The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-04-17 04:29:57

Get Ready UASA KSSM B. Melayu Kertas 2 Tingkatan 1

Harga - WM: RM7.65 EM: RM7.95

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian A   Karangan Respons Terhad 10 Berdasarkan maklumat yang disediakan, lengkapkan karangan pendek di bawah yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Penjagaan Gigi Tukar berus gigi tiga atau empat bulan sekali Kurangkan minuman sejuk Menggosok gigi Menjalani pemeriksaan gigi Penjagaan kesihatan gigi sangat penting untuk mendapatkan kesihatan gigi yang baik. Kita haruslah Selain itu, Di samping itu, kita hendaklah Akhir sekali, Kesimpulannya, Skor 40 Tarikh : 1 Amalan Gaya Hidup Sihat UASA Ujian


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 Bahagian B   Karangan Respons Terbuka 30 Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.         BERSUKAN ATAU BERSENAM SIHAT DAN CERGAS         MENGEHADKAN PENGGUNAAN GAJET PEMAKANAN SIHAT         MENGAWAL STRES MENDAPAT RAWATAN 1. Anda sedang bermain badminton dengan abang anda di halaman rumah. Keadaan anda yang obesiti menyebabkan anda berasa sesak nafas kerana banyak berlari. Tiba-tiba … Mulakan karangan anda dengan “Tiba-tiba …” 2. Seorang rakan anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau obesiti. Ceritakan tindakan-tindakan yang anda lakukan bersama rakan anda itu untuk membantunya menurunkan berat badannya. 3. Peratusan remaja yang mengalami berat badan berlebihan semakin meningkat di negara kita. Huraikan langkah-langkah mengatasi obesiti dalam kalangan remaja.


3 Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 1 Ujian 6 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kitar Semula Pencemaran alam berkurangan Ekosistem stabil Membuka industri baharu Memelihara sumber alam Plastik, kaca, kertas Menjimatkan perbelanjaan Skor 40 Tarikh : Ujian Pertengahan Sesi Akademik 6 (UPSA) UASA Ujian


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 1 Ujian 12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Sambutan Bulan Kemerdekaan Memupuk semangat cinta akan negara Memperkukuh perpaduan Menghargai jasa tokoh dan pahlawan Memastikan kemajuan dan kesejahteraan negara Dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh Mengibarkan Jalur Gemilang [10 markah] Skor 40 Tarikh : Ujian Akhir Sesi Akademik 12 (UASA) UASA Ujian


Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 1 Jawapan J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Amalan Gaya Hidup Sihat Bahagian A Karangan Respons Terhad Penjagaan kesihatan gigi sangat penting untuk mendapatkan kesihatan gigi yang baik. Kita haruslah memastikan gigi digosok setiap hari supaya mulut bersih dan tidak berbau busuk. Kita digalakkan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Selain itu, kita hendaklah mengurangkan minuman sejuk yang terlampau. Minuman sejuk terlampau dapat menyebabkan gigi sensitif. Di samping itu, kita hendaklah menukar berus gigi selepas tiga atau empat bulan digunakan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria melekat pada berus gigi tersebut. Akhir sekali, kita haruslah berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan dan rawatan yang perlu. Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan gigi dengan baiknya agar gigi kita kekal sepanjang hayat. Bahagian B Karangan Respons Terbuka 1. Tiba-tiba aku terhuyung-hayang. Abang sempat memapahku sebelum aku rebah di atas rumput. Abang berasa panik kerana aku tercungapcungap seperti sukar untuk bernafas. Ayah, adik, dan ibu mula berkerumun untuk mengetahui keadaanku. Sebenarnya, aku memang jarang bersukan pada masa lapang. Aku kerap memenuhi masa terluangku dengan bermain permainan komputer. Pada masa sama, aku sering makan makanan ringan sambil bermain permainan tersebut. Hal inilah yang menyebabkan aku mengalami obesiti. Tubuhku yang berat menyebabkan aku mudah letih dan mengalami sesak nafas ketika bermain tadi. Abang dan ayah memapahku masuk ke dalam rumah. Adik segera menghidupkan suis pendingin hawa supaya udara dapat beredar dengan baiknya. Keadaan mula nyaman dan selesa. Aku juga mula dapat bernafas dengan baiknya. Ibu mengambil minyak angin dan mengurut-urut dadaku. Abang ke dapur, kemudian dia muncul semula dengan segelas air masak di tangannya. Setelah keadaanku lebih tenang, aku minum air tersebut perlahan-lahan. Abang meminta maaf kerana mengajakku bermain badminton tadi. Dia tidak menyangka keadaan akan menjadi sedemikian. Aku memintanya agar tidak risau akan perkara itu. Aku sebenarnya sedar bahawa keadaanku yang obesiti pastilah menyukarkanku untuk melakukan aktiviti yang memerlukan aku bergerak aktif seperti bersukan dan lain-lain. Hal ini tentulah bukan perkara yang baik untukku pada masa ini dan masa akan datang. Peristiwa tadi menyedarkanku bahawa aku perlu keluar daripada masalah obesiti yang kualami. Untuk itu, aku haruslah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya, seperti mengamalkan pemakanan sihat, bersukan dengan lebih kerapnya, dan melakukan pemeriksaan kesihatan. Tambahan lagi, aku haruslah mengehadkan penggunaan gajet komunikasi supaya aku tidak duduk terlalu lama di hadapan telefon pintar atau komputer untuk bermain permainan elektronik. Sebaliknya, aku haruslah lebih banyak bergerak supaya dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak di dalam badanku. “Terima kasih, bang kerana engkau telah menyedarkanku,” bisikku kepada abangku. Kami saling memandang dan tersenyum. Kami tahu bahawa aku perlu bertindak hari ini juga. 2. Hazim ialah sahabat karib merangkap jiran di sebelah rumah saya. Badannya gemuk dan besar berbanding dengan saya yang sebaya dengannya dan rakan-rakan kami. Dia sering kelihatan termengah-mengah apabila kami berjalan ke taman permainan berdekatan dengan rumah kami. Kerap kali juga budak-budak nakal mengejeknya “gemuk”, “badak”, dan lain-lain ketika kami berada di taman permainan itu. Hal ini menyebabkan Hazim malu dan marah. Jawapan


Click to View FlipBook Version