The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-06-17 02:29:01

Q&A STPM PENGAJIAN AM ( PENGGAL 1.2.3 )

Q&A STPM PENGAJIAN AM ( PENGGAL 1.2.3 )

KANDUNGAN

Skim Pentaksiran STPM iii

Penggal 1

BAB Negara Berdaulat 1

1 Bahagian A  Soalan Objektif 1
Bahagian B  Soalan Struktur   11

BAB Perlembagaan Persekutuan 21

2 Bahagian A  Soalan Objektif 21
Bahagian B  Soalan Struktur   35

BAB Tadbir Urus Negara 49

3 Bahagian A  Soalan Objektif 49
Bahagian B  Soalan Struktur   61

BAB Kedaulatan Malaysia 67

4 Bahagian C  Soalan Esei 67

Kertas Model STPM 900/1 112

Penggal 2

BAB Alih Bentuk Komunikasi 118

1 Bahagian  Soalan Alih Bentuk Komunikasi 118

BAB Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera 189

2 Bahagian  Soalan Struktur 189

v

BAB Ideologi, Wawasan, dan Dasar Pembangunan Negara 194

3 Bahagian  Soalan Struktur 194

BAB Karangan 202

4 Bahagian  Soalan Esei 202

Kertas Model STPM 900/2 267

Penggal 3

BAB Alih Bentuk Komunikasi 271

1 Bahagian  Soalan Alih Bentuk Komunikasi 271

BAB Hubungan Diplomatik 340

2 Bahagian  Soalan Objektif 340

BAB Penglibatan, Peranan, dan Sumbangan Malaysia 358

3 Bahagian  Soalan Objektif 358

BAB Isu dan cabaran 377

4 Bahagian  Soalan Esei 377

Kertas Model STPM 900/3 445

Jawapan 451

vi

4Bab Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

Kedaulatan Malaysia

4.1 Cabaran, Punca, dan Penyelesaian Penggal

Bahagian C Soalan Esei

Soalan 1 1

Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan
sesiapa di seluruh dunia. Bincangkan kesan negatif yang timbul akibat
penggunaan laman sosial yang tidak sihat dan tidak terkawal.

Rangka Jawapan

Pendahuluan:
Hakikatnya pada masa ini, seseorang yang tidak memiliki akaun di
laman sosial dianggap ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat.
Laman sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter boleh diakses di
mana-mana sahaja. Namun begitu, penggunaan laman sosial secara
tidak sihat dan tidak terkawal boleh mendatangkan kesan negatif kepada
masyarakat.
Isi-isi penting:
1. Sebagai media untuk menyebarkan fitnah
• Bahan atau gambar yang mengaibkan individu disebarkan
• Menjadi tempat untuk memburukkan nama individu
• Menimbulkan perselisihan dan pergaduhan antara individu

dalam masyarakat
2. Produktiviti merosot
• Pekerja atau pengguna akan berasa ketagih sehingga leka
• Prestasi individu merosot dan tidak produktif
• Prestasi pembangunan organisasi terganggu
3. Menyebabkan penipuan
• Penipuan oleh kenalan dari laman sosial seperti cinta siber dan

keldai dadah
• Pelaburan haram untuk menjadi lebih cepat kaya
• Penipuan perniagaan Internet untuk memperoleh maklumat

peribadi individu

67

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

4. Pengaruh budaya negatif mudah tersebar

• Bahan porno mudah disebar dan diakses

• Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin Head tersebar dalam

kalangan remaja

• Melahirkan generasi yang bermasalah dan tidak berpotensi

5. Berlakunya jenayah siber

Penggal • Pencerobohan akaun terhadap syarikat tertentu

• Pemindahan akaun kewangan syarikat atau individu

• Berlakunya kejadian rogol melalui kenalan laman sosial

Kesimpulan:

1 Setiap masyarakat harus mengambil risiko yang bakal dihadapi melalui
laman sosial. Laman sosial mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Oleh itu, masyarakat harus bijak menggunakannya.

Karangan Contoh

Pada masa ini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman
sosial dianggap sebagai ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat.
Laman sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter boleh diakses
di mana-mana sahaja. Namun begitu, penggunaan laman sosial secara
tidak sihat dan tidak terkawal dapat mendatangkan kesan negatif
kepada masyarakat.
Penggunaan laman sosial dapat mendatangkan kesan negatif
kepada pengguna siber dengan menggunakan medan ini sebagai media
untuk menyebarkan fitnah. Bahan atau gambar yang mengaibkan
individu disebarkan di Internet secara meluas. Di samping itu,
media ini juga digunakan sebagai tempat untuk memburukkan nama
individu. Bahan fitnah yang dilemparkan menyebabkan maruah atau
peribadi individu yang menjadi mangsa akan terjejas. Seterusnya,
menimbulkan perselisihan dan pergaduhan antara individu dalam
masyarakat.
Kesan negatif penggunaan laman sosial yang tidak terkawal ini
menyebabkan produktiviti yang dihasilkan individu dalam sesebuah
organisasi merosot. Pekerja atau pengguna akan berasa ketagih akan
budaya siber ini sehingga leka seterusnya mengurangkan produktiviti
yang sepatutnya dapat dihasilkan. Amalan negatif ini menyebabkan
prestasi individu merosot dan tidak produktif yang menyebabkan

68

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia Penggal

negara atau organisasi mengalami kerugian. Keadaan ini disebabkan 1
oleh pembangunan diri yang telah diabaikan. Hal ini secara langsung
menyebabkan prestasi pembangunan organisasi yang sedia ada
terganggu.
Media sosial ini juga menjadi medan pihak tertentu untuk
melakukan penipuan demi kepentingan peribadi. Media massa sering
memaparkan pengguna siber yang terpedaya oleh permainan cinta
siber dan menjadi keldai dadah. Selain itu, orang ramai juga mudah
tertipu oleh sindiket pelaburan haram untuk kaya dengan lebih cepat.
Sindiket ini menawarkan pelbagai janji manis kepada pengguna siber
dengan menawarkan pakej keuntungan saham yang berlipat ganda
dalam masa yang singkat. Seterusnya, terdapat penipuan perniagaan
melalui Internet untuk memperoleh maklumat peribadi individu.
Maklumat peribadi individu ini dimanipulasikan untuk mendatangkan
keuntungan kepada pihak tertentu.
Pengaruh budaya negatif mudah tersebar dan diikuti oleh
pengguna laman sosial terutamanya generasi muda. Bahan porno
atau lucah mudah disebarkan dan diakses oleh golongan ini. Lantaran
itu, unsur negatif ini dapat meruntuhkan akhlak generasi muda dan
memberikan kesan negatif kepada pembangunan modal insan. Di
samping itu, budaya seperti Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin Head
tersebar dalam kalangan remaja. Jelasnya, budaya tersebut menuntut
golongan remaja mengamalkan tabiat hidup yang bertentangan dengan
budaya dan agama dalam masyarakat kita. Sehubungan dengan itu,
budaya negatif yang tersebar melalui laman sosial akan melahirkan
generasi yang bermasalah dan tidak berpotensi.
Penggunaan laman sosial yang tidak sihat juga meningkatkan
kejadian jenayah siber. Jenayah siber ini boleh dilakukan oleh
individu tertentu dengan menceroboh akaun syarikat tertentu.
Kegiatan menggodam akaun ini menyebabkan akaun kewangan
sesebuah organisasi mengalami kerugian yang banyak. Di samping itu,
pemindahan wang melalui akaun kewangan organisasi dan individu
ke dalam akaun orang ketiga juga boleh dilakukan dengan licik oleh
golongan ini. Seterusnya, golongan muda terutamanya gadis remaja
juga mudah menjadi mangsa rogol oleh kenalan dari laman sosial.

69

Penggal Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat harus mengambil
risiko yang bakal dihadapi melalui laman sosial. Laman sosial
mendatangkan kebaikan dan keburukan. Oleh itu, masyarakat harus
bijak menggunakannya untuk menangkis kesan negatif penggunaannya
yang tidak terkawal.

Soalan 2

Penggunaan tenaga laser semakin penting dalam meningkatkan kemajuan
negara. Bincangkan.

1

Rangka Jawapan

Pendahuluan:
Penggunaan tenaga laser pada masa ini semakin penting dalam
melancarkan proses pembangunan negara. Penggunaan laser sering
kali digunakan dalam pelbagai sektor di negara kita sama ada dalam
sektor sosial atau ekonomi.
Isi-isi penting:
1. Teknologi hiburan dan penyiaran
• Pertunjukan cahaya dalam perasmian temasya-temasya besar
• Alat VCD dan CD memerlukan tenaga laser
• Menukar data atau maklumat
2. Teknologi percetakan
• Mengimbas drum dan fotokonduktif
• Imej diimbas lebih jitu serta tajam
• Cetakan imej yang lebih hidup
3. Teknologi maklumat
• Menghasilkan kabel sebatian optik
• Mempunyai kelajuan yang melampau untuk menghantar

maklumat
• Mengimbas kod bar pada barangan atau produk
4. Keselamatan
• Diperlukan terutama bagi tentera, polis, dan pasukan

keselamatan
• Membetulkan bidikan senjata
• Mengesan kelajuan kenderaan
• Mendapatkan ciri pengesanan yang baik

70

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia Penggal

5. Perubatan 1
• Digunakan untuk pembedahan mata
• Merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit
• Mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak

darah
Kesimpulan:
Hakikatnya, penggunaan tenaga laser terus menjadi pilihan pelbagai
sektor di negara kita. Penggunaan tenaga laser ini boleh diberi
penambahbaikan untuk membantu proses pembangunan negara.

Karangan Contoh

Penggunaan tenaga laser pada masa ini semakin penting dalam
melancarkan proses pembangunan negara. Penggunaan laser sering
kali diaplikasikan dalam pelbagai sektor di negara kita sama ada dalam
sektor sosial atau ekonomi.
Cahaya laser banyak memberikan sumbangan kepada manusia
meliputi pelbagai bidang. Antaranya dalam bidang teknologi hiburan
dan revolusi penyiaran, aplikasi laser banyak digunakan. Laser juga
digunakan sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian temasya-
temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton
filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser. Cahaya
laser yang terkena pada permukaan cakera akan menukarkan
data atau maklumat yang dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau
lagu.
Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang teknologi
percetakan, iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk
mengimbas drum dan fotokonduktif seperti kamera merakam imej
pada negatif berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya,
imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas
dengan menggunakan dakwat (toner). Imej yang diimbas oleh laser
adalah lebih jitu serta tajam dan menghasilkan cetakan imej yang lebih
hidup. Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, tetapi mesin fotokopi
mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan
imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.

71

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

Penggal Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang
informasi dan teknologi maklumat. Perkembangan aplikasi laser amat
menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel
sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya
laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya
(kelajuan cahaya dalam vakum ialah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan
maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan
efisien. Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasar
raya besar juga memerlukan imbasan laser.

1 Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan
terutama bagi tentera, polis, dan juga pasukan keselamatan yang

lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk

membetulkan bidikan senjata sebelum melepaskan tembakan. Pihak

polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.

Dari segi keselamatan pula, banyak penggera pada masa ini

menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik

serta lebih jitu.

Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang
perubatan. Penggunaan laser cukup sinonim dengan pembedahan
mata. Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi dermatology
(berkaitan dengan kulit), iaitu laser digunakan untuk merawat kulit
atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang
menghidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan menggunakan
laser, iaitu pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku
dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan
mudah melalui penggunaan laser. Kelebihan menggunakan laser dalam
rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta
mengelakkan kehilangan banyak darah.

Hakikatnya, penggunaan tenaga laser terus menjadi pilihan
pelbagai sektor di negara kita. Penggunaan tenaga laser ini boleh
diberi penambahbaikan untuk membantu proses pembangunan
negara.

72

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

Soalan 3

Aktiviti pemerdagangan manusia ialah jenayah tertua pengeksplotasian
manusia yang mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat dan
negara. Bincangkan kesan-kesan dan langkah-langkah yang perlu
ditekankan untuk mengurangkan kejadian jenayah ini daripada terus
berleluasa.

Rangka Jawapan Penggal

Pendahuluan: 1
Aktiviti pemerdagangan manusia merupakan bentuk eksploitasi terhadap
manusia sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan, dan
pemindahan organ manusia. Pelbagai kesan negatif timbul daripada
aktiviti jenayah ini dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil
untuk meminimumkan masalah ini daripada terus berleluasa.
Isi-isi penting:
A. Kesan
1. Menggugat keselamatan dan keamanan negara
• Keselamatan negara terjejas terutamanya golongan wanita dan

kanak-kanak
• Menjadi pusat transit pengedaran dadah dan jenayah berkaitan
• Kegiatan pelacuran berleluasa terutamanya di bandar-bandar

besar
2. Imej negara terjejas
• Menunjukkan penguatkuasaan undang-undang negara lemah
• Dianggap sebagai kawasan aktiviti negatif seperti pelacuran

dan kegiatan dadah
• Dianggap sebagai kawasan tidak selamat dan menjejaskan

sektor pelancongan
B. Langkah-langkah
1. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
• Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah
• Kerjasama pihak berkuasa dengan orang ramai
• Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran

2007, serta Akta Imigresen
2. Kawalan pintu masuk negara yang ketat
• Maklumat kemasukan pelancong asing dikemas kini melalui

jalan darat, air, atau udara

73

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

• Kawalan kemasukan pelancong asing yang ketat melalui

pemeriksaan dan pemantauan

• Sempadan negara di kawal oleh pihak berkuasa sama ada

kawalan kawasan perairan atau darat

3. Peranan organisasi kerajaan

• Penguatkuasaan peraturan yang selaras antara jabatan dengan

Penggal kementerian

• Peranan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam

Negeri

• Menetapkan matlamat dan strategi yang berkesan untuk

1 memerangi aktiviti ini daripada terus berleluasa
Kesimpulan:

Semua pihak sama ada pihak individu, masyarakat, atau organisasi perlu

memberikan sokongan untuk membanteras kegiatan ini. Di samping

itu, kerjasama dengan negara-negara luar juga perlu untuk memastikan

kegiatan pemerdagangan manusia dibanteras di peringkat antarabangsa.

Karangan Contoh

Aktiviti pemerdagangan TTiipp PPemeriksa
manusia merupakan bentuk
eksploitasi terhadap manusia Calon hendaklah mengemukakan
sama ada untuk tujuan seks, kesan-kesan aktiviti pemerdagangan
kerja paksa, perhambaan, dan manusia dan langkah-langkah untuk
pemindahan organ manusia. mengatasi masalah ini daripada
berleluasa.

Pelbagai kesan negatif timbul
daripada aktiviti jenayah ini dan langkah-langkah yang proaktif perlu
diambil untuk meminimumkan masalah ini daripada terus berleluasa.
Jenayah pemerdagangan manusia menggugat keselamatan
dan keamanan negara. Keselamatan golongan wanita dan kanak-
kanak terancam kerana dijual oleh sindiket tertentu untuk mengaut
keuntungan. Di samping itu, golongan lelaki pula dieksploitasi sebagai
tenaga buruh kasar yang memerah keringat mereka dengan bayaran
upah yang kecil. Aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan juga
dapat mengancam keselamatan orang awam dan negara. Kegiatan
pelacuran yang berleluasa juga menggalakkan kegiatan jenayah lain
dan menggugat keselamatan negara.

74

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia Penggal

Aktiviti pemerdagangan manusia telah menyebabkan imej negara 1
terjejas. Aktiviti ini yang sukar dikawal menyebabkan negara luar
beranggapan bahawa penguatkuasaan dalam sesebuah negara lemah
dan tidak berkesan. Selain itu, negara yang mengalami masalah aktiviti
pemerdagangan manusia yang serius selalu dilabelkan sebagai kawasan
hitam, iaitu pusat kegiatan pelacuran dan dadah. Selain itu, negara
terbabit juga dianggap sebagai kawasan yang tidak selamat dan secara
tidak langsung dapat menjejaskan sektor pelancongan yang merupakan
suatu cabang ekonomi yang berpotensi.
Lantaran itu, usaha-usaha memperkasakan penguatkuasaan
undang-undang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
memastikan aktiviti ini tidak berleluasa. Kerajaan boleh bersepakat
untuk mengambil keputusan mengenakan hukuman yang lebih
berat kepada pesalah yang melakukan kegiatan pemerdagangan
manusia. Peranan orang ramai yang bekerjasama dengan pihak
berkuasa dalam melaporkan kegiatan pemerdagangan manusia dapat
membanteras kegiatan ini dengan berkesan. Selain itu, akta yang
berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia seperti Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, serta
Akta Imigresen perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan tegas.
Kawalan di pintu masuk negara yang ketat juga merupakan langkah
yang berkesan untuk meminimumkan kegiatan pemerdagangan
manusia. Sehubungan dengan itu, maklumat tentang kemasukan
pelancong asing perlu sentiasa dikemas kini sama ada melalui jalan
air, darat, atau udara. Hakikatnya, kawalan kemasukan pelancong asing
yang ketat melalui pemeriksaan dan pemantauan di sempadan negara
atau lapangan pengangkutan dapat mengatasi masalah ini. Oleh itu,
sempadan negara perlu sentiasa dikawal oleh pihak berkuasa sama
ada kawalan di perairan atau jalan darat.
Usaha membanteras pemerdagangan manusia tidak akan berjaya
tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak. Organisasi kerajaan haruslah
melaksanakan penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan selaras antara
jabatan dengan kementerian khususnya Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri. Penetapan
matlamat dan strategi yang berkesan dapat mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa.
Kesimpulannya, semua pihak sama ada pihak individu, masyarakat,
atau organisasi perlu memberikan sokongan untuk membanteras
kegiatan ini. Di samping itu, kerjasama dengan negara-negara luar
juga perlu untuk memastikan kegiatan pemerdagangan manusia dapat
dibanteras di peringkat antarabangsa.

75

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 4 Kedaulatan Malaysia

Soalan 4

Pembangunan modal insan menjadi tunjang pembangunan negara pada
masa kini dan masa hadapan. Bincangkan kepentingan pembangunan
modal insan kepada pembangunan negara dan langkah untuk mencapai
matlamat tersebut.

Penggal Rangka Jawapan

Pendahuluan:

1 Pembangunan modal insan merupakan teras utama dalam
melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berpandukan

Misi Nasional. Pembangunan modal insan mendatangkan manfaat

kepada pembangunan negara yang perlu disokong dengan strategi yang

berkesan dan holistik.

Isi-isi penting:

A. Kepentingan

1. Sumber tenaga yang berkualiti

• Tenaga kerja yang produktif dan berdaya saing

• Tenaga kerja yang menguasai kemahiran dan teknologi

• Melahirkan tenaga pakar dan tidak bergantung kepada tenaga

kerja luar

2. Menyediakan bakal pemimpin yang berwibawa

• Pemimpin yang berkarisma dan berkualiti melalui sistem

pendidikan

• Pemimpin yang berintegriti dan telus

• Pemimpin yang mempunyai kekuatan jati diri dan berdaya

tahan

3. Pemangkin pembangunan negara

• Koridor pembangunan ekonomi membuka peluang kerja

kepada orang ramai

• Peningkatan budaya kerja menggalakkan pelaburan asing

• Peningkatan penguasaan sains dan teknologi meningkatkan

produktiviti negara dengan cepat

B. Langkah-langkah

1. Penekanan tentang penguasaan ilmu pengetahuan

• Latihan dan kemahiran seperti Pusat Teknologi Lanjutan dan

Pusat Giat Mara

76

Jawapan

Kertas Model STPM 900/1

Bahagian A 2. B 3. D 4. B 5. B
1. D 7. B 8. A 9. A 10. A
6. A 12. D 13. D 14. C 15. B
11. B

Bahagian B
16. (a) Membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya

dan lebih berkesan.
(b) Membolehkan ahli Parlimen berbincang dengan bebas tanpa khuatir

dikenakan tindakan undang-undang.
17. (a) Mengawasi/ memastikan persidangan dewan berjalan lancar.
(b) Mengatur perbahasan dewan agar tidak menyimpang/menyeleweng

daripada isu yang sedang dibahaskan.
(c) Membuat keputusan terhadap peraturan persidangan sekiranya berlaku

perbalahan antara ahli dewan.
18. (a) Berkuasa untuk menjalankan siasatan awal untuk kes jenayah yang

membawa hukuman mati untuk Mahkamah Tinggi.
(b) Berkuasa untuk membicara dan menjatuhkan hukuman bagi semua kes

jenayah kecuali yang membawa hukuman mati.
(c) Mengendalikan kes-kes sivil yang tuntuannya tidak melebihi RM250 000.
(d) Berkuasa untuk menyemak rekod dan keputusan mahkamah di bawahnya.
19. (a) (i) Menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan

komunikasi sektor awam.
(ii) Pakar runding dalam pengurusan organisasi sektor awam.
(b) (i) Meningkatkan tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi.
(ii) Membangunkan sistem aplikasi e-program yang berkesan.
(iii) Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan

penjawat awam.
(iv) Pemudah cara dalam pelaksanaan program pemodenan dan

transformasi perkhidmatan awam.

Bahagian C
20. Pendahuluan:
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kini semakin meluas

disebabkan oleh kemudahan Internet yang mudah dan murah

451

Pengajian Am Penggal 1,2,3 STPM Jawapan

Isi-isi:
(a) Jurang digital (isi wajib)
• Kawasan pedalaman masih kurang capaian Internet
• Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi masih kurang

disebabkan oleh bentuk muka bumi yang sukar
• Penduduk di bandar lebih terdedah kepada teknologi maklumat dan

komunikasi berbanding dengan penduduk di luar bandar
(b) Kadar literasi komputer
• Kadar literasi komputer masih rendah
• Berpunca daripada kemampuan dan taraf hidup penduduk luar

bandar
• Golongan tua paling rendah menguasai komputer
(c) Kos yang tinggi
• Kos menyediakan kemudahan komputer yang tinggi
• Kos penyelenggaraan juga mahal
• Kos memberikan latihan dan kursus
• Melambatkan penguasaan rakyat terhadap penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi
(d) Penerimaan masyarakat
• Masyarakat lebih mengutamakan keperluan seharian
• Masyarakat menganggap teknologi maklumat dan komunikasi banyak

membawa impak negatif
• Menjejaskan nilai-nilai murni dalam masyarakat
(e) Pengaruh budaya negatif
• Kemasukan pemikiran atau ideologi baharu yang merosakkan
• Rakyat tidak menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

secara positif
• Tidak berfikir, kurang inovasi, dan kurang kreatif
• Terjebak dalam masalah salah laku, penyebaran fitnah, dan khabar

angin
Kesimpulan:
Teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan dengan sebaik
mungkin kerana banyak ilmu yang boleh diperoleh sekiranya dimanfaatkan
dengan baik

21. Pendahuluan:
Malaysia sering menggalakkan sebarang penciptaan atau inovasi untuk

meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. Inovasi pula menjurus kepada
penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran atau idea yang sedia
ada sehingga memberikan nilai tambah baharu yang boleh diguna pakai dan
dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan

452


Click to View FlipBook Version