The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2025-03-05 20:12:18

Siri Novel Harry Potter - Harry Potter Dengan Azimat Maut

WM & EM: RM48.90

dalam Azimat Maut


1 Dark Lord Kembali Berkuasa Bab Satu Dua orang lelaki itu muncul entah dari mana, dengan jarak antara mereka hanya beberapa ela, di lorong sempit yang hanya diterangi cahaya bulan. Mereka berdiri tercegat seketika, dengan tongkat sakti saling diacukan ke dada satu sama lain dan kemudian, setelah saling mengenali, masing-masing menyimpan tongkat sakti ke dalam jubah dan mula berjalan pantas ke arah yang sama. “Ada berita?” tanya lelaki yang lebih tinggi. “Paling baik,” jawab Severus Snape. Lorong itu disempadani di sebelah kiri oleh tumbuhan beri berduri dan di sebelah kanan oleh pokok renek yang telah dicantas kemas. Jubah panjang kedua-dua lelaki itu berkibaran di pergelangan kaki ketika mereka melangkah. “Aku ingat aku lewat,” kata Yaxley. Wajah bersahajanya tenggelam timbul di balik dahan-dahan pokok yang berjuntai yang melindungi cahaya bulan. “Kerja itu lebih rumit daripada yang aku sangkakan. Tapi aku harap dia akan puas hati. Kau nampak yakin yang kedatangan kau akan disambut baik?” Snape mengangguk, namun tidak menjawab. Mereka membelok ke kanan, ke lorong masuk yang mengarah dari laluan tadi. Pokok renek yang tinggi turut melengkung, menganjur terus melepasi sepasang pintu pagar besi tempaan yang menghadang laluan kedua-dua lelaki itu. Tidak seorang pun daripada mereka berhenti melangkah. Dalam senyap mereka mengangkat tangan kiri seakan-akan memberi tabik hormat, lantas berjalan terus meredah pagar besi tadi seolaholah logam hitam itu sekadar kepulan asap. Pokok renek yew meredam bunyi tapak kaki mereka.


Harry Potter 2 Kedengaran kersikan di kanan mereka dan Yaxley pantas mengacukan lagi tongkat saktinya, menghalakan tongkat itu ke atas kepala temannya, bagaimanapun mendapati bunyi itu sekadar bunyi seekor merak putih yang sedang berjalan mendada dengan gahnya sepanjang pagar renek itu. “Lucius selalu menunjukkan dirinya hebat. Macam merak…” Yaxley menyimpan semula tongkat saktinya ke dalam jubah sambil mendengus. Sebuah rumah besar yang tersergam indah, muncul dalam kegelapan di hujung lorong masuk yang lurus itu, dengan cahaya berkilauan keluar dari tingkap-tingkap berbentuk wajik di tingkat bawah. Di suatu tempat di dalam taman yang gelap di balik pagar renek itu, kedengaran bunyi pancuran air. Batu kerikil bergemertak di bawah tapak kaki ketika Snape dan Yaxley bergegas ke pintu depan yang terus terkuak ke dalam sebaik sahaja mereka tiba meskipun tiada sesiapa kelihatan membukanya. Ruang depan rumah itu sangat besar, diterangi cahaya yang samar-samar, namun dihias mewah dengan hamparan permaidani yang menakjubkan yang menutupi hampir seluruh lantai batunya. Mata potret-potret berwajah lesu di dinding menyoroti langkah Snape dan Yaxley yang meredah ruangan itu dengan pantas. Kedua-duanya berhenti di hadapan sebuah pintu kayu tebal yang menghala ke bilik bersebelahan, teragakagak sejenak, sebelum Snape memutar tombol tembaganya. Bilik tamu itu dipenuhi orang-orang yang diam senyap, yang duduk di sebuah meja berkerawang yang panjang. Perabot biasa ruangan itu telah ditolak lintang-pukang ke dinding. Cahaya datang hanya daripada api yang marak di bawah para-para pendiangan marmar yang tersergam indah, yang di atasnya tergantung cermin bersepuh air emas. Snape dan Yaxley berhenti seketika di muka pintu. Sebaik sahaja mata mereka kian sebati dengan suasana ruang yang samar-samar, pandangan mereka terarah ke atas, ke suatu pemandangan paling luar biasa di situ: lembaga seseorang yang kelihatan kaku tidak sedarkan diri, tergantung kepala ke bawah di atas


Dark Lord Kembali Berkuasa 3 meja, berpusing perlahan-lahan seolah-olah terkatung-katung dari tali yang tidak kelihatan, memantulkan bayang-bayang pada cermin serta permukaan meja yang bergilap dan kosong di bawah. Tidak seorang pun daripada orang-orang yang duduk di bawah pemandangan luar biasa ini yang memandangnya, kecuali seorang anak muda berwajah lesu yang duduk hampir tepat di bawah. Anak muda itu kelihatan tidak dapat menahan diri daripada mengerling ke atas setiap seminit dua. “Yaxley, Snape,” sapa suatu suara bernada tinggi dan lantang dari kepala meja. “Kamu berdua hampir saja lewat.” Suara itu datang dari orang yang duduk betul-betul di depan pendiangan sehinggakan sukar pada mulanya bagi orang-orang yang baru tiba tadi melihat selain susuk tubuhnya. Bagaimanapun, ketika mereka mendekat, wajah lelaki itu terserlah dalam kesuraman cahaya; tidak berambut, seperti ular, dengan lubang hidung bercelah, dan mata merah menyala dengan anak mata menegak. Dia kelihatan begitu pucat sehingga seolah-olah memancarkan cahaya keputihan. “Severus, ke mari,” ujar Voldemort sambil menunjukkan tempat duduk betul-betul di sebelah kanannya. “Yaxley… sebelah Dolohov.” Kedua-dua lelaki itu mengambil tempat duduk yang ditetapkan. Kebanyakan mata di sekeliling meja mengekori Snape kerana dialah yang pertama ditegur oleh Voldemort. “Macam mana?” “Yang Mulia, Kumpulan Phoenix merancang untuk memindahkan Harry Potter dari tempat perlindungannya buat masa ini pada hari Sabtu akan datang, menjelang tengah malam.” Perhatian orang-orang yang duduk di sekeliling meja itu begitu jelas. Ada yang menahan nafas, ada yang keresahan, dan semuanya merenung Snape dan Voldemort. “Hari Sabtu… menjelang tengah malam,” ulang Voldemort. Mata merahnya merenung tajam ke arah mata hitam Snape sehingga sebahagian yang melihat mereka mengalihkan pandangan, mungkin takut kalau-kalau mereka pula yang


Harry Potter 4 menjadi mangsa renungan tajam yang bengis itu. Snape bagaimanapun kelihatan membalas renungan Voldemort dengan tenang dan selepas sesaat dua, mulut Voldemort yang tidak berbibir itu melengkung seolah-olah tersenyum. “Bagus. Cukup bagus. Dan maklumat ini datang dari…” “Dari sumber yang telah kita bincangkan,” jawab Snape. “Yang Mulia.” Yaxley sekarang membongkokkan badan ke depan untuk memandang Voldemort dan Snape di hujung meja. Semua wajah menoleh ke arahnya. “Yang Mulia, maklumat yang saya dengar lain pula.” Yaxley menunggu namun Voldemort tidak bersuara, lantas dia meneruskan, “Dawlish, si Auror, terlepas cakap yang Potter tak akan dipindahkan sehingga tiga puluh hari bulan, malam sebelum usia budak itu genap tujuh belas tahun.” Snape tersenyum. “Sumber saya memberitahu saya bahawa ada rancangan lain untuk mengabui perjalanan. Mungkin inilah dia. Memanglah Dawlish telah dikenakan Sihir Membingungkan, tapi ini bukan pertama kali dia didapati mudah diperdaya.” “Saya yakin, Yang Mulia, yang kali ini Dawlish benar-benar pasti,” balas Yaxley. “Kalau dia telah Dibingungkan, memanglah dia pasti,” tegas Snape. “Aku yakin, Yaxley, Pejabat Auror tak terlibat lagi dalam hal keselamatan Harry Potter. Kumpulan Phoenix percaya yang kita telah berjaya mempengaruhi Kementerian.” “Kalau begitu, sangkaan mereka kali ini benar, bukan?” seorang lelaki dempak yang duduk tidak jauh dari Yaxley, mencelah. Dia ketawa berdekit, yang bergema sepanjang meja. Voldemort tidak tersenyum. Renungannya melilau ke atas, ke arah tubuh yang berpusing perlahan-lahan tadi, seolah-olah tenggelam dalam fikirannya. “Yang Mulia,” tambah Yaxley lagi, “Dawlish percaya yang sekumpulan besar Auror akan digunakan untuk memindahkan budak itu…” Voldemort mengangkat sebelah tangannya yang besar dan


Dark Lord Kembali Berkuasa 5 putih, membuat Yaxley serta-merta terdiam dan memandang geram ketika Voldemort memandang Snape semula. “Di mana mereka akan sembunyikan budak itu kali ini?” “Di rumah salah seorang ahli Kumpulan Phoenix,” jawab Snape. “Tempat itu, mengikut sumber, telah diberi perlindungan sepenuhnya oleh Kumpulan Phoenix dan pihak Kementerian. Saya rasa peluang kita agak nipis untuk menangkap budak itu sebaik saja dia berada di sana, Yang Mulia, kecuali Kementerian dapat ditumbangkan sebelum Sabtu depan, yang mana memberi kita peluang untuk mengetahui dan melenyapkan sihir secukupnya untuk melepasi yang lainnya.” “Bagaimana, Yaxley?” panggil Voldemort lantang dari hujung meja. Cahaya api berkilauan aneh di dalam mata merahnya. “Bolehkah Kementerian ditumbangkan menjelang Sabtu depan?” Sekali lagi, semua kepala berpaling. Yaxley menegakkan bahunya. “Yang Mulia, saya ada khabar gembira tentang perkara itu. Saya telah berjaya… dengan susah payah dan usaha bersungguh-sungguh… mengenakan Sihir Imperius ke atas Pius Thicknesse.” Kebanyakan Death Eater yang duduk berhampiran Yaxley kelihatan kagum. Dolohov, Death Eater bermuka lonjong dan berkerepot yang duduk di sebelah lelaki itu, menepuk-nepuk belakangnya. “Ini satu permulaan,” ujar Voldemort. “Tapi Thicknesse cuma seorang. Scrimgeour mesti dikelilingi oleh orang-orang kita sebelum aku bertindak. Satu cubaan membunuh Menteri Sihir yang gagal akan membantutkan cita-cita aku untuk jangka masa yang lama.” “Ya… Yang Mulia, memang benar… tapi Yang Mulia tentu tahu, sebagai Ketua Jabatan Penguatkuasaan UndangUndang Sihir, Thicknesse kerap berhubungan bukan saja dengan Menteri, malah dengan ketua-ketua jabatan yang lain di Kementerian. Dengan ini, saya rasa tentu lebih mudah sebab kita telah dapat menguasai seorang pegawai berpangkat tinggi,


Harry Potter 6 yang seterusnya akan mempengaruhi yang lain. Mereka akan bergabung untuk menjatuhkan Scrimgeour.” “Selagi persekongkolan kawan kita si Thicknesse itu tidak terbongkar sebelum dia berjaya mempengaruhi yang lain,” Voldemort mengingatkan. “Apa-apa pun, besar kemungkinan Kementerian tidak akan jatuh dalam genggamanku sebelum Sabtu depan. Kalau kita tidak dapat menangkap budak itu di tempat tujuannya, maka kita perlu menangkapnya semasa dia dipindahkan.” “Kita ada kelebihan di situ, Yang Mulia,” ujar Yaxley yang kelihatan bertekad untuk mendapat sedikit pengiktirafan. “Kita sekarang telah menempatkan beberapa orang yang diseludup masuk ke Jabatan Pengangkutan Ajaib. Kalau Potter Muncul Tiba-Tiba atau menggunakan Rangkaian Floo, kita akan cepat tahu.” “Dia tak akan Muncul Tiba-Tiba atau gunakan Rangkaian Floo,” Snape mencelah. “Kumpulan Phoenix mengelak daripada menggunakan sebarang bentuk pengangkutan yang dikawal atau diuruskan oleh Kementerian. Mereka tak percaya lagi dengan semua yang ada kena-mengena dengan Kementerian.” “Lagi bagus!” balas Voldemort. “Tentu dia terpaksa bergerak secara terbuka. Mudahlah kita menangkapnya.” Sekali lagi Voldemort memandang tubuh yang sedang berpusing perlahan di atas ketika berkata lagi. “Aku sendiri yang akan uruskan budak itu. Sudah terlalu banyak kesilapan berlaku apabila melibatkan Harry Potter. Sesetengahnya kesilapanku sendiri. Budak Potter itu masih hidup bukan kerana dia menang, tetapi lebih kepada kesilapanku sendiri.” Semua yang duduk di sekeliling meja itu memandang Voldemort penuh bimbang. Masing-masing, daripada air muka mereka, khuatir yang mereka akan dipersalahkan disebabkan Harry Potter masih hidup. Bagaimanapun, Voldemort seolaholah sedang bercakap sendiri, bukan dengan mereka. Matanya masih tertumpu kepada jasad yang tidak sedarkan diri di atasnya. “Aku terlalu cuai dan terhalang oleh nasib baik dan peluang


Dark Lord Kembali Berkuasa 7 gara-gara semua perosak itu, tetapi perancangan yang terbaik. Tapi sekarang aku lebih tahu. Aku sudah faham hal-hal yang aku tidak faham sebelum ini. Akulah orangnya yang mesti membunuh Harry Potter, dan itu yang akan aku lakukan.” Seolah-olah menyahut kata-kata itu, suatu suara raungan, rintihan sengsara dan penuh kesakitan yang amat dahsyat, tibatiba kedengaran. Kebanyakan yang duduk di meja itu tunduk terkejut kerana bunyi itu seakan-akan muncul dari bawah kaki mereka. “Wormtail,” panggil Voldemort perlahan dengan nada bertimbang rasa yang biasa, dan tanpa mengalihkan mata daripada tubuh yang masih berpusing di atas kepalanya, menambah, “Bukankah aku dah ingatkan kamu supaya pastikan tahanan kita kekal diam?” “Ya, Ya… Yang Mulia,” jawab seorang lelaki kecil yang duduk di tengah-tengah meja dengan suara tertahan-tahan. Dia duduk terlalu rendah di kerusinya sehingga sekali pandang, kerusi itu seperti kosong. Lelaki itu terkial-kial bangun lantas bergegas keluar dari ruangan itu, meninggalkan hanya renungan tajam penuh kemarahan. “Seperti yang telah aku katakan tadi…,” sambung Voldemort yang memandang lagi wajah-wajah pengikutnya yang tegang, “… aku lebih faham sekarang. Aku perlu, misalnya, meminjam tongkat sakti salah seorang daripada kamu sebelum aku pergi membunuh Potter.” Wajah-wajah di sekelilingnya kelihatan amat terkejut. Dia seperti mengumumkan bahawa dia hendak meminjam satu daripada tangan-tangan mereka. “Tidak ada yang sukarela?” tanya Voldemort. “Baiklah… Lucius, aku lihat tak ada sebab untuk kamu memiliki tongkat sakti lagi.” Lucius Malfoy mengangkat kepala. Kulitnya kelihatan kekuningan dan pucat lesi dalam cahaya api, dengan mata yang kelihatan cengkung dan berbayang hitam di bawahnya. Ketika menjawab, suaranya kedengaran serak. “Yang Mulia?”


Harry Potter 8 “Tongkat sakti kamu, Lucius. Aku mahukan tongkat sakti kamu.” “Saya…” Lucius Malfoy menjeling isterinya di sampingnya. Dengan wajah sepucat suaminya dan rambut perang panjangnya terurai ke belakang, perempuan itu merenung tegak ke hadapan tetapi di bawah meja, jari-jemari runcingnya menggenggam pergelangan tangan suaminya seketika. Sebaik sahaja merasakan sentuhan isterinya, Malfoy menyeluk kocek jubahnya, mengeluarkan tongkat saktinya, dan menghulurkan tongkat itu kepada Voldemort, yang kemudian memegang tongkat itu di depan mata merahnya lantas diperiksa dengan teliti. “Tongkat apa ni?” “Kayu elm, Yang Mulia,” bisik Lucius Malfoy. “Terasnya?” “Naga… hati sanubari naga.” “Bagus,” balas Voldemort. Dia mengeluarkan tongkat saktinya lantas membandingkan ukuran kedua-duanya. Lucius Malfoy spontan berganjak. Buat seketika, dia menyangka dia akan menerima tongkat sakti Voldemort sebagai ganti. Terpandang pergerakannya, Voldemort membeliakkan mata dengan pandangan jahat. “Kamu ingat aku akan berikan tongkat sakti aku kepada kamu, Lucius? Tongkat sakti aku?” Beberapa orang yang hadir di situ, ketawa tertahan-tahan. “Aku dah bebaskan kamu, Lucius, tidakkah itu memadai? Tapi aku lihat kamu dan keluarga kamu nampaknya tak begitu senang dengan… adakah kehadiran aku di rumah kamu ini tidak menyenangkan hati kamu, Lucius?” “Tak… tidak, Yang Mulia!” “Kamu bohong, Lucius…” Suara lembut itu seolah-olah terus berdesis walaupun mulut yang kejam itu tidak lagi bergerak. Seorang dua ahli sihir di situ hampir tidak dapat menahan diri daripada terketar ketika suara mendesis tadi kian kuat apabila sesuatu yang berat kedengaran menyusur di atas lantai di bawah meja.


Dark Lord Kembali Berkuasa 9 Seekor ular besar muncul dan perlahan-lahan memanjat kerusi Voldemort. Ular itu terus memanjat naik, seolah-olah tanpa henti, dan melingkar di bahu Voldemort. Leher ular itu sebesar paha manusia dengan matanya yang beranak mata menegak, tidak berkelip. Voldemort mengusap selamba ular itu dengan jari-jemarinya yang panjang dan kurus. Matanya masih merenung Lucius Malfoy. “Kenapa keluarga Malfoy seperti tak begitu senang dengan kaumnya? Adakah kepulanganku, kembalinya aku berkuasa, bukan sesuatu yang begitu diharapkan untuk sekian lama?” “Sudah tentu, Yang Mulia,” ujar Lucius Malfoy. Tangannya terketar ketika dia menyapu peluh di bibir atasnya. “Kami menginginkannya… memang menginginkannya.” Di kirinya, isterinya turut mengangguk kaku dan menggelabah, memandang Voldemort dan si ular silih berganti. Di kanannya, anaknya, Draco yang asyik memandang tubuh kaku di atas kepala, menjeling pantas ke arah Voldemort sebelum pantas juga mengalihkan pandangan, takut bertentang mata. “Yang Mulia,” seorang perempuan berkulit gelap di tengah meja mencelah. Suaranya dikekang emosi. “Kami amat berbangga menerima kehadiran tuan di sini, di rumah keluarga kami ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan kami.” Dia duduk di sebelah adiknya, dan selain tidak seperti adiknya dari segi rupa kerana dia berambut hitam dan berbulu mata tebal, perilaku dan pewatakannya juga berbeza kerana ketika Narcissa duduk terpaku tanpa menunjukkan sebarang emosi, Bellatrix pula membongkok ke arah Voldemort, seolaholah kata-kata sahaja tidak lagi dapat menggambarkan perasaannya yang ingin mendekat. “Tiada yang lebih menggembirakan,” ulang Voldemort dengan kepala dimiringkan sedikit ke sebelah ketika mengamati Bellatrix. “Kata-kata dari kamu itu amat bermakna, Bellatrix.” Wajah perempuan itu cerah bercahaya sementara matanya bergenang dengan air mata kegembiraan. “Yang Mulia tahu yang saya sentiasa berkata benar!”


Harry Potter 10 “Tiada yang lebih menggembirakan… meskipun selepas peristiwa gembira yang aku dengar berlaku dalam keluarga kamu minggu ini?” Bellatrix melopong ketika merenung Voldemort, jelas bingung. “Saya tak faham maksud Yang Mulia.” “Maksud aku, anak saudara kamu, Bellatrix. Dan kamu juga, Lucius dan Narcissa. Dia baru saja berkahwin dengan serigala jadian, Remus Lupin. Kamu semua tentu rasa bangga.” Tiba-tiba kedengaran ledakan ketawa mengejek dari sekeliling meja. Kebanyakan membongkok ke depan untuk saling bertukar pandangan seronok. Ada yang menumbuk meja. Si ular besar yang tidak suka dengan gangguan itu, membuka mulutnya lebar-lebar sambil berdesis marah, tetapi tidak didengar oleh Death Eater yang terlalu gembira melihat Bellatrix dan keluarga Malfoy dimalukan. Muka Bellatrix yang baru sebentar tadi berseri-seri kegembiraan, bertukar merah berbelak-belak dan hodoh. “Dia bukan anak saudara kami, Yang Mulia,” bantah perempuan itu lantang dalam deraian gelak ketawa. “Kami… Narcissa dan saya… tak pernah melawat kakak kami sejak dia berkahwin dengan Darah Lumpur. Si bangsat itu tak ada kena-mengena dengan kami lagi. Begitu juga lelaki celaka yang dikahwininya.” “Apa pula kata kamu, Draco?” tanya Voldemort dan meskipun perlahan, namun jelas kedengaran dalam sorakan dan ejekan. “Adakah kamu akan asuh anak-anak mereka?” Keriuhan semakin memuncak. Draco Malfoy memandang takut ke wajah ayahnya yang terus tunduk merenung riba, kemudian ke mata ibunya. Ibunya menggelengkan kepala hampir tidak ketara, kemudian kembali merenung selamba ke dinding kosong yang bertentangan. “Cukup,” arah Voldemort sambil mengusap si ular yang sedang marah. “Cukup.” Deraian ketawa serta-merta lenyap. “Kebanyakan keturunan tertua kita semakin lama semakin


Dark Lord Kembali Berkuasa 11 tercemar,” katanya ketika Bellatrix merenungnya dengan nafas tersekat dan pandangan merayu. “Kamu mesti membersihkan keturunan kamu supaya sentiasa sihat, bukan begitu? Cantas kaum keluarga yang boleh mengancam kesihatan keturunan kamu.” “Baik, Yang Mulia,” bisik Bellatrix. Matanya kembali bergenang dengan air mata penghargaan. “Pada peluang pertama!” “Kamu akan berpeluang…” balas Voldemort. “Dalam keluarga kamu, begitu juga dalam dunia… kita akan hapuskan semua pengaruh buruk yang merosakkan kita sampai cuma darah tulen saja yang tinggal…” Voldemort mengangkat tongkat sakti Lucius Malfoy, mengacukannya ke arah jasad yang tergantung dan berpusing perlahan di atas meja tadi, sebelum menguis sedikit tongkat itu. Jasad itu kembali bernyawa, mengerang dan mula merontaronta untuk melepaskan diri daripada ikatan yang tidak kelihatan. “Kamu kenal tetamu kita, Severus?” tanya Voldemort. Snape mengangkat mata ke wajah yang susuk tubuh yang tergantung kepala ke bawah itu. Kini semua Death Eater mendongak memandang tawanan itu, seolah-olah mereka telah diberi izin untuk menunjukkan rasa ingin tahu. Ketika jasad itu berpusing sehingga wajahnya menghadap cahaya api, suara seorang perempuan merayu, serak dan ketakutan, “Severus! Tolong saya!” “Ah, ya,” jawab Snape ketika tawanan itu berpusing perlahan sekali lagi beralih pandangan. “Dan kamu, Draco?” tanya Voldemort yang mengusap muncung ularnya dengan tangan yang tidak memegang tongkat. Draco tersentak mengangguk. Sekarang, setelah perempuan itu sedar, Draco tidak sanggup lagi memandangnya. “Tapi tak mungkin kamu mengikuti kelasnya,” ujar Voldemort lagi. “Bagi semua yang belum tahu, malam ini kita bersama-sama Charity Burbage yang sebelum ini mengajar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts.”


Harry Potter 12 Kedengaran suara-suara berbisik faham di sekeliling meja. Seorang perempuan berbadan besar dan bengkok, dan bergigi tajam, ketawa mengekeh. “Ya… Profesor Burbage mengajar anak-anak ahli sihir semua tentang Muggle… ajar mereka bagaimana Muggle tak banyak bezanya dengan kita…” Salah seorang Death Eater meludah ke lantai. Charity Burbage berpusing lagi menghadap Snape. “Severus… tolonglah… tolonglah…” “Diam,” ujar Voldemort yang menguis lagi tongkat sakti Lucius Malfoy, membuat Charity terdiam seperti disumbat mulut. “Tak cukup dengan perbuatan merosakkan dan mencemari fikiran anak-anak ahli sihir, minggu lepas Profesor Burbage telah menulis bahan menyentuh hati, mempertahankan Darah Lumpur dalam Daily Prophet dengan penuh perasaan. Katanya, ahli sihir mesti menerima golongan pencuri ilmu sihir mereka ini. Darah tulen semakin pupus, kata Profesor Burbage, suatu keadaan yang elok… dia mahu kita semua berkahwin dengan Muggle… atau, tak syak lagi, serigala jadian…” Kali ini tidak seorang pun ketawa. Jelas sekali suara Voldemort bernada marah dan penuh kebencian. Buat kali ketiga, Charity Burbage berpusing menghadap Snape. Air matanya bercucuran ke rambutnya. Snape membalas renungan Charity Burbage tanpa sebarang emosi ketika perempuan itu berpusing perlahan-lahan kembali berpaling arah. “Avada Kedavra.” Pancaran cahaya hijau menerangi setiap sudut bilik itu. Charity jatuh terhempas ke atas meja di bawah sehingga meja itu bergegar dan berkeriut. Beberapa Death Eater terlompat ke belakang di kerusi mereka. Draco pula jatuh terduduk ke lantai. “Makan malam, Nagini,” ujar Voldemort lembut lantas si ular menjalar dan menggeluncur turun dari bahu Voldemort ke atas permukaan meja kayu yang berkilat itu.


Ketika Harry duduk di tempat duduk samping motosikal Hagrid, dibawa ke angkasa, dan meninggalkan Privet Drive buat kali terakhir, dia tahu bahawa Lord Voldemort dan Death Eaternya tidak jauh di belakang. Mantera pelindung yang melindunginya selama ini telah terlerai, dan dia tidak dapat terus bersembunyi. Dark Lord mengancam semua yang disayanginya dan untuk menghalangnya, Harry mesti mencari dan memusnahkan baki Horcrux Raja Kuasa Jahat itu. Pertempuran terakhir mesti bermula – Harry mesti berdiri gagah dan berdepan dengan musuhnya itu. Kulit buku diilustrasikan oleh Jonny Duddle SHPM8107 ISBN 978-967-0025-63-6


Click to View FlipBook Version