The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Focus KSSM 2021 TG4.5 - Bahasa Melayu by Penerbitan Pelangi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-03-04 01:36:53

Focus KSSM 2021 TG4.5 - Bahasa Melayu

Focus KSSM 2021 TG4.5 - Bahasa Melayu by Penerbitan Pelangi

PELANGI BESTSELLER

BAHASA SPM
MELAYU
Tingkatan

4∙5

KSSM

Mahmud Sarlan • Mohd Hanafi Hairan FORMAT PENTAKSIRAN
Mohd Yusof Ngadiman
2021BAHARU SPM
Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) mulai

BAHASA SPM
MELAYU
Tingkatan
Mahmud Sarlan
Mohd Hanafi Hairan 4∙5
Mohd Yusof Ngadiman
Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) KSSM

PENERBITAN PELANGI SDN. BHD. (89120-H)
Ibu Pejabat:
66, Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: 07-331 6288 Faks: 07-332 9201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366
Pertanyaan: [email protected]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
ISBN: 978-967-2930-38-9
Cetakan Pertama 2021

Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Jiwabaru Sdn. Bhd.
No. 2, Jalan P/8, Kawasan Miel Fasa 2, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sila layari www.ePelangi.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).

KANDUNGAN

1Bab • Karangan Fakta 63
Karangan 1 – Karangan Cemerlang 64
– Sudut Uji Diri 65
Peta Konsep 1
• Karangan Pendapat / Perbincangan 66
Bahagian A Karangan Berdasarkan 2 – Karangan Cemerlang 67
Kombinasi Pelbagai 2 – Sudut Uji Diri 68
Bahan Rangsangan 5
8 • Karangan Ulasan 69
Ke Arah Kecemerlangan 16 – Karangan Cemerlang 71
• Tip Pemeriksa untuk Skor A – Sudut Uji Diri 72
• Karangan Cemerlang
Sudut Uji Diri • Karangan Peribahasa / Cogan Kata 73
– Karangan Cemerlang 74
Latihan FOKUS SPM 21 – Sudut Uji Diri 76

Bahagian B Karangan Esei 25 Latihan FOKUS SPM 77
Ke Arah Kecemerlangan 25
• Karangan Surat Kiriman Rasmi 31 2Bab Sistem dan Aplikasi Bahasa 79
– Karangan Cemerlang 33
– Sudut Uji Diri 35 Peta Konsep 79
Ke Arah Kecemerlangan 80
• Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi 37 • Morfologi 80
– Karangan Cemerlang 38 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 92
– Sudut Uji Diri 40 – Sudut Uji Diri 93

• Karangan Dialog / Wawancara 42 • Sintaksis 97
– Karangan Cemerlang 43 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 102
– Sudut Uji Diri 45 – Sudut Uji Diri 105
• Penyuntingan 108
• Karangan Perbahasan 46 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 115
– Karangan Cemerlang 48 – Sudut Uji Diri 116
– Sudut Uji Diri 49 • Bahasa Melayu Standard 120
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 121
• Karangan Laporan 51 – Sudut Uji Diri 122
– Karangan Cemerlang 52
– Sudut Uji Diri 54 • Peribahasa 123
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 125
• Karangan Syarahan / Ceramah / Ucapan / 55 – Sudut Uji Diri 127
Taklimat 57
– Karangan Cemerlang 58 Latihan FOKUS SPM 129
– Sudut Uji Diri
60
• Karangan Berita / Rencana Akhbar 60
– Karangan Cemerlang 62
– Sudut Uji Diri

iii

3Bab Pemahaman 131 4Bab Rumusan 261

Peta Konsep 131 Peta Konsep 261
Ke Arah Kecemerlangan 132 Ke Arah Kecemerlangan 262
• Petikan Umum 132 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 265
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 133 – Sudut Uji Diri 268
– Sudut Uji Diri 135
Ke Arah Kecemerlangan 139 Latihan FOKUS SPM 280

• Petikan Sastera 139 5Bab Bertutur 283
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 140

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 143 Peta Konsep 283
– Tingkatan 4 143 Ke Arah Kecemerlangan 284
• Analisis Cerpen 152
• Analisis Drama 155 Bahagian A Individu 284
• Analisis Prosa Tradisional 158 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 285
• Analisis Puisi Tradisional 160 – Sudut Uji Diri 288
• Analisis Puisi Moden
Bahagian B Kumpulan 292
Antologi Sejadah Rindu – Tingkatan 5 165 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 292
• Analisis Cerpen 165 – Sudut Uji Diri 295
• Analisis Drama 175
• Analisis Prosa Tradisional 180 Latihan FOKUS SPM 296
• Analisis Puisi Tradisional 184
• Analisis Puisi Moden 187 6Bab Mendengar 298
– Sudut Uji Diri 191
Peta Konsep 298
Ke Arah Kecemerlangan 197 Ke Arah Kecemerlangan 299
• Novel 197 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 300
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 198 – Sudut Uji Diri 301

Analisis Novel Tingkatan 4 200 Latihan FOKUS SPM 305
• Jendela Menghadap Jalan 201
• Leftenan Adnan Wira Bangsa 207 Kertas Model SPM 309
• Di Sebalik Dinara 211
• Pantai Kasih 216 Teks Bahan Audio Ujian Mendengar 318

Analisis Novel Tingkatan 5 223 Jawapan 325
• Songket Berbenang Emas 224
• Tirani 230
• Bimasakti Menari 238
• Silir Daksina 246
– Sudut Uji Diri 254

Latihan FOKUS SPM 257

iv

2Bab BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Sistem dan Aplikasi Bahasa

Fikirkan... Bab 2

 Apakah aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa yang dikaji?
 Apakah petua atau strategi menjawab soalan bagi setiap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa?
 Apakah bentuk soalan SPM bagi setiap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa?

PETA KONSEP

Kertas 1103/2
Bahagian A

79

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Ke Arah Kecemerlangan

1. Soalan tentang Sistem dan Aplikasi Bahasa dikemukakan dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
2. Soalan dalam bahagian ini terdiri daripada lima soalan, iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan,

menukarkan bahasa prosa klasik kepada bahasa Melayu standard, dan peribahasa. Kelima-lima soalan
itu wajib dijawab.
3. Sebanyak 35 markah diperuntukkan bagi Kertas 2 Bahagian A ini mengikut pecahan seperti yang
berikut:
(a) Soalan morfologi – 8 markah
(b) Soalan sintaksis – 6 markah
(c) Soalan penyuntingan – 11 markah
(d) Soalan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard – 6 markah
(e) Soalan peribahasa – 4 markah

Fokus

A Format dan Bentuk Soalan Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan
1. Calon akan diberikan satu petikan yang kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan,
dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang
panjangnya lebih kurang lapan hingga sembilan tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan
ayat. perkataan dalam suatu bahasa.

2. Calon diminta untuk mengenal pasti perkataan yang dinyatakan dalam soalan daripada petikan
tersebut, sama ada kata majmuk, kata ganda, kata terbitan, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata
hubung, kata nama, dan sebagainya.

3. Dalam peperiksaan, ada dua bentuk soalan yang boleh dikemukakan,

4. Bentuk soalan yang pertama ialah calon diminta supaya menyenaraikan dua perkataan yang berbeza
jenis kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata nama terbitan dan kata hubung yang
terdapat dalam petikan tersebut.

Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
dua kata hubung.

5. Selepas itu, calon diminta untuk menulis empat ayat berdasarkan perkataan-perkataan tersebut.

Contoh: Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

6. Bentuk soalan yang kedua ialah calon diminta supaya menyenaraikan tiga perkataan yang sama
golongan kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata majmuk yang terdapat dalam
petikan tersebut.

Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.

80

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

7. Selepas itu, calon diminta supaya membina ayat daripada setiap kata majmuk yang dipilih itu.

Contoh: Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Fokus

KATA TUGAS
Kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung
tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh
digolongkan sebagai yang berikut:

1. Kata Sendi 5. Kata Bantu 9. Kata Seru 13. Kata Pangkal Ayat Bab 2
2. Kata Hubung 6. Kata Penguat 10. Kata Nafi 14. Kata Adverba

3. Kata Bilangan 7. Kata Seru 11. Kata Arah 15. Kata Pembenda
4. Kata Pemeri 8. Kata Perintah 12. Kata Penegas 16. Kata Penekan

B Strategi Menjawab Soalan Membina Ayat

1. Baca arahan soalan dengan teliti supaya calon dapat mengenal pasti tugasan dengan jelas.
2. Selepas itu, baca petikan dan garisi perkataan yang termasuk dalam arahan soalan. Calon hanya perlu

menyenaraikan dua perkataan bagi setiap golongan kata.
3. Calon haruslah memastikan perkataan yang dipilih menepati arahan soalan. Jika calon tidak dapat

menyenaraikan perkataan dengan betul, calon bukan sahaja tidak mendapat markah pada bahagian
senarai kata, malahan tidak mendapat markah pada bahagian ayat yang akan ditulis kelak.
4. Dalam pembinaan ayat, ayat yang dibina haruslah menunjukkan calon memahami maksud perkataan
tersebut. Calon juga tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
5. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat serta mempunyai
kata penerang yang sesuai untuk menjelaskan ayat itu lagi.
6. Pastikan bahawa ayat yang dibina tidak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Membina Ayat daripada Kata Nama Khas dan Kata Nama Terbitan

1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata nama khas dan kata nama terbitan yang
terdapat dalam petikan.

2. Bagi kata nama khas, terdapat dua katgori kata nama khas, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tidak hidup. Contohnya:
(a) kata nama khas hidup – Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, dan

Muhammad Ali
(b) kata nama khas tidak hidup – Malaysia, Proton X-70, Negeri Perak, Pusat Pendidikan Ilham

Bestari, Universiti Malaya, dan Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata
(a) Pengimbuhan awalan – penaja, pemimpin, pelukis, pelengkap Terbitan
(b) Pengimbuhan akhiran – lukisan, jaminan, telahan, masakan
(c) Pengimbuhan apitan – kejayaan, perdamaian, persekitaran, ketenteraman VIDEO 6
(d) Pengimbuhan sisipan – selerak, serabut, cemerlang, gemilang

81

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama khas dan dua
kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa ribut petir
dan hujan lebat serta angin kencang akan berlaku di semua kawasan di seluruh negara sehingga
pukul 9.00 malam ini. MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan untuk penduduk
seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor, dan Melaka. Turut dijangka
mengalami cuaca yang serupa adalah di beberapa kawasan di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kulim,
dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, dan Rompin
di Pahang

Jawapan

Kata nama khas
(i) Jabatan Meteorologi Malaysia
Ayat: Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di universiti, Encik Hisham bertugas di

Jabatan Meteorologi Malaysia kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap bidang
tersebut.
(ii) Kuala Lumpur
Ayat: Para peloncong asing gemar berkunjung ke Kuala Lumpur kerana mempunyai pelbagai
destinasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan
pusat-pusat beli-belah yang terkenal.

Kata nama terbitan
(i) amaran
Ayat : Jabatan Laut telah memberikan amaran kepada para nelayan agar tidak turun ke laut

dalam minggu ini kerana ombak kuat dan angin kencang akan bertiup di kawasan laut di
Pantai Barat.
(ii) kawasan
Ayat: Daerah ini telah diletakkan dalam zon merah jangkitan COVID-19 kerana jumlah
penduduknya yang didapati positif virus penyakit tersebut agak tinggi.

Membina Ayat daripada Kata Ganda dan Kata Bilangan

1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata ganda dan kata bilangan.

2. Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan. Dalam proses penggandaan ini, kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Selain itu, kata dasar boleh juga digandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu

3. Kata bilangan pula ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama dan hadir
sebelum frasa nama tersebut. Contohnya:
(a) kata bilangan tentu – satu, lima, sepuluh
(b) kata bilangan tak tentu – beberapa, segala, semua Kata

Bilangan

(c) kata bilangan pecahan – suku, separuh, tiga suku INFO 11

82

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

(d) kata bilangan pisahan – tiap-tiap, masing-masing
(e) kata bilangan himpunan – kedua-dua, ketiga-tiga, keempat-empat
(f) kata bilangan tingkat – pertama, kedua, ketiga

4. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
(a) Penggandaan penuh – Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar
tersebut mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh:
(i) penggandaan penuh kata tunggal – budak-budak, mata-mata, baik-baik
(ii) penggandaan penuh kata berimbuhan – ketua-ketua, pelajar-peljaar, amalan-amalan,
permainan-permainan
(b) Penggandaan separa – Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar ini boleh
terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh:
(i) penggandaan separa kata tunggal – pohon → peponon, laki → lelaki, siku → sesiku
(ii) penggandaan separa kata terbitan – berlari-lari, bantu-membantu, sebaik-sebaik, sayur-
sayuran, orang-orangan, tanya-tanyakan, habis-habisan, bersalam-salaman, kemerah-
merahan
(c) Penggandaan berentak – Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi dalam kata
dasar tersebut. Dalam penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah. Contohnya, kuih-muih, huru-hara, hiruk-pikuk, batu-batan, anak-pinak,
simpang-siur.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
bilangan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Inisiatif Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor memperkasa
peranan guru-guru muda dalam kalangan murid berjaya memberikan impak. Hal ini terbukti
apabila prestasi calon-calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat cemerlang.
Pada minggu lalu, semasa keputusan SPM 2019 diumumkan, sebanyak 36 orang murid sekolah
tersebut memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Lebih membanggakan apabila beberapa
orang calon memperoleh keputusan 11A+. Kali terakhir sekolah tersebut mendapat A+ dalam
semua mata pelajaran yang diambil adalah pada 2011

Jawapan

Kata ganda
(i) guru-guru
Ayat: Guru-guru muda di sekolah itu bukan sahaja rajin mengadakan kelas tambahan kepada

murid-murid, malahan sanggup meluangkan masa dengan ibu bapa untuk berbincang
tentang prestasi anak-anak mereka.
(ii) calon-calon
: Para pegawas peperiksaan itu mengingatkan calon-calon agar membawa kad
pengenalan sepanjang hari peperiksaan untuk memastikan mereka dapat menjalani
peperiksaan tanpa sebarang masalah.

83

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Kata bilangan

(i) 36
Ayat: Sebanyak 36 orang penduduk kampung itu telah menghadiri mesyuarat persatuan

penduduk untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup mereka.
(ii) beberapa
Ayat: Beberapa orang pemimpin masyarakat telah melawat mangsa kebakaran di taman
perumahan itu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Membina Ayat daripada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
2. Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
3. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama

sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat : Abang saya gemar menonton filem-filem luar negara. (Kata kerja “menonton”
mesti disertai dengan objek, iaitu “filem-filem” supaya maksud ayat ini lengkap)

4. Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sempurna maksudnya, yang boleh berdiri dengan
sendiri tanpa memerlukan objek.

Contoh ayat: Tukang kebun itu sedang berehat di bawah sebatang pohon ketapang. (kata kerja
“berehat” jelas menunjukkan perbuatan tukang kebun itu tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya)

5. Terdapat beberapa bentuk kata kerja tak transitif:
(a) kata kerja tak transitif tanpa imbuhan (makan, mandi, tidur, rehat)
(b) kata kerja tak transitif awalan beR- (berenang, bersukan, bermain, bersembang)
(c) kata kerja tak transitif awalan meN- (mengalir, menangis, menyanyi, menderu)
(d) kata kerja tak transitif awalan teR- (termenung, tersedar, terjatuh, terbuka)
(c) kata kerja tak transitif beR-…-an (bersalaman, bertentangan, berpelukan, bersebelahan)

6. Kata kerja transitif pula terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut: Kata
(a) berawalan me- (melukis, mengecat, menggoreng, mengecut) Kerja
(b) berapaitan me-…-kan (mendekatkan, menjauhkan, menjualkan, mengesahkan)
(c) berapitan me-…-i (mengingati, mencintai, mendekati, melalui) INFO 12
(d) berawalan rangkap memper- (memperperoleh, memperbaik, memperbanyak)
(e) berapitan memper-…-kan (mempermainkan, memperlakukan, memperdebatkan)
(f) berapitan memper-…-i (memperingati, memperkebuni, mempersenjatai)

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
kata kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

84

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

Aktiviti belajar merupakan suatu amanah. Setiap murid wajib belajar dengan bersungguh-
sungguh. Mereka juga wajib mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana,
murid yang cemerlang bakal menjadi pekerja cemerlang. Orang yang cemerlang pasti disayangi,
dimuliakan, dihormati, dan disanjungi oleh orang lain. Sebaliknya, murid-murid yang bersikap
malas dan tidak berusaha untuk mencapai sesuatu akan kecundang. Dengan itu, setiap murid
wajib bersikap peka akan perancangan hidup seharian. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rasa
kecewa pada kemudian hari.

Jawapan

Kata kerja transitif
(i) mendengar
Ayat: Semasa di dalam kelas, Ahmad mendengar kata-kata gurunya dengan teliti agar dia

tidak ketinggalan tentang perkara penting yang disampaikan oleh gurunya.
(ii) bersikap
Ayat: pekerja yang baik akan sentiasa bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa

menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Kata kerja tak transitif
(i) belajar
Ayat: Murid-murid itu belajar tentang pembentukan kata daripada Cikgu Mahani.
(ii) bertujuan
Ayat: Kerajaan memberikan bantuan komputer dan Internet percuma kepada murid-

murid yang kurang berkemampuan ini bertujuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam
pembelajaran secara maya.

Membina Ayat daripada Kata Kerja Pasif dan Kata Adjektif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja pasif dan kata adjektif.
2. Kata kerja pasif ialah hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
3. Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:

(a) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua – Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk
apabila kata kerja pasif didahului oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya,
kutulis, kausenangi, anda jelaskan, kita masukkan, kami perindah, saya percayai, dan sebagainya.

(b) Kata kerja pasif diri ketiga – Kata kerja pasif diri ketiga pula terbentuk apabila kata kerja pasif
bergabung dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan. Contohnya,
disapu, disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar, diperdengarkan, dan sebagainya. Pelaku kata
kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga,

(c) Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter- – Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter-
terbentuk apabila kata kerja pasif menerima awalan ber- dan ter-. Contohnya, berjahit, bersapu,
tertelan, terambil dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ber- bersifat tak transitif dan terdiri
daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.
Contoh ayat:
(a) Kecederaan di kepalanya beransur baik. (berpelengkap)
(b) Encik Mohan sedang bercukur. (tanpa pelengkap)

85

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

(d) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an – Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila
kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Contohnya,
kelihatan. kecurian, kemalangan, kesempitan, kelparan, dan sebagainya.

(e) Kata kerja pasif dengan kata kena – Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal
yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif. Contohnya, kena dera, kena pukul, kena tangkap,
dan sebagainya.

4. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti putih,
kecil, kuat, ramai dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

5. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.

6. Kata adjektif dapat diikuti dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, dan sungguh. Contohnya;
amat cantik, sungguh rajin, paling baik, dan tersohor.

7. Kata adjektif terbahagi kepada lapan jenis, iaitu; (e) waktu – pagi, petang, malam, siang
(a) sifat / keadaan –baik, bagus, nakal, keras (f) jarak – dekat, jauh, singkat, lama
(b) warna – hitam, putih, biru, kuning (g) perasaan – rindu, benci, marah, takut
(c) ukuran – besar, kecil, panjang, pendek (h) pancaindera – masam, pahit, manis, tawar
(d) bentuk – bulat, lonjong, segi empat, segi tiga

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua
kata kerja adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Rahsia kecemerlangan seseorang individu ialah kemampuannya menguruskan
masa dengan baik. Namun begitu, pengendalian masa bukanlah mudah. Banyak cabaran dan
godaan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Disiplin diri yang kuat dan pendirian diri
yang teguh amat diperlukan agar seseorang itu tidak lalai dan alpa daripada tugas sebenar mereka.
Teknik pengurusan masa yang baik amat penting dalam kalangan murid sebagai panduan untuk
menguruskan masa secara sistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.

Jawapan

Kata kerja pasif
(i) dihadapi
Ayat: Setiap masalah dan cabaran perlu dihadapi oleh remaja dengan jiwa yang tenang agar

mereka dapat menanganinya dengan baik.
(ii) diperlukan
Ayat: Banyak wang yang diperlukan oleh para peserta lawatan ke luar negara itu untuk

menampung kos pengangkutan dan penginapan.

Kata adjektif
(i) kuat
Ayat: Orang kurang upaya itu berjaya dalam hidupnya walaupun dia tidak seperti orang

lain kerana dia mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
(ii) lalai
Ayat: Ibu selalu menasihati saya agar tidak lalai semasa berada di tempat awam supaya saya

tidak menjadi mangsa ragut.

86

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Membina Ayat daripada Kata Hubung dan Kata Bantu

1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata hubung dan kata bantu.
2. Kata hubung ialah kata yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal

atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih
daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

3. Kata hubung terbahagi kepada: Bab 2
(a) Kata hubung gabungan – Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf
sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
gabungan.
(i) Contoh kata hubung gabungan ialah lalu, dan, tetapi, atau, bahkan, lantas, maka, serta, dan
sambil.
(ii) Contoh penggunaan dalam ayat: Malik membuka almari lalu mengambil bajunya.

(b) Kata hubung pancangan – Jenis kata hubung yang menghubungkan klausa-klausa tak setara
atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
(i) kata hubung pancangan relatif – kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah “yang”.
(ii) kata hubung pancangan komplemen, – berfungsi untuk menghubungkan satu klausa yang
menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.
(iii) kata hubung pancangan keterangan. – berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; “kerana, hingga,
kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila”.

4. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau ragam yang
berkaitan dengan sesuatu kata kerja.

5. Kata bantu terbahagi kepda dua jenis, iaitu: Kata
(a) Kata bantu aspek – telah, sudah, sedang, masih, dan akan Bantu
(b) Kata bantu ragam – mahu, hendak, enggan, boleh, dan mesti
INFO 13

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan kata bantu.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Ketagihan permainan Internet sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja
akan menghabiskan masa yang banyak di hadapan komputer dan juga bersosial secara maya
dengan alat peranti masing-masing. Masa dan tempat serta keadaan tidak lagi menjadi isu
apabila ada akses Internet, maka ketagihan terhadap permainan akan dilakukan supaya dapat
melepaskan ketagihan. Lama-kelamaan, hal tersebyt akan menjadi rantaian kehidupan dan
ketagihan terhadap permainan atas talian tidak dapat dielakkan. Masa berharga hanya dibiarkan
berlalu demi memenuhi ketagihan. Hal ini ialah impak yang amat buruk kepada remaja. Pada
waktu malam, mereka menghabiskan masa dengan melayari Internet. Natijahnya, dalam jangka
panjang, remaja akan berhadapan dengan masalah kesihatan.

87

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Jawapan

Kata hubung
(i) apabila
Ayat: Mereka segera membaiki kerosakan pada kenderaan itu apabila lampu isyarat pada

papan pemuka menunjukkan ada masalah pada bahagian enjin kenderaan tersebut.
(ii) serta
Ayat: Semangat yang tinggi, daya tahan dan keberanian, serta kegigihan merupakan elemen

positif yang perlu ada pada diri setiap peserta sukan lasak.

Kata bantu
(i) sudah
Ayat: Semua peserta kem motivasi itu sudah bersiap sedia untuk pergi ke tapak perkhemahan

yang terletak di Kuala Woh, Tapah.
(ii) akan
Ayat: Mereka akan menyiapkan kerja itu dengan segera walaupun tarikh akhir penyerahan

projek tersebut masih lama lagi.

Membina Ayat daripada Kata Ganda
Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan
dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada
siang hari, makanan tersebut boleh diambil semasa makan malam. Sebaik-baiknya sediakan dua
hidangan sayur dan satu daripadanya ialah sayur berdaun hijau. Elakkan daripada makan terlalu
hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/27431/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/
tip-makanan-sihat

Jawapan

Kata ganda
(i) jenis-jenis
Ayat: Kanak-kanak sering didedahkan dengan jenis-jenis makanan yang kadangkala boleh

mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya.
(ii) sebaik-baiknya
Ayat: Sebaik-baiknya kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang terproses,

bergoreng, berminyak, dan berasaskan santan.
(iii) sayur-sayuran
Ayat: Pengambilan sayur-sayuran adalah penting untuk diet yang seimbang serta boleh

mengurangkan risiko penyakit kronik tertentu.

88

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Membina Ayat daripada Kata Berimbuhan Apitan

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata berimbuhan apitan.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menumpukan kepada Bab 2
kualiti berbanding dengan kuantiti sebelum ini. Program membaca diselaraskan dengan
pencapaian pendidikan pada peringkat global yang berasaskan dua pentaksiran antarabangsa,
iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA). Kajian PISA pada tahun 2012 terdapat jurang yang besar
antara murid bandar dengan murid luar bandar. Hal ini demikian kerana, murid-murid tidak
dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan
menaakul, membuat refleksi, dan menilai.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sistem IQ NILAM Bantu Lahirkan Pembaca Berkualiti’ oleh Norafizah
Abdul Razak, Majalah Pendidik, Januari 2019)

Jawapan

(i) menumpukan
Ayat: Cikgu Amir menasihati murid-muridnya supaya sentiasa menumpukan perhatian

semasa beliau sedang mengajar.
(ii) berasaskan
Ayat: Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intreprestasi

yang tepat.
(iii) keupayaan
Ayat: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji kesiapsiagaan dan keupayaan

Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19.

Membina Ayat daripada Kata Pinjaman

1. Kata pinjaman ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing yang dibawa masuk ke dalam
bahasa Melayu. Peminjaman kata berlaku kerana pertembungan bahasa yang menyebabkan berlaku
penyerapan kata bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, peminjaman kata juga berlaku
kerana perkembangan teknologi yang berlaku.

2. Kata pinjaman dalam bahasa Melayu dipinjam daripada pelbagai bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris,
bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Indonesia, dan bahasa Cina.

3. Yang berikut ialah contoh-contoh kata pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Cina
teknologi solat syurga teko
akses zakat negara tocang
blok ibadah sastera gincu

89

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

standard tazkirah kapas koyok
stabil zikir sutera tanglung

4. Dalam usaha membentuk kata pinjaman, penyesuaian huruf dilakukan. Penyesuaian itu terdiri
daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran huruf tertentu.
(a) Pengekalan huruf – Ejaan asal dikekalkan. Contohnya:
• atom
• bank
• diesel
• hotel
(b) Penggantian huruf – Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan
dalam bahasa Melayu. Contohnya:

(i) c menjadi k (ii) y menjadi i (iii) g menjadi j
• criteria – kriteria • Febuary – Februari • regime – rejim
• cluster – kluster • gravity – graviti • magistrate – majsitret
• vaccin – vaksin • geology – geologi • contingent – kontinjen
• republic – republik • biology – biologi

(iv) ph menjadi f (v) ou menjadi au
• graph – graf • accountant – akauntan
• photography – fotografi • pound – paun
• telephone – telefon

(c) Pengguguran huruf – Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan.

(i) ch menjadi k (ii) ce menjadi s (ii) uu menjadi u
• scheme – skim • science – sains • vacuum – vakum
• cholera – kolera • ambulance – ambulans • continuum – kontinum
• monarchy – monarki • insurance – insurans

5. Kesilapan yang kerap dilakukan dalam kata pinjaman.
(a) Kesalahan ejaan

Ejaan yang Salah Ejaan yang Betul Ejaan yang Salah Ejaan yang Betul
maksima maksimum gembeling gembleng
emel e-mel lanskap landskap
redha reda stesyen stesen
dhuha duha stokin stoking
geraf graf spesis spesies
hajjah hajah otomobil automobil
ehsan ihsan snooker snuker
lanskap landskap baucer baucar
silaturahim mentera gembleng
silaturrahim patriotisme lanskap mantera
patriotisma gembleng lagenda legenda
gembeling

90

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

(b) Kesalahan pengimbuhan Pengimbuhan yang Betul Bab 2
menstabilkan
Pengimbuhan yang Salah
menyetabilkan mengkategorikan
mengategorikan mentakrifkan
menakrifkan mempamerkan
memamerkan memplagiat
meplagiat memvetokan
mevetokan menziarahi
meziarahi keterampilan
ketrampilan mengawet
menawet mempesonakan
mempersonakan

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata pinjaman. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Usaha menangani masalah alam sekitar tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata
tetapi perlu didokong oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, pengurusan dan
pemuliharaan alam sekitar di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya dilaksanakan dalam konteks
pembangunan lestari melibatkan pembangunan ekonomi, sosial, dan perlindungan alam sekitar.

“Pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan
dan memerlukan sokongan semua pihak. Selain itu, kegagalan kita untuk menjaga dan memulihara
bumi ini pada masa lalu dan masa kini telah mengakibatkan pelbagai fenomena yang telah mula
kita rasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/104002/EDISI/Kelantan/
Kelestarian-alam-sekitar-tanggungjawab-bersama

Jawapan

(i) konteks
Ayat: Cadangan Encik Harun wajar dipertimbangkan dalam konteks perkembangan pandemik

COVID-19.
(ii) sosial
: Encik Adli dan Puan Azlina menasihati anak mereka agar berpegang teguh dengan

ajaran agama supaya tidak terjebak dalam gejala sosial.
(iii) fenomena
Ayat: Penduduk di beberapa negara di Asia berpeluang untuk menyaksikan fenomena

gerhana matahari cincin pada hari Khamis yang lalu.

91

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

ATip Pemeriksa untuk Skor

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Peranan, perhatian, dan kepekaan ibu bapa sangat penting untuk membesarkan anak-anak
yang kuat dari segi emosi, daya tahan, dan daya saing. Selain itu, kanak-kanak yang memiliki
semangat yang kental boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa juga situasi yang sukar. Kanak-
kanak itu mampu bangun semula daripada kegagalan atau pengalaman yang menyakitkan. Bagi
kanak-kanak yang lemah, keadaan sebaliknya akan berlaku dan keadaan ini boleh menjejaskan
kesihatan mental mereka.

Contoh Jawapan Murid

(i) anak-anak 
Ayat: Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang agar mereka

membesar dengan sempurna. 
(ii) daya saing 
Ayat: Para usahawan perlulah memiliki daya saing yang tinggi agar dapat mengembangkan

perniagaan mereka ke tahap global. 
(iii) bangun semula 
Ayat: Usahawan itu bangun semula daripada kegagalannya apabila mengusahakan satu

perniagaan baharu berasaskan jualan produk dalam talian. 

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid

 Murid tidak menyenaraikan kata majmuk dengan tepat. Perkataan anak-anak bukanlah kata
majmuk, sebaliknya merupakan kata ganda.

 Murid dapat mengemukakan kata majmuk yang tepat iaitu ‘daya saing’.

 Murid tidak dapat membezakan frasa kerja dengan kata majmuk. ‘Bangun semula’ ialah frasa
kerja.

 Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.

 Ayat murid betul dan diberikan markah kerana pemilihan kata majmuk yang betul dan ayat yang
dibina juga gramatis.

 Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.

92

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Contoh Jawapan Pemeriksa

(i) Ibu bapa
Ayat: Ibu bapa haruslah memenuhi keperluan anak-anak sama ada dari segi keperluan harian,

kasih sayang, dan pendidikan mereka.

(ii) daya tahan
Ayat: Pelari maraton itu berjaya menamatkan lariannya dalam tempoh masa kurang daripada

dua jam kerana mempunyai daya tahan yang tinggi.

(iii) daya saing Bab 2
Ayat: Para atlet haruslah memiliki daya saing yang tinggi terutamanya ketika bertanding pada

peringkat antarabangsa.

1

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting menjadi bualan masyarakat
apabila beliau bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang diumumkan pada minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester
di kolejnya. Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir  yang berusia 18 tahun memperoleh
keputusan cemerlang 9A+ dalam SPM dan Anugerah Kepujian dalam peperiksaan semester
yang lalu di kolej tersebut. Beliau seorang yang rajin, peramah, dan suka akan aktiviti lasak.
Selain itu, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan juga.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Calang-calang Cemerlang, Remaja ini Dianggap Datang dari
Planet Lain’ oleh Nadia Saiful Bahari, M Star, 20 Mac 2018

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat cahaya mata mereka. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ibu bapa mahu anak-anak patuh akan suruhan Tuhan,
sayang serta hormat akan mereka. Dengan itu, ibu bapa perlu mendidik dan membimbing
anak-anak mereka menjadi insan yang bertanggungjawab, berbudi bahasa, dan memiliki jati
diri. Begitu pun, menjadi seorang ibu bapa bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang
harus ditempuhi. Selain bertanggungjawab terhadap keperluan asas, keperibadian anak perlu
dibentuk sebaik-baiknya, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bagaimanakah Personaliti Ibu Bapa Membentuk Peribadi Anak’,
www.gaya360.com, 31 Oktober 2019

93

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

2

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata adjektif.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.



Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi melaksanakan pembaharuan lebih besar
dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah meningkatkan kualiti pengajaran bahasa Inggeris,
kualiti guru-guru, dan memastikan kebolehpasaran graduan. Pembaharuan itu dijangka
dapat dilaksanakan dengan segera selepas Pasukan Petugas Khas mengkaji dasar pendidikan.
Selain itu, kerajaan juga telah meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk
memastikan akta tersebut segar dan relevan dengan mahasiswa kini. Pindaan ini diharap
dapat melahirkan graduan yang berani, aktif, kritis, dan berdaya saing.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembaharuan Lebih Besar dalam Sistem Pendidikan Negara, Sinar
Harian, 18 April 2019

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Percutian di kawasan semula jadi antara yang menjadi pilihan oleh kebanyakan warga
kota. Kunjungan mereka ke kawasan-kawasan hijau tersebut dapat memberikan ketenangan
minda selepas berminggu-minggu bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas.
Namun begitu, dalam keterujaan warga kota merencana jadual percutian, sebaik-baiknya
mereka perlu mengelakkan daripada melakukan perjalanan jauh. Dengan itu, bandar
Serendah ialah lokasi yang paling ideal sebagai destinasi percutian. Hal ini demikian kerana,
Serendah memiliki air-air terjun yang jernih, dusun-dusun yang luas, dan belukar-belukar
kecil. Tempat sebegini amat sesuai untuk aktiviti riadah ringan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lokasi Ideal Beriadah’ oleh Nurul Husna Mahmud, www.hmetro.
com.my, 5 Mei 2020

3

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata bilangan dan dua kata sendi.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan. atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Dua minggu lepas, saya memandu kenderaan di tengah-tengah ibu kota. Saya dapat merasai
pengalaman seolah-olah berada di Dhaka, Bangladesh. Bermula dari Medan Pasar sehingga
Jalan Pudu, saya sudah mula melihat ribuan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu
sebagai pusat pertemuan dengan rakan senegara pada hujung minggu. Kedua-dua tempat ini

94

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

memang menjadi destinasi pilihan mereka kerana mereka mudah dikunjungi. Apabila melihat
situasi ini, fikiran saya diterpa kegusaran bahawa negara kita ‘dijajah’ secara senyap oleh
bangsa asing.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Negara Dijajah Secara Senyap oleh Pendatang Tanpa Izin’’ oleh
Meganderan Rajagopal, www.bharian.com.my, 19 Mac 2019

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menaik taraf kepantasan capaian talian Internet
terutama di kawasan luar bandar dengan segera. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru
menggunakan Google Classroom untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Masalah timbul bagi murid-murid yang tinggal di luar bandar kerana kelemahan pelayar
Internet menyebabkan mereka ketinggalan pelajaran. Kerajaan perlu meneliti perkara ini
agar masalah capaian Internet yang rendah di luar bandar dapat diatasi. Kerajaan diharapkan
agar dapat melaksanakan satu skim khas berbentuk wakaf alat peranti pintar kepada murid
luar bandar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘KPM Perlu Segera Atasi Masalah Kepantasan Capaian Internet Agar
Pelajar Luar Bandar Dapat Belajar’ www.gpsbestari.com, 22 April 2020

4

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Penampilan diri ini amat penting bagi setiap individu. Dalam etika berpakaian,
pelbagai aspek dapat kita bincangkan. Antaranya ialah cara pemakaian mestilah sesuai
dengan majlis yang kita hadiri, masa, dan kumpulan yang menyertai program itu. Tentulah
tidak sesuai jika kita berpakaian selekeh ketika menghadiri majlis makan malam. Hal ini
demikian kerana, etika berpakaian yang salah boleh menimbulkan masalah. Contohnya, kita
mungkin kehilangan peluang untuk menjawat jawatan tersebut walaupun pada dasarnya, kita
layak. Selain itu, kita perlu melazimi amalan senyum kerana peribadi manusia akan terserlah
apabila senyuman diukir pada wajah kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Penampilan Diri’ www.pnakasowi.blogspot.com, 15
Februari 2017

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

95

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi. Antaranya ialah kita haruslah
memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk dengan membuang bekas-bekas yang boleh
menakung air. Kita juga haruslah memastikan tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup.
Malahan, pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air hendaklah kita buang airnya sekurang-
kurangnya seminggu sekali. Kita juga haruslah memastikan saliran atap sentiasa mengalir.
Tambahan pula, amalan membela ikan di dalam kolah dapat mengurangkan jentik-jentik.
Kita juga haruslah menggunakan racun semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Demam Denggi’, www.infosihat.gov.my, 28 Februari 2020

5

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata berimbuhan asing dan dua kata
adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pegangan individu yang bijak, mempunyai
pandangan jauh, dan mengamalkan perbelanjaan berhemah sehingga berjaya melahirkan
jutawan. Amalan menabung merupakan satu amalan yang baik berlandaskan kesedaran untuk
memastikan kedudukan kewangan kukuh. Pada zaman pascaglobalisasi ini, tabiat menabung
pada lahiriah memang sukar diamalkan lantaran godaan iklan daripada serata pelosok media.
Namun begitu, jati diri yang ampuh mampu menangkis godaan negatif ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Menabung Amalan’, www.beritakampus.usm.my

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata tugas. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas
Mak Jah bertanyakan arah tujuan suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak
keluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah
menyatakan dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah
mencadangkan suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut
suaminya akan berasa lapar. Pak Ngah memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletak
jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Jah bertanyakan cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaam sekiranya dia berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

96

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

A Format dan Bentuk Soalan
Dalam peperiksaan SPM, soalan dalam skop item sintaksis boleh terdiri daripada tiga bentuk soalan,
iaitu:
1. Menukarkan ayat

(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya lebih kurang lima hingga enam ayat yang
bergaris pada bahagian-bahagian tertentu. Calon diminta untuk menukarkan ayat yang bergaris
tersebut kepada bentuk ayat yang lain.

(b) Biasanya, calon hanya perlu menukarkan tiga baris ayat sahaja yang memperuntukkan enam
markah pada saoalan ini. Hal ini bermaksud, setiap ayat yang ditukarkan secara betul akan
memperoleh dua markah.

(c) Antara bentuk soalan yang mungkin ditanyakan dalan peperiksaan untuk bahagian ini ialah:
– menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang atau sebaliknya
– menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya
– menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya

2. Membina ayat
(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya lebih kurang lima hingga enam ayat dan calon
diminta untuk membina enam ayat tanya yang bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
(b) Soalan ini diperuntukkan enam markah, maka setiap ayat yang betul, akan memperoleh satu
markah.

3. Menentukan subjek dan predikat dalam ayat
(a) Calon akan diberikan satu petikan yang panjangnya antara lima hingga enam ayat dan calon
diminta untuk memilih tiga ayat.
(b) Berdasarkan tiga ayat tersebut, calon diminta untuk mengenal pasti dan menulis subjek dan
predikat bagi ayat-ayat tersebut.
(c) Soalan ini diperuntukkan enam markah, maka setiap soalan yang betul, calon akan memperoleh
dua markah.

B Strategi Menjawab Soalan Sintaksis
Menukarkan Ayat
1. Calon hendaklah membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat mengenal pasti tugasan dengan jelas.
2. Selepas itu, baca petikan dan teliti ayat yang bergaris.
3. Kemudian, tukarkan ayat tersebut kepada bentuk lain seperti yang diarahkan oleh arahan soalan.
4. Calon haruslah memastikan bahawa ayat yang ditukarkan itu menepati cara penukaran ayat.
5. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat sebagaimana

ayat yang asal serta mengekalkan maksud asal ayat tersebut.
6. Calon juga haruslah memastikan ayat yang dibina itu tidak mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa.
7. Lihat cara-cara menukarkan ayat di bawah ini:

(a) Menukarkan Ayat Susunan Biasa kepada Ayat Susunan Songsang
(i) Soalan menghendaki calon menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
(ii) Terdapat dua jenis ayat songsang, iaitu songsang sepenuhnya dan songsang sebahagian.

• Songsang sepenuhnya – Predikat di hadapan dan subjek di belakang.
• Songsang sebahagian – Hanya sebahagian predikat yang dibawa ke hadapan, diikuti

oleh subjek dan diikuti semula dengan sebahagian predikat.

97

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris

kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Remaja merupakan golongan pelapis yang akan mentadbir negara pada masa hadapan.
Sebagai tonggak harapan negara, remaja perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
ilmu kepimpinan. Hal ini demikian kerana, remaja dapat berperanan apabila tiba masanya
kelak. Proses tersebut dapat diperoleh melalui pendidikan di sekolah dan di pusat pengajian
tinggi. Di samping itu, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan akhlak diri yang terpuji.

Jawapan

(i) Merupakan golongan pelapis yang akan mentadbir negara pada masa hadapan remaja.
(ii) Perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu kepimpinan remaja.
(iii) Haruslah mendidik anak-anak dengan akhlak diri yang terpuji ibu bapa.

(b) Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
(i) Calon dikehendaki supaya menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
(ii) Terdapat dua jenis ayat pasif, iaitu:
• Ayat pasif kata nama diri pertama dan kedua
• Ayat pasif kata ganti nama diri ketiga
(iii) Cara menukarkan ayat pasif bagi kata nama diri pertama dan kedua dengan ayat pasif kata
ganti nama diri ketiga sangat berbeza.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat

pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf penagihan dadah sebagai
penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan. Malah Klasifikasi Penyakit
Antarabangsa WHO pada 1994 menyifatkan ketagihan terhadap sesuatu bahan termasuk
alkohol dan dadah sebagai gangguan mental. Oleh itu, kita harus menganggap penagih dadah
sebagai orang sakit yang memerlukan rawatan perubatan. Kita tidak boleh mengenakan
hukuman penjara bagi kesalahan kecil berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kerajaan
mengambil pelbagai langkah untuk menangani masalah penagihan dadah. Hal ini agar
golongan penagih bebas sepenuhnya daripada belenggu najis ini yang membahayakan itu,
yang turut membawa kepada penyakit berbahaya seperti HIV dan AIDS akibat perkongsian
jarum suntikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penagih Dadah Perlu Diberi Rawatan Jalani Pemulihan’, http://www.
bharian.com.my/, 29 Jun 2019

98

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Jawapan

(i) Penagihan dadah sebagai penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan
telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

(ii) Oleh itu, penagih dadah harus kita anggap sebagai orang sakit yang memerlukan
rawatan perubatan.

(iii) Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah penagihan
dadah.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat Bab 2
aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

Akses bahan pembacaan kini tidak lagi terhad kepada media cetak mahupun digital,
malah ada yang bersifat interaktif. Implikasinya, corak aktiviti pembacaan mutakhir ini tidak
lagi terikat kepada pembacaan secara bersendiri. Hal ini demikian kerana, wujudnya peluang
interaktif yang memudahkan pembaca untuk berinteraksi secara berkumpulan atau dua hala.
Dengan adanya ruang komen dan kesukaan, interaksi bersifat dinamik juga dapat diwujudkan
antara pembaca dengan penulis. Mereka boleh berkongsi dan bertukar-tukar pandangan serta
respons. Melalui perkembangan teknologi dapat meningkatkan penerbitan buku audio yang
disertakan visual, bunyi latar, dan klip video. Perkembangan ini sudah pasti memberikan
pengalaman membaca yang lebih menarik berbanding dengan bahan cetak. Buku dan surat
khabar juga mengalami transformasi seperti disertakan dengan kod QR. Para pembaca boleh
mengakses laman web penrbit atau penulis dengan mengimbas kod QR yang diberikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Digital Norma baharu’ oleh Dr. Tina Abdullah, My Metro

Jawapan

(i) Antara pembaca dengan penulis juga dapat mewujudkan interaksi bersifat dinamik,
dengan adanya ruang komen dan kesukaan.

(ii) Penerbit menyertakan visual, bunyi, latar, dan klip video yang dapat meningkatkan
penerbitan buku audio melalui perkembangan teknologi.

(iii) Penerbit memberikan kod QR yang membolehkan para pembaca mengakses laman web
penerbit atau penulis dengan mengimbasnya. .

(c) Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
(i) Soalan menghendaki calon menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
(ii) Dalam proses penukaran tersebut, terdapat sekurang-kurang tiga proses yang akan berlaku.
• Penghilangan – tanda noktah bertindih (:) bagi petikan dialog dan tanda petik (“…”) bagi
petikan biasa akan hilang
• Penambahan – terdapat penambahan kata misalnya menyatakan dan bertanya
• Penyempurnaan – kata-kata singkatan seperti ni akan menjadi ini, tu akan menjadi itu.

99

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada

ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Samsul : Wah, sedap betul mi goreng ini. Tidak pernah saya makan mi sesedap ini.
Faisal : Betul sedap Samsul? Kalau sedap, mengapakah awak tak tambah lagi? Masih ada

lagi mi tu.
Samsul : Ya, Faisal. Memang sedap. Sekejap lagi saya akan tambah lagi.
Faisal : Saya belajar menggoreng mi ini daripada nenek saya. Beliau pengusaha restoran di

kampung saya.

Jawapan

(i) Dengan kagumnya, Samsul menyatakan mi goreng itu sangat sedap dan dia tidak
pernah makan mi sesedap itu.

(ii) Faisal memberitahu Samsul bahawa mi tersebut memang sedap dan dia akan menambah
mi goreng itu sekejap lagi.

(iii) Menurut Faisal, dia belajar memasak mi goreng tersebut daripada neneknya. Menurutnya
lagi, neneknya pengusaha restoran di kampungnya.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan cakap pindah yang bergaris kepada
cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Sambil memintas khayalan Hidayah, Leena menyatakan kepada Hidayah bahawa tidak
lama lagi mereka akan berpisah dan dia berasa amat sedih. Hidayah meminta Leena supaya
menjelaskan perkara yang diperkatakan oleh Leena semula sambil meminta maaf kerana
tidak mendengarnya. Leena menegur Hidayah kerana asyik berangan dan ingin mengetahui
perkara yang sedang difikirkan oleh Hidayah sambil membongkarkan kesedihan hati teman
rapatnya itu. Dengan nada sedih, Hidayah menjelaskan sebenarnya dia berasa risau kerana
tidak lama lagi dia akan masuk ke universiti. Leena ingin mengetahui perkara yang dirisaukan
oleh Hidayah. Hidayah mula bercerita dengan menyatakan kebimbangannya tentang tidak
ada sesiapa yang hendak menjaga adik bongsunya, Hidayat.

Jawapan

(i) “Dayah, tak lama lagi kita akan berpindahlah ya. Aku rasa sedihlah,” Leena memintas
khalayalan Hidayah.

(ii) “Engkau ni, Dayah, asyik berangan saja aku tengok. Apa yang kaufikirkan tu?” kata
Leena ingin membongkarkan kesedihan hati teman rapatnya itu.

(iii) “Siapa nak tengok-tengokkan adik bongsuku, Hidayat nanti?” Hidayah mula bercerita.

100

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Membina Ayat Tanya Bab 2

1. Calon dikehendaki supaya membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat mengenal pasti tugasan
dengan jelas.

2. Selepas itu, baca petikan dan teliti frasa-frtasa yang berhuruf condong. Dalam peperiksaan, enam frasa
akan diberikan.

3. Kemudian, bina enam ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang bersesuaian dengan frasa yang
ditentukan.

4. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat
5. Anda juga haruslah memastikan ayat yang dibina itu tidak mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa.
6. Terdapat enam kata tanya yang digunakan, iaitu:

(a) mengapakah – tentang sebab
(b) berapakah – tentang bilangan
(c) siapakah – tentang orang
(d) di manakah – tentang tempat
(e) bagaimanakah – tentang cara
(f) apakah – tentang cara

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.

Berdasarkan kajian oleh sebuah firma komputer, hampir 80 peratus remaja tidur dengan
telefon pintar di sisi mereka. Kajian juga mendapati secara purata, remaja menghantar 34 mesej
semasa berbaring di atas katil sebelum tidur. Aktiviti melihat telefon pintar sebelum tidur boleh
menjejaskan tahap kualiti tidur remaja. Menurut pakar kesihatan, waktu tidur remaja boleh
terganggu oleh lampu daripada skrin telefon. Akibatnya, remaja sukar fokus semasa belajar di
dalam kelas kerana kekurangan tidur dan tiada tenaga. Selain itu, kitaran tidur dan jaga remaja
juga tidak teratur yang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan cahaya matahari dengan
skrin gajet. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal keadaan ini sebelum terlambat.

Jawapan

(i) Apakah hasil kajian yang dijalankan oleh sebuah firma komputer?
(ii) Berapakah bilangan mesej yang dihantar oleh remaja semasa berbaring di atas katil?
(iii) Apakah kesannya jika remaja melihat telefon pintar sebelum tidur?
(iv) Bagaimanakah waktu tidur seseorang remaja itu boleh terganggu?
(v) Mengapakah remaja sukar fokus semasa belajar di dalam kelas?
(vi) Siapakah yang harus mengawal keadaan ini sebelum terlambat?

101

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

ATip Pemeriksa untuk Skor

Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Rakan ialah cerminan diri kita. Hal ini demikian kerana, rakan yang baik pasti akan
mempengaruhi perwatakan kita. Demikianlah juga sebaliknya. Oleh itu, kita hendaklah berhati-
hati semasa memilih rakan. Kriteria pertama sudah tentu akhlak rakan kita. Kriteria kedua pula
ialah sikapnya terhadap pelajaran dan kriteria ketiga ialah disiplin dirinya. Biarlah kita dikatakan
bersikap selektif dalam memilih rakan kerana impaknya amat besar terhadap diri kita. Selain itu,
ibu bapa juga haruslah membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul. Hal ini penting
agar anak-anak tidak tersilap memilih rakan.

Contoh Jawapan Murid

(i) Apakah itu rakan? 
(ii) Mengapakah kita perlu mempunyai rakan yang baik? 
(iii) Apakah kriteria-kriteria untuk memilih rakan? 
(iv) Mengapakah rakan mempunyai impak yang besar terhadap kita? 
(v) Siapakah yang harus membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul? 
(vi) Bagaimanakah ibu bapa harus membimbing anak-anak? 

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
 Murid tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai dengan

perkataan yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong tersebut
sebagai jawapan.
 Murid juga tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai
dengan frasa yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan frasa berhuruf condong tersebut
sebagai jawapan. Murid juga harus memerhatikan kata tugas ‘kerana’ yang boleh menunjukkan kata
tanya yang sesuai untuk kata tugas tersebut.
 Murid tidak faham bahawa hanya ada satu sahaja frasa yang berhuruf condong dalam kriteria tersebut,
bukannya bagi ketiga-ketiga kriteria.
 Murid tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai dengan
perkataan huruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong tersebut sebagai
jawapan, bukannya menjadi soalan.
 Murid juga tidak memahami arahan soalan yang meminta calon membina ayat tanya yang sesuai
dengan frasa yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong
tersebut sebagai jawapan, bukannya menjadi soalan.
 Ayat tanya yang dibina oleh murid salah kerana tidak bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

102

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Contoh Jawapan Pemeriksa

(i) Apakah cerminan diri kita?
(ii) Mengapakah rakan ialah cerminan diri kita?
(iii) Apakah kriteria pertama untuk memilih rakan?
(iv) Mengapakah kita perlu selektif dalam memilih rakan?
(v) Siapakah yang harus membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul?
(vi) Mengapakah ibu bapa harus membimbing anak-anak agar agar memilih rakan dengan betul?

Menentukan Subjek dan Predikat dalam Ayat Subjek dan Bab 2
Strategi Menjawab Soalan Menentukan Subjek dan Predikat Predikat

1. Menurut Tatabahasa Dewan, subjek ialah konstituen dalam sesuatu ayat yang VIDEO 7
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Konstituen ini terdiri daripada frasa nama
(FN) dan menjadi unsur yang diterangkan.

2. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam sesuatu frasa seperti Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FSN). Frasa-frasa tersebut menjadi
unsur yang menerangkan subjek.

3. Sebelum menjawab soalan ini, calon hendaklah membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat
mengenal pasti tugasan dengan jelas.

4. Kemudian, baca petikan dengan teliti untuk memahami keseluruhan petikan tersebut.

5. Subjek bagi ayat susunan biasa, lazimnya terletak pada bahagian awal ayat, manakala predikat pula di
bahagian belakang ayat.

6. Jika ada kata penunjuk ‘itu’ yang terletak pada bahagian awal ayat, kata penunjuk ‘itu’ memisahkan
antara subjek dengan predikat.

Contoh ayat:
(a) Orang yang memakai cermin mata hitam itu abang sepupu saya.
Subjek: orang yang memakai cermin mata hitam itu
Predikat: abang sepupu saya
(b) Pegawai itu menjelaskan perkara sebenar supaya pelanggan memahaminya.

Subjek: pegawai itu
Predikat: menjelaskan perkara sebenar supaya pelanggan memahaminya

7. Subjek juga dapat dikenal pasti daripada frasa nama yang digunakan pada bahagian subjek.

Contoh ayat:
(a) Pengetua menasihati murid-murid agar menjaga disiplin mereka di mana-mana mereka

berada.
Subjek: pengetua
Predikat: menasihati murid-murid agar menjaga disiplin mereka di mana-mana mereka

berada
(b) Buah durian mendapat pasaran yang baik di luar negara kerana rasanya yang enak.

Subjek: buah durian
Predikat: mendapat pasaran yang baik di luar negara kerana rasanya yang enak

103

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek:
Predikat:

Akses Internet merupakan satu jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada
zaman ini. Internet merupakan keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang
bekerja. Di rantau Asia, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar penggunaan
Internet tertinggi. Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia sudah mengenali Internet dan menjadi
pengguna Internet dalam aktiviti seharian mereka. Penggunaan Internet sudah tentu akan
memberikan pelbagai kesan negatif jika penggunaannya tidak terkawal. Oleh itu, para pengguna
Internet perlulah bijak menggunakan Internet agar tidak memudaratkan mereka.

Jawapan

(i) Akses Internet  merupakan satu  jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada
zaman ini.

Subjek: akses Internet 
Predikat: merupakan satu jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada zaman ini
(ii) Internet merupakan keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang

bekerja.
Subjek: Internet
Predikat: merupakan satu keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang

bekerja
(iii) Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia sudah mengenali Internet dan menjadi pengguna Internet

dalam aktiviti seharian mereka.
Subjek: sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia
Predikat: sudah mengenali Internet dan menjadi pengguna Internet dalam aktiviti seharian

mereka

ATip Pemeriksa untuk Skor

Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek:
Predikat:

Banyak ibu bapa terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka
ketika dibiarkan sendirian di rumah. Ibu bapa memberikan alasan bahawa mereka sibuk bekerja dan
terikat dengan pelbagai komitmen penting. Ibu bapa terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan
pendapatan seisi keluarga. Namun begitu, pendidikan dan perhatian terhadap anak masih penting.
Hal ini demikian kerana, banyak pengaruh negatif yang boleh merosakkan pemikiran anak-anak
seperti pedofilia, pengguguran haram, pembuangan bayi, dan seks bawah umur.

104

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

Contoh Jawapan Murid

(i) Subjek: banyak ibu bapa terlupa 
Predikat: untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika dibiarkan

sendiri di rumah 
(ii) Subjek: ibu bapa memberikan alasan 
Predikat: bahawa mereka sibuk bekerja dan terikat dengan pelbagai komitmen penting.
(iii) Subjek: ibu bapa 
Predikat: terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan pendapatan seisi keluarga 

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid Bab 2
 Murid tidak dapat memastikan antara subjek dengan predikat dalam ayat ini. Jawapan yang diberikan

oleh murid ialah subjek dan predikat. Subjeknya ialah Banyak ibu bapa, manakala predikatnya ialah

terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika dibiarkan sendiri di
rumah.
 Bahagian ini bukanlah predikat tetapi keterangan kepada predikat, iaitu terlupa.
 Murid masih tidak dapat mengenal pasti antara subjek dengan predikat dalam ayat ini. Jawapan yang
diberikan oleh murid ialah subjek dan predikat. Subjeknya ialah Ibu bapa, manakala predikatnya ialah
memberikan alasan.
 Murid dapat mengemukakan subjek yang tepat bagi ayat ini iaitu Ibu bapa.
 Murid juga dapat mengemukakan predikat yang tepat bagi ayat ini, iaitu terpaksa fokus kepada usaha
menyejahterakan pendapatan seisi keluarga.

Contoh Jawapan Pemeriksa

(i) Subjek: banyak ibu bapa
Predikat: terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika

dibiarkan sendiri di rumah
(ii) Subjek: ibu bapa
Predikat: memberikan alasan bahawa mereka sibuk bekerja dan terikat dengan pelbagai komitmen

penting.
(iii) Subjek: ibu bapa
Predikat: terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan pendapatan seisi keluarga

6

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Orang ramai harus berusaha untuk mengelak daripada menjadi mangsa kes jenayah ragut.
Hal ini dapat dilakukan sekiranya mereka lebih peka akan keadaan sekeliling dan mengambil
langkah-langkah keselamatan. Mereka tidak harus memperagakan barang kemas secara
berlebihan. Menurut penganalisis jenayah, antara kesilapan yang kerap dilakukan masyarakat
ketika berada di tempat awam ialah mereka terlalu leka dengan telefon bimbit sehingga tidak
sedar bahawa barangan berharga mereka menjadi sasaran peragut. Selain itu, kita hendaklah
berjalan secara melawan arus supaya kita dapat melihat sesiapa yang berada di hadapan kita. Kita

105

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

juga perlu mengelakkan diri daripada berjalan berseorangan dan menggunakan jalan yang
sunyi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Orang Ramai Perlu Lebih Peka Cegah Kejadian Ragut’ https://www.
astroawani.com/berita-malaysia/

2. Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
Pembinaan rumah transit untuk gelandangan yang dikenal sebagai Anjung Singgah
besar peranannya terhadap gelandangan. Sejak rumah ini ditubuhkan pada tahun 2016,
sebanyak 7047 orang gelandangan telah mendaftar masuk. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
151 orang pula berjaya memperoleh pekerjaan hasil padanan kerjaya oleh pengurus rumah
Anjung Singgah dengan para majikan. Kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Wilayah
Persekutuan, yang bukan sahaja telah menyediakan penginapan yang selesa kepada banyak
gelandangan tetapi berusaha untuk menjaga kebajikan mereka secara berterusan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gelandangan Oh Gelandangan’ oleh Johari Yap, https://www.
sinarharian.com.my/article, 18 Mei 2020

3. Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap nagi tiga ayat
yang dipilih seperti yang berikut:

Subjek:
Predikat:

Aktiviti riadah dapat menyihatkan tubuh badan kita dan mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dengan itu, kita selalu melihat masyarakat kini mengamalkan aktiviti tersebut
bersama-sama keluarga. Natijahnya, kecergasan masyarakat kita semakin meningkat dan
hubungan silaturahim dalam keluarga semakin utuh. Aktiviti riadah ini juga mampu
melahirkan masyarakat yang berstamina tinggi, sekali gus menyumbangkan peningkatan
produktiviti. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah membudayakan aktiviti ini demi kesejahteraan
diri, keluarga, dan negara

7

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan aktif yang bergaris di bawah ini
kepada ayat bersusunan pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Masyarakat harus mengamalkan kebersihan sebagai budaya dalam kehidupan harian.
Masyarakat tidak harus membuang sampah di merata-rata tempat. Setiap lapisan masyarakat
haruslah mempunyai perasaan bertanggungjawab apabila melihat sampah bertaburan. Mereka
haruslah sukarela mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Pembuangan
sampah yang tidak mengikut peraturan perlu dibanteras dengan memastikan tiada aktiviti
pembuangan sampah secara haram. Hal ini demikian kerana, pembuangan sampah secara
haram ini boleh mencemarkan alam sekitar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalkan Budaya Menjaga Kebersihan dalam Komuniti’, https://
www.utusanborneo.com. 3 April 2020

106

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2
2. Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya

yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai bagi menjelaskan lokasi
orang ramai wajib memakai pelitup muka. Pengeluaran senarai untuk mengelakkan kekeliruan
masyarakat dan membendung penularan COVID-19. Lokasi yang disenaraikan oleh MKN
ialah masjid dan surau, rumah ibadat bukan Islam, majlis sosial, pengangkutan awam, zoo,
bas, serta van sekolah. Di samping itu, semasa kita berada di premis kesihatan, iaitu klinik dan
hospital, kita diwajibkan memakai pelitup muka. Lokasi lain ialah pasar awam dan pasar tani,
pawagam, dan kedai gunting rambut. Pemakaian pelitup muka penting bagi mengelakkan kita
daripada terkena jangkitan virus.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di manakah Kita Wajib Memakai Pelitup Muka’, https://www.
utusanborneo.com, 5 Ogos 2020

3. Berdasarkan petikan di bawah ini. kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap nagi tiga ayat
yang dipilih seperti yang berikut:

Subjek:
Predikat:

Sekolah perlu melengkapi murid-murid dengan aspek jati diri yang mampu memiliki
daya juang tinggi. Aspek jati diri ini penting agar murid tidak mudah berputus asa dalam
usaha meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri. Oleh itu, murid-murid perlu bersedia
untuk mendepani pelbagai cabaran seperti ledakan teknologi maklumat dan transformasi
pendidikan. Jika murid berjaya dalam perjuangan mereka semasa zaman persekolahan,
maka mereka juga mampu berjuang pada peringkat seterusnya. Ibu bapa haruslah sentiasa
memberikan dorongan kepada anak-anak mereka agar terus berjuang.

8

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan
orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan juga haruslah menubuhkan
Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita.
Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu . Selain
itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara luar seperti Australia. Di Australia,
penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Pendekataan
ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan penumpang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengangkutan Awam’ oleh Cikgu Aishah, https://sites.google.com/
site/cikguaisahmrsmbalikpulau

107

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

2. Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf
condong.

Obesiti ialah masalah kesihatan. Masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan
masyarakat moden. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan
bilangan orang dewasa dengan masalah berat badan berlebihan meningkat daripada 16.6%
(1.7juta) pada tahun 1996 kepada 27% (4.2juta) pada tahun 2003. Kaji selidik Kesihatan dan
Morbiditi Kesihatan 2016 telah menunjukkan 33.6% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas
mempunyai berat badan berlebihan. Orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan
tergolong dalam obesiti.

3. Berdasarkan petikan di bawah ini. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang dipilih seperti yang berikut:

Subjek:
Predikat:

Keterampilan diri ialah tunjang untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Fokus tunjang ini supaya murid dapat mengenali dan
menguruskan emosi sendiri dengan baik. Di samping itu, murid juga akan belajar cara
untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain dalam meningkatkan kemahiran
komunikasi mereka. Murid juga perlu mengetahui cara-cara untuk membina konsep kendiri
yang positif agar dapat meningkatkan semangat diri.

A Format dan Bentuk Soalan

1. Calon akan diberikan satu atau dua petikan. Bagi satu petikan, panjangnya lebih Kesalahan
kurang 11 hingga 12 ayat. Bagi dua petikan pula, setiap satu petikan terdiri lima Bahasa
hingga lapan ayat.
2. Petikan boleh terdiri daripada karangan biasa dan dialog. INFO 14

3. Calon diminta untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang meliputi kesalahan tatabahasa, kesalahan
ejaan, dan kesalahan istilah.
4. Dalam arahan soalan sudah dijelaskan tentang bilangan kesalahan bahasa tersebut sama ada 11 atau 13
kesalahan. Calon haruslah mencari kesemua kesalahan bahasa tersebut.
5. Setiap satu kesalahan diperuntukkan 1 markah yang menampilkan markah keseluruhan sama ada 11
atau 13 markah bergantung pada arahan soalan.
6. Oleh sebab bahagian ini memperuntukkan markah yang tinggi, calon haruslah meningkatkan
kemahiran dalam penguasaan tatabahasa, ejaan, dan istilah.

B Strategi Menjawab Soalan Penyuntingan
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Kemudian, baca petikan yang diberikan dengan teliti supaya calon dapat mengenal pasti kesalahan

bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.
3. Garisi setiap kesalahan tersebut dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

108

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

C Mengenal Pasti Kesalahan Bahasa

1. Kesalahan ejaan mengikut keselarasan vokal
Vokal terdiri daripada huruf a, e, i, o, dan u. Keselarasan vokal yang lazim berlaku ialah terdapat

vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata
praakhir dengan huruf vokal di suku akhir tertutup.
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan vokal. Nota panduan ini hanya
mengemukakan pola-pola keselarasan vokal yang kerap menjadi masalah berdasarkan kesalahan yang
dilakukan oleh calon.

Pola Keselarasan Vokal Betul Salah Bab 2
a–i kasih kaseh
a–u sarung sarong
pelik pelek
e pepet – i serak serak
e taling – a selok siluk
e taling – o titik titek
tiruk tirok
i–i kole kule
i–u usang osang
o – e taling buih bueh
u–a puluh puloh
u–i
u–u

Peringatan
Keselarasan vokal di atas digunakan dan dirujuk untuk perkataan bahasa Melayu jati. Bagi kata

pinjaman daripada bahasa Indonesia, Inggeris, dan Arab, keselarasan vokalnya adalah berbeza dan
hendaklah dieja seperti yang berikut.
(a) Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia

Pola keselarasan vokal Ejaan yang betul Ejaan yang salah
ageh
a–i agih calun
lakun
a–o calon
lakon perabut
gembling
e–o perabot
tunton
e – e taling gembleng tontun

u–u tuntun

o–o tonton

(b) Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

Pola keselarasan vokal Ejaan yang betul Ejaan yang salah
a – e taling jaket jeket
a–i
e–o akademik akademek
atom atum

109

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

e taling – i enjin injin
i–o transistor transister
o–u
u–o fokus fokas
kupon kopon
(c) Kata pinjaman daripada bahasa Arab

Pola keselarasan vokal Ejaan yang betul Ejaan yang salah
a–a darab dharab
hadir hadhir
a–i musafir musafer
perabot perabut
e–o

2. Kesalahan ejaan gugusan konsonan
Gugusan konsonan ialah perkataan yang mengandungi dua huruf konsonan yang berderet atau lebih.

Kebanyakan perkataan itu terdiri daripada kata pinjaman, khususnya bahasa Inggeris. Contoh:
(a) Perkataan kredit – huruf k dan r merupakan deretan konsonan
(b) Perkataan struktur – huruf str dan kt merupakan deretan konsonan

proses peroses
projek perojek
kredit keredit
struktur stuktur
krim kerim
kontrak konterak
konstruk konstak


Beberapa pengecualian perkataan seperti yang berikut.

gelas glas
geran gran
kelas klas
kelab klab/klub
setem stem
pelan plan

3. Kesalahan ejaan kata majmuk gambarajah
Kata majmuk ditulis secara terpisah. Contoh: tekakata

gambar rajah
teka kata

110

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

hati batu hatibatu

meja tulis mejatulis

panduan telefon panduantelefon

kontrak hadapan kontrakhadapan

sistem mudah alih sistem mudahalih

Secara keseluruhannya, ejaan kata majmuk yang tidak boleh ditulis secara terpisah terdiri daripada 15
patah perkataan seperti yang berikut.

warganegara warga negara Bab 2
tanggungjawab tanggung jawab

tandatangan tanda tangan
suruhanjaya suruhan jaya

sukarela suka rela
setiausaha setia usaha
pesuruhjaya pesuruh jaya
olahraga olah raga
antarabangsa antara bangsa
matahari mata hari

beritahu beri tahu
jawatankuasa jawatan kuasa

bumiputera bumi putera
kakitangan kaki tangan
kerjasama kerja sama

D Kesalahan Tanda Baca
Kesalahan tanda baca yang sering dilakukan oleh calon ialah tanda titik (.), tanda sempang (-), dan tanda
seru (!).
1. Tanda titik
Tanda titik digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat itu berakhir dan menunjukkan singkatan

perkataan. Contoh singkatan perkataan ialah Dr., Mohd., dan Prof.
2. Tanda sempang
Lazimnya, tanda sempang digunakan untuk unsur pengulangan seperti kata ganda. Terdapat empat

cara menggunakan tanda sempang.
(a) Tanda kata ganda
Sempang digunakan untuk merangkaikan dua perkataan sebagai kata ganda.

murid-murid murid murid
kuih-muih kuih muih

adik-beradik adik beradik

111

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

(b) Tanda antara ke dengan angka
Sempang diletakkan antara ke dengan angka, contohnya ke-22.
(c) Tanda rujukan tahun dengan akhiran -an.
Sempang diletakkan antara tahun dengan akhiran -an, contohnya tahun 20-an.
(d) Tanda antara huruf kecil dengan besar

(i) Sempang digunakan apabila kata depannya merupakan huruf bagi nama khas, contohnya
anti-Barat, hidayah-Nya, dan hamba-Mu.

(ii) Untuk menunjukkan nama khas atau singkatan nama khas, contohnya pro-Amerika.
3. Tanda seru
Tanda seru (!) digunakan pada akhir ayat dan bukannya selepas kata seru.

Aduh, sakitnya perutku! Aduh! sakitnya perutku.
Cis, pergi kau dari sini! Cis! pergi kau dari sini.

E Kesalahan Kosa Kata
1. Penggunaan kata ganti nama diri

Ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada Ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari
hari esok. Ujian itu melibatkan semua murid esok. Ia melibatkan semua murid Tingkatan 5.
Tingkatan 5.

Perjumpaan ahli Persatuan Bahasa Melayu Perjumpaan ahli Persatuan Bahasa Melayu
akan diadakan pada hari Sabtu. Perjumpaan akan diadakan pada hari Sabtu. Ia wajib
itu wajib dihadiri oleh semua ahli. dihadiri oleh semua ahli.

2. Penggunaan kata bilangan

Beberapa orang murid Berapa orang murid
Kedua-dua orang guru Kedua orang guru
Sesetengah/Setengah-setengah orang Setengah orang
Pelbagai/Berbagai-bagai acara Pelbagai acara-acara/Berbagai acara

3. Penggunaan kata jamak

mereka mereka-mereka
manusia manusia-manusia
masyarakat masyarakat-masyarakat

4. Penggunaan kata sendi nama
Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Antara sendi

nama itu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk, dengan, sejak, tentang, sampai, bagi, dan
sebagainya. Semasa menulis, kata sendi nama perlu dipisahkan daripada frasa nama yang mengikutinya.

112

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 
Kesalahan penggunaan kata sendi nama yang sering dilakukan oleh murid adalah seperti yang berikut.

Di Muar DiMuar
Ke Kota Kinabalu KeKota Kinabalu
Dari puncak gunung Daripada puncak gunung
Hantarkan kepada ayahnya Hantarkan pada ayahnya
Pada pendapat saya Kepada pendapat saya

Terdapat juga penggunaan imbuhan di yang membentuk kata kerja tetapi dianggap sebagai sendi Bab 2
nama seperti yang berikut.

dialu-alukan di alu-alukan
dipukul di pukul
dijemput di jemput
dibaca di baca

5. Penggunaan imbuhan yang salah
Contoh:

Keluarga yang miskin berharap kerajaan dapat Keluarga yang miskin diharap kerajaan dapat
membantu mereka. membantu mereka.

Sungguh baik budak itu. Sungguh terbaik budak itu.

Majlis pelantikan pengawas akan diadakan Majlis berlantikkan pengawas akan diadakan
pada minggu depan. pada minggu depan.

Saya mengucapkan selamat sejahtera. Saya meucapkan selamat sejahtera.

F Kesalahan Frasa
1. Binaan frasa nama
Binaan frasa nama sering digunakan dengan cara yang salah. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa

Inggeris atau bahasa lain. Dalam bahasa Melayu, hukum D-M digunakan untuk menentukan binaan
frasa nama itu. Bahagian yang diterangkan (D) merupakan bahagian yang diutamakan dan hendaklah
mendahului bahagian yang menerangkan (M).
Contoh:

sos cili cili sos
kereta mini mini kereta
pisang goreng goreng pisang
bas ekspres Kencana bas Kencana ekspres

113

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
2. Frasa kerja tak transitif
Frasa kerja tak transitif tidak tepat jika tidak diikuti oleh unsur keterangan. Unsur keterangan boleh

dibina dengan menggunakan kata sendi nama.
Contoh:

pandang ke luar pandang luar
mimpi pada siang hari mimpi siang hari
berjalan dengan sendiri berjalan sendiri

3. Frasa kerja transitif
Frasa kerja transitif memerlukan objek yang hadir selepas kata kerja transitif. Objek itu boleh terdiri

daripada sesuatu benda, perkara, atau tempat.
Contoh:

membincangkan kesan cuaca membincangkan tentang kesan cuaca
menulis surat menulis dalam surat
menaiki ke motosikal
menaiki motosikal

4. Frasa sendi nama
Terdapat frasa sendi nama yang wujud selepas kata adjektif. Kesalahan bahasa berlaku jika kata sendi

nama tidak digunakan. Hal ini mungkin disebabkan anggapan bahawa kata adjektif yang mempunyai
unsur perasaan hanya memerlukan imbuhan -kan dan tidak perlu meletakkan kata sendi nama.

cinta akan negara cintakan negara
suka akan ayam goreng suka ayam goreng
malu untuk bertegur sapa malu bertegur sapa

tercantik sekali
5. Frasa adjektif terhebat sekali
Contoh: tercanggih sekali

tercantik atau cantik sekali
terhebat atau hebat sekali
tercanggih atau canggih sekali

114

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

ATip Pemeriksa untuk Skor

Contoh Soalan dan Jawapan Bab 2

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Di sekolah, anak-anak haruslah dididik tentang kepentingan sungai yang bersih. Semasa
mengajar, guru boleh menyelit kepentingan memelihara kebersihan sungai. Benarlah kata-kata
bijak pandai dahulukala bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak dipupuk
dengan rasa cinta sungai, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan di masa
hadapan. Hal ini demikian kerana, generasi muda pada masa ini merupakan penerus legasi
kehidupan pada masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jaga Kebersihan Sungai Tanggungjawab Bersama’, www.sinarharian.com.
my, 3 Disember 2019

Petikan 2
Siapa yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain
permainan tradisonal seperti batu seremban dan congkak. Namun begitu, dek pengedaran masa,
proses perbandaran, dan perkembangan teknologi menyebabkan permainan itu kian pupus ditelan
zaman. Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian
daripada kazanah warisan masyarakat Melayu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dekati Permainan Tradisional’ oleh Nor Asyikin Mat Hayin, www.hmetro.
com.my, 16 Januari 2019

Contoh Jawapan Murid

Petikan 1 Petikan 2
1. mengajar – mengajarkan  1. 1990-an – 1990an 
2. memelihara – memulihara  2. batu seremban – Batu Seremban 
3. dahulukala – dahulu  3. perbandaran – pembandaran 
4. dari – daripada  4. pupus – luput 
5. cinta sungai – cinta kepada sungai  5. kazanah – khazanah 
6. ini – kini 

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid

 Murid dapat mengenal pasti perkataan yang salah, iaitu mengajar, namun begitu, murid tidak dapat
membetulkan kesalahan tersebut. Murid sepatutnya memasukkan objek bagi perkataan mengajar
kerana perkataan itu ialah kata kerja transitif. Perkataan sepatutnya ialah mengajar murid.

 Murid salah dalam mengenal pasti kesalahan perkataan. Perkataan memelihara sudah betul.
 Murid dapat mengenal pasti kesalahan ejaan, cuma pembetulan ejaan tersebut tidak tepat. Murid

sepatutnya menulis perkataan dahulu kala.

115

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

 Murid dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung dari dan betul apabila menukarkannya
daripada.

 Murid dapat mengenal pasti kesalahan cinta sungai tetapi murid tidak dapat membetulkan frasa ini
dengan tepat. Murid seharusnya membetulkannya; cinta akan sungai.

 Murid gagal mengenal pasti kesalahan bahasa. Perkataan ini dalam petikan di atas betul.

 Murid keliru tentang ejaan 1990-an. Ejaan dalam petikan sudah betul.

 Murid tidak mendapat sebarang markah kerana batu seremban bukanlah nama khas dan tidak perlu
ditulis dengan huruf besar.

 Murid gagal mengesan kesalahan dengan betul. Perkataan perbandaran dalam petikan sudah betul.

 Murid juga gagal membezakan perkataan pupus dengan luput. Perkataan pupus dalam petikan sudah
betul.

 Murid dapat mengenal pasti ejaan yang salah dan membetulkan kesalahan tersebut dengan tepat
sekali.

Contoh Jawapan Pemeriksa

Petikan 1 Petikan 2
1. mengajar – mengajar murid 1. siapa – sesiapa
2. menyelit – menyelitkan 2. tradisonal – tradisional
3. dahulukala – dahulu kala 3. pengedaran – peredaran
4. dari – daripada 4. merugikan – merugikan masyarakat
5. cinta sungai – cinta akan sungai 5. kazanah – khazanah
6. di – pada

9

1. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pegangan individu yang bijak berjimat-
cermat demi untuk masa depan mereka. Menabung merupakan amalan pro-aktif berlandaskan
pada kesedaran seseorang di dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan
yang cerah. Pada zaman pasca globalisasi ini, amalan menyimpan wang tabungan di bank
merupakan cara yang selamat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Menabung Amalan Kita’, www.beritakampus.usm.my,
28 Disember 2015

116

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

Petikan 2
Sikap prihatin dengan kerjasama yang dimainkan oleh tiap individu terutamanya
yang berada di barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 patut dipuji.
Pujian juga harus diberikan kepada warga negara yang bersungguh untuk patuh kepada setiap
arahan pihak berkuasa. Kepatuhan mereka ini berlandaskan keyakinan bahawa kerjasama
secara kolektif dapat membebaskan negara daripada cengkaman COVID-19.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sikap Prihatin Cerminan Minda Rakyat Merdeka’, www.bharian.
com.my, 20 Ogos 2020

2. Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Segelintir ibubapa terlalu obses bila berbincang hal pemakanan anak-anak hinggakan ada
yang langsung tidak membenarkan anak-anak mereka mengambil makanan atau minuman
yang mengandungi gula.
Namun begitu, ada juga yang bersikap sebaliknya sehingga langsung tidak mengambil
indah apa yang anak mereka makan walaupun menyedari ia boleh mendatangkan bahaya.
Salah faham dan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula
sejak dari kecil menyebabkan ibu bapa terutamanya yang masih muda dikecam kerana sangat
terlalu berhati-hati dalam menjaga makan harian anak-anak.
Masyarakat umum mengetahui kanak-kanak yang belum berusia dua tahun tidak
boleh mengambil gula atau garam secara berlebihan dalam pemakanan harian mereka. Secara
fitrahnya, kanak-kanak memang sukakan makanan manis. Jarang kita jumpa dengan kanak-
kanak yang menolak apabila ditawarkan gula-gula, coklat, ais krim, atau kek.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mudarat Anak Ketagih Manis’, oleh Siti Nadzirah Hafizdin, www.
hmetro. com.my, 6 Mac

10

1. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Kita baru-baru sahaja meraikan sambutan Hari Alam Sekitar, iaitu pada tangal 5
Jun yang lalu. Tiap tahun pada tarikh tersebut, seluruh dunia meraikan Hari Alam Sekitar
bermatlamat untuk meningkat tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar
sekaligus meningkatkan tindakan serta penglibatan mereka terhadap sebarang perubahan
yang berlaku kepada alam sekitar.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hari Alam Sekitar’, oleh Haliza Abdul Rahman, www.bernama.com
.my, 12 Jun 2020

117

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Petikan 2

Kajian mendapati banyak usahawan-usahawan bumiputra gagal bersaing pada
peringkat nasional. Kegagalan usahawan-usahawan tersebut ialah disebabkan kualiti produk
yang rendah dan tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Malahan, usahawan-usahawan
tersebut juga lemah di dalam aspek pemasaran sama ada secara digital dan konvensional.
Selain daripada itu, usahawan-usahawan tersebut juga lemah daripada segi pengurusan,
latihan, dan pendedahan terhadap industri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perdagangan dan Latihan Keusahawan PKS’, www.kpdnhep.gov.my

2. Dalam petikan berikut terdapat tiga belas kesalahan bahasa Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Pembinaan negara-bangsa bukanlah suatu proses yang mudah. Berbagai cabaran yang berliku
perlu ditempohi oleh rakyat Malaysia bagi proses ini. Persefahaman, tolerensi, dan yang
paling utama, komitmen serta pengorbanan yang tinggi amatlah penting.
Jika kita telusuri sejarah negara sejak beberapa dekad ini, tidak dinafikan yang kita
telah mencapai kejayaan daripada segi pembangunan ekonomi, pemodenan, dan teknologi
maklumat. Oleh kerana itu, janganlah menghancurkan apa yang telah kita capai selama
ini melalui semangat muhibah dan persefahaman di antara kaum di negara yang berbilang
bangsa ini.
Janganlah kita membiarkan fahaman ekstrimis memecah belahkan negara yang kita
cintai ini kerana inilah tanah tempat kita dilahirkan, tempat membina kehidupan, dan tempat
kita mencari rezeki. Rakyat Malaysia perlu mengelakkan daripada mengejar ajenda yang
bersifat perkauman. Ini kerana, benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan
perpaduan yang sudah sekian lama terjalin. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia, tindakan atau tuturkata yang bersifat provokasi hendaklah dielakkan

11

1. Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Sampai bila-bila tabiat buruk masyarakat yang gemar membuang sampah di merata-rata
tempat akan berubah? Mereka tanpa rasa bersalah bersikap begitu kerana tindakan penguat
kuasaan yang masih lemah.
Namun, saya kagum sikap setengah masyarakat yang sanggup menjadi sukarelawan
mengutip sampah. Mereka mengutip pelitup muka yang dibuang merata-rata tempat. Sebagai
contohnya, penduduk Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor yang menganjurkan
program Kutip Kumpul Lupus Nyah Covid-19.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sampai Bila Mahu Buang Sampah Merata-rata’ oleh Merak Jalanan,
www.sinarharian.com.my, 19 September 2020

118

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

Petikan 2
Peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih rendah, iaitu pada kadar 40
peratus berbanding dengan 60 peratus di negara maju. Menurut pakar kecerdasan, aktiviti
bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan di dalam kalangan masyarakat. Aktiviti
bersukan bukan hanya untuk mencari jaguh sukan tetapi adalah untuk membentuk masyarakat
cergas dan produktif. Aktiviti bersukan juga dapat meningkatkan stamina, menguatkan otot,
dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peratusan Masyarakat Malaysia Aktif Bersukan Masih Rendah’,
www.utusanborneo.com.my, 21 Oktober 2019

2. Dalam petikan berikut terdapat tiga belas kesalahan bahasa Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Murid masa kini merupakan pemimpin di masa hadapan. Oleh hal yang demikian, murid
perlu mempunyai ilmu yang cukup bagi memikul tugas tersebut. Sistem pendidikan negara
telah digubal untuk mencapai hasrat melahirkan individu yang berketrampilan. Murid yang
menjadi golongan sasar diwajibkan untuk mengikuti persekolahan daripada tahun satu hingga
tingkatan lima.
Situasi pembelajaran masa kini dilihat memberikan tekanan kepada murid untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini lebih jelas dalam peperiksaan
penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan yang
cemerlang dalam semua peperiksaan-peperiksaan itu, khususnya SPM akan membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran ke institusi yang lebih baik.
Oleh sebab kejayaan murid-murid dalam peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan,
maka mereka diasak dengan latihan dan kerja sekolah yang banyak oleh ibu bapa dan pihak
sekolah. Gejala tersebut dapat memberikan kesan buruk kepada pemikiran dan kesihatan
mereka seperti berasa bosan, tertekan, dan letih.
Selain daripada waktu pembelajaran biasa di sekolah, murid-murid juga perlu mengikuti
kelas tambahan di waktu petang, malam, hujung minggu, dan pada cuti penggal persekolahan.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mengharapkan kecemerlangan maksima, anak mereka
dihantar ke pusat tusyien yang kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di mana sahaja.
Jadual pembelajaran yang ketat menyebabkan murid-murid tiada masa untuk
beristirehat. Perkara yang lebih buruk lagi ialah setengah sekolah menggunakan waktu mata
pelajaran yang tidak diuji dalam peperiksaan seperti pendidikan jasmani untuk mengajar
mata pelajaran lain. Waktu senggang di rumah pula lebih banyak dihabiskan oleh murid
untuk melihat televisyen. Tekanan untuk memperolehi kecemerlangan akademik telah
menyebabkan murid mengabaikan pengisian rohani yang menjadi panduan untuk mereka
menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru mestilah memberikan didikan, kasih sayang, dan
perhatian sebaik-baiknya kepada murid-murid sehingga mereka mencapai potensi sebenar
dalam kehidupan harian. Murid-murid tidak harus dibiarkan bersendirian dalam menghadapi
masalah.

119

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

A Format dan Bentuk Soalan

1. Calon akan diberikan satu petikan bahasa Melayu Klasik yang panjangnya Bahasa Melayu
lebih kurang lima hingga enam baris ayat. Calon diminta supaya Klasik kepada
menukarkan petikan tersebut kepada bahasa Melayu standard. Bahasa Melayu
VIDEO 8 Standard
2. Aspek penukaran melibatkan aspek perubahan perkataan dan perubahan
ayat.

3. Markah yang diperuntukkan pada bahagian ini ialah enam markah.

B Strategi Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Selepas itu, baca petikan dan garisi perkataan dan ayat yang akan ditukarkan kepada bahasa Melayu

standard.
3. Calon haruslah mengelakkan penggunaan kata bahasa klasik dan lenggok bahasa ayat klasik.
4. Calon juga haruslah memastikan maksud petikan kekal walaupun calon menukarkan perkataan dan

ayat dalam petikan tersebut.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut
semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
segala orang kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini
menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian
fiil tuan?”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan
Pustaka

Jawapan

Pada suatu hari, Tun Perak duduk di tanah bersama dengan banyak orang. Seorang
bentara yang bergelar Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua penduduk
Kelang ini menghadap Duli Yang Dipertuan untuk mengadukan hal mereka kepada baginda.
Menurut mereka, penduduk daerah lain yang datang menghadap baginda ialah orang lelaki sahaja
sedangkan bagi penduduk Kelang, Tun Perak membawa golongan perempuan bersama-sama
untuk menghadap baginda sekali? Mengapakah tuan bertindak begitu?”

120

Tip Pemeriksa untuk Skor BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 

A

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Bab 2
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan
halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai
Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Contoh Jawapan Murid

Setelah hari siang , maka orang kaya-kaya  itu pun datang berjumpa  dengan raja untuk
mengadukan halnya  kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan lalu bertitah kepada
Temenggung, “Temenggung, tiadakah kamu menyuruh orang berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang berkawal pada
malam tadi, tetapi tidak seorang pun berjumpa dengan pencuri itu. Patik pun berasa hairan.

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid

 Murid mengekalkan gaya bahasa klasik, iaitu setelah hari siang.
 Murid turut mengekalkan perkataan bahasa klasik, iaitu maka orang kaya-kaya.
 Murid tidak mengemukakan jawapan yang sepatutnya.
 Murid menggunakan perkataan datang berjumpa sepatutnya ialah menghadap raja.
 Murid mengekalkan gaya bahasa klasik, iaitu untuk mengadukan halnya.
 Murid masih mengekalkan ayat bahasa klasik “Temenggung, tiadakah kamu menyuruh orang berkawal

tadi?”

Contoh Jawapan Pemeriksa

Setelah siang, maka para pembesar itu pun datang menghadap raja untuk memberitahu
tentang kecurian pada malam tadi. Baginda pun berasa hairan dan bertanya kepada Temenggung,
“Wahai Temenggung, kamu tidak menyuruh orang melakukan kawalan pada malam tadi?”
Temenggung bersembah dan berkata, “Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang
melakukan kawalan pada malam tadi tetapi tidak seorang pun dalam kalangan mereka berjumpa
dengan pencuri ini. Patik pun berasa hairan.”

121

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

12

1. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik
beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala
Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.” Setelah Seri Betara mendengar sembah
Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau
kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan
kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda.
Maka kata orang Johor, “Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin.” Dan
titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. Maka
baginda beryang-yang, “Jikalau betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air
yang masin, menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera
diambilnya air itu.

Dipetik daripada Hikayat Siak,Legasi Tradisi Gemilang Melayu Islam, diselanggarakan oleh
Muhammad Yusoff Hashim, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017

3. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab Namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal
orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan
Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani kelakuannya
gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.
Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan
perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu
ia terus pergi ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah
perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat
kelakuan Tun Umar itu.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

122

BBaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa  Bab 2

5. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala
Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang
kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang
kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

A Format dan Bentuk Soalan

1. Soalan peribahasa dikemukakan dalam Sistem dan Aplikasi Bahasa (Bahagian A) Kertas 1103/2.
2. Bentuk soalan peribahasa boleh terdiri daripada aspek yang berikut:

(a) menyenaraikan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan dan memberikan peribahasa lain
yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut

(b) mengemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan yang diberikan

3. Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu.

4. Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
(a) simpulan bahasa (d) pepatah
(b) perumpamaan (e) bidalan
(c) perbilangan (f) kata-kata hikmat

Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling ringkas yang terdiri daripada dua

perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang
membentuknya.
2. Contoh simpulan bahasa ialah kaki ayam, pening lalat, tangkai jering, panjang tangan, dan sebagainya.
3. Bagi simpulan bahasa kaki ayam, perkataan kaki dan ayam mempunyai makna yang berlainan. Apabila
digabungkan, rangkai kata tersebut menjadi simpulan bahasa yang mempunyai makna tertentu, iaitu
orang yang tidak memakai kasut.

Perumpamaan
1. Perumpamaan merupakan peribahasa yang berupa perbandingan sesuatu benda, peristiwa, keadaan,

dan sebagainya dengan sesuatu yang lain.
2. Perumpamaan menggunakan perkataan bak, seperti, bagai, macam, ibarat, umpama, laksana, tamsil,

dan penaka. Contohnya, seperti melepaskan anjing tersepit; ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah
semua; dan sebagainya.

123


Click to View FlipBook Version