SPM KSSM Tingkatan Izham Azahar Suraya Abdul Rahim SEJARAH Format SPM Berdasarkan TERKINI 4 Praktis Asas Kecemerlangan! Revisi Ekspres Praktis Intensif Mengikut Topik Soalan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Pentaksiran Akhir Tahun Jawapan Lengkap Praktis KBAT Ekstra! Kod QR
Kandungan Praktis 1 Warisan Negara Bangsa 1 Praktis 2 Kebangkitan Nasionalisme 9 Praktis 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 17 Praktis 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 25 Praktis 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948 33 Praktis 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 40 Praktis 7 Usaha ke Arah Kemerdekaan 47 Praktis 8 Pilihan Raya 55 Praktis 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 63 Praktis 10 Pemasyhuran Kemerdekaan 72 Pentaksiran Akhir Tahun 79 Jawapan J1 – J32 Praktis KBAT https://plus.pelangibooks.com/Resources/PraktisTopikalHebat2023/SejarahT4/PraktisKBAT.pdf
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Warisan Negara Bangsa Praktis 1 Revisi Ekspres Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu: (a) Raja – Tonggak utama kerajaan. – Dibantu oleh para pembesar. – Memperoleh ketaatan daripada rakyat. (b) Undang-undang – Memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. – Terpakai di seluruh wilayah pengaruh. – Menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan. (c) Wilayah pengaruh – Kawasan yang rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. (d) Rakyat – Penduduk dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja. – Rakyat tidak menderhaka terhadap raja. Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 1. Kerajaan (a) Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja. (b) Pemerintah tertinggi ialah raja yang dibantu oleh pembesar. (c) Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka. (d) Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka menggunakan gelaran sultan selepas kedatangan Islam. 2. Rakyat (a) Rakyat setia kepada Sultan Melaka. (b) Undang-undang yang dikuatkuasa dalam Kesultanan Melayu Melaka perlu dipatuhi oleh rakyat. (c) Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. (d) Golongan merdeka dan hamba tergolong dalam golongan diperintah. (e) Sultan menjamin kesejahteraan rakyat dan rakyat mengakui kekuasaan sultan. (f) Hubungan timbal balik telah mewujudkan persefahaman dan ikatan. 3. Wilayah pengaruh (a) Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. (b) Wilayah pengaruh diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan. (c) Kewibawaan pemerintah dibuktikan melalui pegangan wilayah pengaruh yang luas. 4. Undang-undang (a) Terdapat undang-undang bertulis, iaitu Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka. (b) Bertujuan mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. (c) Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul. 5. Lambang kebesaran (a) Merujuk identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. (b) Menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah. (c) Antara lambang kebesaran ialah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undangundang 1. Sistem pentadbiran (a) Para Pembesar Berempat diberikan kuasa memerintah sesuatu wilayah, sungai atau pulau. (b) Setiap kawasan pentadbiran tersebut dikenali sebagai kawasan pegangan. (c) Mempunyai dua peringkat pentadbiran, iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan.
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 (d) Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana yang melaksanakan pentadbiran peringkat pusat. (e) Mempunyai sistem kewangan yang teratur. (f) Sumber pendapatan diperoleh daripada urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan dan naungan. (g) Mempunyai sistem keselamatan yang kemas bagi menjaga keamanan di darat dan di laut. (h) Pembesar berperanan menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung pada peringkat jajahan. (i) Sultan dan Pembesar Berempat melantik pembesar tersebut. (j) Pembesar berperanan menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai. 2. Undang-undang (a) Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka berasaskan syariah dan hukum adat. (b) Hukum Kanun Melaka: – Mengandungi 44 fasal. – Membincangkan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan berkaitan ekonomi. – Fasal 5.1 menyatakan apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh. – Fasal 4 menyatakan hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan. – Fasal 1 menyatakan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. – Bendahara dan Temenggung dilantik oleh sultan. – Fasal 26 menyatakan pernikahan memerlukan empat orang saksi. – Jika tidak cukup memadai dua orang sahaja. – Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan. – Fasal 30 menyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan boleh melafazkan niat jual beli. (c) Undang-Undang Laut Melaka – Fasal 13.1 menyatakan nakhoda perlu diberi keutamaan untuk berniaga selama empat hari. – Fasal 13.3 menyatakan sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan. – Fasal 9 menyatakan seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. – Fasal 5 menyatakan seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati. – Fasal 6.3 menyatakan nakhoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang. Peranan Pemerintah dan Rakyat 1. Golongan pemerintah (a) Peranan sultan: – Menjaga keselamatan rakyat negeri. – Mewujudkan perpaduan rakyat. – Memastikan kemakmuran dan kestabilan kerajaan terjamin. – Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat. (b) Peranan pembesar – Menjaga keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. – Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. – Mengutip hasil melalui sistem serah. – Membekalkan tenaga tentera. 2. Golongan diperintah (a) Rakyat – Taat setia kepada pemerintah. – Mematuhi segala arahan pemerintah. – Tidak menderhaka. – Menjadi tentera. – Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong. – Menyumbang tenaga kerja.
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas 1 Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1. Apakah kerajaan Alam Melayu yang terawal muncul pada abad pertama? TP1 A Kerajaan Funan B Kerajaan Champa C Kerajaan Srivijaya D Kerajaan Johor-Riau 2. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. Apakah ciri tersebut? TP1 A Lambang kebesaran B Kedaulatan negara C Wilayah pengaruh D Wilayah naungan 3. Antara berikut, yang manakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? I Raja II Rakyat III Kedaulatan IV Lambang kebesaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Gambar berikut berkaitan dengan inskripsi Telaga Batu dalam kerajaan Srivijaya. Inskripsi tersebut berkaitan dengan upacara TP2 A penyucian B persetiaan C perkahwinan D penyembahan BUKU TEKS m.s. 2 BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 4 5. Bagaimanakah kedudukan raja kerajaan Alam Melayu diperkukuhkan? TP3 A Raja mengenakan hukuman berat terhadap pesalah B Raja dibantu oleh pembesar dalam sistem pentadbiran C Rakyat menyembah raja yang dianggap sebagai tuhan D Rakyat dikerah menjadi tentera untuk mempertahankan negara 6. Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan terhadap Raja Srivijaya? A Meminum air sumpah B Memuja Raja Srivijaya C Mengamalkan adat istiadat raja D Raja dikenang melalui jumlah inskripsi 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 7. Apakah kesan hubungan timbal balik antara rakyat dengan raja dalam Kesultanan Melayu Melaka? A Rakyat tidak menderhaka kepada raja B Rakyat berhati-hati semasa berinteraksi dengan raja C Mewujudkan ketaatan golongan diperintah terhadap golongan pemerintah D Mewujudkan persefahaman antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah 8. Antara berikut, yang manakah golongan diperintah? TP1 I Sultan II Pembesar III Penghulu IV Rakyat merdeka A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Apakah maksud kedaulatan dalam Kesultanan Melayu Melaka? TP2 A Hak rakyat terhadap raja B Hak dan kuasa mutlak raja C Kekuasaan tertinggi sultan D Kegemilangan pemerintahan BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 6
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 10. Senarai berikut merupakan wilayah yang diperoleh oleh Kesultanan Melayu Melaka. • Pahang • Inderagiri • Kuala Linggi Bagaimanakah wilayah tersebut diperoleh? TP3 A Taklukan C Perkahwinan B Naungan D Persahabatan 11. Maklumat berikut berkaitan dengan cara meluaskan wilayah pengaruh. Kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah. Mengapakah kerajaan Majapahit bertindak demikian? TP3 A Merapatkan hubungan persahabatan B Mengelakkan penaklukan Melaka C Mengahwini Puteri Majapahit D Menyebarkan agama Islam 12. Antara berikut, yang manakah cara peroleh wilayah pengaruh? TP3 I Penaklukan III Diplomatik II Persahabatan IV Naungan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 13. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat. Apakah kawasan tersebut? TP2 A Kawasan pegangan B Kawasan taklukan C Kawasan jajahan D Kawasan wilayah 14. Maklumat berikut berkaitan dengan tugas Pembesar Berempat. • Ketua pentadbir • Ketua angkatan tentera Siapakah Pembesar Berempat tersebut? TP1 A Bendahara C Syahbandar B Laksamana D Temenggung BUKU TEKS m.s. 7 BUKU TEKS m.s. 7 BUKU TEKS m.s. 7 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 9 15. Maklumat berikut berkaitan dengan tugas pembesar pada peringkat jajahan. Menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung. Siapakah yang boleh melantik pembesar tersebut? I Sultan II Penghulu III Orang Kaya IV Pembesar Berempat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Maklumat berikut berkaitan dengan fasal Hukum Kanun Melaka. • Pernikahan memerlukan empat saksi. • Wanita dan hamba tidak boleh menjadi saksi. Apakah aspek yang menyatakan fasal tersebut? A Jenayah B Ekonomi C Pelayaran D Kekeluargaan 17. Maklumat berikut berkaitan dengan UndangUndang Laut Melaka. Jikalau seorang malim lalai dalam tugas sehingga menyebabkan kerosakan dan pelayaran, beliau akan dijatuhi hukuman bunuh. Apakah yang seharusnya dimiliki oleh seorang malim untuk mengelakkan perkara tersebut? TP3 A Mempunyai kuasa penuh di atas kapal B Bertolak ansur dengan ahli pelayara C Cekap berbincang dengan ahli D Mahir dalam ilmu pelayaran 18. Antara berikut, yang manakah nakhoda Melaka? TP2 I Nakhoda Jenal II Nakhoda Sahak III Temenggung IV Laksamana A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV BUKU TEKS m.s. 10 TP3 BUKU TEKS m.s. 9 TP2 BUKU TEKS m.s. 11 BUKU TEKS m.s. 11
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 19. Maklumat berikut berkaitan dengan konsep waadat. Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah selaras dengan konsep waadat. Apakah yang dimaksudkan dengan waadat? TP2 A Permuafakatan B Persepakatan C Persetujuan D Perjanjian 20. Antara berikut, yang manakah masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka? TP1 I Diperintah II Pemerintah III Pembesar IV Sultan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21. Antara berikut, yang manakah peranan sultan? TP2 I Mewujudkan perpaduan II Menjaga kebajikan rakyat III Menjadi perantara antara sultan dan rakyat IV Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 22. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pemerintah dan rakyat. Hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat memainkan peranan penting. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu menjaga hubungan baik dengan pemerintah? TP3 Menilai A Menjamin pemodenan negara B Meluaskan empayar pemerintahan C Mengekalkan kesejahteraan negara D Terpaksa taat setia kepada pemerintah BUKU TEKS m.s. 12 BUKU TEKS m.s. 12 BUKU TEKS m.s.12 BUKU TEKS m.s.13 23. Petikan berikut berkaitan dengan hubung kait pemerintah dan rakyat. Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya. Apakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan tersebut? TP3 A Peranan pemerintah kepada rakyat B Pemerintah harus mengawal tindakan rakyat C Hubungan timbal balik pemerintah dengan rakyat D Pemerintah boleh melakukan apa sahaja kepada rakyat 24. Maklumat berikut berkaitan dengan tulah. Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja. Sekiranya rakyat menderhaka, rakyat akan menerima tulah. Apakah yang dimaksudkan dengan tulah? TP2 A Kebaikan yang diterima oleh rakyat B Kecelakaan yang menimpa seseorang C Rakyat dibuang daerah oleh pemerintah D Hukuman daripada pemerintah kepada rakyat 25. Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin yang baik? TP4 Menilai A Tidak menghiraukan kebajikan rakyat B Bertanggungjawab melaksanakan amanah C Menerima rasuah untuk kepentingan diri sendiri D Sanggup melakukan perkara yang salah untuk kepentingan diri sendiri 26. Siapakah yang terlibat dalam perjanjiaan waadat? TP2 I Sang Sapurba II Demang Lebar Daun III Sultan IV Rakyat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV BUKU TEKS m.s.13 BUKU TEKS m.s.13 BUKU TEKS m.s.13 BUKU TEKS m.s.13
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Kertas 2 Bahagian A 1. Sebelum kedatangan Barat, asas negara telah bermula dalam kemasyhuran kerajaan Alam Melayu. Subtopik 1.1 (a) Nyatakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. TP1 (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Raja merupakan salah satu ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Huraikan ciri tersebut. TP2 [3 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah ciri-ciri negara bangsa tersebut penting pada masa kini? Menganalisis [4 markah] 2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dan tersusun. Setiap kawasan pentadbiran dikenali sebagai kawasan pegangan. Subtopik 1.3 (a) Nyatakan dua peringkat sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. TP1 (i) (ii) [2 markah] BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 8 – 9
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (b) Jelaskan salah satu peringkat di 2(a). TP2 [4 markah] (c) Apakah kesan sistem pentadbiran yang tersusun terhadap negara? Menganalisis [4 markah] 3. Hubungan antara rakyat dengan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka terjalin melalui waadat. Subtopik 1.4 (a) Berikan pengertian waadat. TP1 [2 markah] (b) Jelaskan peranan rakyat dalam mengekalkan waadat tersebut. TP2 [4 markah] (c) Jelaskan kesan jalinan hubungan yang baik antara rakyat dengan pemerintah terhadap keharmonian sesebuah negara. Menganalisis [4 markah] BUKU TEKS m.s. 12 – 13
Sejarah Ting. 4 Praktis 1 Warisan Negara Bangsa © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Bahagian B 1. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran. Subtopik 1.2 (a) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka dari aspek berikut: TP2 (i) Kedaulatan [3 markah] (ii) Wilayah pengaruh [3 markah] (b) Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperluas wilayah pengaruhnya? TP3 [6 markah] (c) Wajarkah peluasan wilayah pengaruh diteruskan pada masa kini? Beri alasan anda. Menilai [8 markah] 2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Subtopik 1.3 (a) Nyatakan maksud kawasan pegangan. TP2 [4 markah] (b) Jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang dilaksanakan mengikut peringkat berikut: TP3 (i) Peringkat pusat [4 markah] (ii) Peringkat jajahan [4 markah] (c) Bagaimanakah cara untuk mengekalkan sistem pentadbiran yang berkesan di negara kita? Menganalisis [8 markah] 3. Undang-undang Melaka terdiri daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Subtopik 1.3 (a) Huraikan isi kandungan Hukum Kanun Melaka dari aspek peranan sultan dan pembesar serta kekeluargaan. TP3 [6 markah] (b) Huraikan isi kandungan Undang-Undang Laut Melaka. TP3 [6 markah] (c) Sejauh manakah undang-undang dapat menjamin kesejahteraan negara? Menganalisis [8 markah] BUKU TEKS m.s. 6 – 7 BUKU TEKS m.s. 8 – 9 BUKU TEKS m.s. 10 – 11
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun 79 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1. Rajah berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu • Raja • Rakyat • Wilayah pengaruh • X Apakah X? A Kerajaan B Kedaulatan C Undang-undang D Lambang kebesaran 2. Senarai berikut adalah wilayah naungan kerajaan Melaka. • Lingga • Patani Antara berikut, yang manakah cara wilayahwilayah tersebut menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka? I Penaklukan III Perkahwinan II Peperangan IV Persahabatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat penting dalam Kesultanan Melayu Melaka? A Menjamin kesejahteraan B Menjaga kedudukan pangkat C Menjamin pemodenan negara D Meluaskan empayar pemerintah 4. Maklumat berikut berkaitan dengan waadat. Demang Lebar Daun telah mengadakan waadat dengan Sang Sapurba. Apakah maksud waadat? A Perjanjian C Persetujuan B Perdamaian D Permuafakatan 5. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tokoh mengenai nasionalisme. Nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri. Siapakah tokoh yang memberikan pendapat tersebut? A Dr. R. Suntharalingam B Profesor William R. Roff C Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid D Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim 6. Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Thailand. Raja Thailand mempelopori nasionalisme di Thailand melalui usaha diplomaso dan pemodenan. Apakah faktor yang membolehkan Thailand berjaya mempertahankan kemerdekaan negaranya? A Kekuatan ekonomi B Pengenalan pilihan raya C Perjanjian persefahaman D Kebijaksanaan pemerintah Kertas 1 Satu jam [40 markah] Arahan: Kertas ini mengandungi 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Pentaksiran Akhir Tahun 100
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 80 7. Apakah sumbangan golongan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam perkembangan nasionalisme tanah air? A Membina sekolah Melayu agar semua orang Melayu mendapat pendidikan sekolah B Membuka peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan C Menyediakan dana untuk anak Melayu melanjutkan pelajaran D Memajukan pendidikan masyarakat Melayu setempat 8. Maklumat berikut berkaitan dengan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain seperti Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan. Apakah matlamat penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS)? A Melahirkan bakat baharu dalam penulisan B Memperjuangkan kepentingan orang Melayu C Menggalakkan ahli bersatu dan bertukar pendapat D Menggalakkan dan membudayakan penulisan kreatif 9. Mengapakah berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah? A Peningkatan jumlah penduduk B Perkembangan Revolusi Industri C Perkembangan Revolusi Pertanian D Peningkatan kemasukan kuasa Barat 10. Maklumat berikut berkaitan dengan kempeitai. Pasukan ini akan membunuh sesiapa yang antipentadbiran Jepun. Apakah peranan kempeitai? A Menjaga kepentingan ekonomi tentera Jepun B Menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun C Menjaga kawasan petempatan di Tanah Melayu D Menjaga kawasan jajahan Jepun di Tanah Melayu 11. Maklumat berikut berkaitan dengan Kesatuan Rakyat Indonesia (KRIS). Matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia”. Mengapakah tuntutan kemerdekaan tersebut tidak berjaya? A Jepun telah menyerah kalah B British telah menyerah kalah C Jepun telah menawan Indonesia D British telah menawan Indonesia 12. Jadual berikut berkaitan dengan peristiwa Perang Dunia Kedua. 6 Ogos 1945 Bom atom “Little Boy” digugurkan di Hiroshima. 9 Ogos 1945 Bom atom “Fat Man” digugurkan di Nagasaki. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Serangan balas terhadap Pearl Harbour B Sistem pertahanan Jepun dimusnahkan C Peperangan diteruskan Kabinet Jepun D Pihak Jepun terpaksa menyerah kalah 13. Maklumat berikut berkaitan dengan British Military Administration (BMA). BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, iaitu Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. Apakah tujuan British menubuhkan British Military Administration pada September 1945? A Mengembalikan kestabilan B Menjimatkan perbelanjaan C Memberikan latihan kepimpinan D Melaksanakan ekonomi kawalan 14. Maklumat berikut berkaitan dengan Malayan Union. Malayan Union diketuai oleh ketua pentadbir yang dilantik oleh Raja England. Siapakah ketua pentadbir tersebut? A Residen B Gabenor British C Penasihat British D Pesuruhjaya Negeri
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun 81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 15. Antara berikut, yang manakah cara yang digunakan oleh Sir Harold MacMicheal untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu mengenai Malayan Union? I Membuat desakan II Mewujudkan imuniti III Mengekalkan gelaran IV Menggunakan ugutan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Maklumat berikut berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Sultan hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Apakah kesan tersebut? A Memantapkan kuasa politik B Menghakis kuasa Raja-raja Melayu C Menjamin hak istimewa orang Melayu D Mengukuhkan warisan tamadun Melayu 17. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penyerahan Sabah kepada British. Tentera Jepun telah memusnahkan Jesselton, Kudat dan Sandakan sebelum meninggalkan Sabah. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Sabah kekurangan sumber mentah B Sabah kehilangan kawasan pasaran C Sabah mengalami masalah kewangan D Sabah menjadi negeri naungan British 18. Maklumat berikut berkaitan dengan ahli Jawatankuasa Kerja. Terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan pegawai kanan British. Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut? A Mengehadkan kemasukan pekerja asing B Menentukan bidang senarai kuasa negeri C Membincangkan Perlembagaan Rakyat di Tanah Melayu D Membincangkan asas perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 19. Siapakah yang mengetuai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? A Dr. Burhanuddin al-Helmi B Abdul Samad Ismail C Ahmad Boestamam D Shamsiah Fakeh 20. Mengapakah AMCJA bergabung dengan PUTERA? A Menentang Malayan Union B Mengeratkan perpaduan kaum C Memajukan pembangunan ekonomi D Menolak perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 21. Mengapakah British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948? A Menyekat pengaruh komunis B Memudahkan pemberian senjata C Menghalang penubuhan kesatuan sekerja D Membentuk Malayan People’s AntiJapanese Army (MPAJA) 22. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British untuk memenangi hati rakyat. Menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu untuk mewujudkan bangsa yang bersatu. Apakah usaha British tersebut? A Mewujudkan Kampung Baru B Memperkenalkan kad pengenalan C Membawa masuk tentera komanwel D Melonggarkan syarat kewarganegaraan 23. Berapa lamakah tempoh darurat berlaku di negara kita sehingga Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 ditandatangani? A 11 tahun B 12 tahun C 16 tahun D 21 tahun
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 24. Maklumat berikut berkaitan dengan rancangan penempatan Kampung Baru. • Kaum Cina ditempatkan kawasan yang sama. • Kaum lain ditempatkan di kawasan yang lain. Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan antara kaum? A Orang Cina telah menyertai komunis B Orang Melayu tidak boleh tinggal di Kampung Baru C Orang Cina mendominasi penempatan Kampung Baru D Penguasaan komunis terhadap penduduk Kampung Baru 25. Pilih pasangan yang tepat. Parti politik Perjuangan A Hizbul Muslimin “Merdeka” B Independence of Malayan Parti (IMP) “Hidup Melayu” C Parti Se-Tanah Melayu (PAS) “Tanah Melayu untuk Malayan” D Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) “Hidup MelayuMerdeka” 26. Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli. Berlaku rombakan Sistem Ahli apabila beberapa portfolio baharu diwujudkan pada tahun 1954. Antara berikut, yang manakah portfolio baharu tersebut? I Ahli Kesihatan II Ahli Hasil Bumi III Hal Ehwal Ekonomi IV Perumahan dan Kerja Raya A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27. Apakah cadangan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 tersebut? A Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu B Sekolah menengah menggunakan bahasa ibunda C Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Melayu D Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris 28. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama politik di negara kita mulai pertengahan tahun 1940-an. • Pakatan PUTERA-AMCJA • Persidangan Kebangsaan • Konvensyen Kebangsaan • Pembentukan Parti Perikatan Apakah kepentingan kerjasama politik tersebut? A Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu B Pengharaman Parti Komunis Malaya C Pembentukan perpaduan kaum D Pembubaran Malayan Union 29. Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil yang akan membentuk kerajaan. Apakah pilihan raya yang pertama diadakan? A Pilihan raya Perbandaran George Town B Pilihan raya Majlis Bandaran Johor Bharu C Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur D Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutua 30. Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan sebelum pilihan raya. Pihak British dan Parti Perikatan yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman telah bersetuju tentang bilangan ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang dipilih melalui pilihan raya. Berapakah bilangan tersebut? A 52 orang C 50 orang B 48 orang D 60 orang
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun 83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 31. Apakah jawatan Tunku Abdul Rahman setelah mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British? A Senator B Ketua Menteri C Menteri Besar D Perdana Menteri 32. Apakah kepentingan pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan? A Perkongsian kuasa antara kaum B Ketertinggian kedudukan Raja-raja Melayu C British mengiktiraf kedaulatan persekutuan D Negeri-negeri Melayu hilang kuasa pentadbiran 33. Senarai berikut menunjukkan pemimpin yang mengadakan rundingan ke arah kemerdekaan. • H.S. Lee • Tunku Abdul Rahman • Dr. Ismail Abdul Rahman • Dato’ Abdul Razak Hussein Apakah parti yang diwakili oleh tokoh-tokoh tersebut? A Parti Negara B Parti Rakyat C Parti Perikatan D Parti Kebangsaan 34. Siapakah Menteri Besar Perak yang menjadi wakil Raja-raja Melayu? A Abdul Aziz Abdul Majid B Dato’ Haji Wahab Abd Aziz C Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said D Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood 35. Mengapakah Tunku Abdul Rahman menaiki kapal laut ke Karachi? A Menggunakan masa pelayaran untuk berbincang dengan British B Menggunakan masa pelayaran untuk menyusun strategi C Melambatkan masa untuk sampai ke London D Melewatkan masa untuk berfikir panjang 36. Apakah antara perkara yang dituntut perwakilan Tanah Melayu semasa rundingan Tunku Abdul Rahman ke London? A Mengadakan Bantuan Bersama B Menteri Pertahanan daripada kalangan pegawai British C Komanwel akan beri bantuan pertahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu D Menuntut Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu 37. Apakah tindakan Parti Negara untuk menyuarakan hasrat mereka? A Mengadakan kongres B Menulis dalam akhbar C Menganjurkan demonstrasi D Menghantar surat bantahan 38. Siapakah tokoh pejuang kemerdekaan di India? A Rashid Rida B Mahatma Gandhi C Nelson Mandela D Soekarno 39. Apakah lambang kebangsaan yang menjadi identiti diri rakyat? A Sultan B Jata Negara C Jajahan takluk D Undang-undang 40. Apakah ciri Demokrasi Berparlimen? A Parlimen berkuasa melantik Raja B Rakyat berkuasa memilih kerajaan C Raja berkuasa melantik ahli Menteri D Dewan Negara menggubal perlembagaan
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 Kertas 2 Dua jam 30 minit Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. • Kerajaan • Rakyat • Wilayah pengaruh • Lambang kebesaran • X • Y (a) Apakah X dan Y? X: Y: [2 markah] (b) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka di 1(a). [4 markah] (c) Mengapakah rakyat perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan? [4 markah]
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun 85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2. Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah akibat pembentukan pakatan ketenteraan sehingga berlaku ketidakstabilan politik di Eropah. (a) Namakan negara yang terlibat: (i) Pakatan Kuasa Tengah: (ii) Pakatan Bertiga: [2 markah] (b) Selain pakatan ketenteraan, nyatakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 – 1918). [4 markah] (c) Mengapakah peperangan masih berlaku pada abad ini? Beri penjelasan anda. [4 markah] 3. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India. Dalam persidangan tersebut, pengikut komunis digesa supaya memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia. (a) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh komunis bagi melumpuhkan ekonomi di Tanah Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat merupakan salah satu cara yang diambil oleh kerajaan British untuk menangani ancaman komunis. Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan melalui penguatkuasaan Undang-undang Darurat. [3 markah]
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 86 (c) Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku kepada negara jika komunis masih lagi melakukan gerakan bersenjata di negara kita? [4 markah] 4. Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. (a) Nyatakan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (i) (ii) [2 markah] (b) Terangkan gerak kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menggubal perlembagaan di Tanah Melayu. [4 markah] (c) Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi negara dan perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Huraikan kepentingan rakyat menghormati perlembagaan negara. [4 markah]
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun 87 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini. 5. Pada abad ke-20, kemunculan nasionalisme didorong oleh beberapa faktor. (a) Huraikan faktor dari aspek penulisan kreatif dan media cetak yang membawa kemunculan nasionalisme di negara kita. [6 markah] (b) Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Jelaskan kesan tersebut dari aspek politik. [6 markah] (c) Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta graduan sentiasa menyemai semangat patriotisme dengan mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara. Seri Paduka bertitah penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang. Sumber : Berita Harian, 11 Ogos, 2022 Jelaskan mesej dalam petikan tersebut dan kepentingan semangat nasionalisme kepada generasi muda pada hari ini? [8 markah] 6. Pelbagai bentuk bantahan dan penentangan dilakukan oleh masyarakat tempatan untuk menghalang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. (a) Mengapakah berlaku penyerahan Sarawak kepada British? [6 markah] (b) Terangkan bantahan yang dilakukan melalui akhbar dan peletakan jawatan. [6 markah] (c) Berikan cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar dalam generasi hari ini. [8 markah] 7. British menjalankan dasar dekolonisasi sebagai langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya. (a) Jelaskan latar belakang penubuhan Sistem Ahli. [4 markah] (b) Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli. [8 markah]
Sejarah Ting. 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 88 (c) Berikut ialah petikan dari sesi wawancara bersama pakar sejarah, iaitu Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam dan wartawan My Metro. Wartawan : Pada pendapat Prof. apa yang perlu kerajaan lakukan untuk mengatasi isu keharmonian kaum di Malaysia yang semakin terhakis? Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam: Pertama, hormati perlembagaan negara dan terbukti kerajaan hari ini dapat melakukannya. Kedua, jangan cabar perlembagaan kerana perlembagaan punca kuasa undang-undang negara. Ketiga, perlembagaan dan dasar negara perlu didokong berteraskan perlembagaan, perundangan serta keperluan rakyat. Keempat, mengukuhkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam perlembagaan. Disiarkan pada: Ogos 23, 2020 @ 6:35am : My Metro Berdasarkan wawancara tersebut, apakah langkah yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan negara yang harmoni? [8 markah] 8. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. (a) Huraikan syarat untuk menjadi calon pilihan raya pada masa tersebut. [6 markah] (b) Terangkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. [6 markah] (c) Berikan cadangan untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang telus di negara kita. [8 markah] 9. Merdeka bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. (a) Apakah maksud kemerdekaan menurut Sayyid Jamal al-Din al-Afghani? [6 markah] (b) Jelaskan kesan kemerdekaan terhadap negara kita dari aspek: (i) Politik [3 markah] (ii) Sosial [3 markah] (c) Mengapakah kemerdekaan negara kita perlu dikekalkan? Jelaskan. [8 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis 1 Warisan Negara Bangsa Kertas 1 1. A 2. C 3. A 4. B 5. B 6. A 7. D 8. D 9. C 10. A 11. C 12. A 13. A 14. A 15. B 16. D 17. D 18. A 19. D 20. A 21. B 22. C 23. C 24. B 25. B 26. A Kertas 2 Bahagian A 1. (a) F1 Raja F2 Undang-undang F3 Wilayah pengaruh F4 Rakyat [Mak. 3m] (b) F1 Menjadi tonggak utama kerajaan F2 Kedudukan diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar F3 Memperoleh ketaatan rakyat F4 Ditaati dan dianggap suci F5 Raja Champa dianggap sebagai pemerintah suci F6 Dikaitkan dengan Dewa Siva [Mak. 3m] (c) F1 Raja ialah lambang kedaulatan negara kita F2 Raja ialah ketua negara F3 Undang-undang menjaga keamanan negara kita F4 Undang-undang menjaga keselamatan negara kita F5 Wilayah pengaruh / sempadan memastikan kedaulatan negara kita terpelihara F6 Rakyat yang ramai dapat menjamin kemajuan ekonomi negara kita (Mana-mana jawapan munasabah) [Mak. 4m] 2. (a) F1 Peringkat pusat F2 Peringkat jajahan (b) Peringkat pusat F1 Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat F2 Terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana F3 Bendahara ialah ketua pentadbir F4 Bendahara ialah ketua turus angkatan tentera F5 Bendahara menasihati sultan dalam pelbagai hal F6 Bendahara menjadi pemangku sultan F7 Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur F8 Syahbandar mengutip cukai di pelabuhan F9 Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan F10 Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan F11 Seperti membeli senjata dan membina istana F12 Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka F13 Laksamana ialah panglima angkatan laut Melaka Peringkat jajahan F1 Pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung F2 Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat F3 Pembesar menjaga keamanan kawasan pentadbiran F4 Pembesar mengutip cukai [Mak. 4m] (c) F1 Kecekapan dalam sistem pentadbiran F2 Melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara F3 Memperlihatkan kebijaksanaan pemerintah F4 Dihormati oleh negara lain F5 Memperkukuh perpaduan rakyat F6 Mewujudkan kesejahteraan rakyat (Mana-mana jawapan munasabah) [Mak. 4m] 3. (a) F1 Perjanjian yang dilakukan oleh golongan diperintah dengan golongan pemerintah F2 Hubungkait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka (b) F1 Menunjukkan taat setia kepada pemerintah F2 Mematuhi segala arahan pemerintah F3 Tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah F4 Menjadi tentera F5 Menghadiri majlis umum seperti gotongroyong F6 Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang F7 Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan [Mak. 4m] Jawapan
KSSM Tingkatan 4 SPM Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC064064 ISBN: 978-629-470-308-7 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Format Peperiksaan SPM Sejarah (1249) SEJARAH Perkara Kertas 1 Kertas 2 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian • Objektif aneka pilihan • Subjektif respons terhad • Subjektif respons terbuka 40 soalan (Jawab semua soalan) 40 markah Ujian bertulis Ujian bertulis 1 jam Bahagian A • 4 soalan respons terhad (40 markah) (Jawab semua soalan) Bahagian B • 5 soalan respons terbuka (60 markah) (Jawab tiga soalan) 100 markah 2 jam 30 minit PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks 4 Tingkatan FC064064 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM SEJARAH