Pentaksiran Bilik Darjah
BAHASA MELAYU
Alshaa Rani Ab Wahab
Kaithiri Arumugam
Rozizah Md. Dom
PBD TINGKATAN
PT3
1
PAK-21 & PdPc
KBAT & i-THINK KSSM
RESOS GURU
• Strategi PdPc
• Modul Pendidikan Sivik
INFO VIDEO AUDIO • Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
• Modul Pembelajaran Abad Ke-21
• Bank Soalan
Pentaksiran Bilik Darjah
BAHASA MELAYU
Alshaa Rani Ab Wahab
Kaithiri Arumugam
Rozizah Md. Dom
TINGKATAN
1
KSSM
PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
PENERBITAN PELANGI SDN. BHD. (89120-H)
Ibu Pejabat:
66, Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: 07-331 6288 Faks: 07-332 9201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366
Pertanyaan: [email protected]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama
ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
ISBN: 978-967-2499-07-7
Cetakan Pertama 2021
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari www.ePelangi.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
KANDUNGAN
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid UNIT Selamatkan Bumi Kita 27
v – viii
14
UNIT Sihat Membawa Kebahagiaan 1 UNIT Pertanian Satu Perniagaan 29
30
1 15
31
UNIT Online Quick Quiz Kod QR
2 Amalan Kesejahteraan Hidup 3
UNIT Dunia Baharu Tani
16
UNIT Sayangi Nyawa Anda 5
3 UNIT
17 Pengurusan Wang Berhemat 33
UNIT Keselamatan di Mana-mana 7
4 UNIT
18 Urus Tadbir Kewangan 35
36
UNIT Serasi Bersama 9 Online Quick Quiz Kod QR
37
5
UNIT Pesona Malaysia
19
UNIT Perpaduan 11
6
UNIT Indahnya Bumi Bertuah 39
20
UNIT Citra Bangsa 13
7
UNIT Sejarah Mengajar Erti
Kehidupan 41
21
UNIT Tautan Seni Subur Harmoni 15
8
16 UNIT Seni Warisan Anak Bangsa 43
Online Quick Quiz Kod QR 22
UNIT Rakyat Berjasa Negara Terbilang 17 UNIT Jasmani Cergas 45
46
9 23 47
Online Quick Quiz Kod QR 18 Online Quick Quiz Kod QR
UNIT UNIT Cergas Aktif
10 Jasamu Pemimpin 19 24
UNIT UNIT Malaysia Hab Industri Makanan 49
11 25
Sinar Masa Depan 21
UNIT Usahawan Berwibawa 51
UNIT 26
12 Sains Merentas Kehidupan 23
UNIT Menuju Puncak Jaya 53
54
27
UNIT Lestarikan Kehijauan Bumi 25 Online Quick Quiz Kod QR
13
iii
UNIT Pendidikan Bestari Negara Praktis 15 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 87
Lestari 55 Praktis 16 Pola Ayat Dasar 88
28 Praktis 17 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 88
Praktis 18 Peribahasa 90
UNIT Bahasa Disulam Sastera Dianyam 57
29
BERFORMAT Pemahaman 91
PT3
UNIT Merekayasa Bahasa 59 Praktis PT3
• Pemahaman Teks
30 • Pemahaman Petikan 91
• Novel 102
UNIT Kerjaya Impian 61 107
31
UNIT Rentak Kejayaan 63 BERFORMAT Pemindahan Maklumat 111
111
32 PT3 112
113
UNIT Sempurnakan Diri • Revisi Ulasan 113
– Model Ulasan 114
33 65 • Revisi Ringkasan 114
– Model Ringkasan 115
UNIT Tonggak Sejahtera • Revisi Rumusan
67 – Model Rumusan
34 Praktis PT3
UNIT Dataran Merdeka 69 BERFORMAT Penulisan 125
35 PT3
UNIT Nilai Demokrasi • Revisi Karangan Respons Terhad 125
71 – Model Karangan Respons Terhad 126
36 126
Praktis PT3 129
POWER PT3 • Revisi Karangan Respons Terbuka 130
– Model Karangan Respons Terbuka 132
BERFORMAT Sistem Bahasa Praktis Berpandu PT3 142
74 Praktis PT3
PT3
Praktis PT3 Kata Ganti Nama 74 BERFORMAT Lisan 143
Praktis 1 Kata Kerja
Praktis 2 Kata Adjektif PT3
Praktis 3 Kata Hubung 75
Praktis 4 Kata Tanya 76 • Revisi Lisan Bertutur 143
Praktis 5 Kata Seru dan Kata Perintah 77 Praktis PT3 144
Praktis 6 Kata Bantu
Praktis 7 Kata Sendi Nama 78 • Revisi Lisan Mendengar 145
Praktis 8 Kata Bilangan 79 Praktis PT3 145
Praktis 9 Kata Majmuk 80
Praktis 10 Kata Ganda 81 Pentaksiran Akhir Tahun 149
Praktis 11 Frasa
Praktis 12 Ragam Ayat 81
Praktis 13 Jenis-jenis Ayat 82 Jawapan
Praktis 14 83 https://bit.ly/3jipwgH
84
85 Nota Grafik KOMSAS
86 https://bit.ly/3ocD8NV
iviv
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid
Bahasa Melayu Tingkatan 1
Kelas: .............................. Nama Murid: ........................................................... Nama Guru: ..........................................................
Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan
1 Mendengar 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata
dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Sihat Membawa dan Bertutur
Kebahagiaan
Menulis 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut
2 konteks.
Amalan Membaca 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi
Kesejahteraan yang betul dan nada yang sesuai.
Hidup Menulis 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca,
didengar, dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat dan
3 gramatis.
Sayangi Nyawa Membaca 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Anda dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
betul dan tepat.
4
Menulis 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam
Keselamatan di pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Mana-mana
Mendengar 1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam
5 dan Bertutur pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan
dengan betul, tepat dan bermakna.
Serasi Bersama
Menulis 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
6 sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.
Perpaduan
Mendengar 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam
7 dan Bertutur pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang
betul, tepat dan bermakna.
Citra Bangsa
Membaca 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai
8 bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan
imbasan.
Tautan Seni Subur
Harmoni Menulis 3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.
Aspek Seni 4.3.2 Menghasilkan syair secara terancang dan tertib menggunakan
idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.
Bahasa
Mendengar 1.4.2 Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan,
dan Bertutur bertanya khabar, serta menyatakan terima kasih dan
penghargaan secara bertatasusila.
Menulis 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah,
serta menarik.
Menulis 3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan
betul menggunakan ayat yang gramatis.
Aspek 5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti
dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Tatabahasa
v
Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan
9 Mendengar 1.5.1 Mengemukakan soalan bertumpu untuk mengetahui pesanan,
dan Bertutur arahan, panduan dan tunjuk cara dengan betul, tepat dan
Rakyat Berjasa secara bertatasusila.
Negara Terbilang
Aspek 5.4.1 Memahami dan menggunakan frasa nama dengan betul
mengikut konteks.
Tatabahasa
10 Membaca 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Menulis dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
Jasamu Pemimpin betul dan tepat.
3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah
dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.
11 Mendengar 1.5.3 Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu
dan Bertutur dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara
Sinar Masa Depan bertatasusila.
Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
12 Menulis 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut
konteks.
Sains Merentas Aspek Seni
Kehidupan Bahasa 4.3.1 Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan rangka
penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan
idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.
13 Mendengar 1.6.2 Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dan
dan Bertutur pengumuman dengan betul, tepat, jelas, intonasi yang sesuai
Lestarikan dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.
Kehijauan Bumi
Membaca 2.3.1 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan
idea sampingan dengan betul dan tepat.
14 Membaca 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
Menulis fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan
Selamatkan Bumi ungkapan menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang
Kita baik.
3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.
15 Mendengar 1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi sesuatu
dan Bertutur tawaran tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat
Pertanian Satu yang gramatis dan bahasa yang santun.
Perniagaan
Aspek 5.3.1 Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata
nama dengan betul mengikut konteks.
Tatabahasa
16 Mendengar 1.8.1 Menerangkan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara
dan Bertutur jelas mengunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis.
Dunia Baharu Tani
Membaca 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan nada yang sesuai.
Mendengar 1.8.2 Mengulas peristiwa mengikut urutan secara jelas dan bernas
menggunakan ayat gramatis.
17 dan Bertutur
Pengurusan Wang Menulis 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita
Berhemat menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah
serta menarik.
18 Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
Urus Tadbir tepat.
Kewangan
vi
Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan
Aspek 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.
Tatabahasa
19 Mendengar 1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah
dan Bertutur dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
Pesona Malaysia mengikut konteks.
Menulis 3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik
kepada bentuk prosa, bentuk puisi dan bentuk ilustrasi dengan
menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.
20 Mendengar 1.2.2 Mendengar dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
dan Bertutur mudah dalam ujaran dengan menyatakan maksud yang betul,
Indahnya Bumi tepat dan jelas mengikut konteks.
Bertuah
Aspek 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk,
perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks.
Tatabahasa
21 Membaca 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ungkapan
Sejarah Mengajar Aspek Seni menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik.
Erti Kehidupan Bahasa
4.4.1 Mempersembahkan pengacaraan menggunakan sebutan,
intonasi, nada, gaya dan bahasa badan yang sesuai melalui
teknik yang menarik dan berkesan.
22 Mendengar 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam
dan Bertutur pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang
Seni Warisan Anak betul, tepat dan bermakna.
Bangsa
Menulis 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca,
didengar, dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat dan
gramatis.
Mendengar 1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.
23 dan Bertutur
Jasmani Cergas Aspek 5.3.1 Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata
Tatabahasa nama dengan betul mengikut konteks.
24 Membaca 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Menulis dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
Cergas Aktif betul dan tepat.
3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam
pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Mendengar 1.4.3 Menceritakan pengalaman diri dan orang lain dalam pelbagai
situasi dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.
25 dan Bertutur
Malaysia Hab Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
Industri Makanan pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
tepat.
26 Membaca 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai
Menulis bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan
Usahawan imbasan.
Berwibawa
3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.
27 Mendengar 1.5.2 Memberikan jawapan yang sesuai tentang sesuatu perkara
dengan betul, tepat dan secara bertatasusila.
Menuju Puncak dan Bertutur
Jaya
Aspek 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.
Tatabahasa
vii
Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan
28 Mendengar 1.5.3 Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu
dan Bertutur dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara
Pendidikan Bestari bertatasusila.
Negara Lestari
Menulis 3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan
betul menggunakan ayat yang gramatis.
29 Membaca 2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan
Menulis promosi dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
Bahasa Disulam sesuai serta kepantasan yang wajar.
Sastera Dianyam
3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik
kepada bentuk prosa, bentuk puisi dan bentuk ilustrasi dengan
menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.
Mendengar 1.6.1 Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan
betul dan jelas menggunakan ayat yang gramatis.
30 dan Bertutur
Merekayasa Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
Bahasa pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
tepat.
31 Mendengar 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara yang didengar atau dilihat
dan Bertutur untuk bertukar-tukar pandangan secara rasional dengan ayat
Kerjaya Impian yang gramatis dan bahasa yang santun.
Membaca 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
betul dan tepat.
32 Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
Rentak Kejayaan Aspek tepat.
Tatabahasa
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda
penuh berimbuhan dan kata ganda majmuk dengan betul
mengikut konteks.
Mendengar 1.8.1 Menerangkan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara
jelas menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis.
33 dan Bertutur
Sempurnakan Diri Membaca 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
betul dan tepat.
34 Membaca 2.3.1 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan
Menulis idea sampingan dengan betul dan tepat.
Tonggak Sejahtera
3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.
Mendengar 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata
dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
35 dan Bertutur
Dataran Merdeka Membaca 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ungkapan
menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik.
36 Mendengar 1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah
dan Bertutur dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
Nilai Demokrasi mengikut konteks.
Aspek Seni 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan
Bahasa memberikan respons dari segi sinopsis, tema dan persoalan
dengan betul, rasional dan penuh penghayatan.
viii
STRATEGI PdPc
TEMA 1: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
UNIT 1 Sihat Membawa Kebahagiaan Buku Teks
m.s 2 – 6
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Standard Pembelajaran (SP) Tahap Pencapaian Halaman
yang Dicapai
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK)
1.1 Mendengar, mengenal dan 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan TP1 – TP6 1
menyebut perkataan, rangkai perkataan dan rangkai kata dalam EMK
kata, istilah dan ungkapan serta pelbagai ujaran dengan betul dan
intonasi ayat dalam pelbagai tepat.
ujaran.
PAK-21 KBAT
BBM
• Buku kerja Meja bulat Menganalisis Nilai murni
• Telefon pintar
i-THINK Nilai Murni Sistem Bahasa Penilaian
– Kebersihan fizikal dan • Rangkai kata • Latihan bertulis
Cadangan PdPc • Latihan lisan
mental • Frasa
1. Murid diminta untuk mendengar petikan dialog dengan teliti.
2. Murid diminta untuk melengkapkan dialog dengan rangkai kata yang tepat berdasarkan petikan yang didengar.
3. Murid perlu menyebut rangkai kata yang diisi pada tempat kosong.
4. Dua orang murid diminta untuk tampil ke hadapan kelas bagi melakonkan dialog tersebut.
Kemahiran Menulis Standard Pembelajaran (SP) Tahap Pencapaian Halaman
yang Dicapai
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK)
3.1 Menulis untuk menerangkan 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna TP1 – TP6 2
makna kata dan istilah; maksud kata dengan betul mengikut
rangkai kata, ungkapan dan konteks.
ayat.
BBM PAK-21 KBAT EMK
Nilai murni
• Buku kerja – Mencipta
• Kamus Dewan Penilaian
Latihan bertulis
i-THINK Nilai Murni Sistem Bahasa
– Kerjasama • Kosa kata
Cadangan PdPc • Sintaksis
1. Murid diminta untuk membaca petikan dengan teliti.
2. Murid diminta untuk memahami petikan yang dibaca itu.
3. Murid boleh merujuk kamus bagi mendapatkan makna perkataan berhuruf tebal.
4. Makna kata yang berhuruf tebal ditulis oleh murid dengan betul mengikut konteks.
5. Murid perlu menulis ayat dengan menggunakan kata tersebut.
EG 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
UNIT 2 Amalan Kesejahteraan Hidup Buku Teks
m.s 7 – 12
Kemahiran Membaca Standard Pembelajaran (SP) Tahap Pencapaian
yang Dicapai Halaman
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK) 3
2.1 Membaca secara mekanis 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun TP1 – TP6
pelbagai bahan prosa dan puisi. dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan nada yang sesuai.
BBM PAK-21 KBAT EMK
Buku kerja Melafazkan pantun – Nilai murni
i-THINK Nilai Murni Sistem Bahasa Penilaian
– Kebersihan fizikal dan Pantun Latihan lisan
mental
Cadangan PdPc
1. Murid diminta untuk mendengar pantun yang dibacakan oleh guru.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid bagi setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan kelas.
4. Setiap ahli kumpulan perlu melafazkan serangkap daripada pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
nada yang sesuai.
Kemahiran Menulis Standard Pembelajaran (SP) Tahap Pencapaian Halaman
yang Dicapai
Panduan RPH
Standard Kandungan (SK)
3.2 Menulis untuk mengemukakan 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu TP1 – TP6 4
maklumat dan pandangan situasi yang dibaca, didengar, atau
tentang sesuatu perkara. ditonton menggunakan ayat yang
betul, tepat, dan gramatis.
BBM PAK-21 KBAT EMK
Buku kerja – Menganalisis Kelestarian alam sekitar
i-THINK Nilai Murni Sistem Bahasa Penilaian
– Tanggungjawab Wacana Latihan bertulis
Cadangan PdPc
1. Murid diminta untuk meneliti poster tentang gejala COVID-19.
2. Murid diminta untuk memahami maklumat yang diberikan.
3. Murid dikehendaki supaya menulis ulasan tentang simptom-simptom penyakit tersebut dan cara-cara penyakit tersebut
merebak.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 2
1UNIT Sihat Membawa BahaTseamMa 1e:laAymua laTningGkaaytaanH1i dUunpit 1S ihat
Kebahagiaan
Buku teks ms. 2 – 6
PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.1.1 TP
Dengar dialog dengan teliti. Kemudian, lengkapkan dialog dengan rangkai kata yang betul. Track 1
Sebut rangkai kata tersebut.
Ainina : Azlin, apakah aktiviti-aktiviti harian yang dapat kita lakukan bagi menjamin kesihatan badan?
makanan yang seimbang
Azlin : Saya sering mengambil secara konsisten bagi mendapatkan zat
dan vitamin yang mencukupi untuk tumbesaran, membekalkan tenaga, dan memastikan saya tidak
jatuh sakit
mudah . Saya juga minum sekurang-kurangnya lapan gelas
kekejangan otot
air kosong setiap hari untuk mengelakkan dan memudahkan
penghadaman.
Ainina : Oh, begitu! Saya pula melakukan senaman sebanyak tiga kali seminggu, selama 20 minit bagi setiap
sesi. Aktiviti senaman ini dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh selain membantu
berfungsi dengan baik
jantung . Selain itu, saya sering melakukan aktiviti riadah seperti
menunggang basikal
berjoging, , dan bermain badminton selama satu jam pada
membuang toksin
setiap hari. Aktiviti riadah ini dapat mengeluarkan peluh serta
yang ada dalam tubuh.
Azlin : Wah, rajinnya kamu! Bukan itu sahaja, Ainina. Selain bersenam dan beriadah, kita juga perlu membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan diri. Oleh itu, kita dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya jika diserang penyakit.
Ainina : Saya setuju dengan pendapat kamu. Seterusnya, kita juga harus menjaga kebersihan persekitaran
menghirup udara
rumah agar keluarga kita dapat yang bersih dan menikmati
pemandangan yang indah. menjejaskan kesihatan diri seperti
Azlin : Kita juga perlu menghindari perkara-perkara yang dapat
merokok, mengambil dadah, dan minum arak. Amalan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi
juga membazirkan wang.
Ainina : Betul, Azlin. Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjamin kesihatan badan. Terima kasih
kerana sudi berkongsi perkara ini dengan saya.
Azlin : Sama-sama.
AKTIVITI PAK-21 Meja Bulat
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Guru meminta murid membincangkan tajuk amalan hidup sihat.
Murid perlu mencatat idea secara bergilir-gilir dalam satu kertas.
Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menyebut rangkai kata dengan betul dan tepat
• melengkapkan petikan dengan rangkai kata yang betul
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 1
PBD Kemahiran Menulis SP 3.1.1 TP
Baca petikan di bawah ini. Kemudian, berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal dengan merujuk
kamus. Bina ayat daripada perkataan tersebut.
Amalan penjagaan kebersihan tangan sangat penting. Hal ini demikian kerana, banyak benda yang kita
sentuh terdedah oleh bakteria atau virus. Hal ini dapat menjadi punca penyakit. Antaranya termasuklah
bakteria atau virus yang melekat pada tangan ketika berjabat tangan, memegang pemegang pintu,
perkakas dapur, peralatan tandas, dan sebagainya.
Tangan pula dapat menjadi agen pemindahan bakteria atau virus apabila kita menyentuh mata,
hidung, atau mulut. Membasuh tangan merupakan satu daripada langkah penting yang dapat kita ambil
untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dilakukan dengan
kerap, bukan hanya untuk mencegah penularan wabak COVID-19.
Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan
tangan. Anak-anak harus dididik tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Hal ini demikian
kerana, kanak-kanak mudah terdedah oleh penyakit berjangkit. Amalan ini juga perlu diterapkan di
sekolah-sekolah bagi menjaga kesihatan murid-murid.
Kita juga wajar menyediakan cecair antiseptik atau pembersih tangan. Penggunaan cecair antiseptik
atau cecair pembunuh kuman lebih baik digunakan selepas mencuci tangan agar tangan lebih bersih
dan bebas daripada kuman. Cecair antiseptik ini dapat digunakan sebagai alternatif untuk membersihkan
tangan sekiranya tiada sabun dan air bersih.
Perkataan Maksud Contoh Ayat
1. bakteria organisma seni yang Bakteria dapat membiak dalam makanan akibat
2. virus sesetengahnya dapat proses penyediaan makanan yang kotor serta
menyebabkan penyakit makanan tidak dimasak dengan sempurna.
sejenis kuman yang halus yang Demam denggi ialah penyakit jangkitan virus yang
dapat menyebabkan penyakit merebak melalui gigitan nyamuk.
3. agen apa-apa yang menyebabkan Tanaman seperti durian, kelapa sawit, kopi, dan
4. wabak sesuatu berlaku koko bergantung pada serangga yang berperanan
sejenis penyakit yang berjangkit sebagai agen pendebungaan.
atau merebak Wabak COVID-19 mula dikesan di Malaysia pada
hujung bulan Januari 2020.
5. berjangkit berpindah daripada seorang Norma baharu merupakan peraturan baharu yang
kepada seorang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat akibat
penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19.
6. antiseptik bahan kimia untuk membunuh Pengunjung pasar mini itu perlu menggunakan
bakteria cecair antiseptik untuk mencuci tangan sebelum
memasuki premis tersebut.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menulis ayat berdasarkan perkataan yang diberikan
• menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2
2UNIT BahaTseamMa 1e:laAymua laTningGkaaytaanH1i dUunpit 2S ihat
Amalan Kesejahteraan Hidup
Buku teks ms. 7 – 12
PBD Kemahiran Membaca SP 2.1.2 TP
Baca pantun di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta nada yang sesuai.
Pantun Amalan Penjagaan Kesihatan
Burung undan terbang berteman, Gemalai tangan masa menari,
Melintas lautan menuju dermaga; Ditatap oleh adik dan abang;
Pastikan badan tidak berkuman, Makanan ringan perlu dihindari,
Agar kesihatan sentiasa terjaga. Gantikan oleh makanan seimbang.
Ke sumur lagi membawa baldi, Ayam berempah enak dirasa,
Baldi besar diisi kentang; Ayam kukus idaman orang,
Bangun pagi terus mandi, Membersihkan rumah setiap masa,
Badan segar sampai ke petang. Lipas dan tikus tidak bersarang.
Digilap jangan batu delima, Kamus Kata
Sinar menyala di hujung bukit;
Mencuci tangan amalan utama, • dermaga – tembok batu
Menghindar segala penyakit berjangkit. sebagai penahan ombak (di
pelabuhan)
• sumur – perigi; telaga
• Gemalai – gerak tubuh
yang lemah dan manis
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • membaca pantun dengan nada yang sesuai
• membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul
3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 2
PBD Kemahiran Menulis SP 3.2.1 TP
Tulis ulasan tentang gejala COVID-19 dengan betul berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini.
GEJALA COVID-19
Bagaimana virus tersebar? SIMPTOM-SIMPTOM
JANGKITAN VIRUS
Batuk dan bersin oleh
orang yang telah * BATUK
dijangkiti
* DEMAM
Sentuhan fizikal secara
langsung dengan orang * KESUKARAN
yang dijangkiti BERNAFAS
Sentuhan pada * TANDA-TANDA
permukaan objek yang PENYAKIT SELESEMA
telah dijangkiti virus
COVID-19 ialah satu daripada jenis koronavirus yang dapat menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.
Jangkitan koronavirus dapat menyebabkan gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru yang
teruk. Covid-19 dapat merebak melalui beberapa cara termasuklah batuk dan bersin oleh orang yang dijangkiti,
sentuhan fizikal secara langsung dengan orang yang dijangkiti, dan sentuhan pada permukaan objek yang telah
dijangkiti virus. Dengan itu, kita wajar mengambil langkah-langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka,
mengelakkan bersentuhan dengan orang lain, dan sentiasa membersihkan tangan dengan cecair pembasmi
kuman. Antara simptom jangkitan virus ini termasuklah demam, tanda-tanda penyakit selesema, batuk, dan
kesukaran bernafas. Oleh itu, kita wajar mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin sekiranya mempunyai
simptom-simptom tersebut.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Murid dapat… • menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang betul, tepat,
dan gramatis
• menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca didengar, dan
ditonton
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4
POWER PT3Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis Berformat
Pemindahan Maklumat
Pengenalan
1. Dalam aspek pemindahan maklumat, terdapat tiga bentuk soalan dikemukakan, iaitu ulasan, ringkasan,
atau rumusan.
2. Murid perlu menjawab satu soalan daripada dua soalan yang diberikan.
3. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini ialah 15 markah.
Revisi Ulasan
Pengenalan
1. Bagi soalan bentuk ulasan, satu bahan rangsangan diberikan. Bahan rangsangan yang diberikan adalah
seperti gambar rajah, carta, jadual, poster, iklan, pelan, graf, dan sebagainya.
2. Murid mestilah menulis ulasan dalam satu perenggan dengan ayat yang gramatis yang panjangnya hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan.
3. Dalam penulisan ulasan, murid perlu memasukkan isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat diperoleh melalui isi
yang dipaparkan dalam bahan rangsangan, manakala isi tersirat pula ialah contoh atau daripada isi tersurat
tersebut.
Kriteria Pemarkahan
Peringkat Kriteria
Cemerlang
[13 – 15 markah] Idea Bahasa
Baik • Isi tersurat dan tersirat yang • Ayat yang gramatis.
[09 – 12 markah] diberikan rekevan dengan • Perbendaharaan kata yang luas dan tepat.
bahan rangsangan. • Penanda wacana yang digunakan betul dan bersesuaian.
Memuaskan • Ejaan dan tanda baca yang betul.
[05 – 08 markah] • Ulasan idea yang jelas dan • Kesalahan bahasa yang minimum.
Pencapaian minimum matang.
[01 – 04 markah]
Idea Bahasa
• Isi tersurat dan tersirat yang • Ayat yang gramatis.
relevan dengan bahan • Perbendaharaan kata luas.
rangsangan. • Penanda wacana yang digunakan bersesuaian.
• Ejaan dan tanda baca yang betul.
• Ulasan idea yang jelas. • Kesalahan bahasa masih minimum.
Idea Bahasa
• Isi tersurat dan tersirat yang • Ayat kurang gramatis.
masih relevan dengan bahan • Perbendaharaan kata terhad.
rangsangan. • Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat.
• Kesalahan bahasa amat ketara.
• Ulasan idea yang kurang jelas.
Keseluruhan jawapan murid mengambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap.
Cara-cara Menulis Ulasan Baca arahan soalan dengan Analisis maklumat dalam
Teliti dan fahami bahan teliti dan fahami kehendak bahan rangsangan yang
merupakan isi-isi tersurat.
rangsangan dan maklumat soalan.
yang diberikan.
Fikirkan isi-isi tersirat berdasarkan Tulis ulasan dengan binaan
isi-isi tersurat yang diperoleh. pendahuluan, isi-isi, dan kesimpulan.
111 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN
1. Pendahuluan ditulis dalam satu ayat yang ringkas berdasarkan tema bahan rangsangan.
2. Kemudian, teruskan dengan ayat yang berkait dengan kehendak soalan.
3. Pastikan setiap ayat yang dibina, ringkas dan padat, iaitu lebih kurang 10 hingga 11 patah perkataan.
4. Contoh:
Pengambilan makanan yang seimbang amat penting kepada setiap orang.
PANDUAN MENULIS ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT
1. Murid perlu menganalisis bahan rangsangan yang diberikan.
2. Kenal pasti isi tersurat yang terdapat dalam bahan rangsangan.
3. Isi tersurat ditulis dahulu dan diikuti isi tersirat.
4. Setiap isi haruslah dihubungkan dengan penanda wacana yang betul.
5. Sebaik-baiknya isi ditulis dalam 60 hingga 70 patah perkataan.
PANDUAN MENULIS PENUTUP / KESIMPULAN
1. Kesimpulan hendaklah menggambarkan idea daripada keseluruhan ulasan.
2. Pastikan ayat ditulis lebih kurang 8 hingga 10 patah perkataan.
3. Contoh:
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan secara seimbang bagi mengekalkan kesihatan badan.
Model Ulasan
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
MAKANAN KEPERLUAN HARIAN
MaksAaarnhaassjea1dikit Lemak, minyak,
MsaekAdaernarhssea2cnaara gula, dan garam.
M(makinaimn Aluermbaish53bsaanjiayna)k
Ayam, daging, ikan,
Mak(a6n–pA1ar2alinssag4jibaann) yak kekacang, dan tenusu.
Buah-buahan dan
sayur-sayuran.
Nasi, mi, roti,
produk bijirin,
dan ubi.
Isi Tersurat (Ayat Topik) Isi Tersirat ( Ayat Huraian)
Makanan berkarbohidrat perlu diambil lebih banyak Jenis makanan ini memberikan tenaga kepada kita
berbanding dengan kelas makanan yang lain. untuk melakukan tugas-tugas harian.
Seterusnya, sayur dan buah perlu diambil dengan Kelas makanan ini menjadi sumber vitamin dan
lebih banyak. mineral untuk kesihatan badan.
Selain itu, makanan berprotein perlu diambil secara Pengambilan secara berlebihan dapat menyebabkan
sederhana. obesiti.
Akhir sekali, makanan berlemak, gula, dan garam Pengambilan secara berlebihan dapat meningkatkan
perlu dimakan sedikit sahaja. risiko penyakit.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 112
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Model Ulasan Lengkap
Pengambilan makanan yang seimbang amat penting kepada setiap orang. Makanan berkarbohidrat perlu
diambil lebih banyak berbanding dengan kelas makanan yang lain. Jenis makanan ini memberikan tenaga kepada
kita untuk melakukan tugas-tugas harian. Seterusnya, sayur dan buah perlu diambil dengan lebih banyak. Kelas
makanan ini menjadi sumber vitamin dan mineral untuk kesihatan badan. Selain itu, makanan berprotein perlu
diambil secara sederhana. Pengambilan secara berlebihan dapat menyebabkan obesiti. Akhir sekali, makanan
berlemak, gula, dan garam perlu dimakan sedikit sahaja. Pengambilan secara berlebihan dapat meningkatkan
risiko penyakit. Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan secara seimbang bagi mengekalkan kesihatan
badan.
Revisi Ringkasan
Pengenalan
1. Dalam aspek ringkasan, suatu petikan umum yang panjangnya kira-kira 250 hingga 300 patah perkataan
diberikan.
2. Murid dikehendaki supaya menulis ringkasan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan.
3. Murid perlu menulis ringkasan dalam satu perenggan dengan mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi
penting.
PANDUAN MENULIS RINGKASAN
1. Memahami petikan dan kehendak soalan
(a) Baca keseluruhan petikan dan fahami kehendak soalan.
(b) Cari kata kunci yang dinyatakan dalam arahan soalan. Contoh: Tulis sebuah ringkasan tentang syarat-syarat menjadi
pemandu pelancong.
2. Menulis ringkasan
(a) Gariskan isi-isi penting dalam petikan.
(b) Tulis setiap ayat dalam satu perenggan sahaja.
(c) Gunakan ayat yang ringkas, tepat, dan padat.
(d) Pilih kata yang tepat, ejaan dan tanda baca yang betul, serta penanda wacana yang sesuai.
3. Menyemak ringkasan
(a) Semak ringkasan secara keseluruhan setelah selesai menulis.
(b) Buat pembetulan kesalahan ejaan, tatabahasa, dan tanda baca.
(c) Pastikan panjang ringkasan anda tidak melebihi 100 patah perkataan.
Model Ringkasan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang syarat-syarat
menjadi pemandu pelancong. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kerjaya sebagai pemandu pelancong di negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Khidmat pemandu
pelancong sangat penting dalam industri pelancongan kerana mereka memainkan peranan untuk
mempromosikan negara kepada dunia luar.
Peluang untuk menjadi pemandu pelancong terbuka kepada semua warganegara Malaysia, sebaiknya
yang berdisiplin, bijak, peramah, lancar berkomunikasi, dan mempunyai minat yang mendalam dalam
lapangan ini. Hal ini demikian kerana, bidang ini sangat mencabar. Mereka juga disyaratkan mengikuti kursus
pelancongan di pusat pengajian tinggi awam atau pusat pengajian tinggi swasta di bawah seliaan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta lulus kertas peperiksaan kursus tersebut dengan agregat yang
ditetapkan.
Selain itu, calon mestilah berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, dan tidak mempunyai rekod
jenayah. Kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa menjadi kelebihan kepada calon yang berminat
untuk menceburi bidang ini. Calon juga digalakkan untuk mempelajari sejarah sesebuah tempat supaya dapat
menerangkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan tempat tersebut secara tepat dan jelas kepada
113 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
para pelancong. Setelah itu, calon diwajibkan untuk memohon lesen Pemandu Pelancong Malaysia daripada
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Maklumat tentang kerjaya pemandu pelancong boleh diperoleh melalui Internet dan iklan dalam akhbar.
Kerjaya ini menjanjikan pelbagai ganjaran yang menarik.
Model Ringkasan Lengkap
Syarat-syarat untuk menjadi pemandu pelancong ialah warganegara Malaysia, berdisiplin, bijak, peramah,
dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Calon mesti mengikuti kursus pelancongan di pusat
pengajian tinggi awam atau pusat pengajian tinggi swasta serta lulus dengan agregat yang telah ditetapkan.
Selain itu, calon mesti berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, dan tidak mempunyai rekod jenayah. Calon
yang menguasai lebih daripada satu bahasa diberikan keutamaan. Calon juga digalakkan agar mempelajari
sejarah sesebuah tempat dan memohon lesen Pemandu Pelancong Malaysia daripada Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia.
Revisi Rumusan
Pengenalan
1. Dalam bahagian ini, murid diminta untuk menulis rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah
perkataan.
2. Semasa menulis rumusan, calon hanya perlu menulis isi tersurat sahaja tanpa menulis isi tersirat.
3. Murid perlu menulis rumusan dengan memasukkan sekurang-kurangnya lima isi penting. Tulis rumusan
dalam satu perenggan dengan ayat yang gramatis.
PANDUAN MENULIS RUMUSAN
1. Memahami petikan dan kehendak soalan
(a) Baca dan fahami keseluruhan petikan.
(b) Kenal pasti isu yang dibincangkan dalam petikan tersebut, contohnya kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat.
2. Menulis rumusan
(a) Gariskan isi-isi penting dalam petikan.
(b) Tulis setiap ayat dalam satu perenggan sahaja.
(c) Gunakan ayat yang ringkas, tepat, dan padat.
(d) Pilih kata yang tepat, ejaan dan tanda baca yang betul, serta penanda wacana yang sesuai.
3. Menyemak rumusan
(a) Semak rumusan secara keseluruhan setelah selesai menulis.
(b) Perbetulkan kesalahan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca.
(c) Pastikan panjang rumusan anda tidak melebihi 100 patah perkataan.
Model Rumusan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Peningkatan gaya hidup tidak sihat dalam kalangan masyarakat kini amat membimbangkan. Oleh itu, pelbagai
usaha dilaksanakan bagi menggalakkan setiap individu mengubah gaya hidup masing-masing. Kenaikan
peratusan penyakit tidak berjangkit yang semakin merunsingkan merupakan bukti bahawa masyarakat tidak
cakna tentang corak pemakanan sihat dan amalan bersenam. Berdasarkan kajian, hanya 32.4 peratus daripada
rakyat Malaysia yang bersenam dan bersukan.
Setiap individu harus memupuk kesedaran untuk bersenam dan memotivasikan diri supaya aktiviti
senaman dapat dilakukan secara berterusan sepanjang hayat. Aktiviti bersenam mampu memberikan kesan
yang positif kepada kesihatan, kecergasan fisiologi, dan psikologi individu. Senaman juga merupakan kaedah
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
terbaik bagi mengimbangkan jumlah kalori dalam badan supaya berada pada tahap optimum dan sesuai
dengan keperluan harian individu. Bagi mendapatkan manfaat kecergasan yang berterusan, setiap individu
harus mencuba untuk meningkatkan keupayaan melakukan senaman dari semasa ke semasa.
Senaman yang konsisten membolehkan kita mengatasi masalah hipertensi dan diabetes. Ketika
melakukan senaman, degupan jantung akan bertambah kencang serta menyebabkan aliran darah bergerak
dengan lancar. Seterusnya, kandungan kolesterol dalam darah dapat dikurangkan dan menghindari seseorang
itu daripada strok dan serangan jantung. Dari aspek yang lain, bersenam merupakan aktiviti jalinan sosial yang
baik sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Aktiviti aerobik yang dilakukan dalam kumpulan diiringi oleh
muzik dapat menambahkan keseronokan.
Pelbagai faktor yang menghalang seseorang daripada menjadikan senaman sebagai rutin harian.
Antaranya termasuklah sikap individu itu sendiri yang sering memberikan alasan sibuk dengan tugas harian.
Kesedaran yang kurang tentang kebaikan melakukan aktiviti bersenam dan keadaan tubuh badan yang masih
sihat menyebabkan mereka tidak bersenam atau bersukan. Tidak ada anggapan sudah lewat untuk bersenam
kerana kesempatan itu sentiasa ada dan kita mampu melakukannya.
Model Rumusan Lengkap
Petikan membincangkan kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti bersenam mampu memberikan
kesan yang positif kepada kesihatan. Hal ini demikian kerana, senaman merupakan cara terbaik bagi mengimbangi
jumlah kalori dalam badan supaya berada pada tahap optimum. Selain itu, senaman dapat mengatasi masalah
hipertensi dan diabetes. Tambahan pula, kandungan kolesterol dalam darah dapat dikurangkan. Aktiviti senaman
juga merupakan aktiviti jalinan sosial yang baik jika dilakukan secara beramai-ramai. Seterusnya, aktiviti senaman
yang diiringi oleh alat muzik dapat menambahkan keseronokan. Dengan itu, kita perlu meluangkan masa untuk
bersenam dan menjadikan senaman sebagai rutin harian. Tiada alasan untuk tidak bersenam kerana kesempatan
sentiasa ada dan kita mampu untuk melakukannya.
Praktis 1 Portal Rasmi Kanak-
kanak Hilang
Lihat graf di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
graf tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. INFO
Jumlah Kanak-kanak Hilang dari Tahun 2011 hingga Tahun 2015
2500 2193 2054 2015
2000 2014
Bilangan (orang) 1500 1859 1660
1000 2011 2015
2012 2013
500 Tahun
0
Graf menunjukkan jumlah kanak-kanak yang hilang mulai tahun 2011 hingga tahun 2015. Jumlah kehilangan
kanak-kanak setiap tahun adalah tinggi. Hal ini membimbangkan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak
mereka. Kebiasaannya, kanak-kanak diculik semasa mereka pulang dari sekolah atau bersendirian di taman-taman
115 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
permainan. Tahun 2012 mencatatkan kes kehilangan kanak-kanak yang paling banyak, iaitu 2193 orang, diikuti
tahun 2013 sebanyak 2054 orang dan tahun 2014 sebanyak 2015 orang. Kehilangan kanak-kanak ini mendatangkan
kesan yang buruk terhadap keluarga dan diri kanak-kanak itu sendiri. Konklusinya, ibu bapa perlu mengawasi
anak-anak agar tidak menjadi mangsa penculikan atau kehilangan anak-anak.
Praktis 2 14 Tip Mencegah
Kebakaran
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
ilustrasi tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. INFO
TIP KESELAMATAN UNTUK MENGELAKKAN KEBAKARAN
1. Sentiasa memeriksa penyambung dan saluran paip gas memasak (LPG).
2. Periksa pendawaian elektrik dari semasa ke semasa.
3. Jauhkan lilin daripada bahan yang mudah terbakar.
4. Simpan mancis atau pemetik api di tempat tinggi yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
5. Jangan lakukan penyambungan yang berlebihan pada satu plug.
6. Jangan membuang putung rokok di merata-rata tempat.
Kebakaran ialah tragedi tidak diundang yang dapat merosakkan harta benda dan meragut nyawa. Pemilik-
pemilik rumah dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa penyambung dan saluran paip gas memasak bagi
mengelakkan kebakaran ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kebakaran rumah berlaku
disebabkan oleh paip gas yang bocor dan kelalaian manusia itu sendiri. Selain itu, pendawaian elektrik hendaklah
diperiksa dari semasa ke semasa dan menukarkan pendawaian yang baharu setiap sepuluh tahun. Seterusnya,
simpan mancis atau pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Api semasa
kecil menjadi kawan dan apabila besar akan menjadi lawan. Tuntasnya, sikap berwaspada dan berhati-hati dapat
mencegah kebakaran daripada berlaku.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis 3 Langkawi
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah INFO
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Perkhidmatan Keistimewaan
Pengangkutan
• Pengangkutan udara
• Pengangkutan air
• Pengangkutan darat
Tempat Menarik • Pantai Cenang
Prasarana • Pekan Kuah
Jumlah Pelancong • Padang Mat Sirat
• Makam Mahsuri
• Laman Padi
• Kereta Kabel Langkawi
• Hotel
• Chalet
• Pusat beli-belah
• Kereta sewa
• Restoran
• 2016 – 3.63 juta
• 2017 – 3.67 juta
• Mac 2018 – 0.94 juta
Malaysia banyak mempunyai destinasi pelancongan yang menarik seperti Pulau Langkawi. Para pelancong
boleh ke Pulau Langkawi melalui pengangkutan air, udara, dan laut. Hal ini demikian kerana, Pulau Langkawi ialah
sebuah pulau bebas cukai yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh
dikunjungi, antaranya ialah Pantai Cenang, Makam Mahsuri, Laman Padi, dan Padang Mat Sirat. Para pelancong
boleh bergerak ke merata-rata tempat dengan kenderaan sewa pandu sendiri dan pengangkutan awam yang
disediakan. Selain itu, kemudahan hotel, chalet, dan inap desa disediakan kepada pelancong yang ingin bermalam
di sana dengan pakej dan harga yang berpatutan. Ironinya, para pelancong akan memilih Pulau Langkawi sebagai
destinasi percutian mereka setiap masa.
117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis 4
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Institusi Pengajian
poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. INFO Tinggi di Malaysia
Karnival
PendidikNanegTainrgagi
• Tempat: Queensbay Mall, Pulau Pinang •
• Tarikh: 6 – 7 Mac 2021 (Sabtu & Ahad) • Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang •
1. Biasiswa dan pinjaman diberikan kepada calon yang layak.
2. Pelbagai program pengajian ditawarkan.
3. Kursus untuk Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara.
4. Khidmat nasihat disediakan bagi pelajar yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut.
5. Kursus yang ditawarkan sesuai dengan keperluan tenaga kerja semasa.
Karnival Pendidikan Tinggi Negara diadakan pada peringkat negeri Pulau Pinang pada 6 hingga 7 Mac 2021
yang bertujuan untuk memudahkan pelajar membuat pilihan yang tepat bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai
kemudahan disediakan seperti biasiswa dan pinjaman kewangan diberikan kepada pelajar yang layak. Hal ini
akan mengurangkan beban kos pengajian yang terpaksa ditanggung oleh seseorang mahasiswa. Seterusnya,
kebanyakan pengajian ditawarkan oleh universiti awam dan universiti swasta di dalam negara. Pelbagai program
pengajian ditawarkan sesuai dengan keperluan masa hadapan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan
selepas tamat pengajian nanti. Ironinya, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan agar mereka
dapat memilih jurusan yang sesuai dengan kelulusan dan bakat mereka.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 118
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis 5 Dasar Alam
Sekitar
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara menangani masalah pencemaran alam. Panjangnya ringkasan anda INFO
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masalah pencemaran alam semakin hari semakin tidak dapat diselesaikan. Jumlah kes pencemaran yang kian
meningkat membuktikan bahawa masyarakat masih tidak prihatin akan pencemaran yang berlaku di sekitar
mereka. Alam sekitar seperti sungai dan laut terus tercemar dan hal ini menyebabkan hidupan laut mati.
Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan kepanasan yang melampau merupakan
fenomena yang muncul akibat daripada pencemaran alam. Perindustrian menjadi penyumbang utama
pencemaran alam. Maka, satu strategi baharu perlu dirancang agar penempatan kawasan perkilangan
menjadi lebih teratur dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kilang-kilang yang baru dibina hendaklah jauh dari
kawasan perumahan. Selain itu, kemahiran merawat sisa-sisa toksik dengan kaedah sains dan teknologi dapat
menyelamatkan alam daripada terus tercemar.
Undang-undang yang sedia ada perlu dikaji dan dipinda agar sesuai dengan perubahan dan kehendak
semasa. Mereka yang memandang ringan terhadap undang-undang alam sekitar tidak akan terlepas daripada
hukuman. Di samping itu, kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar daripada
pencemaran amat penting. Pembakaran terbuka hendaklah dielakkan, selain mengurangkan penggunaan
kenderaan bermotor. Masyarakat digalakkan agar menggunakan pengangkutan awam dan mengubah sikap
dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat, di samping berperanan untuk menyedarkan rakan-
rakan tentang kepentingan menjaga kebersihan. Kempen kitar semula dilihat sebagai satu agenda yang
mampu mengurangkan pelupusan sampah yang selama ini membebankan pihak berkuasa dalam proses
menguruskannya.
Masyarakat juga boleh bertindak dengan membuat aduan tentang kejadian pencemaran alam kerana
pencemaran memberikan kesan yang ketara terhadap kehidupan harian. Jerebu yang melanda negara
baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi negara dari segi pendapatan yang diperoleh daripada
pelancong asing. Masyarakat mempunyai tanggungjawab menjaga alam sekitar daripada tercemar. Alam
sekitar yang bebas daripada sebarang pencemaran akan memberikan kehidupan yang selesa dan harmonis.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana dalam Berita Harian)
Banyak cara yang boleh diambil untuk menangani pencemaran alam sekitar. Antaranya termasuklah
menempatkan kawasan perkilangan secara lebih teratur. Selain itu, kilang-kilang yang dibuka hendaklan jauh dari
kawasan perumahan. Seterusnya, kemahiran merawat sisa-sisa toksik dengan kaedah sains dan teknologi amat
perlu. Undang-undang sedia ada perlu dikaji dan dipinda agar sesuai dengan perubahan dan kehendak semasa.
Dalam pada itu, kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar perlu dipupuk
bagi memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Akhir sekali, orang ramai perlu mengelakkan pembakaran sampah
secara terbuka.
119 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat Kenali
Rasuah
Praktis 6
INFO
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kesan-kesan rasuah kepada masyarakat dan negara. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Rasuah ialah penyakit sosial yang dapat mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Rasuah wujud
sejak manusia mula mengenal erti peradaban dan ketamadunan. Sekiranya diterima sebagai amalan biasa,
rasuah akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa, dan negara seperti yang berlaku
dalam sejarah tamadun besar dunia.
Gejala ini berlaku kerana adanya si pemberi dan si penerima. Kedua-dua pihak dianggap bersalah
kerana melakukan penyelewengan demi tuntutan peribadi. Selain itu, rasuah diberikan oleh pihak tertentu
untuk mempercepat sesuatu urusan. Perbuatan rasuah juga berlaku kerana pelaku tidak mengamalkan
nilai-nilai murni atau tidak mempunyai sahsiah yang baik.
Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala
ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana
pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Jika tidak dikawal dan diperangi habis-habisan dari awal, rasuah
akan memberikan kesan yang lebih buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan
turut menggugat kestabilan sosial negara, apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program
pembangunan perindustrian yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Gejala ini
akan menjejaskan keyakinan orang ramai, terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan
sistem perundangan serta birokrasi negara ini.
Masyarakat yang mengamalkan rasuah bukan sahaja kehilangan harga diri, malahan amalan rasuah
merupakan kesalahan besar di sisi agama dan pengamal rasuah dianggap berdosa. Sesuatu organisasi yang
mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Penjenayah rasuah yang ditangkap
akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat seperti denda dan penjara, selain kehilangan
pekerjaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang dapat menyebabkan perbuatan rasuah
serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Oleh sebab usaha menangani gejala ini
kian serius, rakyat sangat berharap agar tiada sesiapa pun yang akan terkecuali daripada tindakan undang-
undang. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal dapat mewujudkan perilaku yang baik kepada diri
seseorang. Sehubungan itu, dalam memerangi gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh
dan berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam 'Minda Pengarang', Berita Harian)
Amalan rasuah di sesebuah negara perlu ditangani kerana banyak memberikan kesan buruk kepada negara.
Amalan rasuah dapat mencemarkan imej negara dan rakyatnya. Selain itu, amalan ini memberikan kesan buruk
terhadap sistem pentadbiran negara. Amalan rasuah juga dapat menjejaskan keyakinan orang ramai, khususnya
pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara. Seterusnya,
sesuatu organisasi yang mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Akhir sekali,
amalan rasuah menyebabkan seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang dan akan kehilangan
pekerjaan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 120
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis 7 Muflis pada
Usia Remaja
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab remaja berhutang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak INFO
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dewasa ini, golongan remaja yang sudah berkerjaya gemar berbelanja secara berlebih-lebihan berbanding
dengan pendapatan bulanan mereka. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menggunakan kad kredit
untuk membeli pakaian yang berjenama atau telefon yang mahal. Malah, ada dalam kalangan remaja yang
sudah membeli kereta yang mahal. Mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan mereka.
Maka, tidak hairanlah golongan yang baru bekerja ini menghadapi masalah kewangan yang serius hingga
menyebabkan mereka muflis.
Berdasarkan kajian, jika seseorang pekerja itu terpaksa menggunakan 30 peratus daripada wang
gajinya untuk membayar hutang, maka mereka dianggap sebagai menghadapi masalah kewangan yang
serius. Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa 47 peratus belia di
Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi dan 38 peratus terlibat dengan hutang peribadi. Hal
ini menunjukkan bahawa remaja di Malaysia masih lemah dalam pengurusan kewangan.
Kekurangan kewangan keluarga menyebabkan sebahagian besar daripada remaja yang melanjutkan
pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi terpaksa membuat pinjaman pendidikan bagi menanggung
kos pengajian. Malangnya, apabila tamat pengajian mereka terpaksa menganggur dan mengambil masa
yang lama untuk mendapat pekerjaan. Hutang pinjaman pendidikan tidak dapat dijelaskan mengikut
masa yang ditetapkan. Lebih malang lagi jika mereka meminjam wang daripada orang perseorangan atau
daripada syarikat-syarikat kewangan yang tidak sah.
Kesimpulannya, remaja seharusnya bijak membuat pertimbangan dalam menguruskan kewangan
mereka. Kegagalan untuk menguruskan kewangan akan memberikan kesan negatif kepada kehidupan
mereka. Peluang pekerjaan yang semakin terhad dan keadaan ekonomi yang tidak menentu akan menghimpit
golongan remaja untuk memenuhi tuntutan kehidupan mereka pada masa ini yang memerlukan kos yang
tinggi. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya dalam menguruskan kehidupan.
Banyak dalam kalangan remaja kini yang berhutang. Hal ini berpunca daripada sikap gemar berbelanja
berlebih-lebihan. Mereka menggunakan kad kredit untuk membeli pakaian yang berjenama dan mahal. Selain itu,
mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan diri sendiri sehingga menyebabkan muflis. Hal
ini membuktikan bahawa mereka masih lemah dalam pengurusan kewangan. Remaja akan berhutang
sebaik-baik sahaja melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi apabila meminjam wang daripada tabung
pendidikan. Lebih malang lagi, mereka yang menganggur gagal untuk membayar hutang pinjaman pendidikan.
Ironinya, kegagalan menguruskan kewangan yang baik akan memberikan kesan buruk dalam jangka
masa panjang terhadap kehidupan remaja.
121 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat Kesihatan
Mental dan
Praktis 8 Kesihatan
INFO Fizikal
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Laporan statistik tentang penyakit mental sangat membimbangkan kerana jumlah ini terus meningkat dari
semasa ke semasa. Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan tentang bahaya penyakit
ini dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan atau merawat penyakit
ini secara tradisional sahaja. Peningkatan penyakit mental disebabkan oleh tekanan hidup yang semakin
mencabar, terutamanya di kawasan bandar besar.
Banyak terdapat faktor yang menyumbang kepada masalah psikososial ini di tempat kerja yang dapat
mengakibatkan tekanan, kemurungan, dan keletihan melampau. Bebanan kerja yang banyak serta perlu
disiapkan dalam masa yang singkat menimbulkan masalah kesihatan. Selain itu, kelemahan pengurusan
organisasi menyebabkan prestasi kerja merosot. Desakan peningkatan kompetensi ini akan menimbulkan
ketegangan. Hubungan dengan rakan sekerja yang kurang erat, tiada kesantunan, dan hilang sikap saling
membantu menjadikan anggota dalam sesebuah organisasi berada dalam konflik.
Di samping itu, situasi di tempat kerja yang dapat menyumbang kepada masalah mental ialah kurangnya
sokongan daripada pihak atasan. Lebih buruk lagi apabila pihak majikan dan pengurusan menafikan hak
pekerja untuk mendapatkan layanan yang baik dan sikap perikemanusiaan. Tidak dinafikan juga terdapat
penderaan fizikal, psikologi, dan seksual di sesuatu tempat kerja. Sesuatu konflik timbul disebabkan oleh
kelemahan komunikasi antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja itu sendiri.
Masalah kemurungan juga merupakan punca utama kepada penyakit mental. Kebelakangan ini, media
banyak melaporkan kes mencederakan diri dan bunuh diri. Kemurungan kronik akibat tekanan hidup
menyebabkan pesakit mengalami halusinasi dan amat memudaratkan jika tidak dirawat dengan segera.
Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menangani masalah yang menyumbang kepada penyakit
mental ini agar tidak berlarutan. Majikan perlu merangka pelan bagi mengurangkan tekanan dengan
menyediakan persekitaran tempat kerja yang sihat.
Petikan membincangkan punca-punca penyakit mental. Antara puncanya ialah tekanan hidup yang semakin
mencabar. Selain itu, bebanan kerja yang banyak perlu disiapkan dalam masa yang singkat menekan pekerja.
Dalam pada itu, kelemahan pengurusan organisasi menyebabkan prestasi kerja merosot. Seterusnya, hubungan
sesama rakan sekerja yang kurang erat, tiada kesantunan, dan hilang sikap saling membantu menjadikan anggota
dalam sesebuah organisasi berada dalam konflik. Di samping itu, kurangnya sokongan daripada pihak atasan
menjadikan situasi tempat kerja tidak menyeronokkan. Terdapat majikan yang menafikan hak pekerja
untuk mendapatkan layanan yang baik dan berperikemanusiaan. Tuntasnya, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
mengekang masalah tekanan dan stres ini daripada berleluasa.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 122
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Praktis 9 Keracunan
Makanan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan INFO
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Keracunan makanan sama ada di sekolah atau di rumah atau premis-premis makanan bukanlah suatu
yang baharu, malah telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan berlaku
sekiranya pengendali makanan tidak menjaga kebersihan makanan. Pengendali makanan hendaklah
mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan.
Terdapat sebilangan pengendali makanan yang mengamalkan tabiat yang kotor seperti batuk atau meludah
berhampiran makanan yang disediakan.
Penggunaan racun yang tidak dikawal juga menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan beracun
dan berbahaya kepada kesihatan. Bahan-bahan mentah sama ada bahan basah atau bahan kering perlu
disimpan di tempat yang sesuai dan jauh daripada vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat, dan tikus.
Selain itu, proses memasak juga perlu dilakukan dengan teliti. Makanan yang tidak dimasak dengan baik
dapat menyebabkan keracunan makanan. Penggunaan bahan pewarna dan bahan perasa yang berlebihan
juga dapat mengganggu kesihatan.
Akhir-akhir ini, banyak kejadian dilaporkan oleh media massa berkaitan dengan penyediaan makanan
yang kotor di premis-premis makanan termasuklah warung nasi kandar, restoran tomyam, dan sebagainya.
Sikap pengendali makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitarannya dapat
mengundang padah.Tindakan tegas daripada pihak jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan dengan
melakukan pemeriksaan mengejut dan tindakan seperti amaran dan larangan berniaga akan menyedarkan
mereka tentang pentingnya penjagaan kebersihan semasa menyediakan makanan.
Mangsa keracunan akan mengalami gejala seperti loya, pening, muntah, dan cirit-birit. Kegagalan
mendapat rawatan segera menyebabkan mangsa pengsan, malah dapat mengakibatkan maut. Isu keracunan
makanan ini perlu ditangani dengan segera memandangkan kebanyakan masyarakat kini lebih gemar makan
di luar berbanding dengan makan di rumah. Kesedaran semua pihak tentang pengambilan makanan yang
bersih dan berkhasiat amat penting bagi mencegah sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.
Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya keracunan makanan. Antaranya seperti penyedia makanan
yang tidak menjaga kebersihan makanan, termasuklah mengamalkan tabiat kotor seperti batuk atau meludah
berhampiran makanan. Selain itu, penggunaan racun serangga yang tidak dikawal menyebabkan sayur-sayuran
dan buah-buahan dapat mengakibatkan keracunan makanan. Bahan-bahan mentah yang belum dimasak yang
terdedah kepada vektor pembawa penyakit seperti lipas dan lalat juga menyumbang kepada keracunan makanan.
Penggunaan bahan pewarna dan bahan perasa yang berlebihan juga akan mengganggu kesihatan. Ironinya,
sikap pengendali makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitaran akan mengundang
padah. Pemeriksaan mengejut oleh pihak yang bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan dikenakan
bagi menyedarkan pemilik premis makanan yang bersikap sambalewa ini.
123 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat Pencemaran
Alam Sekitar
Praktis 10
INFO
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pencemaran alam sekitar memberikan implikasi yang buruk terhadap alam dan kehidupannya. Pencemaran
memberikan kesan langsung kepada tumbuh-tumbuhan akibat perubahan cuaca dan gangguan kesuburan
tanah. Hal ini menyebabkan kekurangan makanan dan sebahagian daripada kegiatan penduduk yang
terlibat dengan pertanian akan terjejas. Pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat
haiwan dan menyebabkan kematian. Jika hal sedemikian berterusan dalam jangka yang masa panjang,
haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.
Fenomena penipisan lapisan ozon juga sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Pembebasan
gas karbon dioksida dan gas klorofluorokarbon (CFC) oleh alat penyembur dan alat penyaman udara akan
menipiskan lapisan ozon. Sinaran ultralembayung yang sampai ke bumi akan memberikan kesan buruk
kepada manusia seperti masalah kanser kulit, demam, dan penyakit mata. Selain itu, kepanasan yang
melampau akan mencairkan lapisan ais di kutub utara dan kutub selatan. Peningkatan aras laut akan berlaku
yang akan menenggelamkan kawasan-kawasan petempatan yang rendah.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dirasai
oleh penduduk bumi. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu di bumi meningkat. Kebakaran hutan yang berlaku dapat memberikan kesan kepada
peningkatan suhu bumi. Antara fenomena yang dikaitkan dengan pemanasan global ialah banjir besar
yang dapat mengorbankan banyak nyawa. Usaha-usaha menangani pemanasan global ini harus dilakukan
dengan mengharamkan penggunaan produk-produk yang menyebabkan penipisan lapisan ozon, sebaliknya
menggunakan produk yang lebih mesra alam.
Semua harus memainkan peranan menjaga alam sekitar daripada sebarang pencemaran. Kerakusan
manusia mengejar pembangunan dan keselesaan dalam hidup dengan mengabaikan alam sekitar akan
mengundangkan padah. Isu pencemaran ini bersifat global, maka usaha-usaha yang dilakukan perlu
melibatkan semua negara tanpa sebarang prejudis. Kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin kehidupan
yang lebih selesa.
Petikan membincangkan pencemaran alam sekitar mendatangkan implikasi buruk. Pencemaran akan
memberikan kesan kepada perubahan cuaca dan kesuburan tanah yang dapat menjejaskan aktiviti pertanian.
Selain itu, pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat haiwan dan menyebabkan kepupusan
haiwan. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga disebabkan oleh pencemaran udara. Sinaran ultralembayung
yang sampai ke bumi memberikan kesan kepada manusia. Kecairan ais di kutub utara dan kutub selatan
menyumbang kepada peningkatan aras laut yang akan menenggelamkan kawasan petempatan yang rendah.
Fenomena banjir besar yang berlaku mengakibatkan kehilangan banyak nyawa. Tuntasnya, kesejahteraan alam
sekitar dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa.
124
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
HC081011S
BAHASA TINGKATAN
MELAYU
1
KSSM
Siri Power Up! KSSM diterbitkan secara JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI
khusus untuk memenuhi keperluan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) serta Pembelajaran dan SUBJEK TINGKATAN BAHASA MELAYU
Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 yang Bahasa Melayu 123
lebih dinamik dan kreatif. Kandungan siri ini English
dirancang dan digubal untuk menerapkan Matematik/Mathematics TINGKATAN 1
dan mengintegrasikan pelbagai bahan Sains/Science
pembelajaran yang terkini serta elemen PdPc Sejarah
agar masteri pembelajaran murid menjadi Geografi
lebih mantap. Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Islam
Ciri-ciri Istimewa: Pendidikan Moral
Pendidikan Seni Visual
• Tahap Penguasaan Pendidikan Jasmani dan
• Revisi Pendidikan Kesihatan
• Info
• Praktis PT3 ONLINE RESOURCE
• Kesalahan Lazim
• Pentaksiran Akhir Tahun www.ePelangi.com
• Peta i-THINK
• Tip • Rakaman Audio untuk Aktiviti Mendengar
• Online Quick Quiz • Teks Mendengar
• Jawapan
• Nota Grafik KOMSAS
W.M: RM11.35 / E.M: RM11.65
HC081011S
ISBN: 978-967-2499-07-7
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)