The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-02-09 04:22:54

Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020

Tingkatan Halaman
Halaman
. . . .
1 2 3 3 Berwarna!
Berwarna
1 2
PT3 KC117070
Nota Padat


Galeri i-THINK


Praktis Formatif Ranger


Kertas Pentaksiran Tingkatan 1 & 2 PT3 PT3
Ranger

Kertas Model PT3


Jawapan Disediakan Revisi Cepat Tingkatan
.
.
. .
1 2 3
1 2 3



Bahasa Melayu Science
Sejarah
Bahasa Inggeris Geografi KSSM

Matematik Reka Bentuk dan Teknologi
Mathematics Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi

Sains Reka Bentuk

dan Teknologi






Janice Lee
Siti Marsyitah Hj Zakaria




W.M: RM17.95 / E.M: RM17.95
KC117070
ISBN: 978-983-00-9782-4

Kandungan
Kandungan








Tingkatan 1


Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi
1.1 Dunia Reka Bentuk .................................................................. 2
1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi ........................... 12
1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk ............................ 16



Bab 2 Pengurusan Projek

2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk .......................................... 20



Bab 3 Proses Reka Bentuk
3.1 Projek Brief ............................................................................... 31



Bab 4 Lakaran

4.1 Lakaran Piktorial ...................................................................... 42



Bab 5 Aplikasi Teknologi
(5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi ............................................. 55



Bab 5 Aplikasi Teknologi
(5.2 Reka Bentuk Fesyen)

5.2 Definisi Reka Bentuk Fesyen ................................................ 68



Kertas Pentaksiran PT3 Tingkatan 1 .............................................................. 80






ii PB

Tingkatan 2


Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif

1.1 Pengenalpastian Masalah ....................................................... 95
1.2 Analisis Fungsi .......................................................................... 96
1.3 Percanggahan Fizikal .............................................................. 98



Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.1 Teknologi Pembuatan)
2.1 Teknologi Pembuatan .............................................................. 102



Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.2 Reka Bentuk Mekanikal)

2.2 Reka Bentuk Mekanikal .......................................................... 110


Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.3 Reka Bentuk Elektrik)

2.3 Reka Bentuk Elektrik ............................................................. 117



Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.4 Reka Bentuk Elektronik)

2.4 Reka Bentuk Elektronik ......................................................... 124



Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.5 Reka Bentuk Akuaponik)
2.5 Reka Bentuk Akuaponik ......................................................... 133









PB iii

Bab 2 Aplikasi Teknologi
(2.6 Reka Bentuk Makanan)

2.6 Reka Bentuk Makanan ............................................................ 146

Kertas Pentaksiran PT3 Tingkatan 2 ............................................................... 161





Tingkatan 3

Bab 1 Aplikasi Teknologi

1.1 Reka Bentuk Mekatronik ....................................................... 177



Bab 2 Pembangunan Produk
2.1 Penghasilan Produk .................................................................. 186



Bab 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan
3.1 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran .................... 207





Kertas Model PT3 ................................................................................................... 218





Jawapan ...................................................................................................................... 233
















iv PB

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
BAB APLIKASI TEKNOLOGI
5 (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)




Tingkatan 1




Galeri i-THINK


Sistem Hidroponik
Teknik
aliran
1
cetek
Teknik
pengairan Teknik
titis (teknik aliran
dalam
agregat)
Sistem
hidroponik

Teknik
Aeroponik
takung
Teknik
pasang
surut


Elemen Reka Bentuk Sistem Fertigasi


Elemen reka bentuk sistem fertigasi


Ruang Warna Bentuk
Garisan Rupa Tekstur Saiz


Pengurusan Tanaman
Pengurusan tanaman



Pengurusan prasemaian Pengurusan Pengurusan Pengurusan
dan penanaman tanaman semaian penjagaan


54 PB

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi


1. Sistem fertigasi merupakan salah satu cara penanaman yang semakin popular secara
kecil-kecilan ataupun komersial.
2. Elemen penting dalam reka bentuk sistem fertigasi:
• Kemudahan tapak penanaman seperti sumber air dan bekalan elektrik
• Jenis tanaman yang ditanam • Kos pembinaan
• Iklim • Keluasan tanah 1

5.1.1 Definisi Sistem Fertigasi

1. Fertigasi atau feritigation berasal dari perkataan fertilizer dan irrigation.
2. Fertigasi adalah proses pembajaan dan pengairan diberi secara serentak kepada
tanaman.
3. Sistem fertigasi adalah satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.
4. Sistem fertigasi merupakan salah satu cabang sistem hidroponik yang antara lain
terdiri daripada sistem titis mikro.
5. Sistem fertigasi merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah. Media tanaman
seperti coco peat atau sekam padi digunakan bagi menggantikan fungsi tanah.
6. Sistem fertigasi memerlukan cahaya matahari bagi tujuan proses fotosintesis.
Sistem hidroponik
1. Hidroponik berasal dari perkataan hydro yang bererti air dan ponik yang bermaksud
kerja.
2. Tujuan hidroponik adalah satu kaedah penanaman dengan menggunakan air sebagai
media tanaman yang kaya dengan pelbagai nutrien.
3. Dengan sistem hidroponik dapat meningkatkan hasil tanaman di samping tidak perlu
kawasan yang luas.
Jadual 5.1 Sistem hidroponik
Sistem hidroponik Penerangan

Teknik pengaliran titis (teknik agregat) • Sistem titis ini paling popular
kerana bekalan air dan campuran
baja disalur terus ke akar tanaman
pada masa yang ditetapkan melalui
pen penitis/pita titis.
• Pen penitis menyalurkan air melalui
tiub mikro yang disambung ke
polibeg.



PB 55

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Sistem hidroponik Penerangan

Aeroponik • Teknik ini merupakan inovasi
terbaharu dalam hidroponik yang
memperoleh hasil tanaman yang
baik.
• Larutan baja yang diberikan
berbentuk semburan kabus
melalui nozel mengikut masa yang
ditetapkan.
• Akar tanaman akan cepat menyerap
nutrien yang kaya dengan oksigen.

Teknik takung • Kaedah ini tidak memerlukan pam
sebab larutan air baja kekal statik
1
pada takung penanaman.
• Biji benih disemai pada media
tanaman dalam takung penanaman
yang diletakkan di atas larutan baja.
• Ciri-ciri takung yang baik adalah
tidak telus cahaya, tidak berkarat,
dan tidak serap panas.

Teknik aliran cetek • Akar tanaman akan berada di
palung.
• Pam digunakan untuk menyalurkan
larutan air baja ke dalam palung.









Teknik aliran dalaman • Teknik ini adalah menyerupai teknik
aliran cetek.
• Perbezaannya dengan aliran cetek
adalah saiz palung yang lebih besar
dan lebar serta paras air lebih
tinggi pada akar.











56 57

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Sistem hidroponik Penerangan

Teknik pasang surut • Satu pam dibenam ke dalam larutan
baja yang dihubung ke alat pengatur
masa.
• Apabila alat pengatur masa
dihidupkan, larutan baja akan dipam
ke tanaman dan surut ke bawah serta
masuk kembali dalam takungan.
• Teknik ini membolehkan tanaman 1
mendapat bekalan nutrien, air, dan
oksigen secara berkala.

Tujuan menanam secara fertigasi
1. Tujuan penanaman secara fertigasi:
• Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman.
• Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman.
• Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat.
2. Sistem fertigasi sesuai digunakan untuk tanaman tomato, timun Jepun, cili merah,
terung, dan strawberi.
Kelebihan sistem fertigasi
1. Kebaikan menanam secara fertigasi:
• Penggunaan baja secara cekap. Kadar penyerapan baja mencapai 85% berbanding
dengan kaedah tabur hanya 30%.
• Pembajaan atau pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak
tanaman.
• Media tanaman dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindari masalah
penyakit.
• Meningkatkan hasil tanaman.
• Masalah merumpai yang rendah.
• Dapat mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan
perosak tanaman.
• Kos operasi dan pengurusan dapat dikurangkan.
• Menjimatkan penggunaan air iaitu air terus diserap oleh akar tanaman.
Kaedah penanaman fertigasi di Malaysia

1. Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH):
• SPH adalah struktur bumbung yang melindungi tumbuhan daripada hujan lebat
dan pancaran cahaya matahari yang terik.
• Bumbung SPH biasanya diperbuat daripada bahan plastik yang mempunyai lapisan
perlindungan ultraviolet (UV) dan rangkanya diperbuat daripada batang atau paip
besi, kayu, plastik atau bahan-bahan yang kukuh.
• Saiz SPH berbeza mengikut kesesuaian tapak penanaman dan kos.
• Jika jaring kalis serangga dipasang sebagai dinding, SPH akan lebih berkesan
bagi mengawal serangan serangga perosak.

56 57

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
2. Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan:
• Amalan penanaman tanpa SPH masih boleh dijalankan. Dalam fertigasi tanpa
SPH, ketika hari hujan, air hujan bercampur dengan air baja dalam polibeg dan
ini akan mencairkan baja.
• Air hujan akan menyebabkan jangkitan penyakit, justeru perlu menggunakan racun
serangga dan racun kulat untuk melindungi tanaman.

Perbandingan sistem fertigasi dengan sistem konvensional


Jadual 5.2 Perbandingan antara sistem fertigasi dengan sistem konvensional
Sistem fertigasi Perbandingan Sistem konvensional
Tanaman jenis sayur dan buah Jenis tanaman Semua jenis tanaman

Pilihan Struktur perlindungan hujan Tidak perlu
1
Pilihan Jaring kalis serangga Tidak perlu

Titis dan baja Sistem pengairan Sebarang jenis
pengairan

Air bersih Air Pelbagai sumber air
Tinggi Modal Rendah

Mesti rata Tapak tanah Tidak perlu rata
Mesti ada Elektrik Tidak perlu

Sangat perlu Pengetahuan teknikal Perlu
Tidak penting Keadaan tanah Perlu tanah subur

Rendah Kos operasi Tinggi

Rendah Risiko penyakit Tinggi
Seragam Keseragaman pokok Tidak seragam


5.1.2 Komponen Utama Sistem Fertigasi

Komponen utama

1. Komponen utama sistem fertigasi terdiri daripada:
(a) Sumber yang merupakan tempat simpanan bekalan nutrien.
(b) Medium yang merupakan laluan penyimpanan nutrien.
(c) Alur keluar yang merupakan tempat keluaran nutrien.




58 59

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Komponen sistem fertigasi komersial

Tangki nutrien
• Tangki ini berfungsi untuk menakung larutan baja.
• Larutan baja dialir ke sistem pengairan sama ada menggunakan pam atau secara
tarikan graviti.
• Kaedah tarikan graviti biasanya dilakukan di kawasan yang tiada bekalan elektrik
atau tanah tinggi yang berhampiran dengan kebun.

1
Pam air
• Pam air digunakan untuk mengalirkan larutan baja dari tangki nutrien ke sistem
pengairan.
• Pemilihan pam perlu disesuaikan dengan keluasan kawasan, jumlah tanaman, dan
tekanan yang diperlukan.


Set penitis
• Salah satu nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk dan lagi
satu hujung disambung kepada tiub mikro 4mm.
• Tiub mikro menyambung nipple kepada penitis.
• Penitis akan diletakkan atau dipacak pada tanah dalam bekas tanaman berdekatan
dengan pangkal tanaman.


Penapis
• Dipasang selepas pam air untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam
sistem pengairan.
• Penitis perlu dibersih kerap supaya pengaliran larutan baja berkesan tanpa
tersumbat.


Alat pengatur masa (Timer)
• Digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja dapat dilakukan pada masa,
kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan.


Paip ladang
• Terbahagi kepada paip utama, paip sekunder, dan paip tertier.
• Paip utama dan paip sekunder diperbuat daripada PVC dan bersaiz 32 mm – 40 mm.
• Paip tertier diperbuat daripada paip poli dan bersaiz 16mm – 20 mm.
• Paip utama digunakan bagi penghantaran air dan nutrien dengan kapasiti yang
tinggi dari pam ke kawasan penanaman.
• Paip sekunder (pembahagi) digunakan untuk membahagi penghantaran air dan
nutrien dari paip utama ke baris tanaman.
• Paip tertier digunakan untuk mengalirkan air dan nutrien dari paip sekunder ke
media tanaman.


58 59

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)

Bekalan elektrik
• Bekalan elektrik penting dalam sistem fertigasi untuk membekalkan kuasa
elektrik ke pam air.


Sumber air
• Sumber air yang berkualiti dan mencukupi diperlukan untuk sistem fertigasi.
• Sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga.
• PH air perlu dalam keadaan pH 5.5 – 5.6.
• Air perlu bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia.
• PH meter digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian air.


Keperluan asas
1
Tangki larutan baja

• Dua tangki larutan baja yang diperlukan untuk menyediakan baja fertigasi.


Larutan stok baja

• Terdapat dua jenis baja A dan baja B yang digunakan dalam sistem fertigasi.
• Kedua-dua baja perlu dilarutkan mengikut sukatan terlebih dahulu.



Biji benih
• Biji benih yang dipilih hendaklah subur, baik, berkualiti, dan bebas daripada
sebarang penyakit dan perosak.
• Biji benih hibrid boleh digunakan kerana peratus percambahan yang tinggi dan
pertumbuhan seragam.


Media tanaman

• Media tanaman merupakan komponen asas yang sangat penting untuk memulakan
sesuatu penanaman.
• Media tanaman yang digunakan dalam sistem fertigasi ialah coco peat, sekam
padi, dan peat moss.
• Sekam padi dihasilkan daripada kulit biji padi yang telah dikisar.
• Coca peat berasal daripada sabut kelapa yang dikisar secara halus manakala peat
moss merupakan bahan reput dan bahan mati hasil gabungan beberapa komponen
seperti lumut, pokok renek, rumput, dan lain-lain.





60 61

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)

Alat pengukur
• Dua jenis alat pengukur yang digunakan dalam sistem fertigasi iaitu pH meter
dan EC meter.
• PH meter digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan
skala 0 hingga 14.
• Nilai pH perlulah betul agar akar dapat menyerap nutrien dengan baik.
• EC meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal/kepekatan larutan air baja.

1
Pemilihan jenis dan varieti tanaman
1. Pemilihan jenis tanaman dan varieti perlu sesuai dengan persekitaran kawasan seperti
kelembapan udara, suhu, dan tahap pengurusan.
2. Jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapat hasil yang berkualiti
dan tinggi.
3. Biji benih dirawat terlebih dahulu sebelum disemai dalam dulang semaian yang diisi
dengan peat moss.
4. Anak benih yang berumur dua minggu kemudian dipindah ke dalam polibeg.

Pengurusan tapak dan alatan
1. Pemilihan tapak:
• Kawasan tanaman yang dipilih hendak diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan
sistem pengairan. Aspek ini amat penting agar aliran air baja ke tanaman adalah
sama.
• Tapak yang rata agak penting untuk memastikan pembaziran dan kegagalan sistem
pengairan.
• Kawasan yang mendapat pendedahan maksimum kepada cahaya dan suhu yang
maksimum. Pencahayaan penting untuk fotosintesis. Kawasan yang perlu lapang
agar tanaman mendapat pendedahan cahaya yang mencukupi dan menghasilkan
buah yang berkualiti.
• Kawasan tanaman hendaklah bukan kawasan laluan angin kencang bagi mengelakkan
pokok tumbang atau kemusnahan kepada SPH yang dibina.
2. Sumber air:
• Tapak yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi
untuk dibekalkan kepada tanaman.
• Sumber air tidak terhad kepada air sungai dan tasik. Air dari telaga, mata air
atau air paip juga boleh digunakan.
• PH air perlu berada dalam 6.5 – 7.5, bebas daripada kotoran, dan pencemaran
bahan kimia. Gunakan pH meter untuk mengukur nilai pH air.
3. Anggaran kos:
• Kos-kos yang terlibat dalam memulakan penanaman sistem fertigasi seperti sistem
pengairan, media tanaman, polibeg, racun serangga/kulat, dan baja fertigasi.




60 61

2.2



RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Pengurusan sistem pengairan
1. Tujuan utama sistem pengairan adalah untuk mengairi tanaman bersama dengan
campuran cecair baja.
2. Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada faktor:
• Iklim (suhu dan kelembapan).
• Jenis tanaman.
• Jenis media tanaman.
• Kesesuaian tanah (pH tanah).


Sistem pengairan percikan
• Sistem ini adalah semburan air dilakukan ke udara daripada nozel/sprinkle dan
jatuh ke tanah seperti air hujan.
1
• Semburan air ini berlaku apabila air daripada sumber air kolam, air sungai
dipam melalui penyalur dengan tekanan yang tinggi melalui nozel/sprinkle yang
berputar sebanyak 360°.
• Jarak pancutan atau semburan bergantung kepada kuasa tekanan air daripada
pam dan peralatan nozel/sprinkle yang digunakan.
• Sistem ini sering digunakan untuk tanaman yang ditanam secara padat dan
sesuai digunakan pada kawasan rata atau bercerun.
• Penyemburan air sistem ini dilakukan secara seragam dan sekata serta dapat
mengurangkan pembaziran air.




Sistem pengairan semburan kabus
• Sistem ini adalah sama dengan sistem pengairan percikan, hanya jenis nozel
yang lebih halus digunakan untuk menghasilkan semburan kabus.
• Kejadian kabus akan menambahkan oksigen dalam air.



Sistem pengairan titis

• Merupakan sistem pengairan yang membekalkan kepada zon akar tanaman
dengan kekerapan yang ditetapkan melalui penitis.
• Air akan keluar melalui lubang halus atau alatan emitter yang mempunyai
lubang halus.
• Merupakan kaedah pengairan yang menjimatkan air dan baja melalui titisan air
perlahan-lahan ke akar.
• Titisan air melalui rangkaian paip, injap, dan tiub ke pangkal tanaman tanpa
pembaziran.
• Sistem ini menggunakan media tanaman coco peat atau sekam padi menggantikan
tanah.



62 63

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi

Langkah 1 : Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi.
Langkah 2 : Memotong paip poli mengikut ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan
pemotong paip poli.
Langkah 3 : Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier dengan menggunakan alat
penebuk lubang.
Langkah 4 : Menyediakan set penitis dengan memasukkan nipple dua alur pada hujung
tiub mikro dan sambungkan satu lagi hujung tiub mikro pada penitis. 1
Langkah 5 : Menyambungkan paip tertier pada set penitis mengikut jarak yang
dikehendaki.
Langkah 6 : Menyambungkan paip tertier pada paip sekunder dengan menggunakan
penyambung tee dan penyambung L.
Langkah 7 : Memasangkan injap penahan antara penyambung tee pada paip utama
untuk mengawal larutan baja dengan siku 90°.
Langkah 8 : Melengkapkan pemasangan paip tertier dengan menggunakan penyambung
L untuk membentuk sambungan paip empat segi.
Langkah 9 : Menyambungkan saluran air keluar ke pam dengan tiub lut sinar dan paip
poli.
Langkah 10 : Masukkan pam air ke dalam tangki nutrien lalu menutup tangki dengan
penutup.
Langkah 11 : Menyambungkan pam air pada alat pengatur masa (timer) yang bertindak
sebagai suis automatik yang mengawal bekalan elektrik mengikut jadual
yang ditetapkan.
Langkah 12 : Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki nutrien.


5.1.3 Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
1. Lakaran boleh dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D. Lakaran 2D mengandungi
dua dimensi iaitu panjang dan lebar manakala lakaran 3D mengandungi tiga dimensi
iaitu panjang, lebar, dan tinggi.
2. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu:
Jadual 5.3 Lakaran reka bentuk sistem fertigasi
Teknik lakaran Penerangan

Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari • Teknik ini adalah mudah
dibuat tetapi larutan baja
kemungkinan tidak sampai ke
bekas tanaman paling hujung
sekiranya tekanan rendah.







62 63

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Teknik lakaran Penerangan

Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang • Air baja dapat diagihkan
secara seimbang pada semua
bekas tanaman dalam teknik
ini.
• Teknik ini mempunyai
kelebihan sekiranya mana-
mana bekas tanaman
ditanggalkan, aliran air
tetap sama mengalir tanpa
menjejaskan kesemua sistem.



5.1.4 Analisis Elemen Reka Bentuk dalam Sistem Fertigasi
1
1. Semua elemen reka bentuk perlu digunakan dalam lakaran sistem fertigasi.
2. Antara elemen reka bentuk adalah seperti berikut:

Jadual 5.4 Elemen reka bentuk sistem fertigasi
Elemen Penerangan
Garisan Menunjukkan lakaran laluan paip, injap kawalan, dan komponen yang
digunakan.
Bentuk Menunjukkan keseluruhan sistem pada pandangan mata dan lebih
mudah difahami.
Rupa Menunjukkan gambaran lakaran dalam bentuk 2D.
Tekstur Menunjukkan kesan rasa terhadap sesuatu objek yang dilakarkan
seperti kasar atau licin.
Saiz Menunjukkan perbezaan ukuran dan jarak terhadap objek yang dilakar.
Warna Menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakarkan.
Ruang Ditunjukkan untuk memisahkan antara satu komponen dengan
komponen yang lain.


5.1.5 Penilaian Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi
1. Kecenderungan inovasi, kreativiti, dan keaslian reka bentuk:
• Inovasi boleh dilakukan dengan memperbaiki fungsi komponen utama supaya dapat
memberi manfaat dalam penggunaan.
2. Kandungan unsur simbolik, emosi estetika, dan penampilan:
• Nilai tambah diberikan pada lakaran seperti ciri-ciri mesra alam pada reka bentuk
produk atau susunan semula imej, konsep agar dapat membawa mesej tertentu
pada lakaran.

64 65

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
3. Kecenderungan fungsi dan praktikal:
• Lakaran yang memenuhi pelbagai sasaran pengguna, keperluan semasa, dan
penyelesaian masalah.
4. Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran:
• Lakaran yang boleh menarik minat pengguna dan boleh diterima pengguna
seterusnya berpotensi untuk dikomersialkan.
5. Ergonomik:
• Mengimbangi interaksi antara produk, pengguna, dan persekitaran secara fizikal
serta psikologi seperti keselesaan, keselamatan, dan memudahkan penggunaan. 1


5.1.6 Pembinaan Mock-up atau Model Berstruktur Reka Bentuk Baharu
Sistem Fertigasi

1. Mock-up fertigasi akan memberi gambaran keseluruhan sistem fertigasi secara 3D.
2. Mock-up fertigasi biasanya kecil. Mock-up yang dikenal sebagai model olok-olok.
3. Mock-up dibina sebelum model atau prototaip dihasilkan.
4. Mock-up fertigasi dapat menunjukkan susun atur kemudahan, keringkasan, kedudukan
tangki, sumber air, punca tenaga elektrik serta komponen.
5. Mock-up fertigasi juga menunjukkan cara pemasangan kesesuaian komponen dan
penempatan laluan paip.
6. Model fertigasi mengikut rupa sebenar objek tetapi tidak berfungsi sepenuhnya.

Contoh pembinaan model sistem fertigasi menggunakan bahan kitar semula

1. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan model fertigasi ialah:
• Botol plastik
• Straw
• Cawan plastik

2. Dua ujian penilaian objek dijalankan ke atas model sistem fertigasi yang dihasilkan:
(a) Ujian sambungan mock-up
• Ujian penyambungan akan dilakukan pada setiap sambungan untuk memastikan
kekuatan cantuman dalam penghasilan mock-up.
• Parameter yang digunakan ialah nilai beban yang dikenakan pada sambungan
mock-up dan daya tolakan.

Parameter Keputusan
1. Beban 10 gram pada Keputusan positif:
setiap sambungan selama Tiada sambungan yang tertanggal.
2 minit. Keputusan negatif:
2. Gunakan daya tolakan Terdapat sambungan yang tertanggal.
jari.



64 65

RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
(b) Ujian titisan model separa berfungsi
• Tujuan ujian ini adalah untuk memastikan keupayaan air mengalir dan menitis
ke dalam bekas tanaman.
• Parameter perlu ditentukan terlebih dahulu iaitu masa dan kuantiti air.

Parameter Keputusan
1. Masa ujian 15 Keputusan positif:
minit. Air dapat mengalir dan menitis pada masa yang
2. 250 ml air. ditetapkan.
Keputusan negatif:
Air tidak dapat mengalir dan menitis pada bekas
tanaman.


Pengurusan tanaman
1
1. Pengurusan tanaman ialah pengendalian proses dari awal hingga akhir penanaman.
2. Kerja-kerja yang terlibat:
• Penyediaan media
• Penyemaian
• Pengubahan
• Pengawalan perosak
• Pengawasan sistem pengairan
• Penjagaan kebersihan ladang
3. Pengurusan tanaman melibatkan:
• Pengurusan prasemaian dan penanaman
• Pengurusan semaian
• Pengurusan tanaman
• Pengurusan penjagaan
4. Tujuan pengurusan tanaman adalah untuk memastikan tanaman dalam keadaan
baik, berkualiti agar mendapatkan pulangan yang lumayan.
5. Selain itu, pengurusan tanaman juga dapat mengelakkan serangan perosak dan
penyakit, mengurangkan kos, dan meningkatkan kecekapan ladang.




PRAKTIS FORMATIF 5.1


1. Berikan definisi sistem fertigasi.
2. Senaraikan jenis-jenis sistem hidroponik.
3. Apakah keperluan asas dalam sistem fertigasi?
4. Mengapakah pengurusan tanaman penting dalam penanaman? KBAT
KBAT



66 PB

Jawapan
Jawapan



Tingkatan 1 PRAKTIS FORMATIF 1.3
1. Invensi bermaksud kaedah dan proses
BAB 1 Pengenalan kepada mencari jalan untuk menghasilkan
Reka Bentuk dan produk atau perkhidmatan yang baharu
Teknologi serta belum pernah wujud sebelumnya.
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk
PRAKTIS FORMATIF 1.1 menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau
1. Reka bentuk konkrit merupakan bidang yang penambahbaikan.
melibatkan proses mereka bentuk sesuatu 2. • Pelbagai peralatan boleh memudahkan
produk yang dapat dilihat dan dipegang pengajaran dan pembelajaran murid.
manakala reka bentuk abstrak merupakan • Antaranya peralatan untuk menarik minat
bidang yang melibatkan proses mereka murid seperti peralatan untuk latihan
bentuk produk yang dilihat tetapi tidak boleh amali, alatan sukan serta alat tayangan
dipegang. multimedia.
2. (a) Ruang
(b) Ruang nyata, ruang ilusi
3. Warna primer, warna sekunder, warna tertier. BAB 2 Pengurusan Projek
PRAKTIS FORMATIF 1.2 PRAKTIS FORMATIF 2.1
1. (a) Menyediakan peluang pekerjaan dalam 1. Skop kerja, tempoh masa, kos projek.
pelbagai bidang. 2. (a) Meniru daripada persekitaran.
(b) Memenuhi keperluan dan kehendak (b) Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat.
individu dan masyarakat. (c) Menukar saiz objek.
(c) Menyumbang kepada pembangunan (d) Menterbalikkan kedudukan.
sains, sosial, dan perniagaan.
(d) Menyumbang kepada peningkatan 3. Membuat perubahan dalam penjadualan.
teknologi moden. 4. Menyediakan jadual kerja.
2. (a) Menghasilkan produk buatan tempatan. 5. Pemilihan, latihan, ganjaran.
(b) Menambahkan pendapatan negara.
(c) Merupakan harta negara yang berharga.
(d) Menjaga kepentingan hak cipta rakyat. BAB 3 Proses Reka Bentuk
(e) Meningkatkan maruah dan keselamatan
negara.
(f) Menjadi pengukur negara maju. PRAKTIS FORMATIF 3.1
3. (a) Keaslian/ketulenan 1. (a) Tajuk projek
• Mereka bentuk yang berciri asli, tidak (b) Gambaran keseluruhan projek
meniru hasil produk orang lain. (c) Kriteria produk
(b) Jujur (d) Perancangan pengurusan projek
• Produk yang tidak membuatkan (e) Analisis kajian
pengguna sangsi seperti harga produk, (f) Lakaran idea
kualiti, dan bahan pembinaannya. (g) Mock-up atau model
• Pereka hendak memberi maklumat 2. Kriteria pertimbangan utama dan catatan
yang tepat tanpa mengelirukan penerangannya.
pengguna.


PB 233

RBT PT3 Jawapan
3. (a) Tujuan pasaran 4. (a) Memastikan tanaman dalam keadaan
(b) Persembahan baik dan berkualiti.
(c) Kuantiti (b) Mendapatkan pulangan yang lumayan.
(d) Stail/gaya (c) Mengelakkan serangan perosak dan
(e) Kualiti penyakit.
(f) Kos (d) Mengurangkan kos.
(g) Jangka masa (e) Meningkatkan kecekapan ladang.
4. Untuk memudahkan pengurus projek dan
pereka bentuk melaksanakan tugas. BAB 5 Aplikasi Teknologi
(5.2 Reka Bentuk
BAB 4 Lakaran Fesyen)
PRAKTIS FORMATIF 5.1
PRAKTIS FORMATIF 4.1
1. Pereka fesyen, peramal fesyen, tenaga
1. Lakaran piktorial memberi gambaran objek pengajar fesyen, perunding imej.
sebenar melalui tiga pandangan iaitu 2. Gunting kertas, gunting fabrik, penetas.
pandangan atas (pelan), pandangan sisi,
dan pandangan hadapan. 3. Bentuk jam pasir.
2. (a) Garisan ufuk 4. Ahmad.
(b) lukisan perspektif satu titik lenyap,
lukisan perspektif dua titik lenyap, lukisan
perspektif tiga titik lenyap.
3. (a) Memenuhi cita rasa pengguna terkini. Kertas Pentaksiran
(b) Mengikut trend semasa. Tingkatan 1
(c) Menyaingi reka bentuk produk yang sedia Bahagian A
ada di pasaran. 1. D 2. C 3. B 4. D 5. C
(d) Mengikut kehendak pasaran semasa.
6. D 7. D 8. D 9. C 10. B
BAB 5 Aplikasi Teknologi 11. C 12. B 13. B 14. D 15. D
(5.1 Reka Bentuk Sistem
Fertigasi) Bahagian B
PRAKTIS FORMATIF 5.1 1. A
1. Sistem fertigasi adalah satu kaedah C
penanaman melalui pemberian baja yang
lengkap kepada tanaman dalam bentuk B
larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar
melalui sistem pengairan titis. 2.
2. (a) Teknik aliran cetek B
(b) Teknik aliran dalam
(c) Teknik takung A
(d) Teknik pasang surut
(e) Teknik pengairan titis (teknik agregat) C
(f) Aeroponik
3. (a) Tangki larutan baja 3. A
(b) Larutan stok baja
(c) Biji benih C
(d) Media tanaman
(e) Alat pengukur



234 235

Tingkatan Halaman
Halaman
. . . .
1 2 3 3 Berwarna!
Berwarna
1 2
PT3 KC117070
Nota Padat


Galeri i-THINK


Praktis Formatif Ranger


Kertas Pentaksiran Tingkatan 1 & 2 PT3 PT3
Ranger
Kertas Model PT3


Jawapan Disediakan Revisi Cepat Tingkatan
.
.
. .
1 2 3




Bahasa Melayu Science 1 2 3
Sejarah
Bahasa Inggeris Geografi KSSM

Matematik Reka Bentuk dan Teknologi
Mathematics Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi

Sains Reka Bentuk

dan Teknologi






Janice Lee
Siti Marsyitah Hj Zakaria




W.M: RM17.95 / E.M: RM17.95
KC117070
ISBN: 978-983-00-9782-4


Click to View FlipBook Version