Kertas SPM
1Model SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PENDIDIKAN MORAL 1225 1225 2 jam 30 minit
Okt. / Nov.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian C. Jawab satu
soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas
soalan ini.
4. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan
ditunjukkan dalam kurungan.
5. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas
jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baharu.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh
A 1 10
2 10
B 3 10
C 4 10
5 10
6 10
7 10
8 20
9 20
Jumlah
NAMA: .........................................................................................
ANGKA GILIRAN:
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak
KERTAS MODEL SPM 1 1225
Bahagian A
[50 markah]
Jawab semua soalan.
1. Rakan-rakan sekelas Aini sering mempersendakan Aini kerana berpakaian selekeh dan comot ke
sekolah. Mereka sering memberi gelaran yang tidak baik kepada Aini dan melarangnya duduk dan makan
bersama-sama mereka pada waktu rehat di kantin sekolah.
(a) Sebagai ketua kelas, anda berasa simpati terhadap Aini. Terangkan tindakan yang boleh anda lakukan
untuk membantu Aini.
(i)
(ii)
[4 markah]
(b) Pada pendapat anda, mengapakah murid-murid dalam kelas terpengaruh dengan budaya hedonisme?
[2 markah]
(c) Situasi 1:
Aini berasa semakin tertekan apabila berdepan dengan rakan-rakan sekelasnya lalu berjumpa dengan
kaunselor sekolah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Situasi 2:
Pihak sekolah mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah antara Aini dengan rakan-rakan
sekelasnya.
(i) Berdasarkan Situasi 1, wajarkah tindakan Aini? Jelaskan alasan anda.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Situasi 2, pihak sekolah telah mengadakan satu perjumpaan khas untuk menyelesaikan
masalah Aini dengan rakan-rakannya. Nyatakan kewajaran perjumpaan tersebut diadakan.
KM1 – 2 [2 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
1225 KERTAS MODEL SPM 1
2. Poster di bawah tentang gotong-royong untuk menghapuskan nyamuk aedes.
Jangan baca sahaja,
BERTINDAK! HAKAEITPADUBEOSSLKEHA!N
Jom sertai gotong-royong di kawasan anda
Cari serta musnahkan tempat
atau bekas Aedes membiak
Jika demam dapatkan
rawatan segera
(a) Wajarkah amalan gotong-royong dilaksanakan bagi menjaga kebersihan tempat tinggal?
Berikan hujah-hujah anda.
[4 markah]
(b) Nyamuk aedes merupakan punca demam denggi yang membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan
segera. Nyatakan tiga tanda demam denggi.
(i)
(ii)
(iii) [3 markah]
(c) Sehingga kini, masih tidak ada vaksin untuk demam denggi. Oleh itu, masyarakat tempatan telah disaran
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti langkah-langkah bagi mengurangkan kes demam
denggi. Jelaskan tiga cara untuk mencegah demam denggi.
(i)
(ii)
(iii) [3 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 3 SPM Pendidikan Moral
KERTAS MODEL SPM 1 1225
3. Soon Lee, yang merupakan Ketua Jabatan Kewangan sebuah syarikat, telah menggunakan wang syarikatnya
untuk membayar perbelanjaan perubatan anaknya yang menghidap penyakit kanser. Tindakannya telah
diketahui oleh majikannya dan Soon Lee telah didakwa di mahkamah.
(a) Bagaimanakah prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dapat digunakan untuk mengadili kes di atas?
(i) Prinsip Keadilan:
[2 markah]
(ii) Prinsip Keprihatinan:
[2 markah]
(b) Nyatakan langkah-langkah yang patut diambil oleh Soon Lee untuk mengatasi masalah kewangan bagi
membiayai kos perubatan anaknya.
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]
(c) Sekiranya anda merupakan majikan Soon Lee, apakah tindakan anda setelah mengetahui punca sebenar
Soon Lee menyalahgunakan wang syarikat? Berikan penjelasan anda.
KM1 – 4 [3 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
1225 KERTAS MODEL SPM 1
4. Rajah di bawah menunjukkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
ICT
INFORMATION TECHNOLOGY
(Informasi) COMMUNICATION (Teknologi)
(Komunikasi)
(a) Huraikan kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan.
(i)
(ii)
[4 markah]
(b) Nyatakan empat kesan negatif penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tanpa kawalan.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
[4 markah]
(c) Bagaimanakah ibu bapa memainkan peranan dalam mengawal penyalahgunaan teknologi maklumat dan
komunikasi oleh anak-anak?
KM1 – 5 [2 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
KERTAS MODEL SPM 1 1225
5. Berikut merupakan cara melaporkan kes keganasan rumahtangga.
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
• Balai Polis yang berhampiran
• Pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran
• Menghubungi Talian Kasih 15999
• Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan
(a) Pada pendapat anda, mengapakah kes keganasan rumah tangga berlaku?
(i)
(ii)
[4 markah]
(c) Jelaskan kesan-kesan yang akan berlaku terhadap mangsa penderaan yang mengalami keganasan rumah
tangga.
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]
(c) Senaraikan tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang ketua keluarga bagi menjamin keharmonian
dalam keluarga.
(i)
(ii)
(iii) [3 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 6 SPM Pendidikan Moral
1225 KERTAS MODEL SPM 1
Bahagian B
[10 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
6. Mary sedang mengulang kaji pelajaran di ruang tamu. Tiba-tiba, loceng rumahnya berbunyi. Mary
mendapati seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang berdiri di depan pagar rumahnya. Lelaki tersebut
memaklumkan bahawa dia ingin mengutip derma untuk diberikan kepada sebuah rumah anak yatim di Ipoh.
Pada ketika itu, semua anggota keluarga Mary tidak berada di rumah.
Apakah tindakan yang harus diambil oleh Mary? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal yang
telah dipelajari.
KM1 – 7 [10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
KERTAS MODEL SPM 1 1225
7. Gambar rajah di bawah menunjukkan kerja-kerja pembersihan sungai yang telah dicemari.
Apakah perasaan anda apabila melihat situasi dalam gambar rajah di atas? Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat mengelakkan pencemaran sungai?
KM1 – 8 [10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
1225 KERTAS MODEL SPM 1
Bahagian C
[40 markah]
Jawab semua soalan.
8. (a) Maklumat berikut merupakan mesej yang dibaca oleh Leila tentang pinjaman wang peribadi.
PINJAMANANDA PERLU
SEGERA
HARI INI?
TANPA PENJAMIN & TANPA CAGARAN
KELULUSAN EKSPRES & TUNAI SEGERA
KADAR FAEDAH SERENDAH
1.5% MURAH
LAGI
CEPAT!
SEBULAN
HUBUNGI KAMI SEKARANG !!
016-8XX XXX
Leila menghadapi kesempitan wang. Baru-baru ini, dia telah terbaca iklan tersebut apabila melayari
internet. Pada pandangan anda, patutkah Leila menelefon pihak syarikat tersebut bagi mengatasi
masalahnya? Mengapa?
KM1 – 9 [10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
KERTAS MODEL SPM 1 1225
(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan perangkap cinta yang berlaku di negara kita.
Penjenayah siber lazimnya akan menyamar menggunakan gambar berwajah kacak dan menggunakan
kata-kata romantik untuk memerangkap wanita sebagai sasaran.
Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan sebab-sebab wanita sering dijadikan sebagai sasaran kepada
perangkap cinta.
[6 markah]
(c) Demi mengurangkan kes perangkap cinta di Malaysia, huraikan langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pengguna media sosial supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya.
KM1 – 10 [4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
1225 KERTAS MODEL SPM 1
9. (a) “Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang
bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang
sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan”.
Setujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan pandangan anda.
[10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 11 SPM Pendidikan Moral
KERTAS MODEL SPM 1 1225
(b) Selain mengibarkan Jalur Gemilang, huraikan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat
dalam menunjukkan semangat cinta akan negara.
[5 markah]
(c) Ashwin mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air selepas tamat pengajian di luar negara.
Namun, tindakannya telah menimbulkan kemarahan ibu bapanya. Mereka berpendapat bahawa Ashwin
akan mendapat lebih banyak pengalaman dan bergaji tinggi jika bekerja di luar negara.
Anda bersetuju dengan tindakan Ashwin. Jelaskan sebab-sebab Ashwin berbuat demikian.
KERTAS SOALAN TAMAT [5 markah]
KM1 – 12
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Pendidikan Moral
JAWAPAN
Kertas Model 1
Soalan Butiran Markah
1. (a) (i) • Melapor kepada guru / pihak sekolah 1
• Menegur tindakan rakan di kelas 1
• Menasihati Aini supaya tidak mengambil kisah sindiran rakan di kelas 1
• Tindakan murid-murid kelas tidak bermoral 1
• Menyebabkan Aini bersikap rendah diri 1
• Aini berasa tidak selesa 1
• Aini akan ponteng sekolah 1
• Aini berasa sedih / kecewa 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(2 tindakan + 2 huraian) Maks. 4
(b) • Ingin mendapat keseronokan 1
• Ingin mendapat perhatian daripada guru / pihak sekolah / ibu bapa 1
• Tayangan filem / drama / rancangan televisyen negara barat 1
• Pengaruh rakan sebaya 1
• Pengaruh media massa 1
• Tiada kawalan ibu bapa 1
• Kekurangan kasih sayang dalam keluarga 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(1 sebab + 1 huraian) Maks. 2
(c) (i) Wajar 1
• Perbuatan murid-murid itu menjejaskan proses pembelajaran Aini 1
• Aini hendak murid-murid itu tahu kesalahan mereka 1
• Perbuatan murid-murid itu menjejaskan hubungan antara rakan sekelas 1
• Aini hendak mengurangkan tekanannya 1
• Aini hendak mendapatkan bantuan pakar 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(1 tindakan + 1 alasan) Maks. 2
atau
Tidak wajar 1
• Rakan-rakan itu akan berdendam dengan Aini 1
• Rakan-rakan itu akan menyindir Aini dengan lebih kerap 1
• Rakan-rakan akan menganggap Aini bermasalah 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(1 tindakan + 1 alasan) Maks. 2
(ii) • Menunjukkan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan 1
• Menjaga hubungan antara rakan sekelas 1
• Tidak saling berdendam 1
• Dapat menyelesaikan masalah secara perbincangan 1
• Mencapai kata sepakat 1
• Pihak sekolah memahami masalah dan mengambil tindakan wajar 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(1 tindakan + 1 alasan) Maks. 2
2. (a) • Mengeratkan hubungan penduduk setempat 1
• Mengurangkan perselisihan faham 1
• Mewujudkan perpaduan komuniti 1
• Masalah/tugas dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah 1
• Komuniti bersih dan ceria 1
• Keamanan dan keharmonian komuniti terpelihara 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
Maks. 4
J–1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Pendidikan Moral SPM Jawapan
Soalan Butiran Markah
(b)
• Demam kuat yang berlarutan 1
• Sakit kepala 1
• Sakit di bahagian belakang mata 1
• Sakit sendi dan otot 1
• Ruam merah pada kulit 1
• Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi 1
• Sakit perut 1
• Cirit-birit 1
• Muntah 1
• Hilang selera makan 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
Maks. 3
(c) • Menggunakan ubat nyamuk / mosquito repellent
• Menyembur aerosol racun serangga 1
• Memasang penghalau nyamuk 1
• Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi atau senja 1
• Memasang jaring penghalang nyamuk 1
• Tidur dalam kelambu 1
• Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul 1
• Tutup semua bekas menyimpan air 1
• Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas menyimpan air 1
• Membersih dan menukar air dalam bekas setiap minggu 1
• Memastikan piring atas pasu bunga bersih dan tiada takungan 1
• Memeriksa palung air hujan dan longkang supaya tidak bertakung air 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA) 1
3. (a) (i) • Tindakannya melanggari undang-undang Maks 3
• Menyebabkan majikannya mengalami kerugian
• Setelah menerima hukuman, akan insaf dan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya 1
• Pekerja di syarikat tidak akan mencontohi tindakan Soon Lee 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA) 1
1
(ii) • Diberi amaran dan diminta membayar ganti rugi kepada pihak majikan
• Ingin menyelamatkan nyawa anaknya Maks. 2
• Dikenakan hukuman yang berat jika berlaku perkara yang sama lagi
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA) 1
1
(b) • Meminjam wang daripada saudara mara / majikan 1
• Membayar menggunakan kad kredit dulu dan membayar kepada bank secara ansuran
• Membuat kerja sambilan untuk mendapat wang lebih Maks. 2
• Menghantar anak ke hospital kerajaan yang mengenakan bayaran perubatan yang lebih murah
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA) 1
1
(c) Memaafkan Soon Lee 1
• Meminjamkan wang kepada Soon Lee 1
• Mengutip derma daripada pekerja-pekerja lain untuk menolong Soon Lee
• Menawarkan kerja sambilan kepada Soon Lee Maks. 3
• Memerlukan wang untuk mengubati anaknya
• Kesian melihat Soon Lee kehilangan akal untuk mencari wang 1
• Simpati terhadap anaknya yang terpaksa menanggung kesakitan 1
• Tidak mahu kehilangan seorang pekerja 1
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA) 1
1
atau 1
Mendakwa Soon Lee 1
• Tindakannya melanggari undang-undang 1
• Menyebabkan majikan mengalami kerugian
• Tidak mahu pekerja lain mencontohi tindakan Soon Lee Maks. 3
(JAWAPAN LAIN YANG MUNASABAH DITERIMA)
(1 tindakan + 2 penjelasan = 3m) 1
1
1
1
Maks. 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J–2