The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM34.95 (WM)
RM35.95 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-08-13 01:02:25

Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM34.95 (WM)
RM35.95 (EM)

Format: 190mm X 260mm Extent= 320 pgs (15.9 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp


PRA-U PELANGI BESTSELLER
TeksSTPM Penggal 1 ditulis berdasarkan PRA-U
R60% PRA-U Teks STPM Ekonomi CC039082a

sukatan pelajaran terbaharu Sejarah
Ekonomi STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Mikroekonomi) Sejarah STPM Kertas 1 sebagai
rujukan.

PENGGAL 1 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Ekonomi

› Success with MUET
› MUET My Way


CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Penggal 1, 2, & 3 (Mikroekonomi)
› Bahasa Melayu Penggal 1, 2, & 3
› Biology Term 1, 2, & 3
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Term 1, 2, & 3

■ Peta Konsep › Chemistry Term 1, 2, & 3 Mohamad Shukri Seman
■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Term 1, 2, & 3 Che Ros Zainol 1
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Penggal 1, 2, & 3
Petunjuk STPM › Geografi Penggal 1, 2, & 3 Ekonomi PENGGAL

■ Rumusan › Ekonomi Penggal 1, 2, & 3
› Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Penggal 1

■ Jawapan Lengkap
■ Glosari


PENGGAL
1



Dapatkan
versi
eBook!




1




W.M: RM34.95 / E.M: RM35.95
CC039082a
ISBN: 978-967-2856-91-7


PELANGI




26/07/2021 7:04 PM
CVR_PreU_STPM_2021 Ekonomi (Penggal 1).indd 1-3
CVR_PreU_STPM_2021 Ekonomi (Penggal 1).indd 1-3 26/07/2021 7:04 PM

KANDUNGAN









Bab 2.5.2 Keanjalan Permintaan Silang 99
1 Pengenalan 1 2.5.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan 103
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
2.5.4 Faktor yang Mempengaruhi
1.1 Definisi Ilmu Ekonomi 2 Keanjalan Permintaan Harga 108
1.2 Sumber Ekonomi (faktor pengeluaran) 3 2.6 Keanjalan Penawaran 110
1.3 Kehendak Manusia 6 2.6.1 Faktor yang Mempengaruhi
1.4 Masalah Asas Ekonomi 9 Keanjalan Penawaran 116
1.5 Keluk Kemungkinan Pengeluaran 12 2.7 Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran 118
1.6 Sistem Ekonomi 23 Rumusan 131
1.6.1 Ekonomi Pasaran Bebas, Praktis STPM 2 135
Ekonomi Perancangan Pusat, QQ2 140
Ekonomi Campuran, dan
Ekonomi Islam 23
1.6.2 Pasaran dan Penyelesaian Masalah
Asas Ekonomi 26 Bab Teori Pengeluaran dan Kos 141
3
Pengeluaran
Rumusan 31 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Praktis STPM 1 31 3.1 Firma dan Industri 142
QQ1 35 3.2 Fungsi Pengeluaran 143

3.2.1 Fungsi Pengeluaran Satu Input
Berubah 145
3.3 Kos Pengeluaran 151
Bab
2 Pasaran Barang dan Harga 36 3.3.1 Kos Pengeluaran Jangka Pendek 151
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
3.3.2 Kos Pengeluaran Jangka Panjang 166
2.1 Permintaan 37 3.4 Ekonomi Bidangan dan
2.1.1 Faktor yang Mempengaruhi Tak Ekonomi Bidangan 169
Permintaan 43 Rumusan 178
2.2 Penawaran 52 Praktis STPM 3 181
2.2.1 Faktor yang Mempengaruhi QQ3 185
Penawaran 59
2.3 Keseimbangan Pasaran 66
2.3.1 Penentuan Keseimbangan 66 Bab Struktur Pasaran, Penentuan
186
Harga, dan Output
2.3.2 Perubahan Keseimbangan 69 4 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
2.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar 83 4.1 Konsep Hasil dan Untung 187
2.5 Keanjalan Permintaan 88
2.5.1 Keanjalan Permintaan Harga 88 4.2 Struktur Pasaran 189









vii





00c Kand STPM.indd 7 3/27/18 4:30 PM

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM
4.3 Pasaran Persaingan Sempurna 189 Bab
4.3.1 Penentuan Output Firma 5 Pasaran Faktor dan Agihan 236
Jangka Pendek 191 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
4.3.2 Penentuan Keseimbangan 5.1 Permintaan dan Penawaran Faktor
Jangka Panjang 201 Pengeluaran 237
4.4 Pasaran Monopoli 204 5.2 Upah 248
4.4.1 Penentuan Output Keseimbangan 206 5.2.1 Penentuan Tingkat Upah 249
4.4.2 Monopoli Semula Jadi 213 5.2.2 Kesatuan Sekerja 255
4.4.3 Perbandingan antara Pasaran 5.3 Sewa, Kadar Bunga, dan Untung 262
Persaingan Sempurna dengan Rumusan 270
Pasaran Monopoli 214 Praktis STPM 5 271
4.4.4 Dasar Kawalan Monopoli 215 QQ5 275
4.5 Pasaran Persaingan Bermonopoli 217
4.5.1 Penentuan Output Keseimbangan 219 Kertas Model STPM (944/1) 276
4.5.2 Persaingan Bukan Harga 224
Rumusan 228 Jawapan 281
Praktis STPM 4 229
QQ4 235 Glosari 306

















































viii





00c Kand STPM.indd 8 3/27/18 4:30 PM

BAB
1 PENGENALAN












PENGENALAN

Masalah kekurangan sumber ekonomi berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
merupakan punca utama kajian ilmu ekonomi. Sumber ekonomi yang terhad terdiri daripada tanah,
buruh, modal, dan usahawan. Sumber-sumber ini adalah diperlukan untuk mengeluarkan pelbagai
jenis barangan. Masalah kekurangan sumber ekonomi telah menyebabkan manusia terpaksa membuat
pilihan dan menghadapi masalah kos lepas. Selain itu, manusia juga perlu menyelesaikan masalah
asas ekonomi yang terdiri daripada apa dan berapa, bagaimana, dan untuk siapa sesuatu barang
dikeluarkan. Keluk kemungkinan pengeluaran telah diperkenalkan untuk menjelaskan masalah-
masalah tersebut. Sistem ekonomi di dunia ini terdiri daripada sistem ekonomi pasaran bebas, sistem
ekonomi perancangan pusat, sistem ekonomi campuran, dan sistem ekonomi Islam. Bab ini telah
memberi tumpuan kepada sistem ekonomi pasaran bebas dengan menjelaskan bagaimana sistem
pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi, kebaikan dan kelemahannya, serta perlunya campur
tangan kerajaan dalam sistem ini.






Peta Konsep




PENGENALAN







Definisi Ilmu Sumber Kehendak
Ekonomi Ekonomi Manusia








Masalah Asas Keluk Sistem
Ekonomi Kemungkinan Ekonomi
Pengeluaran













01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 1 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

’12 / ’18 1.1 Definisi Ilmu Ekonomi
BAB Hasil Pembelajaran
1 1 Ilmu ekonomi wujud akibat daripada kehendak manusia yang tidak
Mentakrifkan ilmu ekonomi.
terhad tetapi sumber ekonomi yang sedia ada adalah terhad.
2 Pada peringkat awalnya, ilmu ekonomi adalah berkaitan dengan
kegiatan isi rumah yang menggunakan pendapatannya yang terhad
bagi memenuhi kehendaknya yang tidak terhad.
Galeri Info
Definisi ekonomi klasik: 3 Berikutan dengan perkembangan masa dan kemajuan ekonomi, kini
ekonomi ialah satu bidang ilmu ekonomi tidak lagi terhad kepada kegiatan isi rumah sahaja, skop
sains kekayaan. dan bidang ekonomi telah berkembang dan merangkumi kegiatan yang
Definisi ekonomi neo-klasik:
ekonomi ialah satu bidang dilakukan oleh masyarakat dalam sesebuah negara dan di luar negara.
sains kebajikan.
Definisi ekonomi moden: 4 Ilmu ekonomi mengkaji gelagat individu, isi rumah, firma, dan kerajaan
ekonomi ialah satu bidang dalam kegiatan penggunaan, pengeluaran, dan pengagihan faktor
sains sosial yang mengkaji pengeluaran yang terhad, dengan membuat pilihan yang terbaik atau
tingkah laku manusia dalam
menghadapi masalah paling cekap untuk memenuhi kehendaknya yang tidak terbatas.
kekurangan dan pilihan.
5 Oleh itu, ilmu ekonomi ialah suatu bidang sains sosial yang mengkaji
bagaimana sumber ekonomi yang terhad digunakan bagi memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad.
6 Sumber ekonomi yang terhad adalah merujuk kepada sumber ekonomi
yang ada tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia secara serentak.
7 Ini bermakna apabila sumber ekonomi telah digunakan untuk mengeluarkan
’11 / ’14
sesuatu barang, maka sumber tersebut tidak dapat digunakan untuk
mengeluarkan barang lain. Maka masyarakat perlu membuat pilihan yang
terbaik dan paling cekap dalam menggunakan sumber tersebut.

Perbezaan antara Mikroekonomi dengan Makroekonomi
Hasil Pembelajaran
1 Pengajian ilmu ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu mikroekonomi dan
Menggariskan perbezaan
antara mikroekonomi dengan makroekonomi.
makroekonomi.
2 Mikroekonomi mengkaji unit atau bahagian kecil daripada seluruh
kegiatan ekonomi, misalnya gelagat seorang individu (pengguna) atau
’16 sebuah firma (pengeluar) dan sesuatu industri. Manakala makroekonomi
adalah lebih menyeluruh, misalnya mengenai gelagat para pengguna atau
para pengeluar di dalam ekonomi, iaitu membuat kajian ekonomi secara
agregat.

3 Bidang mikroekonomi menjelaskan bagaimana harga barang dan kuantiti
ditentukan dalam pelbagai pasaran dan interaksi antara pembeli dengan
penjual dalam pasaran tersebut. Selain itu, bidang ini juga menjelaskan
pasaran faktor pengeluaran dalam menentukan harga faktor dan kuantiti
Bezakan antara mikroekonomi faktor pengeluaran.
dengan makroekonomi.
4 Bidang makroekonomi pula mengkaji aspek berkaitan dengan pendapatan
negara, pertumbuhan ekonomi, masalah inflasi, pengangguran, dan kajian
lain secara agregat seperti penggunaan, tabungan, dan pelaburan.





2





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 2 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
5 Perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi dapat diringkaskan
dalam Jadual 1.1. BAB
Jadual 1.1 Perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi
1
Aspek Mikroekonomi Makroekonomi
Skop Kecil Besar
Bidang Mengkaji gelagat individu atau Mengkaji kegiatan dan masalah Galeri Info
firma secara tersendiri dan ekonomi yang lebih luas dan Makroekonomi boleh
interaksi antara mereka dalam umum diibaratkan sebagai suatu
pelbagai pasaran
kajian mengenai hutan rimba,
Contoh Menentukan apa, berapa, Meliputi persoalan pendapatan manakala mikroekonomi pula
bagaimana, untuk siapa sesuatu negara, masalah inflasi diibaratkan sebagai suatu
barang dikeluarkan dan pengangguran negara, kajian mengenai sebatang
pertumbuhan ekonomi, pokok.
hubungan luar dan
perdagangan antarabangsa
6 Pembahagian kepada bidang mikroekonomi dan makroekonomi
adalah untuk memudahkan pengajian dibuat. Sebenarnya kedua-dua
bidang ini tidak dapat dipisahkan. Misalnya hasil daripada bidang
kajian makroekonomi dipengaruhi oleh gelagat individu dalam bidang
mikroekonomi dan gelagat individu dalam bidang mikroeknomi pula
dipengaruhi oleh makroekonomi.


1.2 Sumber Ekonomi (faktor Hasil Pembelajaran
pengeluaran) Memerihalkan sumber
ekonomi, iaitu tanah, buruh,
1 Dalam istilah ekonomi, sumber ekonomi dikenal juga sebagai faktor- modal, dan usahawan.
faktor pengeluaran atau input. Faktor-faktor pengeluaran yang terdiri
daripada tanah, buruh, modal, dan usahawan adalah diperlukan oleh firma Empat sumber ekonomi
atau pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. • Tanah
2 Sumber ekonomi adalah bersifat kekurangan, iaitu jumlah sumber • Buruh
• Modal
ekonomi yang ada secara relatif adalah kurang berbanding dengan • Usahawan
kehendak yang tidak terhad.
3 Tanah
(a) Tanah merupakan sumber anugerah alam semula jadi.
(b) Tanah terdiri daripada sumber yang terdapat di permukaan tanah ‘10
seperti hasil hutan, tumbuh-tumbuhan dan yang terkandung di
dalam tanah seperti bahan-bahan galian, petroleum, dan sumber
air.
(c) Antara ciri utama input tanah ialah penawarannya yang terhad
berbanding dengan permintaannya. Ini bererti tanah yang telah
digunakan untuk dijadikan tapak projek perumahan tidak boleh
lagi digunakan untuk tujuan lain.
(d) Tanah dikatakan tidak mempunyai mobiliti tempat, iaitu tanah
tidak boleh bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Tetapi tanah mempunyai mobiliti kegunaan, iaitu tanah boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan. Misalnya tanah boleh digunakan
untuk kegiatan pertanian atau dijadikan tapak pembinaan rumah.




3





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 3 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(e) Nilai tanah bergantung kepada faktor lokasi dan kegunaan tanah
BAB pada masa akan datang.
1 (f) Pulangan kepada tanah adalah dalam bentuk sewa.
4 Buruh
(a) Buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal
dan mental untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
(b) Buruh terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir. Buruh
mahir ialah buruh yang mempunyai kelayakan akademik yang
tinggi dan mempunyai latihan profesional dalam bidang tertentu
misalnya guru, doktor, dan peguam. Manakala buruh tidak mahir
ialah buruh yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang
tinggi dan tidak mempunyai latihan profesional dalam bidang
Mobiliti Buruh tertentu seperti pekerja am dan buruh kasar.
(c) Buruh tidak menanggung sebarang risiko. Ini bermakna buruh
INFO tetap dibayar upah walaupun majikannya mendapat kerugian.
(d) Buruh tidak memikirkan tentang inovasi terutamanya buruh
tidak mahir. Mereka hanya menjalankan kerja yang diatur oleh
majikan. Mereka tidak perlu memikirkan tentang cara bagaimana
untuk meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan.
(e) Ganjaran yang diterima oleh buruh ialah upah. Jumlah upah yang
diterima oleh buruh adalah berbeza bergantung kepada kelayakan
akademik, kemahiran, produktiviti, jumlah jam bekerja, dan
sebagainya.
Galeri Info 5 Modal
(a) Modal merupakan barang ciptaan manusia yang digunakan oleh
Modal merupakan input pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang lain yang dapat
utama dalam kemajuan
ekonomi. menghasilkan pulangan. Ini bermakna modal dapat meninggikan
daya pengeluaran bagi menjana pendapatan kepada pemiliknya.
(b) Modal boleh dibahagikan kepada modal fizikal dan modal sosial.
Modal fizikal meliputi peralatan, jentera, bahan mentah, alat
kelengkapan, dan bangunan kilang yang digunakan dalam proses
pengeluaran.
(c) Modal sosial ialah barang modal yang berfungsi bagi melicinkan
proses pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan. Contohnya
ialah jalan raya, sekolah, hospital, dan lain-lain kemudahan.
(d) Faedah merupakan pulangan kepada pemilik modal.

Petua Pemeriksa 6 Usahawan (Pengusaha)
(a) Usahawan merupakan individu yang menggemblengkan faktor-
Maksud usahawan perlu
diterangkan mengikut faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.
konsep ekonomi dan bukan (b) Usahawan merupakan penggerak utama sesuatu perusahaan.
konsep perniagaan dan Beliau berperanan sebagai pemimpin, perancang, penyelaras,
perdagangan.
dan pengawal sebarang aktiviti pengeluaran firma.
(c) Contoh usahawan ialah kontraktor dan pengarah syarikat.
(d) Usahawan akan menanggung sebarang risiko yang berlaku dalam
perusahaannya. Ini bermakna usahawan akan berhadapan dengan
untung atau rugi firma.
(e) Usahawan juga akan memikirkan serta melakukan kreativiti
dan inovasi. Usahawan akan menjalankan inovasi atas barang

4





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 4 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
dan perkhidmatan agar mutu barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan lebih berkualiti. BAB
(f) Sebagai ganjaran daripada perusahaannya, usahawan akan
menerima untung sebagai pulangan. 1

7 (a) Teknologi bukan sumber ekonomi tetapi teknologi memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi sumber ekonomi.
Teknologi adalah sebagai pemangkin kepada proses pengeluaran.
(b) Misalnya dalam pengeluaran beras, pertemuan benih beras yang
bermutu tinggi oleh MARDI telah menyebabkan keupayaan negara
dalam mengeluarkan beras meningkat.
(c) Ini bererti dengan menggunakan jumlah tanah, buruh, dan modal Bagaimanakah teknologi
yang sama, lebih banyak beras dapat dihasilkan. mempengaruhi sumber
(d) Kesimpulannya, perkembangan dalam teknologi akan membawa ekonomi?
kepada peningkatan daya pengeluaran sumber-sumber ekonomi
dalam proses pengeluaran.
8 Perbezaan antara buruh dengan usahawan
(a) Peranan
(i) Peranan buruh adalah sebagai penyumbang tenaga kerja ‘14, ‘15
dalam sesuatu proses pengeluaran. Mereka tidak boleh
membuat sebarang keputusan ekonomi. Mereka hanya
menurut arahan untuk menjalankan sesuatu kerja.
(ii) Sebaliknya peranan usahawan adalah menggabungkan semua
input dalam proses pengeluaran sesuatu barang. Usahawan
menjadi penggerak utama bagi memastikan firma sentiasa
cekap dalam pengeluarannya.
(b) Penanggung risiko
(i) Buruh tidak menanggung sebarang risiko perniagaan
kerana buruh tetap menerima upah tanpa mengira firmanya
mendapat untung ataupun tidak.
(ii) Sebaliknya usahawan perlu menanggung semua risiko
perniagaannya.
(c) Inovasi
(i) Inovasi ialah suatu reka cipta baru dalam teknik pengeluaran.
Hal ini sangat penting dalam usaha untuk meninggikan
daya saing firma. Oleh itu, seorang usahawan mestilah Jelaskan dua perbezaan antara
memikirkan persoalan ini sewajarnya. buruh dengan usahawan.
(ii) Sesungguhnya inovasi yang terjadi dapat menghasilkan
keluaran yang lebih berkualiti, yang dapat meningkatkan
kepuasan pengguna. Dengan demikian, keuntungan firma
semakin meningkat.
(iii) Walau bagaimanapun, sebagai seorang pekerja, buruh
tidak perlu memikirkan inovasi kerana buruh tidak
menghadapi sebarang persaingan dengan firma-firma lain.
(d) Ganjaran
(i) Upah adalah ganjaran yang diterima oleh buruh kerana
sumbangan tenaga mental dan fizikalnya dalam proses
pengeluaran sesuatu barang.




5





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 5 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(ii) Upah yang diterima oleh buruh boleh berbentuk upah wang
BAB atau upah bukan wang dan upah ini tidak dipengaruhi oleh
risiko.
1 (iii) Sebaliknya, usahawan akan menerima untung sebagai
ganjaran kerana kesanggupannya menanggung semua
risiko perniagaan. Semakin tinggi risiko yang ditanggung,
semakin banyak keuntungan yang dijangka akan diperoleh
dan sebaliknya semakin rendah risiko yang ditanggung,
semakin sedikit keuntungan yang dijangka akan diperoleh.



Hasil Pembelajaran 1.3 Kehendak Barang
Memerihalkan barang
(termasuk perkhidmatan) Pengelasan Barang dan Perkhidmatan
berdasarkan
• barang percuma dan 1 Dalam ekonomi, barangan merujuk kepada barang-barang dan
barang ekonomi perkhidmatan yang dihasilkan dalam aktiviti pengeluaran.
• barang awam dan barang
persendirian 2 Pelbagai jenis barangan telah dihasilkan untuk memenuhi kehendak
• barang modal, barang manusia.
perantaraan, dan barang 3 Barangan tersebut dapat dibahagikan kepada
pengguna.
(a) barang percuma dan barang ekonomi
(b) barang awam dan barang persendirian
(c) barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna
4 Walau bagaimanapun, secara teori semua barang-barang tersebut dapat
digolongkan kepada dua jenis sahaja, iaitu barang percuma dan barang
ekonomi.
Barang Percuma dan Barang Ekonomi
’12
1 Barang percuma
(a) Barang percuma merupakan barang anugerah alam semula jadi
yang boleh diperoleh tanpa melibatkan kos.
(b) Oleh itu, barang percuma boleh digunakan tanpa sebarang
bayaran kerana tidak mempunyai harga sebagai ukuran nilainya.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna barang percuma tidak
mempunyai nilai. Contoh barang percuma ialah udara, cahaya
matahari, dan air hujan.
(c) Penawaran barang percuma tidak terhad. Dengan ini, barang
percuma tidak bersifat kekurangan, maka kos lepas bagi barang
percuma adalah sifar.
(d) Dalam konteks ekonomi, hadiah yang kita dapat secara percuma
itu bukanlah suatu barang percuma, tetapi merupakan barang
ekonomi.
(e) Akibat pencemaran dan pembangunan, barang percuma yang
penting dalam kehidupan kita semakin sukar diperoleh. Pada
suatu masa akan datang barang percuma akan bertukar menjadi
Setujukah anda udara adalah barang ekonomi.
barang percuma yang boleh 2 Barang ekonomi
digunakan oleh kita selama-
lamanya? Beri alasan. (a) Barang ekonomi ialah barang yang penawarannya terhad dan
mempunyai kos lepas untuk mendapatkannya. Contoh barang
ekonomi ialah pakaian, makanan, dan komputer.



6





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 6 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(b) Barang ekonomi dikeluarkan oleh firma, maka barang ekonomi
melibatkan kos pengeluaran. Justeru itu, barang ekonomi BAB
mempunyai harga yang tertentu dan pengguna haruslah Apakah yang dimaksudkan
dengan barang ekonomi?
membayar sebelum barang itu boleh digunakan. 1
(c) Penawaran barang ekonomi adalah terhad. Dengan ini, barang
ekonomi adalah bersifat kekurangan berbanding dengan
permintaannya. Atas sebab itulah maka barang ekonomi
mempunyai kos lepas.
(d) Harus diingat bahawa semua barang selain barang percuma ialah
barang ekonomi. Ini termasuklah barang awam, barang persendirian,
barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna.
Barang Awam dan Barang Persendirian
1 Barang awam
(a) Barang awam ialah barang yang disediakan oleh pihak kerajaan
dan boleh digunakan oleh semua orang dalam masyarakat tanpa
kekecualian. Ini bermakna tiada siapa yang boleh menghalang
orang lain daripada menggunakan barang awam.
(b) Penawaran barang awam adalah terhad dan pengeluarannya
melibatkan kos pengeluaran.
(c) Barang awam juga melibatkan kos lepas. Bagi mengeluarkan
sesuatu barang awam, dengan sumber yang terhad, barang lain
tidak boleh dikeluarkan dan terpaksa dilepaskan.
(d) Penyediaan barang awam dibiayai melalui kutipan cukai daripada
masyarakat.
(e) Jika barang awam dikenakan harga, maka harganya sangat murah.
(f) Pengeluaran barang awam adalah untuk memberi kebajikan kepada
masyarakat dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan.
(g) Contoh barang awam ialah jalan raya, hentian bas, sekolah,
hospital, dan sebagainya.

2 Barang persendirian
(a) Barang persendirian ialah barang yang dimiliki oleh seseorang
sama ada pengguna atau pengeluar dan mempunyai kekecualian.
Ini bermakna orang yang mampu membayar sahaja dapat
menggunakannya.
(b) Penawaran barang persendirian adalah terhad dan pemilikannya
melibatkan kos dan harga.
(c) Barang persendirian juga melibatkan kos lepas. Bagi mendapatkan
sesuatu barang persendirian, dengan sumber (pendapatan)
tertentu, maka barang lain tidak boleh diperoleh dan terpaksa
dilepaskan.
(d) Penyediaan barang persendirian adalah untuk memberikan
kepuasan maksimum kepada pengguna dan memaksimumkan
keuntungan kepada pengeluar.
(e) Barang persendirian juga terdiri daripada barang pengguna dan
barang modal.
(f) Contoh barang persendirian ialah baju, buku, kereta, rumah, dan
sebagainya.




7





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 7 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Barang Modal, Barang Perantaraan, dan Barang Pengguna
BAB 1 Barang modal (Barang pengeluar)
1 (a) Barang modal ialah barang siap yang telah dikeluarkan dan
digunakan untuk mengeluarkan barang lain yang boleh
menghasilkan pendapatan. Oleh itu, barang modal juga dikenal
sebagai barang pengeluar.
(b) Contoh barang modal ialah jentera, peralatan, dan bangunan kilang
yang tidak berubah bentuk fizikalnya dalam proses pengeluaran.
(c) Barang modal adalah berbeza dengan barang pengguna. Contohnya,
sebuah kereta merupakan barang modal jika kereta itu digunakan
sebagai sebuah teksi, sebaliknya jika kereta dibeli untuk kegunaan
persendirian, kereta itu dikenal sebagai barang pengguna.
2 Barang perantaraan
(a) Barang perantaraan ialah barang yang digunakan sebagai input
untuk mengeluarkan barang pengguna (barang akhir). Contohnya,
gula digunakan sebagai input untuk mengeluarkan jus buah-buahan.
(b) Sesungguhnya permintaan terhadap barang perantaraan dikenal
sebagai permintaan berkait, iaitu berkait dengan permintaan
terhadap barang akhir yang hendak dikeluarkan. Contohnya,
Jelaskan maksud setiap barang permintaan tepung adalah bergantung kepada jumlah kuih yang
berikut dengan memberikan dikeluarkan dan dijual kepada pengguna akhir.
dua contoh untuk setiap jenis 3 Barang pengguna (Barang akhir)
barang tersebut.
(a) Barang modal (a) Barang pengguna ialah barang akhir atau barang siap yang dibeli
(b) Barang perantaraan oleh pengguna. Barang pengguna dapat digunakan terus sebaik
(c) Barang pengguna sahaja dibeli di pasaran. Contoh barang pengguna ialah buku, baju,
pen, gula, dan makanan yang sudah sedia masak di kedai makanan.
(b) Barang pengguna dapat dibahagikan kepada barang tahan lama
(kereta, peti sejuk, perabot), barang tidak tahan lama (sayur-
sayuran, ikan, daging), dan perkhidmatan (perkhidmatan kesihatan,
hiburan, pengangkutan).

Hasil Pembelajaran Perkaitan antara Faktor Pengeluaran dengan Barang

Menggariskan perkaitan Ekonomi
antara faktor pengeluaran 1 Faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal, dan usahawan adalah
dengan barang ekomomi. diperlukan untuk mengeluarkan barang ekonomi. Misalnya untuk
mengeluarkan sardin, pengeluar (usahawan) memerlukan ikan (tanah),
pekerja (buruh), dan mesin mengetin (modal).
2 Faktor pengeluaran secara relatifnya adalah terhad, maka firma tidak
dapat mengeluarkan semua barang ekonomi yang diminta oleh pengguna.
Misalnya buruh dan mesin yang digunakan untuk mengeluarkan sardin
tidak boleh digunakan untuk proses pengeluaran makanan yang lain
pada masa yang sama.
3 Oleh itu, apabila firma menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran
terhad untuk mengeluarkan sesuatu barang ekonomi, maka faktor
pengeluaran yang tinggal untuk mengeluarkan barang ekonomi yang
lain menjadi kurang. Justeru itu, penawaran barang ekonomi yang lain
menjadi kurang.
4 Kesan daripada faktor pengeluaran adalah terhad, maka firma
menghadapi masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan dalam
pengeluaran barang ekonomi supaya untung dapat dimaksimumkan.

8





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 8 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Konsep Kehendak dan Sumber Ekonomi Hasil Pembelajaran

1 Kehendak dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu untuk Menjelaskan konsep BAB
memiliki barang-barang dan perkhidmatan bagi mencapai kehendak tidak terhad dan 1
kehidupan yang lebih selesa. sumber terhad.
2 Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana apabila suatu kehendak
telah dipenuhi, wujud lagi kehendak yang baharu. Contohnya apabila
seseorang individu telah memiliki sebuah rumah, dia akan mempunyai
keinginan untuk memiliki sebuah kereta baharu.
3 Manusia tidak dapat memenuhi semua kehendaknya kerana
sumber ekonomi adalah terhad. Sumber ekonomi yang terhad tidak
mencukupi untuk menghasilkan semua barang dan perkhidmatan yang
dikehendaki oleh manusia. Sumber ekonomi yang terhad hanya dapat Mengapakah manusia
menghadapi masalah
menghasilkan sebahagian daripada barang-barang dan perkhidmatan kekurangan?
yang dikehendaki oleh manusia.
4 Kesan daripada sumber ekonomi yang terhad, maka individu
menghadapi masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan
supaya kepuasannya dapat dimaksimumkan.


1.4 Masalah Asas Ekonomi ’10 / ’11 / ’15 / ’18

1 Oleh sebab sumber ekonomi terhad tetapi kehendak manusia tidak
terhad, maka timbulnya beberapa masalah ekonomi.
2 Masalah ekonomi terdiri daripada masalah kekurangan, pilihan, dan
kos lepas.
3 Masalah ekonomi berlaku dalam aspek penggunaan barang (di
peringkat isi rumah) dan sumber (di peringkat firma dan kerajaan).
Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas
1 Konsep kekurangan timbul akibat daripada sumber ekonomi adalah Hasil Pembelajaran
terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Oleh Menjelaskan konsep
sebab sumber ekonomi adalah terhad, maka tidak semua kehendak kekurangan, pilihan, dan
manusia dapat dipenuhi sepenuhnya. kos lepas dalam aspek
penggunaan barang dan
(a) Isi rumah menghadapi masalah kekurangan pendapatan wang. sumber.
Oleh itu, isi rumah tidak dapat membeli semua barang dan
perkhidmatan yang dikehendakinya.
(b) Firma menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran.
Oleh itu, firma tidak dapat mengeluarkan semua barang dan
perkhidmatan yang diingini. Konsep kekurangan
(c) Kerajaan menghadapi masalah kekurangan hasil yang boleh • Isi rumah kekurangan
digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan. pendapatan wang.
2 Akibat daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat • Firma kekurangan faktor
pengeluaran.
pilihan. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan keutamaan dan • Kerajaan kekurangan hasil.
matlamat unit-unit ekonomi masing-masing.
(a) Bagi isi rumah, dengan pendapatan wang yang terhad, isi rumah
terpaksa membuat pilihan untuk membeli sesuatu barangan yang
dapat memaksimumkan kepuasannya. Jika buku dapat memberi
kepuasan maksimum berbanding baju, maka isi rumah akan
membeli buku.




9





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 9 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

Matlamat pilihan (b) Manakala bagi firma, dengan faktor pengeluaran yang terhad,
BAB • Isi rumah : memaksimumkan misalnya tanah, firma terpaksa membuat pilihan untuk

kepuasan.
1 • Firma : memaksimumkan mengeluarkan sesuatu barangan yang dapat memaksimumkan
keuntungan. Jika tanaman koko lebih menguntungkan berbanding

keuntungan.
• Kerajaan : memaksimumkan tanaman kelapa, maka tanah tersebut akan ditanam dengan koko.
kebajikan
masyarakat. (c) Bagi kerajaan, dengan sumber hasil yang terhad, kerajaan terpaksa
membuat pilihan untuk melaksanakan projek pembangunan
yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. Jika
pembinaan sekolah dapat meningkatkan kebajikan masyarakat
Apakah matlamat pilihan bagi
firma dan kerajaan? berbanding pembinaan hospital, maka kerajaan akan memilih
untuk melaksanakan projek pembinaan sekolah.
3 Dalam proses membuat pilihan, barang lain terpaksa dikorbankan atau
dilepaskan untuk pilihan barangan yang terbaik. Hal ini mewujudkan
konsep kos lepas, iaitu barangan atau pilihan yang kedua terbaik
yang dilepaskan hasil daripada pemilihan barangan atau pilihan yang
terbaik. Contoh-contoh kos lepas adalah seperti yang berikut:
(a) Kos lepas bagi isi rumah ialah barangan kedua terbaik yang tidak
dapat dibeli. Misalnya seorang pengguna yang mempunyai RM100
boleh membeli sehelai jean atau sebuah beg tangan yang masing-
masing bernilai RM100 setiap satu. Sekiranya pengguna membuat
keputusan untuk membeli jean dengan RM100 tersebut, pengguna
itu terpaksa melepaskan beg tangan. Maka kos lepas pengguna
tersebut yang memilih untuk membeli jean ialah beg tangan.
(b) Kos lepas bagi firma ialah keluaran atau projek pelaburan kedua
terbaik yang dilepaskan. Misalnya seorang pengeluar boleh
menggunakan sumber ekonomi firma, iaitu buruh, tanah, dan modal
Konsep kos lepas
• Isi rumah : barangan kedua untuk mengeluarkan televisyen internet atau komputer. Sekiranya
terbaik yang pengeluar tersebut membuat keputusan untuk mengeluarkan
dilepaskan. televisyen internet maka pengeluar itu terpaksa melepaskan
• Firma : keluaran/projek
pelaburan kedua keluaran komputer. Maka kos lepas pengeluar tersebut yang
terbaik yang memilih untuk mengeluarkan televisyen internet ialah komputer.
dilepaskan. (c) Kos lepas bagi kerajaan ialah projek pembangunan kedua terbaik
• Kerajaan : projek
pembangunan yang dilepaskan. Misalnya jika kerajaan mempunyai RM10 juta
kedua terbaik yang boleh digunakan untuk membina jambatan atau jalan raya
yang dilepaskan. yang masing-masing melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.
Jika kerajaan memilih untuk membina jambatan, maka kerajaan
terpaksa melepaskan projek membina jalan raya. Maka kos lepas
kerajaan yang memilih untuk membina jambatan ialah jalan raya.

Masalah Asas Ekonomi
’13 / ’15
1 Masalah asas ekonomi berpunca daripada kehendak masyarakat yang
Hasil Pembelajaran
tidak terhad sedangkan sumber ekonomi adalah terhad.
Menjelaskan masalah 2 Terdapat tiga masalah asas ekonomi, iaitu apa dan berapa yang hendak
asas ekonomi, iaitu apa
dan berapa, bagaimana, dikeluarkan, bagaimana hendak dikeluarkan, dan untuk siapa hendak
dan untuk siapa barang dikeluarkan.
dikeluarkan.
3 Apa dan berapa yang hendak dikeluarkan
(a) Masalah apa yang hendak dikeluarkan berkaitan dengan
penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan dalam ekonomi.



10





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 10 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Oleh sebab sumber ekonomi adalah terhad, maka pengeluar tidak Petua Pemeriksa
dapat mengeluarkan semua barang yang diminta oleh pengguna. BAB
Jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar adalah Masalah asas ekonomi
adalah berbeza dengan
berdasarkan kehendak masyarakat. Barang yang dikeluarkan konsep kekurangan, pilihan, 1
harus dapat memuaskan atau memenuhi kehendak masyarakat dan kos lepas. Semasa
supaya dapat memperoleh keuntungan maksimum. menjawab soalan, pelajar
harus menjawab mengikut
(b) Bagi masyarakat kapitalis, keputusan jenis barang dan kehendak soalan.
perkhidmatan yang harus dikeluarkan dibuat oleh pengguna
melalui permintaannya kerana pengguna mempunyai kuasa besar
atau kedaulatan pengguna. Sebaliknya, bagi masyarakat yang
mengamalkan sistem sosialis, keputusan ini ditentukan oleh kerajaan.
(c) Masalah berapa yang hendak dikeluarkan berkaitan dengan
penentuan jumlah kuantiti barang yang hendak dikeluarkan dalam
ekonomi. Jumlah barangan yang akan dikeluarkan bergantung
kepada permintaan masyarakat. Jika sesuatu barang mempunyai
permintaan yang tinggi, maka pengeluar akan menambahkan
pengeluarannya.
(d) Apabila semakin banyak sesuatu jenis barangan dikeluarkan,
maka semakin kurang pula sesuatu jenis barangan lain yang dapat
dikeluarkan kerana sumber ekonomi adalah terhad. Maka masalah
berapa yang hendak dikeluarkan berkaitan dengan konsep kos
lepas, iaitu sejumlah barangan yang terpaksa dilepaskan akibat
tambahan satu unit barangan lain.
4 Bagaimana hendak dikeluarkan
(a) Masalah asas ini berkaitan dengan penentuan teknik atau kaedah ‘11 / ‘16
pengeluaran. Sesungguhnya terdapat banyak teknik pengeluaran
yang boleh digunakan. Pengeluar yang rasional haruslah memilih
teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran
supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.
(b) Terdapat dua teknik pengeluaran yang boleh digunakan dalam Tiga masalah asas ekonomi
sesuatu proses pengeluaran, iaitu teknik berintensif buruh • Apa dan berapa hendak
dan teknik berintensif modal. Pengeluar akan memilih teknik dikeluarkan
pengeluaran berdasarkan harga relatif kedua-dua input buruh • Bagaimana hendak
dikeluarkan
dan modal. Jika harga input buruh lebih murah berbanding • Untuk siapa dikeluarkan
dengan harga input modal, maka pengeluar akan memilih teknik
berintensif buruh. Sebaliknya, jika harga input modal lebih murah
berbanding dengan harga input buruh, maka pengeluar akan
memilih teknik berintensif modal.
(c) Biasanya di negara-negara maju, pengeluar akan memilih teknik
berintensif modal. Manakala di negara-negara yang sedang
membangun, penggunaan buruh lebih menguntungkan kerana
negara sedang membangun mempunyai sumber tenaga buruh
yang lebih ramai dan kosnya adalah lebih rendah.
5 Untuk siapa dikeluarkan
(a) Masalah ini merujuk kepada pengagihan barang dan
perkhidmatan kepada masyarakat. Pengagihan barang dan Jelaskan masalah asas
ekonomi dalam pengeluaran
perkhidmatan ini bergantung kepada faktor kuasa beli dan kereta.
kemampuan serta agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat.




11





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 11 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(b) Pengeluar haruslah dapat memastikan golongan manakah yang
BAB akan menjadi golongan sasarannya. Lazimnya mereka mempunyai
1 kuasa beli dan kemampuan membayar yang tinggi akan menikmati
sejumlah barangan yang lebih banyak manakala golongan yang
berpendapatan rendah dan kurang mampu hanya menikmati
sedikit barangan.
(c) Walaupun masalah asas ekonomi ini merupakan masalah asas
ekonomi yang terakhir, namun masalah ini sangat penting kepada
sesebuah firma kerana masalah ini berkaitan dengan pemasaran.
Sekiranya semua masalah asas ekonomi yang lain telah dapat
diatasi, tetapi jika barangan yang dikeluarkan tidak dapat dijual
atau dipasarkan kepada sasarannya, maka pengeluaran itu tidak
akan menjamin keuntungan kepada pengeluar.


’10 / ’11 / ’12 / ’13 1.5 Keluk Kemungkinan
/ ’17 / ’18
Pengeluaran

Hasil Pembelajaran Takrif dan Andaian

Mentakrifkan keluk 1 Keluk kemungkinan pengeluaran merupakan satu keluk yang
kemungkinan pengeluaran menunjukkan had maksimum kombinasi dua barang yang boleh
dalam konteks kapasiti dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi semasa guna tenaga penuh pada
pengeluaran sebuah
ekonomi. tingkat teknologi tertentu.
2 Untuk tujuan analisis, beberapa andaian harus dibuat. Antaranya ialah:
(a) Ekonomi hanya mengeluarkan dua barang sahaja. Contohnya,
barang X dan barang Y.
(b) Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan adalah tetap dan tidak
Apakah andaian yang perlu
dibuat dalam analisis keluk boleh bertambah.
kemungkinan pengeluaran? (c) Proses pengeluaran berlaku dalam jangka masa pendek.
(d) Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berkembang.
(e) Ekonomi berada dalam keadaan guna tenaga penuh, iaitu semua
sumber yang ada telah digunakan sepenuhnya. Ini bererti sebarang
tambahan keluaran tidak boleh dilakukan kecuali pengeluaran satu
barang lain dikurangkan.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan Masalah Kekurangan,
Hasil Pembelajaran
Pilihan, Kos Lepas
Menggunakan keluk
kemungkinan pengeluaran 1 Berdasarkan andaian-andaian di atas, ekonomi membuat beberapa pilihan
untuk menghuraikan masalah antara barang X dan barang Y seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
kekurangan, pilihan, dan
kos lepas. 2 Jadual 1.2 menunjukkan terdapat tujuh gabungan faktor pengeluaran
untuk mengeluarkan barang X dan barang Y.
Jadual 1.2 Jadual kemungkinan pengeluaran
‘10 / ‘12 Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)
A 0 35
B 1 34
C 2 32
D 3 28
E 4 23
F 5 13
G 6 0


12





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 12 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(a) Berdasarkan Jadual 1.2, pada kombinasi A, semua faktor
pengeluaran telah digunakan untuk mengeluarkan barang Y BAB
sahaja. Oleh itu, barang X tidak dapat dikeluarkan langsung. Ini
dapat dilihat dengan jelas bahawa kuantiti barang X adalah sifar 1
sedangkan kuantiti barang Y ialah 35 unit.
(b) Sebaliknya pada kombinasi G, semua faktor pengeluaran telah
digunakan untuk mengeluarkan barang X sahaja. Oleh itu, barang
Y tidak dapat dikeluarkan langsung. Ini dapat dilihat dengan jelas
bahawa kuantiti barang Y adalah sifar sedangkan kuantiti barang
X ialah 6 unit.
(c) Pada kombinasi B, C, D, E, dan F pula, ekonomi telah menggunakan
faktor pengeluaran yang tersedia untuk mengeluarkan kedua-dua
barang. Misalnya pada kombinasi B, 1 unit barang X dan 34 unit
barang Y dikeluarkan.
(d) Biasanya sebuah ekonomi akan memilih gabungan antara barang
X dan barang Y seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi B, C, D,
E, dan F.
(e) Kombinasi mana yang akan dipilih bergantung kepada cita rasa
dan pilihan masyarakat yang dibuat.
3 Berdasarkan Jadual 1.2, suatu keluk kemungkinan pengeluaran dapat
dibentuk seperti dalam rajah di bawah.


Barang Y (unit) Titik Penerangan
A, B, C, Keluaran
A D, E, F, maksimum
35 B
34 dan G yang boleh
C
32 dihasilkan apabila
H
30 sumber ekonomi
D
28 digunakan
sepenuhnya
E (capai guna
23
tenaga penuh)
H Keluaran yang
tidak tercapai
dengan sumber
I
13 F ekonomi dan
teknologi yang
sedia ada
(kekurangan)
I Berlaku
ketidakcekapan
G
Barang X penggunaan
0 1 2 3 4 5 6 (unit) sumber dan
pembaziran/
pengangguran
Rajah 1.1 Keluk kemungkinan pengeluaran
(a) Berdasarkan rajah, paksi mendatar menunjukkan jumlah barang
X yang dikeluarkan manakala paksi menegak menunjukkan Petua Pemeriksa
pengeluaran barang Y. Keluk AG dinamakan keluk kemungkinan Semasa melukis keluk
pengeluaran. Keluk ini menunjukkan berbagai kombinasi barang kemungkinan pengeluaran,
X dan barang Y yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan sambungan setiap titik
kombinasi ini boleh dilukis
semua faktor pengeluaran dengan cekap. Misalnya pada titik C, dengan menggunakan
jumlah barang X yang dikeluarkan ialah 2 unit dan jumlah barang pembaris.
Y ialah 32 unit. Pada titik D pula, 3 unit barang X dan 28 unit
barang Y dikeluarkan.

13





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 13 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(b) Kombinasi pada titik sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran,
BAB iaitu A, B, C, D, E, dan F menunjukkan ekonomi tersebut berada
1 pada tingkat guna tenaga penuh. Sumber ekonomi digunakan
secara cekap dan tiada pembaziran sumber.
(c) Kombinasi pada titik I pula menunjukkan ekonomi tersebut
tidak berada pada tingkat guna tenaga penuh. Kombinasi ini
menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang
Y boleh dicapai tetapi berlaku pembaziran sumber ekonomi
atau pengangguran. Pada titik I juga menunjukkan berlaku
ketidakcekapan dalam penggunaan sumber ekonomi.
(d) Kombinasi pada titik H menunjukkan ekonomi tidak berada pada
tingkat guna tenaga penuh. Titik H menunjukkan pengeluaran
barang X dan barang Y yang tidak boleh dicapai. Hal ini berlaku
kerana sumber pengeluaran tidak mencukupi.
(e) Keluk kemungkinan pengeluaran dapat digunakan untuk
menunjukkan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas.

Petua Pemeriksa 4 Kekurangan
Sekiranya soalan (a) Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan
menghendaki pelajar perkhidmatan yang boleh dikeluarkan berbanding dengan
menerangkan konsep kehendak manusia yang tidak terbatas. Masalah ini wujud kerana
kekurangan, pilihan, dan
kos lepas dengan keluk sumber pengeluaran tidak mencukupi.
kemungkinan pengeluaran, (b) Pada titik H, pengeluaran barang X sebanyak 5 unit dan 30 unit
pelajar harus mengaitkan
konsep tersebut dengan barang Y tidak boleh dicapai kerana faktor pengeluaran tidak
keluk kemungkinan yang mencukupi.
dilukis.
(c) Kombinasi pada titik H boleh dicapai jika berlaku peningkatan
teknologi atau pertambahan faktor pengeluaran.

5 Pilihan
(a) Masalah pilihan boleh dijelaskan dalam menerangkan masalah
asas ekonomi, iaitu apa dan berapa yang hendak dikeluarkan.
Galeri Info Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik kombinasi di sepanjang
keluk kemungkinan pengeluaran (titik A hingga G) atau di
Semua titik yang terletak di
sepanjang keluk kemungkinan bawahnya.
pengeluaran ialah titik (b) Berdasarkan Rajah 1.1, titik kombinasi A dan G dapat
pengeluaran yang cekap.
Oleh sebab semua faktor menerangkan masalah apa yang hendak dikeluarkan. Pada
pengeluaran telah digunakan titik kombinasi A, ekonomi telah membuat pilihan untuk
sepenuhnya, maka pengeluaran mengeluarkan barang Y sahaja, manakala pada titik kombinasi
tambahan tidak dapat
dijalankan. Sekiranya ekonomi G, ekonomi telah membuat pilihan untuk mengeluarkan barang
hendak menambahkan X sahaja.
satu barang keluaran, maka
ekonomi harus mengurangkan (c) Manakala titik kombinasi B, C, D, E, dan F dapat menerangkan
satu barang yang lain. masalah berapa yang hendak dikeluarkan. Misalnya pada
Berdasarkan Rajah 1.1 dari kombinasi B dan C, ekonomi telah membuat pilihan untuk
titik E ke titik F, ekonomi
menambahkan 1 unit barang X mengeluarkan lebih banyak barang Y dan sedikit barang X.
dengan mengurangkan 10 unit Manakala pada kombinasi F, ekonomi telah membuat pilihan
barang Y (23 –13).
untuk mengeluarkan lebih banyak barang X dan sedikit barang Y.



14





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 14 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(d) Ekonomi boleh memilih pelbagai kemungkinan pengeluaran
pada keluk kemungkinan pengeluaran dengan bergantung kepada BAB
cita rasa masyarakat. Pilihan masyarakat dapat menentukan corak
peruntukan sumber. 1

6 Kos lepas
(a) Masalah pilihan akan mewujudkan kos lepas. Kos lepas ditunjukkan
oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kos lepas
ialah sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan akibat daripada Apakah yang ditunjukkan oleh
kecerunan keluk kemungkinan
tambahan satu unit barang lain. pengeluaran?
(b) Berdasarkan Rajah 1.1, untuk mengeluarkan 1 unit barang X,
ekonomi terpaksa mengurangkan 1 unit barang Y (kombinasi A
ke B). Untuk mengeluarkan 2 unit barang X, ekonomi terpaksa
mengurangkan 2 unit barang Y (kombinasi B ke C). Untuk
mengeluarkan 3 unit barang X, ekonomi terpaksa mengurangkan
4 unit barang Y. Begitulah seterusnya bagi kombinasi D, E, F, dan
G, untuk meningkatkan pengeluaran setiap unit barang X, semakin
banyak barang Y terpaksa dikurangkan, iaitu kos lepas semakin
meningkat.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan Kos Lepas Hasil Pembelajaran

1 Kos lepas merupakan jumlah sesuatu barang yang dilepaskan untuk Menghitung kos lepas,
mendapat atau untuk mengeluarkan satu unit barang lain. Kos lepas membina jadual, dan
boleh berlaku sebelah pengguna dan juga sebelah pengeluar. melukis keluk kemungkinan
2 Contoh kos lepas sebelah pengguna ialah apabila seseorang pengguna pengeluaran bagi kos
lepas malar dan kos lepas
mempunyai wang RM20.00, dia mempunyai dua pilihan barang yang meningkat.
hendak dibeli iaitu sama buku yang berharga RM20.00 atau baju yang
berharga RM20.00. Jika pengguna tersebut memilih untuk membeli ‘12
buku, maka kos lepasnya ialah baju.
3 Manakala contoh kos lepas sebelah pengeluar ialah apabila seorang
pengeluar mempunyai sebuah rumah kedai. Dia mempunyai dua
pilihan sama ada hendak membuka kedai runcit atau membuka
restoran. Jika dia memilih untuk membuka kedai runcit, maka kos
lepasnya ialah restoran.
4 Kos lepas terbahagi kepada dua, iaitu kos lepas malar dan kos lepas
meningkat. Kos lepas = ∆Y
5 Kos lepas malar ∆X
(a) Kos lepas malar bermaksud jumlah barang yang dilepaskan dengan ∆Y =
adalah sama pada setiap tingkat pengeluaran untuk menambahkan Pengurangan jumlah barang Y
yang dikeluarkan
seunit barang lain.
(b) Kos lepas malar akan membentuk keluk kemungkinan pengeluaran ∆X = Penambahan jumlah
barang X yang dikeluarkan
yang bergaris lurus.
(c) Jadual 1.3 menunjukkan kemungkinan pengeluaran yang terbentuk
daripada kos lepas malar.







15





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 15 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

Jadual 1.3 Jadual kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas malar
BAB Kombinasi Barang X Barang Y Kos lepas barang X (unit)
1 (unit) (unit) (dalam sebutan kuantiti barang Y)
A 0 12 0
B 1 9 12 – 9 = 3
1 – 0
C 2 6 9 – 6 = 3
2 – 1
D 3 3 6 – 3 = 3
3 – 2
E 4 0 3 – 0 = 3
4 – 3
(d) Pada kombinasi A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan barang Y, iaitu sebanyak 12 unit dan tiada barang
X yang dikeluarkan.
(e) Apabila kombinasi berubah dari A ke B, ekonomi tersebut terpaksa
mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (12 – 9) = 3 unit.
Jadi kos lepasnya (12 – 9) / (1 – 0) = 3 unit. Ini bermakna untuk
menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 3 unit
barang Y.
(f) Apabila kombinasi terus berubah dari B ke C, ekonomi tersebut
terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (9 – 6) = 3
unit. Jadi kos lepasnya (9 – 6) / (2 – 1) = 3 unit. Ini bermakna untuk
menambahkan seunit lagi barang X, 3 unit barang Y yang dilepaskan.
(g) Seterusnya jika kombinasi berubah dari C ke D pula, ekonomi
tersebut terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak
(6 – 3) = 3 unit. Jadi kos lepasnya (6 – 3) / (3 – 2) = 3 unit. Maka,
untuk menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan
3 unit barang Y.
(h) Seterusnya jika kombinasi berubah dari D ke E, ekonomi tersebut
terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (3 – 0) =
3 unit. Jadi kos lepasnya (3 – 0) / (4 – 3) = 3 unit. Oleh itu, untuk
menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 3 unit
barang Y.
(i) Keluk kemungkinan pengeluaran yang terbentuk daripada kos
lepas malar ialah bergaris lurus mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan seperti Rajah 1.2.


Barang Y (unit)
A
12
B
9
6 C
D
3
E Barang X
0 1 2 3 4 (unit)


Rajah 1.2 Keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas malar

16





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 16 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(j) Kos lepas malar berlaku disebabkan oleh faktor-faktor pengeluaran
yang digunakan sama cekap. BAB

6 Kos lepas meningkat 1
(a) Kos lepas meningkat bermaksud jumlah barang yang dilepaskan ‘13
adalah semakin meningkat pada setiap tingkat pengeluaran untuk
menambahkan seunit barang lain.
(b) Kos lepas meningkat akan membentuk keluk kemungkinan
pengeluaran yang cembung dari titik asalan.
(c) Jadual 1.4 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran yang
terbentuk daripada kos lepas meningkat.


Jadual 1.4 Jadual kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas meningkat
Kombinasi Barang X Barang Y Kos lepas barang X (unit)
(unit) (unit) (dalam sebutan kuantiti barang Y)
A 0 25 0

B 1 23 25 – 23 = 2
1 – 0

C 2 19 23 – 19 = 4
2 – 1

D 3 12 19 – 12 = 7
3 – 2

E 4 0 12 – 0 = 12
4 – 3

(d) Pada kombinasi A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan barang Y, iaitu sebanyak 25 unit dan tiada barang
X yang dikeluarkan.
(e) Apabila kombinasi berubah dari A ke B, ekonomi tersebut terpaksa
mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (25 – 23) = 2 unit.
Jadi kos lepasnya (25 – 23) / (1 – 0) = 2 unit. Ini bermakna untuk
menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 2 unit
barang Y.
(f) Apabila kombinasi terus berubah dari B ke C, ekonomi tersebut
terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (23 – 19)
= 4 unit. Jadi kos lepasnya (23 – 19) / (2 – 1) = 4 unit. Ini bermakna
untuk menambahkan seunit lagi barang X, 4 unit barang Y yang
dilepaskan.
(g) Seterusnya jika kombinasi berubah dari C ke D pula, ekonomi
tersebut terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak
(19 – 12) = 7 unit. Jadi kos lepasnya (19 – 12) / (3 – 2) = 7
unit. Maka, untuk menambahkan seunit barang X, ekonomi
mengurangkan 7 unit barang Y.







17





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 17 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(h) Seterusnya jika kombinasi berubah dari D ke E, ekonomi tersebut
BAB terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (12 – 0)
1 = 12 unit. Jadi kos lepasnya (12 – 0) / (4 – 3) = 12 unit. Oleh itu,
untuk menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan
12 unit barang Y.
(i) Keluk kemungkinan pengeluaran yang terbentuk daripada kos
lepas meningkat ialah cembung dari titik asalan seperti Rajah 1.3.


Barang Y (unit)


28
A
24
Apakah yang ditunjukkan B
oleh keluk kemungkinan
pengeluaran yang berbentuk 20 C
(a) garis lurus?
(b) cembung ke titik asalan?
16
D
12

8

4
E Barang X
0 1 2 3 4 (unit)


Rajah 1.3 Keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas meningkat
(j) Kos lepas meningkat berlaku disebabkan oleh faktor-faktor
pengeluaran yang digunakan adalah tidak sama cekap.

Perubahan Keluk Kemungkinan Pengeluaran
Hasil Pembelajaran
1 Dalam jangka panjang, keluk kemungkinan pengeluaran akan
Menganalisis kesan mengalami perubahan, iaitu dengan berpindah ke sebelah kanan atau
perubahan anugerah sumber,
teknologi, dan kombinasi kiri keluk kemungkinan pengeluaran yang asal.
barang modal dan barang 2 Perubahan keluk kemungkinan pengeluaran boleh disebabkan oleh
pengguna terhadap kapasiti tiga faktor berikut:
pengeluaran dan keluk
kemungkinan pengeluaran. (a) Perubahan anugerah sumber
(b) Perubahan teknologi
(c) Perubahan komposisi barang modal dan barang pengguna

Perubahan Anugerah Sumber
‘15
1 Jumlah keluaran sesuatu barang bergantung kepada kuantiti sumber
ekonomi yang digunakan. Penemuan sumber alam atau bahan
galian baharu akan menyebabkan semakin banyak kuantiti barang
dikeluarkan. Kesannya keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih ke




18





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 18 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
kanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4 (a). Berdasarkan Rajah Galeri Info
1.4 (a), jika sumber ekonomi yang digunakan untuk mengeluarkan BAB
barang X dan barang Y bertambah (dengan kadar yang sama banyak), Selain penemuan sumber alam
atau bahan galian baharu,
maka kuantiti barang X dan Y yang dikeluarkan akan bertambah pertambahan sumber ekonomi 1
(dengan sama banyak). Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk juga boleh disebabkan oleh
kemungkinan pengeluaran ke kanan secara selari dari P F ke P F . faktor
• pertumbuhan ekonomi
0 0
1 1
2 Sebaliknya, jika berlaku kepupusan sumber, jumlah keluaran sesuatu • pertambahan penduduk/
tenaga buruh asing
barang akan berkurangan. Kesannya keluk kemungkinan pengeluaran • pertambahan pelaburan
akan beralih ke kiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4 (b). asing
Berdasarkan Rajah 1.4 (b), jika sumber ekonomi yang digunakan untuk Faktor-faktor ini akan
mengeluarkan barang X dan barang Y berkurangan (dengan kadar yang menyebabkan keupayaan
sama banyak), maka kuantiti barang X dan Y yang dikeluarkan akan pengeluaran meningkat.
berkurangan (dengan sama banyak). Keadaan ini ditunjukkan oleh
peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke kiri secara selari dari
P F ke P F .
0 0
1 1
Barang Y (unit) Barang Y (unit) Galeri Info
P 1 P 0 Selain kepupusan sumber,
pengurangan sumber ekonomi
P 0 P 1 juga boleh disebabkan oleh
faktor
• kemelesetan ekonomi
• pengurangan tenaga buruh
asing
• kekurangan pelaburan asing
0 F F Barang X 0 F F Barang X Faktor-faktor ini akan
0 1 (unit) 1 0 (unit) menyebabkan keupayaan
pengeluaran merosot.
Rajah 1.4 (a) Pertambahan anugerah sumber Rajah 1.4 (b) Pengurangan anugerah sumber
Perubahan Teknologi
1 Dalam jangka panjang, tingkat teknologi akan meningkat. Kemajuan ‘15 / ‘17
teknologi akan meningkatkan daya pengeluaran. Dengan ini, jumlah
keluaran akan bertambah. Kesannya keluk kemungkinan pengeluaran
akan beralih ke kanan.
2 Jika peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang X dan barang
Y adalah sama, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih
ke kanan secara selari dari P F ke P F seperti dalam Rajah 1.5 (a).
0 0 1 1
Barang Y (unit)
P
1
P
0






Barang X
0 F F
0 1 (unit)
Rajah 1.5 (a) Peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang X
dan barang Y (dengan kadar yang sama)



19





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 19 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
3 Jika berlaku peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang X
BAB sahaja, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih dari P F
0 0
1 ke P F seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5 (b). Jika berlaku
0 1
peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang Y sahaja, maka keluk
kemungkinan pengeluaran akan beralih dari P F ke P F seperti yang
1 0
0 0
ditunjukkan dalam Rajah 1.5 (c).

Barang Y (unit) Barang Y (unit)
P 0 P 1
P 0





0 F F Barang X 0 F 0 Barang X
0 1 (unit) (unit)
Rajah 1.5 (b) Peningkatan teknologi Rajah 1.5 (c) Peningkatan teknologi
dalam pengeluaran barang X dalam pengeluaran barang Y
4 Jika peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang X adalah lebih
Faktor yang menyebabkan besar daripada barang Y, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan
perubahan keluk beralih dari P F ke P F seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5 (d).
kemungkinan pengeluaran: 0 0 1 1
• Perubahan anugerah sumber Didapati jarak peralihan keluk kemungkinan pengeluaran barang X
• Perubahan teknologi lebih besar daripada jarak peralihan keluk kemungkinan pengeluaran
• Perubahan komposisi barang barang Y. Begitu juga sebaliknya, jika peningkatan teknologi dalam
modal dan barang pengguna
pengeluaran barang Y adalah lebih besar daripada barang X, maka
keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih dari P F ke P F
1 1
0 0
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5(e). Didapati jarak peralihan
keluk kemungkinan pengeluaran barang Y lebih besar daripada jarak
peralihan keluk kemungkinan pengeluaran barang X.
Barang Y (unit)
Barang Y (unit)
P
P 1 1
P 0 P 0



0 Barang X 0 Barang X
F 0 F 1 (unit) F F 1
0
(unit)
Rajah 1.5 (d) Peningkatan teknologi Rajah 1.5 (e) Peningkatan teknologi
barang X melebihi barang Y barang Y melebihi barang X
Perubahan Komposisi Barang Modal dan Barang Pengguna
‘14
1 Barang modal ialah barang yang digunakan oleh pengeluar sebagai
alat untuk mengeluarkan barang lain manakala barang pengguna
ialah barang akhir yang dibeli oleh pengguna untuk memenuhi
kehendaknya. Pilihan masyarakat terhadap pengeluaran barang modal
dan barang pengguna akan memberi kesan kepada keluk kemungkinan
pengeluaran.



20





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 20 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Andaikan Negara A dan Negara B mempunyai keluk kemungkinan
pengeluaran yang sama pada asalnya (ditunjukkan oleh keluk P F dalam BAB
0 0
Rajah 1.6, tetapi membuat pilihan yang berbeza dalam pengeluaran
barang modal dan barang pengguna. Negara A lebih mementingkan 1
barang modal daripada barang pengguna. Pilihan yang dibuat oleh
Negara A ditunjukkan oleh titik a dalam Rajah 1.6. Negara B lebih
mementingkan barang pengguna daripada barang modal. Pilihan yang
dibuat oleh Negara B ditunjukkan oleh titik b dalam Rajah 1.6.
3 Pilihan yang dibuat oleh Negara A akan menghasilkan lebih banyak
barang dalam jangka panjang kerana barang modal dapat meningkatkan
pengeluaran barang dengan meningkatkan daya pengeluaran. Kesannya,
keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah dengan kadar yang
besar ke kanan, iaitu dari P F ke P F seperti yang ditunjukkan
2 2
0 0
dalam Rajah 1.6. Manakala pilihan yang dibuat oleh Negara B tidak
menjana pengeluaran yang banyak dalam jangka panjang kerana
barang pengguna tidak dapat menambahkan pengeluaran barang lain
sebaliknya mendatang kepuasan kepada pengguna sahaja. Oleh itu,
keluk kemungkinan pengeluaran hanya berpindah sedikit ke kanan,
iaitu dari P F ke P F seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.
0 0 1 1
Barang modal (unit)
P 2

P
1
P
0
a

b


0 F F F Barang pengguna
0 1 2 (unit)
Rajah 1.6 Kesan perubahan komposisi barang modal dan barang
pengguna terhadap keluk kemungkinan pengeluaran
Keluk Kemungkinan Pengeluaran dengan Pengangguran, Hasil Pembelajaran
Pertumbuhan Ekonomi, dan Agihan Barang Mengilustrasi kewujudan

1 Konsep pengangguran pengangguran, agihan
barang, dan pertumbuhan
(a) Semua titik yang terletak di sepanjang keluk kemungkinan ekonomi dengan
pengeluaran ialah titik pengeluaran yang cekap. menggunakan keluk
(b) Sebaliknya, sebarang titik yang terletak di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran.
kemungkinan pengeluaran merupakan kombinasi pengeluaran
yang tidak cekap kerana terdapat sumber ekonomi yang tidak ‘13
digunakan dengan sepenuhnya. Ini bermakna berlaku masalah
pengangguran atau pembaziran sumber.
(c) Sekiranya berlakunya pengangguran sumber, pertambahan
keluaran sesuatu barang tidak memerlukan kurangan dalam
pengeluaran barang lain.
(d) Misalnya titik E dalam Rajah 1.7 menunjukkan pengeluaran 2
unit barang X dan 6 unit barang Y. Titik E dikenal sebagai titik


21





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 21 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
yang kurang cekap. Pada titik E, terdapat sumber yang belum
BAB digunakan ataupun berlaku keadaan guna tenaga tidak penuh.
Misalnya terdapat banyak buruh yang masih menganggur
1 (e) Oleh itu, sekiranya pengeluar berhasrat untuk menambahkan
pengeluaran, pengeluar dapat menggunakan sumber yang masih
belum digunakan dan tidak perlu mengurangkan pengeluaran
barang lain.
(f) Misalnya jika pengeluar ingin menjalankan pengeluaran pada
titik C, pengeluar tidak perlu mengurangkan barang Y untuk
mengeluarkan 4 unit barang X.
2 Pertumbuhan ekonomi
(a) Apabila suatu titik berada di luar kawasan keluk kemungkinan
pengeluaran, maka titik itu menggambarkan tingkat pengeluaran
yang tidak mungkin dicapai. Misalnya titik F dalam Rajah 1.7
menggambarkan tingkat pengeluaran sebanyak 4 unit barang X
dan 8 unit barang Y yang tidak dapat dicapai dengan sumber
ekonomi yang sedia ada.
(b) Namun, jika berlaku kemajuan tingkat teknologi dan
pertambahan dalam sumber ekonomi misalnya pertambahan
buruh asing dalam negara, akan menyebabkan pengeluaran
dalam ekonomi bertambah, keluk kemungkinan pengeluaran akan
beralih ke kanan (yang ditunjukkan oleh garisan putus-putus
dalam Rajah 1.7). Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran
ke kanan menggambarkan berlakunya pertumbuhan ekonomi.
3 Agihan barang
(a) Keluk kemungkinan juga dapat menunjukkan agihan barang,
misalnya pada titik A hanya barang Y dikeluarkan dan tiada
barang X dikeluarkan. Pada titik D pula, semua sumber ekonomi
digunakan untuk mengeluarkan barang X sahaja, dan tiada
sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan barang Y.
Keluk kemungkinan (b) Agihan barang adalah bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh
pengeluaran (KKP) dan
konsep yang terlibat: masyarakat dan sumber ekonomi yang ada. Jika masyarakat lebih
Berdasarkan Rajah 1.7, gemar terhadap barang X dan pada masa yang sama ada sumber
• konsep pengangguran/ ekonomi, maka lebih banyak barang X akan dikeluarkan, keadaan
ketidakcekapan penggunaan
sumber ditunjukkan oleh titik sebaliknya berlaku jika masyarakat lebih gemar terhadap barang Y.
E atau mana-mana titik yang Barang Y (unit)
terletak di dalam lingkungan
KKP
• konsep pertumbuhan 10 A
ekonomi ditunjukkan oleh
peralihan KKP ke kanan. 8 B F
• konsep agihan barang
ditunjukkan oleh titik-titik di 6 E C
atas KKP.
– Titik A : mengkhusus dalam
pengeluaran barang Y. 4
– Titik D : mengkhusus
dalam 2
pengeluaran barang X.
– Titik B dan C : 0 D Barang X
mengeluarkan kedua-dua 1 2 3 4 5 (unit)
barang X dan barang Y
Rajah 1.7 Konsep pengangguran, pertumbuhan ekonomi, dan agihan
barang dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran

22





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 22 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

1.6 Sistem Ekonomi Hasil Pembelajaran

Menggariskan kriteria BAB
1 Sistem ekonomi merujuk kepada gabungan peraturan tertentu yang asas yang membezakan 1
diamalkan oleh pelbagai pihak, misalnya pihak pengeluar, pengguna, sistem ekonomi, iaitu
sistem pemilikan, sistem
dan sektor kerajaan dalam ekonomi tertentu. membuat keputusan tentang
2 Terdapat empat sistem ekonomi, iaitu sistem ekonomi pasaran bebas, peruntukan sumber dan
ekonomi perancangan pusat, ekonomi campuran, dan ekonomi Islam. agihan pendapatan serta
3 Keempat-empat sistem ekonomi tersebut boleh dibezakan mengikut sistem insentif.
kriteria asas yang berikut: ‘10 / ‘18
(a) Sistem pemilikan
(b) Sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan
agihan pendapatan
(c) Sistem insentif

1.6.1 Ekonomi Pasaran Bebas, Ekonomi Perancangan Hasil Pembelajaran
Pusat, Ekonomi Campuran, dan Ekonomi Islam Menghuraikan ciri-ciri
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas sistem ekonomi pasaran
bebas, sistem ekonomi
1 Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu sistem ekonomi di perancangan pusat, sistem
mana kerajaan tidak berperanan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi campuran, dan
sistem ekonomi Islam
ekonomi. Ini bermakna penyelesaian masalah asas ekonomi dibuat berdasarkan kriteria asas.
oleh individu dan pihak swasta.
2 Sistem ekonomi pasaran bebas juga dikenal sebagai sistem kapitalis
atau laissez faire. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah
Amerika Syarikat. Dalam sistem ini tidak terdapat sebarang bentuk
campur tangan kerajaan.
2 Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas ditunjukkan dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5 Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas
Ciri-ciri Penerangan
(a) Sistem pemilikan Semua faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian (individu dan pihak swasta). Individu
dan pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran untuk memenuhi
matlamat masing-masing.
(b) Sistem membuat Individu dan pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi.
keputusan
(i) Peruntukan sumber Pengguna mempunyai kuasa keagungan untuk menentukan jenis barangan yang akan
dikeluarkan. Corak permintaan pengguna akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi.
Para pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ini
bermakna peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa
permintaan dan penawaran di pasaran.
(ii) Agihan pendapatan Agihan pendapatan ditentukan berdasarkan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki, iaitu buruh,
tanah, modal, dan usahawan. Semakin banyak faktor pengeluaran yang dimiliki, semakin
banyak pendapatan individu tersebut. Oleh itu, dalam sistem ekonomi ini agihan pendapatan
adalah tidak setara.
(c) Sistem insentif Terdapat pelbagai insentif kepada individu dan pihak swasta untuk bekerja dengan lebih
bersungguh-sungguh kerana setiap individu diberi kebebasan untuk mengumpul kekayaan.
Setiap individu adalah bebas memperoleh dan mencari kekayaan dan memiliki harta
persendirian. Setiap pengeluar bebas mendapatkan keuntungan maksimum. Para pengeluar
bebas bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pasaran. Faktor ini mendorong
kepada daya usaha individu yang tinggi.




23





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 23 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
BAB 1 Sistem ekonomi perancangan pusat merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak kerajaan berperanan
1 dalam penyelesaian masalah asas ekonomi. Manakala individu dan pihak swasta tidak mempunyai peranan.
2 Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenal sebagai sistem ekonomi arahan pusat atau sistem
ekonomi sosialis. Contoh negara yang mengamalkan corak sistem ini ialah negara komunis. Dalam sistem
ekonomi ini, kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan dan kegiatan ekonomi.
3 Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat ditunjukkan dalam Jadual 1.6.
Jadual 1.6 Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat
Ciri-ciri Penerangan
(a) Sistem pemilikan Semua faktor pengeluaran adalah hak milik negara. Kerajaan atau pihak pemerintah bebas
menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Individu dan
pihak swasta tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian.
(b) Sistem membuat Segala keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan melalui badan perancangan pusat yang ditubuhkan.
keputusan Sistem ekonomi ini adalah bersifat birokratik kerana pihak kerajaan atau pemerintah sahaja yang
membuat keputusan.
(i) Peruntukan Badan perancangan pusat akan merancang dan mengawal peruntukan sumber ekonomi serta
sumber corak agihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat. Individu dan firma tidak berkuasa
dalam membuat keputusan peruntukan sumber. Badan perancangan pusat akan menentukan apa,
berapa, bagaimana, dan untuk siapa barang dikeluarkan.
(ii) Agihan Agihan pendapatan dalam sistem ekonomi ini adalah setara kerana kerajaan bertanggungjawab
pendapatan dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan secara adil dan saksama. Kerajaan juga boleh
mengagihkan barangan dengan sistem catuan dan kupon.
(c) Sistem insentif Tujuan utama pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat. Dalam sistem ini, tiada unsur untung dalam pengeluaran barang dan untung juga
tidak menjadi dorongan dalam aktiviti ekonomi. Individu tidak bebas mencari kekayaan, daya usaha
individu tidak digalakkan kerana kekurangan insentif atau ganjaran.
Sistem Ekonomi Campuran ‘14
1 Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi yang menggabungkan sistem ekonomi
pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Ini bermakna penyelesaian masalah asas
ekonomi dibuat secara bersama-sama antara pihak swasta dan pihak kerajaan.
2 Sistem ekonomi campuran wujud akibat daripada kelemahan yang terdapat dalam sistem ekonomi
pasaran bebas dan ekonomi perancangan pusat. Dalam sistem ini, kerajaan akan campur tangan dalam
bidang yang tertentu di samping memberi kebebasan kepada individu dan pihak swasta dalam kegiatan
yang lain. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia. Dalam sistem ini, kegiatan
ekonomi dijalankan bersama oleh kerajaan dan swasta.
3 Ciri-ciri sistem ekonomi campuran ditunjukkan dalam Jadual 1.7.

Jadual 1.7 Ciri-ciri sistem ekonomi campuran
Ciri-ciri Penerangan
(a) Sistem pemilikan Dalam ekonomi campuran, terdapat pemilikan persendirian (pihak swasta) dan pemilikan
awam (pihak kerajaan). Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor
pengeluaran dan harta persendirian. Namun, terdapat sumber tertentu dimiliki oleh kerajaan untuk
mengeluarkan barang awam.
(b) Sistem membuat Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi. Pihak swasta berperanan
keputusan membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga. Kerajaan akan membuat keputusan
ekonomi terhadap barang yang tidak dapat atau tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta.
(i) Peruntukan Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama memainkan peranan dalam memperuntuk sumber
sumber ekonomi. Corak permintaan pengguna akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi. Para
pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ini bermakna
peruntukan sumber ditentukan melalui mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan
penawaran di pasaran. Kerajaan akan mengawal kelemahan mekanisme harga melalui undang-
undang dan peraturan untuk menjaga kebajikan masyarakat.
(ii) Agihan Agihan pendapatan dalam sistem ini adalah lebih setara kerana terdapat campur tangan
pendapatan kerajaan. Golongan yang berpendapatan tinggi dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding
dengan golongan miskin. Selain itu, pihak kerajaan akan memastikan semua rakyat dalam negara
memperoleh barang keperluan asas untuk menjaga kebajikan rakyat. Sesetengah barang telah
diberi secara percuma atau diberi subsidi oleh kerajaan.

24





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 24 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

(c) Sistem insentif Individu adalah dibenarkan mencari, memperoleh, dan mengumpul kekayaan serta memiliki harta
persendirian. Para pengeluar pula dibenarkan mendapat keuntungan maksimum, jadi terdapat BAB
unsur insentif dalam sistem ekonomi ini. Faktor ini mendorong kepada daya usaha individu yang
tinggi. Dalam pengeluaran barang awam, faktor untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat 1
menjadi dorongan kepada kerajaan dalam aktiviti pengeluaran.
Sistem Ekonomi Islam

1 Sistem ekonomi Islam adalah satu sistem ekonomi yang kegiatan ekonominya dijalankan berasaskan
Al-Quran dan As Sunnah atau syariat Islam. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini
ialah Kuwait, Iran, Iraq, dan Arab Saudi.
2 Ciri-ciri sistem ekonomi Islam ditunjukkan dalam Jadual 1.8.

Jadual 1.8 Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
Ciri-ciri Penerangan
(a) Sistem pemilikan Dalam ekonomi Islam, sumber ekonomi adalah hak millik mutlak Allah S.W.T.. Individu
hanya merupakan pemegang amanah untuk mengusahakan sumber ekonomi tersebut untuk
kebaikan manusia sejagat. Individu dan pihak swasta adalah bebas memiliki faktor pengeluaran
dan harta kekayaan selagi aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Terdapat
sumber tertentu dimiliki oleh kerajaan untuk mengeluarkan barang awam.
(b) Sistem membuat Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi. Pihak swasta
keputusan berperanan membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga berdasarkan hukum Islam.
Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi terhadap barang yang tidak dapat atau tidak
mampu dikeluarkan oleh pihak swasta.
(i) Peruntukan sumber Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama memainkan peranan dalam memperuntuk sumber
ekonomi dengan berdasarkan hukum Islam. Corak permintaan pengguna akan menentukan
corak peruntukan sumber ekonomi. Para pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan
kepada permintaan pengguna. Ini bermakna peruntukan sumber ditentukan melalui mekanisme
harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. Kerajaan akan
mengawal kelemahan mekanisme harga melalui undang-undang dan peraturan untuk menjaga
kebajikan masyarakat.
(ii) Agihan pendapatan Mengikut sistem ini, segala harta dan kekayaan perlu diagihkan secara adil. Setiap
individu dijamin memperoleh barangan keperluan asas. Orang yang berkemampuan diwajib
mengeluarkan zakat sebagai membersihkan harta mereka. Zakat akan diagihkan kepada
golongan yang kurang mampu bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan
kaya dengan golongan miskin.
(c) Sistem insentif Semua kegiatan ekonomi yang dilakukan dalam sistem ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Segala kegiatan ekonomi yang dilakukan dianggap
sebagai suatu ibadah dan akan mendapat ganjaran di hari akhirat nanti. Pihak swasta
dibenarkan mendapat keuntungan tetapi mesti berlandaskan syariat Islam. Jadi dalam sistem
ekonomi Islam juga terdapat unsur insentif.

Sistem Ekonomi di Malaysia Hasil Pembelajaran

1 Secara umumnya Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran, Menggariskan sistem
iaitu kegiatan ekonomi dijalankan secara bersama oleh pihak kerajaan ekonomi yang diamalkan
dan sektor swasta. di Malaysia.
2 Sistem ini diamalkan semenjak sebelum merdeka lagi. Pada ketika itu,
pihak kerajaan (British) bertanggungjawab menyediakan infrastruktur
seperti jalan, sistem kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan
keselamatan. Manakala pihak swasta mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
3 Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur-unsur ekonomi Islam yang
diamalkan seperti sistem perbankan Islam, unsur zakat, pajak gadai
Islam, dan sebagainya.



25





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 25 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
4 Antara ciri sistem ekonomi Malaysia:
BAB (a) Sumber ekonomi adalah dimiliki bersama oleh kerajaan dan
1 swasta. Misalnya individu dan pihak swasta bebas memiliki dan
menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang
swasta. Namun, sesetengah sumber ekonomi adalah dimiliki oleh
kerajaan untuk mengeluarkan barang awam.
Sistem Ekonomi (b) Pihak swasta dan kerajaan akan terlibat bersama dalam membuat
Campuran di keputusan ekonomi. Misalnya kerajaan akan menjalankan dasar
Malaysia kawalan harga bagi barang-barang perlu manakala firma diberi
INFO kebebasan menentukan harga bagi barang-barang lain melalui
mekanisme harga.
(c) Kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama memainkan peranan
penting dalam kegiatan ekonomi. Biasanya, kerajaan hanya campur
tangan jika didapati mekanisme harga gagal memperuntukkan
sumber ekonomi secara cekap.
(d) Kerajaan juga campur tangan dalam ekonomi bagi memastikan
aktiviti-aktiviti ekonomi, tertentu mengikut syariat Islam seperti
urusan perbankan, pajak gadai, zakat, dan sebagainya.
(e) Dalam pada itu, kerajaan juga memastikan bahawa kesejahteraan
rakyat terbela dengan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
seperti jalan raya, hospital, sekolah, dan sebagainya.
5 Antara tujuan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi
Malaysia:
(a) Untuk mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi
(b) Untuk pengagihan pendapatan yang lebih setara
(c) Untuk mengawal kestabilan ekonomi
(d) Untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan
(e) Untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan masyarakat
6 Bentuk campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia:
(a) Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
(b) Pencukaian dan subsidi
(c) Pemilikan kerajaan
(d) Dasar kewangan dan dasar fiskal
1.6.2 Pasaran dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Hasil Pembelajaran

Membincangkan Cara Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Menyelesaikan Masalah
bagaimana sektor Asas Ekonomi
ekonomi pasaran bebas
menyelesaikan masalah 1 Apa dan berapa hendak dikeluarkan
asas ekonomi.
(a) Penyelesaian untuk masalah apa dan berapa banyak barangan yang
hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga, iaitu
interaksi antara kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran.
(b) Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, pengguna merupakan
individu yang akan menentukan apa dan berapa yang hendak
dikeluarkan melalui permintaannya. Firma akan mengeluarkan
barang-barang yang diminta oleh pengguna. Semakin tinggi
permintaan terhadap sesuatu barang maka semakin banyak
sesuatu barang itu dikeluarkan.




26





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 26 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Bagaimana hendak dikeluarkan ‘17
(a) Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, pengeluar bebas membuat BAB
pilihan tentang teknik pengeluaran yang harus digunakan bagi
mengeluarkan sesuatu barang. Pengeluar yang rasional akan 1
memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
pengeluaran, iaitu untuk mencapai kecekapan ekonomi di mana
tingkat keuntungan dapat dimaksimumkan.
(b) Pada umumnya terdapat dua jenis teknik pengeluaran yang boleh
digunakan, iaitu teknik berintensif buruh dan teknik berintensif
modal. Jika kos menggunakan buruh adalah lebih mahal
berbanding dengan kos menggunakan modal, maka pengeluar
akan memilih teknik berintensif modal. Sebaliknya jika kos
menggunakan buruh adalah lebih murah berbanding dengan kos
modal, maka pengeluar akan memilih teknik berintensif buruh.
3 Untuk siapa dikeluarkan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah untuk siapa sesuatu
barang itu dikeluarkan diselesaikan melalui agihan pendapatan dan
kuasa beli (kemampuan untuk membayar). Agihan pendapatan
bergantung kepada ganjaran faktor pengeluaran, iaitu upah, faedah,
sewa, dan untung. Dalam sistem ini, golongan yang berpendapatan
tinggi mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi akan memperoleh lebih
banyak barang berbanding dengan golongan yang berpendapatan
rendah.
Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Hasil Pembelajaran
1 Mekanisme harga bertindak balas dengan cepat Menjelaskan kebaikan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, mekanisme harga memainkan sistem ekonomi pasaran
peranan yang penting. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam bebas.
pasaran dapat disesuaikan semula dengan mudah melalui perubahan
harga. Tetapi dalam ekonomi perancangan pusat dan campuran,
campur tangan kerajaan diperlukan. Kerajaan harus membuat sesuatu
perancangan yang melibatkan masa dan kos perbelanjaan yang tertentu.
2 Pengguna dan pengeluar bebas bertindak
Pengguna bebas membuat keputusan ekonomi dan bebas memiliki faktor
pengeluaran. Pengguna bebas membuat pilihan barang dan perkhidmatan
yang diperlukan untuk memaksimumkan kepuasan. Manakala
pengeluar bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran. Kebaikan sistem ekonomi
Pengeluar juga bebas menggunakan kaedah pengeluaran sama ada pasaran bebas
• Mekanisme harga bertindak
berintensif buruh atau modal untuk memaksimumkan keuntungan. balas dengan cepat
3 Daya usaha individu yang tinggi • Pengguna dan pengeluar
bebas bertindak
Setiap individu bebas memperoleh ganjaran pendapatan. Para pengeluar • Daya usaha individu yang
akan cuba mengeluarkan barangan mereka dengan cara yang paling tinggi
cekap agar keuntungan yang maksimum dapat diperoleh. Sementara • Kecekapan dalam
penggunaan sumber
itu, individu bebas berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran • Faedah persaingan
supaya dapat menikmati ganjaran upah yang lebih tinggi. • Perkembangan ekonomi
4 Kecekapan dalam penggunaan sumber
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, faktor pengeluaran yang terhad
akan digunakan dengan cara yang paling optimum. Setiap pengeluar



27





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 27 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
akan cuba menggunakan faktor pengeluaran mereka dengan cara
BAB yang paling menguntungkan kerana jika berlaku sebarang kesilapan
1 peruntukan sumber, maka pengeluar akan mengalami kerugian.
5 Faedah persaingan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma bebas untuk bersaing
antara satu sama lain. Persaingan yang sihat ini dapat menggalakkan
inovasi dan kemajuan teknologi yang dapat meningkatkan daya saing
firma. Dengan ini masyarakat dapat menikmati barang-barang yang
baharu dan berkualiti. Faedah persaingan ini dapat meningkatkan
kepuasan pengguna dan taraf hidup pengguna.

6 Perkembangan ekonomi
Persaingan yang wujud antara para pengeluar telah menggalakkan
kemajuan teknologi dalam proses pengeluaran. Keadaan ini dapat
membawa kepada perkembangan ekonomi.

Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan kelemahan 1 Ketidakstabilan ekonomi
sistem ekonomi pasaran Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kerap berlaku gangguan pasaran,
bebas. iaitu berlaku turun naik harga akibat daripada perubahan permintaan
dan penawaran dalam pasaran. Keadaan ini menyebabkan keadaan
ekonomi negara tidak stabil dan boleh membawa kepada masalah
inflasi dan deflasi.

2 Wujudnya kuasa monopoli
Persaingan yang bebas akhirnya akan mewujudkan sebuah monopoli
yang mengakibatkan para firma baharu sukar untuk bersaing dengan
firma besar yang sudah sedia wujud itu. Maka, pemonopoli yang
besar ini akan dapat mengawal seluruh pasaran. Pemonopoli akan
mengenakan harga yang tinggi dan ini akan menindas pengguna.

3 Agihan pendapatan yang tidak setara
Dalam masyarakat ekonomi pasaran bebas, jurang perbezaan
Kelemahan sistem ekonomi
pasaran bebas pendapatan yang sangat ketara berlaku dalam kalangan anggota
• Ketidakstabilan ekonomi masyarakatnya. Sebilangan kecil masyarakat yang kaya akan hidup
• Wujudnya kuasa monopoli
• Agihan pendapatan yang dalam serba kemewahan manakala sebahagian besar masyarakat akan
tidak setara hidup dalam keadaan kemiskinan. Keadaan ini akan menjejaskan
• Gagal menyediakan barang pembangunan negara dan keharmonian masyarakat.
awam
• Eksternaliti yang negatif
• Pembaziran sumber akibat 4 Gagal menyediakan barang awam
persaingan yang tidak sihat Barang awam ialah barang yang tidak mempunyai prinsip pengecualian.
• Kebajikan masyarakat Maksudnya semua orang boleh menggunakannya. Tidak ada seorang
diabaikan
• Salah peruntukan sumber pun boleh dikecualikan, sama ada yang mampu membayar atau yang
tidak mampu membayar. Biasanya barang awam akan dikeluarkan
oleh kerajaan. Pihak swasta kurang berminat untuk mengeluarkannya
kerana kurang menguntungkan. Kesannya, kebajikan masyarakat
terjejas.




28





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 28 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
5 Eksternaliti yang negatif
Eksternaliti negatif adalah kesan luaran negatif akibat daripada BAB
perkembangan industri yang tidak terkawal dan sikap sesetengah
pengeluar yang mengabaikan kesan sampingan kerana terlalu 1
mementingkan keuntungan. Contohnya ialah pencemaran alam sekitar.
Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa dan lain-lain
bahan yang mencemarkan persekitaran merupakan kos sosial kepada
masyarakat.
6 Pembaziran sumber akibat persaingan yang tidak sihat
Persaingan yang hebat antara pengeluar menyebabkan para pengeluar
melakukan pelbagai cara untuk mempengaruhi pengguna membeli
barangan mereka. Contohnya aktiviti promosi barang melalui
pengiklanan. Aktiviti ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan
kadangkala membazirkan sumber yang terhad.
7 Kebajikan masyarakat diabaikan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi
yang dibuat berdasarkan kepada kepentingan individu sendiri
tanpa menghiraukan kebajikan masyarakat. Para pengeluar hanya
akan mengeluarkan barangan yang memberikan keuntungan yang
maksimum sahaja. Mereka tidak akan mengeluarkan sesuatu barangan
jika pengeluaran itu tidak menguntungkan walaupun barangan tersebut
merupakan barangan yang perlu dan penting bagi masyarakat umum.
8 Salah peruntukan sumber
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, barangan tidak dikeluarkan untuk
tujuan memenuhi keperluan asas masyarakat. Sumber pengeluaran
lebih banyak digunakan untuk mengeluarkan barang-barang mewah
yang sering dikehendaki oleh golongan yang kaya. Oleh itu, barang-
barang keperluan asas kurang dikeluarkan. Hal ini disebabkan golongan
kaya sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan ini,
harga pasaran dipengaruhi oleh golongan kaya dan bukannya golongan
miskin. Oleh sebab para pengeluar dalam sistem ekonomi pasaran
bebas sentiasa berpandukan kepada harga pasaran apabila menjalankan
proses pengeluaran, maka akan berlakulah salah peruntukan sumber-
sumber dalam ekonomi secara keseluruhannya.


Perlunya Campur Tangan Kerajaan dalam Sistem Ekonomi ‘12
Pasaran Bebas
Hasil Pembelajaran
Oleh sebab dalam sistem ekonomi pasaran terdapat beberapa kelemahan Menjelaskan perlunya
yang tidak dapat diatasi oleh sistem pasaran itu sendiri, maka ini mendorong campur tangan kerajaan
kerajaan untuk campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Antara sebabnya dalam sistem ekonomi
ialah: pasaran bebas.
1 Mencapai kestabilan ekonomi
Kebebasan individu membuat keputusan ekonomi dan tiada kawalan
kerajaan menyebabkan harga barang menjadi tidak stabil. Harga barang



29





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 29 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
mengalami peningkatan dan penurunan. Ekonomi juga mengalami
BAB masalah ekonomi melambung yang menyebabkan inflasi dan masalah
1 ekonomi meleset yang menyebabkan masalah pengangguran. Maka,
keadaan ini menyebabkan perlunya kerajaan campur tangan agar
masalah-masalah tersebut dapat diatasi dan ekonomi menjadi stabil.
Campur tangan kerajaan boleh dilaksanakan melalui dasar kewangan
atau dasar fiskal.

2 Mengawal kuasa monopoli
Persaingan bebas yang ada dalam sistem pasaran bebas mewujudkan
kuasa monopoli. Pengeluar yang berjaya menguasai pasaran akan
memonopoli pasaran. Secara umumnya, apabila firma memonopoli
pasaran, firma bebas menentukan harga barangan. Firma akan
meletakkan harga yang tinggi bagi mendapatkan keuntungan yang
Sebab kerajaan perlu campur tinggi. Ini akan menjejaskan kebajikan pengguna. Oleh itu, perlunya
tangan dalam sistem pasaran kerajaan campur tangan agar kebajikan pengguna tidak terabai.
bebas
• Mencapai kestabilan
ekonomi 3 Mengurangkan jurang agihan pendapatan
• Mengawal kuasa monopoli Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, berlaku jurang agihan yang besar
• Mengurangkan jurang agihan
pendapatan dalam kalangan masyarakat. Sebahagian kecil golongan kaya hidup
• Menyediakan barang awam dalam kemewahan dan sebahagian besar golongan miskin hidup dalam
• Mengurangkan kesan keadaan yang serba kekurangan. Oleh itu, keadaan ini perlu diubah
eksternaliti negatif
melalui campur tangan kerajaan agar golongan miskin dapat mengubah
kehidupannya melalui pemberian bantuan dan subsidi. Manakala orang
yang berpendapatan tinggi dikenakan kadar cukai yang tinggi. Cukai
yang diperoleh oleh kerajaan boleh digunakan untuk menyediakan
kemudahan awam untuk semua masyarakat.

4 Menyediakan barang awam
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, barang awam tidak disediakan.
Hal ini adalah kerana objektif pengeluaran pihak swasta adalah
untuk memaksimumkan keuntungan. Penyediaan barang awam tidak
mendatangkan keuntungan. Maka, kebajikan masyarakat akan terabai.
Contoh barang awam ialah jalan raya, sekolah, hospital, dan sebagainya.
Oleh itu, perlunya kerajaan campur tangan agar barang-barang tersebut
dapat disediakan.

5 Mengurangkan kesan eksternaliti negatif
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, motif pengeluaran adalah
untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi tanpa mengambil kira
kesan eksternaliti yang wujud. Tanggungjawab sosial diabaikan
oleh pengeluar. Antara kesan eksternaliti negatif yang berlaku ialah
pencemaran air dan pencemaran udara. Maka, kerajaan perlu campur
tangan untuk mengurangkan kesan negatif yang ditanggung oleh
masyarakat. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
adalah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tertentu
serta penggunaan teknologi mesra alam.





30





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 30 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

Rumusan
BAB

1 Ekonomi dapat didefinisikan sebagai satu bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan 1
sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
2 Sumber-sumber ekonomi terdiri daripada tanah, buruh, modal, dan usahawan.
3 Barang-barang boleh dikelaskan kepada barang percuma, barang ekonomi, barang awam, barang
persendirian, barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna.
4 Masalah kekurangan, pilihan, dan kos lepas berlaku dalam aspek penggunaan barang dan sumber.
5 Masalah asas ekonomi terdiri daripada
(a) apa dan berapa yang hendak dikeluarkan (berkaitan dengan penentuan jenis dan jumlah kuantiti
pengeluaran).
(b) bagaimana hendak dikeluarkan (berkaitan dengan penentuan teknik pengeluaran).
(c) untuk siapa dikeluarkan (berkaitan dengan agihan pendapatan).
6 Keluk kemungkinan pengeluaran ialah satu keluk yang menunjukkan had kombinasi maksimum dua barang
yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi semasa guna tenaga penuh pada tingkat teknologi tertentu.
7 Andaian dalam analisis keluk kemungkinan pengeluaran ialah
(a) hanya dua jenis barang sahaja yang dikeluarkan
(b) teknologi yang digunakan tidak berubah
(c) ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh
(d) faktor pengeluaran adalah tetap.
8 Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep yang berikut:
(a) Kekurangan, pilihan, dan kos lepas (malar dan meningkat)
(b) pengangguran, agihan barang, dan pertumbuhan ekonomi
9 Perubahan keluk kemungkinan boleh disebabkan oleh faktor berikut:
(a) Perubahan anugerah sumber
(b) Perubahan teknologi
(c) Perubahan komposisi barang modal dan barang pengguna
10 Sistem ekonomi terdiri daripada sistem ekonomi pasaran bebas, ekonomi perancangan pusat, ekonomi
campuran, dan ekonomi Islam.




PRAKTIS STPM 1




BAHAGIAN A Soalan Aneka Pilihan C Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia
mengurus sumber ekonomi yang tidak
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling terhad bagi memenuhi kehendak yang
tepat. terhad
D Ilmu yang mengkaji aktiviti manusia
1 Yang manakah pernyataan yang benar tentang membuat keputusan ekonomi bagi
ilmu ekonomi? mengeluarkan barang yang tidak
A Ilmu yang mengkaji tentang bagaimana terbatas
manusia memilih barang yang terhad
untuk mencapai keuntungan maksimum 2 Faktor yang menyebabkan unit ekonomi
B Ilmu yang mengkaji bagaimana manusia membuat pilihan ialah
mengurus sumber ekonomi yang terhad A kekurangan sumber ekonomi
bagi memenuhi kehendak yang tidak B kehendak manusia yang terbatas
terhad C pengeluaran dilakukan oleh firma
D pengeluaran melibatkan kos lepas




31





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 31 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
3 Mikroekonomi merupakan kajian gelagat 10 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan
BAB manusia dalam mengurus pengeluaran bagi sebuah negara.
1 A masalah inflasi Kombinasi Basikal (buah) Baju (helai)
B belanjawan negara
C kadar inflasi yang melampau P 0 90
D ketidakcekapan dalam pengeluaran
Q 10 70
4 Yang manakah antara berikut merupakan R 20 40
perbezaan antara buruh dengan usahawan? S 30 0
A mobiliti
B kemahiran Berapakah kos lepas pengeluaran basikal apabila
C taraf pendidikan pilihan kombinasi berubah dari Q ke R?
D ganjaran yang diterima A 3 helai baju

B 30 helai baju
5 Barang percuma mempunyai kos lepas sifar
kerana barang tersebut C 10 buah basikal
A penawarannya tidak terhad D 0.3 buah basikal
B kegunaannya adalah banyak 11 Peralihan kombinasi pengeluaran bagi barang A
C merupakan hadiah daripada seseorang dan barang B di sepanjang keluk kemungkinan
D memberikan kepuasan kepada pengguna pengeluaran menunjukkan
A kedua-dua barang A dan B boleh ditambah
6 Barang ekonomi merupakan barang yang secara serentak
A melibatkan harga B kedua-dua barang A dan B tidak boleh
B melibatkan kos yang tinggi ditambah secara serentak
C tidak mempunyai masalah kekurangan C jika pengeluaran barang A ditambah,
D memberikan kepuasan maksimum kepada pengeluaran barang B perlu dikurangkan
pengguna D jika pengeluaran barang A ditambah,
pengeluaran barang B tidak perlu
7 Yang manakah berikut menggambarkan barang dikurangkan
awam?
A Mesti disediakan oleh kerajaan 12 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk
B Penawarannya adalah tidak terhad kemungkinan pengeluaran di negara A.
C Merupakan barang yang diberikan secara Barang perkilangan
percuma
D Tidak seorang pun yang boleh menghalang L
orang lain daripada menggunakannya
J
8 Masalah asas ekonomi disebabkan oleh
A sumber alam yang tidak terbatas
B pengeluaran ekonomi yang tidak cekap
C kehendak manusia yang tidak terbatas
D penggunaan sumber yang tidak cekap
0 K M Barang pertanian
9 Pemilihan faktor tetap dan faktor berubah Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari
dalam proses pengeluaran merujuk kepada JK ke LM disebabkan oleh
masalah asas ekonomi, iaitu A penemuan sumber baharu
A apa barang hendak dikeluarkan B penurunan cukai pendapatan
B berapa barang hendak dikeluarkan C peningkatan kadar pengangguran
C bagaimana barang hendak dikeluarkan D peningkatan harga faktor pengeluaran
D untuk siapa barang hendak dikeluarkan



32





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 32 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
13 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk 16 Apakah ciri utama sistem ekonomi pasaran
kemungkinan pengeluaran di sebuah negara. bebas? BAB
A Agihan pendapatan lebih adil
Barang X 1
B Segala keputusan ekonomi dibuat oleh
kerajaan
C Individu dan swasta bebas memiliki faktor
R pengeluaran
D Pihak swasta dan kerajaan sama-sama
membangunkan ekonomi

17 Dalam sistem ekonomi campuran, peruntukan
0 S T Barang Y sumber dilakukan dengan cara
A mekanisme harga tidak memainkan
Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari peranan
RS ke RT disebabkan oleh B pihak swasta dan pihak kerajaan sama-sama
A kejatuhan harga barang Y berperanan
B tingkat pendapatan meningkat C individu dan pihak swasta sama-sama
C sumber alam baharu ditemui berperanan
D peningkatan produktiviti barang Y D pengeluar menggunakan sumber secara

14 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk maksimum
kemungkinan pengeluaran bagi roti dan seluar.
18 Yang manakah antara berikut merupakan ciri
Roti sistem ekonomi Islam?
A Tiada sistem insentif
B Segala kekayaan perlulah diagih secara adil
A
R 1 C Sumber ekonomi adalah milik pihak swasta
dan kerajaan
R 2 B D Hanya pihak kerajaan sahaja yang
menentukan keputusan ekonomi

19 Salah satu kebaikan sistem ekonomi pasaran
0 S S Seluar bebas ialah
1 2
Pergerakan kombinasi dari A ke B menimbulkan A tidak berlaku pengangguran
kos lepas B persaingan tidak berlaku antara firma
A roti sebanyak 0R 2 C harga barang dan perkhidmatan sentiasa
B roti sebanyak R R 2 stabil
1
C seluar sebanyak 0S 2 D masyarakat bebas membuat pilihan barang
D seluar sebanyak S S dan perkhidmatan yang diperlukan
1 2
15 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang 20 Berikut merupakan alasan kerajaan campur
manakah merupakan penyelesaian masalah tangan dalam sistem ekonomi pasaran bebas
“bagaimana barang hendak dikeluarkan”? kecuali
A Mengeluarkan barang pada kos paling A menstabilkan ekonomi
rendah B mengawal kesan luaran negatif
B Mengeluarkan barang yang senang C memastikan agihan pendapatan lebih adil
diperoleh D menyediakan barang awam kepada
C Mengeluarkan barang berdasarkan faktor masyarakat luar bandar
yang terbatas
D Mengeluarkan barang berdasarkan
permintaan pengguna


33





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 33 0 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan

BAHAGIAN B Soalan Esei
BAB
1 Jawab semua soalan.
1 (a) Berikan maksud buruh dan usahawan. [2]
(b) Terangkan empat perbezaan antara buruh dengan usahawan. [8]

2 (a) Jelaskan tiga masalah asas ekonomi. [6]
(b) Berbantukan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara barang pengeluar dengan barang
pengguna. [4]

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? [2]
(b) Terangkan bagaimana kaitan kos lepas meningkat dengan keluk kemungkinan pengeluaran. [8]

4 (a) Nyatakan dua andaian untuk membentuk keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan pilihan komposisi barang modal dan barang pengguna
terhadap keluk kemungkinan pengeluaran masa depan. [8]

5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan
pusat? [2]
(b) Terangkan empat perbezaan ciri antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi
perancangan pusat. [8]

6 Huraikan lima sebab kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi pasaran bebas. [10]





BAHAGIAN C Soalan Kuantitatif

Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.


1 Sebuah negara mengeluarkan dua barang iaitu barang S dan barang T. Faktor pengeluaran di negara
tersebut boleh mengeluarkan 12 unit barang S dan 6 unit barang T.
(a) (i) Berikan maksud kos lepas malar. [1]
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) Jika negara tersebut mengeluarkan 2 unit barang T, berapakah barang S yang dapat dikeluarkan?
[1]
(c) Sekiranya barang T ditambah daripada 2 unit kepada 3 unit, berapakah kos lepas? [2]

(d) Bolehkah negara tersebut mengeluarkan 6 unit barang S dan 4 unit barang T? Berikan alasan anda.
[2]

(e) Jika berlaku kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang S, pengeluaran barang S meningkat
sebanyak 50%. Pada gambar rajah yang sama, lukis keluk kemungkinan yang baharu. [2]








34





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 34 3/27/18 4:31 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran komputer dan televisyen di sebuah negara.
BAB

1
Kombinasi Komputer (buah) Televisyen (buah)

A 0 40


B 2 38


C 4 34


D 6 20



E 8 0


(a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan
(i) seunit komputer pada setiap kombinasi [2]
(ii) seunit televisyen pada setiap kombinasi [2]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara tersebut. [2]

(c) Nyatakan keadaan apabila negara ini memerlukan 4 buah komputer dan 15 buah televisyen. Berikan
sebab bagi jawapan anda. [2]

(d) Adakah kombinasi 6 buah komputer dan 30 buah televisyen boleh dicapai? Mengapa? [2]




































35





01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 35 3/27/18 4:31 PM

JAWAPAN






Bab ganjaran atas kesanggupannya menanggung
1 Pengenalan risiko.
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
2 (a) • Apa dan berapa yang hendak dikeluarkan
Bahagian A Masalah apa yang hendak dikeluarkan
1 B 2 A 3 D 4 D 5 A merujuk kepada jenis barang dan

6 A 7 D 8 C 9 C 10 A perkhidmatan yang perlu dikeluarkan
11 C 12 A 13 D 14 B 15 A untuk memenuhi permintaan masyarakat.
16 C 17 B 18 B 19 D 20 D Barang dan perkhidmatan mestilah
berdasarkan kehendak masyarakat.
Bahagian B Manakala berapa yang hendak dikeluarkan
pula merujuk kepada jumlah atau kuantiti
1 (a) Buruh ialah individu yang menyumbangkan barang dan perkhidmatan yang perlu
tenaga fizikal dan mental untuk menghasilkan dikeluarkan. Kedua-dua masalah asas
barang dan perkhidmatan. Manakala usahawan tersebut harus berdasarkan sumber-
ialah individu yang menggemblengkan faktor- sumber pengeluaran yang terdapat dalam
faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang ekonomi.
dan perkhidmatan.
(b) Perbezaan antara buruh dengan usahawan: • Bagaimana hendak dikeluarkan


Masalah bagaimana hendak dikeluarkan
• Peranan merujuk kepada teknik pengeluaran yang
Buruh berperanan menyumbangkan tenaga perlu digunakan untuk mengeluarkan
fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. barang dan perkhidmatan. Teknik
Manakala usahawan berperanan yang boleh digunakan ialah sama ada
menggabungkan faktor pengeluaran untuk intensif modal atau intensif buruh.
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Firma akan memilih teknik yang
• Risiko boleh memaksimumkan untung dan
Buruh tidak menanggung sebarang risiko meminimumkan kos pengeluaran.
yang dialami oleh firma atau majikan. Buruh Jika teknik berintensifkan buruh
tetap mendapat upah walaupun majikannya lebih mendatangkan keuntungan
mengalami kerugian. Manakala usahawan yang tinggi dan kos yang minimum,
terpaksa menanggung risiko sama ada maka firma akan menggunakan teknik
mengalami keuntungan atau kerugian. berintensifkan buruh. Sebaliknya, jika
• Inovasi teknik berintensifkan modal lebih
Buruh tidak melakukan inovasi dan tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi
melakukan kreativiti terhadap barang dan dan kos yang minimum, maka firma
perkhidmatan yang dikeluarkan. Buruh akan menggunakan teknik berintensifkan
hanya menjalankan kerja yang diatur oleh modal.
majikan. Manakala usahawan melakukan • Untuk siapa hendak dikeluarkan
inovasi dan kreativiti untuk memastikan Masalah untuk siapa hendak dikeluarkan
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan merujuk kepada siapa barang dan
lebih berkualiti. perkhidmatan yang dikeluarkan hendak
• Ganjaran dipasarkan. Ini bergantung kepada
Buruh mendapat upah sebagai ganjaran corak agihan pendapatan masyarakat.
daripada apa yang dilakukan. Manakala Umumnya, golongan yang berpendapatan
usahawan mendapat untung sebagai tinggi lebih banyak peluang menikmati





281





07 Jawapan.indd 281 3/27/18 4:45 PM

Ekonomi Penggal 1 STPM Jawapan
barangan dan perkhidmatan berbanding • Apabila kombinasi beralih dari A ke B,
dengan golongan yang berpendapatan tambahan 1 unit barang J, menyebabkan 21
rendah. – 20 = 1 unit barang K dilepaskan.
(b) Barang pengeluar juga dikenal sebagai barang • Apabila kombinasi beralih dari B ke C, untuk
modal iaitu barang siap yang dikeluarkan menambah seunit barang J, menyebabkan
dan digunakan untuk mengeluar barang lain. 20 – 18 = 2 unit barang K dilepaskan.
Contohnya mesin dan jentera. Manakala • Apabila kombinasi beralih dari C ke D, untuk
barang pengguna ialah barang akhir yang boleh menambah seunit barang J, menyebabkan
digunakan oleh pengguna seperti baju dan 18 – 14 = 4 unit barang K dilepaskan.
seluar. • Begitu juga untuk peralihan kombinasi lain.
3 (a) Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) • Ini menunjukkan kos lepas semakin
merupakan satu keluk yang menunjukkan had meningkat kerana jumlah barang K yang
maksimum kombinasi dua barang yang boleh dilepaskan semakin bertambah apabila
dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi semasa tambahan pengeluaran barang J berlaku.
guna tenaga penuh pada tingkat teknologi 4 (a) Dua andaian untuk membentuk keluk
tertentu. kemungkinan pengeluaran:
(b) Jadual kemungkinan pengeluaran dengan kos • Ekonomi mengeluarkan dua jenis barang
lepas meningkat sahaja
• Ekonomi berada dalam guna tenaga penuh
Kombinasi A B C D E F (b) Kesan pilihan barang modal dan barang
pengguna terhadap keluk kemungkinan
Barang J 0 1 2 3 4 5 pengeluaran:
Barang K 21 20 18 14 8 0
Barang pengguna
Keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos E
lepas meningkat
C
Barang K (unit) A
R
25 S
0 Barang modal
B D F
A
B
20 • Jika kombinasi R dipilih, ekonomi lebih
C banyak mengeluarkan barang pengguna
berbanding dengan barang modal. Ini
menyebabkan pertumbuhan ekonomi
15 D kurang pesat. Keluk kemungkinan
pengeluaran akan beralih dari AB ke CD
sahaja. Pergerakan keluk kemungkinan
10 pengeluaran adalah lebih dekat.
E • Jika kombinasi S dipilih, ekonomi lebih
banyak mengeluarkan barang modal
5 berbanding dengan barang pengguna. Ini
menyebabkan pertumbuhan ekonomi lebih
pesat. Keluk kemungkinan pengeluaran
F Barang J akan beralih dari AB ke EF. Pergerakan
0 1 2 3 4 5 (unit) keluk kemungkinan pengeluaran adalah
lebih jauh ke kanan.





282





07 Jawapan.indd 282 3/27/18 4:45 PM

Format: 190mm X 260mm Extent= 320 pgs (15.9 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp

PRA-U PELANGI BESTSELLER

TeksSTPM Penggal 1 ditulis berdasarkan PRA-U
R60% PRA-U Teks STPM Ekonomi CC039082a

sukatan pelajaran terbaharu Sejarah
Ekonomi STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Mikroekonomi) Sejarah STPM Kertas 1 sebagai

rujukan.

PENGGAL 1 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Ekonomi
› Success with MUET
› MUET My Way


CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Penggal 1, 2, & 3 (Mikroekonomi)
› Bahasa Melayu Penggal 1, 2, & 3
› Biology Term 1, 2, & 3
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Term 1, 2, & 3

■ Peta Konsep › Chemistry Term 1, 2, & 3 Mohamad Shukri Seman
■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Term 1, 2, & 3 Che Ros Zainol 1
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Penggal 1, 2, & 3
Petunjuk STPM › Geografi Penggal 1, 2, & 3 Ekonomi PENGGAL

■ Rumusan › Ekonomi Penggal 1, 2, & 3
› Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Penggal 1
■ Jawapan Lengkap

■ Glosari


PENGGAL
1


Dapatkan
versi
eBook!




1




W.M: RM34.95 / E.M: RM35.95
CC039082a
ISBN: 978-967-2856-91-7


PELANGI




26/07/2021 7:04 PM
CVR_PreU_STPM_2021 Ekonomi (Penggal 1).indd 1-3
CVR_PreU_STPM_2021 Ekonomi (Penggal 1).indd 1-3 26/07/2021 7:04 PM


Click to View FlipBook Version