1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Kedudukan pasukan bola sepak yang ketinggalan satu gol itu semakin kerana masa permainan hampir tamat. A sempit B derita C perit D genting 2. “Kamu harus menghadiri latihan larian ini empat kali seminggu,” kata itu kepada Amirul. A jurujual B jurulatih C jurumudi D juruacara Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Tajam sungguh mata gaji yang digunakan oleh pemotong kayu itu. II Encik Mahat lebih suka gaji orang tempatan berbanding dengan warga asing. III Janganlah kita malas bekerja jika tidak mahu dikatakan menerima gaji buta. IV Meskipun hanya orang gaji di banglo mewah itu, namun Mak Tijah dianggap seperti keluarga sendiri oleh majikannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Tok Mat Adi berasa selesa apabila berbaring di atas tilam yang enak ini. II Mi bandung yang dijual di warung itu sungguh enak rasanya. III Adik menangis kerana badannya berasa tidak enak akibat selesema. IV Ayah memerhatikan tingkah lakuku dengan pandangan yang kurang enak. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Skor 60 Tarikh : 1 Amalan Gaya Hidup Sihat UASA Ujian Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 10 Bahagian A
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Pegawai pertandingan itu menghulurkan sebotol air mineral pada setiap pelari yang tiba di garisan penamat. A kepada tiap pelari B pada tiap-tiap pelari C kepada setiap pelari D pada setiap pelari 6. Stesen minyak yang baru dibina itu terletak di antara balai polis dan sekolah. A antara balai polis dengan sekolah B di antara balai polis dengan sekolah C antara balai polis dan sekolah D di antara balai polis dan sekolah Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Bakat-bakat baru dalam semua bidang sukan haruslah ditengahkan supaya kita mempunyai barisan pelapis pada masa depan. II Hujah-hujah Karmila yang mantap menarik perhatian para juri pertandingan perbahasan itu. III Menjelang senja, hampir kesemua pesawah di Kampung Belut pulang ke rumah masing-masing. IV Pemakanan yang sihat membolehkan kita menjalankan aktiviti harian dengan tubuh yang cergas. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Haninah berasa tersinggung oleh katakata Jalilah terhadapnya. II Wardah mencuci tangannya sehingga bersih sebelum dan selepas makan. III Pak Leman sedang menganyam jala di beranda rumahnya. IV Harga minyak mentah semakin bertambah selaras dengan perkembangan ekonomi dunia. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Sesetengah peniaga terpaksa menutup kedai mereka kerana terkesan akibat pandemik COVID-19. A Kedai peniaga-peniaga COVID-19 terpaksa ditutup kerana terkesan akibat pandemik. B Ahli perniagaan yang dijangkiti wabak COVID-19 terpaksa menghentikan aktiviti mereka. C Pandemik COVID-19 menyebabkan sesetengah peniaga yang terkesan terpaksa menutup kedai mereka. D COVID-19 merupakan akibat daripada pandemik yang menyebabkan sebahagian peniaga menutup kedai mereka. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Kek coklat di atas meja itu tidak terhabis kerana rasanya . A pahit seperti hempedu B hitam seperti arang C masam macam cuka D manis macam gula
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Pemahaman Petikan 5 Baca bahan di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. “Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya.” Entahkan betul entahkan tidak Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun Baharu ini. “Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marahkan kau lagi.” Pintu rumah diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi. Sim Pau lekas-lekas ke hadapan untuk melihat siapa yang datang. Dia membuka pintu. “Lim Meng.” “Mama.” Mereka berpelukan. Rindu yang sangat mendalam terubat. Semasa berpelukan, Lim Meng dapat merasakan ada sebatang tubuh yang lemah berdiri di belakang mereka. “Lim Meng.” Sayu Lim Pooi memanggil nama anaknya. Lim Meng yang melihat sahaja Lim Pooi terus mahu beredar. Dia tahu bahawa papanya tidak suka akannya. Papanya boleh berbuat apa-apa sahaja. Kali ini tentu diparang kepalanya jika dia menjejakkan kakinya di rumah itu. “Tunggu, Lim Meng.” Lim Meng berhenti melangkah. Dia memalingkan mukanya ke belakang. “Maafkan papa.” Lim Meng tidak tega lagi menyimpan dendam. Dendam itu suatu penyeksaan. Namun, apabila memikirkan tindakan yang pernah dibuat oleh papanya dia merasakan bahawa papanya ialah orang yang paling kejam di dunia ini. “Betul, Lim Meng. Maafkan papa kamu.” Sim Pau cuba masuk campur. Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Perkataan berpelukan dalam petikan membawa maksud A bertatapan. B bertangisan. C berdakapan. D berpandangan. 12. Apakah yang sedang dilakukan oleh Sim Pau ketika pintu rumahnya diketuk? A Berbual-bual dengan Lim Meng B Menjaga Lim Pooi yang sakit C Memasak sup untuk Lim Pooi D Mengharapkan Lim Meng pulang ke rumah 13. Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan cerpen kecuali A kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah. B keinsafan seorang ayah atas kesalahan terhadap anaknya. C keburukan mempercayai ramalan atau tilikan. D hari perayaan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. 14. Mengapakah Lim Meng ingin beredar apabila melihat Lim Pooi? A Lim Pooi hendak memarang kepalanya B Lim Pooi tidak mahu memaling muka kepadanya
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Ujian 1 C Lim Meng sedih apabila melihat keadaan Lim Pooi D Lim Meng sedar bahwa Lim Pooi tidak menyukai dirinya 15. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku setelah Lim Pooi memanggil nama Lim Meng? A Sim Pau memujuk Lim Meng supaya memaafkan ayahnya. B Lim Meng melihat ayahnya yang berdiri lemah di belakangnya. C Lim Meng dan Lim Pooi berpelukan untuk melepaskan rindu. D Lim Meng meninggalkan rumah itu dengan segeranya. Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 10 1. Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. GAYA HIDUP SIHAT Pengambilan kolestrol yang berlebihan dapat menyebabkan penyakit jantung. Jalanilah kehidopan yang sihat. (i) (ii) [2 markah] 2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Makanlah makanan yang seimbang demi untuk mendapatkan kesihatan yang baik. (ii) Encik Irfan dan jiran tetangganya akan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah di hujung minggu ini. [2 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). BIL AYAT POLA AYAT (i) Murid lelaki itu mengambil buku di atas meja guru. (ii) Gadis berbaju biru itu comel dan manja. (iii) Cikgu Borhan ke sekolah dengan keretanya. (iv) Amira adik bongsu Haziq dan Haiqal. [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai. (i) (ii) [2 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Ujian 1 Pemahaman Teks 10 5. Baca bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hidup remaja asyik berkawan, Sahabat taulan yang didambakan, Sukar dibeza kawan dan lawan, Haruslah bijak buat pilihan. Manfaatkan usia ketika remaja, Usah dilengah masa yang ada, Timbalah ilmu selagi terdaya, Untuk jaminan hidup berjasa. Dipetik daripada puisi tradisional ‘Syair untuk Si Jantung Hati’, Dewan Siswa, Bil. 9, 2018 Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita semakin menjadi-jadi. Masalah ini akan memberikan impak yang begitu besar bukan sahaja kepada individu dan keluarga remaja tersebut, malahan turut menjejaskan masyarakat dan negara. Oleh itu, remaja haruslah mengukuhkan diri dengan ilmu agama dan nilai-nilai murni. Hal ini demikian kerana pegangan agama dan pengamalan nilai-nilai murni yang kukuh dapat menjadi benteng daripada terpengaruh oleh gejala negatif. BAHAN 1 BAHAN 2 (i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan nasihat yang perlu diikuti oleh golongan remaja. [3 markah] (ii) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 1. [3 markah] (iii) Peningkatan bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial membimbangkan banyak pihak. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sekiranya seseorang remaja terlibat dalam masalah sosial? KBAT Menilai [4 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Novel: KOMSAS 10 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama yang diberikan. Novel Watak utama Pelari Muda Kamarul Destinasi Impian Firdaus Formula Termodinamik Amir Sejambak Bakti Razali [10 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Ujian 1 Bahagian C Pemindahan Maklumat 15 Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan berbasikal kepada masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pada era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kurang mengendahkan kesihatan mereka. Rakyat Malaysia yang terbabit dalam aktiviti senaman atau beriadah lebih kurang 25 peratus sahaja. Bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, berbasikal merupakan aktiviti senaman yang paling mudah dan berkesan untuk melahirkan individu yang sihat. Aktiviti berbasikal dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Secara tegasnya, ketika berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah ke jantung akan membuatkan seseorang itu mendapat oksigen yang cukup dan dapat membantu jantung berdegup dengan lebih baiknya. Dalam pada itu, berbasikal dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Dari perspektif yang lain, aktiviti berbasikal dapat menenangkan fikiran seseorang, ditambah lagi sekiranya mereka berbasikal di tempat yang menghijau seperti di pinggiran bukit, tepi tasik, dan hutan rekreasi. Dalam konteks ini, tekanan fikiran dan perasaan seseorang dapat dikurangkan dan secara tidak langsung, mereka akan melupakan masalah buat sementara waktu. Aktiviti berbasikal juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh. Pembakaran lemak tepu dan tisu kolesterol berlaku melalui aktiviti berbasikal. Dengan cara ini, orang ramai tidak perlu menghabiskan wang untuk menguruskan badan di pusat senaman atau di pusat pelangsingan badan. Sesungguhnya, aktiviti berbasikal bukan sahaja dapat mencergaskan diri dan meningkatkan stamina, malahan menjadi aktiviti riadah bersama-sama keluarga yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, marilah kita menikmati keseronokan aktiviti berbasikal sambil mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak ketika pertama kali mengayuh basikal. [15 markah]
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Buku latihan Bahasa Melayu saya ada Insyirah,” kata Jenny kepada Cikgu Aminah. A di C pada B ke D kepada 2. Darren beg kelabu itu sampai tingkat lima rumah pangsa itu. A memikul C membawa B menggalas D menggantung Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I “Usahlah bermuka-muka dengan sahabat-sahabat kamu kerana sikap itu membawa keburukan,” kata Opah Jun kepada cucunya. II Meng Hock berjaya menulis cerpen itu bermuka-muka panjangnya. III Kembar seiras itu berdiri bermukamuka ketika nama mereka dipanggil oleh guru. IV Wanita itu mengambil keputusan untuk menceritakan hal itu secara bermuka-muka. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Perangai manis anak gadis Wak Jono memikat hati kami. II Meskipun berkulit hitam, wajah Dalilah manis sekali. III Banyak sungguh kenangan manis semasa saya sekeluarga melancong ke Bali. IV Kurangkan gula dalam minuman kerana minuman yang manis tidak elok untuk kesihatan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Saya tidak akan bermaaf-maafan kesalahannya kerana menuduh saya membabi buta. A tidak akan maaf B tidak akan maafi Skor 60 Tarikh : 5 UPSA Ujian Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Kerajaan komited untuk taraf ekonomi rakyat terutamanya penduduk luar bandar. A menambahkan C meningkatkan B menyelesaikan D menambahkan 2. Pekebun itu pengsan sebagai akibat ular berbisa. A digigit C dikatuk B dibelit D dipagut Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Beria-ia Chandran menjelaskan perkara yang berlaku tadi kepada gurunya. II Pak Cik Lazim sudah menjelaskan semua hutangnya kepada Tuan Bahari. III Kata-kata Daud tidak begitu menjelaskan pada pendengaran ayahnya. IV “Tidak perlulah kamu berkata apaapa lagi kerana semuanya sudah menjelaskan,” kata Nazirah kepada adiknya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Mak Minah mendukung beg yang berisi kain di atas kepalanya. II Pegawai polis itu mendukung tangan orang tua itu ketika melintas jalan yang sibuk. III Ibu mendukung adik yang sedang menangis sambil memujuk adik. IV Ayah mendukung hasrat abang untuk menjadi jurutera. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Biasanya rasa amarah berlaku bila kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. A dilakukan bila kita B dilakukan apabila kita Skor 60 Tarikh : 10 UASA Ujian Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Amalan Gaya Hidup Sihat Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. D 2. B 3. B 4. D 5. C 6. B 7. D 8. A 9. C 10. D Pemahaman Petikan 11. C 12. C 13. C 14. D 15. A Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. (i) kolestrol – kolesterol (ii) kehidopan – kehidupan 2. (a) demi untuk – demi/untuk (b) di – pada 3. (i) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) (ii) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) (iii) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS) (iv) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) 4. (i) luas macam padang (ii) riuh seperti pasar Pemahaman Petikan 5. (i) Berdasarkan bahan 1, golongan remaja perlu dapat membezakan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik serta menggunakan masa muda untuk menimba ilmu. Berdasarkan bahan 2 pula, remaja perlu mengukuhkan diri dengan ilmu agama dan nilai-nilai murni. (ii) Pengajaran yang terdapat dalam bahan 1 ialah kita hendaklah bijak memilih kawan dan haruslah rajin menuntut ilmu demi masa depan. (iii) Kesan sekiranya remaja terlibat dalam masalah sosial ialah masa depan remaja akan musnah. Selain itu, masyarakat akan memandang serong terhadap remaja tersebut dan keluarganya. Novel: KOMSAS 6. (i) Pelari Muda Watak utama – Kamarul • Kamarul seorang yang sedar akan kesalahannya – contohnya, Kamarul sedar akan kesalahan yang dilakukan terhadap Encik Kadir, Saridah, dan rakan-rakannya • Kamarul seorang yang rajin – contohnya, Kamarul tidak pernah ponteng daripada menjalani latihan pusat pada permulaan cerita (ii) Destinasi Impian Watak utama – Firdaus • Firdaus seorang yang berani menyahut cabaran – contohnya, Firdaus menyahut cabaran datuk untuk berbasikal ke Morib • Firdaus sedar akan kesalahannya berbohong – contohnya, Firdaus mula takut dan sedar akan kesalahannya yang berbohong kepada rakan-rakan setelah sedar daripada pengsan (iii) Formula Termodinamik Watak utama – Amir • Amir seorang yang berani – contohnya, Amir telah menyelamatkan Aswan, Fikri, dan Majibon daripada dihanyutkan oleh arus deras • Amir seorang yang kreatif dan inovatif – contohnya, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik (iv) Sejambak Bakti Watak utama – Razali • Razali seorang yang pemaaf – contohnya, Razali memaafkan Munir atas segala kesalahan Munir terhadapnya • Razali seorang yang bertanggungjawab – contohnya, Razali mencuba untuk menaik taraf koperasi sekolah supaya lebih maju Bahagian C Pemindahan Maklumat Antara kebaikan yang diperoleh masyarakat melalui aktiviti berbasikal adalah dapat mengurangkan risiko penyakit kronik dan serangan jantung. Jantung dapat berdegup dengan lebih baiknya. Di samping itu, aktiviti menunggang basikal juga dapat menenangkan fikiran seseorang. Tambahan lagi, aktiviti berbasikal mampu mengurangkan tekanan emosi dan fikiran yang dihadapi. Dalam pada itu, aktiviti berbasikal dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh Jawapan
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 1 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 sekali gus menyihatkan tubuh seseorang. Selain itu, aktiviti berbasikal dapat mencergaskan diri dan meningkatkan stamina. Akhir sekali, aktiviti berbasikal dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ujian 2 Beringat supaya Selamat Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. B 2. A 3. B 4. C 5. A 6. B 7. B 8. D 9. C 10. B Pemahaman Petikan 11. A 12. D 13. D 14. B 15. C Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. (i) Memereksa – Memeriksa (ii) eletrik – elektrik 2. (i) gemuruh – hingar-bingar (ii) semua bangunan-bangunan – semua bangunan/bangunan-bangunan 3. (i) Ayat penyata (ii) Ayat seruan (iii) Ayat tanya (iv) Ayat perintah 4. (i) besar macam gajah (ii) bijak seperti kancil Pemahaman Petikan 5. (i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi melayan anak murid mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka juga mengambil berat tentang anakanak murid mereka. Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi memberikan perhatian terhadap anak-anak murid mereka. (ii) Dua perwatakan Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi ialah guru yang bertanggungjawab dan penyayang. (iii) Pada pendapat saya, seseorang murid dapat menunjukkan rasa hormat kepada guru-guru dengan menyapa guru secara bersopan, tidak meninggi suara ketika bercakap dengan guru, memberikan ucap selamat setiap kali berjumpa dengan guru, dan menolong guru apabila perlu. Novel: KOMSAS 6. (i) Pelari Muda • kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi – contohnya, Kamarul berlatih dengan bersungguh-sungguh setelah dia pulih daripada kecederaan • kesabaran menghadapi kerenah manusia – contohnya, Encik Kadir sabar apabila Kamarul membalingkan pingat kepadanya • kasih sayang ibu terhadap anaknya – contohnya, Mak Jah menjaga Kamarul di hospital setelah Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya (ii) Destinasi Impian • pertelingkahan antara abang dengan adik – contohnya, Firdaus dan Azlina asyik bertengkar semasa dalam perjalanan ke Morib • keinginan untuk mengubah sikap orang lain ke arah kebaikan – contohnya, Johari menasihati Firdaus kerana dia tidak membantu Azlina yang terjatuh dari basikal • keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan – contohnya, Johari mengeluh apabila melihat kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda (iii) Formula Termodinamik • kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya – contohnya, Puan Intan sayang akan anaknya, iaitu Amir dan bimbang apabila anaknya itu tidak menghubunginya sejak keluar dari pagi • sikap saling menasihati untuk kebaikan bersama – contohnya, Amir menasihati rakan-rakannya agar tidak mengumpat kerana perbuatan itu sama seperti memakan daging saudara sendiri • keinsafan atas kesalahan yang telah dilakukan – contohnya, Aswan insaf atas kesalahannya mencuri Formula Termodinamik dan menceroboh storan data Syarikat Bahagia – Aswan meminta maaf daripada Amir (iv) Sejambak Bakti • semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu – contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi yang lain bekerjasama untuk menaik taraf koperasi sekolah