KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik SKOR A TINGKATAN KSSM Berdasarkan Format UASA Terkini Set Dapat Dileraikan Jawapan Lengkap 6 Set Ujian Akhir Sesi Akademik ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF 3 Masariah Mispari SEJARAH [21]
ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 Sejarah [21] 2 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 Nama No. Kad Pengenalan Kelas SKOR Peratus Gred
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 1. Rajah berikut menunjukkan perubahan sukatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu. • Leng • Cupak • Gantang • Auns • Paun • Tan Mengapakah keadaan tersebut berlaku? A Pengaruh daripada British B Perdagangan dengan China C Kemunculan pelabuhan baharu D Kemajuan perdagangan antarabangsa 2. Pada abad ke-19, berlaku perkembangan industri mengetin di Amerika Syarikat. Apakah kesan perkembangan tersebut kepada Alam Melayu? A Pengenalan sistem cukai B Peluang pekerjaan meningkat C Perdagangan tradisional merosot D Permintaan bijih timah meningkat 3. Pada abad ke-19, kuasa Barat berlumba-lumba mendapatkan tanah jajahan yang baharu di Kepulauan Melayu. Mengapakah British bimbang keadaan tersebut berlaku? A Mengekalkan kedaulatan wilayah B Melindungi kepentingan ekonomi C Mencetuskan peperangan saudara D Menghapuskan monopoli perdagangan 4. Apakah kesan peristiwa berikut kepada kerajaan Kedah? Pada tahun 1800, Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin didesak menandatangani perjanjian dengan British. A Kuasa sultan dikurangkan B British diiktiraf di Pulau Pinang C Kehilangan hak di Seberang Perai D Pelaksanaan undang-undang Barat 5. Maklumat berikut merupakan antara syarat Perjanjian London 1824 ke atas Belanda. • Mengiktiraf petempatan British di Singapura • Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu Apakah kesan syarat tersebut kepada Tanah Melayu? A Peluasan kuasa British B Penentangan penduduk C Pemodenan pentadbiran D Penamatan dasar monopoli Belanda 6. Rajah berikut menunjukkan pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat pada tahun 1867. Pentadbiran Negeri-negeri Selat di India Pentadbiran Negeri-negeri Selat di London Apakah faktor pemindahan tersebut? A Desakan pedagang B Kedudukan India terlalu jauh C Pemberontakan buruh di India D Penubuhan Majlis Perundangan 7. Senarai berikut merupakan tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu. • Raja Busu • Sultan Ismail Apakah persamaan tokoh-tokoh tersebut? A Menyatukan negeri B Memodenkan pentadbiran C Memajukan perlombongan D Membangunkan bandar baharu Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan.
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8. Maklumat berikut berkaitan dengan syarat Perjanjian Pangkor 1874 antara Raja Abdullah dengan British di Perak. Syarat Perjanjian Pangkor 1874 Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak Sultan menerima seorang Residen British X Apakah X? A Penyatuan wilayah B Pelantikan seorang Konsul British C Pengenalan raja berperlembagaan D Pungutan cukai dikuasai oleh British 9. Mengapakah British memperkenalkan sistem pentadbiran berikut? Tahun Peristiwa 1896 Negeri-negeri Melayu Bersekutu I Menyeragamkan pentadbiran II Memajukan kawasan perlombongan III Memantapkan pentadbiran tempatan IV Menangani masalah kewangan Pahang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Slogan berikut digunakan oleh British untuk mewajarkan peluasan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Utara. “Beban Orang Putih” Apakah alasan British bagi mewajarkan tindakan tersebut? A Kekejaman Siam B Memajukan ekonomi C Memodenkan pentadbiran D Menyebarkan agama Kristian 11. Bagaimanakah Siam berjaya mengukuhkan pengaruhnya di wilayah berikut sebelum tahun 1909? • Perlis • Kedah • Kelantan • Terengganu A Melantik penasihat B Menerima bunga emas C Menempatkan pasukan tentera D Menggalakkan perkahwinan diraja 12. Jadual berikut menunjukkan Penasihat British yang dilantik selepas Perjanjian Bangkok 1909. Negeri Penasihat British Kelantan J.S. Mason Kedah George Maxwell Perlis Meadow Frost Apakah tanggungjawab Penasihat British tersebut? A Melindungi pelaburan B Mengurus hal ehwal luar C Menjamin keselamatan negeri D Menentukan dasar pentadbiran 13. Bagaimanakah tokoh berikut menyelesaikan masalah perbalahan di Kuching, Sarawak? Pengiran Raja Muda Hashim A Meminta bantuan luar B Melantik golongan datu C Memerangi pemberontak D Menghantar wakil yang baharu
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 14. Apakah kejayaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) daripada peristiwa berikut? SBUB berjaya mendapat status piagam pada tahun 1881. A Menguasai Sabah B Mengukuhkan pertahanan C Menguasai laluan perdagangan D Meluaskan pengaruh ke Sarawak 15. Apakah sumbangan tokoh berikut kepada aktiviti ekonomi di Tanah Melayu? H.N. Ridley A Meningkatkan mutu getah B Mengurangkan kadar cukai C Memperkenalkan akta tanah D Membawa masuk buruh luar 16. Apakah kepentingan syarikat berikut semasa penguasaan British di Tanah Melayu? • Boustead and Company • Barlow and Company • Sime Darby A Menyalurkan modal besar B Membangunkan bandar baharu C Memajukan sistem pengangkutan D Memperkenalkan institusi kewangan 17. Kebangkitan Tani di Terengganu dipimpin oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Apakah strategi yang digunakan oleh beliau untuk menentang British di Terengganu? A Mencabar perjanjian B Mengadakan rundingan C Melancarkan gerakan revolusi D Menggunakan sistem perundangan 18. Rentap berjaya mematahkan serangan keluarga Brooke sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1857 dan 1858. Apakah faktor kejayaan tersebut? A Keutuhan kubu pertahanan B Kekuatan perpaduan rakyat C Mempunyai bala tentera yang ramai D Mendapat bantuan pembesar tempatan 19. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh Temenggung Daeng Ibrahim di Johor. • Memodenkan pentadbiran negeri • Memperkenalkan Sistem Kangcu Apakah kesan tindakan tersebut? A Mengukuhkan kedudukan sultan B Menyekat peluasan kuasa British C Menghalang kemasukan buruh luar D Mewujudkan hubungan baik dengan British 20. Undang-undang berikut digubal semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu Apakah kepentingan undang-undang tersebut? A Melemahkan pengaruh Siam B Memelihara kedaulatan negeri C Melindungi kepentingan keluarga diraja D Memantapkan kerjasama dengan British
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Peta berikut menunjukkan kuasa Barat yang datang ke Alam Melayu. Jalan Belanda Lautan Atlantik Lautan Pasifik Lautan Hindi Laut China Selatan Kepulauan Haiti San Salvador India Inggeris Belanda Sepanyol Portugis Melaka Betawi Filipina Kepulauan Maluku P. Guam Selat Magellan Tanjung Harapan Jalan Sepanyol Jalan Inggeris Jalan Portugis U 1. (a) Nyatakan dua kuasa Barat yang datang ke Alam Melayu pada abad ke-16. (i) (ii) [2 markah] (b) Apakah tujuan kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu pada abad ke-16? [4 markah] (c) Negara kita kekal menjadi tumpuan kuasa luar hingga kini. Pada pendapat anda, apakah manfaat kedatangan kuasa luar tersebut? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. X Majlis Mesyuarat Negeri Perak Majlis Mesyuarat Negeri Selangor Majlis Mesyuarat Negeri Pahang Residen Jeneral (Berpusat di Kuala Lumpur) Y 2. (a) Apakah X dan Y? (i) X : (ii) Y : [2 markah] (b) Jelaskan kesan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terhadap Majlis Mesyuarat Negeri. [4 markah] (c) Mengapakah pentadbiran yang sistematik penting kepada sesebuah negara? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Peta berikut menunjukkan lokasi penentangan Mat Salleh di Sabah. Sabah Tambunan Inanam Ranau Laut China Selatan Laut Sulu Laut Sulawesi U PETUNJUK Lokasi penentangan Mat Salleh 3. (a) Jelaskan sebab Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah. [2 markah] (b) Perihalkan peristiwa penentangan Mat Salleh terhadap SBUB. [4 markah] (c) Apakah sifat Mat Salleh yang patut anda contohi agar dapat mempertahankan kedaulatan negara? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan di Johor. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor • Diasaskan pada 14 April 1895 • Dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar 4. (a) Nyatakan kandungan undang-undang tersebut. [3 markah] (b) Apakah kepentingan undang-undang tersebut kepada negeri Johor? [3 markah] (c) Undang-undang mampu mendisiplinkan masyarakat. Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. Rajah berikut menunjukkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Perlis Terengganu Kedah Johor Kelantan 1. (a) Jelaskan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. [6 markah] (b) Bagaimanakah British mengukuhkan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu? [6 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 (c) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara? [8 markah] Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pemantapan pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah. • Pembahagian wilayah • Pengekalan pembesar tempatan • Pentadbiran yang berhierarki • Pentadbiran berasaskan kaum • Perundangan 2. (a) Jelaskan peranan pembesar tempatan dalam pentadbiran berikut: (i) Sarawak (ii) Sabah [6 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa (b) Terangkan pentadbiran berasaskan kaum di Sarawak dan Sabah. [6 markah] (c) Sistem pentadbiran yang mantap penting untuk kesejahteraan rakyat. Jelaskan pernyataan tersebut. [8 markah]
Sejarah Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 NAMA: ............................................................................................................................. KELAS: ........................................................................................................................... BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A 1. A B C D 11. A B C D 2. A B C D 12. A B C D 3. A B C D 13. A B C D 4. A B C D 14. A B C D 5. A B C D 15. A B C D 6. A B C D 16. A B C D 7. A B C D 17. A B C D 8. A B C D 18. A B C D 9. A B C D 19. A B C D 10. A B C D 20. A B C D
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS MODEL 1 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. A Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu seperti auns, paun, tan dan gelen. 2. D Perkembangan industri mengetin di Amerika Syarikat menyebabkan permintaan terhadap bijih timah dari negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat. 3. B British bimbang kuasa Barat berlumbalumba untuk mendapatkan tanah jajahan baharu di Kepulauan Melayu kerana ingin melindungi kepentingan ekonomi mereka. 4. C Perjanjian antara Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin dengan British pada tahun 1800 membolehkan British menduduki Seberang Perai. 5. A Kesan syarat Perjanjian London 1824 ke atas Belanda ialah menyebabkan peluasan kuasa British di Tanah Melayu. 6. A Antara faktor pemindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS) di India ke London ialah desakan pedagang dan penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pejabat India. 7. C Raja Busu dan Sultan Ismail telah memajukan perlombongan bijih timah pada abad ke-19. 8. D Antara syarat lain Perjanjian Pangkor 1874 antara Raja Abdullah dengan British di Perak ialah British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai, Raja Ismail memakai gelaran Sultan Muda dan mentadbir sebuah jajahan kecil serta Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen. 9. B Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk bagi menyeragamkan pentadbiran, menangani masalah kewangan Pahang, mengatasi kelemahan Sistem Residen dan menjamin keselamatan. 10. A British menggunakan alasan Siam melakukan kekejaman bagi mewajarkan peluasan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Utara. 11. B Bagi kerajaan Siam, negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungannya dan perlu menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sebagai tanda pertuanan Siam. Soalan Jawapan Ulasan 12. D Penasihat British yang dilantik selepas Perjanjian Bangkok 1909 bertanggungjawab menentukan dasar pentadbiran negeri. 13. A Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke bagi menyelesaikan masalah perbalahan di Kuching, Sarawak. 14. A SBUB berjaya menguasai Sabah setelah mendapat status piagam pada tahun 1881. 15. A H.N. Ridley memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem dan teknik membungkus anak-anak pokok getah. 16. A Kepentingan syarikat Boustead and Company, Barlow and Company dan Sime Darby ialah menyalurkan modal besar. 17. D Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan sistem perundangan dan agama untuk menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British di Terengganu. 18. A Rentap berjaya mematahkan serangan keluarga Brooke pada tahun 1857 dan 1858 kerana keutuhan kubu Bukit Sadok. 19. B Tindakan Temenggung Daeng Ibrahim memodenkan pentadbiran negeri dan memperkenalkan Sistem Kangcu telah menyekat peluasan kuasa British di Johor. 20. B Penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu merupakan langkah Sultan Zainal Abidin III untuk memantapkan pentadbiran dan memelihara kedaulatan negeri. Bahagian B 1. (a) F1 Portugis F2 Sepanyol (b) F1 Mendapatkan rempah-ratus / minyak wangi / emas / perak / gading / hasil hutan / batu permata F2 Mendapatkan barangan mewah dari China F3 Seperti teh / sutera / tembikar F4 Memerlukan pusat pengumpulan barang F5 Mengumpulkan bahan mentah dari Kepulauan Melayu F6 Seperti emas / perak / bijih timah / rempah-ratus F7 Memerlukan pelabuhan persinggahan yang sesuai F8 Berlindung daripada angin monsun F9 Mendapatkan bekalan air dan makanan F10 Membaiki kapal sebelum belayar ke Canton F11 Menyebarkan agama Kristian [Mak. 4m] (c) F1 Membawa pelaburan F2 Membuka kilang / industri / perladangan F3 Menyediakan peluang pekerjaan F4 Perkongsian kepakaran F5 Perkongsian teknologi F6 Menggalakkan pertumbuhan industri negara JAWAPAN
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Sejarah Tingkatan 3 Jawapan F7 Kesannya, pertumbuhan ekonomi negara pesat [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 4m] 2. (a) (i) Pesuruhjaya Tinggi British (ii) Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan (b) F1 Tidak lagi berkuasa F2 Kuasa perundangan terletak di tangan Residen Jeneral F3 Peranan Raja-raja Melayu diambil alih oleh Residen Jeneral F4 Kuasa Raja-raja Melayu terhakis F5 Terpaksa menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara F6 Kecuali berkaitan dengan agama dan adat Melayu [Mak. 4m] (c) F1 Menjamin pentadbiran yang stabil F2 Melicinkan urusan pentadbiran F3 Pembangunan negara menjadi pesat F4 Meningkatkan kemajuan ekonomi F5 Pemimpin mentadbir dengan adil dan saksama F6 Mengekalkan keamanan negara F7 Mewujudkan kerajaan yang berdaulat [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 4m] 3. (a) F1 SBUB mengambil alih hak memungut cukai F2 Pembesar tempatan kehilangan kuasa F3 Rundingan Mat Salleh dengan SBUB gagal F4 Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB [Mak. 2m] (b) F1 Pada Julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya F2 Mat Salleh membina kubu di Ranau F3 Mat Salleh menyerang Ambong pada November 1897 F4 Pada tahun 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal F5 Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan F6 SBUB mungkir janji / mengambil alih pentadbiran di Tambunan pada tahun 1899 F7 SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh, Tambunan F8 Mat Salleh gugur dalam petempuran di Tambunan pada tahun 1900 [Mak. 4m] (c) F1 Semangat cinta akan negara F2 Berani menentang musuh F3 Gigih mempertahankan maruah bangsa dan negara F4 Bersemangat waja F5 Berani mempertahankan hak F6 Sanggup berkorban demi negara [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 4m] 4. (a) F1 Sultan tidak boleh menyerahkan negeri / kerajaan Johor kepada kuasa asing F2 Menteri / Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak boleh menyerahkan negeri kepada kerajaan asing F3 Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat Johor dan beragama Islam F4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat Johor F5 Agama Islam sebagai agama negeri selamalamanya F6 Raja dan kerajaan Johor mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 3m] (b) F1 Menyediakan asas kukuh bagi mengimbangi kuasa British F2 Mempertahankan identiti negeri F3 Membentuk kerajaan demokrasi F4 Memberikan kesan kepada rancangan British untuk menguasai Johor [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 3m] (c) F1 Undang-undang mengikat tindakan masyarakat F2 Masyarakat tidak akan melakukan jenayah F3 Negara aman dan harmoni F4 Hukuman / denda menghalang masyarakat melakukan jenayah F5 Kesannya, jenayah berkurangan [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 4m] Bahagian C 1. (a) F1 Pentadbiran bersifat longgar F2 Tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran yang tunggal F3 Tidak ada perjanjian khas F4 Lebih bersifat membezakan pentadbiran ini dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu F5 Diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu F6 Raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding dengan raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu F7 Tetap kedudukannya sebagai negeri-negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas F8 Dan mempunyai kuasa autonomi [Mak. 6m] (b) F1 Melantik Penasihat British F2 Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran F3 Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri F4 Mengurangkan kuasa sultan dan pembesar F5 Pelantikan pegawai British sebagai kakitangan perkhidmatan awam F6 Pengenalan Birokrasi Barat F7 Jabatan-jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri F8 Pasukan polis diwujudkan F9 Urusan pentadbiran negeri mengikut cara Barat F10 Mahkamah sivil diperkenalkan F11 Kuasa sultan / pembesar / pentadbiran tradisional tergugat [Mak. 6m] (c) F1 Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat F2 Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran F3 Mewujudkan kestabilan politik F4 Memupuk perpaduan kaum F5 Menghayati prinsip Rukun Negara F6 Memperkukuh pertahanan negara F7 Bekerjasama menghadapi cabaran F8 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar F9 Berusaha memajukan ekonomi negara F10 Tidak terlibat dengan kegiatan subversif
J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Tingkatan 3 Jawapan F12 Mengelakkan campur tangan kuasa asing [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 8m] KERTAS MODEL 2 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. D Sepanyol menakluki Kesultanan Sulu, British menjadikan Kesultanan Brunei sebagai negeri naungannya, Belanda berusaha mendapatkan seluruh Kesultanan Hindia Timur dan Portugis ingin mendapatkan Timor Leste. 2. C British memanipulasi kejadian lanun merompak kapal dagangnya dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado untuk campur tangan di Selangor. 3. A Sultan Kedah menganugerahkan Batu Uban, Pulau Pinang kepada orang Melayu dari Sumatera pada tahun 1759 sebagai membalas jasa mereka membantu Kesultanan Kedah menentang Siam. 4. A Bagi menghadapi masalah ancaman tentera Perancis dan saingan daripada Belanda di Alam Melayu, British menguasai Pulau Pinang. 5. C Belanda mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya dan kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi. 6. B Perang Larut dan perebutan takhta Kesultanan Perak telah membuka peluang kepada British untuk menguasai Perak. 7. D Peranan Residen British ialah menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu. 8. C Penubuhan NNS dan NNMB memberikan iktibar kepada kita supaya berwaspada terhadap kuasa asing. 9. B Pemerintah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjalin hubungan baik dengan Siam untuk mempertahankan negeri. 10. D Gelaran Phya Songkhram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit diberikan oleh Maharaja Siam kepada kerajaan Perlis. 11. C Pelantikan Douglas Graham Campbell sebagai Penasihat Am British pertama di Johor telah menukarkan taraf Johor daripada negeri berdaulat kepada sebuah negeri naungan British. F11 Memperteguh jati diri F12 Tidak terlibat dalam tindakan yang boleh menggugat keamanan negara [Mana-mana jawapan yang munasabah] [Mak. 8m] 2. (a) (i) F1 Mengisi kekurangan pegawai Eropah F2 Pelibatan pemimpin tempatan, iaitu kalangan Datu F3 Seperti Datu Patinggi / Datu Bandar / Datu Temenggung / Datu Imam / Datu Hakim F4 Tidak dibenarkan mengutip cukai F5 Diberikan gaji F6 Berperanan membantu pentadbiran (ii) F1 Ketua Anak Negeri yang diakui dibayar gaji F2 Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak dibayar gaji F3 Ketua bergaji memelihara keamanan dan peraturan F4 Mengutip cukai kepala F5 Mentadbir keadilan F6 Ketua Anak Negeri membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran peringkat daerah F7 Ketua Anak Negeri dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri F8 Bertugas menjaga keamanan daerah F9 Memungut cukai F10 Mengurus pentadbiran keadilan (pembantu majistret) [Mak. 6m] (b) Sarawak F1 Mengamalkan sistem pecah dan perintah F2 Masyarakat dikelompokkan dalam tiga kategori, iaitu Melayu, Iban dan Cina F3 Orang Melayu dalam pentadbiran F4 Orang Cina dalam ekonomi F5 Orang Iban dalam keselamatan dan ketenteraan F6 Charles Brooke mewujudkan jawatan tertinggi masyarakat Iban, iaitu Temenggung F7 Jawatan Kapitan dan Kangcu diwujudkan bagi orang Cina Sabah F1 Pentadbiran berasaskan peribumi F2 Pentadbir dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah F3 Ketua-ketua etnik dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran F4 Memberikan kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkat tempatan [Mak. 6m] (c) F1 Pengurusan pentadbiran cekap / sistematik F2 Adil dan tiada pembolotan kuasa F3 Memberikan tumpuan terhadap pembangunan negara F4 Menyediakan pelbagai kemudahan / prasarana F5 Mewujudkan peluang pekerjaan F6 Meningkatkan pendapatan rakyat F7 Meningkatkan taraf hidup rakyat F8 Menjamin kestabilan politik F9 Menjamin keharmonian / keamanan negara F10 Rakyat hidup selamat dan makmur F11 Negara menjadi kuat
KERTAS MODEL SKOR A Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. WC233064 Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: 1 2 3 BAHASA MELAYU ENGLISH SAINS | SCIENCE MATEMATIK | MATHEMATICS ASAS SAINS KOMPUTER SEJARAH GEOGRAFI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM WC233064 ISBN: 978-629-470-602-6 SUBJEK/ TINGKATAN TINGKATAN UASA 3 KSSM Ujian Akhir Sesi Akademik PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks SKOR A KERTAS MODEL UASA Tingkatan 3 PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN Jenis instrumen Ujian Bertulis Jenis soalan Objektif Aneka Pilihan (OAP) Subjektif Respons Terhad (SRT) Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan soalan Bahagian A: OAP – 20 soalan Bahagian B: SRT – 4 soalan Bahagian C: SRTb – 2 soalan Jawab 1 soalan sahaja Jumlah markah Bahagian A: 20 markah Bahagian B: 40 markah Bahagian C: 20 markah Jumlah: 80 markah Tempoh ujian 2 jam SEJARAH SEJARAH SKOR A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan model pentaksiran PBD sumatif yang mempersiapkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik! [21] W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95