Format: 190mm X 260mm Spine: Sadle Stiching Satus: Tahun 5_CRC Date: 9/8
PBD
PB D PRC425013
PBD
D
PB
Bahasa Melayu TAHUN
D
PB
PBD
D
PB
KSSR
SEMAKAN Pentaksiran Sumatif PBD PBD
Judul-judul dalam siri ini:
Pentaksiran Sumatif PBD merupakan Pentaksiran Sumatif PBD
model pentaksiran sumatif yang disediakan
khas untuk membantu murid Tahun 4, 5 & 6 Subjek / Tahun 4 5 6
melatih diri bagi menghadapi Ujian Akhir Bahasa Melayu
Sesi Akademik. Bahasa Melayu
Mulai sesi akademik 2022/2023, penilaian
pencapaian murid dalam Ujian Akhir Sesi Bahasa Inggeris
Akademik akan dilaporkan mengikut
Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sains 5 Set Ujian Akhir
Sekolah (PBS). Dapatkan buku ini sekarang Sesi Akademik
untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Matematik
Akhir Sesi Akademik! Bahasa Melayu Set Dapat Dileraikan
Jawapan Lengkap
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2023
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2023
TAHUN
KSSR
SEMAKAN
TAHUN 5
Berdasarkan
Penambahbaikan PBD
Pentaksiran Sumatif dalam
W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65
PRC425013 Pemerkasaan PBS mulai
PELANGI ISBN: 978-967-0066-53-0 sesi akademik
Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Jiwabaru Sdn. Bhd.
No. 2, Jalan P/8, Kawasan Miel Fasa 2, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. 2022/2023
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
Nama: _______________________________________
Pentaksiran
Sumatif BAHASA MELAYU
TAHUN 5
1
Ujian Akhir Sesi Akademik
PEMAHAMAN Satu jam lima belas minit
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 8 5. Kami berasa gembira
Isi tempat kosong dengan jawapan yang penduduk pelbagai kaum memberikan
paling sesuai. kerjasama program khidmat
masyarakat dijalankan di situ.
1. Walaupun sibuk sebagai pelajar di A atau ... jika C apabila ... ketika
universiti, sebagai B lalu ... kerana D sambil ... supaya
sukarelawan tidak pernah luntur dalam
diri Melisa. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
A azam C sumpah
B hasrat D semangat
2. daripada gajinya diberikan
kepada ibu dan bapanya di kampung.
A Suku C Beberapa
B Sedikit D Sesetengah
3. Murid-murid itu bersyukur kerana bantuan
persekolahan yang diterima pada hari
ini dapat meringankan beban ibu bapa 6. Pihak polis penjenayah itu
. selepas memperoleh maklumat tentang
A mereka C kami tempat persembunyiannya daripada
B kalian D kita
orang ramai.
4. Pesatuan Komuniti Prihatin di taman A menjerat C mencekup
perumahan itu pusat transit B mengikat D memberkas
untuk kanak-kanak sejak lima tahun yang
lalu. 7. Sikap Tun Perak dan Seri Nara Diraja yang
A melengkapkan C mengemaskan tidak mahu bermuafakat menyebabkan
B mengusahakan D menyiapkan Sultan Muzaffar Syah berada dalam
.
S1-1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 1 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
A kegeringan C kemasyghulan A Bagaimanakah penduduk Kampung
B kemangkatan D keberangkatan Damai mengekalkan kesejahteraan
hidup?
8. Encik Tajul Arif bersyukur kerana B Mengapakah penduduk Kampung
rakan-rakannya mahu membiayai Damai mementingkan kesejahteraan
daripada kos rawatan hidup?
untuk memulihkan keretakan tulang di C Bilakah penduduk Kampung Damai
bahagian pinggangnya. saling menghormati dan bekerjasama?
A setiap C segenap D Siapakah yang menghormati dan
B separuh D segelintir bekerjasama demi kesejahteraan
hidup?
9. Kasihan keluarga Ranuka. Mereka
terlibat dalam kejadian ribut petang Soalan 13 dan 14
semalam. Segala kebajikan mereka Pilih ayat yang betul.
akan disempurnakan oleh komuniti di
taman ini. 13. A Encik Mukri memberikan sumbangan
pada anak yatim di Rumah Nur.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan B Puas hati Lisa apabila membaca berita
di atas ialah tentang penderitaan mangsa dera itu.
A hati gajah sama dilapah, hati kuman C Kita harus rajin membaca pelbagai
sama dicecah. bahan bagi melahirkan generasi celik
B berat sama dipikul, ringan sama ilmu pengetahuan.
dijinjing. D Operasi kedai makan 24 jam
C bagai layang-layang terputus tali. mendorong masyarakat kini malam
D cepat kaki, ringan tangan. lewat makan.
10. Kita sewajarnya membantu semua 14. A Puan Wanda memasukkan beberapa
pihak yang berusaha menyelamatkan biji beg ke dalam kereta sambil
alam sekitar demi kesejahteraan semua berbual-bual dengan Puan Tan.
makhluk di atas muka bumi ini. B “Janganlah kami memandang rendah
Pilih perkataan sinonim bagi membantu. kepada orang yang miskin,” kata Nek
A menyokong C mengharap Jah kepada cucu tunggalnya.
B mengambil D membalas C Wakil rakyat itu disayangi oleh
masyarakat kerana dia sentiasa
11. Naimah tidak jemu menghasilkan video prihatin akan masalah penduduk di
pendek bertemakan kemasyarakatan situ.
untuk dimuat naik ke laman sosial. D Cikgu Hasnah meminta kerjasama
Pilih perkataan antonim bagi jemu. daripada murid-muridnya untuk
menjayakan program anjuran Kelab
A letih C muak Bumi Hijau.
B kesal D gemar
Soalan 15
12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberikan.
yang diberikan.
Penduduk Kampung Damai saling 15. Puan Saodah sentiasa menyertai aktiviti
menghormati dan bekerjasama untuk kemasyarakatan di taman perumahannya
mengekalkan kesejahteraan hidup.
kerana tidak mahu menjadi kera sumbang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-2
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 2 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
A Aktiviti kemasyarakatan yang sentiasa C Puan Saodah tidak menjadi kera
disertai oleh Puan Saodah tidak sumbang kerana sentiasa mahu
menjadikannya kera sumbang di menyertai aktiviti kemasyarakatan di
taman perumahan tersebut. taman perumahannya.
B Oleh sebab tidak mahu menjadi kera D Puan Saodah akan menjadi kera
sumbang, Puan Saodah sentiasa sumbang jika tidak mahu menyertai
menyertai aktiviti kemasyarakatan di aktiviti kemasyarakatan di taman
taman perumahannya. perumahannya.
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Isnin, 28 Mac 2023
8:00 pagi
Murid-murid berkumpul di dalam dewan. Guru besar merasmikan program kesihatan bersempena
dengan Minggu Kesihatan di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2, Teluk Intan, Perak. Pegawai
Perubatan Klinik Kesihatan Teluk Intan menyampaikan ceramah. Topik ceramah adalah tentang
gaya hidup pada awal perkembangan remaja. Antara isu yang diketengahkan ialah e-rokok,
permainan dalam talian, dan media sosial yang banyak mempengaruhi kesihatan murid-murid
sekolah rendah.
9:00 pagi
Tayangan slaid tentang aktiviti kemahiran kesihatan diri diadakan di bilik yang dikhaskan. Tayangan
itu bertujuan untuk menunjukkan cara-cara penjagaan kuku dan rambut serta penjagaan kebersihan
mulut bagi menghilangkan nafas berbau. Semua murid berasa gembira kerana dapat memahami
penjagaan kebersihan diri dengan betul.
10:00 pagi
Tayangan video tentang kaedah pertolongan cemas juga disediakan untuk tontonan semua murid.
Peralatan asas pertolongan cemas diperkenalkan kepada murid-murid oleh petugas perubatan
yang bertugas. Kaedah asas pertolongan cemas seperti merawat luka kecil juga ditunjukkan
kepada murid-murid.
11:00 pagi
Pameran kesihatan juga diadakan untuk mendedahkan murid-murid tentang gaya hidup sihat dan
aktif. Peningkatan golongan obesiti dalam kalangan murid sekolah rendah menggusarkan semua
pihak. Oleh itu, pameran ini diharapkan dapat membantu murid-murid bergerak cergas supaya
terhindar daripada pelbagai penyakit kronik yang mula menyerang golongan muda kini.
12:00 tengah hari
Jamuan makan tengah hari disediakan oleh Katering Selera Utara. Pelbagai hidangan yang sihat
dan seimbang disajikan di kantin sekolah. Selain nasi putih dan daging tanpa lemak, terdapat sajian
lain juga, iaitu bihun sup ayam dan sayur campur yang menjadi kegemaran murid-murid di sini.
1:00 tengah hari
Program kesihatan yang diadakan pada hari ini tamat dengan jayanya. Murid dapat meningkatkan
pengetahuan tentang amalan kesihatan diri agar sentiasa bersih, ceria, selamat, dan sihat.
S1-3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 3 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
16. Program kesihatan tersebut diadakan di 19. Kanak-kanak yang menghidap masalah
A Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2. obesiti cenderung untuk
B Hospital Teluk Intan. A mencetuskan kebimbangan dalam
C Katering Selera Utara. kalangan ibu bapa.
D Klinik Kesihatan Teluk Intan. B hidup dengan ceria, aktif, dan sihat
sepanjang masa.
17. Mengapakah gaya hidup pada awal C menghidap penyakit kronik pada usia
perkembangan remaja penting? yang muda.
A Gaya hidup menentukan pengaruh D bergerak cergas dalam kehidupan
remaja di media sosial harian mereka.
B Golongan remaja masih tercari-cari
gaya hidup yang sesuai 20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang
C Mengelakkan remaja terikut-ikut petikan.
dengan gaya hidup orang dewasa A Kaedah asas merawat luka kecil
D Gaya hidup yang tidak baik akan dipertontonkan melalui tayangan
merosakkan kesihatan remaja video.
B Program bersempena dengan Minggu
18. Maksud rangkai kata nafas berbau dalam Kesihatan ini diadakan selama sehari.
petikan ialah C Nasi putih, daging tanpa lemak, dan
A aroma mulut yang dikesan. sayur campur ialah contoh makanan
B bau mulut yang kurang menyenangkan. sihat.
C terhidu sesuatu yang busuk. D Pada pukul 10:00 pagi murid-murid
D udara yang tidak nyaman. menonton slaid penjagaan kebersihan
diri.
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
adinda mereka saya beliau
tuanku kalian kami engkau
(i) Datuk Mahmood disenangi oleh penduduk kampung kerana seorang
yang murah hati.
(ii) “ membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Melati semalam,”
kata Maznan dan Alex kepada Lutfi.
(iii) “Perintah untuk membangunkan sebuah perpustakaan desa di kawasan
itu sudah patik laksanakan,” kata pegawai istana itu.
(iv) Walaupun berlainan bangsa dan agama, hubungan Melinda dan Alisa sungguh erat
kerana tinggal di taman perumahan yang sama.
[4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-4
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 4 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
(b) Nyatakan BETUL atau SALAH bagi ayat-ayat di bawah.
(i) Si Tompok yang cedera kerana terjatuh ke dalam longkang itu
dipelihara oleh Kismah.
(ii) Aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kejiranan di
kawasan ini mana?
(iii) Ayah membaiki peralatan elektrik milik jiran tetangga di rumah
pada hujung minggu.
(iv) Kami bangga dengan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Ibu Kota
Buku Dunia pada tahun 2020.
[4 markah]
Soalan 22
(a) Tandakan (✓) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.
(i)
tangkai
jambak
gugus
(ii)
biji
sikat
tandan
[2 markah]
S1-5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 5 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.
1990 2023
Sikap gemar membantu orang yang dalam kesusahan perlu dipupuk sejak kecil untuk
menanamkan rasa kasih sayang dalam diri seperti kata peribahasa
.
[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.
Laporan Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama, Alor Setar, Kedah menjalani latihan
kebakaran pada 20 Jun 2023. Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) itu
dilaksanakan pada pukul 9:10 pagi.
Selepas loceng penggera kebakaran di sekolah dibunyikan, semua murid mestilah keluar
dari bangunan dengan segera lalu berkumpul di padang sekolah mengikut kedudukan yang
telah ditetapkan oleh guru penyelaras.
Guru kelas masing-masing akan menyemak Rekod Kedatangan Murid dengan segera
untuk memastikan murid-murid berada dalam keadaan yang selamat. Jika ada murid yang
terperangkap dalam kebakaran, beliau dapat mengambil tindakan yang sepatutnya untuk
menyelamatkan mereka.
Guru besar menyampaikan taklimat tentang tujuan latihan kebakaran tersebut diadakan
pada hari itu. Seterusnya, guru penyelaras menunjukkan cara-cara memadamkan kebakaran
menggunakan alat pemadam api.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-6
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 6 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya kerana
mendapat kerjasama yang padu daripada semua warga sekolah.
Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2023.
Ramzan
(Encik Ramzan bin Hashim)
Penyelaras Keselamatan (3K)
(a) Semua murid perlu mengosongkan bangunan lalu berkumpul di padang sekolah apabila
[1 markah]
(b) Mengapakah guru kelas perlu menyemak nama murid-murid ketika mereka berkumpul di
padang sekolah?
[2 markah]
(c) Adakah semua murid wajar menjalani latihan kebakaran? Mengapa?
[3 markah]
Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
yang lengkap.
PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BUDRIAH
Pertandingan Menulis Karangan
Bersempena dengan Hari Buku Sedunia 2023
Tajuk: Budaya Membaca Menajamkan Minda
Terbuka
• Karangan mestilah karya asli murid kepada semua
• Sekiranya berminat, sila hubungi Cikgu Hazlan atau Cikgu Munirah murid tahap
dua sahaja
HADIAH WANG TUNAI, HAMPER, & SIJIL PENYERTAAN
menanti anda yang BERTUAH!!
(a) Apakah syarat-syarat untuk menyertai pertandingan tersebut?
[2 markah]
S1-7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 7 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
(b) Pada pendapat kamu, apakah langkah lain yang dapat dilakukan untuk meningkatkan minat
membaca dalam kalangan murid?
[2 markah]
Soalan 25
Baca resipi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
RESIPI BEBOLA AYAM MAK CIK NAB
BAHAN-BAHAN CARA-CARA
• 350 gram daging ayam cencang (jika tidak 1. Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali tepung
ada ayam, gantikan dengan daging lembu, ubi.
ikan, sotong, udang, atau ketam) 2. Setelah sebati, masukkan tepung ubi dan gaul lagi.
• 1 sudu besar serbuk lada putih 3. Gentel bebola ayam mengikut saiz yang disukai.
• 2 ulas bawang putih 4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
• 2 sudu besar tepung ubi 5. Masukkan bebola ayam ke dalam air yang mendidih.
• 1 sudu kecil garam 6. Tunggu sehingga bebola ayam timbul, kemudian
• 1 biji telur ayam angkat dan tuskan.
• Secubit garam 7. Bebola ayam sedia untuk digunakan atau disejukkan
sebelum disimpan di dalam peti ais.
(a) Selain daun sup, bahan lain yang boleh dicampurkan supaya rasa bebola ayam itu lebih
sedap ialah
[1 markah]
(b) Jika tiada ayam, apakah bahan lain yang sesuai untuk menggantikan bahan asas itu?
[1 markah]
(c) Mengapakah bebola ayam perlu disimpan di dalam peti ais?
[1 markah]
(d) Sekiranya kamu ingin menjual bebola ayam yang kamu hasilkan itu, apakah langkah yang
perlu dilakukan untuk memasarkan bebola ayam tersebut?
[3 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-8
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 8 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
PENULISAN Satu jam lima belas minit
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.
2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.
3. Bagi Bahagian C, kamu boleh memiilih sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2.
Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]
Gambar di bawah menunjukkan tindakan yang dilakukan untuk membantu mangsa kemalangan
jalan raya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang tindakan-tindakan tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
S1-9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 9 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
Bahagian B
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 25 minit]
Hubungan masyarakat setempat yang kukuh banyak memberikan kebaikan.
Tulis ulasan tentang kegiatan-kegiatan mengukuhkan hubungan masyarakat setempat dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Leong: Hubungan yang erat antara penduduk setempat perlu dipupuk dari semasa ke
semasa. Program khidmat masyarakat menjadi satu daripada aktiviti yang perlu
kita rancangkan nanti.
Shankar: Saya setuju. Projek kebun komuniti yang pernah ada di tempat kita perlu kita
usahakan kembali.
Badri: Betul kata kamu, Shankar. Selain itu, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Tahun ini
bolehlah kita adakan rumah terbuka.
Shankar: Sambutan hari keluarga juga tidak kurang pentingnya. Saya yakin bahawa
penduduk di sini tidak akan menolak cadangan kita.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-10
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 10 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
Bahagian C
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 35 minit]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Si Tompok mengiau nyaring. Haikal yang berselimutkan kain pelikat mengerekot macam udang
kerana di luar hujan lebat. Tidurnya terganggu apabila …
Tulis cerita kamu selengkapnya.
Mulakan karangan kamu dengan “Tidurnya terganggu apabila ....”
ATAU
Soalan 2
AKTIVITI UNTUK MENGATASI GANGGUAN KESIHATAN MENTAL
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah gangguan kesihatan mental
dalam kalangan ahli keluarga.
Bincangkan cara-cara menjaga kesihatan mental bagi menghasilkan kualiti hidup yang baik.
S1-11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 11 04/08/2022 7:43 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Pentaksiran Sumatif 1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. S1-12
01 PEN.SUMATIF BM THN 5.indd 12 04/08/2022 7:43 AM
JAWAPAN
PENTAKSIRAN SUMATIF 1 (a) loceng penggera kebakaran di sekolah
dibunyikan.
PEMAHAMAN (b) Guru kelas perlu menyemak nama murid-
Bahagian A murid ketika mereka berkumpul di padang
sekolah untuk memastikan semua murid
1. D berada dalam keadaan yang selamat. Oleh
2. A itu, beliau dapat melakukan tindakan yang
3. A sepatutnya dengan segera jika ada murid
4. B yang terperangkap dalam kebakaran.
5. C (c) Ya. Semua murid wajar menjalani latihan
6. D kebakaran supaya mereka mengetahui
7. C langkah yang betul untuk menyelamatkan diri
ketika berlaku kebakaran di sekolah. Selain
8. B itu, semua murid akan sentiasa berwaspada
9. B apabila mereka mengetahui punca-punca
10. A yang dapat menyebabkan berlakunya
11. D kebakaran.
12. A
13. C Soalan 24
(a) Syarat-syarat untuk menyertai pertandingan
14. D Menulis Karangan bersempena dengan Hari
15. B Buku Sedunia 2023 ialah peserta mestilah
16. A terdiri daripada murid tahap dua dan karya
17. D peserta mestilah karya asli.
18. B (b) Pada pendapat saya, langkah lain yang dapat
19. C dilakukan untuk meningkatkan minat membaca
20. D dalam kalangan murid ialah ibu bapa harus
mewujudkan sudut bacaan di rumah. Selain
itu, guru-guru hendaklah mempelbagaikan
Bahagian B aktiviti yang berkaitan dengan amalan
Soalan 21 membaca seperti menulis sinopsis, berpantun,
(a) (i) beliau atau bercerita. Seterusnya, kerajaan harus
(ii) Kami menyediakan sejumlah dana untuk bantuan
(iii) tuanku buku percuma kepada murid-murid yang
(iv) mereka kurang berkemampuan.
(b) (i) betul Soalan 25
(ii) salah
(iii) betul (a) lobak merah.
(iv) salah (b) Jika tiada ayam, bahan lain yang sesuai untuk
menggantikan bahan asas tersebut ialah
Soalan 22 daging lembu, ikan, sotong, udang, atau ketam.
(a) (i) tangkai (c) Bebola ayam tersebut perlu disimpan di dalam
(ii) tandan peti ais supaya tahan lama.
(b) melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
(d) Sekiranya saya ingin menjual bebola ayam
Soalan 23
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
06 JAWAPAN.indd 1 04/08/2022 7:46 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
yang saya hasilkan itu, langkah yang perlu Bahagian C
saya lakukan untuk memasarkan bebola Soalan 1
ayam tersebut adalah dengan menjual bebola Tidurnya terganggu apabila kakinya seperti terkena
ayam tersebut dari rumah ke rumah sambil air. Haikal bingkas bangun. Rupa-rupanya berlaku
menyertakan brosur yang menarik. Selain itu, banjir kilat di kampungnya. Haikal terus mengejutkan
saya akan meletakkan bebola ayam ini di ibu bapanya yang berada di bilik sebelah.
kedai-kedai runcit dan pasar raya. Seterusnya,
saya akan mengiklankan jualan bebola Rumah mereka yang berada di kawasan
ayam ini melalui laman sosial untuk menarik paling rendah mengalami banjir terlebih dahulu.
perhatian orang ramai.. Kemudian, beberapa buah rumah jirannya turut
dilanda banjir. Haikal dan jiran tetangganya saling
membantu membawa barang-barang yang perlu
PENULISAN
untuk berpindah ke balai raya.
Bahagian A
Ayah Haikal diminta untuk mendaftarkan
1. Encik Zaman memberhentikan keretanya semua ahli keluarganya untuk rekod pihak
di tempat yang selamat untuk membantu berkuasa. Selepas itu, mereka ditempatkan di
mangsa kemalangan jalan raya. dalam satu khemah khas untuk satu keluarga.
2. Encik Zaman menghubungi pihak polis Mereka juga diberikan sebidang tikar dan sehelai
dan ambulans untuk melaporkan kejadian selimut.
kemalangan jalan raya yang berlaku di situ.
Selain keluarga Haikal, ada banyak lagi
3. Anak lelaki Encik Zaman memapah penunggang mangsa banjir dari kawasan berhampiran yang
motosikal yang cedera ke tepi jalan. ditempatkan di situ. Haikal mendapati ada rakan-
4. Puan Farah memberikan bantuan kepada rakannya yang menempati khemah boleh lipat
mangsa kemalangan dengan mengipas tersebut bersama keluarga mereka.
mangsa yang berbaring dengan sehelai kain. Golongan ibu pula sibuk membantu pasukan
5. Farhana menenangkan anak mangsa yang sukarelawan memasak makanan untuk keperluan
menangis selepas terlibat dalam kemalangan. semua mangsa banjir di situ. Keadaan riuh-rendah
di situ sekali-sekala mengganggu anak-anak kecil
Bahagian B yang mungkin kurang selesa dengan keadaan
Terdapat pelbagai kegiatan yang boleh dijalankan persekitaran.
untuk mengukuhkan hubungan masyarakat Haikal dan semua mangsa banjir bersyukur
setempat. Langkah-langkah tersebut wajar kerana diberikan bantuan yang sepatutnya
dijalankan secara berterusan. oleh pihak berkuasa. Di samping itu, kebajikan
Melalui khidmat masyarakat, penduduk mereka juga diberikan keutamaan selama mereka
dapat menerapkan nilai bantu-membantu menginap di situ. Apabila banjir semakin surut,
sesama mereka. Selain itu, kebun komuniti mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-
pula dapat menerapkan nilai kerjasama dalam masing.
kalangan penduduk. Seterusnya, rumah terbuka
dapat membuka ruang kepada penduduk Soalan 2
untuk mengenali adat dan budaya kaum lain.
Akhir sekali, masyarakat setempat dapat saling Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu amalan
berkenalan ketika program Hari Keluarga yang memberikan kesan positif kepada diri
dijalankan. seseorang, keluarga, dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah seseorang yang
Kesimpulannya, hubungan yang erat antara hidup ceria tanpa memgalami sebarang masalah
masyarakat setempat perlu dipupuk dari semasa yang menjejaskan kehidupannya. Ada banyak
ke semasa melalui pelbagai aktiviti di kawasan amalan gaya hidup sihat yang harus diamalkan
mereka. oleh masyarakat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
06 JAWAPAN.indd 2 04/08/2022 7:46 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi
penentu dalam menjalani kehidupan yang sihat. PENTAKSIRAN SUMATIF 2
Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa PEMAHAMAN
mereka hendaklah mengutamakan sayur-sayuran
dan buah-buahan dalam diet mereka. Pemakanan Bahagian A
yang seimbang memastikan tubuh badan 1. D
menerima semua khasiat yang diperlukan bagi 2. C
memastikan kesihatan yang baik untuk jangka 3. B
masa yang panjang.
4. A
Selain itu, aktiviti senaman dan beriadah
yang berjadual juga memainkan peranan utama 5. B
dalam kehidupan yang sihat. Hal ini demikian 6. A
kerana senaman membantu seseorang itu 7. C
hidup dengan lebih cergas dari aspek fizikal dan
mental. Pada masa yang sama, mereka dapat 8. C
melaksanakan kerja-kerja harian dengan lebih 9. B
bertenaga, penuh minat tanpa cepat berasa letih 10. A
dan lesu. Mereka yang aktif bersenam mampu 11. D
melibatkan diri sepenuhnya dalam pelbagai
jenis aktiviti yang berkualiti walaupun usia telah 12. D
meningkat. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti 13. C
yang paling baik untuk memiliki gaya hidup yang 14. B
sihat bagi manusia.
15. A
Di samping itu, pemeriksaan kesihatan 16. D
secara berkala dapat menjamin kehidupan yang
sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar 17. B
pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu 18. A
mampu untuk mengesan sebarang simptom awal 19. A
penyakit yang dapat mengancam nyawa manusia. 20. D
Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor
menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan Bahagian B
yang sihat.
Soalan 21
Dalam pada itu, rehat yang cukup juga (a) (i) gaya
memainkan peranan penting dalam gaya hidup (ii) bertemu
yang sihat ini. Manusia memerlukan enam hingga (iii) melindungi
lapan jam sehari untuk memperoleh tidur yang (b) (i) ringan
berkualiti. Hal ini demikian kerana ketika tidur, (ii) murung; ceria
seluruh sistem badan manusia akan mampu (c) (i) lambat asal selamat
memulihkan tenaganya.
(ii) lebih baik daripada mengubati
Kesimpulannya, semua langkah tadi
membuktikan gaya hidup yang sihat mampu Soalan 22
(a) (i) manis mulut
dilakukan oleh manusia. Slogan Badan Cergas (ii) halwa telinga
Otak Cerdas membuktikan betapa pentingnya
aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin (b) (i) Veronica mengucapkan terima kasih
kehidupannya sejahtera. kepada Puan Zaila kerana sudi
mengajarnya cara-cara menganyam
ketupat palas.
J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
06 JAWAPAN.indd 3 04/08/2022 7:46 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
(ii) Cikgu Shanker memberitahu murid- (d) Sekiranya saya hendak mengelakkan
muridnya bahawa perpaduan kaum ialah pembakaran terbuka, langkah yang perlu
asas kejayaan, keamanan, dan kestabilan saya lakukan ialah saya akan mengutamakan
negara. amalan kitar semula dengan memastikan
Soalan 23 sisa mudah terbakar tidak bercampur dengan
(a) Aktiviti yang berkaitan dengan pemeriksaan sisa lain. Selain itu, saya akan memastikan
sisa buangan dapur ditanam atau direputkan
kesihatan ialah pameran bahan bacaan dan untuk dijadikan baja. Seterusnya, saya
ceramah.
(b) kebersihan Dewan Kemboja. akan membuat laporan sekiranya berlaku
pembakaran terbuka.
(c) Pada pendapat saya, murid-murid perlu
melakukan pemeriksaan mata supaya
masalah gangguan penglihatan dapat diatasi PENULISAN
sejak kecil. Penglihatan yang baik dapat Bahagian A
membantu murid-murid melakukan aktiviti
harian dengan lancar. Masalah gangguan 1. Daniel mencuci kedua-dua belah tangannya
sekerap yang mungkin dengan cara yang
penglihatan akan menjejaskan aktiviti betul supaya tangannya sentiasa bersih.
pembelajaran murid di dalam kelas.
2. Darwisy memakai pelitup muka dengan kemas
Soalan 24 ketika berada di sebuah gerai makanan bagi
(a) (i) Mengeluarkan corong daripada bekas uji mengelakkan jangkitan penyakit di tempat
kaji awam.
(ii) Memasangkan penutup pada bekas uji 3. Budak perempuan itu menjauhi kawasan
kaji yang terdapat orang ramai berkumpul kerana
(b) Bekas uji kaji yang mengandungi air liur itu bimbang sekiranya terdapat golongan yang
perlu dipicit dan digoncang beberapa kali untuk mempunyai gejala COVID-19 di situ.
memastikan cecair di dalam tabung tersebut 4. Irdina berjumpa dengan doktor di klinik
bercampur dengan baik. Selain itu, tindakan ini bagi mendapatkan rawatan segera apabila
perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan dia berasa tidak sihat bagi mendapatkan
yang tepat. pencegahan awal jangkitan COVID-19.
(c) Sekiranya saya ingin menggunakan kit ujian
kendiri COVID-19, tindakan yang perlu saya 5. Imani mengambil suntikan vaksin yang
lakukan sebelum memulakan ujian COVID-19 disarankan oleh Kementerian Kesihatan
ialah saya akan memeriksa dan memastikan Malaysia bagi meningkatkan daya ketahanan
kit tersebut lengkap, tidak rosak, dan tidak badannya agar tidak terkena jangkitan
melepasi tarikh luput. Selain itu, saya akan COVID-19.
memastikan tempat melakukan ujian COVID-19
kering, bersih, dan mempunyai pengudaraan Bahagian B
yang baik. Seterusnya, saya tidak akan
melakukan ujian COVID-19 ini di tempat awam Graf ini menunjukkan peruntukan masa harian
atau berada berdekatan dengan orang lain Azlan.
bagi mengelakkan risiko jangkitan. Azlan bergerak cergas kerana dia melakukan
banyak aktiviti dalam sehari. Selain itu, Azlan juga
Soalan 25 mementingkan disiplin diri apabila dia menetapkan
jumlah masa yang sama untuk semua rutin
(a) kawasan yang kotor perlu dibersihkan segera.
hariannya. Seterusnya, Azlan juga mengutamakan
(b) masyarakat yang mengutamakan kebersihan kesihatan diri apabila dia memperuntukkan masa
akan dipandang tinggi. selama dua jam untuk bermain dan tujuh jam untuk
(c) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai tidur. Akhir sekali, Azlan juga bijak membahagikan
masyarakat dengan bekerjasama dalam masa untuk melengkapkan jadual hariannya
usaha menjaga kebersihan alam sekitar. dengan aktiviti yang berfaedah.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4
06 JAWAPAN.indd 4 04/08/2022 7:46 AM
Bahasa Melayu Tahun 5 Jawapan
Kesimpulannya, kita hendaklah pandai Pada 2 April 2023, Persatuan Pandu Puteri SK
menguruskan masa supaya kekal aktif dan sihat Bukit Damansara telah bergotong-royong di
sepanjang masa. Pusat Jagaan Warga Emas Taman Sejati, Klang,
Selangor. Program ini melibatkan 30 orang murid
dengan lima orang guru pengiring.
Bahagian C Sebelum bertolak ke sana dengan menaiki
Soalan 1 bas sekolah, para peserta telah dibahagikan
Yang dihormati guru besar, para hakim, guru- kepada lima kumpulan. Para peserta turut
guru, dan rakan-rakan. Pada pagi ini, saya akan membawa peralatan seperti baldi, penyapu, mop,
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Gaya kain lap, dan lain-lain. Gotong-royong dimulakan
Hidup Sihat, Cergas Sepanjang Hayat”. pada pukul 8:00 pagi.
Hadirin yang saya hormati, Tujuan aktiviti gotong-royong tersebut
Gaya hidup sihat penting untuk menjaga adalah untuk membersihkan persekitaran Pusat
tahap kesihatan kita selain aktiviti fizikal. Oleh Jagaan Warga Emas Taman Sejati. Para peserta
itu, makan, tidur dan rehat yang cukup, serta mengemas kawasan tempat tidur dan rehat
kebersihan fizikal dan mental perlu kita jaga. penghuni pusat jagaan tersebut selain memotong
Sekiranya kesihatan diri kita terpelihara, kita dapat rumput dan membersihkan persekitaran di luar.
melakukan kerja dengan baik dan berkualiti. Gotong-royong itu berlangsung dengan lancarnya.
Berkebun dan membuat kerja rumah adalah Sebelum pulang, para peserta dengan
antara aktiviti harian yang bermanfaat. Kegiatan diketuai oleh ketua guru pengiring mengucapkan
sedemikian menjadikan kita lebih produktif terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
walaupun hanya berada di rumah. Badan yang untuk menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir
aktif dan sihat menjadikan otak kita cerdas. pukul 6:00 petang dengan pemberian cenderamata
Secara tidak langsung, kita juga dapat mengisi daripada ketua guru pengiring kepada pengurus
masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Pusat Jagaan Warga Emas Taman Sejati.
Rakan-rakan yang saya sayangi, Selain dapat berkenalan dengan semua
Senaman haruslah kita lakukan secara penghuni di sini, aktiviti ini secara tidak langsung
berterusan untuk mengekalkan kesihatan dan dapat menyedarkan mereka untuk sentiasa
kecergasan diri kita. Oleh yang demikian, kita menyayangi ibu bapa dan orang-orang tua. Di
amat digalakkan untuk berjalan, berbasikal, samping itu, para peserta dapat memupuk sikap
atau berenang berbanding dengan senaman kerjasama. Para peserta berharap agar aktiviti
yang agresif tetapi tidak konsisten, malahan sebegini dijadikan aktiviti tahunan unit beruniform.
mengundang kecederaan. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak ilmu
dan pengalaman dapat diperoleh.
Kita perlulah mengurangkan aktiviti pasif
seperti menonton televisyen atau bermain Laporan disediakan oleh, 5 APRIL 2023.
permainan video. Kehidupan yang tidak aktif ini
akan menyebabkan obesiti. Tubuh badan yang Nurin Afifah
cergas membolehkan kita mengawal berat badan (NURIN AFIFAH BINTI ROSMAN)
dan seterusnya menjauhi penyakit. Setiausaha Persatuan Pandu Puteri,
Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah SK Bukit Damansara.
bahawa gaya hidup sihat membolehkan kita
menikmati tahap kesihatan yang baik dan
optimum. Sekian, terima kasih. PENTAKSIRAN SUMATIF 3
PEMAHAMAN
Soalan 2 Bahagian A
Laporan Gotong-royong di Pusat Jagaan Warga 1. B
Emas Taman Sejati
2. C
J5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
06 JAWAPAN.indd 5 04/08/2022 7:46 AM
Format: 190mm X 260mm Spine: Sadle Stiching Satus: Tahun 5_CRC Date: 9/8
PBD
PB D PRC425013
PBD
D
PB
Bahasa Melayu TAHUN
D
PB
PBD
D
PB
KSSR
SEMAKAN Pentaksiran Sumatif PBD PBD
Judul-judul dalam siri ini:
Pentaksiran Sumatif PBD merupakan Pentaksiran Sumatif PBD
model pentaksiran sumatif yang disediakan
khas untuk membantu murid Tahun 4, 5 & 6 Subjek / Tahun 4 5 6
melatih diri bagi menghadapi Ujian Akhir Bahasa Melayu
Sesi Akademik. Bahasa Melayu
Mulai sesi akademik 2022/2023, penilaian
pencapaian murid dalam Ujian Akhir Sesi Bahasa Inggeris
Akademik akan dilaporkan mengikut
Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sains 5 Set Ujian Akhir
Sekolah (PBS). Dapatkan buku ini sekarang Sesi Akademik
untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Matematik
Akhir Sesi Akademik! Bahasa Melayu Set Dapat Dileraikan
Jawapan Lengkap
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2023
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2023
TAHUN
KSSR
SEMAKAN
TAHUN 5
Berdasarkan
Penambahbaikan PBD
Pentaksiran Sumatif dalam
W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65
PRC425013 Pemerkasaan PBS mulai
PELANGI ISBN: 978-967-0066-53-0 sesi akademik
Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Jiwabaru Sdn. Bhd.
No. 2, Jalan P/8, Kawasan Miel Fasa 2, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. 2022/2023
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).