The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-12-17 20:40:34

Mantai

MOHAMMAD KHAIDIR MOHAMAD NOOR





Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as PELANGI PICTURES SDN. BHD.)









3 Prelims Mantai.indd 1 6/24/13 4:24 PM

Mantai
oleh Mohammad Khaidir Mohamad Noor

Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru 2013
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
e-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
e-mel: [email protected]




© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2013
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd.
terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Mohammad Khaidir Mohammad Noor, 1984-
Mantai / Mohammad Khaidir Mohamad Noor.
ISBN 978-967-5671-56-2
1. Malay fiction. I. Judul
899.2333

Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Rosmerah 1/3, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.








3 Prelims Mantai.indd 2 6/24/13 4:24 PM

Pondok-pondok






Matahari yang mulai condong ke barat,
masih memancar terik. Kepulan awan
yang berarak perlahan-lahan, beransur-
ansur menutupi matahari. Sedikit sebanyak

mengurangkan terik bebola api itu.

Mustakim, Azizul, Nordin, dan Ayuni yang
sedang berjalan pulang dari sekolah tengah

hari itu, seolah-olah dilindungi daripada
bahang matahari. Mereka kawan akrab

dan rakan sekelas dalam darjah 5 Jujur di
Sekolah Kebangsaan Pasoh. Mereka tinggal
berjiran. Rumah Ayuni dan Nordin terletak di
sebelah rumah Mustakim sementara rumah

Azizul pula terletak bertentangan dengan
rumah Mustakim. Kampung Pasoh. Itulah
nama kampung halaman mereka.




1




3 Mantai.indd 1 5/13/13 4:57 PM

MOHAMMAD KHAIDIR MOHAMAD NOOR

Kampung Pasoh terletak di daerah Jempol,

Negeri Sembilan. Jauh dari bandar besar.
Jalannya berbatu kerikil pula. Kalau hendak

ke bandar, terpaksa menumpang orang yang
ada kereta. Tambangnya sepuluh ringgit.
Sungguh besar nilai ini bagi orang kampung
yang kebanyakannya bekerja sebagai

pekebun. Kadang-kadang orang-orang yang
hendak keluar ke bandar berpakat-pakat
berkongsi kereta. Macam sardin dalam tin

jadinya. Tetapi itu perkara biasa bagi orang
kampung. Mahu tidak mahu, terpaksa
ditempuhi juga.


Di kampung inilah Mustakim dan kawan-
kawan karibnya dilahirkan dan dibesarkan.
Laman rumah yang luas menjadi padang

permainan mereka saban hari. Hujan atau
panas, bukan halangan. Dunia kanak-kanak
mereka penuh dengan warna-warni.


“Kalau dapat minum cendol, kan best?”
cadang Ayuni.

“Yalah,” Mustakim mengiyakan.



2




3 Mantai.indd 2 5/13/13 4:57 PM

Mantai

Cendol Pak Manap memang sedap. Pak

Manap pakar dalam membuat cendol. Rasa
lemak manis cendolnya bukan sekadar

menghilangkan dahaga, malah boleh
menyebabkan ketagih . Harganya pun
1
murah. Cuma lima puluh sen semangkuk.
Memang berbaloi!


Pangkin di gerai cendol Pak Manap
sudah penuh diduduki. Pak Manap dan
Mak Senah tidak menang tangan melayan
2
pelanggan di gerai kecil mereka itu. Ada
yang mahu cendol lebih, ada yang mahu

ais kurang, ada yang mahu cendol mereka
ditambah dengan jagung dan pulut. Semua
permintaan dipenuhi Pak Manap dengan
cepat. Maklumlah, orang lama. Banyak

pengalaman.

“Petang ni kita nak main apa?” tanya
Azizul.




1 Rasa ingin benar akan sesuatu.
2 Simpulan bahasa ‘tidak menang tangan’ bermaksud
keadaan yang terlalu sibuk.


3




3 Mantai.indd 3 5/13/13 4:57 PM

3 Mantai.indd 4 5/13/13 4:57 PM

3 Mantai.indd 5 5/13/13 4:57 PM

MOHAMMAD KHAIDIR MOHAMAD NOOR

“Main pondok-pondok nak?” cadang

Ayuni.

“Budak perempuan bolehlah main
pondok-pondok. Budak lelaki mana sesuai

main pondok-pondok,” Nordin meningkah.

“Alah… temankanlah saya main pondok-
pondok,” pujuk Ayuni.


“Tak naklah! Kita dah besar. Malu main
pondok-pondok,” tambah Azizul.


“Tak nak, sudah! Petang nanti saya
ajak Nina dengan Siti main pondok-pondok
dengan saya,” kata Ayu dengan nada

merajuk.

“Janganlah merajuk, Ayu. Yalah, nanti
saya temankan awak main pondok-pondok,

ya,” pujuk Mustakim.

“Betul?”


“Betul! Nanti Jijoi boleh jadi anak gemuk
kita,” kata Mustakim lagi sambil tersenyum
memandang Azizul.



6




3 Mantai.indd 6 5/13/13 4:57 PM

Mantai

Dia, Ayuni, dan Nordin ketawa melihat

muka Azizul yang merah padam menahan
malu. Tubuh Azizul yang gemuk sering

dijadikan bahan gurauan oleh kawan-
kawannya. Azizul bagaimanapun, tidak
ambil hati.


Selesai minum cendol di gerai Pak Manap,
mereka berjalan pulang bersama-sama.

vvv

Jam menunjukkan waktu asar hampir ke

penghujung. Suasana sudah redup.

Mustakim masih duduk di anjung rumah.
Kakaknya sedang memandikan adiknya

dengan air telaga di dalam bilik mandi.
Telaga yang sejuk dan jernih airnya itu

digali oleh bapa Mustakim untuk kegunaan
mereka sekeluarga.

Bapa Mustakim sudah meninggal

dunia sejak Mustakim masih kecil. Ketika
itu Mustakim baru berusia tiga tahun.
Menurut kakak dan abangnya, bapa mereka



7




3 Mantai.indd 7 5/13/13 4:57 PM

MOHAMMAD KHAIDIR MOHAMAD NOOR

meninggal dunia akibat sakit jantung.

Seluruh keluarga dirundung kesedihan
ketika itu kerana hilang tempat bergantung.

Mustakim yang masih kecil, belum mengerti
akan kejadian yang berlaku.

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga

digalas pula oleh Salim, abang sulung
Mustakim. Umur Salim ketika itu baru tiga
belas tahun. Masih remaja.


Salim terpaksa berhenti sekolah.
Walaupun guru-guru di sekolah
menasihatinya supaya terus belajar, tetapi
Salim tidak ada pilihan lain. Adik-beradik

yang lain masih kecil. Keluarga mereka pula
susah.

Bermacam-macam usaha dilakukan

oleh Salim untuk menyara keluarganya.
Mengambil upah menebang pokok, menoreh

getah, menggembala lembu dan kambing
orang kampung, membersihkan kebun,
semua dilakukan demi keluarga.





8




3 Mantai.indd 8 5/13/13 4:57 PM

Mantai

Sejak kematian suami, Hasnah, ibu

mereka, mengalami kemurungan sehingga
dirawat di Hospital Kuala Pilah selama

sebulan. Keadaan kesihatan Hasnah
diburukkan lagi oleh penyakit darah
tinggi dan lelahnya. Ketika Mustakim
berusia sembilan tahun, penyakit Hasnah

bertambah teruk. Hasnah terlantar di rumah
sahaja. Tidak mampu melakukan sebarang
pekerjaan. Menjelang Aidilfitri dua tahun

lalu, Hasnah menghembuskan nafas yang
terakhir. Sejak itu, Mustakim dan adik-
beradiknya menjadi anak yatim piatu.


Mustakim tidak seperti kanak-kanak lain
di Kampung Pasoh. Sejak lahir, Mustakim
tidak mempunyai telinga kiri. Dia mendengar

menggunakan telinga kanan sahaja.
Orang kampung mengatakan bahawa
Mustakim terkena kenan . Ketika Hasnah
3

3 Tanda atau kecacatan pada kulit atau anggota tubuh
sejak lahir. Menyamai sesuatu benda atau haiwan,
menurut kepercayaan orang-orang tua, kenan
merupakan akibat daripada tindakan menganiaya
haiwan.


9




3 Mantai.indd 9 5/13/13 4:57 PM


Click to View FlipBook Version