepada RM650 000. Perniagaan Joshua bercadang untuk merekodkan nilai bangunan ini mengikut nilai semasa, iaitu RM650 000. Jawapan: (a) Tindakan Encik Wong tersebut tidak mematuhi andaian perakaunan, iaitu entiti berasingan. Encik Wong sepatutnya merekodkan ambilan wang tunai di bank untuk membayar sewa rumah kediamannya sebagai ambilan. (b) Tindakan Syarikat Aiman tersebut tidak mematuhi prinsip perakaunan, iaitu ketekalan. Syarikat Aiman sepatutnya menggunakan kaedah garis lurus untuk menyusutnilaikan kenderaan secara berterusan dan tidak menukar kaedah susut nilai kepada kaedah yang lain. (c) Perniagaan Zakiah tidak mematuhi andaian perakaunan, iaitu tempoh perakaunan. Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember bagi setiap tahun. (d) Syarikat Aida tidak mematuhi andaian perakaunan, iaitu usaha berterusan. Syarikat Aida perlu membuat jangkaan bahawa perniagaan akan terus beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak terbatas. (e) Perniagaan Joshua tidak mematuhi prinsip perakaunan, iaitu prinsip kos. Perniagaan Joshua perlu merekodkan nilai bangunan itu pada harga belian, iaitu RM500 000.


178 5 Tingkatan 1.1 Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi Analisis Penyata Kewangan • Penyata Kewangan yang disediakan perlu dianalisis dengan tujuan: o Pihak pengurusan dapat menilai prestasi perniagaan dan seterusnya membuat keputusan kewangan o Pihak luar seperti bank dan pembekal membuat keputusan tentang kemudahan kredit o Pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan • Penyata Kewangan dapat dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah. • Analisis nisbah berfungsi sebagai alat pengukur kedudukan kewangan sesebuah perniagaan dalam membuat perbandingan dan tafsiran. • Jenis-jenis nisbah dalam analisis Penyata Kewangan ialah: o Nisbah Keberuntungan o Nisbah Kecairan o Nisbah Kecekapan Nisbah Keberuntungan • Nisbah Keberuntungan mengukur kemampuan perniagaan untuk memperoleh keuntungan. Peratus Untung Kasar atas Jualan Peratus Untung Bersih atas Jualan Pulangan atas Modal Nisbah Keberuntungan Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan • Dikenali juga sebagai tokokan atau mark-up. • Menunjukkan peratus penambahan pada kos barang untuk mendapatkan harga jualan. • Semakin tinggi nisbah, semakin berkesan pengawalan kos jualan. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan = Untung Kasar Kos Jualan × 100% Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan Tingkatan 5 1 MODUL


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan 5 Tingkatan 179 Contoh 1: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Kos Jualan 72 000 Untung Kasar 18 000 Anda dikehendaki mengira peratus untung kasar atas kos jualan. Penyelesaian: Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan = Untung Kasar Kos Jualan × 100% = RM18 000 RM72 000 × 100% = 25% Tafsiran: Bagi setiap RM1.00 kos barang, untung kasar yang diperoleh ialah 25 sen. Peratus Untung Kasar atas Jualan • Nisbah ini mengukur peratus untung kasar bagi setiap ringgit jualan bersih. • Dikenali juga sebagai Margin Untung Kasar. • Semakin tinggi peratus, semakin tinggi untung kasar diperoleh. Peratus Untung Kasar atas Jualan = Untung Kasar Jualan Bersih × 100% Contoh 2: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Untung Kasar 18 000 Jualan 90 500 Pulangan Jualan 500 Anda dikehendaki mengira peratus jualan bersih. Penyelesaian: Peratus Untung Kasar atas Jualan = Untung Kasar Jualan Bersih × 100% = RM18 000 RM90 000 × 100% = 20% Tafsiran: Bagi setiap RM1.00 jualan, untung kasar yang diperoleh ialah 20 sen. Peratus Untung Bersih atas Jualan • Nisbah ini menunjukkan peratus untung bersih yang diperoleh daripada jualan bersih. • Dikenali juga sebagai Margin Untung Bersih. • Nisbah ini digunakan untuk menunjukkan keberkesanan pengurusan kos operasi perniagaan. Peratus Untung Bersih atas Jualan = Untung Bersih Jualan Bersih × 100% Contoh 3: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Untung Bersih 7 200 Jualan Bersih 90 000 Anda dikehendaki mengira peratus untung bersih atas jualan.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan 180 5 Tingkatan Penyelesaian: Peratus Untung Bersih atas Jualan = Untung Bersih Jualan Bersih × 100% = RM7 200 RM90 000 × 100% = 8% Tafsiran: Bagi setiap RM1.00 jualan, untung bersih yang diperoleh ialah 8 sen. Pulangan atas Modal • Nisbah ini mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan. • Semakin tinggi nisbah, semakin tinggi pulangan yang diperoleh. Pulangan atas Modal = Untung Bersih Modal Awal × 100% Contoh 4: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Untung Bersih 7 200 Modal Awal 120 000 Anda dikehendaki mengira pulangan atas modal. Penyelesaian: Pulangan atas modal = Untung Bersih Modal Awal × 100% = RM7 200 RM120 000 × 100% = 6% Tafsiran: Bagi setiap RM1.00 pelaburan, untung bersih yang diperoleh ialah 6 sen. • Kadar pulangan atas modal biasanya dibandingkan dengan kadar faedah yang ditawarkan oleh bank. Sekiranya kadar pulangan modal semakin merosot berbanding dengan kadar faedah simpanan bank, maka ini bermakna prestasi perniagaan telah merosot dan tidak lagi menguntungkan. Nisbah Kecairan • Nisbah ini digunakan untuk menguji kestabilan dan kecekapan pengurusan kewangan syarikat. • Nisbah ini boleh menunjukkan kemampuan perniagaan untuk membayar pelbagai jenis hutang atau pinjaman. Nisbah Kecairan Nisbah Semasa Nisbah Ujian Asid Nisbah Semasa • Nisbah semasa mengukur kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti semasanya mengikut tempoh yang ditetapkan. • Dikenali sebagai Nisbah Modal Kerja juga.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan 5 Tingkatan 181 Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa Contoh 5: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Aset Semasa 43 000 Liabiliti Semasa 35 000 Anda dikehendaki mengira nisbah semasa. Penyelesaian: Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa = RM43 000 RM35 000 = 1.23 : 1 Tafsiran: Setiap RM1.00 liabiliti semasa, perniagaan mempunyai RM1.23 aset semasa untuk membiayainya. • Nisbah semasa yang rendah atau kurang daripada 1 menunjukkan perniagaan tidak mampu untuk membayar liabiliti semasanya. • Nisbah semasa yang terlalu tinggi pula menunjukkan bahawa modal telah banyak terbiar tanpa menjanakan keuntungan. • Nisbah semasa yang ideal ialah 2 : 1. Nisbah Ujian Asid • Nisbah ujian asid mengukur kemampuan perniagaan untuk membayar liabiliti semasa dengan cepat. • Dikenali juga sebagai Nisbah Cepat. • Nisbah ini menunjukkan perhubungan antara aset cair dengan liabiliti semasa. • Aset cair merupakan semua aset semasa kecuali inventori. Nisbah Ujian Asid = Aset Semasa – Inventori Liabiliti Semasa Contoh 6: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Aset Semasa 43 000 Liabiliti Semasa 35 000 Inventori Akhir 7 000 Anda dikehendaki mengira nisbah ujian asid. Penyelesaian: Nisbah Ujian Asid = Aset Semasa – Inventori Akhir Liabiliti Semasa = RM43 000 – RM7 000 RM35 000 = RM36 000 RM35 000 = 1.03 : 1 Tafsiran: Setiap RM1.00 liabiliti semasa, perniagaan mempunyai RM1.03 aset semasa untuk membiayainya. • Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan perniagaan tidak mampu membayar hutangnya dengan segera.


Prinsip Perakaunan SPM Modul 1 Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan 182 5 Tingkatan Nisbah Kecekapan • Nisbah ini digunakan untuk menguji kecekapan operasi sesuatu syarikat. • Kecekapan operasi sesuatu syarikat dapat dilihat daripada pengurusan inventori, keupayaan mengutip hutang dan kemampuan membayar hutang. Nisbah Kecekapan Kadar Pusing Ganti Inventori Tempoh Kutipan Hutang Tempoh Pembayaran Hutang Kadar Pusing Ganti Inventori • Kadar pusing ganti inventori digunakan untuk menguji kepantasan barang niaga dijual dalam satu tempoh perakaunan. ·• Pusing ganti inventori yang cepat bermakna lebih pantas inventori dijual untuk mendapatkan lebih keuntungan jika kos kendalian tidak berubah. • Jika pusing ganti inventori perlahan ini bermakna perniagaan adalah lembab atau terlalu banyak inventori disimpan dan tidak dijual. Kadar Pusing Ganti Inventori (bilangan kali) = Kos Jualan Inventori Purata Di mana, Inventori = Inventori Awal + Inventori Akhir Purata 2 • Kadar pusing ganti inventori juga boleh dinyatakan dalam hari, minggu atau bulan untuk menentukan berapa lama inventori disimpan sebelum dijual. Kadar Pusing Ganti Inventori (hari) = Inventori Purata Kos Jualan × 365 hari Kadar Pusing Ganti Inventori (minggu) = Inventori Purata Kos Jualan × 52 minggu Kadar Pusing Ganti Inventori (bulan) = Inventori Purata Kos Jualan × 12 bulan Contoh 7: Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Boleh Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. RM Kos Jualan 72 000 Inventori Awal 11 000 Inventori Akhir 7 000 Anda dikehendaki mengira: (a) Kadar pusing ganti inventori. (b) Kadar pusing ganti inventori (dalam hari). (c) Kadar pusing ganti inventori (dalam minggu). (d) Kadar pusing ganti inventori (dalam bulan). Penyelesaian: (a) Inventori Purata = Inventori Awal + Inventori Akhir 2 = RM11 000 + RM7 000 2 = RM18 000 2 = RM9 000


1 4 Tingkatan 1. Di manakah rekod perakaunan terawal dijumpai? A Itali C England B Mesir D Babylonia 2. Maklumat yang berikut merujuk kepada suatu ciri kualitatif bagi Penyata Kewangan. • Maklumat dalam Penyata Kewangan perlu bebas daripada sebarang kesilapan. • Tidak mengandungi unsur berat sebelah. • Pelaporan Penyata Kewangan adalah tidak mengelirukan. Apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang berkaitan dengan maklumat di atas? A Kerelevanan B Kebolehsahan C Perwakilan benar D Kebolehbandingan 3. Pihak yang manakah tidak bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan? A Pihak luar B Pihak bank C Pekerja sendiri D Pemilik perniagaan 4. Maklumat yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Zainal. Perniagaan Zainal menyusutnilaikan kenderaan sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan dan tidak bercadang untuk menukar kaedah susut nilai kepada kaedah garis lurus. Apakah prinsip perakaunan yang berkaitan dengan maklumat di atas? A Ketekalan B Entiti berasingan C Usaha berterusan D Pengiktirafan hasil dan belanja 5. Liabiliti semasa terdiri daripada A bank B gadai janji C overdraf bank D pinjaman bank 6. Maklumat yang berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Teo. Menjual barang berniaga berkos RM1 500 dengan harga RM1 700 secara kredit kepada Kedai Ramu. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? Kertas 1 1 jam 15 minit [40 markah] Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. TINGKATAN 4 KERTAS PENILAIAN


Prinsip Perakaunan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 PELANGI 9 4 Tingkatan Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Nyatakan sumber modal bagi setiap entiti perniagaan yang berikut. Entiti perniagaan Sumber modal Milikan tunggal Koperasi [2 markah] (b) Jamilah Enterprise berhutang sebanyak RM3 600 daripada Perniagaan Salina. Sekeping cek untuk membayar hutang tersebut telah diterima oleh Perniagaan Salina pada 4 Oktober 20X4, iaitu dalam tempoh kredit dan layak menerima diskaun tunai sebanyak 5%. Hitungkan diskaun tunai yang diterima oleh Jamilah Enterprise. [2 markah] (c) Imbangan Duga yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Johan. Perniagaan Johan Imbangan Duga pada 30 September 20X4 Debit Kredit RM RM Belian 16 000 Jualan 28 000 P 1 200 Q 900 Berikan dua contoh butiran P dan Q masing-masing. [4 markah] Kertas 2 2 jam 30 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.


Prinsip Perakaunan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 PELANGI 13 4 Tingkatan Bahagian B [40 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. Imbangan Duga di bawah diperoleh daripada Perniagaan Baharuddin. Perniagaan Baharuddin Imbangan Duga pada 30 April 20X4 Debit Kredit RM RM Modal pada 1 Mei 20X3 145 490 Kenderaan 54 540 Premis 89 330 Belian dan Jualan 25 130 62 530 Kadar Bayaran 3 790 Insurans 2 660 Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 1 880 Diskaun 3 340 Pulangan 220 Gaji 7 640 Angkutan Keluar 695 Ambilan 2 545 Inventori pada 1 Mei 20X3 7 390 Sewa Diterima 21 240 Tunai 7 190 Bank 27 780 234 130 234 130 Selepas penyediaan Imbangan Duga di atas, kerani akaun telah menemui kesilapankesilapan yang berikut. (i) Angkutan keluar termasuk angkutan masuk sebanyak RM220. (ii) Sekeping bil elektrik berjumlah RM303 yang dibayar dengan cek telah direkodkan sebagai RM330 dalam kedua-dua Akaun Kadar Bayaran dan Akaun Bank. (iii) Encik Baharuddin telah mengambil tunai di tangan sebanyak RM150 untuk membayar yuran tuisyen anaknya tetapi perkara ini masih belum direkodkan dalam mana-mana buku. (iv) Diskaun diberi dan pulangan belian masing-masing terlebih nilai sebanyak RM40. (v) Belian sebuah kipas berharga RM80 sebagai kelengkapan perniagaan telah direkodkan ke dalam Akaun Belian. (vi) Sekeping nota kredit yang diterima daripada pembekal sebanyak RM55 telah didebitkan dalam Akaun Pulangan Belian dan dikreditkan ke dalam Akaun Belum Bayar.


1 5 Tingkatan 1. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu peringkat dalam kitaran perakaunan. • Merupakan senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang telah diselaraskan. • Bertujuan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam lejar. Apakah peringkat tersebut dalam kitaran perakaunan? A Pelarasan B Imbangan Duga C Penyata Kewangan D Imbangan Duga Terselaras 2. Contoh pengguna dalaman bagi Penyata Kewangan ialah A kerajaan B pembekal C pihak bank D pihak pengurusan 3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri-ciri bagi suatu milikan perniagaan. • Liabiliti yang ditanggung adalah tidak terhad. • Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri tersebut? A Restoran Zaki B Klinik Lim & Wong C Koperasi Tengku Ampuan Jemaah D Syarikat Gemilang Sendirian Berhad 4. Antara berikut, butiran yang manakah merupakan contoh belanja bukan operasi? A Promosi B Sewa dibayar C Kadar bayaran D Rugi atas pelupusan aset 5. Sekeping cek bernilai RM450 yang diterima daripada Perniagaan Ismail telah dipulangkan oleh pihak bank kerana tak laku. Bagaimanakah urus niaga ini memberi kesan kepada persamaan perakaunan? Bank (RM) Akaun Belum Terima (RM) Akaun Belum Bayar (RM) A +450 +450 – B +450 – +450 C -450 +450 – D -450 – +450 Kertas 1 1 jam 15 minit [40 markah] Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. SPM KERTAS MODEL


Prinsip Perakaunan SPM Kertas Model SPM PELANGI 9 5 Tingkatan Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Pada 30 September 20X3, baki aset dan liabiliti bagi Perniagaan Jamil masingmasing ialah RM16 800 dan RM4 900. Encik Jamil, iaitu pemilik perniagaan telah membuat ambilan sebanyak RM800 sepanjang tempoh perakaunan. Perniagaan Jamil telah memperoleh untung bersih sebanyak RM3 400 pada 30 September 20X4. Berapakah baki modal bagi Perniagaan Jamil pada 30 September 20X4? [2 markah] (b) Maklumat yang berikut berkaitan dengan kad inventori bagi Perniagaan Wati. Kad inventori Harga kos Harga pasaran RM RM A 2 670 3 120 B 4 810 4 390 C 1 830 1 570 D 3 450 3 020 Hitung nilai inventori akhir yang akan direkodkan dalam buku Perniagaan Wati. [2 markah] (c) Penyata Mengira Modal di bawah disediakan oleh Perniagaan Norhuda, iaitu sebuah perniagaan yang tidak menyimpan rekod perniagaan dengan lengkap. Penyata Mengira Modal Akhir RM P 53 000 Tolak: Q (11 680) Modal pada 31 Disember 20X4 41 320 Apakah P dan Q? [2 markah] (d) Berikan dua contoh untuk komponen kos pengeluaran yang berikut. Komponen Kos Pengeluaran Contoh Kos overhed Belanja langsung [4 markah] Kertas 2 2 jam 30 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.


PELANGI Prinsip Perakaunan SPM Kertas Model SPM 12 5 Tingkatan (iii) Belanja belum bayar pada 31 Disember 20X4: RM‘000 Belian Kedai Minuman 24 Insurans 9 Kadar Bayaran 16 (iv) Baki pada 31 Disember 20X4: RM‘000 Alatan Renang 164 Inventori Kedai Minuman 10 Akaun Belum Terima Kedai Minuman 48 Yuran Belum Terima 4 Yuran Belum Terperoleh 2 (v) 60% daripada jumlah kadar bayaran adalah untuk kegunaan Kedai Minuman. Bakinya adalah untuk kegunaan aktiviti kelab dan persatuan. (vi) Rumah kelab disusutnilaikan sebanyak 5% setahun atas kos. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Akaun-akaun berikut bagi tahun berakhir 31 Disember 20X4. (i) Akaun Bank. [3 markah] (ii) Akaun Yuran Ahli. [3 markah] (iii) Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X4 (dalam bentuk penyata). [4 markah] (iv) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X4 (dalam bentuk penyata). [8 markah] (b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 20X4. [7 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan aset dan liabiliti Liyana Enterprise pada 1 April 20X4. RM Tunai di tangan 3 200 Tunai di bank 18 600 Perabot 2 450 Alatan Pejabat 3 400 Akaun Belum Terima: Kedai Danial 1 000 Akaun Belum Bayar: Perniagaan Raju 1 200


341 4 Tingkatan 1 MODUL Pengenalan kepada Perakaunan SPM 1 PRAKTIS Soalan Objektif 1. D 2. B 3. D 4. D 5. C 6. C 7. D 8. B 9. C 10. C 11. B 12. D 13. B Soalan Subjektif 1. (a) Dokumen perniagaan (b) Penyata kewangan 2. (a) Ketekalan (b) Wang sebagai ukuran 3. (a) Disumbangkan oleh pekongsi (b) Dikumpul melalui terbitan syer kepada orang ramai 2 MODUL Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan SPM 2 PRAKTIS Soalan Objektif 1. D 2. A 3. D 4. D 5. A 6. B 7. B 8. A 9. D 10. C 11. A 12. A 13. C 14. C 15. A Soalan Subjektif 1. Aset bertambah, Liabiliti bertambah 2. Tarikh Aset Liabiliti + Ekuiti Pemilik Bank Kelengkapan Akaun Belum Terima Inventori Modal Untung Akaun Belum Bayar 20X8 RM RM RM RM RM RM RM Dis. 1 3 560 4 490 3 550 2 680 7 420 3 980 2 880 3 560 560 5 380 (290) 90 8 290 (290) 12 (300) (300) 18 (380) (380) 22 250 (250) 25 1 290 1 290 Baki 3 800 5 490 3 680 2 570 8 410 4 070 3 060 Jumlah 15 540 15 540 3. Akaun Sewa: 6 000 / 020 Akaun Perabot: 1 000 / 002 3 MODUL Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat SPM 3 PRAKTIS Soalan Objektif 1. C 2. D 3. C 4. A 5. A 6. D 7. C 8. B 9. B


16 TINGKATAN 4 KERTAS PENILAIAN Kertas 1 1. D 2. C 3. B 4. A 5. C 6. B 7. D 8. C 9. B 10. D 11. B 12. B 13. A 14. C 15. C 16. A 17. D 18. B 19. D 20. A 21. C 22. B 23. B 24. B 25. A 26. C 27. B 28. C 29. D 30. C 31. A 32. B 33. C 34. B 35. C 36. C 37. A 38. A 39. D 40. D Kertas 2 Bahagian A 1. (a) Entiti perniagaan Sumber modal Milikan tunggal Melalui pemilik perniagaan Koperasi Melalui penerimaan fi masuk dan jualan saham (b) Diskaun tunai = 5% × RM3 600 = RM180 (c) Contoh butiran P: Ambilan, Perabot Contoh butiran Q: Akaun Belum Bayar, Sewa Diterima [Terima mana-mana jawapan yang betul] (d) Modal kerja = (RM1 800 + RM7 000 + RM3 200) – RM2 140 = RM9 860 2. (a) Jurnal Am Tarikh Butir F. Debit Kredit 20X4 RM RM Mac 1 Tunai 1 800 Bank Modal (Aset dan modal pada tarikh ini) 19 000 20 800 2 Perabot Modal (Membawa masuk perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan) 450 450 15 Promosi Belian 250 250 (Mengambil barang niaga untuk kegunaan promosi) 27 Kenderaan Modal (Membawa masuk kenderaan yang dibeli dengan wang tunai peribadi untuk kegunaan perniagaan) 18 000 18 000


PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks W.M: RM20.95 / E.M: RM21.95 KC118824 ISBN: 978-629-470-451-0 SPM REVISI CEPAT Bahasa Melayu English Matematik Mathematics Sains Science Sejarah Pendidikan Islam Biologi Biology Fizik Physics Kimia Chemistry Matematik Tambahan Additional Mathematics Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek. Imbas, daftar dan masukkan Enrolment Key. Tingkatan 4 @U5zj*Ry Tingkatan 5 FwQm7uk# Cara Mengakses Kuiz MCQ Nota Padat Praktis Formatif Praktis SPM Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap Kertas Penilaian Tingkatan 4 Kod QR Kertas Model SPM Kod QR Jawapan Info, Video & Kuiz Kod QR Beli eBook di sini!


Click to View FlipBook Version