The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-07-20 05:35:40

SKOR A+ SPM PRINSIP PERAKAUNAN

WM 7.95
EM 8.35

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 –1 SPM Prinsip Perakaunan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 1 1 1 4 jam 3756/1 Satu jam lima belas minit Kertas Model 1 Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Suatu kitaran perakaunan yang lengkap terdiri daripada 8 peringkat yang perlu dilalui. Antara berikut, aliran yang manakah menunjukkan sebahagian kitaran perakaunan yang betul? A Lejar → Imbangan Duga → Pelarasan B Dokumen Perniagaan → Lejar → Catatan Penutupan C Imbangan Duga Terselaras → Lejar → Dokumen Perniagaan D Imbangan Duga → Imbangan Duga Terselaras → Penyata Kewangan 2. Pada 1 Januari 2019, Edward Enterprise telah membeli sebuah premis yang bernilai RM300 000. Pada tahun 2023, nilai premis telah meningkat kepada RM365 000. Berapakah nilai premis yang perlu direkodkan di dalam Penyata Kewangan yang disediakan pada tahun tersebut supaya mematuhi prinsip kos? A RM65 000 B RM235 000 C RM300 000 D RM365 000 3. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sesebuah perniagaan yang sedang beroperasi. • Menanggung liabiliti yang terhad. • Pemilik dapat berkongsi modal dan kepakaran yang dimiliki. • Pemilik akan menanggung risiko kerugian yang berlaku bersama-sama. Apakah contoh perniagaan yang menepati ciriciri di atas? A Kedai Runcit Muthusamy B Syarikat Suhaila Sendirian Berhad C Pasar Raya Aniza dan Rakan-rakan D Koperasi Penduduk Taman Sejahtera 4. Perniagaan Andrew merupakan sebuah perniagaan yang menjual perabot seperti kerusi, meja, almari, dan katil kepada para pelanggan. Pada 14 Januari 2023, perniagaan ini menggunakan tunai di bank untuk membeli sebuah komputer riba yang akan digunakan untuk merekodkan jualan perabot. Apakah aset bukan semasa yang dimiliki oleh perniagaan ini selepas berlakunya urus niaga tersebut? A Tunai B Bank C Perabot D Alatan Pejabat 5. Butiran-butiran berikut diambil daripada buku Perniagaan Anita pada 1 Mei 2023. RM Kenderaan 18 600 Perabot 7 260 Bank 16 250 Inventori 800 Akaun Belum Terima 1 650 Akaun Belum Bayar 1 920 Berapakah nilai modal awal pada tarikh tersebut? A RM16 780 B RM25 860 C RM42 640 D RM46 480


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/1 6. Maklumat berikut merujuk kepada bila dokumen perniagaan A dan B dikeluarkan dan contoh butiran yang direkodkan. Dokumen perniagaan Bila dokumen dikeluarkan Contoh butiran yang direkodkan A Apabila akaun bank pelanggan mengalami pengurangan amaun. • Pembayaran atas arahan tetap pelanggan. • Caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM. B Apabila akaun bank pelanggan mengalami penambahan amaun. • Penerimaan dividen. • Pindahan kredit. Apakah A dan B? A B A Makluman Debit Makluman Kredit B Makluman Kredit Makluman Debit C Folio Pelanggan Slip Pindahan Wang D Slip Pindahan Wang Folio Pelanggan 7. Pada 12 Julai 2023, Encik Ahmad membeli barang niaga berharga RM12 000 secara kredit daripada Pembekal Rofizah. Syarat diskaun tunai yang ditawarkan oleh pembekal tersebut ialah 5%,10 hari dan 2%, 30 hari. Jumlah harga barang niaga yang dicatatkan pada invois ialah RM12 000 setelah mengambil kira diskaun niaga. Berapakah hutang yang perlu dibayar oleh Encik Ahmad jika dia menjelaskannya pada tarikh 27 Julai 2023? A RM11 160 B RM11 400 C RM11 640 D RM11 760 8. Apakah urus niaga yang hanya boleh direkodkan di dalam Jurnal Khas? I Jualan barang niaga secara kredit II Pulangan barang niaga yang rosak kepada pembekal III Mengambil barang niaga untuk kegunaan pemilik sendiri IV Membawa masuk perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 9 Jurnal Pulangan Jualan di bawah diperoleh daripada buku Perniagaan Wong pada akhir bulan Jun 2023. Jurnal Pulangan Jualan Tarikh Butir Folio No.Invois Jumlah 2023 RM Jun 15 Kedai Ahmad INV00516 300 26 Kedai Devi INV00517 420 30 X 720 Apakah X? A Akaun Jualan B Akaun Belum Terima C Akaun Pulangan Jualan D Jumlah Jurnal Pulangan Jualan 10. Berikut ialah ringkasan tentang Buku Tunai Runcit yang disediakan oleh Lewis Enterprise pada bulan Mei 2023. RM Jumlah Penerimaan 180 Jumlah Pembayaran 145 Baki Akhir Bulan 35 Berapakah jumlah bayaran balik oleh ketua juruwang mengikut Sistem Panjar? A RM35 B RM145 C RM180 D RM325


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 –3 SPM Prinsip Perakaunan 3756/1 Kertas MODEL SPM 1 11. Pilih pernyataan yang benar tentang Akaun Nominal berserta contohnya yang tepat. Pernyataan Contoh A Akaun yang merekodkan semua aset perniagaan Akaun Inventori B Akaun yang merekodkan semua liabiliti perniagaan Akaun Belum Bayar C Akaun yang merekodkan semua hasil dan belanja Akaun Dividen D Akaun yang merekodkan semua hasil perniagaan sahaja Akaun Sewa Diterima 12. Antara berikut, akaun yang manakah mempunyai baki debit pada hujung bulan? A Akaun Ambilan B Akaun Belum Bayar C Akaun Pinjaman Bank D Akaun Komisen Diterima 13. Apakah butiran yang tidak terdapat di dalam Imbangan Duga? A Inventori Awal B Inventori Akhir C Pinjaman Bank D Bank (Overdraf) 14. Imbangan Duga di bawah disediakan oleh Puan Azlina yang bekerja di Anthony Trading. Anthony Trading Imbangan Duga pada 30 April 2023 Debit Kredit RM RM Pulangan Belian 250 Pulangan Jualan 400 Diskaun Diberi 160 Diskaun Diterima 120 Apakah butiran yang salah direkodkan oleh Puan Azlina di dalam Imbangan Duga ini? I Pulangan Belian II Pulangan Jualan III Diskaun Diberi IV Diskaun Diterima A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 15. Antara berikut, butiran yang manakah akan menambahkan kos belian barang niaga? A Kadar Bayaran B Sewa Dibayar C Angkutan Keluar D Angkutan Masuk 16. Maklumat di bawah diambil daripada buku Kedai Shamila pada 31 Julai 2023. RM Kelengkapan 1 650 Tunai 420 Overdraf Bank 1 500 Akaun Belum Terima 2 760 Akaun Belum Bayar 2 810 Inventori Akhir 1 660 Berapakah modal kerja yang akan dicatatkan di dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada tarikh yang sama? A RM530 B RM2 180 C RM5 180 D RM(2 660) 17. Antara berikut, Akaun Belian yang manakah paling tepat sebagai catatan penutupan pada 30 Jun 2023? A Akaun Belian 2023 RM 2023 RM Jun 6 Bank 4 000 Jun 8 Promosi 1 200 19 Akaun Belum Bayar 12 000 30 Baki h/b 14 800 16 000 16 000 B Akaun Belian 2023 RM 2023 RM Jun 6 Bank 4 000 Jun 8 Promosi 1 200 19 Akaun Belum Bayar 12 000 30 Akaun Perdagangan 14 800 16 000 16 000 C Akaun Belian 2023 RM 2023 RM Jun 6 Bank 4 000 Jun 8 Promosi 1 200 19 Akaun Belum Bayar 12 000 30 Akaun Untung Rugi 14 800 16 000 16 000 D Akaun Belian 2023 RM 2023 RM Jun 6 Bank 4 000 Jun 8 Promosi 1 200 19 Akaun Belum Bayar 12 000 30 Penyata Kedudukan Kewangan 14 800 16 000 16 000


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/1 18. Akaun Sewa di bawah diperoleh daripada buku Kumar Enterprise. Akaun Sewa 2023 RM 2023 RM Dis. 31 Bank X 3 900 0 250 Dis. 31 Akaun Untung Rugi 4 150 4 150 4 150 Apakah X? A Sewa Prabayar B Sewa Belum Bayar C Sewa Belum Terima D Sewa Belum Terperoleh 19. Pilih pernyataan yang paling tepat untuk menerangkan maksud hutang lapuk terpulih. A Hutang pelanggan yang akan dihapus kira B Hutang yang bakal dikutip daripada pelanggan C Hutang yang masih belum dikutip daripada pelanggan D Hutang yang berjaya dikutip semula daripada pelanggan selepas dihapus kira 20. Kesilapan berikut dikesan oleh Perniagaan Gopal selepas Imbangan Duga disediakan pada 31 Mei 2023. Belian alat tulis berharga RM250 secara kredit daripada Pembekal Ryan didapati tidak direkodkan di dalam mana-mana buku. Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan melalui Jurnal Am? A Jurnal Am Tarikh Butir Folio Debit Kredit 2023 RM RM Mei 31 Belian 250 Pembekal Ryan (Merekod kesilapan ketinggalan) 250 B Jurnal Am Tarikh Butir Folio Debit Kredit 2023 RM RM Mei 31 Alat tulis 250 Pembekal Ryan (Merekod kesilapan ketinggalan) 250 C Jurnal Am Tarikh Butir Folio Debit Kredit 2023 RM RM Mei 31 Pembekal Ryan 250 Belian (Merekod kesilapan ketinggalan) 250 D Jurnal Am Tarikh Butir Folio Debit Kredit 2023 RM RM Mei 31 Pembekal Ryan 250 Alat tulis (Merekod kesilapan ketinggalan) 250 21. Pasangan yang manakah benar tentang nisbah dan kegunaannya? Nisbah Kegunaan A Tokokan Mengetahui kecekapan pengurusan inventori B Nisbah Semasa Mengetahui tahap kecairan C Pulangan atas Modal Mengetahui prestasi pengurusan perniagaan D Tempoh Pembayaran Hutang Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan 22. Maklumat di bawah diperoleh daripada Gemilang Enterprise. RM Gaji Prabayar 800 Akaun Belum Terima 4 000 Akaun Belum Bayar 2 100 Berapakah Nisbah Semasa bagi perniagaan ini? A 0.13:1 B 0.44:1 C 1.38:1 D 2.29:1 23. Apakah maklumat yang diperlukan untuk menghitung Pulangan atas Modal? I Modal Awal II Modal Akhir III Untung Kasar IV Untung Bersih A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 24. Antara berikut, kaedah yang manakah digunakan untuk menentukan untung bersih bagi perniagaan yang tidak mengamalkan Sistem Catatan Bergu? I Kaedah Analisis II Kaedah Perbandingan III Kaedah Penilaian Semula IV Kaedah Baki Berkurangan A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 –5 SPM Prinsip Perakaunan 3756/1 Kertas MODEL SPM 1 25. Maklumat di bawah diperoleh daripada Perniagaan Jamilah yang tidak menyimpan rekod dengan lengkap. RM Modal Awal 24 000 Modal Akhir 27 500 Modal Tambahan 4 000 Ambilan 1 900 Berapakah untung bersih yang diperoleh perniagaan ini? A RM(5 600) B RM(1 400) C RM1 400 D RM5 600 26. Butiran-butiran di bawah diambil daripada buku Kedai Norazaitun yang mengamalkan sistem catatan tunggal. RM Inventori Awal 6 300 Belian 14 600 Pulangan Masuk 350 Pulangan Keluar 380 Berapakah belian bersih yang akan direkodkan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi yang disediakan? A RM14 220 B RM14 250 C RM14 950 D RM14 980 27. Antara berikut, kaedah yang manakah boleh digunakan sebagai kaedah kawalan tunai? I Buku Tunai II Penyata Bank III Belanjawan Tunai IV Penyata Penyesuaian Bank A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 28. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Hazimi. RM Buku Tunai (baki debit) 400 Penyata Bank (baki kredit) 720 Berdasarkan maklumat di atas, terdapat perbezaan baki antara Akaun Bank di Buku Tunai dan baki di Penyata Bank. Antara berikut, butiran yang manakah dicatatkan di Buku Tunai tetapi tidak dicatatkan di Penyata Bank sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan baki tersebut? A Dividen B Perintah Sedia Ada C Faedah atas Simpanan D Cek Belum Dikemukakan 29. Apakah item yang tidak perlu diambil kira semasa sesebuah perniagaan menyediakan Belanjawan Tunai? A Susut nilai B Komisen diterima C Ansuran bayaran perabot D Bayaran hutang kepada pembekal 30. Pilih kandungan yang benar tentang Akta Perkongsian 1961. A Faedah perlu dibayar atas modal pekongsi B Faedah atas pinjaman pekongsi yang dibayar ialah 8% setahun C Pekongsi yang bertanggungjawab menguruskan perkongsian mesti dibayar gaji D Buku akaun perkongsian bebas disimpan di mana-mana sahaja dan tidak perlu disimpan di premis perniagaan 31. Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Peter dan William pada 30 November 2023. Peter: RM Ambilan 1 600 Faedah atas Modal 3 750 Kongsi Untung 5 000 Berapakah baki akhir Akaun Semasa Peter jika akaun ini tidak mempunyai baki awal? A RM(350) B RM2 850 C RM7 150 D RM10 350 32. Terdapat satu akaun sementara, iaitu Akaun Realisasi yang perlu dibuka semasa sesebuah perkongsian dibubarkan. Akaun ini digunakan untuk menghitung untung atau rugi atas pembubaran. Di manakah nilai untung atau rugi yang dihitung akan dipindahkan? A Akaun Bank B Akaun Modal Pekongsi C Akaun Semasa Pekongsi D Akaun Untung / Rugi Realisasi


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/1 33. Apakah akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan semasa merekodkan penerimaan wang daripada terbitan Syer Biasa? Akaun didebitkan Akaun dikreditkan A Bank Modal Syer Biasa B Modal Syer Biasa Bank C Bank Permohonan Syer Biasa D Permohonan Syer Biasa Bank 34. Pada 1 Januari 2023, Puan Fatimah telah melanggan dan membuat bayaran secara penuh semasa membeli 30 000 unit 5% Syer Keutamaan yang berharga RM2.50 sesyer. Pada 1 Julai 2023, lembaga pengarah telah mengisytiharkan dividen interim Syer Keutamaan sebanyak 5%. Dividen akhir pula dibayar pada 31 Disember 2023. Berapakah dividen akhir yang diterima oleh Puan Fatimah? A RM750 C RM3 750 B RM1 875 D RM7 500 35. Apakah contoh butiran yang perlu dicatatkan di bahagian kredit Akaun Penerimaan dan Pembayaran? A Yuran B Insurans C Susut Nilai Rumah Kelab D Derma untuk Membina Gelanggang dan Kolam Renang 36. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan di bawah diperoleh daripada buku Kelab Membaca Taman Bunga Raya. Kelab Membaca Taman Bunga Raya Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 RM RM Kadar Bayaran 1 050 Yuran 15 000 Sewa 2 500 Jualan Novel 8 400 Gaji 4 000 X 15 850 23 400 23 400 Apakah butiran X? A Lebihan B Kurangan C Rugi Bersih D Untung Bersih 37. Bagi sesebuah kelab dan persatuan, apakah istilah yang digunakan untuk membawa maksud “lebihan aset yang dimiliki daripada liabiliti yang ditanggung”? A Modal B Untung C Lebihan D Dana Terkumpul 38. Kilang Perabot Jati A1 merupakan pembekal utama bagi pelbagai jenis perabot untuk kegunaan ramai penduduk yang menetap di Batu Pahat, Johor. Apakah kos berubah yang perlu ditanggung oleh kilang tersebut dalam proses pengeluaran perabot? A Sewa Kilang B Upah Langsung C Insurans Kilang D Gaji Pengurus Kilang 39. Rumus di bawah digunakan untuk menghitung titik pulang modal. Titik Pulang Modal = Kos Tetap Y Apakah butiran yang diperlukan untuk menghitung Y? I Jumlah Kos II Kos Tetap Seunit III Kos Berubah Seunit IV Harga Jualan Seunit A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40. Maklumat berikut diambil daripada buku Kelab Manisan Taman Damai. RM Sewaan tapak gerai 300 Kos bahan untuk membuat sebiji kek keju 15 Berapakah bilangan kek keju yang perlu dijual oleh kelab ini jika ingin mencapai untung sasaran sebanyak RM1 200? A 30 B 36 C 48 D 100 KERTAS SOALAN TAMAT


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 –7 SPM Prinsip Perakaunan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 21 2 jam 3756/2 Dua jam tiga puluh minit Kertas Model 1 Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Terdapat beberapa dokumen yang disediakan dalam satu salinan. Berikan dua contoh dokumen perniagaan yang mempunyai satu salinan sahaja. [2 markah] (b) Maklumat di bawah diperoleh daripada buku-buku Perniagaan Emily. RM Baki Akaun Belum Bayar pada 1 Januari 2023 12 160 Baki Akaun Belum Bayar pada 31 Disember 2023 15 300 Pembayaran kepada pembekal 27 500 Diskaun diterima 280 Pulangan keluar 370 Maklumat tambahan: Belian yang dibuat secara tunai sepanjang tahun 2023 ialah RM14 000. Berapakah jumlah belian yang dibuat oleh perniagaan ini pada tahun 2023? [2 markah] (c) Maklumat di bawah diperoleh daripada Perniagaan Diana. RM Tunai 6 000 Inventori 4 200 Perabot 5 000 Akaun Belum Bayar 2 000 Sewa prabayar 300 Berapakah nisbah semasa bagi perniagaan ini? [2 markah] (d) Peta alir di bawah menunjukkan langkah-langkah yang dilaksanakan semasa membubarkan perkongsian. Menutup semua Akaun Aset kecuali Akaun Bank dan Akaun Tunai P Q Perkongsian membayar kepada pekongsi atau pekongsi membayar kepada perkongsian mengikut baki dalam Akaun Modal dan Akaun Semasa. Apakah langkah P dan Q? [2 markah]


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/2 (e) Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan dua graf yang mewakili kos tertentu. Kos (RM) Keluaran (unit) 0 Kos (RM) Keluaran (unit) 0 Rajah 1 Rajah 2 Namakan jenis kos yang diwakili oleh setiap graf yang ditunjukkan. [2 markah] 2. Imbangan Duga di bawah diperoleh daripada buku Perniagaan Adeline. Perniagaan Adeline Imbangan Duga pada 31 Mac 2023 Debit Kredit RM RM Modal pada 1 April 2022 255 600 Ambilan 1 340 Tunai 3 280 Bank 69 480 Akaun Belum Terima 18 000 Inventori pada 1 April 2022 16 720 Akaun Belum Bayar 12 190 Pinjaman Bank (5%) 26 500 Premis 150 000 Susut Nilai Terkumpul Premis 7 500 Perabot 16 800 Susut Nilai Terkumpul Perabot 1 680 Kenderaan 95 000 Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 9 500 Belian 32 900 Jualan 118 440 Pulangan Masuk 630 Pulangan Keluar 580 Diskaun Diberi 490 Diskaun Diterima 350 Komisen Diterima 1 870 Sewa Diterima 13 650 Insurans 7 920 Alat Tulis 440 Kadar Bayaran 6 060 Hutang Lapuk 780 Peruntukan Hutang Ragu 400 Gaji 24 150 Angkutan Masuk 1 530 Angkutan Keluar 1 800 Upah atas Belian 940 448 260 448 260 Maklumat tambahan: (i) Harga pasaran dan harga kos bagi inventori akhir adalah masing-masing sebanyak RM16 250 dan RM17 140. (ii) Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM600 untuk tujuan promosi tetapi urus niaga ini terlupa direkodkan di dalam mana-mana buku. (iii) Susut nilai premis ialah 5% setahun mengikut kaedah garis lurus.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 –9 SPM Prinsip Perakaunan 3756/2 Kertas MODEL SPM 1 (iv) Susut nilai bagi kedua-dua perabot dan kenderaan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. (v) Komisen dan sewa yang diterima pada setiap bulan adalah masing-masing sebanyak RM170 dan RM1 050. (vi) Seorang pelanggan didapati tidak mampu membayar hutang sebanyak RM200 dan perniagaan membuat keputusan untuk menghapuskan hutangnya sebagai hutang lapuk. (vii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 2% setahun ke atas Akaun Belum Terima bersih. (viii)Gaji yang masih belum dibayar kepada pekerja adalah sebanyak RM850. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2023. [15 markah] (b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2023. [10 markah] 3. Kelab Jahitan Taman Bahtera merupakan sebuah kelab yang sangat aktif dan kelab ini membuka sebuah kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis pakaian seperti baju, seluar, dan tali leher. Pada 1 Januari 2023 dan 31 Disember 2023, Kelab Jahitan Taman Bahtera mempunyai aset dan liabiliti seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut. Aset dan liabiliti Tarikh dan Jumlah (RM) 1 Januari 2023 31 Disember 2023 Yuran Belum Terima 270 405 Yuran Belum Terperoleh 240 330 Inventori Kedai Pakaian 2 700 1 530 Akaun Belum Terima Kedai Pakaian 9 750 10 800 Akaun Belum Bayar Kedai Pakaian 7 950 10 200 Rumah Kelab 75 000 73 500 Majalah dan Akhbar Belum Bayar 180 390 Upah Pekerja Kedai Pakaian Belum Bayar 300 450 Kelengkapan 9 000 10 000 Bank 22 400 ? Ringkasan penerimaan dan pembayaran yang dilakukan sepanjang tahun 2023 adalah seperti yang berikut. Penerimaan RM Pembayaran RM Yuran Ahli 22 500 Belian Kedai Pakaian 11 960 Yuran Masuk 1 950 Akaun Belum Bayar Kedai Pakaian 4 810 Jualan Kedai Pakaian 26 700 Kadar Bayaran 560 Akaun Belum Terima Kedai Pakaian 15 450 Majalah dan Akhbar 460 Derma Am 900 Belanja Am 150 Kutipan daripada Pertandingan Menjahit Pakaian 4 050 Insurans 1300 Alat Tulis 200 Upah Pekerja Kedai Pakaian 2 080 Sagu Hati Pengadil Pertandingan Menjahit Pakaian 520 Hadiah Pertandingan Menjahit Pakaian 970 Kelengkapan 1 560 Maklumat tambahan: (i) Yuran lapuk ialah RM210. (ii) Yuran masuk dianggap sebagai pendapatan hasil. (iii) Insurans yang dibayar untuk setahun mulai pada 1 Julai 2023. (iv) Hadiah pertandingan berjumlah RM230 masih belum diberikan kepada seorang pemenang. (v) Belanja am yang masih belum dibayar ialah RM50. (vi) Nisbah alat tulis yang digunakan kepada alat tulis yang masih belum digunakan ialah 3:1. (vii) Jumlah keseluruhan pulangan jualan, pulangan belian, dan angkutan masuk ialah RM500.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/2 (viii)Pulangan jualan, pulangan belian, dan angkutan masuk masing-masing ialah 30%, 50%, dan 20% daripada jumlah keseluruhan. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Akaun Yuran Ahli [2 markah] (b) Akaun Kawalan Belum Terima [2 markah] (c) Akaun Kawalan Belum Bayar [2 markah] (d) Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 (dalam bentuk penyata). [5 markah] (e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 (dalam bentuk penyata). [9 markah] (f) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2023 (dalam bentuk penyata). [5 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. Pada 1 April 2023, Perniagaan Thamayini mempunyai baki tunai di bank sebanyak RM40 720. Berikut adalah tentang anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2023. (i) Jumlah jualan pada bulan Mac ialah RM30 000 dan dijangka akan meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya. 30% daripada jumlah jualan adalah secara tunai dan bakinya adalah secara kredit untuk tempoh sebulan. (ii) Jumlah belian pada bulan Mac ialah RM10 000 dan dijangka akan meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya. Nisbah belian tunai kepada belian kredit ialah 2:3. Tempoh kredit adalah selama sebulan. (iii) Puan Thamayini akan membuat ambilan tunai di bank sebanyak RM400 pada setiap bulan untuk kegunaan sendiri. (iv) Pada bulan April, perniagaan akan membeli dua buah mesin cetak yang berharga RM600 seunit. Bayaran pendahuluan yang dibuat adalah sebanyak RM250 dan bakinya akan dijelaskan secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan Mei dan Jun. Mesin cetak akan disusutnilaikan pada kadar 5% setahun atas kos. (v) Pada bulan Mei, Puan Thamayini akan membawa masuk tunai peribadi sebanyak RM1 800 dan tunai tersebut akan dibankkan. (vi) Pada bulan Mei, perniagaan dijangka akan membuat pinjaman bank bernilai RM24 000 dan kadar faedah yang dikenakan ialah 8% setahun. Kedua-dua faedah atas pinjaman bank dan ansuran pinjaman bank perlu dibayar pada awal setiap bulan mulai bulan Jun. Bayaran balik ansuran pinjaman bank melibatkan tempoh selama 2 tahun. (vii) Anggaran perbelanjaan yang perlu dibayar pada setiap bulan: RM Gaji 3 500 Sewa 800 Belanja am 570 Kadar Bayaran 300 Lain-lain belanja 1 320 Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2023. [20 markah]


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–11 SPM Prinsip Perakaunan 3756/2 Kertas MODEL SPM 1 5. Penyata Kedudukan Kewangan di bawah diperoleh daripada buku Perniagaan Jia Sheng pada 31 Mei 2023. Perniagaan Jia Sheng Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mei 2023 RM RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Alatan Pejabat 5 440 Modal 48 850 Perabot 5 800 Premis 24 000 Liabiliti Semasa 35 240 Akaun Belum Bayar 18 000 Aset Semasa Tunai 2 450 Bank 13 640 Akaun Belum Terima 12 120 Inventori 3 400 31 610 66 850 66 850 Urus niaga yang berikut berlaku sepanjang bulan Jun 2023. (i) Membeli barang niaga berharga RM16 500 secara kredit. (ii) Menjual barang niaga bernilai RM10 000 dengan harga RM12 000 dan cek diterima. (iii) Menerima sewa sebanyak RM1 200 secara tunai. (iv) Menjual komputer lama yang bernilai RM1 600 dengan harga RM2 000 secara cek. (v) Membawa masuk mesin cetak dan almari yang masing-masing bernilai RM1 450 dan RM900 dari rumah untuk kegunaan perniagaan. (vi) Memindahkan separuh daripada baki tunai yang sedia ada ke dalam Akaun Bank perniagaan. (vii) Menerima cek bernilai RM3 500 daripada Akaun Belum Terima untuk menjelaskan 30% daripada baki hutang yang sedia ada. (viii)Membayar kadar bayaran sebanyak RM60 secara tunai. (ix) Menerima pinjaman bank sebanyak RM5 000. (x) Membayar hutang sebanyak RM20 000 kepada pembekal dengan cek dan diskaun RM1 000 diterima. Anda dikehendaki: (a) Melengkapkan jadual persamaan perakaunan yang berikut. [15 markah] Urus Niaga Alatan Pejabat Perabot Premis Tunai Bank Akaun Belum Terima Inventori Modal Akaun Belum Bayar Untung Bersih Pinjaman Bank RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM Baki b/b (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) Baki h/b (b) Menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2023. [5 markah]


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 SPM Prinsip Perakaunan Kertas MODEL SPM 1 3756/2 6. Imbangan Duga di bawah diperoleh daripada buku Perniagaan Eliyah pada 31 Oktober 2023. Perniagaan Eliyah Imbangan Duga pada 31 Oktober 2023 Debit Kredit RM RM Kenderaan 95 000 Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 19 000 Alatan Pejabat 25 000 Susut Nilai Terkumpul Alatan Pejabat 3 125 Tunai 10 680 Bank 118 540 Inventori pada 1 November 2022 5 690 Simpanan Tetap 30 000 Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 9 230 8 850 Pinjaman Bank 10 000 Belian dan Jualan 153 400 506 100 Pulangan 2 530 2 280 Diskaun 25 305 7 670 Ambilan 3 000 Modal pada 1 November 2022 42 680 Faedah atas Simpanan Tetap 1 500 Komisen Diterima 5 340 Gaji 86 400 Alat Tulis 1 200 Kadar Bayaran 5 940 Angkutan Masuk 5 160 Angkutan Keluar 4 680 Insurans 5 280 Hutang Lapuk 1 260 Faedah atas Pinjaman Bank 800 Promosi 2 030 Sewa 13 080 Belanja Am 2 340 606 545 606 545 Maklumat tambahan: Walaupun Imbangan Duga yang disediakan adalah seimbang, tetapi kesilapan-kesilapan berikut telah ditemui setelah membuat semakan yang teliti. (i) Jualan barang niaga secara kredit sebanyak RM1 400 terlupa direkodkan di dalam mana-mana buku. (ii) Sebuah perabot berharga RM500 yang dibeli dengan cek pada 31 Oktober 2023 telah didebitkan ke dalam Akaun Belian dan dikreditkan ke dalam Buku Tunai di bahagian lajur bank. (iii) Belanja am sebanyak RM320 yang dibayar secara tunai telah direkodkan sebagai RM230 di dalam kedua-dua Akaun Belanja Am dan Buku Tunai. (iv) Ambilan tunai sebanyak RM550 yang dibuat oleh Puan Eliyah telah didebitkan ke dalam Buku Tunai di bahagian lajur tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun Ambilan. (v) Sekeping cek bernilai RM1 200 daripada pelanggan telah terlebih rekod sebanyak RM900 di dalam Akaun Belum Terima dan Buku Tunai. (a) Anda dikehendaki menyediakan: (i) Jurnal Am untuk membetulkan kesilapan dari (i) hingga (v). (Keterangan diperlukan) [10 markah] (ii) Imbangan Duga Terselaras (selepas pembetulan). [8 markah] (b) Berdasarkan kesalahan (i) hingga (v), apakah jenis kesilapan tidak ketara yang tidak ditemui? Jelaskan kesilapan tersebut secara ringkas. [2 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


Kertas Model 1) ( JAWAPAN SPM Prinsip Perakaunan 1J Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. © JAWAPAN Kertas Model 1 Kertas 1 1. A Imbangan Duga Terselaras – Catatan penutupan – Penyata Kewangan. Perniagaan – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga – Pelarasan – penutupan akaun. Terdapat lapan peringkat yang perlu dilalui, iaitu Dokumen dimulakan oleh setiap perniagaan daripada dokumen sumber hinggalah catatan Kitaran perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod perakaunan yang perlu 2. C hadapan. membeli aset dan bukannya menggunakan nilai pasaran semasa atau nilai masa Enterprise mestilah dinilaikan menggunakan harga sebenar atau kos asal semasa prinsip kos. Mengikut prinsip perakaunan tersebut, aset yang dimiliki oleh Edward oleh Edward Enterprise ialah RM300 000 pada tahun 2023 supaya mematuhi Nilai premis yang perlu direkodkan di dalam Penyata Kewangan yang disediakan 3. C bersama-sama. dan kepakaran yang dimiliki serta akan menanggung risiko kerugian yang berlaku liabiliti yang ditanggung adalah terhad. Para pekongsi dapat berkongsi modal dan Rakan-rakan yang merupakan sebuah perkongsian. Dalam perkongsian, Contoh perniagaan yang menepati ciri-ciri yang diberikan ialah Pasar Raya Aniza 4. D kepada perniagaan tersebut. dijual semula kepada para pelanggan. Oleh itu, perabot merupakan aset semasa sebagai aset bukan semasa kerana merupakan inventori barang niaga yang akan dikategorikan sebagai aset semasa. Dalam situasi ini, perabot tidak dianggap urus niaga belian komputer riba ialah alatan pejabat. Tunai di bank hanya boleh Aset bukan semasa yang dimiliki oleh Perniagaan Andrew selepas menjalankan 5. C Modal Awal = RM42 640 RM1 920 + Modal Awal = RM44 560 = RM1 920 + Modal Awal RM18 600 + RM7 260 + RM16 250 + RM800 + RM1 650 dalam perniagaan. Persamaan ini menunjukkan hubungan antara aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik Persamaan perakaunan yang asas ialah Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik. 6. A disebabkan oleh penerimaan dividen dan pindahan kredit. dikeluarkan apabila akaun bank pelanggan mengalami penambahan amaun dan caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM. Makluman kredit pula pengurangan amaun disebabkan oleh pembayaran atas arahan tetap pelanggan Makluman debit dikeluarkan apabila akaun bank pelanggan mengalami 7. D = (100 – 2)% Hutang yang perlu dibayar pada 27 Julai 2023 menjelaskan hutang kepada Pembekal Rofizah dalam tempoh 30 hari. Peratus diskaun tunai yang diterima oleh Encik Ahmad ialah 2% kerana dia × RM12 000 = 98% × RM12 000 = RM11 760 8. A dalam Jurnal Am. perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan pula hanya boleh direkodkan di Urus niaga ambilan barang niaga untuk kegunaan pemilik sendiri dan kemasukan niaga secara kredit dan pulangan barang niaga yang rosak kepada pembekal. Urus niaga yang hanya boleh direkodkan di dalam Jurnal Khas ialah jualan barang 9. C catatan dipindahkan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar. Jualan akan digunakan untuk menyediakan Akaun Pulangan Jualan apabila X ialah Akaun Pulangan Jualan. Maklumat yang terdapat di dalam Jurnal Pulangan 10. B digunakan untuk membuat bayaran perbelanjaan. Sekeping cek akan dikeluarkan untuk tujuan rekupmen bagi wang yang telah Pada setiap hujung bulan, jumlah pembayaran yang telah dibuat akan dihitung. = RM145 = RM180 – RM35 Jumlah bayaran balik oleh ketua juruwang mengikut Sistem Panjar 11. C Kadar Bayaran, Akaun Sewa Diterima, dan Akaun Komisen Diterima. Jualan, Akaun Pulangan Belian, Akaun Pulangan Jualan, Akaun Insurans, Akaun Akaun Dividen, contoh-contoh Akaun Nominal yang lain ialah Akaun Belian, Akaun Akaun Nominal ialah akaun yang merekodkan semua hasil dan belanja. Selain 12. A mempunyai baki kredit pada hujung bulan. Akaun Belum Bayar, Akaun Pinjaman Bank, dan Akaun Komisen Diterima pula Akaun yang mempunyai baki debit pada hujung bulan ialah Akaun Ambilan.


Click to View FlipBook Version