PEN G KA R YA
GURU
MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA
Samsiah Mohd. Nor
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
Herba Legasi Bonda (prelims).indd 1 4/1/15 9:00 AM
Herba Legasi Bonda
oleh Samsiah Mohd. Nor
Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2014
anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: [email protected]
© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2015
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran
daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Samsiah Mohd. Nor, 1965-
Herba Legasi Bonda / Samsiah Mohd. Nor.
ISBN 978-967-5671-88-3
1. Malay fiction. I. Judul.
899.2333
Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Bukit 8, Kawasan Perindustrian Miel,
Bandar Baru Seri Alam,
81750 Masai, Johor Darul Takzim.
Herba Legasi Bonda (prelims).indd 2 4/1/15 9:00 AM
Kandungan
Bab 1 Nyanyian Alam 1
Bab 2 Di Mana Atuk 21
Bab 3 Erti Kasih Seorang Nenek 51
Bab 4 Taman Dalam Rimba 83
Bab 5 Mendung Di Hati 111
Bab 6 Tihaniku Sayang 131
Bab 7 Serikandi Rimba 147
Bab 8 Antara Dua Pilihan 173
Bab 9 Memori Rakit Buluh 189
Bab 10 Seindah Dahlia 211
Bab 11 Pagi Hari Ketiga 233
Bab 12 Menanti Sejalur Cahaya Mentari
255
Bab 13 Kebun Cinta Dahlia 275
Tentang Penulis 289
Herba Legasi Bonda (prelims).indd 3 4/1/15 9:00 AM
Herba Legasi Bonda (prelims).indd 4 4/1/15 9:00 AM
Herba Legasi Bonda.indd 1 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
Hatinya luka! Jiwanya berduka. Wajahnya
mencuka. Pagi itu serba-serbi tidak kena
jadinya. Manakan tidak! Dalam telefon
bimbitnya tadi terbukti sudah sesuatu
yang tidak pernah diduganya sebelum
ini. Tulisan rakan-rakan dalam kumpulan
Wassapnya memburukkan lagi paginya yang
sememangnya tidak ceria.
Inilah agaknya perumpamaan yang selalu
disebut Cikgu Nur Husna Kautsar – sudah
jatuh ditimpa tangga!
Mata Tihani Sumaiyah membaca lagi
catatan pedih yang menyambutnya pagi itu.
Dadanya berasa ketat. Status yang ditulis oleh
rakan-rakan dalam kumpulan Wassap Teratai
Rindu di Tasik Madu, kian merobek hatinya.
Sungguhpun hati sudah robek, peliknya
rangkaian komen-komen itu dibaca juga
berulang-ulang.
2
Herba Legasi Bonda.indd 2 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
‘Tak sangka, ya, diam-diam Zafran suka
Tashirah. )
‘Adik yang suka, kakak yang dipuja.
LOL!’
Cerita bersambung-sambung. Rakan-
rakan sembang dalam grup itu saling memberi
komen dan menokok tambah.
Tihani merasakan dirinya dipersenda
dan ditertawakan oleh kawan-kawan melalui
status mereka. Berlumba-lumba mereka
memberi komen yang diiringi gelak ketawa.
Semua seolah-olah sudah berpakat mahu
mengenakannya.
Mereka semua memang tahu bahawa
sejak Tahun Tiga lagi dia sudah suka sangat
akan Rayyan. Budak lelaki tampan yang
merupakan Ketua Pengawas itu memang
digilai ramai. Yang tidak diduga mereka sama
sekali, diam-diam Rayyan meminati Tashirah
Umairah. Kakak kembar Tihani Sumaiyah.
Hati Tihani semakin terbakar ketika
matanya melirik tulisan-tulisan seterusnya.
3
Herba Legasi Bonda.indd 3 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
‘Tak hairanlah kalau Rayyan suka
Tashirah. Tashirah ada semua. Sudahlah
pandai, cantik pulak.’
‘Untungnya jadi Tashirah.’
‘Jangan tak tahu. Si Tashirah jadi rebutan
budak-budak lelaki yang hot di sekolah
kita, tau.’
‘Aku rasa Tashirah tentu pilih Rayyan.’
‘Mestilah! Enggang terbang sama
enggang. Takkan nak terbang dengan
pipit.’
‘Pipit tak boleh terbang tinggi. Sayap
kecil… mana kuat nak redah angin.’
‘Tashirah dengan Rayyan tu macam
pinang dibelah dua. Hai, bertuahnya
badan kalau aku jadi Tashirah…’
Tihani dapat membayangkan gelak
ketawa mereka. Dia mencampakkan telefon
bimbitnya ke tilam. Sakit betul hatinya. Dia
menggetap-getapkan bibirnya.
4
Herba Legasi Bonda.indd 4 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
Di rumah, Tashirah Umairah jadi pujaan
ibu. Jadi kesayangan ayah. Di sekolah,
Tashirah Umairah jadi idola junior. Dilabel
guru sebagai murid contoh. Sekarang pula,
budak lelaki yang paling digilai di sekolah
meminati Tashirah Umairah!
Ini sudah melampau! hati Tihani menjerit.
Dia memejamkan mata seketika. Tiba-
tiba ibu jari kakinya terasa sakit. Pantas
diperiksanya. Beberapa ekor semut merah
sedang merayap di kakinya. Dipicitnya seekor
yang sedang menggigit ibu jarinya. Yang
merayap di atas tapak kaki pun ditenyehnya
sampai mati.
“Semut dari mana ni? Dahlah hati aku
sakit, kau tambah sakit lagi.”
Tihani merungut-rungut sambil
memandang sekelilingnya. Dia terpandang
deretan semut merayap di atas meja belajarnya.
Tihani mendengus. Meja belajar yang
berselerak direnungnya. Bermacam-macam
objek ada di atas meja itu. Beberapa buah
majalah hiburan, sebiji pinggan kotor dengan
sudu dan garpu di atasnya, dan dua biji gelas
5
Herba Legasi Bonda.indd 5 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
yang masih bersisa minuman di dalamnya –
di permukaan airnya kelihatan semut-semut
terapung mati. Deretan semut yang merayap
membentuk satu garisan berbengkang-
bengkok pada dinding bilik.
“Merata-rata semut ni…”
Tihani menghentak-hentakkan kaki,
geram. Pada apa atau siapa sebenarnya
dia melampiaskan kemarahan, dia tidak
pasti. Adakah terhadap diri sendiri? Besar
kemungkinan.
Tihani memandang bilik tidurnya yang
kotor dan suram, tidak bermaya. Tingkap
bilik tertutup kemas, sudah sekian lama tidak
dibukanya. Sudah sekian lama juga Tihani
tidak mempedulikan keadaan biliknya itu.
Keadaan yang berselerak dan menyakitkan
mata apabila dipandang.
Di suatu sudut kelihatan sebakul pakaian
kotor. Bertimbun sampai melimpah keluar.
Tihani menjeling benci. Dia tidak suka
pakaian-pakaian itu di dalam biliknya.
Sejak Puan Solehah, ibunya, membuat
peraturan baharu – pakaian kotor hendaklah
6
Herba Legasi Bonda.indd 6 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda.indd 7 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
dibawa turun sendiri ke bawah untuk dicuci
– sering kali berhari-hari pakaian kotornya
bertapa di dalam bakul pakaian. Malas hendak
membawa turun bakul pakaian kotornya,
Tihani sering dileteri.
Tihani tidak kisah dileteri ibunya asalkan
dia dapat menghadap komputer riba atau
menghadap telefon bimbit, untuk melayari
internet dan berchatting, hampir sepanjang
hari pada cuti hujung minggu.
Tihani menggeliat malas. Dia duduk
semula di birai katil. Matanya terkebil-kebil,
kuyu. Dia masih mengantuk. Pagi itu dia
bangun agak awal. Dia memaksa dirinya
bangun awal kerana sudah berjanji pada
ibunya. Kalau dia bangun awal pagi dan
mengemas biliknya selama sebulan setiap
pagi, ibunya akan menghadiahkannya sebuah
telefon bimbit baru i-Phone 6. Demi i-Phone
6, Tihani sanggup mengorbankan tidur
paginya.
Sudah beberapa malam dia memaksa
dirinya tidur awal supaya dia dapat
bangkit cepat. Pagi itu bagaimanapun, dia
8
Herba Legasi Bonda.indd 8 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
bangun dengan seribu kepayahan. Lebih
memburukkan keadaan, bangun-bangun
sahaja dia sudah ‘dihadiahi’ catatan-catatan
pujian rakan-rakan terhadap Tashirah
Umairah.
“Bosan betullah!”
Tihani melangkah longlai ke tingkap.
Tingkap yang sudah lama tidak dibuka itu,
dibukanya untuk ke sekian kalinya. Hembusan
angin menderu masuk, menyapu mukanya.
Kesegaran terasa ketika dia melontarkan
pandangan ke luar.
Rumah keluarga Tihani terletak di tepi
bukit di sebuah taman perumahan. Walaupun
kedudukannya di pinggir sebuah kota besar,
suasananya seperti di desa. Suara kicauan
burung sentiasa singgah di telinga. Tupai-
tupai sering dilihat berkejaran di dahan-
dahan pokok mangga di tepi pagar. Sebiji
dua buah mangga yang rosak berjatuhan di
bawahnya. Kerja tupai-tupai itulah, kata ibu.
Tashirah yang sering kali menyapu halaman
dan membuang buah-buah mangga sisa tupai
itu.
9
Herba Legasi Bonda.indd 9 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
Angin yang masuk menerpa rambut dan
mengiraikan rambut Tihani. Sudah lama
Tihani tidak menikmati suasana segar seperti
itu.
Suasana rumah ibu bapanya di Taman
Anggerik itu dengan rumah datuk dan
neneknya di Kampung Belukar di Jalan Pekan,
Pahang, tidak ketara bezanya. Nyaman dan
damai.
Bunga-bungaan pelbagai rupa dan warna
yang menari-nari di halaman tiba-tiba kembali
meluapkan kemarahan Tihani. Hatinya tiba-
tiba panas. Mata yang kuyu seketika itu juga
mendadak buntang. Bunga mawar merah
yang meliuk lentok, bunga matahari yang
mekar menguning, orkid ungu yang segar-
bugar, semuanya menambah rasa sebal di
hati. Lagu alam itu begitu menyentuh jiwanya,
tetapi bukan dalam cara yang menyenangkan.
Bunga-bunga itulah yang buat mak ayah
sayangkan Tashirah. Aku benci bunga-bunga
itu, hati Tihani mendengus. Dia segera
beredar dari tingkap.
Semalam, Tihani telah dimarahi oleh
10
Herba Legasi Bonda.indd 10 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
ibunya disebabkan sikap malasnya. Ibunya
sebaliknya, asyik memuji-muji Tashirah.
Tashirah baiklah, Tashirah rajinlah… Semua
baik-baik tentang Tashirah. Tihani tidak
suka dibanding-bandingkan dengan kakak
kembarnya itu.
Tihani meramas-ramas kedua-dua tapak
tangannya, meluahkan perasaan geramnya,
sambal memikir-mikir. Selepas seketika, dia
melangkah keluar dari biliknya.
Tihani ke bilik bersebelahan. Bilik
Tashirah. Dia mengetuk pintu. Tiada jawapan.
Dikuaknya pintu itu sebelum menjengukkan
ke dalam. Bilik itu kosong.
Tashirah melangkah masuk. Bilik yang
begitu kemas, segar dan nyaman, menyambut
kedatangannya. Tingkap bilik yang terbuka
memberi laluan bagi angin yang sama,
menerpa. Langsir birunya yang bersih berkibar
lembut, seolah-olah melambainya. Jauh benar
bezanya keadaan bilik Tashirah yang nyaman
itu berbanding dengan biliknya yang suram
dan berhabuk.
Di atas meja tepi katil kelihatan sebuah
11
Herba Legasi Bonda.indd 11 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
pasu bermuncung kecil yang menempatkan
tiga kuntum bunga mawar merah yang segar.
Tihani dapat membayangkan bagaimana
setiap pagi Tashirah mencium bunga-bunga
tersebut. Bagaimana harumannya menambah
keceriaan di wajah berkulit cerah kakak
kembarnya itu.
Sejak dahulu lagi Tihani Sumaiyah sedar
bahawa Tashirah Umairah, gadis sebelas
tahun itu, rajin, ceria, dan berwawasan.
Seorang yang berwajah manis, dengan susuk
tubuh tinggi lampainya, Tashirah bijak dan
bersopan santun. Ringan tulang dan tidak
suka membuang masa, ada sahaja kerja yang
dibuat Tashirah di rumah.
Tihani mencemburui Tashirah.
Kenapalah dia suka sangat bunga-bunga,
suka sangat pokok-pokok, suka alam semula
jadi, suka masak, suka tolong ibu? Apa
seronoknya? Tak best langsung. Poyo! Wajah
Tihani berkerut ketika dia mencebik dalam
hati.
Peliklah dia tu! Tak peka IT, tak kemaruk
internet. Tak ikut trend. Status di facebook pun
12
Herba Legasi Bonda.indd 12 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
jarang-jarang nak update. Apatah lagi nak muat
naik gambar di laman sosial. Cuba ikut macam
aku. Ikut trend, suka dengar muzik, suka You
Tube, suka artis-artis K-Pop, artis barat, suka
menyanyi, menari, rajin komen status instagram
artis-artis kesayangan yang jadi idola… itu
baru dikatakan ada gaya. Dia! Instagram pun
tak ada, hati Tihani terdetik puas dan bangga.
Apalah seronoknya main dengan pokok-pokok
dan bunga? Kaku! Membosankan…
Tihani mendengus. Dia kemudian teringat
sesuatu.
Dia keluar dari bilik Tashirah, dan turun
ke tingkat bawah. Hatinya berbunga-bunga
apabila teringat akan janji ibunya mahu
menghadiahkan i-Phone model terbaru.
Bolehlah bergaya depan kawan-kawan
dengan handphone baru.
Di dapur, Tihani terdengar suara ibunya
sedang berbual dengan Tashirah. Aroma
masakan kari menusuk hidungnya. Dengan
lagak seorang diva, Tihani melenggang
lengguk masuk ke dapur.
“Baru turun, tuan puteri,” suara sindiran
13
Herba Legasi Bonda.indd 13 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
Puan Solehah singgah di telinga.
“Dah lama bangun…” Tihani membantah.
Mukanya masam, disindir.
“Dah bangun kenapa tak mandi?
Asyik memerap dalam biliklah tu…, main
komputer, main telefon…” leteran ibunya
begitu menyakitkan telinga.
“Mana ada? Ibu ni… apa yang adik buat
semua salah. Kalau kakak, ibu selalu puji,”
rungut Tihani.
“Ibu tegur untuk kebaikan kamu. Tak
bagus memerap saja dalam bilik dan asyik
benar dengan komputer,” komen Puan
Solehah lagi sebelum beredar ke tingkat atas.
Wajah Tihani semakin mendung. Dia
membuka tudung saji.
“Adik nak air apa? Biar kakak buatkan,”
pujuk Tashirah. Belas juga hatinya melihat
kembarnya itu yang selalu ditegur oleh ibu
mereka.
“Tak payah. Adik boleh buat sendiri.”
Tihani membancuh air milo di dalam
sebiji kole, sebelum kembali duduk di
meja makan. Keropok keping, makanan
14
Herba Legasi Bonda.indd 14 4/1/15 9:53 AM
Herba Legasi Bonda
kegemarannya, penuh di dalam sebuah bekas
plastik tupperware berwarna biru di atas meja.
Puan Solehah turun semula. Muka wanita
awal empat puluhan yang berbadan tinggi
lampai dan berkulit cerah itu berkerut masam.
Dia duduk di hadapan Tihani yang sedang
mengunyah mi goreng dengan begitu berselera.
“Katil masih tak berkemas. Baju seluar
menimbun dalam bakul… Hari-hari ibu
tegur, tapi tak masuk dalam telinga agaknya.
Pinggan makan malam pun tak bercuci.
Sampai bersemut! Kenapa tak bawa turun?”
Puan Solehah membebel lagi. Namun
perangai anak bongsunya itu masih tidak
berubah.
Puan Solehah menghembus nafas dengan
kuat. Sabarnya kian menipis. Sudah berulang
kali dia berpesan kepada Tihani supaya
mengemaskan katilnya setiap kali bangun
tidur tetapi tidak dituruti.
“Sekejap lagi adik kemaslah,” sahut Tihani,
acuh tak acuh.
“Itulah jawabnya setiap kali ibu tanya. Tapi,
bilik masih tetap bersepah macam tongkang
15
Herba Legasi Bonda.indd 15 4/1/15 9:53 AM
SamSiah mohd. Nor
pecah!” suara Puan Solehah meninggi. Dia
sudah jemu mengulang perkara yang sama.
“Kalau ibu tak suka bersepah… ibu
kemaslah,” komen Tihani, selamba.
“Bila kamu nak pandai berdikari kalau
orang asyik buat untuk kamu?”
Tihani memekakkan telinga. Ditelannya
mi gorengnya dengan lahap, berulam air milo.
“Awak tu anak dara. Buat malu saja kalau
tak tahu berkemas.”
“Kawan-kawan adik semua macam tu,”
Tihani memberikan alasan. Dia memang suka
membantah.
“Tengok bilik kakak. Cantik, kemas, wangi.
Tak teringin ke nak bilik cantik macam tu?”
Mendengar nama kakaknya dipuji lagi,
selera Tihani serta-merta terbantut. Wajahnya
berubah rona. Sudahlah pagi tadi rakan-
rakannya memuji-muji Tashirah. Sekarang
ibunya pula.
“Hisy! Bencilah macam ni!”
Dia menolak pinggan mi goreng yang
masih separuh bersisa. Kole berisi air milo
yang baru separuh luak, dicapainya.
16
Herba Legasi Bonda.indd 16 4/1/15 9:53 AM