The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-10-17 21:15:40

Hybrid PBD 2022 Form 3 - Bahasa Melayu

WM: RM11.95
EM: RM12.35

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

Praktis 5

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Sabtu, 14 Ogos 2021

1.30 petang
bersalaman dengan tuan rumah – melihat saudara-mara dan jiran tetangga bergotong-royong –
menghidangkan makanan dan minuman – melayan tetamu

1.45 petang
menjamu selera – menerima cenderahati – bunga telur – pelayan tetamu

2.00 petang
rombongan pengantin tiba – paluan kompang – disandingkan di atas pelamin – acara merenjis –
majlis berlangsung dengan meriah – semangat bekerjasama masih utuh

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 14 Ogos yang lalu, saya mengikut keluarga saya menghadiri majlis perkahwinan
anak rakan ayah saya. Sebaik-baik sahaja tiba, kami terus bersalaman dengan tuan rumah.
Ketika itu, saya melihat saudara-mara dan jiran tetangga tuan rumah bergotong-royong untuk
menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Tuan rumah sibuk ke sana ke sini untuk melayan tetamu.
Selepas itu, kami menjamu selera di khemah yang disediakan. Semasa makan, kami menerima cenderahati
yang berupa bunga telur daripada pelayan tetamu. Kira-kira pukul 2.00 petang, rombongan pengantin tiba.
Kedatangan mereka diiringi dengan paluan kompang. Pasangan mempelai disandingkan di atas pelamin untuk
acara merenjis.
Tuan rumah dan tetamu gembira kerana majlis berlangsung dengan meriah sekali. Saya juga berasa kagum
kerana semangat bekerjasama masih utuh dalam kalangan masyarakat di situ.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 128

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

Revisi Karangan Respons Terbuka

Pengenalan
1. Dalam bahagian ini, murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan tema dan gambar yang diberikan.
2. Murid dikehendaki menjawab satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Murid dikehendaki menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Sebanyak 30 markah diperuntukkan pada bahagian penulisan karangan ini.
5. Murid dicadangkan supaya menulis karangan ini dalam masa 45 minit sahaja.
6. Murid dinasihatkan supaya menjawab dalam enam perenggan yang terdiri daripada perenggan

pendahuluan, isi, dan penutup.
7. Idea hendaklah relevan dengan tajuk karangan. Setiap isi karangan hendaklah dihuraikan dengan jelas dan

matang.
8. Setiap perenggan perlu mempunyai ayat topik, ayat huraian, dan ayat contoh. Murid juga dinasihatkan agar

menggunakan pelbagai jenis ayat supaya karangan lebih menarik dan gramatis.
9. Perkara yang diberikan penekanan dalam karangan ialah ketepatan idea, kegramatisan bahasa, dan

pengolahan idea yang menarik.
1 0. Kesalahan format karangan menyebabkan calon hanya mendapat markah pada peringkat kurang memuaskan

sahaja walaupun karangan tersebut layak untuk mendapat penskoran pada peringkat cemerlang.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kriteria Pemarkahan Karangan Respons Terbuka

Peringkat Deskripsi
Bahasa
Idea Pengolahan

• Idea relevan dengan • Penggunaan ayat yang • Pengolahan menarik, berkesan, dan
tugasan bervariasi dan gramatis matang dengan perenggan yang sesuai
• Huraian jelas,
Cemerlang menarik, dan • Penggunaan kosa kata • Format menepati kehendak tugasan
[26 − 30 markah] matang yang luas dan tepat • Penggunaan penanda wacana tepat
• Penggunaan ungkapan yang menarik,
• Contoh yang sesuai • Ejaan dan tanda baca
yang betul tepat, dan berkesan seperti peribahasa /
pantun / cogan kata / frasa yang menarik
• Kesalahan bahasa yang
minimum

Idea Bahasa Pengolahan

• Idea relevan dengan • Penggunaan ayat yang • Pengolahan menarik dan berkesan dengan
tugasan bervariasi dan gramatis perenggan yang sesuai
• Huraian jelas dan
Kepujian menarik • Penggunaan kosa kata • Format menepati kehendak tugasan
[20 − 25 markah] yang luas • Penggunaan penanda wacana yang sesuai
• Contoh yang sesuai • Penggunaan ungkapan yang menarik,
• Ejaan dan tanda baca
yang betul sesuai, dan berkesan seperti peribahasa /
pantun / cogan kata / frasa yang menarik
• Kesalahan bahasa yang
minimum

Idea Bahasa Pengolahan
• Idea masih relevan
• Penggunaan ayat yang • Pengolahan masih menarik dan masih
dengan tugasan masih bervariasi dan berkesan dengan perenggan yang sesuai
• Huraian masih jelas gramatis
Baik dan masih menarik • Format masih menepati kehendak tugasan
[15 − 19 markah] • Contoh yang masih • Penggunaan kosa kata • Penggunaan penanda wacana masih
yang masih luas
sesuai sesuai
• Ejaan dan tanda baca
yang masih betul

• Kesalahan bahasa masih
minimum

129 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

Idea Bahasa Pengolahan

Kurang • Idea kurang relevan • Penggunaan ayat yang • Pengolahan kurang menarik dan kurang
dengan tugasan bervariasi dan kurang berkesan dan perenggan yang kurang
Memuaskan • Huraian kurang jelas gramatis sesuai
[10 − 14 markah] dan kurang menarik
• Tiada contoh atau • Penggunaan kosa kata • Format kurang menepati kehendak
contoh kurang yang terhad tugasan
sesuai
• Kesalahan bahasa yang • Penggunaan penanda wacana kurang
ketara sesuai

Penguasaan • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
Minimum • Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong

[01 − 09 markah]

Model Karangan Respons Terbuka Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

REVISI 3. Hubungan perenggan isi pertama dengan perenggan yang
seterusnya harus ditandakan dengan penanda wacana yang
Panduan Menulis Pendahuluan sesuai agar kesatuan idea isi lebih mantap.
1. Pendahuluan bahagian yang penting dalam penulisan
4. Contoh perenggan isi:
karangan kerana merupakan pengenalan awal kepada Dalam usaha menggalakkan rakyat menggunakan
pemeriksa.
2. Bahagian pendahuluan perlu ditulis secara ringkas, iaitu barangan buatan tempatan, kerajaan dengan kerjasama pihak
antara empat hingga lima baris ayat. swasta perlu mempromosikan barangan buatan tempatan
3. Pendahuluan yang baik dapat menarik perhatian pembaca hingga peringkat antarabangsa. Dengan itu, jurucakap syarikat
untuk terus membaca keseluruhan karangan. dapat memperkenalkan produk mereka kepada pengguna
4. Murid harus membuat gambaran secara umum tentang dari segi keistimewaan dan kualiti produk. Usaha ini dapat
tajuk tanpa memasukkan fakta-fakta utama yang sepatutnya mencelikkan minda rakyat serta membolehkan mereka
menjadi isi karangan. mengetahui kualiti dan kelebihan barangan buatan tempatan.
5. Contoh pendahuluan: Panduan Menulis Perenggan Isi
Sebagai negara membangun, Malaysia telah banyak 1. Perenggan penutup merupakan kesimpulan atau rumusan
mengeluarkan produk buatan tempatan. Namun begitu, yang perlu ditulis lebih umum tetapi tepat serta padat.
sesetengah rakyat Malaysia masih ragu-ragu akan kualiti 2. Perenggan penutup harus dapat membayangkan pendirian
barangan buatan Malaysia serta mendewa-dewakan barangan murid tentang tajuk.
luar yang nyata menjadi ancaman besar terhadap produk 3. Murid haruslah mengelak daripada memasukkan idea baharu
tempatan. Oleh itu, semua pihak harus melaksanakan langkah- atau mengulangi fakta yang telah dikemukakan dalam
langkah yang bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita perenggan isi.
membeli barangan buatan Malaysia. 4. Contoh penutup:
• Contoh: bahasa jiwa bangsa; bersatu teguh, bercerai Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu berbangga
terhadap barangan buatan tempatan. Semua pihak perlu
roboh; masa itu emas berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyokong
barangan buatan tempatan. Sebagai rakyat Malaysia, kita
Panduan Menulis Perenggan Isi wajar berbangga terhadap barangan buatan tempatan yang
1. Setiap isi harus ditulis dalam satu perenggan. setanding barangan luar negara.
2. Bagi memastikan isi karangan mantap, huraian dan contoh

yang bersesuaian hendaklah disertakan.

Soalan:
Negara kita sudah mampu mengeluarkan barangan buatan tempatan yang dapat meningkatkan ekonomi
negara.
Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan buatan tempatan.

Malaysia banyak mengeluarkan produk buatan tempatan – rakyat Malaysia masih ragu-ragu
Pendahuluan akan kualiti barangan tempatan – mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan rakyat

membeli barangan buatan tempatan

130 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

Perenggan Isi Huraian
Isi 1
Isi 2 mempromosikan barangan promosi ini dapat mencelikkan minda rakyat – mengetahui
tempatan hingga peringkat kualiti dan kelebihan barangan buangan tempatan –
Isi 3 antarabangsa berminat untuk membeli barangan tersebut
Isi 4
Penutup meneruskan Kempen Belilah memperkenalkan barangan buatan Malaysia serta
Barangan Buatan Malaysia dan menawarkan harga yang berpatutan – masyarakat dan
Karnival Membeli Barangan pelancong asing tertarik untuk membeli – usaha bersepadu
Buatan Malaysia peringkat menjadi formula dalam meningkatkan daya saing
antarabangsa

pihak media massa menerangkan kebaikan barangan buatan Malaysia –
memainkan peranan penting wadah yang penting dalam penyebaran maklumat
– mempengaruhi minda – menggalakkan orang ramai membeli barangan
anggota masyarakat buatan Malaysia – pembelian mudah melalui Internet
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ibu bapa dan pihak sekolah diterapkan semangat cinta akan negara – terpanggil
perlu menerapkan semangat untuk membeli barangan buatan tempatan sebagai
patriotik dalam kalangan tanggungjawab – terbawa-bawa sehingga mereka dewasa
murid sejak kecil lagi

rakyat Malaysia perlu berbangga terhadap barangan buatan tempatan – bermutu tinggi –
bergabung tenaga untuk memperkasakan perubahan sikap – bekerjasama bagai aur dengan
tebing – mempromosikan kebaikan dan faedah membeli barangan buatan tempatan

Model Karangan Lengkap

Sebagai negara membangun, Malaysia telah banyak mengeluarkan produk buatan tempatan. Namun begitu,
sesetengah rakyat Malaysia masih ragu-ragu akan kualiti barangan buatan Malaysia serta mendewa-dewakan
barangan luar yang nyata menjadi ancaman besar terhadap produk tempatan. Oleh itu, semua pihak harus
melaksanakan langkah-langkah yang bersepadu untuk menggalakkan rakyat kita membeli barangan buatan
Malaysia.     
Dalam usaha menggalakkan rakyat menggunakan barangan buatan tempatan, kerajaan dengan kerjasama
pihak swasta perlu mempromosikan barangan buatan tempatan hingga peringkat antarabangsa. Dengan itu,
jurucakap syarikat dapat memperkenalkan produk mereka kepada pengguna dari segi keistimewaan dan kualiti
produk. Usaha ini dapat mencelikkan minda rakyat serta membolehkan mereka mengetahui kualiti dan kelebihan
barangan buatan tempatan.
Selain itu, kerajaan harus meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan Karnival Membeli
Barangan Buatan Malaysia. Kempen sedemikian merupakan satu daripada langkah untuk memperkenalkan
barangan buatan Malaysia serta menawarkan harga yang berpatutan agar anggota masyarakat dan pelancong
asing tertarik untuk membeli barangan tersebut. Selaras dengan itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula
yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan pada peringkat antarabangsa.
Media massa pula perlu memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minda rakyat Malaysia.
Oleh itu, pihak media massa harus menyokong usaha-usaha mempromosikan barangan buatan Malaysia dengan
menerangkan kebaikan barangan tersebut. Selain itu, media elektronik juga merupakan wadah yang penting
dalam penyebaran maklumat. Sebagai contoh, pembelian secara dalam talian membolehkan rakyat membeli
barang buatan tempatan dengan mudah melalui Internet.
       Seterusnya, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid
bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Para murid perlu diterapkan semangat cinta akan negara agar
mereka terpanggil untuk membeli barangan buatan tempatan sebagai tanggungjawab mereka. Amalan ini akan
terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan
pengguna yang banyak berbelanja. Jika mereka suka akan produk-produk tempatan, produk Malaysia pasti akan
laris di pasaran.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu berbangga terhadap barangan buatan tempatan. Semua pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing  dalam menyokong barangan buatan  tempatan. Sebagai rakyat
Malaysia, kita wajar berbangga terhadap barangan buatan tempatan yang setanding barangan luar negara.

131 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

A Karangan Surat Kiriman Rasmi

REVISI (a) (b)
(c) (d)
1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk membuat aduan,
permohonan, bantahan, cadangan, rayuan, dan sebagainya. (f) (e)
(g) (h)
2. Kandungan surat ini bersifat formal.
3. Gunakan bahasa baku dan ayat yang ringkas tetapi padat. (e) , (i)
4. Panduan format surat rasmi seperti yang berikut:

(a) alamat pengirim
(b) garis melintang 2. 
(c) alamat penerima
(d) tarikh 3. 
(e) panggilan hormat penerima
(f) tajuk / perkara 4. 
(g) pendahuluan
(h) perenggan isi
(i) penutup
(j) pengakuan pengirim
(k) tandatangan pengirim
(l) nama penuh pengirim
(m) jawatan pengirim
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Yang benar, (j)

( ) (k)
(l)
(m)

1. Penduduk di taman perumahan anda membantah pembinaan tapak pelupusan Cabaran dan
sampah tidak jauh dari kawasan kediaman anda. Sebagai wakil penduduk, anda Pengurusan
diminta untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan bantahan oleh penduduk. Sisa Pepejal
INFO Domestik
Tulis surat itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan:
alamat pengirim dan alamat penerima – menyatakan tarikh – perkara
Isi-isi:
(a) menyatakan tujuan menulis surat – membantah cadangan pembinaan tapak pelupusan sampah –

menimbulkan pelbagai kesan kepada penduduk
(b) kedudukan tapak tersebut yang hampir dengan kawasan perumahan – mencemarkan alam –

menjejaskan kesihatan penduduk
(c) terletak berhampiran dengan Sungai Meranti – menyebabkan pencemaran air sungai – menggunakan

air sungai bagi mengairi tanaman – air sungai itu mengalir ke empangan
(d) mencari tempat pelupusan sampah baharu – menggunakan kawasan yang berhampiran dengan

Bukit Hitam – terletak jauh dari kawasan perumahan
Penutup:
mengucapkan terima kasih atas kerjasama – pengakuan pengirim, tandatangan, nama penuh, dan
jawatan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 132

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

2. Anda sebagai setiausaha Kelab Kerjaya diminta untuk menulis surat undangan kepada seorang penceramah
untuk menyampaikan ceramah tentang kerjaya kepada murid-murid di sekolah anda.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
alamat pengirim dan alamat penerima – menyatakan tarikh – perkara
Isi-isi:
(a) menyatakan tujuan menulis surat – menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah tentang

kerjaya – ceramah untuk murid-murid di sekolah
(b) menyatakan butiran program – tarikh, masa, tempat, bilangan peserta, dan berkaitan dengan kerjaya
(c) menjelaskan objektif ceramah – mendedahkan bidang kerjaya kepada murid-murid – khususnya

murid-murid yang bakal mengambil peperiksaan SPM – memahami cara-cara memilih kursus
berdasarkan kelayakan atau kelulusan – dapat mengetahui IPTA atau IPTS untuk menyambung
pelajaran
(d) berharap agar penceramah dapat memberikan maklum balas – memberikan persetujuan secepat
mungkin – membuat persiapan dan meminda tarikh sekiranya kurang bersesuaian
Penutup:
mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama – pengakuan pengirim, tandatangan, nama
penuh, dan jawatan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
B Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

REVISI
(a)
1. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan biasanya
ditulis untuk keluarga, sahabat, dan sebagainya.
(c) (b)
2. Bahasa yang digunakan hendaklah baku, ejaan yang betul,
dan tanda baca yang betul. (e)
(f)
3. Antara jenis surat kiriman tidak rasmi ialah surat bertanyakan (d) , (g) Yang benar,
khabar, surat ucapan tahniah, surat ucapan takziah, dan (h)
sebagainya.

4. Penulisan surat kiriman tidak rasmi mempunyai format
khusus yang perlu dipatuhi.

5. Panduan format surat kiriman tidak rasmi seperti yang
berikut:
(a) alamat pengirim
(b) tarikh
(c) kata penghadapan / pembuka kata
(d) kata ganti diri penerima
(e) perenggan isi
(f) perenggan penutup
(g) pengakuan pengirim
(h) tandatangan pengirim

133 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

1. Sahabat pena anda dari luar negara ingin mengetahui perayaan terbesar yang disambut Perayaan
di negara ini. dan Festival

Balas surat sahabat anda itu. INFO

Rangka Karangan

Pendahuluan:
bertanyakan khabar rakan – menyatakan keadaan diri anda – mengucapkan terima kasih atas kiriman
surat
Isi-isi:
(a) rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum – mengamalkan budaya dan agama yang berbeza-

beza
(b) kaum Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha – pelbagai makanan tradisional

kaum Melayu disediakan – saling menziarahi
(c) Tahun Baharu Cina disambut oleh kaum Cina – anggota keluarga akan berkumpul – makan besar –

memberikan angpau kepada kanak-kanak
(d) kaum India meraikan Hari Deepavali – pelita minyak dipasang pada malam perayaan – menandakan

kehidupan yang lebih cerah
Penutup:
semoga penerangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas – perayaan di negara ini – warna-
warni perayaan tersebut – mengeratkan perpaduan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2. Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Hari Keusahawanan. Anda ingin berkongsi maklumat tentang
program tersebut dengan rakan anda.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan program tersebut.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
bertanyakan khabar rakan – menyatakan keadaan diri anda
Isi-isi:
(a) memohon maaf kerana lambat membalas surat rakan – sibuk dengan program di sekolah –

menganjurkan Hari Keusahawanan
(b) menyatakan tujuan program diadakan – mendidik murid-murid tentang dunia perniagaan – sedikit

sebanyak mendapat ilmu tentang perniagaan
(c) membuka gerai – rakan-rakan sekelas bekerjasama – menjual burger – dilantik sebagai ketua –

mengagihkan tugasan – menghias gerai – menyediakan bahan
(d) mendapat sambutan yang baik – memesan roti dan daging burger tambahan – tidak menyangka

jualan sangat laris – keuntungan yang memberangsangkan – sebahagian daripada hasil jualan
disumbangkan kepada tabung sekolah
Penutup:
berasa sungguh gembira – mendapat pengalaman baharu – dalam bidang perniagaan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 134

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

C Karangan Laporan

REVISI (a)

1. Laporan ditulis bertujuan untuk melaporkan sesuatu (b)
peristiwa atau hal yang telah berlaku. (d)

2. Biasanya, murid diminta untuk menulis laporan tentang
pelbagai kegiatan persatuan atau minit mesyuarat.

3. Untuk menulis karangan jenis laporan, murid hendaklah
benar-benar mengetahui peristiwa yang hendak dilaporkan
dan bukannya khayalan murid.

4. Karangan laporan mempunyai format yang khusus yang perlu
dipatuhi.

5. Gaya bahasa yang digunakan mestilah formal, mudah, tepat,
dan padat.

6. Panduan format laporan seperti yang berikut:
(a) tajuk laporan
(b) isi laporan
(c) pengakuan pelapor
(d) tarikh
(e) tandatangan pelapor
(f) nama penuh pelapor
(g) jawatan pelapor
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. (c) ,
( (e)
) (f)

(g)

1. Sekolah anda mengadakan Hari Kantin. Sebagai setiausaha program, anda perlu Kitar Semula
menyediakan laporan tentang program tersebut.
INFO
Tulis laporan itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan:
tajuk laporan – program Hari Kantin – Sabtu – dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Isi-isi:
(a) tujuan program – menerapkan ilmu perniagaan dalam kalangan murid – memberikan pengalaman

kepada murid
(b) dirasmikan oleh pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru – berasa gembira – mendapat kerjasama dan

penyertaan ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid
(c) mendirikan gerai-gerai – menjual pelbagai jenis barang – makanan, alat mainan, pakaian, dan

sebagainya – pameran, kuiz, dan nyanyian memeriahkan suasana
(d) mendapat sambutan yang menggalakkan – orang luar turut hadir – memberikan sambutan yang baik

– jualan laris
Penutup:
program berjalan dengan lancar – mencapai matlamat – berharap agar program tersebut diadakan lagi
pada tahun hadapan – pengakuan, tandatangan, nama, dan jawatan pelapor

2. Sebagai setiausaha Kelab Rakan Alam Sekitar, anda diminta untuk menulis laporan tahunan kelab tersebut.
Tulis laporan anda itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
tajuk laporan – latar belakang Kelab Rakan Alam Sekitar – menyatakan matlamat penubuhan kelab

135 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

Isi-isi:
(a) menyatakan jumlah ahli – sebanyak 50 orang – menyediakan bilik – perjumpaan pada setiap hari

Rabu – seminggu sekali
(b) menjelaskan pelbagai aktiviti yang diadakan – ceramah – mengedarkan risalah tentang alam sekitar

kepada murid – mengadakan gotong-royong membersihkan sekolah
(c) melawat ke pusat pengurusan sisa pepejal – banyak mendapat pengetahuan tentang pengurusan

sampah – memupuk budaya kitar semula – mengurangkan pembuangan sampah
(d) melancarkan Kempen Kitar Semula – mengumpulkan barang-barang terpakai – menjual barang-

barang itu di pusat kitar semula – menambahkan tabungan kelab
Penutup:
semua aktiviti mendapat sambutan yang baik – berjaya untuk mencapai matlamat – pengakuan,
tandatangan, nama, dan jawatan pelapor

D Karangan Ucapan / Syarahan / Ceramah Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

REVISI (a)

1. Ketiga-tiga karangan ini hampir sama dari segi cara (b) ,
penulisan, kandungan, dan format penulisan.
(c)
2. Karangan ucapan ditulis untuk meraikan tetamu kehormat (d)
atau merasmikan sesuatu upacara atau keramaian.
,
3. Karangan syarahan ditulis untuk membincangkan isu
yang lebih serius dan kebiasaannya disampaikan dalam
pertandingan.
Sekian, terima kasih.
4. Karangan ceramah pula ditulis untuk membincangkan isu (a) kata alu-aluan
yang terkini dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat (b) kata penghadapan
kepada para hadirin. (c) perenggan isi
(d) penutup
5. Kata alu-aluan bagi karangan ucapan, ceramah, dan syarahan
adalah sama, iaitu mengikut protokol.

6. Kata penghadapan kepada tetamu majlis seperti Hadirin yang
dihormati, Hadirin sekalian, dan sebagainya ditulis secara
berselang-seli antara isi penting untuk menarik perhatian
hadirin.

7. Isi yang diberikan perlulah tepat, bernas, munasabah, dan
meyakinkan.

8. Penutup biasanya merupakan kesimpulan, harapan
penyampai, ucapan memohon maaf, dan ucapan terima
kasih.

9. Panduan format ucapan / syarahan / ceramah seperti yang
berikut.

1. Anda telah diundang oleh sebuah sekolah untuk menyampaikan ceramah tentang memartabatkan bahasa
kebangsaan.

Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
kata alu-aluan – mengucapkan terima kasih atas jemputan – menyatakan tajuk ceramah – memartabatkan
bahasa kebangsaan
Isi-isi:
(a) memupuk kesedaran dalam diri anak-anak – kepentingan bahasa Melayu dipupuk – peranan ibu

bapa dan guru-guru – menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 136

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

(b) melancarkan kempen memartabatkan bahasa Melayu – media massa memainkan peranan –
mempengaruhi anggota masyarakat

(c) mengadakan program kebahasaan – menyuburkan rasa cinta akan bahasa kebangsaan – meningkatkan
martabat bahasa kebangsaan

(d) bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah – mewajibkan murid-murid
bertutur dalam bahasa kebangsaan – memupuk perpaduan

Penutup:
usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat – semua pihak berganding bahu –
setanding bahasa-bahasa lain

2. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Berbudi Bahasa”.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
kata alu-aluan kepada para hadirin – mengucapkan terima kasih – menyatakan tajuk syarahan
Isi-isi:
(a) mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum – orang yang berbudi

bahasa akan saling menghormati tanpa mengira kaum – hidup aman damai dan harmoni
(b) mencerminkan  keperibadian individu – orang yang memiliki budi bahasa yang baik disenangi oleh

semua orang – sentiasa berlemah lembut dan bersopan santun – bertutur dengan baik
(c) melahirkan pemimpin yang berdedikasi – meningkatkan imej negara – negara lain menghormati

negara kita – terkenal di persada dunia
(d) memajukan industri pelancongan negara – mempamerkan nilai positif – memberikan layanan yang

baik serta sopan kepada pelancong asing – menarik kedatangan pelancong
Penutup:
memastikan nilai budi bahasa diamalkan oleh setiap anggota masyarakat – memberikan kebaikan –
dipupuk sejak kecil lagi seperti pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”

E Karangan Perbincangan / Pendapat

REVISI

1. Karangan jenis perbincangan atau pendapat menghendaki murid membincangkan tajuk yang diberikan dengan mengemukakan
hujah-hujah, ulasan, dan pandangan.

2. Karangan jenis ini bersifat pro dan kontra. Oleh itu, murid perlu memastikan sama ada mahu memberikan hujah daripada satu
pihak atau daripada kedua-dua pihak.

3. Ketika menyatakan hujah, murid diminta untuk memberikan huraian, contoh, dan alasan yang kukuh bagi menguatkan pendapat.
Huraian haruslah benar, logik, serta menepati kehendak soalan.

4. Karangan jenis ini tidak terikat oleh sebarang format yang khusus. Walau bagaimanapun, karangan murid mestilah mengandungi
pendahuluan, isi-isi, dan penutup.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

1. Kualiti barangan buatan tempatan perlu setanding kualiti barangan luar negara.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan agar hasrat ini tercapai.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
usahawan perlu berusaha untuk menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti – pelbagai langkah
perlu diambil

137 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

Isi-isi:
(a) mengadakan penyelidikan dan pembangunan hasil keluaran –  melakukan pembaharuan dan

penambahbaikan produk
(b) menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan – mencapai standard keluaran Malaysia – merealisasikan

jenama Malaysia
(c) berusaha untuk memperoleh penarafan keluaran antarabangsa – berjaya menembusi pasaran global

tanpa sebarang sekatan
(d) membaiki teknik pembungkusan, pelabelan, penjenamaan – menarik dan berkualiti – diterima pada

peringkat antarabangsa
Penutup:
usahawan tempatan mampu bersaing di persada global – ada jenama Malaysia yang menguasai pasaran
antarabangsa – para pengeluar tempatan wajar mempertingkatkan daya saing mereka

2. Kini, anggota masyarakat khususnya golongan muda kurang memiliki semangat
patriotik.

Nyatakan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk memupuk semangat
patriotik dalam kalangan anak.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. Peranan Ibu Bapa
dalam Menerapkan
Semangat Patriotik

INFO

Rangka Karangan
Pendahuluan:
masyarakat, terutama golongan muda kurang memiliki semangat patriotik – sibuk dengan urusan sendiri
– memandang ringan terhadap semangat patriotik – menganggapnya kurang penting
Isi-isi:
(a) menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak – membawa anak-anak melawat ke tempat

yang bersejarah – menimbulkan minat untuk mengetahui sejarah negara
(b) menggalakkan anak-anak membaca buku tentang sejarah atau bertemakan semangat patriotik –

dapat mengetahui sejarah negara
(c) menjadi suri teladan kepada anak-anak – tindak-tanduk ibu bapa menjadi ikutan – melakukan aktiviti

sebagai sokongan terhadap negara
(d) bercerita tentang peristiwa yang berkaitan dengan sejarah negara – ibu bapa menceritakan kisah

tokoh negara menentang penjajah – belajar sesuatu melalui sejarah
Penutup:
melaksanakan tanggungjawab – membentuk jiwa anak-anak – melahirkan generasi yang bersemangat
patriotik dan berwawasan

F Karangan Fakta

REVISI

1. Karangan jenis fakta memerlukan isi dengan fakta yang benar, logik, terkini, dan menepati soalan.
2. Untuk menulis karangan jenis ini dengan baik, murid mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yang hendak

dinyatakan.
3. Tulis isi-isi penting mengikut keutamaan dan gunakan penanda wacana yang sesuai supaya ada kesinambungan idea antara

perenggan.
4. Setiap isi atau fakta yang dinyatakan mestilah dihuraikan dan disertakan contoh yang relevan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 138

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

1. Amalan menabung banyak memberikan kebaikan dalam kehidupan. Faedah
Jelaskan cara-cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan remaja. Menabung

INFO

Rangka Karangan
Pendahuluan:
amalan menabung perlu disemai dalam jiwa remaja – menyimpan wang dapat menjamin masa depan –
banyak langkah yang boleh diambil
Isi-isi:
(a) peranan ibu bapa  – mendidik anak-anak menabung sejak kecil – membuka akaun simpanan untuk

anak-anak – melentur mereka agar tidak membelanjakan semua wang saku
(b) peranan remaja (individu)  – remaja perlu belajar untuk menyimpan – menempah hidup yang lebih

selesa pada masa akan datang
(c) peranan pihak sekolah – menganjurkan minggu atau bulan kesedaran menabung – melaksanakan

kempen dan aktiviti yang wajar demi menghidupkan budaya menabung
(d) peranan pihak kerajaan – melancarkan kempen-kempen seperti bijak berbelanja dan berbelanja

secara berhemat dengan meluas – menggunakan media untuk menyampaikan mesej kepada remaja
Penutup:
semua pihak perlu memainkan peranan – mendidik remaja tentang kepentingan menabung – mengikis
budaya boros berbelanja
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia kian terpinggir. Bahasa Melayu
Nyatakan langkah-langkah untuk melestarikan bahasa Melayu.

Rangka Karangan INFO

Pendahuluan:
bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar – menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyat – yakin
akan kemampuan bahasa kebangsaan

Isi-isi:
(a) meningkatkan kualiti kosa kata bahasa Melayu – tidak melupakan bahasa kebangsaan – mengajar

rakyat pentingnya menggunakan bahasa ini
(b) peranan ibu bapa bagi memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil – menjadi kebiasaan untuk

menggunakan bahasa Melayu – memupuk kesedaran dalam diri anak-anak tentang kepentingan
bahasa kebangsaan
(c) menanam minat dalam diri golongan muda terhadap bahasa kebangsaan – tertarik untuk
menggunakan bahasa Melayu – menerangkan kepentingan bahasa kebangsaan
(d) melancarkan kempen-kempen secara berkesan – mempromosikan bahasa kebangsaan – memupuk
kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa kebangsaan

Penutup:
bahasa kebangsaan harus dipelihara – tidak hapus ditelan zaman – semua pihak memainkan peranan
untuk melestarikan bahasa Melayu

139 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan

G Karangan Peribahasa

REVISI

1. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, dan kata-kata hikmat.
2. Karangan peribahasa menghendaki murid menjelaskan maksud peribahasa yang diberikan sama ada melalui teknik huraian

ataupun teknik cerita.
3. Sekiranya tajuk soalan menghendaki murid menulis cerita, maka isi cerita yang ditulis mestilah benar-benar dapat menjelaskan

maksud peribahasa dan ada unsur pengajaran. Cerita yang ditulis itu boleh berdasarkan imaginasi atau pengalaman murid sendiri.
4. Sekiranya murid memilih teknik huraian, murid mesti menjelaskan maksud peribahasa serta mengaitkan peribahasa itu dengan

kehidupan masyarakat hari ini.

Senarai
Peribahasa
(A – M)

INFO
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. 1. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
berasal daripada keluarga yang agak susah – ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan
– tidak merungut – berazam untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran

Isi-isi:
(a) menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di kelas – bertanyakan guru sekiranya menghadapi

masalah pelajaran – menyertai kumpulan perbincangan
(b) bergiat dalam bidang sukan dengan aktif – mewakili sekolah dalam acara olahraga – berlatih dengan

gigih – guru sukan berasa bangga atas usaha – tidak mengabaikan pelajaran
(c) membantu keluarga – mengisi masa lapang dengan membaca nota pelajaran – tidak suka membuang

masa – berusaha dengan gigih – rajin mengulang kaji pelajaran di perpustakaan – sebagai bahan
bacaan rujukan
(d) meminjam buku rujukan daripada rakan – tidak mampu membeli buku atau mengikuti kelas tuisyen
– membuat latihan soalan secara kerap

Penutup:
mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran – melanjutkan pengajian ke universiti – berpegang pada
prinsip “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

2. Huraikan maksud peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat”. Senarai
Rangka Karangan Peribahasa
(N – Z)

INFO

Pendahuluan:
masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa – menjadi panduan dalam kehidupan harian – maksud
peribahasa – berpegang teguh pada adat resam

Isi-isi:
(a) membuktikan adat resam amat penting dalam kehidupan – adat resam mencakupi amalan dan cara

hidup – tamadun bangsa berdasarkan warisan budaya dan adat resam
(b) melambangkan identiti kaum – menunjukkan budi pekerti seseorang – memelihara sopan santun

serta adab dalam kehidupan
(c) dikekalkan sebagai kesinambungan tamadun bangsa – mengetahui asal usul kita – adat resam

menjadi benteng dalam kehidupan
(d) mewujudkan sikap menghormati antara satu dengan yang lain – adat masuk ke dalam rumah –

membuka kasut – menjalin hubungan yang harmoni

Penutup:
menjadi panduan dalam hidup – adat resam tidak harus dipandang enteng – terus menjadi amalan –
demi kesejahteraan hidup

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 140

Bahasa Melayu  Tingkatan 3  Penulisan 

Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan
dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.• Kempen kesedaran• Menjamin bekalan sumber alam
• Menanam pokok-pokok • Habitat flora dan fauna terpelihara
• Menggunakan tong kita semula • Menjimatkan sumber alam

1. Anda telah menyertai aktiviti bergotong-royong yang dianjurkan oleh kelab atau persatuan di sekolah
dalam usaha memelihara alam sekitar.

Ceritakan pengalaman anda itu.

2. Pelbagai usaha harus dijalankan sebagai usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Bincangkan usaha-usaha yang harus dilaksanakan agar masyarakat memelihara alam sekitar.

3. Anda ingin mencertai pertandingan menulis syarahan bersempena dengan Hari Alam Sekitar. Tajuk syarahan
anda ialah ’Kepentingan Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar‘.

Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

141 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.


Click to View FlipBook Version