2 Bahasa dalam Komunikasi
disiplin serta pencapaian akademik pelajar, menyatakan matlamat
yang harus dicapai, memupuk disiplin dan meningkatkan mutu
akademik, mengenal pasti kaedah dan strategi untuk mencapai
matlamat tersebut, serta menunjukkan cara kaedah dan strategi
dapat diaplikasikan.
(c) Penilaian
Laporan penilaian berfungsi menilai sesuatu dan lazimnya diguna
pakai bagi tujuan penilaian prestasi kerja seseorang pegawai. Apabila
seseorang itu memohon sesuatu pekerjaan baharu, laporan sulit
daripada pihak yang mengenali dirinya adalah diperlukan. Laporan
ini hendaklah dibuat dengan tepat kerana sesuatu keputusan yang
akan dibuat bergantung kepada kandungan laporan tersebut. Jika
penilaian yang dikemukakan dalam laporan tidak tepat, sudah pasti
keputusan yang diambil terhadapnya juga kurang tepat. Jadi, setiap
penilaian yang dilaporkan itu mesti disokong dengan bukti-bukti
yang kukuh. Contohnya, sebagai pegawai sesebuah organisasi,
kemungkinan mereka dikehendaki menyediakan laporan berkaitan
dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing. Oleh itu,
maklumat tentang latar belakang, pencapaian, dan aktiviti seminar
atau bengkel yang telah dihadiri sepanjang tahun akan dinilai dan
perlu dilaporkan berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh
organisasi.
(d) Analisis
Laporan ini bertujuan menganalisis sesuatu sebelum sebarang
keputusan terhadapnya diambil. Laporan berbentuk analisis
memerlukan penelitian secara terperinci terhadap sesuatu perkara.
Dalam proses menganalisis pula, perkara itu perlu diagih-agihkan
kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu supaya fungsi
sesuatu bahagian itu dan kaitannya dengan bahagian lain dapat
dijelaskan. Tegasnya, laporan jenis ini sangat penting untuk
memberikan gambaran tepat tentang persoalan yang dibangkitkan
supaya kaitan secara menyeluruh dapat dinyatakan dengan jelas,
serta memerlukan tinjauan yang objektif dan penganalisisan yang
tersusun. Contohnya, sebuah syarikat ingin memasarkan barangan
sukan untuk golongan remaja ke sebuah negara yang menjadi
kawasan pasaran baharu. Laporan yang menyatakan jumlah remaja
pada masa itu, jangkaan tambahan pada masa hadapan, dan kuasa
beli mereka, serta perbandingan pasaran dengan kumpulan umur
yang lalu juga diperlukan sebelum keputusan untuk memasarkan
barangan sukan ke negara tersebut dilakukan.
76
2 Bahasa dalam Komunikasi
2. Laporan secara khusus
Laporan secara khusus terdiri daripada laporan minit mesyuarat,
laporan tahunan, laporan kajian dan penyelidikan, laporan akhbar
atau berita, dan laporan lawatan.
(a) Laporan minit mesyuarat
Laporan minit mesyuarat ini mengutamakan konsep yang berkaitan
dengan perbincangan atau perbahasan serta proses yang berkaitan
dengannya. Laporan jenis ini juga mempunyai format, gaya dan
laras bahasa, serta frasa-frasa tertentu. Format laporan minit
mesyuarat adalah seperti berikut:
(i) Nama organisasi
(ii) Tajuk
(iii) Tarikh
(iv) Masa
(v) Tempat
(vi) Kehadiran – nyatakan ahli yang hadir dan tidak hadir
bersebab, dan lain-lain
(vii) Perutusan pengerusi
(viii) Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
(ix) Perkara berbangkit – gunakan borang maklum balas
(x) Perbincangan
(xi) Hal-hal lain
(xii) Ucapan penggulungan/penangguhan
(b) Laporan tahunan
Laporan jenis ini mengutamakan konsep waktu dan perkembangan
positif atau negatif melalui peredaran masa. Pihak pengurusan
memerlukan laporan tahunan untuk melihat semula perjalanan
sesuatu organisasi dalam jangka masa setahun. Laporan ini
mempunyai format, gaya, dan laras bahasanya tersendiri yang perlu
diikuti. Format penulisan laporan tahunan adalah seperti berikut:
(i) Tujuan – tuliskan tujuan laporan disediakan
(ii) Latar belakang meliputi fungsi dan peranan organisasi, bidang
tugas dan tanggugjawab, serta aktiviti utama yang dijalankan
(iii) Laporan lengkap aktiviti berdasarkan bidang tugas
(iv) Perancangan program aktiviti awal tahun seperti pelaksanaan
aktiviti sepanjang tahun bagi setiap bahagian atau unit, sasaran
dan pencapaian, masalah dan kekangan, serta implikasi kos
dan sumber
(v) Penilaian pencapaian
(vi) Pengurusan dan pentadbiran
(vii) Sumbangan kepada masyarakat
77
2 Bahasa dalam Komunikasi
(viii) Kesimpulan dan rumusan
(ix) Syor
(c) Laporan kajian atau penyelidikan
Laporan jenis ini menekankan kepada dapatan kajian dan syor
atau cadangan untuk menangani isu/kes yang menjadi tujuan
utama kajian dijalankan. Laporan ini lazimnya dibuat oleh sebuah
jawatankuasa khas yang dilantik oleh organisasi ataupun pakar
untuk mengkaji sesuatu kes atau isu yang timbul. Laporan yang
dibuat kemudiannya akan menjadi panduan kepada organisasi
terlibat merancang strategi pada masa akan datang. Laporan jenis
ini banyak digunakan dalam jurnal penyelidikan, dalam dan luar
negara. Format menulis laporan kajian atau penyelidikan adalah
seperti berikut:
(i) Pengenalan
(ii) Latar belakang kajian
(iii) Objektif kajian
(iv) Soalan kajian
(v) Batasan kajian
(vi) Kaedah kajian, iaitu melibatkan rujukan kajian terdahulu,
instrumen kajian, memilih tempat dan sampel kajian, dan
tempoh menjalankan kajian
(vii) Dapatan kajian dan perbincangan
(viii) Kesimpulan dan rumusan
(ix) Syor/cadangan
(x) Penutup
(d) Laporan berita
Laporan jenis ini tidak mementingkan konsep yang khusus
disebabkan fungsinya hanya menyebarkan berita kepada
masyarakat. Tujuan laporan berita adalah untuk menyebarkan
berita seluas-luasnya, mempunyai ruang terhad, waktu terbatas,
serta mempunyai gaya bahasa tersendiri dan ciri-ciri tertentu.
Format penulisannya adalah seperti berikut:
(i) Tajuk dan pembukaan berita
(ii) Kandungan berita
(iii) Penutup
Gaya penulisan isi berita adalah berdasarkan formula 5W + 1H, iaitu:
(i) What (apa) – apa yang berlaku?
(ii) Where (di mana) – di mana berlaku?
(iii) When (bila) – bila berlaku?
(iv) Who (siapa) – siapa terlibat?
78
2 Bahasa dalam Komunikasi
(v) Why (mengapa) – mengapa berlaku?
(vi) How (bagaimana) – bagaimana berlaku?
(e) Laporan lawatan
Jenis laporan ini banyak digunakan di sekolah-sekolah atau
institusi pendidikan setelah selesai melaksanakan sesuatu program,
contohnya program lawatan sambil belajar ke mana-mana agensi
sebagai satu daripada aktiviti persatuan atau kelab. Laporan lawatan
mempunyai format tertentu yang perlu dipatuhi seperti berikut:
(i) Tajuk laporan
(ii) Tujuan lawatan
(iii) Butiran lawatan, tempat, masa, dan tempoh lawatan
(iv) Jadual aktiviti
(v) Dapatan hasil lawatan
(vi) Ulasan keseluruhan tentang kejayaan atau kegagalan
(vii) Rumusan
(viii) Syor/cadangan/perakuan
(ix) Lampiran jika ada
2.3.3 Format Menulis Laporan yang Betul
Format yang betul penting semasa menyediakan laporan. Ketidakpatuhan
terhadap format boleh menyebabkan laporan yang ditulis sukar dibaca,
lantas mengganggu tujuan laporan ditulis. Nuraini Yusoff et al. (2005)
membahagikan format menulis laporan kepada tiga bahagian utama, iaitu
bahagian pengenalan sebelum laporan sebenar, bahagian laporan sebenar,
dan bahagian sesudah laporan sebenar. Ab. Rahman dan Yap Kim Fatt (1998)
pula menyenaraikan sembilan perkara yang perlu ada semasa menggunakan
format laporan, iaitu:
1. Judul
Judul laporan berbeza dengan judul buku. Hal ini kerana laporan hanya
berfungsi memberikan maklumat, dan ditulis seringkas mungkin.
Bagaimanapun, jika judul yang ditulis tidak dapat memberikan
gambaran yang selengkapnya, maka judul tersebut boleh ditulis
melebihi dua puluh patah perkataan. Bahagian ini mengandungi
nama penulis, organisasi dan rujukan, tajuk atau judul laporan, tarikh
laporan dikeluarkan (bulan dan tahun), nama, dan organisasi yang
menjadi sasaran laporan berkenaan.
2. Ringkasan/abstrak
Ringkasan diperlukan bagi laporan yang mempunyai isi yang panjang.
Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran tentang keseluruhan
79
2 Bahasa dalam Komunikasi
kandungan laporan, ringkasan latar belakang kajian, kerja penyelidikan,
kesimpulan utama, serta cadangan. Terdapat dua bentuk abstrak
berdasarkan jumlah perkataan, iaitu satu perenggan antara 50 hingga
100 patah perkataan dan satu halaman antara 300 hingga 400 patah
perkataan.
3. Senarai kandungan
Bahagian ini diperlukan untuk laporan yang agak panjang. Susunannya
perlu dibuat secara berurutan, merangkumi tajuk dan lampiran yang
mengandungi halaman serta susunan nombor pada setiap perenggan.
Lazimnya, bahagian ini dikenali sebagai kandungan, dan berbeza
dengan indeks. Indeks biasanya diletakkan di bahagian belakang buku,
dan sangat berguna sebagai panduan pembaca. Indeks bagaimanapun
jarang-jarang sekali digunakan dalam penulisan laporan.
4. Pengenalan
Pengenalan mengandungi latar belakang laporan yang terdiri daripada
proses penghasilan laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan,
serta penghargaan kepada sumber rujukan yang memberikan maklumat.
5. Hujah
Hujah perlu disusun secara sistematik pada bahagian bawah tajuk
untuk memudahkan rujukan dan pemahaman. Struktur dan tajuk
yang dipilih bergantung kepada subjek laporan. Contohnya, laporan
penerbitan buku di beberapa buah institusi pengajian tinggi yang
memerlukan maklumat tentang sejarah perkembangan penerbitan
buku, ringkasan operasi semasa, tempat operasi, kakitangan pengurusan,
sidang pengarang, kos, jangka masa hadapan, serta lampiran.
6. Kesimpulan
Cara menulis kesimpulan juga berbeza mengikut tujuan laporan ditulis.
Ada laporan yang bahagian kesimpulannya dipersembahkan dalam
bentuk senarai pendek dan dinomborkan, diikuti dengan syor atau
cadangan. Ini bermakna, dalam penulisan laporan, kesimpulan tidak
semestinya terletak di bahagian akhir. Bahagian ini dianggap paling
penting dalam suatu laporan kerana di sinilah penulis menyatakan
ramalannya tentang perkara yang ditulis itu.
Penulis mungkin menggunakan bukti-bukti yang diperoleh di bahagian
hujahan sebelum membuat sebarang pertimbangan. Kesimpulan
juga melibatkan penulis membuat perbandingan dari pelbagai aspek
kemungkinan, yang kemudian ditulis secara tersusun dan sistematik
dan menjadi sebahagian daripada kandungan laporan berkenaan.
Justeru, kesimpulan yang ditulis perlu berkualiti dan mampu memberi
80
2 Bahasa dalam Komunikasi
keyakinan tinggi kepada pembaca agar pembaca dapat mengikut
perbincangan penulis yang seterusnya.
7. Cadangan
Bahagian ini boleh disediakan dalam bentuk senarai dan bernombor. Jika
laporan yang ditulis terlalu panjang, penulis boleh membahagikannya
kepada beberapa bahagian mengikut tema yang dibahaskan. Setiap
cadangan perlu dihuraikan secara kritis berserta hujah dan alasan yang
mantap dan meyakinkan.
8. Lampiran
Lampiran perlu disertakan sebagai bahan sokongan, terutamanya
jika laporan berkenaan panjang. Penggunaan lampiran membantu
penulis meminimumkan penjelasan, bukti, dan hujah dalam laporan
bertulis tersebut. Hal ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan idea
kerana laporan tersebut tidak perlu ditulis secara panjang lebar, dan
memadai dengan merujuk lampiran yang disertakan. Lampiran juga
perlu mengandungi bukti yang kukuh dan mantap, manakala jumlah
lampiran yang perlu disertakan bergantung kepada keperluan bukti
dan justifikasi laporan.
9. Rujukan atau bibliografi
Rujukan atau bibliografi merupakan senarai himpunan bahan rujukan
yang menjadi sumber utama bagi isi sesuatu laporan. Bibliografi
merujuk kepada bilangan bacaan lanjutan, yang disenaraikan di
bahagian akhir. Sekiranya terdapat banyak istilah teknikal digunakan
dalam laporan berkenaan, maka penulis perlu menyediakan senarai
glosari di bahagian akhir laporan selepas bibliografi, untuk tujuan
rujukan pembaca.
Rumusannya, laporan ialah dokumen bertulis yang disediakan oleh
pihak tertentu untuk memberikan maklumat, melaporkan penemuan,
mengemukakan idea dan cadangan, atau mengemukakan beberapa syor
tentang sesuatu perkara kepada golongan pembaca tertentu atau pihak
yang memerlukannya. Suatu laporan yang baik dan berkesan perlu
dipersembahkan dengan betul, tepat, lengkap, padat, dan jelas. Laporan juga
perlu menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang bersesuaian dan tidak
terlalu keras, serta meyakinkan. Hal ini penting bagi tujuan mendapatkan
sokongan dan pertimbangan pihak yang berkenaan.
2.4 Minit Mesyuarat
Umum mengetahui bahawa minit mesyuarat merupakan suatu dokumen
81
2 Bahasa dalam Komunikasi
rasmi yang mengandungi beberapa catatan tentang perkara-perkara yang
telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat yang dihadiri oleh semua
ahli mesyuarat, dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan
tersebut. Hal ini bermakna bahawa catatan minit mesyuarat amat penting
untuk membolehkan sesuatu tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak yang
terlibat. Tanpa minit mesyuarat yang baik, pelaksanaan mesyuarat tidak
akan sempurna. Ini bermakna, minit mesyuarat merupakan suatu dokumen
penting kerana terkandung beberapa perkara penentu masa depan organisasi.
2.4.1 Definisi Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat merupakan suatu bentuk rekod yang bertulis tentang perkara
yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat (Omardin Ashaari, 1994). Jika
tidak dibuat catatan, rekod tidak dapat disimpan dengan sempurna, maka
semua perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat tidak akan dapat
diambil tindakan susulan. Nuraini Yusoff et al. (2005) pula mendefinisikan
minit mesyuarat sebagai suatu bentuk laporan bertulis tentang perkara yang
dibincangkan dan diputuskan dalam sesuatu mesyuarat. Justeru, setiausaha
ditugaskan untuk mencatat minit dengan tepat supaya dapat diambil
tindakan susulan. Malah Siti Hajar Abd. Aziz (2008) turut sependapat
bahawa minit mesyuarat ialah rekod bertulis tentang perkara-perkara yang
dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat. Minit juga penting sebagai suatu
sumber rujukan pada masa akan datang.
2.4.2 Jenis-jenis Mesyuarat
Tujuan minit mesyuarat ditulis adalah berdasarkan lima jenis mesyuarat
yang lazimnya diadakan di sekolah atau persatuan dan kelab-kelab sosial,
iaitu mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat agung, mesyuarat khas, mesyuarat
tergempar, dan mesyuarat agung luar biasa.
1. Mesyuarat jawatankuasa
Mesyuarat jenis ini lazimnya dihadiri oleh mereka yang dilantik ke
jawatankuasa berkenaan sahaja. Tujuannya adalah untuk mencari idea,
maklumat, pendekatan, dan membuat keputusan terhadap sesuatu
perkara. Lazimnya wujud tiga jawatankuasa, iaitu jawatankuasa
induk, jawatankuasa pelaksana, dan jawatankuasa kerja yang akan
mengurusnya. Contohnya, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Sambutan
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun
2019 anjuran DBP Wilayah Tengah di IPGK Raja Melewar.
2. Mesyuarat agung
Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan untuk membuat perlantikan
82
2 Bahasa dalam Komunikasi
ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan ahli jawatankuasa
yang lama, dan hanya dihadiri oleh ahli-ahli yang berdaftar dalam
pertubuhan berkenaan dan wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia, atau ROS. Urusan undangan ke mesyuarat ini dibuat
menerusi surat panggilan oleh setiausaha agung. Mesyuarat dikira sah
jika bilangan ahli yang hadir adalah dua pertiga daripada bilangan
keseluruhan ahli berdaftar. Setiap ahli mempunyai hak untuk bersuara,
untuk menyokong atau tidak, dan perlembagaan boleh dipinda dalam
mesyuarat ini berdasarkan suara majoriti. Contohnya, Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Kali ke-15 SMK Dato’ Pengawa Barat, Pontian, Johor.
3. Mesyuarat khas
Mesyuarat jenis ini biasanya diadakan dari semasa ke semasa,
atau mengikut keperluan tertentu. Mesyuarat diadakan untuk
membincangkan sesuatu perkara atau masalah yang timbul hingga
selesai. Ini bermakna, mesyuarat boleh diadakan berulang kali dan
tujuannya adalah untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli
berkenaan dengan masalah yang dikemukakan. Dalam minit mesyuarat
khas ini, agenda tentang pembentangan dan pengesahan minit
mesyuarat yang lalu serta perkara berbangkit, dikeluarkan daripada
agenda mesyuarat khas. Contoh mesyuarat khas ialah Mesyuarat
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan, Persatuan Penduduk
Bandar Warisan Puteri, Seremban.
4. Mesyuarat tergempar
Mesyuarat ini digunakan untuk membuat keputusan “segera” tentang
sesuatu perkara atau isu yang meruncing. Keputusan perlu dibuat
segera sebelum sesuatu perkara, isu, atau masalah menjadi lebih serius
atau bertambah buruk. Lazimnya, mesyuarat ini dihadiri oleh ahli tetap
dan beberapa orang individu yang pakar dalam isu yang dibincangkan.
Dalam minit mesyuarat ini, agenda tentang pembentangan dan
pengesahan minit mesyuarat yang lalu serta perkara berbangkit,
dikeluarkan daripada agenda mesyuarat tergempar. Contoh mesyuarat
ini, mesyuarat untuk melucutkan jawatan seorang anggota yang telah
melanggar disiplin kerana terlibat dalam rasuah atau penyalahgunaan
dadah.
5. Mesyuarat agung luar biasa
Mesyuarat ini lazimnya diadakan apabila adanya keperluan ke arah
itu, atau atas desakan ahli-ahli terhadap apa-apa juga tujuan yang
khusus. Kesahan sesuatu keputusan berdasarkan kehadiran dua pertiga
ahli. Masa untuk melaksanakan mesyuarat ini adalah berdasarkan
keperluan masa. Contohnya, mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa
83
2 Bahasa dalam Komunikasi
baharu untuk menggulingkan atau menukarkan ahli jawatankuasa lama
yang tidak lagi efisen, atau mesyuarat untuk meminda perlembagaan
organisasi akibat desakan ahli.
2.4.3 Format Menulis Minit Mesyuarat
Format minit mesyuarat berserta agenda mesyuarat biasanya disusun oleh
setiausaha setelah mengadakan perbincangan dengan pengerusi mesyuarat.
Format minit perlu disusun mengikut agenda mesyuarat supaya perjalanan
mesyuarat teratur, kemas, dan sistematik. Format menulis minit mesyuarat
boleh dibahagikan kepada tiga fasa, seperti yang dihuraikan di bawah.
1. Fasa 1 (Butiran Mesyuarat dan Senarai Kehadiran) – Mengandungi
tiga bahagian utama, iaitu nama organisasi, butiran mesyuarat, dan
senarai kehadiran.
(a) Nama organisasi – nama organisasi tempat bertugas.
(b) Butiran mesyuarat – nama mesyuarat dalam huruf besar, bilangan
mesyuarat, tarikh, hari, masa, dan tempat mesyuarat.
(c) Senarai kehadiran – penting bagi tujuan mengesahkan minit
mesyuarat pada masa akan datang dan menentukan bilangan ahli
yang hadir. Di bahagian ini perlu dinyatakan senarai kehadiran
mengikut kekanan perjawatan. Nyatakan yang hadir terlebih
dahulu, kemudian mereka yang tidak hadir bersebab, dan akhir
sekali, nama urus setia yang turut serta. Lihat contoh di bawah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR Nama
MINIT MESYUARAT Organisasi
Butiran
JABATAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU Mesyuarat
BIL. 4/2020
Senarai
TARIKH : 23 NOVEMBER 2021 (ISNIN) Kehadiran
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA
JABATAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU, IPGKRM
KEHADIRAN
Hadir
1. En. Azmi bin Ayub – Ketua Jabatan
2. Pn. Hjh. Siti Normaniseh binti Zakaria – Timbalan Ketua Jabatan
3. Pn. Hjh. Amanah binti Mohd. Noor
4. Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman
5. Dr. Khairuddin bin Mohamad
6. Dr. Ghazali bin Ismail
7. En. Anuar bin Mohd Zain
8. Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ismail
9. Tn. Haji Jalaluddin bin Ibrahim – Setiausaha
Tidak Hadir – Cuti
1. Dr. Abdul Karim bin Mansor – Kursus
2. Dr. Faiziah binti Hj. Shamsudin
Rajah 2.19 Contoh senarai kehadiran
84
2 Bahasa dalam Komunikasi
2. Fasa 2 (Kandungan Minit Mesyuarat) – Mengandungi lima bahagian,
iaitu:
(a) Ucapan pengerusi
• Dikenali juga sebagai perutusan pengerusi, ucapan, dan kata
alu-aluan pengerusi.
• Pengerusi hanya bercakap tentang tiga perkara, iaitu mengalu-
alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat, menyatakan tujuan
mesyuarat, menyatakan harapan, dan meminta kerjasama
ahli-ahli mesyuarat, di samping boleh membacakan beberapa
ringkasan catatan seperti berita tentang kejayaan, kesedihan, dan
lain-lain secara ringkas.
• Pengerusi juga boleh memberikan gambaran tempoh masa
mesyuarat berlangsung tetapi tidak perlu dicatat oleh setiausaha
dalam minit.
(b) Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
• Pengerusi meminta setiausaha membuat semakan akhir pada
minit mesyuarat bagi kemungkinan terdapat kesalahan ejaan,
sebelum membentangkan minit mesyuarat secara rasmi untuk
tujuan pengesahan.
• Pengerusi meminta minit mesyuarat dicadangkan dan disokong
oleh mana-mana ahli mesyuarat yang hadir pada sesi mesyuarat
yang lalu.
• Jika tiada pembetulan atau perubahan, minit mesyuarat akan
disahkan tanpa pindaan. Jika ada pembetulan atau perubahan
pada minit mesyuarat, maka minit mesyuarat itu akan disahkan
dengan pindaan.
(c) Setiausaha perlu melafazkan perakuan berikut sebelum minit
disahkan, iaitu:
“Saya Abd. Karim Mansor, selaku setiausaha Panatia Bahasa Melayu
dengan ini membentangkan minit mesyuarat bilangan 4 tahun
2020, Panatia Bahasa Melayu, SK Taman Panchor Jaya, untuk
diterima dan disahkan”.
(d) Perkara berbangkit
• Pengerusi tidak perlu lagi membaca satu persatu semua catatan
dalam minit mesyuarat yang lalu.
• Penggunaan “Borang Maklum Balas” dapat menjimatkan masa
bermesyuarat. Dengan menggunakan borang ini, setiausaha boleh
bertindak awal dengan mendapatkan status sesuatu tindakan
yang telah diputuskan daripada ahli-ahli mesyuarat yang terlibat
tentang sesuatu projek atau tindakan dalam mesyuarat.
85
2 Bahasa dalam Komunikasi
(e) Perbincangan dan laporan
• Membincangkan perkara utama dalam mesyuarat. Contohnya:
4.1 Makluman daripada Pengawai Pendidikan Daerah Seremban
Mesyuarat menerima maklum yang berikut untuk tindakan
4.1.1 Penggunaan jadual waktu anjal berkuatkuasa serta-merta
Makluman
4.1.2 Jambori Pengakap Daerah Seremban akan dijalankan
pada minggu pertama cuti sekolah
Tindakan: GPK Koko
4.1.3 Keputusan NILAM tahun 2020 peringkat daerah Seremban
(i) SK Serting Felda
(ii) SJK(C) Chung Hwa Makluman
4.2 Laporan Peperiksaan Pertengahan Semester
Rajah 2.20 Contoh perbincangan dan laporan
(f) Hal-hal lain
• Perbincangan isu-isu lain yang tidak tersenarai dalam agenda
mesyuarat yang asal boleh dibangkitkan dalam hal-hal lain.
• Ini termasuklah idea baharu yang datang ketika mesyuarat
sedang berlangsung.
• Semua ahli mesyuarat boleh memberikan pandangan dan idea
secara giliran “meja bulat”.
3. Fasa 3 (Penamat Minit Mesyuarat)
(a) Ucapan pengerusi
• Penghargaan kepada ahli yang hadir dan yang telah mengambil
bahagian secara aktif.
• Harapan pengerusi selepas mesyuarat agar semua program
berjalan lancar.
(b) Cadangan tarikh baharu untuk mesyuarat yang akan datang
• Sama ada setahun sekali.
• Dua bulan sekali, dan lain-lain.
(c) Pengerusi menyatakan masa mesyuarat ditangguhkan.
(d) Maklumat pencatat dan penyedia minit berkenaan di sebelah kiri.
(e) Maklumat penyemak di sebelah kanan.
Lihat contoh pada halaman yang berikut:
86
2 Bahasa dalam Komunikasi
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kehadiran serta
pandangan, idea, dan pendapat yang diberikan pada mesyuarat kali ini dan
berharap agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya.
6.2 Tarikh mesyuarat seterusnya adalah pada bulan Januari 2020.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan jam 5.05 petang.
Dicatat dan disediakan oleh Disemak oleh
Setiausaha Ketua Jabatan
Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar
Seremban. Seremban.
Rajah 2.21 Contoh penamat minit mesyuarat
2.4.4 Ciri-ciri Minit Mesyuarat
Hasnah Mohd. Saleh, Normah Mohamad, dan Isnariah Idris (2014)
menyenaraikan enam ciri minit mesyuarat yang baik, iaitu jitu, sahih,
tulen, tepat, lengkap, dan berstruktur.
1. Jitu
(a) Semua keputusan mesyuarat perlu dicatat oleh setiausaha semasa
mesyuarat sedang berlangsung.
(b) Hanya perkara penting, keputusan, dan tindakan susulan yang
perlu dicatat.
(c) Jangan membakulsampahkan minit mesyuarat, dan elakkan
mencatat perkara yang remeh-temeh.
2. Sahih
(a) Bebas daripada sebarang keraguan dari segi isi kandungan dan
maklumat yang berkaitan.
(b) Maklumat penting seperti tarikh, bilangan kehadiran, nama,
jawatan dan lain-lain, perlu ditulis dengan betul dan lengkap.
3. Tulen
(a) Kandungan minit mesyuarat bukan rekaan atau idea ataupun
pendapat peribadi setiausaha atau pencatat.
(b) Kandungannya merupakan rekod hasil perbincangan dan keputusan
bersama-sama ahli mesyuarat.
4. Tepat
(a) Butir-butir yang dicatatkan adalah menyamai perkara yang
dibincangkan dalam mesyuarat.
87
2 Bahasa dalam Komunikasi
(b) Semua fakta menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukan
pandangan pencatat.
5. Lengkap
(a) Tarikh, kehadiran, butiran perbincangan mengikut agenda, dan
sebagainya, perlu disertakan bersama-sama untuk menyokong
maklumat yang dicatatkan.
(b) Minit mesyuarat yang lengkap akan memudahkan kefahaman ahli
yang tidak hadir dalam mesyuarat.
Rumusannya, kebijaksanaan pengerusi dalam mengendalikan sesuatu
mesyuarat amat diperlukan untuk mengelakkan mesyuarat berlangsung
dalam tempoh yang panjang dan tidak berfokus. Dengan bermesyuarat, kita
mengharapkan banyak masalah yang selama ini membelenggu organisasi
atau persatuan dapat diselesaikan. Bagaimanapun, jika pengerusi tidak
mengendalikan mesyuarat dengan baik, keadaan yang berlaku ialah masalah
akan bertambah, bukan diselesaikan.
2.5 Berita
Apakah berita? Secara umumnya, berita ialah laporan tentang sesuatu hal
atau catatan sesuatu peristiwa. Bahagian ini akan menjelaskan beberapa
perkara tentang fungsi dan peranan berita dalam pembangunan negara.
2.5.1 Definisi Berita
Berita merupakan apa-apa jenis maklumat baharu atau maklumat hal semasa
yang disampaikan melalui percetakan, internet, penyiaran, atau secara lisan
kepada orang ramai. Berita juga merupakan suatu laporan pantas tentang
peristiwa terkini dan penting untuk disampaikan kepada masyarakat, serta
suatu informasi tentang fakta atau sesuatu yang sedang terjadi. Berita boleh
dikatakan juga sebagai laporan tentang suatu kejadian yang sedang berlaku
atau keterangan terbaharu daripada suatu peristiwa.
Berita bukan sahaja memberikan informasi tetapi ada ketikanya
digunakan untuk memberikan pengaruh kepada masyarakat. Contohnya,
berita berkaitan dengan politik. Berita disiarkan dalam bentuk siaran akhbar,
siaran radio dan televisyen, atau media sosial.
2.5.2 Jenis Berita
1. Straight news
(a) Berita langsung, ditulis secara ringkas dan padat.
88
2 Bahasa dalam Komunikasi
(b) Terbahagi kepada dua jenis, iaitu hard new atau berita terkini yang
perlu segera dihebahkan, dan soft news atau berita yang tidak
penting dan boleh disiarkan pada bila-bila masa.
2. Depth news
(a) Berita yang dikembangkan secara mendalam.
(b) Bertujuan untuk menyampaikan suatu permasalahan secara lebih
terperinci.
3. Investigation news
Berita yang dikembangkan berdasarkan penelitian atau penyelidikan
yang dilakukan daripada pelbagai sumber.
4. Interpretative news
Berita yang dikembangkan dengan pendapat dan penelitian yang
dilakukan oleh penulisnya.
5. Opinion news
Berita tentang pendapat seseorang tokoh tentang sesuatu isu semasa.
2.5.3 Fungsi Berita
1. Menyampaikan informasi
Secara umumnya, fungsi berita adalah untuk menyampaikan informasi
atau maklumat kepada khalayak. Hal ini merangkumi informasi
tentang pelbagai kejadian atau peristiwa yang menarik perhatian dalam
kehidupan sehari-hari seperti maklumat tentang parti politik, hubungan
luar negera, ramalan cuaca, kemalangan, perniagaan, pendidikan, dan
ekonomi. Informasi tersebut sangat berguna kepada orang ramai, dan
umumnya diberikan secara percuma melalui pelbagai media massa
bercetak atau elektronik.
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat
Kita sering dihidangkan dengan berita-berita jenayah, rompakan,
kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk, dan sebagainya.
Paparan berita seperti ini dalam masyarakat dapat meningkatkan
kesedaran dan memberi motivasi ke arah kehidupan sejahtera. Yang
dimaksudkan dengan kesedaran masyarakat ialah hal-hal seperti isu
pembuangan bayi, pembakaran hutan secara terbuka, dan jenayah
rasuah, serta implikasinya kepada masyarakat secara umum. Isu-isu
popular lain seperti lingkungan hidup, masalah yang berkaitan dengan
wanita dan kanak-kanak, politik, dan sebagainya.
3. Membantu menyemai sikap terbuka
Berita yang disampaikan melalui media cetak dan elektronik menjadikan
89
2 Bahasa dalam Komunikasi
kita lebih mengerti dan memahami bahawa pelbagai kejadian atau
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia sebenarnya angkara manusia
sendiri. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita tentang
peperangan di Timur Tengah, bencana alam dan tsunami, penularan
penyakit baharu seperti pandemik Covid-19, kekurangan makanan, dan
sebagainya. Yang menariknya di sini, apabila berlaku kejadian seperti
ini, maka atas dasar kemanusiaan sejagat, banyak negara terutamanya
negara jiran tetangga, menghulurkan pelbagai bantuan berupa ubat-
ubatan, peralatan khemah, selimut, makanan, dan sebagainya.
Malah dalam kes-kes tertentu, ada negara yang turut menghantar
pasukan mencari dan menyelamat tanpa mengambil kira dasar atau
fahaman politik negara yang dibantu. Justeru, menerusi liputan berita,
masyarakat dunia akan tahu bahawa sesebuah negara itu boleh bersikap
terbuka dengan melupakan sementara fahaman politik sedia ada demi
kemanusiaan sejagat walaupun berbeza dalam banyak perkara.
4. Membentuk sikap ambil tahu dalam kalangan masyarakat
Berita-berita yang disiarkan dalam media cetak dan elektronik juga
mampu menyemai sikap ingin tahu yang mendalam dalam kalangan
masyarakat tentang isu dan peristiwa yang dilaporkan. Contohnya,
sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan tentang statistik terkini
pandemik Covid-19 di negara kita telah menjadikan masyarakat
sentiasa peduli dan ambil tahu akan nasihat dan arahan-arahan lain
yang disampaikan dari semasa ke semasa. Jelaslah bahawa liputan
berita dan peristiwa di media cetak dan elektronik telah berjaya
membentuk sikap ambil tahu yang tinggi dalam kalangan masyarakat
terhadap beberapa isu tertentu.
2.5.4 Ciri Berita
Berita yang baik hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Ada daya penarik
Teks berita yang baik hendaklah yang mampu menarik perhatian
masyarakat sehingga masyarakat ingin segera mengetahui isi berita
tersebut. Hal ini boleh disebabkan tajuk berita yang disensasikan
oleh penulis berita, atau reka bentuk dan susun letak gambar yang
disertakan. Turut menyumbang kepada daya tarikan ini ialah gaya
bahasa penulis berita atau wartawan yang bertugas.
2. Terkini atau semasa
Ciri berita yang baik juga adalah bersifat terkini. Oleh itu, berita
hendaklah mengandungi maklumat atau peristiwa terbaharu atau yang
90
2 Bahasa dalam Komunikasi
masih hangat dibincangkan. Paling baik apabila berita tentang sesuatu
peristiwa atau kejadian, contohnya kejadian kemalangan, dilaporkan
di media cetak dan elektronik dalam tempoh 24 jam selepas peristiwa
itu berlaku.
3. Kandungan berita dipercayai
Kandungan berita harus dapat dipercayai dan bukan rekaan semata-
mata untuk tujuan sensasi. Maklumat penulis atau wartawan serta
alamat e-mel, penting bagi tujuan ini.
4. Jelas
Penyampaian berita juga perlu jelas, dan menggunakan perkataan yang
sederhana dan tidak meleret supaya mudah difahami oleh pembaca
atau pendengar.
2.5.5 Format Penulisan Berita
Pernahkah anda menemui gaya penulisan berita yang panjang, meleret-leret
dan membosankan dalam akhbar? Ya, tentu pernah, terutamanya akhbar
tabloit yang baru berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan. Faktor utama
yang menjadi daya penarik kepada pembaca akhbar atau penonton atau
pendengar siaran berita di televisyen atau radio ialah gaya penulisan berita.
Berita yang baik perlu ditulis berdasarkan tiga peringkat penulisan, iaitu
mempunyai tajuk berita, pembukaan berita, dan kandungan berita (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2011).
Kandungan
Berita
Pembukaan
Berita
Tajuk Berita
Rajah 2.22 Tiga peringkat penulisan berita
1. Tajuk berita
Tajuk berita penting untuk menarik perhatian masyarakat untuk
membaca atau mendengar sesuatu berita dari awal (tajuk) hingga
tamat. Strategi seperti ini banyak digunakan oleh syarikat pengendali
akhbar utama untuk melariskan jualan akhbar mereka. Justeru, semua
jenis berita perlu mempunyai tajuk yang ditulis di bahagian paling atas
91
2 Bahasa dalam Komunikasi
teks berkenaan. Pembaca mahukan tajuk yang boleh menimbulkan
suspens dan perasaan ingin tahu, barulah mereka membaca, meneliti,
mendengar, atau menonton berita berkenaan hingga akhir. Berikut
merupakan dua contoh tajuk berita yang baik.
Contoh 1 Tiga maut dalam nahas awal pagi
Kereta terbang rempuh van
Contoh 2 Langgar lampu merah tertinggi
Contoh 1 dan 2 merupakan tajuk berita kemalangan jalan raya. Contoh
1, ungkapan “kereta terbang” bermaksud kereta yang dipandu terlalu
laju sehingga melayang di udara, manakala contoh 2, frasa “lampu
merah tertinggi” bermaksud kesalahan melanggar lampu isyarat merah
lebih banyak berbanding dengan kesalahan lalu lintas yang lain.
Tiga atau Saiz huruf Terletak paling
empat patah lebih besar dan atas dalam
teks
perkataan ditulis tebal
Juga dikenali
Inti pati berita TAJUK sebagai kepala
BERITA
berita
Semua ditulis
dalam huruf
kecil
Rajah 2.23 Tajuk berita atau kepala berita
Tajuk berita, kadangkala disebut “kepala berita”, hendaklah ditulis
dalam huruf kecil, kecuali di permulaan ayat, berhuruf tebal (bold),
serta menggunakan fon dan saiz fon yang lebih besar sedikit daripada
teks berita. Tajuk berita juga merupakan inti pati atau gambaran yang
dapat menginterpretasikan isi kandungan berita.
92
2 Bahasa dalam Komunikasi
Gambar 2.1 Contoh tajuk berita yang sensasi
Ada ketikanya tajuk berita juga ditulis dengan gaya sensasi untuk
menarik perhatian pembaca agar terus membaca berita tersebut.
Contohnya tajuk, “Kilang guna logo halal palsu diserbu” dalam Gambar
2.1 di atas. Pembaca akan tertarik untuk membaca berita ini kerana
ingin mengetahui kilang yang terlibat, bila serbuan dibuat, di mana,
bagaimana kesudahannya, dan lain-lain lagi.
2. Pembukaan berita
Pembukaan berita merupakan maklumat ringkas tentang bandar dan
tarikh berita dilaporkan. Contohnya adalah seperti berikut:
MH370 terus
dibayangi teori
KUALA LUMPUR 7 MAC 28 Januari lalu oleh Ketua Pengarah sejarah paling lama dan mahal mampu
Jabatan Penerbangan Awam (DCA), diteruskan tanpa titik noktah.
TARIKH 8 Mac 2015, genap Datuk Azharuddin Abdul Rahman Walau bagaimanapun Menteri
setahun insiden kehilangan yang turut mengulangi janji kepada Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin
keluarga mangsa mengenai komitmen Tun Hussein ketika mengulas
pesawat Malaysia Airlines (MAS) kerajaan untuk terus mencari pesawat perkata itu semalam menegaskan,
tersebut dengan segala usaha yang penamatan misi tersebut tertakluk
MH370. Bermula dengan pencarian di munasabah. kepada persetujuan ketiga-tiga
Spekulasi baru-baru ini sama ada negara yang menadatangani perjanjian
Laut China Selatan, kini segala fokus pencarian pesawat yang mencatat tripartie sebelum ini.
tertumpu kepada selatan Lautan Hindi.
Ini seperti yang diumumkan pada
Gambar 2.2 Contoh pembukaan berita (bulatan)
93
2 Bahasa dalam Komunikasi
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), bahagian pembukaan berita
biasanya terdiri daripada dua perkara, iaitu nama tempat dan tarikh.
Nama tempat ditulis dalam huruf besar. Nama tempat di bahagian
pembukaan berita itu bukanlah tempat spesifik berlakunya sesuatu
kejadian atau peristiwa. Nama tempat itu merujuk kepada bandar,
daerah, atau mukim tempat berita dilaporkan. Tempat sebenar kejadian
itu berlaku dinyatakan dalam isi kandungan berita.
Tarikh peristiwa dicatatkan selepas nama tempat. Tarikh ini pula
tidak disertakan tahun, hanya hari dan bulan yang dicatatkan. Tarikh
tersebut boleh membawa dua makna, iaitu tarikh berita itu dilaporkan,
atau tarikh peristiwa itu berlaku. Tarikh ini merupakan fakta terpenting
yang menunjukkan sama ada berita tersebut adalah terkini atau yang
lewat dilaporkan. Selepas tarikh, satu tanda sempang disertakan untuk
memisahkan bahagian ini dengan isi kandungan berita. Rajah berikut
menerangkan bagaimana pembukaan berita berfungsi dengan baik.
Selepas tarikh, Ada dua Nama bandar,
diletakkan perkara, iaitu bukan tempat
bandar dan
tanda sempang kejadian
tarikh
Tarikh yang Nama bandar,
ditulis berupa PEMBUKAAN tempat
hari dan bulan BERITA
tanpa tahun melaporkan
Nama tempat berita
ditulis dalam
huruf besar
Rajah 2.24 Elemen pembukaan berita
3. Kandungan Berita
Kandungan berita bermaksud isi berita. Kandungan berita bermula
selepas tanda sempang.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), terdapat pelbagai isi kandungan
berita, bergantung kepada jenis berita yang hendak dilaporkan.
Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan pengenalan.
Lazimnya perenggan pengenalan ini disusun dalam satu ayat sahaja
94
Jawapan
BAB 1 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Bahagian A
1. (a) Empat kelebihan memiliki sifat terbuka semasa berkomunikasi dalam kalangan rakan.
1. Mempunyai banyak kawan kerana mudah diajak berbincang dan berunding
1 markah
2. Boleh dijadikan ketua dalam pertubuhan 1 markah
3. Sihat tubuh badan dan sentiasa kelihatan muda kerana tidak tertekan 1 markah
4. Memiliki fikiran yang jauh ke hadapan dalam merancang aktiviti 1 markah
(b) Enam sebab seorang artis popular perlu sentiasa bersikap terbuka semasa berinteraksi
dengan peminat di pentas.
1. Artis memerlukan sokongan banyak peminat 1 markah
2. Penampilan artis akan menjadi ikutan peminatnya 1 markah
3. Tutur kata artis dianggap betul 1 markah
4. Kritikan membantu artis membina personaliti diri 1 markah
5. Sikap terbuka membantu artis membuat persembahan 1 markah
6. Jawapan lain yang sesuai 1 markah
2. (a) Empat sebab anggota RELA itu berbuat demikian. 1 markah
1. Mengelak daripada mengulangi mesej secara lisan 1 markah
2. Mesej sukar disampaikan sebab keadaan yang bising 1 markah
3. Faktor keselamatan memerlukan isyarat ringkas 1 markah
4. Isyarat yang universal dan seragam di seluruh dunia
1 markah
(b) Enam fungsi bahasa tubuh dalam sistem komunikasi. 1 markah
1. Mengulangi mesej secara lisan 1 markah
2. Sebagai pengganti interaksi secara lisan 1 markah
3. Menegaskan interaksi secara lisan 1 markah
4. Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar 1 markah
5. Sebagai pelengkap interaksi secara lisan
6. Mengawal interaksi
Bahagian B 1 markah
Fungsi komunikasi kepada masyarakat Malaysia. 2 markah
2 markah
1. Definisi fungsi komunikasi 2 markah
2. Fungsi memberitahu 2 markah
3. Fungsi mendidik 1 markah
4. Fungsi memujuk
5. Fungsi menghiburkan
6. Kesimpulan
(Jawapan perlu disertai huraian dan contoh)
BAB 2 BAHASA DALAM KOMUNIKASI 1 markah
1 markah
Bahagian A 1 markah
1. (a) Lima jenis laporan secara khusus yang kerap digunakan dalam organisasi.
1. Laporan tahunan
2. Laporan kajian atau penyelidikan
3. Laporan mesyuarat
267
Jawapan
4. Laporan berita 1 markah
5. Laporan lawatan 1 markah
(b) Lima sebab sesuatu laporan aktiviti atau kejadian perlu dihantar segera ke ibu pejabat.
1. Perancangan budget tahunan 1 markah
2. Bukti pelaksanaan 1 markah
3. Pembangunan aset 1 markah
4. Pelan sumber manusia 1 markah
5. Pemantauan oleh ibu pejabat 1 markah
2. (a) Empat tujuan seseorang individu itu menulis ucapan. 1 markah
1. Memaklumkan sesuatu perkara 1 markah
2. Mempengaruhi 1 markah
3. Memberikan motivasi 1 markah
4. Berhibur
2 markah
(b) Tiga peringkat untuk menghasilkan teks ucapan yang baik. 2 markah
1. Peringkat merancang 2 markah
2. Peringkat menulis
3. Peringkat menyemak
Bahagian B
Teks ucapan bertajuk ‘Guru Berkualiti Aspirasi Negara’.
1. Salutasi 1 markah
2. Isi kandungan ucapan 8 markah
• Guru menguasai kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal
• Berpengetahuan dan berketerampilan
• Cekap melaksanakan kurikulum
• Mahir dalam ICT
• Berdaya tahan menghadapi cabaran profesionalisme
• Berpegang kuat pada nilai dan etika profesion keguruan
• Prihatin kehendak ibu bapa dan keperluan murid
• Berjiwa tenteram dan mempunyai sifat kasih sayang
3. Penutup 1 markah
BAB 3 PENGUCAPAN AWAM
Bahagian A
1. (a) Lima tujuan raptai diadakan sebelum majlis sebenar. 1 markah
1. Tahu akan tugas dan tanggungjawab masing-masing 1 markah
2. Menentukan sama ada urutan acara majlis sesuai atau tidak 1 markah
3. Melihat sama ada peruntukan masa yang diberi mencukupi atau tidak 1 markah
4. Mengenal pasti dan membaiki kelemahan yang ada 1 markah
5. Mendapatkan gambaran awal akan keseluruhan perjalanan majlis
1 markah
(b) Lima ciri pengacara majlis yang baik. 1 markah
1. Tidak kekok untuk tampil ke hadapan 1 markah
2. Mampu berkomunikasi dengan yakin 1 markah
3. Peka dengan situasi majlis 1 markah
4. Peka akan perubahan yang bakal berlaku 1 markah
5. Sentiasa bersedia mengumumkan 1 markah
6. Bersedia memaklumkan perubahan 1 markah
7. Mempunyai suara yang jelas dan ceria 1 markah
8. Berupaya menghidupkan suasana semasa mengacara
9. Kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan
268
GIPB30391
Buku Bahasa Melayu Kontekstual ini ditulis berdasarkan profoma kursus BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
GBM1103 Bahasa Melayu Kontekstual yang ditawarkan kepada siswa-siswi
guru yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Dr. KHAIRUDDIN MOHAMAD
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Buku ini diterbitkan untuk rujukan siswa-
siswi Institut Pendidikan Guru, para pelajar universiti dan kolej, serta guru-guru
yang ingin mendalami kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis dengan
berkesan.
Buku ini mengandungi lima bab:
• Kemahiran Komunikasi
• Bahasa dalam Komunikasi Bertulis
• Pengucapan Awam
• Laras Bahasa
• Pengurusan Majlis dan Atur Cara
Dengan teks yang ringkas dan mudah difahami, buku ini dapat membimbing
pembaca dalam kemahiran komunikasi yang diperlukan.
W.M: RM30.00 / E.M: RM30.00
GIPB30391
ISBN: 978-967-0849-73-7
Pelangi Professional PELANGI
Professional Publishing Sdn. Bhd. (1120680-A) Professional