The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-04-20 04:57:36

Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4

Format: 190mm X 260mm Binding Saddle Stitch 3imp_CRC
Praktis Tingkatan FC064011 Praktis Asas Kecemerlangan!
Praktis

Praktis Asas Kecemerlangan!
Bahasa 4

Praktis

Melayu Praktis
SPM





JUDUL-JUDUL TINGKATAN Praktis Hebat! SPM merupakan siri praktis topikal
DALAM SIRI INI 4 5 berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran
SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan Praktis HEBAT! SPM KSSM
Bahasa Melayu
peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai
English konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri
Mathematics/Matematik mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan
SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan
Additional Mathematics/
Matematik Tambahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat
menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap
Science/Sains turut disediakan untuk semua soalan.
Physics/Fizik
FORMAT PEPERIKSAAN
Chemistry/Kimia SPM MULAI 2021 BAHASA MELAYU (1103)
Biology/Biologi PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2 KERTAS 3 KERTAS 4
Sejarah
Pendidikan Islam
Tingkatan
Ekonomi
Perniagaan Bahasa Melayu
Prinsip Perakaunan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021 4
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini Bahasa
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2021 Melayu
SPM





KSSM Praktis Intensif Mengikut Topik
TINGKATAN 4

Latihan Berorientasikan SPM

Penerapan KBAT
Joey Tan
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65 Travis Shuit Jawapan Lengkap
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. FC064011
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] ISBN: 978-967-2965-32-9 Kaithiri Arumugam
Pertanyaan: [email protected]
Pentaksiran Terkini SPM 2021
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Berdasarkan Format
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan.
Sila layari www.ePelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).



CVR_PraktisHebat_2021_BM_Tg4&5.indd 1-2 4/5/21 9:03 AM

KANDUNGAN










PRAKTIS Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan
1 Rangsangan 1 – 5







PRAKTIS
2 Karangan Esei 6 – 21







PRAKTIS
3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 22 – 44







PRAKTIS
4 Pemahaman 45 – 68






PRAKTIS
5 Rumusan 69 – 76







Penilaian Akhir Tahun 77 – 88




Jawapan J1 – J24

















00 Praktis Hebat BM Tg4_Content.indd 1 4/1/21 8:59 AM

SPM
SPM
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Praktis
3 SISTEM DAN APLIKASI BAHASA







A Morfologi


Panduan Menjawab Soalan Morfologi

1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fahami kehendak soalan.
2. Anda tidak dibenarkan untuk mengambil ayat dalam petikan ataupun keseluruhan kertas soalan, sebaliknya
anda perlu membina ayat sendiri.
3. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan soalan. Oleh itu, murid hendaklah membaca arahan soalan
dengan teliti.
4. Jumlah markah tidak tetap bagi setiap pecahan soalan dan bergantung pada arahan soalan.
5. Skema pemarkahan ialah analitik.



MARKAH
8
LATIHAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Cemperai ialah pokok renek bersaiz kecil yang berketinggian lebih kurang empat meter dan tumbuh
di kawasan yang beriklim tropika, termasuklah Malaysia. Cemperai mempunyai daun yang berbentuk
bujur dan bersaiz lebih kurang 20 cm panjang dan mempunyai buah bersaiz lebih kurang antara 5 mm
hingga 10 mm dan mempunyai lebih daripada lima biji dalam satu tangkainya. Warna buah cemperai
berubah-ubah, iaitu hijau ketika muda, kuning ketika separuh masak dan merah apabila cukup matang
atau cukup masak.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ekstrak Pucuk Cemperai Rawat Air’
oleh Awang Eh Rak, Dewan Kosmik, Bil. 9, 2017


















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 22 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

















MARKAH
6
LATIHAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki untuk
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pasukan kami sering melalui liku-liku yang belum tahu penghujungnya. Ada kalanya, kami cukup
berbangga akan pasukan yang mencipta kejayaan dalam perjuangan mereka, malah lebih daripada itu.
Kami bersorak-sorai untuk meraikan mereka yang berjuang demi nusa. Tercipta dalam lipatan sejarah,
kami berjaya menggegar ego kuasa besar dalam dunia permainan sfera bersegi lima ini. Rembatan
demi rembatan merobek angkuh manusia itu. Suatu ketika, tanpa disangka-sangka oleh mantan penjajah
yang mencengkam negara kami, anak watan kami berhasil memusnahkan benteng mereka dengan satu
rembatan dari jauh. Kami bangga!

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sfera Bersegi Lima, Sebutir Maruah’
oleh Fathul Khair Mohd. Dahlan, Dewan Siswa, Bil. 4, 2012



































23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 23 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
8
LATIHAN 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Pembentukan Perlembagaan Persekutuan telah melalui satu proses sejarah yang panjang. Hal
ini teradun melalui unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan penjajah
Inggeris. Inggeris yang pernah memerintah lebih daripada satu abad di Tanah Melayu telah banyak
meninggalkan kesan terhadap Tanah Melayu, antaranya termasuklah perlembagaan. Beberapa unsur
pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserapkan ke dalam perlembagaan seperti jentera
kerajaan, parlimen, dan kewarganegaraan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu Salah Satu Unsur Tradisi
dalam Perlembagaan Persekutuan’ oleh Ja’afar Haji Hamdan,
Dewan Bahasa, Bil. 5, 2016


















































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 24 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki untuk
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Bahasa tidak mampu dinilai berdasarkan penetapan harga, kurang tepat untuk mengandaikan
gandingan faktor bahasa dan mata wang, mahupun pemasaran komponen bahasa sebagai komoditi. Hal
ini dikatakan demikian kerana, komoditi dan perkhidmatan lazimnya dinilai berdasarkan mata wang,
namun kata-kata atau ayat tidak dalam apa-apa jua keadaan pun mengalami transaksi yang sedemikian
rupa. Aspek-aspek lain seperti latar budaya dan adat resam masyarakat penutur mempengaruhi pemasaran
komponen bahasa. Dalam konteks urusan jual beli, komunikasi dan pemahaman merupakan elemen
utama bagi melancarkan proses urus niaga.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membahasakan Nilai Ekonomi’
oleh Mohidin Haji Malek, Dewan Bahasa, Bil. 5, 2016


















































25 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 25 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung gabungan. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Kedinamikan dan kerelevanan falsafah yang terungkap dalam peribahasa Melayu merentas
zaman dan peradaban. Keunikan yang terserlah dan terpancar melalui peribahasa jelas menggambarkan
kekreatifan dan ketajaman pemikiran serta daya fikir kritis masyarakat Melayu tradisional. Keakraban dan

keintiman masyarakat dengan alam semula jadi telah menginspirasikan bait kata yang indah, tersusun, dan
puitis. Pemikiran yang terkandung dalam kumpulan peribahasa seperti pepatah, bidalan, perumpamaan,
perbilangan, kata hikmat, atau simpulan bahasa melambangkan pemikiran orang yang bijaksana.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Serangga dalam Peribahasa Melayu’
oleh Mohamad Zuber Ismail, Pelita Bahasa, Bil. 5, 2014





















MARKAH
6
LATIHAN 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata bilangan. Kemudian, anda dikehendaki untuk
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Bebo, dan MySpace, kini begitu meluas
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua orang memiliki sekurang-
kurangnya satu akaun laman web sosial. Laman web sosial membenarkan pengguna untuk berhubung
dan berinteraksi antara satu sama lain menerusi beratus-ratus aplikasi yang disediakan sama ada e-mel,
perbualan video atau suara dalam talian, dan perkongsian fail. Pengguna bebas memasukkan apa-apa
sahaja maklumat ke dalam laman sosial mereka tanpa menyedari akan risiko yang boleh menimpa seperti
pencerobohan kerahsiaan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kerahsiaan di Internet’
oleh Maslin Masrom, Dewan Siswa, Bil. 10, 2012




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 26 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa








































B Sintaksis


Panduan Menjawab Soalan Sintaksis

1. Sintaksis merupakan bidang yang berkaitan dengan frasa dan ayat.
2. Anda perlu membaca dan memahami soalan yang diberikan sebelum menjawab.
3. Antara skop soalan sintaksis termasuklah:
(i) menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang
(ii) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
(iii) menukarkan ayat cakap ajuk kepada cakap pindah
(iv) membina ayat tanya
(v) menentukan subjek dan predikat dalam ayat
(vi) menentukan pola ayat
(vii) menentukan jenis ayat
4. Jumlah soalan dan pemarkahan tidak tetap dan bergantung pada arahan soalan.
5. Skema pemarkahan ialah analitik.












27 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 27 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada ayat cakap pindah
tanpa mengubah maksud asalnya.


“Novel remaja,” nada Maya merendah. Dia membelek-belek buku tersebut. Kemudian, dia membaca
blurb pada kulit belakang buku.
“Apakah pandangan kau?” Aku pula bertanya. Kelihatannya dia seperti berminat dengan buku yang
kulitnya berwarna oren kemerah-merahan itu.
“Novel remaja ada judul cinta? Cerita cintakah ini?” Maya teruja. Soalannya daripada sepatah

meleret kepada lebih spesifik.
“Cinta itu bukankah luas maknanya? Mana boleh nilai cerita dengan hanya membaca judul sahaja?”,
aku teruja membalas katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Yang Terjalin’ oleh Hasni Jamali,
Pelita Bahasa, Bil. 10, 2018























MARKAH
6
LATIHAN 2
Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.


Usaha untuk membentuk pemikiran yang sihat seharusnya dipupuk dan diterapkan kepada remaja
sejak seawal usia kanak-kanak lagi. Proses pembentukan pemikiran yang baik pada awal usia kanak-
kanak dikatakan lebih berkesan kerana mudah untuk dilentur dan diasuh. Di Jepun, misalnya, kanak-
kanak dididik dari awal untuk mematuhi segala peraturan yang ada di negara tersebut dan menghormati
adat budaya tempatan. Kanak-kanak di Jepun diasuh dengan penuh berdisiplin untuk mengenal erti sabar,
budi pekerti dan hormat-menghormati.
Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Ayuh, Kita Terapkan Daya Pemikiran Positif Bersama-sama!’
oleh Muhammad Lutfi Zahid, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 28 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
























MARKAH
6
LATIHAN 3
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut:
Subjek :

Predikat :


Saya percaya bahawa ibu bapa terpaksa melalui terlalu banyak ujian dan cabaran sepanjang
membesarkan anak autisme. Ibu bapa tetap sabar dan kalis akan pandangan orang luar terhadap anak
mereka. Kasih sayang terhadap anak autisme ini tidak pernah dibezakan berbanding dengan anak yang
lain. Anak autisme ini memerlukan perhatian, kasih sayang lebih dan pemahaman yang lebih daripada ibu
bapa sendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Autisme Bukannya Kekurangan, Tetapi Keistimewaan’
oleh Syazanna Hadenan, Dewan Siswa, Bil. 4, 2018




























29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 29 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 4
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti pola ayat dasar sama FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN+FSN
bagi empat ayat yang anda pilih.


Tatkala matahari terbit di ufuk timur, waktu itulah kami berlima tiba di Lapangan Terbang Sultan
Iskandar Muda, Aceh. Kami disambut mesra oleh senyuman pemuda penuh budi pekerti, Fauzan. Dia
pemandu kami ketika di Banda Aceh. Kami dengan penuh teruja langsung menuju ke Benteng Jepang
Anoi Itam dengan membonceng skuter. Kami asyik dibuai keindahan persekitaran kawasan sejarah
tersebut sehingga tidak sedar bahawa siang hampir melabuhkan tirai.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengembaraan Cendekiawan di Aceh’
oleh Ku Siti Aminah Ku Mat, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017























MARKAH
6
LATIHAN 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.



Kegiatan merokok dan “vape” semakin meningkat dalam kalangan remaja di negara ini. Kegilaan
remaja terhadap aktiviti menghisap rokok dan “vape” amat ketara termasuklah dalam kalangan remaja.
Tabiat ini perlu dihentikan untuk melahirkan golongan belia yang tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak
berfaedah serta dapat menjejaskan kesihatan. Tabiat merokok juga sering dikaitkan dengan gejala sosial
seperti pergaulan bebas, melepak, dan ponteng sekolah. Aktiviti merokok mendedahkan remaja terhadap
masalah penagihan dadah.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Hentikan Kegiatan Merokok dan “Vape”’
oleh Safwah Batrisyia Azhar, Dewan Siswa, Bil. 12, 2017




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 30 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa






























C Penyuntingan

Panduan Menjawab Soalan Penyuntingan

1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Kemudian, baca setiap ayat dalam petikan dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan bahasa sama ada
dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Kemudian,
garisi kesalahan tersebut.
3. Selain itu, kenal pasti kesalahan tatabahasa sama ada dari aspek frasa atau struktur ayat dan garisi kesalahan
tersebut.
4. Tulis kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan.
MARKAH
11
LATIHAN 1
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1




Pada peringkat nasional, ajenda pembangunan yang melibatkan belia perlu didokong oleh tenaga
sukarelawan khususnya, tenaga sukarelawan yang melibatkan remaja Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana, usaha atau pembangunan aktiviti yang melibatkan belia biasanya diperlukan sejumlah
besar tenaga sukarelawan bagi menjayakan dasar dan aktiviti yang di rancang. Dalam hal ini, tenaga
sukarelawan belia diperlukan untuk menggerakkan aktiviti belia yang mempunyai bilangan yang cukup
banyak yang melibatkan berbagai peringkat di segenap pelusuk tanah air.





31 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 31 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa






























Petikan 2




Pache terus menggoyang-goyangkan ekornya yang berkepanjangan hampir tiga suku kaki. Sesekali
dia mengusik hujung ekor Azam yang beristirehat selepas kenyang menikmati keropok keping goreng.
“Maaf tuan! Buat sementara ini, kita biarkan saja dua ekor itu bersukaria dulu. Kalau tidak, susah
saya hendak memulakan sessi perkongsian pengalaman kita sepanjang malam ini. Saya harap tuan
memahaminya. Ini mungkin pengetahuan tuan yang pertama,” kata Azam sambil duduk dengan dua kaki
hadapannya tegak serta dua kaki belakangnya berlipat.


































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 32






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 32 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
11
LATIHAN 2
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1



Tidak kira anda menulis karya kreatif mahu pun yang bukan kreatif, sebagai penulis anda perlu
berhati-hati dengan apa yang anda tulis. Anda sudah pun mendapat segala bahan yang diperlukan selepas
gigih melakukan penyelidikan. Kini, tugas anda ialah untuk mengadunkan ratus-rempah bahan itu supaya
menjadi karya yang enak dibaca. Sebahagian penulis terpaksa bergelut dengan maklumat yang bertimbun-
timbun dan teknik yang sesuai supaya tulisan itu bukan sahaja tidak membosankan tetapi juga jelas dan
terkesan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bergelut dan Berkelahi dengan Kata’,
oleh Jeneri Amir, Dewan Bahasa, Mei 2016
























Petikan 2



Gout merupakan penyakit radang sendi dari kumpulan artritis. Gout boleh berlaku disebabkan oleh
pengumpulan urik asid yang berlebihan di dalam tubuh dan menyebabkan pembentukan kristal keras
pada sendi. Penyakit gout lebih berisiko pada kaum lelaki, terutamanya yang berumur 35 tahun ke atas,
mempunyai sejarah keluarga yang menghidap obisiti, mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat dan
stress. Serangan gout boleh berkurang menerusi pengambilan ubat yang doktor sarankan serta mengawal
pengambilan pemakanan yang dapat menyebabkan penyakit gout.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemakanan Sihat Pesakit Gout’,
Dewan Kosmik, September 2017




33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 33 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa





















MARKAH
13
LATIHAN 3
Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.


Kemahiran digital di zaman ini memainkan peranan penting kepada tiap individu terutamanya remaja.
Kemahiran seperti menulis blog memboleh remaja meningkatkan keupayaan diri untuk berkomunikasi
dan berintraksi dengan dunia luar. Sehingga tahun 2004 sahaja, jumlah pengguna blog meningkat
daripada 100 ribu orang ke empat juta orang dalam masa berapa tahun sahaja.
Bagi remaja, perkembangan Internet, dunia sosial media, dan blog mengubah hidup mereka sejak
dari kecil lagi. Inovasi iPad dan iPhone misalnya, memudahkan remaja mengemas kini blog di mana
sahaja mereka berada. Bagi remaja yang mempunyai minat dan kecenderungan menulis, blog digunakan
untuk melatihkan diri dan menajamkan kemahiran menulis pada usia muda. Intensif ini dapat dilakukan
tanpa kehadiran para-para guru. Kini pembelajaran tidak lagi bergantung pada konsep bahasa.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Blog Remaja Mendepani Era Masa Kini’,
Dewan Siswa, Februari 2013




























© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 34 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa










MARKAH
13
LATIHAN 4
Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.



Pertandingan Prototaip Formula 1 (F1) mula mendapat perhatian ramai, terutamanya para-para peminat
lumba F1, sejak di lancarkan di United Kingdom. Namun demikian, masih ada segelintir individu bahawa
masih tidak mengetahui perwujudan dan perkembangan pertandingan Prototaip F1. Peserta pertandingan
terdiri dari satu kumpulan yang melibatkan tiga orang hingga enam orang pelajar. Pertandingan ini
melibatkan perlumbaan kereta prototaip F1 dalam litar lumba mini dan diseliakan sepenuhnya dengan
menggunakan perisian computer. Kelajuan kereta prototaip dalam pertandingan Prototaip F1 ini dapat
mencapai kelajuan 60 sejam kilometer.
Pertandingan Prototaip F1 merupakan perlumbaan yang melibatkan kereta jenis prototaip, iaitu
lumba kereta yang sebenar. Lebih hebat lagi, pertandingan ini dikhaskan untuk pelajar dan remaja di
peringkat sekolah. Litar lumba prototaip F1 bukan seperti litar kereta permainan biasa kerana para peserta
akan diuji berdasarkan kelasakkan kereta prototaip dengan elemen cabaran seperti asap dan angin.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pertandingan Prototaip F1’,
Dewan Siswa, Mac 2012)



































35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 35 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
11
LATIHAN 5
Dalam bahan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala bahan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap bahan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan.

Bahan 1


Majlis Perbandaran Muar
Johor Darul Takzim


Kenyataan Tender
Tender adalah di pelawa kepada kontraktor bumi putera yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran
Kontrak (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia yang masih sah tempuhnya
dibenarkan untuk menyertai tender ini.

No. Tender Tajuk kerja
Bil. 89/2020 Tender pemasangan sistem paip air dalaman dan
sistem sanitari dalaman

2. Naskah Meja tawaran boleh disemak di Unit Perolehan dan Pengurusan Kontrak di waktu pejabat
bermula 15 Oktober 2020. Dokumen tawaran akan dijual dengan bayaran sebanyak RM190.00.

Yang dipertua,
Majlis Perbandaran Muar, Muar




































© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 36 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahan 2



WUJUDKANLAH BUDAYA KERJA CEMERLANG
PARTNERS.COM

Menganjurkan sebuah program latihan kepimpinan.
Anjakan pradigma merupakan program latihan kepimpinan inisiatif yang akan membawa perubahan
positif seumur hidup anda! Anda akan berupaya untuk meningkatkan produktiviti serta kecemerlangan di
tahap yang mengkagumkan sebagai individu atau organisasi.
Tarikh : 8 Disember 2020
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Merlin New Hotel, Kuala Lumpur
Yuran : RM 350 bagi setiap peserta

Layarilah laman web kami di www.Partners.com
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Roslan melalui nombor 07-6577897 atau e-mel kepada:
[email protected]

























D Bahasa Melayu Standard


Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu Standard
1. Anda dikehendaki untuk menukarkan bahan petikan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard.
2. Kata atau perkataan yang digunakan mestilah daripada bahasa Melayu standard.
3. Anda tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan.
4. Anda tidak boleh menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau menukarkan petikan tersebut kepada
karangan biasa.
5. Bahan dalam bahagian ini diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
6. Skema pemarkahan berbentuk holistik.
7. Jumlah markah tidak tetap, malah bergantung pada kehendak soalan dan markah yang diberikan.



37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 37 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 1
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan
perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari
datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada
aku lihat ini?”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia






















MARKAH
6
LATIHAN 2
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita
hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu?
Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala
anak bininya orang Melaka itu dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melayu dan
Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia














© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 38 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa










MARKAH
6
LATIHAN 3
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu
berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh
Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama
dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur.

Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
























MARKAH
6
LATIHAN 4
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam
tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil
Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia




39 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 39 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa



























MARKAH
6
LATIHAN 5
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


“Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit
terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh
bapanya kepada patik.”
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara,
“Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama
Laksamana itu?”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia





























© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 40






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 40 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 6
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik
habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.”
Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam
berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia





















E Peribahasa


Panduan Menjawab Soalan Peribahasa

1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Bagi menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan bahawa anda
mengetahui maksud peribahasa tersebut agar jawapan anda tidak menyeleweng.
3. Bagi soalan lengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang diberikan sebelum
menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan tersebut.
4. Bagi soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahami situasi dalam
petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.

5. Baca buku dan layari laman web untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan maksud setiap peribahasa
tersebut.
6. Soalan peribahasa berdasarkan pelbagai bentuk seperti menyatakan peribahasa dalam petikan, perbualan,
gambar, situasi, ilustrasi, dan sebagainya.

7. Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.
8. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.
9. Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.



41 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 41 4/1/21 9:11 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.


Najwa merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti awam di selatan
tanah air. Dia seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam melakukan segala tugasan kerana dia
akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sikap Najwa ini menyebabkan kawan-kawan dan
pensyarahnya suka akan Najwa. Pada hujung minggu, Najwa bekerja sambilan di sebuah pusat komputer
berdekatan dengan tempat pengajiannya bagi menampung perbelanjaannya di universiti. Najwa juga tidak
boros ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana, kesusahan hidup keluarganya di kampung membuatkan
Najwa sedar bahawa dia harus berbelanja mengikut kemampuan diri. Najwa juga sedar bahawa jika dia
malas berusaha, sudah pasti dia akan mendapat kesusahan.



(i)


(ii)

(iii)



MARKAH
6
LATIHAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.


Datin Leha sentiasa mempunyai cita rasa yang tinggi. Beliau gemar membeli perabot dan perkakasan
rumah yang berkualiti walaupun harganya mahal. Datin Leha berpandangan bahawa barangan yang
berkualiti tahan lama mengikut kesesuaian harga. Namun demikian, suaminya, Datuk Johar tidak suka
akan sikap isterinya dan sering merungut kerana Datin Leha berbelanja tidak mengikut kemampuan
diri. Sungguhpun begitu, Datuk Johar sentiasa menurut sahaja kehendak isterinya walaupun beliau tidak
bersetuju. Datuk Johar hanya mendiamkan diri dan tidak menegur sikap isterinya kerana takut akan
menyebabkan pertengkaran.




(i)


(ii)

(iii)





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 42






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 42 4/1/21 9:12 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
6
LATIHAN 3
Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.


Daris : Hai, termenung jauh nampak! Mengapa?
Afnan : Tengok ni. Radio ni baru saya beli dua hari lepas. Sudah rosak. Menyesal betul saya beli.
Daris : Berapakah harganya, Afnan?
Afnan : Murah saja. Tak sampai RM20.
Daris : Hmm. Itulah. Lain kali belilah barangan yang berkualiti walaupun harganya mahal. Barangan
yang berkualiti boleh tahan lama walaupun harganya mahal.
Afnan : Senang kamu cakap. Tapi saya tidak ada banyak duit.
Daris : Saya faham, Afnan. Sekiranya kita mula kumpul duit lama-kelamaan nanti akan jadi banyak.
Afnan : Yalah. Betul juga cakap kamu. Kalaulah dari dulu saya ada tabiat menabung, tentu sekarang
sudah banyak duit saya.



(i)

(ii)

(iii)


MARKAH
4
LATIHAN 4
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.


Perkahwinan Julia dan Norman yang diadakan baru-baru ini menjadi buah mulut tetamu yang hadir.
Pasangan Julia dan Norman yang secocok bagai pinang dibelah dua menarik perhatian tetamu yang hadir
ke majlis perkahwinan tersebut. Dalam majlis itu, hubungan keakraban kedua-dua keluarga pengantin lelaki
dan perempuan jelas terpancar seperti isi dengan kuku. Tetamu yang hadir turut memuji tuan rumah kerana
memilih pakej katering yang terbaik. Pakej katering tersebut menyajikan makanan yang sedap dan para
pekerjanya melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh bak kata pepatah mati-mati mandi biar basah.



(i)





(ii)





43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 43 4/1/21 9:12 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

MARKAH
4
LATIHAN 5
Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.



Mak Ngah : Apalah hendak jadi dengan kamu, Dolah. Apa-apa yang mak cakap kamu tak mahu dengar.
Sia-sia mak cakap seperti mencurah air ke daun keladi.
Dolah : Alah, mak ni. Asyik beri nasihat sahaja. Bosanlah saya, mak. Keadaan saya pun sekarang
tidak tentu seperti telur di hujung tanduk.
Mak Ngah : Itulah dari dulu mak dah cakap jangan bercampur dengan budak-budak tu. Jangan mencari
pasal dengan Tauke Lim bak kata pepatah sarang tebuan jangan dijolok. Tapi kamu tak
dengar. Sekarang tengok akibatnya.
Dolah : Saya baru menyesal, mak. Apatah daya saya... nasi sudah menjadi bubur.



(i)





(ii)







MARKAH
4
LATIHAN 6
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.


Ravin baru pulang ke tanah air dari luar negara setelah menamatkan pengajian dalam bidang perundangan,
bak kata pepatah sirih pulang ke gagang. Kedua-dua ibu bapa Ravin sangat gembira kerana Ravin belajar
dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menamatkan pengajian, alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan. Bapa Ravi sangat teruja kerana Ravin berjaya menjadi seorang peguam seperti
dirinya, bak kata pepatah ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.



(i)




(ii)






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 44






03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 44 4/1/21 9:12 AM

JAWAPAN






Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian LATIHAN 4
1 Bahan Rangsangan
Format: surat kiriman rasmi
Pendahuluan:
LATIHAN 2
sebagai wakil penduduk saya bertanggungjawab untuk
Pendahuluan: menjaga kawasan perumahan daripada masalah-masalah
menabung merupakan amalan menyimpan wang yang yang timbul – masalah anjing liar – telah melakukan
diperoleh – wang ini disimpan di tempat yang selamat pelbagai langkah awal – langkah-langkah yang dibuat oleh
– menabung dikatakan seperti menyediakan payung pihak penduduk tidak berkesan kerana masalah tersebut
sebelum hujan masih lagi berlaku
Isi-isi relevan:
Isi-isi relevan:
(a) seseorang akan mendapat keuntungan – wang yang (a) keselamatan penduduk di taman perumahan ini
terjejas – kanak-kanak yang keluar bermain atau
disimpan di bank akan dibayar faedah manakala pulang dari sekolah – banyak dalam kalangan ibu
saham akan dibayar dividen – menyimpan wang di bapa terpaksa mengawasi anak-anak mereka dengan
dalam akaun simpanan tetap akan dibayar faedah ketat – mengganggu tumpuan dalam pekerjaan
mengikut kadar dan tempoh simpanan – lebih lama mereka
wang itu disimpan, lebih tinggi kadar faedah yang (b) menyebabkan masalah terhadap persekitaran
akan diperoleh kawasan tempat tinggal – kawasan yang dulunya
(b) mendidik seseorang supaya sentiasa berjimat bersih dan terjaga tidak lagi wujud – anjing-anjing
cermat – akan lebih berhati-hati dalam membuat berkeliaran dan menjadikan kawasan tersebut sebagai
perbelanjaan – dapat mengelakkan pembaziran – habitat mereka – menyelongkar tong-tong sampah
sikap suka menabung akan menjadikan seseorang (c) kesihatan penduduk mula terjejas akibat dari masalah
itu tidak membazir ini – anjing liar tersebut membawa pelbagai wabak
(c) membantu seseorang yang memerlukan wang dalam penyakit terhadap penduduk – mengalami masalah
kesihatan seperti alergi – daripada virus yang dibawa
keadaan kecemasan – tidak dapat menjangka hal oleh anjing liar tersebut
yang akan berlaku kepada diri dan keluarga – boleh Penutup:
menggunakan wang simpanan pada masa itu berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengambil
Penutup: langkah-langkah yang sewajarnya – mengawal masalah ini
setiap masyarakat mesti mengamalkan sikap suka daripada terus berlaku – tindakan segera daripada pihak
menabung – kanak-kanak harus digalakkan supaya tuan amatlah diharapkan
menabung sejak kecil lagi – wang yang disimpan itu
mungkin sedikit tetapi sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit LATIHAN 5
E-mel 1
Isi-isi relevan:
LATIHAN 3
(a) meminta bantuan daripada pihak kerajaan – pihak
Isi-isi relevan: kerajaan boleh mempromosikan barangan kraf tangan
(a) latar belakang diri dan maklumat pekerjaan yang ingin pada mata dunia secara bijak – pihak kerajaan
dipohon bertanggungjawab mengadakan promosi secara
(b) maklumat peribadi – nama, alamat, jantina, nombor besar-besaran – masyarakat tempatan dan asing
telefon, tarikh lahir, dan sebagainya mendapat maklumat dan pengetahuan tentang kraf
(c) latar belakang pendidikan – pendidikan awal, diploma, tangan masyarakat Malaysia
dan ijazah (b) pengusaha kraf tangan perlulah kreatif dan inovatif
(d) pengalaman kerja atau latihan industri – nama – menghasilkan pelbagai kraf tangan yang unik
organisasi – jawatan yang disandang dan moden – pengguna berminat dengan barangan
(e) kekuatan diri – kemahiran berbahasa – kemahiran yang mengikut perkembangan semasa – pengusaha
haruslah mempelbagaikan hasil barangan kraf tangan
kepimpinan – penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
agar lebih menarik perhatian pengguna


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






07 Praktis Hebat BM Tg4_J1-J24.indd 1 4/1/21 9:46 AM

Bahasa Melayu Ting. 4 Jawapan
(c) menyediakan kad diskaun – memberikan potongan Penutup:
harga istimewa setiap kali membeli barangan kraf sektor pelancongan penting kepada negara – pihak
tangan – memberikan hadiah istimewa bagi setiap kerajaan dan semua rakyat perlulah memainkan
mata yang terkumpul – mengubah suai kedai – peranan masing-masing dalam memperkasakan sektor
menggantung iklan pelancongan di negara kita kerana bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi – memaparkan imej yang
E-mel 2 terbaik bagi negara kita pada mata pelancong-pelancong
Isi-isi relevan: yang berkunjung ke negara kita
(a) cadangan – menggesa semua urusan rasmi dan surat-
menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan
dalam bahasa ibunda – mewajibkan semua kakitangan 2 Karangan Esei
jabatan kerajaan menghadiri kursus bahasa Melayu
– berupaya untuk meningkatkan tahap penguasaan A Domain Awam
bahasa Melayu
(b) peranan media massa juga tidak harus diperkecil LATIHAN 4
– media massa seperti rangkaian televisyen hanya
menayangkan rancangan dalam bahasa Melayu Pendahuluan:
sepenuhnya – menyiarkan iklan-iklan dalam bahasa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi – nilai
Melayu ekonomi bahasa Melayu dalam sektor swasta masih
(c) kesan meminggirkan bahasa Melayu – akan wujud kurang memuaskan – sektor swasta harus memainkan
bahasa rojak – bahasa Melayu akan hilang keaslian peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu
– bahasa Melayu tidak dapat berdiri gah pada mata Isi-isi relevan:
dunia – lama-kelamaan akan pupus (a) sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah sangat
penting – banyak bank di negara ini menaja rancangan
untuk program bahasa Melayu di luar negara – Exxon-
LATIHAN 6
Mobil menaja rancangan pertandingan cerpen remaja,
Pendahuluan: sajak, dan penulisan kreatif – membolehkan bahasa
sektor pelancongan merupakan sektor terpenting dalam Melayu berkembang
memajukan sesebuah negara – memerlukan usaha semua (b) sektor swasta lebih prihatin dalam soal penggunaan
pihak dan rakyat – usaha kerajaan bagi meningkatkan bahasa Melayu – paparan iklan dalam bahasa Melayu
pembangunan negara kita – nama-nama produk atau syarikat dalam bahasa
Melayu – tidak memberikan nama asing kepada projek
Isi-isi relevan: perumahan tempatan – mengikis prasangka terhadap
(a) peningkatan ekonomi hasil kemasukan pelancong- kemampuan bahasa Melayu
pelancong dari segenap pelosok dunia – meningkatkan (c) dokumen urus niaga dalam bahasa Melayu – borang,
penukaran mata wang ‘dollar’ kepada ringgit – notis, dan minit mesyuarat dipaparkan dalam bahasa
meningkatkan nilai mata wang ringgit di dunia – para Melayu – mempergiat penterjemahan dokumen
pelancong akan menggunakan wang ringgit untuk kepada bahasa Melayu – dokumen yang disiarkan
membeli kraf tangan dan hadiah-hadiah lain untuk melalui akhbar harus menggunakan bahasa Melayu
dibawa pulang – keuntungan yang diperoleh menjadi (d) memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang
dana kerajaan untuk membaik pulih infrastruktur pendidikan – institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)
awam dan kolej swasta patut menjadikan bahasa Melayu
(b) membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada sebagai bahasa pengantar – patut mewajibkan pelajar
para penduduk – perkhidmatan penginapan hotel dan asing mendapat kelulusan bahasa Melayu sebelum
perdagangan kraf tangan semakin bertambah juga menyambung pengajian – dapat melahirkan siswazah
– meningkatkan taraf hidup masyarakat – masalah yang sebati dengan bahasa Melayu
jenayah akan berkurangan
(c) dapat memperkenalkan budaya masyarakat negara Penutup:
kita pada mata dunia – pelbagai budaya menjadi peranan sektor swasta amat penting – gerakan
daya tarikan kepada pelancong-pelancong luar – memartabatkan bahasa Melayu haruslah dijalankan secara
dapat menikmati pelbagai jenis makanan – dapat sukarela
menyaksikan betapa tingginya toleransi antara kaum
di Malaysia





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2







07 Praktis Hebat BM Tg4_J1-J24.indd 2 4/1/21 9:46 AM

Format: 190mm X 260mm Binding Saddle Stitch 3imp_CRC
Praktis Tingkatan FC064011 Praktis Asas Kecemerlangan!
Praktis

Praktis Asas Kecemerlangan!
Bahasa 4


Praktis

Melayu Praktis
SPM




JUDUL-JUDUL TINGKATAN Praktis Hebat! SPM merupakan siri praktis topikal
DALAM SIRI INI 4 5 berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran
SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan
Bahasa Melayu Praktis HEBAT! SPM KSSM
peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai
English konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri
Mathematics/Matematik mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan
SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan
Additional Mathematics/
Matematik Tambahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat
menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap
Science/Sains turut disediakan untuk semua soalan.
Physics/Fizik
FORMAT PEPERIKSAAN
Chemistry/Kimia SPM MULAI 2021 BAHASA MELAYU (1103)
Biology/Biologi PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2 KERTAS 3 KERTAS 4
Sejarah
Pendidikan Islam
Ekonomi Tingkatan
Perniagaan Bahasa Melayu
Prinsip Perakaunan


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021 4
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini Bahasa
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

Cetakan Pertama 2021 Melayu
SPM





TINGKATAN 4
KSSM Praktis Intensif Mengikut Topik

Latihan Berorientasikan SPM
Penerapan KBAT
Joey Tan
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65 Travis Shuit Jawapan Lengkap
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. FC064011
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] ISBN: 978-967-2965-32-9 Kaithiri Arumugam
Pertanyaan: [email protected]
Pentaksiran Terkini SPM 2021
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Berdasarkan Format
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan.
Sila layari www.ePelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).


CVR_PraktisHebat_2021_BM_Tg4&5.indd 1-2 4/5/21 9:03 AM


Click to View FlipBook Version