SEMESTER1 GEOGRAFIKertas 1 (942/1)Kertas ModelSTPMSKORPELANGI BESTSELLER■ Linda Yip Soon Liang■ Rosnah Haji Salleh• 8Set Kertas Model STPM• Jawapan LengkapBerdasarkan Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026
STPM Geografi 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.GEOGRAFI942/1(2 Jam 15 Minit)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATION)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6 dalam Bahagian B.Jawab sama ada soalan 7 atau soalan 8 dalam Bahagian C.Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian BBahagian CJumlahKertas 1Kertas ModelSTPM 1
KERTAS MODEL STPM 1 942/1© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 STPM GeografiBahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia[40 markah]Jawab semua soalan.1.Berdasarkan rajah di atas,(a) apakah punca tenaga yang menyebabkan berlaku kejadian tersebut? [1](b) namakan proses geomorfologi yang menghasilkan kejadian di atas, [1](c) mengapakah kejadian di atas berlaku? Jelaskan dua sebab tersebut. [4](i)(ii)
942/1 KERTAS MODEL STPM 1STPM Geografi 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.(d) huraikan dua langkah pemeliharaan untuk mengurangkan berlakunya kejadian tersebut. [4](i)(ii)2. Peringkat IIIPeringkat IIPeringkat IAwan kumulonimbusterbentuk Awan kumulusberkembangUdara panasnaikPerolakan bermulaArus perolakanudara024Permukaan BumiHujanlebatKilatpetirKetinggian (km)Takat suhu (mengembum)(Garis pemeluwapan)Berdasarkan rajah di atas,(a) namakan jenis hujan yang akan terbentuk, [1](b) nyatakan dua syarat pembentukan hujan tersebut, [2](i)(ii)
KERTAS MODEL STPM 1 942/1© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 STPM Geografi(c) bagaimanakah terjadinya proses pembentukan hujan pada soalan (a)? [3](d) jelaskan dua kesan kejadian hujan lebat secara berterusan terhadap alam sekitar fizikal. [4](i)(ii)3.“Kadar kematian pada suku tahun ketiga Malaysia bagi tahun 2022 menunjukkan penurunan sebanyak 31.7 peratus dengan 50 276 kematian berbanding 73 606 kematian pada suku tahun ketiga bagi tahun 2021.”Sumber: relavan.com.my.(a) Berdasarkan pernyataan di atas, tunjukkan pengiraan bilangan penurunan kematian antara tahun 2021 dengan 2022. [2](b) Mengapakah berlaku kadar kematian menurun pada tahun 2021 dan 2022 di Malaysia? [4](i)(ii)
942/1 KERTAS MODEL STPM 1STPM Geografi 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.(c) Dengan kadar kematian yang menunjukkan penurunan sebanyak 31.7%, huraikan kesannya terhadap ekonomi Malaysia. [4](i)(ii)4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman? [2](b) Huraikan dua faktor yang menggalakkan migrasi antara bandar ke bandar di Malaysia. [4](i)(ii)(c) Jelaskan dua kesan negatif migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar di Malaysia terhadap kawasan luar bandar. [4](i)(ii)
KERTAS MODEL STPM 1 942/1© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 STPM GeografiBahagian B: Alam Sekitar Fizikal[25 markah]Jawab satu soalan sahaja.5.Peningkatan gas rumah hijau semakin membimbangkan. Keadaan ini merunsingkan ramai pihak, terutamanya pencinta alam sekitar. Suhu bumi kian meningkat dari hari ke hari. Pelbagai fenomena alam yang berlaku pada masa kini dikaitkan dengan pertambahan gas rumah hijau di ruang udara bumi.Berdasarkan pernyataan di atas,(a) jelaskan kebenaran aktiviti manusia telah menyebabkan peningkatan kepekatan gas rumah hijau di ruang atmosfera. [12](b) bincangkan enam kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal. [13]6.Berdasarkan foto di atas,(a) huraikan enam kesan aktiviti manusia yang boleh mengganggu keseimbangan ekosistem hutan hujan tropika. [12](b) bincangkan enam langkah yang dapat mengurangkan ketidakseimbangan ekosistem hutan hujan tropika. [13]
942/1 KERTAS MODEL STPM 1STPM Geografi 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Bahagian C: Alam Sekitar Manusia[25 markah]Jawab satu soalan sahaja.7. (a) Bincangkan faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. [13](b) Bagaimanakah penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikal? [12]8. Jadual di bawah menunjukkan migrasi penduduk dari luar negara ke Johor mengikut negara terpilih pada tahun 2024.Negara asal Bilangan (orang)Singapura 615 327Indonesia 532 275Filipina 89 200Berdasarkan jadual di atas,(a) lukis peta aliran yang menunjukkan bilangan migrasi penduduk dari negara terpilih masuk ke Johor pada tahun 2024 pada peta yang disediakan. [12](b) bincangkan enam kesan migrasi masuk terhadap ekonomi negeri Johor. [13]
KERTAS MODEL STPM 1 942/1© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 STPM GeografiPetaJika peta ini digunakan untuk menjawab sesuatu soalan, peta ini mestilah diserahkan bersama-sama dengan kertas jawapan anda.No. kad pengenalan: No. pusat/angka giliran: U
J – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Kertas Model 1Bahagian ASoalan 1(a) Tenaga eksogenik [1](b) Proses hakisan [1](c) (i) Aktiviti pembinaan, pembinaan bangunan menyebabkan tanah menjadi longgar dan mudah berlaku hakisan. [2](ii) Kekurangan pokok, tiada halangan ombak. Tenaga ombak menjadi kuat kerana tiada akar pokok memegang tanah di pinggir pantai. [2](d) (i) Kuat kuasa undang-udang, akta sedia ada perlu dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan lebih telus tanpa melihat kepentingan individu tertentu. [2](ii) Kawalan dan pemantauan berjadual dan berkala dilakukan secara betul dan bertanggungjawab serta bebas daripada rasuah. [2]Soalan 2(a) Hujan perolakan [1](b) (i) Kehadiran matahari, suhu yang tinggi [1](ii) Kehadiran badan air akan melembapkan udara [1](c) Berlaku proses sejatan, kehadiran matahari menyebabkan berlaku proses sejatan terhadap badan air. Perbezaan tekanan udara, tekanan udara di permukaan bumi lebih tinggi dari ruang atmosfera menyebabkan wap air naik ke atas. Proses pemeluwapan berlaku akan membentuk awan dan menurunkan hujan. [3](d) (i) Permukaan bumi dipenuhi air, berlaku kejadian banjir terutama di kawasan rendah. [2](ii) Tanah cerun bukit tepu dengan air hujan menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit. [2]Soalan 3(a) 73 606 orang – 50 276 orang = 23 330 orang [2](b) (i) Kempen gaya hidup sihat melalui media sosial iaitu siaran TV, radio, ataulaman web, seperti kempen anti merokok, bersenam, amalan pemakanan yang sihat, dan kurangkan penggunaan gula. Kempen ini akan meningkatkan kesedaran rakyat supaya dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan amalan gaya hidup yang sihat. [2](ii) Kemajuan teknologi rawatan di hospital kerajaan dan swasta membolehkan pelbagai penyakit kronik dapat dirawat dengan segera. Misalnya, peralatan perubatan yang canggih seperti alat mesin hemodialisis, MRI dan CT scan memudahkan rawatan perubatan menjadi lebih berkesan. [2](c) (i) Jangka hayat rakyat dipanjangkan, kos perbelanjaan kerajaan terhadap penyediaan kemudahan infrastruktur bertambah seperti kemudahan perubatan dan rumah orang tua. Maka, tanggungan kewangan kerajaan meningkat untuk menanggung kos perbelanjaan penyediaan kemudahan infrastruktur. [2](ii) Warga tua bertambah ramai, bayaran pencen kepada para pesara juga bertambah. Maka, mereka akan menjadi bebanan kepada kerajaan untuk pembayaran pencen. [2]Soalan 4(a) Pergerakan manusia atau perpindahan seorang atau sekumpulan penduduk dari satu tempat ke tempat lain dalam negara mengikut ruang dan masa untuk menetap di kawasan baru dalam jangka masa yang tertentu. [2](b) (i) Kadar upah buruh yang tinggi menggalakkan berlaku migrasi antara bandar khasnya JAWAPAN
Geografi STPM Jawapan© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J – 2jenis pekerjaan yang profesional seperti pensyarah, peguam, pengurus syarikat dan akauntan. Golongan profesional diupah dengan gaji yang tinggi akan menggalakkan perpindahan penduduk bandar berpindah ke bandar kerana menawarkan gaji yang lebih lumayan. [2](ii) Dasar kerajaan membina pusat pentadbiran baru menyebabkan migrasi dari bandar ke bandar berlaku. Pembinaan bandar baru menggalakkan perpindahan penduduk antara bandar. Misalnya, perpindahan pusat pentadbiran kerajaan dari Damansara ke Putrajaya. [2](c) (i) Kawasan luar bandar akan mengalami kekurangan tenaga buruh untuk pembangunan sektor pertanian. Akibatnya banyak tanah pertanian terbiar. Hasil keluaran pertanian juga merosot. Maka, pendapatan penduduk luar bandar juga menjadi rendah. Kadar kemiskinan akan meningkat dalam kalangan penduduk luar bandar. [2](ii) Luar bandar akan menghadapi ketidakseimbangan struktur umur dan jantina di kawasan luar bandar kerana masalah kekurangan kumpulan umur muda atau dewasa berhijrah ke bandar. Golongan yang produktif ini akan berpindah ke bandar menyebabkan pembangunan luar bandar menjadi lambat atau terjejas kerana kekurangan tenaga kerja. [2]Bahagian BSoalan 5(a) Aktiviti perindustrian. Pembakaran bahan api fosil menggunakan arang batu untuk menggerakkan jentera dan mesin kilang terutama industri berat seperti industri besi keluli.Aktiviti penjanaan tenaga elektrik. Tenaga ini dijana menggunakan bahan api fosil menggunakan petroleum dan gas asli hasil elektrik terma contohnya loji tenaga elektrik terma di Paka, Terengganu dan Bintulu, Sarawak.Aktiviti pengangkutan. Karbon monoksida dan karbon dioksida dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Peningkatan jumlah kenderaan semakin banyak hasil daripada peningkatan jumlah penduduk, petroleum diperlukan untuk menggerakkan enjin kenderaan bermotor.Aktiviti pembalakan. Banyak pokok kayu ditebang secara haram dan tanpa kawalan memenuhi keperluan penduduk seperti membuat perabot dan bahan binaan. Tiada tumbuhan yang boleh menyerap karbon dioksida secara semula jadi semasa proses fotosintesis.Aktiviti pertanian. Hutan semula jadi ditebang tanpa kawalan dan berleluasa. Pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getah menyebabkan kurang tumbuhan semula jadi untuk menyerap karbon dioksida.Aktiviti pelancongan. Tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi dan pinggir laut ditebang untuk didirikan hotel dan taman rekreasi bagi menarik pelancong menyebabkan kurang tumbuhan semula jadi untuk menyerap karbon dioksida. [12](b) Paras air laut meningkat akibat pencairan salji di kawasan kutub, kawasan rendah di pinggir pantai akan tenggelam.Hakisan pinggir pantai meningkat. Keluasan laut makin bertambah akan menghasilkan ombak besar dan limpahan air menghakis pinggir pantai.Jumlah hujan berkurangan. Kekurangan badan air, proses sejatan kurang dan pemeluwapan tidak berlaku. Awan kumulonimbus tidak terbentuk bagi menurunkan hujan.Tekanan udara rendah. Banyak berlaku kejadian ribut, udara bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah.Udara panas dan kering. Wap air tiada atau kurang untuk membentuk kelembapan dalam udara, hujan tiada atau kurang menyebabkan suhu meningkat dan udara dipenuhi jerebu. Habitat flora dan fauna musnah. Kebakaranhutan secara semula jadi berlaku. Hutan merupakan habitat semula jadi haiwan dan mereka terpaksa lari ke tempat lain mencari habitat yang baru.Kesimpulannya, sistem bumi seperti litosfera, hidrosfera, atmosfera dan biosfera telah terganggu. Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar fizikal, malah turutmemberi kesan kepada alam sekitar manusia, kerana mengganggu aktiviti harian manusia. [13]
Geografi STPM JawapanJ – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Soalan 6(a) Kawasan hutan asal diganti dengan tumbuhan sekunder. Pembukaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian dan pembinaan jalan raya menyebabkan hutan asal terpaksa ditebang. Dalam jangka singkat tumbuhan asal boleh diganti dengan hutan sekunder seperti ditumbuhi dengan pokok lalang dan pohon seduduk sehingga mengganggu keseimbangan hutan semula jadi.Hutan hujan tropika kehilangan biodiversiti. Pembukaan kawasan pertanian, terutamanya pertanian komersial seperti kelapa sawit dan getah, memerlukan pembukaan hutan yang luas, yang mengakibatkan kehilangan pelbagai spesies flora dan fauna yang menjadi penghunihutan tersebut.Kejadian tanah runtuh. Hutan ditebang untuk tujuan pembalakan dan pembinaan lebuhraya menyebabkan kehilangan peranan akar tumbuhan untuk memegang tanah di cerun bukit. Akhirnya ekosistem hutan di kawasan itu terganggu, flora dan fauna yang ada di situakan tertimbus dan musnah.Peranan tumbuhan sebagai pengeluar di dalam ekosistem akan terganggu. Pembalakan, pembinaan jalan raya, dan pembakaran hutan telah menyebabkan hutan ditebang dan dibakar tanpa kawalan. Akhirnya rantaian makanan dalam ekosistem hutan terganggu, ketiadaan tumbuhan menyebabkan pengguna primer kehilangan sumber makanan.Berlaku peningkatan suhu setempat. Kawasan hutan yang diterokai oleh aktiviti manusia sepeti penebangan dan pembakaran hutan yang tidak terkawal. Peningkatan suhu ini boleh menyebabkan haiwan yang menjadi sebahagian ekosistem lari ke kawasan lain untuk mencari habitat baru. Tumbuhan pula banyak yang mati disebabkan terbakar semasa kebakaan hutan. Ketiadaan tumbuhan dan haiwan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem hutan.Hakisan tanah terjadi menyebabkan tanah tidak subur dan tandus. Keadaan di atas disebabkan oleh aktiviti pembalakan tanpa kawalan dan tiada usaha untuk menanam semula pokok. Akhirnya keseimbangan ekosistem hutan akan terganggu dan musnah akibat permukaan tanah yang terdedah dan terhakis terlalu lama. [12](b) Menjalankan dan melaksanakan kuat kuasa undang-undang melalui akta yang sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 ada dinyatakan denda yang lebih tinggi atau didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Melaksanakan dan menguatkuasakan denda atau saman terhadap pesalah alam sekitar yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi kepentingan diri sendiri.Melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap sesuatu projek oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya segalanya berjalan di bawah pengawasan yang betul dan baik.Kempen alam sekitar untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan alam sekitar dilaksanakan oleh pihak kerajaan, NGO dan individu yang mencintai alam sekitar. Contoh kempen yang sering kita dengar adalah ‘Kempen Menanam 1 Juta Pokok’.Penanaman semula hutan yang telah dimusnahkan diwajibkan tanam semula setiap pokok yang ditebang di kawasan pembalakan yang sama supaya bekalan kayu balak berterusan.Langkah kejuruteraan atau pembinaan struktur yang kukuh bagi mengurangkan kesan proses fizikal di kawasan yang diterokai, cerunbukit yang ditarah dan dipotong untuk tujuan pembinaan.Langkah-langkah tersebut merupakan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan untuk menimbulkan sikap tanggungjawab dalam kalangan pengusaha projek tertentu. [13]Bahagian CSoalan 7(a) Faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia adalah tahap pendidikan seseorang. Tahap pendidikan yang tinggi merujuk kepada seorang pekerja mempunyai tahap kelulusan akademik atau ikhtisas dari institusi pengajian tinggi. Kelulusan akademik yang tinggi dapat meningkatkan kadar celik huruf dan celik ICT tinggi. Maka, kerajaan harus membina lebih
JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Pengajian Am Bahasa Melayu Geografi Sejarah Ekonomi Pengajian PerniagaanKertas ModelSTPMSKORSEMESTER1Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaDapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalamGEOGRAFIKertas 1 (942/1)Skema Pentaksiran STPMSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester1942/1Geografi 1Ujian Bertulis 90(32.14%)2 jam15 minitPentaksiran berpusatBahagian A: Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaSoalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalan40Bahagian B: Alam Sekitar FizikalSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25Bahagian C: Alam Sekitar ManusiaSoalan esei2 soalan diberikanJawab 1 daripada 2 soalan25W.M: RM10.65 / E.M: RM10.95AAMTGE2675009A1ISBN: 978-629-498-674-9